You are on page 1of 18

Prosiding

KOLOKIUM ANTARABANGSA
SISWAZAH
PENGAJIAN ISLAM
(KASPI 2014)

ii
Prosiding
KOLOKIUM ANTARABANGSA
SISWAZAH
PENGAJIAN ISLAM
(KASPI 2014)

Penyunting
Muhammad Adib Samsudin, Maheram Ahmad, Latifah Abdul Majid,
Ahmad Yunus Mohd Nor, Rosmawati Mohamad Rasit,
Zulkarnain Mohamed & Zuliza Mohd. Kusrin

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM


UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
BANGI ● 2014
www.ukm.my/fpi/
Cetakan Pertama, 2014
© Hak cipta, Fakulti Pengajian Islam, UKM 2014

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini


boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan
ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada
dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya
tanpa kebenaran bertulis daripada Penerbit terlebih dahulu.

Diterbitkan di Malaysia oleh


FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel: +603 8921 5350/4684 Faks: +603 8925 3902

Prosiding Atas Talian:


www.ukm.my/fpi/kaspi

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Maheram Ahmad
Prosiding Kolokium Siswazah Pengajian Islam (KASPI 2014)
ISBN 978-967-5478-84-0
1. Islamic Studies. I. Judul.
899.232122

iv
PRA KATA

Syukur ke hadrat Allah (s.w.t.) kerana pada tahun ini Fakulti Pengajian Islam dapat melaksanakan
Kolokium Antarabangsa Siswazah Pengajian Islam UKM 2014. Kolokium ini dianjurkan oleh Urus
Setia Program Pengajian Siswazah Fakulti Pengajian Islam dengan kerjasama Persatuan Siswazah
Fakulti Pengajian Islam. Kolokium ini bertujuan untuk memberi peluang kepada siswazah dalam
bidang Pengajian Islam membentang kertas kerja berkaitan penyelidikan yang sedang dilakukan,
serta mendapat komen dan maklum balas daripada penilai dan penyelidik lain bagi
menambahbaikkan lagi penyelidikan mereka.
Melalui kolokium ini, siswazah pengajian Islam berpeluang untuk menunjukkan
kemampuan mereka dalam penyelidikan dan inovasi. Di samping itu, mereka juga
berpeluang untuk berkongsi ilmu dan menjalin hubungan strategik dan perkongsian pintar
antara siswazah dalam UKM dan luar UKM. Bagi menghargai kesemua kertas kerja,
Kolokium ini mengambil inisiatif menerbitkan Prosiding Kolokium Antarabangsa
Siswazah Pengajian Islam UKM 2014. Bagi menghargai kertas kerja yang terbaik,
Kolokium ini menyediakan tiga jenis penghargaan iaitu pingat emas, pingat perak dan
pingat gangsa. Selain itu, kertas kerja yang terbaik ini akan diserahkan kepada sidang
editor jurnal untuk dinilai bagi penerbitan dalam bentuk artikel jurnal.
Saya bagi pihak Urus Setia Program Pengajian Siswazah Fakulti Pengajian Islam
dan Persatuan Siswazah Fakulti Pengajian Islam mengucapkan terima kasih dan tahniah
kepada semua pembentang kertas kerja dan peserta sama ada dari UKM atau luar UKM,
penilai, moderator, penyelia, pengurusan Fakulti Pengajian Islam, Ketua-Ketua Jabatan,
para pensyarah dan para siswazah yang terlibat dalam Kolokium ini sama ada secara
langsung atau tidak langsung. Dalam kesempatan ini juga, saya mengucapkan tahniah
kepada semua Urus Setia Kolokium Antarabangsa Siswazah Pengajian Islam UKM 2014
atas komitmen dan kesungguhan hingga berjaya melaksana Kolokium ini dan menerbitkan
‘Prosiding Kolokium Antarabangsa Siswazah Pengajian Islam UKM 2014’ pada waktu
yang ditetapkan. TAHNIAH DAN SYABAS UNTUK SEMUA.

Sekian, Wassalam.

PROF. DR. ZAINAB ISMAIL


Timbalan Dekan Siswazah dan Hubungan Antarabangsa
Fakulti Pengajian Islam, UKM
Kandungan

Kandungan...v

Tinjauan Terhadap Larangan Wasiat dalam Fasal 207


Kompilasi Hukum Islam di Indonesia... 1
AFRIYANTO & NOORLIZZA MOHAMMED SAID

Hubungan Pelaksanaan Aktiviti Dakwah Melalui Keseniaan Terhadap


Penerapan Nilai-nilai Murni Dalam Kalangan Pelajar Sekolah...10
AHMAD SAHLAN ABDUL HATIM & ROSMAWATI MOHAMAD RASIT

Islamist Media, Market and Democracy in The Public Sphere


of Solo Central Java, Indonesia...19
ANAS AIJUDIN

Konsep Mudarris Dalam Amalan Pengajaran Guru Pendidikan Islam Prasekolah …28
ASMANIZA MAMAT & WAN NASYRUDIN WAN ABDULLAH

Kaunseling Kerohanian Satu Teknik Dan Pendekatan Dalam Proses Kaunseling…36


AZIS JAKFAR SORAJI, NORSAZALI ABDULLAH, WARDATUL AISHAH MUSA &
SITI SHARIYAH SHAARI

Kaedah Eklektik Sistematik Dalam Pengajaran Bahasa Arab...44


DALILAH ZULKIFLEE & ZULKARNAIN MOHAMED

Isu Pelantikan Hakim Syarie Wanita di Malaysia: Satu Sorotan Literatur ... 51
FATIMAH MAJEMI & ZAINI NASOHAH

Sikap Guru Pendidikan Islam Terhadap Pengajaran Hafazan Al-Quran:


Penilaian Input Berdasarkan Model Cipp ...61
FAZA ALI HASSAN & MOHD AKIL MOHAMED ALI

