You are on page 1of 9

ISSN: 2180-4842. Vol. 8, Bil.

1 (Mei 2018): 33-41 33

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM (Malay Language Education Journal – MyLEJ)

STRATEGI PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MENULIS BAHASA MELAYU SEBAGAI


BAHASA KEDUA DALAM KALANGAN PELAJAR MELANAU DAERAH DARO
(Writing Skill Learning Strategies in Malay Language as a Second Language among
Melanau Student at Daro District)

Abstrak: Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan iaitu berasaskan


NOOR HABSAH ALI pendekatan kuantitatif. Seramai 150 orang responden dalam kalangan pelajar
SMK. Toh Puan Datuk Patinggi etnik Melanau tingkatan 4 daripada tiga buah sekolah menengah di daerah
Hajah Norma, Daro Daro, Sarawak terlibat dalam kajian ini. Instrumen soal selidik digunakan
Kementerian Pendidikan Malaysia untuk tujuan pengumpulan data. Data yang dikumpul dianalisis
hnh8686@gmail.com menggunakan SPSS Versi 22. Ujian-t digunakan untuk mengenal pasti
perbezaan min penggunaan strategi pembelajaran menulis antara jantina.
YAHYA OTHMAN Ujian korelasi Pearson pula digunakan untuk menentukan hubungan
Lembaga Penapis Filem Malaysia penggunaan strategi pembelajaran kemahiran menulis dengan pencapaian
Kementerian Dalam Negeri pelajar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan min yang
yahyaoth@gmail.com signifikan antara penggunaan strategi pembelajaran dengan jantina. Selain
itu, dapatan kajian turut memperlihatkan tidak terdapat hubungan yang
signifikan antara penggunaan strategi pembelajaran kemahiran menulis
dengan pencapaian pelajar Melanau dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Dihantar pada:
Implikasi kajian ini ialah guru-guru Bahasa Melayu perlu menggunakan
23 November 2017 pelbagai strategi pembelajaran kemahiran menulis untuk membantu pelajar
etnik Melanau ini mempelajari dan menguasai Bahasa Melayu dengan baik.
Diterima pada:
24 April 2018 Kata kunci: Strategi pembelajaran menulis, kemahiran menulis, Bahasa
Melayu, bahasa kedua, etnik Melanau
Koresponden:
Abstract: This study is aimed at exploring the use of writing skill learning
hnh8686@gmail.com
strategies among students who are learning Malay Language as the second
language. This study uses survey method based on quantitative approach. A
total of 150 respondents from Melanau form 4 students from three
secondary schools in Daro, Sarawak participated in this study.
Questionnaire instruments are used for data collection purposes. The data
collected were analyzed using the SPSS Version 22. The t-test was used to
identify the differences in the mean use of writing learning strategies
between sexes. The Pearson correlation test is used to determine the
relationship between the use of writing skill learning strategy and student
achievement. The findings show that there is a significant difference between
the use of learning strategies and gender. In addition, the findings show that
there is no significant relationship between the use of writing skill learning
strategies and the achievement of Melanau ethnic students in Malay
Language subjects. The implication of this study is that Malay Language
teachers need to use a variety of writing skills learning strategies to help
these Melanau ethnic learners learn and master the Malay Language well.

