You are on page 1of 22

LAPORAN PENYEDIAAN DAN ANALISIS ITEM

1.0 PENGENALAN

Bagi kursus EDUP 3063, Pentaksiran Dalam Pendidikan, setiap pelajar guru dikehendaki
menyempurnakan satu tugasan semasa menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS).
Oleh itu, satu ujian Matematik Tahun 5 yang mengambil masa selama 30 minit telah
dijalankan ke atas murid kelas 5 Progresif di Sekolah Kebangsaan King George V. Kelas
tersebut mempunyai 40 orang murid yang terdiri daripada kaum Melayu, kaum India dan
kaum Cina. Namun begitu, hanya 20 orang murid sahaja yang diperlukan untuk menjawab
soalan berikut. Ujian ini adalah ujian formatif yang mempunyai pelbagai jawapan objektif dari
topik satu hingga enam mata pelajaran Matematik Tahun Lima. Ujian yang mempunyai 20
soalan ini dilaksanakan untuk membuat analisis ke atas kualiti setiap item ujian berdasarkan
keputusan murid-murid. Laporan ini menunjukkan langkah penyediaan, pentadbiran dan
analisis item ujian. Melalui analisis ini, kita dapat memastikan bahawa item ujian yang dibina
adalah berkualiti.

2.0 PEMBINAAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

Penyediaan sesuatu ujian bermula daripada pembinaan JSU. Dalam proses penyediaan dan
perbincangan antara rakan sekelas dan juga pensyarah telah diadakan bagi memastikan
pembinaan item ini berjalan dengan lancar. Semasa perbincangan tentang persediaan JSU,
saya dan ahli kumpulan telah mengkaji sukatan pelajaran serta menganalisis objektif
pengajaran dengan merujuk kepada Dokumen Standard Kurikulum dan buku teks Matematik
Tahun 5. Hal ini kerana untuk memastikan JSU yang dibina mewakili keseluruhan
kandungan pelajaran mengikut objektif pelajaran.

BIL. TAJUK JAM PERATUS PERATUS KIRAAN BILANGAN


MENGAJAR MARKAH MARKAH BILANGAN ITEM
MUKTAMAD ITEM
1. Nombor 9 Jam 9 25 25 5
× 100 × 20
Bulat 36 100
= 25.00 =5
Hingga 1
000 000
2. Tambah 6 jam 6 17 17 3
× 100 × 20
dalam 36 100
Lingkungan = 16.67 = 3.4
1 000 000
3. Tolak 3 Jam 3 8 8 2
× 100 × 20
dalam 36 100
= 8.33 = 1.6
Lingkungan
1 000 000
4. Darab 6 Jam 6 17 17 3
× 100 × 20
hingga 1 36 100
= 16.67 = 3.4
000 000
5. Bahagi 3 Jam 3 8 8 2
× 100 × 20
hingga 1 36 100
= 8.33 = 1.6
000 000
6. Operasi 9 Jam 9 × 100 25 25 5
× 20
bergabung = 25.00 100
=5
100 20
Jadual 1

NISBAH KESUKARAN SOALAN 1 : 3 : 1

NISBAH SOALAN 4 : 12 : 4

Jadual 1 menunjukkan pengiraan item ujian kumpulan kami. Selepas perbincangan, kami
memutuskan untuk memilih topik satu hingga topik enam dalam subjek Matematik tahun 5
untuk membina item ujian kami. Jumlah pengiraan bagi jumlah jam pembelajaran bagi setiap
topik berdasarkan Rancangan Pengajaran Tahunan. Kami telah mengira peruntukan markah
bagi setiap soalan berdasarkan masa pembelajaran murid serta bilangan kaum yang
terdapat dalam kertas soalan.

