You are on page 1of 16

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/279914655

Al-Quran dan as-Sunnah Teras Ketamadunan Manusia

Conference Paper · June 2010

CITATIONS READS
0 33,222

5 authors, including:

Nor Hayati Fatmi Talib Bani Hidayat Mohd Shafie


Nilai Polytechnic Malaysia IPG Islamic Educational Campus
83 PUBLICATIONS   17 CITATIONS    74 PUBLICATIONS   15 CITATIONS   

SEE PROFILE SEE PROFILE

Hajarul Bahti Zakaria Ab Halim Tamuri


Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas Universiti Kebangsaan Malaysia
22 PUBLICATIONS   9 CITATIONS    93 PUBLICATIONS   533 CITATIONS   

SEE PROFILE SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Ensiklopedia Pendidikan Islam View project

Kajian Berkaitan Pelaksanaan Guru KAFA dan Penyelia KAFA View project

All content following this page was uploaded by Nor Hayati Fatmi Talib on 09 July 2015.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


PIMKU 2
Al-Quran dan as-Sunnah Teras Ketamadunan Manusia

Oleh:
Nor Hayati Fatmi Binti Talib
Bani Hidayat Bin Mohd Shafie
Mohd Huzairi Bin Awang @ Husain
Hajarul Bahti Binti Zakaria
Prof. Madya Dr. Ab. Halim Bin Tamuri
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Al-Quran dan as-Sunnah telah memberikan sumbangan yang besar terhadap peradaban dan ketamadunan manusia,
antara sumbangan terbesar adalah petunjuk kepada kehidupan berakidah yang sebenar, panduan melalui peraturan
dan undang-undang dalam menjalani kehidupan seharian yang dinamakan syariat dan juga aspek pembinaan
keperibadian manusia iaitu akhlak. Ketiga-tiga elemen ini iaitu akidah, syariat dan akhlak mampu membentuk
peribadi insan yang sempurna merangkumi roh, akal dan jasad. Kertas kerja ini akan menyentuh mengenai
sumbangan al-Quran dan as-Sunnah dalam pembinaan peradaban dan ketamadunan manusia, mengenengahkan
kandungan al-Quran dan as-Sunnah berkaitan perkembangan era ketamadunan Islam, aspek keimuan yang
merupakan teras ketamadunan, aspek kehidupan manusia dalam bermasyarakat, aspek ekonomi, politik dan
kenegaraan, aspek keadilan serta kecemerlangan dan aspek yang berkaitan dengan isu-isu semasa merangkumi isu
keruntuhan sistem kekeluargan, isu rasuah, isu pencemaran dan isu pengabaian orang tua.

PENDAHULUAN

Bimbingan Allah swt terhadap perjalanan kehidupan manusia bermula sebelum al-Quran
diturunkan oleh Allah swt lagi, ianya telah wujud seiring dengan penciptaan manusia pertama iaitu nabi
Adam a.s. yang merangkumi elemen akidah, syariat dan akhlak bagi membolehkan manusia menjalankan
tugas sebagai hamba dan khalifah Allah swt di muka bumi ini. Perutusan nabi Muhammad saw dan
penurunan al-Quran telah melengkapkan keseluruhan keperluan kehidupan manusia samada kehidupan di
dunia mahupun kehidupan di akhirat.

AL-QURAN DAN AS-SUNNAH SUMBER PERADABAN

Al-Quran dan as-Sunnah adalah sumber utama peradaban manusia di samping akal fikiran dan
dari tamadun-tamadun lain. Menurut Sardar (1989), tidak dapat dinafikan lagi bahawa, sumber premier
tamadun Islam serta evolusi pembentukan sains Islam di sekitar seratus tahun pertama hijrah, mempunyai
hubungan erat dengan epistemologi Pengajian Islam. Al-Quran dan as-Sunnah sarat dan padat dengan
rujukan dan anjuran serta dorongan terhadap umat Islam agar menuntut ilmu, mempelajari, menganalisa
dan menganjurkan penggunaan akal semaksimum yang boleh untuk manafaatnya. Pandangan Syed

1
Hossein Nasr (1984) juga menyokong pandangan ini dengan penegasan beliau bahawa pemangkin
ketamadunan Islam adalah pertamanya kekuatan ajaran Islam sendiri yang bersumberkan al-Quran dan
as-Sunnah nabi Muhammad saw. Keduanya, tamadun-tamadun yang membangun sejajar dengan
perkembangan Islam dalam masa yang sama ianya tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip Islam.

Keterbukaan dalam budaya ketamadunan dan keilmuan Islam telah menjadi faktor utama
perkembangan tamadun Islam. Alias (2008) bersetuju dengan pendapat ini dan mengatakan bahawa al-
Quran dan as-Sunnah merupakan penggerak dan pencetus serta pendorong terawal yang telah
memperkembangkan kebudayaan ilmu Islam dalam pelbagai bidang, memotivasikan umat Islam dalam
meneroka dan membongkar pelbagai lapangan keilmuan. Menurut Nasir (1984) lagi, Islam sebenarnya
telah mengadakan suatu sintesis terpenting dalam sejarah peradaban manusia. Perkembangan pesat
tamadun Islam terbukti telah menyaingi tamadun-tamadun lain yang terdahulu dan yang terkemudian.
Ianya terhasil daripada kekuatan dalaman yang berpaksikan al-Quran dan as-Sunnah yang melahirkan
kegiatan keintelektualan Islam yang dinamis dan kreatif disamping menyerapi, mengasimilasi dan
seterusnya menyaringi warisan daripada ketamadunan terdahulu.

