You are on page 1of 10

Analisis dan Kritik Artikel Jurnal

Tajuk Jurnal: Pengaruh Personaliti Terhadap Kepuasan Kerja Dan Stress Kerja
Guru.
Sumber Jurnal: Jurnal Teknologi, 48(E),Jun 2008: 33-47.
Penyelidik: Azlina Mohd. Kosnin dan Tan Sew Lee, Universiti Teknogi Malaysia.
1. Sinopsis:
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tret personaliti guru dan sama ada wujud
pengaruh personaliti terhadap kepuasan kerja dan stres kerja guru. Di samping itu,
kajian juga dijalankan untuk menentukan tahap kepuasan dan stres kerja guru serta
hubungan antara dua pemboleh ubah ini. Seramai 255 orang guru dari 10 buah sekolah
menengah kebangsaan di daerah Johor Bahru dipilih secara rawak sebagai responden
kajian. Kajian ini dijalankan menggunakan pendekatan kuantitatif. Data dikumpul
menerusi soal selidik yang diterjemahkan daripada The Big Five Inventory (BFI), Job
Descriptive Index ( JDI) dan Adminstrative Stress Indeks (ASI). Nilai kebolehpercayaan
bagi instrumen JDI dan ASI ialah 0.91 dan 0.84. Manakala darjah kebolehpercayaan
instrumen BFI ialah antara 0.73 hingga 0.80. Para guru menyatakan bahawa tahap
kepuasan kerja dan stres kerja guru secara keseluruhannya berada pada tahap yang
sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan hubungan negatif yang signifikan antara
kepuasan kerja dan stres kerja guru. Hubungan yang signifikan didapati antara dimensidimensi personaliti t dengan kepuasan kerja dan juga stres kerja. Implikasi kajian turut
dicadangkan dalam artikel ini.
Permasalahan Jurnal Artikel
Jurnal ini mempunyai permasalahan kajian secara konsisten namun tidak mempunyai
objektif kajian, persoalan kajian dan hipotesis kajian yang mempunyai kepentingan
tersendiri bagi mengukuhkan analisis sesuatu kajian.

Jurnal ini mempunyai prosedur penyelidikan yang baik seperti masalah kajian, objektif
umum dan spesifik kajian, soalan kajian serta kepentingan kajian dan tujuan kajian
dinyatakan dengan jelas oleh pengkaji. Kajian lepas dalam jurnal ini tidak menjelaskan
mengenai teori personaliti big five, kajian banyak tertumpu kepada dapatan kajian yang
ada dapatannya tidak signifikan
1

Jurnal ini juga tidak mempunyai kerangka konseptual kajian( Research Conseptual
Framework ) atau kerangka teoritikel kajian ( Reserach Theoretical Framework ) yang
mana penyelidikan biasanya bermula dengan peringkat teoretikal, seterusnya ke
peringkat konseptual dan akhirnya ke peringkat operasional. Menurut Chua Yan Piaw
(2006), pada peringkat teoritikal, terdapat sebilangan pernyataan, interaksi dan
anggapan tentang perhubungan antara konsepkonsep yang abstrak. Beliau juga
menyatakan bahawa pada peringkat ini, pernyataan, interaksi dan anggapan biasanya
dilakukan dengan merujuk kepada teori teori atau mode lmodel yang sedia ada.
Manakala pada peringkat konseptual, hubungan antara konsep konsep tersebut
dinyatakan dalam bentuk hipotesis konseptual. Menurut beliau, peringkat operasional
pula konsep dijadikan sebagai asas pengukuran dan setiap variabel konseptual
dinyatakan secara tepat bagaimana ia diukur. Oleh yang demikian, gambaran
keseluruhan bagi kajian ini tidak dapat dinyatakan dengan jelas serta bagaimana carta
aliran sebenar untuk membuktikan bahawa kajian ini dijalankan dengan teratur serta
mengikut prosedur yang sebenar.

