You are on page 1of 25

KERTAS KERJA

MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN


KOLEJ UNGKU OMAR 2012/2013

TARIKH

30 APRIL 2013

TEMPAT

Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR),


Universiti Kebangsaan Malaysia

ANJURAN

Sekretariat Majlis Tertinggi

Kolej Ungku Omar,

Universiti Kebangsaan Malaysia

TEMA

60’ an
KERTAS KERJA
MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN
KOLEJ UNGKU OMAR
SESI 2012/2013
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

1.0 TUJUAN

Pengusulan kertas kerja ini adalah bagi tujuan memohon pertimbangan dan
kelulusan serta bantuan kewangan dari Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel)
untuk mengadakan Majlis Makan Malam Tahunan Kolej Ungku Omar bagi sesi
2012/2013 ini. Selain itu, untuk mendapatkan penajaan daripada badan-badan
kerajaan dan swasta dengan tujuan membantu melancarkan perjalanan program
dan memberi makluman secara teperinci mengenai program kepada pihak yang
terlibat.

2.0 PENGENALAN/LATAR BELAKANG

Majlis Makan Malam Tahunan Kolej Ungku Omar merupakan suatu majlis besar
yang secara gahnya diadakan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR)
Universiti Kebangsaan Malaysia pada penghujung semester kedua pengajian
setiap tahun. Ungkapan penuh bermakna ‘Kenangan, Anugerah dan
Memori’dipilih sebagai tema majlis makan malam pada kali ini dan dipadankan
dengan konsep ’60 an’ di mana tetamu yang hadir akan mengenakan pakaian yang
bersesuaian dengan tema mengikut kreativiti masing-masing. Ungkapan tersebut
juga memberikan gambaran bahawa tidak kira apapun penampilan pada Majlis
Makan Malam Tahunan Kolej Ungku Omar sesi 2012/2013 itu, diharapkan di
penghujung majlis ini, setiap tetamu dapat menikmati saat yang berlalu dan
kenangan yang tidak mungkin dapat dilupakan. Tujuan utama majlis ini diadakan
adalah untuk menzahirkan rasa terima kasih dan tahniah yang tidak terhingga
kepada penghuni Kolej Ungku Omar yang selama ini telah berusaha bersungguh-
sungguh menyumbangkan tenaga dan buah fikiran mahupun wang ringgit dalam
menjayakan setiap aktiviti kolej sepanjang sesi ini. Di samping itu, majlis ini juga
bertujuan untuk melahirkan semangat kekeluargaan dan memupuk perpaduan
sesama penghuni kolej yang terdiri daripada pelbagai agama, bangsa dan
kepercayaan. Manakala bagi mahasiswa/i tahun akhir, penganjuran majlis makan
malam ini secara tidak langsung merupakan acara untuk meraikan mereka yang
bakal memulakan kehidupan di alam pekerjaan kelak.

Selain itu, majlis ini juga diadakan untuk menghargai kejayaan pelajar kolej ini
dalam bidang akademik mahupun kokurikulum yang secara keseluruhannya telah
membantu menaikkan imej dan nama kolej. Oleh yang demikian, diharapkan agar
majlis makan malam ini akan berjalan dengan lancar dan jayanya sekaligus
memberi kesan yang amat mendalam kepada semua warga kolej dalam usaha
untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan persefahaman seterusnya
meninggalkan satu kenangan indah yang sentiasa diingati.

3.0 MISI

Sebagai pihak jawatankuasa pelaksana, menjadi tanggungjawab untuk


memastikan kelancaran program ini dengan :

3.1 Mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak universiti supaya
dapat membentuk mahasiswa/i yang berketerampilan dan berdisiplin.

3.2 Melaksanakan program selari dengan matlamat pengisian-pengisian yang


ditetapkan dan objektif-objektif yang telah digariskan.

3.3 Menjaga nama baik universiti dan kolej sebelum, sepanjang dan selepas
pelaksanaan program.

4.0 MATLAMAT

Pihak jawatankuasa pelaksana telah menetapkan matlamat penganjuran majlis


adalah:

4.1 Menerapkan nilai-nilai murni seperti kasih sayang, bantu-membantu, semangat


bersatu padu dan sebagainya ke dalam diri setiap warga kolej.

