You are on page 1of 7

1.

0 – PENGENALAN

Kalkulus merupakan salah satu bidang matematik yang melibatkan pengiraan atau
perhitungan kuantiti-kuantiti yang tidak diskrit. Ia mengandungi pembezaan dan
pengamiran yang menggunakan algebra dan geometri koordinat. Manakala Kalkulus
Pembezaan pula melibatkan penentuan kadar perubahan. Pembezaan yang dikenali
sebagai ‘differentation’ atau ‘derivate’ adalah pengukuran bagaimana sebuah fungsi
perubahan sebagai perubahan daripada inputnya. Pembezaan boleh dianggap
perubahan sesuatu kuantiti sebagai tindak balas kepada perubahan sesuatu kuantiti
sebagai tindak balas kepada perubahan dalam kuantiti yang lain. pembezaan atau
terbitan merupakan suatu ukuran bagi perubahan bagi fungsi 𝑦 = 𝑓 (𝑥) berhubung
dengan perubahan pembolehubah bebas. Perbezaan terbitan separa itu sendiri
ditakrifkan oleh sebuah ungkapan dalam bentuk :
𝑑𝑦
𝑑𝑦 = 𝑑𝑥
𝑑𝑥
Sama seperti jika derivatif dy / dx mewakili keputusan bagi dari kuantiti daripada dy dx
kuantiti. Ianya juga boleh ditulis sebagai :

df (𝑥) = 𝑓 ′ (𝑥)𝑑𝑥

2.0 PERMASALAHAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

Sebagai Pengerusi Biro Sukan Dan Rekreasi IPG Kampus Pulau Pinang, saya telah
ditugaskan untuk memasang satu kain banting (banner) bersempena Kejohanan
Olahraga Tahunan 2019 di papan iklan yang ada di IPG ini. Terdapat satu masalah iaitu
papan iklan tersebut telah diubahsuai menjadi tiang yang bercantum membentuk papan
iklan yang berlubang (rujuk gambar 1). Oleh itu, kain banting perlu diikat pada tiang
tersebut. Papan iklan tersebut berada pada kawasan yang strategik untuk memaklumkan
kepada para pensyarah, staf sokongan dan siswa pendidik berkenaan program-program
yang dijalankan. Hal ini kerana papan iklan itu terletak di bahagian hadapan kawasan
pintu gerbang IPG Kampus Pulau Pinang. Papan iklan memiliki luas 90 inci persegi
dengan margin 1 inci di bahagian bawah dan tepi serta margin 2 inci di bahagian atas.
Hal ini menjadi masalah kepada saya untuk menempah kain banting tersebut kerana
tidak mengetahui panjang dan lebar kain banting (banner) yang dapat dimuatkan pada
papan iklan tersebut.
Gambar 1 : Papan Iklan

Gambar Rajah 1 : Gambaran Kain Banting Pada Papan Iklan


3.0 PENYELESAIAN MASALAH

Untuk menyelesaikan masalah ini, saya menggunakan Model Polya yang diasaskan oleh
pakar matematik Hungari iaitu George Polya pada tahun 1945. Model ini sebenarnya
terkandung dalam buku terbitan beliau yang berjudul How To Solve It. Dalam buku
tersebut, beliau memperkenalkan 4 prinsip dalam penyelesaian matematik. Saya akan
menerangkan dan membuat penyelesaian seperti di bawah:

3.1 Langkah 1 : Memahami Soalan

Saya perlu memaksimakan penggunaan ruang yang ada pada papan kenyataan
tersebut. Saya membiarkan 𝑥 dan 𝑦 menggantikan panjang dan lebar kain banting
tersebut. Oleh kerana jumlah luas papan iklan adalah 90 inci persegi, maka saya dapat
jadikan A sebagai luas.

Maklumat pertama :
A = 𝑥𝑦 = 90.

Maklumat kedua :
1) Kain banting mempunyai 1 inci margin di bahagian bawah dan tepi.
2) Kain banting mempunyai 2 inci margin di bahagian atas.

3.2 Langkah 2 : Merancang Strategi

1) Menggunakan gambar rajah.


2) Ayat terakhir, “tidak mengetahui panjang dan lebar kain banting (banner)”. Merujuk
kepada operasi pendaraban.

