You are on page 1of 12

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/312032356

PERANAN AL-QURAN SEBAGAI SUMBER ILMU PENGETAHUAN DAN


HUBUNGANNYA DENGAN SAINS

Conference Paper · October 2016

CITATIONS READS

3 117,494

5 authors, including:

Zetty Nurzuliana Rashed Ab Halim Tamuri


International Islamic University College Selangor Universiti Kebangsaan Malaysia
41 PUBLICATIONS 48 CITATIONS 120 PUBLICATIONS 854 CITATIONS

SEE PROFILE SEE PROFILE

Mohd Izzuddin Mohd Pisol Mohd Faeez Ilias

31 PUBLICATIONS 16 CITATIONS
International Islamic University College Selangor
53 PUBLICATIONS 159 CITATIONS
SEE PROFILE
SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Kecerdasan Emosi Bertauhid dalam Kalangan Remaja Muslim di Malaysia View project

Ensiklopedia Pendidikan Islam View project

All content following this page was uploaded by Mohd Faeez Ilias on 03 January 2017.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


PERANAN AL-QURAN SEBAGAI SUMBER ILMU PENGETAHUAN DAN
HUBUNGANNYA DENGAN SAINS

Zetty Nurzuliana Rashed, Ab.Halim Tamuri, Mohd Izzudin Pisol, Mohd Faeez Ilias,
Siti Suhaila Ihwani
Kolej Universiti Islam Antarabangsa, Selangor, Malaysia
Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia

Alamat: Zetty Nurzuliana Rashed, Kolej Universiti Islam Antarabangsa, 43000 UKM
Bangi, Selangor, Malaysia. Tel: 60-16-685-1094 E-mail: zetty@kuis.edu.my

Suggested Citation:
Zetty Nurzuliana Rashed, Ab.Halim Tamuri, Mohd Izzudin Pisol, Mohd Faeez Ilias,
Siti Suhaila Ihwani (2016). Peranan Al-Quran Sebagai Sumber Ilmu Pengetahuan Dan
Hubungannya Dengan Sains. Dalam Proceeding of 5th International Conference on
Islamic Education 2016 (ICIEd 2016), pada 5-7 Oktober 2016 bertempat di Institut
Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan, Sarawak, anjuran
Persatuan Intelektual Muslim Malaysia (PIMM), ISBN: 978-967-14229-2-2.

Abstrak
Sumber utama bagi umat Islam adalah Al-Quran. Al-Quran merupakan wahyu yang
lengkap dan terakhir kepada Rasulullah s.a.w bagi seluruh umat manusia di dunia
supaya tunduk dan akur kepada Tuhan yang Maha Esa. Al-Quran yang diturunkan
oleh Allah s.w.t melalui perantaraan malaikat adalah membolehkan manusia
menjalani kehidupan berlandaskan wahyu Allah s.w.t tanpa melakukan kebinasaan di
dunia dan menjamin kebahagiaan hidup di akhirat. Kertas kerja ini memerihalkan
tentang himpunan ayat-ayat al-Quran yang membincangkan tentang kesepaduan ilmu
wahyu dan aqal. Turut dibincangkan aspek hubungan ilmu sains dan al-Quran yang
menjadikan Al-Quran sebati dalam kehidupan mereka. Kajian ini menggunakan
kajian perpustakaan dengan menganalisis dan menilai perdebatan dan perbincangan
di dalam kandungan teks dalam bentuk pendekatan naratif. Kajian ini mendapati al-
Quran merupakan penggerak dan pencetus serta pendorong terawal umat Islam agar
memperkembangkan ilmu budaya Islam dalam pelbagai bidang. Ia juga berperanan
dalam memotivasikan umat Islam agar berusaha meneroka dan membongkarkan
berbagai lapangan keilmuan yang merangkumi ilmu berteraskan akal, sains tabii dan
sains sosial.
Kata Kunci: Al-Quran, sains, sumber ilmu

Rujukan
Ahmad Bazli Shafie. 2012. Memartabatkan Sains melalui pemodenan Universiti al-
Azhar: Iktibar daripada cubaan al-Syakh Muhammad Abduh di abad ke-20.
Dlm. Azrina Sobrina (pnyt.). Membina Kekuatan Sains di Malaysia. Kuala
Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
Alias Azhar. 2010. Faktor pembangunan dan kemunduran pengajian sains Islam
silam. Jurnal Hadhari (3): 43-59.
al-Attas, Syed Muhammad Naquib. 1978a. Aims and Objectives of Islamic Education.
Jeddah: King Abdul Aziz University.
al-Tabataba‟i, Sayyid Muhammad Hussein. 1984. al-Quran fi al-Islam. Tehran:
Markaz „Ilam al-Dhikra al-Khamisah Li Intisar al-Thawrat al-Islamiah Fi Iran.
Azizan Baharuddin. 2007. Pendekatan holistik agama dan sains: Mekanisme dan
penghayatan penyelesaian alternatif. Dlm. Syed Muhammad Dawilah al-Edrus
(pnyt.). Wacana Sejarah dan Falsafah Sains Pendekatan Holistik Sains dan
Agama: Cabaran ketamadunan, hlm.7-34 Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Danial Zainal Abidin. 2011. Quran Saintifik. Selangor: PTS Millenia Sdn. Bhd.
Darwis Hude, Hasan Basri, Maftuchin Abbas & Muntaha Azhari. 2002. Cakrawala
Ilmu dalam al-Quran. Jakarta: Penerbit Pustaka Firdaus.