Religious Liberalism In Indonesia A Critical Study


On The Fatwa Of The Council Of Indonesian .. 68
FUAD MUSTAFID

Pendekatan Pencegahan Kaunselor Muslim Dalam Menangani


Salah Laku Pelajar Sekolah Menengah Di Daerah Klang, Selangor ...81
HALIMAH ABD HALIM & ZAINAB ISMAIL

Kesan Terapi Ruqyah Dalam Merawat Pesakit HIV/AIDS .. 91


HASLINDA LUKMAN, LATIFAH ABDUL MAJID & WAN NASYRUDIN WAN ABDULLAH

Model Pendidikan Karakter Berbasis Pesantren Khalafiyah Kasus Pondok Pesantren


Dan Madrasah Aliyah Assalam Kudus Dan Pondok Pesantren
Dan Madrasah Aliyah Muhammadiyah Kudus ...99
IFADA RETNO EKANINGRUM

Interkoneksi Dan Intersubjektifitas Keberagamaan Manusia


(Memahami Butir Pemikiran M. Amin Abdullah) ... 114
IMAN FADHILAH
Musabaqoh Qira’atil Kutub (MQK) Nasional 2014 Seberang Kota Jambi (Sekoja)
Menjadi Media Informasi Flashback Islam Terbesar Di Jambi...125
IR. RISWAN, MMSI & ERIL SYAHMAIDI

Aplikasi ICT Sejarah Kebudayaan Islam Berupa E-Story


Dalam Pembentukan Karakter Pelajar Di Sekolah Madrasah Diniyah …131
LIZA EFRIYANTI

Local Islamic Understanding in Kitab Literature Seribu Masa’il:


Comparative Study of Arab Malay Texts…139
LUTFIYAH ALINDAH

Metodologi Musthafa Umar Di Dalam Tafsir Al-Ma’rifah...151


M. KAFRAWI & WAN NASYRUDIN WAN ABDULLAH

Syeikh Ali Ibn Abdul Rahman Al-Kelantani Dalam Bidang Hadith...157


MAHFUZ SUHAIMI, LATIFAH ABDUL MAJID & AHMAD ASMADI SAKAT

Aktiviti Dialog Antara Agama di Masjid Tuanku Mizan Zainal


Abidin, Putrajaya ...163
MAHFUZAH ZOHDI, JAFFARY AWANG & YUSRI MOHAMAD RAMLI

Peranan dan Sumbangan Jakim Dalam Dialog Antara Agama .. 172


MAHFUZAH ZOHDI, YUSRI MOHAMAD RAMLI & JAFFARY AWANG

Penggunaan Shahid Hadis Oleh Al-Suyuti Dalam


Kitab Hamc Al-Hawamic Fi Sharh Jamc Al-Jawamic…183
MARYAM MD ROFIEE, & MD. NOR ABDULLAH

Maqasid Shari'a As Philosophy Of Islamic Law


(A Critical Study on Jasser Auda’s Thought)…193
MAULIDI

Indigeneous Islam A Thought Of Gus Dur For Moderation Of Islam And Local Culture. 202
MIBTADIN

Kajian Terhadap Abdul Ghani Bin Abdullah


Sumbangannya Dalam Ilmu Tarannum Di Malaysia ... 211
TENGKU INTAN ZARINA TENGKU PUJI & MOHD AZIZI BIN YAACOB

Perspektif Komuniti Gay dan Lesbian Muslim di Malaysia Terhadap


Konsep Perkahwinan dan Pasangan Menurut al-Qur’an... 215
MOHD IZWAN MD YUSOF, MUHD NAJIB ABDUL KADIR, MAZLAN IBRAHIM &
TENGKU INTAN ZARINA TENGKU PUJI

Insurans : Analisa Berdasarkan Pandangan Ulamak


Terhadap Hukum Bermuamalah Dengannya ... 226
MOHD MAZLI MOHD AINI, AHMAD DAHLAN SALLEH & SALMY EDAWATI YAACOB

Sikap Pelajar Siam Buddha Terhadap Pendidikan Moral:


Satu Kajian Di Sekolah Menengah Di Daerah Tumpat, Kelantan .. 239
MOHD MUSLIM ZUHALIF MUSTAPA
Pengaruh Kitab Al-Muqaddimah Al-Jazariyyah Dalam Penulisan
Karya-Karya Ilmu Tajwid Di Malaysia...252
MOHD NAZRI SHAHROM & SABRI MOHAMAD

Tahap Penguasaan Bacaan Surah Al-Fatihah Dalam Kalangan


Murid-Murid Program J-QAF : Tinjaun Awal... 258
ROSLINA ISMAIL, WAN NASYRUDIN WAN ABDULLAH & MOHD SUFFIAN HAMZAH

Pemikiran Penyair Jahiliah Dalam Puisi Berunsur Hikmah:


Satu Kajian Literatur...268
MOHD ZAIDI BIN ABD KADIR & TENGKU GHANI TENGKU JUSOH

Yusuf Al-Qaradawi Dan Karya Beliau Fiqh Al-Jihad...274


MOHD ZUHDI AHMAD KHASASI & AHMAD DAHLAN SALLEH

Ketokohan Dan Sumbangan Hajah Faridah Binti Mat Saman


Dalam Tarannum Al-Qur’an: Satu Pendedahan Awal ... 286
MOHD FADILAH HJ. ABDUL GHANI, AHMAD FAKHRURRAZI MOHD ZABIDI &
WAN MOHD HILMI WAN ABDULLAH

Harmonizing Fiqh And Science Based On Integration-Interconnection Paradigm .. 293


MUHAMMAD ADIB

Pendekatan Risale-i Nur terhadap Tasawuf dan Tarekat Pasca


Keruntuhan Khilafah Uthmaniyyah Turki 1924M…308
MUHAMMAD FAIZ KHALID & IBNOR AZLI IBRAHIM