4.2 Mengukuhkan semangat membina dan mengharumkan nama Kolej Ungku


Omar ke peringkat yang lebih tinggi.
4.3 Membentuk mahasiswa/i yang berketerampilan dalam semua aspek di samping
membentuk sahsiah diri, sifat kepimpinan serta cara pengurusan organisasi
yang efektif.

4.4 Menjaga dan memelihara kebajikan warga kolej agar para pelajar berasa
Bertuah menetap di Kolej Ungku Omar.

5.0 OBJEKTIF

Selari dengan 8 Kontrak Pembelajaran pelajar, pihak jawatankuasa pelaksana


menggariskan beberapa objektif yang perlu dicapai :

5.1 Melatih para pelajar dalam kemahiran berkomunikasi seperti menggunakan


kemahiran bukan lisan (penampilan fizikal, gerak tubuh dan hubungan mata)
yang sangat berkesan, mendengar dan memberi maklum balas yang relevan
dengan cepat, menyampaikan idea secara lisan dan bertulis, berunding ke arah
mencapai keputusan dengan menghormati pandangan orang lain dan
sebagainya.

5.2 Memperkemaskan lagi kemahiran kepimpinan & kerja berpasukan yang


ada pada pelajar seperti menerima tanggungjawab, merancang dan mengurus,
memberi arahan dan mengagihkan tugas, menyelesaikan satu tugasan multi
dimensi , membantu rakan-rakan secara proaktif serta membina kerja
berpasukan untuk mencapai matlamat yang disepakati.

5.3 Melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran pengurusan maklumat dan


pembelajaran sepanjang hayat seperti merancang strategi, meneroka
isu/masalah serta mengumpul dan menguruskan maklumat secara kendiri.

5.4 Mencungkil idea kreativiti dan inovatif pelajar seperti mencadangkan


idea/inovasi yang baru, mensintesis tentang maklumat yang relevan, boleh
menunjukkan keupayaan penuh dalam menguruskan sumber dan pelaksanaan
rancangan, menawarkan satu penilaian yang baik kepada nilai komersial dan
sebagainya.

5.5 Mendedahkan kepada pelajar kemahiranpengurusan dan keusahawanan


dalam mencari dana bagi melancarkan majlis.

5.6 Mewujudkan nilai, sikap, etika dan profesionalisme pada setiap individu
agar melaksanakan tanggungjawab dengan integriti dan amanah,menunjukkan
tingkah laku profesional serta menunjukkan sikap kesukarelawanan.

5.7 Melahirkan sifat sosial dan kebertanggungjawaban dengan melahirkan


kepekaan terhadap alam sekitar dan situasi sosial seperti perpaduan dan
kebajikan pelajar.

5.8 Menilai tahap pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan pendekatan


saintifik setiap ahli jawatankuasa dalam mengenal pasti masalah tersurat dan
tersirat serta mensintesiskan masalah dengan tapat.

6.0 TEMA

‘60 an’

7.0 ANJURAN

Sekretariat Majlis Tertinggi


Jawatankuasa Kebajikan Siswa/i (JAKSA)Sesi 2012/2013
Kolej Ungku Omar
Universiti Kebangsaan Malaysia

8.0 TARIKH DAN MASA

Program ini dicadangkan untuk diadakan pada :

Tarikh : 30 April 2013


Hari : Selasa
Masa : 8.00 malam – 11.00 malam
9.0 TEMPAT PROGRAM

Tempat program yang dicadangkan ialah :

Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia,


Bangi, Selangor Darul Ehsan.

10.0 PUBLISITI

Publisiti bagi majlis ini bercadang dilaksanakan sekitar Kolej Ungku Omar
khususnya dan
Universiti Kebangsaan Malaysia amnya menerusi
i. Poster
ii. Banting
iii. Kain rentang
iv. Skrin digital
v. Pembukaan ‘booth’ ketika Hari Keluarga Kolej Ungku Omar
vi. Mewujudkan satu sudut info majlis di kawasan kafetaria

Poster akan ditampal di setiap blok kediaman dan di bangunan pentadbiran.


