You are on page 1of 13

FAKULTI PENGURUSAN MAKLUMAT

===============================================================
SARJANA MUDA SAINS MAKLUMAT (KEPUJIAN) PENGURUSAN REKOD
(IM246)
===============================================================

CTU 554
NILAI DAN TAMADUN II

TAJUK:
ISU-ISU PENDIDIKAN DALAM MASYARAKAT DIGITAL DAN
PENYELESAIANNYA MENURUT PERSPEKTIF ETIKA DARI PELBAGAI
PERADABAN

DISEDIAKAN OLEH:
AMIRA NATASHA BT AHMAD ROSHIDI (2020982890)
HASNA DAYANTI BINTI HUZMI (2020976621)
NURUL ADIBAH SABIRA BINTI MUHD BAKARUDDIN (2020971981)
SITI NOOR MASHITAH BINTI HAMMED NOOR (2020980269)
UMMU ARIFAH BT MOHD DASUKI (2020957559)

KELAS:
JIM246/4A

DISEDIAKAN UNTUK:
DR. SYAZWANI BINTI ABD RAHIM

TARIKH:
6 DISEMBER 2020

PENGHARGAAN

Page | 1
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana kami telah diberikan masa yang
mencukupi untuk menyiapkan tugasan ini. Kami bersyukur kerana diberi peluang untuk
mebincangkan tugasan ini dari pengenalan hingga kesimpulan.

Pertama sekali, kami ingin berterima kasih kepada pensyarah kami, Dr. Syazwani Binti Abd
Rahim kerana telah meberikan peluan kepada kami untuk menyiapkan tugasan ini. Kami
juga sangat bersyukur kerana beliau telah memberikan bimbingan kepada kami dalam
menyiapkan tugasan ini. Semua ilmu yang diberikan sangatlah berguna untuk masa depan.

Seterusnya, kami juga ingin bertetima kasih kepada semua rakan-rakan yange terlibat
dalam menyiapkan tugasan ini. Kami sangat gembira kerana mempunyai ahli-ahli yang
cukup baik dan selalu bekerjasama dalam meyiapkan tugasan.

Akhir sekali, kami berharap agar tugasan kami ini akan memuaskan semua pihak. Kami juga
ingin memohon maaf jika ada berlaku kesilapan atau kesalahan dalam tugasan ini dan akan
berusaha untuk membaiki di masa hadapan.

ISI KANDUNGAN

Page | 2
PENGHARGAAN…………………………………………………………………………. 2

ISI KANDUNGAN…………………………………………………………………………. 3

1.0 PENGENALAN……………………………………………………………………….. 4

2.0 ISU-ISU PENDIDIKAN DALAM MASYARAKAT DIGITAL……………………... 5-9

3.0 CADANGAN…………………………………………………………………………... 10

4.0 KESIMPULAN………………………………………………………………………... 11

5.0 RUJUKAN…………………………………………………………………………….. 12

1.0 PENGENALAN

Page | 3
         Menurut Ensiklopedia, pendidikan merangkumi proses pengajaran dan pembelajaran
atau secara ringkasnya pendidikan adalah sesuatu yang diperoleh melalui pancaindera dan
memberi kesan kepada pemikiran manusia. Topik yang akan di bincangkan dalam tugasan
ini ialah “Isu-isu pendidikan dalam masyarakat digital dan penyelesaiannya menurut
perspektif etika dari pelbagai peradaban”. Seperti yang dapat dilihat, wabak Covid-19 yang
melanda dan semakin menular di seluruh dunia juga telah memberi kesan terhadap proses
pendidikan terutamanya kepada pelajar yang masih bersekolah mahupun yang berada di
kolej mahupun universiti. Jelas sekali, cara penyampaian ilmu dan proses pembelajaran
juga berubah hampir secara keseluruhan. Proses pembelajaran dan pengajaran terpaksa
dilakukan secara digital atau lebih dikenali sebagai “Online and Distance Learning (ODL)”
kerana pendidikan adalah sangat penting dalam kehidupan manusia dalam mencapai
matlamat dan impian negara. Walaubagaimanapun, peradaban dan etika dalam menuntut
ilmu secara digital juga perlu diikuti kerana ia adalah proses dimana ilmu diterima daripada
guru atau pensyarah kepada pelajar.