Keywords: Writing learning strategies, writing skill, Malay Language,


second language, Melanau ethnic

Fakulti Pendidikan, UKM @ Mei 2018


ISSN: 2180-4842. Vol. 8, Bil. 1 (Mei 2018): 33-41 34

PENGENALAN aktiviti menulis sangat berkait rapat dengan


kemahiran bertutur dan membaca. Sesuatu yang
Pembelajaran merupakan satu proses berterusan dituturkan dan dibaca tidak dapat diterjemahkan
yang bukan sahaja merangkumi aspek penguasaan dalam bentuk penulisan jika seseorang tidak
kemahiran malah menekankan perkembangan menguasai kemahiran menulis.
emosi, sahsiah dan nilai estetika. Menyedari peri Pembelajaran kemahiran menulis menjadi
pentingnya proses pembelajaran, sistem satu cabaran kepada pelajar kerana kemahiran
pendidikan di Malaysia pada era ini telah berubah tersebut melibatkan keupayaan meta kognisi.
selari dengan keperluan semasa untuk memastikan Kenyataan ini bertepatan dengan pendapat Roselan
aktiviti pembelajaran di sekolah boleh (2003) yang menyatakan bahawa kemahiran
menyediakan pelajar yang mampu bersaing dalam menulis merupakan kemahiran yang melibatkan
era globalisasi. Pembelajaran abad ke-21 proses literasi yang kompleks dan kognisi yang
merupakan inisiatif Kementerian Pendidikan tinggi menyebabkan pelajar sukar mempelajarinya.
Malaysia (KPM) selaras dengan transformasi Walau bagaimanapun, Zamri dan Mohamed Amin
pendidikan negara dalam Pelan Pembangunan (2003) menegaskan bahawa kepelbagaian strategi
Pendidikan Malaysia 2013-2025 (KPM 2013). pembelajaran boleh meningkatkan kemahiran
Transformasi tersebut menuntut gaya dan reka dalam menulis. Guru-guru bahasa perlu melatih
bentuk pembelajaran yang lebih menekankan pelajar menggunakan pelbagai strategi yang
penglibatan pelajar berbanding pembelajaran abad mengutamakan pembelajaran aktif untuk
ke-20 yang lebih melihat kepada peranan guru. mengelakkan mereka berasa bosan dengan
Inisiatif pembelajaran abad ke-21 adalah pembelajaran Bahasa Melayu.
untuk melahirkan pelajar yang produktif, mahir Penggunaan strategi pembelajaran kemahiran
dalam komunikasi, mempunyai kemahiran berfikir menulis bukan sahaja boleh meningkatkan mutu
aras tinggi serta mahir dalam penggunaan penulisan malah boleh melahirkan pelajar yang
teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). berdikari dan mendapatkan ilmu dengan cara
Justeru, dalam merealisasikan hasrat tersebut, tersendiri. Hal ini adalah kerana mereka akan
guru-guru perlu bersedia untuk berubah dari segi terlibat dengan proses mengumpul dan
cara pengajaran serta melengkapkan diri terlebih menganalisis data serta berfikir untuk
dahulu dengan kemahiran-kemahiran yang menyelesaikan tugasan yang diberikan. Selain itu,
sepatutnya. Guru-guru perlu menyedari bahawa Zamri (2015) mendapati bahawa strategi
transformasi tersebut bukanlah sesuatu yang pembelajaran yang sesuai mempunyai hubungan
mudah direalisasikan kerana mereka perlu dengan pencapaian pelajar dalam peperiksaan.
berdepan dengan kepelbagaian pelajar yang Justeru, guru-guru seharusnya memainkan
mempunyai latar belakang bahasa, budaya dan peranan mendedahkan pelajar dengan pelbagai
sosioekonomi yang berbeza. strategi pembelajaran bahasa. Pengetahuan tentang
Dalam pengajaran Bahasa Melayu di sekolah, strategi-strategi tersebut membolehkan mereka
guru-guru berdepan dengan cabaran yang paling mengaplikasikannya dalam pembelajaran
besar iaitu pelajar yang mempelajari Bahasa kemahiran menulis sama ada untuk menghadapi
Melayu sebagai bahasa kedua adalah menguasai peperiksaan, di dalam atau di luar bilik darjah.
kemahiran bahasa khususnya kemahiran menulis. Dengan itu, matlamat pembelajaran abad ke-21
Kemahiran menulis merupakan kemahiran akan dapat direalisasikan seterusnya melahirkan
kompleks yang perlu dikuasai oleh pelajar selepas pelajar yang mahir dalam menulis.
kemahiran bertutur dan membaca. Kenyataan
tersebut bertepatan dengan pandangan Che PERNYATAAN MASALAH
Zanariah dan Fadzilah (2011) yang menyatakan
bahawa menghasilkan penulisan merupakan proses Kemahiran menulis merupakan aspek penting
yang kompleks dan perlu dilaksanakan mengikut yang perlu dikuasai oleh pelajar khususnya di
tahap secara sistematik. Menulis juga dikaitkan sekolah menengah. Pelajar yang mahir dalam
dengan keupayaan seseorang pelajar menulis menulis akan dapat menghurai dan menyusun
perkataan atau ayat yang gramatis dan mematuhi idea-idea dengan tepat sekali gus membolehkan
hukum-hukum penulisan. Menurut Zamri (2014), mereka menjawab soalan peperiksaan dengan baik.
ISSN: 2180-4842. Vol. 8, Bil. 1 (Mei 2018): 33-41 35

