You are on page 1of 18

CABARAN GURU PROGRAM LINUS (LITERASI) DI SEKOLAH-

SEKOLAH MURID ORANG ASLI NEGERI PERAK

Hj. Mohd Razak Mohd Nordin


Shaharuddin Shaari, PhD
Normah Kamarodzan

Jabatan Pengajian Melayu


Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Hulu Kinta, Perak, Malaysia

Abstrak

Kajian ini dilaksanakan untuk melihat pelaksanaan Program


LINUS (literasi) dan cabaran guru LINUS di sekolah murid
orang Asli dalam merealisasikan penguasaan kemahiran asas
literasi. Objektif pengkaji menjalankan kajian ini adalah untuk
mengenal pasti masalah pengajaran dan pembelajaran yang
dihadapi oleh guru-guru LINUS dalam memastikan murid orang
Asli, berkeupayaan menguasai kemahiran asas membaca dan
menulis berdasarkan program LINUS (literasi) yang
dilaksanakan. Kajian ini menggunakan analisis data secara
deskriptif berdasarkan min. Kajian ini adalah berbentuk
kuantitatif iaitu menggunakan kaedah tinjauan dengan
pengumpulan data melalui borang soal selidik berskala 5 Likert.
Kumpulan utama responden ialah guru-guru LINUS tahun 1, 2
dan 3 yang mengajar di sekolah-sekolah murid Orang Asli
dalam enam daerah di negeri Perak. Daerah yang terlibat dalam
kajian ialah daerah Kuala Kangsar, Kinta Utara, Kinta Selatan,
Hulu Perak, Perak Tengah dan Batang Padang. Hasil kajian
membincangkan tentang kualiti diri guru LINUS, program
LINUS dan faktor sosiobudaya. Cadangan untuk meningkatkan
kualiti guru yang disuarakan oleh pihak pentadbir dan guru
LINUS tentang program LINUS juga dibincangkan. Namun
begitu terdapat cabaran dalam melaksanakan program tersebut
antaranya kelewatan penerimaan modul murid, masalah
perancangan dan pelaksanaan dua aktiviti pengajaran dalam satu
Rancangan Pengajaran Harian (RPH), murid kerap tidak hadir
ke sekolah dan masalah mudah lupa dalam kalangan murid
orang Asli.

Jurnal Penyelidikan Dedikasi, Jilid 8, 2014


Abstract

This study was conducted to look at the implementation of the


LINUS program(literacy)) and the challenges faced by LINUS
teachers in the aborigine schools in the realization of basic
literacy skills. The objective of the researchers conducting this
study was to identify education problems faced by LINUS
teachers in ensuring that aborigine students, are able to master
the basic skills of reading and writing which was implemented
by LINUS programme (literacy). This study used a descriptive
analysis of the data based on min. This quantitative study used
the survey method to collect data through questionnaires with 5
Likert scales. The main groups of respondents were LINUS
teachers who teach years 1, 2 and 3 in the aborigine schools in
six districts in Perak. Areas involved in the study area are
Kuala Kangsar, Kinta North, South Kinta, Perak Hulu, Perak
Tengah and Batang Padang. The results of the study discusses
the quality of the LINUS teachers, the LINUS programme and
its socio-cultural factors which influence the success of LINUS
programme. Suggestions for improving the quality of teachers
voiced by the administrators and the teachers about LINUS
program are also discussed. However, there are challenges in
implementing the programme including a delay in receiving
students module, the problem of planning and implementation
of two instructional activities in the Daily Lesson Plan (FMP )
and students who do not attend school regularly.

Kata kunci: Cabaran, kualiti, guru LINUS, sosiobudaya, murid orang


Asli.

