You are on page 1of 21

DEFINISI PENDENGARAN

Masalah pendengaran merupakan sesuatu kecacatan saraf yang paling kerap berlaku di
dalam suatu populasi manusia. Melalui World Health Organisation (1999), pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan hampir 250 juta penduduk dunia mengalami
masalah pendengaran (Che Ismail bin Che Lah, 2008). Menurut Salena Yahya
(1989), Pendidikan Khas masalah pendengaran di Malaysia bermula di Pulau Pinang pada
tahun 1954. Sekolah pertama yang diwujudkan untuk pendidikan murid-murid bermasalah
pendengaran ialah Sekolah Persekutuan Kanak-kanak Pekak Pulau Pinang. Sekolah ini adalah
sepenuhnya dibiayai oleh pertubuhan sukarela dengan bantuan kewangan yang diperoleh
melalui derma orang ramai. Pada waktu itu Malaysia masih lagi di bawah jajahan takluk British.
Oleh kerana itu bahasa penghantar yang digunakan di semua sekolah ialah bahasa Inggeris
dan kaedah komunikasi yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran murid-murid
bermasalah pendengaran ialah kaedah lisan (oral method). Kaedah ini digunakan sehinggalah
ke akhir tahun 1960an, selepas tahun 1963 kaedah komunikasi seluruh telah digunakan dalam
sistem pendidikan murid-murid bermasalah pendengaran di Malaysia (Safani Bari et al).
Pendengaran merupakan salah satu deria yang amat penting bagi setiap manusia bagi
menerima maklumat dan ilmu. Walaupun manusia masih boleh menerima maklumat serta
belajar melalui deria-deria yang lain daripada deria pendengaran seperti deria lihat bau,
sentuhan, dan rasa, namun deria pendengaran adalah merupakan salah satu deria yang amat
penting bagi memudahkan dan menyempurnakan sesuatu proses menerima maklumat ataupun
pelajaran. Masalah pendengaran merujuk kepada individu yang mengalami masalah
pendengaran yang diperoleh sama ada semenjak lahir atau selepas dilahirkan. Individu yang
mengalami masalah biasanya akan mengalami kesukaran atau tidak dapat mendengar bunyi
perbualan ataupun bunyi persekitaran. Disebabkan masalah pendengaran yang dialami dan
kelemahan penguasaan asas kemahiran bahasa, kanak-kanak bermasalah pendengaran ini
sering tercicir dalam pelajaran walaupun sebenarnya mereka tidak mengalami kecacatan dari
segi intelek (Dr. Aznan Che Ahmad, Bil.2/2010). Selain itu juga deria pendengaran
merupakan salah satu agen penyampai maklumat dalam berkomunikasi, tanpa deria
pendengaran ini, matlamat menyampaikan fakta atau maklumat menjadi tidak bermakna.
Menurut Chua Tee Tee (1992), kanak-kanak pekak boleh dikatakan lebih tepat sebagai
seorang yang rosak pendengaran dalam kebanyakan keadaan, contoh ia mempunyai
pendengaran yang separa, adalah luar biasa kerana memang ia tidak dapat bertindak ke aras
bunyi-bunyi sekeliling. Asmah Haji Omar (1984), mentakrifkan pekak sebagai seorang yang
dilahirkan dengan kecacatan pada deria pendengaran yang tidak dapat mengenal bunyi
bahasa, tidak dapat mendengar perbualan orang lain dan tidak dapat mengalami serta
menghayati pemikiran dan budaya melalui bahasa. Manakala menurut Bee H. (1995), kanak-

kanak bermasalah pendengaran adalah mereka yang menghadapi kesukaran mendengar atau
kekurangan pendengaran yang jelas. Masalah pendengaran berpunca daripada faktor sebelum
lahir,semasa lahir dan selepas lahir.
Menurut Paul dan Quigley (1990); dan Wiliam L.Heward (1996), kanak-kanak dalam
kategori ini ialah kanak-kanak yang tidak boleh menggunakan pendengaran untuk memahami
pertuturan walaupun boleh mendengar bunyi atau menggunakan alat bantu
dengar. Pengesanan awal bagi golongan yang bermasalah pendengaran ini adalah sangat
penting supaya intervensi awal dapat dilaksanakan untuk membantu mereka mengatasi
masalah yang dialami. Intervensi awal adalh penting bagi mengelakkan masalah yang lebih
teruk dihadapi dan berlanjutan menjadi lebih teruk. Oleh ini intervensi awal dapat mengelakkan
perkara yang lebih teruk berlaku. Dalam perlaksanaan intervensi awal ini, penglibatan dari
pelbagai pihak dalam merancang dan menyediakan intervensi awal adalah amat penting. Oleh
itu penubuhan kumpulan pelbagai disiplin dapat membantu berkongsi, bertukar maklumat dan
merancang menyadiakan intervensi awal yang memenuhi keperluan disamping meningkatkan
pencapaian kanak-kanak bermasalah pendengaran.
JENIS KEPERLUAN KHAS (KECACATAN) UTAMA KES
Menurut Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (1997) mendapati tahap kecacatan atau
tahap kehilangan pendengaran bagi kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran boleh
dibahagikan kepada 2 tahap iaitu kurang pendengaran terdiri daripada sedikit (mild), sederhana
(moderate), sederhana teruk (moderate-serve), dan tahap pekak iaitu teruk (serve) d an
sangat teruk (profound). Berikut merupakan antara ciri yang mewakili setiap jenis kecacatan
yang dialami oleh setiap tahap kehilangan pendengaran :
1. Kurang pendengaran
a. Ringan (mild) - Tahap kehilangan pendengaran antara 27 40 dB. Mereka yang mengalami
tahap ini mengalami kesulitan mendengar bunyi-bunyi perlahan dan jauh namun masih mampu
memahami perbualan.
b. Sederhana (moderate) Bagi tahap ini pula, mereka mengalami kehilangan pendengaran
antara 41 70 dB. Masih mampu mendengar bunyi antara 1 hingga 1.5 meter sahaja
disamping menghadapi masalah dalam melibatkan diri di dalam perbincangan di dalam kelas
c. Sederhana teruk (moderate severe) Tahap kehilangan pendengaran bagi mereka yang
mengalami masalah pendengaran adalah antara 56 70 dB. Orang yang ingin berhubung
dengan mereka perlu bercakap dengan kuat
2. Pekak

a. Teruk (severe) Pada tahap ini kehilangan pendengaran adalah antara 71 sehingga 90 dB dan
hanya mampu mendengar bunyi apada jarak 0 30.5 meter sahaja. Mereka juga menghadapi
masalah pertuturan
b. Sangat teruk (profound) Tahap kehilangan pendengaran pada kategori ini ialah lebih daripada
90 dB. Mereka juga amat sukar mendengar walaupun bunyi yang kuat.
(Kajian Safani B , Manisah M. A, Noraini M.S, Aliza A, UKM)