Menurut Tuan Azlyna (2013), oleh kerana hampir menjadi pasif dan suasana pembelajaran menjadi
semua kertas peperiksaan di negara ini bosan apabila guru sentiasa mengajar secara
memerlukan pelajar menjawab dalam bentuk konvensional. Cara pengajaran guru yang kurang
tulisan dan jawapan yang panjang lebar dalam menekankan strategi dan kaedah pembelajaran
bentuk ayat, maka pelajar perlu mahir dalam juga menyebabkan pelajar kurang pendedahan
menulis. Justeru, pelajar seharusnya mempunyai dalam menulis. Kebanyakan para penyelidik
strategi-strategi pembelajaran tersendiri untuk bahasa mendapati bahawa strategi pembelajaran
memudahkan mereka menghasilkan penulisan sangat penting dan mempengaruhi kemahiran
yang baik. pelajar dalam menulis. Zamri (2015) mendapati
Berdasarkan data analisis pencapaian dalam bahawa pelajar menggunakan pelbagai strategi
Sijil pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2015 yang pembelajaran yang melibatkan kognitif dan meta
diperoleh daripada Pejabat Pendidikan Daerah kognitif telah berjaya menguasai kemahiran dalam
Daro, graf pencapaian mata pelajaran Bahasa bahasa.
Melayu untuk sekolah-sekolah menengah di Dalam konteks pembelajaran bahasa, kajian
daerah Daro , Sarawak menunjukkan penurunan berkaitan strategi pembelajaran telah banyak
iaitu daripada Gred Purata Mata pelajaran (GPMP) dijalankan terhadap kemahiran bahasa iaitu
sebanyak 5.37 untuk tahun 2014 kepada 5.61 pada bertutur, membaca dan menulis serta faktor yang
tahun 2015. Data tersebut menunjukkan mempengaruhi pemilihan strategi pembelajaran
kemerosotan pencapaian mata pelajaran Bahasa tersebut. Tiada satu pun kajian berkaitan strategi
Melayu dalam kalangan pelajar yang majoritinya pembelajaran yang memberi fokus kepada
etnik Melanau. Keadaan ini mengundang kemahiran menulis dalam kalangan pelajar etnik
kebimbangan banyak pihak dan menampakkan Melanau di Sarawak. Sebagai contoh, kajian yang
bahawa pelajar Melanau masih ramai yang belum dilakukan oleh Zamri (2004) mengetengahkan
menguasai kemahiran dalam Bahasa Melayu instrumen dan soal selidik strategi pembelajaran
sebagai bahasa kedua khususnya dalam aspek pelbagai kemahiran bahasa yang telah diguna
penulisan. pakai dalam kajian terhadap mata pelajaran lain.
Penguasaan kosa kata Bahasa Melayu yang Kajian Che Zanariah dan Fadzilah (2011) pula
terhad merupakan masalah utama yang dihadapi mengkaji tentang strategi pembelajaran kemahiran
oleh pelajar bukan Melayu dalam kemahiran menulis dalam kalangan pelajar sekolah rendah.
menulis. Mereka mempunyai idea-idea yang baik Oleh yang demikian, penyelidik berhasrat untuk
untuk disampaikan melalui penulisan tetapi sering mengenal pasti strategi-strategi pembelajaran
kali mengalami masalah memilih dan kemahiran menulis dalam kalangan pelajar etnik
menggunakan kosa kata yang sesuai. Hal ini Melanau berikutan kemerosotan keputusan SPM
menyebabkan pelajar tidak dapat menghuraikan pada tahun 2015.
idea dengan baik malah menggunakan perkataan- Justeru, penyelidik berhasrat untuk meninjau
perkataan daripada bahasa ibunda untuk strategi pembelajaran kemahiran menulis dalam
menggambarkan idea yang diketengahkan. Situasi kalangan pelajar etnik Melanau. Berdasarkan
ini selari dengan kajian Zamri (2016) yang dapatan daripada kajian ini, pelajar akan dibantu
mendapati terdapat pengaruh bahasa ibunda dalam dengan cara belajar menulis dengan berkesan.
pembelajaran bahasa bagi pelajar yang Selain itu, guru-guru juga boleh merancang
mempelajari Bahasa Melayu. pengajaran dengan baik dan menyediakan
Selain itu, kelemahan pelajar dalam persekitaran pembelajaran yang sesuai setelah
kemahiran menulis juga sangat berkait rapat melihat strategi-strategi pembelajaran pelajar.
dengan strategi pengajaran guru yang masih Dapatan kajian ini juga boleh menjadi rujukan
mengekalkan kaedah pengajaran konvensional. kepada pihak ibu bapa untuk terus memberi
Kebanyakan guru lebih selesa menerangkan isi-isi galakan dan motivasi dengan menyediakan
karangan serta menyediakan rangka idea kepada kemudahan untuk pembelajaran anak-anak mereka
pelajar mereka. Kebiasaan tersebut menyebabkan khususnya di rumah.
para pelajar terlalu selesa dan kurang inisiatif
untuk berfikir mencari idea bagi memantapkan
penulisan mereka. Menurut (2014), pelajar akan
ISSN: 2180-4842. Vol. 8, Bil. 1 (Mei 2018): 33-41 36