Reka bentuk kajian


Reka bentuk kajian ini kaedah tinjauan menggunakan kaedah soal selidik dan
temubual. Oleh yang demikian, kaedah ini sesuai, selaras dan tepat untuk digunakan
bagi menjawab persoalan kajian yang dinyatakan dalam jurnal ini.
Populasi kajian ini terdiri daripada Daripada 255 orang guru yang dipilih sebagai
responden kajian, 43 orang guru adalah terdiri daripada guru lelaki dan 212 orang guru
perempuan .Dari segi kelayakan akademik tertinggi responden, didapati seorang
responden berkelayakan doktor falsafah, 30 orang berkelayakan ijazah sarjana, 201
orang berkelayakan sarjana muda, 18 orang berkelayakan ijazah diploma dan 5 orang
responden memiliki kelayakan yang lain. Dari segi tempoh perkhidmatan, sebanyak 77
orang responden telah mengajar dalam tempoh tiga tahun, 24 orang tiga hingga empat
tahun, 72 orang responden lima hingga sepuluh tahun, 82 orang lebih daripada 10
tahun.

Sampel bagi kajian ini dipilih berdasarkan kaedah Persampelan persampelan


kebarangkalian adalah sinonim dengan penyelidikan jenis kuantitatif.

Prosedur

persampelan jenis ini dilaksanakan dengan memilih subjek sampel secara rawak iaitu
subjek dalam sampel tersebut mempunyai semua ciri-ciri yang terdapat dalam populasi
kajian. Sebelum prosedur persampelan kebarangkalian dilakukan, pengkaji perlu
mengenal pasti saiz populasi dan memperoleh senarai subjek dalam populasi.
Berdasarkan senarai subjek, pemilihan responden dilakukan mengikut kaedah
persampelan rawak.

Selain itu, jurnal ini juga ada menyatakan tentang Instrumen kajian ini merupakan satu
set soal selidik yang mengandungi 4 bahagian, iaitu bahagian maklumat demografi,
bahagian personaliti, bahagian kepuasan kerja dan bahagian stres kerja. Instrumen
yang digunakan untuk mengukur personaliti ialah The Big Five Inventory (BFI) yang
diperkenalkan oleh John, Donahue dan Kentle (1991). Soal selidik ini mengandungi 44
item yang mengukur 5 dimensi personaliti, iaitu Extraversion, Agreeableness,
Conscientiousess, Neuroticism dan Openness. Bahagian kepuasan kerja pula diuji
dengan menggunakan alat ukur Job Descriptive Index ( JDI) yang dikemukakan oleh
Smith, Kendall dan Hulin (1969). Alat ukur inimengandungi 68 item yang mengukur lima
aspek kepuasan kerja, iaitu kerja, gaji, kenaikan pangkat, penyeliaan dan rakan sekerja.
Stres kerja pula diuji dengan menggunakan Administrative Stress Indeks (ASI) yang
dibina oleh Gmelch dan Swent (1982) dan telah diubah suai oleh Mazeni (2005). Alat
ukur ini mengandungi 28 item yang mengukur tiga aspek, iaitu lebihan kerja, hubungan
interpersonal dan persekitaran kerja. Instrument kajian yang telah digunakan iaitu
borang soal selidik. Hal ini demikian menyebabkan fakta untuk menyelesaikan
permasalahan kajian tidak dapat dinyatakan dengan kukuh serta kajian kajian yang akan
datang tidak dapat mengenal pasti jurang ilmu pengetahuan yang terdapat dalam kajian
ini.

Prosedur Pengumpulan Data


Jurnal ini menyatakan tentang data analisis kajian yang telah menggunakan SPSS
Windows. Reliabiliti alat kajian ini diukur dengan menggunakan kaedah ketekalan
dalaman iaitu berdasarkan pekali Cronbach Alpha. Menurut Goodwin (2010), pekali
kebolehpercayaan yang baik adalah antara 80 hingga 90. Nilai keseluruhan reliabiliti

yang diperolehi dalam alat kajian ini adalah tinggi iaitu pada aras Cronbach Alpha .80.
Maka alat kajian ini boleh dipercayai dan boleh digunakan.