Masalah utama yang diperhatikan dalam kes masalah pendengaran ialah dari segi
bahasa dan komunikasi. Kehilangan pendengaran ini menghalang kanak-kanak bermasalah
pendengaran berkomunikasi secara mendengar dan bertutur. Aspek ini merupakan aspek
utama dalam penyampaian ilmu pengetahuan di alam pembelajaran dan pengajaran.
Kegagalan berkomunikasi dan bertutur menghalang mereka memahami apa yang disampaikan
oleh para pendidik dan seterusnya menyekat perkembangan mereka dalam pendidikan. Kanakkanak bermasalah pendengaran ini memerlukan bantuan pakar pertuturan bagi membantu
mereka berkembang seperti kanak-kanak normal yang lain.
Dari aspek perkembangan sosial dan emosi, kanak-kanak bermasalah pendengaran ini
memerlukan pengalaman dalam menyampaikan emosi dan berkomunikasi dengan masyarakat
sekeliling dan melalui perkembangan mereka ia dapat membantu mereka meluahkan perasaan,
kehendak, keperluan mereka disamping memahami kehendak dan perasaan orang lain.
Kegagalan berkomunikasi disebabkan oleh faktor kehilangan pendengaran akhirnya memberi
kesan ke atas konsep kendiri dan kebolehan bermain serta berkongsi dengan rakan sebaya.
Kelambatan perkembangan dari aspek bahasa dan komunikasi juga turut melambatkan
perkembangan kognitif kanak-kanak bermasalah pendengaran ini. Perkembangan kognitif ini
merujuk kepada bagaimana memahami dan mengurus dunia mereka. Ini termasuk kemahiran
menaakul, menyimpan dan mengingati maklumat, klasifikasi, mendefinisikan dan sebagainya.
Kehilangan pendengaran ini dipengaruhi beberapa faktor-faktor sama ada sebelum lahir,
semasa kelahiran dan selepas kelahiran, dan faktor-faktor ini dipengaruhi beberapa aspek
seperti genetik dan persekitaran. Sebelum kelahiran ini, masalah pendengaran dipengaruhi oleh
baka yang disebabkan oleh genetik. Menurut Barbara et al. (2001), sebanyak 70 peratus kes
kepekakan kongenital yang dikaitkan dengan faktor genetik diklasifikasikan sebagai tidak
bersindromik, sementara dalam 30 peratus lagi dikelaskan sebagai kepekakan bersindromik
yang boleh didiagnosa secara klinikal dalam satu atau lebih 400 bentuk sindrom berkaitan (Che
Ismail C. Lah, 2008).Manakala bukan baka pula disebabkan faktor jangkitan sebelum lahir.

Pengambilan dadah atau bahan kimia seperti kuanin boleh mempengaruhi janin yang
dikandungkan sehingga mempengaruhi keselamatan janin yang dikandungkan disamping
masalah toksemia.

Pelbagai masalah boleh timbul semasa kelahiran seseorang bayi sehingga


menyebabkan kecederaan semasa dilahirkan terutamanya pada bahagian telinga. Bayi yang
dilahirkan dalam keadaan tidak cukup matang atau berat badang kurang daripada 2500g
mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami kecederaan dan kecacatan. Usia kandungan
adalah penting bagi kelahiran seseorang kanak-kanak kerana ia akan menentukan kematangan
organ dalaman mereka yang sedang berkembang. Kelahiran pada usia kandungan 21 sehingga
34 minggu, peluang bayi untuk hidup adalah tinggi. Ibu yang mengalami kesukaran melahirkan
anak sehingga mengambil masa kelahiran yang terlalu lama atau susah juga menyebabkan
tekanan pada telinga .
Bayi yang dilahirkan tanpa masalah pendengaran juga berisiko mengalami masalah
pendengaran disebabkan penyakit, keadaan persekitaran dan kemalangan. Penyakit ini
biasanya terjadi disebabkan oleh bakteria dan virus. Kehilangan pendengaran ini juga
disebabkan oleh bunyi yang terlalu kuat dalam jangka masa yang lama selain faktor
kemalangan sehingga mencederakan bahagian telinga.
2.3

MASALAH SAMPINGAN

Antara lain juga kanak-kanak bermasalah pendengaran ini mengalami masalah pengamatan
iaitu kefahaman terhadap sesuatu perkara atau situasi melalui pancaindera setelah berlakunya
proses mental. Antara masalah pengamatan pendengaran adalah berpunca daripada kecacatan
organisma telinga seperti diskriminasi, iaitu ketidakupayaan mengenal dan membezakan bunyi
sebutan, rentak irama dan intonasi yang berlainan. Ketidakupayaan mengenal arah bunyi (jauh
atau dekat), ketidakupayaan mengingat bunyi-bunyi yang didengar, dan ketidakupayaan
mengulang corak bunyi dan turutannya. Disamping masalah-masalah utama yang dihadapi oleh
kanak-kanak berkeperluan khas, mereka juga menghadapi masalah-masalah sampingan
seperti :
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

kurang memberi perhatian di dalam bilik darjah,


pencapaian yang lemah dalam perlajaran,
kurang bercakap dan menggunakan lebih banyak menggunakan jari,
kelihatan nakal dan tidak mempedulikan orang lain
tidak bertindak balas terhadap bunyi
silap memahami arahan

vii.
viii.
ix.
x.
xi.
xii.

menonjolkan sikap yang ganjil ketika berinteraksi


telinga sering berair atau bernanah
lebih banyak menunggu dan melihat apa yang dilakukan oleh orang lain terlebih dahulu sebelum
melakukan sebarang tugas
akan membaca bibir, melihat isyarat visual, ekspresi muka dan gerak tangan daripada mendengar
kurang melibatkan aktiviti dalam pertuturan
selalu berkhayal

2.4

PAKAR TERLIBAT

Menurut kajian Safani Bani et al., purata kehilangan pendengaran murid-murid


bermasalah pendengaran yang berdasarkan kepada rekod perubatan sampel yang disahkan
oleh pakar perubatan yang disimpan oleh sekolah (jadual 1.5). seramai 66.0% (93) daripada
murid-murid mengalami kehilangan pendengaran yang sangat teruk dan 10.6 % (15)
mengalami kehilangan pendengaran teruk. Seramai 18.4% (26) orang murid tiada rekod
kehilangan pendengaran mereka. Terdapat 7 (5.0%) orang murid didapati mengalami
kehilangan pendengaran ringan dan sederhana yang sepatutnya tidak dikategorikan dalam
bermasalah pendengaran tetapi di tempatkan dalam program persekolahan bermasalah
pendengaran.
(Kajian Safani B, Manisah M.A, Noraini M.S, Alizah A, UKM)