BIL. TAJUK STANDARD KANDUNGAN


WAJARAN (%)
JUMLAH ITEM
Mengaplikasi
Menganalisis
Memahami
Mengingat

Mencipta
Menilai

1. Nombor Bulat 1.1 Nilai nombor 1 1 5 25


Hingga 1.2 Anggaran bagi sesuatu 1
1 000 000 kuantiti
1.3 Nombor dalam bentuk 1
pola
1.4 Aplikasi sebarang nombor 1
Tambah dalam 2.1 Penambahan sebarang 1 3 17
Lingkungan dua hingga lima nombor
1 000 000 2.2 Penyelesaian masalah 1 1
Tolak dalam 3.1 Penolakan sebarang dua 2 8
3. Lingkungan nombor
1 000 000 3.2 Penolakan berturut-turut 1
dua nombor daripada
sebarang nombor
3.3 Penyelesaian masalah 1
4. Darab hingga 4.1 Pendaraban dua nombor 1 3 17
1 000 000 4.2 Penyelesaian masalah 1
4.3 Penggunaan anu dalam 1
pendaraban
5. Bahagi hingga 1 5.1 Pembahagian dua 1 2 8
000 000 nombor

5.2 Penyelesaian masalah 1

5.3 Penggunaan anu dalam


bahagi

6. Operasi 6.1 Operasi bergabung 1 1 5 25


bergabung 6.2 Penyelesaian masalah 1
6.3 Operasi bergabung 1 1
melibatkan tanda kurung
Jadual 2 : Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
JAM PEMBELAJARAN
TAJUK KONTRUK ARAS KESUKARAN

JENIS SOALAN :
JUMLAH ITEM
OBEKTIF
BIL.

Sederhana (%)
Mengaplikasi
Menganalisis
Memahami

Mudah (%)
Mengingat

Sukar (%)
Mencipta
Menilai
1. Nombor Bulat 1 1 2 1
Hingga
1 000 000
2. Tambah dalam 1 1 1
Lingkungan
1 000 000
Tolak dalam 1 1
3. Lingkungan
1 000 000
4. Darab hingga 1 1 1
1 000 000
5. Bahagi hingga 1 1
1 000 000
6. Operasi 2 2 1
bergabung
JUMLAH 15 70 15

Jadual 3 : Jadual Spesifikasi (JSU) berdasarkan aras kesukaran

Jadual 2 dan 3 menunjukkan JSU yang dihasilkan berdasarkan aras Taksonomi Bloom.
Berdasarkan jadual 2, keempat-empat soalan beraras mudah adalah dari topik satu dan
enam. Hal ini kerana, topik ini memementingkan teori dan pemahaman yang mendalam
terhadap perkara yang baru dipelajari. Namun begitu, soalan yang memiliki aras susah juga
diutamakan pada topik enam untuk menguji kefahaman murid.
3.0 PEMBINAAN ITEM

Setelah menyiapkan JSU, saya telah bersedia untuk untuk membina dan menulis item-item
ujian dengan merujuk kepada JSU yang dibina. Bagi membina item-item ujian yang
berkualiti, saya telah merujuk kepada beberapa contoh kertas peperiksaan sekolah rendah
dan buku soalan yang mengikut topik Matematik. Justeru, kami mengkaji ujian yang terdapat
dalam contoh penulisan arahan menjawab seoalan peperiksaan dari segi masa, peraturan
semasa menjalani peperiksaan. Soalan-soalan yang di senaraikan perlukan disemak terlebih
dahulu dengan pensyarah masing-masing bagi memastikan penggunaan laras bahasa yang
sesuai oleh murid agar mudah difahami.

4.0 PENTADBIRAN UJIAN

Pada hari ketiga semasa PBS di SK King George V, saya telah menjalankan satu ujian pada
kelas tahun 5 Progresif berdasarkan kehendak tugasan EDUP 3063 dengan kebenaran
Penolong Kanan SK King George V. Ujian ini dijalankan selama 30 minit yang bermula pada
jam 10.00 pagi hingga 10.30 pagi.

