You are on page 1of 109

ISI KANDUNGAN

______________________________________________________________
AM
Ucapan Alu-aluan Pengarah 1
Pengenalan Ringkas Akademi Pengajian Islam 5
Kalendar Akademik, Sesi 2014/2015 9
Pengurusan Akademi Pengajian Islam 10
Pentadbiran Akademi Pengajian Islam 11
Staf Akademik Akademi Pengajian Islam 17
Maklumat Am Ijazah Tinggi 24
Skim Pemarkahan Peperiksaan Universiti Malaya (Ijazah Sarjana) 34
Syarat-Syarat dan Keperluan Pengijazahan Calon Ijazah Tinggi 36
IJ AZAH SARJ ANA SYARIAH
Kaedah-kaedah Universiti Malaya (Ijazah Sarjana) 2010 Ijazah Sarjana Syariah 39
Peraturan-peraturan Universiti Malaya (Ijazah Sarjana) 2010 Ijazah Sarjana Syariah 42
Struktur Program Sarjana Syariah 45
Ringkasan Kursus:
Kursus Teras Fakulti 48 o
J abatan Fiqh dan Usul 52 o
J abatan Syariah dan Undang-undang 57 o
J abatan Syariah dan Ekonomi 62 o
J abatan Syariah dan Pengurusan 67 o
J abatan Siasah Syariyyah 72 o
IJ AZAH SARJ ANA USULUDDIN
Kaedah-kaedah Universiti Malaya (Ijazah Sarjana) 2011 Ijazah Sarjana Usuluddin 77
Peraturan-peraturan Universiti Malaya (Ijazah Sarjana) 2011 Ijazah Sarjana Usuluddin 80
Struktur Program Sarjana Usuluddin 83
Ringkasan Kursus:
Kursus Teras Fakulti 85 o
J abatan Akidah dan Pemikiran Islam 88 o
J abatan Al-Quran dan Al-Hadith 93 o
J abatan Sejarah dan Tamadun Islam 98 o
J abatan Dakwah dan Pembangunan Insan o 103

UCAPAN KATA ALU



PROFESOR DATO DR MOHD YAKUB @

Assalamu`alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh

Saya mewakili warga Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
(APIUM) ingin mengambil kesempatan ini untuk
datang dan tahniah kepada semua pelajar baru Ijazah Tinggi APIUM di
atas kejayaan melanjutkan pengajian di peringkat pascasiswazah. Pemilihan saudara/i untuk
menyambung pengajian di peringkat ini adalah sesuatu yang bermakna dalam proses pembinaa
karier dan pemantapan ilmu serta kepakaran masing
akan berusaha memastikan prestasi dan potensi saudara/i akan dikembangkan melalui pengajian
yang berkualiti, bermutu serta setanding dengan piawai antarabangsa dar
penyelidikan dan pengembangan intelektual.

Sepertimana yang kita fahami pembelajaran adalah satu proses untuk membentuk dan
memperkembangkan kognitif, sikap dan kemahiran para pelajar. Di peringkat pascasarjana ini
sudah tentu tahap yang perlu dicapai lebih tinggi dari peringkat sarjana muda. Calon
bersedia untuk menggunakan pemikiran di peringkat yang lebih tinggi bagi melakukan analisis,
sintesis dan penilaian terhadap sesuatu data. Calon
melihat sesuatu isu itu melalui pelbagai sudut serta lebih terbuka kepada kepelbagaian pandangan
sebelum sampai kepada sesuatu rumusan. Perasaan ingin mengetahui, minat untuk mengkaji dan
sentiasa berfikir dengan betul adalah antara asas pent
Keinginan untuk mendalami sesuatu ini kemudiannya akan dilengkapkan dengan kaedah
penyelidikan yang betul supaya hasilnya menepati dasar ilmu yang bermanfaat.




1

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015
UCAPAN KATA ALU-ALUAN PENGARAH
ROFESOR DATO DR MOHD YAKUB @ ZULKIFLI BIN MOHD YUSOFF
Assalamu`alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh
Saya mewakili warga Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat
datang dan tahniah kepada semua pelajar baru Ijazah Tinggi APIUM di
atas kejayaan melanjutkan pengajian di peringkat pascasiswazah. Pemilihan saudara/i untuk
menyambung pengajian di peringkat ini adalah sesuatu yang bermakna dalam proses pembinaan
karier dan pemantapan ilmu serta kepakaran masing-masing. Oleh yang demikian pihak Akademi
akan berusaha memastikan prestasi dan potensi saudara/i akan dikembangkan melalui pengajian
yang berkualiti, bermutu serta setanding dengan piawai antarabangsa dari segi mutu pengajian,

Sepertimana yang kita fahami pembelajaran adalah satu proses untuk membentuk dan
memperkembangkan kognitif, sikap dan kemahiran para pelajar. Di peringkat pascasarjana ini
p yang perlu dicapai lebih tinggi dari peringkat sarjana muda. Calon-calon perlu
bersedia untuk menggunakan pemikiran di peringkat yang lebih tinggi bagi melakukan analisis,
sintesis dan penilaian terhadap sesuatu data. Calon-calon perlu lebih kritis dan sudah berupaya
melihat sesuatu isu itu melalui pelbagai sudut serta lebih terbuka kepada kepelbagaian pandangan
sebelum sampai kepada sesuatu rumusan. Perasaan ingin mengetahui, minat untuk mengkaji dan
sentiasa berfikir dengan betul adalah antara asas penting untuk menjadi sarjana yang baik.
Keinginan untuk mendalami sesuatu ini kemudiannya akan dilengkapkan dengan kaedah
penyelidikan yang betul supaya hasilnya menepati dasar ilmu yang bermanfaat.

2

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015
Sebagai sebuah Universiti Penyelidikan, Universiti Malaya memberikan fokus utama kepada
aktiviti penyelidikan dan penerbitan. Untuk tujuan tersebut prasarana yang mencukupi disediakan
dan bagi calon yang layak, geran penyelidikan juga diperuntukkan. Calon-calon yang mempunyai
daya saing yang tinggi dan berdedikasi akan mendapati bahawa Universiti ini adalah tempat yang
sangat kondusif untuk memperkembangkan intelektual mereka. Sila ambil peduli terhadap syarat
serahan tesis/disertasi agar tidak terganggu proses pemeriksaan.

Akhirnya, sukacita saya merakamkan penghargaan kepada semua staf Bahagian Ijazah Tinggi
APIUM kerana berjaya menyediakan Buku Panduan Ijazah Tinggi sesi 2014/2015. Saya percaya
buku panduan ini amat berguna untuk dijadikan panduan kepada calon-calon pascasiswazah untuk
menguruskan pengajian mereka sepanjang berada di APIUM.

Saya menyeru kepada semua pelajar agar kerap berhubung dengan pejabat Ijazah Tinggi bagi
mengenalpasti masalah yang boleh di selesaikan lebih awal dan tidak berlarutan sehingga hujung
semester.

Sekian, terima kasih, Wassalam.




PROFESOR DATO DR MOHD YAKUB @ ZULKIFLI BIN MOHD YUSOFF
Pengarah
Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya








UNTUK MENJADI SEBUAH INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI YANG TERNAMA DI
PERINGKAT ANTARABANGSA DALAM PENYELIDIKAN, INOVASI
DAN PENGAJARAN.
TO BE AN INTERNATIONALLY RENOWNED INSTITUTION OF HIGHER LEARNING IN
RESEARCH, INNOVATION, PUBLICATION AND TEACHING

UNTUK MEMAJUKAN ILMU PENGETAHUAN DAN PEMBELAJARAN MELALUI
PENYELIDIKAN DAN PENDIDIKA
KEMANUSIAAN.
TO ADVANCE KNOWLEDGE AND LEARNING THROUGH QUALITY RESEARCH AND
EDUCATION FOR THE NATION AND HUMANITY

NILAI-NILAI TERAS UNIVERSITI MALAYA
INTEGRITI (INTEGRITY)
PROFESIONALISME
HORMAT (RESP
MERITOKRASI (MERITOCRACY)
KEBEBASAN AKADEMIK
SEMANGAT KERJA BERPASUKAN
BERFIKIRAN TERBUKA
KREATIVITI (CREATIVITY)
KEBERTANGGUNGJAWAPAN
TANGGUNGJAWAB SOSIAL
3

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015


VISI


MENJADI SEBUAH INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI YANG TERNAMA DI
PERINGKAT ANTARABANGSA DALAM PENYELIDIKAN, INOVASI, PENERBITAN
DAN PENGAJARAN.

E AN INTERNATIONALLY RENOWNED INSTITUTION OF HIGHER LEARNING IN
RESEARCH, INNOVATION, PUBLICATION AND TEACHING

MISI
UNTUK MEMAJUKAN ILMU PENGETAHUAN DAN PEMBELAJARAN MELALUI
PENYELIDIKAN DAN PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK NEGARA DAN
KEMANUSIAAN.

TO ADVANCE KNOWLEDGE AND LEARNING THROUGH QUALITY RESEARCH AND
EDUCATION FOR THE NATION AND HUMANITY
NILAI TERAS UNIVERSITI MALAYA

(INTEGRITY)
PROFESIONALISME (PROFESSIONALISM)
(RESPECT)
(MERITOCRACY)
KEBEBASAN AKADEMIK (ACADEMIC FREEDOM)
SEMANGAT KERJA BERPASUKAN (TEAMWORK)
BERFIKIRAN TERBUKA (OPEN MINDEDNESS)
(CREATIVITY)
KEBERTANGGUNGJAWAPAN (RESPONSIBILITY)
TANGGUNGJAWAB SOSIAL (SOCIAL RESPONSIBILITY)










4

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015





AKADEMI PENGAJIAN ISLAM


VISI

UNTUK MEMAJUKAN BIDANG PENGAJIAN ISLAM BERASASKAN TRADISI
KEILMUAN ISLAM DAN KAEDAH MODEN YANG SAINTIFIK MELALUI PENYELIDIKAN
DAN PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK NEGARA DAN KEMANUSIAAN.

MISI

BERUSAHA UNTUK MENJADI PUSAT PENGAJIAN TINGGI ISLAM KONTEMPORARI
CEMERLANG DI NEGARA DAN SERANTAU B
BERGIAT DALAM PENYELIDIKAN, PENGAJARAN DAN PERUNDINGAN.


OBJEKTIF

MENGEMBANG, MEMAJU DAN MEMPERKASA PENGAJIAN ISLAM UNTUK
KESEJAHTERAAN SEJAGAT DAN MANUSIAWI MELALUI AKTIVITI
PENYELIDIKAN, PENGAJARAN, PENERBITAN SERTA PERUNDINGAN
YANG SETANDING DENGAN PIAWAIAN DAN MUTU ANTARABANGSA.

MELAHIRKAN ILMUAN DAN GRADUAN PENGAJIAN ISLAM YANG
PROFESIONAL, BERINTEGRITI DAN SEIMBANG BAGI PEMBENTUKAN
MASYARAKAT DAN PEMBINAAN NEGARA YANG MENGUTAMAKAN
KEAMANAN, DIALOG, TOLERANSI DAN PERPADUAN.

MENJALANKAN DAN MENGGIATKAN AKTIVITI PENYELIDIKAN,
PENERBITAN DAN PERUNDINGAN BERASASKAN KEPADA KEBENARAN
DAN KEADILAN BAGI MENYUMBANG KEPADA PEMBINAAN TAMADUN
YANG CEMERLANG.






5

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015
PENGENALAN RINGKAS AKADEMI PENGAJIAN ISLAM


1. Latar Belakang

Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya sepertimana yang ada pada hari ini
merupakan gabungan di antara Jabatan Pengajian Islam dan Akademi Islam.
Sebelum ini kedua-dua institusi tersebut merupakan institusi-institusi yang
tersendiri dalam Universiti Malaya.

Jabatan Pengajian Islam ditubuhkan pada tahun 1959 hasil dari hubungan yang
formal antara Kolej Islam Malaya pada waktu itu dan Universiti Malaya. Sejak dari
waktu itu Majlis Kolej Islam berfungsi sebagai penguasa eksekutif kepada jabatan
berkenaan, manakala Senat Universiti Malaya pula mengawasi segala yang
berhubung dengan hal-hal akademik.

Apabila Majlis Kolej Islam Malaya dibubarkan pada tahun 1970, Jabatan Pengajian
Islam telah diletakkan di bawah bidangkuasa Majlis dan Senat Universiti Malaya.
Selama tempoh tersebut sehingga ia bergabung dengan Akademi Islam
membentuk Akademi Pengajian Islam yang disahkan oleh Senat Universiti Malaya
pada 25 Januari 1996, jabatan ini merupakan sebuah jabatan di Fakulti Sastera
dan Sains Sosial Universiti Malaya.

Akademi Islam pula yang diisytiharkan penubuhannya pada 1 April 1981 adalah
hasil dari pengambilalihan Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (YPTIK) yang
telah ditubuhkan pada tahun 1965. Ia mengandungi dua buah fakulti, iaitu Fakulti
Syariah dan Fakulti Usuluddin, satu program ijazah, iaitu program Ijazah Sarjana
Muda Pendidikan Islam, dan satu program matrikulasi, iaitu Pra Akademi Islam.
Dengan penggabungan ini, Akademi Pengajian Islam telah mula menawarkan
pengajian peringkat Ijazah Tinggi.

Pada tahun 1996, Akademi terus berkembang dengan penubuhan 9 buah Jabatan
dan dibahagikan kepada empat bahagian iaitu Bahagian Pengajian Syariah
mengandungi Jabatan Fiqh dan Usul, Jabatan Syariah dan Undang-undang,
Jabatan Syariah dan Ekonomi, Jabatan Syariah dan Pengurusan dan Jabatan
Siasah Syariyyah. Bahagian Pengajian Usuluddin pula terdiri dari Jabatan Akidah
dan Pemikiran Islam, Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Jabatan Sejarah dan
Tamadun Islam dan Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan sementara
Bahagian Pengajian Bersama pula mengendalikan program Pendidikan Islam dan
Program Pengajian Islam iaitu meneruskan program pengajian bersama dengan
Fakulti Sastera dan Sains Sosial. Program Pra-Akademi pula diteruskan dan
dijalankan di kampus cawangan di Nilam Puri, Kelantan.



6

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015
2. Pentadbiran

Pentadbiran Akademi Pengajian Islam dilaksanakan di dua tempat, iaitu di kampus
utama Universiti Malaya Kuala Lumpur dan di kampus cawangan Akademi
Pengajian Islam di Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan.

Di kampus utama pentadbiran dilaksanakan melalui tiga komponen utama, iaitu
Bahagian Ijazah Tinggi, Bahagian Ijazah Dasar dan Bahagian Pembangunan dan
Penyelidikan. Sementara di kampus cawangan di Nilam Puri, tumpuan diberikan
kepada program-program pra ijazah dalam bentuk pusat asasi Pengajian Islam
dalam beberapa bidang.

Setiap bahagian pentadbiran di kampus utama diketuai oleh seorang Timbalan
Pengarah, sementara di kampus cawangan Nilam Puri diketuai oleh seorang
Timbalan Pengarah yang bertanggungjawab kepada Pengarah Akademi.

Bagi memperkukuhkan pentadbiran akademik di Akademi Pengajian Islam ini,
sembilan jabatan dan tiga program telah ditubuhkan. Jabatan-jabatan dan
program-program tersebut adalah seperti berikut:

(1) Jabatan Fiqh dan Usul
(2) Jabatan Syariah dan Undang-undang
(3) Jabatan Syariah dan Ekonomi
(4) Jabatan Syariah dan Pengurusan
(5) Jabatan Siasah Syariyyah
(6) Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam
(7) Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith
(8) Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam
(9) Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan
(10) Program Pendidikan Islam
(11) Program Sains Gunaan dengan Pengajian Islam
(12) Program Astronomi Islam
(13) Program Minor Pengajian Islam

3. Program Pengijazahan dan Pengkhususan

Akademi Pengajian Islam menawarkan program pengijazahan dan pengkhususan
seperti berikut:

(1) Program Asasi dengan pengkhususan seperti berikut:

(a) Asasi Pengajian Islam
(b) Asasi Pengajian Islam dan Sains



7

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015
(2) Program Sarjana MudaSyariah dengan pengkhususan seperti berikut:

(a) Fiqh dan Usul
(b) Sains Politik Islam
(c) Syariah dan Ekonomi
(d) Asronomi Islam

(3) Program Sarjana Muda Usuluddin dengan pengkhususan seperti
berikut:

(a) Akidah dan Pemikiran Islam
(b) Al-Quran dan Al-Hadith
(c) Sejarah dan Tamadun Islam
(d) Dakwah dan Pembangunan Insan

(4) Program Sarjana Muda Pendidikan Islam dengan pengkhususan
seperti berikut:

(a) Pengajian Islam
(b) Pengajain al-Quran

(5) Program Sarjana Muda Pengajian Islam dan Sains dengan
pengkhususan seperti berikut:

(a) Bioteknologi
(b) Genetik dan Biologi Molekul
(c) Sains Biokesihatan
(d) Sains dan Pengurusan Alam Sekitar
(e) Fizik

(6) Program Sarjana Muda Pengajian Islam dan Teknologi Maklumat

(7) Program Sarjana Muda Pengurusan Muamalat

(8) Program Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang

(9) Program Minor Pengajian Islam

Ditawarkan kepada pelajar fakulti lain di Universiti Malaya.

(10) Program Doktor Falsafah dan Sarjana seperti berikut:

(a) Ijazah Doktor Falsafah
(b) Ijazah Sarjana Syariah (Secara Penyelidikan)
(c) Ijazah Sarjana Usuluddin (Secara Penyelidikan)


8

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015
(d) Ijazah Sarjana Pengajian Islam (Secara Penyelidikan)
(e) Ijazah Sarjana Syariah (Secara Kursus dan Penyelidikan)
(f) Ijazah Sarjana Usuluddin (Secara Kursus dan Penyelidikan)

(11) Program Sijil dan Diploma dengan kerjasama UMCed dengan
Akademi Pengajian Islam menawar kursus-kursus seperti berikut:

(a) Sijil Pengajian Syariah
(b) Sijil Pengajian Usuluddin
(c) Diploma Eksekutif Pengajian Syariah
(d) Diploma Eksekutif Pengajian Usuluddin
(e) Diploma Eksekutif Lanjutan Pengajian Islam






































9

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015
KALENDAR PENGAJIAN SESI AKADEMIKSESI 2014/2015
(SECARA AM)

SEMESTER I
Haluansiswa 1 minggu 01.09.2014 - 07.09.2014
Kuliah 6 minggu* 08.09.2014 - 17.10.2014
Cuti Pertengahan Semester 1 minggu* 18.10.2014 - 26.10.2014
Kuliah 8 minggu 27.10.2014 - 19.12.2014
Minggu Ulangkaji 1 minggu* 20.12.2014 - 28.12.2014
Peperiksaan Akhir Semester I 3 minggu* 29.12.2014 - 16.01.2015
Cuti Semester I 5 minggu* 17.01.2015 - 22.02.2015
25 minggu

SEMESTER II
Kuliah 7 minggu 23.02.2015 - 10.04-2015
Cuti Pertengahan Semester II 1 minggu 11.04.2015 - 19.05.2015
Kuliah 7 minggu 20.04.2015 - 05.06.2015
Minggu Ulangkaji 1 minggu 06.06.2015 - 14.06.2015
Peperiksaan Semester II 3 minggu 15.06.2015 - 03.07.2015
19 minggu

CUTI TAHUNAN/SEMESTER KHAS
Cuti 9 minggu 04.07.2015 - 06.09.2015
Atau
Kuliah dan Peperiksaan 8 minggu 04.07.2015 - 28.08.2015


*
Hari Malaysia (16 September 2014)
Hari Raya Aidil Adha (5 Oktober 2014)
Deepavali (23 Oktober 2014)
Maal Hijrah (25 Oktober 2014)
Hari Krismas (25 Disember 2014
Tahun Baru (1 Januari 2015)
Maulidur Rasul (3 Januari 2015)
Thaipusam (3 Februari 2015)
Tahun Baru Cina (19 & 20 Februari 2015)





PENGURUSAN
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM

Profesor Dato Dr Mohd Yakub @



TIMBALAN
PENGARAH
(IJAZAH
TINGGI)
TIMBALAN
PENGARAH
(IJAZAH DASAR)

Profesor Madya
Dr Wan Zailan
Kamaruddin bin
Wan Ali

Profesor Madya
Dr Ruzman bin
Md Noor

10

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015
PENGURUSAN
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM


PENGARAH
Profesor Dato Dr Mohd Yakub @ Zulkifli bin Mohd Yusoff




TIMBALAN
PENGARAH
(IJAZAH DASAR)
TIMBALAN
PENGARAH
(PENYELIDIKAN &
PEMBANGUNAN)

