You are on page 1of 23

Teknik ibubapa berdialog mempengaruhi bahasa dan komunikasi kanak-kanak 3-4 tahun

yang lewat bercakap (tanpa masalah pendengaran dan pertuturan).


Bab 1: Pendahuluan
1.0 Pengenalan
Pakar Perkembangan dan Pendidikan Kanak-Kanak Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia (UIAM), Dr Mastura Badzis, berkata keupayaan seseorang kanak-kanak itu boleh
bercakap adalah berbeza antara seorang dengan yang lain dan berkait rapat dengan faktor
persekitaran dan kesihatan mereka.Katanya, ada sesetengah kes anak lambat bercakap kerana
faktor genetik yang mana ayah atau ibunya ketika kecil pun lambat bercakap juga. Ramai ibu
bapa yang menyedari bahawa anaknya lambat bercakap, tetapi hanya berharap agar
anaknya akan lancar bercakap dengan sendirinya apabila masuk ke pra sekolah.
Hakikatnya ramai antara mereka yang tidak juga lancar bercakap walaupun telah masuk ke
sekolah rendah. Pada saat itu, barulah ibu bapa tersedar bahawa sesuatu perlu dilakukan.
Jika anda merupakan salah seorang ibu bapa yang mempunyai anak yang lewat bertutur,
masih sempat lagi untuk anda bertindak dari sekarang.
1.1Latar belakang kajian.
Teknik ibubapa berdialog ialah salah satu teknik cara ibubapa berkomunikasi dengan
anak.Cara dialog yang betul membolehkan anak-anak membina perbendaharaan kata serta
kosa kata dengan cepat dan betul. Anak ialah cermin ibu bapa. Ibu bapa ialah idola anak-anak.
Letakkan target, berusaha untuk mencapainya. Mulakan langkah dengan diri sendiri dahulu.
Menurut Dr Syed Nazir Syed Kadir, bercakap dengan anak gunakan sebutan yang betul.
gunakan struktur ayat yang betul dan sebutan yang jelas kerana salah satu fasa permulaan
anak untuk bertutur bermula dari peranan ibu bapa juga. Ibu bapa perlu memberi perhatian
pada anak-anak terutamanya apabila mereka mula mahu menyebut perkataan. Sesibuk
mana atau penat sekalipun, perlu juga beri perhatian pada anak apabila dia bercakap dan
jika anak nampak pendiam atau agak lambat untuk bertutur, ajak anak ini untuk berborak
dan gunakan pendekatan yang terbaik.
Kebiasaannya para ibubapa mempunyai naluri terhadap anak mereka. Ibubapa ini
biasanya dapat merasakan ada sesuatu yang tak kena pada anak mereka.( Coleman, P. K., &
Karraker, K. H. (1998). Tetapi naluri ini sering dipadamkan oleh persekitaran. Apa yang sering
berlaku ialah orang-orang yang sepatutnya memberi nasihat, tetapi memberi ayat penyedap
hati. Mereka ini termasuklah datuk nenek, jiran tetangga dan rakan sekerja. Antara ayat

[1]

penyedap hati ialah , nanti dah masuk tadika ok la tu, Biasalah anak-anak lain tahap
perkembangannya, ala..dulu ayahnya pun lambat bercakap juga. Semoga dengan adanya
kaedah ini ibubapa lebih jelas cara dialog yang betul bersama anak mereka.
1.2 Penyataan masalah.
Ibubapa selalu risau jika anak mereka sudah mahu bersekolah tetap masih belum boleh
bercakap. (McArthur, G. M., & Bishop, D. V. (2005), Persoalannya kalau tidak ada sistem
sekolah di negara kita ni, adakah anak tersebut tidak akan diberikan rawatan yang sewajarnya?
Namun bilakah masanya atau tahap usia kanak-kanak itu dikenal pasti sebagai lewat bercakap
dan perlu mendapatkan bantuan? Jangan disebabkan mahu bersekolah baru mencari jawapan
mengapa anak saya masih belum boleh bercakap. Beck (2002) mendapati murid-murid yang
mempunyai masalah pertuturan kurang berpeluang unutk mengambil bahagian dalam aktiviti
literasi dalam aktiviti literasi dan berinteraksi. Beck menyatakan komunikasi alternatif dan
augmentatif memberi peluang kepada murid-murid menagmbil bahagian dalam aktiviti
berkumpulan bagi memperbaiki kemahiran bahasa dan megembangkan kemahiran komunikasi
secara berfungsi. Sebagai ibubapa mereka seharusnya perlu tahu tahap perkembangan anak
anak mereka dan umur kritikal kanak-kanak untuk belajar bahasa adalah dari 0-5 tahun dan
ibubapa janganlah tunggu waktu yang kritikal itu, (Bird, Bishop, and Freeman (1995) .Hal ini
kerana, apabila anak itu sudah bersekolah ditambah lagi dengan mereka perlu belajar
membaca, mengira sudah pasti lebih tertekan anak itu nanti. Jika bermula awal, kita ibubapa
tidak tergesa-gesa untuk memaksa anak tersebut mengejar kemahiran-kemahiran yang dia
belum ada. Anak tersebut akan tertekan dengan situasi tersebut malah ibu bapa juga boleh
tertekan. Jadi jika membantu anak anak ini seawal yang boleh. Jadi, pantaulah perkembangan
anak anda dari sebelum umur setahun lagi dan mulakan langkah jangan tunggu sampai
bersekolah.
1.3.Persoalan kajian.
1. Apakah tahap perkembangan bahasa anak yang lambat bercakap ?
2.

Bagaimana ibubapa tahu cara berkomunikasi dengan bahasa pertuturan anak mereka?

1.4 Objektif kajian


1.

Ibubapa boleh mengajar anak mereka dengan idea baru dan boleh menggunakan kaedah

dialog ibubapa.

[2]

2.

Melatih anak bercakap memerlukan interaksi 2 hala antara ibubapa dan anak. Makin kerap

ibubapa mewujudkan peluang interaksi makin banyaklah interaksi dua hala berlaku antara
ibubapa dan anak.
1.5 Batasan Kajian
Menurut Amir Hasan Dawi (2006), batasan kajian memberitahu tentang had-had atau
kekurangan kajian. Dalam menjalankan kajian ini terdapat beberapa faktor yang menyebabkan
keterbatasan kajian. faktor-faktor adalah seperti berikut:
1. Tempoh masa kajian yang singkat.
2. Kekangan tugas sebagai seorang guru.
3. Responden yang sedikit dan kurang mendapat kerjasama daripada ibu bapa responden
kajian.
4. Masalah komunikasi dengan sampel kajian.
5. Tiada panduan yang khusus daripada kajian lepas.
1.6 Definisi
Menurut American Speech Language Hearing Association (AHA) telah mendefinisikan
pertuturan, bahasa dan komunikasi dengan definisi yang berbeza. Ketiga tiga perkara ini
walau bagaimanapun sangat berkait rapat dengan masalah anak lambat bercakap.
1.6.1 Definisi pertuturan
Apa itu pertuturan (Speech), AHA telah mendifinisikan pertuturan sebagai 3 perkara iaitu
artikulasi atau kemahiran fonologi, kelancaran bercakap dan suara iaitu kebolehan kanak kanak
untuk menghasilkan bunyi atau bahasa sendiri, kemahiran bertutur dengan irama yang betul
dan bebas dari tingkah laku gagap serta boleh menghasilkan ucapan yang mempunyai kualiti
vokal yang sesuai untuk umur beliau dan jantina.
1.6.2 Definisi bahasa
Apa itu bahasa, menurut AHA, bahasa pula melibatkan keupayaan motor fizikal
bercakap, bahasa adalah sistem simbolik digunakan untuk menyampaikan mesej. Dalam
bahasa Inggeris, simbol-simbol yang boleh menjadi kata-kata, sama ada secara lisan atau
bertulis. Setiap orang adakalanya mempunyai simbol gestural(bahasa badan), contohnya
sambil mengenepikan bahu kami untuk menunjukkan "Saya tidak tahu" atau melambai untuk