Banting dan kain rentang akan digantung di sekitar kolej. Pembukaan booth ketika
hari keluarga Kolej Ungku Omar dan sudut info di kafetaria pula lebih menekankan
aspek konsep pemakaian ketika majlis dengan harapan semua penghuni kolej akan
hadir dengan mengenakan pakaian yang menepati konsep yang telah ditetapkan oleh
pihak jawatankuasa pelaksana. Sudut info akan membekalkan serba sedikit maklumat
penting kepada penghuni seperti, pengedaran kupon, nama perasmi dan sebagainya.
Jawatankuasa pelaksana juga bercadang menghebahkan mengenai majlis ini
menggunakan skrin digital yang terletak di hadapan pintu masuk utama Universiti
Kebangsaan Malaysia dua minggu sebelum majlis ini berlangsung.
11.0 CADANGAN PERASMI

I. YB Datuk Haji Fadillah bin Yusof


Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

II. Kapten Dr. Azhan Bin Awang


Pengetua Kolej Ungku Omar , UKM

12.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM

Sasaran peserta : Semua warga Kolej Ungku Omar


Jumlah urusetia :50 orang

13.0 STRUKTUR ORGANISASI

Rujuk Lampiran A

14.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran B

15.0 BELANJAWAN

Rujuk Lampiran C.
16.0 PEJABAT URUSAN

Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat


menyurat, sila hubungi :

Jawatan kuasa Kebajikan Siswa/Siswi (JAKSA)


Kolej Ungku Omar
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi
Selangor Darul Ehsan.

(u/p : , Ketua Pengarah Program)


Nama : Muhamad Arif Bin Abdul Aziz
Tel : 0178229394

E-mel : cominglucky@facebook.com

17.0 PENUTUP

Diharapkan agar kertas kerja Majlis Makan Malam Tahunan Kolej Ungku Omar
sesi 2012/2013 ini mendapat kelulusan daripada pihak Jabatan Perkhidmatan
Pelajar (JPPel) dan juga amat diharapkan pihak Jabatan Perkhidmatan Pelajar
(JPPel) mempertimbangkan sewajarnya serta meluluskan permohonan bantuan
kewangan seperti yang telah dinyatakan. Selain itu, menjadi harapan
Jawatankuasa Majlis Makan Malam agar program ini dapat berjalan dengan lancar
dan mencapai segala objektif yang telah digariskan. Penganjuran majlis ini juga
diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua mahasiswa/i yang telah sedaya-
upaya memerah tenaga dan buah fikiran sekaligus menjadi pemangkin dan batu
loncatan buat dalam menempuh alam pekerjaan kelak. Secara tidak langsung,
kolej akan dapat melahirkan warga mahasiswa/i yang berfikiran positif, dinamik,
aktif, progresif serta cekap dalam segala tindakan. Oleh itu, segala sokongan,
komitmen dan pengembelingan tenaga daripada semua pihak amat dialu-alukan.
Semoga segala bentuk ilmu dan strategi pengurusan dapat dipraktikkan
sepenuhnya agar majlis ini dapat dijayakan dengan sempurna dan dapat memberi
satu kenangan khususnya kepada semua warga Kolej Ungku Omar dan
mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia.
Disediakan oleh,

MUHAMAD ARIF BIN ABDUL AZIZ


Ketua Pengarah
Majlis Makan Malam Tahunan
Kolej Ungku Omar Sesi 2012/2013
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Disemak oleh,

MOHD SHAH RIZAL BIN OTHMAN


Felo Penasihat
Majlis Makan Malam Tahunan
Kolej Ungku Omar Sesi 2012/2013
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Disahkan oleh,

KAPTEN DR. AZHAN BIN AWANG


Pengetua
Kolej Ungku Omar
Universiti Kebangsaan Malaysia.
LAMPIRAN A

STRUKTUR ORGANISASI

MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN KOLEJ UNGKU OMAR SESI 2012/2013

Penaung
Y.Bhg. Prof. Tan Sri Dato’ Wira Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan
Shahabudin
NaibCanselor, UKM

Pengerusi
Y.Bhg. Prof. Ir. Dr. Othman Bin A. Karim
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), UKM

