You are on page 1of 2

GENTIAN BUATAN

SELULOSA TERJANA SEMULA -Selulosa terjana semula diperoleh daripada campuran bahan kimia dengan selulosa daripada kayu atau serpihan kapas. SUMBER SELULOSA TERJANA SEMULA 1. VISKOS # Viskos adalah gentian yang dibuat daripada selulosa yang dicampur dengan alkali dan soda kaustik. # Negara pengeluar utama viskos ialah Russia, Jepun, Amerika Jerman dan Britain. # Struktur gentian viskos kelihatan licin dan rata seperti rod kaca dan mempunyai jalur halus di permukaannya. # Keratan rentas gentian menunjukkan gentian mempunyai banyak permukaan. 2. ASETAT #. Gentian yang dibuat daripada selulosa serpihan kayu dan kapas yang dicampurkan dengan bahan kimia. # Pengeluar utama asetat ialah Amerika Syarikat, Russia dan Jepun. # Gentian asetat panjang dan licin seperti rod kaca yang berlekuk-lekuk. # Mengikut keratan rentas, gentian asetat mempunyai permukaan bercuping dan ia merupakan gentian yang paling lembut. 3. TRIASETAT # Gentian yang diperbuat daripada campuran pulpa kayu dan asetik anhidrida dan metilena klorida. Ia berbeza daripada asetat kerana perbezaan bahan kimia yang digunakan. Cara membuat yan triasetat adalah sama dengan asetat kecuali selulosa triasetat akan terus dipintal menjadi filamen triasetat dan yan stapel. Struktur dan ciri gentian triasetat adalah hampir sama dengan gentian asetat.

SINTETIK -Sintetik adalah gentian yang diperbuat daripada arang batu dan petroleum. Poliamida (nilon) arang batu, udara dan air Poliester Akrilik petroleum dan etilena petroleum, ammonia dan air

SUMBER SINTETIK POLIAMIDA -Bahan asas untuk membuat poliamida atau nilon adalah arang batu, udara dan air. Tiga jenis poliamida dikenali sebagai nilon 11, nilon 6,6 dan nilon 6. Negara pengeluar utama poliamida ialah Amerika Syarikat, Eropah Barat dan Jepun. Struktur poliamida adalah seperti rod kaca licin dan rata. Keratan rentas untuk poliamida berbentuk bulat. POLIESTER Bahan asas untuk membuat poliester ialah petroleum dan etilena. Pengeluar utama polyester ialah Amerika Syarikat, Eropah Barat dan Jepun. Strukturnya adalah licin dan rata seperti rod kaca. Keratan rentas gentian poliester berbentuk bulat. AKRILIK Bahan asas untuk membuat akrilik ialah petroleum, ammonia dan air. Pengeluar utama ialah Eropah, Jepun dan Amerika Syarikat. Strukturnya adalah seperti rod kaca yang lutcahaya dan mempunyai permukaan yang tidak berkilat. Permukaan keratan rentas gentian akrilik berbentuk

You might also like