Ibubapa merupakan orang yang paling rapat untuk mengenalpasti masalah yang
dihadapi oleh kanak-kanak masalah pendengaran ini. Penglibatan ibu bapa adalah mustahak
dalam menjayakan pendidikan khas. Peranan ibu bapa yang dahulunya pasif telah berubah
kepada penglibatan aktif dalam perkembangan anak mereka. Menurut Gargiulo dan Gaves
(1991), untuk menggalakkan penglibatan keluarga dalam pendidikan anak mereka, pihak
sekolah dan guru pendidikan khas perlu menerangkan istlah penting dalam pendidikan khas.
Ahli audiologi adalah orang yang bertanggungjawab dalam mengenal pasti keadaan dan
tahap kehilangan pendengaran kanak-kanak manakala ahli patologi pertuturan bahasa pula
bertanggungjawab dalam memberi latihan pendengraan dan pertuturan kepada kanak-kanak
itu. Ahli audiologi akan menilai kemampuan pelbagai alat bantu dengar, membuat acuan telinga,

memilih dan memasang alat bantu dengar yang memberi impliksi terbaik kepada kanak-kanak
pekak termasuklah memberi kaunseling kepada ibu bapa tentang cara memakai, penjagaan
dan latihan yang perlu (Lokman, 2004). Dengan bantuan ahli patologi, kanak-kanak yang
mendapat implikasi terbaik akan dilatih menggunakan pendengaran untuk bertutur dan
membentuk bahasa (Lokman, 2004).
Sokongan daripada patologi pertuturan penting bagi membantu kanak-kanak ini dalam
aspek komunikasi. Ini kerana mereka menggunakan komunikasi secara menyeluruh dengan
menggabungkan isyarat dan pertuturan. Semasa bercakap dengan kanak-kanak kategori ini,
adalah penting bagi memastikan mereka memberi perhatian dan memandang muda dan tangan
mereka yang bercakap dengannya.

2.5

PELAN TINDAKAN

Sebagai pendidik kita perlu mengambil insiatif bagi membantu kanak-kanak bermasalah
pendengaran ini. Namun sebelum menjalankan kaedah-kaedah yang dapat membantu mereka,
pelan tindakan perlu dirancang dengan lebih awal bagi mencapai matlamat dan objektif yang
berkesan dalam membantu mereka. Pengesanan awal perlu dilakukan bagi mengesan tahap
masalah pendengaran yang dialami. Pengesanan awal oleh ahli audiologi untuk mengenal
pasti sama ada individu itu mempunyai masalah pendengaran ataupun tidak. Kanak-kanak
yang berumur 12 bulan keatas boleh menjalani pengesanan awal masalah pendengaran.
Pentingnya pengesanan awal ini adalah untuk mendapatkan rawatan awal dan segera.
Terdapat 2 ujian yang dijalankan iaitu ujian pertuturan dan ujian tarikan. Ujian pertuturan
bertujuan memerhati sama ada kanak-kanak tersebut memahami apa yang dipertuturkan
kepadanya dan menunjukkan gerak balas pada arahan yang diberikan. Manakala ujian
pertuturan pula ialah ujian yang dijalankan bagi kanak-kanak dengan mendedahkan bunyi-bunyi
tanpa pengetahuannya. Tindak balas tingkah laku akan diperhatikan sama ada bunyi yang
diperdengarkan memberi kesan kepadanya dengan menggerakkan mata, tangan, kaki atau
muka kearah bunyi (Dr. Aznan Che Ahmad, Bil.2/2010).
Seterusnya tindakan yang perlu diambil ialah dengan menjalankan intervensi awal bagi
kanak-kanak tersebut. Intervensi Awal adalah satu proses membekalkan perkhidmatan,
pendidikan dan sokongan kepada kanak-kanak yang berisiko atau yang mengalami kelambatan
dalam perkembangan fizikal atau mental yang akan mempengaruhi perkembangan dan
menghalang pembelajaran. Perkhidmatan yang disediakan adalah untuk memenuhi keperluan
kanak-kanak dan keluarga yang berkeperluan khas dalam lima bidang perkembangan, iaitu
fizikal, kognitif, komunikasi, sosial dan emosi serta adaptasi melalui pelbagai terapi atau

perkhidmatan seperti terapi cara kerja, terapi fisio, terapi pertuturan dan khidmat sokongan
keluarga. (Dr. Aznan Che Ahmad, Bil.2/2010).
Program intervensi awal di Malaysia disediakan kepada kanak-kanak bermasalah
pendengaran yang berumur dari 0 hinga 6 tahun. Intervensi awal seharusnya diberikan kepada
kanak-kanak bermasalah pendengaran seawal yang mungkin iaitu semenjak mereka dilahirkan
atau dikenalpasti mengalami masalah pendengaran sehingga mereka berusia tiga tahun.
Pengesanan awal sangat penting untuk kanak-kanak ini dan seterusnya intervensi awal atau
kaedah-kaedah dijalankan sesuai dengan masalah pendengaran yang dihadapi bagi
mengelakkan kelewatan perkembangan kanak-kanak dan sekali gus mempertingkatkan
pencapaian mereka dalam aspek akademik. Beberapa kaedah telah dirancangkan bagi
membantu kanak-kanak bermasalah pendengaran ini dalam mendidik mereka agar turut sama
mendapat ilmu pengetahuan seperti kanak-kanak yang lain.
Program jangka pendek yang dilaksanakan ialah penempatan dalam pendidikan.
Melalui program ini mereka diajar menggunakan alat bantuan pendengaran dan bahasa isyarat.
Mereka akan di tempatkan di Program Pendidikan Inklusif iaitu murid diberi peluang
berinteraksi dengan kanak-kanak lain tanpa mengira perbezaan individu. Pendidikan
Percantuman diberi kepada mereka dengan adanya bilik-bilik khas bagi membimbing mereka.
Program Jangka Panjang pula juga digunakan bagi membantu kanak-kanak
bermasalah pendengaran ini, antaranya ialah :
2.5.1 Pendekatan Auditory Verbal
Pendekatan ini merupakan satu kaedah di mana kanak-kanak bermasalah pendengaran diajar
menggunakan pendengaran mereka untuk mempelajari bahasa pertuturan melalui alat
pendengaran atau implan koklea. Ia bertujuan membolehkan kanak-kanak bermasalah
pendengaran menikmati persekitaran dan kehidupan yang biasa. Menurut Goldberg dan Flexer
(1993), pendekatan ini membolehkan kanak-kanak memperolehi pertuturan dan bahasa secara
semulajadi yakni melalui deria dengar.

