You are on page 1of 6

JENIS-JENIS PAKU,

TIMBER TONE,
MINYAK LINSID
ANIS SUHANA BINTI SUHAIMI
NURSYAHIRAH BINTI NOORTHIN
JENIS DAN KEGUNAAN PAKU

Bergelugur Biasa
Berkepala
dua
Payung
Panel

Kotak
kemasan
Veneer
Paku biasa (common nail) berkepala bulat dan sesuai digunakan dalam pembinaan yang berat seperti
memaku rangka dinding, membuat kotak dan pembinaan am.
Paku kotak (box nail) serupa dengan paku biasa kecuali toloknya lebih kecil.
Paku kemasan (finishing nail) digunakan untuk kerja-kerja kemasan seperti memasang pelapisan dinding,
kerja perabot atau kerja yang tidak memerlukan kepala paku kelihatan. Kepalanya berbentuk peluru dan
boleh dibenamkan ke dalam kayu dengan menggunakan pembenam paku.
Paku panel (casing nail) sejenis paku dawai yang halus, kepalanya berbentuk kon terbalik dan kurang
kelihatan bila dipakukan kepada kayu. Saiznya antara 12mm x 20mm hingga 50mm x 16mm sesuai
digunakan dalam kerja panel kerana tidak memecahkan kayu.
Paku venir Paku dawai yang halus sama seperti paku panel dan kadang-kadang tanpa kepala. Sesuai
digunakan untuk memaku kumai dan bahan-bahan yang nipis.
Paku bergelugur (berangkai) sejenis paku nipis berbentuk segiempat bujur dan bergelugur yang dibuat
daripada keluli. Sesuai digunakan untuk menyambung beberapa keping papan dan untuk menyambung
tanggam.
Paku bergelugur (berangkai) sejenis paku nipis berbentuk segiempat bujur dan bergelugur yang dibuat
daripada keluli. Sesuai digunakan untuk menyambung beberapa keping papan dan untuk menyambung
tanggam
Paku payung kepalanya berbentuk seperti payung, digunakan dalam pemasangan bumbung bergelugur
zink dan asbestos bagi menghalang kebocoran di tempat yang dipakukan.
Paku berkepala dua mempunyai dua kepala, digunakan dalam pembinaan acuan kayu. Paku ini dipakukan
sehingga kepala pertama terbenam dan kepala kedua timbul untuk memudahkan ia dicabut dengan tukul
berkuku.
Paku konkrit diperbuat daripada keluli keras dan boleh dipakukan kepada konkrit untuk memasang kayu,
menggantung barang, memasang pendakap dan sebagainya.
KEMASAN : MINYAK LINSID
Minyak kuning dari bijih benih dari pokok flax
Digunakan secara sendirian atau dicampur dengan minyak lain
Mengering secara perlahan dan mengur sedikit apabila mengeras
Apabila disapu, masuk ke dalam ira kayu menjadikan permukaan kayu
bersinar tetapi tidaj berkilat dan menampakkan ira kayu
Menyerap kelembapan jika dibiarkan basah
PEWARNA KAYU : TIMBER TONE
Ia digunakan untuk menggelapkan dan mengeluarkan susunan urat kayu dan menyamakan kayu yang
berlainan warna.
Terdapat tiga jenis tona warna yang ada dipasaran:
Pewarna minyak digunakan untuk menggilap lilin dan disapu bagi melarutkan pelumur di dalam turpentin atau
petrol.
Pewarna spirit mesti dibancuh dengan dengan syelek dan spirit bertujuan menyamakan permukaan kayu dan
mendapatkan kemasan yang sekata.
Pewarna air digunakan terus pada permukaan kayu sebelum menyapu laker (lacquer). Ia boleh disapu dengan
menggunakan berus atau kain.

You might also like