TUJUAN DAN OBJEKTIF KAJIAN Populasi dan Sampel Kajian

Kajian ini adalah bertujuan meninjau penggunaan Penyelidik telah memilih 150 orang pelajar
strategi pembelajaran kemahiran menulis Bahasa tingkatan 4 sebagai sampel kajian. Sampel tersebut
Melayu dalam kalangan pelajar etnik Melanau. dipilih daripada populasi pelajar dari tiga buah
Secara khusus, objektif kajian ini adalah untuk: sekolah menengah kebangsaan daerah Daro,
1. Mengenal pasti strategi pembelajaran menulis Sarawak. Semua sampel yang dipilih merupakan
Bahasa Melayu yang kerap digunakan oleh pelajar etnik Melanau yang mempelajari Bahasa
pelajar etnik Melanau. Melayu sebagai bahasa kedua. Penyelidik memilih
2. Mengenal pasti perbezaan strategi sampel menggunakan pensampelan rawak
pembelajaran kemahiran menulis Bahasa berstrata di mana penyelidik perlu membuat strata
Melayu antara jantina pelajar etnik Melanau. terhadap populasi kemudian memilih secara rawak
3. mengenal pasti hubungan strategi peratusan sampel yang dikehendaki. Pensampelan
pembelajaran kemahiran menulis Bahasa rawak berstrata tersebut sesuai digunakan dalam
Melayu dengan pencapaian pelajar etnik kajian ini kerana penyelidik perlu memilih pelajar
Melanau. etnik Melanau sahaja dan melibatkan sekolah
daripada zon yang berbeza di dalam satu daerah.
SOALAN KAJIAN
Instrumen Kajian
Kajian yang dilakukan ini akan menjawab
Kajian tinjauan berbentuk kuantitatif ini
beberapa persoalan bagi mencapai objektif kajian.
menggunakan instrumen soal selidik bagi tujuan
Antara persoalan tersebut ialah:
mendapatkan data. Soal selidik yang digunakan
1. Apakah strategi pembelajaran kemahiran
adalah adaptasi dan diubahsuai daripada inventori
menulis Bahasa Melayu yang paling kerap
kajian yang disediakan oleh Zamri, Mohamed
digunakan oleh pelajar etnik Melanau?
Amin dan Nik Mohd Rahimi (2010). Dalam kajian
2. Adakah terdapat perbezaan strategi
berkaitan strategi pembelajaran kemahiran menulis
pembelajaran kemahiran menulis Bahasa
ini, terdapat dua bahagian yang perlu diisi oleh
Melayu antara jantina pelajar etnik Melanau?
responden, iaitu Bahagia A (maklumat demografi
3. Adakah terdapat hubungan strategi
responden) dan Bahagian B (strategi-strategi
pembelajaran kemahiran menulis Bahasa
pembelajaran kemahiran menulis). Item-item
Melayu dengan pencapaian pelajar etnik
dalam bahagian tersebut menggunakan skala
Melanau?
Likert 5 tahap, iaitu (1) sangat tidak benar, (2)
tidak benar, (3) tidak pasti, (4) benar dan (5)
METODOLOGI sangat benar.
Reka Bentuk Kajian
Analisis Data
Dalam konteks kajian ini, reka bentuk yang
digunakan ialah reka bentuk kajian kuantitatif Penyelidik menganalisis data menggunakan
dengan menggunakan kaedah tinjauan. Kaedah ini perisian SPSS 22.0 (Statistic Package for the
sangat bermakna dalam kajian ini kerana Social Science) untuk mendapatkan data deskriptif
maklumat hanya dapat diperoleh terus daripada dan inferensi. Analisis deskriptif digunakan untuk
responden. Marican (2006) menyatakan bahawa menghuraikan data demografi responden dan data
kaedah tinjauan sesuai digunakan untuk kekerapan penggunaan strategi pembelajaran
mendapatkan maklumat daripada jumlah kemahiran menulis Bahasa Melayu. Analisis
responden yang ramai. Responden yang dipilih inferensi pula digunakan untuk melihat pengaruh
mestilah menggambarkan ciri-ciri umum tentang strategi pembelajaran kemahiran menulis Bahasa
keseluruhan populasi yang dikaji. Hal ini adalah Melayu terhadap jantina dan pencapaian pelajar
kerana salah satu tujuan kaedah kajian tinjauan etnik Melanau.
ialah untuk membuat generalisasi tentang populasi
tersebut.
ISSN: 2180-4842. Vol. 8, Bil. 1 (Mei 2018): 33-41 37