Pewarisan Takhta Kerajaan Banu Umayyah Menurut Tarikh Al-Tabari…315


MUHAMMAD HANAFI KAD RUSMAN & WAN KAMAL MUJANI

Kaedah al-Sunnah dalam Rawatan ... 323


MUHAMMAD MASRURI JAWIAH DAKIR, WAN NASYRUDIN WAN ABDULLAH &
AHAMAD ASMADI SAKAT

Al-Ijaz, Al-Itnab Dan Al-Musawah Dalam Hadith 40 ... 330


MUHAMAD MUJAHIDIN ROSLI & MD. NOR ABDULLAH

Dakwah Melalui Al-Qiṣṣah: Kajian Novel A.Fuadi... 341


MUHAMMAD SALMAN PALEWAI, SITI RUGAYAH HJ.TIBEK & FARIZA MD. SHAM

Analisis Dalil Imam al-Shafici Dan Imam al-Turmidhi


Terhadap Kayfiyyah al-Tayammum Dalam al-Jamic ... 363
MUHAMMAD UMAR MUKHTAR SHAFIE, AHAMAD ASMADI SAKAT & MOHD ARIF NAZRI

Perbahasan Konsep Dan Wacana Wasatiyyah Di Malaysia. 372


MUHAMMAD ZAHIR BIN ISMAIL, ERMY AZZIATY ROZALI & WAN KAMAL MUJANI

Aplikasi Jual Beli Emas Secara Bertangguh: Kajian Menolak Helah Riba... 381
MUHAMAD ZUHAILI SAIMAN

Model Pendidikan Berbasis Life Skills Pada Slta Berasrama Di Jawa Tengah Indoesia ... 391
MUDZAKKIR ALI
Tinjauan Literatur Penggunaan Kaedah Terjemahan Dalam Pengajaran Bahasa Arab...406
NIK NORIMAH TUAN MAT & MAHERAM AHMAD

Hubungan Penghayatan Agama Dengan Etika Pergaulan


Dalam Kalangan Remaja Muslim: Satu Tinjauan Literatur…416
NOOR HAYATI KUSNIN & HAZIYAH HUSSIN

Faktor Interaksi Antara Tamadun Islam Dengan Tamadun Hindu…424


NOR AZLINA SIDEK & ROZIAH BINTI SIDIK @ MAT SIDEK

Pendefinisian Semula Istilah Tafsir Cilmi...431


NOR SYAMIMI MOHD, HAZIYAH HUSSIN & WAN NASYRUDIN WAN ABDULLAH

Persepsi Guru-Guru Bukan Islam Terhadap Akhlak Belia Islam Di Melaka ... 438
NORAZMAH ASHARY & AHMAD MUNAWAR ISMAIL

Peranan Institusi Perbankan Islam Dan Pencapaian Usahawan Muslim Lembah Klang:
Satu Kajian Awal …446
NORSAZALI ABDULLAH, AZIS JAKFAR SORAJI, SITI SHARIYAH SHAARI &
WARDATUL AISHAH MUSA

Tinjauan Literature: Kesahan Dan Kebolehpercayaan Modul Pengajaran Dan Pembelajaran …455
NUR AFIFAH FADZIL & SUHAILA ZAILANI @ AHMAD

Penglibatan Ibu Muslim di Bangi dalam Pemantauan Animasi Anak-anak...460


NUR ‘AZIZAH MOHAMED NAJIB & SITI RUGAYAH TIBEK

Implementasi Pendidikan Karakter dalam Pendidikan Agama Islam


di SMA Negeri 3 Semarang... 470
NUR CHOLID

Kajian Fenomenologi Filem Patuh Syariah Sebagai Medium Dakwah...481


NUR HAZRIANI RAZALI & ROSMAWATI MOHAMAD RASIT

Rujuk: Peruntukan Undang-Undang Dan Isu-Isu Dalam Pelaksanaan


Di Mahkamah Syariah Negeri Sembilan... 492
NUR MAJIDAH MAJEMI & ZAINI NASOHAH

Kajian Terhadap Kaedah Pengajaran Guru Dan Implikasi Terhadap Keresahan Pelajar Maharat Al-
Muhadathah Wa Al-Khatabah...498
NUR PRATIWI & SUHAILA ZAILANI @ AHMAD

Perbezaan Anak Dara Dan Janda Dalam Perkahwinan Menurut Perspektif Islam...505
NUR ZAKIRAH MOHD SUTAN, JAWIAH DAKIR, NOOR AZIAH MOHD AWAL & MAZLAN IBRAHIM

Kebimbangan Terhadap Pembelajaran Bahasa Arab: Satu Sorotan Literatur ... 516
NURUL ASMA’ WAHAP & ZAMRI ARIFFIN

Qira’at Qur’aniyyah Teras Pembentukan Kaedah Nahu .. 521


NURUL ASMA MAZLAN, MOHD FAIZULAMRI MOHD SAAD & ABDUL MUSYRIF MOHAMAD KHALIL

Animasi ‘Spirited Away’ Dari Perspektif Akidah Islam: Satu Kajian Literatur…532
NURUL HAYATI SABRI, ZAKARIA STAPA & KAMARUDIN HJ. SALLEH
Kepentingan Kepimpinan dalam Pelaksanaan Etika Kerja Islam…539
NURUL SYAFIYAH MOHD NOOR & SITI ARNI BASIR

Metod Tafsir Al-Qur’an Bi Al-Qur’an Dalam Al-Tafsir Al-Bayani


Li Al-Qur’an Al-Karim Li Aishah Abdurrahman Bint Al-Shati’...550
NURULLAH, MAZLAN IBRAHIM & MUHD. NAJIB ABDUL KADIR

Gerakan Feminisme Kristian: Satu tinjauan Literatur...562


SAKINAH MOHAMMAD & INDRIATY ISMAIL

Relevansi Aplikasi Sanad Dalam Pengajian Islam Pada Masa Kini...570


SAKINAH SAPTU, WAN NASYRUDIN WAN ABDULLAH, LATIFAH ABD. MAJID &
AHAMAD ASMADI SAKAT

Model Kepemimpinan Kiai Dalam Meningkatkan Mutu Layanan Pendidikan


Di Ponpes Al Hikmah 2 Dan Assalafiyah Brebes ....581
SARI HERNAWATI, A.AG., M.PD.