Mat Rofa Ismail. 2006. Falsafah Sains: Pendekatan Kualitatif. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mat Rofa Ismail. 2012. Perluasan domain sains: Ke arah kajian sains yang
mengasyikkan. Dlm. Azrina Sobrina (pnyt.). Membina Kekuatan Sains di
Malaysia. Kuala Lumpur. Institut Kefahaman Islam Malaysia.
Mohd Faisal, Zawawi Ismail & Rahimi Mohd Saad. 2010. Al-Quran awareness:
Reality and challenges in islamic eduacation in schools. Journal for Islamic
Educational Studies 1(1):133-144.
Mohd Syamil Mohd Yusoff. 2010. Hebatnya Al-Quran Jika Kamu Berfikir. Kuala
Lumpur : Must Read Sdn.Bhd.
Mohd Yusof Othman. 2009. Sains, Masyarakat dan Agama. Kuala Lumpur: Utusan
Publications& Distributor Sdn Bhd.
Mohd Yusof Othman. 2011. Pengintegrasian ilmu berasaskan al-Qur`an dalam
menjana generasi al-Qur`an. Kertas Kerja Konvensyen Sekolah-Sekolah
Agama Menengah Tahfiz Aliran Sains Peringkat Kebangsaan Kali Ke-2.
Jabatan Agama Islam Selangor, Selangor.
Mohd Yusof Othman. 2013. Penghayatan sains dan a-Quran. Kertas Kerja Seminar
al-Quran Siri 1 2013. Anjuran Pusat Pengajian al-Quran Tun Abdul Rahman
Yakub (PATARY). Petra Jaya, Kuching Sarawak .
Mohd Yusof Othman. 2013. Sains dalam Maqasid al-Quran. Bangi: Perpustakaan
Tun Seri Lanang.
Muhammad Shahid Talib. 2014. Tiada Lagi Keraguan Sains dalam al-Quran.
Selangor: Pustaka Ilmuwan.
Noor Hisham Nawi. 2008. Pembinaan garis panduan bagi pembentukkan kurikulum
teras Fardhu Ain di Institusi Pendidikan Tinggi Swasta. Tesis Dr. Fal.
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Osman Bakar. 2008. Tauhid dan sains. Indonesia: Pustaka Hidayah.
Ramli Awang. 2005. Akidah: Penghayatan Tauhid Al-Quran. Skudai: Penerbit
Universiti Teknologi Malaysia.
Ratna Roshida Ab Razak. 2010. Menjambatankan Sains dan Islam : Satu Keperluan
Kritikal dalam Pembentukkan Tamadun Malaysia dalam Islam dan Sains
dalam Pembangunan Tamadun. Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islam
Malaysia.
Salleh Ismail. 2010. Mukjizat Al-Quran dan Fakta-fakta Saintifik. Selangor: Al-
Hidayah Publication.
Sulaiman Nordin. 2013. Sejarah Pemikiran 2. Bangi: Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Yahaya Jusoh & Azhar Muhammad.2010. Kesepaduan falsafah sains al-Qur‟an dalam
kurikulum sekolah rendah sebagai asas pembentukan masyarakat hadhari di
Malaysia. Jurnal Hadhari 3: 23-41.
Yazid Abdul Manap. 2011. Meneroka Kegemilangan Saintis Islam. Shah Alam: Grup
Buku Karangkraf Sdn. Bhd.
al-Zandani, Abdul Majid Aziz. 1992. Tauhid Pendekatan Saintifik. Jil. 3. Kuala
Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.
Zawawi Ahmad.1996. Sains dalam Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka
Ziauddin Sardar. 1989. Explorations In Islamic Science. London & New York:
Mansell Publishing Limited.
Al-Quran Sebagai Sumber Ilmu Pengetahuan

Al-Quran merupakan sumber primer tamadun Islam serta evolusi pembentukan sains
Islam, di sekitar seratus tahun pertama hijrah yang mana mempunyai hubungan erat
dengan epistemologi pengajian Islam. Al-Quran dan as-Sunnah adalah yang sarat dan
padat sebagai sumber rujukan. Ia menganjur serta mendorong umat Islam agar
menuntut ilmu, mempelajari, menganalisis dan menggunakan akal semaksimum
mungkin untuk manfaatnya (Ziauddin Sardar 1989).