         Menurut World’s Health Organization (WHO), wabak Covid-19 akan berterusan untuk
satu jangka masa yang lama. Ini menyebabkan penggunaan digital dalam pendidikan adalah
satu keperluan. Tambahan pula, pelbagai isu-isu yang muncul setelah proses pendidikan
dilakukan secara digital terutamanya dari segi etika dan peradaban. Kajian ini bertujuan
untuk membincang isu-isu yang berbangkit dan pandangan dari pelbagai perspektif dalam
etika dan peradaban. Dalam era globalisasi ini, terlalu banyak perubahan yang telah
tercetus dan pembelajaran secara digital adalah satu perubahan yang telah tercetus akibat
wabak Covid-19. Di samping itu, perubahan gaya hidup yang berorientasikan teknologi dan
kemajuan maklumat telah memberikan kesan dan menjadi cabaran terhadap nilai, budaya,
pemikiran, dan corak hidup yang berpandukan adat dan penghayatan agama.

             Tambahan pula, manusia di seluruh dunia yang terlibat dalam bidang pendidikan
perlu meneruskan perjuangan mereka dengan cara yang berbeza. Jadi, penghayatan etika
dan peradaban juga mungkin berbeza daripada kebiasaan. Setiap isu dan perspektif yang
muncul akan di bincangkan bertujuan untuk melihat sejauh mana etika dan peradaban
diamalkan oleh pendidikan dalam masyarakat digital. Seperti yang kita tahu, etika dan
peradaban adalah dua perkara yang amat penting dalam kehidupan manusia sebagai bukti
pemodenan. Kajian ini akan mengemukakan isu-isu yang berkait rapat dengan adab dan
peradaban dalam pendidikan digital yang dijalankan di seluruh negara ketika ini supaya
impak pemikiran dan gaya hidup secara moden dapat dilihat secara jelas samada ia
memberi impak positif atau negatif.

2.0 ISU- ISU PENDIDIKAN DALAM MASYARAKAT DIGITAL 

Page | 4
Pada era globalisasi ini, masyarakat terdedah dengan pelbagai teknologi canggih
yang dapat membantu aktiviti harian mereka sama ada di rumah atau di tempat kerja. Hal ini
kerana masyarakat ingin meluaskan pendapat dan berkomunikasi tanpa sempadan dan ini
dapat memudahkan mereka untuk bertemu di alam maya. Di negara cosmopolitan seperti di
Malaysia ini, mereka mengunakan pelbagai teknologi terutama untuk bekerja dan belajar
bagi para pelajar. Penggunaan teknologi di negara ini juga mempunyai kelebihan yang
meluas selain dapat mencari informasi dan komunikasi tanpa had. Masyarakat seperti para
pelajar dan guru telah melakukan proses pembelajaran dan pendidikan di alam maya bagi
memudahkan mereka dalam berkongsi informasi- informasi yang penting dan bernilai.
Namun begitu, penggunaan teknologi juga dapat memberi kesan buruk terhadap para
pelajar dalam pendidikan mereka.

Isu pendidikan dalam kalangan masyarakat yang menggunakan alatan digital boleh
mendatangkan tabiat plagiarism dalam kalangan pelajar di sekolah mahupun di universiti.
Para pelajar sewajarnya menyiapkan tugasan- tugasan yang diberikan oleh tenaga pengajar
seperti guru atau pensyarah. Isu plagiarism bukanlah sesuatu yang baharu bagi kalangan
pelajar dan pensyarah. Sikap yang tidak bertanggungjawab ini haruslah diambil iktibar
kerana ianya akan memberi kesan yang buruk terhadap pelajar. Plagiarism, yakni meniru
atau mengambil idea daripada hasil atau sumber lain dan menjadikan sumber tersebut
menjadi hak milik kita adalah perilaku yang memalukan. Masyarakat tidak mengira kaum
dan bangsa seharusnya belajar dan mengelakkan diri dari isu plagiat kerana ianya akan
merosakkan imej diri seseorang. Plagiarism tidak akan menjadikan seseorang itu berilmu
kerana ilmu yang diperoleh adalah dengan cara yang salah dan seseorang itu juga mungkin
langsung tidak menimba ilmu dari tugasan yang diberi.