TIMBALAN
PENGARAH
(NILAM PURI)
Profesor Madya
Ruzman bin

Profesor Madya
Dr Mohd Roslan
bin Mohd Noor
Dr Ahmad Najib
bin Abdullah




11

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015
PENTADBIRAN AKADEMI PENGAJIAN ISLAM


Naib Canselor
Profesor Dato Dr. Mohd Amin bin Jalaludin

Pengarah
Profesor Dato Dr Mohd Yakub @Zulkifli bin Mohd Yusoff

Timbalan Pengarah (Ijazah Tinggi)
Profesor Madya Dr Wan Zailan Kamaruddin bin Wan Ali

Timbalan Pengarah (Ijazah Dasar)
Profesor Madya Dr Ruzman bin Md Noor

Timbalan Pengarah (Penyelidikan dan Pembangunan)
Profesor Madya Dr Mohd Roslan bin Mohd Nor

Timbalan Pengarah (Nilam Puri)
Dr Ahmad Najib bin Abdullah

Ketua Jabatan Fiqh dan Usul
Dr Ridzwan bin Ahmad

Ketua Jabatan Syariah dan Undang-undang
Dr Siti Zubaidah binti Ismail

Ketua Jabatan Syariah dan Ekonomi
Dr Nor Aini binti Ali

Ketua Jabatan Syariah dan Pengurusan
Dr Suhaili bin Sarif

Ketua Jabatan Siasah Syariyyah
Dr Mohamad Zaidi bin Abdul Rahman

Ketua Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam
Dr Syed Mohammad Hilmi bin Syed Abdul Rahman

Ketua Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith
Dr Monika @Munirah binti Abdul Razzak








12

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015
Ketua Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam
Dr Faisal @Ahmad Faisal bin Abdul Hamid

Ketua Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan
Dr Yusmini binti Md Yusoff

Penyelaras Program Pendidikan Islam
Dr Muhammad Lukman bin Ibrahim

Penyelaras Program Sains Gunaan Dengan Pengajian Islam
Profesor Madya Datin Dr Noor Naemah binti Abdul Rahman

Penyelaras Program Pengajian Islam
Dr Mohammad Taqiuddin bin Mohamad

Ketua Unit ICT dan Laman Web
Encik Azizi bin Che Seman

Ketua Unit Penyelidikan dan Penerbitan
Profesor Madya Dr Khadijah binti Mohd Khambali @Hambali

Ketua Unit Penerbitan
Profesor Madya Dr Ruzman bin Md Noor

Ketua Unit Grant Penyelidikan
Dr Shaikh Mohd Saifuddeen bin Shaikh Mohd Salleh

Pengurus Kursus Pengajian Awam
Dr Kamaruzaman bin Noordin

Ketua Unit Hubungan Luar dan Antarabangsa
Dr Asyraf Isyraqi bin Jamil

Timbalan Ketua Unit Hubungan Luar
Dr Mohammad Taqiuddin bin Mohamad



13

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015
Ketua Penolong Pendaftar N48
Puan Aziah binti Saad Pejabat Pengarah

Penolong Pendaftar N41
Puan Nor Zahian binti Hanafi Bahagian Ijazah Tinggi
Encik Suhaimi bin Sidik @Mat Sidek Bahagian Ijazah Dasar

Pustakawan S41
Puan Haslina binti Husain Perpustakaan Nilam Puri

Penolong Akauntan W32
Puan Rusnah binti Ab Wahab Pejabat Pengarah

Penolong Pegawai Perpustakaan S32
Encik Abdul Jalil bin Abdullah Perpustakaan APIUM
Encik Saifudin bin Othman Perpustakaan Nilam Puri

Penolong Pegawai Tadbir N32
Puan Zarimah binti Zakaria Bahagian Ijazah Tinggi
Puan Zariha binti Mohd Sidik Nilam Puri

Penolong Pegawai Sistem Maklumat FT29
Encik Zulfadly bin Shafie Bahagian Penyelidikan &
Pembangunan

Penolong Jurutera JA29
Encik Mohd Adizainal binti Mohd Tahawi Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan
Encik Adnan bin Hadri Bahagian Penyelidikan dan
Pembangunan
Mohd Anuar bin Md Daud Nilam Puri

Setiausaha Pejabat N28
Cik Habibah binti Shaari Bahagian Ijazah Dasar

Penolong Pegawai Tadbir N27
Puan Noor Adilla binti Addenan Bahagian Penyelidikan dan
Pembangunan
Encik Hamzah bin Taha Nilam Puri
Puan Norihan binti Othman Nilam Puri

Setiausaha Pejabat N27
Cik Dayang Murni binti Abdul Ghafar Pejabat Pengarah
Cik Nurul Atiqah binti Noor Adzahar Bahagian Ijazah Tinggi






14

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N22
Puan Norazah binti Ithnin Bahagian Ijazah Tinggi
Puan Rukiah binti Kombol Bahagian Ijazah Dasar
Puan Sabariah binti Omar Pejabat Pentadbiran
Puan Noriah binti Mat Salleh Jabatan Fiqh dan Usul
Cik Rosilawati binti Mohd Lod Bahagian Ijazah Tinggi
Puan Suzana binti Muhamad Zain Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam
Cik Norazreen binti Mustari Program Pendidikan Islam
Puan Esah binti Mohamed Nilam Puri
Encik Azizan bin Md Ali Nilam Puri
Puan Wan Suriyati binti Othman@Wan Hamzah Nilam Puri

Pembantu Perpustakaan S22
Encik Abdul Majid bin Omar Nilam Puri
Encik Wan Yahya bin Jusoh Nilam Puri
Puan Zaidah binti Idris Nilam Puri

Pembantu Setiausaha Pejabat N17
Puan Harfizah binti Musa Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan

Penolong Tadbir (Perkeranian/Operasi)W17
Puan Azima binti Deraman Nilam Puri

Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17
Puan Che Norahima binti Che Rahin Pejabat Pengarah
Puan Noor Haslinda binti Mohd Arif Pejabat Pentadbiran
Puan Soffihaidar binti Baharuddin Bahagian Ijazah Dasar
Cik Siti Norzana binti Mohd Saleh Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan
Puan Salimah binti Mohmad Pejabat Pentadbiran
Puan Zainon binti Adon Bahagian Ijazah Tinggi
Puan Susanty Maridah Pejabat Pentadbiran
Puan Nur Amiera Edora binti Roslan Bahagian Ijazah Dasar
Puan Azura binti Sengah Jabatan Syariah dan Ekonomi
Puan Noor Fadzlina binti Mohd Mudasir Jabatan Syariah dan Undang-undang
Puan Nurdila binti Md Yunos Jabatan Syariah dan Pengurusan
Puan Normastura binti Koni Jabatan Siasah Syariyyah
Puan Noor Afishah binti Ab Aziz Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam
Puan Norlina binti Muhamad Istar Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith
Puan Salbiah binti Salleh Jabatan Dakwah dan Pembangunan
Insan
Cik Rohani binti Mohamed Arifin Program Sains Gunaan dengan Pengajian
Islam
Cik Nurul Huda binti Othman Unit SPAQ, SPAH, SBA DAN KuTAB
Puan Latifah binti Abdullah Nilam Puri
Puan Mariani binti Ismail Nilam Puri




15

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015
Puan Raudhah binti Mohd Yusoff Nilam Puri
Puan Suzziana binti Abd Rahim Nilam Puri
Encik Zulkifli bin Yaacob Nilam Puri
Encik Mohd Ghazali bin Ya Nilam Puri

Pegawai Khidmat Pelanggan (N17)
Encik Zurime binti Abd Samad Nilam Puri

Pembantu Perpustakaan S17
Cik Mastura binti Ahmad Perpustakaan APIUM
Encik Md Sawal Nasharil bin Saari Nilam Puri
Encik Che Nasir bin Che Yaacob Nilam Puri
Encik Hamzah bin Abdullah Nilam Puri
Encik Zamzaliman bin Ghazali Nilam Puri

Juruteknik Komputer FT17
Encik Mohamad Nazmi bin Mohd Nazri Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan
Puan Nur Farhana Syafawati binti Anuar Nilam Puri

Penjaga Jurutera Elektrik J17
Encik Mohd Razali bin Mohd Rashid Nilam Puri

Pengawal Keselamatan KP14
Encik Kamaruddin bin Yaacob Nilam Puri
Encik Abu Bakar bin Dahaman Nilam Puri
Encik Mohamad bin Jusoh Nilam Puri
Encik Mohd Asri bin Awang Nilam Puri

Pengawal Keselamatan KP11
Puan Haisral Izanty bin Shamsudin Nilam Puri
Encik Mohd Nawi bin Ismail Nilam Puri
Encik Nazira bin Nasir Nilam Puri

Pembantu Operasi N11
Puan Fauziah binti Daud Pejabat Pengarah
Encik Jamalulhafiz bin Samsuri Pejabat Pentadbiran
Encik Abdul Ghafar bin Abdul Karim Bahagian Ijazah Tinggi
Encik Mohd Zawawi bin Basri Bahagian Ijazah Dasar
Encik Nor Azli bin Darsah Bahagian Penyelidikan dan
Pembangunan
Encik Mustaffa bin Yusof Nilam Puri
Encik Mustapha Kamal bin Mohd Nor Nilam Puri
Puan Nor Arza Salwana Nilam Puri
Encik Puzi bin Muhamad Nilam Puri
Puan Asiah binti Yusof Nilam Puri
Encik Md Nasir bin Ab Rahim Nilam Puri



16

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015
Encik Ahmad Shakir bin Ismail Nilam Puri
Encik Mohd Sabri bin Zakaria Nilam Puri
Encik Zamri bin Md Nor Nilam Puri

Pembantu Am Pejabat N1
Encik Mohd Hairudin bin Abd Jabar Pejabat Pentadbiran
Puan Sharifah Ainun Uda Kamaruddin Bahagian Penyelidikan dan
Pembangunan

Pemandu Kenderaan H11
Encik Khirudin bin Mohd Shah Pejabat Pentadbiran
Encik Amran bin Salleh@Junus Nilam Puri
Encik Wan Yusof bin Ismail Nilam Puri
Encik Nik Hasnuddin bin Mat Zin @Nik Hassan Nilam Puri

Pembantu Awam H11
Encik Maridzuan bin Ahmad Yusoff Nilam Puri
Encik Rotepizi bin Muhammad Zain Nilam Puri
Encik Mohd Salleh bin Zakaria Nilam Puri
Puan Rogaya binti Ab Rahman Nilam Puri
Puan Rukiah binti Mat Nor Nilam Puri
Puan Azizah binti Daud Nilam Puri
Encik Zaidi bin Mat Jusoh Nilam Puri
Encik Nasruddin bin Wan Harun Nilam Puri
Puan Nik Yah binti Nik Yeh Nilam Puri
Puan Anisah binti Awang Nilam Puri
Encik Mohd Sukri bin Che Hamid Nilam Puri
Puan Rodziah binti Ismail Nilam Puri
Encik Yahya bin Mamat Nilam Puri




















17

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015
NILAM PURI

Profesor Madya
Mohd Muhiden bin Abd Rahman, B.A (Imam), MA, PhD
Shukeri bin Mohamad B.A, MA (Jordan)

Pensyarah Kanan
Syed Abdurahman Syed Hussin, B.A (YPTIK), MA (Imam) PhD (USM)
Ahmad Najib bin Abdullah, BA (Madinah), MA (Madinah), PhD (Madinah)

Pensyarah
Alwee bin Yusoff, B.A (al-Azhar), MUs, PhD
Mohd Bakhit Hj Ali, B.A (al-Azhar), MA (Cairo)
Mohd Ramli bin Raman, BA, MA

Pensyarah (Pelawat)
Bedj Bedj Toufik, BA (Algeria), MA, PhD (USIM)

Guru Bahasa
Mohd Azrien Mohamed Adnan, B.A (Yarmouk), MBA, Med (UKM) Cuti Belajar
Nor Hazrul Mohd Salleh, B.A(Morocco), Dip. Edu (IIUM), MMLS Cuti Belajar
Wan Rohani Wan Mokhtar, B.A (al-Azhar), MSh
Zamri Ghazali, B.A (Libya), MSh

Pengajar Sementara
Aida Husna Zahariman, BA

JABATAN FIQH DAN USUL

Ketua
Ridzwan bin Ahmad, BSh, MA (UKM), PhD

Profesor Madya
Abdul Karim bin Ali,BSh, PhD(Edinburgh)
Noor Naemah binti Abdul Rahman, BSh(Hons), MSh(Jordan), PhD
Rahimin Affandi bin Abdul Rahim, BSh(Hons), MPhil(St.And), PhD(Birmingham)
Raihanah binti Hj Azahari, BSh, MSh(Jordan), PhD

Pensyarah Kanan
Luqman bin Hj Abdullah, BSh, PhD (Edinburgh)
Rushdi bin Ramli, BSh(Hons), MA (Birmingham), PhD(Birmingham)
Saadan bin Man, BSh, PhD(Edinburgh)
Mohd Anuar bin Ramli, BSh, MSh, PhD


Pakar Perunding
Paizah binti Ismail, BSh(YPTIK), MSh(al-Azhar), PhD


18

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015
Pensyarah (Pelawat)
Ameen Ahmed Abdullah Qasem Al-Nahari, BSh (Yemen), MA (Yemen), PhD

Felo SLAB/SLAI
Md Azzat Ahsanie bin Lokman, BSh
Muhammad Safiri bin Ismail, BSh, MSh
Bahiyah binti Ahmad, BSh(USIM), MA(UIAM)
Norhidayah binti Pauzi, BSh, MSh
Muhammad Ikhlas Rosele, BSh
Syed Mohd Jeffri bin Syed Jaafar, BSh

JABATAN SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG

Ketua
Siti Zubaidah binti Ismail, BSh, MCL(UIAM) LLM(Birmingham), PhD

Profesor
Ahmad Hidayat bin Buang, BSh(Hons), LLM(London), PhD (London)

Profesor Madya
Raihanah binti Hj Abdullah, BSh(Hons), MA(London), Cert.In English Law(LSE),
PhD(UIAM)
Ruzman bin Md Noor, BSh(Hons), MCL(UIAM), PhD(UIAM)
Siti Mashitoh binti Mahamood, BSh, MSh, PhD(Birmingham)

Pensyarah Kanan
Narizan binti Abdul Rahman, LLB(UIAM), LLB(Sh), MCL(UIAM),PhD(UIAM)

Pensyarah
Zalina binti Zakaria, LLB, MCL(UIAM), PhD (Manchester)

Pensyarah Pelawat
Mahamatayuding Samah, BA (Al-Azhar), MSh, PhD

Felo Penyelidik Pasca Doktoral (Kontrak)
Dr Abdul Azeez Maruf Olayemi, BA (Imam), MA (UIAM), PhD (UIAM)

Felo SLAB/SLAI
Mazni binti Abdul Wahab, BSh (Hons), MSh, PhD
Mohd Zaidi bin Daud, BSh (Hons), MSh, PhD
Mohd Norhusairi bin Mat Hussin, BSh, PhD
Mohd Istajib bin Mokhtar, BSh, MSh
Mohd Hafiz bin Jamaludin, BSh (al-Azhar), MSh



19

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015
JABATAN SYARIAH DAN EKONOMI

KETUA
Nor Aini binti Ali, BSh, MEcon (UKM), PhD

Profesor
Profesor Dr Joni Tamkin bin Borhan, BSh,MSh,PhD(Edinburgh)

Pensyarah Kanan
Asmak binti Abdul Rahman, BSh, MSh, PhD
Ahmad Azam bin Sulaiman @ Mohamad, BEc (UKM),MEc(UKM), PhD(UKM)
Mohamad Taqiuddin Mohamad, Bsh. Msh, MEcon (UKM), PhD
Nur Nurhanani Romli, BSh, PhD

Pensyarah
Azizi bin Che Seman, BSh, MEc(UIAM)

JABATAN SYARIAH DAN PENGURUSAN

Ketua
Dr Suhaili bin Sarif, BSh, MBA, PhD (Edinburgh)

Profesor Madya
Ab Mumin bin Ab Ghani, Bec(UKM), Dip. Ed(UKM), DPA(INT), MBA(UKM), PhD
Ilhaamie binti Abdul Ghani Azmi, BBA (UIAM), DESL (UIAM),MBA (UKM), PhD (USM)

Pensyarah Kanan
Nor `Azzah binti Kamri, BSh, MSh, PhD(USM)
Azian binMadun, BSc(UKM), MSc(UITM), PhD (Bath)
Kamaruzaman bin Noordin, BSh, MBA, PhD (Wales)
Mohd Rizal Muwazir @ Mukhazir, Dip.(Cardiff), MBA, PhD (Cardiff)
Fadillah binti Mansor, BSh, MBA, PhD (La trobe)

Pensyarah (Pelawat)
Nayel Musa Shaker Al-Omran, LLB (Jordan), LLM (Sudan), PhD (UIAM)

Felo SLAB/SLAI
Ahmad Sufian bin Che Abdullah, BSh, MSh Cuti Belajar
Mohd Abd Wahab Fatoni bin Mohd Balwi, BSh, MSh Cuti Belajar






20

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015
JABATAN SIASAH SYARIYYAH

Ketua
Mohamad Zaidi bin Abdul Rahman, BSh, MSh(UKM),PhD(Wales)

Profesor Madya
Sharifah Hayaati binti Syed Ismail, BSh, MCL(UIAM), PhD(Bristol)

Pensyarah Kanan
Dr Bharuddin bin Che Pa,BSh, Dip. Ed., MSh, PhD
Siti Arni binti Basir, Bec(Hons), MPA,PhD(Salford)
Osman bin Md Rasip, BSh, MSh, PhD

Pakar Perunding
Lukman bin Thaib, BA(Lsc) Libya, MA, PhD(UKM)

Felo SLAB/SLAI
Akhmal bin Ayob, BSh, Mlitt (Aberdeen)
Raja Hisyamuddin bin Raja Sulong, BSh, MSc (Northumbria),Mlitt (Abertay)

JABATAN AKIDAH DAN PEMIKIRAN ISLAM

KETUA
Syed Mohammad Hilmi bin Syed Abdul Rahman, BA (al-Azhar), MUs, PhD (Jordan)

Profesor Madya
Wan Zailan Kamaruddin bin Wan Ali, BA, MA, PhD
Mohd Fakhrudin bin Abdul Mukti, BUs (al-Azhar), MA (Ain Shams), MA(Temple),
PhD(Birmingham)
Che Zarrina binti Saari, BUs, MUs, Phd(Edinburgh)
Khadijah Mohd. Khambali @ Hambali, BUs, MUs, PhD
Mohd Fauzi bin Hamat, Dip. Usu(KUSZA), BA (al-Azhar), Mus, PhD - Dipinjamkan

Pensyarah Kanan
Ahmad Zuhdi bin Ismail, BA, MA, PhD
Mahmud bin Ahmad, BA (Pakistan), MA (UIAM), PhD

Pensyarah
Faizuri bin Abd Latif, BA (al-Azhar), MUs, PhD
Wan Adli bin Wan Ramli, BUs, MUs, PhD (Wales)
Azmil bin Zainal Abidin, BA (al-Azhar), SPI (UKM), PhD

Pensyarah (Pelawat)
Ali Gobali Saged, BA (Al-Imam), MA (Al-Imam), PhD

Felo Penyelidik
Mohamad Kamil bin Hj Ab Majid, BSh(YPTIK),BSh (al-Azhar), MA, PhD


21

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015
Felo SLAB/SLAI
Mohd Khairul Naim Che Nordin, BA
Sharifah Basirah binti Syed Muhsin, BA, MA

JABATAN AL-QURAN DAN AL-HADITH

Monika @ Munirah binti Abdul Razak, BUs, MUs, Phd (UKM)

Profesor Dato
Mohd Yakub @ Zulkifli bin Hj Mohd Yusoff, BUs(Hons), MA(Jordan), PhD(Wales)

Profesor Madya
Fauzi bin Deraman, BA(YPTIK), MA(Imam), PhD
Ishak bin Suliaman, BUs, MUs, PhD(Wales)
Mustaffa bin Abdullah, BA(Hons) (al-Azhar), MA, PhD

Pensyarah Kanan
Faisal bin Ahmad Shah, BA(Madinah), MA(UKM), PhD
Sedek bin Ariffin, BA(al-Azhar), MA(UMM Al-Qurra), PhD
Khader bin Ahmad, BUs, MUs, PhD
Ahmad K. Kasar, BA (Al-Anbar), MA(Baghdad), PhD (Baghdad)
Thabet Ahmad Abdullah Abu-AlHaj, VA (Wise), MA (Jordan), PhD (Yarmouk)
Majid Daneshgar, BA (Iran), MA, PhD

Pengajar SLAB
Anuar Ridwan bin Zakaria Cuti Belajar

Felo SLAB/SLAI
Asmawati binti Muhamad, BUs, MUs
Mohd Hasbullah bin Salim, BA
Selamat bin Amir, BA
Muhamad Alihanafiah bin Norahid, BA

