You are on page 1of 12

LAPORAN

JUSTIFIKASI PEMILIHAN ITEM

OLEH : MOHAMAD SHAHRIL BIN MAT ISA


WAN M HAIKAL SHAZWAN BIN ABDUL GHAFFAR
SK.BUKIT LANJAN,DAMANSARA
OPSYEN PEMULIHAN IPG KAMPUS BAHASA MELAYU
01. PENDAHULUAN
Pemilihan item bagi pembinaan soalan matematik perlu di beri perhatian yang
sewajarnya iaitu dengan menggunakan kaedah taksonomi bloom. Pemilihan item
yang sesuai akan memberi kesan dalam keputusan atau hasil ujian ituPemilihan
item yang betul dan tepat akan dapat membantu para pelajar memahamai
kehendak soalan seterusnya memanfaatkan penguasaan ilmu yang disampaikan
oleh guru di dalam kelas pada kertas soalan yang diberi. Proses yang penting dalam
merancang ujian ialah pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) yang mengandungi
maklumat tertentu bagi sesuatu ujian. Di samping itu, analisis perlu juga dibuat
terhadap objektif pendidikan yang diasaskan pada taksonomi pendidikan yang
dikemukakan oleh Benjamin S. Bloom. Huraian mengenai pelbagai tahap Taksonomi
Bloom adalah seperti dalam Jadual 4.1.
Jadual 4.1

Taksonomi Kognitif Bloom (1956)

TAHAP

ISTILAH

Pengetahuan
Ingat kembali, mengenal idea, fakta asas,
definisi teori, hukum, tarikh, peristiwa dll
daripada pembelajaran yang lepas.

Nyatakan,
terangkan,
namakan,
labelkan.

Kefahaman
Mengubah kefahaman daripada satu
bentuk kepada satu bentuk yang lain,
menyatakan idea-idea utama dalam ayat
sendiri, menterjemah, memberi contoh
kepada konsep, menterjemah draf.

Pilih, terangkan,
tulis semula.

Penggunaan
Menggunakan maklumat dalam situasi
yang baru, termasuk menyelesaikan
masalah menggunakan prinsip, kaedah,
hukum, teori, formula. Bina graf daripada
data, dll.

selesaikan,
ramalkan, cari,
kesilapan, bina
alat.

Analisis
Sesuatu yang kompleks dipecahkan
kepada yang kecil, bezakan fakta
daripada pendapat, kaitan kenal di
antara bahagian, kenali struktur
organisasi.

Bezakan, pasti,
pilih.

Sintesis
Menyepadu, mencantum idea menjadi
satu, usaha tersendiri, menyelesaikan
masalah, membuat ramalan, membuat
klasifikasi.

Bina, hasilkan,
susun,
kembangkan.

Penilaian
Membuat pertimbangan termasuk
memberi rasional atas alasan dalaman
atau luaran, menafsir dan mengkritik

Pilih, berikan
alasan, kritikan,
buktikan.

Berdasarkan analisis inilah Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) dirangka. Biasanya JSU
terdiri daripada dua paksi, iaitu paksi kandungan dan paksi peringkat kemahiran.
JSU ini akan menetapkan bilangan soalan yang perlu diuji bagi setiap tajuk/subtajuk
pada setiap peringkat kemahiran. Ciri-ciri JSU yang baik :
a)

sah dari segi kandungan sukatan pelajarannya,

b)

stabil dari segi mutu, tahap, dan kesukarannya dari setahun ke setahun,

c)
sama dari segi mutu, tahap, dan kesukarannya walaupun ujian dibina oleh
orang yang berlainan.

02. TUJUAN
Tujuan pembinaan JSU ini adalah untuk memastikan bahawa pembinaan soalan
hendaklah mengambil perhatian beberapa aspek yang tertentu contohnya kesedaran
tentang kesukaran bandingan antara tajuk- tajuk yang ada. Kesedaran itu penting kerana
sampel soalan perlu didasarkan pada kesukaran bandingan yang ada supaya kertas soalan
tidak menjadi terlalu mudah atau terlalu susah. Selain itu, soalan yang dibina dapat

disesuaikan dengan kemampuan mental pelajar tanpa menjejaskan standard soalan. Ini
penting untuk mengelakkan sebarang perkara yang menimbulkan keraguan atau
perkara di luar liputan sukatan pelajaran.