Namun begitu, bagi mengelakkan diri dari isu plagiarism, para pelajar haruslah
mengambil iktibar dan motivasikan diri mereka agar menjadi insan yang berguna. Plagiarism
bukanlah jalan pintas untuk berjaya. Para pelajar tidak akan memperoleh pengalaman
belajar dari melakukan hal tersebut. Sejujurnya, para pelajar perlu belajar untuk
meninggalkan perkara yang berunsurkan negatif dan buruk seperti plagiarism dalam
pendidikan mereka. Masyarakat boleh mengambil informasi tersebut sebagai sumber dalam
pendidikan namun mereka tidak boleh meniru sehingga tidak mengubah ayat dari sumber
pertama yang didapati. Dengan mempraktikkan cara susunan yang lebih efisien dan betul
boleh mendidik pelajar untuk mengelakkan diri dari plagiat. Pelajar juga boleh
mempraktikkan menggunakan sumber dengan betul. Sebagai contoh, setelah informasi itu
diambil, sumber tersebut haruslah disebutkan di akhir tugasan. Ini adalah bagi memberi
pengetahuan sumber asal informasi tersebut.

Page | 5
Namun begitu, selain daripada isu plagiarism, penyalahgunaan bahasa atau
pencemaran bahasa merupakan salah satu isu pendidikan dalam masyarakat digital.
Apabila sesi pelajaran mengunakan bahan digital, amatlah rumit bagi masyarakat pada
masa kini dalam penggunaan bahasa bangku dalam proses menyiapkan tugasan mahupun
sewaktu berkomunikasi dengan tenaga pengajar. Hal ini demikian kerana mereka terlalu
leka dengan penggunaan bahasa ringkas yang digunakan dalam kehidupan harian mereka.
Pada masa kini, masyarakat tidak kira usia seringkali menggunakan ‘short form’ atau
bahasa ringkas bagi memudahkan mereka dalam menaip dengan lebih cepat. Akan tetapi,
masyarakat tidak menyedari tabiat kecil sebegini member kesan dalam diri mereka dalam
mengharmonikan bahasa mereka sendiri. Seolah- olah bahasa yang digunakan tiada
identiti. Hal sebegini dapat mengganggu proses pendidikan secara digital. Penggunaan
‘bahasa rojak’ juga sering digunakan oleh masyarakat pada masa kini dan ini akan
menyebabkan bahasa melayu mudah dilupakan. Ada diantara masyarakat yang terlalu
obsess menggunakan bahasa rojak sehinggakan mereka tidak lagi tahu maksud sesetengah
perkataan dalam bahasa Melayu.

Dalam menangani masalah ini, masyarakat di negara ini haruslah mempraktikkan


penggunaan bahasa ibunda dengan lebih baik. Bahasa Melayu merupakan bahasa
kebangsaan di negara ini. Masyarakat perlulah menggunakan bahasa melayu di dalam
komunikasi harian tidak kira secara bersemuka mahupun komunikasi secara digital. Para
masyarakat tidak perlu malu dalam penggunaan bahasa melayu di negara cosmopolitan ini
kerana bahasa yang unik ini mungkin bakal digunakan sebagai bahasa antarabangsa kelak
di masa hadapan. Semakin masyarakat kerap menggunakan bahasa melayu, semakin
besar peluang negara ini untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Seterusnya,  isu pendidikan dalam masyarakat digital juga melibatkan permasalahan


sikap pelajar yang kurang berminat dalam pelajaran. Kurang penghayatan nilai etika dalam
menuntut ilmu menerusi pendidikan digital mampu memberi kesan yang buruk terhadap
pelajar dalam usaha membentuk Malaysia untuk melahirkan pelajar yang setaraf
antarabangsa. Pendidikan digital yang diperkenalkan di kalangan masyarakat telah menjadi
isu hangat di mana pelajar menjadi kurang bertenaga atau pasif kerana tiada interaksi dua
hala antara pelajar dan pengajar. Kaedah penyampaian berbentuk satu hala menjadikan
suasana serta proses pengajaran dan pembelajaran yang membosankan. Sistem
pendidikan digital ini telah menghalang pelajar untuk mengembangkan potensi masing-
masing dengan cara, teknik serta gaya pembelajaran mereka yang tersendiri. Setiap individu
memproses maklumat dengan cara yang berlainan. Hal ini menyebabkan pelajar merasa
sukar untuk memahami dengan apa yang diajar oleh para pendidik. Selain itu juga, capaian