Penyelaras
Tuan Haji Musa Bin Zainal Adidin
Timbalan Pendaftar,Jabatan Perkhidmatan Pelajar, UKM

Penasihat Utama
Kapten Dr. Azhan Bin Awang
Pengetua Kolej Ungku Omar , UKM

FeloPenasihat
Mohd Shah Rizal B. Othman
Felo Kanan Kolej Ungku Omar,UKM

Ketua Pengarah
Muhamad Arif Bin Abdul Aziz
A136806/ FKAB/2/017-8229394

Timbalan Ketua Pengarah I


Siti Farhannie Bt Mohd Adnan
FSSK/2/A136585/013-9669707

Timbalan Ketua Pengarah II


Illyna binti Ibrahim/FSSK/ A140755/0176548280
Setiausaha
Syakirah Bt Sulaiman/FSSK/A140898/0145453099

Timbalan Setiausaha
Nor Nadia Fadiha Bt Aizuddin/FST/ A142741/019-2998437

Bendahari
Nur Siti Aisyah Bt Muhammad/FST/A142709/017-5088216

Pengarah Program : Mohammad Syahir Bin Jamaluddin / FKAB/ A141676

: Noor Fadilah Bt Mat Jusoh/ FEP / A139926

: Siti Suryani Bt Mohammad Nasri / FKAB / A140094

: Sajidah Bt Azhar / FST/ A141360

: Khairunnisa Waznah Bt Baharin /FST/ A141817

Pengarah Pemasaran : Wan Muhammad Hafiz Bin Wan Izanatar / FSSK / A140520

: Nur Syazana Binti Nordin / FEP / A130735

: Wan Nur Insyirah bt Wan Ramzan/ FST / A141066

: Muhammad Ameerul Amin B Bakar@Omar/FST/ A141994


Pengarah Publisiti dan Media : Ammar Safwan Bin Aminnudin / FEP / A140052

: Siti Nadzirah Bt Ali /FPend/ A141973

: Anuarul Hakim Bin Abdul Muin

: Muhammad Haziq Bin Mohd Rohir / FSSK /A141836

: Tun Sapian Bin Abdullah /FSSK/A131986

Pengarah Cenderamata & Penerbitan : Tg. Nur'aisyatul Akmal Tg. Hashim/FST/A142719