03. Memilih dan menyelaraskan soalan


Soalan yang telah dibina hendaklah merangkumi syarat dan ciri mengikut kehendak
JSU berdasarkan kriteria yang berikut.
a)
Pokok soalan lengkap dan jelas.
b)
Tugasan soalan jelas dan terfokus.
c)
Soalan dapat digolongkan ke dalam mana-mana satu bidang isi kandungankemahiran yang
terdapat dalam JSU.
d)
Teori, konsep, prinsip yang terlibat adalah arlit kepada pelajar.
e)
Laras bahasa sesuai dan tatabahasa betul.

04. Pelaksanaan Ujian


Soalan-soalan yang terpilih disusun mengikut kehendak JSU sehingga menjadi satu
set soalan untuk diprauji kepada seorang sampel calon. Praujian ini bertujuan untuk
mengetahui aras kesukaran dan indeks diskriminasi setiap soalan. Hanya soalan
yang mempunyai aras kesukaran yang dibenarkan dan kuasa diskriminasi yang baik
sahaja yang dipilih untuk digunakan dalam peperiksaan sebenar .
05. Menyediakan Kertas Soalan
Setelah diprauji, soalan-soalan yang bermutu dipilih mengikut bilangan yang
ditetapkan oleh JSU untuk dijadikan kertas soalan sebenar. Soalan yang dipilih ialah
soalan yang mempunyai aras kesukaran yang sederhana dan mempunyai kuasa
diskriminasi yang baik.
06. Faktor Penentu Mutu Ujian JSU ini
Keberkesanan sesuatu kertas ujian banyak bergantung pada mutu kertas ujian itu
sendiri. Justeru, pembinaan kertas soalan bagi sesuatu ujian perlu dilaksanakan
dengan teliti untuk menjamin mutunya dari segi kesahan (validity) dan
kebolehpercayaan (reliability). Ujian dikatakan bermutu jika ujian itu sah dan boleh
dipercayai. Sebagai alat pengukuran, sesuatu kertas soalan hendaklah gab, yakni
berkemampuan mengukur apa yang hendak diukur, di samping boleh dipercayai,
yakni dapat menghasilkan keputusan yang tekal (konsisten).
Faktor-faktor utama yang perlu telah diambil kiraoleh kami dalam proses pembinaan
dan penyediaan kertas soalan yang bermutu adalah seperti yang berikut.
6.1

Kerelevanan

Ujian yang dibina ini mengandungi soalan-soalan yang dipilih dengan teliti agar
soalan itu dapat menguji apa yang hendak diuji. Hal ini kerana ujian ini dibina
bergantung pada faktor sejauh mana ujian itu dapat menguji objektif sukatan
pelajaran berkenaan. Kertas soalan yang relevan seharusnya dapat menguji objektif
sukatan pelajaran.
6.2

Keseimbangan

Selain itu, ujian ini mempunyai bilangan soalan yang ditentukan mengikut
tajuk/subtajuk berdasarkan pemilihan tajuk yang bersesuaian melalui rujukan
sukatan pelajaran. Lazimnya keseimbangan sesuatu ujian (terutamanya bagi ujian
aneka pilihan) boleh dicapai dengan menggubal soalan mengikut kehendak Jadual
Spesifikasi Ujian yang mengandungi maklumat tentang bentuk ujian, panjangnya
ujian, jenis soalan, kandungan tajuk/subtajuk, aras kemahiran yang hendak diuji,
bilangan soalan, dan peruntukan markah.Oleh yang demikian,pembinaan ujian ini
telah dirangka berdasarkan kehendak skop soalan berpandukan JSU yang telah di
siapkan terlebih dahulu.

6.3

Keobjektifan

Semua soalan yang terkandung dalam ujian ini adalah cukup jelas dan jawapan
yang disediakan bagi setiap soalan hendaklah tepat. Bagi soalan aneka pilihan,
semua pakar (penaksir soalan) dalam bidang yang diuji hendaklah bersetuju
tentang jawapan yang betul (atau jawapan terbaik) antara pilihan jawapan (opsyen)
yang diberikan oleh penggubal. Demikian juga, jawapan bagi soalan esei hendaklah
diperakukan oleh semua pakar dalam bidang berkenaan. Namun dalam ujian yang
telah kami rangka ini hanya mengandungi soalan dalam bentuk aneka pilihan
sahaja iaitu mengandungi 20 soalan.
6.4

