You are on page 1of 4

Soalan Tugasan 1: Baker (1971) telah menjalankan satu kajian terhadap kemahiran

pendengaran. Hasil kajian tersebut, beliau merumuskan, dalm keadaan manusia itu sedar,
45% digunakan untuk mendengar, 30% bercakap, 16% membaca dan 9% menulis. Hal ini
menunjukkan proses mendengar berperanan penting dalam kehidupan manusia.
Berdasarkan kenyataan di atas, anda dikehendaki mendefinisikan, menjelaskan serta
menghuraikan konsep kemahiran mendengar dan bertutur dengan berkesan. Aspek-aspek
pertuturan dalm kemahiran bertutur perlu dijelaskan dengan terperinci. Perbincangan esei
perlulah disokong dengan pandangan tokoh-tokoh bahasa dan contoh-contoh bersesuaian.

Pendahuluan
Pandangan Asmah Haji Omar (2004) tentang kemahiran mendengar lebih kepada asas
kemahiran mendengar daripada kemahiran menulis. Beliau mengatakan bahawa kemahiran
mendengar perlu didahulukan daripada kemahiran menulis. Hal ini kerana kemahiran
mendengar dan kemahiran bertutur merupakan kemahiran asas@ teras dalam pergaulan
seharian manusia. Terdapat perbezaan antara seorang dengan seorang yang lain (Abdul
Aziz Talib, 2000) kerana faktor alat pendengaran. Menurut Kamsiah Abdullah (1989) tentang
kemahiran bertutur ialah unsur-unsur dalam pertuturan adalah terawal, paling penting dan
sentiasa digunakan. Hal ini khususnya digunakan oleh kanak-kanak dan orang dewasa
secara formal atau tidak formal.

Definisi Kemahiran Mendengar dan Kemahiran Bertutur


Pandangan pertama daripada Siti Hajar Abdul Aziz (2009 : 114) menjelaskan kemahiran
mendengar adalah kemasukan input bahasa melalui alat pendengaran manusia iaitu telinga.
Kemasukan input bahasa yang berupa penyerapan makna ayat serta ujaran seterusnya
dilakukan oleh otak untuk diproses. Contohnya, murid-murid yang belajar Sains tentang
fotosintesis. Pelajaran Sains memerlukan pelajar yang fokus ketika mendengar
pendengaran tersebut. Oleh itu, seseorang murid yang mempunyai kemahiran input bahasa
yang baik akan sentiasa cemerlang dalam peperiksaan.
Pandangan kedua daripada Abdul Talib (1993) yang mendefinisikan kemahiran
mendengar ialah satu kemahiran tatabahasa, perbendaharaan kata, fonologi dan semantik
secara automatik akan dikuasai setelah seseorang menguasai kemahiran mendengar dan
bertutur. Seseorang yang mempunyai kemahiran mendengar yang baik menjadi kunci
kecemerlangan dalam menguasai pelbagai bidang ilmu bahasa. Contohnya, kes Kelvin
Chai (Utusan 26 November) mempunyai masalah pendengaran, namun dia tetap mendapat
keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Walaupun dia mempunyai masalah
pendengaran, tetapi dia masih mendapat keputusan yang cemerlang dam peperiksaan. Hal