[3]

menunjukkan "Bye Bye" atau menaikkan kening mata kami untuk menunjukkan bahawa kita
terkejut dengan sesuatu.
Sebagaimana AHA mentakrifkan bahasa: Bahasa terdiri daripada peraturan sosial yang
seperti. Apa perkataan bermakna (contohnya, "bintang" boleh merujuk kepada objek yang cerah
di langit malam) Bagaimana untuk membuat kata-kata baru atau memulakan perkenalan
(contohnya, rakan, mesra, tidak mesra) Apa kombinasi kata yang terbaik dalam apa keadaan
("Adakah anda keberatan bergerak kaki anda?" Cepat boleh bertukar kepada "Lepaskan kaki
saya, tolonglah!" Jika permintaan pertama tidak menghasilkan keputusan)
Sebahagian daripada sistem yang mengawal bahasa yang boleh termasuk sintaksis,
semantik, fonologi, morfologi, dan pragmatik. Atkinson (1990) membahagikan bahasa kepada
dua aspek, iaitu penghasilan yang bermula dengan penyataan pemikiran yang dihasilkan
dengan bunyi bagi menyatakan sesuatu ayat. Kedua, pemahaman yang bermula dengan
mendengar bunyi kata , kemudian menghubungkan kata dengan makna menggabungkan kata
untuk membina ayat dan memahami penyataan yang dibina.
1.6.3 Definisi komunikasi
Manakala Komunikasi pula AHA mentakrifkan sebagai, proses menyampaikan mesej
atau bermaksud untuk mewujudkan pemahaman yang dikongsi kepada orang lain. Anda tidak
perlu ucapan atau bahasa yang sama untuk berkomunikasi. Bagaimana? Katakan anda
membuat keputusan dalam perjalanan ke Rom, tetapi anda tidak bercakap satu perkataan Itali.
Anda turun dari pesawat anda, dan anda mahu mengambil kereta sewa anda, tetapi anda tidak
boleh membaca mana-mana daripada tanda-tanda. Anda mencari orang tempatan, tetapi dia
tidak berbahasa Inggeris. Apa yang boleh dilakukan untuk berkomunikasi dengan orang ini yang
anda mahu tahu di mana kereta sewa adalah? Terdapat beberapa cara. Satu anda boleh
menggunakan tangan dan gerak isyarat anda seolah-olah anda sedang memandu kereta. Cara
lain, boleh menjadi untuk menarik gambar sebuah kereta. Ini boleh membantu bantuan Roman
tempatan anda mencari jalan anda kepada kereta sewa. Jadi, dalam contoh saya di atas, anda
berkomunikasi tanpa menggunakan ucapan atau bahasa yang sama (iaitu Bahasa Inggeris atau
Itali). Anda menggunakan gerak isyarat atau gambar untuk berkomunikasi.
1.6.4 Definisi Gangguan Percakapan dan Bahasa / Speech and Language Disorder
Menurut Akta Pendidikan Kurang Upaya Individu, The Individuals with Disabilities Education
Act (IDEA) (IDEA) mendefinisikan kemerosotan pertuturan / bahasa sebagai "gangguan

[4]

komunikasi seperti gagap, artikulasi terjejas, kemerosotan bahasa atau kemerosotan suara
yang memberi kesan negatif kepada prestasi pendidikan pelajar."
Gangguan pertuturan ialah merujuk kepada masalah pembinaan atau susunan bunyi
kosa kata yang terdiri daripada vowel (a,e,i,o,u). Manakala gangguan bahasa pula dirujuk
sebagai masalah untuk memahami perkataan dan tidak boleh membina satu ayat untuk
memberitahu sesuatu perkara, contohnya seperti ayat iniMama, abang nak susu. Anak yang
mengalami masalah bahasa ini hanya mampu menyebutSusu..su atau sekadar menunjuk
ke arah botol susunya apabila ingin minum susu.
1.7 Kesimpulan
Tiada siapa yang tidak sayangkan anak. Apatah lagi jika anak itu telah ditunggu bertahuntahun.Kebanyakkan ibubapa di Malaysia sekarang ini boleh menarik nafas lega disebabkan
pelbagai kaedah dan alternatif telah wujud dan terbukti mampu membantu permasalahan yang
dihadapi.

[5]

Bab 2 : Tinjauan Kajian Lepas


2.0Pengenalan
Di dalam bab ini, pengkaji membuat tinjauan kajian-kajian lepas berkenaan dengan
faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan penggunaan teknik ibubapa berdialog dalam
membantu perkembangan bahasa anak-anak. Tinjauan kajian memberi tumpuan kepada
beberapa faktor utama seperti masalah pertuturan serta apakah gangguan percakapan dan
gangguan bahasa di samping beberapa strategi pelaksanaan teknik ibubapa berdialog. Di
samping itu, pengkaji juga cuba mengenal pasti faktor-faktor lain yang dapat menyumbang
kepada fokus kajian yang dijalankan..
2.1Teori Perkembangan Bahasa
Terdapat banyak teori perkembangan bahasa yang boleh dirujuk untuk melihat perkembangan
bahasa kanak kanak antaranya ialah
2.1.1 Teori pemerolehan bahasa
Ada banyak pendapat yang telah dikemukakan oleh para saujana tentang konsep
pemerolehan bahasa. Umpamanya Lyons (1995) melihat pemerolehan bahasa itu dari
perspektif nurani, iaitu petunjuk dari hati. Justeru bahasa tidak diperolehi secara semulajadi
tetapi tumbuh dan menjadi matang secara organik. Manakala kamus Linguistik (1997) pula
memberi takrif pemerolehan bahasa sebagai proses pembelajaran bahasa daripada satu aspek
hingga keseluruhannya.Mangantar