Penerangan yang jelas tentang kriteria kriteria atau ciriciri sampel tidak dinyatakan
dengan jelas. Hal ini demikian akan menyebabkan keraguan kepada penilai tentang
aspek pengukuhan analisis dapatan data kajian.

Analisis Dapatan Kajian


Jurnal ini tidak menerangkan tentang hasil kajian rintis yang telah digunakan bagi
menentukan tahap reliabiliti bagi sesuatu instrumen. Walaubagaimanapun, alat
pengukuran untuk menguji tahap kesahan dan kebolehpercayaan kajian ini tidak
dinyatakan secara terperinci dalam segenap aspek. Tambahan pula, ulasan yang
dinyatakan dalam jurnal berkenaan alat pengukuran kesahan dan kebolehpercayaan
tidak memberi gambaran yang luas bagaimana ia digunakan dalam sesuatu instrumen
kajian.
Idea Utama:
Hasil dapatan kajian yang dinyatakan dalam artikel jurnal ini adalah:
(1) Mengenalpasti tret personaliti guru sama ada wujud pengaruh personaliti terhadap
kepuasan kerja dan stress kerja guru.
(2) Hasil dapatan kajian Hasil dapatan juga sifat-sifat responden seperti bersemangat
tinggi, bertenaga, suka bergaul dan bersosial, dan personaliti yang tegas masih berada
pada tahap sederhana. Perlman dan McCann (1988) menyatakan bahawa guru yang
mempunyai skor yang tinggi dalam dimensi ini adalah berinisiatif untuk mempertingkat
komunikasi dan berkeupayaan menjalankan pengajarannya dengan menarik, aktif serta
merangsangkan.
(3) Hasil dapatan kajian menunjukkan hubungan menunjukkan bahawa guru-guru yang
mempunyai tret neuroticism rendah mempunyai emosi yang stabil dan lebih
berkeyakinan serta bersikap positif terhadap apa-apa cabaran dalam kerjaya
profesionnya. Malah, menurut Bolger (1990), tret neuroticism juga dapat mempengaruhi
strategi menangani stres. Sebagai rumusannya, dapatlah diperkatakan tret neuroticism

dan agreeablene boleh digunakan untuk meramalkan kepuasan kerja dan stres kerja
dalam kalangan guru.
(4) Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa hubungan yang signifikan positif antara
penyalahgunaan bahan dalam kalangan Kanakkanak jalanan dengan ibubapanya.
(i) Hasil dapatan kajian: Penurunan tahap kepuasan kerja para guru boleh
mengakibatkan kemerosotan mutu kerja dan peningkatan kecelaruan psikologi
dan stres kerja dalam kalangan guru.
Artikel jurnal menyatakan bahawa penyelidik berpendapat tentang kepuasan kerja
dalam kalangan guru telah menarik perhatian para penyelidik dari pelbagai negara.
Penurunan tahap kepuasan kerja para guru boleh mengakibatkan kemerosotan mutu
kerja dan peningkatan kecelaruan psikologi dan stres kerja dalam kalangan guru
(Troman dan Wook, 2000). Aspek-aspek ini boleh mempengaruhi semangat, motivasi
dan kesanggupan guru-guru untuk memaksimumkan potensi pengajaran mereka
(Schulz dan Teddlie, 1989).
(ii) Hasil dapatan kajian: Tahap profesionalisme dan integriti guru hanya dapat
dipertingkatkan lagi jika mereka dapat memaksimumkan kepuasan kerja dan
meminimumkan stres kerja dalam bidang kerjaya mereka.
Artikel jurnal menyatakan bahawa penyelidik berpendapat Hasil kajian menunjukkan min
skor Agreeableness dan Conscientiousness berada pada tahap tinggi, manakala
dimensi Extraversion, Openness dan Neuroticism pula berada pada tahap sederhana.
Dapatan ini menjelaskan bahawa guru-guru tidak suka mencari kesalahan orang lain,
tidak memulakan pertengkaran dengan orang lain, bertimbang rasa dan baik hati, suka
bekerjasama, memiliki naluri memaafkan orang lain secara semula jadi, bersopan
santun, suka membantu dan tidak mementingkan diri sendiri. Ini menunjukkan ciri-ciri
seumpama ini selaras dengan dapatan kajian Perlman dan McCann (1998) tentang
Student Pet Peeves about Teaching, iaitu seseorang guru yang mempunyai dimensi
Agreeableness tinggi akan sentiasa mempunyai hubungan antara guru dan pelajar yang
mesra, mengingati nama pelajar dan memanggilnya apabila ada peluang, bersifat liberal
dan fleksibel semasa pengajaran dan pembelajaran.

