You are on page 1of 15

Bab : 9 Perkembangan Di Eropah

PENGENALAN

1. Pada tahun 476 Masihi,

Rom Barat mengalami

kejatuhan dan zaman

kegemilangan

empayar Rom berakhir.

2. Selepas kejatuhan tamadun Rom, Zaman Pertengahan bermula di

Eropah.

3. Zaman tersebut penting kerana telah menyediakan asas bagi

suatu perubahan yang besar kepada masyarakat dan budaya

Eropah.

a) Zaman pertengahan di Eropah.

1. Zaman pertengahan terbahagi

3 iaitu peringkat awal,

kemuncak dan akhir.

1
Bab : 9 Perkembangan Di Eropah

2. Zaman Gelap berlaku pada

masa zaman pertengahan awal.

3. Zaman Renaissance berlaku

pada masa zaman

pertengahan akhir.

b) Latar belakang Zaman Gelap

(Pertengahan Awal).

1. Eropah mengalami kemerosotan

ilmu pengetahuan, perdagangan dan

perbandaran.

2. Ketika ini tiada pusat pentadbiran yang

berkesan.

4. Pada masa ini, empayar Rom barat (kuasa pusat) runtuh, maka munculah golongan

baron (tuan tanah).

2
Bab : 9 Perkembangan Di Eropah

c) Ciri-ciri Zaman Gelap (Pertengahan Awal)

1. ciri-ciri kehidupan masyarakat Eropah pada Zaman Gelap.

1. Pada masa itu tidak terdapat pentadbiran pusat yang berkesan.


2. Kemusnahan kuasa pusat kerana tidak dapat mentadbir wilayah-wilayah.
3. Kemunculan golongan baron (tuan tanah) yang berkuasa di wilayah yang
diduduki.
4. Golongan petani terpaksa mencari perlindungan daripada tuan tanah untuk
menjaga keselamatan mereka sebagai balasan petani terpaksa membayar
cukai kepada tuan tanah.
5. Petani yang tidak berkemampuan untuk membayar cukai menyerahkan
tanah mereka kepada golongan tuan tanah dan terpaksa menjadi hamba.
6. Tuan tanah mendapat perlindungan daripada golongan raja dan sebagai
tukaran golongan tuan tanah dikehendaki memberikan khidmat atau
membayar cukai kepada raja.
7. Jalinan ikatan yang menghubungkan golongan rakyat dengan tuan tanah dan
seterusnya raja dengan tuan tanah merupakan asas kepada sistem feudal di
Eropah.
8. Kelembapan ilmu pengetahuan.
9. Institusi gereja amat berkuasa dengan memiliki harta yang banyak.
10. Institusi gereja memberikan fokus kepada kegiatan amalan agama dan ilmu
keakhiratan.
11. Gereja mengongkong kehidupan masyarakat Eropah.
12. Kegiatan perdagangan tidak meluas dan sering diganggu olch serangan orang
gasar seperti Viking dan Magyar.
13. Kegiatan perdagangan ke Timur Jauh tidak dapat dijalankan kerana tidak
berupaya menyaingi penguasaan orang Islam di kawasan Mediterranean.
14. Mereka terpaksa menumpukan kegiatan ekonomi mereka kepada sektor
pertanian.
Raja
15. Perniagaan barangan pertanian dikendalikan menerusi sistem tukaran b
arang kerana penggunaan mata wang terhad.

Bangsawan ( Lapisan Pertama) Ahli Agama /Gereja

Bangsawan (Kedua)

Petani dan rakyat biasa


Bab : 9 Perkembangan Di Eropah

Rajah : Struktur Hierarki Sistem feudal Di Eropah

4
Bab : 9 Perkembangan Di Eropah

d) Zaman Kemuncak

Pertengahan.

1. Gereja menjadi institusi

yang universal dan menjadi

ejen penyatuan.

2. Perubahan ekonomi berlaku kerana pertambahan penduduk,

peningkatan pertanian dankemunculan perdagangan.