Simunjuntak

(1987) pula

berpendapat,

pemerolehan

bahasa ialah proses yang berlaku di dalam otak seseorang kanak-kanak (bayi), sewaktu
memperolehi bahasa ibundanya. Dalam bidang psikolinguistik, konsep pemerolehan bahasa
berlaku hanya melibatkan bahasa pertama kanak-kanak.Menurut Khairuddin Mohamad (2011)
ada banyak pandangan dalam kalangan ahli bahasa tentang proses pemerolehan bahasa. Oleh
sebab pandangan yang berbeza-beza, maka wujud pelbagai teori tentang pemerolehan bahasa
ini. Antara teori yang popular mengenai pemerolehan bahasa adalah Teori Behavioris, Teori
Mentalis dan Teori Interaksional.
2.1.2Teori Behavioris
Menurut Husin Fateh Din, Teori Beharvioris menekankan kepentingan persekitaran
dalam pembelajaran bahasa yang berlandaskan Teori pelaziman Operan. Teori ini dipelopori
oleh B. F. Skinner (1938). Menurut Skinner, pembelajaran bahasa kanak-kanak berlaku apabila
[6]

ibu bapa atau keluarga yang lain mengajar kanak-kanak bercakap dan memberi galakan
denganmemberi ganjaran setiap kali kanak-kanak dapat meniru atau menyebut perkataan yang
diajar itu. Ganjaran yang diberikan adalah untuk mengukuhkan sesuatu perlakuan bahasa yang
betul dan telah berjaya dilakukan oleh kanak-kanak.
Dalam mempelajari bahasa, persekitaran mempunyai pengaruh yang sangat penting
terhadap kanak-kanak. Pengaruh rangsangan persekitaran dalam bentuk bahasa dan bukan
bahasa akan membantu kanak-kanak menguasai bahasa dengan lebih cepat. Aktiviti latih tubi
dan latihan berulang kali amat penting dijalankan lebih kerap untuk membolehkan pemerolehan
bahasa berlaku sehingga menjadi amalan kebiasaan.
2.1.3 Perkembangan pertuturan yang baik untuk kanak-kanak 3-4 tahun (Santrock, 2007).

16 hingga 24 bulan Kanak-kanak seharusnya sudah boleh menguasai lebih 50 patah


perkataan

19 hingga 26 bulan Menggunakan perkataan saya, awak walaupun kadangkala


terbalik. Kebanyakan kanak-kanak boleh menyebut perkataan dengan baik apabila
berumur 30 bulan.

24 bulan Percakapannya boleh difahami separuh oleh orang lain atau individu yang
jarang berjumpa kanak-kanak berkenaan.

24 hingga 32 bulan Boleh menamakan empat gambar.

26 hingga 32 bulan Boleh bercakap dalam dua hingga tiga ayat mudah.

27 hingga 34 bulan Boleh memahami dua arahan dalam satu ayat contohnya Letak
cawan di atas meja atau sebelah buku.

29 hingga 34 bulan Boleh menamakan dan kegunaan sekurang-kurangnya dua


objek. Kanak-kanak seharusnya boleh mengenali satu warna pada umur 2 hingga 3
tahun dan empat warna pada umur tiga hingga 4 tahun.

Tiga tahun Hampir 75 peratus pertuturannya boleh difahami orang yang jarang
bertemu kanak-kanak ini. Pada umur ini mereka boleh menguasai lebih 250 perkataan.
Pada umur empat tahun, percakapannya seharusnya boleh difahami sepenuhnya dan
mampu menguasai 600 perkataan

2.2 Kajian lepas


2.2.1 Kajian luar Negara

[7]

Anderson (2006) telah menjalankan satu kajian berkaitan strategi berkomunikasi yang
digunakan

bagi

mengajar

kemahiran

prapertuturan

kepada

murid-murid

bermasalah

pembelajaran dan mendapati guru selalu mengawal perbualan, menggalakkan pengajaran,


Menarik minat murid untuk belajar, memberi perhatian, mengulang perkataan dan memudahkan
komunikasi.Wright dan Kersner (1998) serta Anderson (2006) mendapati guru-guru Pendidikan
Khas yang menguasai komunikasi augmentatif dan alternatif mampu membantu murid-murid
bermasalah pembelajaran teruk untuk berkomunikasi. Jadi melalui kajian ini pengkaji
mengambil kira pula pada teknik ibubapa pula.
Menurut Katherine J. Wickham, dalam kajiannya bertajuk Preschoolers With Speech
And Language Impairment: Case Studies From A Teacher-Delivered Phonological Awareness
Program (2013) mengatakan, apakah bezanya antara masalah bercakap dengan pertuturan?
Katanya masalah lambat cakap dikaitkan pelbagai faktor komunikasi termasuk kurang
rangsangan untuk bercakap. Pakar mengenal pasti terdapat beberapa faktor yang
menyebabkan kanak-kanak lambat bercakap. Selain faktor latar belakang keluarga, faktor
persekitaran juga banyak mempengaruhi pembangunan bahasa dan komunikasi si kecil.
Beliau menerangkan kita patut melihat adakah persekitaran sama ada di rumah atau
pusat jagaan harian merangsang pembangunan si kecil atau sebaliknya?.Bagi masalah
pertuturan pula, adalah biasa untuk kanak-kanak kecil yang mula belajar bertutur untuk
mengeluarkan bunyi-bunyi yang pelat kerana ini adalah proses normal. Pelat atau prosesproses fonologi ini berlaku sehinggalah sekitar lima hingga enam tahun di mana bunyi-bunyi
pertuturan kanak-kanak akan terus bertambah baik dan akan menyamai bunyi-bunyi pertuturan
orang dewasa. Apabila kanak-kanak tidak berjaya mengatasi pertuturan ini pada tahap umur
berkenaan, maka masalah pertuturan perlu dibantu oleh ibubapa. Empat Kategori Gangguan
Percakapan (Speech Disorder) Yang Ada Di Kalangan Anak (Katherine J. Wickham, 2013):
1

Gangguan Artikulasi : Anak mempunyai kesukaran dalam mengeluarkan bunyi dalam


suku kata atau menutur perkataan yang terlalu laju sehinggakan kita tidak mampu
menangkap apa yang dikatakan.

Gangguan Kelancaran : Anak gagap dalam bertutur dan menutur perkataan secara
ulangan

seperti aa-aa-abang atau ke-ke-kereta. Mereka

terhenti-henti

untuk

menghabiskan satu perkataan mudah. Ada juga yang terganggu kelancaran dari segi
sukukata seperti aaaaaabang

[8]

Resonan dan Gangguan Suara : Anak mengalami kesukaran dalam mengawal volume
dan kelantangan suara yang seakan menjerit. Gangguan ini sebenarnya bakal
mengakibatkan ketidakselesaan pada anak apabila mereka ingin bercakap.

Disfagia atau Gangguan Oral & Pemakanan : Gangguan ini terdiri daripada kesukaran
untuk menelan makanan dan kerap meleleh air liur pada umur sepatutnya perkara ini
tidak lagi berlaku.Dua Kategori Gangguan Bahasa ( Language Disorder) :

1. Gangguan Terbuka : Kesukaran untuk memahami dan memproses bahasa untuk


dituturkan. Mereka seakan blur dan seperti terfikir-fikir apa yang hendak dibalas balik
apabila berlaku komunikasi daripada ibubapa.
2. Gangguan Ekspresif : Anak mengalami masalah dalam membina satu frasa ayat yang
mudah. Mereka juga terhad kosa kata/vocabulary, seterusnya menjadikan mereka sukar
untuk berinteraksi dengan rakan sekeliling dalam lingkup sosial yang ada.
2.2.2 Kajian dalam Negara.
Kajian oleh( Che Ismail bin Che Lah 2008) punca lambat bercakap ,banyak faktor yang
boleh menyebabkan anak lambat bercakap dan lemah perkembangan bahasanya. Antaranya
mungkin disebabkan oleh gangguan secara lisan, seperti masalah dengan lidah atau lelangit.
Frenulum