Al-Quran juga merupakan sumber intelektual dan spiritual Islam. Ia


merupakan asas bukan hanya bagi agama dan pengetahuan spiritual tetapi bagi semua
ilmu pengetahuan. Ia merupakan sumber utama inspirasi pandangan muslim tentang
kesepaduan sains dan pengetahuan intelektual (Al-Attas 1978; Osman Bakar 2008).
Al-Quran merupakan kitab yang perlu dipercayai, diyakini dan diimani sepenuhnya
sebagaimana yang diturunkan oleh Allah s.w.t (Mohd. Yusof 2013). Kepentingan al-
Quran dari sudut sains ialah dalam memberi panduan asas, khususnya dalam konteks
kaedah. Sememangnya sains dan al-Quran tidak dapat dipisahkan.
Walaubagaimanapun al-Quran bukannya sebuah buku sains. Ia adalah wahyu Allah
s.w.t (Danial Zainal Abidin 2011; Osman Bakar 2008). Al-Quran mengajak manusia
supaya berfikir, mengkaji dan meneliti setiap ciptaan-Nya (Ahmad Bazli Shafie 2012;
Mohd. Shadid 1994; Ramli Awang et al. 2012). Sebagaimana dalam firman-Nya
dalam Surah al-Imran, 3:191 yang berikut maksudnya:

(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah s.w.t semasa mereka
berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula
memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan
kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha
Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.

(Abdullah Basmeih 2001)

Al-Quran terus mengajak manusia menggunakan akal fikiran dan mata hati.
Al-Quran juga menggesa manusia berfikir, merenung dan mengambil iktibar daripada
semua kejadian alam. Renungan yang mendalam akan membawa insan ke arah
kesimpulan bahawa alam semesta ini dicipta oleh Allah s.w.t. Orang-orang yang
berfikir itu dikenali sebagai Ulul Albab di dalam al-Quran merupakan manusia yang
berjaya mengambil pengajaran daripada al-Quran serta dapat mengambil pengajaran
dari alam semesta dan segala penciptaan Allah s.w.t dengan akal dan hati yang
bijaksana (Esa Khalid 2001; Mat Rofa 2006; Mohd Shadid 1994; Shaikh Mohd
Saifuddeen 2010; Zaini Ujang 2009). Dalam al-Quran menggunakan perkataan,
“Apakah kamu tidak berfikir”? “Apakah kamu tidak melihat”? “Apakah kamu tidak
mendengar”? Sebagaimana dalam firman-Nya dalam Surah al-Ghasiah, 88:17-20
yang berikut maksudnya:

Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat? Tidakkah mereka


memperhatikan keadaan unta, bagaimana ia diciptakan? Dan keadaan langit,
bagaimana ia ditinggikan binaannya? Dan keadaan gunung-ganang bagaimana
ia ditegakkan? Dan keadaan bumi, bagaimana ia dihamparkan?

(Abdullah Basmeih 2001)


Pengaruh dari kajian al-Quran telah meletakkan para ahli sains Islam dan ilmu
mereka di dalam lingkungan ketuhanan atau kerohanian. Ini mendorong mereka untuk
mendalami bidang tersebut. Suatu perkara yang amat penting ialah betapa ahli-ahli
sains Islam mempunyai pegangan dan meletakkan hanya Allah s.w.t sahajalah yang
Maha Mengetahui, Maha Berkuasa dan Maha Pencipta. Oleh itu setiap penyelidikan
yang dijalankan dan segala pengetahuan baru yang diperolehi itu akan membawa
mereka lebih dekat kepada Pencipta-Nya (Yazid Abdul Manap 2011).

Al-Quran juga adalah kitab Allah s.w.t yang menjelaskan setiap sesuatu ilmu
kepada manusia. Sebagaimana firman-Nya dalam Surah Yusof 12:111 yang berikut
maksudnya:

Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang


mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. Kisah
Nabi-nabi yang terkandung dalam al-Quran bukanlah cerita-cerita yang diada-
adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab agama
yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan menjelaskan tiap-tiap
sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang mahu
beriman.
(Abdullah Basmeih 2001)

Usaha untuk meneliti, mencerap dan mengkaji tabii alam merupakan tugas
utama umat Islam sebagaimana yang terungkap dalam banyak-banyak ayat al-Quran
seperti Surah Ali-Imran 3: 190-191, Surah Faatir 35 : 11, 27, 28, Surah Al-Hajj 22 : 5,
Surah al-Mukminum 23: 12-16, Surah As-Sajadah 32: 7-9 dan Surah Yaasin 36: 38-
40. Ayat-ayat ini adalah sebahagian dari penegasan al-Quran bagaimana ilmu sains
dan teknologi amat penting sekali dipelajari.

