You are on page 1of 2

Kebaikan Dan Keburukan Kafe Siber

http://karanganpelajarstpm.blogspot.com/2014/01/kebaikan-dan-keburukan-kafe-
siber.html

Komputer dan teknologi maklumat(IT) sudah dianggap sinonim dengan kemajuan


tamadun masa kini.Berikutan itu,perkhidmatan internet telah menjadi darah daging
bagi mereka yang ghairah mengejar kemajuan.Seiringan dengan itu,pelbagai
perniagaan yang bersangkut paut dengan teknologi maklumat muncul bagai
cendawan tumbuh berceracak selepas hujan.Antaranya, termasuklah kafe siber.

Pada asasnya, kafe siber merupakan restoran yang menyediakan berbagai-bagai


kemudahan komputer kepada para pengunjungnya untuk mendapatkan maklumat
dalam internet dan seumpamanya sambil menikmati hidangan makanan dan
minuman.Kewujudan kafe siber telah membuka peluang kepada segenap lapisan
masyarakat untuk menikmati kepelbagaian aplikasi internet yang ditawarkan.

Walaupun internet merupakan fokus utamanya di kafe siber,terdapat juga


perkhidmatan-perkhidmatan lain seperti menaip,permainan komputer,dan kursus
penggunaan komputer.Menerusi perkhidmatan-perkhidmatan ini pengguna
didedahkan kepada cara-cara penggunaan komputer yang betul.Selain itu , melalui
internet kita akan dapat memperoleh pelbagai maklumat dari seluruh pelosok dunia
dengan hanya menekan butang-butang pada papan kekunci komputer.Hal inilah
merupakan kelebihan internet untuk membentuk masyarakat bermaklumat.Malah
internet juga turut membolehkan seseorang berhubung dengan manusia di seluruh
pelosok dunia melalui perkhidmatan e-mel.

Namun di sebalik kebaikan tersebut,terdapat juga aspek-aspek negatifnya yang turut


menuntut pihak pengusaha agar melakukan penapisan dan pengawalan terhadap
pelanggan yang cenderung menyalahgunakan kemudahan yang disediakan. Walau
bagaimanapun yang lebih penting adalah kesedaran yang ada pada pihak
pengguna.Justeru,ketika meluncur di ruang siber,pihak pengguna tidak seharusnya
menerima unsur-unsur negatif yang terhidang,apatah lagi membantu untuk
menyebarkannya.

Terdapat juga pengguna yang cuba mengeksploitasikan kecanggihan teknologi


internet di kafe siber untuk mewujudkan dan menyebarkan khabar-khabar
angin,menyebarkan mesej yang bersifat menghasut,menceroboh serta
membangunkan laman web lucah.Malah ,terdapat segelintir pengguna yang
menggunakan internet untuk menjalankan aktiviti haram seperti skim cepat kaya,skim
piramid,surat berantai dan baru-baru ini perjudian ala kasino melaui
internet.Sementelahan itu,yang paling dikhuatiri ialah ketaksuban golongan
remaja,lebih-lebih lagi pelajar sekolah yang sanggup ponteng sekolah hanya sekadar
untuk melepak dan berseronok-seronok dengan melayari internet di kafe-kafe
siber.Justeru ,ibu bapa perlu memainkan peranan agar anak-anak mereka tidak
terpengaruh dengan gejala negatif di kafe siber.
Konklusinya,walaupun kafe siber ditubuhkan dengan niat baik untuk melahirkan
masyarakat yang celik komputer,namun jika disalahgunakan akan membawa padah
yang mampu merosakkan akhlak dan minda masyarakat.Oleh itu, pihak pengurusan
kafe siber mempunyai tanggungjawab sosial untuk mengelakkan perkara ini dan
bukannya mementingkan keuntungan semata-mata lalu “tutup sebelah mata’ asalkan
pengunjungnya mampu membayar untuk perkhidmatan yang disediakan.

You might also like