PENGENALAN

Pendidikan memainkan peranan penting dalam pembangunan sesebuah


kelompok masyarakat dan negara. Bagi mencapai matlamat pendidikan,
sangat mustahak institusi-institusi pendidikan menghasilkan sumber
manusia dan bakal guru yang berpengetahuan, berketerampilan,
berkeupayaan untuk berfikir dan menyelesaikan masalah serta memiliki
semangat kesediaan untuk mengajar di kawasan-kawasan pendalaman

Jurnal Penyelidikan Dedikasi, Jilid 8, 2014


yang daif. Kesanggupan, kerelaan dan kesediaan dalam melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran dapat dijadikan sebagai wahana bagi
mewujudkan pendidikan yang berkualiti (Hamzah, 2006). Untuk menjadi
pendidik yang baik dan memenuhi tuntutan pendidikan kebangsaan, guru
perlu menyediakan diri dengan pelbagai kepakaran, kemahiran, kesediaan,
kesanggupan, keupayaan dan komitmen dalam pelbagai bidang keilmuan
sebagai bekalan untuk berkhidmat dalam dunia pendidikan yang semakin
mencabar (Usman, 2006).

Kementerian Pendidikan Malaysia (2008), turut memberi perhatian khusus


kepada pendidikan Orang Asli kerana kadar penyertaan dan penguasaan
3M mereka masih rendah. Bermula dari Tahun 2010, bidang Keberhasilan
Utama Nasional (NKRA) telah menyasarkan bahawa semua murid
berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi kecuali
berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah
sebelum berakhir tahun 2012. Program Literasi dan Numerasi
(LINUS) diwujudkan untuk menangani masalah murid yang
berkeupayaan tetapi masih belum menguasai literasi dan numerasi. LINUS
yang bermaksud Literacy and Numeracy Screening merupakan sebuah
program pemulihan yang direka bentuk untuk memastikan murid yang
mempunyai kesukaran untuk menguasai kemahiran asas literasi dan
numerasi dapat mencapai standard penguasaan kemahiran asas yang
kukuh pada tiga tahun awal persekolahan.

Justeru itu, matlamat LINUS adalah untuk mengenal pasti masalah dan
memulihkan kelemahan murid pada peringkat lebih awal agar murid yang
tidak berupaya membaca dan menulis ini tidak ketinggalan dalam
menguasai pembelajaran secara keseluruhan. Menurut Mohd Zanal

Jurnal Penyelidikan Dedikasi, Jilid 8, 2014


Dirin, Timbalan Pengarah Kementerian Pelajaran Malaysia di dalam The
Star halaman 17 pada 19 Oktober 2011, terdapat beberapa faktor biasa
yang menyebabkan murid ketinggalan dalam pembelajaran ialah latar
belakang sosioekonomi, status indigenous, lokasi geografi, sikap dan
aspirasi. Oleh itu, guru sebagai penggerak utama program ini harus
mempunyai sikap dan aspirasi yang cemerlang, bersemangat dan
kredibiliti yang tinggi sepanjang pengajaran dan pembelajaran.

Pernyataan Masalah

Penyelidikan ini ialah mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh


guru LINUS yang mengajar di Sekolah Murid Orang Asli yang terletak di
kawasan pedalaman. Penyelidikan yang dilaksanakan ini amat berkait
rapat dengan peranan guru dalam melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan untuk memastikan murid menguasai
kemahiran asas literasi kerana hasil dapatan di dalam The Star halaman 17
pada 19 Oktober 2011 telah menunjukkan seramai 3,916 murid yang
bermasalah pembelajaran dalam Tahun 2 bagi Tahun 2011. Senario ini
menggambarkan betapa hebatnya cabaran yang terpaksa dihadapi oleh
guru khususnya guru Sekolah Murid Orang Asli dalam merealisasikan
serta memastikan matlamat program LINUS yang dilaksanakan oleh
mereka tercapai dengan jayanya. Namun kita juga harus sedar guru
bukan sahaja dipertanggungjawabkan untuk mengajar murid LINUS
semata-mata. Mereka juga mempunyai tanggungjawab untuk memastikan
murid di aliran perdana turut diberi perhatian dan tidak terabai kerana
mereka juga memerlukan bimbingan oleh guru yang sesuai, kreatif,

Jurnal Penyelidikan Dedikasi, Jilid 8, 2014


berpengalaman dan mempunyai kegigihan yang tinggi. Di samping itu,
guru juga terpaksa menerima bebanan tugas sampingan di sekolah.