Sewaktu memasuki kelas tersebut, guru subjek Matematik iaitu, Puan Afidah sudah
menantikan kedatangan saya. Setelah murid-murid menyambut kedatangan saya dengan
memberi salam, saya tidak membuang masa untuk memperkenalkan diri dan tujuan saya
hadir dalam kelas tersebut. keadaan meja murid adalah dalam keadaan berkumpulan, jadi
saya meminta bantuan mereka untuk menyusun semula meja sepertimana keadaan sewaktu
mengambil peperiksaan sebenar dengan jarak yang bersesuaian. Saya telah menyatakan
serba sedikit arahan soalan kepada murid sebelum memulakan ujian. Hal ini kerana, untuk
memudahkan pentadbiran ujian, arahan yang diberikan kepada calon mestilah jelas dan
mudah difahami supaya tidak menimbulkan keraguan semasa menjawab soalan (Mokhtar
Ismail, 1995). Semasa ujian dijalankan, saya telah mengawasi murid-murid agar tidak
berlaku peniruan di kalangan mereka. Selepas ujian, murid dikehendaki meletakkan kertas
ujian di penjuru meja untuk dikumpul.
5.0 ANALISIS ITEM

Setelah mentadbir ujian, saya telah menyemak dan menganalisis item ujian berdasarkan
keputusan murid 5 Progresif. Analisis item melibatkan penggunaan teknik dan prosedur
tertentu untuk menentukan mutu soalan dalam sesuatu ujian yang telah ditadbirkan (Boon
Pong Ying, Lee Leh Hong & Lawrence Aloysius Aeria , 2017). Melalui analisis item, kita akan
mengetahui indeks kesukaran dan juga indeks diskriminasi bagi setiap item untuk menguji
tahap kualiti ujian yang ditadbir itu.

5.1 INDEKS KESUKARAN

Indeks kesukaran bermaksud menunjukkan bahawa item atau soalan sama ada soalan
tersebut terlalu sukar, sederhana ataupun terlalu mudah bagi murid. Indeks kesukaran
terbahagi kepada beberapa julat iaitu 0.00-0.19 adalah terlalu sukar. Indeks kesukaran yang
baik adalah berada pada julat 0.21-0.80, jadi soalan ini boleh dikekalkan dan tidak perlu
diubahsuai. Namun apabila julat berada pada 0.81 hingga 1.00 menunjukan item terlalu
mudah dan perlu diubahsuai ataupun digugurkan terus. Formula pengiraan indeks
kesukaran adalah seperti di bawah:

𝐵𝑖𝑙𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑚𝑢𝑟𝑖𝑑 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑝𝑎𝑡 𝑏𝑒𝑡𝑢𝑙


𝐼𝑛𝑑𝑒𝑘𝑠 𝐾𝑒𝑠𝑢𝑘𝑎𝑟𝑎𝑛, 𝑝 =
𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑚𝑢𝑟𝑖𝑑

Indeks Item Keputusan Jumlah Peratus


Kesukaran, p
0.00-0.19 Terlalu sukar Ubahsuai 0 0
0.20-0.40 Sukar Terima 8 40
0.41-0.60 Sederhana Terima 5 25
0.61-0.80 Mudah Terima 2 10
0.81-1.00 Terlalu Mudah Ubahsuai 5 25
Jadual 4 : Analisis keseluruhan indeks kesukaran item objektif
5.2 INDEKS DISKRIMINASI

Menurut Boon Pong Ying, Lee Leh Hong & Lawrence Aloysius Aeria (2017), ciri diskriminasi
sesuatu item didefinisikan sebagai keupayaan item tersebut untuk membezakan antara
murid yang berpencapaian tinggi dan rendah.

Formula bagi indeks diskriminasi item adalah:

𝑅𝐴 − 𝑅𝐵
𝐼𝑛𝑑𝑒𝑘𝑠 𝐷𝑖𝑘𝑠𝑟𝑖𝑚𝑖𝑛𝑎𝑠𝑖, 𝑑 =
1
2 (𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑚𝑢𝑟𝑖𝑑 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 𝑅𝐴 𝑑𝑎𝑛 𝑅𝐵 )