Page | 6
internet yang lemah menjadi salah satu faktor pelajar pasif. Sesetengah pelajar mungkin
berada di luar bandar di mana tahap capaian internet yang sangat lemah sehingga
menyebabkan pelajar sukar untuk menyertai kelas dalam talian. Mengikut statistik di
Malaysia seramai 60 peratus pelajar telah mengalami masalah capaian internet yang lemah
menyebabkan mereka terpaksa mencari ‘cyber cafe’ atau kawasan yang berpotensi
mempunyai capaian internet yang tinggi untuk menyertai kelas dalam talian. Hal ini
menyebabkan pelajar merasa sukar untuk memperoleh ilmu daripada para pendidik. Apabila
capaian internet lemah ketika sesi pembelajaran dan pengajaran berlaku menyebabkan
pelajar ketinggalan dengan apa yang diajar oleh pensyarah atau cikgu.  Penggunaan
teknologi digital ini juga telah menimbulkan masalah kepada para pengajar dan masyarakat
seperti penyalahgunaan maklumat untuk kepentingan peribadi. Gejala utama yang sering
dikaitkan dengan kemudahan ICT ialah penyebaran fitnah dan gosip yang bertujuan untuk
memburukkan, memalukan atau menjatuhkan pihak lain. Hal ini mencabar etika dan
tatasusila hidup masyarakat dan bernegara.

Penyelesaian menurut etika dan peradaban bagi isu di atas ialah dengan
mewujudkan “two way comunication” antara pelajar dan pengajar. Para pendidik boleh
menggunakan medium yang sesuai seperti medium google meet, microsoft team, dan forum
untuk proses pembelajaran dan pengajaran. Melalui medium seperti itu, pelajar lebih mudah
untuk bertemu dan bertanya soalan kepada pengajar melalui dalam talian. Penggunaan
medium yang sesuai seperti google meet dan multimedia adalah salah satu kaedah
alternatif dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
kepada pelajar. Dengan menggunakan kaedah seperti itu, dapat mengurangkan kelemahan
pelajar dalam mencari ilmu melalui digital serta mengatasi masalah yang dihadapi di dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini juga boleh menjadi perangsang kepada
golongan pendidik dalam menyampaikan pengajaran yang berkesan. Selain itu,
penyelesaian bagi pelajar yang menghadapi capaian internet yang rendah ialah dengan
meminta para pengajar memberi nota berbentuk multimedia atau rakaman ketika proses
pembelajaran dan pengajaran berlaku. Hal ini dapat memudahkan pelajar untuk
mendapatkan maklumat yang tertinggal semasa proses pengajaran berlaku. Pelajar
mestilah menerapkan nilai etika ketika dalam proses pengajaran dan pembelajaran bersama
pengajar. Pelajar yang beretika mempunyai sifat Siddiq, Amanah, Tabligh dan Fatonah
dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Contohnya, bersifat siddiq
dengan tidak menipu atau memberi alasan kepada pengajar untuk tidak menghadiri kelas
dengan sengaja.

Page | 7
Akhir sekali, isu pendidikan dalam masyarakat digital ialah tahap kesediaan
masyarakat dalam meneruskan pekerjaan atau pelajaran menerusi teknologi digital.
Persekitaran merupakan peranan penting kepada individu untuk meneruskan sesuatu
pekerjaan. Contohnya, persekitaran yang tidak kondusif akan menyumbang ketidakselesaan
kepada individu untuk melakukan sesuatu perkara. Seseorang akan merasa terganggu dan
menyebabkan mereka hilang fokus dan minat untuk mempelajari sesuatu. Reka bentuk
fikizal bilik dan persekitaran dalaman juga mempunyai kesan yang mendalam terhadap
pembelajaran pelajar dan pengajar . Sekiranya wujud ketidakselesaan, ianya mampu
mempengaruhi motivasi seseorang terutamanya pelajar untuk belajar. Hal ini akan memberi
kesan yang negatif dan kurang berminat untuk belajar. Menurut Barlett (2003) beliau
menyatakan bahawa keberkesanan pembelajaran akan meningkat sekiranya dalam
persekitaran yang kondusif dan tenang. Selain itu, peranti elektronik yang tidak mencukupi
juga menyumbang kepada kurangnya tahap kesediaan dalam pendidikan menerusi digital.
Sesetengah individu tidak mempunyai peranti yang mencukupi untuk menjalani proses
pembelajaran dan pekerjaan dengan sempurna. Seperti kekurangan komputer riba untuk
mengakses maklumat yang diperlukan. Hal ini menyebabkan masyarakat terutamanya
pelajar merasa malas untuk meneruskan proses pembelajaran.