DAPATAN KAJIAN Analisis Deskriptif


Demografi Responden Analisis deskriptif digunakan untuk menganalisis
data berkaitan strategi pembelajaran yang
Demografi responden menerangkan taburan
digunakan oleh pelajar etnik Melanau dalam
kekerapan dan peratus responden berdasarkan
menulis. Data dianalisis dalam bentuk peratusan,
jantina dan gred Bahasa Melayu responden dalam
min dan sisihan piawai. Skor purata min
PT3. Responden yang terlibat dalam kajian ini
diinterpretasikan mengikut Mohd Majid (2000)
ialah pelajar tingkatan 4 daripada etnik Melanau
untuk menentukan tahap nilai purata min strategi
daerah Daro, Sarawak.
pembelajaran kemahiran menulis tersebut.
JADUAL 1. Taburan sampel mengikut jantina
JADUAL 3. Interpretasi skor min mengikut tahap
Demografi N Peratus
Jantina Lelaki 70 46.7 Nilai min Interpretasi
Perempuan 80 53.3 3.68 – 5.00 Tinggi
2.34 – 3.67 Sederhana
1.00 – 2.33 Rendah
Berdasarkan Jadual 1, pecahan peratus bagi Sumber: Mohd Majid Konting (2000)
jantina pelajar tingkatan 4 yang dipilih adalah
hampir seimbang atas kadar responden lelaki Strategi Pembelajaran Kemahiran Menulis
46.7%, iaitu seramai 70 orang dan responden Bahasa Melayu Pelajar Etnik Melanau
perempuan 53.3%, iaitu 80 orang daripada 150
orang responden. Bilangan responden perempuan Jadual 4 menunjukkan taburan responden
adalah lebih ramai berbanding responden lelaki. mengikut item strategi pembelajaran kemahiran
Hal ini menunjukkan populasi dalam kajian ini menulis Bahasa Melayu. Berdasarkan dapatan
bersifat heterogenus. yang ditunjukkan, terdapat empat item yang
berada pada tahap tinggi, manakala 16 item lagi
JADUAL 2. Taburan sampel mengikut gred berada pada tahap sederhana. Item yang
Bahasa Melayu dalam PT3 menunjukkan kekerapan tertinggi ialah item ‘Saya
Demografi N Peratus menulis isi penting sebelum memulakan penulisan
A 33 22.0 saya’ iaitu 76.0% (114 pelajar) dengan min 3.89
B 30 20.0 diikuti oleh item ‘Saya melayari internet untuk
Gred BM C 30 20.0 mendapatkan bahan-bahan penulisan yang baik’
dalam PT3 D 37 24.7
E 20 13.3
iaitu 74.0% (111 pelajar) dengan min 3.85. ‘Saya
menyemak penulisan saya sebelum diperiksa oleh
Jadual 2 merupakan gred Bahasa Melayu guru’ iaitu 73.4% (110 pelajar) dengan min 3.79
yang diperoleh responden semasa menduduki PT3. dan ‘Saya mencatat apa yang diajar/ dijelaskan
Secara keseluruhan daripada 150 orang responden, oleh guru BM semasa di bilik darjah’ iaitu 69.4%
seramai 33 orang iaitu 22.0 peratus mendapat gred (104 pelajar) dengan min 3.77.
A. Responden yang mendapat gred B dan gred C Item ‘Saya membaca buku contoh karangan
pula masing-masing menunjukkan bilangan yang BM terbaik’ merupakan item pada tahap sederhana
sama iaitu 30 orang dengan peratusan 20.0. yang menunjukkan kekerapan tertinggi, iaitu
Responden yang mendapat gred D pula adalah 66.7% (100 pelajar) dengan nilai min 3.66. Satu
seramai 37 orang iaitu 24.7 peratus manakala 20 lagi item yang menunjukkan nilai min yang sama
responden iaitu 13.3 peratus pula mendapat gred iaitu item ‘Saya membaca berbagai jenis bahan
E. Dapatan tersebut menunjukkan pelajar yang bacaan’ iaitu seramai 65.4% (98 pelajar). Item
mendapat gred D adalah paling ramai berbanding pada tahap sederhana yang menunjukkan
pelajar yang mendapat gred lain. kekerapan terendah pula ialah item ‘Saya
menyertai pelbagai pertandingan menulis untuk
meningkatkan kemahiran menulis saya’ iaitu
23.7% (41 pelajar) dengan min 2.87.
ISSN: 2180-4842. Vol. 8, Bil. 1 (Mei 2018): 33-41 38

Secara keseluruhan, strategi yang paling latihan menulis.


