You are on page 1of 6

4.

Bahasa Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran (Learning Disabled)

4.1

Pendahuluan

Kanak-kanak bermasalah pembelajaran biasanya dikaitkan sebagai kelewatan


perkembangan dalam satu atau lebih daripada proses pertuturan, pembacaan,
penulisan, pengiraan atau mata pelajaran sekolah lain. Kelewatan dalam pembelajran
menyebabkan kanak-kanak ini akan mengalami pelbagai masalah yang melibatkan
perkembangan akademik mahupun perkembangan sahsiah seperti kanak-kanak normal
yang lain.
Justeru itu, tahap perkembangan yang lewat menyebabkan perkembangan
bahasa kanak-kanak ini terjejas disebabkan pelbagai masalah yang berkaitan dengan
ganguan pada proses psikologi yang mempengaruhi pemahaman dan penggunaan
bahasa, sama ada lisan ataupun tulisan.
Akta Pendidikan Individu Kurang Upaya atau IDEA (1997) dengan jelas
menyatakan bahawa kanak-kanak bermasalah pembelajaran mempunyai masalah
dalam satu atau lebih daripada proses asas psikologikal yang melibatkan pemahaman
atau penggunaan bahasa sama ada pertuturan atau penulisan. Ketidakupayaan kanakkanak ini juga seiring dengan penakrifan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (1995)
dengan jelas menyatakan kanak-kanak bermasalah pembelajaran dikenalpasti dan
disahkan oeleh pakar profesional sebagai mengalami kekurangan yang mengganggu
proses pengajaran dan pembelajaran.
Kesan daripada permasalahan yang dihadapi menyebabkan kanak-kanak
bermasalah pembelajaran mempunyai masalah untuk berbahasa dengan baik mungkin
disebabkan oleh masalah kerencatan mental, kurang upaya penglihatan, pendengaran,
gangguan emosi dan tingkah laku.

4.2

Definisi Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran

Secara umumnya, terdapat pelbagai definisi yang boleh menjelaskan mengenai kanakkanak bermasalah pembelajaran. Kanak-kanak ini kebiasaannya mengalami
ketidakupayaan neurologikal yang memberi kesan terhadap kemampuan untuk
memahami, mengingat atau menyampaikan maklumat.
Menurut Kirk, S (1963) dengan jelas menyatakan bahawa kanak-kanak
bermasalah pembelajaran dikategorikan sebagai kelewatan perkembangan dalam satu
atau lebih daripada proses pertuturan, pembacaan, penulisan, pengiraan atau mata
pelajaran sekolah lain.
Manakala Kementerian Pendidikan Malaysia (1995) pula dengan jelas
menyatakan bahawa pelajar yang telah dikenalpasti dan disahkan pakar profesional
sebagai mengalami kekurangan yang mengganggu dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Mereka terdiri daripada kanak-kanak yang mempunyai keupayaan


mental yang rendah dan pengubahsuaian tingkahlaku yang rendah. Masalah yang
dialami boleh dikategorikan mengikut tahap kefungsian seperti berikut :
i.
kebolehan kognitif
ii.
tingkah laku sosial
iii.
penguasaan bahasa lisan dan pertuturan
iv.
penguasaan membaca
v.
kemahiran matematik
Selain itu, murid bermasalah pembelajaran adalah kanak-kanak yang
mempunyai masalah kognitif (kerencatan akal) yang dianggap boleh diajar (educable)
dan boleh mendapat manfaat pendidikan formal. kategori kanak-kanak bermasalah
pembelajaran di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, adalah :
i.
Sindrom Down
ii.
Autisme ringan
iii.
Hiperaktif (ADHD)
iv.
Terencat akal minima
v.
Kurang upaya dalam pembelajaran (LD)
vi.
Kurang upaya dalam pembelajaran khusus, contoh Disleksia.

4.2

Ciri-ciri kanak-kanak bermasalah pembelajaran

Kanak-kanak bermasalah pembelajaran mempunyai masalah bahasa mungkin


disebakan oleh ciri-ciri seperti berikut :
a.
Aspek psikomotor
Kanak-kanak bermasalah pembelajaran contohnya kanak-kanak Sindrom Down
biasanya kanak-kanak ini sukar berbahasa manakala kemahiran pergerakan halus dan
kemahiran pergerakan umum juga lewat bertumbuh.
b.
Aspek Kognitif
Perkembangan kognitif contohnya kanak-kanak Sindrom Down berbeza dan oleh itu
kebolehan kognitif juga berbeza.
c.
Aspek Afektif
Masalah afektif kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah di tahap rendah dan
sering menunjukkan sikap yang negatif.
Latihan :
Jelaskan ciri-ciri yang mempengaruhi masalah bahasa dan komunikasi murid
bermasalah pembelajaran semasa anda mengendalikan P&P di b ilik darjah?
4.3

Masalah bahasa kanak-kanak bermasalah pembelajaran

Masalah bahasa bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran menurut Pearl L.