Jadi, luas kawasan untuk kain banting adalah,


𝐴(𝑥𝑦) = (𝑥 − 2)(𝑦 − 3)

3.3 Langkah 3 : Melaksanakan Strategi

90
Dengan menggantikan 𝑦 = , luas kawasan kain banting adalah
𝑥
90
𝐴(𝑥) = (𝑥 − 2)( − 3)
𝑥
90 180
= ( 𝑥 ) (𝑥) − 𝑥
− 3𝑥 + 6
180
= 96 − 𝑥
− 3𝑥

Saya melakukan pembezaan terbitan dari fungsi untuk luas kawasan kain banting.
180
𝐴 (𝑥) = 96 − − 3𝑥
𝑥

𝑑𝑦 180 𝑑𝑦 𝑑𝑦
𝐴′ (𝑥) = 96( ) − ( ) − 3𝑥( )
𝑑𝑥 𝑥 𝑑𝑥 𝑑𝑥

𝑑𝑦 𝑑𝑦 𝑑𝑦
𝐴′ (𝑥) = 96( ) − 180−𝑥 ( ) − 3𝑥( )
𝑑𝑥 𝑑𝑥 𝑑𝑥

180
𝐴′(𝑥) = −3
𝑥2

180 − 3𝑥 2
𝐴′(𝑥) =
𝑥2

Saya menetapkan terbitan sama dengan sifar iaitu 𝑥 = 180 − 3𝑥 2 = 0 untuk


mendapatkan 𝑥 2 = 60. Untuk mendapatkan nilainya, 𝑥 = √60 = 2√15.

Dengan menggunakan terbitan yang pertama, saya boleh memastikan bahawa 𝑥 =


90
2√15. Daripada persamaan 𝑦 = 𝑥
, saya akan dapat nilai 𝑦.
90 90 45
𝑦= = = = 3√15
𝑥 2√15 √15

Oleh yang demikian, panjang (𝑥) dan lebar (𝑦) kain banting yang perlu ditempah adalah
2√15 X 3√15 iaitu menepati 7.7 inci x 11.6 inci.

3.4 Langkah 4 : Semak Semula

Langkah terakhir adalah semak semula jawapan dengan membuat pengiraan semula.
Saya telah membuat pembezaan berdasarkan konsep terbitan kedua untuk mencari nilai
maksimum atau minimum.
180
𝐴′(𝑥) = −3
𝑥2
𝑑𝑦 𝑑𝑦
𝐴′′(𝑥) = 180𝑥 −2 ( ) − 3( )
𝑑𝑥 𝑑𝑥

𝐴′′ (𝑥) = −360𝑥 −3

−360
𝐴′′ (𝑥) =
𝑥3
−360
𝐴′′ (𝑥) =
(2√15)3
𝐴′′ (𝑥) = −0.775

Bagi pembezaan terbitan pertama, nilai optimum yang positif menunjukkan titik adalah
minimum. Manakala pembezaan terbitan kedua pula, nilai optimum yang negatif
menunjukkan titik adalah maksimum.
4.0 RUMUSAN

Penggunaan matematik dalam kehidupan seharian amat penting kerana dapat


menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi. Justeru, tidak boleh dinafikan bahawa
kalkulus juga mampu menyelesaikan masalah yang begitu kompleks. Dalam kerja kursus
ini, saya telah menyatakan satu contoh yang mampu dilakukan oleh semua orang. Hal ini
kerana konsep kalkulus yang sangat mudah difahami sehingga memudahkan urusan
orang ramai. Akhir kata, semoga ilmu ini terus berkembang ke anak didik kita yang akan
menjadi tulang belakang negara kelak.
5.0 RUJUKAN

Irni Widahyu (2013). Aplikasi Penyelesaian Masalah Menggunakan Model Polya. Dipetik

pada tarikh 14 Mac 2019 daripada laman web


https://www.slideshare.net/IrniWidahyu/aplikasi-penyelesaian-masalah-
menggunakan-model-polya.

Norhafizu Mohamad (2013). Jawapan Math Calculas Asas. Dipetik pada tarikh 14 Mac 2019

daripada laman web https://www.slideshare.net/norhafizumohamad/jawapan-math-


calculas-asas

Syafiqa Syazwani (2012). Model Penyelesaian Masalah Polya. Dipetik pada tarikh 14 Mac

2019 daripada laman web http://mrspolya.blogspot.com/2012/05/model-penyelesaian-


masalah-polya.html

You might also like