digemari oleh pelajar etnik Melanau dalam kajian 14 Saya merujuk kamus 3.21 0.957 Seder-
ini ialah menulis isi-isi penting terlebih dahulu untuk memastikan saya hana
sebelum memulakan penulisan. Walau 15 menulis dengan baik
Saya meminta Seder-
bagaimanapun, hanya sebilangan kecil pelajar pandangan ibu bapa / 3.07 1.041 hana
etnik Melanau akan menyertai pertandingan adik-beradik untuk
menulis sebagai strategi meningkatkan kemahiran menilai penulisan saya.
menulis mereka. 16 Saya menjawab soalan- Seder-
soalan peperiksaan yang 3.48 0.925 hana
lepas untuk
JADUAL 4. Taburan responden mengikut meningkatkan
penggunaan strategi pembelajaran kemahiran menulis saya
kemahiran menulis Bahasa Melayu 17 Saya menyertai pelbagai Seder-
2.87 0.978
pertandingan menulis hana
Bil Item Min Sisihan Tahap untuk meningkatkan
Piawai kemahiran menulis saya.
1 Saya menulis isi penting 18 Saya melayari internet Tinggi
3.89 0.899 untuk mendapatkan 3.85 0.995
sebelum memulakan Tinggi
penulisan saya. bahan-bahan penulisan
2 Saya menyemak yang baik.
3.79 0.822 19 Saya selalu membuat Seder-
penulisan saya sebelum Tinggi
diperiksa oleh guru. latihan menulis pelbagai 3.25 0.889 hana
3 Saya mencatat apa yang tajuk BM tanpa disuruh
diajar/ dijelaskan oleh 3.77 0.778 Tinggi oleh guru.
guru BM semasa di bilik 20 Saya selalu membuat Seder-
darjah. latihan daripada buku- hana
3.63 0.886
4 Saya membuat rangka buku gerak kerja yang
3.49 1.054 telah saya beli
jawapan dahulu sebelum Seder-
menulis. hana
5 Saya membuat sinopsis Analisis Inferensi
setiap kali membaca 2.99 0.962 Seder-
buku cerita atau karya hana
sastera.
Bahagian ini membincangkan analisis terhadap
6 Saya meminta rakan Seder- dua persoalan kajian, iaitu perbezaan penggunaan
3.42 0.978
memberi pendapat / hana strategi pembelajaran kemahiran menulis Bahasa
komen terhadap hasil Melayu antara jantina serta hubungan strategi-
penulisan saya. strategi tersebut dengan pencapaian pelajar etnik
7 Saya mencatat isi-isi Seder-
penting apa yang rakan
3.29 0.994
hana Melanau dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
cakapkan.
8 Saya banyak membuat Seder- Strategi Pembelajaran Kemahiran Menulis
latihan / aktiviti menulis hana Berdasarkan Jantina
3.10 0.939
dengan rakan di luar
kelas.
9 Saya membaca buku Seder- Jadual 5 merupakan hasil analisis Ujian- t yang
3.66 1.009
contoh karangan BM hana menunjukkan terdapat perbezaan min strategi
terbaik. pembelajaran kemahiran menulis antara pelajar
10 Saya membaca berbagai Seder- lelaki dan perempuan dalam pembelajaran Bahasa
3.66 0.926
jenis bahan bacaan. hana
11 Saya banyak membuat Seder- Melayu. Nilai min bagi pelajar lelaki ialah 1.99 (sp
3.39 0.834 = 0.752).Pelajar perempuan ialah 2.09 (sp =
aktiviti/latihan menulis hana
di rumah. 0.799). Perbezaan min yang ditunjukkan adalah
12 Saya selalu melibatkan Seder- terlalu kecil dengan nilai t = -0.800, manakala nilai
diri dalam aktiviti 3.17 0.958 hana
berkumpulan untuk
p ialah -0.425 < 0.05.
meningkatkan Hal ini menunjukkan bahawa hipotesis nul
kemahiran menulis saya. ditolak, iaitu terdapat perbezaan min yang
13 Saya menggunakan 3.13 0.895 Seder- signifikan bagi penggunaan strategi pembelajaran
pelbagai kosa kata baru hana kemahiran menulis antara pelajar lelaki dan pelajar
setiap kali membuat
perempuan etnik Melanau. Strategi kemahiran
ISSN: 2180-4842. Vol. 8, Bil. 1 (Mei 2018): 33-41 39

menulis yang digunakan oleh pelajar lelaki dan mereka menggunakan beberapa strategi
pelajar perempuan etnik Melanau adalah berbeza. pembelajaran untuk menguasai kemahiran
Dapatan tersebut menunjukkan pelajar perempuan menulis. Pelajar etnik Melanau dalam kajian ini
lebih banyak menggunakan strategi pembelajaran memahami bahawa merangka isi-isi penting
kemahiran menulis berbanding pelajar lelaki. sebelum memulakan penulisan adalah sangat
membantu mereka menghasilkan penulisan yang
JADUAL 5. Hasil Ujian-t bagi perbezaan min baik. Mereka boleh mengembangkan idea untuk
strategi pembelajaran kemahiran menulis menulis jika mereka boleh mengenal pasti isi-isi
antara jantina pelajar etnik Melanau penting bagi sesebuah tajuk karangan. Hal ini
menunjukkan bahawa majoriti pelajar etnik
Jantina N Min S.P Perbezaan t p Melanau dalam kajian ini mengetahui langkah-
min langkah menghasilkan karangan Bahasa Melayu.
Lelaki 70 1.99 0.752 -0.102 -0.800 -0.425
Perempuan 80 2.09 0.799
Dapatan kajian ini selari dengan pendapat
Signifikan pada aras 0.05 Zamri (2015), iaitu pelajar yang menguasai tahap-
tahap menulis akan dapat menghasilkan penulisan
Hubungan Strategi Pembelajaran Kemahiran yang berkualiti. Selain itu, salah satu strategi
Menulis dengan Pencapaian pembelajaran kemahiran menulis yang popular
dalam kalangan pelajar etnik Melanau dalam
Analisis dapatan pada Jadual 6 adalah untuk kajian ini adalah mendapatkan bahan-bahan
menjawab hipotesis berkaitan hubungan antara pembelajaran daripada Internet. Dapatan ini
penggunaan strategi pembelajaran kemahiran membuktikan bahawa pelajar etnik Melanau turut
menulis dengan pencapaian pelajar etnik Melanau memanfaatkan penggunaan teknologi dalam
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Berdasarkan mempelajari bahasa. Mereka menyedari bahawa
hasil analisis tersebut, didapati nilai pekali korelasi kemudahan Internet menyediakan pelbagai bentuk
Pearson (r) bagi penggunaan strategi pembelajaran bahan sama da bahan rujukan atau bahan
kemahiran menulis dengan pencapaian pelajar pengukuhan untuk kemahiran menulis. Strategi
Melanau dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pembelajaran dengan mengaplikasikan
adalah r = -0.75, p = 0.364. Memandangkan nilai p penggunaan Internet ini mampu meningkatkan
ialah 0.364 > 0.05, maka hipotesis nul berjaya minat pelajar untuk mempelajari kemahiran
diterima. Hal ini menunjukkan tidak terdapat menulis. Kenyataan tersebut bertepatan dengan
hubungan yang signifikan antara penggunaan kajian Sumarni (2017) yang mendapati minat
strategi pembelajaran kemahiran menulis dengan pelajar dalam pembelajaran menulis berada pada
pencapaian pelajar etnik Melanau dalam mata tahap yang baik melalui penggunaan Internet
pelajaran Bahasa Melayu. dalam pembelajaran.
Dalam kajian ini juga, didapati bahawa
JADUAL 6. Analisis korelasi Pearson bagi penggunaan strategi pembelajaran kemahiran
hubungan antara penggunaan strategi menulis dipengaruhi oleh faktor tertentu seperti
pembelajaran kemahiran menulis dengan jantina. Hal ini dibuktikan berdasarkan laporan
pencapaian pelajar etnik Melanau Ujian-t yang mendapati bahawa terdapat
perbezaan min yang signifikan terhadap
Pemboleh ubah Strategi pembelajaran kemahiran penggunaan strategi pembelajaran kemahiran
menulis pelajar Melanau menulis dalam kalangan pelajar etnik Melanau
Korelasi Pearson -0.75
Pencapaian (r)
yang berlainan jantina, iaitu t = - 0.800, p < 0.05.
Aras signifikan (p) 0.364 Pelajar lelaki dan perempuan di ketiga-tiga buah
N 150 sekolah menengah di daerah Daro menggunakan
Signifikan pada aras 0.05 strategi pembelajaran kemahiran menulis yang
berbeza dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
PERBINCANGAN Dapatan kajian ini adalah selari dengan kajian
Zamri (2004) yang menyatakan penggunaan
Berdasarkan kajian yang dilaksanakan, pelajar- strategi pembelajaran berkait rapat dengan faktor
pelajar etnik Melanau memperlihatkan bahawa jantina.
ISSN: 2180-4842. Vol. 8, Bil. 1 (Mei 2018): 33-41 40

