You are on page 1of 2

Penilaian terhadap Jadual Spesifikasi Ujian Sains Tahun 4

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) atau dikenali juga sebagai Jadual Penentu Ujian
(JPU) merupakan satu blueprint buat guru-guru dalam menyediakan kertas soalan
bagi ujian yang akan ditadbir. Penggunaan JSU adalah sangat penting bagi seorang
guru dalam menggubal soalan supaya soalan yang digubal bagi membuat penilaian
dan pentaksiran terhadap murid-murid adalah berkesan. Untuk itu, JSU itu sendiri
perlulah menepati ciri-ciri utama yang perlu diikuti bagi memudahkan guru-guru
mata pelajaran sesebuah subjek membuat rujukan untuk menggubal soalan ujian.
Satu sampel JSU mata pelajaran Sains Tahun 4 telah diambil sebagai satu sampel
rujukan dan dibuat penilaian sama ada sesuai digunakan atau sebaliknya.
Sampel yang diambil merupakan JSU bagi Ujian Pertengahan Tahun untuk
mata pelajaran Sains. Untuk menilai JSU ini, kita lihat kepada ciri-ciri utama sebuah
JSU dan dibandingkan dengan ciri yang berkaitan. Antara ciri-ciri utama JSU adalah
ada tajuk yang hendak diuji. Berdasarkan sampel JSU yang diperoleh dapat dilihat
bahawa ia memaparkan topik atau tajuk yang hendak diuji beserta subtopiknya.
Pada pandangan saya, JSU ini sangat sesuai untuk dibuat rujukan dari aspek
topiknya kerana guru-guru yang bakal menyediakan soalan akan melihat terus
kepada JSU bagi melihat tajuk-tajuk yang bakal ada dalam soalan yang akan dibina.
Seterusnya, JSU juga perlu mempunyai senarai aras kemahiran yang hendak
diuji. Berdasarkan kepada sampel yang diambil, JSU ini menyatakan aras kemahiran
yang hendak diuji dan menggabungkan dua aras pada satu bahagian. Pada
pandangan saya, penyediaan aras kemahiran ini adalah kurang jelas kerana arasaras kemahiran perlu diasingkan satu-satu bagi memperlihatkan perbezaan aras
kemahiran dalam soalan yang diberi. Penggabungan dua aras dalam satu bahagian
akan mengkaburkan penggubal soalan sama ada untuk menggunakan salah satu
aras kemahiran dalam bahagian tersebut. Adalah lebih baik sekiranya aras
kemahiran ini diasingkan satu aras satu bahagian supaya dapat memudahkan guruguru memfokuskan pembinaan soalan mengikut aras kemahiran yang tepat.
Seterusnya, JSU juga menggunakan paksi menegak untuk menunjukkan tajuk
yang hendak diuji dan paksi mendatar bagi menunjukkan jenis kemahiran yang
diuji. Secara keseluruhannya, sampel yang diambil menepati kriteria ini. Ini akan

memudahkan penggubal soalan untuk mengikuti spesifikasi yang ditetapkan dalam


soalan yang dibina dan memudahkan guru-guru melihat tajuk da naras kemahiran
yang digunakan.

Selain itu, JSU yang baik perlu mempunyai gambaran tentang bilangan soalan
dan aras kesukaran dalam sesebuah ujian. Dalam sampel yang telah diperoleh, JSU
ini memaparkan gambaran jelas tentang bilangan soalan dan aras kesukarannya.
Setiap topik dan subtopik dinyatakan bilangan soalan yang ada,pada bahagian
mana dan aras kesukaran serta aras kemahiran yang diuji. Ini secara tidak langsung
dapat memudahkan kepada Pembina soalan untuk memfokuskan bilangan soalan
pada topik yang akan diuji dan topik-topik lain. Pada pandangan saya, JSU ini
memberikan

gambaran

jelas

bagaimana

pengagihan

bilangan

soalan

dan

pemfokusan tajuk yang dilakukan pada ujian tersebut. Dalam JSU ini, kita dapat
lihat penekanan banyak diberi pada topik-topik awalan sahaja memandangkan ujian
yang bakal ditadbir adalah ujian pertengahan tahun. Ini secara tidak langsung
memberikan

guru-guru peluang untuk memfokuskan soalan-soalan yang dibina

pada tajuk yang mana dan subtopik mana.


Berdasarkan kesemua hujah-hujah ini, saya menyatakan sekadar pandangan
saya terhadap sampel JSU yang diambil. Secara kasarnya JSU yang dibina adalah
sangat baik kerana mempunyai penegasan pada topik dan subtopik serta bilangan
soalan yang ditanya pada subtopik tersebut.

You might also like