Konsep ini tidak terbatas kepada aspek fizikal sahaja tetapi merangkumi seluruh ketaatan kepada
Allah swt. Ziauddin (1992) menyatakan bahawa Islam tidak hanya menggalakkan penerokaan semata-
mata tetapi menghubungkannya dengan aspek ibadat, keimanan beserta keperihatinan terhadap nilai-nilai
Islam yang lain seperti khilafah, amanah, adil dan istislah (kepentingan umum). Kurshid (1979) pula
menyatakan konsep pembangunan dan kemajuan dalam konteks Islam adalah bersifat menyeluruh
meliputi aspek moral, kerohanian dan material, kesempurnaan manusia adalah bergantung kepada
kesempurnaan iman.

Segala kegiatan ketamadunan dan kemajuan yang dicipta, hendaklah mengikut lunas-lunas yang
telah ditetapkan oleh al-Quran dan as-Sunnah, sesuatu pembaharuan yang dibuat secara umumnya boleh
dikatakan sebagai tamadun tetapi tidak boleh dikatakan tamadun Islam sekiranya terdapat pertentangan
dengan al-Quran dan as-Sunnah. Daripada al-Quran dan as-Sunnah dicerakinkan akidah, syariah dan
akhlak untuk dilaksanakan di dalam keseluruhan kehidupan manusia (Sulaiman, 1995).

AL-QURAN DAN AS-SUNNAH

Al-Quran adalah kalam Allah yang merupakan mukjizat yang diturunkan kepada nabi
Muhammad, ia diriwayatkan secara mutawatir, lengkap merangkumi seluruh aspek kehidupan dan

2
membacanya sahaja sudah dianggap ibadah. Ianya sumber asas dan paling utama dalam pembinaan
kehidupan dan ketamadunan, ianya mengarahkan perjalanan tamadun sepanjang sejarah
perkembangannya.

Firman Allah swt dalam surah al-An‟am ayat 38 yang bermaksud : “Tiada kami meninggalkan
sesuatu pun di dalam kitab al-Quran ini”. Firman Allah swt yang bermaksud: “Sesungguhnya al-Quran
jalan yang amat betul (agama Islam) dan memberi khabar gembira kepada orang mukmin yang
mengerjakan amalan baik bahawa mereka disediakan pembalasan yang baik” (Surah al-Isra‟ : ayat 9).
Firman Allah swt yang bermaksud: “…dan Kami turunkan kepadamu al-Quran menjelaskan tiap-tiap
sesuatu dan menjadi petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri”
(Surah an-Nahl : ayat 89).

Kitab al-Quran adalah kesinambungan daripada kitab-kitab yang diturunkan kepada nabi-nabi
terdahulu sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud : “Katakanlah wahai orang-orang mukmin,
kami beriman kepada Allah dan apa yang diturunkan kepada kami, dan apa yang diturunkan kepada
Ibrahim, Ismail, Ishak, Yaakub dan anak cucunya, dan apa yang diturunkan kepada Musa dan Isa serta
apa yang diturunkan kepada nabi-nabi dari Tuhannya. Kami tidak membeza-bezakan seseorang di antara
mereka dan kami hanya tunduk dan patuh kepada-Nya” (Surah al-Baqarah : ayat 136).

As-Sunnah merupakan sumber asas kedua selepas al-Quran, ianya adalah sesuatu yang
disandarkan kepada nabi Muhammad saw samada perkataan, perbuatan atau pengakuan (persetujuan)
ataupun sifat-sifat kejadian, akhlak dan sirahnya sebelum dan selepas perlantikannya menjadi Rasulullah.
As-Sunnah merupakan penguat dan penyokong kepada apa yang terkandung di dalam al-Quran,
penghurai dan pentafsir apa yang umum di dalam al-Quran, mewujudkan bentuk-bentuk amali terhadap
prinsip-prinsip yang terdapat di dalam al-Quran merangkumi semua aspek. Firman Allah swt dalam surah
al-Hasyr ayat 7 yang bermaksud : “…dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah kepada kamu,
maka terimalah serta amalkanlah dan apa jua yang dilarangnya maka kamu patuhilah larangan”.

PENGENALAN KEPADA TAMADUN ISLAM

Tamadun Islam berbeza sama sekali dengan tamadun-tamadun lain yang wujud di dunia ini
kerana keseluruhan asas ketamadunan Islam berpaksikan kepada akidah tauhid, syariat dan akhlak. Tiga
matlamat utama tamadun Islam ialah pertamanya bagi menjamin hubungan manusia dengan Allah
(hablumminallah). Firman Allah swt yang bermaksud : “Tidak kami jadikan jin dan manusia melainkan

3
untuk beribadat kepada Kami” (Surah az-Zariyat : ayat 56). Keduanya bagi menjamin hubungan manusia
sesama manusia supaya kekal sejahtera dan harmoni. Firman Allah swt yang bermaksud : “Wahai
manusia, sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu lelaki dan perempuan, dan kami jadikan kamu
berbangsa-bangsa dan berpuak-puak untuk kamu saling kenal mengenali di antara satu sama lain….”
(Surah al-Hujurat : ayat 13). Dan ketiganya, untuk menjamin hubungan manusia dengan alam yang terdiri
daripada pelbagai hidupan, tumbuh-tumbuhan, udara, air, cahaya dan sebagainya. Firman Allah swt yang
bermaksud : “Dan Dialah Allah yang telah menjadikan segala yang ada di bumi ini untuk kamu semua”
(Surah al-Baqarah : ayat 29). “Janganlah kamu melakukan kerosakan di muka bumi ini” (Surah al-
Baqarah : ayat 11).

