You are on page 1of 3

2.

0 PENTAKRIFAN TENTANG "PENILAIAN SUMATIF" DALAM KONTEKS


PENGUKURAN DAN PENILAIAN DI BILIK DARJAH

Penilaian sumatif adalah ujian yang dijalankan secara formal yang digunakan untuk
mengesan pencapaian pelajar dalam tempoh tertentu persekolahan satu penggal atau dua
penggal. Biasanya, penilaian sumatif meliputi aktiviti pengujian dan pengukuran atas
beberapa unit pembelajaran dalam bentuk formal dengan menggunakan ujian kertas pensel,
peperiksaan amali atau bertulis, skala radar dan senarai semak.

Penilaian sumatif dapat digunakan untuk mengesan pencapaian pelajar dalam bilik darjah.
Keputusan penilaian tersebut akan digunakan untuk merancang aktiviti pengajaran dan
pembelajaran, aktiviti pengayaan dan pemulihan, merekod keputusannya dalam rekod profil
serta menempatkan semula kedudukan pelajar dalam kumpulan yang sesuai. Selain itu,
penilaian sumatif juga dapat menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum dengan penilaian
pada akhir tahun, peperiksaan awan UPSR dan SPM.

Keputusan penilaian sumatif digunakan untuk menggredkan pelajar mengikut peringkat


pencapaian dalam satu tahap persekolahan. Gred yang diperoleh oleh pelajar digunakan
untuk membuat perbandingan pencapaian di kalangan pelajar ataupun antara bilik darjah.
Sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran yang baru, penilaian sumatif dijalankan
di kalangan pelajar supaya keputusannya dapat menjadikan rujukan atau petunjuk untuk
mengenalpasti sama ada pelajar telah menguasai kemahiran yang diperlukan atau sudah
mencapai peringkat tertentu.

Semasa menggubal penilaian sumatif, langkah - langkah berikut (Rajah 2.1) diberi penekanan
untuk memastikan keberkesanan.

Rajah 2.1: Langkah Penggubalan Penilaian Sumatif


1
Sebelum membina soalan, jadual Penentuan Ujian (JPU) dibentukkan untuk mengenalpasti
soalan yang digubalkan berkaitan dengan objektif, mengandungi maklumat yang lengkap,
kandungan, bentuk item, jumlah item, tempoh penilaian dan sebagainya. Jadual ini dapat
memastikan kesahan ujian yang bakal dilaksanakan dan kebolehpercayaan keputusan yang
diperolehi.

Seterusnya, soalan-soalan yang berkaitan dengan objektif pengajaran dan perlakuan yang
ingin diuji akan dibinakan dengan berpandu JPU. Kertas soalan yang disediakan perlu
mengandungi arahan yang jelas supaya pelajar dapat menjawab setiap soalan yang dikemukai
dengan baik.

Dalam kertas soalan, soalan perlu dikumpul secara sistematik, misalnya mengelompokkan
soalan mengikut bentuk yang sama. Soalan objektif diasingkan dengan soalan mengisi tempat
kosong, esei dan sebagainya. Item soalan juga boleh disusun mengikut topik, aras kemahiran
kognitif atau kesukarannya, seperti menyusun soalan bermula dengan aras rendah diikuti aras
lebih tinggi.

Selepas itu, soalan tersebut diuji terlebih dahulu melalui kajian rintis kepada sampel pelajar
bagi memastikan ujian yang bakal dijalankan itu benar-benar sah dan boleh dipercayai.
Melalui kajian rintis tersebut, aras kesukaran, daya diskriminasi, ketunggalan soalan dapat
dikesani. Selain itu, kelemahan-kelemahan yang wujud pada soalan berkenaan juga dapat
dibaikikan supaya kertas soalan tersebut dapat berperanan dengan baik.

Di samping itu, skema pemarkahan juga perlu disediakan untuk tujuan penyemakan kertas
ujian. Skema ini menjadi panduan memeriksa jawapan yang dapat mengelakkan berlaku bias
dalam pemberian markah.

Sebagai rumusan, penilaian sumatif ialah penilaian yang dilaksanakan dalam pendidikan
yang bertujuan utama untuk memberikan gred kepada pencapaian pelajar atau menempatkan
pelajar mengikut pencapaiannya. Di samping itu, penilaian sumatif juga dapat digunakan
dalam memperbaiki sesuatu kurikulum kerana keputusan yang diperolehi lebih menyeluruh.

( 444 Patah Perkataan)

You might also like