(tali

lidah)

pendek

juga

boleh

mengehadkan

pergerakan

lidah

untuk

bercakap.Kebanyakan kanak-kanak lambat bercakap adalah disebabkan oleh masalah motororal, bermakna ada komunikasi di kawasan otak yang bertanggungjawab untuk mengeluarkan
percakapan mereka tidak cekap. Mereka menghadapi kesukaran menggunakan dan
menyelaras bibir, lidah dan rahang untuk menghasilkan bunyi pertuturan. Ucapan mungkin satusatunya masalah atau boleh diiringi dengan masalah motor oral lain seperti kesukaran
menyusu. Masalah pendengaran juga biasanya berkaitan dengan percakapan yang lewat.
Sebab itulah pendengaran kanak-kanak perlu diuji oleh seorang ahli audiologi apabila timbulnya
masalah pertuturan. Di kalangan mereka. kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran
mungkin mempunyai masalah untuk menjelaskan, memahami, meniru dan menggunakan
bahasa..Jangkitan telinga (jangkitan kronik) boleh menjejaskan keupayaan pendengaran.
Jangkitan telinga yang ringan perlu diberi rawatan segera. Jika tidak, masalah ini boleh
meninggalkan kesan kepada pertuturannya.
Melalui kajian ini Hasil dapatan kajian menunjukkan kategori masalah yang kerap sekali
dijumpai ialah masalah pembelajaran secara spesifik (specific learning disabilities) seperti
disleksia yang memberi kesan terhadap salah satu aspek pembelajaran. Masalah komunikasi

[9]

berada pada kedudukan kedua dari segi kekerapan berlakunya. Namun, pasangan kategori
masalah

yang

kerap

sekali

dijumpai

bersama

(dual

bahasa/komunikasi bersama masalah kerencatan akal.

disabilities)

ialah

masalah

Memandang kekerapan berlaku

masalah bahasa dan komunikasi dalam kalangan kanak-kanak, kita harus meninjau beberapa
punca sebab yang boleh mengakibatkan kewujudan masalah tersebut. Walaupun sebahagian
besar masalah pertuturan tidak diketahui puncanya, kita boleh mengkategorikan punca adalah
seperti berikut seperti berikut :
a) Faktor Genetik / Sejarah keluarga
Faktor genetik ini lebih kerap berlaku dalam keluarga-keluarga tertentu dan risiko masalah
ini lebih tinggi dalam kalangan lelaki. Hal demikian disebabkan terdapat

perhubungan

antara ketidaksempurnaan bilangan kromosom dengan beberapa kumpulan masalah


bahasa/komunikasi tertentu (contoh: trisomi 21).
b) Faktor neurologi
Masalah ini terjadi apabila ketidaksempurnaan dalam perkembangan sistem saraf,
terutamanya pada bahagian otak tertentu yang bertanggung jawab terhadap pemprosesan
bahasa. Selain itu juga kecederaan pada bahagian otak tertentu juga menyebabkan
terjejasnya sistem neurologi.
c) Faktor perinatal (semasa kelahiran)
Sekiranya lebih komplikasi semasa kelahiran, kanak-kanak lebih berisiko tinggi untuk
mengalami masalah perkembangan bahasa (contoh : masa kelahiran yang panjang boleh
mengakibatkan kekurangan oksigen kepada sel-sel di otak menyebabkan masalah anoxia).
d) Kehilangan pendengaran
Masalah ini berlaku apabila kehilangan jenis sensori-neural akibat kerosakan pada telinga
dalam pada peringkat pralingual, iaitu sebelum kanak-kanak memperoleh bahasa (di bawah
2 atau 3 tahun). Selain itu, kehilangan jenis konduktif akibat kerosakan pada telinga luar
atau/dan tengah juga merupakan salah satu faktor kehilangan pendengaran(contoh: infeksi
otitis media yang kronik).
e) Kerencatan kognitif / mental
Terdapat hubungan yang rapat antara perkembangan bahasa dan kognisi (cognition ), maka
tidak hairanlah bahawa kerencatan mental dan masalah bahasa merupakan dual disability
yang kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak berkeperluan khas.
f)

Faktor persekitaran / sosial


[10]

Kemiskinan boleh mengakibatkan risiko biologikal yang mungkin menjejaskan pembinaan


organ-organ penting seperti otak dan telinga. Faktor ini juga boleh berinteraksi dengan
faktor-faktor lain untuk menghasilkan kesan

yang negatif terhadap pelbagai aspek

perkembangan seperti fizikal, emosi dan kognitif.


Ibu bapa mempunyai peranan yang penting kepada pembangunan pendidikan anak.
Hal ini bermakna hubungan ibu bapa dengan pihak sekolah selain membantu dalam hal
persekolahan anak, mereka dapat membantu ke arah pendidikan yang lebih baik. Penglibatan
ibu bapa amat diperlukan sebagai sokongan pada pencapaian akademik anak-anak mereka.
Peranan yang dimainkan oleh ibu bapa memberi erti yang begitu besar pada pembentukan
keyakinan dalam kalangan pelajar seterusnya berupaya membantu daripada segi pencapaian
akademik pelajar berkenaan. Dalam kaedah menggalakkan penglibatan ibu bapa dalam
penglibatan berbentuk sokongan ini, pihak sekolah perlulah memberi sokongan yang padu
kepada ibu bapa. Hubungan yang baik antara ibu bapa dan pihak sekolah memberi kesan
positif pada tingkah laku serta pencapaian akademik anak.
2.3 Kesimpulan
Daripada sorotan kajian, diperhatikan faktor konteks penglibatan ibu bapa sama ada di
rumah mahupun di sekolah berperanan dalam perkembangan bahasa kanak-kanak. Namun,
tidak ada kajian yang melihat cara berdialog yang betul dalam membantu ibubapa daripada
perspektif anak-anak dan bagaimana anak-anak menilai peranan penglibatan ibu bapa.
Memandangkan isu penglibatan ibu bapa sangat berkaitan dengan pencapaian bahasa murid,
maka wajar peranan penglibatan ibubapa tersebut dilihat secara lebih menyeluruh dan pengkaji
memfokuskan dengan teknik berdialog. Tahap perkembangan pertuturan kanak-kanak biasanya
seiring dengan peningkatan usianya atau sebaliknya. Jadi, penting untuk para ibu bapa
mengenal pasti keupayaan anak bertutur agar si kecil seiring perkembangannya. Sebagai insan
paling rapat dengan mereka, sudah tentu anda boleh merasakan sesuatu jika ada yang kurang
pada anak ini. Jadi, lebih mudah untuk ibu bapa membincangkan dan mendapatkan pandangan
pakar tentang teknik meningkatkan keupayaan komunikasi kanak-kanak ini. Sorotan kajian
menunjukkan fenomena penglibatan ibu bapa dalam pelajaran anak-anak mereka adalah hal
yang mendapat perhatian masyarakat luar mahupun di dalam negara kita.