Siedenberg dalam Deena K. Bernstain dan Tiegerman (1993) menyatakan bahawa
kelemahan bahasa merupakan salah satu daripada ciri-ciri kanak-kanak tersebut di
mana mereka akan mengalami kelambatan dalam pertuturan dan sukar untuk
memahami atau/dan menggunakan bahasa percakapan.
Secara umumnya, masalah bahasa kanak-kanak BP boleh dibahagikan kepada
3 bahagian iaitu bentuk bahasa, kandungan bahasa dan penggunaan bahasa. Bentuk
bahasa terdiri daripada fonologi, morfologi dan sintaksis, kandungan bahasa
dikelompok sebagai semantik manakala penggunaan bahasa dikelompok sebagai
pragmatik.
Manakala Vogel (1975) telah mengkategorikan kanak-kanak yang tidak boleh
membaca ke dalam kelompok masalah bahasa seperti berikut :
a.

Metalinguistik
Metalinguistik adalah kesedaran tentang bahasa dan konsep-konsep linguistik.
Manakala Dena (1993) manyatakan ianya adalah kefahaman tentang
penggunaan bahasa, berfikir, bercakap tentang bahasa dan bagaimana
menggunakan bahasa sebagai alat untuk menganalisis serta menggunakannya
untuk bercakap tentang bahasa itu sendiri.

b.

Fonologi
Fonologi adalah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa, contohnya makan terdiri
daripada dua suku kata dan terbina daripada lima fonem iaitu m, a, k, a, n.
Perbezaan ini amat ketara apabila kanak-kanak BP ini menyebut perkataan yang
mempunyai fonem konsonan-vokal-konsonan.
Bock dan Mercer (1985) menyatakan masalah ekspresi bahasa adalah
disebabkan oleh ketidakupayaan artikulasi (articulation disorders). Contohnya
kesukaran kanak-kanak BP menyebut :
rabbit
you
warsh

wabbit
oo
wash

Kajian oleh Wiig dan Semel (1976) mendapati kanak-kanak BP sering keliru
dengan konsonan bersuara dan tidak bersuara. Antara huruf-huruf yang sukar
dibunyikan seperti b, d, g, p, t, v, z dan th. Contoh kesukaran membunyikan
huruf konsonan berikut :
p
d

dengan
dengan

b
t

Kanak-kanak BP juga keliru untuk membunyikan perkataan yang mempunyai


vokal depan a, i, dan e seperti berikut :
sit,
freeze,
c.

set,
leave,

sat
elite

Morfologi
Morfologi adalah suatu bidang yang mengkaji struktur pembentukan kata.
Contohnya dalam Bahasa Melayu terdapat perkataan yang terbina melalui
proses imbuhan, gandaan, akronim, penukaran dan pemajmukan.
Wiig, Semel dan Crouse (1973) telah mendapat ramai kanak-kanak BP sukar
untuk menggunakan hukum morfologi, contohnya :
tambah es untuk plural
tambah s untuk bilangan ramai
tambah s untuk tunjukkan kepunyaan -

seperti boxes
seperti boys, toys
seperti Alis bag.

Vogel (1983) pula menyatakan bahawa kelambatan kanak-kanak BP berbahasa


lebih bersifat kuantitatif daripada kualitatif memandangkan kanak-kanak ini
biasanya lambat menguasai hukum morfologi berbanding dengan apa yang
selalu diramalkan.
d.

Sintaksis
Bidang ini mengkaji ayat atau struktur ayat dan berkait rapat dengan tatabahasa,
contohnya ;
Ahmad
FN
Subjek

menendang
FK
predikat

bola itu.
FN
objek

Selain itu, kanak-kanak BP juga sukar menggunakan atau membuat ayat-ayat


pasif kerana keliru dengan subjek dan predikat (Semel dan Wiig, 1984).
Contohnya seperti berikut :
Saya makan nasi
Sepatutnya

menjadi Nasi makan saya.


