You are on page 1of 3

ULASAN VIDE0 E-PEMBELAJARAN (WEBINAR)

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI INDAH, SELANGOR

1. TAJUK: Kursus e-KomPeg

2. ANJURAN: Lembaga Peperiksaan dan Bahagian Profesionalisme Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.

3. TARIKH SIARAN: 17/6/2022 – 19/6/2022 4. MASA SIARAN: 6 jam


ULASAN VIDE0 E-PEMBELAJARAN (WEBINAR)
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI INDAH, SELANGOR

5. ULASAN SLIDES :
Standard 1

Kemahiran memilih kaedah pentaksiran yang bersesuaian dalam membuat keputusan yang berkaitan dengan pengajaran
Konsep Asas Pentaksiran

Guru akan diperlengkapkan dengan pengetahuan dan kemahiran memilih kaedah pentaksiran yang sesuai dengan pengajaran
dan pembelajaran. Konsep asas dalam pentaksiran adalah pentaksiran, pengujian, pengukuran, penilaian. Terdapat pelbagai kaedah
pentaksiran yang boleh dipilih oleh guru berpandukan kepada tujuan pentaksiran dijalankan sama ada pentaksiran untuk pembelajaran
(assessment for learning), pentaksiran sebagai pembelajaran ( assessment as learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran
(assessment of learning). Peranan pentaksiran ialah motivasi, pantau, standard dan penambahbaikan. Tiga jenis pentaksiran adalah
pentaksiran diagnostik, formatif dan sumatif. Ciri- ciri pentaksiran yang baik ialah kesahan, kebolehpercayaan, keobjektifan,
kebolehtadbiran dan kemudahtafsiran. Pentaksiran boleh dilaksanakan secara formal atau tidak formal.
Ada pelbagai jenis instrumen pentaksiran seperti pemerhatian, persembahan, projek, produk, tugasan bertulis, amali dan ujian
bertulis. Jenis ujian bertulis ialah ujian kecerdasan, ujian aptitud, ujian pencapaian, ujian penempatan, ujian kefasihan, ujian diagnostik
dan ujian kecergasan fizikal. Selepas ujian, laporan pentaksiran perlu disediakan. Tiga jenis pelaporan seperti rujukan standard
(standard-referenced), rujukan kriteria (criterion-referenced) dan rujukan norma (norm-referenced).

Merungkai Standard Kurikulum dan Penjajaran Konstruktif

Guru perlu fahami dan hayati standard kurikulum dengan meneliti perkara-perkara yang terkandung dalam standard kurikulum
sebelum mengajar dan mentaksir murid. Sebelum rnengajar, guru—guru harus kenal apakah yang dikatakan Standard Kurikulum dan
Standard Prestasi yang dimuatkan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Dalam Standard Kurikulum ada
Standard Kandungan, Standard Pembelajaran, Standard Prestasi dan Indikator.

Standard 2

Kemahiran dalam membina kaedah pentaksiran yang bersesuaian untuk membuat keputusan berkaitan dengan pengajaran

Proses Pembinaan Item


Guru akan diperlengkapkan dengan pengetahuan dan kemahiran membina kaedah pentaksiran yang bersesuaian dengan
tujuan pentaksiran tersebut dijalankan. Guru dapat meningkatkan ilmu dan kemahiran membina item serta instrumen berdasarkan prinsip
pembinaan ujian yang dapat mengukur konstruk yang hendak diukur. Ini termasuklah kaedah pembinaan item objektif, subjektif, item
yang menguji kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan tugasan pentaksiran autentik. Prinsip pembinaan item terdiri daripada kesahan
dan kebolehpercayaan. Penyediaan JSU penting untuk memastikan taburan item dalam ujian mengambilkira kepentingan topik-topik
dalam sukatan pelajaran; liputan topik adalah menyeluruh seperti kandungan sukatan pelajaran; kepelbagaian aras kemahiran kognitif
pada aras mengingat, mernahami, mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta diambil kira; dan ujian mempunyai kesahan
kandungan. Faktor menggubal JSU ialah konstruk/kemahiran, jenis item, aras kesukaran, agihan markah dan topik. Ciri-ciri konstruk
yang berkualiti seperti boleh diperhatikan, boleh diukur, boleh diurus, relevan, mencakupi dan seimbang. Dua kategori konstruk ialah
konstruk konkrit dan konstruk abstrak seperti pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan kreatif,
Ciri-ciri kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) adalah stimulus, kata tugas, konteks bukan lazim, situasi sebenar dalam
kehidupan seharian, dan item tidak berulang. Kepentingan Item KBAT adalah pemhelajaran menjadi lebih bermakna, pembelajaran
menjadi menarik dan menyeronokan; mengembangkan pemikiran analitis, kritis dan kreatif; mencapai pengalaman pembelajaran puncak
(peak learning) dan menguasai kemahiran penyelesaian masalah dan aplikasi pengetahuan. Kita boleh mengguna system 9 poin untuk
menilai item: akur kurikulum, akur peluang, akur spesifikasi, tepat konstruk, tepat tajuk, jelas, sesuai kesukaran, sesuai penting dan
sesuai adil. Jenis-jenis item subjektif ialah item respond terbuka, item respond terhad dan item berstruktur. Kaedah penskoran
dibahagikan kepada 2 iaitu penskoran analitikal dan penskoran holistik (rubrik).