2.5.2 Pendekatan Oral- Auditory


Pendekatan ini menekankan proses mendengar serta bertutur, dengan penggunaan saki baki
pendengaran secara lebih berkesan dan diperkukuhkan dengan penggunaan alat bantu dengar
dan deria lihat serta deria sentuh. Kaedah ini tidak menggunakan bahasa isyarat atau ejaan jari
tetapi menekankan kaedah membaca gerak bibir (lip reading). Kaedah ini menggunakan

implikasi bunyi bagi memperkembangkan kemahiran mendengar dan bertutur, melibatkan


latihan mendengar untuk membolehkan mereka mendiskriminasikan bunyi-bunyi yang berbeza.
2.5.3 Kaedah bacaan bibir
Kaedah ini juga menekankan penggunaan penglihatan sepenuhnya. Kaedah ini memerlukan
kanak-kanak sentiasa melihat gerak bibir penutur dengan tepat dan dalam situasi ini penutur
berada di tempat yang terang dan jelas dilihat.
2.5.4 Kaedah bahasa isyarat
Pada amnya bahasa isyarat digunakan dengan mudah dengan menggabungkan perkataan
dengan makna asas. Terdapat pelbagai bahasa isyarat termasuk American Sign Language,
Pidgin Sing Language (PSE), dan banyak lagi. Di Malaysia, bahasa isyarat yang digunakan
ialah Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM).
2.5.5 Kaedah komunikasi seluruh
Kaedah ini adalah satu kaedah yang menggabungkan ejaan jari, isyarat, bacaan bibir,
pertuturan dan implikasi auditori. Elemen penting dalam kaedah ini ialah penggunaan isyarat
dan pertuturan secara serentak.
2.5.6 Pertuturan isyarat (cued speech)
Kaedah ini diperkembangkan dari kaedah bacaan bibir, menggunakan bentuk-bentuk tangan
bagi memandu bunyi-bunyian. Bentuk-bentuk tangan yang dilambangkan (kiu), ditentukan pada
kawasan-kawasan di mana bentuk tangan menentukan bunyi perkataan. Terdapat lapan bentuk
tangan bagi konsonan dan empat bentuk tangan bagi menentukan bunyi huruf vokal.

Kebanyakan murid-murid bermasalah pendengaran tidak pekak sepenuhnya tetapi


masih mempunyai sisa pendengaran. Penggunaan alat bantuan pendengaran yang berfungsi
dengan baik adalah penting bagi membantu kanak-kanak bermasalah pendengaran mendengar
bunyi-bunyi pertuturan dan seterusnya boleh membantu mempelajari pertuturan (Clark 1989;
Romanik 1990). Kajian yang dijalankan oleh Safani Bari et al, dengan sampel kajian melibatkan
141 murid bermasalah pendengaran dan 38 orang guru di empat buah sekolah rendah
pendidikan khas di negeri Selangor menunjukkan, tanpa penggunaan alat bantuan
pendengaran dunia kanak-kanak ini sepi kerana hanya alat pendengarfan yang boleh
menghubungkan mereka denagn bunyi-bunyi persekitara. Pelan utama yang digunakan
perlulah melihat kepada tahap keperluan kanak-kanak tersebut. Namun usaha sama juga perlu
dilakukan bagi membantu guru-guru yang terlibat dalam pendidikan muri-murid bermasalah
pendengaran bagi memberi mereka pendedahan dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang
sesuai untuk kanak-kanak tersebut disamping meningkatkan kualiti pendidikan.

3.0

MASALAH PENGLIHATAN
3.1

DEFINISI PENGLIHATAN

Mata merupakan antara deria yang penting dalam menjalani hidup sehari-hari, tak kira
tua dan muda. Mata merupakan deria penglihatan yang digunakan untuk mendapat dan
menerima maklumat. Mata juga digunakan untuk aktiviti pengurusan diri, mengenali sesuatu,
untuk belajar, mengendalikan kemahiran motor dan untuk tujuan aktiviti sosial. Manakala
masalah penglihatan ialah ketidakupayaan melihat. Menurut Heward (1996), mereka yang
mempunyai masalah penglihatan ialah seseorang yang mempunyai ketajaman penglihatan
20/200 atau kurang daripada mata yang sihat dengan pembetulan (kaca mata) atau mempunyai
medan penglihatan yang sempit kurang daripada 20 darjah.
Dari segi pendidikan, masalah penglihatan ialah sekumpulan kanak-kanak yang
memerlukan pendidikan khas kerana masalah penglihatan. Kaedah penyampaian pembelajaran
dan bahan bantu mengajar perlu diadaptasikan dengan keperluan kanak-kanak ini supaya
dapat mengoptimakan pembelajaran dan pencapaian mereka. Definisi yang dikemukakan oleh
The World Council For Welfare of the Blind dalam Hajah Hasnah (1988) tentang masalah
penglihatan adalah tidak dapat melihat langsung, kebolehan melihat tidak lebih daripada 6/60
atau 20/200 iaitu melalui Ujian Snellen, dan penglihatan yang terhad kurang daripada 20
peratus.
3.2

JENIS KEPERLUAN KHAS (KECACATAN) UTAMA KES


Terdapat beberapa tahap masalah penglihatan yang membezakan antara buta dengan
penglihatan terhad ataupun low vision berdasarkan ujian visual acuity dan juga adaptasi
pendidikan khas. Masalah pada tahap sederhana masih membolehkan kanak-kanak melihat
cahaya dan menjalankan aktiviti melibatkan deria penglihatan dengan menggunakan alat bantu
khas seperti kanta. Masalah tahap teruk menyebabkan kanak-kanak mungkin memerlukan lebih
banyak masa dan tenaga dalam menjalankan aktiviti malam mengalami kesukaran melakukan
aktiviti berkaitan penglihatan termasuk mobiliti, walaupun dengan bantuan khas. Masalah pada
tahap sangat teruk mengakibatkan kesukaran melakukan aktiviti visual serti membaca dan
mobiliti serta perlu bergantung kepada deria-deria lain.
Kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan mempunyai ketidaknormalan mata
iaitu saraf optik atau pusat visual untuk otak mengakibatkan kurang ketajaman penglihatan.

Kanak-kanak ini hanya mempunyai 20/70 visual ketajaman, Sara Begun (2003) memberi lapan
kategori untuk kanak-kanak bermasalah penglihatan. Antara lain masalah penglihatan iaitu :
3.2.1
KATARAK
Sejenis kerosakan mata di mana kanta semula jadi menjadi berselaput dan rabun. Kanta mata
menjadi keruh dan caha tidak dapat menembusinya. Seseorang akan mengalami buta jika
keadaan ini tidak dirawat. Mereka yang berisiko tinggi menghidapi masalah penglihatan ini ialah
pesakit kencing manis, kandungan gula yang tinggi, golongan usia 60-an, kanak-kanak yang
lahir dalam komplikasi dan penyakit jangkitan daripada ibu mengandung.

3.2.2

STRABISMUS (JULING)

Suatu keadaan di mana kedua-dua mata tidak searah dan memandang pada titik yang
berbeza. Lencongan mata pada salah satu atau kedua dua mata sama ada juling ke dalam,
ke luar, ke atas atau ke bawah. Dengan itu paksi penglihatannya tidak lagi selari. Masalah ini
adalah ketidakbolehan untuk memfokuskan objek yang sama pada kedua-dua belah mata
kerana penyimpangan ke dalam atau ke luar pada sebelah atau kedua-dua belah mata.
Kehilangan penglihatan kekal boleh berlaku sekiranya tidak dirawat. Sebab-sebab mata juling :
Dalam kebanyakan kes, tiada sebab yang diketahui
Ia boleh disebabkan oleh otot-otot mata yang tidak berfungsi dengan baik pada mata yang

juling itu atau kelumpuhan otot-otot mata itu sendiri.