Pilihan Manusia dalam Qadak dan Qadar Allah s.w.t…591


SITI BALKIS ISMAIL, AHMAD MUNAWAR ISMAIL & ABDULL RAHMAN MAHMOO

Kurikulum Pengajian Islam Kampus Melaka: Satu Dapatan Awal…596


SITI NADIAH BABGE & AHMAD MUNAWAR ISMAIL

Peranan Subjek Hubungan Etnik kepada pelajar Muslim ... 602


SITI SHARIYAH SHAARI, WARDATUL AISHAH MUSA & AZIS JAKFAR SORAJI

Islamic Cyber Campus (Icyca) Dan Pengukurannya Menggunakan Paradigma Ict Pura
(Sebuah Model Pengembangan Ict Di Pengajian Tinggi) ... 605
SUPRATMAN ZAKIR

Analisis Unsur-Unsur Pluralisme Agama Dalam Filem Muallaf


Arahan Yasmin Ahmad ... 620
SYARIFAH KHAIRIAH SYED ABU BAKAR & KAMARUDIN SALLEH

Perancangan Aplikasi Expert System Pada Penentuan Warisan


Berdasarkan Hukum Fara’idh Islam ... 636
VITRIANI & RESMI DARNI

Modul Mutadayyin Dalam Program Sahsiah Unggul Murid (Sumur)


Ke Arah Pembentukan Jati Diri Muslim : Satu Tinjauan Awal ... 650
WAN NOR ADIBAH WAN AHMAD & WAN NASYRUDIN WAN ABDULLAH

Sistem Pendidikan Di Malaysia Dari Sudut Falsafah Pendidikan Negara:


Pembentukan Akhlak Pelajar Melalui Aktiviti Kokurikulum ... 662
WARDATUL AISHAH MUSA, NOORAINI OTHMAN, SITI SHARIYAH SHAARI, MOHD NASRUL HAKIM
JALALUDIN, AZIS JAKFAR SORAJI & NORSAZALI ABDULLAH

Pasca-Islamisme dalam PAS: Analisa Terhadap Kesan Tahalluf Siyasi ...667


MUHAMMAD FAIZ MUKMIN ABDUL MUTALIB & WAN FARIZA ALYATI WAN ZAKARIA

Kajian Makkiyah Dan Madaniyah Terhadap Perkataan Ziinah Dalam Al-Qur’an:


Satu Tinjauan Awal…674
ZAKARIA ABDULLAH & AHMAD FAKHRURRAZI MOHD ZABIDI
Biografi Shaykh Nawawi al-Bantani Dan Keintelektualannya dalam Ilmu Hadith…684
ZULKARNAEN AHMAD & LATIFAH ABDUL MAJID

Konsep Pelaburan Spekulatif Hartanah Kediaman Menurut Fiqh Al-Mucamalat...689


AHMAD AZALEE A. BAKAR & AHMAD DAHLAN SALLEH

Pengaturan Poligami Dalam Perundang-Undangan Negara-negara Muslim ... 703


ALI TRIGIYATNO

Amalan Berfesyen yang Berlandaskan Syara’ dalam Kalangan Guru-guru Islam:


Tinjauan Awal .. 712
MOHD SUFFIAN HAMZAH, WAN NASYRUDIN WAN ABDULLAH & ROSLINA ISMAIL

Miᶜyar al-ᶜIlm fi Fann al-Mantiq: Objektif Penulisan dan Sumber Rujukan .. 719
YAMAN TOWPEK & KAMARUDIN SALLEH

736..)‫م‬1022-1052/‫ه‬896-846( ‫اإلقطاع في دولة المماليك البحرية في مصر‬


ABDULLAH AHMAD KHILAF & WAN KAMAL MUJANI

753...‫األسماء المتبايىة المبىى والمتشابهة المعىى في سورة األىعام‬


MUHAMMAD SARVI & SALMAH AHMAD

775..‫السؤال في سورة الزمر واثره في التربية والتع لي م‬


OMAR RAHIM MUHAMMAD & MUHAMMAD NAJIB ABDUL KADIR
‫الكنائس والنعابد في البالد اإلسالنية وتأثيرهها في واقع الوسلنيى‬786.. AWANG JAFFARY

151
PROSIDING KOLOKIUM SISWAZAH PENGAJIAN ISLAM (KASPI 2014)

Prosiding Kolokium Siswazah Pengajian Islam (KASPI) 2014: Memartabatkan Penyelidikan Pengajian Islam
Disunting oleh: Muhammad Adib Samsudin, Maheram Ahmad, Latifah Abdul Majid, Ahmad Yunus Mohd Nor,
Rosmawati Mohamad Rasit, Zulkarnain Mohamed & Zuliza Mohd. Kusrin
© Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor
http://www.ukm.my/fpi/kaspi/

Metodologi Musthafa Umar dalam Tafsir al-Macrifah


M. Kafrawi & Wan Nasyarudin Wan Abdullah

Jabatan Pengajian al-Quran dan as-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam


Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi

Abstrak: Kitab tafsir al-Ma’rifah adalah sebuah kitab tafsir yang dikarang oleh Musthafa Umar.
Beliau adalah salah seorang ulama Riau yang memiliki perhatian besar terhadap perkembangan
tafsir al-Qur’an di Nusantara. Kitab tafsir ini terkenal di pekanbaru Provinsi Riau (Bandar Negeri
Riau), tetapi seakan-akan tidak dikenali di tempat-tempat lain. Hal ini menjadi alasan utama yang
mendorong minat penulis untuk mengkajinya dari tiga aspek utama. Pertama, Biografi dan sejarah
perjalanan kehidupan pengarang kitab. Kedua, pembahasan mengenai nama kitab, maksudnya,
sebab dan tujuan penulisan (sejarahnya), tempat dan masa penulisan, kitab-kitab rujukan, serta
pandangan tokoh terhadap kitab tafsirnya. Ketiga, kajian metodologi danisi kandungan kitab.
Dengan demikian kajian ini bermatlamat untuk memperkenalkan biografi pribadi pengarang,
seterusnya untuk mengetahui dan mengkaji metodnya yang digunakan dalam perbahasan tafsir al-
Ma’rifah, juga kelebihan dan kelemahan yang terkandung di dalam kitab tafsirnya. Kajian ini
adalah kajian kepustakaan, temu bual, dan analisis dari penulis. Dari kajian tersebut didapati
beberapa dapatan di antaranya: Pertama, kitab tafsir al-Ma’rifah merupakan kitab tafsir semasa
yang mengkaji masalah yang terjadi pada masa kini dengan menggunakan bahasa Melayu yang
mudah untuk difahami. Kedua, kitab tafsir ini memberikan penekanan kepada aspek perbaikan
masyarakat Islam, akhlak dan sosial masyarakat. Ketiga, metod yang diguna pakai merupakan
gabungan beberapa metod, iaitu metode al-ma’thur, al-rayi dan aqli al-ijtima’i (perbaikan
masyarakat).

PENGENALAN

Al-Qur’an adalah sumber hukum utama di dalam islam, kemudian sumber hukum yang kedua
selepas al-Qur’an adalah hadith Nabi Muhammad saw, pada zaman Nabi saw al-Qur’an tidak di
tafsirkan secara keselurahan, Beliau saw hanya mentafsirkan al-Qur’an sesuai dengan keperluan
pada masa itu sahaja atau menjawab pertanyaan daripada para Sahabat ra sahaja.
Kemudian pada zaman Sahabat, tafsir al-Qur’an mulai berkembang terutama di tiga tempat
madrasah tafsir diantaranya: di Madinah, Makkah, dan Kuffah, begitu juga pada zaman tabi’in.
Kesinambungan pentafsiran al-Qur’an sangat mutlak di perlukan oleh setiap umat manusia,
menyadari hal ini, maka para ulama yang berkemampuan dalam bidang tafsir berusaha untuk
memahami dan mentafsirkan al-Qur’an berdasarkan kepada kaedah-kaedah disiplin ilmu tafsir.
serta mengikut kepada kepakaran masing-masing dengan memenuhi persyaratan-persyaratan
tertentu yang telah ditetapkan oleh para ulama terdahulu.
Salah satu dari sekian banyak mufassir pada masa ini yang belum dikenal ramai oleh
masyarakat adalah Musthafa Umar. Beliau berusaha mengembangkan kepakarannya dalam bidang
Tafsir al-Qur’an, sebagai perkembangan zaman sekarang yang selalu berkembang sehingga perlu
disesuaikan penafsiran al-Qur’an pada zaman ini. Kepakarannya dalam bidang tafsir menyokong
beliau mengarang kitab Tafsir al-Ma’rifah, yang ditulis dengan menggunakan bahasa Melayu yang
mudah dipahami oleh masyarakat. Sebagai insan akademik kajian demi kajian terhadap hasil karya
para ulama merupakan satu perkara yang mesti dilakukan bagi mendedahkan penemuan dan buah
pemikiran baru yang bermanfaat bagi generasi selepasnya.

152
PROSIDING KOLOKIUM SISWAZAH PENGAJIAN ISLAM (KASPI 2014)

PERNYATAAN MASALAH

Berdasarkan kepada pendahuluan yang telah disebutkan di atas, maka permasalahan yang akan
dicuba untuk diselesaikan dalam kajian ini adalah pengenalan terhadap kitab Tafsir al-Ma’rifah,
Pengenalan Biografi Musthafa Umar, Metodologi beliau dalam tafsir al-Ma’rifah.
Dalam kajian ini akan didedahkan kaedah Metodologi beliau di dalam kitab Tafsir al-
Ma’rifah. Apakah sudah bersesuaian dengan pentafsiran para ualama mukhtabar yang terdahulu
ataupun berdasar pandangan beliau sendiri.

PERSOALAN KAJIAN

Persoalan kajian yang hendak dijawab dalam kajian ini adalah :

1. Siapakah Musthafa Umar dan tafsir al-Ma’rifah?


2. Apakah metodologi yang digunakan oleh Musthafa Umar dalam kitab tafsirnya?

OBJEKTIF KAJIAN

Metod yang digunakan oleh pengkaji ialah kajian kepustakaan iaitu dengan menggunakan kajian
Kualitatif, membaca dan meneliti kitab Tafsir al-Ma’rifah. kemudian sedikit temubual dengan
pengarang tafsir al-Ma’rifah untuk mengumpulkan data-data yang berkaitan dengan tajuk. selain itu
juga penulis mengambil data-data sekunder daripada dokumen tertulis dan bercetak, mahupun
audio video karangan beliau dan ulama-ulama lain seperti tesis, buku, jurnal, makalah, surat
khabar, kertas kerja, prosiding, mp3, vcd dan lain sebagainya. yang berhubung kait dengan
permasalahan yang dikaji.

