You are on page 1of 4

faktor-faktor yang mempengaruhi pendengaran dan pertuturan(ppismp)

PENGENALAN :-

Lisan adalah pertuturan atau percakapan,iaitu kegiatan melahirkan bahasa secara verbal melalui
suara atau sebutan. Apabila seseorang bertutur, ia bukan
hanya melibatkan kemahiran bertutur sahaja tetapi juga melibatkan kemahiran
mendengar. Kemahiran mendengar boleh mempengaruhi kemahiran bertutur dan begitu juga
sebaliknya.kemahiran bertutur yang baik pula bukan bermakna kita meniru cara atau gaya percakapan
orang lain tetapi diperoleh daripada aktiviti mendengar yang baik.justeru,untuk menguasai kemahiran
lisan tersebut,kanak-kanak perlu dilatih unutk menggunakannya secara cekap dan kerap dan
mengajarkanya secara terancang.Ini bermakna kemahiran lisan merangkumi dua kemahiran penting
iaitu mendengar dan bertutur. Bagi menguasai kemahiran lisan dengan baik, seseorang itu perlu
menguasai kedua-dua kemahiran ini.Bagi kanak-kanak,kemahiran mendengar dan bertutur ini perlu
dikuasai terlebih dahulu sebelum mereka menguasai bahasa yang lain.Jika mereka boleh menguasai
kedua-dua kemahiran ini dengan baik,mereka juga berpotensi untuk menguasai kemahiran-kemahiran
lain dengan baik juga. Kamarudin Hj. Husin berpendapat( Apabila diteliti perkembangan bahasa kanak-
kanak, ianya bermula daripada proses mendengar terlebih dahulu dan diikuti dengan meniru atau
mengajuk bunyi-bunyi yang didengar dan seterusnya bercakap). Lambang-lambang tulisan hanya
diperkenalkan apabila kanak-kanak sudah biasa dengan bahasa dan boleh bertutur dengan baik.Ini
bermaksud kemahiran mendengar dan bertutur atau secara ringkasnya kemahiran lisan merupakan titik
tolak kepada perkembangan kemahiran kemahiran lain bagi kanak-kanak.


KEMAHIRAN MENDENGAR :-

Mendengar merupakan salah satu daripada aktiviti yang penting yang dilakukan di peringkat kanak-kanak
dan dewasa.Mendengar merupakan salah satu daripada komponen berbahasa.mendengar merupakan
langkah pertama dalam mempelajari kemahiran berkomunikasi. Barker (1971) telah menjalankan satu
kajian terhadap kemahiran pendengaran. Hasil daripada kajian itu, beliau merumuskan, dalam keadaan
manusia itu sedar, 45% digunakan untuk mendengar, 30% bercakap, 16% membaca dan 9% menulis. Ini
menunjukkan proses pendengaran berperanan penting dalam komunikasi. Burley-Alen (1982) dalam
kajiannya mendapati peratus mendengar bertambah sehingga 60% bagi kehidupan pelajar sekolah
menengah. Guru-guru menyatakan proses mendengar merupakan proses paling utama dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.kebanyakan kita berpendapat bahawa kemahiran mendengar hadir secara
semulajadi mengikut fitrah seperti mendengar arahan atau mendengar komunikasi antara dua pihak
lain.Sebenarnya mendengar merupakan satu kemahiran yang perlu dipupuk dalam diri kanak-kanak agar
mereka dapat menjadi pendengar yang baik.mendengar sebenarnya melibatkan tiga proses iaitu :-
Mendengar deretan bunyi bahasa
Memahami deretan bunyi bahasa
Menilai bunyi bahasa tersebut
Bertindak terhadap bunti bahasa itu.
Kemahiran mendengar ini perlu diasah agar tidak terjadi kecacatan ketika melakukan aktiviti ini.



FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENDENGARAN :-

STATUS SOSIAL
Faktor status sosial ini melibatkan asal-usul kanak-kanak itu.latar belakang keluarga contohnya akan
membentuk kemahiran mendengar kanak-kanak itu.emosi juga memainkan peranan dalam proses
pendengaran kanak-kanak.
PERUBAHAN RESPONS
Dalam perbualan yang melibatkan beberapa orang penutur,idea yang berlainan akan menyebabkan fokus
pada aktiviti pendengaran akan terganggu.setiap daripada mereka yang mempunyai idea yang berbeza
akan berusaha menegakkan idea masing-masing.
MENYAMPUK
Menaypuk merujuk kepada gangguan perbualan ,apabila penutur-penutur ingin bertutur dalam masa yang
sama.fenomena ini menggangu pendengaran kerana mesej dan idea yang diutarakan tidak sempurna.
FIZIKAL
Deria kanak-kanak normal berbeza dengan deria kanak-kanak yang cacat pendengaran.gangguan
memang agak terjejas bagi mereka yang kurang daya pendengaran.
JANTINA
Kajian menunjukkan kanak-kanak permpuan lebih cepat belajar berbanding kanak-kanak lelaki.dalam usia
7-9 tahun,gangguan pada pendengaran kanak-kanak lelaki mungkin terganggu akibat faktor jantina ini.
TERLEKA
Pekara ini berlaku akibat pendengaran kita menerawang .ia merujuk kepada pendengaran kita tiba-tiba
tidak menyerap input yang disampaikan penutur.
GANGGUAN BAHASA
Gangguan bahasa merujuk kepada kefahaman pendengar terhadap bahasa yang disampaikan
penutur.pendengaran boleh terganggu sekiranya perbezaan dari segi bahasa yang dirtuturkan.
FAKTOR KECERDASAN
Kecerdasan juga menggagu pendengaran kanak-kanak.jika kanak-kanak itu adalah seorang yang slow
leaner atau kurang cerdas mentalnya,mungkin pendengarannya juga agak terhad dan perlahan
berbanding kanak-kanak normal.
KEBOSANAN
Aktiviti pendengaran kita boleh terganggu akibat daripada rasa bosan yang kita alami.ia akan
menyebabkan kita gagal untuk menyerap dan memahami input yang disampaikan penutur.
FIKIRAN TERTUTUP
Mendengar dengan fikiran yang tertutup boleh menggugat sistem pendengaran kita.kita akan kehilangan
maklumat penting yang cuba disampaikan penutur kepada kita.