𝑅𝐴 = 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑘𝑢𝑚𝑝𝑢𝑙𝑎𝑛 𝑚𝑢𝑟𝑖𝑑 𝑏𝑒𝑟𝑝𝑒𝑛𝑐𝑎𝑝𝑎𝑖𝑎𝑛 𝑡𝑖𝑛𝑔𝑔𝑖 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑚𝑒𝑛𝑗𝑎𝑤𝑎𝑏 𝑏𝑒𝑡𝑢𝑙 𝑖𝑡𝑒𝑚

𝑅𝐵 = 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑘𝑢𝑚𝑝𝑢𝑙𝑎𝑛 𝑚𝑢𝑟𝑖𝑑 𝑏𝑒𝑟𝑝𝑒𝑛𝑐𝑎𝑝𝑎𝑖𝑎𝑛 𝑟𝑒𝑛𝑑𝑎ℎ 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑚𝑒𝑛𝑗𝑎𝑤𝑎𝑏 𝑏𝑒𝑡𝑢𝑙 𝑖𝑡𝑒𝑚

Kedua-dua kumpulan ini dikategorikan dengan melihat kepada 27% yang mendapat skor
tertinggi (kump. Atas) dan skor terendah (kump. Bawah)

Menurut Anita Hashim (2010) semua item yang mempunyai item diskriminasi 0.20 ke atas
boleh diterima manakala item kurang daripada 0.20 adalah kurang baik dan perlu diubah
suai atau digugurkan. Untuk item yang dijalankan, jadual terdapat dalam lampiran. Berikut
adalah contoh pentafsiran terhadap diskriminasi item.

INDEKS NILAI KEPUTUSAN JUMLAH PERATUS


DISKRIMINASI, 𝒅 DISKRIMINASI ITEM ITEM
POSITIF
p≤0 NEGATIF GUGUR/GANTI 0 0
p ≤ 0.20 RENDAH TULIS SEMULA 2 10
ITEM
0.20 ≤ p ≤ 0.80 SEDERHANA TERIMA 8 40
p ≥ 0.80 TINGGI TERIMA 10 50
JUMLAH 20 100
Jadual 5 : Analisis keseluruhan indeks diskriminasi item objektif
Nombor Soalan 17
Bilangan Jawapan betul bagi kumpulan tinggi 5
Bilangan jawapan betul bagi kumpulan bawah 1
5−1
= 0.67
1
Indeks Diskriminasi (6 + 6)
2

Maksud Item ini sangat baik kerana


indeks diskriminasi jauh lebih
dari 0.2.
Jadual 6 : contoh indeks diskriminasi item ujian subjek Matematik yang mempunyai
diskriminasi positif yang tinggi

5.3 PERBINCANGAN BERDASARKAN PERBANDINGAN INDEKS

No. Item Jumlah Peratus Tindakan Susulan


5, 7, 11, 12, 13, 15, Terima, kekalkan dan disimpan
16, 17, 18, 20 10 50 dalam bank item
1, 3 2 10 Ubahsuai item
2, 4, 6, 8, 9, 10, 14, 8 40 Tambah kesukaran item
19
JUMLAH ITEM 20 100
Jadual 7 : analisis Interpretasi Indeks Kesukaran dan Diskriminasi serta Tindakan Susulan

Jadual menunjukkan ringkasan indeks diskriminasi item terhadap ujian yang dijalankan.
Berdasarkan kriteria Macintosh dan Morrison, 5, 7, 11, 12, 13, 15, 16, 17, 18, 20 dapat
diterima dan dikekalkan. Manakala item 1, 3, 2, 4, 6, 8, 9, 10, 14, 19 perlu diubah suai atau
diganti dengan item yang baharu. Hal ini kerana kebanyakkan murid berpencapaian rendah
dapat menjawab item tersebut dengan betul berbanding murid berpencapaian tinggi. Item
nombor 1 telah memperoleh indeks diskriminasi 0 yang menyebabkan item ini tidak dapat
membezakan antara murid berpencapaian tinggi dan rendah.
6.0 PENGUBAHSUAIAN ITEM