Darwis Hude et al. (2002) dan Salleh Ismail (2010) menjelaskan al-Quran
yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w telah memberi keutamaan serta
menitikberatkan soal pembacaan dan pembelajaran. Di dalam al-Quran
memperkenalkan kepada dunia, kunci segala ilmu yang boleh membawa manusia
menguasai kemajuan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat. Al-Quran juga
merupakan sumber peradaban yang mengandungi prinsip-prinsip dasar ilmu
pengetahuan dan peradaban.

Menurut salah seorang sarjana muslim sebagai pengkaji al-Qur‟an Al-


Tabataba‟i (1984), beratus-ratus ayat al-Qur‟an memaparkan kedudukan ilmu yang
tinggi dan peranan ilmu pengetahuan dalam kehidupan insan serta setiap individu
muslim agar mencari, mengkaji, mengumpul dan memanfaatkan ilmu pengetahuan.
Salleh Ismail (2010) menyatakan al-Quran adalah sumber segala ilmu yang mesti
digali khazanahnya. Ia juga sebagai panduan kepada umat manusia sepanjang zaman.
Untuk mencapai matlamat hidup yang sejahtera Allah s.w.t telah memperkenalkan
kepada manusia petunjuk yang hakiki seperti dalam firman-Nya di dalam surah Ar-
Rahman ayat 3 hingga 4 yang berbunyi maksudnya:

Dia telah menjadikan manusia serta Dialah yang mengajar mereka berhubung
dengan semua keterangan tentang semua perkara yang ada itu dengan jelas .

(Abdullah Basmeih 2001)


Selain itu Al-Zandani (1992) dan Zawawi (1996) telah menghuraikan
beberapa contoh kebenaran al-Quran yang disokong oleh penemuan sains antaranya
perpisahan antara bumi dan langit, air adalah asas kehidupan, lautan yang mempunyai
dua ombak, proses kejadian manusia, kedudukan bintang dan sebagainya. Menurut
Salleh Ismail (2010), apabila membaca dan mengkaji ayat-ayat kauniyah yang
terdapat di dalam al-Quran, mendapati ayat-ayat tersebut telah menerangkan banyak
perkara dan mencakupi semua bidang penemuan manusia di hari ini. Daripada
penemuan-penemuan ini ia dapat merasakan betapa agungnya dan betapa Allah s.w.t
itu yang Maha Bijaksana dalam mencipta alam ini dan kandungan yang ada di
dalamnya itu. Ini menujukkan al-Quran telah mendahului pengetahuan manusia sejak
dari mula ia diturunkan kepada Rasulullah s.a.w lebih 1400 tahun yang lalu.

Mohd.Yusof (2009) menyatakan di dalam al-Quran juga terdapat banyak


hujah yang tidak bersifat saintifik, yang boleh diterangkan secara mantik dan
sistematik. Cerita-cerita dalam al-Quran seperti cerita Nabi Ibrahim a.s yang
dicampak ke dalam api yang membara tetapi tidak terbakar, kisah Nabi Musa a.s
membelah Laut Merah dengan mencampakkan tongkatnya ketika diserang oleh
Firaun dengan tenteranya, kisah Nabi Isa a.s yang menghidupkan orang yang telah
mati, semua cerita ini kebenarannya tidak dapat dihujah secara saintifik. Tetapi semua
cerita ini terdapat dalam al-Quran tetapi tidak bersifat saintifik. Peristiwa yang
berlaku adalah kehendak Allah s.w.t untuk memberikan iktibar dan pengajaran kepada
orang yang beriman, yang mempunyai sistem kepercayaan yang tinggi kepada Allah
s.w.t. Dengan kata lain Allah s.w.t boleh sahaja menjadi sebarang apa yang
dikehendaki-Nya walaupun akal manusia tidak mampu memikirkannya, dan Allah
s.w.t tidak perlu menggunakan pendekatan rasional dan logik sebagaimana difahami
oleh manusia.

Terdapat banyak lagi contoh-contoh ayat-ayat al-Quran yang memerihalkan


tentang sains sebagaimana yang disenaraikan oleh Salleh (2008) antaranya:

1. 11 ayat mengenai kimia


2. 24 ayat mengenai sains pemakanan.
3. 25 ayat mengenai asal usul kejadian manusia dan makhluk.
4. 27 ayat mengenai sains sosial.
5. 41 ayat mengenai kejuurteraan.
6. 60 ayat mengenai bumi.
7. 69 ayat mengenai ransangan membuat kajian.
8. 73 ayat mengenai Matematik.
9. 90 ayat mengenai pertanian.
10. 113 ayat mengenai astronomi.
11. 140 ayat mengenai geografi.
12. 144 ayat mengenai fizik.
13. 271 ayat mengenai perubatan.
14. 283 ayat mengenai biologi.