Rabun jauh juga boleh menyebabkan mata bergerak ke dalam.
Mata juling adalah lebih lazim di kalangan kanak-kanak yang mengalami masalah otak seperti
Cerebral Palsy, Down Syndrome, hydrocephalus dan barah otak.

3.2.4 GLUKOMA

Glaukoma adalah sejenis kerosakan mata yang disebabkan oleh tekanan cecair yang terlalu
tinggi di dalam bebola mata. Kesemua jenis Glaukoma adalah disebabkan gangguan atau
dihalang oleh bendalir yang mengedarkan ke dalam mata. Pusat atau sempadan penglihatan
akan rosak atau hilang keseluruhannya apabila tekanan meningkat dan merosakkan saraf optik.
Tekanan yang tinggi ini akan merosakkan sel retina dan serabut saraf sehingga ruang
penglihatan sekitar seseorang itu menjadi semakin sempit dan akhirnya akan terus menjadi

buta. Glukoma merupakankerosakan mata yang disebabkan oleh tekanan Intraokular Tinggi
(IOP) iaitu tekanan cecair yang terlalu tinggi di dalam bebola mata. Mendapan cecair yang
terdapat di dalam bebola mata akan terkumpul dan meningkatkan sel saraf optik akan
termampat dan akhirnya akan rosak.
3.2.5

AMBIPLIA (MATA MALAS)

Dikenali sebagai lazy eye / mata malas Suatu keadaan di mana salah satu mata tidak
berfungsi dan perlu bergantung pada sebelah mata yang sihat. Mata malas merupakan
gangguan yang terjadi pada masa perkembangan penglihatan. Oleh sebab ketajaman
penglihatan berkurang, mata menjadi malas melakukan fungsinya, saraf mata yang seharusnya
berkembang menjadi terhenti.
3.2.6 DIPLOPIA
Diplopia atau penglihatan ganda adalah suatu gangguan penglihatan yang mana objek terlihat
double atau ganda. Diplopia berasal dari bahasa Yunani, diplo iaitu ganda dan opia sebagai
penglihatan.
3.2.7 ALBINISME
Masalah penglihatan bagi kategori ini berlaku disebabkan kurangnya ataupun tidak adanya
pigmen melanin pada mata dan pewarisan alel gen resesif sehingga mengakibatkan
keterbatasan fizikal yakni sensitif terhadap sumber cahaya yang kuat, seperti lampu yang
terang, sinar matahari. Selain itu juga mereka memiliki keterbatasan pada jarak penglihatan.
3.2.8 MYOPIA (RABUN JAUH)
Keadaan dimana ketidakupayaan untuk melihat objek jauh dengan jelas dan hanya boleh
melihat pada jarak dekat sahaja. Ini adalah penyakit rabun mata yang paling lazim di kalangan
kanak-kanak dan remaja dan boleh disebabkan oleh keturunan. Kanak-kanak yang rabun dekat
memiliki bentuk kornea yang terlalu melengkung atau bola mata yang terlalu panjang. Ini akan
menyebabkan cahaya difokuskan ke bahagian hadapan retina dan bukannya ke atas retina
seperti yang sepatutnya.
3.2.9 HYPEROPIA (RABUN DEKAT)
Pada peringkat kanak-kanak, satu keadaan di mana bola mata lebih pendek daripada biasa.
Pada peringkat tang lebih tua yakni 40 tahun ke atas, kanta mata akan hilang kekenyalannya.
3.2.10 RABUN WARNA

Rabun warna atau colour blindness sebenarnya mengalami persepsi warna sahaja yang
berbeza dengan orang yang mempunyai penglihatan normal dan bukanlah penglihatan
televisyen hitam putih. Jika kita melihat warna merah menyala, seseorang yang mempunyai
defeksi warna merah akan melihat warna tersebut seperti warna merah gelap. Jenis rabun
warna adalah pelbagai dan tahap keterukan rabun warna itu sendiri berbeza. Segelintir individu
yang mempunyai Defek warna yang sangat teruk di mana ia boleh menyebabkan mereka buta
terhadap semua warna.

3.2.11 AGE RELATED MASCULAR DEGENERATION (AMD)

AMD Basah

AMD Kering

Makular merupakan sebahagian dari retina yang berfungsi untuk ketajaman, dan
sebagai pusat penglihatan untuk membaca atau memandu semakin merosot. AMD adalah
penyebab utama kehilangan penglihatan dan kerabunan (Mason 2001). Ia terbahagi kepada
dua iaitu Degenerasi Makular Kering dan Degenerasi Makular Basah. AMD kering disebabkan
penuaan dan penjarangan tisu-tisu mokular, endapan pigmen di dalam mokular. AMD basah
pula ialah saluran darah di bawah retina pecah dan membocorkan darah dan cecair sehingga
menyebabkan kerosakan kekal kepada sel-sel retina yang sensiti pada cahaya dan
mewujudkan titik buta pada pusat penglihatan.

3.2.12 NYSTAGMUS
Pergerakan yang abadi dan tidak sengaja bola-bola mata yang disebabkan oleh gangguan
aculomotor. Bola mata akan bergoyang sehingga fokus melihat terganggu

3.3

MASALAH-MASALAH SAMPINGAN
Kegagalan fungsi mata berjalan dengan baik bukan sahaja mengakibatkan masalah
penglihatan dikalangan kanak-kanak, namun juga mengakibatkan masalah-masalah lain
sehingga menganggu proses pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak tersebut. Mereka
yang mengalami masalah penglihatan ini juga sering mengadu sakit kepala dan pening, ingin
muntah apabila membaca atau membuat kerja yang memerlukan penglihatan yang dekat, imej
yang berbayang dan penglihatan yang kabur.

Disamping itu juga kanak-kanak bermasalah penglihatan ini mengalami masalah tingkah
laku yang berbeza dengan kanak-kanak normal. Mereka selalu memusingkan kepada ke
sebelah sahaja untuk melihat papan tulis ataupun objek. Ketika membaca kanak-kanak ini akan
meletakkan kepada pada suatu sudut pada keudukan yang luar biasa. Mereka juga selalu
mengecilkan mata, mengerutkan mata, menutup sebelah mata, kerap bercakap, keliru dengan
huruf, sering melanggar objek ketika berjalan atau bergerak. Kanak-kanak bermasalah
pendengaran tidak dapat memahami proses pengamatan.
Pengamatan merupakan kefahaman terhadap sesuatu perkara atau situasi melalui
pancaindera setelah berlakunya proses dalam mental. Janet W. Learner (1971) dalam bukunya
Children With Learning Disabilities telah mentafsirkan bahawa pengamatan adalah satu
proses untuk mengenal maklumat daripada tindak balas panca indera atau mekanisme yang
mentafsirkan sesuatu pergerakan panca indera dengan kuasa intelek. Antara ciri-ciri kesukaran
dalam komponen penglihatan yang melibatkan pengamatan ialah ketidakupayaan memahami
benda-benda abstrak, pengamatan dan daya anggaran berat, tidak memahami konsep bentuk,
ketidakupayaan mengagak sesuatu saiz, jarak, perhubungan antara objek, menyalin huruf,
nombor perkataan dan ayat. Namun kanak-kanak ini lebih mengetahui konsep sejuk dan panas
melalui sentuhan.

