You are on page 1of 5

4.

0 Kepentingan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) Kepada Seseorang Guru Sejarah

Penggubalan sesuatu kertas ujian perlu mengikut Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) yang
ditetapkan oleh seseorang guru. Terdapat banyak pertimbangan yang dibuat oleh seseorang
guru semasa menyediakan soalan ujian. Ujian sebaiknya mewakili keseluruhan sukatan
pelajaran yang merangkumi komponen-komponen tertentu. Iaitu, pengetahuan, kemahiran dan
sikap yang telah ditetapkan. Pertimbangan ini dibuat bagi memastikan para murid diuji dengan
menggunakan item-item yang relevan dengan rujukan sukatan pelajaran atau objektif
pengajaran yang telah disampaikan di dalam bilik darjah. Penggubalan kertas ujian perlu
mengikuti pelbagai proses, termasuk penyediaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). Jadual
Spesifikasi Ujian (JSU) adalah sebuah jadual yang menggambarkan ciri sesuatu ujian dari segi
kandungannya iaitu konstruk yang ditafsir, pemberatan tiap-tiap konstruk, konteks, pemberatan
tiap-tiap konteks dan taburan aras kesukaran. Tujuan bagi seseorang guru adalah untuk
menghasilkan item yang berkualiti iaitu jenis item yang dihasilkan tidak membentuk item secara
spontan dan item yang dihasilkan tidak mempunyai kesahan atau keutuhan.
Antara kepentingan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) bagi seseorang guru sejarah untuk
menggubal item-item ujian adalah memastikan kertas ujian yang digubal itu secara sistematik.
Guru yang mengajar mata pelajaran Sejarah seharusnya menyediakan Jadual Spesifikasi Ujian
sebelum menghasilkan item-item ujian. Hal ini demikian kerana dapat menyediakan item soalan
yang bersistematik dari segi tajuk, aras soalan dan pengetahuan serta kemahiran yang dimikili
oleh murid. Apabila guru membuat Jadual Spesifikasi Ujian sebelum mengubal item ujian, maka
guru dapat mengenalpasti tajuk apa yang perlu diuji, kemahiran dan pengetahuan apa yang
perlu diuji kepada murid-murid. Sebagai contoh, guru tidak boleh mengubal soalan dengan
sesuka hati beliau. Guru hendaklah menggubal soalan secara sistematik iaitu membina soalan
sehingga tajuk yang telah diajar oleh guru tersebut. Barulah item ujian yang dibina oleh guru
tersebut dikatakan mempunyai kesahan. Dengan bantuan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU), guru
dapat menggelakkan berlakunya kecelarungan atau ulangan soalan ujian. Jadual Spesifikasi
Ujian (JSU) juga membantu guru untuk membina item ujian mengikut tajuk. Contohnya, setiap
item yang dibina perlu mengikut urutan tajuk yang terdapat dalam Dokumen Standard
Kurikulum Sekolah Rendah Mata Pelajaran Sejarah. Oleh itu, Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
membantu guru Sejarah untuk menggubal item-item secara sistematik.

Selain itu, kepentingan Jadual Spesifikasi Ujian adalah untuk mengelakkan daripada
seseorang guru Sejarah membina ujian secara sembarangan. Sekurang-kurangnya dengan
adanya Jadual Spesifikasi Ujian, seseorang guru Sejarah itu akan menghasilkan soalan-soalan
yang akan diuji oleh murid-muridnnya setelah melalui beberapa garis panduan yang telah
ditetapkan. Antara perkara yang diambil kira dalam pembinaan soalan termasuklah tahap
kemampuan murid serta bentuk soalan itu sendiri. Tidak secara langsung seseorang guru itu
akan dapat mengelakan daripada memberikan penilaian kepada seseorang murid itu secara
sesuka hati sahaja. Sebagai contoh, jika gur mata pelajaran Sejarah ingin menguji tahap
pengguasaan murid daripada tajuk 1 hingga tajuk 3, maka guru Sejarah tersebut perlu membina
item berdasarkan kepada tajuk tersebut. Barulah item yang dibina tersebut dapat mencapai
sasaran dan tujuan ujian yang diadakan oleh seseorang guru. Jadual Spesifikasi Ujian ini
membantu guru untuk menggelakkan guru membina item daripada sasaran atau tujuan guru
mengadakan ujian kepada murid-murid. Jelaslah bahawa, Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
memainkan peranan yang penting dalam penggubalan item oleh guru khususnya dalam mata
pelajaran Sejarah.
Seterusnya, Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) juga berperanan untuk menjamin kesahan isi
kandungan sesuatu ujian itu. Ini membantu para guru yang mengajar mata pelajaran Sejarah
untuk menggubal item yang mempunyai unsur kesahan isi kandungan. Ujian kandungan
merupakan ujian yang benar dan tepat menguji isi kandungan mata pelajaran mengikut tujuan
dan aras kemahiran yang ditentukan oleh guru terhadap murid-murid. Kesahan kandungan
mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Antara cirinya adalah kandungan ujian mewakili perkara yang
hendak diukur atau diuji, digunakan dalam ujian pencapaian dan mengukur penguasaan
pengetahuan atau kemahiran tertentu bagi mata pelajaran tertentu. Dalam ujian kesahan
kandungan, guru memastikan setiap konstruk yang diuji mewakili setiap aspek penting
pelajaran yang diajar, ia juga releven atau kesesuaian tingkah laku yang ingin diperhatikan atau
diketahui dan guru juga perlu menguasai Sukatan Pelajaran dan Jadual spesifikasi Ujian (JSU).
Sebagai contoh, guru boleh menguji sejauhmakah murid-murid fasih dalam penggunaan
konsep, fakta, prinsip, kriteria, terminologi, peraturan dan kaedah. Oleh itu, untuk menjamin
kesahan isi kandungan sesuatu ujian jika guru menggubal item ujian dengan bantuan Jadual
Spesifikasi Ujian (JSU). Item yang dibina oleh guru Sejarah berdasarkan Jadual Spesifikasi
Ujian, tentunya akan membia item-item yang tepat, kesahan dan dapat menggelakkan unsurunsur yang tidak dingini seperti unsur yang dikatakan item yang dibina tidak mempunyai
kesahan.