Pengkaji juga menyenaraikan beberapa contoh ayat-ayat al-Quran yang


berkaitan dengan sains tabii yang menyentuh berkaitan disiplin-disiplin kajihayat,
astronomi, perubatan, geologi, ilmu bumi, ilmu laut, ilmu angkasa lepas dan
sebagainya. Ayat-ayatnya adalah seperti dalam Surah Fussilat: ayat 53 hingga 54,
Surah Az-Zariyat : 20-21, Surah Al-Tariq: 5 hingga 7, Surah Ar-Rahman: 1-13, Surah
Al-Insan: 1-3, Surah Al-An‟am : 97-98, Surah An-Nur : 43-44, Surah An-Nahl: 4-14,
Surah Al-Ghasiah:17-26, Surah Al-Baqarah: 164, Surah Ar-Rum: 20-27, Surah al-
Hajj: 18 dan lain-lain lagi. Manakala contoh ayat-ayat al-Quran berkaitan dengan
sains kemasyarakatan yang menyentuh berkaitan dengan aspek sosiologi, antropologi,
psikologi, ekonomi, sains politik, geografi, sejarah dan lain-lain adalah seperti
berikut; Surah Yusuf : 109 -111, Surah al-Hajj : 45-46, Surah Ar-Rum : 7-11, 50,
Surah Fussilat: 54, Surah Al-Mulk: 2, Surah al-A‟raf: 96, Surah Ibrahim: 7, Surah
An-Nur: 55, Surah al-Kahfi: 32-42 dan lain-lain lagi.

Secara kesimpulannya ayat-ayat tersebut mengarahkan manusia untuk


memerhati, merenung dan memikirkan segala kejadian alam semesta agar menyedari
bahawa Allah s.w.t adalah Pencipta dan Maha Berkuasa. Kejayaan saintis-saintis
Islam pada masa dahulu adalah kerana rangsangan daripada ayat-ayat al-Quran yang
menyuruh kepada penerokaan dan menguasai ilmu sains. Seharusnya guru-guru
Pendidikan Islam juga perlu mengambil iktibar dan meneroka ilmu sains yang
terkandung dalam ayat-ayat al-Quran supaya dapat diintegrasikan dalam pengajaran
Pendidikan Islam.

Syed Hossein Nasr (1984) telah menegaskan bahawa sumber pemangkin


ketamadunan Islam terdiri daripada:

1. Kekuatan ajaran Islam yang bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah nabi


Muhammad s.a. w.
2. Tamadun-tamadun yang membangun sejajar dengan perkembangan Islam tetapi
tidak bercanggah dengan prinsip- prinsip Islam.
3. Sifat keterbukaan yang wujud dalam budaya ketamadunan dan keilmuan.

Kesimpulannya al-Quran merupakan penggerak dan pencetus serta pendorong


terawal umat Islam agar memperkembangkan ilmu budaya Islam dalam pelbagai
bidang. Ia juga berperanan dalam memotivasikan umat Islam agar berusaha
meneroka dan membongkarkan berbagai lapangan keilmuan yang merangkumi ilmu
berteraskan akal, sains tabii dan sains sosial yang pada peringkat awal
perkembangannya adalah melalui terjemahan karya-karya asing ke dalam bahasa
Arab. Selain itu juga, disiplin keilmuan Islam sebenarnya telah mengadakan suatu
sintesis terpenting dalam sejarah peradaban insan. Melalui kajian-kajian yang
disertakan dengan kefahaman yang berasaskan keterangan-keterangan ayat-ayat al-
Quran ia akan membuka minda dan akan menambahkan lagi keyakinan seseorang
kepada Allah s.w.t.

Hubungan Ilmu Sains dan Al-Quran

Konsep integrasi ilmu dalam kajian ini membincangkan tentang ilmu sains dan al-
Quran. Apabila memperkatakan tentang agama dan sains dapat disentuh bahawa
pengetahuan sains boleh memperkukuhkan ilmu fardhu ain seseorang itu, iaitu
pengenalan terhadap Tuhan yang mana boleh mempertingkatkan iman seseorang.
Akan tetapi beriman juga bererti beramal melalui ilmu fardhu kifayah seperti
kejuruteraan, perubatan, kimia, fizik, geologi dan sebagainya berlandaskan ilmu sains.
Oleh yang demikian sains penting dalam konteks kedua-dua tuntutan fardhu ain dan
fardhu kifayah sejak zaman kegemilangan Islam lebih 1000 tahun lalu mahupun kini
(Azizan Baharuddin 2007).
Sains dan al-Quran tidak dapat dipisahkan.Walau bagaimanapun al-Quran
bukannya sebuah buku sains. Ia adalah wahyu Allah s.w.t. Al-Quran diturunkan
sebagai petunjuk agar manusia dapat membezakan antara yang hak dengan yang batil.
Manakala sains ialah penemuan berdasarkan cerapan dan kajian yang dilakukan oleh
manusia (Mohd. Yusof 2011; Mat Rofa Ismail 2012). Sains dan al-Quran adalah
sebahagian daripada epistemologi yang secara khusus mengkaji teori ilmu dan hakikat
kebenaran ilmu (science) secara ilmiah berdasarkan kepada petunjuk al-Quran itu
sendiri. Di samping itu sains dan al-Quran juga memperkuat dan menjelaskan sesuatu
fakta hujahnya dengan merujuk kepada kepada hadis nabi, para sarjana, saintis Islam
dan bukan Islam (Yahaya Jusoh & Azhar Muhammad 2007).