3.4 PAKAR-PAKAR TERLIBAT


Sistem penglihatan adalah antara yang paling cepat berkembang dalam tumbesaran
bayi. Bayi selalunya mula melihat objek- objek yang terang ketika berumur satu bulan, mula
mengamati objek yang bergerak ketika berumur dua bulan dan mula mencapai sesuatu objek
besar ketika berumur empat bulan. Perkembangan penglihatan ini berkembang berterusan dan
akan mencapai tahap ketajaman penglihatan 6/6 pada umur empat tahun. Bagi membantu
mengesan kecacatan penglihatan pada peringkat awal peranan ibubapa diperlukan. Beberapa
ujian penglihatan boleh dilakukan di rumah oleh ibu bapa bagi menilai tahap penglihatan anakanak dan untuk mengesan sebarang masalah penglihatan. Ujian penglihatan cahaya - Ini boleh
dilakukan dengan menggunakan lampu suluh kecil yang digerakkan beberapa kali dari mata
bayi ketika berumur dua atau tiga bulan. Selalunya bayi akan mengikut dengan gerakan kepala
ke mana arah lampu digerakkan. Selain itu juga beberapa peralatan mainan boleh digunakan.
Antaranya ialah :

I.

II.

III.

Menggunakan mainan yang sederhana besar - Ujian ini boleh dilakukan ketika bayi berumur tiga
hingga empat bulan. Letakkan alat mainan yang mengeluarkan bunyi tersebut di hadapan bayi.
Bayi akan cuba mencapai alat mainan tersebut.
Mengunakan gula-gula manik - Ujian ini boleh dilakukan semasa bayi berumur enam hingga tujuh
bulan. Letakkan gula-gula manik yang berwarna-warni pada tapak tangan anda di hadapan
bayi. Sekiranya penglihatan bayi normal, ia akan cuba mengutipnya dan dimasukkan ke dalam
mulut. Cuba dengan beberapa saiz gula-gula yang berbeza.
Memadankan gambar-gambar yang serupa Ujian ini boleh dilakukan dengan menggunakan dua
set gambar yang serupa. Selalunya boleh diuji pada kanak-kanak berumur dua hingga tiga
tahun pada jarak yang agak jauh di hadapannya. Jika anak sudah mula bercakap, suruh dia
sebutkan objek yang ditunjukkan atau padankan gambar yang tunjukkan.

Sekiranya bayi tidak menunjukkan tindak balas yang diharapkan terhadap ujian di atas,
bawalah ia berjumpa pakar mata (optometris atau oftalmologis) untuk pemeriksaan lanjut.
Menurut Zuhayati Yazid (2006) menjelaskan optometris di Malaysia dapat memainkan peranan
yang lebih positif untuk membantu menangani masalah gangguan penglihatan di kalangan
kanak-kanak. Jangan takut untuk membuat pemeriksaan mata terhadap anak-anak anda
kerana pengesanan masalah pada peringkat awal adalah penting untuk mengelak kes-kes yang
lebih teruk seperti amblyopia dan juling. Amblyopia dan juling juga kini boleh dirawat melalui
kaedah ortoptik yang boleh didapati di pusat rawatan pakar mata dan juga pusat perkhidmatan
optometris.
Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat (2009) terdapat banyak kemudahan yang telah
disediakan oleh kerajaan dan badan-badan NGO bagi membantu individu yang mengalami
masalah penglihatan. Ini kerana mereka ini memerlukan lebih dari satu alat bantuan bagi
membantu mereka dalam pembelajaran dan pergerakan.

3.5

PELAN TINDAKAN

Bagi membantu kanak-kanak bermasalah pendengaran, pelbagai ujian dan pendekatan yang
digunakan bagi menilai tahap kehilangan penglihatan mereka. Pelbagai ujian telah dijalankan
untuk membuktikan bahawa kanak-kanak cacat penglihatan yang mengalami kecelaruan di
dalam konsep ruang, di antaranya ialah meta analysis dimana kanak-kanak buta dan rabun
diletakkan di suatu kawasan dan diuji bagaimana mereka mengamati ruang di dalam kawasan
tersebut. Hasil ujian menunjukkan bahawa kanak-kanak buta amat sukar untuk mengadaptasi

sumber atau petunjuk (clue) yang ada. Mereka memerlukan latihan sebelum didedahkan
kepada sesuatu situasi baru (Linn & Petersen, 1985).
Kanak-kanak yang mengalami kebutaan memerlukan pelbagai pendedahan dan latihan
intensif. Diantaranya ialah peningkatan deria bau diperingkat bayi. Bayi perlu diberikan
pendedahan tentang individu-individu penting seperti ibu, bapa dan adik-beradik. Tindakan ini
akan memberikan kesan psikologi iaitu rasa selamat pada seseorang bayi. Seseorang kanakkanak cacat penglihatan sering menunjukkan tingkahlaku atau emosi takut. Perasaan takut ini
akan lebih menonjol pada keadaan atau situasi yang baru dilaluinya disebabkan mereka tidak
menguasai konsep ruang. Latihan yang diperlukan ialah mengenal gema, orientasi dan mobiliti
(Jacobson, 1993). Latihan mengenal gema adalah dengan melatih kanak-kanak mengenal
balikan gelombang pantulan pada objek seperti dinding agar mereka mengetahui kedudukan
mereka adalah berhampiran dengan sesuatu objek.Kementerian kesihatan Malaysia
menghasilkan buku Manual On The Management of Children With Visual Impairement yang
antara lain memberi cadangan kaedah yang dapat digunakan semasa menjalankan aktiviti
rangsangan terhadap kanak-kanak bermasalah penglihatan berkaitan penggunaan deria bau,
sentuh dan pendengaran.
Bagi kanak-kanak cacat penglihatan, maklumat tentang jarak sering menjadi kekeliruan.
Latihan perlu diberikan untuk mereka mengenal sesuatu jarak seperti apakah yang dikatakan
dengan satu depa dan sepuluh meter. Kanak-kanak ini perlu diberikan pengalaman untuk
membuat ukuran sendiri menggunakan tali pengukur untuk mendapatkan perbandingan
jarak. Pengenalan kepada saiz memerlukan pelbagai elemen yang dapat menyokong sesuatu
keadaan. Aktiviti untuk mengenal saiz boleh dilakukan dengan membuat persamaan dengan
kehidupan harian. Sebagai contoh, adik memakai seluar saiz S dan abang memakai seluar saiz
X. Perbezaan ini boleh diterangkan kepada kanak-kanak cacat penglihatan untuk membolehkan
mereka membuat perbandingan saiz.
Kanak-kanak dengan masalah penglihatan memerlukan bantuan dalam pelbagai aspek
pendidikan seperti orientasi dan mobiliti di kawasan yang belum biasa baginya. Pendidikan bagi
kanak bermasalah penglihatan perlu dilengkapi dengan peralatan yang sesuai mengikut
tahap masalah yang dihadapinya. Antaranya adalah tongkat putih, mesin braille, buku Braille,
alat sentuh seperti peta, gambar rajah timbul, model tiga dimensi, bilik sumber yang dilengkapi
dengan kemudahan mesin braille, alat rakaman audio, duplicator braille, bilik penyelenggaraan
braille, bilik low vision, hand held magnifier, stand magnifier,
spectacle magnifier, dan teleskop.
Sistem tutorial multimedia atas talian Kod Braille Bahasa Malaysia telah
diperkenalkan untuk menyokong proses pengajaran dan pembelajaran Kod Braille Bahasa