(iii) Hasil dapatan kajian: Ujian regresi berganda turut dilaksanakan untuk
menentukan pengaruh personality terhadap kepuasan kerja. Hasil analisis
mendapati personaliti dapat meramal kepuasan kerja guru, dan tiga daripada lima
dimensi personaliti telah didapati mempunyai sumbangan yang signifikan
terhadap kepuasan kerja guru.
Artikel jurnal menyatakan bahawa dapatan kajian menunjukkan tahap kepuasan kerja
responden pada keseluruhannya berada pada tahap yang sederhana. Hanya satu aspek
sahaja, iaitu aspek rakan sekerja menunjukkan skor min yang tinggi. Dapatan ini selari
dengan beberapa dapatan kajian lalu. Sebagai contoh, Lim (2005) dalam kajiannya
terhadap guru-guru teknikal menunjukkan tahap kepuasan kerja guru yang sederhana.
Kajian yang telah dilakukan oleh Faseha (2005) pula menyamai dapatan kajian ini.
Faseha turut mendapati aspek rakan sekerja mencecah tahap kepuasan kerja tertinggi
sementara aspek gaji dan dimensi kenaikan pangkat mempunyai tahap kepuasan kerja
sederhana. Kedua-dua Lim (2005) dan Faseha (2005) turut mendapati responden dalam
kajian-kajian mereka menyatakan bahawa peluang kenaikan pangkat dalam bidang
perguruan amatlah kurang.
(vi) Hasil dapatan kajian: Ujian korelasi Pearson menunjukkan hubungan yang
signifikan antara semua dimensi personaliti dengan kepuasan kerja guru, kecuali
dimensi Openness .Semua nilai korelasi yang signifikan ini adalah positif kecuali
bagi tret Neuroticism. Semua nilai r berada pada aras sederhana
Artikel jurnal menyatakan bahawa penyelidik berpendapat dapatan kajian ini mendapati
bukan sahaja ada hubungan signifikan antara semua dimensi tetapi juga menyatakan
guru mengalami streess akibat kerja dan guru merasa kurang bertenaga. Kaedah
pembelajaran berpusatkan kepada guru semata-mata perlu dihindarkan, seterusnya
akan meringan bebanan kerja yang terpaksa ditanggung oleh guru. Pihak pentadbir
perlu menyediakan pelbagai alat bantu mengajar, modul-modul dan juga bahan rujukan
di pusat sumber bagi keperluan guru. Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan
(NUTP) mengingatkan guru-guru di seluruh negara supaya tidak bertindak untuk
melepaskan perasaan kerana penat dan banyak tugas serta melayan karenah pelajar
sebaliknya guru-guru ini perlu mengawal emosi. Ini kerana profesion perguruan
merupakan satu profesion yang menuntut kesabaran seseorang.