Berdasarkan pengiraan indeks diskriminasi item dan indeks kesukaran item,


pengkelasan item telah dibahagikan kepada beberapa bahagian;

a. Item Baik

Item 5, 7, 11, 12, 13, 15, 16, 17, 18, adalah item yang baik. Ini kerana indeks
kesukarannya adalah dalam lingkungan 0.20 hingga 0.80. Manakala indeks prestasi bagi
item-item tersebut adalah melebihi 0.20. Sebagai contoh, item 12 merupakan item yang
baik kerana nilai p ialah 0.5 yang menunjukkan sebaran yang baik dan stabil. Selain itu,
nilai d bagi item ini ialan 0.83 yang bermaksud item ini amat diskriminasi dalam
membezakan pelajar berpencapaian tinggi dengan yang rendah. Apabila dilihat dari
analisis ditraktor, ia juga membuktikan ia berjaya menjadi pengganggu yang baik kepada
calon yang menjawab.

Item 5 A B = Jawapan C D
Kumpulan - 6 - -
Atas
Kumpulan 3 2 1 -
Bawah

Jadual 8

A, C dan D adalah distraktor yang baik kerana bilangan murid berpencapaian rendah
memilih distraktor tersebut adalah seimbang berbanding murid berpencapaian tinggi..
Oleh itu, soalan ini boleh diterima dan dikategorikan sebagai soalan yang baik. Jika dikaji
dari sudut bentuk soalan pula, didapati bahawa rangsangan dan soalan yang diberikan
adalah jelas. Soalan ini menguji aras memahami murid.
b. Item Rosak

Item yang dikategorikan rosak merupakan item 1, 3. Terdapat item yang mungkin
terlalu sukar kerana terdapat perkataan yang kurang difahami oleh murid. Oleh yang
demikian, indeks diskriminasi item tidak tidak dapat mendiskriminasikan antara murid
berpencapaian tinggi dan berpencapaian rendah. Sebagai contoh, item 1 dikatakan
rosak kerana indeks diskriminasi item berada di bawah paras 0.2 walaupun indeks
kesukaran berada dalam kategori yang baik iaitu 0.95.

Item 6 merupakan item yang dikatakan mudah kerana indeks kesukarannya adalah
0.8. Manakala item 8, 11, 12, 14, 16 tergolong dalam kategori sederhana kerana
mempunyai indeks kesukaran di dalam julat 0.20 hingga 0.80. Item yang boleh
dikategorikan sukar adalah 3, 4, 13, 15, 17, 18, 19, 20 kerana indeks kseukaran item
adalah antara 0.2 hingga 0.3 sahaja.

Bagi menjelaskan item yang rosak ini, saya mengambil contoh item 4 yang
mempunyai nilai (p = 0.2) dan nilai (d = 0.33). Item ini berada pada tahap kesukaran
yang sederhana dan mempunyai indeks diskriminasi yang rendah. Hal ini mungkin
kerana murid tidak dapat memahami soalan dan kekeliruan dalam memahami penyataan
jawapan. Oleh itu, item ini perlu diubahsuai supaya maklumat yang ditanya dapat murid
fahami.
6.1 CONTOH PENGUBAHSUAIAN

1) SOALAN ASAL

4. Rajah 3 menunjukkan suatu pola nombor.

70, 210, 630, 1890, x, 17010

Rajah 3

Apakah nombor yang diwakili oleh X?

A 3703

B 4607

C 5670

D 5700

2) SOALAN YANG DIGUBAH

4. Rajah 3 menunjukkan suatu pola nombor.

7, 21, 63, 189, x, 1701

Rajah 3

Apakah nombor yang diwakili oleh X?