Bagi membendung isu di atas, terdapat penyelesaian mengikut etika dan peradaban.
Antaranya, ialah menyediakan suasana atau persekitaran yang selesa. Mengikut ajaran
Islam, persekitaran yang bersih dan ceria dapat mempengaruhi minat seseorang dalam
menimba ilmu. Etika ketika belajar haruslah diterapkan di dalam diri supaya dapat
dipraktikkan semasa berada di kawasan umum. Hal ini dapat memberi contoh yang baik 
kepada masyarakat lain. Persekitaran yang kondusif serta dilengkapi dengan peranti
elektronik yang mencukupi dapat memberi kesan yang positif kepada masyarakat untuk
lebih bersemangat dalam melakukan sesuatu perkara. Untuk memastikan proses
pembelajaran dan pengajaran berjalan lancar, masyarakat perlulah saling tolong menolong
antara satu sama lain untuk memastikan masalah dapat dibendung dengan segera.
Contohnya, membantu seseorang dengan mencari maklumat yang diperlukan atau memberi
pinjam peranti elektronik ketika proses pembelajaran bermula. Dengan ini, individu akan
merasa lebih senang untuk mendapatkan maklumat serta bersemangat untuk meneruskan
proses pembelajaran melalui digital.  Persekitaran yang selesa untuk meneruskan
pendidikan menerusi digital dapat menyumbang kepada hubungan baik antara pelajar dan
pengajar serta meningkatkan keselesaan pembelajaran dan memberikan persepsi yang
positif di kalangan masyarakat. Hubungan nilai murni antara masyarakat mestilah diterapkan
kerana ia dapat membina keharmonian di kalangan masyarakat. Nilai beradap perlu
dikembangkan bagi membendung pelbagai krisis yang dihadapi oleh masyarakat.

Page | 8
Contohnya, nilai kejujuran, kesetiaan, dan sebagainya. Dalam dunia digital pendidikan,
internet menjadi senjata utama kepada manusia. Oleh itu, kita mestilah menerapkan nilai
etika supaya tidak terjerumus dengan benda yang tidak berfaedah.

Page | 9
3.0 CADANGAN

Kesedaran tentang kepentingan pendidikan dalam masyarakat yang serba moden ini
amat perlu dititik beratkan dalam usaha menangani isu-isu yang melibatkan pendidikan di
negara kita, Malaysia ini. Terdapat cadangan yang boleh diambil oleh para pelajar
berdasarkan perspektif etika dan peradaban. Cadangan yang paling utama ialah semua
insan yang bergelar pelajar perlulah sentiasa mempratikkan tentang pentingnya perpaduan
antara kaum. Hal ini kerana, dalam konteks pendidikan di Malaysia, aspek kebudayaan dan
masyarakat perlu dititik beratkan kerana pelajar secara realitinya hidup dalam masyarakat
yang berbilang kaum, agama dan budaya iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Justeru itu, kita
mestilah sentiasa mengamalkan sikap hormat - menghormati sesama kaum. Hal ini amat
sejajar berdasarkan aspek Rukun Negara kita iaitu dapat mewujudkan masyarakat Malaysia
yang bersatu padu dan pada masa yang sama, kita akan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap kemakmuran dan keharmonian masyarakat dan negara.

 Setiap masyarakat perlu mempunyai etika dan peradaban yang mulia dalam
pendidikan dan pada masa yang sama mereka akan mempunyai keperibadian yang tinggi
dalam diri mereka. Peranan guru juga perlu dimainkan dan mereka haruslah memiliki
kemahiran yang tinggi dalam memberikan penjelasan kepada pelajar tentang budaya yang
boleh diamalkan serta budaya yang tidak boleh diamalkan sesama kaum yang berbeza -
beza. Hal ini demikian kerana, jika kita mempunyai akhlak yang mulia dan sentiasa
menerapkan diri dalam dalam perkara - perkara yang berkaitan dengan kepelbagaian
budaya, hal ini adalah menjadi perkara yang sangat dituntut oleh agama. Penerapan dalam
aspek perpaduan kaum ini menjadi salah satu daripada tuntutan agama. Oleh itu, secara
tidak langsung, kita juga mampu memartabatkan Islam itu sendiri dalam aspek pendidikan
dalam masyarakat yang digital ini.

