You are on page 1of 3

4.

0 PERBINCANGAN TERHADAP PENILAIAN SUMATIF YANG


DILAKSANAKAN DI SEKOLAH

Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat keputusan bahawa penilaian sumatif atau
peperiksaan hanya dilaksanakan bagi pelajar tahap 2 pada penggal pertengahan persekolahan
dan akhir tahun untuk menguji kemampuan pelajar menguasai semua ilmu dan kemahiran
yang telah diajar dan dilatih selama setahun.

4.1 PROSES MELAKSANA PENILAIAN SUMATIF

4.1.1 Bentuk Penilaian

Bagi mendapat penilaian yang sesuai kepada pelajar, guru – guru yang sama darjah akan
membuat perbincangan sebelum menyediakan kertas soalan supaya dapat skala menguji hasil
pembelajaran pelajar, seperti topik pengajaran yang telah dilaksanakan atau tahap kebolehan
pelajar dalam setiap bilik darjah. Selepas itu, jadual penentuan ujian (JPU) disediakan untuk
mengenal pasti objektif dan kemahiran yang akan di uji serta keberatan setiap kemahiran juga
ditimbangkan. JPU ini juga membantu penyedia meneliti bilangan soalan yang digubahkan
adalah mengikut aras kesukaran, seperti nisbah bilangan soalan 5:3:2, 50% untuk soalan
beraras rendah, 30% untuk soalan beraras sederhana dan 20% untuk soalan beraras tinggi.
Aras kesukaran soalan ini adalah berdasarkan Taksonomi Bloom yang merangkumi
kemahiran pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.

Rajah 4.1.1: Jadual Penentuan Ujian (JPU)

6
Guru yang menyediakan kertas soalan perlu mengikut format yang ditetapkan oleh pentadbir.
Pada muka pertama kertas soalan perlu menunjukkan nama sekolah, tajuk mata pelajaran,
tempoh peperiksaan dan arahan kepada pelajar, supaya pelajar dapat memastikan kertas
soalan yang diambilkan tidak ada kesilapan.

Rajah 4.1.2: Kertas Soalan

Untuk mengukur dan menilai tahap pengetahuan dan penguasaan pelajar dalam mata
pelajaran matematik secara keseluruhan, maka dua jenis kertas soalan disediakan, iaitu kertas
soalan objektif dan kertas soalan subjektif. Format soalan dalam kedua – dua kertas soalan
adalah merujukan format Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Dalam kertas soalan objektif terdapat 40 item soalan. Susunan soalan adalah mengikut tema
atau topik dalam buku teks supaya tahap penguasan pelajar terhadap setiap kemahiran dapat
diukurkan. Dalam kertas soalan subjektif pula terdapat 15 item yang dibahagi kepada 2 atau
3 sub- item, tetapi setiap sub item akan diberikan markah yang berbeza mengikuti
kesukarannya. Walaupun sub item - sub item terdapat di dalam petak soalan yang sama,
manakala kemahiran yang diujikan adalah berbeza. Contohnya, dalam sub item (1a) menguji
kemahiran operasi tambah nombor asas, sub item (1b) menguji kemahiran pecahan dengan
menggunakan jawapan yang terdapat dari sub item (1a). Soalan – soalan ini digubahkan
adalah untuk membimbing pelajar menghubungkaitkan semua kemahiran matematik antara
satu sama dengan lain dan mengaplikasikannya dengan kehidupan harian. Melalui cara
penyelesaian dari pelajar, guru juga dapat menilaikan tahap kognitif pelajar.

7
7

You might also like