3. Kemudian muncul pula bandar seperti Venice, Milan.

4. Lahir juga kelas pertengahan seperti artisan, pedagang.

5. Status sosial ditentukan oleh kekayaan dan bukan pemilikan

tanah.

6. Wujud juga institusi politik seperti parlimen.

Ciri-ciri persamaan antara sistem feudal di Eropah dengan sistem


feudal masyarakat Melayu tradisional.

5
Bab : 9 Perkembangan Di Eropah

1. Golongan raja merupakan golongan penaung utama dalam


sesebuah negara dengan memiliki tanah di negeri masing-masing
secara mutlak.

2. Pembesar memberikan khidmat kepada pihak raja manakala


golongan pembesar mendapatkan naungan daripada pihak istana
dan dianugerah tanah.

3. Pembesar memaksa rakyat memberikan khidmat kepada mereka


dengan mengerjakan tanah. Hasil cukai dikutip untuk diserahkan
kepada raja.

4. Pembesar Melayu akan mengerahkan rakyat untuk menjadi askar


dan membina istana raja.

5. Terdapat hamba yang memberi khidmat kepada pembesar kerana


gagal menjelaskan hutang.

Perubahan yang berlaku pada Zaman Kemuncak Pertengahan di


Eropah

1. Gereja memainkan peranan universal serta menjadi ejen


penyatuan.

2. Perubahan ekonomi hasil pertambahan penduduk.

3. Peningkatan dalam aktiviti pertanian.

6
Bab : 9 Perkembangan Di Eropah

4. Kemunculan kegiatan perdagangan yang maju.

5. Kemunculan bandar-bandar seperti Venice, Milan dan Florence di


Itali.

6. Melahirkan kelas pertengahan terdiri yang daripada artisan,


pedagang, dan ahli perbankan.

7. Status sosial seseorang itu tidak lagi berasaskan pemilikan


tanah tetapi kekayaan.

8. Perubahan politik berlaku apabila rakyat mula terlibat dalam


kegiatan politik.

9. Rakyat dapat menuntut hak menerusi institusi parlimen yang


diwujudkan.

10. Perubahan ini memberikan hak politik kepada rakyat.

11. Menjalinkan hubungan antara rakyat dengan pemerintah.

e) Zaman Renaissance (Pertengahan Akhir).

1. Renaissance berasal daripada

7
Bab : 9 Perkembangan Di Eropah

perkataan Itali iaitu renisciment


bermaksud kelahiran semula iaitu
penghargaan semula ilmu yang
terhasil pada Zaman Yunani dan Rom.

2. Tamadun Yunani dan Rom tenggelam ketika Zaman Gelap.

3. Asas pemikiran zaman ini ialah menonjolkan keupayaan manusia


berfikir menyelesaikanmasalah yang dikenali sebagai
humanisme. Bapa humanisme ialah F.Petrarch.

4. Antara tokoh Renaissanxe seperti N. Machiavelli.

5. Manusia zaman ini mempunyai semangat inkuiri (semangat ingin


tahu yang kuat).

6. Zaman ini bermula di Itali, di mana muncul bandar terkenal


seperti Venice, Rom dan Milan yang menjadi pusar perdagangan
antarabangsa.

7. Itali amat strategik sebagai pelabuhan persimpangan


antarabangsa contohnya pelabuhanVenice dan Genoa.

8. Di sini berlaku pertembungan budaya, bahasa dan agama.

8
Bab : 9 Perkembangan Di Eropah

Sebab-sebab Renaissance berlaku di Itali.

1. Lahir aliran pemikiran humanisme melalui penonjolan terhadap keupayaan manusia

berfikir untuk menyelesaikan permasalahan.

2. Melahirkan Bapa Humanisme iaitu Francesco Petrarch, Niccolo Machiavelli dan

Giovanni Bocaccio.