JABATAN SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM

KETUA
Faisal @ Ahmad Faisal bin Abdul Hamid, BA (Hyderabad), BA (al-Azhar), MUs, PhD

Profesor Madya
Mohd Roslan bin Mohd Nor, BA(UIAM), M.Litt (Dundee), PhD(Aberdeen)


Pensyarah Kanan
Abdullah bin Yusof, BA, MA,Cert. In Doc. Prod (FTV-ASWARA), PhD
Tarek Ladjal, BA (Algeria), MA (Algeria), PhD
Aizan binti Ali @ Mat Zin, BUs, MA(London),PhD (Wales)
Nor Asyiqin binti Ab Halim, BUs, MA (Loubourgh)


22

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015
Pensyarah
Norhayati binti Hj Hamzah BA (UIAM), MLitt(St.Andrews)

JABATAN DAKWAH DAN PEMBANGUNAN INSAN

KETUA
Yusmini bin Md Yusoff, BISED, Med(UKM), PhD (Waikato NZ)

Pensyarah Kanan
Fakhrul Adabi bin Abdul Kadir, BA(al-Azhar), MS(UPM), PhD
Norrodzoh binti Hj. Siren, BA, MA, PhD
Roslan bin Mohamed, BA(Imam), MA(Khartoum)
Muhammed bin Yusuf, BA (al-Azhar), M.Usul, PhD

Pensyarah (Pelawat)
Ashraf M.Zedan Al-Dulaimi, BA (Baghdad), MA (Baghdad), PhD

Felo SLAB/SLAI
Nurul Husna binti Mansor, BUs
Nur Shahidah binti Paad, BUs

PENYELARAS PROGRAM PENDIDIKAN ISLAM

PENYELARAS
Dr Muhammad Lukman bin Ibrahim,BUs, MUs, PhD

Pensyarah
Tengku Sarina Aini binti Tengku Kasim, B.Ed, M.Ed, PhD

Pensyarah Kanan
Mohd Anuar bin Mamat, B.Ed, PhD
Ashraf Isyraqi bin Jamil, B.Sya (al-Azhar), B.Usul (Madinah), PhD

Felo SLAB/SLAI
Ahmad Yussuf, BUs (al-Azhar), MUs (al-Azhar)


PENYELARAS PROGRAM SAINS GUNAAN PENGAJIAN ISLAM

Penyelaras
Profesor Madya Datin Dr Noor Naemah binti Abdul Rahman, BSh(Hons), MSh(Jordan),
PhD

Pakar Perunding
Shaikh Mohd Saifuddeen bin Shaikh Mohd Salleh, B.Sc (Hons),(Gla), M.Sc., PhD



23

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015
Felo SLAB/SLAI
Siti Patonah binti Mohamad, BA
Madiha Baharuddin, BASclStud (Teknologi Maklumat), PhD
Mohd Amzari bin Tumiran, BSh

PENYELARAS PROGRAM PENGAJIAN ISLAM

PENYELARAS
Dr Mohd Anuar bin Ramli, BSh, MSh, PhD

PROGRAM ASTRONOMI ISLAM

PENYELARAS
Mohd Saiful Anwar bin Mohd Nawawi, BSh, MSc, PhD

Profesor
Dato Mohd Zambri bin Zainuddin, FRAS (UK), IAU (Paris) FIPM, BSc, PhD (Durham)
Dr Sahar bin Yahya, BSC, MSc (Brunel), PhD (Aberystwyth)

Profesor Madya
Hasan bin Abu Kasim, BSc, MIPM, MSc (Manc), PhD (Manc)

Pensyarah
Nazatulshima binti Ahmad, MSc, BSc
Joko Satria, MSc, BSc

Felo SLAB/SLAI
Nurul Huda binti Ahmad Zaki, BSh, PhD
Raihanah Abdul binti Wahab, BSh
Khadijah binti Ismail, BSh
Mohammaddin bin Abdul Niri, BSh








24

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015
MAKLUMAT AM IJAZAH TINGGI


1. Pendaftaran

(1) Calon program Ijazah Sarjana (Secara Kursus dan Penyelidikan)
hendaklah mendaftar untuk program pengajiannya tidak lewat daripada
dua minggu dari tarikh permulaan semester di mana ia telah ditawarkan
kemasukan ke program pengajian tersebut.

(2) Calon program Sarjana Secara Penyelidikan boleh mendaftar untuk
program pengajian tersebut pada bila-bila masa asalkan ianya tidak
melebihi enam bulan daripada tarikh tawaran kemasukan dibuat.

(3) Calon Tahun Akhir yang diterima masuk akan diberi Surat Tawaran
Bersyarat. Surat tawaran rasmi hanya akan diberi jika calon
mengemukakan keputusan tentang penganugerahan Ijazah pertama oleh
Senat Universiti berkenaan. Tiada seorang calon pun boleh dibenarkan
menjalani kursus melainkan ia telah menyempurnakan pendaftaran dan
menjelaskan yuran serta bayaran lain yang diperlukan.

(4) Seseorang calon Ijazah Sarjana (Secara Penyelidikan), selepas
kemasukan mungkin dikehendaki mendaftar untuk kursus-kursus ijazah
tinggi sebagaimana yang ditetapkan oleh Akademi Pengajian Islam
sekiranya Akademi berpendapat bahawa calon tersebut tidak mempunyai
pengetahuan yang memadai dalam sesuatu kursus tertentu di peringkat
ijazah Sarjana Muda.

2. Pembaharuan Pencalonan

(1) Calon program Ijazah SarjanaSecara (Kursus dan
Penyelidikan)hendaklah memperbaharui pencalonannya tidak lewat
daripada dua minggu dari tarikh pemulaan semester yang berkenaan.
Kegagalan untuk berbuat demikian boleh menyebabkan pencalonannya
diluputkan.

(2) Calon program pengajian Ijazah Secara Penyelidikan hendaklah
memperbaharui pencalonannya tidak lewat dari tujuh minggu dari tarikh
permulaan semester yang berkenaan.

(3) Bagi program secara Penyelidikan, laporan kemajuan mestilah diisi
secara online pada akhir setiap semester sebelum dibenarkan
memperbaharui pendaftaran. Program secara Kursus dan Penyelidikan,
laporan kemajuan mesti diisi apabila calon telah memasuki bahagian II
iaitu bahagian penyelidikan. Calon yang tidak mengisi borang laporan
kemajuan, secara automatiknya tidak dibenarkan mendaftar untuk
semester baru.


25

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015
3. Pendaftaran Kursus

(1) Calon untuk program ijazah Sarjana dikehendaki mendaftarkan diri untuk
kursus-kursus yang ditetapkan bagi program sarjana yang dijalani.

(2) Calon diberi tempoh masa selama dua minggu dari tarikh permulaan
semester untuk menyempurnakan urusan pendaftaran kursus. Calon
yang tidak menyempurnakan pendaftaran kursus dalam tempoh ini tidak
boleh mengikuti kursus tersebut.

4. Pendaftaran Serentak

(1) Seseorang calon ijazah tinggi tidak dibenarkan mendaftar serentak untuk
program pengajian lain yang membawa kepada sesuatu penganugerahan
ijazah, diploma atau sijil di Universiti ini atau di universiti lain.

(2) Dekan, atas persetujuan Fakulti boleh membenarkan seseorang calon
ijazah tinggi mendaftar serentak untuk program lain yang membawa
kepada ijazah, diploma atau sijil universiti lain dengan syarat:

(a) Calon itu telah mengemukakan kepada Fakulti untuk pemeriksaan;
dan

(b) Program pengajian itu tidak sama dengan program pengajian yang
didaftarnya di Universiti ini.

(3) Calon dengan kelulusan daripada Dekan boleh mendaftar dan mengikuti
pada mana-mana satu masa, satu program latihan dalam perkhidmatan
yang diminta oleh majikannya jika program tersebut dijalankan bagi
tempoh yang tidak melebihi satu tahun.

5. Peluputan Pencalonan

(1) Calon bertanggungjawab mematuhi peraturan memperbaharui
pendaftaran kerana kegagalan berbuat demikian adalah melanggar
peraturan universiti dan menyebabkan pencalonan diluputkan tanpa
sebarang notis. Calon yang tidak menyerahkan disertasi/tesis dalam
tempoh yang ditetapkan juga akan luput pencalonannya. Calon yang
diluputkan pencalonan daripada universiti tidak akan diterima dalam
mana-mana program dalam peringkat pengajian yang sama.



26

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015
6. Penamatan Pencalonan

(1) Bagi mereka yang ditamatkan pengajian kerana gagal dalam
peperiksaan berkenaan, mereka tidak boleh diterima masuk semula ke
program pengajian yang mereka telah gagal. Walau bagaimanapun,
mereka boleh dipertimbangkan untuk diterima masuk ke program
pengajian lain.

(2) Bagi mereka yang ditamatkan pengajian oleh Universiti atas alasan
selain daripada gagal dalam peperiksaan, mereka tidak diterima masuk
ke mana-mana program ijazah tinggi di Universiti.

7. Gugur dan Tambah Kursus

(1) Seseorang calon ijazah tinggi dibenarkan membuat gugur dan tambah
kursus, tertakluk kepada peraturan maksimum-minimum jam kredit
kursus. Calon tidak dibenarkan membuat pendaftaran baru bagi mana-
mana kursus selepas minggu ketiga (3) semester berkenaan. Penarikan
diri daripada mana-mana atau semua kursus tidak dibenarkan selepas
akhir minggu ketujuh (7) semester berkenaan.

8. Yuran

(1) Calon hendaklah menjelaskan segala yuran dan bayaran lain yang kena
dibayar kepada Universiti pada masa permulaan pendaftaran atau pada
masa memperbaharui pencalonan melainkan ia dikecualikan daripada
mana-mana yuran atau bayaran atau kedua-duanya.

(2) Calon yang hendak menjelaskan mana-mana yuran atau bayaran lain
yang kena dibayar kepada Universiti secara ansuran hendaklah
membuat permohonan di atas borang yang ditetapkan yang boleh
diperolehi daripada Pejabat Penolong Bendahari, Institut Pengajian
Siswazah Universiti atau mana-mana pegawai atau pusat lain seperti
mana yang ditetapkan oleh Universiti.

(3) Calon yang gagal menjelaskan mana-mana yuran atau sebahagian
daripadanya atau bayaran lain atau sebahagian daripadanya yang kena
dibayar kepada Universiti tidak akan dibenarkan menduduki sebarang
peperiksaan program pengajian berkenaan.

(4) Bagi calon pascasiswazah, senarai yuran pengajian program boleh
didapati di laman sesawang: http://ips.um.edu.my/



9. Kehadiran dalam Program Pengajian

(1) Calon hendaklah menghadirkan diri dalam semua program latihan dan

27

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015
penyelidikan berkaitan dengan program pengajian yang diikutinya
melainkan calon berkenaan diberi cuti sakit atau cuti bersalin oleh
seorang pegawai perubatan atau diberi cuti materniti oleh majikannya
atau diberi kebenaran untuk tidak hadir oleh Dekan yang berkenaan.

10. Penarikan Diri dari Semester

(1) Penarikan dari kursus bermakna penarikan diri dari satu atau lebih
kursus dalam sesuatu semester. Calon boleh menarik diri dari kursus
tidak lewatdari minggu ketujuh semester biasa atau minggu kedua
semester khas. Calon tidak dikenakan yuran pengajian dan rekod kursus
akan dihapuskan.

Calon yang menarik diri dari kursus selepas minggu kuliah kedua tetapi
sebelum minggu kuliah ketujuh semester biasa akan dikenakan yuran
pengajian.

Calon program ijazah Sarjana hendaklah telah menjalani program
pengajiannya bagi tempoh sekurang-kurangnya satu semester sebelum
dibenarkan untuk menarik diri daripada mana-mana satu semester
pengajian yang berikutnya. Walau apapun yang diperuntukkan di atas,
Dekan boleh dalam keadaan khas membenarkan seseorang calon
menarik diri daripada program pengajiannya pada mana-mana semester.

Tempoh di mana calon telah menarik diri akan diambilkira dalam tempoh
maksimum pengajian calon untuk program pengajian berkenaan
melainkan alasan untuk penarikan diri berkenaan adalah alasan
perubatan.

Calon yang menarik diri dari semester perlu memperbaharui pendaftaran
dengan kadar bayaran minimum RM50.00 bagi warga Malaysia dan
RM60.00 bagi warga asing untuk mengekalkan pencalonan.

11. Keperluan Bahasa Malaysia Untuk Warga Malaysia

(1) Calon ijazah tinggi hendaklah mempunyai satu tahap kecekapan dalam
Bahasa Malaysia sebagai memenuhi keperluan penganugerahan ijazah,
iaitu lulus di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf dengannya
atau Peringkat III Sijil Kecekapan Bahasa Malaysia atau Peringkat III Sijil
Intensif Bahasa Malaysia Universiti atau di peringkat setaraf dengannya.
Syarat ini bukan syarat kemasukan tetapi merupakan syarat
penganugerahan ijazah.

(2) Calon yang mempunyai Ijazah Pertama dari Institut Pengajian Tinggi
Tempatan Awam (IPTA) tempatan melainkan Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM)
adalah dikecualikan daripada syarat keperluan Bahasa Malaysia.


28

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015
12. Keperluan Bahasa Malaysia Untuk Warga Asing

(1) Semua calon ijazah tinggi warga asing disyaratkan menghadiri dan lulus
kursus Bahasa Malaysia yang dikendalikan oleh Fakulti Bahasa dan
Linguistik sebelum dianugerahkan ijazah sarjananya melainkan ia
memperolehi sekurang-kurangnya gred lulus dalam bahasa Malaysia di
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau Peringkat III Sijil Kecekapan
Bahasa Malaysia atau Peringkat III Sijil Intensif Bahasa Malaysia
Universiti atau peringkat setaraf dengannya, kecuali calon yang telah
lulus Ujian Pengecualian yang diadakan di awal setiap semester. Calon
ijazah tinggi boleh memohon untuk mengambil Ujian Pengecualian yang
juga dikendalikan oleh Fakulti Bahasa dan Linguistik di awal setiap
semester. Jika calonlulus ujian tersebut, mereka tidak perlu mengikuti
kursus Bahasa Malaysia. Ujian Pengecualian akan diadakan dalam
minggu kedua selepas semester bermula.

(2) Kursus Bahasa Malaysia ditawarkan pada setiap semester oleh Fakulti
Bahasa dan Linguistik.

(3) Calon akan diberi Sijil Kehadiran jika telah memenuhi 80% kehadiran
dalam kelas ini. Calon yang telah memenuhi 80% kehadiran sahaja
dibenarkan menduduki ujian. Di penghujung kursus, calon akan diberi
ujian untuk menentukan sama ada lulusatau gagal.

13. Keperluan Bahasa Inggeris Untuk Warga Asing

(1) Syarat Bahasa Inggeris dijadikan sebagai Syarat Pengijazahan Bagi
Calon Antarabangsa yang mengikuti program dan atau menulis
disertasi/tesis dalam bahasa selain dari Bahasa Inggeris. Perkara-
perkara yang digariskan adalah seperti berikut.

(a) Syarat bahasa Inggeris dijadikan sebagai syarat pengijazahan.

(b) Calon dibenarkan mendaftar kursus bahasa Inggeris serentak
dengan program pengajian masing-masing.

(c) Semua calon antarabangsa yang terlibat perlu mengikuti dan lulus
kursus bahasa Inggeris pada tahap yang ditetapkan oleh Universiti.

(d) Sekiranya calon tersebut mempunyai IELTS (akademik) di band 5 -
5.5 atau skor sebanyak 500 - 549 bagi TOEFL, calon dikecualikan
daripada mengikuti kursus bahasa Inggeris tersebut dan dengan
itu calon telah memenuhi salah satu syarat pengijazahan bagi
program yang diikutinya.



29

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015
14. Bahasa Disertasi

(1) Disertasi hendaklah ditulis dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris
atau Bahasa Arab.

15. Penyeliaan

(1) Akademi Pengajian Islam akan melantik sekurang-kurangnya seorang
ahli daripada kakitangan Universiti ini sebagai Penyelia untuk memimpin
dan menyelia kerja-kerja seorang calon. Akademi Pengajian Islam boleh
juga melantik seorang yang berkelayakan dari luar Universiti ini sebagai
seorang Perunding bagi mana-mana calon yang mengikuti program
secara kursus dan disertasi dan secara disertasi. Perunding akan dilantik
pada masa yang sama dengan pelantikan penyelia.

(2) Penyelia yang dilantik bagi calon program ijazah Sarjana hendaklah
mengemukakan suatu laporan kemajuan secara online terhadap calon
tersebut pada setiap semester kepada Ketua Jabatan.

(3) Calon yang kemajuannya tidak memuaskan boleh ditamatkan
pencalonannya oleh Senat.

16. Penetapan Bidang Penyelidikan dan Tajuk Disertasi

(1) Program Ijazah Sarjana

(a) Fakulti hendaklah meluluskan bidang penyelidikan untuk disertasi
calon seperti mana yang dinyatakan dalam Jadual yang
berkenaan kepada Peraturan-Peraturan ini bagi program
pengajian berkenaan.

(b) Tajuk disertasi hendaklah dikemukakan kepada Fakulti untuk
kelulusan semasa calon memberi notis untuk penyerahan
disertasinya.















30

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015
17. Penyerahan

(1) Seseorang calon tertakluk kepada syarat-syarat berikut berhubung
dengan penyerahan disertasinya untuk peperiksaan:

(a) Seseorang calon dikehendaki memberi sekurang-kurangnya tiga
bulan notis bertulis kepada Jabatan untuk memberitahu tujuannya
hendak menyerahkan disertasinya bagi peperiksaan.

(b) Seseorang calon hendaklah menyerahkan lima salinan
disertasinya untuk pemeriksaan, di mana satu daripadanya
hendaklah merupakan naskah asal. Disertasi tersebut hendaklah:

(i) Didahulukan dengan satu ringkasan yang tidak melebihi
500 patah perkataan;

(ii) Ditaip atau dicetak 2 barisan langkau di atas kertas bersaiz
A4, kecuali untuk lukisan atau peta yang tidak mempunyai
had saiz kertas. Ruangan berukuran 4 sentimeter
hendaklah disediakan di sebelah kiri;

(iii) Dijilid dengan kertas nipis dengan tajuk atau ringkasan tajuk serta
nama pengarang dicetak dalam huruf besar pada kulit hadapan;
dan

(3) Selepas disertasi telah diperiksa, calon hendaklah mengemukakan
kepada Universiti enam naskah disertasi itu dalam bentuk bercetak
dalam format yang dinyatakan di bawah sama ada atau tidak disertasi itu
telah mencapai taraf bagi penganugerahan ijazah berkenaan atau tidak:

(a) Bagi program Secara Penyelidikan, naskah disertasi dijilid dalam
kulit tebal yang berwarna merah rexine dan dicetak berhuruf besar
dengan font 15Arial Narrowberwarna emas di kulit hadapan.Nama
pengarang, tajuk yang lengkap, tahun penyerahan dan nama
ijazah yang akan dianugerahkan dicetak dengan huruf besar
berwarna emas dengan saiz huruf yang sesuai pada tulang
belakang.

(b) Disertasi program Secara Penyelidikan sepenuhnya hendaklah
tidak melebihi 60,000 patah perkataan.

(c) Disertasi bagi program Secara Kursus Dan Penyelidikan
hendaklah tidak melebihi 40,000 patah perkataan.






31

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015
(d) Walau apa pun tersebut dalam C(ii) dan (iii) yang berikut tidak
termasuk dalam had patah perkataan:

(i) Nota kaki, lampiran, jadual dan rajah; dan

(ii) Pengeluaran semula ataupun terjemahan daripada
sebarang teks. Ulasan atau kritik yang dibuat oleh calon
mengenainya hendaklah tertakluk kepada had patah
perkataan tersebut.

(e) Calon yang ingin melebihi had patah perkataan yang ditetapkan
hendaklah:

(i) Membuat permohonan kepada Senat melalui Fakulti
sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum tarikh penyerahan
disertasi untuk pemeriksaan, dengan memberi alasan
mengapa ia tidak dapat mematuhi had panjang yang telah
ditetapkan.

(ii) Calon tidak boleh menyerahkan sebagai disertasinya kerja
yang telah diserahkan untuk ijazah di Universiti ini atau
universiti lain, tetapi ia tidak dilarang memasukkan mana-
mana bahagian kerja tersebut ke dalam disertasinya
sekiranya ia menunjukkan dengan terang dalam
disertasinya bahagian kerja yang telah dimasukkan ke
dalam disertasi.