TINJAUN LITERATUR

Kajian ini merupakan kajian tentang Metodologi dalam kitab Tafsir ‘Tafsir al-Ma’rifah’ oleh
Musthafa Umar. Setelah sedikit sebanyak penulis melakukan kajian, penulis mendapati beberapa
kajian tentang Metodologi ahli-ahli tafsir yang telah di buat iaitu :
Jurnal Islam Universiti Malaya (2011), yang bertajuk ‘Manhaj Tafsir Al-Azhar’ jurnal ini
membincangkan metodologi Hamka dalam tafsir al-Azhar, kajian ini mengupas tentang manhaj
tafsir al-Azhar dengan metod tafsir bil ma’thur dan bi al- Ra’yi, serta pemikiran beliau mengenai
isu Isra’iliyyat, Falsafah, Islah, Sejarah, Syari’ah, Sains, Tasawuf, Syair, dan Psikologi (ilmu jiwa).
Disertasi Sarjana Khairuddin bin Mawardi (2009), yang bertajuk ‘Metodologi penafsiran Mahmud
Yunus dalam tafsir Qur’an karim’,Kajian ini menjelaskan dan membincangkan metode pentafsiran
al-Qur’an, menjelaskan sejarah pentafsiran al-Qur’an di Indonesia, kajian tokoh-tokoh tafsir al-
Qur’an di Indonesia. Metod yang digunakan dalam tafsir ini adalah pentafsiran ayat al- Qur’an
dengan al-Qur’an, dengan Hadith, dengan pandangan Sahabat, pepatah dan tafsiran ayat- ayat al-
Qur’an melalui Kisah-kisah, dalam tafsir ini beliau menghindari daripada masuknya unsur
Isra’iliyat dalam tafsir Ayat.
Disertasi Doktor Falsafah Musthafa Umar (2009), yang bertajuk ‘metode aqliyyah
ijtima’iyyah, kajian ini adalah kajian tentang tafsir Sha’rawi dan metode beliau dalam mentafirkan
al-Qur’an’. Dengan menggunakan metode aqliyyah ijtima’iyyah. Pemikiran baharu dalam
pentafsiran masa kini, yang bertujuan untuk memperbaiki keadaan umat islam pada masa ini.
Disertasi Doktor Falsafah Muhammad Najib Abd Kodir (2008), yang bertajuk ‘Muhammad
Qurays Shihab Manhajuhu wa Afkaruhu fi Tafsirihi al-Misbah (dirasah tahliliyah naqdiah), kajian
ini menjelaskan metod Qurays Sihab dalam Tafsir Misbah, pemikiran beliau terhadap issu semasa,
seperti isu masyarakat, perempuan muslimah didalam masyarakat, issu poligami, issu jilbab
(tudung) muslimah didalam al-Quran dan Sunnah, pandangan beliau mengenai Ahli kitab, isu
hukum Islam dan pelaksanaannya di zaman sekarang, issu Syura, issu persamaan dan persamaan
hak-hak manusia.

153
PROSIDING KOLOKIUM SISWAZAH PENGAJIAN ISLAM (KASPI 2014)

Disertasi Sarjana Abdul Haris (2006), yang bertajuk ‘Metodologi M. Quraish Sihab dalam
mentafsirkan al-Quran Kajian terhadap Buku Membumikan al-Qur’an’, kajian ini menjelaskan
tentang Metod Qurays Sihab dalam buku Membumikan al-Qur’an, kajian ini lebih menekankan
kepada Metod Tafsir mawdu’i, sejarah dan perkembangan Kaedah Mawdu’i dan kelebihan Tafsir
Mawdu’i, penerapan Sihab terhadap kaedah Mawdu’I dalam al-Qur’an, dan analisi beliau tentang
Hermeneutika.
Disertasi Sarjana Mustazah bin Bahari (2005), yang bertajuk ‘ Metodologi al-Shaykh abu
Bakr al-Jaza’iri di dalam Tafsirnya (Aysar al-Tafasyir li Kalam al-Aliyy al-Kabir)’ , kajian ini
menjelaskan tentang Metodologi al-Shaykh Abu Bakr di dalam kitabnya ini menerusi dari sudut-
sudut Aqidah, fiqh, Usul fiqh, Hadith, Kisah isra’iliyat, adab dan Akhlaq, dan Tasawwuf
(penyucian Jiwa).
Disertasi sarjana Fadlan bin Mohd Othman (2003), yang bertajuk ‘Metodologi al-Shaykh abd
al-Rahman al-Sa’di di dalam tafsirnya Taysir al –Karim al-Rahman fi Tafsir Kalam al-Mannan’,
kajian ini menganalisis tentang Metodologi Shaykh abd al-Rahman al-Sa’di di dalam tafsirnya
Taysir al –Karim al-Rahman fi Tafsir Kalam al-Mannan.
Thesis Sarinah binti Yahya (2003), yang bertajuk ‘Manhaj Muhammad Sayyid Tantawi Fi
Kitabihi Tafsir al-Wasit Li al-Qur’an al-Karim’, kajian ini menganalisis tentang metodologi al-
Shaykh Sayyid Tantawi dalim kitab Tafsir Wasit, dan sumber rujukan yang diambil dari kitab tafsir
bil al-Ma’thur dan Kitab tafsir bil al-Ra’yi.
Adapun menurut pengetahuan dan kajian penulis, kajian berkenaan Metodologi kitab Tafsir
al-Ma’rifah setakat ini belum ada lagi dilakukan oleh mana-mana pihak, kerana tafsir ini masih
baru dan masih dalam tahap penyelesaian juzuk-juzuk berikutnya.