3. Rumusan dari anlisis hasil dapatan:


Secara keseluruhan, artikel jurnal dapat menerangkan pengaruh personality
terhadap kepuasan kerja dan stress kerja guru. Selain itu, jurnal juga memperlihatkan
kekuatan dan kemajuan sesebuah negara banyak bergantung kepada sistem
pendidikan yang baik dan berkesan, manakala kekuatan sesebuah sistem pendidikan itu
bergantung kepada guru yang berkualiti. Seperti yang dinyatakan dalam Wawasan 2020
(Mahathir 2001), pendidikan merupakan agenda penting yang akan memenuhi aspirasi
menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjadi realiti. Justeru, kita mestilah
mempunyai guru-guru yang berkualiti dan mempunyai. Walaubagaimanapun, hasil
dapatan kajian ini tidak dapat digeneralisasikan kepada keseluruhan sampel kerana
kajian ini adalah berdasarkan pemilihan sampel secara bertujuan iaitu sampel tidak
rawak. Hasil kajian ini dapat memberi panduan kepada pihak berkaitan dalam
mengurangkan tekanan atau stress dikalangan guru agar guru dapat memberikan
pengajaran yang baik baik kepada anak bangsa.
Kajian-kajian dari luar negara banyak dijalankan untuk meninjau sejauh mana trettret personaliti mempunyai hubungan dengan kepuasan kerja (contoh: Boudreau, et al.,
2001; Judge, Heller dan Mount, 2002) dan stres kerja (contoh: Ahart, 2003; Cook, 2005).
Kebanyakan kajian tempatan pula menumpukan hubungan antara kepuasan kerja dan
stres kerja dengan persekitaran pekerjaan itu sahaja (contoh: Maheran, 2005; Mohd
Kamal, 2005; Faseha, 2005; Lim, 2005; Abdul Rahim, 2002). Kajian ini telah dilakukan
untuk mengkaji tahap kepuasan kerja, tahap stres kerja dan tret personaliti dalam
kalangan guru sekolah menengah di daerah Johor Bahru. Kajian ini turut dilakukan
untuk mengenal pasti sama ada wujud hubungan dan pengaruh yang signifikan antara
tret personaliti dengan kepuasan kerja dan stress kerja khususnya dalam profesion
keguruan.
4. Cadangan Bacaan Lain
a) Hubungan Antara Personaliti Dan Penghargaan Kendiri Pelajar Cemerlang
Akademik kajian Oleh Asrul Azmin Bin Masiron, MRSM Pontian (2008).
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti aspek personaliti, penghargaan kendiri dan
hubungan antara kedua-dua pemboleh ubah tersebut dalam kalangan pelajar cemerlang
7

akademik. Seramai 141 orang responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan
empat lelaki dan perempuan di salah sebuah Maktab Rendah Sains MARA di negeri
Johor telah dipilih dalam kajian ini. Faktor demografi yang terlibat dalam kajian ini ialah
faktor jantina.Personaliti diukur dengan menggunakan soal selidik Big Five Inventori
(BFI) yang mengandungi 44 item soal selidik. kajian terhadap personaliti melalui skala
selfreport berkaitan dengan Five-Factor Model (FFM) adalah sebagai asas kerangka
kerja dalam penilaian terhadap personaliti. Beberapadekad yang lepas penggunaan
dimensi Big Five dalam FFM dipakai secara meluas berbanding dengan konstruk
personaliti yang lain (John & Sriastava, 1999). Kajian ini boleh dijadikan panduan
kepada pengkaji yang menjadikan teori big five sebagai instrument dalam kajiannya.

b) Jurnal Hubungan Tahap Kecerdasan Emosi Dengan Tahap Kepuasan Kerja Dan
Tahap Komitmen Kerja Di Kalangan Guru Bimbingan Dan Kaunseling Sekolah
Menengah

Di

Bandaraya

Kuching,

Sarawak

kajian

oleh

Fletcher,

Florence and Syed Mansor, Syed Mohd Syafeq (2007)


Jurnal ini menerangkan Dapatan analisis deskriptif menunjukkan bahawa tahap
kecerdasan emosi responden, tahap kepuasan kerja dan tahap komitmen kerja
responden adalah di tahap yang sederhana. Manakala, analisis insferensi mendapati
terdapat perbezaan signifikan di antara tahap kecerdasan emosi dengan tahap
kepuasan kerja dan komitmen kerja. Selain itu, tahap kecerdasan emosi didapati
berbeza mengikut jantina dan taraf perkahwinan. Dapatan juga menunjukkan tidak
wujud perbezaan tahap kecerdasan emosi dari segi faktor umur, bangsa dan tahap
pendidikan. Implikasi dan cadangan hasil daripada dapatan kajian dibincangkan pada
akhir bahagian penulisan.