Menurut UNICEF (2009), orang Asli telah hidup di dalam masyarakat


yang terasing dan kurang mendapat perkhidmatan seperti sekolahsekolah
dan juga penjagaan kesihatan. Kedudukan geografi mereka yang terletak
jauh di pedalaman telah mengukuhkan pemikiran di kebanyakan
masyarakat Orang Asli bahawa tiada faedah untuk menghantar anakanak
mereka ke sekolah. Mengikut perangkaan, terdapat lebih kurang 80
peratus kanakkanak orang Asli yang tercicir dari alam persekolahan dan
tidak menamatkan persekolahan. Keadaan ini merupakan antara cabaran
yang terpaksa dilalui oleh guru-guru LINUS di Sekolah Murid Orang Asli.

Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah:


i. mengenal pasti faktor kualiti diri guru LINUS (literasi) di sekolah
murid orang Asli.
ii. mengenal pasti faktor cabaran dalam pelaksanaan Program LINUS
oleh guru-guru literasi di sekolah murid orang Asli.
iii. meninjau faktor sosiobudaya sebagai cabaran kepada guru-guru
LINUS (literasi) yang mengajar di kawasan Sekolah Murid Orang
Asli.

Soalan Kajian

Soalan kajian ini adalah seperti berikut:

Jurnal Penyelidikan Dedikasi, Jilid 8, 2014


i. Adakah faktor Kualiti Diri Guru LINUS menjadi cabaran
kepada guru- guru literasi yang mengajar di Sekolah Murid
Orang Asli?
ii. Apakah faktor Program LINUS menjadi cabaran kepada guru-
guru yang mengajar
di Sekolah Murid Orang Asli?
iii. Adakah faktor Sosiobudaya menjadi cabaran kepada guru-guru
literasi yang mengajar di Sekolah Murid Orang Asli?

KAJIAN LITERATUR

Dalam suasana penuh cabaran dan kritikal pada masa kini, tugas guru
menjadi semakin rumit di sekolah murid Orang Asli. Dengan adanya
LINUS di sekolah murid Orang Asli, keadaan ini jelas semakin bertambah
baik berbanding dengan keadaan yang terdahulu. Program ini dirancang
dan dibentuk sebagai penambahbaikan program sebelum ini (KIA2M),
memastikan semua murid Tahun 1 pada 2010, menguasai asas membaca,
menulis dan mengira pada akhir tahun 3 menjelang Tahun 2012.
Kefahaman tentang LINUS (literasi) sekolah aliran perdana dan LINUS
(literasi) untuk orang Asli amat berbeza. Mengikut Arshad (2007)
mengajar anak orang Asli amat berbeza dengan anak murid yang lain
kerana kebudayaan berbeza, cara didikan yang berbeza malahan cara
bertutur jauh sekali berbeza dengan masyarakat. Menurut Fatimah (2007),
beliau dapat mengenal pasti punca masalah membaca dan menulis (2M)
orang asli, iaitu tiada pengetahuan sedia ada, cepat lupa, sikap, pasif, jarak
dari sekolah dan pengangkutan. Bagi meningkatkan prestasi pengajaran
guru dan potensi pembelajaran murid untuk meningkatkan kemahiran
Jurnal Penyelidikan Dedikasi, Jilid 8, 2014
membaca dan menulis murid antaranya, iaitu pengajaran asas
kemahiran membaca dan menulis seharusnya diberikan penekanan yang
serius agar murid dapat menguasainya. Dalam usaha mempertingkatkan
kemahiran bahasa murid-murid ini, guru mempunyai peranan yang
besar. Menurut Roselan (2003), kemahiran berbahasa merupakan
kemahiran asas yang amat penting dan perlu ditekankan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Guru juga perlu bijak mengawal emosi diri dengan mengkaji situasi
persekitaran murid supaya menimbulkan minat belajar dalam mata
pelajaran yang diajarkan (Usman 2006). Keupayaan dalam penguasaan
pendekatan pedagogi, psikologi dan penyediaan bahan pengajaran
pembelajaran untuk proses pembelajaran adalah merupakan kompetensi
yang amat penting bagi seorang guru.