Dasar tamadun Islam adalah untuk memelihara keselamatan akidah, keselamatan jiwa dan nyawa,
keselamatan akal dan fikiran, keselamatan maruah dan keturunan, keselamatan harta benda dan
keselamatan hak dan kebebasan yang kesemuanya digariskan dengan lengkap di dalam al-Quran dan as-
Sunnah. Topik-topik yang berikutnya akan mengenengahkan sebahagian daripada ayat-ayat al-Quran dan
as-Sunnah yang memandu seluruh umat Islam dalam membina ketamadunan mengikut topik
perbincangan. Topik-topik yang dipilih adalah mengikut sukatan yang terdapat di dalam kursus tamadun
Islam yang ditawarkan di peringkat Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia bagi kursus Sijil
dan Diploma.

KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA

Kemunculan Tamadun Islam bermula dengan penurunan wahyu pertama ke atas junjungan besar
nabi Muhammad saw ketika baginda berusia 40 tahun. Kejadian ini berlaku pada 17 Ramadhan 40 tahun
Gajah bersamaan 6 Ogos 610 Masehi di Gua Hira‟ di Bukit Nur lebih kurang tiga batu dari kota Mekah
sekaligus mengangkat martabat baginda sebagai Rasulullah. Firman Allah swt di dalam Al-Quran yang
bermaksud: “Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menjadikan manusia dari seketul darah, bacalah
dengan nama Tuhanmu yang mulia, Dia mengajar dengan kalam (tulisan), Dia mengajar manusia apa
yang tidak diketahuinya” (Surah al-Alaq : ayat 1-5).

Masyarakat arab ketika itu dalam keadaan Jahiliyyah, firman Allah swt yang bermaksud:
“Apakah hukum jahiliyyah yang mereka kehendaki dan hukum siapakah yang lebih baik daripada
(hukum) Allah bagi yang yakin” (Surah Ali-Imran : ayat 154). Ayat ini menjelaskan maksud jahiliyyah.
Firman Allah yang bermaksud: “Dialah yang mengutuskan kepada kamu yang buta huruf (Arab
Jahiliyyah) seorang rasul antara mereka, yang membacakan ayat-ayatNya kepada mereka,

4
membersihkan mereka dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan Hikmah. Dan sesungguhnya mereka
sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata” (Surah al-Jumuah : ayat 2). Ayat ini menjelaskan
tujuan perutusan Rasulullah sebagai petunjuk dan mengeluarkan manusia daripada kejahilan.

Firman Allah swt yang bermaksud: “Negeri yang makmur dan mendapat pengampunan Tuhan”
(Surah Saba‟ : ayat 15). Ayat ini menjelaskan bahawa kegemilangan dan kemajuan ketamadunan tercapai
apabila mengikut ajaran Allah swt dan akan diberikan kemakmuran dan keampunan sebagaimana yang
berlaku kepada kerajaan Saba‟ di zaman nabi Sulaiman a.s. Perkara sebaliknya akan berlaku jika
melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Allah seperti penyelewengan yang dilakukan oleh
kaum Bani Israel terhadap kitab suci Taurat. Firman Allah swt yang bermaksud: “Maka kecelakaan yang
besarlah bagi orang-orang yang menulis al-Kitab dengan tangan mereka sendiri, lalu dikatakannya „Ini
dari Allah‟, (dengan maksud) untuk memperoleh keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu” (Surah
al-Baqarah : ayat 79).

Rasulullah menjalankan dakwah secara sulit di peringkat awal dakwah apabila diarahkan oleh
Allah swt dalam firmanNya yang bermaksud : “Dan berilah peringatan kepada keluargaamu yang
terdekat” (Surah as-Syuara : ayat 214). Apabila dakwah dijalankan secara terang-terangan, penentangan
mula berlaku dan Rasulullah diuji dengan berbagai tawaran antaranya menyekutukan Allah swt. Firman
Allah swt yang bermaksud: “Katakanlah hai orang-orang kafir, aku tidak akan mengubah apa yang kamu
sembah, dan kamu bukan penyembah tuhan yang aku sembah, dan aku tidak pernah menjadi penyembah
apa yang kamu sembah, dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah.
Untukmulah agamamu dan untukkulah agamaku” (Surah al-Kafirun : ayat 1-6).