3. Kesediaan meneroka bidang dan kawasan baru kerana didorong oleh semangat

inkuiri yang kuat.

4. Kemunculan bandar-bandar terkenal yang menjadi pusat perdagangan

antarabangsa seperti Venice, Genoa, Florence, Rom dan Milan.

5. Pertembungan budaya, bahasa dan agama kerana kedudukan Itali yang strategik di

kelilingi Laut Mediterranean.

6. Kemunculan Venice dan Genoa sebagai pelabuhan untuk menjalankan perdagangan

antarabangsa.

7. Kemunculan para pedagang kaya yang menggunakan kekayaan untuk

mengindahkan bandar dan menjadikannya tumpuan para seniman dan

cendekiawan.

8. Golongan pedagang kaya menjadi patron atau penaung kepada para pelukis, ahli

muzik, saintis dan penulis. Antara patron yang terkenal ialah keluarga Medici di

Florence.

9
Bab : 9 Perkembangan Di Eropah
9. Berlaku persaingan antara bandar-bandar di Itali untuk mendapatkan seniman dan

cendekiawan yang terbaik dalam pelbagai bidang oleh patron.

10. Para seniman dan cendekiawan sering berkunjung dari bandar ke bandar bagi

tujuan menyiapkan tugasan secara tidak langsung menyebarkan idea Renaissance di

Itali.

11. Paus di Rom menjadi penaung kepada para seniman dan cendekiawan.

12. Golongan ini mula bekerja secara bersendirian untuk mempelihatkan bakat masing-

masing.

13. Kemahiran seniman dihargai dan ini mempengaruhi para pelukis untuk dikenali

secara individu iaitu individualisms seperti pelukis iaitu Leonardo da Vinci, Raphael

dan Michelangelo.

14. Perubahan konsep pendidikan dengan menggalakkan pembinaan kemahiran dalam

aspek intelektual serta fizikal di kalangan individu. Misalnya, Leonardo da Vinci dan

Michelangelo, selain menjadi pelukis dan pengukir agong, disanjung kerana

kemahiran dalam bidang ilmu pengetahuan yang lain.

15. Terdapat tokoh Renaissance yang muncul di beberapa buah negara Eropah di

England, contohnya, tokoh pemikir seperti Thomas More , Francis Bacon dan William

Shakespeare.

Sebab permusuhan antara gereja Rom dengan ahli sains dan matematik di Itali

10
Bab : 9 Perkembangan Di Eropah

1. Gereja Rom mencemburui pencapaian bandar seperti Florence yang dikuasai oleh keluarga

Medici.

2. Gereja Rom berhasrat menjadikan Rom secantik Florence.

3. Gereja menghadapi masalah kerana khuatir ahli sains dan ahli matematik mencabar

pemikiran mereka.

4. Konflik atau perselisihan pendapat berlaku seperti dalam kes Galileo Galilei.

5. Galileo Galilei menyatakan matahari sebagai pusat Islam manakala gereja menyatakan bumi

sebagai pusat Islam.

6. Para saintis menekankan kaedah pemerhatian serta penggunaan akal dan logik dalam

menerangkan mesuatu fenomena Islam.

7. Pihak Gereja menekankan penjelasan tradisional tentang fenomena Islam.

Langkah yang diambil oleh Paus untuk menjadikan Rom sebagai


pusat Renaissance di Itali.

1. Memberi perhatian kepada seni lukis dan seni ukir.

2. Paus Julius II telah mengupah pelukis dan pengukir terkenal seperti Leonardo da Vinci,

Raphael, dan Michelangelo untuk mencantikkan dan menghiasi gereja dan katedral di Rom.

3. Membina Katedral St. Peter.

4. Pusat seni Renaissance telah berpindah dari Florence ke Rom.

11
Bab : 9 Perkembangan Di Eropah
Sumbangan tokoh-tokoh yang muncul pada zaman Renaissance.

Francesco Petrach

1. Dikenali bapa humanisme.

2. Menubuhkan perpustakaan kerana minat dalam ilmu.

3. Menyimpan koleksi karya agong zaman Yunani dan Rom yang diterjemahkan oleh

cendekiawan Islam dan Paderi.