[11]

Bab 3 : Metodologi Kajian


3.0

Pengenalan
Bab ketiga kajian ini adalah untuk menjelaskan tentang perkara-perkara yang berkaitan

dengan rekabentuk kajian. Kajian ini dijalankan dalam bentuk kajian tinjauan dengan
menemubual ibubapa menggunakan borang senarai semak. Bahagian ini juga menerangkan
tentang lokasi kajian, kaedah cara pengumpulan data, populasi dan pemilihan sampel.
3.1

Reka bentuk kajian


Kajian yang dijalankan merupakan kajian kualitatif berbentuk kajian tinjauan dengan

menggunakan borang senarai semak, pemerhatian dan sedikit soal selidik bersama ibubapa.
Bagi mendapatkan maklumat, pengkaji akan menemubual ibubapa yang mempunyai anak
lingkungan umur 3-4 tahun

berdasarkan maklumat yang diperlukan dalam borang senarai

semak yang dsediakan. Kajian ini akan dilaksanakan mengikut proses dan prosedur kajian
tindakan seperti model kajian tindakan Kemmis dan Mc Taggart berikut:

Pengenalpastian Isu
dan Masalah

Perancangan
Tindakan

Refleksi dan Penilaian

Pelaksanaan
Tindakan

Pemerhatian dan
Menganalisis Data

3.2

Lokasi kajian

Kajian ini dijalankan di 6 buah rumah di Meru Klang, Selangor. Hal ini demikian kerana, lokasi
tersebut berdekatan dengan lokasi tempat tinggal pengkaji yang terdiri dari jiran-jiran dan ini
memudahkan pengkaji untuk mengutip data serta dapat menjimatkan kos pengangkutan.
3.3

Populasi dan sampel kajian

[12]

Dalam kajian ini, populasi yang terlibat ialah 6 pasangan ibubapa kanak-kanak yang berumur
3-4 tahun.Pada ketika kajian dijalankan,ibubapa sedang bersosial bersama anak-anak. Iaitu
pengkaji memulakan dengan pemerhatian sendiri waktu pagi dan petang hujung minggu di
taman permainan perumahan pengkaji sebelum melihat senarai semak dan melakukan
temubual bersama ibubapa ini. Pengkaji berharap jangka masa ini dapat menentukan
perbezaan tahap pertuturan awal kanak-kanak yang ingin dikaji. Seramai 6 pasangan ibubapa
yang mempunyai anak berumur antara 3-4 tahun sebagai sampel kajian.
3.4

Instrumen kajian

3.4.1 Tinjauan masalah (temubual bersama ibubapa)


Tinjauan masalah dilakukan dengan mengutip data dan mendapatkan maklumat kanakkanak yang terlibat dengan kaedah temubual . Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah
akan dibuat berdasarkan temubual

dan pemerhatian dengan bersama ibubapa.Dalam sesi

temubual soalan yang ditanya adalah tentang perkembangan pertuturan anak-anak mereka. Ini
untuk memastikan tahap pertuturan awak kanak-kanak ini.
3.4.2 Senarai semak .
Instrumen yang digunapakai dalam kajian ini ialah borang senarai semak (bagi
menentukan kanak-kanak tersebut mempunyai masalah lewat bertutur dan mengenalpasti cara
berdialog ibubapa tersebut). Instrumen kajian telah dibentuk oleh pengkaji di mana semua item
senarai semak dibina mengikut keperluan kajian. Borang senarai semak dibahagikan kepada
dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A merupakan maklumat diri
responden yang terdiri daripada empat item yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat diri
responden iaitu mengenai umur, jantina, bangsa dan agama. Manakala di Bahagian B pula
untuk mendapatkan data mengenai cara ibubapa itu berdialog bersama anak, pengkaji
membuat pemerhatian mengikut tiga bahagian iaitu bahagian 1: Reseptive Language (tahap
pemahamman anak terhadap cara berdialog ibu/bapa), bahagian 2 Expressive Language
(perkataan yang dilafaz untuk membalas pertuturan) dan Bahagian 3 (cara lain anak
berkomunikasi seperti menunjuk, menganggukkan kepala, isyarat dan sebagainya.).
3.5

Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen

3.5.1 Kesahan instrument temubual dan pemerhatian kualitatif.


Bagi kajian penyelidikan yang menggunakan pendekatan kualitatif melalui temubual dan
pemerhatian dan dokumen dalam usaha pengkaji untuk mengumpulkan sebanyak mungkin
maklumat atau data, penggunaan teknik temubual dan pemerhatiani itu sendiri telah dapat
[13]

memperkukuhkan kesahan kajian. Penggunaan teknik temubual dan pemerhatian yang


digunakan secara serentak dalam sesuatu kajian hendaklah dibuat dalam bentuk equivalent
form (kriteria dan konstruk item yang sama dalam pelbagai jenis instrumen). Penggunaan teknik
triagulasi seperti pungutan data-data yang diperoleh melalui sumber dokumen lain tetapi juga
menolong mengesahkan maklumat yang didapati daripada pelbagai sumber lain, tetapi juga
menolong mengesahkan maklumat yang didapati daripada temubual dan pemerhatian.
3.6

Kaedah pengumpulan data


Kajian ini menggunakan kaedah temubual dan senarai semak pemerhatian. Menurut

Mohd Majid (1990), melalui penggunaan senarai semak, pengkaji dapat memperoleh maklumat
yang banyak dalam masa yang singkat dan semestinya dapat menjimatkan perbelanjaan.
Senarai semak kajian ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu maklumat diri responden dan
penilaian terhadap cara ibubapa itu berdialog dan tahap pertuturan anak mereka.
3.7

Prosedur kajian
Sebelum pengkaji menjalankan proses pengumpulan data, pengkaji mencari sampel

yang terdiri dari jiran sekeliling rumah pengkaji yang mempunyai anak lingkungan umur 3-4
tahun. Selepas mendapat kebenaran, pengkaji telah mengadakan perbincangan bersama
ibubapa untuk menyusun hari dan waktu kajian yang bersesuaian..Seterusnya, pengkaji
mengumpul data responden dengan menggunakan borang senarai semak.
3.8

Prosedur penganalisisan data


Berdasarkan maklumat-maklumat yang diperolehi daripada borang senarai semak yang

telah lengkap diisi, semua data tersebut dikumpulkan dan dikodkan bagi memudahkan
kemasukan data ke dalam sistem komputer. Data-data akan diproses melalui Microsoft Office
Excel 2007. Semua data tersebut dianalisis berdasarkan pertuturan kanak-kanak dan cara
kanak-kanak berkomunikasi dengan ibubapa. Semua data dianalisis secara analisis deskriptif
iaitu kekerapan (frekuensi).
3.9

Kesimpulan
Secara keseluruhannya, bab ini menjelaskan tentang bagaimana pengkaji memperoleh

data daripada kerja lapangan yang bermula dari peringkat perancangan sehingga ke peringkat
pelaksanaan dan kaedah penafsiran data yang diperoleh. Bahagian yang paling penting dalam
sesuatu kajian ialah peringkat semasa melaksanakan kajian tersebut. Hal ini demikian kerana,
bagi mendapatkan keputusan yang sahih, langkah-langkah dalam metodologi kajian perlu diikut
[14]

dengan betul dan teratur. Setelah semua data telah berjaya dikutip, pengkaji membuat analisis
data dan hasil. Bagi menganalisis data, pengkaji akan menggunakan perisian Microsoft Office
Excel 2007 bagi mendapatkan peratusan untuk semua persoalan kajian. Semua analisis
tersebut akan dibincangkan di dalam bab 4.
Bab 4 :Hasil Kajian dan Perbincangan
4.0 Kaedah Kajian
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti kesalahan yang biasa ibubapa
lakukan ketika berkomunikasi dengan anak-anak mereka. Segala bentuk data maklumat yang
diperolehi dalam kajian ini adalah berdasarkan kepada analisis senarai semak yang di jalankan
kepada 6 pasangan ibubapa yang mempunyai anak dalam lingkungan 3 hingga 4 tahun.
Perbincangan yang akan dijelaskan di dalam bab ini adalah berdasarkan kepada hasil
penganalisan data yang diperolehi daripada kaedah perisian Microsoft Excel 2007.
Perbincangan tersebut akan ditumpukan kepada menjawab persoalan-persoalan yang terdapat
dalam kajian. Persoalan-persoalan dalam kajian ini adalah seperti berikut:
1. Apakah tahap perkembangan bahasa anak yang lambat bercakap ?
2.