MANUSIA DAN MASYARAKAT

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : “Wahai manusia, sesungguhnya Tuhan kamu satu
(tunggal) dan kamu sekelian berasal daripada Adan dan Adam berasal daripada tanah” (Diriwayatkan
oleh Bukhari dan Muslim). “Allah yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan lemah, selepas
keadaan lemah itu, ia menjadikan kamu kuat, setelah itu ia menjadikan kamu lemah semula” (Surah ar-
Rum : ayat 54). Ayat-ayat al-Quran lain yang menceritakan proses dan asal kejadian manusia pertama
Adam adalah Surah ar-Rum ayat 20 (Daripada tanah : „Turab‟), Surah al-Mukminun ayat 12 (Pati tanah :
„Sulalah Min Tin‟), Surah al-Hijr ayat 28 – 29 (Tanah yang panas dan berbau : „Hamma „in Masnun‟),
Surah ar-Rahman ayat 14 (Tanah yang keras seperti tembikar : „Salsalin Kal Fakkhar‟), Surah an-Najm

5
ayat 32 (Tanah buni : „Mina Aradi‟), surah al-Hijr ayat 29 (Menjadikan rupa bentuk : „Faiza
Sawwaituhu‟)

Ayat-ayat al-Quran yang menceritakan tentang zuriat keturunan nabi Adam a.s. pula adalah
dalam Surah as-Sajdah ayat 9 (Sari pati air yang hina (mani) : „Ma‟in Mahin‟), Surah al-Mukminun ayat
13-14 (Air mani : „An-Nutfah‟; Segumpal darah : „Alaqah‟; Seketul daging : „Mudghah‟; Tulang belulang
: „Izaman‟; Daging dibaluti tulang : „Lahm‟; Satu ciptaan lain : „Khalqan Akhar‟). Kejadian ini adalah
kejadian jasmani manusia, kejadian rohani telah diterangkan melalui firman Allah swt yang bermaksud :
“Aku tiupkan padanya Roh” (Surah al-Hijr ayat 29) untuk kejadian nabi Adam a.s. Manakala kejadian
keturunan nabi Adam a.s. pula berdasarkan firman Allah swt : “Dia tiupkan roh ke dalamnya” (Surah as-
Sajdah : ayat 7)

Firman Allah swt yang bermaksud: “wahai manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan
kamu daripada seorang lelaki dan seorang wanita, lalu kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan
bersuku-suku, supaya kamu saling berkenal-kenalan. Sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah ialah
yang paling taqwa di antara kamu” (Surah al-Hujurat : ayat 13). Ayat ini menjelaskan tujuan penciptaan
manusia dan ciri-ciri manusia yang hebat di sisi Allah swt. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud :
“Aku tidak jadikan manusia dan jin melainka untuk mereka dapat menyembah dan beribadat kepadaKu”
(Surah az-Zariyaat : ayat 56). Ini ditegaskan lagi dengan sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Tidak
ada kelebihan seorang Arab dengan seorang „Ajam kecuali kerana takwanya” (diriwayatkan oleh
Bukhari dan Muslim).

Kehidupan bermasyarakat dikalangan manusia dijelaskan oleh sabda Rasulullah saw yang
bermaksud: “Orang mukmin itu dengan mukmin yang lain adalah laksana satu bangunan, bahagian yang
satu menguatkan bahagian yang lain” (diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim). Sabda Rasulullah saw
juga yang bermaksud : “Bandingan orang-orang mukmin mengenai kasih sayang mereka, belas kasihan
mereka dan timbangrasa mereka adalah laksana sebatang tubuh, jika satu anggota mendapat sakit, maka
seluruh anggota yang lain turut merasai sakit tanpa tidur dan merasa demam (panas)” (diriwayatkan
oleh Bukhari dan Muslim)

Al-Quran dan as-Sunnah juga menggariskan cara hidup berjiran. Firman Allah swt yang
bermaksud : “…dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu-bapa, dan kaum kerabat, dan anak-
anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh…”
(Surah an-Nisa‟ ayat 36). Maruah dan hak peribadi juga diberikan penekanan, Firman Allah swt yang

6
bermaksud : “…janganlah sesetengah daripada kamu mengatakan keaiban sesetengah yang lain dan
janglah pula kamu panggil memanggil antara satu dengan yang lain gelaran yang buruk…” (surah al-
Hujurat : ayat 11). “..janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan…dan janganlah sesetengah
kamu mengumpat sesetengah yang lain..”(Surah al-Hujurat : ayat 12)

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : “Hai golongan yang Islam dengan lidah tetapi iman tak
sampai ke hati, janganlah kamu menyakiti orang Islam yang lain, jangan merendahkan mereka, jangan
mengintai-intai aib mereka, sesungguhnya sesiapa yang mengintip aurat (cacat cela) saudaranya yang
muslim nescaya Allah mengintip pula auratnya. Sesiapa yang Allah intip auratnya nescaya Allah
pecahkan tembelangnya walaupun dalam kenderaannya sendiri” (hadis diriwayatkan oleh Abu Daud dan
Tarmizi)

SISTEM EKONOMI ISLAM

Islam menggalakkan kegiatan ekonomi yang pelaksanaan mengikut lunas-lunas yang digariskan
oleh Islam. Firman Allah swt yang bermaksud: “Maka apabila kamu selesai mengerjakan sembahyang
kamu, bertaburanlah kamu di muka bumi dan carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak
supaya kamu beruntung” (Surah al-Jumuah : ayat 10). Antara prinsip asas kegiatan ekonomi adalah
menjana keadilan masyarakat dan memelihara perimbangan ekonomi. Firman Allah swt yang bermaksud
: “Dan golongan yang ada di dalam harta-harta mereka hak bagi si peminta dan yang tidak meminta
(kerana malu)” (Surah al-Maarij : ayat 25).

Terdapat prinsip yang mesti dipatuhi dalam menjalankan kegiatan ekonomi dan pemilikan harta,
antaranya ialah cara yang betul untuk mendapatkan harta. Firman Allah swt yang bermaksud : “Dialah
yang menjadikan bumi bagi kamu, mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya,
serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah dan (ingatlah) kepada Allah jualah tempat kembali
kamu sesudah dibangkitkan hidup semula” (Surah al-Mulk : ayat 15). Firman Allah swt juga yang
bermaksud : “Dan tiadalah untuk manusia itu melainkan hasil dari apa yang diusahakan” (Surah an-
Najmu : ayat 39).