4. Memerhati sendiri apa yang ditulis untuk mengelakkan percanggahan pendapat.

5. Memperkenalkan kaedah penulisan melalui sistern pernerhatian.

Niccolo Machiavelli

1. Dikenali tokoh humanisme.

2. Menghasilkan buku "The Prince"

3. Menyarankan seorang raja harus berkuasa mutlak.

4. Pemerintah harus ditakuti dan bukan disayangi rakyat.

5. Rakyat perlu memberi taat setia kepada Gereja Katolik.

6. Memperkenalkan aliran aliran nasionalisme di Eropah.

7. Ideanya mendorong pembentukan negara bangsa di Eropah.

Leonardo da Vinci

12
Bab : 9 Perkembangan Di Eropah
1. Seorang tokoh seniman dan cendekiawan yang terkenal.

2. Melukis dan mengukir untuk mencantikkan gereja dan katedral di Rom.

3. Menjadi pelukis terkenal dengan menghasilkan lukisan "Mona Lisa".

4. Berjaya membina dan mengembangkan bakat sebagai manusia yang ideal.

5. Seorang versatil dengan menguasai semua bidang ilmu seperti seni bina, seni ukir,

kejuruteraan, botani, falsafah, geografi dan strategi ketenteraan.

6. Mendahului zamannya mempunyai semangat inkuiri untuk mencari jawapan segala

kejadian silam.

7. Membuat buku catatan dengan pelbagai lakaran ciptaan teknikal seperti busur

panah gergasi digerakkan dengan roda.

Kesan yang berlaku selepas Renaissance di Eropah.

1. Kemunculan monarki baru yang mempunyai kekuatan dan kekuasaan yang

diasaskan melalui kewujudan kerajaan pusat dan kesatuan kebangsaan.

2. Pembayaran cukai secara langsung kepada kerajaan pusat memperkukuhkan

kedudukan raja menyebabkan kuasa gereja dan kuasa golongan bangsawan semakin

kurang.

13
Bab : 9 Perkembangan Di Eropah

3. Monarki baru ini terdapat di Portugal, Castile dan Aragon (Sepanyol), England,

Perancis dan Belanda.

4. Sistem perdagangan tempatan dan antarabangsa semakin berkembang dan meluas

manakala kegiatan ekonomi sara diri kian pupus.

5. Kemajuan dalam bidang matematik, geografi, kartografi (teknik melukis peta) dan

astronomi menyebabkan perkembangan kegiatan penjelajahan dan penerokaan.

6. Menekankan ciri-ciri inkuiri, keobjektifan, dan eksperimen dan merintis jalan

kepada pembangunan dan perkembangan ilmu sains seperti biologi, fizik, kimia dan

perubatan.

7. Perubahan dalam pemikiran dan gaya hidup manusia melahirkan emosi atau

perasaan yang dicerminkan di dalam muzik, lukisan, dan ukiran yang dihasilkan.

8. Dari segi psikologinya, unsur emosi yang dicerminkan berjaya memupuk dan

melahirkan budaya yang menyuburkan keyakinan diri.

14
Bab : 9 Perkembangan Di Eropah
9. Perubahan sikap masyarakat terhadap pendidikan yang menekankan pemikiran

logik, saintifik, falsafah dan metafizik.

10. Pendidikan baru menekankan tanggungjawab sosial seseorang dalam masyarakat

melahirkan manusia Renaissance yang mempergunakan minda mereka dalam

pelbagai bidang ilmu pengetahuan bagi memajukan kehidupan manusia. Pengajaran

daripada Zaman Renaissance ialah kita harus mempunyai sifat inkuiri dan berani

untuk meneroka perkara dan bidang baru untuk mencapai kejayaan dalam semua

jurusan.

15

You might also like