Bagaimana ibubapa tahu cara berkomunikasi dengan bahasa pertuturan anak mereka?.

4.1 Hasil Kajian


4.1.1 Analisis hasil data temubual
Melalui temubual ini, pengumpulan data dibuat berdasarkan respon yang diberikan oleh
ibubapa dan satu analisis ringkas akan dilaksanakan untuk memastikan sejauhmana tahap
perkembangan bahasa anak-anak mereka. Hasil temubual ini juga akan digunakan untuk
menganalisis kajian yang dijalankan dan keputusan untuk melihat adakah teknik berdialog
ibubapa benar-benar member kesan pada pertuturan anak-anak.
Ibubapa 1

Anak berumur 3 tahun, boleh bertutur tapi masih pelat dan perbendaharaan kata juga
belum banyak, kebanyakkan komunikasi hanya menggunakan bahasa tubuh.Ibubapa

Ibubapa 2

tidak kisah bagi mereka anak masih kecil.


Anak berumur 4 tahun, sangat petah bercakap, sudah di masukkan ke tadika dengan

Ibubapa 3

tujuan memberikan pendedahan sosial awal pada anak.


Anak berumur 4 tahun, petah bercakap tetapi masih pelat dan gagap. Ibubapa sedar dan

Ibubapa 4

selalu tegur kalau anak ulang-ulang perkataan.


Anak berumur 4 tahun, petah bercakap dan faham semua arahan ibubapa. Sudah

Ibubapa 5

dihantar ke tadika.
Anak berumur 3 tahun. Boleh bertutur tapi belum petah. Ibubapa risau dan banyak
berkomunikasi dengan anak.

[15]

Ibubapa 6

Anak berumur 3 tahun. Petah bertutur dan sudah boleh membaca mudah. Ibubapa beri
galakan dengan alat mainan dan aplikasi interaktif di tab sejak umur setahun lagi.

4.1.2 Hasil dapatan daripada senarai semak.


Umur

Tahap Pendidikan

Reseptive Language (tahap

Expressive Language

Cara lain anak berkomunikasi

pemahaman anak terhadap

(perkataan yang dilafaz

seperti menunjuk,

cara berdialog ibu/bapa)

untuk membalas

menganggukkan kepala,

pertuturan)

isyarat dan sebagainya)

Ibubapa 1

31-35

SPM

2/5

3/5

5/5

Ibubapa 2

31-35

DIPLOMA-IJAZAH

3/5

5/5

3/5

Ibubapa 3

31-35

DIPLOMA-IJAZAH

4/5

4/5

4/5

Ibubapa 4

31-35

DIPLOMA-IJAZAH

5/5

3/5

4/5

Ibubapa 5

31-35

DIPLOMA

5/5

4/5

3/5

Ibubapa 6

31-35

DIPLOMA

3/5

4/5

3/5

Rajah menunjukkan perbezan antara 3 item dalam senarai semak iaitu Bahagian 1:
Reseptive Language (tahap pemahaman anak terhadap cara berdialog ibu/bapa), Bahagian 2
Expressive Language (perkataan yang dilafaz untuk membalas pertuturan) dan Bahagian 3
(cara lain anak berkomunikasi seperti menunjuk, menganggukkan kepala, isyarat dan
sebagainya.).
4.1.3

Komponen I: Maklumat diri responden


Komponen ini akan menjelaskan beberapa maklumat mengenai responden yang terlibat

seperti secara deskriptif: Pengkaji ingin melihat responden dari umur dan taraf pendidikan
sahaja. Dalam kajian ini kesemua responden adalah terdiri dari yang berumur 31-35 tahun. Dan
hanya 1 pasangan ibubapa yang berpendidikan spm.Hal ini penting bagi pengkaji melihat
apakah perkara yang signifikan yang boleh melihat perbezaan cara berdialog ibubapa ini.

[16]

4.1.4

Komponen 2: Perbezaan pertuturan anak-anak


Dalam kajian ini, terdapat 6 pasangan ibubapa orang kanak-kanak berusia 3-4 tahun

yang kesemuanya dalam lingkungan umur 31 ke 35 tahun. Secara kesimpulannya tidak


terdapat banyak perbezaan antara ketiganya. Hal ini kerana jika dilihat umur hampir kesemua
ibubapa ini adalah lingkungan 31-35 tahun dan mempunyai tahap pendidikan yang baik iaitu
diploma dan keatas jadi ini mungkin menjadi faktor cara berkomunikasi mereka bersama anakanak hampir sama. Hanya ibubapa 1 sahaja yang saya dapati anaknya kurangnya
berkomunikasi dan kerap menggunakan bahasa tubuh sebagai cara berkomunikasi. Ini juga
boleh dijadikan bukti bahawa setiap kanak-kanak mempunyai tahap pertuturan yang berbeza
walaupun dalam umur yang sama. Saya melihat anak-anak yang petah mempunyai ibubapa
yang rajin bercakap dan melayan persoalan anak-anak tanpa membantutkan soalan mereka.
Malah terdapat 2 ibubapa yang telah menghantar anak mereka ke taska dan mendapati anak
mereka juga lebih bijak berkata-kata.
4.2 Perbincangan Dan Implikasi Kajian
Berdasarkan hasil kajian ini, mendedahkan anak anda sudah menjangkau usia tiga tahun
tetapi masih belum bertutur? Mungkin dia mampu melafazkan beberapa perkataan tetapi masih
jauh ketinggalan jika dibandingkan kanak-kanak seusianya yang lain. Adakah ini normal atau
satu isyarat lain yang mana anda perlukan pandangan pakar? Tahap perkembangan pertuturan
anak biasanya siring dengan peningkatan usianya atau sebaliknya. Jadi, penting untuk para ibu
bapa mengenal pasti keupayaan anak bertutur agar anak seiring perkembangannya. Sebagai
insan paling rapat dengan mereka, sudah tentu anda boleh merasakan sesuatu jika ada yang
kurang pada anak ini. Jadi, lebih mudah untuk ibu bapa membincangkan dan mendapatkan
pandangan pakar tentang teknik meningkatkan keupayaan komunikasi kanak-kanak ini.anakanak dan mengabaikan peranan mereka kerana masalah bahasa dan komunikasi.
Justeru, Pemerhatian juga dilihat dari teori yang mengemukakan perkembangan bahasa
bagi kanak kanak berumur dari 3 Hingga 4 Tahun ,melalui pemerhatian saya bersama ibubapa
ini, Ibu bapa sering menjadi saksi kebijaksanaan anak-anak menggunakan perkataan dalam
komunikasi mereka. Perbendaharaan kata kanak-kanak di usia ini perlu menunjukkan
peningkatan seiring dengan kefahamannya . Pada usia tiga tahun, anak-anak ini perlu
memahami maksud contohnya: letak cawan itu di atas meja atau simpan permainan itu di
bawah katil. Anak anda juga harus tahu mengenal pasti warna dan memahami konsep
deskriptif seperti; banyak berbanding sedikit.

