You are on page 1of 2

PENTAKSIRAN AUTENTIK VS PENTAKSIRAN TRADISIONAL

Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat


penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan. Pentaksiran
merupakan satu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul,
merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seseorang pelajar
bagi sesuatu tujuan (LPM, 2000). Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan
gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang pelajar dalam sesuatu subjek atau aktiviti
pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan. Terdapat beberapa bentuk
pentaksiran yang dijalankan untuk menilai keberkesan pengajaran dan pembelajaran. Antaranya
ialah pentaksiran autentik dan pentaksiran tradisional.
Pentaksiran autentik merupakan suatu bentuk penilaian yang berlainan daripada formal seperti
penilaian formatif dan penilaian sumatif yang digunakan oleh guru dalam bilik darjah. Hal ini
kerana, penilaian ini kurang memberi penekanan kepada penggunaan kertas dan pensil
sebagaimana yang digunakan dalam penilaian tradisional tetapi lebih bertumpu kepada amali
terhadap sesuatu tugasan seperti yang dilakukan dalam keadaan sebenarnya. Pengaplikasian
pentaksiran autentik di dalam bilik darjah memerlukan murid melakukan sesuatu tugasan yang
berbentuk agak kompleks tetapi bererti. Tugasan yang diberikan seharusnya berasaskan
pengetahuan awal, pembelajaran semasa dan kemahiran yang relevan untuk menyelesaikan
masalah sebenar berlaku. Contohnya: melaksanakan ujikaji, menjalankan sesi temubual,
menyediakan portfolio dan sebagainya. Pentaksiran autentik membentuk murid menjadi serba
boleh kerana dilatih untuk melaksanakan kepelbagaian kemahiran dan terdapat aspek pembinaan
sahsiah di dalamnya. Ianya lebih bersifat realistik dan praktikal bersesuaian dengan pembinaan
murid menghadapi dunia dan cabaran yang sebenar. Pentaksiran autentik juga merupakan satu
penilaian dilaksanakan secara perlaksanaan tugas dimana murid pula melaksanakan tugasan
dalam bentuk portfolio, kerja kursus, ujikaji, temubual, bercerita, projek, eksperimen,
demontrasi, sampel penulisan dan pemerhatian guru. Penilaian autentik memerlukan
perealisasian pengetahuan dengan menunjukkan pemahaman dengan melakukan tugasan yang
lebih kompleks yang biasanya memberi hasilan yang lebih bermakna.

Manakala, pentaksiran tradisional menggunakan kaedah peperiksaan dan ujian semata-mata


didapati tidak mampu mengukur sepenuhnya potensi pelajari dari segi jeris iaitu aspek jasmani,
emosi , rohani ,intelektual dan sosial. Melalui peperiksaan dan ujian yang berbentuk objektif
dilihat hanya menekankan kepada pentaksiran berbentuk kemahiran diskret sahaja tetapi tidak
dapat menilai kejituan dan kemampuan penglibatan pelajar dalam aktiviti di dalam kelas,
interaksi sosial, kemahiran berkomunikasi dan situasi kehidupan sebenar. Permasalahan yang
dapat dikenalpasti berhubungan dengan penilaian tradisional biasanya adalah ia tidak dapat
menunjukkan keadaan sebenar mengenai apa yang murid tahu dan faham.
Pentaksiran tradisonal juga juga merujuk kepada pilihan ujian aneka pilihan, isi tempat kosong,
menentukan betul atau salah, memadankan dan seperti kebiasaan dalam pendidikan. Pembinaan
pentaksiran tradisional adalah berasaskan kepada falsafah pendidikan yang diterimapakai dengan
beberapa hujah. Dalam penilaian tradisional, kurikulum akan memacu pentaksiran manakala
pentaksiran autentik, penilaian akan memimpin kurikulum. Melalui pentaksiran secara
tradisional, penilaian biasanya dibuat mempunyai pilihan jawapan aneka pilihan seperti a,b,c dan
d dan pelajar mungkin membuat pilihan jawapan yang betul walaupun tidak mengetahui jawapan
yang sebenar. Kesimpulannya, pentaksiran tradisional mampu menilai murid dalam konteks yang
lebih kecil iaitu tahap pengetahuan, kefahaman dan ingatan. Manakala pentaksiran autentik
mampu menyediakan murid dalam berhadapan dengan cabaran dunia sebenar.
Bagi pendapat saya pentaksiran autentik lebih efisien berbanding tradisional. Ianya kerana,
pentaksiran tradisional hanya bergantung pada kertas dan pensel. Minat dan bakat yang ada pada
seseorang murid tidak dapat dilihat melalui pentaksiran tradisional. Manakala tradisional
autentik menyediakan platform untuk menguji seseorang murid secara mendalam.

You might also like