(iii) Calon boleh menyerahkan sebarang sumbangan yang telah
dicetak dan diterbitkan secara perseorangan atau secara
berkumpulan untuk peningkatan bidangnya. Kerja yang
dilakukan secara berkumpulan hendaklah disertakan
dengan kenyataan yang menjelaskan dengan terang
bahagian kerja yang dibuat oleh calon sendiri. Kenyataan ini
hendaklah ditandatangani oleh rakan penulis yang lain.

(iv)

Disertasi atau sebahagian daripadanya yang telah
diluluskan dan kemudiannya diterbitkan, hendaklah
mengandungi kenyataan yang terang bahawa ianya telah
dikemukakan untuk ijazah Sarjana berkenaan dari
Universiti. Sepanjang pengajiannya, seseorang calon
boleh, dengan persetujuan Penyelianya, menerbitkan
kertas-kertas hasil kerjanya, dengan syarat rujukan
sewajarnya diberi kepada Universiti di dalam kertas-kertas
itu.





32

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015
(v) Disertasi itu sama ada diluluskan atau tidak untuk
penganugerahan ijazah Sarjana berkenaan termasuk
semua hak harta intelek di dalamnya hendaklah terletakhak
pada dan tetap menjadi hak milik Universiti. Universiti
mempunyai hak untuk menghadkan atau membataskan
pencetakan, pemberitahuan dan penggunaan, atau mana-
mana urusan dengan yang berikut bagi tempoh yang
diperlukan untuk maksud melindungi atau memperolehi hak
harta intelek:

(A) Disertasi; atau

(B) Hasil yang membawa kepada disertasi berkenaan;
atau

(C) Kedua-dua yang dinyatakan di atas.

18. Struktur Program Sarjana Secara Kursus dan Penyelidikan

Program Sarjana Syariah dan Sarjana Usuluddin secara kursus dan
penyelidikan terdiri daripada 2 Bahagian:

(1) Bahagian I program ini meliputi 12 jam kredit yang terdiri daripada
kursus-kursus yang diberikan dalam jadual struktur kursus:

(a) Calon dikehendaki mengambil dua kursus teras fakulti, satu
kursus teras jabatan dan satu kursus pilihan.

(b) Calon dikehendaki menyempurnakan 12 jam kredit Bahagian
I sebelum dibenarkan mengambil Bahagian II.

(2) Bahagian II program ini meliputi 40 jam kredit yang mengandungi
penyelidikan yang membawa kepada pengemukaan sebuah
disertasi.

(a) Disertasi atau bahagian daripadanya yang telah diluluskan
kemudian diterbitkan hendaklah dinyatakan dengan terang
bahawa ianya telah dikemukakan untuk Ijazah Sarjana
Syariah/Usuluddin Universiti Malaya. Seseorang calon
sepanjang pengajiannya boleh menerbitkan kertas-kertas
daripada kerjanya dengan persetujuan Penyelianya, dengan
syarat nama Universiti Malaya dirujuk sewajarnya di dalam
kertas-kertas itu.






33

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015
19. Kehadiran Kelas

(1) Seorang calon diwajibkan menghadiri semua kelas. Adalah
menjadi tanggungjawab setiap pensyarah memaklumkan kepada
pelajar tentang akibat ketidakhadiran kelas. Adalah menjadi
tanggungjawab seorang calon mempastikan bahawa pensyarah
diberitahu awal tentang ketidakhadiran kelasnya. Calon
dikehendaki menyimpan rekod kehadiran kelas dan melaporkan
tentang ketidakhadiran yang melebihi dua puluh (20) peratus
kepada Pejabat Dekan.

(2) Mana-mana calon dengan kehadiran kelas kurang daripada
lapan puluh (80) peratus untuk sesuatu kursusdalam sesuatu
semester tanpa sebab yang boleh diterima atau tanpa terlebih
dahulu mendapat kebenaran guru berkenaan akan dihalang
daripada mengambil peperiksaan akhir bagi kursus berkenaan
dalam sesuatu semester oleh Dekan Fakulti di mana calon itu
mendaftar untuk program ijazah sarjana. Apabila seorang calon
dihalang daripada mengambil peperiksaan akhir sesuatu
kursus dalam sesuatu semester ia hendaklah diberitahu oleh
Dekannya secara bertulis seawal-awalnya sebelum
peperiksaan semester berkenaan bermula.

(3) Mana-mana calon yang dihalang daripada mengambil peperiksaan
akhir untuk sesuatu kursus dalam sesuatu semester akan
diberi markah sifar untuk peperiksaan akhir bagi kursus itu.

20. Syarat Menduduki Peperiksaan

(1) Calon dikehendaki memenuhi sekurang-kurangnya 80% kehadiran
kuliah/tutorial untuk melayakkan beliau menduduki peperiksaan
dalam kursus berkenaan. Calon yang tidak memenuhi syarat-
syarat kehadiran kuliah/tutorial dengan memuaskan dihalang untuk
mendudukipeperiksaan kursus berkenaan. Sebelum menduduki
peperiksaan, calon mesti menjelaskan yuran terhutang (jika ada).

(2) Peperiksaan Bahagian I akan terdiri daripada peperiksaan dalam
dua kursus teras fakulti, satu kursus teras jabatan dan satu kursus
pilihan.







34

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015
SKIM PEMARKAHAN

SKIM PEMARKAHAN PEPERIKSAAN UNIVERSITI MALAYA
(IJAZAH SARJANA)

Skim Pemarkahan (Digunapakai untuk semua calon yang mengambil peperiksaan
bermula Semester I, Sesi 2009/2010. Calon yang mendaftar sebelum Semester I,
2009/2010 masih tertakluk kepada skim pemarkahan yang asal iaitu lulus pada gred
C.)

Penilaian Peperiksaan untuk Ijazah Sarjana secara Kursus hendaklah berdasarkan Skim
Pemarkahan seperti berikut:



*Lulus Bersyarat bermakna lulus dalam kursus berkenaan jika PNGK adalah 3.0
atau lebih pada semester kursus tersebut di ambil










Markah

Gred Mata Gred Maksud
80-100
75-79

A
A-
4.0
3.7
Cemerlang

70-74
65-69

B+
B
3.3
3.0
Lulus

60-64
55-59
50-54

B-
C+
C
2.7
2.3
2.0
Lulus Bersyarat *

45-49
40-44
35-39
<35

C-
D+
D
F

1.7
1.5
1.0
0

Gagal


35

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015
Prestasi akademik calon dalam sesuatu semester ditunjukkan oleh PNG dan PNGK. PNG
ditentukan dengan membahagikan jumlah mata gred yang diperolehi dengan jumlah
kredit yang diambil dalam sesuatu semester.

Berikut adalah contoh bagaimana PNG ditentukan:


PNGK ditentukan dengan membahagikan jumlah mata gred yang diperolehi
dengan jumlah kredit yang telah diambil mulai semester pertama sehingga
semester terkini.

Maklumat lanjut sila rujuk Peraturan-Peraturan Universiti Malaya (Ijazah
Sarjana) 2010
















Kursus Gred
Mata
Gred
Kredit

Kredit x Mata Gred

K1

A

4.0

4

4x4.0=16.0

K2

C+

2.3

3

3x2.3= 6.9

K3

F

0.0

3

3x0.0= 0.0

K4

C 2.0 3

3x2.0= 6.0

Jumlah 13
28.9

=
2.22
13

36

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015

SYARAT-SYARAT DAN KEPERLUAN PENGIJAZAHAN
CALON IJAZAH TINGGI MOD PENYELIDIKAN

1. Doktor Falsafah

(1) Kursus Metodologi Penyelidikan tidak lewat dari semester kedua
pencalonan.

(2) Satu pembentangan Seminar dijalankan dalam tempoh empat semester
pertama pencalonan.

(3) Candidature Defence dijalankan pada semester kelima pencalonan .

(4) Satu pembentangan Seminar sebelum penyerahan tesis.

(5) menunjukkan bukti penerimaan sekurang-kurangnya satu (1) kertas dalam
jurnal ISI (WoS)-Ranked Full Length Journal Paper Atau sekurang-
kurangnya dua (2) kertas di dalam jurnal berwasit kategori A atau B yang
diiktiraf oleh PTj untuk penerbitan.

(6) *Keperluan mastautin selama 12 bulan.

(7) *Syarat Bahasa Malaysia.

(8) *Syarat Bahasa Inggeris.

2. Sarjana

(1) Kursus Metodologi Penyelidikan tidak lewat dari semester kedua
pencalonan.

(2) Satu Pembentangan Seminar dijalankan dalam tempoh dua semester
pertama pencalonan.

(3) Candidature Defence dijalankan pada semester ketiga pencalonan.

(4) Pembentangan sekurang-kurangnya satu (1) Kertas Kerja di peringkat
kebangsaan atau antarabangsa.

(5) Menunjukkan bukti penerimaan sekurang-kurangnya satu (1) kertas di dalam
jurnal berwasit kategori A atau B yang diiktiraf oleh PTj untuk penerbitan.

(6) *Keperluan mastautin selama 6 bulan.

(7) *Syarat Bahasa Malaysia

(8) *Syarat Bahasa Inggeris

37

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015
SYARAT-SYARAT DAN KEPERLUAN PENGIJAZAHAN
CALON IJAZAH TINGGI MOD CAMPURAN

3. Sarjana

(1) Pembentangan proposal pada permulaan pendaftaran bagi komponen
penyelidikan.

(2) Membentangkan kemajuan penyelidikan dalam sesi Candidature Defence yang
masanya ditentukan oleh fakulti.

(3) *Syarat Bahasa Malaysia

(4) *Syarat Bahasa Inggeris



Catatan:

* Bagi calon antarabangsa sahaja

























IJAZAH SARJANA
SYARIAH

39

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015
KAEDAH UNIVERSITI MALAYA
IJAZAH SARJANA) 2010

JADUAL PERTAMA
BAHAGIAN 2

IJAZAH SARJANA SYARIAH

1. Klasifikasi Program

Program ijazah Sarjana Syariah yang ditawarkan adalah seperti berikut:

(1) Program secara Kursus dan Penyelidikan, di mana peruntukan jam kredit
untuk bahagian penyelidikan merupakan tujuh puluh peratus (70%) atau
lebih daripada jumlah jam kredit bagi keseluruhan program pengajian
berkenaan; dan

(2) Program secara Penyelidikan di mana peratusan bahagian penyelidikan
merupakan seratus peratus (100%) program pengajian berkenaan.

2. Syarat Kemasukan

Kelayakan masuk ke program ijazah Sarjana Syariah adalah seperti berikut:

(1) Program Secara Kursus dan Penyelidikan

(a) Ijazah Sarjana Muda Syariah dengan PNGK 3.0 dan ke atas atau
kelayakan yang setaraf dengannya; atau

(b) Kelayakan lain yang diluluskan oleh Senat dari masa ke semasa.

(2) Program Secara Penyelidikan

(a) Ijazah Sarjana Muda Syariah dengan PNGK 3.0 dan ke atas atau
kelayakan yang setaraf dengannya; atau

(b) Kelayakan lain yang diluluskan oleh Senat dari masa ke semasa.

(c) Bagi calon antarabangsa yang mengikuti dan atau menulis
disertasi dalam Bahasa Inggeris perlu mempunyai sekurang-
kurangnya IELTS 6.0 atau TOEFL 550 jika ijazah pertama
diperolehi dari universiti di mana bahasa Inggeris bukan bahasa
pengantara (penyampaian pengajaran) atau;



40

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015
(d) Lulus kursus bahasa Inggeris yang ditetapkan oleh universiti.

3. Tempoh Pengajian

(1) Program Secara Kursus dan Penyelidikan

(a) Tempoh minimum pengajian bagi Program Sarjana Syariah secara
Kursus dan Penyelidikan adalah selama tiga (3) semester biasa.

(b) Tempoh maksimum pengajian bagi Program Sarjana Syariah
adalah selama lapan (8) semester biasa.

(2) Dalam keadaan istimewa Senat boleh melanjutkan pencalonan yang
melampaui tempoh maksimum seperti mana yang ditetapkan dalam
perenggan kecil (1) (b) di atas dengan syarat bahawa pelanjutan
berkenaan tidak melebihi satu tahun.

(3) Program Secara Penyelidikan

(a) Tempoh minimum pengajian bagi Program Sarjana Syariah secara
Penyelidikan adalah selama dua (2) semester biasa melainkan
Senat meluluskan suatu tempoh yang berlainan.

(b) Tempoh maksimum pengajian bagi Program Sarjana Syariah
adalah selama lapan (8) semester biasa.

(4) Dalam keadaan istimewa Senat boleh melanjutkan pencalonan yang
melampaui tempoh maksimum seperti mana yang ditetapkan dalam
perenggan kecil (1) (b) di atas dengan syarat bahawa pelanjutan
berkenaan tidak melebihi satu tahun.

4. Struktur Program

Struktur program pengajian untuk ijazah Sarjana Syariah adalah seperti
berikut:

(1) Program Secara Kursus dan Penyelidikan

(a) Program ini terdiri daripada 2 Bahagian iaitu:

(i) Bahagian I yang melibatkan kursus yang berjumlah 12 kredit
yang dibahagikan kepada:

(A) dua (2) Kursus Teras Fakulti 6 jam kredit
(B) satu (1) Kursus Teras Jabatan 3 jam kredit
(C) satu (1) Kursus Pilihan Jabatan 3 jam kredit


41

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015
(ii) Bahagian II yang melibatkan penyelidikan yang membawa
kepada penghasilan satu disertasi yang berjumlah 40 jam
kredit;

(b) Butir-butir kursus yang ditawarkan adalah seperti mana yang
diluluskan oleh Senat dari semasa ke semasa atas perakuan
Akademi dan dimaklumkan kepada calon pada permulaan setiap
sesi.

(c) Senarai kursus yang ditawarkan adalah seperti mana yang
dinyatakan dalam senarai struktur kursus Sarjana Syariah secara
Kursus dan Penyelidikan.

(2) Program Secara Penyelidikan

(a) Program ini merupakan program penyelidikan sepenuhnya yang
membawa kepada penghasilan satu disertasi dan formatnya
adalah seperti mana yang diperuntukkan di bawah perenggan 8
Peraturan Universiti Malaya (Ijazah Sarjana) 2002.

(b) Akademi boleh mensyaratkan calon mengikuti atau mengikuti dan
lulus kursus tertentu sekiranya Akademi berpendapat bahawa
calon berkenaan tidak mempunyai pengetahuan yang memadai
untuk Ijazah Sarjananya.


















42

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015
PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA
(IJAZAH SARJANA) 2010

JADUAL PERTAMA
BAHAGIAN 2

IJAZAH SARJANA SYARIAH

1. Pendaftaran Kursus

(1) Program Secara Kursus dan Penyelidikan

(a)
Pendaftaran kursus dilakukan dalam minggu sebelum semester
berkenaan bermula.

(b)
Seseorang calon hendaklah mendaftar sekurang-kurangnya 3 jam
kredit kursus pada mana-mana semester melainkan ia diluluskan
penarikan diri daripada semester berkenaan.

(c)
Pendaftaran untuk Bahagian Disertasi hanya boleh dilakukan
setelah calon menyempurnakan Bahagian I.

(2) Program Secara Penyelidikan


Calon program secara Penyelidikan yang disyaratkan mengikuti mana-
mana kursus dikehendaki mendaftar untuk kursus berkenaan dalam
semester yang kursus tersebut ditawarkan melainkan telah diluluskan
penarikan diri untuk semester berkenaan.

2. Pelantikan Penyelia dan Perunding

(1) Program Secara Kursus dan Penyelidikan

(a)
Pelantikan Penyelia bagi calon program ini hendaklah dilakukan
pada masa yang sama bidang penyelidikan calon dikemukakan
untuk kelulusan.

(b)
Pelantikan Perunding untuk calon program ini boleh dilakukan pada
bila-bila masa yang diperlukan.








43

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015

(2) Program Secara Penyelidikan

(a)
Pelantikan Penyelia bagi calon program ini hendaklah dilakukan
pada masa yang sama bidang penyelidikan calon dikemukakan
untuk kelulusan.

(b)
Pelantikan Perunding untuk calon program ini boleh dilakukan pada
bila-bila masa yang diperlukan.

3. Penetapan Bidang dan Tajuk Disertasi/Laporan Penyelidikan

(1) Program Secara Kursus dan Penyelidikan

(a)
Penetapan bidang disertasi hendaklah dilakukan sebelum calon
memulakan bahagian penyelidikannya.

(b)
Pengesahan tajuk disertasi calon hendaklah dilakukan oleh Akademi
apabila calon memberi notis untuk menyerahkan disertasi bagi
pemeriksaan.


(2) Program Secara Penyelidikan

(a)
Penetapan bidang disertasi hendaklah dilakukan setelah calon
diterima masuk ke program ini.

(b)
Pengesahan tajuk disertasi calon hendaklah dilakukan oleh Akademi
apabila calon memberi notis untuk menyerahkan disertasi bagi
pemeriksaan.
4. Masa dan Format Penyerahan

(1) Program Secara Kursus dan Penyelidikan


(a) Calon dibenar menyerahkan disertasinya setelah menjalani
penyelidikan selama sekurang-kurangnya satu semester selepas
pendaftaran bahagian disertasi tetapi tidak melepasi tempoh
maksimum pencalonannya dan tidak kurang dari tempoh minimum.


(b) Format untuk disertasi adalah seperti mana yang ditetapkan di
bawah Peraturan Universiti Malaya (Ijazah Sarjana) 2002.





44

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015
(2)

Program Secara Penyelidikan
(a)
Calon program ini dibenar menyerahkan disertasinya sebelum tamat
tempoh maksimum pencalonannya dan tidak kurang dari tempoh
minimum.

(b)
Format untuk disertasi adalah seperti mana yang ditetapkan di
bawah Peraturan Universiti Malaya (Ijazah Sarjana) 2002.

(c)
Calon yang disyaratkan mengikuti atau mengikuti dan lulus kursus
tertentu tidak dibenar menyerahkan disertasinya sehingga:

(i)
disahkan oleh Pengarah Akademi bahawa ia telah mengikuti
kursus yang disyaratkan dengan memuaskan; atau

(ii)
ia telah lulus kursus yang disyaratkan.




























45

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015
STRUKTUR
PROGRAM SARJANA SYARIAH


BAHAGIAN I DUA (2) Kursus Teras Fakulti 6 jam kredit

SATU (1) Kursus Teras Jabatan 3 jam kredit

SATU (1) Kursus Pilihan Jabatan 3 jam kredit

Jumlah jam kredit Bahagian I

12 jam kredit

BAHAGIAN II DISERTASI

40 jam kredit

JUMLAH JAM KREDIT KESELURUHAN

52 jam kredit


STRUKTUR KURSUS SARJANA SYARIAH
SECARA KURSUS DAN PENYELIDIKAN


1. Kursus Teras Fakulti

Jam Kredit

IXGX6111 Kaedah Penyelidikan Lanjutan 3
Advanced Research Methodology

IXGH6111

Kaedah Pengajian Syariah

3
Methodology of Shariah Studies

2. Kursus Teras Jabatan Jam Kredit

(1) Jabatan Fiqh dan Usul

IFGH6111 Maqasid al-Shariah 3
Objectives of Shariah

(2) Jabatan Syariah dan Undang-undang

IUGH6113 Perundangan Islam Kontemporari 3
Contemporary Islamic Law



(3) Jabatan Syariah dan Ekonomi

IEGH6113 Pengajian Ekonomi Islam Lanjutan 3
Advanced Islamic Economic Studies

46

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015
(4) Jabatan Syariah dan Pengurusan

IPGH6112 Sistem Kewangan Islam Lanjutan 3
Advanced Islamic Financial System

(5) Jabatan Siasah Syar

iyyah

IHGH6111 Siasah Syar

iyyah Lanjutan 3
Advanced Siasah Syariyyah

3. Kursus Pilihan Jabatan JamKredit

(1) Jabatan Fiqh dan Usul

IFGH6321 Mazhab Syafie dan Khilafiyah di Malaysia 3
Syafie Madhhab and Disagreements of
Fiqh in Malaysia



IFGH6322 Hukum Islam Semasa 3
Contemporary Islamic Jurisprudence

(2) Jabatan Syariah dan Undang-undang

IUGH6316 Isu Undang-undang Keluarga Islam 3
Criminal Law in Muslim Countries

IUGH6319 Undang-undang Jenayah di Negara Islam 3
Issue on Islamic Family Law

(3) Jabatan Syariah dan Ekonomi

IEGH6320 Isu Semasa Transaksi Ekonomi Islam 3
Contemporary Issues in Islamic Economic
Transaction



IEGH6321 Ekonomi Pembangunan Perbandingan
Lanjutan
3
Advanced Comparative Development
Economy


(4) Jabatan Syariah dan Pengurusan

IPGH6318 Pembangunan Usahawan Islam 3
Islamic Entrepreneurship Development

IPGH6322 Sistem Pengurusan Islam Lanjutan 3
Advanced Islamic Management System


47

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015
(5) Jabatan Siasah Syar

iyyah

IHGH6312 Pengurusan Pentadbiran Islam
Perbandingan
3
Comparative Administration Management


IHGH6318 Efektif Governan Dalam Islam 3
Effective Governance in Islam




























48

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015
RINGKASAN KURSUS TERAS FAKULTI



IXGX 6111

Kaedah Penyelidikan Lanjutan

Kursus ini membincangkan pengenalan kepada penyelidikan, kaedah-kaedah
penyelidikan dan etika penyelidikan yang perlu diikuti oleh penyelidik. Turut difokuskan
tasawur Islam tentang penyelidikan, kaedah pengumpulan dan analisis data kualitatif
dan kuantitatif.