[17]

4.2.1 Antara cara berdialog yang baik antara ibubapa dan anak
Mengetengahkan beberapa aktiviti berkaitan pertuturan dan bahasa yang boleh ibubapa
lakukan bersama anak-anak bagi meningkatkan pertuturan:
1. Suruh anak lakukan sesuatu dengan arahan yang panjang. Contohnya : letak seluar ni
dalam bakul, lepas tu tolong ambilkan bedak kat atas meja.buang tisu ni dalam bakul
sampah, lepas tu basuh tangan.Pastikan anda sertai dengan pujian dan galakkan.
2. Aktiviti mengenal warna dan menamakan warna. Apabila anak memilih sendiri pakaian,
suruh anak sebut warna pakaian yang dipilih. Begitu juga apabila nampak kereta lori
dijalanan. Sebut warna kenderaan tersebut.
3. Banyakkan penggunaan kata sifat @ kata adjektif dalam perbualan bersama anak.
Contoh kata sifat seperti : wangi, busuk, panjang, laju, lambat, banyak, sedikit, kuat,
keras, lembut.
4. Aktiviti bercerita buku bergambar. Buku cerita, bukan buku ABC, 123, atau tulis ikut titik.
Ingat, buku cerita yang ada watak, plot dan pengajaran. Jika anda target bab akademik,
maka itu adalah bab lain. Di sini saya khusus menerangkan tentang pertuturan bahasa.
5. Pandang mukanya, dengar percakapannya dengan penuh perhatian. Berhenti sekejap
dari gadget anda dan tumpu pada apa yang dia nak cakap. Jika dia tersilap cakap (pelat
atau ayat terbalik), maka anda mesti ulang ayatnya itu dengan betul..
Hasil dapatan daripada kajian yang dijalankan oleh Katherine J. Wickham tentang
proses membantu anak-anak yang mengalami masalah pertuturan mendapati bahawa
pendekatan ibubapa dalam mendidik kanak-kanak amat mempengaruhi perkembangan bahasa
mereka. Seperti aktiviti yang berfokus seperti bermain, membaca buku cerita serta cara
berkomunikasi.
4.3 Kesimpulan
Kanak-kanak normal akan menguasai sesuatu bahasa jika dia terdedah kepada bahasa
tersebut kerana dia akan mendengar dan meniru apa yang

didengarinya.

Walau

bagaimanapun, tidak semua kanak-kanak mampu menguasai dan memperoleh bahasa


mengikut kadar yang sama dari segi tempoh masa ataupun peringkat prestasi kemahirannya.
Perbezaan kadar ini berlaku kerana ketidakseimbangan faktor-faktor pengaruh yang diperoleh
oleh kanak-kanak iaitu keadaan fizikal, kecerdasan, perkembangan kognitif, daya diskriminasi

[18]

(pengamatan), pengalaman, persekitaran, emosi, motivasi dan sahsiah (Mat Daud Yusof 1990).
Ibu bapa mempunyai peranan yang penting kepada pembangunan pendidikan anak. Hal ini
bermakna hubungan ibu bapa dengan pihak sekolah selain membantu dalam hal persekolahan
anak, mereka dapat membantu ke arah pendidikan yang lebih baik. Penglibatan ibu bapa amat
diperlukan sebagai sokongan pada pencapaian akademik anak-anak mereka. Peranan yang
dimainkan oleh ibu bapa memberi erti yang begitu besar pada pembentukan keyakinan dalam
kalangan pelajar seterusnya berupaya membantu daripada segi pencapaian akademik pelajar
berkenaan. Dalam kaedah menggalakkan penglibatan ibu bapa dalam penglibatan berbentuk
sokongan ini, pihak sekolah perlulah memberi sokongan yang padu kepada ibu bapa.
Hubungan yang baik antara ibu bapa dan pihak sekolah memberi kesan positif pada tingkah
laku serta pencapaian akademik anak.

[19]

Bab 5:Kesimpulan, Implikasi dan cadangan


5.0

Pengenalan
Bab ini akan membincangkan dapatan yang telah dianalisa di dalam bab 4. Segala

perbincangan dapatan akan dikemukakan dalam bentuk deskriptif mengikut aspek-aspek kajian
yang telah pengkaji jalankan. Manakala cadangan yang dikemukakan adalah merujuk kepada
pihak ibu bapa dan pihak-pihak lain yang terlibat dengan kanak-kanak. Selain daripada itu,
pengkaji turut akan mengemukakan beberapa cadangan lain dalam usaha untuk memperbaiki
dan meningkatkan pemahaman dan pertuturan kanak-kanak terutamanya di peringkat kanakkanak 3-4 tahun(sebelum memasuki alam persekolahan).
5.1

Perbincangan dapatan kajian

Perbincangan kajian ini bertujuan untuk membincangkan cara ibubapa berdialog dengan kanakkanak

berusia

tiga

keempat

tahun

sangat

membantu

kanak-kanak

ini

menambah

perbendeharaan kata mereka. Selain itu, kajian ini juga melihat perbezaan cara berdialog
dikalangan ibubapa akan melahirkan anak dengan cara bertutur yang berbebeza juga.
5.1.1

Analisis perbezaan pertuturan antara kanak-kanak 3-4 tahun dan perbezaan cara

ibubapa berdialog bersama anak-anak mereka ini.


Hasil dapatan kajian menunjukkan seramai seorang sahaja responden masih berada
pada tahap tidak kisah mengenai perkembangan pertuturan yang mana sekiranya anak
tersebut menggunakan bahasa badanpun ibubapa tersebut tidak kisah. Manakala seramai 5
orang

pada tahap berkesedaran dan mempunyai teknik yang baik dalam berkomunikasi

dengan anak-anak.
5 orang ibubapa ini menceritakan beberapa aktiviti yang mereka lakukan dengan anakanak mereka seperti menghabiskan banyak masa berkomunikasi dengan anak anda seperti
ceramah, menyanyi dan menggalakkannya meniru bunyi dan gaya badan. Membaca untuk
anak anda, bermula seawal 6 bulan. Mereka tidak memilih buku-buku cerita berat dan tebal dan
menghabiskan seluruh buku, tetapi mencari buku lembut bergambar yang bersesuaian dengan
umurnya bagi menggalakkan si manja untuk melihat semasa anda menamakan setiap gambar
yang terdapat dalam buku tersebut. Sepasang ibubapa menceriatakan pengalamannya dengan
mulakannya dengan buku-buku klasik (seperti Pat the Bunny) yang mana anak boleh meniru
pergerakan menepuk atau menyentuh buku yang mempunyai tekstur. Kemudian, mereka
biarkan anak anda biasa dengan gambar-gambar yang dilihatnya itu dan cuba untuk
menamakannya. Bagi mereka anak mungkin mula menghafal cerita kegemarannya. Gunakan
situasi harian untuk memperkukuhkan ucapan serta bahasa anak anda. Dalam erti kata lain,
[20]