Malaysia. E-KodBrailleBM ini merupakan salah satu projek yang dijalankan bertujuan
menyokong guru-guru pendidikan khas di Malaysia. Di samping guru-guru pendidikan khas,
sistem tutorial ini juga berguna untuk ibu bapa serta individu lain yang berminat dalam
mempelajari Braille secara visual. Versi percubaan sudah pun sedia untuk digunakan dan
proses penilaian sedang dijalankan. Sistem ini akan dibuka kepada khalayak ramai sebaik
sahaja proses penilaian siap dijalankan. Sesiapa yang berminat untuk menggunakan sistem
versi percubaan ini dan rela menyertai sebagai sampel dalam kajian penilaian boleh mendaftar
sekarang di laman web berikut (Buletin Pendidikan Khas, Jilid 2, Bil.2/2010) :
http://ekodbraille.ses.usm.my
Program Jangka Pendek yang boleh dilaksanakan bagi mendidik kanak-kanak
bermasalah penglihatan ini ialah dengan mendedahkan dan membimbing mereka mengguna
deria yang masih berfungsi iaitu dari segi penggunaan deria bau, sentuhan dan
pendengaran. Pengajaran dari segi deria bau ialah dengan memastikan kanak-kanak ini
diberikan peluang untuk menghidu benda, misalnya makanan yang dimakannya, minumannya,
sabun yang digunakan untuk mandi, bau pasar, bau kiosk petrol, minyak wangi, bedak dan lainlain. Ini dapat membantu mereka mengenalpasti benda yang terdapat disekeliling mereka dan
membantu mereka memenuhi kehendak mereka seperti berada di alam kanak-kanak normal
yang lain. Melalui deria sentuh pula, bimbingan diberikan dengan memandu tangan kanakkanak ini untuk menyentuh benda-benda. Beri kanak-kanak pelbagai benda ataupun objek
pelbagai tekstur, bentuk dan saiz. Beri peluang kepada kanak-kanak untuk menjalankan aktiviti
seharian seperti bermain, mengurus diri, menyertai keluarga di dapur ataupun di taman.
Dari segi pendidikan deria pendengaran pula, guru boleh bercakap dengan kanakkanak itu pada setiap kesempatan. Namakan benda-benda yang disentuhnya dan beritahu apa
yang sedang berlaku di sekelilingnya. Terangkan juga benda-benda yang sedang dilakukan dan
jelaskan kepada kanak-kanak itu tentang perasaan. Galakkan kana-kanak bercakap, misalnya
dengan bertanya soalan kepadanya dan galakkan ia bertanya kembali. Elakkan daripada
menggunakan bahasa pelat (baby talk) dengan kanak-kanak. Pastikan orang bercakap terus
kepada kanak-kanak, iaitu membantu masyarakat sekeliling turut sama membimbing dan
berkomunikasi dengan kanak-kanak bermasalah penglihatan ini.

4.0

PENUTUP

Pendidikan Khas di Malaysia akhir-akhir ini pesat membangun bukan sahaja dari aspek
bertambahnya bilangan pelajar tetapi juga dari aspek prasarana yang lain seperti pertambahan

bilangan sekolah dan kelas, peningkatan bilangan dan kualiti guru, serta peningkatan mutu
pengurusan dan pentadbiran sekolah yang mempunyai kanak-kanak berkeperluan khas..
Seksyen 40 dan seksyen 41 dalam Akta 1995 dilihat oleh pelbagai pihak sebagai era baru
dalam dunia pendidikan khas kerana Menteri Pendidikan dikehendaki menyediakan kelas
pendidikan khas jika adanya permintaan dari masyarakat. Akta yang memperuntukkan kuasa
kepada Menteri untuk menentukan tempoh persekolahan dan kandungan kurikulum untuk
keperluan pendidikan khas. Hal ini menggambarkan bahawa setiap lapisan kita telah memberi
perhatian kepada golongan ini.
Dalam usaha memupuk kerjasa di antara pihak sekolah dan keluarga, guru harus sedar
bahawa hubungan dengan ibu bapa mungkin berbeza tertakluk kepada latar belakang keluarga.
Ibu bapa berpelajaran rendah mengkin berhati-hati berinteraksi dengan guru berbanding
dengan ibu bapa berpelajaran tinggi. Oleh itu, guru harus sedar dan mengambil kira perbezaan
kepercayaan dalam usaha mendidik kanak-kanak berkeperluan khas sama ada dari segi
masalah pembelajaran, masalah penglihatan mahupun masalah pendengaran.

RUJUKAN
Abdullah Yusof, Safani Bari. 2006. HBSE1103 Pengenalan Pendidikan Khas. Open University
Malaysia (OUM)
Amir Awang, 1991. Modifikasi Tingkah Laku dan Terapi. Universiti Sains Malaysia: Pulau

Pinang

Azizi Yahaya, Jaafar Sidek Latif, Shahrin Hashim & Yusof Boon, 2006. Psikologi Sosial Alam
Remaja, PTS Profesional: Selangor

Bulletin Pendidikan Khas. April 2010. Jilid 1,Bil. 1. ISSN 2180-110X.


http://epkhas.ses.usm.my dimuat turun pada 29/04/2010
Bulletin Pendidikan Khas. 2010. Jilid 2,Bil. 2. ISSN 2180-110X.

Masalah Pendengaran
Masalah pendengaran merujuk kepada golongan yang tidak boleh mendengar langsung walaupun
memakai alat bantuan pendengaran atau tidak boleh mendengar dengan jelas tanpa memakai alat
bantuan pendengaran.
Antara maksud yang lain ialah kurang pendengaran, tuli, tuna, congek, berat telinga, dan sebagainya.
Terdapat empat (4) tahap yang boleh dikategorikan sebagai golongan bermasalah pendengaran, iaitu :
~ Minimum - (15 - <30 dB) bagi kanak-kanak dan (-20 - <30 dB) bagi orang dewasa
~ Sederhana - (30 - <60 dB)
~ Teruk - (60 - <90 dB)
~ Sangat teruk - (>90 dB)
Kedua-dua kecacatan ini berpunca daripada kelahiran, penyakit dan kemalangan. Bagi masalah pekak,
puncanya ialah kerosakan pada bahagaian gegendang telinga.
Terdapat dua jenis golongan bermasalah pendengaran ini, iaitu golong yang tidak boleh mendengar
sahaja dan golongan yang tidak boleh mendengar dan bertutur sekali.