Seterusnya faktor tekanan yang dihadapi oleh guru sudah menjadi satu
permasalahan psikologi, di mana menurut kajian yang telah dijalankan
oleh Najeemah Mohd Yusof (2011) di dalam jurnal EDUCARE untuk
pengajian pendidikan terdapat perhubungan yang signifikan antara
tekanan yang dihadapi oleh guru dengan tekanan di tempat kerja. Sebagai
contoh, tekanan guru LINUS dalam memastikan murid mereka dapat
melepasi ujian saringan LINUS seterusnya mencapai kemahiran literasi
secara kekal.
METODOLOGI

Maklumat Kawasan Kajian


Kawasan kajian adalah sekolah-sekolah murid Orang Asli dalam enam
daerah negeri Perak. Sekolah-sekolah ini dipilih kerana lokasinya dekat

Jurnal Penyelidikan Dedikasi, Jilid 8, 2014


dengan penyelidik. Ini memudahkan proses kutipan data di samping
menjimatkan kos. Hal ini penting kerana terdapat keterbatasan masa dan
kos dalam menjalankan kajian ini. Namun, sampel yang dipilih mewakili
populasinya seperti dalam Jadual 1 di bawah.

Jadual 1 : Jumlah Responden Kajian


Bil. Nama Sekolah Sampel
01. Sk. Seri Tanjung, 31250 Tanjung 3
Rambutan
02. Sk. Pos Raya, 31300 Ipoh 4
03. Sk. Ulu Geruntum, 31600 Gopeng 4
04. Sk. Ayer Denak, 31750 Tanjung Tualang 3
05. Sk. Pos Bersih, 35800 Slim River 3
06. Sk. Bt. 7, Jln. Pahang 35000 Tapah 6
07. Sk. Bt. 14, Jln. Pahang 35000 Tapah 3
08. Sk. Chenein, 31100 Sungai Siput (U) 4
09. Sk. Kampung Kenang, 31100 Sg. Siput 4
(U)
10. Sk. Pos Legap, 31100 Sungai Siput (U) 6
11. Sk. Pos Poi, 31100 Sungai Siput (U) 8
12. Sk. Suak Padi, 32600 Bota 3
13. Sk. Chederung Kelubi, 31800 Tjg. 6
Tualang
14. Sk. RPS Kemar, 33300 Gerik 11
Jumlah 68

Rekabentuk Kajian

Kajian menggunakan kaedah analisis dokumen dalam bentuk kuantitatif.


Data dikumpul melalui soal selidik yang dibangunkan berdasarkan
objektif kajian. Analisis data secara deskriptif menggunakan min dan
sisihan piawai.

Instrumen Kajian

Jurnal Penyelidikan Dedikasi, Jilid 8, 2014


Borang soal selidik telah dibangunkan sebagai alat kajian. Ia mengandungi
dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A mengandungi
maklumat mengenai latar belakang responden. Antara maklumat ini ialah
jantina, pekerjaan dan status sosial. Bahagian B pula mengandungi empat
bahagian iaitu dimensi kualiti diri, program LINUS, faktor sosiobudaya
dan cadangan penambahbaikan. Keseluruhan Bahagian B mengandungi 55
soalan. Semua soalan tersebut berbentuk soalan tertutup. Kajian ini
menggunakan instrumen soal selidik 5 mata skala Likert. Instrumen soal
selidik ini terdiri daripada tiga konstruk iaitu kualiti diri, program LINUS
dan faktor sosiobudaya. Kebolehpercayaan Alpha Cronbach keseluruhan
kajian ini ialah 0.8.

Analisis Data

Data dianalisis berdasarkan borang soal selidik yang dikembalikan oleh


responden. Seterusnya data dianalisis menggunakan perisian SPSS versi
22. Min dan sisihan piawai dikira untuk menentukan tahap cabaran guru.
Min antara 3.34 dan 5.00 dianggap tahap tinggi, min antara 1.62 dan 3.33
dianggap cabaran guru tahap sederhana dan min antara 0 dan 1.66
menunjukkan pada tahap yang rendah. Tahap rendah dan sederhana
dianggap memberi cabaran kepada Guru LINUS (literasi).