bercakap dengannya sepanjang hari.Bualkan perkara-perkara yang mudah dan jangan sesekali
menggunakan bahasa bayi.
Masa tamat peringkat kesuburan untuk belajar bertutur ini mungkin juga mempunyai
sesuatu kepentingan dalam perkembangan bahasa tersebut. Oleh sebab itu perlulah diberi
masa yang agak sesuai untuk bahasa berkembang dan proses itu harus berhenti setelah
mencapai peringkat yang sempurna. Selalunya ia berlaku setelah ia menjadi baligh dan mula
memainkan peranannya dalam masyarakat secara aktif. Pembakuan itu menjadi perlu supaya
bahasa yang dituturkan itu berdasarkan suatu sistem sahaja yang dapat difahami oleh semua
anggota masyarakat itu. Kalau ia terus berkembang, maka haruslah ia menjadi sukar untuk
difahami oleh kebanyakan anggota masyarakat yang ramai itu.
Melalui kajian ini pengkaji mempelajari dua jenis masalah lambat bercakap ialah
kelewatan ekspresif (kesusahan menggunakan percakapan untuk meminta atau berinteraksi)
atau kelewatan reseptif (sukar menafsir atau memahami percakapan orang). (Klinik Audiologi &
Sains Pertuturan Universiti Kebangsaan Malaysia, Jalan Temerloh, Kuala Lumpur. 2012) Ada
juga kanak-kanak yang mengalami gabungan kedua-dua keadaan di atas. Kebanyakan kanakkanak yang lewat bercakap juga mengalami gangguan perkembangan bahasa (DLD) dengan
kelewatan ekspresif tetapi perkembangan kemahiran bahasa visual (mengenali ibu bapa dan
objek, bertindak balas terhadap ekspresi muka, mematuhi arahan yang disertakan gerak badan
atau tangan yang memberitahu anda mahukan sesuatu atau menuding jari ke arah objek
diinginkan) yang normal seperti kanak-kanak lain. Kanak-kanak ini juga menunjukkan
kefahaman normal terhadap percakapan orang lain, kemahiran mendengar (mengenal dan
menoleh ke arah bunyi), mematuhi arahan mudah tanpa perlukan ditunjuk dengan perbuatan
oleh orang yang memberi arahan, boleh tunjuk anggota badan atau objek yang disebut
walaupun sesetengahnya turut mengalami sedikit kelewatan reseptif. Namun jika diberikan
rawatan awal (terapi pertuturan), kebanyakan kanak-kanak boleh bertutur dengan baik apabila
masuk sekolah. Sesetengah kanak-kanak yang menunjukkan tanda kelewatan ekspresif hanya
lambat bercakap dan kelewatan tersusun iaitu perkembangan pertuturan berlaku secara
berperingkat. Perkembangan pertuturan dan penguasaan bahasa kanak-kanak ini akan menjadi
normal dengan peningkatan umur tanpa sebarang rawatan. Malangnya sehingga kini tiada
kaedah membezakan atau menentukan sama ada seseorang kanak-kanak mengalami
kelewatan tersusun yang boleh bertutur dengan peningkatan umur dengan kanak-kanak yang
memerlukan terapi.

[21]

5.2 Cadangan untuk kajian lanjutan


Melalui kajian ini, pengkaji berharap hasil kajian ini dapat dijadikan sebagai landasan
kepada pengkaji dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak untuk menekankan pertuturan
dalam kajian mereka. Oleh disebabkan kajian ini hanya dilakukan kepada 6 pasangan ibubapa
yang mempunyai anak lingkungan 3-4 tahun dan tertumpu pada satu kawasan sahaja, maka,
pengkaji berharap agar kajian lain boleh dijalankan dengan menggunakan responden yang
lebih ramai dan mempelbagai kawasan kajian. Pengkaji mencadangkan supaya terdapat
pengkaji lain ingin menjalankan kajian sebegini pada ibubapa lain di bandar dan di luar bandar
kelak. Hal ini demikian kerana, melalui kajian sebegitu, ibubapa boleh bersedia lebih awal
sekiranya anak-anak mereka tidak menuruti perkembangan bahasa yang biasa bagi kanakkanak
Selain daripada itu, hasil kajian ini dipengaruhi oleh faktor masa yang terhad. Pengkaji
hanya menjalankan kajian ini dalam masa kurang seminggu sahaja. Oleh yang demikian,
pengkaji mencadangkan untuk kajian yang akan datang, kajian sebegini dapat dilaksanakan
dalam tempoh jangka masa yang lebih panjang agar memberi masa kepada pengkaji untuk
mendapatkan maklumat dan info yang lebih terperinci serta perolehan hasil dapatan yang lebih
relevan.
5.3 Kesimpulan
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, pengkaji berpendapat bahawa seharusnya
masalah lewat bertutur ini harus disedari lebih awal. Terus bercakap dan berkomunikasi dengan
anak anda setiap hari biarpun mereka belum memahaminya. Contohnya namakan jenis
makanan, terangkan kenapa anda masak, bersihkan bilik, tunjukkan objek ataupun terangkan
mengenai persekitaran apabila keluar rumah. Galakkan mereka cuba bercakap seperti
tunjukkan ke arah pokok dan sebut 'pokok'. Ibubapa juga harus mengelakkan ajuk bahasa
bayi .Tetapi awas jangan sesekali anda menggunakan 'bahasa bayi' ataupun pelat bayi ketika
bercakap dengannya. Ia akan menyebabkan anak terus bercakap menggunakan nada bahasa
yang salah sehingga terjadinya masalah bahasa pelat. Dapatkan rawatan segera. Sekiranya
anak-anak berumur 3-4 tahun masih tidak menunjukkan perkembangan yang positif, anda perlu
membawanya bertemu pakar untuk mengenal pasti adakah si kecil mengalami masalah
kesihatan seperti pendengaran, masalah lembam ataupun sindrom slow learner.

[22]

Rujukan
McArthur, G. M., & Bishop, D. V. (2005). Speech and non-speech processing in people with
specific language impairment: A behavioural and electrophysiological study. Brain Language,
94, 260273.
Individuals with Disability Education Act Amendments of 1997 [IDEA]. (1997). Di ambil dari
http://www.parentcenterhub.org/repository/idea/.
Myra Kersner , Jannet A. Wright ,(2012). Speech and Language Therapy: The decisionmaking process when working with children. London: Routledge.
Noor Aini Ahmad. (2010). Pengajaran kemahiran bahasa bagi murid-murid bermasalah
pembelajaran. Tesis Dr. Falsafah, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Jas Laile Suzana Jaafar.2000.Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja. Dewan Bahasa dan
Pustaka Kuala Lumpur.

Kamarulzaman Kamaruddin.2003.Psikologi Perkembangan.Teori dan Konsep. Pustaka


Salam Sdn Bhd.

[23]

You might also like