You are on page 1of 3

Faktor mempengaruhi kemahiran mendengar: Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kemahiran mendengar. Antaranya ialah faktor fizikal.

Kanak-kanak normal mempunyai deria pendengaran yang semula jadi sejak ia dilahirkan. Peringkat kemahiran ini berbeza antara seseorang. Ada yang mempunyai pendengaran yang tajam dan ada yang sebaliknya walaupun mereka tidak tergolong dalam cacat pendengaran. Faktor yang kedua ialah faktor jantina. Terdapat perbezaan kemahiran antara mendengar antara kanak-kanak lelaki dan perempuan, misalnya kanak-kanak lelaki yang berumur antara 7-9 tahun lebih lemah kefahaman mendengar berbanding dengan kanak-kanak perempuan yang sebaya dengannya. Faktor yang ketiga ialah status sosioekonomi. Letar belakang keluarga, termasuk kemudahan di rumah dan interaksi antara ahli-ahli keluarga mempengaruhi kebolehan mendengar kanak-kanak. Latar belakang keluarga juga boleh mempengaruhi emosi kanak-kanak. Kanak-kanak yang terganggu emosinya tidak akan dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap apa yang didengar. Faktor yang keempat ialah faktor bunyi. Semasa mendengar biasanya seseorang itu diganggu oleh pelbagai jenis bunyi seperti bunyi bising yang boleh mempengaruhi kebolehan mendengarnya. Faktor yang kelima dan terakhir ialah faktor mental. Kemahiran mendengar berkait rapat dengan daya pemikiran seseorang kerana sesuatu yang didengar melalui deria telinga akan melalui proses mental untuk mendapat tindak balas. Tahap pemikiran kanak-kanak akan mempengaruhi kecekapan mereka mendengar.

http://catatannota.blogspot.com/2012/02/kemahiran-lisan-kemahiran-membaca.html

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENDENGARAN :-

STATUS SOSIAL Faktor status sosial ini melibatkan asal-usul kanak-kanak itu.latar belakang keluarga contohnya akan membentuk kemahiran mendengar kanak-kanak itu.emosi juga memainkan peranan dalam proses pendengaran kanak-kanak.

PERUBAHAN RESPONS Dalam perbualan yang melibatkan beberapa orang penutur,idea yang berlainan akan menyebabkan fokus pada aktiviti pendengaran akan terganggu.setiap daripada mereka yang mempunyai idea yang berbeza akan berusaha menegakkan idea masing-masing.

MENYAMPUK Menyampuk merujuk kepada gangguan perbualan ,apabila penutur-penutur ingin bertutur dalam masa yang sama.fenomena ini menggangu pendengaran kerana mesej dan idea yang diutarakan tidak sempurna.

FIZIKAL Deria kanak-kanak normal berbeza dengan deria kanak-kanak yang cacat pendengaran.gangguan memang agak terjejas bagi mereka yang kurang daya pendengaran.

JANTINA Kajian menunjukkan kanak-kanak permpuan lebih cepat belajar berbanding kanakkanak lelaki.dalam usia 7-9 tahun,gangguan pada pendengaran kanak-kanak lelaki mungkin terganggu akibat faktor jantina ini.

TERLEKA Pekara ini berlaku akibat pendengaran kita menerawang .ia merujuk kepada pendengaran kita tiba-tiba tidak menyerap input yang disampaikan penutur.

GANGGUAN BAHASA Gangguan bahasa merujuk kepada kefahaman pendengar terhadap bahasa yang disampaikan penutur.pendengaran boleh terganggu sekiranya perbezaan dari segi bahasa yang dirtuturkan.

FAKTOR KECERDASAN Kecerdasan juga menggagu pendengaran kanak-kanak.jika kanak-kanak itu adalah seorang yang slow leaner atau kurang cerdas mentalnya,mungkin pendengarannya juga agak terhad dan perlahan berbanding kanak-kanak normal.

KEBOSANAN Aktiviti pendengaran kita boleh terganggu akibat daripada rasa bosan yang kita alami.ia akan menyebabkan kita gagal untuk menyerap dan memahami input yang disampaikan penutur.

FIKIRAN TERTUTUP Mendengar dengan fikiran yang tertutup boleh menggugat sistem pendengaran kita.kita akan kehilangan maklumat penting yang cuba disampaikan penutur kepada kita.

http://irfankalil.blogspot.com/2011/04/faktor-faktor-yang-mempengaruhi.html

You might also like