You are on page 1of 1

SELULOSA TERJANA SEMULA -Selulosa terjana semula diperoleh daripada campuran bahan kimia dengan selulosa daripada kayu

atau serpihan kapas. SUMBER SELULOSA TERJANA SEMULA 1. VISKOS # Viskos adalah gentian yang dibuat daripada selulosa yang dicampur dengan alkali dan soda kaustik. # Negara pengeluar utama viskos ialah Russia, Jepun, Amerika Jerman dan Britain. # Struktur gentian viskos kelihatan licin dan rata seperti rod kaca dan mempunyai jalur halus di permukaannya. # Keratan rentas gentian menunjukkan gentian mempunyai banyak permukaan. 2. ASETAT #. Gentian yang dibuat daripada selulosa serpihan kayu dan kapas yang dicampurkan dengan bahan kimia. # Pengeluar utama asetat ialah Amerika Syarikat, Russia dan Jepun. # Gentian asetat panjang dan licin seperti rod kaca yang berlekuk-lekuk. # Mengikut keratan rentas, gentian asetat mempunyai permukaan bercuping dan ia merupakan gentian yang paling lembut. 3. TRIASETAT # Gentian yang diperbuat daripada campuran pulpa kayu dan asetik anhidrida dan metilena klorida. Ia berbeza daripada asetat kerana perbezaan bahan kimia yang digunakan. Cara membuat yan triasetat adalah sama dengan asetat kecuali selulosa triasetat akan terus dipintal menjadi filamen triasetat dan yan stapel. Struktur dan ciri gentian triasetat adalah hampir sama dengan gentian asetat.

You might also like