DAPATAN KAJIAN

Maklumat Responden kajian

Hasil daripada maklumat demografi yang diperolehi melalui borang soal


selidik, responden kajian terdiri daripada 68 guru LINUS (literasi) Sekolah
Murid Orang Asli yang terdiri daripada 28 lelaki dan 40 perempuan.
Jurnal Penyelidikan Dedikasi, Jilid 8, 2014
Analisis Min Keseluruhan Mengikut Dimensi Dikaji
Berdasarkan analisis data yang dikumpulkan, berikut adalah maklumat
yang diperolehi.
Jadual 2 : Analisis Min Keseluruhan Mengikut Dimensi Dikaji

Dimensi Min Tahap

Kualiti Diri 4.42 Tinggi

Program Linus (Literasi) 3.76 Tinggi

Faktor Sosiobudaya 3.32 Sederhana

Purata Keseluruhan 3.78 Tinggi

Jadual 2 di atas menunjukkan min keseluruhan yang terdiri daripada tiga


aspek utama. Pertama iaitu dimensi Kualiti Diri mencatatkan nilai skor
min tertinggi 4.42 iaitu pada tahap tinggi. Seterusnya diikuti oleh
persoalan kajian kedua iaitu Program LINUS (literasi) skor min 3.76,
kemudian persoalan kajian ketiga iaitu faktor sosiobudaya dengan nilai
skor min 3.32 iaitu pada tahap sederhana. Min keseluruhan diperolehi
daripada bahagian B ini adalah sebanyak 3.78 iaitu berada di tahap tinggi.
Ini jelas menunjukkan bahawa responden menyatakan bahawa faktor
sosiobudaya menjadi cabaran utama kepada guru-guru yang mengajar di
kawasan sekolah murid Orang Asli. Keadaan ini berdasarkan kepada item
positif soalan kajian yang dinyatakan di mana apabila min yang tinggi
menunjukkan item tersebut tidak menjadi cabaran kepada guru sebaliknya
min yang sederhana dan rendah menjadi cabaran kepada guru tersebut.

Jurnal Penyelidikan Dedikasi, Jilid 8, 2014


Adakah faktor Kualiti Diri Guru LINUS (literasi) menjadi cabaran
kepada guru-guru literasi yang mengajar di Sekolah Murid Orang
Asli?

Jadual 3 : Cabaran Guru LINUS (Literasi) Tentang Kualiti Diri Guru


LINUS
____________________________________________________________
Item Pernyataan Min (M) Sisihan Piawai (SP)

____________________________________________________________

1 Boleh menyesuaikan diri dengan budaya 4.36 0.57


kerja di sekolah

2 Boleh bekerjasama dengan staf dalam 4.57 0.49


pelaksanaan tugas pengajaran dan
pembelajaran di sekolah

3 Menunjukkan kemahiran interpersonal 4.32 0.50


yang baik semasa berinteraksi di sekolah

7 Menunjukkan kemampuan untuk 4.38 0.54


menghadapi cabaran di sekolah

8 Menunjukkan amalan proaktif dalam 4.27 0.56


melaksanakan tugas di sekolah

Purata Keseluruhan 4.42 0.40


____________________________________________________________

Merujuk kepada Jadual 3 di atas, skor min keseluruhan adalah 4.42


dengan sisihan piawai 0.40 yang terdiri daripada 12 item berada pada
tahap tinggi. Min terendah pada jadual 1 ialah item 8 (skor min 4.27)
manakala min tertinggi ialah item 2 (skor min 4.57). Sehubungan dengan
itu, tiada cabaran bagi guru dalam konstruk Kualiti Diri Guru.

Jurnal Penyelidikan Dedikasi, Jilid 8, 2014


Apakah Program LINUS (literasi) menjadi cabaran kepada guru-
guru literasi yang mengajar di Sekolah Murid Orang Asli?