Kaedah Penilaian : Penilaian Berterusan: 100%

Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris

Hasil Pembelajaran:

Di akhir kursus ini, pelajar dapat:

1. Menghuraikan proses dan etika dalam menjalankan sesuatu penyelidikan.
2. Membezakan antara penggunaan metode kualitatif dengan metode kuantitatif dan
kegunaannya dalam melakukan penyelidikan.
3. Menghasilkan proposal penyelidikan untuk disertasi/tesis serta kertas cadangan
termasuk yang berkaitan dengan keusahawanan.
4. Menggunakan perisian komputer untuk menganalisis data penyelidikan.

Rujukan Utama:

1. Babbie, Earl. (2008). The Basics of Social Research, Fourth Edition. Belmont, CA:
Wadsworth.
2. Chua Yan Piaw (2006), Kaedah Penyelidikan (Buku 1 & 2). Malaysia: McGraw Hill
Education (Malaysia) Sdn. Bhd.
3. Othman Mohamed (2001), Penulisan Tesis dalam Bidang Sains Sosial Terapan.
Serdang, Selangor: penerbit Universiti Putra Malaysia.
4. Ahmad Sunawari Long (2005), Pengenalan Metodologi Pengajian Islam, Bangi:
Fakulti Pengajian Islam UKM.
5. Qal`ahji, Muhammad Rawas (1999), Turuq al-Bahth fi al-Dirasah al-Islamiyyah,
Beirut: Dar al-Nafais.
6. Muhammad Muqim (1999), Research Methodology in Islamic Perspective, Kuala
Lumpur: Synergy Book International.


49

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015
Kemahiran Insaniah:

1. Kemahiran Berkomunikasi
2. Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah
3. Kerja Berpasukan
4. Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat
5. Kemahiran Keusahawanan
6. Etika dan Moral Profesional
7. Kemahiran Kepemimpinan

IXGH 6111 Kaedah Pengajian Syariah

Kursus ini mengandungi penganalisaan semasa terhadap kaedah penyelidikan dan
pengajian Syariah dan petunjuk ke arah mana ia perlu berkembang sesuai dengan
keperluan semasa. Ia membincangkan definisi pengajian syariah, pendekatan, kaedah
usul fiqh sebagai kaedah pengajian syariah prinsip syariah dan perbendaharaan fiqh
ijtihad kontemporari fiqh Malaysia sebagai model peranan penyelidikan ilmiah dalam
pembinaan fiqh kontemporari.

Kaedah Penilaian : Penilaian Berterusan: 50%
Peperiksaan: 50%

Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris/Bahasa Arab

Hasil Pembelajaran:

Di akhir kursus ini, pelajar dapat:

1. Menghuraikan secara kritis konsep Pengajian Syariah dan kaedah
mengaplikasikannya.
2. Membentuk pemikiran yang objektif sebagai penyelidik dalam bidang Pengajian
Syariah.
3. Menganalisis isu-isu semasa Pengajian Syariah.

Rujukan Utama:

1. Al-Shafii (1358H), al-Risalah. Kaherah: al-Halabi.
2. Izz al-Din Abd al-Salam (1980), Qawaid al-Ahkam. Beirut: Dar al-Jil.
3. Muhammad Abu Zahrah, Tarikh Madhahib al-Islamiyyah. Kaherah: dar al-Fikr al-
Arabi.
4. Ibn Ashur (1988), Maqasid al-Shariah al-Islamiyyah. Tunis: Sharikah al-
Tunisyyah.
5. Abu Sulayman, Ibrahim (1993). Kitab al-Bahth al-Ilmi wa Masadir al-Dirasat al-
Fiqhiyyah. Jedah: Dar al-Shuruq.
6. Mahmood Zuhdi Haji Abdul Majid (2001). Dinamisme Pengajian Syariah. KL:
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
7. Abdul Karim Ali et.al (ed) (1999), Hukum Islam Semasa: Bagi Masyarakat
Malaysia Yang Membangun. KL: Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

50

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015
Kemahiran Insaniah:

1. Kemahiran Berkomunikasi
2. Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah
3. Kerja Berpasukan
4. Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat
5. Etika dan Moral Profesional
6. Kemahiran Kepemimpinan




























Jabatan Fiqh dan Usul

52

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015
RINGKASAN KURSUS
JABATAN FIQH DAN USUL


Kursus Teras Jabatan

IFGH 6111 Maqasid al-Shariah

Kursus ini mengandungi perbincangan tentang konsep maqasid al-syariah, sejarah
pemikiran berkaitan dengannya, penganalisaan hukum dan menggunapakai maqasid
al-syariah, teori maslahah dan mafsadah, maqasid al-syariah dan hubungannya
dengan sumber hukum dan kedudukannya sebagai asas dalam melakukan ijtihad.

Kaedah Penilaian : Penilaian Berterusan: 50%
Peperiksaan: 50%

Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia/Bahasa Arab

Hasil Pembelajaran:

Di akhir kursus ini, pelajar dapat:

1. Menghuraikan kepentingan Maqasid al-Syariah sebagai satu konsep dalam
ijtihad/fatwa masakini.
2. Menganalisis pandangan para fuqaha tentang fungsi Maqasid al-Syariah dalam
berijtihad.
3. Menilai perbezaan antara pendekatan maqasidi dan Syakli dalam berijtihad.
4. Mengaplikasi prinsip Maqasid al-Syariah sebagai asas dalam penyelidikan hukum
Islam.

Rujukan Utama:

1. al-Shatibi, Abu Ishaq Ibrahim bin Musa ibn Muhammad al-Lakhmi (1997M/1417H),
al-Muwafaqat fi Usul al-al-Syariah, al-Shaykh Abd Allah Darraz (edit.). Beirut: Dar
al-Ma
c
rifah.
2. Yusuf Hamid (1991), al-Maqasid al-Ammah li al-Syariah al-Islamiyyah, Virginia:
Mahad al-Alami li al-Fikr al-Islami.
3. al-Yubi, Muhammad Said (1998), Maqasid al-Syariah al-Islamiyyah wa Alaqatuh
bi al-Adillah al-Syariyyah, Riyad: Dar al-Hijrah.

4.
Ibn
'
Ashur, Muhammad al-Tahir (1998). Maqasid al-Syariahal-Islamiyyah.
Muhammad al-Tahir al-Misawi(edit.), tp. al-Bashair li al-Intaj al-
'
Ilmi.
5. al-Raysuni, Ahmad (1992), Nazariyyat al-Maqasid ind al-Imam al-Shatibi. Beirut:
Muassasat al-Jami
c
iyyah li al-Dirasat wa al-Nashr wa al-Tawzi.
6. Masud, Muhamad Khalil (2000M). Shatibis Philosophy of Islamic
Law, Kuala Lumpur: Islamic Book Trust.


53

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015
Kemahiran Insaniah:

1. Kemahiran Berkomunikasi
2. Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah
3. Kerja Berpasukan
4. Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat
5. Etika dan Moral Profesional
6. Kemahiran Kepemimpinan

Kursus Pilihan Jabatan

IFGH 6321 Mazhab Syafie dan Khilafiah di Malaysia

Kursus ini menghuraikan latarbelakang sejarah dan pengaruh mazhab Syafie dalam
masyarakat Islam di Malaysia. Ia juga menganalisis pengaruh mazhab Syafie dalam
pentadbiran fatwa di Malaysia. Di samping itu ia juga membincangkan faktor dan
impak kepada isu-isu khilafiah di Malaysia.

Kaedah Penilaian : Penilaian Berterusan: 50%
Peperiksaan: 50%

Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris

Hasil Pembelajaran:

Di akhir kursus ini, pelajar dapat:

1. Menghurai sejarah perkembangan mazhab Syafie di Malaysia.
2. Mengenalpasti latarbelakang, faktor dan kesan khilafiah di Malaysia.
3. Menilai pengaruh mazhab Syafie dalam kehidupan masyarakat Islam di Malaysia.
4. Menganalisis pendekatan fatwa semasa dan isu-isu khilafiah di Malaysia.

Rujukan Utama:

1. Akram Yusuf `Umar al-Qawasimi (2003), al-Madkhal ila Madhhab al-Imam al-
Syafi`i. `Amman Jordan: Dar al-Nafais.
2. M.B. Hooker (1984), Islamic Law in South East Asia. Singapore: Oxford University
Press.
3. Abdul Monir Yaacob & Wan Roslili Majid (ed)(1998), Mufti dan Fatwa di Negara-
negara ASEAN. Kuala Lumpur: IKIM.
4. Amin Ahsan Islahi (1986), Juristic Differences and How to Resolve them in an
Islamic State. Lahore: Islamic Publications.
5. Yusuf al-Qaradawi (1995), Al-Sahwat al-Islamiyyah bayn al-Ikhtilaf al-Masyru` wa
al-Tafarruq al-Madhmum. Beirut: Muassasah al-Risalah.



54

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015
Kemahiran Insaniah:

1. Kemahiran Berkomunikasi
2. Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah
3. Kerja Berpasukan
4. Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat
5. Etika dan Moral Profesional
6. Kemahiran Kepemimpinan

*IFGH 6322 Hukum Islam Semasa

Kursus ini membincangkan konsep hukum Islam Semasa, aliran pemikiran hukum
Islam di Malaysia, metode istinbat hukum Islam menurut aliran mutakalimin dan
Hanafiah dan isu-isu semasa berkaitan muamalat, zakat dan kepenggunaan.

Kaedah Penilaian : Penilaian Berterusan: 50%
Peperiksaan: 50%

Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris/Bahasa Arab

Hasil Pembelajaran:

Di akhir kursus ini, pelajar dapat:

1. Menghurai konsep hukum Islam semasa dalam pengajian Syariah.
2. Menganalisis metode istinbat hukum dalam aliran mutakalimin dan Hanafiah.
3. Mengenalpasti pendekatan dan metodologi dalam aliran pemikiran hukum Islam di
Malaysia.
4. Mengaplikasi metode hukum Islam semasa dalam isu-isu muamalat, zakat dan
kepenggunaan.

Rujukan Utama:

1. Cik Hasan Bisri (2003), Model Penelitian Fiqh : Paradigma Penelitian Fiqh Dan
Fiqh Penelitian, Bogor : Penerbitan Kencana.
2. Muhammad Firdaus Nurul Huda (2002), Kesan Perubahan Sosial Terhadap
Hukum Islam:Satu Kajian Tentang Metodologi Syariah Dan Pelaksanaannya,
Kuala Lumpur: Thinkers Library.
3. Rahimin Affandi Abd. Rahim (2000), Fiqh Malaysia : Suatu Tinjauan Sejarah ,
dlm. Paizah Ismail & Ridzwan Ahmad (ed), Fiqh Malaysia : Ke Arah Pembinaan
Fiqh Tempatan Yang Terkini, Kuala Lumpur : APIUM.
4. Imran Ahsan K han Nyazee (2002), Thories of Islamic Law: The Methodology of
Ijtihad, Kuala Lumpur: The Other Press.
5. Syubir, Muhammad Uthman (2004), al-Mu`amalat al-Maliyyah al-Mu`asirah,
Amman: Dar al-Nafais.
6. Suruhanjaya Sekuriti (2008), Keputusan Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya
Sekuriti, Edisi Kedua,KL: Suruhanjaya Sekuriti.

55

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015

7. Khin, Mustafa Sa`id al (2000), Athar al-Ikhtilaf fi al-Qawaid al-Usuliyyah fi Ikhtilaf
al-Fuqaha (ed.3). Beirut: al-Risalah.
8. Muhammad Adib Salih (1984), Tafsir al-Nusus (ed.2), Beirut: al-Maktab al-Islami.

Kemahiran Insaniah:

1. Kemahiran Berkomunikasi
2. Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah
3. Kerja Berpasukan
4. Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat
5. Etika dan Moral Profesional
6. Kemahiran Kepemimpinan
























Jabatan Syariah dan
Undang-Undang

57

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015
RINGKASAN KURSUS
JABATAN SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG

Kursus Teras Jabatan

IUGH6113 Perundangan Islam Kontemporari

Kursus ini akan mendedahkan kepada pelajar latar belakang perundangan serta
perkembangannya termasuklah jurisprudens dan penulisan penulisan penting
perundangan Islam. Kursus ini juga akan membincangkan aspek-aspek undang-
undang dan statut, aspek pentadbiran dan organisasi serta pelaksanaan perundangan
Islam. Ianya juga akan membincangkan konflik dan isu berbangkit serta reformasi
perundangan Islam masa kini dalam pelbagai aspek di negara-negara Islam.

Kaedah Penilaian : Penilaian Berterusan: 50%
Peperiksaan: 50%

Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris/Bahasa Arab

Hasil Pembelajaran:

Di akhir kursus ini, pelajar dapat:

1. Membuat inferens terhadap isu-isu perundangan Islam kontemporari.
2. Menilai sumber-sumber kajian yang relevan dengan isu-isu semasa yang berlaku.
3. Menganalisis cadangan penyelesaian terhadap isu-isu semasa berbangkit.

Rujukan Utama:

1. Ahmad Hidayat Buang (ed.)(2007), Undang-undang Islam di Malaysia: Prinsip dan
amalan. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
2. Black, E. A., Esmaeili, H., & Hosen, N. (2013), Modern perspectives on Islamic law. ,
Cheltenham, UK : Edward Elgar.
3. Ballantyne, W. M. (2013), Essays and Addresses on Arab Laws. Hoboken: Taylor and
Francis.
4. Ballantyne, W. M. (2013), Essays and Addresses on Arab Laws. Hoboken: Taylor and
Francis.
5. Duderija, A. (2014), Maqasid al-sharia and comtemporary reformist Muslim thought: An
examination. New York, NY: Palgrave Macmillan.
6. Masud, M. K.(2013), Shari'a today: Essays on contemporary issues and debates in
Muslim societies. Pakistan: Iqbal International Institute for Research and Dialogue., &
National Book Foundation.






58

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015
Kemahiran Insaniah:

1. Kemahiran Berkomunikasi
2. Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah
3. Kerja Berpasukan
4. Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat
5. Etika dan Moral Profesional
6. Kemahiran Kepimpinan

Kursus Pilihan Jabatan

IUGH6316 Isu-isu Undang-undang Keluarga Islam

Kursus ini akan membincangkan tentang beberapa isu semasa dalam undang-undang
keluarga Islam terutama pemakaian Undang-undang tersebut di beberapa negara-
negara Islam di dunia dan juga di Negara-negara di mana penduduk Islam adalah
minoriti. Isu yang akan dibincangkan adalah berkaitan dengan marital rape, keperluan
wali, cabaran pelaksanaan Undang-undang personal, kesahtarafan anak dan juga
pemakaian Undang-undang Keluarga Islam dari perspektif konvensyen Antarabangsa.

Kaedah Penilaian : Penilaian Berterusan: 50%
Peperiksaan: 50%

Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris

Hasil Pembelajaran:

Di akhir kursus ini, pelajar dapat:

1. Menganalisis pemakaian Undang-undang Keluarga Islam dalam konteks global.
2. Menghujah isu Undang-undang Keluarga Islam dari perspektif Undang-undang
Antarabangsa.
3. Menilai pelaksanaan Undang-undang Keluarga Islam dari perspektif
perbandingan.

Rujukan Utama:

1. Taslima Monsoor (2008), Gender Equity and Economic Empowerment: Family
Law and Women in Bangladesh, Dhaka: British Council.
2. Dawoud S. El-Alami (1992), The Marriage Contract in Islamic Law, London:
Graham and Trotman.
3. Lynn Welchman (2004), Womens Rights and Islamic Family Law: Perspective on
Reform, London: Zed Books.
4. Chibli Mallat and Jane Connors (1990), Islamic Family Law, London: Graham and
Trotman.
5. David Pearl and Werner Menski (1990), Muslim Family Law, Lahore: Brite Books.
6. Jamal J. Nasir (1995)(2
nd
Edision), The Islamic Law of Personel Status, London:
Graham and Trotman.

59

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015

Kemahiran Insaniah:

1. Kemahiran Berkomunikasi
2. Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah
3. Kerja Berpasukan
4. Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat
5. Etika dan Moral Profesional
6. Kemahiran Kepimpinan

IUGH6319 Undang-undang Jenayah di Negara Islam

Kursus ini direka untuk memperkenalkan kepada para pelajar pelbagai undang-undang
jenayah dan prosedur di beberapa negara Islam terpilih yang melaksanakan undang-
undang ini. Negara-negara Islam ini seperti Arab Saudi, Iran, Sudan, Pakistan dan
Nigeria telah melaksanakan hudud dan qisas di dalam kerangka bidangkuasa mereka,
manakala Malaysia dan Brunei terhad kepada taazir. Perbincangan pada asasnya
berkisar tentang kandungan undang-undang, menilai sejauh manakah ia menepati
kehendak syarak, cabaran yang dihadapi dalam melaksanakannya. Di dalam dunia
yang global ini, pelaksanaan undang-undang jenayah mempunyai implikasi yang lebih
luas. Pelajar akan mengkaji implikasi pelaksanaannya dengan melihat kepada
dokumen hak asasi manusia antarabangsa dan sebagainya yang berkaitan.

Kaedah Penilaian : Penilaian Berterusan: 50%
Peperiksaan: 50%

Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia

Hasil Pembelajaran:

Di akhir kursus ini, pelajar dapat:

1. Menjelaskan secara kritikal pelbagai perundangan di negara Islam berkaitan
undang-undang jenayah.
2. Menganalisis cabaran dan permasalahan yang berkaitan dengan undang-undang
dan masyarakat di setiap negara yang dipelajari.
3. Menilai impak globalisasi terhadap pelaksanaan undang-undang jenayah Islam.
4. Menganalisis pentafsiran perundangan yang dilaksanakan di negara berkenaan.





60

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015
Rujukan Utama:

1. Usmani, M.T (2006), The Islamisation of Laws in Pakistan: The Case of Hudud
Ordinances, The Muslim World, vol.96, pp.287-304.
2. Peters,R (2003), Islamic Criminal Law in Nigeria. Spectrum Ibadan.
3. Peters. R (2005), Crime and Punishment in Islamic Law: Theory & Practice from
the 16
th
to 21
st
Century. Cambrige: Cambridge University Press.
4. Mahmood, T. (2005) Criminal Law in Islam and the Muslim World: A Comparative
Perspective, Institute of Objective Studies.
5. Peters,R (2005) Crime and Punishment in Islamic Law: Theory and Practice from
the Sixteenth Century, Cambridge: Cambridge University Press.

Kemahiran Insaniah:

1. Kemahiran Berkomunikasi
2. Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah
3. Kerja Berpasukan
4. Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat
5. Etika dan Moral Profesional
6. Kemahiran Kepimpinan




















Jabatan Syariah dan
Ekonomi

62

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015
RINGKASAN KURSUS
JABATAN SYARIAH DAN EKONOMI

Kursus Teras Jabatan

IEGH6113 Pengajian Ekonomi Islam Lanjutan

Kursus ini Membandingkan falsafah, prinsip dan metodologi sistem ekonomi Islam,
menganalisis teori-teori utama ekonomi mikro dan makro serta perdagangan
antarabangsa menurut perspektif ekonomi Islam, menganalisis polisi-polisi kewangan
dan fiskal menurut perspektif ekonomi Islam, menilai masalah-masalah utama
ekonomi menurut perspektif ekonomi Islam serta mencadangkan penyelesaian isu-isu
ekonomi semasa menurut perspektif Islam.

Kaedah Penilaian : Penilaian Berterusan: 50%
Peperiksaan: 50%

Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris

Hasil Pembelajaran:

Di akhir kursus ini, pelajar dapat:

1. Membandingkan falsafah, prinsip dan metodologi sistem ekonomi Islam.
2. Menganalisis teori-teori utama ekonomi mikro dan makro serta perdagangan
antarabangsa menurut perspektif ekonomi Islam.
3. Menganalisis polisi-polisi kewangan dan fiskal menurut perspektif ekonomi Islam.
4. Menilai masalah-masalah utama ekonomi menurut perspektif ekonomi Islam.
5. Mencadangkan penyelesaian isu-isu ekonomi semasa menurut perspektif Islam.