Berdasarkan dapatan kajian ini juga, pelajar tidak dipengaruhi oleh strategi pembelajaran
perempuan etnik Melanau lebih banyak sepenuhnya, namun pelajar masih mendapat
menggunakan strategi pembelajaran kemahiran manfaat daripada strategi-strategi tersebut seperti
menulis berbanding pelajar lelaki etnik Melanau. mengintegrasikan teknologi seperti Internet boleh
Dapatan kajian ini menyokong kajian yang telah mendedahkan mereka kepada pembelajaran bahasa
dijalankan oleh Kamiliah Ayu (2015) dan Nur selaras dengan kemahiran abad ke-21.
Syafina (2016) yang mendapati bahawa pelajar Melalui kajian ini juga, guru-guru dapat
perempuan lebih banyak menguasai strategi merancang pengajaran mengikut strategi yang
pembelajaran bahasa termasuk strategi menulis sesuai supaya mereka dapat menarik perhatian dan
berbanding pelajar lelaki. minat pelajar dalam PdPc di dalam bilik darjah.
Walau bagaimanapun, dapatan kajian ini Aktiviti pembelajaran Bahasa Melayu di dalam
sekali gus menolak pandangan Wharton (2000) kelas juga seharusnya mengambil kira perbezaan
yang membuat kesimpulan bahawa pelajar lelaki jantina kerana pelajar etnik Melanau mempunyai
lebih ramai menggunakan strategi pembelajaran strategi pembelajaran yang berbeza. Selain itu,
berbanding pelajar perempuan. Zamri dan peranan pihak pentadbir sekolah juga sangat
Mohamed Amin (2005) dalam kajian strategi penting dalam menyediakan suasana dan
pembelajaran Bahasa Melayu mengikut jantina di kemudahan pembelajaran yang sesuai mengikut
luar kelas juga memperlihatkan pelajar lelaki lebih cara dan strategi pelajar belajar kemahiran
banyak menggunakan strategi pembelajaran menulis.
bahasa termasuk strategi menulis berbanding
pelajar perempuan. Kajian Mohamad Yazid (2016) KESIMPULAN
memperlihatkan faktor jantina tidak
mempengaruhi penggunaan strategi pembelajaran Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini
kemahiran menulis dalam kalangan pelajar. Pelajar memberi gambaran yang jelas tentang strategi
lelaki dan perempuan didapati menggunakan pembelajaran kemahiran menulis yang digemari
strategi pembelajaran kemahiran menulis yang oleh pelajar etnik Melanau mengikut perbezaan
sama. jantina dan pengaruh strategi tersebut terhadap
Dapatan dalam kajian ini juga membuktikan pencapaian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
bahawa tidak terdapat hubungan antara Berdasarkan dapatan yang diperoleh, beberapa
penggunaan strategi pembelajaran kemahiran implikasi dan cadangan yang dikemukakan untuk
menulis dengan pencapaian pelajar etnik Melanau memastikan pelajar dapat menguasai kemahiran
dalam Bahasa Melayu. Pencapaian seseorang menulis dengan baik mengikut strategi
pelajar tidak boleh diukur berdasarkan pemilihan pembelajaran yang sesuai dengan keupayaan
strategi pembelajaran semata-mata. Pencapaian mereka sendiri. Oleh yang demikian, kajian ini
mereka mungkin mempunyai hubungan dengan diharapkan dapat menjadi panduan dan rujukan
faktor-faktor lain. Walaupun dapatan ini kepada guru untuk membantu pelajar mempelajari
menunjukkan faktor strategi pembelajaran tidak kemahiran menulis di dalam bilik darjah selaras
ada hubungan yang signifikan dengan pencapaian, dengan pembelajaran abad ke-21.
pelajar tetap perlu merancang pembelajaran Kesimpulannya, proses PdPc Bahasa Melayu
dengan teratur supaya kemahiran berbahasa yang dirancang dengan mengambil kira keperluan
khususnya dalam aspek menulis dapat dikuasai pelajar akan memberikan kesan yang positif
dengan baik. terhadap penguasaan mereka dalam kemahiran
menulis meskipun mereka mempunyai strategi
IMPLIKASI KAJIAN belajar yang tersendiri. Dengan itu, pembelajaran
Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua akan
Kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan menjadi lebih menyeronokkan sekali gus mampu
strategi pembelajaran kemahiran menulis dalam menarik minat pelajar.
kalangan pelajar etnik Melanau berada pada tahap
sederhana dan membawa kesan yang positif
khususnya kepada pelajar itu sendiri. Walaupun
pencapaian pelajar etnik Melanau dalam kajian ini
ISSN: 2180-4842. Vol. 8, Bil. 1 (Mei 2018): 33-41 41