A 370

B 460

C 567

D 570
c. Item Lemah

Setelah dianalisis, terdapat tiga item yang dikategorikan sebagai item lemah iaitu item 1 dan
3. Kedua-dua item ini mempunyai nilai indeks diskriminasi dibawah paras 0.20. Hal ini
menunjukkan bahawa bilangan murid daripada kumpulan bawah dapat menjawab item
dengan betul mendekati bilangan murid yang menjawab betul daripada kumpulan atas.
Pendiskriminasian soalan ini adalah tidak baik. Hal ini mungkin terdapat kesalahan yang
terjadi kepada pilihan distraktor yang telah diguna pakai di dalam item ini. Contohnya, item 4
yang mempunyai indeks kesukaran 0.2 dan indeks diskriminasi 0.33. Setelah dianalisis
kembali, soalan tersebut perlu diganti kerana distraktor dan dan jawapan tidak berfungsi
dengan baik. Jawapan adalah tidak jelas.Ini menyebabkan ramai murid keliru.
Berkemungkinan murid pencapian rendah dapat menjawab kerana tekaan sahaja. Jadi
soalan ini adalah lemah dan perlu diganti.

7.0 ANGKA STATISTIK

Terdapat tiga ukuran kecenderungan memusat, iaitu min, mod dan median. Ketiga-tiga nilai
angka statistik itu akan dapat memberi gambaran tentang pencapaian murid-murid atau
dapat digunakan sebagai perbandingan pencapaian dengan murid-murid dalam kelas yang
lain.. Menurut Normazuin Mohd Noor (2007), sisihan piawai pula adalah untuk mengetahui
sebaran skor secara tepat. Skor ujian ini menunjukkan skor tidak terkumpul

7.1 Mod

Mod merupakan skor yang paling kerap daripada satu set skor yang diperolehi. Set skor
daripada ujian yang dijalankan adalah unimodal. Hal ini kerana terdapat lebih dari satu mod
iaitu 45, 50 dan 60. Pengiraan lengkap terdapat dalam lampiran

7.2 Median

Median pula adalah skor di tengah, iaitu apabila bilangan skor adalah ganjil atau purata
kedua-dua skor di tengah apabila bilangan skor adalah genap. Median bagi skor ujian ini
adalah 45. Pengiraan lengkap dalam lampiran.
7.3 Min

Min bagi sebuah set skor dapat dikira melalui menjumlahkan semua skor dan
membahagikan dengan bilangan skor. Menurut Normazuin Mohd Noor (2007), Min bagi
sesuatu populasi adalah tetap, bagaimanapun, min bagi sampel adalah berubah-ubah
mengikut set sam pel yang diambil. Ini kerana dalam satu populasi terdapat beberapa
sampel, contohnya min atau purata keseluruhan gred bagi subjek matematik di sebuah kolej
berbeza dengan min gred subjek matematik bagi setiap kelas (sampel) di kolej tersebut. Min
bagi skor ujian ini adalah 43.6. Pengiraan lengkap dalam lampiran.

1.1 Sisihan Piawai

̅ )𝒅
∑(𝒅 − 𝒅
σ =√
𝒅

Nilai sisihan piawai menunjukkan cara skor ditaburkan, iaitu betapa besarnya perbezaan
skor antara murid. Oleh itu, sisihan piawai adalah ukuran bagi keseragaman skor. Nilai
sisihan piawai yang besar menunjukkan perbezaan skor antara murid (heterogen).
Sebaliknya, nilai sisihan piawai yang rendah menunjukkan bahawa skor-skor adalah tidak
jauh antara satu sama lain (Homogen). Nilai sisihan piawai bagi ujian ini adalah 12.53.
2.0 Laporan prestasi murid

Jadual menunjukkan markah dan gred bagi ujian yang dijalankan kepada murid kelas 5
Progresif SK King George V, Negeri Sembilan. Kaedah pengredan adalah menurut SAPS
(2018) bagi sekolah rendah.

BIL NAMA MURID SKOR (%) GRED


1 AINA SYUHADA 90 A+
2 AHMAD RIFDI 80 A
3 NIK AIMY ADEELA 65 B
4 NUR ILMI BALQIS 65 B
5 AMIR AKID 65 B
6 NUR SYAFINAAZ 60 B
7 NORADANI 55 C+
8 AIMI SHAHIRA 55 C+
9 FARHAN AMMAR 50 C
10 MISCHAEL IMAN 45 D
11 NUR AQILAH 45 D
12 ARIQ AISY 45 D
13 SITI KHADIJAH 45 D
14 THAQEEF 45 D
15 SHAFIRA 35 E
16 MUHD ISZWAN 35 E
17 AMNI HAZIRAH 30 G
18 PUTERI AISYA 30 G
19 SHARILYN 25 G
20 ANIQ AQIL 15 G
Jadual 9 : Gred Murid Kumpulan Atas Dan Bawah