: Nasuha Bt Marzuki / FST/A142641

: Fiona Leong Zi Yi/FST/A142580

: Maizatul Akma Bt Othman/FSSK / A141840

Pengarah Teknologi dan Dokumentari : Muhamad Zainol Bin Mohamad


Raafik/FST/A142742
: Husain Bin Amiruddin / FEP / A139613

: Ahmad Ruzaini bin Rahim / FTSM / A141925

: Nurul Nazifa Bt Nordin/ FKAB/ A141783

: Nazihah Bt Mohamad Shariff / FST / A140412


Pengarah Protokol : Norazlina Bt Ajis / FSSK / A140740

: Nor Alyaa Shahira Bt Abdul Aziz / FPI / A139479

: Siti Zahidah Bt Kosran/ FPI / A139349

: Syaza Syahirah Bt Meor Zainal/ FKAB /A141437

: Nur Dalilah Husna Bt Romainor/FEP/A139676

: Nur Nabihah Bt Mat Som/FEP/A142616

Pengarah Teknikal : Muhamad Helmi Bin Hashim /FTSM / A142173

: Mohamed Erwan Bin Mohd Tuhaimi /FPend / A141365

: Nor Syuhadah Bt Mohamed/FST/A141818

: Noor Hafiza Bt Ahmad / FEP / A140062

: Muhamad Hamizan Bin Hanafi/FKAB/A140484

Pengarah Gimik & Persembahan : Mohd Saiful basri Bin Rusli /FST/A141770

: Diana anak Henry / FSSK /A140814

: Siti Syahirah Bt Razali / FEP / A139839

: Fatin Roshafera Bt Che Saari/FPend/A140978

: Mohd Sazwan Bin Ahmad/FSSK/ A141811


Pengarah Jamuan : Nur Hasnina Bt Tual / FEP /A139760

: Nurul Fatihah Bt Kamsan / FPend / A140953

: Puteri Amylia Bt Ulul Azmi/ FSSK /A140236

: Nurhidayah Balkis Bt Wahid /FPI/ A140656

: Mohd Helmihazim Bin Mohd Rashidi/A138048/FKAB

Pengarah Kebajikan & Tugas-Tugas Khas : Yougan a/l Nagaya / FSSK/A141405

: Muhammad Noorel Yaqin bin Mazlan/ FST/A1405

: Farah Diyana Bt Zailan/FST/A142744


: Nor Aqlina Bt Abdul Halim/FKAB/A139843

: Muhamad Juhairi Bin Mohamad Akhir/FKAB/


A137796
: Leong Xin Fang / FSSK /A140624
LAMPIRAN B

ATURCARA PROGRAM

TEMPAT
MASA PERKARA

Ketibaan Mahasiswa/i Kolej Ungku


8.00 malam
Omar

8.15 malam Ketibaan Tetamu Jemputan

8.25 malam Ketibaan Perasmi

Persembahan Pembukaan (Tarian era 60


8.35 malam
an)

8.40 malam Alu-aluan Pengacara Majlis.


Dewan Canselor Tun Abdul
8.45 malam Bacaan Doa
Razak (DECTAR)
Ucapan Ketua Pengarah oleh:
8.50 malam
Saudara Muhamad Arif Bin Abdul Aziz

Ucapan Pengetua Kolej Ungku Omar


8.55 malam oleh:
Kapten Dr. Azhan Bin Awang

Ucapan Perasmi oleh:


9.00malam
YB Datuk Haji Fadillah bin Yusof

9.15 malam Gimik Perasmian

9.20 malam Jamuan Makan Malam


9.30 malam Persembahan Teater daripada Kelab Seni
Pementasan Teater (SEPET) yang
bertemakan ‘ 60 an ’

10.00 malam Cabutan Bertuah Selingan 1

Persembahan ‘Tarian Sepanjang Zaman’


10.05 malam
oleh Kelab Titis tari

Penyampaian Anugerah kepada:


i. Mahasiswa Cemerlang
ii. Mahasiswi Cemerlang
iii. Mahasiswa Harapan
Dewan Canselor Tun Abdul
10.20 malam iv. Mahasiswi Harapan
Razak (DECTAR)
v. Atlit Lelaki Terbaik
vi. Atlit Perempuan Terbaik
vii. JAKSA Terbaik
viii. Program Kolej Terbaik

Persembahan 1 Malaysia oleh:


Sekretariat Integrasi dan Perpaduan
10.30 malam
Kaum
*bergantung kepada situasi

10.45 malam Cabutan Bertuah Selingan 2

10.55 malam Anugerah King And Queen Of The Night

11.00 malam Bersurai


LAMPIRAN C

BELANJAWAN

ANGGARAN PENDAPATAN

BIL PERKARA RM

1. Tabung Pengetua Kolej Ungku Omar 20 000

2. Sumbangan
i. Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel) 3000
ii. Perasmi 2 000
iii. Syarikat-syarikat swasta 4000

3. Lain-lain
i. Jualan Keusahawanan 1 000

JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN 30 000

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA RM

1. Pengurusan

i. Peralatan alat tulis 50


ii. Kertas A4(RM 10 × 3 ring) 30
iii. Fotokopi 200
iv. Toner Ink(RM 200 × 1) 200
v. Kad Ring-Ring ( RM 10 × 30 keping) 300
vi. Kebajikan AJK ( RM 5 ×50 orang) 250

2. Pengangkutan
i. Minyak Kenderaan (RM 20 × 8 hari) 160
ii. Kecemasan 100

3. Jamuan
i. Mahasiswa/i (1000 × RM 18) 18 000
ii. VIP (10 × RM 18) 180
iii. VVIP (3 × RM 25) 75

4. Persembahan
i. Alatan Persembahan Teater 300

5. Teknikal
ii. Dekorasi Pentas 700
iii. Penyelenggaraan 700

6. Protokol
i. Kad jemputan (RM 1.50 × 80 keping) 120
ii. Buku Cenderamata (RM 6 × 80 buah) 480

7. Publisiti
i. Kain Rentang 8’ × 3’(RM 70 × 4 keping) 280
ii. Bunting 2’ × 6’(RM 40 × 8 keping) 320
iii. Poster A3 (RM 11.50 × 20 keping) 230