Begitu juga pandangan Mohd. Nakhaie Ahmad (2010) dan Sulaiman Nordin
(2013) menyatakan perhubungan sains dan agama dipandang sebagai perhubungan
roh dan jasad. Sains dan agama saling menyempurnakan di antara satu sama lain,
kedua-duanya memang tidak boleh dipisahkan. Alam tabii perlu difahami, dikaji dan
manusia mendapat manfaat daripadanya. Sebagaimana dalam firman Allah s.w.t.,
Surah Al-Ghasiah, 88:17, Surah Yasin, 36:68 dan Surah Al-An‟am, 6:50. Mohd
Syamil (2010) menekankan bahawa al-Quran merupakan penawar bagi penyakit yang
mula menyerang pemikiran manusia yang memperlihatkan bahawa sains itu tiada
kaitan dengan konsep ketuhanan. Sains ini mula dipisahkan dengan roh sebenarnya
iaitu nilai spiritual yang tinggi. Kini manusia sudah mempunyai petanda penyakit buta
iaitu buta pada hati yang perlu disembuhkan dengan petanda-petanda yang sudah
diterangkan oleh al-Quran.

Alias Azhar (2010) menyatakan secara falsafahnya sains Islam telah wujud
seiring dengan penciptaan nabi Adam a.s, iaitu sebelum al-Quran diturunkan. Sumber
ilmu yang utama datangnya daripada Allah s.w.t yang mengajar ilmu bacaan dan
tulisan termasuk ilmu teknologi yang diajarkan kepada manusia melalui para nabi.
Secara rasional Allah s.w.t telah menyampaikan ilmu dan juga kemahiran kepada
Adam a.s bagi melancarkan urusan hidupnya dan zuriatnya di dunia ini. Contoh
penggunaan sains dan al-Quran dapat dilihat apabila Allah s.w.t mengajar Nabi Adam
a.s semua nama benda di dunia nama benda di dunia. Sebagaimana firmanNya dalam
surah Al-Baqarah, 2:31 yang berikut maksudnya:

Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan
gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu berfirman:
Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya, jika kamu golongan
yang benar.
(Abdullah Basmeih 2001)

Osman Ayob (2014) juga menjelaskan tentang al-Quran dan sains ia perlu
dilihat dari pelbagai sudut. Al-Quran adalah kitab suci yakni firman Allah s.w.t yang
dibawa oleh malaikat lalu disampaikan kepada Rasulullah s.a.w. Di dalam al-Quran
mengandungi segala-galanya. Sains adalah salah satu sudut yang terdapat dalam al-
Quran. Ramai tokoh sains dan ilmuwan Islam seperti Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, Ibn
Rusyd dan lain-lain menghayati al-Quran dan menemui ilmu sains. Tidak syak lagi,
al-Quran menyerlahkan sains, mengharmonikannya bukan sahaja dalam konteks ilmu
tetapi juga dalam konteks budaya dan amalan kehidupan keseluruhannya. Sains juga
sebagai satu cabang ilmu dan amat penting kepada manusia dan ia berkaitan dengan
ilmu dalam al-Quran selagi mana terus digali dan diamalkan, selagi itulah sains akan
terus berkembang dalam membentuk keharmonian sejagat.

Pemikiran sains Islam secara spesifiknya mengkaji hakikat kebenaran ilmu


(science) secara ilmiah berdasarkan petunjuk al-Quran. Di samping itu, pendekatan ini
mampu memperkuat dan menjelaskan sesuatu fakta dengan merujuk pada hadis nabi,
ahli fikir Islam, saintis Islam dan bukan Islam. Sesuatu pendapat boleh diterima jika
tidak bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah (Yahaya Jusoh dan Azhar
Muhammad 2010). Pendapat ini disokong oleh Alias Azhar (2010) yang menyatakan
walaupun ketamadunan Islam berpaksikan peradaban keilmuan Islam dalam masa
yang sama turut mengadaptasi dan mengasimilasi ilmu daripada ketamadunan asing
yang tidak bercanggah dengannya. Faktor ini menjadikan tamadun Islam zaman silam
mencapai zaman kegemilangannya kerana ilmuwan pada zaman tersebut
menyeimbangkan pencarian ilmu duniawi dan ukhrawi. Pendek kata sains
memerlukan Islam kerana tanpa Islam sebagai panduan, apa jua kemajuan dan
pencapaian sains dianggap sebagai proses yang berlaku untuk menggantikan nilai dan
kepercayaan kepada hal-hal yang ghaib, akan menjadikan manusia di peringkat
positif, walhal dalam Islam, manusia yang maju ialah mereka yang dapat mengubah
keadaan luarannya menurut nilai mutlak (Ratna Roshida 2010).

