You are on page 1of 26

AZIZAH BINTI INDAH HAMIDAH BT ABD HAMID SARINA BINTI SAARI

Konsep Kemahiran Mendengar Kemahiran dimaksudkan dengan kecekapan dan

kepandaian dalam melakukan sesuatu perkara. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2009 : 114) menjelaskan mendengar didefinisikan mendengar adalah kemasukan input bahasa atau bukan bahasa melalui alat pendengaran manusia iaitu telinga. Kemasukan input bahasa yang berupa penyerapan makna ayat serta ujaran seterusnya dilakukan oleh otak untuk diproses. Manakala Tuan Jah Tuan Yusof & Faridah Nazir, PhD (2011: 28) pula menyatakan kemahiran mendengar adalah keupayaan murid mendengar secara teliti, memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan dan dapat memberikan maklum balas.

Dewan Bahasa & Pustaka (1994) pula menerangkan

kemahiran mendengar ialah satu proses yang melibatkan dua peringkat kemahiran iaitu menerima dan membezakan bunyi-bunyi bahasa yang hampir sama serta memahami bunyi bahasa yang bermakna misalnya perkataan, frasa, klausa dan ayat.

Konsep Kemahiran Bertutur


Bertutur merupakan satu kegiatan melafazkan bunyi-

bunyi yang dilahirkan daripada alat sebutan (artikulator) manusia. Ia merupakan kemahiran berinteraksi dalam suasana berbahasa. Selain itu, bertutur juga ditakrifkan dengan satu cara berkomunikasi yang amat kompleks, melibatkan proses mental yang menggerakkan alat pertuturan untuk mengeluarkan bunyi bahasa yang bermakna.

Terdapat beberapa konsep umum mengenai bertutur

ialah bertutur merupakan keupayaan manusia mengujarkan kata-kata. Bertutur melibatkan individu berkata-kata atau bercakap. Bertutur juga bermaksud penutur menzahirkan pendapat serta perasaan melalui bunyi bahasa yang bermakna. Bertutur juga dirujuk sebagai aktiviti melafazkan kata-kata untuk tujuan berinteraksi.

Setelah dikaji secara terperinci hanya terdapat lima

sahaja kaedah yang boleh digunakan daripada tujuh kaedah pengajaran Bahasa Melayu. Kelima-lima kaedah ini sesuai digunakan bagi kemahiran mendengar dan juga bertutur. Kaedah-kaedah tersebut ialah kaedah terus, kaedah fonetik/linguistik, kaedah eklektik, kaedah audio-lingual serta kaedah komunikatif.

KBSR

KSSR

Sekian , terima kasih

You might also like