Jadual 4 : Cabaran Guru LINUS (Literasi) Dalam Pelaksanaan Program


LINUS
___________________________________________________________
Item Pernyataan Min (M)
Sisihan Piawai (SP)
___________________________________________________________

2 Modul murid diperolehi pada awal tahun 1.93 0.26

6 Dapat merancang pengajaran harian 2.38 0.59


yang berbezakan iaitu Literasi dan KSSR

7 Dapat mengajar kedua-dua pengajaran 2.35 0.62


dalam waktu yang sama

23 Murid memberi respon dan maklum balas 2.62 0.85


dalam pengajaran dan pembelajaran
___________________________________________________________

Berdasarkan kajian yang dijalankan, terdapat beberapa cabaran yang


dihadapi oleh guru dalam konstruk pelaksanaan program LINUS (literasi).
Keadaan ini dapat dilihat pada item 2 (skor min 1.93), di mana modul
murid diterima lewat, menyebabkan sukar untuk guru LINUS
mengendalikan kelas tersebut kerana ketiadaan modul yang sepatutnya
diterima pada awal tahun.

Seterusnya merujuk kepada item 6 (skor min 2.38) dan item 7 (skor min
2.35), rata-rata guru menghadapi masalah bagi menyediakan Rancangan

Jurnal Penyelidikan Dedikasi, Jilid 8, 2014


Pengajaran Harian (RPH), yang terpaksa merancang dua aktiviti yang
berbeza dalam satu RPH iaitu LINUS (literasi) dan KSSR. Begitu juga
semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan, mereka terpaksa
memberi fokus kepada kedua-dua aktiviti tersebut. Keadaan ini berbeza
dengan guru pada tahap 2 yang hanya merancang dan mengajar satu
bahagian sahaja.

Adakah faktor Sosiobudaya menjadi cabaran kepada guru-guru


LINUS (literasi) yang mengajar di Sekolah Murid Orang Asli?
Merujuk item 23 (skor min 2.62), majoriti responden tidak bersetuju
dengan pernyataan tersebut. Kebanyakan murid LINUS khususnya tahun 1
dan 2, tidak memberi respon dan perhatian terhadap sesi pengajaran guru.

Jadual 5: Cabaran Guru LINUS (Literasi) Terhadap Faktor Sosiobudaya


______________________________________________________
Item Pernyataan Min (M) Sisihan Piawai (SP)
______________________________________________________
1 Orang Asli masih kurang memberikan 3.89 0.81
persepsi positif terhadap pendidikan

2 Sikap murid-murid Asli yang terlalu 3.80 0.85


rasa rendah diri juga menyebabkan
mereka selalu tidak hadir ke sekolah

3 Ketidakhadiran murid orang Asli menjad 3.82 0.71


satu masalah dalam pengajaran dan
pembelajaran LINUS (Literasi).

4 Ibu bapa sentiasa memberi galakkan 2.10 0.60


anak mereka pergi ke sekolah

6 Murid tidak dapat menguasai pelajaran 3.91 0.82


yang diajar oleh guru kerana mereka
mudah lupa.

Jurnal Penyelidikan Dedikasi, Jilid 8, 2014


7 Ibu bapa memberi kerjasama dalam 3.00 0.86
membantu program LINUS
____________________________________________________________
Berdasarkan konstruk faktor sosiobudaya, masalah ketidakhadiran murid
ke sekolah pada item 2 (skor min =3.80), item 3 (skor min =3.82) dan item
4 (skor min =2.10) merupakan satu masalah yang serius. Keadaan ini
telah memberi satu cabaran kepada guru kerana ketidakhadiran murid-
murid ini mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran, terutamanya
pada masa saringan diadakan. Kesannya keputusan saringan sering
menurun.
Begitu juga responden terpaksa berhadapan dengan masalah mengajar
berulangkali terutamanya kepada murid yang sering tidak hadir. Keadaan
ini merunsingkan guru, kerana tekanan keputusan saringan yang menurun
disebabkan ketidakhadiran murid.