Page | 10
4.0 KESIMPULAN

Tidak dinafikan penggunaan teknologi seperti komputer amat penting pada masa kini
untuk memastikan para pelajar mendapatkan pendidikan yang jauh lebih sempurna. Awal
tahun ini, seluruh dunia tidak terkecuali negara Malaysia dikejutkan dengan satu wabak
pandemik yang boleh membawa maut iaitu Covid-19. Oleh itu, kerajaan Malaysia telah
mengarahkan supaya semua institusi pendidikan termasuk tadika, sekolah rendah, sekolah
menengah mahupun Universiti untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran secara
atas talian. Hal ini menimbulkan banyak persepsi dari pandangan pelbagai masyarakat
tentang usaha kerajaan untuk memastikan para pelajar tidak ketinggalan dalam pelajaran
sepanjang pandemik Covid-19 ini.

         Perkembangan teknologi pada masa kini tidak dinafikan telah berkembang semakin
pesat. Terdapat segelintir masyarakat yang boleh menerima perkembangan teknologi ini
dan terdapat juga sesetengah masyarakat yang tidak pandai menggunakan teknologi ini.
Sebagai contoh, para pelajar yang tinggal di kawasan pedalaman mungkin tidak boleh
menghadiri kelas secara atas talian disebabkan kekangan ketiadaan komputer dan juga
akses internet di kawasan mereka. Hal ini akan menyebabkan pelajar yang mempunyai
masalah ini akan ketinggalan dalam pelajaran mereka. Mereka mungkin tidak boleh
mengikuti apa yang diajar oleh guru mereka pada hari tersebut.

         Institusi pendidikan juga memainkan peranan penting untuk memastikan masyarakat
khususnya para pelajar mendapatkan pendidikan yang sempurna. Kerajaan boleh
memberikan bantuan dari segi keperluan pembelajaran secara atas talian seperti komputer
riba kepada pelajar yang memerlukan. Insitutisi pendidikan berperanan untuk memastikan
para pelajar ini mendapatkan pengetahuan yang mencukupi dari segi teknologi seteruskan
menjadikan mereka celik komputer. Kerajaan Malaysia perlulah mengambil inisiatif ini untuk
memastikan negara kita Malaysia dapat melangkah ke hadapan dari segi penggunaan
teknologi dalam pendidikan dan seterusnya mengantarabangsakan teknologi pendidikan di
peringkat global suatu hari nanti. Cabaran-cabaran dalam mendidik masyarakat khususnya
para pelajar dalam menggunakan teknologi dalam pembelajaran adalah sangat penting
untuk membentuk masyarakat yang majmuk yang telah menjadi landasan UNESCO untuk
mengembangkan teras-teras dalam pendidikan yang asas iaitu “learning to live together”.

Page | 11
5.0 RUJUKAN

Ab Halim Tamuri & Nur Hanani Hussin. (2017). Pendidikan Abad ke 21 Dalam
Kepelbagaian Budaya: Cabaran dan Harapan. Kertas Kerja Ucaputama Seminar
Pedagogi Antarabangsa ke-8 (PEDA8). Kuala Lumpur: Malaysia.

Cik Puan Hanani. (2020). Kesan dan Cabaran Dunia Siber Dalam Pembentukan Akhlak
Masyarakat. WordPress.com. Retrieved from
https://sitinorhanani.wordpress.com/2011/12/15/kesan- dan-cabaran-dunia-siber-
dalam-pembentukan-akhlak-masyarakat/

Dr. Amini Amir. (2012). Etika Digital dan Berinternet Mengikut Perspektif Islam. Jurnal
Penyelidikan Islam. Bil. 25. Retrieved from
http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/34225/Article_4.PDF

Eprints UTM. (2020). Pendidikan: Matlamat Dan Fungsinya. Retrieved from


http://eprints.utm.my/id/eprint/14919/1/Pendidikan_-_eprint4.pdf

Hazura Mohamed, Hairulliza Mohamad Judi, Siti Fadzilah M. Noor & Zawiyah M. Yusof.
(2012). Jurang Digital dan Pendidikan di Luar Bandar: Tahap Literasi Teknologi
Maklumat dan Komunikasi Pelajar. Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia
Asia-Pasifik. Retrieved from http://www.ftsm.ukm.my/apjitm

Mokmin Basri. (2015). Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT) dan Perubahan Nilai
Masyarakat. Kertas kerja Seminar Antarabangsa Nilai Dalam Komuniti Pasca
Modenisme (SIVIC 2004). Universiti Utara Malaysia: Langkawi.

Page | 12
Page | 13

You might also like