Rujukan Utama:

1. Ahmad A.F El-Ashker dan Rodney Wilson (2006), Islamic Economics A Short
History, Boston: Brill.
2. Zubair Hassan (2006), Introduction to Microeconomics An islamic Perspective,
Petaling Jaya: Prentice Hall.
3. Case, Karl E. & Fair, Ray C (2004), Principles of Economics, New Jersey:
Prentice Hall International Inc.
4. Ali Ahmad al-Salus (1998), al-Iqtisad al-Islami wa al-Qadaya al-Fiqhiyyah al-
Muasarah, Beirut: Dar al-Thaqafah
5. Fuaad Abdullah al-Umar (2003), Muqaddimah fi Tarikh al-Iqtisad al-Islami wa
Tatawaruhu, IDB.
6.

7.

8.
Muhammad Akram Khan, (1994), An Introduction to Islamic Economics,
International Institute of Islamic Thought, Islamabad.
Waleed A.J. Addas (2008), Methodology of economics: secular vs Islamic, KL:
International Islamic, KL: International Islamic University Malaysia Press
S.M. Ghazanfar (2003)(edit), Medeival Islamic Economic Thought, London:

63

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015

9.

10.

11.
12.

13.
RoutledgeCurzon
M. UMER CHAPRA (1995), Islam and the Economic Challenge, USA: The
International institute of Islamic thought.
Michael P. Todaro & Stephen C. Smith (2010), Economic development,
Singapore: Addison-Wesley
Eleanor Doyle (2005), the Economic system. USA: John Wiley & Sons Inc.
Charles Tripp (2006), Islam and the Moral Economy The Challenge of
Capitalism, Cambridge University Press: Cambridge
Waleed A.J. Addas (2008), Methodology of Economics Secular vs Islamic,
International Islamic University Malaysia: Ampang

Kemahiran Insaniah:

1. Kemahiran Komunikasi
2. Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah
3. Kerja Berpasukan
4. Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat
5. Kemahiran Keusahawanan
6. Etika dan Nilai Professional
7. Kemahiran Kepemimpinan

Kursus Pilihan Jabatan

IEGH6320 Isu Semasa Transaksi Ekonomi Islam

Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar tentang teori transaksi
ekonomi Islam dan amalannya dalam perbankan dan kewangan semasa. Kursus in
juga menganalisis isu-isu semasa transaksi ekonomi Islam dalam amalan perbankan
Islam, takaful dan pasaran modal Islam, dan mengemukakan penyelesaiannya
praktikal menurut muamalat Islam.

Kaedah Penilaian : Penilaian Berterusan: 50%
Peperiksaan: 50%

Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia


Hasil Pembelajaran:

Di akhir kursus ini, pelajar dapat:

1. Menilai transaksi ekonomi Islam dalam sistem perbankan dan kewangan semasa.
2. Menganalisis isu-isu semasa transaksi dalam takaful menurut muamalat Islam.
3. Menganalisis isu-isu semasa transaksi perbankan Islam menurut muamalat
Islam.
4. Menilai aplikasi prinsip-prinsip transaksi Islam dalam pasaran wang dan modal
Islam.


64

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015

Rujukan Utama:

1. Asmak Ab Rahman et al (2014), Islamic Economics, Banking and Finance:
Concept and Critical Issues, KL: PEARSON.
2. Bank Negara Malayasia (2010), Resolusi Syariah Dalam Kewangan Islam, KL:
Bank Negara Malaysia.
3. Hailani Muji Tahir dan Sanep Ahmad (2009), Aplikasi Fiqh Muamalat Dalam
Sistem Kewangan Islam, Shah Alam: UPENA
4. ISRA (2012), Islamic Financial System: Principles and Operations, KL: ISRA.
5. Zamir Iqbal and Abbas Mirakhor (2007, An Introduction to Islamic Finance: Theory
and Practice, Singapore: Johe Wiley & Sons (Asia) Pte Ltd.

Kemahiran Insaniah:

1. Kemahiran Komunikasi
2. Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah
3. Kerja Berpasukan
4. Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat
5. Etika dan Nilai Professional
6.

Kemahiran Kepemimpinan

IEGH6321 Ekonomi Pembangunan Perbandingan Lanjutan

Kursus ini bertujuan untuk mengkaji polisi dan strategi pembangunan dari perspektif
ekonomi Islam dan konvensional. Dalam kursus ini, para pelajar akan diterangkan
mengenai konsep, teori, polisi dan strategi pembangunan menurut kedua-dua
perspektif ekonomi Islam dan konvensional. Isu-isu semasa pembangunan akan
dianalisis dari perspektif ekonomi Islam dalam kursus ini.

Kaedah Penilaian : Penilaian Berterusan: 50%
Peperiksaan: 50%

Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia

Hasil Pembelajaran:

Di akhir kursus ini, pelajar dapat:

1. Membandingkan konsep pembangunan menurut perspektif ekonomi Islam dan
konvensional.
2. Menganalisis polisi-polisi pembangunan dari perspektif ekonomi Islam dan
konvensional.
3. Menilai strategi pembangunan ekonomi dari perspektif Islam dan konvensional.
4. Menganalisis isu-isu semasa pembangunan dari perspektif ekonomi Islam.




65

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015

Rujukan Utama:

1. Todaro, Michael P. (2006), Economic Development, 9
h
Edition. New York:
Addison Wesley Longman.
2. Dale, Reidar (2004), Development Planning: Concepts and Tools for Planners,
Managers and Facilitators. London: Zed Books.
3. Ataul huq Pramanik.(1993), Development and Distribution in Islam. Petaling Jaya:
Pelanduk Publications.
4. Muhammad Sadeq AbulHasan (1990),Economic Development in Islam.
Petaling Jaya: Pelanduk Publications (M) Sdn. Bhd.

Kemahiran Insaniah:

1. Kemahiran Berkomunikasi
2. Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah
3. Kerja berpasukan
4. Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat
5. Etika dan Moral Profesional
6. Kemahiran Kepimpinan




















Jabatan Syariah dan
Pengurusan

67

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015
RINGKASAN KURSUS
JABATAN SYARIAH DAN PENGURUSAN

Kursus Teras Jabatan

IPGH 6112 Sistem Kewangan Islam Lanjutan

Kursus ini membincangkan prinsip dan komponen utama Sistem Kewangan Islam. Ia
termasuklah riba, institusi, instrumen dan pasaran kewangan Islam. Perbincangan
lebih banyak berbentuk kajian kes.

Kaedah Penilaian : Penilaian Berterusan: 50%
Peperiksaan: 50%

Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris/Bahasa Arab

Hasil Pembelajaran:

Di akhir kursus ini, pelajar dapat:

1. Menghurai perbincangan semasa mengenai prinsip dan komponen utama sistem
kewangan Islam.
2. Menghujah pemakaian prinsip kewangan Islam selaras dengan sumber
perundangan Islam.
3. Menganalisis perbezaan yang terdapat di antara sistem kewangan Islam dengan
konvensional.
4. Menilai struktur sistem kewangan Islam berasaskan keperluan dan
perkembangan semasa.

Rujukan Utama:

1. Ab. Mumin Ab. Ghani (1999), Sistem Kewangan Islam & Pelaksanaannya di
Malaysia, Kuala Lumpur : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
2. Muhammad Uthman (2006), al-Muamalat al-Maliyyah al-Muasirah fi al-Fiqh al-
Islami, Cet.3. Amman: Dar al-Nafais.
3. Mubarak bin Sulayman bin Mubarak Ali Sulayman (2005), Ahkam al-Taamul fi al-
Aswaq al-Maliyyah al-Muasirah, Riyad: Dar Kanuz Asybiliya.
4. Wahbah al-Zuhayli (2006), al-Mu`amalat al-Maliyyah al-Mu`asirah fi al-Fiqh al-
Islami: Buhuth wa Fawata waHulul, Cet. 3. Damsyiq: Dar al-Fikr.
5. Mahmoud A. El-Gamal (2006), Islamic Finance - Law, Economics and Practice.
Cambridge University Press.







68

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015
Kemahiran Insaniah:

1. Kemahiran Berkomunikasi
2. Kerja Berpasukan
3. Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat
4. Etika dan Moral Profesional
5. Kemahiran Kepemimpinan

Kursus Pilihan Jabatan

IPGH6318 Pembangunan Usahawan Islam

Kursus ini antara lain membincangkan konsep-konsep keusahawanan serta aspek-
aspek perniagaan seperti pengurusan, perancangan, pemasaran, pengeluaran dan
perkembangan organisasi. Pelajar juga akan didedahkan dengan prinsip dan ciri-ciri
usahawan Muslim. Pelajar juga akan dilatih bagaimana untuk menyediakan rancangan
perniagaan yang mana merupakan elemen terpenting dalam kursus ini.

Kaedah Penilaian : Penilaian Berterusan: 50%
Peperiksaan: 50%

Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris/Bahasa Arab

Hasil Pembelajaran:

Di akhir kursus ini, pelajar dapat:

1. Menghujah konsep keusahawanan dan kepentingannya dalam Islam.
2. Menghuraikan ciri-ciri usahawan Muslim.
3. Menganalisis persekitaran luaran dan dalaman untuk melihat peluang-peluang
perniagaan yang boleh diceburi.
4. Menyediakan rancangan perniagaan yang berkesan berdasarkan proses dan
garis panduan membuat rancangan perniagaan.

Rujukan Utama:

1. Kuratko, Donald F. and Hodgetts, Richard M. (2006), Entrepreneurship. 7th
edition, USA: Thomson Learning.
2. Hisrich, Robert D. and Peters, Micheal P (2001), Entrepreneurship. 5th edition,
Howewood, IL: McGraw-Hill-Irwin.
3. Ab. Aziz Yusof (2000), Usahawan dan Keusahawanan: Satu Penilaian. Petaling
Jaya: Prentice Hall.
4. Adnan Alias dan Mohamed Dahlan Ibrahim (2002), Keusahawanan Islam.
Petaling Jaya: Prentice Hall
5. Abrams, Rhonda M. (2003),The Successful Business Plan: Secrets of Strategies,
California: The Planning Shop.



69

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015
Kemahiran Insaniah:

1. Kemahiran Berkomunikasi.
2. Kerja Berpasukan.
3. Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Makluman.
4. Kemahiran Keusahawanan.
5. Etika dan Moral Profesional.
6. Kemahiran Kepemimpinan.

IPGH6322 Sistem Pengurusan Islam Lanjutan

Kursus ini membincangkan secara terperinci tentang konsep dan amalan pengurusan
dalam Islam. Antara tajuk-tajuk yang akan diliputi ialah sejarah pengurusan Islam,
falsafah dan prinsip yang mendasarinya. Bidang dan fungsi dalam amalan pengurusan
Islam turut disentuh dan dilihat perbandingannya dengan pengurusan konvensional.

Kaedah Penilaian : Penilaian Berterusan: 50%
Peperiksaan: 50%

Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris/Bahasa Arab

Hasil Pembelajaran:

Di akhir kursus ini, pelajar dapat:

1. Menghuraikan konsep dan elemen penting dalam sistem pengurusan Islam.
2. Menghujah pemakaian elemen pengurusan Islam selaras dengan sumber
perundangan Islam.
3. Menganalisis perbezaan antara falsafah, objektif dan ciri pengurusan Islam
dengan pengurusan konvensional.
4. Menilai kesesuaian strategi pengurusan Islam berdasarkan kajian kes yang
diberi.

Rujukan Utama:

1. Abu Sin, Ahmad Ibrahim (1984), al-Idarah fi al-Islam. Kaherah: Maktabah
Wahbah.
2. Hafiz Ahmad Ajaj al-Karami (2007),al-Idarah fi Asr al-Rasul, Kaherah: Dar al-
Salam.
3. Al-Buraey, Muhammad Abdullah (2003), Management & Administration in Islam,
London: Kegan Paul International.
4. Akademi Pengurusan YAPEIM (2005), Pengurusan Dalam Islam, Kuala Lumpur:
Akademi Pengurusan YAPEIM.
5. Ab. Mumin Ab. Ghani et.al (eds) (2006), Dimensi Pengurusan Islam, Kuala
Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
6. Khaliq Ahmad (2006), Management from Islamic Perspective. Kuala Lumpur:
International Islamic University Malaysia.


70

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015
Kemahiran Insaniah:

1. Kemahiran Berkomunikasi.
2. Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah.
3. Kerja Berpasukan.
4. Etika dan Moral Profesional.
5. Kemahiran Kepemimpinan.






























Jabatan Siasah Syariyyah

72

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015
RINGKASAN KURSUS
JABATAN SIASAH SYARIYYAH

Kursus Teras Jabatan

IHGH6111 Siasah Syar`iyyah Lanjutan

Kursus ini merupakan kursus lanjutan dalam bidang siasah syar`iyyah. Ia
membincangkan secara lebih mendalam mengenai siasah syariyyah dan beberapa
permasalahan yang berkaitan dengannya. Ia merangkumi perbincangan tentang
definisi, prinsip, matlamat, kepentingan, dalil-dalil dan contoh amalan siasah
syariyyah. Kaedah ijtihad dan kaedah-kaedah fiqh yang ada hubungkaitnya dengan
siasah syariyyah turut dibincangkan. Kursus ini juga akan mengkaji beberapa
pandangan ulama silam dan ulama kontemporari mengenai siasah syariyyah,
termasuk juga isu-isu semasa yang berkaitan dengan politik dan kenegaraan.

Kaedah Penilaian : Penilaian Berterusan: 50%
Peperiksaan: 50%

Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia/Bahasa Arab

Hasil Pembelajaran:

1. Menilai konsep siasah syariyyah berpandukan al-Quran, al-Sunnah dan
pandangan para ulama.
2. Menganalisis konsep, kaedah dan metodologi siasah syariyyah berasaskan
sumber hukum.
3. Membandingkan antara kaedah-kaedah yang diguna pakai dalam siasah
syariyyah.
4. Mengaplikasikan prinsip-prinsip siasah syariyyah dalam kehidupan
bermasyarakat.

Rujukan Utama:

1. Al-Mawardi, Abu al-Hassan Ali ibn. Muhamad (2005) al-Ahkam al-Sultaniyyah wa
al-Wilayat al-Diniyyah. Beirut :Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.
2. Ab al-Fattah `Amru (1998) Al-Siasah al-Syariyyah Fi al-Ahwal al-Syahsyiah.
Amman: Dar al-Nafa`is.
3. Khallaf, Abd al-Wahhab Khallaf (1997), al-Siyasah al-Syariyyah Aw Nizam al-
Dawlah al-Islamiyyah fi al- Syuun al-Dusturiyyah wa al-Kharijiyyah wa al-
Maliyyah. Beirut: Muassah al-Risalah.
4. Ibn. Farhun (1995), Tabsirah al-Hukkam Fi Usul al-Aqdiyah wa Manahij al-
Ahkam. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyah.
5. Yusuf al-Qardawy ( 1998 ) Siasah Syariyyah Fi Daw Nusus al-SyariatWa
Maqasidiha. Kaherah: Maktabah Wahbah.



73

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015
Kemahiran Insaniah:

1. Kemahiran berkomunikasi
2. Pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah
3. Kemahiran kerja berpasukan
4. Etika dan moral profesional
5. Kemahiran kepemimpinan

Kursus Pilihan Jabatan

IHGH6312 Pengurusan Pentadbiran Perbandingan

Kursus ini akan mendedahkan pelajar kepada konsep dan ciri-ciri pengurusan
pentadbiran terkini. Isu-isu seperti pengorganisasian, kepimpinan dan komunikasi
berkesan, motivasi, perancangan dan perlaksanaan strategik, budaya organisasi dan
TQM akan dibincangkan.

Sebagai perbandingan, kursus ini akan mengetengahkan perspektif Islam terhadap
isu-isu yang dibincangkan di atas. Perbincangan akan melihat kepada apakah
perbezaan dan persamaan pengurusan pentadbiran konvensional dan Islam, dan
bagaimanakah pengurusan pentadbiran konvensional dan Islam diintegrasikan untuk
menghasilkan kesan sinergi kepada organisasi.

Kaedah Penilaian : Penilaian Berterusan: 50%
Peperiksaan: 50%

Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris

Hasil Pembelajaran:

1. Menilai pengurusan pentadbiran dari perspektif konvensional dan Islam.
2. Menganalisis emen-elemen pengurusan pentadbiran konvensional dan Islam.
3. Mengamalkan pendekatan-pendekatan pengurusan berkesan untuk
mempertingkatkan daya saing organisasi.
4. Mengaplikasikan kaedah pengurusan konvensional dan Islam sebagai kaedah
penyelesaian masalah organisasi.

Rujukan Utama:

1.
Dessler, G. ( 2006). Management, New Jersey: Prentice Hall.
2.
Griffin, R., (2008). Management, Boston: Houghton Mifflin Company.
3.
Shafi, M., (1993). Islamic values. London: Islamic Educational Foundation.
4.
Al-Buraey, M., (1985). Administrative development: An Islamic Perspective.
London: Kegan Paul International.
5. W.Robert Lovan (2004), Participatory Governance Planning, Conflict Mediation &
Public Decision Making in Civil Society, England: Ashgate Publishing Limited.


74

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015
Kemahiran Insaniah:

1. Kemahiran Berkomunikasi
2. Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah
3. Kerja Berpasukan
4. Etika dan Moral Profesional
5. Kemahiran Kepemimpinan

IHGH6318

Efektif Governan Dalam Islam

Kursus ini memberi pelajar 5 input utama. Pertama, teori governan dan efektif
governan daripada perspektif Islam & moden. Kedua, kepentingan konsep ini kepada
pentadbiran kerajaan. Ketiga, kriteria efektif governan dari kedua-dua perspektif.
Keempat, cara yang digunakan oleh sistem kerajaan dalam mewujudkan efektif
governan dan akhirnya, isu-isu semasa amalan efektif governan di beberapa negara
Islam.

Kaedah Penilaian : Penilaian Berterusan: 50%
Peperiksaan: 50%

Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia

Hasil Pembelajaran:

1. Menganalisis teori efektif governan daripada perspektif Islam dan moden.
2. Menganalisis sistem governan dalam pemerintahan Islam.
3. Menilai isu-isu kontemporari berkaitan amalan governan di negara-negara Islam.
4. Mengaplikasi elemen dan prinsip-prinsip efektif governan dalam
pengorganisasian.

Rujukan Utama:

1.
W.Robert Lovan (2004), Participatory Governance Planning, Conflict Mediation &
Public Decision Making in Civil Society, England: Ashgate Publishing Limited.
2.
Sh. Hayaati Syed Ismail al-Qudsy (ed.)(2004), Efektif Governan DiMalaysia
Menurut Perspektif Islam, Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya.
3.
al-Mawardi (1991), Qawanin al-Wizarah, Iskandariah:Muassasah Shabab al-
Jami`ah.
4.
al-Baghdadi (1987), Dirasah Fi al-Siyasah al-Syar`iyyah, Kuwait: Maktabah al-
Falah.
5. Samsudin Osman (ed.)(2000), Good Governance, Kuala Lumpur: INTAN.



75

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015

Kemahiran Insaniah:

1. Kemahiran berkomunikasi
2. Pemikiran kritis dan penyelesaian masalah
3. Kerja berpasukan
4. Etika dan moral profesional
5. Kemahiran kepemimpinan




































IJAZAH SARJANA
USULUDDIN

77

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015
KAEDAH UNIVERSITI MALAYA
(IJAZAH SARJANA) 2011

JADUAL PERTAMA
BAHAGIAN 3

IJAZAH SARJANA USULUDDIN

1. Klasifikasi Program

Program ijazah Sarjana Usuluddin yang ditawarkan adalah seperti berikut:

(1) Program secara Kursus dan Penyelidikan, di mana peruntukan jam kredit
untuk bahagian penyelidikan merupakan tujuh puluh peratus (70%) atau
lebih daripada jumlah jam kredit bagi keseluruhan program pengajian
berkenaan; dan

(2) Program secara Disertasi di mana peratusan bahagian penyelidikan
merupakan seratus peratus (100%) program pengajian berkenaan.

2. Syarat Kemasukan

Kelayakan masuk ke program ijazah Sarjana Usuluddin adalah seperti berikut:

(1) Program Secara Kursus dan Penyelidikan

(a) Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dengan PNGK 3.0 dan ke atas
atau kelayakan yang setaraf dengannya; atau

(b) Kelayakan lain yang diluluskan oleh Senat dari masa ke semasa.

(2) Program Secara Penyelidikan

(a) Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dengan PNGK 3.0 dan ke atas
atau kelayakan yang setaraf dengannya; atau

(b) Kelayakan lain yang diluluskan oleh Senat dari masa ke semasa.