Antara perkara yang dilarang semasa menjalankan kegiatan ekonomi adalah sebagaimana firman
Allah swt yang bermaksud : “Wahai orang yang beriman, janganlah kamu makan (ambil) harta di
kalangan kamu dengan cara yang batil (tidak betul) melainkan hendaklah dengan jual beli yang
dipersetujui antara kamu” (Surah an-Nisa‟ : ayat 29). “Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak

7
dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kerasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit
gila. Keadaan mereka yang demikian itu adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat) sesungguhnya
jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai
kepadanya larangan dari tuha, lalu terus berhenti dari mengambil riba maka baginya apa yang telah
diambilnya dahulu ( sebelum datang larangan) dan urusnnya terserah kepada Allah. Tetapi bagi orang
yang mengulanginya (meneruskan mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni neraka, mereka
kekal di dalamnya” (al-Baqarah : ayat 275)

ISLAM DAN ILMU PENGETAHUAN

Islam amat mengambil berat soal ilmu pengetahuan sehinggalah wahyu yang pertama diturunkan
berkaitan dengan menuntut ilmu. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : “Tuntutlah ilmu dari buaian
hingga ke liang lahad” (diriwayatkan oleh Muslim). Hadis ini menunjukkan kepentingan menuntut ilmu
dan kepentingan pembelajaran sepanjang hayat. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : “Menuntut ilmu
adalah wajib ke atas setiap lelaki dan perempuan” (diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Baihaqi). Sabda
Rasulullah saw juga yang bermaksud: “Manusia itu ada dua golongan; orang pandai dan pelajar, tidak
ada kebajikan selain daripada kedua-duanya” (diriwayatkan oleh Muslim). Ilmu juga berkait rapat
dengan ketakwaan, firman Allah swt yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang taqwa (orang-orang
yang menaruh bimbang dan takut melanggar perintah Allah) terdiri daripada orang-orang yang
berilmu” (Surah al-Fathir : ayat 28)

Firman Allah swt yang bermaksud: “Perumpamaan-perumpamaan itu Kami adakan untuk
manusia, tetapi tidak difahaminya kecuali orang-orang yang pandai” (Surah al-Ankabut : ayat 43). Ayat
ini menerangkan bahawa pemikiran yang baik boleh membantu manusia memahami pengajaran-
pengajaran di dalam al-Quran bagi kesejahteraan kehidupan. Ilmu pengetahuan juga meletakkan
seseorang itu pada kedudukan tertentu di sisi Allah swt dan di sisi masyarkat. Kedudukan ilmuan menurut
pandangan Islam dapat dilihat berdasarkan firman Allah swt yang bermaksud: “Allah meninggikan
kedudukan orang-orang yang beriman di kalangan kamu dan orang-orang yang berilmu beberapa
darjat” (Surah al-Mujadalah : ayat 11). Firman Allah swt yang bermaksud: “Adakah sama orang yang
berilmu dengan orang yang tidak berilmu, sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran
hanyalah orang-orang yang berakal” (Surah az-Zumar : ayat 9). Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :
“Ulama (cendikiawan) adalah pewaris para nabi” (diriwayatkan oleh al-Baihaqi). “Orang yang
berpeluang memberi syafaat pada hari kiamat ada tiga golongan iaitu nabi, ulama dan syuhada” (hadis
riwayat Ibnu Majah)

8
SUMBANGAN ISLAM DALAM BIDANG ILMU

Islam telah memberikan sumbangan yang besar dalam pelbagai bidang keilmuan, banyak
penyelidikan dilakukan dan ilmu telah berkembang dengan pesat berpandukan apa yang terkandung di
dalam al-Quran dan as-Sunnah. Antaranya adalah bidang-bidang berikut, dan sebahagian ayat al-Quran
yang memandunya adalah:

a. Bidang Kimia : Firman Allah swt juga yang bermaksud : “Dan kami ciptakan besi padanya
terdapat kekuatan yang hebat dan pelbagai manafaat bagi manusia..” (al-Hadid : ayat 25) dan “Dia itu
Tuhan yang menjadikan untukmu api dan kayu yang hijau, maka tiba-tiba kamu nyalakan (api) dari kayu
itu” (Surah Yasin : ayat 80)

b. Bidang Biologi : Firman Allah swt yang bermaksud : “…dan (ingatlah), engkau melihat bumi itu
kering, kemudian apa bila kami menurunkan hujan, bergeraklah tanah (dengan tumbuhan yang merecup
tumbuh), dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah
permai” (Surah al-Hajj : ayat 5). Firman Allah swt yang bermaksud: “Dan kami tundukkan binatang-
binatang itu untuk mereka, maka sebahagiannya menjadi tunggangan mereka dan sebahagiannya mereka
makan” (Surah Yasin : ayat 72).