ANALISIS TINJUAN LITERARTUR

Musthafa Umar: Nama penuh beliau adalah Musthafa Umar, beliau merupakan keturunan Melayu
Riau, beliau tidak memiliki nisbah keturunan. kerana kebanyakan suku di Nusantara tidak memiliki
nisbah keturunan hal ini berbeza dengan keturunan bangsa Arab yang memiliki nisbah keturunan.
Beliau mendapat gelaran Sarjana Muda di Universiti al-Azhar, kemudian beliau mendapat gelaran
Sarjana/Master di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan mendapat gelaran Doktoral falsafah
(P.hd) di Universiti Malaya
Musthafa umar adalah salah seorang tokoh ulama nusantara pada masa kini yang belum
terlalu dikenal oleh banyak orang. Walaupun beliau telah banyak memberikan sumbangan
pemikiran baik dalam bentuk karangan buku-buku mahupun dalam dakwah praktikal kelapangan
seperti kajian rutin di Masjid Agung An-Nur di Pekanbaru Riau. Ia juga membuat pengajian
pelbagai ilmu agama, seperti tafsir, usul feqah, dan bahasa arab baik di mesjid di Riau mahupun
Juga di Malaysia. Bahkan ke daerah pedalaman orang-orang asli yang jauh sekalipun. Sehingga
perlulah bagi penulis memperkenalkan biografi dan tafsir beliau.
Kitab tafsir ini adalah tafsir al-Macrifah yang bermaksud ‘ Pengetahuan’ menurut beliau
mengatakan maknanya adalah semoga kitab tafsir ini boleh memberikan pengetahuan kepada
Masyarakat sesuai dengan maknanya. Beliau menjelaskan bahawa tafsir ini berusaha
mengembalikan masyarakat kepada petunjuk al-Qur’an dan Hadith Nabi S.A.W, serta mencintai
keduanya.

Metodologi Kitab Tafsir al-Ma’rifah

1. Manhaj Umum metodologi tafsir al-Ma’rifah: Sebelum membahas metodologi kandungan


kitab tafsir Musthafa umar, penulis perlu membuat kaedah umum yang digunakan beliau
dalam perbahasan tafsirnya. Setiap surah yang akan ditafsirkan, beliau selalu memberikan
penjelasan singkat mengenai beberapa perkara yang berkaitan dengan sesuatu surah sebagai
pengantar. Pembahasan tersebut meliputi nama surah dan maknanya (terkadang menyebutkan
beberapa nama surah yang berbeza), susunan tafsir berdasarkan urutan tertibnya dalam
mushaf. Menyebutkan tempat turunnya surah sama ada makkiyah (diturunkan di Makkah
sebelum hijrah) atau Madaniyah (diturunkan di Madinah setelah hijrah). Menjelaskan jumlah
bilangan ayat, menceritakan secara ringkas isi kandungan surahnya. Ketika pertama masuk

153
PROSIDING KOLOKIUM SISWAZAH PENGAJIAN ISLAM (KASPI 2014)

dalam perbahasan tafsir, Musthafa menggunakan metod yang sesuai mengikut ayat yang
hendak di tafsirkan. Di bawah ini adalah beberapa kaedah umum dalam tafsir Musthafa yang
penulis kaji melalui pentafsiran beliau dalam surah al-Fatihah dan al-Baqoroh.

i. Sebelum mentafsirkan ayat, beliau memberikan tajuk-tajuk tertentu pada setiap ayat dalam
surah sesuai dengan susunannya dalam mushaf. Seperti surah al-fatihah, beliau memberikan
tema tentang amal. kemudian pada ayat pertama beliau mentafsirkan tentang ilmu memulakan
amal, ayat kedua pula tentang ilmu mengakhiri amal dan seterusnya.
ii. Menghubungkaitkan ayat (munasabah ayat ) antara ayat yang sedang dibahas dengan ayat
sebelum dan selepasnya. seperti surah al-Baqoroh. Pada ayat pertama beliau memberikan
tajuk orang-rang bertaqwa, kemudian ayat kedua orang-orang kafir, dan ayat ke tiga pula
tentang orang-orang munafiq.
iii. Ayat yang termasuk ‫( فواتح السورة‬huruf-huruf pembuka surah), Musthafa menyebutnya dengan
istilah huruf muqotho’ah. beliau menjelaskan rahasia makna katanya dalam bahasa Arab
dengan pendapat beliau tanpa menyebutkan pendapat para ulama.
iv. Musthafa umar selalu membuat rumusan (istinbat) yang diambil daripada sesuatu ayat yang
ditafsirkan yang berkenaan dengan beberapa aspek dalam kehidupan seperti surah al-Fatihah
mengandungi makna Aqidah, Ibadah, dan Mu’amalah.
v. Menyentuh pembahasan pada aspek fadilah surah-surah tersebut, seperti surah al-fatihah
sebagai Ibu atau Induk kitab suci al-Qur’an (Ummul al-Kitab) dan al-Baqoroh sebagai surah
yang mesti dibaca bagi setiap muslim, kerana menjauhkan Syaitan daripada menghuni rumah
itu.
vi. Menggunakan penggabungan metode Tahlili dan Mawdu’i dengan bermatlamat perbaikan
masyarakat islam pada masa ini (aqliyyah ijtima’iyyah).
vii. Menggunakan bahasa melayu yang ringkas, sederhana dan mudah difahami oleh seluruh
masyarakat awam.

2. Manhaj khusus metodologi tafsir al-Ma’rifah: Sebagaiamana yang telah dijelaskan diatas,
bahawa cara kedua yang dilakukan penulis untuk mencari metodologi kitab tafsir ialah kaedah
khusus. iaitu mengkaji isi kandungan kitab tafsirnya secara lebih mendalam. Supaya dapat
menentukan metod tafsir bi al-Ma’thur, metod bi al-Ra’yi, atau gabungan beberapa metod
yang lainnya. Kerana Musthafa tidak menyebutkan metode apa yang diguna pakai dalam
muqoddimahnya. Adapun berikut ini adalah kajian yang menyeluruh terhadap isi kandungan
kitab tafsir al-Ma’rifah yang dikarang oleh Musthfa umar.

i. Tajuk yang Bersepadu dalam Surah al-Qur’an: Pembahasan tajuk yang bersepadu dalam surah
al-Qur’an adalah pembahasan satu ayat di suatu tempat tertentu dengan memperhatikan ayat-
ayat lain yang masih berada di dalam surah yang sama. Cara seperti ini ditempuh dalam
mentafsirkan ayat kerana kesemua ayat dalam setiap surah al-Qur’an dipercayai saling
menjelaskan antara satu dengan yang lainnya. Musthafa Umar memperhatikan tajuk yang
menyatukan sesebuah surah al-Qur’an dan berusaha mentafsirkan ayat-ayat yang ada
selepasnya dalam satu surah dengan tidak melepaskan daripada tajuk tersebut didalam tafsir
beliau. Seperti contoh berikut ini, ketika beliau mentafsirkan surah al-Fatihah tentang Amal
perbuatan Manusia:

‫بِ ِس ِم هلالِ ال ِِر ِحم ِى ال ِِر ِحي ِم‬

Maksudnya: Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang.