Satu lagi cabaran yang dihadapi oleh responden ialah murid orang Asli
mudah lupa terhadap pelajaran yang baru diajar. Hal ini jelas terdapat pada
item 6 (skor min =3.91), di mana kebanyakan mereka mudah lupa apabila
berada dalam sesi pengajaran guru. Semasa guru mengajar, murid pada
peringkat awal memberi perhatian tetapi selepas beberapa ketika mereka
mudah lupa. Ini merupakan satu masalah atau cabaran yang terpaksa
dihadap oleh guru LINUS.

PERBINCANGAN

Sebagai guru literasi Bahasa Melayu, tanggungjawab yang digalas sangat


besar dalam memastikan murid yang dididik ini berjaya menjadi insan
yang berguna apabila mereka sudah dewasa kelak. Kajian yang
dilaksanakan amat berkait rapat dengan peranan guru dalam melaksanakan

Jurnal Penyelidikan Dedikasi, Jilid 8, 2014


pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk memastikan murid
menguasai kemahiran asas literasi. Namun kita juga harus sedar guru
bukan sahaja dipertanggungjawabkan untuk mengajar murid LINUS
semata-mata. Mereka juga mempunyai tanggungjawab untuk memastikan
murid di aliran perdana turut diberi perhatian dan tidak terabai kerana
mereka juga memerlukan bimbingan daripada guru yang sama. Di
samping itu, guru juga terpaksa menerima bebanan tugas sampingan di
sekolah. Jika dilihat guru LINUS di dalam kelas biasa agak sukar kerana
mereka harus menyediakan satu rancangan pengajaran dengan dua aktiviti
iaitu LINUS dan KSSR dan juga memastikan murid LINUS diajar
mengikut tahap penguasaan masing-masing. Ini kerana murid di dalam
kelas LINUS sekolah murid Orang Asli mempunyai tahap keupayaan
membaca dan menulis yang lemah jika dibanding dengan murid aliran
perdana di Sekolah Kebangsaan.

Kelewatan penghantaran modul murid ke sekolah juga merupakan satu


lagi cabaran yang terpaksa dihadapi oleh guru LINUS. Modul ini penting
kerana modul tersebut sudah direka khas mempunyai susunan konsep
daripada paling mudah ke sukar difahami di samping memberi penekanan
aplikasi konsep yang dipelajari. Cabaran yang lebih berat dan tekanan
yang lebih hebat dirasakan oleh guru LINUS kerana terpaksa
menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang lebih pelbagai, terkawal
dan menepati tahap keupayaan setiap murid yang berbeza potensinya.
Kesinambungan dengan itu, untuk memastikan matlamat program
LINUS ini tercapai, guru harus menanamkan prinsip seperti guru
yang baik adalah guru yang boleh membawa perbezaan, perubahan yang
ketara kepada seseorang tidak kira di tahap mana dan kepada siapa yang
diberi pengajaran dan didikan. Guru memainkan peranan yang sangat

Jurnal Penyelidikan Dedikasi, Jilid 8, 2014


besar dalam mempengaruhi orang-orang yang berjaya, memberi tunjuk
ajar dan kesan dalam kehidupan orang lain.
KESIMPULAN

Berdasarkan hasil dapatan kajian ini, kesimpulan yang dapat dibuat di sini
adalah pihak kerajaan, para guru dan masyarakat umumnya perlu
bekerjasama dalam meningkatkan pengetahuan dan membentuk sikap
positif murid-murid Orang Asli dalam mempertingkatkan kesedaran
mereka akan kepentingan menguasaan asas 3M, khususnya 2M dalam
literasi. Ini kerana berdasarkan dari tiga aspek utama yang dikaji, sikap
dan pengetahuan mereka masih berada pada tahap yang lemah. Secara
keseluruhannya, hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor
sosiobudaya menjadi cabaran utama kepada guru-guru yang mengajar di
Sekolah Murid Orang Asli di mana aspek ini berada pada tahap sederhana.
Para guru dan pihak kementerian perlulah mencari penyelesaian dan
kaedah yang terbaik bagi mengatasi masalah ini memandangkan masalah
ketidakhadiran murid dan cepat lupa dalam kalangan murid Asli
merupakan antara cabaran utama.