Selain itu ianya juga telah dapat menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras
kemahiran. Dalam menghasilkan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU), guru mata pelajaran Sejarah
perlu menyenaraikan topik-topik yang telah beliau diajar dan sepatutnya telah dikuasai oleh
murid-murid. Dengan adanya proses menghasilkan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU), guru akan
memilih topik-topik yang akan diuji dan dalam masa yang sama guru dapat merasakan
kepentingan satu-satu topik itu untuk dijadikan soalan. Seseorang guru Sejarah juga dapat
menentukan perimbangan antara topik-topik dengan aras-aras kemahiran yang akan diuji
kepada murid-muridya sekiranya mereka membina Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). Tegasnya,
Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) sangat penting untuk seseorang guru yang mengajar mata
pelajaran Sejarah sebelum membina item-item ujian supaya dapat mencapai hasrat dan tujuan
ujian diadakan kepada murid-murid.
Di samping itu, guru mata pelajaran sejarah perlu memberikan ujian mengikut format yang
sesuai kepada murid-murid untuk menilai kebolehan mereka dari pelbagai aspek. Untuk
menentukan format ujian ini, pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) amat diperlukan.
Contonhnya, salah satu format dalam membina item ujian adalah pembahagian aras soalan
dibahagikan mengikut unit nisbah yang ditentukan oleh Lembaga Peperiksaan iaitu 1:2:1. Jika
guru hendak membina item ujian sebanyak 50, perlulah dibahagikan mengikut nisbah aras
tersebut. Ini bermaksud soalan aras senang sebanyak 10, soalan aras sederhana sebanyak 30
manakala aras sukar pula sebanyak 10. Jumlah soalan aras senang dan sukar perlu dalam
lingkungan jumlah soalan yang sama dan soalan aras sederhana perlu banyakkan. Format ini
akan menepati sekiranya guru Sejarah menggubak item ujian berpandukan kepada Jadual
Spesifikasi Ujian (JSU). Hasilnya barulah guru dapat menentukan format ujian tersebut
berdasarkan kepada Jadual Spesifikasi Ujian (JSU).
Selain itu, Pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) juga dapat membantu guru Sejarah
dalam membentuk item-item dalam ujian. Bentuk-bentuk soalan samada objektif, subjektif,
struktur ataupun esei. Guru boleh merujuk Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) sebelum menggubal
item-item ujian untuk menghasilkan item yang berpatutan dan tepat serta kesesuaian dengan
tajuk dengan bentuk soalan. Contohnya, jika guru Sejarah hendak mengguji murid tentang bab
1, jadi guru perlu memilih bentuk soalan yang sesuai seperti objektif atau subjektif atau esei
untuk murid lebih faham dan mereka mampu untuk menjawab. Jika isi tajuk 1 sangat terhad,
maka guru boleh tanyak soalan dalam bentuk objektif, disebaliknya, jika sesuatu tajuk
mempunyai isi yang banyak, maka guru boleh tanyak soalan dalam bentuk struktur atau esei.
Bilangan soalan pula adalah bergantung kepada pentingnya satu-satu topik itu atau merujuk
3

pada objektif pelajaran. Melalui bentuk yang telah ditetapkan itu, guru akan mudah untuk
memberikan penilaian atau memberikan markah pada soalan-soalan yang telah dijawab murid.
Jelaslah bahawa, Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) memainkan peranan yang sangat penting
kepada guru-guru Sejarah dalam menggubal item-item ujian.
Selain itu, Perbandingan antara satu ujian dengan ujian yang lain juga dapat dibuat
sekiranya seseorang guru itu membina Jadual Spesifikasi Ujian. Perbandingan yang
dimaksudkan seperti tahap pencapaian atau penguasaan yang ditunjukkan melalui markah
yang diperolehi oleh seseorang murid. Sebagai contoh, guru boleh menggubah item-item ujian
jika guru sudah ditanya dalam ujian yang sebelumnya, Jika Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
diabaikan, maka item-item yang dibina oleh seseorang guru itu boleh diulang dalam ujian yang
seterusnya. Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) membantu guru untuk menentukan item-item ujian
yang

baru

dibina

bukannya

menggulanggi

item

yang

sama

sebelumnya.

5.0 Rumusan

Kesimpulannya, Pentaksiran Berasaskan Sekolah merupakan suatu dasar yang ditentukan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menilai dan mengguji murid-murid di sekolah. Jadual
Spesifikasi Ujian (JSU) memainkan peranan yang penting dalam penggubalan item-item ujian.
Item ujian yang disediakan oleh seseorang guru perlulah berdasarkan kepada Jadual
Spesifikasi Ujian (JSU) untuk menentukan kesahihan item-item ujian yang dibina oleh guru.
Setiap guru seharusnya menggunakan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) untuk menggubal itemitem ujian yang tepat kepada kebolehan murid dan mempunyai unsur kesahan serta
kebolehpercayaan dalam item yang dibina.

You might also like