RUJUKAN Zamri Mahamod & Mohamed Amin Embi. 2003.


Strategi pembelajaran bahasa pelajar sekolah
Che Zanariah Che Hassan & Fadzilah Abd. menengah. Jurnal Bahasa, 3 (2): 263-319
Rahman. 2011. Pelaksanaan pengajaran dan Zamri Mahamod & Mohamed Amin Embi. 2005.
pembelajaran kemahiran menulis di sekolah Strategi pembelajaran bahasa Melayu
rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, mengikut Jantina di luar kelas. Jurnal
1 (1): 67-87. Pendidikan 30. 51-73.
Kamiliah Ayu Ab. Ghani. 2015. Strategi Zamri Mahamod, Mohamed Amin Embi & Nik
pembelajaran Bahasa Melayu dalam Mohd Rahimi Nik Yusoff. 2010. Strategi
kalangan murid bukan Melayu. Kertas pembelajaran Bahasa Melayu dan Inggeris
Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti pelajar cemerlang. Bangi: Penerbit Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Pendidikan, Universiti Kebangsaan
Malaysia. Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2013. Pelan Zamri Mahamod. 2004. Strategi pembelajaran
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013- Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar
2025. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Melayu sekolah menengah. Tesis Doktor
Kurikulum. Falsafah. Fakulti Pendidikan, Universiti
Mohamad Yazid Mohamad. 2016. Kekerapan Kebangsaan Malaysia, Bangi.
penggunaan strategi pembelajaran Bahasa Zamri Mahamod. 2014. Inovasi P & P dalam
Melayu dalam kalangan murid sekolah jenis pendidikan Bahasa Melayu. Tanjung Malim.
kebangsaan Cina. Kertas Projek Sarjana Penerbit :Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Zamri Mahamod. 2015. Strategi pembelajaran:
Kebangsaan Malaysia. Inventori cara belajar Bahasa Melayu.
Mohd Majid Konting. 2000. Kaedah penyelidikan Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
pendidikan. Cetakan Kelima. Kuala Lumpur: Zamri Mahamod. 2016. Sosiolinguistik dan
Dewan Bahasa dan Pustaka. pengajaran bahasa. Bangi: Penerbit Fakulti
Nur Syafina Mohd Sabri. 2016. Strategi Pendidikan, Universiti Kebangsaan
pembelajaran bahasa dalam kalangan pelajar Malaysia.
prasiswazah Pengajian Bahasa Melayu di
Prince of Songkhla University, Thailand.
Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Roselan Baki. 2003. Pengajaran dan
pembelajaran penulisan Bahasa Melayu.
Shah Alam: Karisma Publication.
Sumarni Lapammu. 2017. Pengetahuan, sikap dan
kesediaan pelajar terhadap penggunaan
pembelajaran persekitaran maya (Vle) Frog
dalam pendidikan Bahasa Melayu. Kertas
Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Tuan Azlyna Tuan Yusoff. 2013. Kesediaan guru-
guru Bahasa Melayu dalam melaksanakan
pentaksiran berasaskan sekolah. Kertas
Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan
Malaysia.

You might also like