You are on page 1of 4

Lazimnya JSU mengandungi tiga paksi utama iaitu paksi kandungan yang

biasanya mengandungi tajuk atau subtajuk, paksi kedua adalah paksi kemahiran yang
biasanya mengandungi aras kemahiran, dan paksi yang ketiga adalah paksi wajaran
yang mengandungi peratus pemberatan setiap tajuk dan bilangan soalan.
Pertama sekali, tajuk-tajuk yang hendak diuji telah disenaraikan dalam bentuk
jadual pada paksi menegak. Objektif pengajaran telah dianalisis untuk menentukan
pelajaran, pengetahuan dan kemahiran yang perlu diuji dan menentukan tahap
kesukaran mana yang perlu diuji. Aras pengetahuan dan kemahiran diasaskan kepada
pembahagian yang dibuat oleh Bloom dan rakan-rakannya dalam kajian mereka. Ia
adalah penting kepada penggubal kertas kerana ujian dan pembina soalan ujian untuk
menentukan jenis dan bilangan soalan ujian yang perlu dibina. Berdasarkan
penganalisaan inilah JSU dibina. Terdapat 6 aras dalam Taksonomi Bloom, iaitu
mengetahui,

memahami,

mengaplikasi,

menganalisis,

menilai

dan

mencipta.

Berdasarkan JSU Sains yang saya kemukakan, penggubal JSU telah membahagikan
aras soalan kepada 3 aras, iaitu rendah, sederhana dan tinggi. Pada pendapat saya,
pengubal telah membahagikan 6 aras dalam Taksonomi Bloom kepada 3 aras ini. Maka
saya cadangkan supaya aras soalan dinyatakan dengan jelas berserta dengan aras
Taksonomi Bloom yang berkenaan dalam jadual, seperti yang ditunjukkan di bawah.
Pembahagian soalan

Aras soalan
Mengaplikas
Mengetahu
No.

Topik

Bahagian

No.

Bahagian

soalan

Menilai
i

i
soala

Mencipt
Menganalisi

Memahami
n

a
s

(Rendah)

(Tinggi)
(Sederhana)

Catata
n

Kedua-dua paksi ini menwujudkan sel-sel yang diisi dengan pemberatan soalan,
yang dipertimbangkan dari segi kepentingan kandungan/tajuk/tajuk kecil, yang
ditunjukkan dengan menggunakan bilangan soalan. Pembinaan item ujian adalah
merujuk kepada aras Taksonomi Bloom bagi mengenalpasti tahap soalan, aras soalan
dan standard soalan yang dibina. Manakala paksi yang ketiga telah dibuat dalam
bentuk jadual yang ringkas di bawah jadual JSU. Pada pendapat saya, paksi ini dibuat
dengan cara ini amat sesuai kerana dapat jelas menunjukkan wajaran-wajaran aras
soalan yang perlu disediakan.
Seterusnya, jenis soalan yang sesuai perlu ditentukan berdasarkan tajuk,
peringkat atau aras kemahiran seterusnya menggubal soalan yang bersesuaian dengan
isi pengajaran dan tahap kecerdasan murid. Untuk kertas sains ini, soalan bahagian A
adalah soalan objektif dan bahagian B merupakan soalan subjektif.
Penggubal JSU juga perlu menentukan bilangan soalan supaya mencukupi
untuk mewakili kandungan pengajaran domain objektif pengajaran dan peringkat
objektif pengajaran yang hendak diukur. Dalam JSU ini, terdapat 20 soalan objektif
dalam bahagian A dan 20 soalan subjektif dalam bahagian B. Aras kesukaran soalan
juga perlu ditentukan. Bilangan soalan mengikut aras kesukaran perlu tertabur secara
bell-shaped. Contohnya dalam contoh JSU ini, soalan aras rendah meliputi 24%, soalan
sederhana 56% dan soalan aras tinggi meliputi 20% kerana item pengujian yang baik
perlu meliputi setiap aspek yang ingin dinilai. Secara keseluruhannya, ujian yang
digubal ini telah merangkumi semua tajuk yang hendak diuji. Walaubagaimanapun,
dalam bahagian aras soalan untuk contoh JSU ini, penggubal tidak menyatakan dengan

jelas apa yang dimaksudkan dengan 1.1-1.6(b) dan sebagainya. Cara pemarkahan juga
tidak dinyatakan. Pada pendapat saya, satu baris boleh ditambah di bawah baris jumlah
bagi menyatakan pemarkahan untuk setiap item ujian ini.
Selain itu, penggubal juga telah menyusun nombor soalan mengikut tajuk yang
telah disenaraikan. Mata pelajaran dan tingkatan juga telah dinyatakan dengan jelas,
tetapi masa yang diperuntukkan untuk ujian tidak dinyatakan.

You might also like