You are on page 1of 2

Berdasarkan refleksi pengajaran dan pembelajaran, walaupun pengkaji telah mengesan beberapa

masalah yang dihadapi oleh murid-murid Prasekolah ini dalam pengajaran Bahasa Inggeris,
namun pengkaji akan fokuskan kajian ini kepada masalah penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris
sahaja. Ini adalah kerana penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris adalah tunjang utama dalam
Bahasa Inggeris sebelum murid dapat menguasai perbualan mudah dan kemahiran-kemahiran
lain.

Dalam kajian yang akan dijalankan ini, Bahasa Malaysia merupakan bahasa kedua
kepada murid kajian. Bahasa pertama bagi murid-murid adalah Bahasa Tamil. Mereka
menggunakan Bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar di rumah mahupun di sekolah. Mungkin
faktor ini menyebabkan mereka sukar membaca bahan dalam Bahasa Malaysia sebagai bahasa
kedua walaupun dengan menggunakan bahasa mudah.

Mungkin latar belakang keluarga, masalah keluarga, kurangnya perhatian daripada ibu
bapa juga menyebabkan mereka tidak dapat menguasai Bahasa Malaysia dengan baik.
Kemungkinan mereka tidak menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar atau
komunikasi di rumah juga yang menyebabkan mereka sukar menguasai kemahiran membaca
perkataan walaupun yang mudah.

Justeru, ekoran daripada masalah ini saya telah mengambil inisiatif untuk menjalankan
penyelidikan tindakan terhadap masalah yang dihadapi oleh murid-murid agar masalah ini dapat
diatasi. Saya telah menjalankan penyelidikan tindakan dengan penggunaan program Didik Diri
untuk meningkatkan penguasaan kemahiran membaca dalam kalangan murid-murid prasekolah
khasnya di Pra Berlian, SJK(T) Bentong.

Pendidikan prasekolah semakin dititikberatkan. Masalah yang sering berlaku dalam


kalangan murid prasekolah ialah lemah dalam menguasai kemahiran menulis.
Kelemahan lain yang dihadapi ialah mengeja dan membaca. Kegagalan murid
menguasai kemahiran menulis akan memberi kesan kepada perkembangan kanak-
kanak secara menyeluruh.
Masalah yang sering dihadapi murid prasekolah pada peringkat awal ialah
mengenal dan menulis huruf dengan betul. Murid prasekolah yang kurang daya
pengecaman akan menghadapi masalah mengenal huruf. Kajian ini berfokus kepada
murid prasekolah yang menghadapi masalah mengenal dan menulis huruf dengan
betul. Masalah yang dihadapi oleh guru mungkin kaedah pengajaran kurang berkesan.
Berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum Prasekolah (KSPK) yang diterbitkan
oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, pihak
kementerian telah mensasarkan fokus untuk memastikan murid-murid prasekolah dapat
mengenal huruf A-Z sebagai asas utama dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia.
Pada peringkat ini, murid-murid dibimbing untuk mengenal bentuk dan bunyi
setiap huruf serta dapat menyusun huruf-huruf tersebut menjadi suku kata. Namun
demikian, tahap penguasaan setiap murid adalah berbeza menyebabkan ada murid
yang tidak dapat mengenalpasti bentuk dan huruf dengan betul, apatah lagi
menghasilkan satu bentuk suku kata. Terdapat beberapa faktor yang boleh
menyebabkan berlakunya masalah seumpama ini. Selain daripada kemampuan
menguasai P&P dengan baik, masalah ini juga berkaitan dengan disleksia. Menurut
Drake (1989), masalah disleksia dirujuk kepada ciri, antaranya : kesukaran belajar
berbahasa, ketidakseimbangan dan kebolehan intelektual, tidak lancar membaca
sesuatu bahan bercetak, tidak dapat menulis dengan lancar dan tepat (kesukaran
meniru tulisan dari papan hitam atau buku), dan tumpuan yang terhad (pengamatan
visual).
Justeru, kajian ini telah dijalankan untuk mengenalpasti cara terbaik untuk membantu
Mohd Ashrull menulis huruf dengan betul. Kajian ini menggunakan teknik “Cilik Cerdik”
dan telah diuji sesuai dengan tahap penguasaan murid tersebut.

You might also like