Permasalahannya sekarang ialah apabila tamadun manusia berkembang, tradisi


keilmuan itu mula terpisah dua yang mengasingkan konsep ilmu duniawi dengan
ukhrawi. Inilah yang dikatakan dualisme dalam sistem pendidikan. Sistem dualisme
dalam pendidikan boleh dikatakan digunapakai oleh hampir kesemua negara umat
Islam. Natijahnya, wujudnya dua generasi yang saling bertentangan dalam
membangunkan masyarakat. Untuk melahirkan sebuah masyarakat yang mempunyai
keseimbangan di antara duniawi dan ukhrawi, usaha-usaha perlu dilakukan untuk
menjadikan sistem dualisme ini bergabung iaitu dikenali sebagai integrasi (Alias
Azhar 2010; Mat Rofa Ismail 2012).

Sistem pendidikan dualisme ini menghasilkan suatu kesan yang negatif bagi
umat Islam. Sistem pendidikan yang ada sekarang gagal memperlihatkan ciri integrasi
(kesepaduan) dengan Islam. Saat ini bidang ilmu seperti matematik, sains dan lainnya
seolah-olah terpisah dan tiada hubung kait dengan agama atau kepada keagungan
pencipta alam ini iaitu Allah s.w.t. Manakala ilmu-ilmu berkaitan agama langsung
tidak memasukkan hasil-hasil penemuan sains itu sebagai satu bukti keagungan Allah
s.w.t demi mengukuhkan lagi keimanan. Pendidikan bersepadu merupakan salah satu
pendekatan yang perlu diambil untuk menyelesaikan isu dualisme dalam pendidikan.
Ia merujuk kepada pendekatan pendidikan yang komprehensif, seimbang, dinamik,
relevan dan kontemporari sebagai pendekatan yang terbaik (Noor Hisham 2009).

Penyepaduan antara ilmu sains dengan ajaran Islam amat penting untuk
memastikan masa depan sains Islam dititikberatkan mengikut acuan yang sebenar.
Pemikiran saintifik dijadikan sebagai asas untuk meneroka khazanah yang terkandung
di dalam alam ciptaan Allah s.w.t. Ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan dalam
masa yang sama nilai-nilai agama itu dapat dihayati sepenuhnya untuk menjadikan
manusia itu sebagai khalifah Allah s.w.t. Justeru itu, konsep agama sebagai ad-din,
konsep manusia sebagai insan, konsep ilmu yang termasuk dalamnya konsep
ma’rifah, konsep kebijaksanaan atau hikmah dalam proses amal, konsep keadilan,
konsep alam dalam usaha untuk menabur bakti dan menjalankan tugas dan fungsi
sebagai khalifah dan konsep adab dan akhlak perlu difahami dan dihayati oleh umat
manusia (Mohd.Yusof 2011; Sidek Baba 2006).

Dari perspektif Islam, sains dan agama adalah bersifat sepadu. Ini bermakna
sains tidak boleh dipisahkan daripada nilai-nilai keagamaan. Menurut Ahmad Fauzi
(1997), matlamat sains dalam Islam adalah untuk:

1. Mengenali dan mengetahui tentang Allah s.w.t.


2. Menghampirkan diri kepada Allah s.w.t.
3. Meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t.
4. Memperhambakan diri dan beribadat kepada Allah s.w.t.
5. Meningkatkan amal ibadat dari segi sumbangan sains dan teknologi untuk
kebaikan makhluk Allah s.w.t sejagat.
6. Melahirkan masyarakat yang berilmu, celik budaya dan bermaklumat.
7. Menggunakan sumber alam secara cekap dan berkesan.
8. Mencapai kecemerlangan hidup dan mengekalkan kemakmuran.

Matlamat ini penting untuk melahirkan generasi yang mampu melaksanakan


peranan sebagai pemimpin dan berupaya berhadapan dengan cabaran-cabaran yang
mendatang. Pendidikan yang bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah disamping
adanya integrasi disiplin-disiplin ilmu akal ke arah membina komuniti ummah dengan
berteraskan akidah (Forum Pendidikan Bersepadu 1984).

