You are on page 1of 2

Perkhidmatan sokongan

Konsep Pendidikan Khas


6 Februari 2010
Apakah yang dimaksudkan dengan pendidikan khas?
Setiap hari terdapat ramai murid yang menghadiri sekolah untuk menerima
pendidikan yang disediakan oleh sekolah. Pengajaran dan pembelajaran
dilaksanakan oleh guru berdasarkan topik-topik yang terkandung dalam sukatan
resmi yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Segala topik dalam
sukatan yang ditetapkan oleh setiap mata pelajaran perlu diajar dalam tahun
berkaitan. Guru akan menguji penguasaan pengetahuan dan kemahiran yang
telah disampaikan melalui ujian dan juga peperiksaan di akhir penggal tahun
akademik. Pada amnya, penjelasan di atas memberi sedikit gambaran tentang
sistem pendidikan yang bercorak aliran perdana, dan corak pelaksanaannya
memang bersesuaian dengan kebolehan majoriti murid dalam sistem
persekolahan umum.
Namun terdapat segolongan murid yang akan sudah pasti akan menghadapi
kegagalan dalam pengajaran dan pembelajaran sekiranya mengikuti sistem
pendidikan seperti yang dijelaskan. Golongan murid ini merupakan murid
berkeperluan khas kerana mereka mengalami keadaan kecacatan yang menjadi
halangan kepada penguasaan pengetahuan dan kemahiran yang disampaikan
oleh guru melalui proses pengajaran dan pembelajaran seperti yang biasa
diamalkan dalam sistem pendidikan aliran perdana. Untuk mencapai kejayaan
dalam pendidikan, pelbagai usaha dan bantuan perlu disediakan untuk
membantu mereka. Oleh yang demikian, corak pendidikan adalah berbeza dan
mempunyai pelbagai ciri-ciri yang tidak terdapat dalam sistem pendidikan aliran
perdana. Pendidikan yang disediakan untuk golongan berkeperluan khas
tersebut dikenali sebagai pendidikan khas.
Apakah antara ciri-ciri khusus dalam pendidikan khas?
Oleh kerana murid berkeperluan khas menghadapi keadaan yang menghalang
mereka daripada menerima pendidikan yang disampaikan secara biasa, bantuan-
bantuan tertentu perlu disediakan untuk membantu mereka mengatasi
halangan-halangan tersebut. Bantuan-bantuan ini boleh disediakan dalam
bentuk akomodasi dan modifikasi, atau dengan lain perkataan, pengubahsuaian
yang telah dilakukan kepada pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, isi
kandungan pelajaran yang disampaikan boleh dikurangkan atau
dipermudahkan. Atau sekiranya seseorang menghadapi masalah memegang
pensel untuk menulis, cara penyoalan boleh diubahsuaikan kepada cara lisan
atau pemilihan jawapan pelbagai yang telah diberikan.
Perkhidmatan kepakaran juga boleh disediakan. Sebagai contoh, seseorang
murid yang menghadapi masalah pertuturan dan bahasa boleh dibantu oleh
seorang pakar dalam bidang tersebut untuk beberapa kali seminggu. Di
samping perkhidmatan kepakaran, bantuan juga boleh diberikan dalam bentuk
peralatan. Golongan murid berkeadaan rabun boleh dibantu melihat tulisan di
papan putih dengan teleskop yang dicipta untuk membaca dari jarak jauh,
membaca buku melalui CCTV (close circuit television) yang bertujuan
membesarkan tulisan tercatit atau menghasilkan penulisan yang tepat melalui
komputer bersuara. Secara ringkas, kejayaan perlaksanaan pendidikan khas
bergantung kepada persediaan perkhidmatan-perkhidmatan sokongan khas yang
boleh membantu murid mengatasi halangan yang dihadapinya dalam usaha
menguasai pengetahuan dan kemahiran yang diajar kepadanya oleh golongan
guru.
Keadaan masalah atau kecacatan yang dihadapi oleh murid berkeperluan khas
juga pelbagai dan berlainan. Sebagai contoh, walaupun terdapat dua orang
murid berkeadaan Sindrom Down, masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka
tidak semestinya sama. Contohnya, salah seorang murid boleh menulis dan
membaca dan boleh membuat segala persediaan harian seperti memakai
kasut dan baju dengan sendiri manakala seorang murid lagi masih perlu
bergantung kepada orang lain untuk hal-hal pengurusan diri harian. Keperluan-
keperluan pendidikan untuk kedua-dua orang murid Sindrom Down sudah past
amat berlainan. Oleh yang demikian, dalam amalan pendidikan khas, keperluan-
keperluan setiap orang murid perlu dikenal pasti supaya pendidikan yang
disediakan bersesuaian dengan masalah-masalah yang dihadapi oleh individu
tertentu. Pendek kata, satu rancangan pendidikan individu perlu disediakan
untuk setiap orang murid.

You might also like