Beliau mentafsirkan ayat ini sebagai awal memulakan amal perbuatan hendaklah membaca
Bismillah. Kemudian beliau menghubungkan ayat ini dengan ayat selepasnya dalamsurat al-
fatihah juga, iaitu;

154
PROSIDING KOLOKIUM SISWAZAH PENGAJIAN ISLAM (KASPI 2014)

‫ِل ِعالِ ِم ي‬
‫ِ ِى‬ ‫ل ِح ِم د ِ ِِِللِ رب ا‬

Maksudnya: Segala puji bagi Allah pemelihara semesta alam

Dalam ayat ini beliau menjelaskan bahawa selepas membaca Bismillah di awal perbuatan,
maka cara mengakhiri amal perbuatannya adalah dengan membaca Alhamdulillah. kemudian
beliau mentafsirkan ayat selepasnya iaitu setiap amalan akan dibalas oleh Allah SWT nanti di
akhirat. Ayat selepasnya pula menerangkan tentang amalan yang diterima dan amalan orang
yang ditolak.
ii. Pembahasan Tajuk yang bersepadu dalam al-Qur’an: Menurut Muhammad Shaltut
Pembahasan Tajuk yang bersepadu dalam al-Qur’an adalah semua yang ada didalam al-
Qur’an, tidak ada bertentangan antara satu bahagian dengan bahagian yang lain. Tidak ada
pemisahan antara satu dengan yang lain, meskipun berbeza tempatnya, berbilang surah dan
hukumnya. Ia tetap menjadi satu kesatuan dalam maknanya tidak dibenarkan pemisahan
dalam pengamalannya dan tidak pula dalam pengambilannya secara sebahagian-sebahagian.
Musthafa umar menempuh metode ini didalam tafsir beliau, berikut ini adalah contoh-
contohnya: Ketika Musthafa Umar mentafsirkan ayat pertama daripada al-Fatihah:

‫بِ ِس ِم هلالِ ال ِِر ِحم ِى ال ِِر ِحي ِم‬


Maksudnya: Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang.

Beliau membahas ayat tersebut dengan ayat yang lain didalam al-Qur’an, seperti firman
Allah:
‫ٱ ِق ِر ِأ ِبص ِس ِم ربِِك ٱلِِ ِذي خلِق‬
Maksudnya: Bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian makhluk).

Mustahafa menyatukan kedua ayat tersebut sehingga menjadi bersepadu, iaitu setiap
perbuatan hendaklah dimulai dengan membaca Bismillah. sebagaimana ayat pertama
diturunkan Allah SWT kepada Nabi SAW unutk membaca Bismi Rabbika . jadi sebelum
melakukan segala perbuatan hendak membaca Bimillah, kerana semua yang ada dibumi ini
adalah dibawah kekuasaan Allah, maka menjadi suatu keharusan kiranya bagi kita untuk
menyebut nama Penciptanya.

KESIMPULAN

keseluruhan kajian diatas menjelaskan bahawa tafsir al-Ma’rifah adalah kitab tafsir ulama nusantara masa
kini yang luar biasa. Kerana sangat sedikit sekali ulama masa kini yang mempunyai keberanian dan
keahlian dalam mentafsirkan al-Qur’an. Dan berusaha mengajak masyarakat untuk membaca dan
memahami al-Qur’an lebih mendalam dengan bahasa Melayu yang mudah di pahami. Kemudian
berdasarkan kajian penulis terdapat banyak manfaat dan ilmu pengetahuan yang terdapat dalam tafsir ini
yang masih belum diterokai.

RUJUKAN

Al-Quran al-Karim
Mohd Najib Abdul Kadir. 2008. Muhammad Qurays Shihab Manhajuhu wa Afkaruhu fi Tafsirihi al-Misbah
(dirasah tahliliyah naqdiah). Disertasi Ph.D, Fakulti Ilmu Wahyu dan Warisan Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia.
Abdul Haris. 2006. Metodologi M. Quraish Sihab dalam mentafsirkan al-Quran Kajian terhadap Buku
Membumikan al-Quran. Tesis Sarjana, Fakulti pengajian Islam, Jabatan al-Quran dan Hadith Universiti
Malaya.
Anon. 2005. Aysar al-Tafasyir li Kalam al-Aliyy al-Kabir, Tesis Sarjana, Fakulti Pengajian Islam, Jabatan
Al-Quran dan Sunnah Universiti Kebangsaan Malaysia.
Bahari, Mustazah 2005. Metodologi al-Shaykh abu Bakr al-Jaza’iri di dalam Tafsirnya.
Hamka. 1982. Tafsir Al-Azhar. Jakarta: Penerbit Pustaka Panjimas.
Jurnal Islam Universiti Malaya : http://eprints.um.edu.my/1227/

155
PROSIDING KOLOKIUM SISWAZAH PENGAJIAN ISLAM (KASPI 2014)

Mawardi, Khairuddin 2009. Metodologi penafsiran Mahmud Yunus dalam tafsirQur’an karim. Tesis
Sarjana, Fakulti pengajian Islam al-Quran dan Hadith Universiti Malaya.
Musthafa Umar. 2010. Tafsir al-Ma’rifah. Ed.ke-1 jil.1. Pekan Baru: Tafaqquh Streaming
Musthafa Umar. 2009. Metode aqliyah Ijtima’iyyah : Kajian terhadap tafsir Syekh Asy-Sya’rawi. Tesis
Dr.Fal, Universiti Malaya, Kuala Lumpur

156
329

You might also like