Bahasa Isyarat
Bahasa isyarat ialah bahasa komunikasi dalam kalangan golongan bermasalah pendengaran. Golongan
yang bukan pekak turut menggunakan bahasa isyarat dalam kehidupan masing-masing tanpa
pengetahuan mereka. Hal ini terbukti apabila kita banyak menggerakkan tangan ketika bertutur misalnya
makan, minum, panas dan sebagainya isyarat yang lazimnya ditunjukkan dalam kehidupan. Ini boleh
juga dikenali sebagai bahasa badan.
Terdapat beberapa bahasa isyarat yang digunakan oleh golongan pekak di Malaysia.
1. Kod Tangan Bahasa Malaysia (KTBM)
KTBM bukanlah bahasa isyarat umum dan biasanya digunakan di sekolah-sekolah. KTBM ini diwujudkan
menurut asas-asas dan tatabahasa serta prinsip-prinsip Bahasa Malaysia supaya difahami oleh rakyat
Malaysia. Namun, penggunaan KTBM mempunyai kesan positif dan negatif. Positifnya, KTBM ini dapat
mengajar golongan pekak tentang penggunaan struktur Bahasa Malaysia. Manakala negatifnya, KTBM
memperlambat perkembangan dalam komunikasi mereka kerana terdapat banyak imbuhan dan struktur
yang memberikan kekeliruan kepada mereka.

2. Bahasa Isyarat Malaysia (BIM @ MySL)


BIM barulah bahasa isyarat umum yang selalunya digunakan oleh golongan pekak di Malaysia. BIM
diakui sebagai bahasa ibunda yang senang dan digunakan secara meluas. BIM membolehkan golongan
pekak berkomunikasi dengan baik serta memahami apa yang diperkatakan. Namun, BIM juga
mempunyai masalah kerana BIM tidak sama dengan bahasa yang biasanya digunakan oleh kebanyakan
orang dan sering memendekkan ayat tanpa imbuhan, kata sendi dan sebagainya.
Contoh ayat : Saya pergi ke rumah Ali.
Ayat dalam BIM : Saya pergi rumah Ali.
Contoh ini menunjukkan ayat dalam BIM tiada kata sendi 'ke-'.
3. Bahasa Isyarat Amerika (America Sign Language - ASL)
ASL merupakan bahasa isyarat yang digunakan dalam kalangan golongan pekak di negara Amerika. Di
Malaysia, ASL digunakan untuk mengajar mata pelajaran bahasa Inggeris. Biasanya golongan pekak yang
menggunakan ASL lebih berfasih bahasa Inggeris. ASL hampir mempunyai persamaan dengan BIM
namun caranya berbeza. Berbanding dengan BIM, ASL lebih maju kerana mempunyai struktur
perbendaharaan dan tatabahasa yang kukuh.
4. Pertuturan Kiu
Pertuturan kiu hanya digunakan oleh sesetengah golongan pekak terutamanya di Kuala Lumpur kerana
tidak disebarkan secara meluas. Pertuturan kiu merupakan terapi yang membolehkan golongan pekak
bertutur/bercakap dengan bantuan kod kiu. Golongan pekak yang menggunakan pertuturan kiu mampu
bercakap seperti orang normal.

Sebelum mempelajari bahasa isyarat, eloklah belajar mengeja kod huruf-huruf A - Z terlebih dahulu.
Dengan ada kemahiran ini, kita dapat berkomunikasi dengan golongan pekak walaupun tak fasih dalam
menggunakan bahasa isyarat mereka. Hanya mengeja kod huruf atau menggunakan bahasa isyarat yang
mudah, mereka boleh faham sikit apa yang diperkatakan oleh anda. Setelah mahir, barulah anda boleh
belajar
bahasa
isyarat
sepenuhnya.
Selamat berjaya!

Pekak Dianggap Bisu?


Seringkali sesetengah orang berkata golongan pekak sebagai bisu. Tanggapan mereka adalah salah.
Terdapat pelbagai kategori dalam Orang Kelainan Upaya/Orang Kurang Upaya (OKU), iaitu bermasalah
pendengaran, bermasalah pertuturan, bermasalah penglihatan, bermasalah fizikal, bermasalah
pembelajaran, bermasalah mental, dan bermasalah pelbagai (Multiple Disabilities).
Maka, maksud bagi kecacatan bermasalah pendengaran dan bermasalah pertuturan tidaklah sama.
Bermasalah pendengaran/pekak bermaksud tidak boleh mendengar dengan baik/jelas atau tidak
mendengar langsung manakala bermasalah pertuturan/bisu bermaksud tidak boleh bertutur sehingga
timbulnya masalah komunikasi yang sempurna seperti tiada suara yang keluar dari pita suara.

Rumusannya, golongan pekak bukanlah golongan bisu dan golongan bisu bukanlah golongan pekak.
Sekiranya terdapat golongan yang pekak dan bisu sekaligus, bilangannya tidaklah ramai.
Sesetengah golongan pekak amat sensitif apabila mereka disangka sebagai orang bisu. Namun mereka
mungkin tidak memahami keadaan yang sebenar. Kemungkinan kebanyakan orang menyangka golongan
pekak ialah orang bisu kerana mereka tidak mempunyai pengetahuan am tentang perbezaan anatara
kedua-dua golongan ini. Namun tidak boleh dinafikan bahawa terdapat orang yang mengetahui
tentangnya.
Selain itu, orang ramai mungkin menyangka golongan pekak merupakan orang yang bisu kerana tidaklah
semua golongan pekak dapat bertutur dengan baik. Masalah ini adalah disebabkan kurangnya latihan
pertuturan sama ada dari pihak guru dan ibu bapa. Sedangpun golongan pekak sebenarnya mempunyai
peluang untuk bertutur dengan lancar walaupun tak dapat mendengar dengan baik sekiranya menerima
latihan
secara
berterusan.
Kesimpulannya, kita tidak boleh menyalahkan orang yang membuat tanggapan tersebut sepenuhnya.
Pendek kata, tiada seorang pun yang bersalah bagi masalah ini sama ada golongan OKU atau golongan
bukan OKU. Langkah terbaik ialah memberikan ilmu pengetahuan am tentang golongan ini melalui
media
massa,
kempen
atau
pelajaran.
Maklumat tentang penulis blog ini : Penulis ialah seorang yang bermasalah pendengaran dan tidak
dapat bertutur langsung kerana berhenti menerima latihan penuturan daripada guru ketika saya kecil
lagi. Namun ia tidak bermaksud penulis juga seorang yang bermasalah penuturan kerana masih
mempunyai suara. Malah dalam kad pengenalan OKU penulis hanya dilabelkan bermasalah pendengaran
sahaja.

You might also like