c. Bidang Fizik : Firman Allah swt juga yang bermaksud : “Bawalah kepadaKu beberapa ketul besi,
sehingga apabila besi-besi itu menyamai tingginya dengan kedua gunung itu, dia berkata, hembuslah api,
ketika besi itu menjadi cair yang berapi, bawalah kepadaKu leburan, supaya ku tuang menjadi padu”
(Surah al-Kahfi : ayat 96). “Allah yang menerangi langit dan bumi, perumpamaan vahaya tuhan ini ialah
seperti sebuah lubang yang tidak tembus yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca,
kaca itu seakan-akan bintang, yang dinyalakan dari minyak dari pokok yang banyak berkatnya, iaitu
zaitun yang bukan dari timur atau barat. Tuhan membimbing kepada cahayaNya sesiapa yang Dia
kehendaki, dan Tuhan membuat perumpamaan bagi manusia, dan Allah maha mengetahui segala
sesuatu” (Surah an-Nur : ayat 350). Firman Allah swt juga yang bermaksud : “Tidak mungkin matahari
mendapatkan bulan dan malam pun tidak dapat mendahului siang, dan masing-masing beredar pada
garis edarnya” (Surah Yasin : ayat 40)

d. Bidang Perubatan : Firman Allah swt juga yang bermaksud : “Dan Tuhanmu mewahyukan
kepada lebah, buatlah sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan di tempat-tempat yang dibina oleh

9
manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam-macam) bunga-bungaan dan buah-buahan dan
tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dipermudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman
(madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi
manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi
orang-orang yang memikirkannya” (Surah an-Nahl : ayat 68-69).

e. Bidang Botani : Firman Allah swt yang bermaksud: “Dialah yang telah menurunkan air hujan
dari langit untuk kamu, sebahagiannya menjadi minuman dan sebahagiannya menyuburkan tumbuhan
yang pada (tempat tumbuhnya) kamu mengembala ternak. Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air
hujan, tanam-tanaman, zaitun, kurma, anggur dan bermacam-macam buah-buahan, sesungguhnya
padahal demikian itu tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berfikiran” (Surah an-Nahl : ayat 10-11).
Firman Allah swt yang bermaksud: “Dan apakah mereka tidak memerhatikan bahawasanya kami
menghalau (awan yang mengandungi air) ke bumi yang tandus, lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan
itu tanam-tanaman” (Surah as-Sajdah : ayat 27

f. Bidang Astronomi : Firman Allah swt yang bermaksud: “Mereka bertanya kepadamu (wahai
Muhammad) mengenai (peredaran) anak-anak bulan. Katakanlah, (peredaran) anak-anak bulan itu
menandakan waktu-waktu (urusan dan amalan) manusia, khasnya ibadat haji” (Surah al-Baqarah : ayat
189). “Dialah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang benderang) dan bulan bercahaya, dan
Dialah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-pindah) pada tempat-tempat
peredarannya (masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah
tidak menjadikan semua itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah
menjelaskan ayat-ayatNya (tanda-tanda kebesaranNya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui”
(Surah Yunus : ayat 5)

g. Bidang Geografi dan Pelayaran : Firman Allah swt yang bermaksud: “Dan dialah Allah yang
memudahkan lautan (untukmu) agar kamu dapat memakan daripadanya daging yang segar (ikan), dan
kamu mengeluarkan dari lautan itu perhiasan yang kamu pakai, dan kamu melihat bahtera belayar di
dalamnya, dan supaya kamu mencari keuntungan dari kurnia-Nya dan supaya kamu bersyukur” (surah
al-Nahl : ayat 14). Firman Allah swt yang bermaksud: “Allah yang telah memudahkan bagi kamu akan
lautan, supaya kamu boleh berjalan padanya dengan kapal-kapal dengan izin-Nya, dan supaya kamu
boleh mencari daripada kekayaannya, dan supaya kamu berterima kasih, dan dia telah memudahkan
kamu apa-apa yang di langit dan apa-apa yang di bumi semuanya” (Surah al-Jaatsiyah : ayat 12-13).

10
Firman Allah swt yang bermaksud: “Bukankah Kami telah menjadikan bumi itu sebagai
hamparan dan gunung ganang sebagai pasak?” (Surah an-Naba‟ : ayat 6-7). “Dan Dia menancapkan
gunung-gunung di bumi supaya bumi itu tidak bergoncang bersama kamu, (dan Dia yang menciptakan)
sungai-sungai dan jalan-jalan agar kamu mendapat petunjuk” (Surah an-Nahl : ayat 15)

POLITIK DAN KENEGARAAN ISLAM

Politik dan kenegaraan Islam begitu ideal kerana dasar pelaksanaannya mengikut ajaran Allah
dan berdasarkan suara rakyat melalui musyawarah. Firman Allah swt yang bermaksud : “Sesungguhnya
Allah memerintahkan kepada (penyelenggara-penyelanggara) negara kepada kamu supaya menunaikan
amanah kepada ahlinya (rakyat). Dan apabila (hakim-hakim) melaksanakan hukum di antara manusia,
supaya menjatuhkan hukuman dengan keadilan, sesungguhnya amat baiklah pengajaran yang diberikan
Allah kepadamu dan sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi maha mengawasi. Wahai orang-orang
yang beriman, taatlah kepada Allah dan taatlah kepada rasulNya dan kepada pemerintah di kalangan
kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisih) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu
mengembalikannya kepada (kitab) Allah (al-Quran) dan (as-Sunnah) rasulNya jika kamu benar-benar
beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian itu lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula
kesudahannya” (Surah an-Nisa‟ : ayat 57-59)

