You are on page 1of 1

Soalan 1: Sejaiuh manakah  aspek-aspek persekitaran fizikal bilik darjah yang

kondusif dan mesra budaya penting bagi seorang guru yang mengajar di
sekolah di Malaysia.

Pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah merupakan salah satu aspek yang
sangat penting untuk mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif dan mesra
budaya untuk membantu perkembangan murid dalam pembelajaran.

Oleh itu, persekitaran fizikal bilik darjah seperti keluasan ruang dan susun
atur perabut perlu sesuai dengan kapasiti pelajar kerana bilangan pelajar yang
melebihi kapasiti yang sepatutnya sehingga boleh menyebabkan suasana dalam
bilik darjah kurang selesa dan akhirnya menimbulka nmasalah disiplin seperti
bergaduh, tidak memberi perhatian semasa guru mengajar, mendatangkan
kecederaan dan sebagainya. Oleh hal yang demikian, seseorang guru harus
mengawal kelas dengan bijakdengan menyusun atur tempat duduk dengan
mempelbagaikan murid yang terdiri daripada pelbagai kaum supaya mereka
boleh menerima dan bekerjasama antara satusama lain. Di samping itu, guru juga
perlu memastikan suasana bilik darjah adalah ceria dan bersih. Aspek keceriaan
kelas adalah sangat penting kerana sesebuah kelas yang ceria mampu
meningkat semangat dan motivasi murid untuk belajar dan seterusnya boleh
meningkatkan prestasi murid. Antara usaha yang boleh dilakukan oleh guru untuk
menceriakan kelas ialah seperti menghias bilik kelas, memastikan cahaya di
dalam kelas adalah mencukupi, mengemaskini papankenyataan dan sebagainya.

Secara kesimpulannya, pengurusan fizikal bilik darjah perlu ditekankan bagi


mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Kondusif serta tenang.
Dengan ini, murid-murid dapat saling menghormati, saling membantu tanpa
mengira kepelbagaian kaum dan bangsa.

You might also like