Konsep Pentaksiran Autentik


Konsep Pentaksiran Autentik merangkumi pelbagai kaedah dan tugasan dalam situasi kehidupan sebenar, pengimegrasian
PdP dan pentaksiran yang merangkumi proses dan produk dan pentaksiran berpusatkan murid - mengaplikasi / membina/ mencipta.
Pentaksiran Autentik lebih kepada penggunaan atau amali terhadap sesuatu tugasan yang menghampiri kepada tugasan yang dilakukan
dalam keadaan sebenar. Dalam konteks bilik darjah, aplikasi pentaksiran autentik memerlukan murid melakukan sesuatu tugasan yang
agak kompleks tetapi bererti, berasaskan pengetahuan awal, pembelajaran semasa dan kemahiran yang relevan untuk menyelesaikan
ULASAN VIDE0 E-PEMBELAJARAN (WEBINAR)
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI INDAH, SELANGOR

masalah sebenar berlaku. Pentaksiran autentik dapat mengukur tahap perkembangan pelajar secara menyeluruh melalui jenis-jenis
kaedah. Pentaksiran ini juga merupakan suatu proses yang melibatkan pelbagai bentuk pengukuran prestasi yang boleh mereflek tahap
pembelajaran pelajar, kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti yang releven. Melalui pentaksiran autentik ini, dapat memberi peluang
kepada  pelajar untuk memperbaiki dan melakukan penambahbaikan melalui pemikiran kritis dari masa ke semasa dalam memperoleh
kejayaaan pada masa hadapan serta dapat merangsang pelajar menggunakan kombinasi kemahiran, pengetahuan, kemampuan yang
ada dalam dunia sebenar.
Standard 3
Kemahiran dalam mentadbir, menskor dan mentafsir hasil-hasil pentaksiran yang dihasilkan oleh kedua-duanya, sama ada kaedah-
kaedah pentaksiran oleh pihak luar dan/atau daripada ujian buatan guru

Standard 3 merangkumi 4 topik utama iaitu kaedah pentaksiran, pentadbiran pentaksiran, penskoran pentaksiran dan analisis
data pentaksiran. Guru akan diperlengkapkan dengan pengetahuan dan kemahiran dalam mentafsir hasil-hasil pentaksiran formal dan
tidak formal daripada ujian buatan guru. Guru juga diberi kemahiran dalam mentadbir ujian-ujian pencapaian piawai dan mentafsir
laporan-laporan skor yang biasa seperti pangkat persentil, skor puncak persentil, skor standard dan gred setara. Selain itu, guru juga
diberi pemahaman tentang konsep terhadap laporan dan rumusan indeks yang biasa dilaporkan berkaitan dengan hasil-hasil pentaksiran
seperti kecenderungan memusat, sebaran, pertalian, kebolehpercayaan dan kesilapan-kesilapan dalam pengukuran. Kaedah pentaksiran
iaitu bertulis, lisan, prestasi, amali dan komunikasi (khusus untuk murid berkeperluan khas ketidakupayaan pendengaran. Unit 10- unit 13
adalah aktiviti menguji minda kaedah pentaksiran, prosedur pentadbiran pentaksiran (PeP, PP dan PBD), peperiksaan pusat, penjaminan
kualiti pentaksiran, fungsi dan tanggungjawab petugas pentakasiran dan proses pelaksanaan PBD.

Standard 4

Kemahiran dalam menggunakan hasil-hasil pentaksiran apabila membuat keputusan mengenai murid secara individu, perancangan
mengajar, pembinaan kurikulum dan pemajuan sekolah

Standard 4 memberi pengetahuan tentang pentaksiran pendidikan dan penggunaan hasil pentaksiran. Di sini guru akan
diperlengkapkan dengan pengetahuan dan kemahiran dalam mengumpul maklumat-maklumat pentaksiran dan menggunakan maklumat-
maklumat pentaksiran untuk merancang dan mengelola pengajaran. Guru-guru juga diberi kemahiran dalam menyampaikan maklum
balas hasil-hasil pentaksiran daripada peringkat sekolah, PPD, JPN dan KPM tentang kesesuaian hasil pentaksiran digunakan untuk
kemajuan murid di dalam kelas, sekolah, daerah, negeri dan negara melalui pentaksiran berasaskan sekolah (PBS-PBD, PP, PAJSK,
PPsi) dan Peperiksaan pusat (SPM, SVM, STAM, UPBA). Hasil pentaksiran dari pentaksiran di atas untuk meningkatkan prestasi dan
pencapaian murid atau sekolah. Aktiviti uji minda tentang pentaksiran pendidikan dan kegunaan hasil pentaksiran.

Standard 5

Kemahiran dalam membina prosedur-prosedur penggredan murid yang sah menggunakan hasil pentaksiran murid

Standard ini merangkumi empat topik : Penetapan standard, Penetapan standard menggunakan kaedah Angoff, Penetapan
standard menggunakan kaedah bookmark dan Kaedah menentukan kesukaran(konsep kehendak kognitif, empat dimensi kerangka skala
kehendak kognitif – CRAS dan penentuan tahap kesukaran item). Guru akan diperlengkapkan dengan pengetahuan dan kemahiran
dalam membina, melaksana dan menerangkan setiap prosedur untuk mencipta, mengubahsuai gred terhadap markah-markah dari
pelbagai tugasan yang guru berikan. Guru juga berkemampuan dalam menjelaskan secara rasional dalam membuat pertimbangan atau
ketetapan dalam memberi gred dan mengenal pasti dan mengelakkan prosedur penggredan yang silap bagi meningkatkan kesahan
pentaksiran. Kuiz pra-kursus ada di bahagian aktiviti setiap topik dari unit 16 hingga unit 19.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:


................................. ............................................................
( HAFIZOH BINTI HARUN ) (ROSLINA BT CHE OMAR@TALIB )
Pengetua Cemerlang

Tarikh: 29/6/2022 Tarikh:

You might also like