Melalui markah yang diperoleh daripada ujian yang dilakukan, terdapat beberapa maklumat
yang diperoleh. Terdapat perbezaan antara murid markah tertinggi dengan yang paling
rendah. Guru perlu mencari inisiatif bagi memastikan murid menguasai subjek sains dan
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) bagi kelas ini. Namun begitu, ujian ini tidak mengukur
kebolehan sebenar murid kerana melibatkan 20 objektif sahaja.
3.0 Penilaian Keseluruhan

Pembinaan sesebuah ujian memerlukan persediaan yang rapi bermula dengan fasa
pembinaan ujian, pentadbiran ujian dan penilaian. Terdapat beberapa faktor perlu
diambil kira kerana ia akan menentukan kesahan dan kebolehpercayaan ujian tersebut.
Analisis item adalah penting untuk memastikan item yang dibina adalah baik ataupun
perlu diganti dan digugurkan. Secara keseluruhannya, masih terdapat penambahbaikan
yang perlu dilakukan bagi memurnikan lagi dalam pelaksanaan ujian kepada murid.
RUJUKAN

Anita Hashim. (2010). Analisis Item. DIperoleh daripada https://www.slideshare.net/9699

51/analisis-item-objektif

Boon, P. Y., Lee, L. H. & Lawrence, A. A.. (2017). Pentaksiran Dalam Pendidikan. Shah

Alam, Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Mohd Faizal Lee Abdullah & Leow, T. W.. (2017). Kesahan Dan Kebolehpercayaan

Instrumen Penilaian Kendiri Pembelajaran Geometri Tingkatan Satu. Malaysian


Journal of Learning and Instruction.14(1), 211-265

Normazuin Mohd Noor. (2007). Kaedah Alternatif Untuk Menganggar Sukatan

Kecenderungan Memusat. Projek Ijazah Sarjana Sains Matematik Pengajaran.


Universiti Sains Malaysia.

SAPS. (2018). Gred Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah mengikut tangga markah.