Aras kesukaran

Selain itu juga,soalan yang telah dibina ini mempunyai kesukaran yang sederhana,
iaitu tidak terlalu senang dan tidak pula terlalu sukar. Aras kesukaran sesuatu
soalan dapat dilihat daripada kadaran bilangan calon yang dapat menjawab soalan.
Julat aras kesukaran yang telah dicapai ialah 30%- 80%. Ini menunjukkan setiap
soalan ini mempunyai jawapan yang betul adalah sekurang-kurangnya 30%
daripada calon yang menjawabnya dan selebih-lebihnya 80%. Soalan yang dapat
dijawab betul oleh kurang daripada 30% calon dianggap terlalu sukar, manakala
yang dapat dijawab betul oleh lebih daripada 80% calon dianggap terlalu mudah.
Item 1.

Indeks Kesukaran ( IK ) =

Indeks Kesukaran ( IK ) =

Jumlah calon yang memberi jawapan betul ( JB )


Jumlah calon yang menjawab ( J )

15

20

Indeks Kesukaran ( IK ) =

0.75

Item 2.
Jumlah calon yang memberi jawapan betul ( JB )

Indeks Kesukaran ( IK )

Jumlah calon yang menjawab ( J )

11

Indeks Kesukaran ( IK )

Indeks Kesukaran ( IK ) =

20

0.55

Bagi item objektif soalan ujian rujukan norma, item yang terlalu mudah
( IK > 0.85 ) atau item yang terlalu sukar (IK< 0.15) tidak dapat memberikan maklumat
psikometrik (ukuran psikologi) yang bermakna. Ini adalah disebabkan item yang terlalu mudah
dapat dijawab oleh hampir semua calon manakala item yang terlalu sukar tidak dapat dijawab
oleh hampir semua calon. Justeru soalan
item-item ini tidak dapat membezakan keupayaan pelajar.

4.5

Diskriminasi

Aspek yang penting dalam ujian ini adalah dapat membezakan dengan jelas antara
calon yang baik (tinggi prestasinya) dengan calon yang lemah (rendah prestasinya).

Dalam pelaksanaan ujian menunjukkan berlakunya diskriminasi yang baik antara


murid .Kenyataan kami ini dijelaskan lagi dengan kenyataan yang mengatakan
bahawa sesuatu soalan dikatakan mempunyai kuasa diskiriminasi yang baik apabila
kebanyakan calon yang baik memilih opsyen yang betul manakala kebanyakan
calon yang lemah memilih opsyen yang salah. Salah satu cara mengukur kuasa
diskriminasi adalah dengan menggunakan rumus
D= U-L
N
2
D = indeks diskriminasi,
U = bilangan calon daripada kumpulan yang tinggi prestasinya yang menjawab
soalan dengan betul,
L = billangan calon daripada kumpulan yang rendah prestasinya yang menjawab
soalan dengan betul,
N = Jumlah calon dalam kedua-dua kumpulan tinggi dan kumpulan rendah.

Bagi soalan aneka pilihan, soalan yang baik hendaklah mempunyai nilai D yang
positif bagi jawapan dan nilai D yang negatif bagi semua yang bukan jawapan
(distraktor).

07. ISU KEPRIHATINAN YANG DIKAJI


i. Mengenal pasti aras kesukaran soalan yang dijawab oleh golongan murid yang
pandai dengan golongan murid yang lemah.
ii. Perangkaan ujian berdasarkan JSU yang telah dibina terlebih dahulu.

08. OBJEKTIF KAJIAN


i. Objektif Am

Penilaian yang dilaksanakan pada murid dapat dijalankan dengan telus dan tepat.
Masalah atau kelemahan murid dalam tajuk-tajuk tertentu dapat dikenalpasti
dengan sewajarnya..
Memudahkan proses pembinaan ujian untuk pelaksanaan ujian akan datang.
ii. Objektif Khusus
Memastikan skop utama tujuan ujian yang hendak dilaksanakan bertepatan
dengan kehendak ujian ke atas murid.