8. Sijil dan Cenderamata


i. Sijil (RM 1.50 × 200 keping) 300
ii. Hamper (RM 50 × 10 buah) 500
iii. Cenderamata Anugerah(RM 30 × 10 orang) 300
iv. Cenderamata Perasmi(RM 200 × 2 orang) 400
v. Cenderamata Mahasiswa/i(RM 4 × 1000 4 000
orang)
9. Tugas-Tugas Khas
i. Backdrop 300
ii. Tag Nama (RM 2 × 50 orang) 100
10. Rencam 1425

JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN 30 000

MINIT MESYUARAT

MINIT MESYUARAT UNIT PROGRAM:

Perjumpaan 1:

Tarikh : 12 Mac 2013

Tempat : Foyer Kolej Ungku Omar

Masa : 8.30-11.30 malam

 Berbincang mengenai tentatif program.


 Mempelajari sedikit sebanyak tentang tema yang telah di tetapkan melalui internet
 Mengagihkan tugasan kepada setiap ahli.

 Kehadiran:

 Mohammad Syahir Bin Jamaluddin / FKAB/ A141676

 : Noor Fadilah Bt Mat Jusoh/ FEP / A139926

 : Siti Suryani Bt Mohammad Nasri / FKAB / A140094

 : Sajidah Bt Azhar / FST/ A141360

 : Khairunnisa Waznah Bt Baharin /FST/ A141817


Perjumpaan 2:

Tarikh : 28 April 2013

Tempat : Foyer Kolej Ungku Omar

Masa : 9.00 malam- 12.00 tgh malam

 Unit Program berhubung dengan Unit Publisiti dan Multimedia untuk menetapkan
rekaan bagi Buku Program.
 Unit Program mengesahkan rekaan tersebut selepas berhubung dengan Ketua
Pengarah.
 Membuat perbincangan dengan Unit Cenderamata untuk mendapatkan senarai-senarai
anugerah yang akan diberi pada malam kejadian
 Membuat Perbincangan dengan Unit Persembahan untuk mendapat senarai penuh
persembahan pada hari kejadian
 Menyiapkan tentatif program dan disahkan oleh Ketua Pengarah

Kehadiran:

 Mohammad Syahir Bin Jamaluddin / FKAB/ A141676

 : Noor Fadilah Bt Mat Jusoh/ FEP / A139926

 : Siti Suryani Bt Mohammad Nasri / FKAB / A140094

 : Sajidah Bt Azhar / FST/ A141360

 : Khairunnisa Waznah Bt Baharin /FST/ A141817


Perjumpaan 3:

Tarikh : 9 April 2013

Tempat : Foyer Kolej Ungku Omar

Masa : 9.00 – 11.00 malam

 Unit Program berjumpa dengan Unit Tugas-tugas Khas untuk membincangkan


tentang susunan meja di DECTAR pada hari kejadian
 Membincangkan langkah-langkah untuk mendapatkan senarai penuh kehadiran iaitu
dengan membuka kaunter pendaftaran meja

Kehadiran:

 Mohammad Syahir Bin Jamaluddin / FKAB/ A141676

 : Noor Fadilah Bt Mat Jusoh/ FEP / A139926

 : Siti Suryani Bt Mohammad Nasri / FKAB / A1400

 : Sajidah Bt Azhar / FST/ A141360

 : Khairunnisa Waznah Bt Baharin /FST/ A141817

Perjumpaan 4:

Tarikh : 10 April 2013

Tempat : Foyer Kolej Ungku Omar

Masa : 9.00 malam- 12.00 tengah malam

 Unit Program membuat penambah baikan rekaan buku program yang telah siap
setelah disemak oleh Ketua Pengarah Program.
 Mendapat arahan untuk mereka bentuk Pas Masuk
 Unit Program sekali lagi mengagihkan kerja kepada semua
 Kaunter Pendaftaran Meja dibuka selama seminggu bermula pada 8 April setiap pukol
8 malam sehingga 11 malam