Rujukan

Ahmad Bazli Shafie. 2012. Memartabatkan Sains melalui pemodenan Universiti al-
Azhar: Iktibar daripada cubaan al-Syakh Muhammad Abduh di abad ke-20.
Dlm. Azrina Sobrina (pnyt.). Membina Kekuatan Sains di Malaysia. Kuala
Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
Alias Azhar. 2010. Faktor pembangunan dan kemunduran pengajian sains Islam
silam. Jurnal Hadhari (3): 43-59.
al-Attas, Syed Muhammad Naquib. 1978a. Aims and Objectives of Islamic Education.
Jeddah: King Abdul Aziz University.
al-Tabataba‟i, Sayyid Muhammad Hussein. 1984. al-Quran fi al-Islam. Tehran:
Markaz „Ilam al-Dhikra al-Khamisah Li Intisar al-Thawrat al-Islamiah Fi Iran.
Azizan Baharuddin. 2007. Pendekatan holistik agama dan sains: Mekanisme dan
penghayatan penyelesaian alternatif. Dlm. Syed Muhammad Dawilah al-Edrus
(pnyt.). Wacana Sejarah dan Falsafah Sains Pendekatan Holistik Sains dan
Agama: Cabaran ketamadunan, hlm.7-34 Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Danial Zainal Abidin. 2011. Quran Saintifik. Selangor: PTS Millenia Sdn. Bhd.
Darwis Hude, Hasan Basri, Maftuchin Abbas & Muntaha Azhari. 2002. Cakrawala
Ilmu dalam al-Quran. Jakarta: Penerbit Pustaka Firdaus.

Mat Rofa Ismail. 2006. Falsafah Sains: Pendekatan Kualitatif. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mat Rofa Ismail. 2012. Perluasan domain sains: Ke arah kajian sains yang
mengasyikkan. Dlm. Azrina Sobrina (pnyt.). Membina Kekuatan Sains di
Malaysia. Kuala Lumpur. Institut Kefahaman Islam Malaysia.
Mohd Faisal, Zawawi Ismail & Rahimi Mohd Saad. 2010. Al-Quran awareness:
Reality and challenges in islamic eduacation in schools. Journal for Islamic
Educational Studies 1(1):133-144.
Mohd Syamil Mohd Yusoff. 2010. Hebatnya Al-Quran Jika Kamu Berfikir. Kuala
Lumpur : Must Read Sdn.Bhd.
Mohd Yusof Othman. 2009. Sains, Masyarakat dan Agama. Kuala Lumpur: Utusan
Publications& Distributor Sdn Bhd.
Mohd Yusof Othman. 2011. Pengintegrasian ilmu berasaskan al-Qur`an dalam
menjana generasi al-Qur`an. Kertas Kerja Konvensyen Sekolah-Sekolah
Agama Menengah Tahfiz Aliran Sains Peringkat Kebangsaan Kali Ke-2.
Jabatan Agama Islam Selangor, Selangor.
Mohd Yusof Othman. 2013. Penghayatan sains dan a-Quran. Kertas Kerja Seminar
al-Quran Siri 1 2013. Anjuran Pusat Pengajian al-Quran Tun Abdul Rahman
Yakub (PATARY). Petra Jaya, Kuching Sarawak .
Mohd Yusof Othman. 2013. Sains dalam Maqasid al-Quran. Bangi: Perpustakaan
Tun Seri Lanang.
Muhammad Shahid Talib. 2014. Tiada Lagi Keraguan Sains dalam al-Quran.
Selangor: Pustaka Ilmuwan.
Noor Hisham Nawi. 2008. Pembinaan garis panduan bagi pembentukkan kurikulum
teras Fardhu Ain di Institusi Pendidikan Tinggi Swasta. Tesis Dr. Fal.
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Osman Bakar. 2008. Tauhid dan sains. Indonesia: Pustaka Hidayah.
Ramli Awang. 2005. Akidah: Penghayatan Tauhid Al-Quran. Skudai: Penerbit
Universiti Teknologi Malaysia.
Ratna Roshida Ab Razak. 2010. Menjambatankan Sains dan Islam : Satu Keperluan
Kritikal dalam Pembentukkan Tamadun Malaysia dalam Islam dan Sains
dalam Pembangunan Tamadun. Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islam
Malaysia.
Salleh Ismail. 2010. Mukjizat Al-Quran dan Fakta-fakta Saintifik. Selangor: Al-
Hidayah Publication.
Sulaiman Nordin. 2013. Sejarah Pemikiran 2. Bangi: Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Yahaya Jusoh & Azhar Muhammad.2010. Kesepaduan falsafah sains al-Qur‟an dalam
kurikulum sekolah rendah sebagai asas pembentukan masyarakat hadhari di
Malaysia. Jurnal Hadhari 3: 23-41.
Yazid Abdul Manap. 2011. Meneroka Kegemilangan Saintis Islam. Shah Alam: Grup
Buku Karangkraf Sdn. Bhd.
al-Zandani, Abdul Majid Aziz. 1992. Tauhid Pendekatan Saintifik. Jil. 3. Kuala
Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.
Zawawi Ahmad.1996. Sains dalam Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka
Ziauddin Sardar. 1989. Explorations In Islamic Science. London & New York:
Mansell Publishing Limited.

View publication stats

You might also like