09. KUMPULAN SASARAN


Seramai 10 orang pelajar tahun 2, Sekolah Kebangsaan Bukit Lanjan,Damansara.
Pelajar-pelajar ini terdiri daripada penduduk yang berstatus orang asli atau
penduduk pribumi.
10. KAEDAH MENGUTIP DATA
(i) Oleh kerana populasi ujian adalah sedikit dan skop ujian adalah kecil, maka
kaedah ujian di dalam kelas digunakan. Kertas ujian diperbanyakkan untuk
diedarkan kepada semua murid.
(ii) Data yang dikumpul akan dianalisis. Antara statistik yang digunakan ialah
min,median dan mod.

10.1 Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos


Berdasarkan kepada keputusan Ujian yang telah diperolehi didapati bahawa
pencapaian murid tidak banyak berubah daripada ujian 1 dan ujian 2(berpandukan
JSU).Peratusan markah murid berada dalam kelompok yang hampir sama dengan
murid-murid lain yang turut menduduki ujian yang

sama.Walaubagaimanapun,terdapat juga beberapa soalan yang tidak sesuai untuk


diletakkan sebagai soalan.Hal ini kerana soalan ini terlalu susah untuk dijawab bagi
tahap murid ini.

11. PENILAIAN DAN REFLEKSI


Berdasarkan penggunaan Jadual Spesifikasi Ujian yang telah dibina menunjukkan
bahawa ujian yang hendak dilaksanakan adalah lebih mudah ditadbir dengan baik
seterusnya kelemahan murid dalam skop tajuk yang tertentu dapat dikenalpasti
dengan lebih mudah.
Ini dapat dibuktikan dengan peningkatan dalam peratusan ujian yang telah
dijalankan di antara dua ujian iaitu ujian 2 dengan ujian 3. Daripada analisis yang
dilaksanakan,walaupun peratusan murid tidak mencapai gred B atau gred A namun
peningkatan yang sedikit telah menunjukkan bahawa ujian ini sesuai untuk diberi
kepada murid-murid.

12. . Analisis Item


Bilangan Calon : 10
Pencapaian Tinggi : 3 ( 30% daripada Jumlah calon )
Pencapaian Rendah : 3 ( 30% dartipada jumlah calon )

Nombor Item

Ranking
Calon

10

Ru

10

RL

JB

IK

0.30

0.20

ID

0.29

-0.14

0.40

0.30

0.20

0.30

0.20

0.90

0.20

0.80

0.86

0.43

0.86

0.86

0.29

0.57

0.43

Nombor Item

Ranking
Calon

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

Ru

10

RL

JB

15

11

20

12

11

13

20

20

20

20

20

20

20

20

20

20

IK

0.75

0.55

0.35

1.00

0.60

0.55

0.65

0.20

0.35

0.25

Ru - R L

-1

ID

0.29

-0.14

0.86

0.43

0.86

0.86

0.29

0.57

0.43

Petunjuk :
1

: Jawapan betul

: Jawapan salah.

JB

: Jumlah calon yang memberi jawapan betul.

: Jumlah calon yang menjawab.

Ru

: Jumlah calon berpencapaian tinggi yang menjawab betul

RL

: Jumlah calon berpencapaian rendah yang menjawab betul.

: Jumlah calon berpencapaian tinggi dan rendah yang menjawab soalan.

7. Kesimpulan.

Dalam membuat ujian dan penilaian, pelbagai prosedur dan langkah-langkah tertentu
perlu dipatuhi. Ini adalah untuk memastikan ujian atau penilaian yang dijalankan dapat
mencapai objektif dengan seberapa tepat yang boleh. Dalam menilai item, Indeks Kesukaran
dan Indeks Diskriminasi boleh digunakan. Kita dapat mengetahui adakah item yang kita
gunakan itu sesuai, baik, tepat, mudah, payah atau terlalu sukar. Ia juga dapat menentukan
sama ada sesuatu item itu boleh digunakan atau tidak boleh digunakan.

Jadual Penentu Ujian (JPU) yang dibina adalah berdasarkan anggapan guru atau
penulis item bahawa sesuatu item itu mudah, pertengahan atau sukar. Kita menjangka bahawa
sesuatu item itu tepat, mempunyai keesahan, kebolehpercayaan, ketekalan markah dalam
pelbagai situasi, serta boleh menilai pencapaian pelajar. Namun itu semua adalah anggapan
semata-mata. Setelah menjalankan kajian rintis terhadap keseluruhan item, barulah kita tahu
tentang aras kesukaran dan kesesuaian sesuatu item dalam erti kata yang sebenarnya.

You might also like