IMPLIKASI DAN CADANGAN

Bagi menangani masalah ketidakhadiran anak-anak Orang Asli ke


sekolah, ia memerlukan satu kaedah bersemuka antara pihak sekolah
dengan masyarakat komuniti mereka termasuk ibu bapa dan Tok Batin
bagi menerangkan kepentingan pendidikan untuk masa depan anak-anak
mereka. Diharapkan dengan adanya kesedaran dalam kalangan komuniti,

Jurnal Penyelidikan Dedikasi, Jilid 8, 2014


seterusnya ibu bapa serta pemimpin mereka sudah pasti akan dapat
mendorong anak mereka ke sekolah secara lebih kerap dan kosisten.
Kehadiran murid anak Orang Asli dalam kelas pendidikan formal secara
berterusan dapat memudahkan guru meningkatkan kemahiran membaca
dan menulis dalam kalangan mereka.Ini juga sedikit sebanyak akan dapat
mengubah sikap anak orang Asli supaya dapat hadir ke sekolah dan
seterusnya menarik minat mereka datang ke sekolah.

Guru harus mempunyai daya usaha yang tinggi dalam profesion


pendidikan dan sentiasa meningkatkan kemampuan dan kelebihan yang
ada. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil inisiatif
yang baik dengan berusaha memberi keutamaan dan perhatian kepada
guru LINUS dengan memberi latihan dalam perkhidmatan kepada guru
yang berkualiti. Penerapan nilai-nilai profesionalisme yang tinggi adalah
penting untuk melahirkan guru yang terbaik.

Disamping itu, pengkaji turut mencadangkan agar kajian yang akan


dijalankan seterusnya adalah secara pemerhatian dengan kehadiran peserta
(participant observation), memahami situasi sebenar dan keadaan
sekeliling responden dengan lebih mendalam lagi, mengenal pasti
beberapa lagi faktor yang mungkin akan menyumbang kepada kelemahan
tahap penguasaan asas literasi dalam pembelajaran anak-anak Orang Asli.

Kementerian Pelajaran Malaysia perlu memperbanyakkan kursus khas


kepada guru-guru sekolah murid Orang Asli bagi menanggani masalah
membaca dan menulis. Penerbitan modul literasi, khusus untuk murid
orang Asli yang berkonsepkan kehidupan masyarakat orang Asli perlu
diperbanyakkan. Penghantaran modul murid perlu disegerakan terutama

Jurnal Penyelidikan Dedikasi, Jilid 8, 2014


awal tahun sebelum murid memulakan sesi persekolahan dan program-
program motivasi perlu diperbanyakkan kepada ibu bapa murid orang Asli
agar mereka tahu betapa pentingnya pendidikan untuk anak mereka.

RUJUKAN

Arshad Ismail. (2007). Pengalamanku. Laporan BPG KPM mengenai


KIA2M Program sekolah angkat Orang Asli dan pribumi Institut
Pendidikan Guru. Kuala Lumpur.

Fatimah Idris. (2007). Bantu kami, sokong kami. Laporan BPG KPM
mengenai KIA2M Program sekolah angkat Orang Asli dan
pribumi Institut Pendidikan Guru. Kuala Lumpur.

Hamzah, B. Uno. (2006). Orientasi baru dalam psikologi pembelajaran.


Jakarta: PT Bumi Aksara.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2008). Kurikulum Bersepadu


Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Najeemah Mohd Yusof. (2011). Prinsip kepimpinan di sekolah dan tahap


tekanan guru sekolah rendah di Malaysia. EDUCARE: International
Journal for Educational Studies, 4(1).

Roselan Baki. (2003). Pengajaran dan pembelajaran penulisan


bahasa Melayu. Shah Alam: Karisma.

United Nations Childrens Fund, Tracking Progress on Child and Maternal


Nutrition: A survival and development priority, UNICEF, Novembro
de 2009.

Usman, Uzer M. (2006). Menjadi guru profesional. Bandung: PT Remaja


Rosdakarya.

Jurnal Penyelidikan Dedikasi, Jilid 8, 2014

You might also like