(c) Bagi calon antarabangsa yang mengikuti dan atau menulis
disertasi dalam Bahasa Inggeris perlu mempunyai sekurang-
kurangnya IELTS 6.0 atau TOEFL 550 jika ijazah pertama
diperolehi dari universiti di mana bahasa Inggeris bukan bahasa
pengantara (penyampaian pengajaran) atau ;

(d) Lulus kursus bahasa Inggeris yang ditetapkan oleh universiti.


78

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015
3. Tempoh Pengajian

(1) Program Secara Kursus dan Penyelidikan

(a) Tempoh minimum pengajian bagi Program Sarjana Usuluddin
secara Kursus dan Penyelidikan adalah selama tiga (3) semester
biasa.

(b) Tempoh maksimum pengajian bagi Program Sarjana Usuluddin
adalah selama lapan (8) semester biasa.

(2) Dalam keadaan istimewa Senat boleh melanjutkan pencalonan yang
melampaui tempoh maksimum seperti mana yang ditetapkan dalam
perenggan kecil (1) (b) di atas dengan syarat bahawa pelanjutan
berkenaan tidak melebihi satu tahun.

(3) Program Secara Penyelidikan

(a) Tempoh minimum pengajian bagi Program Sarjana Usuluddin
secara Disertasi adalah selama dua (2) semester biasa melainkan
Senat meluluskan suatu tempoh yang berlainan.

(b) Tempoh maksimum pengajian bagi Program Sarjana Usuluddin
adalah selama lapan (8) semester biasa.

(4) Dalam keadaan istimewa Senat boleh melanjutkan pencalonan yang
melampaui tempoh maksimum seperti mana yang ditetapkan dalam
perenggan kecil (1) (b) di atas dengan syarat bahawa pelanjutan
berkenaan tidak melebihi satu tahun.



















79

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015
4. Struktur Program

Struktur program pengajian untuk ijazah Sarjana Usuluddin adalah seperti
berikut:

(1) Program Secara Kursus dan Penyelidikan

(a) Program ini terdiri daripada 2 Bahagian iaitu:

(i) Bahagian I yang melibatkan kursus yang berjumlah 12 kredit
yang dibahagikan kepada:

(A) dua (2) Kursus Teras Fakulti 6 Jam kredit
(B) satu (1) Kursus Teras Jabatan 3 Jam kredit
(C) satu (1) Kursus Pilihan Jabatan 3 Jam kredit

(ii) Bahagian II yang melibatkan penyelidikan yang membawa
kepada penghasilan satu disertasi yang berjumlah 40 jam
kredit;

(b) Butir-butir kursus yang ditawarkan adalah seperti mana yang
diluluskan oleh Senat dari semasa ke semasa atas perakuan
Akademi dan dimaklumkan kepada calon pada permulaan setiap
sesi.

(c) Senarai kursus yang ditawarkan adalah seperti mana yang
dinyatakan dalam senarai struktur kursus Sarjana Usuluddin
secara Kursus dan Penyelidikan.

(2) Program Secara Penyelidikan

(a) Program ini merupakan program penyelidikan sepenuhnya yang
membawa kepada penghasilan satu disertasi dan formatnya
adalah seperti mana yang diperuntukkan di bawah perenggan 8
Peraturan Universiti Malaya (Ijazah Sarjana) 2002.

(b) Akademi boleh mensyaratkan calon mengikuti atau mengikuti dan
lulus kursus tertentu sekiranya Akademi berpendapat bahawa
calon berkenaan tidak mempunyai pengetahuan yang memadai
untuk Ijazah Sarjananya.





80

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015
PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA
(IJAZAH SARJANA) 2011

JADUAL PERTAMA
BAHAGIAN 3

IJAZAH SARJANA USULUDDIN

1. Pendaftaran Kursus

(1) Program Secara Kursus dan Penyelidikan

(a) Pendaftaran kursus dilakukan dalam minggu sebelum semester
berkenaan bermula.

(b) Seseorang calon hendaklah mendaftar sekurang-kurangnya 3 jam
kredit kursus pada mana-mana semester melainkan ia diluluskan
penarikan diri daripada semester berkenaan.

(c) Pendaftaran untuk Bahagian Disertasi hanya boleh dilakukan
setelah calon menyempurnakan Bahagian I.

(2) Program Secara Penyelidikan

Calon program secara Disertasi yang disyaratkan mengikuti mana-mana
kursus dikehendaki mendaftar untuk kursus berkenaan dalam semester
yang kursus tersebut ditawarkan melainkan telah diluluskan penarikan
diri untuk semester berkenaan.

2. Pelantikan Penyelia dan Perunding

(1) Program Secara Kursus dan Penyelidikan

(a) Pelantikan Penyelia bagi calon program ini hendaklah dilakukan
pada masa yang sama bidang penyelidikan calon dikemukakan
untuk kelulusan.

(b) Pelantikan Perunding untuk calon program ini boleh dilakukan
pada bila-bila masa yang diperlukan.








81

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015
(2) Program Secara Penyelidikan

(a) Pelantikan Penyelia bagi calon program ini hendaklah dilakukan
pada masa yang sama bidang penyelidikan calon dikemukakan
untuk kelulusan.

(b) Pelantikan Perunding untuk calon program ini boleh dilakukan
pada bila-bila masa yang diperlukan.

3. Penetapan Bidang dan Tajuk Disertasi/Laporan Penyelidikan

(1) Program Secara Kursus dan Penyelidikan

(a) Penetapan bidang disertasi hendaklah dilakukan sebelum calon
memulakan bahagian penyelidikannya.

(b) Pengesahan tajuk disertasi calon hendaklah dilakukan oleh
Akademi apabila calon memberi notis untuk menyerahkan disertasi
bagi pemeriksaan.

(2) Program Secara Penyelidikan

(a) Penetapan bidang disertasi hendaklah dilakukan setelah calon
diterima masuk ke program ini.

(b) Pengesahan tajuk disertasi calon hendaklah dilakukan oleh
Akademi apabila calon memberi notis untuk menyerahkan disertasi
bagi pemeriksaan.
4. Masa dan Format Penyerahan

(1) Program Secara Kursus dan Penyelidikan

(a) Calon dibenar menyerahkan disertasinya setelah menjalani
penyelidikan selama sekurang-kurangnya satu semester selepas
pendaftaran bahagian disertasi tetapi tidak melepasi tempoh
maksimum pencalonannya dan tidak kurang dari tempoh minimum.

(b) Format untuk disertasi adalah seperti mana yang ditetapkan di
bawah Peraturan Universiti Malaya (Ijazah Sarjana) 2002.








82

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015
(2) Program Secara Penyelidikan

(a) Calon program ini dibenar menyerahkan disertasinya sebelum
tamat tempoh maksimum pencalonannya dan tidak kurang dari
tempoh minimum.

(b) Format untuk disertasi adalah seperti mana yang ditetapkan di
bawah Peraturan Universiti Malaya (Ijazah Sarjana) 2002.

(c) Calon yang disyaratkan mengikuti atau mengikuti dan lulus kursus
tertentu tidak dibenar menyerahkan disertasinya sehingga:

(i) disahkan oleh Pengarah Akademi bahawa ia telah mengikuti
kursus yang disyaratkan dengan memuaskan; atau

(ii) ia telah lulus kursus yang disyaratkan.





























83

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015
STRUKTUR PROGRAM SARJANA USULUDDIN
SECARA KURSUS DAN PENYELIDIKAN


BAHAGIAN I DUA (2) Kursus Teras Fakulti 6 jam kredit

SATU (1) Kursus Teras Jabatan 3 jam kredit

SATU (1) Kursus Pilihan Jabatan 3 jam kredit

Jumlah jam kredit Bahagian I 12 jam kredit

Bahagian II Disertasi 40 jam kredit

JUMLAH JAM KREDIT KESELURUHAN 52 jam kredit


STRUKTUR KURSUS SARJANA USULUDDIN
SECARA KURSUS DAN PENYELIDIKAN

1. Kursus Teras Fakulti

Jam Kredit
IXGX6111 Kaedah Penyelidikan Lanjutan 3
Advanced Research Methodology
IXGU6121 Kaedah Pengajian Usuluddin 3
Methodology of Usuluddin Studies


2. Kursus Teras Jabatan


(1) Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam


IAGU6123 Karya Akidah dan Pemikiran Islam 3
Major Literatures in Aqidah and Islamic
Thought


(2) Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith


IQGU6123 Karya Utama Pengajian Al-Quran dan Al-
Hadith
Literature of Al-Quran and Hadith Studies

3


(3) Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam


ISGU6123 Historiografi dan Falsafah Sejarah Islam
Historiography and Philosophy of Islamic
History
3


84

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015
(4) Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan


IDGU6122 Isu-isu Fiqh Dakwah
Fiqh Dawah Issues
3

2. Kursus Pilihan Jabatan


(1) Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam


IAGU6331 Perbahasan Epistemologi Dalam Pemikiran
Islam
Epistemological Discourse in Islamic
Thought

3
IAGU6332 Isu-isu Akidah dan Pemikiran Islam
Issues in Aqidah and Islamic Thought

3
(2) Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith


IQGU6329 Isu Kontemporari Dalam Pengajian al-
Quran dan al-Hadith
Contemporary Issue In The Study of al-
Quran and al-Hadith

3
IQGU6330 Pengajian al-Quran dan al-Hadith di
Nusantara
Quranic and Hadith Studies in Malay
Archipelago

3
(3) Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam


ISGU6328 Isu-isu Sejarah dan Tamadun Islam
Issues on History and Islamic Civilization

3
ISGU6329 Dunia Islam Semasa dan Institusi
Contemporary Islamic World and
Institutions

3
(4) Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan


IDGU6327 Isu-Isu Media Dakwah
Issues In Dakwah Media

3
IDGU6329 Pembangunan Insan Di Malaysia
Human Development In Malaysia
3



85

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015
RINGKASAN KURSUS TERAS FAKULTI


Kursus Teras Fakulti

IXGX 6111 Kaedah Penyelidikan Lanjutan

Kursus ini membincangkan pengenalan kepada penyelidikan, kaedah-kaedah
penyelidikan dan etika penyelidikan yang perlu diikuti oleh penyelidik. Turut difokuskan
tasawur Islam tentang penyelidikan, kaedah pengumpulan dan analisis data kualitatif
dan kuantitatif.

Kaedah Penilaian : Penilaian Berterusan: 100%

Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris

Hasil Pembelajaran:

Di akhir kursus ini, pelajar dapat:

1. Menghuraikan secara kritikal proses dan etika dalam menjalankan sesuatu
penyelidikan.
2. Membezakan antara penggunaan metode kualitatif dengan metode kuantitatif dan
kegunaannya dalam melakukan penyelidikan.
3. Menghasilkan proposal penyelidikan untuk disertasi/tesis serta kertas cadangan
termasuk yang berkaitan dengan keusahawanan.
4. Menggunakan perisian komputer untuk menganalisis data penyelidikan.

Rujukan Utama:

1. Babbie, Earl. (2008). The Basics of Social Research, Fourth Edition. Belmont, CA:
Wadsworth
2. Chua Yan Piaw (2006), Kaedah Penyelidikan (Buku 1 & 2). Malaysia: McGraw Hill
Education (Malaysia) Sdn. Bhd
3. Othman Mohamed (2001), Penulisan Tesis dalam Bidang Sains Sosial Terapan.
Serdang, Selangor: penerbit Universiti Putra Malaysia.
4. Ahmad Sunawari Long (2005), Pengenalan Metodologi Pengajian Islam, Bangi:
Fakulti Pengajian Islam UKM.
5. Qal`ahji, Muhammad Rawas (1999), Turuq al-Bahth fi al-Dirasah al-Islamiyyah,
Beirut: Dar al-Nafais.
6. Muhammad Muqim (1999), Research Methodology in Islamic Perspective, Kuala
Lumpur: Synergy Book International.






86

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015
Kemahiran Insaniah:

1.
2.
3.
4.

Kemahiran Berkomunikasi.
Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah.
Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat.
Etika dan Moral Profesional.

IXGU 6121

Kaedah Pengajian Usuluddin
Kursus ini memfokuskan aspek konseptual, metodologi dan aplikasi dalam bidang
Usuluddin. Ia membincangkan isu-isu Usuluddin, sumber kajian berkaitan dan kaedah
penyelesaiannya. Ia menyentuh perbincangan tentang kedudukan wahyu dan akal
dalam pengajian Usuluddin. Pendedahan tentang kaedah dan pendekatan penyelesaian
akan dikemukakan.

Kaedah Penilaian : Penilaian Berterusan: 50%
Peperiksaan: 50%

Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris/Bahasa Arab

Hasil Pembelajaran:

Di akhir kursus ini, pelajar dapat:

1. Menilai autoriti sumber dan kaedah dalam pengajian Usuluddin
2. Menggunasuaikan kaedah-kaedah dalam pengajian Usuluddin
3. Menganalisis masalah-masalah yang timbul dalam pengajian Usuluddin
4. Menjana kaedah penyelesaian isu-isu Usuluddin

Rujukan Utama:

1. Al-Baghdadi, `Abd al-Qahir (1981), Kitab Usul al-Din, Beirut: Dar al-Kutub al-
`Ilmiyyah.
2. Al-Ghazali, Yusuf (t.t.), Ihya Ulum al-Din, Kaherah: Dar Ihya al-Kutub al-
Arabiyyah.
3. Al-Qaradawi, Yusuf (1991), Kayfa Nata`amal Ma`a al-Sunnah al-Nabawiyyah,
Riyadh: Maktabah al-Mu`ayyad.
4. Wan Mohd Nor Wan Daud (1991), Penjelasan Budaya Ilmu, Kuala Lumpur:DBP.
5. Hans Daiber (1999), Bibliography of Islamic Philosophy, Leiden:E.J.Brill

Kemahiran Insaniah:

1.
2.
3.
4.
5.
6.
Kemahiran Berkomunikasi.
Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah.
Kerja Berpasukan.
Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat.
Etika dan Moral Profesional.
Kemahiran Kepemimpinan.
Jabatan Akidah dan
Pemikiran Islam

88

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015
RINGKASAN KURSUS
JABATAN AKIDAH DAN PEMIKIRAN ISLAM

Kursus Teras Jabatan

IAGU6123 Karya Akidah dan Pemikiran Islam

Kursus ini membincangkan tema-tema utama karya akidah dan pemikiran Islam yang
mencakupi beberapa sub bidang utama seperti ilmu kalam, falsafah, tasawuf dan
perbandingan agama. Kandungan dan metodologi penulisan teks serta aliran pemikiran
pengarangnya akan dikupas sesuai dengan perkembangan semasa dalam bidang-
bidang tersebut. Kursus ini akan mendedahkan kepada pelajar kaedah terbaik dalam
berinteraksi dengan teks-teks turath yang penting dalam bidang akidah dan pemikiran
Islam sama ada teks silam atau karya semasa dalam bidang tersebut.

Kaedah Penilaian : Penilaian Berterusan: 50%
Peperiksaan: 50%

Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris/Bahasa Arab

Hasil Pembelajaran

Di akhir kursus ini, pelajar dapat:

1. Menganalisis tema-tema utama karya akidah dan pemikiran Islam yang
mencakupi beberapa sub bidang utama seperti ilmu kalam, falsafah, tasawuf dan
perbandingan agama
2. Menganalisis kandungan teks akidah dan pemikiran Islam dari sudut metodologi
penulisan dan aliran pemikiran pengarang
3. Menganalisis kandungan teks akidah dan pemikiran Islam dari sudut metodologi
penulisan dan aliran pemikiran pengarang
4. Menilai kesesuaian idea yang dikemukakan pengarang bagi menyelesaikan isu-isu
akidah dan pemikiran Islam semasa.

Rujukan Utama:

1. Ghazali, Abu Hamid, al (1966), al-Iqtisad fi al-I`tiqad, Kaherah: Mustafa al-Babi al-
Halabi.
2. Al-Asy`ari, Imam Abu al-Hasan (1985), al-Ibanah `an Usul al-Diyanah. Beirut:
Dar al-Kitab al-`Arabi
3. Al-Shahrastani, `Abd al-Karim (1986), al-Milal wa al-Nihal. Beirut: Dar Sa`b.
4. Al-Taftazani, Sa`d al-Din (t.t.), Sharh al-Maqasid. ed. `Abd al-Rahman Umayrah,
Kaherah: Maktabah al-Kulliyat al-Azhariyyah.
5. Al-Attas, S.M. Naquib.(2001), Prolegomena to the Metaphysics of Islam. Kuala
Lumpur: ISTAC.
6.

Zarruq, Ahmad bin Ahmad bin Muhammad (1998), Qawa`id al-Tasawwuf. ed.
Muhammad Zahri al-Najjar. Kaherah: al-Maktabah al-Azhariyyah li al-Turath.

89

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015
7. Al-Qushayri (1990), al-Risalah al-Qushayriyyah. Beirut: Dar al-Jayl.
8. Translation and Text of al-Risalah al-Laduniyyah. Kuala Lumpur: Jabatan Akidah
dan Pemikiran Islam.

Kemahiran Insaniah:

1. Kemahiran Berkomunikasi.
2. Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah.
3. Kerja Berpasukan.
4. Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat.
5. Etika dan Moral Profesional.
6. Kemahiran Kepemimpinan.

Kursus Pilihan Jabatan

IAGU6331 Perbahasan Epistemologi Dalam Pemikiran Islam

Kursus ini membincangkan sudut pandangan Islam tentang perbahasan epistemologi
yang terkandung dalam pemikiran Islam. Fokus utama kursus ialah falsafah dan teori
ilmu pengetahuan merangkumi sumber, kaedah, pentarafan, struktur, kedudukan,
hierarki dan nilai-nilai ilmu yang terkandung dalam disiplin-disiplin utama pemikiran
Islam. Ia turut membincangkan teori-teori ilmu dan metodologi pengajian ilmu dari
pelbagai disiplin ilmu termasuk Kalam, tasawuf, falsafah dan kajian agama. Di samping
itu, ia juga akan menyentuh tentang pengaruh disiplin-disiplin ilmu tersebut terhadap
kehidupan dan aliran-aliran pemikiran dalam masyarakat
Kaedah Penilaian : Penilaian Berterusan: 50%
Peperiksaan: 50%

Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris/Bahasa Arab

Hasil Pembelajaran:

Di akhir kursus ini, pelajar dapat:

1. Menganalisis teori dan falsafah ilmu, sumber, kaedah, pentarafan, hierarki, nilai,
metodologi disiplin-disiplin Kalam, tasawuf, falsafah Islam dan kajian agama.
2. Mengklasifikasikan rujukan utama dan sekunder berdasarkan disiplin Kalam,
tasawuf, falsafah Islam dan kajian agama.
3. Mentafsir kerangka utama pemikiran epistemologi dalam Pemikiran Islam.


Rujukan Utama:

1. Adler, Mortimer J. (1985), Ten Philosophical Mistakes, New York: Macmillan Pub.
Co.
2. Ghazali, Abu Hamid, al (1966), al-Iqtisad fi al-I`tiqad, Kaherah: Mustafa al-Babi al-
Halabi.

90

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015
3. Qasim, Mahmud `Abd al-Rauf al- (1987), al-Kashf `an Haqiqah al-Sufiyyah li
Awwal Marrah fi al-Tarikh, Beirut: Tawzi` Dar al-Sahabah.
4. Rosenthal, Franz (1970), Knowledge Triumphant: The Concept of Knowledge in
Medievel Islam. Leiden: E.J. Brill.
5. Shalabi, Ahmad (1976), Muqaranah al-Adyan al-Kubra, al-Yahudiyyah, al-
Masihiyyah, al-Hind. Kaherah: Maktabah al-Nahdah al-Misriyyah.
6. Wan Mohd Nor Wan Daud (1994), Konsep Ilmu Dalam Islam, Rosnani Hashim
(terj.), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka & Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Kemahiran Insaniah:

1. Kemahiran Berkomunikasi
2. Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah
3. Kerja Berpasukan
4. Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat
5. Etika dan Moral Profesional
6. Kemahiran Kepemimpinan


IAGU6332 Isu-isu Akidah dan Pemikiran Islam

Kursus ini membincangkan isu-isu semasa pilihan dalam bidang akidah dan pemikiran
Islam yang mencakupi beberapa sub bidang utama seperti kalam, falsafah, tasawuf dan
perbandingan agama. Isu-isu tersebut akan dianalisis dari daripada aspek idea-idea
utama yang dikemuakakan, latar belakang kemunculan isu, hubungannya dengan
pemikiran epistemologi, ontologi dan aksiologi yang dibincangkan dalam karya-karya
utama akidah dan pemikiran Islam. Pelajar juga akan didedahkan dengan metodologi
pemikiran Islam yang berteraskan worldview Islam dalam menilai isu-isu tersebut dari
perspektif akidah dan pemikiran Islam mencakupi bidang-bidang yang dinyatakan di
atas.