1
ini bermaksud masalah pendengaran tidak akan membantutkan dan menngagalkan
seseorang daripada hidup.
Bagi definisi kemahiran bertutur, saya mengambil satu pandangan tokoh sebagai
rujukan. Pandangan daripada Asmah Haji Omar (1986) yang mendefinisikan kemahiran
bertutur sebagai keupayaan pelajar menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan , serta
idea yang kritis dan kreatif secara lisan dengan sebutan dan intonasi yang betul secara
sopan. Penggunaan alat-alat artikulasi seperti pita suara dan mulut juga memainkan
peranan yang penting untuk mendapatkan kemahiran bertutur. Seseorang yang mempunyai
intonasi yang baik dapat membentangkan kerja kursus dengan baik seperti juga seorang
penceramah bebas haruslah mengetahui dan menguasai salah satu ilmu dasar iaitu teknik
vokal.
Aspek-aspek pertuturan
Terdapat verbal dan nonverbal. Verbal. Terdapat beberapa aspek pertuturan seperti
intonasi, tekanan, mora, jeda, nada, tatabahasa, kefasihan dan kelancaran.
Intonasi ditakrifkan sebagai satu keadaan proses pertuturan disebut secara
menurun atau menaik. Contohnya, seseorang pelajar perlu menggunakan intonasi yang
sesuai semasa bersajak.
Tekanan didefinisikan sebagai satu cara bagaimana penutur bertutur dan memberi
tekanan sama ada suku kata, perkataan atau rangkai kata tertentu. Contohnya, seseorang
pelajar haruslah mempunyai tekanan yang bersesuaian ketika memberi ucapan.
Mora atau panjang-pendek merupakan kadar sesuatu bunyi itu disebut. Konsepnya
sama dengan “harakat” dalam bahasa Arab. Komponen ini biasanya tidak ketara dalam
penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Unsur ini tidak begitu membezakan
maksud.
Jeda merujuk kepada aspek persendian iaitu memisahkan elemen-elemen linguistik
dalam perkataan, rangkai kata atau ayat. Contohnya, seseorang menyebut ungkapan,
‘jangan tembak,’ jika tidak menggunakan jeda bermaksud melarang tindakan menembak
dilakukan.
Nada merujuk kepada keadaan bunyi sama ada menaik atau menurun ketika
sesuatu perkataan itu yang mewakili suku kata. Sebagai contoh, dalam bidang muzik ada
tujuh nada iaitu, Do, Re, Mi, Fa, So, La dan Ti.
Tatabahasa adalah satu sistem pertuturan dan undang-undang yang mencampurkan
perkataan untuk membentuk ayat-ayat. Contohnya, seseorang pelajar membina satu ayat
dengan menngunakan tatabahasa yang betul dan tepat.
Kefasihan bermaksud bercakap bukan sahaja dalam bentuk yang kemas, teratur
dan licin, tetapi boleh juga menyebutkan kata secara tepat dan jelas. Contohnya, seseorang
yang menguasai bahasa Melayu dengan sepenuhnya akan fasih bercakap.

2
Kelancaran bermaksud boleh bertutur atau bercakap dengan lancar. Contohnya,
semasa seseorang pelajar mengeluarkan idea, dia tidak akan menghadapi sebarang
masalah atau gangguan semasa percakapan itu berlangsung.
Aspek pertuturan non-verbal ialah percakapan bukan lisan yang melibatkan aspek
gerakan anggota badan, gerakan mata dan isyarat tangan.
Gerakan anggota dapat menyampaikan sesuatu maklumat. Contohnya, pergerakan
anggota badan yang dapat difahami oleh semua orang ialah isyarat gerakan tangan, isyarat
air muka dan bahasa tubuh.
Mimik muka yang lebih dikenali sebagai riak air muka juga mampu menterjemahkan
makna yang tersirat dalam pertuturan nonverbal. Contohnya, apabila seseorang
menunjukkan mimik muka yang sedih menunjukkan bahawa orang itu mengalami sesuatu
masalah.
Terdapat beberapa tokoh yang terkenal dalam bidang kemahiran bertutur. Antaranya
ialah M.Vikneshwary (2012), Hajar Abdul Aziz (2008), Indirawati Zahid dan Mardian Shah
Omar (2006).
Pandangan kedua daripada Nor Aina Dani (2007) yang mendefinisikan kemahiran
konsep bertutur ialah menyebut dan membunyikan bunyi-bunyi bahasa dengan pengujaran
kata-kata atau ayat dalam intonasi, nada seperti tekanan suara, jeda serta helaan yang
betul. Antara contoh aktiviti pertuturan ialah nyanyian, latihan pandang dan sebut serta latih
tubi sebutan.
Kesimpulannya, kemahiran mendengar merupakan kemahiran yang paling penting
jika berbanding dengan kemahiran lain seperti kemahiran bertutur dan kemahiran bertulis.
Hal ini demikian kerana tanpa kemahiran mendengar dan bertutur yang baik, segala mesej
dan maklumat tidak akan disampaikan.

(952 patah perkataan)

3
Rujukan
Asmah Haji Omar. (2004). Penyelidikan, Pengajaran& Pemupukan Bahasa: Kuala Lumpur
Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP).
Abdul Aziz Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu, prinsip Kaedah. KL: Utusan Publication.
Kamsiah Abdullah. (1989). Budaya Memeluk Akar Menyuluh ke Langit. KL: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Abdul Talib. (1993). Menguji Kemahiran Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
Pustaka.
Asmah Haji Omar. (1986). Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Siti Hajar Abdul Aziz. (2009). Bahasa Melayu 1. Selangor: Oxford Fajar.

You might also like