5.Kesimpulan
Profil kepuasan kerja dan stres kerja dan tret personaliti guru telah dikenal pasti dalam
kajian ini. Dapatan kajian ini boleh digunakan sebagai garis panduan bagi pihak-pihak
tertentu seperti Kementerian Pelajaran dalam merangka strategi, pendekatan dan
program yang lebih berkesan untuk guru-guru.Pihak yang terlibat dalam penggubalan,
pelaksanaan dan penilaian pendidikan perlu menitikberatkan aspek personaliti,

kepuasan kerja dan stres kerja untuk mewujudkan barisan guru yang bersedia dalam
menghadapi pelbagai bentuk perubahan, cabaran, isu, permasalahan dan konflik
supaya mampu bergerak seiring dengan peredaran serta tuntutan semasa dunia
pendidikan. Usaha pihak Kementerian Pelajaran menjalankan ujian personaliti dalam
memilih bakal guru amat disokong dan perlu diteruskan bagi memastikan guru-guru
yang terpilih mempunyai ciri-ciri personaliti guru yang cemerlang. Ujian personaliti
mungkin juga boleh diberikan kepada guru-guru yang sedia ada agar mereka lebih
memahami diri sendiri dan dapat berusaha untuk memperbaiki diri. Walaupun personaliti
guru mempunyai kaitan dengan kepuasan kerja serta tahap stress guru, keupayaannya
untuk meramalkan faktor-faktor ini adalah rendah. Kebajikan guru perlu juga dipantau
dan dilindungi agar mereka dapat menjalankan tugas mereka dengan baik. Pada
dasarnya tahap kepuasan kerja serta stres guru berada pada tahap sederhana. Akan
tetapi,

perincian

dapatan

ini

menyarankan

agar

faktor

beban

kerja

serta

peluangkenaikan pangkat guru perlu dikaji memandangkan aspek-aspek ini mendapat


skor terendah yang menghampiri tahap rendah.

Rujukan
Ab. Rahim Aris . 2002 . Kajian ke atas Faktor-faktor yang Mempengaruhi Stres
(Tekanan) dan Niat untuk Meninggalkan Profesion Perguruan di kalangan
Guru Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah di Daerah Kota Tinggi
Johor.Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana.
Azlina Mohd. Kosnin & Tan Sew Lee. 2008 .Pengaruh Personaliti Terhadap Kepuasan
Kerja Dan Stress Kerja Guru. Universiti Teknologi Malaysia. Jurnal
Teknologi, 48(E),Jun 2008: 33-47.
Che Mah Yusof, Mariani Mohd Noor. 2001 . Personaliti Pelajar Pintar dan Hubungannya
dengan pencapaian akademik. Prosiding konfererensi Kebangsaan Kajian
Pasca Siswazah (Greduc). Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Dierendonck, A. E. dan C. K. W. De Dreu . 2004 . Conflict and Well-Being at Work: The
Moderating Role of Personality. Emeralds Database. Tarikh capaian: 24 April
2106.
Lim Yee Chian. 2005. Hubungan di antara Stres Kerja dengan Kepuasan Kerja di
kalangan Guru Teknikal di Sekolah Menengah Teknik, di Negeri Kedah Darul
Aman. Universiti Teknologi Malaysia:Tesis Sarjana.

Maheran @ Malek Bin Ahmad Johari. 2005. Stres dan Kepuasan Kerja di kalangan Guru
Sekolah Menengah Daerah Tangkak, Negeri Johor Darul Takzim. Universiti
Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana.
Mohd Kamal Bin Ahmad Untong. 2005. Kepuasan Kerja di Kalangan Guru-Guru
di Daerah Kluang, Johor. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana.

10

You might also like