Firman Allah swt yang bermaksud : “Kami telah mengatur kehidupan duniawi mereka, dan Kami
tingkatkan kedudukan setengah-setengah mereka, agar sebahagian mereka boleh memimpin sebahagian
yang lain, dan bahawa rahmat Tuhanmu lebih baik daripada segala apa-apa yang mereka kumpulkan”
(Surah az-Zukhruf : ayat 32). Islam menyarankan konsep „syura‟ di kalangan sekumpulan orang dalam
segala hal yang berkaitan dengan kepentingan dan kebajikan berdasarkan keimanan dan ketaqwaan.
Firman Allah swt yang bermaksud : “Maka disebabkab rahmat dari Allah, kamu berlaku lemah lembut
terhadap mereka, sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentu mereka menjauhkan diri dari
sekelilingmu, kerana itu maafkanlah mereka, mohon ampun bagi mereka dan bermesyuaratlah dengan
mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah
kepada Allah, sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertawakkal kepadaNya” (Surah al-Imran : ayat
159)

PEMIKIRAN ISLAM DAN ISU-ISU SEMASA

11
a. Konsep keadilan

Firman Allah swt yang bermaksud : “Sesiapa yang membunuh orang tanpa kesalahan atau
berbuat kerosakan di bumi, maka seolah-olah ia membunuh manusia semuanya” (Surah al-Maidah : ayat
32). Ayat ini menunjukkan keadilan di dalam Islam di mana manusia dicegah daripada menceroboh
kehidupan orang lain dan menceroboh masyarakat dan dianggap sebagai jenayah sosial yang besar di sisi
Allah swt. Firman Allah swt lagi yang bermaksud : “Sesiapa yang melakukan demikian secara ceroboh
dan zalim, maka kami akan membakarnya dengan api” (Surah an-Nisaa‟ : ayat 30). Keadilan juga jelas
diterangkan melalui firman Allah swt yang bermaksud : “Dan sesungguhnya manusia itu tidak akan
dapat, melainkan menurut apa yang telah diusahakannya” (Surah an-Najm : ayat 39).

Keadilan juga dibentuk dalam hubungan antara orang Islam dengan orang bukan Islam. Firman
Allah swt yang bermaksud: “Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap
orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama dan tidak pula mengusir kamu dari negeri kamu.
Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berlaku adil. Allah hanya melarang kamu menjadikan
sebarang kawan kamu dari orang yang memerangi kamu kerana agama dan mengusir kamu dari negeri
kamu dan membantu untuk mengusir kamu, dan barang siapa yang menjadikan mereka itu sebagai
kawan, maka mereka itulah orang yang zalim” (Surah al-Mumtahanah : ayat 8-9).

Keadilan juga mesti ditegakkan walaupun terhadap musuh. Firman Allah swt yang bermaksud:
“Dan janganlah sesekali kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk tidak berlaku adil,
berlaku adillah, kerana adil itu lebih hampir kepada takwa” (Surah al-Maidah : ayat 8).

b. Konsep kecemerlangan

Kecemerlangan hidup adalah apabila seseorang itu cemerlang dari segi jasmani, kebendaan,
keduniaan, cemerlang kerohanian, kejiwaan dan keakhirat. Cemerlang dicapai jika berjaya mengatasi
pelbagai rintangan dalam hidupnya dan dapat melaksanakan segala tuntutan agama. Firman Allah swt
yang bermaksud : “Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman, iaitu mereka yang kusyuk di dalam
sembahyangnya, dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia, dan
mereka yang berusaha membersihkan hartanya (mengeluarkan zakat) dan mereka yang menjaga
kehormatannya” (Surah al-Mukminum : ayat 1-5). Orang yang cemerlang adalah orang yang bertaqwa,
beriman kepada perkara ghaib, taat melaksanakan ibadat, berusaha menuju keampunan Allah swt,

12
berakhlak mulia, berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan, mempunyai ekonomi yang mantap dan
sentiasa mensyukuri segala nikmat kurniaan Allah swt di samping redha atas segala ketentuanNya.

c. Isu keruntuhan sistem kekeluargaan

Sistem kekeluargaan Islam menjurus kepada kehidupan penuh dengan rasa kasih-sayang, ketenangan dan
kebahagiaan. Firman Allah swt yang bermaksud : “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan
kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri dari
jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan antara kamu
(suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi
keterangan-keterangan bagi orang yang berpengetahuan” (Surah ar-Rum : ayat 21). Banyak punca boleh
berlaku keruntuhan sistem kekeluargaan antaranya kurang kefahaman agama, faktor kemiskinan, tiada
punca pendapatan, kurang ilmu pengetahuan, rendah tahap kesihatan, kurang kemahiran komunikasi,
pengabaian tanggungjawab, hubungan anggota keluarga yang kurang harmonis, urbanisasi, perubahan
nilai, globalisasi dan sebagainya. Tetapi sekiranya setiap anggota keluarga memahami apa yang
disarankan oleh al-Quran dan as-Sunnah dalam membina keluarga, segala masalah dapat di atasi dan
ditangani dengan penuh kebijaksanaan.

