You are on page 1of 2

Refleksi (Ng Li Ping 881010-35-5554)

Tugasan Literasi Nombor merupakan tugasan kumpulan dan individu.


Tugasan ini merupakan cabaran yang besar kepada saya kerana saya tidak
pernah mereka cipta bentuk-bentuk bermakna dengan menggunakan perisian
yang beranimasi. Saya berasa risau tentang kesempatan saya untuk
menyiapkan tugasan ini dalam masa yang diberi.
Seterusnya, saya telah bekerjasama dengan ahli kumpulan saya iaitu Ng
Swee Swee dan Tan Boon Yin. Kami telah mengumpulkan maklumat dan bahan-
bahan yang sesuai dari pelbagai sumber seperti buku rujukan dan laman web.
Oleh sebab kami sekumpulan tidak mempunyai kemahiran asas menggunakan
perisian Geometers sketch Pad. Dalam masa yang amat kejar, saya
mempelajari dulu kemahiran asas menggunakan perisian Geometers sketch
Pad daripada kawan dari opsyen PISMP Math SEM 2 dan mengajar ahli
kumpulan saya dalam masa yang singkat. Dengan menggunakan perisian
Geometers sketch Pad, masalah yang dihadapi adalah jika satu langkah salah
saya hendak buat semula langkah mulai langkah pertama, ini amat
menyusahkan saya.
Selain itu, kemahiran berkomunikasi juga amat penting dalam usaha
menyiapkan tugasan kumpulan kerana tugasan kumpulan tidak akan berjaya
sekiranya ahli-ahli kumpulan tidak mengamalkan nilai bekerjasama dan toleransi.
Apabila kami mempunyai pandangan yang berbeza, kami telah menjalankan
perbincangan bagi mencari cara penyelesaian yang paling wajar. Selepas
berbincang dengan ahli kumpulan, kami bersetuju menggunakan mereka cipta
bentuk basikal. Pada mulanya, basikal kami ada banyak bahagian tidak
sempurna. apabila banyak kali mencuba serta ubahsuai dan mendapatkan idea
daripada ahli kumpulan akhirnya basikal dapat bergerak dengan sempurna.
Dalam tugasan individu, saya telah mencari pelbagai contoh teselasi dari
laman web untuk meningkatkan pemahaman saya mengenai corak teselasi.
Saya dapat faham bahawa teselasi merupakan corak yang diulang-ulangi
dengan teknik refleksi atau putaran tanpa bertindih. Akhirnya, saya telah berjaya
melukis corak teselasi secara individu tanpa menggunakan sebarang teknologi
ICT.
Tambahan pula, saya juga mempunyai kelebihan dan kelemahan diri
sendiri semasa menghasilkan tugasan ini. Kelebihan saya adalah saya dapat
mempelajari kemahiran menggunakan Geometers sketch Pad dalam masa yang
singkat. Kelemahan saya adalah kelemahan mengguna bahasa Melayu dalam
membuat huraian dan menulis langkah bahasa yang digunakan amat terhad
Akhir sekali, saya berasa amat gembira kerana dapat menyiapkan
tugasan ini. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah,
Pn. Nor Aziah Bt. Badri kerana beliau telah membimbing kami semasa
menghasilkan tugasan ini. Selain itu, saya juga ingin berterima kasih kepada ahli
kumpulan saya kerana mereka telah memberi cadangan yang berguna semasa
kami berbincang tugasan kumpulan. Di samping itu, saya hendak berterima
kasih kepada rakan sebaya saya yang sudi berkongsi maklumat bahan dan
maklumat yang berkaitan dengan komputer perisian. Secara keseluruhannya,
saya telah menambahkan ilmu pengetahuan yang berguna dalam sepanjang
hayat.

You might also like