Nasi dimakan oleh saya.

e.

Semantik
Bidang yang mengkaji mengenai makna perkataan-perkataan. Biasanya kanakkanak BP sukar memahami makna perkataan yang lebih dari satu makna.

f.

Pragmatik
Pragmatik adalah kebolehan atau kemahiran untuk menggunakan ayat dengan
batul mengikut konteks atau situasi. Woolfolk (1998) menyatakan bahawa
pragmatik itu adalah kesukaran kanak-kanak BP menggunakan bahasa yang
betul mengikut konteks atau sesuatu situasi. Kebiasaannya kanak-kanak BP

menggunakan ayat-ayat yang panjang dan rumit untuk memberi keterangan atau
arahan kepada kanak-kanak kecil berbanding dengan rakan sebayanya yang
lain.

Latihan :
Jelaskan masalah komunikasi berikut yang sering terjadi kepada kanakkanak BP, di sekolah :
a.
Gangguan artikulasi (Articulation disorders)
b.
Gangguan suara (Voive disorders)
c.
Gangguan kelancaran (Fluency disorders)
d.
Gangguan kualitaif (Qualitative disorders)
e.
Gangguan bahasa (Interrupted language)
f.
Kelewatan berbahasa (Delayed language)
g.
Ketidakhadiran pertuturan (Absence of speech)

4.4
Implikasi terhadap intervensi bahasa
Kesukaran kanak-kanak BP menguasai kemahiran berbahasa dan komunikasi akan
menyebabkan kanak-kanak ini sukar untuk berinteraksi dan bersosial dengan rakan
sebayanya. Antara strategi intervensi yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah
bahasa kanak-kanak BP adalah seperti berikut :
a.
Guru adalah model terbaik agar murid boleh menunjukkan perhatian
sepenuhnya terhadap pengajaran (DeHaven, 1983)
b.
Pertuturan dan penulisan secara spontan boleh digunakan untuk
mengajar pendengaran, sebab pelbagai kemahiran boleh dibaiki (Frose,
1981)
c.
Kanak-kanak BP oleh memahami apabila kelajuan pertuturan lebih
perlahan berbanding aras/tahap biasa (McCroskey & Thompson, 1973)
d.
Gunakan klu-klu untuk membina pengetahuan murid (Burns, 1980)
e.
Penggunaan ayat pasif dan panjang perlukan masa untuk murid untuk
melakukannya
f.
Ayat perlu pendek dengan struktur yang ringkas semasa mengajar (Wiig &
Semel, 1984)
Strategi untuk memperbaiki kemahiran ekspresi berbahasa bagi kanak-kanak BP
adalah seperti berikut :
a.
Komponen-komponen seperti morfem dalam sistem bahasa formal perlu
diajar bersama-sama bukannya berasingan.
b.
Bahasa boleh diajar dalam setting yang berbeza dan tidak hanya dalam
suasana yang seterotaip.
c.
Kemahiran berbahasa perlu diajar merentasi kurikulum (Wiig & Semel,
1984).

d.
e.
f.
g.

Kemahiran pragmatik seperti menyoal dan mengambil giliran (turn taking)


perlu dimasukkan dalam pengajaran (Spekman & Roth, 1984).
Kanak-kanak tidak perlu terlalu ditekankan dengan ayat-ayat yang
lengkap, cukup sekadar menjawab soalan dengan satu atau dua ayat atau
perkataan (Spekman & Roth, 1984).
Membuat generalisasi perlu diajar agar pelajar boleh menggunakannya
dalam bentuk novel
Mesej yang disampaikan oleh kanak-kanak perlu diberi perhatian terlebih
dahulu kerana ianya penting dalam proses komunikasi dan juga
kesalahan-kesalahan sintak boleh diperbaiki (Spekman & Roth, 1984).

4.5
Kesimpulan
Secara umumnya, masalah bahasa di kalangan kanak-kanak BP agak kritikal jika tidak
dikenalpasti lebih awal untuk tindakan selanjutnya. Langkah awal seperti intervensi
awal berkemungkinan besar dapat membantu mengurangkan masalah yang
dikenalpasti dan dihadapi oleh kanak-kanak tersebut. Memang tidak dinafikan bahawa
berbahasa danber komunikasi adalah satu proses yang penting bagi menjamin kanakkanak BP berjaya dalam kehidupan dan akademiknya.

You might also like