Diperoleh daripada https://saps.net.my/gred-sekolah-rendah-dan-sekolah-menengah-


mengikut-tangga-markah/
LAMPIRAN
BIL NAMA 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 JUMLAH %
AINA
1 SYUHADA 1 1 1 0 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 0 18 90
2 AHMAD RIFDI 1 1 0 0 1 0 1 0 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 16 80
NIK AIMY
3 ADEELA 1 1 1 0 1 1 1 1 1 0 0 1 1 0 0 1 1 0 1 0 13 65
NUR ILMI
4 BALQIS 1 1 0 0 1 1 1 0 1 0 1 1 1 0 0 1 1 1 0 1 13 65
5 AMIR AKID 1 1 0 1 1 1 1 1 1 0 1 1 0 1 0 0 1 0 0 1 13 65
NUR
6 SYAFINAAZ 1 1 0 1 1 1 1 0 1 0 1 1 0 1 1 0 0 0 1 0 12 60
7 NORADANI 0 1 1 1 1 1 0 1 1 0 0 1 0 0 1 1 0 1 0 0 11 55
8 AIMI SHAHIRA 1 1 0 0 1 1 1 1 1 0 1 0 1 0 1 0 1 0 0 0 11 55
FARHAN
9 AMMAR 1 1 0 0 0 1 1 1 1 0 0 0 0 0 0 1 0 1 1 1 10 50
MISCHAEL
10 IMAN 1 1 0 0 1 1 1 1 1 0 0 0 0 1 0 1 0 0 0 0 9 45
11 NUR AQILAH 1 1 1 1 1 1 0 1 0 0 0 1 0 1 0 0 0 0 0 0 9 45
12 ARIQ AISY 1 1 0 0 0 1 0 0 1 0 1 0 0 1 1 1 0 1 0 0 9 45
13 SITI KHADIJAH 1 1 0 0 1 1 0 1 1 0 1 1 1 0 0 0 0 0 0 0 9 45
14 THAQEEF 1 1 0 0 0 1 1 1 1 1 0 0 0 1 1 0 0 0 0 0 9 45
15 SHAFIRA 1 1 0 0 0 0 0 0 0 0 0 1 1 0 0 1 1 0 1 0 7 35
MUHD
16 ISZWAN 1 1 0 0 1 1 1 0 1 0 1 0 0 0 0 0 0 0 0 0 7 35
AMNI
17 HAZIRAH 1 0 1 0 0 0 1 1 1 0 0 0 0 1 0 0 0 0 0 0 6 30
18 PUTERI AISYA 1 1 0 0 1 1 0 0 0 0 1 0 0 1 0 0 0 0 0 0 6 30
19 SHARILYN 1 0 0 0 0 1 1 0 1 0 0 0 0 0 0 0 0 0 1 0 5 25
20 ANIQ AQIL 1 1 0 0 0 0 0 0 1 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 3 15
JUMLAH JAWAPAN
BETUL 19 18 5 4 13 16 13 11 17 3 10 10 7 10 7 9 7 6 7 4
JUMLAH JAWAPAN
BETUL PERINGKAT
TINGGI 6 6 2 2 6 5 6 3 6 2 5 6 4 4 3 4 5 3 4 3
JUMLAH JAWAPAN
BETUL PERINGKAT
RENDAH 6 4 1 0 2 3 3 1 4 0 2 1 1 2 0 1 1 0 2 0
INDEKS
KESUKARAN 0.95 0.9 0.25 0.2 0.65 0.8 0.65 0.55 0.85 0.15 0.5 0.5 0.35 0.5 0.35 0.45 0.35 0.3 0.35 0.2
INDEKS KESUKARAN

ITEM PENGIRAAN INDEKS KESUKARAN


1 19 0.95
20
2 18 0.9
20
3 5 0.25
20
4 4 0.2
20
5 13 0.65
20
6 16 0.8
20
7 13 0.65
20
8 11 0.55
20
9 17 0.85
20
10 3 0.15
20
11 10 0.5
20
12 10 0.5
20
13 7 0.35
20
14 10 0.5
20
15 7 0.35
20
16 9 0.45
20
17 7 0.35
20
18 6 0.3
20
19 7 0.35
20
20 4 0.2
20
INDEK DISKRIMINASI

BIL PENGIRAAN INDEKS DISKRIMINASI


1 6−6 0
𝑑=
1
(6 + 6)
2
2 6−4 0.33
𝑑=
1
2 (6 + 6)
3 2−1 0.16
𝑑=
1
2 (6 + 6)
4 2−0 0.33
𝑑=
1
2 (6 + 6)
5 6−2 0.67
𝑑=
1
2 (6 + 6)
6 5−3 0.33
𝑑=
1
2 (6 + 6)
7 6−3 0.5
𝑑=
1
(6 + 6)
2
8 3−1 0.33
𝑑=
1
2 (6 + 6)
9 6−4 0.33
𝑑=
1
2 (6 + 6)
10 2−0 0.33
𝑑=
1
2 (6 + 6)
11 5−2 0.5
𝑑=
1
2 (6 + 6)
12 6−1 0.83
𝑑=
1
2 (6 + 6)
13 4−1 0.5
𝑑=
1
2 (6 + 6)
14 4−2 0.33
𝑑=
1
2 (6 + 6)
15 3−0 0.5
𝑑=
1
2 (6 + 6)
16 4−1 0.5
𝑑=
1
2 (6 + 6)
17 5−1 0.67
𝑑=
1
2 (6 + 6)
18 3−0 0.5
𝑑=
1
2 (6 + 6)
19 4−2 0.33
𝑑=
1
2 (6 + 6)
20 3−0 0.5
𝑑=
1
2 (6 + 6)

You might also like