Kaedah Penilaian : Penilaian Berterusan: 50%
Peperiksaan: 50%

Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris/Bahasa Arab



Hasil Pembelajaran:

Di akhir kursus ini, pelajar dapat:

1. Menghuraikan secara kritikal tema-tema utama akidah dan pemikiran Islam yang
mencakupi beberapa sub bidang utama seperti kalam, falsafah, tasawuf dan
perbandingan agama dalam teks pilihan.
2. Menganalisis kandungan teks dari sudut metodologi penulisan teks dan aliran
pemikiran pengarang.

91

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015
3. Mengadaptasi kesesuaian idea yang dikemukakan pengarang bagi
menyelesaikan isu-isu akidah dan pemikiran Islam semasa.

Rujukan Utama:

1. Abdul Fatah Haron (1993), Ajaran Sesat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
2. Al-Attas, S.M. Naquib.(2001), Prolegomena to the Metaphysics of Islam. Kuala
Lumpur: ISTAC.
3. Zarruq, Ahmad bin Ahmad bin Muhammad (1998), Qawa`id al-Tasawwuf. ed.
Muhammad Zahri al-Najjar. Kaherah: al-Maktabah al-Azhariyyah li al-Turath.
4. Al-`Alwani, Taha Jabir (1991), Islah al-Fikr al-Islami. Virginia: IIIT.

5. `Iraqi, `Atif (1993), Tajdid fi al-Madhahib al-Falasifah wa al-Kalamiyyah. Kaherah:
Dar al-Ma`arif.
6. Abdul Rahman Abdullah (1990), Pemikiran Umat Islam di Nusantara: Sejarah dan
Perkembangannya Hingga Abad ke 19. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka

Kemahiran Insaniah:

1. Kemahiran Berkomunikasi.
2. Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah.
3. Kerja Berpasukan.
4. Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat.
5. Etika dan Moral Profesional.
6. Kemahiran Kepemimpinan.















Jabatan Al-Quran dan
Al-Hadith

93

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015
RINGKASAN KURSUS
JABATAN AL-QURAN DAN AL-HADITH

Kursus Teras Jabatan

IQGU6123

Karya Utama Pengajian Al-Quran dan Al-Hadith

Kursus ini membincangkan karya-karya utama di dalam pengajian al-Quran dan al-
Hadith. Kursus ini memfokuskan kepada pengenalan kepada karya-karya utama
dalam pengajian al-Quran dan al-Hadith yang merangkumi sejarah perkembangan
penulisan, metodologi penulisan dan aspek kekuatan dan kekurangan karya-karya
tersebut.

Kaedah Penilaian : Penilaian Berterusan: 50%
Peperiksaan: 50%

Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia

Hasil Pembelajaran:

Di akhir kursus ini, pelajar dapat:

1. Menghubungkait sejarah perkembangan penulisan ulum al-Quran, tafsir dan
hadith bermula daripada kurun kedua sehingga kini.
2. Menganalisis karya-karya pilihan di dalam bidang ulum al-Quran, tafsir dan
hadith dari aspek metode penulisan dan huraiannya.
3. Menilai aspek kekuatan dan kekurangan dalam karya-karya utama pengajian al-
Quran dan al-Hadith.

Rujukan Utama:

1. Al-Zarkasyi, Badr al-Din Muhammad bin Abd Allah (t.t), Al-Burhan fi Ulum al-
Quran Kaherah: Maktabah Dar al-Turath.
2. Al-Suyuti, Jalal al-Din Abd Rahman, al- (t.t), Al-Itqan fi Ulum al-Qur`an,
Kaherah: Maktabah al-Turath.
3. Al-Sabbagh, Muhammad Lutfi, (1988), Buhuth fi Usul al-Tafsir, Beirut: Al-Maktab
al-Islami.
4. Al-Zarqani, Muhammad Abd al-Azim (tt), Manahil al-Irfan fi Ulum al-Quran,
Beirut: Dar Ihya al-Turath al-Arabi.
5. Al-Dhahabi, Muhammad Husin (1974), Al-Tafsir wa al-Mufassirun, Kaherah: Dar
al-Kutub al-Hadithah
6. Muhammad bin Matr al-Zahrani Dr (1992) Tadwin al-Sunnah al-Nabawiyyah
Nasyatuhu wa Tatawwaruhu, Beirut: Al-Maktab al-Islami.





94

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015
Kemahiran Insaniah

1. Kemahiran Berkomunikasi.
2. Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah.
3. Kerja Berpasukan.
4. Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat.
5. Etika dan Moral Profesional.
6. Kemahiran Kepemimpinan.

Kursus Pilihan Jabatan

IQGU6329 Isu Kontemporari Dalam Pengajian al-Quran

Kursus ini membincangkan tentang kaedah-kaedah yang digunapakai di dalam
menganalisis isu-isu kontemporari di dalam pengajian al-Quran dan al-Hadith. Selain
itu perbincangan akan difokuskan terhadap analisis dan huraian isu-isu kontemporari
dalam pengajian al-Quran dan al-Hadith berdasarkan kaedah-kaedah yang betul

Kaedah Penilaian : Penilaian Berterusan: 50%
Peperiksaan: 50%

Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris/Bahasa Arab

Hasil Pembelajaran:

Di akhir kursus ini, pelajar dapat:

1. Meneroka kaedah-kaedah yang digunapakai di dalam menganalisis isu-isu
kontemporari di dalam pengajian al-Quran dan al-Hadith.
2. Menghuraikan secara kritikal isu-isu kontemporari dalam pengajian al-Quran dan
al-Hadith berdasarkan kaedah-kaedah yang sesuai.
3. Menganalisis isu-isu kontemporari dalam pengajian al-Quran dan al-Hadith
berdasarkan kaedah-kaedah yang betul.

Rujukan Utama:

1. Zubayr Siddiqi, et.al. (1996), Hadith and Sunnah: Ideals and Realities, Kuala
Lumpur: Islamic Book Trust.
2. Ishak Hj. Suliaman, et.al (2007), Autoriti Hadis Menangani Gerakan Antihadis,
Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
3. Muhammad Abu al-layth al-Khayr Abadi (2005), Ulum al-Hadith, Asiluha wa
Maasiruha,Bangi: Dar al-Syakir.
4. Mohd. Saghir (1995), Perkembangan Penulisan Hadith Ulama Asia Tenggara,
Fakulti Pengajian Islam, Universiti Brunei Darussalam: Kertas Kerja Seminar
Antarabangsa Pengajian Islam di Asia Tenggara.
5. Marohaini Yusoff (2001), Penyelidikan Kualitatif Pengalaman Kerja Lapangan
Kajian,Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya


95

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015
Kemahiran Insaniah:

1. Kemahiran Berkomunikasi
2. Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah
3. Kerja Berpasukan
4. Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat
5. Etika dan Moral Profesional
6. Kemahiran Kepemimpinan

*IQGU6330 Pengajian Quran dan al-Hadith di Nusantara

Kursus ini memfokuskan perbincangan tentang pertumbuhan pengajian al-Quran dan
al-Hadith di Nusantara yang banyak dipengaruhi oleh corak pengajian di Hijaz pada
abad ke-18, di Mesir dan di India pada akhir abad ke-19 dan awal abad 20. Manhaj
ulama Hijaz, Mesir dan India yang mempunyai pendekatan tersendiri dalam pengajian
Tafsir dan Hadis akan diperhalusi. Selain itu, perbincangan turut menumpukan kepada
beberapa aliran dan manhaj yang digunakan oleh ulama Tafsir dan Hadis Nusantara
menerusi penelitian terhadap pengajaran dan karya-karya yang dihasilkan.

Kaedah Penilaian : Penilaian Berterusan: 50%
Peperiksaan: 50%

Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia

Hasil Pembelajaran:

Di akhir kursus ini, pelajar dapat:

1. Menjelaskan tentang metodologiahli-ahli tafsir dan hadis Nusantara dalam
mentafsirkan al-Quran dan syarah hadith.
2. Menghuraikan secara kritikal sistem dan metodologi yang diguna pakai dalam
pengajian al-Quran dan al-Hadith di Nusantara.
3. Menganalisis karya-karya tafsir dan hadith yang dihasilkan oleh ulama
Nusantara.

Rujukan Utama:

1. Howard M. Fiderspiel (1996), Kajian al-Quran di Indonesia. Bandung: Penerbit
Mizan.
2. Mustaffa Abdullah (2009), Khazanah Tafsir di Malaysia. Kuala Lumpur: Jabatan
Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.
3. Abdul Hayei Sukor (1990), Sumbangan Syeikh Walillah al-Dahlawi Kepada Ilmu
Hadith Dan Pengaruhnya di Kelantan, Universiti Malaya: Disertasi.
4. Mohd. Saghir (1995), Perkembangan Penulisan Hadith Ulama Asia Tenggara,
Fakulti Pengajian Islam, Universiti Brunei Darussalam: Kertas Kerja Seminar
Antarabangsa Pengajian Islam di Asia Tenggara.



96

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015
Kemahiran Insaniah:

1. Kemahiran Berkomunikasi
2. Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah
3. Kerja Berpasukan
4. Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat
5. Etika dan Moral Profesional
6. Kemahiran Kepemimpinan





























Jabatan Sejarah dan
Tamadun Islam

98

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015
RINGKASAN KURSUS
JABATAN SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM


Kursus Teras Jabatan

ISGU6123 Historiografi dan Falsafah Sejarah Islam

Kursus ini akan membincangkan tentang kemunculan pemikiran falsafah sejarah serta
prinsip penulisan sejarah Islam dalam konteks perbandingan dengan tradisi ilmu
moden. Pengumpulan sumber-sumber sejarah dan metodologi penulisan akan
dianalisis untuk melihat aliran penulisan dan sumber yang digunapakai dalam
menghasilkan karya-karya sejarah.

Kaedah Penilaian : Penilaian Berterusan: 50%
Peperiksaan: 50%

Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris/Bahasa Arab

Hasil Pembelajaran:

Di akhir kursus, pelajar dapat :

1. Menilai penulisan sejarah Islam dari aspek falsafah, metodologi penulisan dan
karya-karya yang berautoriti dalam sejarah Islam.
2. Menganalisis perkembangan pemikiran falsafah sejarah Islam dan
perbezaannya dengan falsafah barat.
3. Membanding prinsip falsafah sejarah dan tamadun Islam dalam konteks falsafah
sejarah dan tamadun Barat.
4. Merumus fenomena sejarah untuk dikaitkan dengan perkembangan semasa.

Rujukan Utama:

1. Wan Mohd Nor Wan Daud & Muhammad Zainiy Uthman (2010), Knowledge,
Language, Thought and the Civilization of Islam, Skudai: Penerbitan UTM.
2. Ibn Khaldun (2006), Muqadimah, (terj. DBP), Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan
Pustaka.
3. Imad al-Din (1991), Islamiyyat al-Marifah, Herdon Virginia: The International
Institute of Islamic Thought.
4. Edward Said (1979), Orientalism, United Kingdom: Penguin.
5. M.G. Rasul (1970), The Origin and Development of Muslim Historiograghy,
Lahore: Orientalia Art Ltd.
6. Franz Rosenthal (1997), A History of Muslim Historiography, 2nd Revised
Edition, Leiden: E.J. Brill.




99

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015
Kemahiran Insaniah:

1. Kemahiran berkomunikasi.
2. Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah.
3. Kerja Berpasukan
4. Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat.
5. Etika dan Moral.
6. Kemahiran Kepemimpinan

Kursus Pilihan Jabatan

ISGU6328 Isu-isu Sejarah dan Tamadun Islam

Kursus ini mengandungi pembincangan dan diskusi tentang isu-isu kajian sejarah dan
tamadun Islam; pelbagai konflik-konflik politik dalam sejarah Islam; pelbagai teori dan
kesalahfahaman dalam penyelidikian sejarah dan tamadun Islam. Kursus ini juga
melibatkan perbandingan pelbagai pendapat ilmiah yang terdapat dalam kajian-kajian
Islam di dunia islam dan di dunia Barat mengenai sejarah dan tamadun Islam.

Kaedah Penilaian : Penilaian Berterusan: 50%
Peperiksaan: 50%

Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia

Hasil Pembelajaran:

Di akhir kursus ini, pelajar dapat:

1. Menganalisis isu-isu kajian sejarah dan tamadun Islam.
2. Menilai salah faham dan prasangka yang terdapat dalam pelbagai kajian sejarah
dan tamadun Islam.
3. Mengenalpasti isu-su kritikal dan cabaran semasa dalam sejarah dan tamadun
Islam.

Rujukan Utama:

1. A.J. Arberry (2001) Aspects of Islamic Civilization, Lahore:Suhail Academy.
2. Mahmood, Dr. Hassan Ahmad (1977) al Alam al Islami fi al Asr al Islami, Cairo:
Dar al-Kutub
3. Mohd Taib Osman (2000) Islamic Civilization in The Malay World, Kuala Lumpur:
Universiti Malaya.
4. Syed Muhammad Naquib al-Attas (1972), Islam Dalam Sejarah Kebudayaan
Melayu, Bangi, Universiti Kebangsaan Malaysia.
5. William R Roff (2009), Studies on Islam and Society in Southeast Asia,
Singapore: NUS Press.




100

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015
Kemahiran Insaniah:

1. Kemahiran berkomunikasi.
2. Pemikiran kritis dan penyelesaian masalah.
3. Kerja berpasukan.
4. Pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat.
5. Etika dan nilai professional.
6. Kemahiran kepimpinan.

ISGU6329 Dunia Islam Semasa dan Institusi

Kursus ini meliputi keadaan negara dan umat Islam secara keseluruhannya, terutama
dalam hal yang berkaitan dengan sejarah dan tamadun serta perkembangan isu
semasa yang berlaku di negara Islam kini. Ia turut melibatkan pertumbuhan institusi-
institusi Islam sepanjang sejarah. Perbincangan akan menumpukan kepada
latarbelakang isu dan perkembangan umat Islam di sesebuah negara.

Kaedah Penilaian : Penilaian Berterusan: 50%
Peperiksaan: 50%

Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia

Hasil Pembelajaran:

Di akhir kursus ini, pelajar dapat:

1. Menjelaskan isu-isu semasa Islam yang berkait dengan pembinaan tamadun
khayra ummah.
2. Menganalisis pembentukan dan pertumbuhan institusi-institusi Islam sepanjang
sejarah.
3. Menilai kepentingan institusi-institusi Islam dalam Sejarah dan Tamadun Islam.

Rujukan Utama:

1. Abdul Halim Mat Diah (2002), Isu Semasa Di Dunia Islam, Kuala Lumpur:
Penerbitan Salafi.
2. Altaf Gauhar (ed.) (1978), The Challenge of Islam, London :Islamic Council of
Europe.
5. Imam al-Mawardi (2000), al-Ahkam al-Sultaniah, Darul Falah: Adolphum Marcum
6. Allen J. Frank (2001), Muslim Religious Institutions in Imperial Russia: The
Islamic World of Novouzensk District and the Kazakh Inner Horde, 1780-1910,
Leiden: E.J BRILL.







101

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015
Kemahiran Insaniah:

1. Kemahiran berkomunikasi.
2. Pemikiran kritis dan penyelesaian masalah.
3. Kerja berpasukan.
4. Pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat.
5. Etika dan nilai professional.
6. Kemahiran kepimpinan.




























Jabatan Dakwah dan
Pembangunan Insan

103

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015
RINGKASAN KURSUS
JABATAN DAKWAH DAN PEMBANGUNAN INSAN


Kursus Teras Jabatan

IDGU6122 Isu-Isu Fiqh Dakwah

Kursus ini membincangkan isu-isu dakwah iaitu kefahaman tentang keperluan
dakwah, fiqh jihad masa kini, salah faham terhadap Islam, isu-isu dalam metodologi
dakwah, psikologi dakwah, fiqh awlawiyyat dakwah, masalah dakwah dan fiqh
strategi dakwah kini.

Kaedah Penilaian : Penilaian Berterusan: 50%
Peperiksaan: 50%

Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris/Bahasa Arab

Hasil Pembelajaran:

Di akhir kursus ini, pelajar dapat:

1. Menghuraikan secara kritikal isu-isu terkini yang timbul dalam masyarakat
tentang dakwah.
2. Menyatakan persiapan-persiapan yang mesti dilakukan untuk menghadapi
masalah dakwah kini.
3. Mengenalpasti metode dakwah yang sesuai dan strategi untuk menarik
kumpulan sasar.
4. Menganalisis keperluan dakwah kini terhadap kumpulan sasar yang pelbagai.
5. Melaksanakan dakwah secara efektif berdasarkan kaedah yang teratur.

Rujukan Utama:

1. M.Natsir (1969), Fiqh Dawah, Singapura: Pustaka Nasional
2. Ab. Aziz Mohd. Zin (2006), Dakwah Islam Di Malaysia, Penerbit Universiti
Malaya, Kuala Lumpur.
3. Muhammad al-Ghazali, (t.t), Fiqh al-Sirah,Kaherah: Alam al-Marifat.
4. Nawi Jusoh (2006), Mengapa Kami Memeluk Islam, Shah Alam: DNS Cons.
5. Al-Sayyid al-Wakil (1994), Taqnin al Dawah, Jeddah: Dar al-Mujtama.
6. Denffer A. V. (1988). Key Issues for Islamic Dawah, Delhi: Hindustan
Publication







104

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015
Kemahiran Insaniah:

1. Kemahiran Berkomunikasi
2. Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah
3. Kerja Berpasukan
4. Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat
5. Etika dan Moral Profesional
6. Kemahiran Kepemimpinan

Kursus Pilihan Jabatan

IDGU6327 Isu-isu Media Dakwah

Pelajar akan diberi pendedahan tentang konsep media massa dan hubungannya
dengan dakwah, memahami bentuk-bentuk media dakwah dan memahami isu-isu
Islam semasa yang dipaparkan oleh media massa.

Kaedah Penilaian : Penilaian Berterusan: 50%
Peperiksaan: 50%

Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris

Hasil Pembelajaran:

Di akhir kursus ini, pelajar dapat:

1. Menerangkan konsep media dakwah dan pelaksanaannya
2. Membincangkan isu-isu media Islam dan fungsinya dalam penyampaian
dakwah berkesan.
3. Menilai secara kritis terhadap isu-isu Islam dalam media massa.
4. Mengaplikasi ilmu secara amali melalui aktiviti penerbitan.

Rujukan Utama:

1. Nor Raudah Siren, Yusmini Md Yussof dan Mahmudah Nawawi (eds) (2006)
Dakwah Islam Semasa: Konsep dan Pelaksanaan. Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya.
2. Andi Abdul Muis (2001) Komunikasi Islami. Jakarta: PT Remaja Rosdakarya
Bandung.
3. Saodah Wok, Narimah Ismail dan Mohd Yusof Hussain (2005) Teori-teori
Komunikasi. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn Bhd.
4. S. Salahudin Suyurno, Huzaimah Hj Ismail, Aini Faezah Ramlan (eds) (2007)
Islam dan Komunikasi. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA)
Universiti Teknologi MARA.
5. Zulkiple Ab Ghani (2001) Islam, Komunikasi dan Teknologi Maklumat. Kuala
Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.



105

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015
Kemahiran Insaniah:

1. Kemahiran Berkomunikasi
2. Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah
3. Kerja Berpasukan
4. Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat
5. Etika dan Moral Profesional
6. Kemahiran Kepemimpinan

IDGU6329 Pembangunan Insan Di Malaysia

Kursus ini membincangkan tentang konsep pembangunan insan dari perspektif
dakwah, metode pembangunan insan menurut al-Quran, metode pembangunan
insan menurut sirah nabawiyah, gejala sosial di Malaysia, dasar pembangunan
insan di Malaysia, isu-isu semasa dan masalah pembangunan insan di Malaysia.

Kaedah Penilaian : Penilaian Berterusan: 50%
Peperiksaan: 50%

Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris/Bahasa Arab

Hasil Pembelajaran:

Di akhir kursus ini, pelajar dapat:

1. Menjelaskan konsep dan metode pembangunan insan dari perspektif dakwah.
2. Mengenal pasti institusi pembangunan insan di Malaysia.
3. Menangani isu-isu semasa pembangunan insan.

Rujukan Utama:

1. Miqdad Yaljan (1988), al-Tarbiyah al-Akhlaqiyah al-Islamiyah, Kaherah.
2. Ab. Aziz Mohd Zin (1999), Psikologi Dakwah, Kuala Lumpur: JAKIM.
3. Wahbah al-Zuhayli (2002), Akhlaq al-Muslim, Beirut: Dar al-Fikr.
4. Haron Din (2001), Manusia dan Islam, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
5. Muhammad Qutb (1988), al-Insan Bayn al-Maddiyah Wal al-Islam.

Kemahiran Insaniah:

1. Kemahiran Berkomunikasi
2. Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah
3. Kerja Berpasukan
4. Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat
5. Etika dan Moral Profesional
6. Kemahiran Kepemimpinan



106

Buku Panduan Ijazah Tinggi Akademi Pengajian Islam
2014/2015

You might also like