KEMAHIRAN BERTUTUR :-

Kemahiran bertutur merupakan kemahiran universal yang perlu dikuasai oleh semua orang.kemahiran ini
amat berkait rapat dengan kemahiran mendengar.Kemahiran Bertutur merujuk kepada keupayaan pelajar
menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif secara lisan dengan
sebutan dan intonasi yang betul secara sopan.Definisi umum mengenai bertutur ialah kegiatan
melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat-alat artikulasi manusia. Penekanan diberikan pada
keyakinan pelajar untuk bertutur serta penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang
sesuai.Dalam kajian Barker(1971) mendapati bahawa kemahiran bertutur digunakan sebanyak 30%
daripada keseluruhan kemahiran ketika manusia sedar.hal ini kerana secara fitrahnya kita (manusia) tidak
hanya mendengar atau bertutur semata-mata, sebaliknya mereka boleh melakukan aktiviti mendengar
dan bertutur pada masa yang sama.dengan kata lain,kita boleh menuturkan ujaran dan dalam masa yang
sama menginterprestasikan dan memahami bunyi ujaran orang lain yang kita dengar.Dalam
bertutur,manusia mempunyai beberapa tujuan iaitu :-
Bertutur dengan tujuan memaklumkan
Bertutur untuk tujuan mempengaruhi
Bertutur untuk tujuan keseronokan
Bertutur untuk tujuan menyelesaikan masalah
Bertutur untuk tujuan menzahirkan emosi dan idea
Walaubagaimanapun, tujuan pertuturan ini akan terhalang akibat faktor-faktor yang mempengaruhi
pertuturan.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERUTURAN

Terdapat tiga faktor yang mempengaruhi pendengaran iaitu :-
Faktor fisiologi
Faktor fizikal
Faktor persekitaran
FAKTOR FISIOLOGI
Jantina faktor ini berperanan dalam mempengaruhi pertuturan seorang kanak-kanak.hal ini kerana
merujuk kajian kanak-kanak perempuan mempunyai potensi untuk berutur lebih awal daripada kanak-
kanak lelaki.
Penyakit terdapat penyakit yang melibatkan pertuturan dihidapi oleh seseorang.Ia akan menjejaskan
proses pertuturan individu tersebut.kerosakan pita suara misalnya,akan menyebabkan seseorang itu tidak
mampu mengeluarkan suara.
Kecerdasan faktor ini mempunyai kaitan dengan akal dan otak insan.otak ang tidak sihat akan
menggangu pertuturan manusia kerana otaknya tidak dapat memperduksi bahasa tersebut.

FAKTOR FIZIKAL
Alat pendengaran faktor ini merujuk kepada ketidakupayaan untuk medengar atau pekak.ini akan
menyebabkan kelancaran otak untuk memproses maklumat penutur dan memberikan arahan kepada
pendengar untuk bertindak.Sekiranya penyakit ini hadir sedari kecil,kanak-kanak itu pasti tidak boleh
bertutur kerana tidak pernah mendengar bunyi bahasa.
Alat pertuturan masalah ini merujuk kepada kegagalan alat artikulasi berfungsi dengan
baik.kerosakan ini akan menyebabkan individu itu bisu atau gagap

FAKTOR PERSEKITARAN
Keluarga faktor ini amat berperanan dalam proses awal perututran kanak-kanak.ibu bapa yang selalu
bertutur dan berbual dengan anak mereka akan menyebabkan anak mereka cepat mempelajari
kemahiran ini.
Sosioekonomi tahap sosioekonomi amat mempengaruhi kemahiran bertutur kanak-kanak.hal ini
kerana keluarga yang mempunyai tahap sosioekonomi yang tinggi pasti dapat menyediakan anak mereka
kemudahan untuk mempelajari kemahiira-kemahiran dalam berbahasa.

KESIMPULAN :

Kemahiran berbahasa adalah tajuk utama bagi kemahiran lisan.Dalam kemahiran lisan,terdapat dua
bahagian iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur.kemahiran mendengar merupakan
kemahiran terawal yang perlu digunakan oleh kanak-kanak sebelum kemahiran bertutur.Ia amat penting
sehingga mempengaruhi hampir keseluruhan sistem komunikasi.kemahiran mendengar mempunyai
beberapa proses sebelum menjadi pendengar yang baik.terdapat juga banyak faktor yang menghalangi
seseorang untuk menjadi pendengar yang baik.Faktor itu terdiri dari pelbagai aspek dan jujuran yang
berbeza.Bagi aspek kemahiran bertutur pula,ia menjadi kemahiran yang paling sesuai digandingkan
dengan kemahiran mendengar untuk membentuk komunikasi berkesan.terdapat beberapa tujuan yang
menyebabkan seseorang itu akan menggunakan kemahiran ini.Dalam kemahiran ini juga terdapt tiga
aspek utama yang menghalang pertuturan yang berkesan.Jelasnya kemahiran lisan merupakan
kemahiran yang terawal yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak.

You might also like