Kehadiran:
 Mohammad Syahir Bin Jamaluddin / FKAB/ A141676

 : Noor Fadilah Bt Mat Jusoh/ FEP / A139926

 : Siti Suryani Bt Mohammad Nasri / FKAB / A140094

 : Sajidah Bt Azhar / FST/ A141360

 : Khairunnisa Waznah Bt Baharin /FST/ A141817

Perjumpaan 5:

Tarikh : 15 April 2013

Tempat : Foyer Kolej Ungku Omar

Masa : 10.00 malam – 12.30 tengah malam

 Unit Program menyenaraikan senarai kedai rekaan yang telah dilawati bagi
mendapatkan harga yang berpatutan dan rekaan yang berkualiti.
 Unit Program meneruskan perbincangan dengan Bendahari Kehormat untuk membuat
anggaran perbelanjaan.
 Unit Program menyusun atur senarai pendaftaaran mengikut arahan dari Ketua
Pengarah
 Mencetak pas masuk dan menyusun dan menyediakan kelengkapan untuk membuka
kaunter Pengambilan Pas Masuk.

Kehadiran:

 Mohammad Syahir Bin Jamaluddin / FKAB/ A141676

 : Noor Fadilah Bt Mat Jusoh/ FEP / A139926

 : Siti Suryani Bt Mohammad Nasri / FKAB / A140094

 : Sajidah Bt Azhar / FST/ A141360

 : Khairunnisa Waznah Bt Baharin /FST/ A141817


Perjumpaan 6:

Tarikh : 20 April 2013

Tempat : Foyer Kolej Ungku Omar

Masa : 8.00 malam – 11.30 malam

 Unit Program menyiapkan rekaan Buku Program untuk VIP dan Pelajar.
 Mendapat Kelulusan untuk mencetak buku Program dari Ketua Pengarah
 Unit Program telah membuka kaunter mendapatkan Pas Masuk sepanjang minggu (20
April – 26 April) pada setiap 8 malam -11 malam

Kehadiran:

 Mohammad Syahir Bin Jamaluddin / FKAB/ A141676

 : Noor Fadilah Bt Mat Jusoh/ FEP / A139926

 : Siti Suryani Bt Mohammad Nasri / FKAB / A140094

 : Sajidah Bt Azhar / FST/ A141360

 : Khairunnisa Waznah Bt Baharin /FST/ A141817

Perjumpaan 7:

Tarikh : 25 April 2013

Tempat : Foyer Kolej Ungku Omar

Masa : 8.00 malam- 10.00 malam

 Unit Program mendapatkan buku program yang telah di cetak.


 Unit Program berbincang dengan unit protocol untuk mendapatkan senarai kehadiran
VIP dan VVIP

Kehadiran:
 Mohammad Syahir Bin Jamaluddin / FKAB/ A141676

 : Noor Fadilah Bt Mat Jusoh/ FEP / A139926

 : Siti Suryani Bt Mohammad Nasri / FKAB / A140094

 : Sajidah Bt Azhar / FST/ A141360

 : Khairunnisa Waznah Bt Baharin /FST/ A141817

Perjumpaan 8:

Tarikh : 29 April 2013

Tempat : Foyer Kolej Ungku Omar

Masa : 9.30 –11.00 petang

 Membuat pertemuan dengan kesemua ketua ketua pengarah untuk memberi pelan
tindakan dan menjelaskan perjalanan program pada hari tersebut.

Kehadiran:

 Mohammad Syahir Bin Jamaluddin / FKAB/ A141676

 : Noor Fadilah Bt Mat Jusoh/ FEP / A139926

 : Siti Suryani Bt Mohammad Nasri / FKAB / A140094

 : Sajidah Bt Azhar / FST/ A141360

 : Khairunnisa Waznah Bt Baharin /FST/ A141817


Disediakan oleh,

(MOHAMMAD SYAHIR BIN JAMALUDDIN)


PENGARAH PROGRAM

Disahkan oleh,

(MUHAMAD ARIF BIN ABDUL AZIZ)


KETUA PENGARAH PROGRAM

You might also like