d. Isu rasuah

Islam melarang keras perbuatan rasuah dan mendapatkan harta secara yang salah. Firman Allah
swt yang bermaksud : “Dan jangan kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara
kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah)
kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan
(berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui” (Surah al-Baqarah : ayat 188). Firman Allah swt yang
bermaksud : “Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka makan segala yang haram
(rasuah dan sebagainya). Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: Sogokan (rasuah) dapat berlaku pada
tiap-tiap sesuatu, barangsiapa yang telah memberi sesuatu pemberian dalam sesuatu pembelaan kepada
seseorang supaya pembelaan itu dapat mengembalikan yang hak atau dapat menolak kezaliman (aniaya)
lantas diterimanya pada pemberian itu dinamakan sogokan jua” (diriwayatkan oleh Abu Daud &
Tarmizi)

e. Isu pencemaran

13
Manusia sebagai khalifah Allah swt dipertanggungjawabkan memakmurkan alam dan dilarang
melakukan sebarang pemusnahan dan kerosakan yang jika dilakukan dianggap melanggar perintah Allah
swt dan membawa kemudaratan kepada manusia sendiri. Firman Allah swt yang bermaksud: “Janganlah
kamu melakukan kerosakan di muka bumi” (Surah al-Baqarah : ayat 11). “Telah berlaku kerosakan di
bumi dan di laut disebabkan oleh tangan-tangan manusia” (Surah ar-Rum : ayat 41). “Dan janganlah
kamu membuat kerosakan di muka bumi setelah Allah memperbaikinya, dan berdoalah kepadaNya
dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan harapan (akan dimakbulkan). Sesungguhnya rahmat Allah
amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik.”(Surah AI A'raaf : ayat 56).

Pelestarian alam sekitar boleh difahami melalui Firman Allah swt yang bermaksud : “(iaitu)
orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa
merreka baring mengirng, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil
berkata), wahai Tuhan kami, tidaklah engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, maha suci
Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka” (Surah al-Imran : ayat 191)

f. Isu pengabaian orang tua

Firman Allah swt yang bermaksud : “Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua
ibubapanya, ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari
awal mengandung sehingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua
tahun, (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu, dan (ingatlah),
kepada Akulah jua tempat kembali” (Surah Luqman : ayat 14). “Dan tuhanmu telah perintahkan supaya
engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik
kepada kedua ibubapa, Jika salah seorang daripada keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada
umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang
perkataan kasar) sekalipun perkataan „ah‟, dan janganlah engkau menerking dan menyergah mereka,
tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (sopan santun). Dan hendaklah engkau
merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk
mereka), wahai tuhanku cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah
mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil” (Surah al-Isra‟ : ayat 23-24)

PENUTUP

14
Tamadun Islam hanya mampu dicapai sekiranya ia terpancar atas dasar yang termaktub di dalam
al-Quran dan as-Sunnah. Hanya melalui al-Quran dan as-Sunnah segala nilai, prinsip, dasar dan hukum
dapat dibangunkan dengan sempurna dan mampu membimbing dan memandu manusia mencapai
perkembangan dan kesempurnaan hidup serta menyelesaikan segala persoalan-persoalan yang berlaku.
Melalui al-Quran dan as-Sunnah tamadun dapat dibina merangkumi aspek pengabdian yang sebenarnya
terhadap Allah swt, segala amalan yang dilakukan berasaskan akidah, nilai kemanusiaan diutamakan
daripada nilai kebendaan, mengutuhkan institusi kekeluargaan, setiap individu dapat berfungsi sebagai
hamba dan khalifah Allah di muka bumi dengan ruang lingkup masing-masing dan kesejahteraan dapat
dicapai samada di dunia mahupun di akhirat. Dalam kertas kerja ini hanya mengambil beberapa petikan
yang bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah bagi menfokuskan topik-topik yang dipilih dalam kertas
kerja ini, banyak lagi petikan daripada Al-Quran dan as-Sunnah boleh diketengahkan untuk dijadikan
panduan bagi membangunkan ketamadunan manusia.

RUJUKAN

Ab. Aziz Mohd Zin. 1997. Al-Quran dan Mesej Kesejahteraan Sejagat. Kuala Lumpur : BAHEIS.
Abi Hassan Ali al-Hasani an-Nadawi.1997. As-Sirah an-Nabawiyyah. Jeddah : Dar as-Syuruq.
Abd. Karim Zaidan. 1987. Usul al-Dakwah. Al-Manar Al-Islamiyyah.
Al-Quran al-Karim
Alias Azhar. 2008. Sains dan teknologi di era ketamadunan Islam. Jurnal Pengajian Islam bil 3 : 137-152
Kamal Buyuni Al-Abyiani. 1992. Mukhtasar Sahih Bukhari. Riyard : Maktabah al-Muayyad al-
Mamlakah al-Arabiyah as-Saudiyyah.
Kurshid Ahmad. 1979. Economic Development in an Islamic Framework dlm Islamic Perspectives.
London : The Islamic Foundation.
Mahmud at-Tahan. 1983. Tafsir Mustalah Wal Hadith. Riyadh, Saudi Arabia : Maktabah al-Wasat.
Muhammad al-Bahi. 1975. Al-Fikr al-Islami al-Hadith wa Silatuhu bi al-Isti‟maral-Garb. Kaherah :
Wahbah.
Muhammad al-Ghazali. 1996. Fi Al-Quran. Mesir : Dar An-Nahdah.
Nasr, S. H. 1984. Science and Civilization in Islam. Kuala Lumpur : Dewan Pustaka Fajar.
Sulaiman Nordin. 1995. Islam, Al-Quran dan Ideologi Masa Kini. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Ziauddin Sardar. 1989. Exploration in Islamic Science. London & New York : Mansell Publishing
Limited.
Ziauddin Sardar. 1992. Hujah Sains Islam. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

15

View publication stats

You might also like