You are on page 1of 7

PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT

SEMESTER SEMESTER 4

KOD KURSUS DKB 4033

TAJUK SISTEM MAKLUMAT PENSYARAH JABATAN


TEKNOLOGI MAKLUMAT,KOLEJ VOKASIONAL
JUASSEH

BIL NAMA AHLI KUMPULAN NO.IC


1 FARHAN ARMIN BIN JAMALUDIN
2 ARIF AKMAL BIN SHAHRUL NIZAM
3 AFIQ ISKANDAR BIN AHMAD KAMAL
4 MUHAMMAD NAJWAN BIN SHUKOR

NAMA PENSYARAH CIK

TARIKH HANTAR 30/11/2023


1.0 Pengenalan Projek
Sistem maklumat Pensyarah Kolej Vokasional Juasseh merupakan sebuah sistem yang
bertujuan untuk menggantikan penggunaan borang maklumat secara manual supaya
pensyarah Jabatan Teknologi Maklumat dapat mengumpulkan data dan maklumat dalam
sistem maklumat berkomputer. Projek ini dibangunkan khusus untuk pensyarah kerana
bersifat lebih interaktif, efektif dan relevan untuk masa kini. Sistem ini boleh digunapakai
pada bila-bila masa dan dimana sahaja kerana sistem ini dibangunkan secara maya, sistem
ini akan dibangunkan ini meggunakan perisian XAMPP bagi membangunkan pengkalan data,
manakala bagi pembangunan interface akan menggunakan perisian dreamweiver

2.0 Penyataan masalah


Dalam membangnkan projek sistem maklumat pensyarah ini didapati terdapat beberapa
asalah yang dikenalpasti melalui analisis yang telah diaksanakan, anatara masalah berikut
adalah:
1. Sistem borang manual yang digunakan tidak releven kerana bersifat konvensional
2. Maklumat atas data secara borang tidak selamat dan juga berisiko kehilangan data
sekiranya berlaku bencana alam
3. Maklumat borang disimpan didalam fail yang tidak dijamin sebarang sandaran data

3.0 Objektif
1. Menganalisis maklumat berkaitan projek bagi menggantikan borang manual kepada
sistem maklumat komputer kerana borang manual bersifat konvensional dan tidak
releven digunakan pada masa kini.
2. Merekabentuk sistem mengikut keperluan data dyang dianalisis supaya dapat
membangunkan sebuah sistem yang menjamin keselamatan data daripada risiko
kehilangan data atau berlaku bencana alam.
3. Membangunkan sistem maklumat berkomputer bagi menggantikan borang manual
sedia ada supaya maklumat yang dikumpulkan dalam sistem dapat disimpan dan di
backup pada masa akan datang.

4.0 Skop Projek


Dalam membangunkan sistem maklumat ini,Limitasi projek telah dikenalpasti kepada
beberapa kategori diantaranya adalah, skop lokasi, skop masa dan skop pengguna.
Skop lokasi boleh diakses di mana mana sahaja di kawasan yang mempunyai jaringan
internet. Sistem yang dibangunkan ini boleh digunakan oleh pensyarah sebagai pengguna
utama kerana pensyarah akan memasukkan semua data peribadi didalam sistem yang
dibanggunkan. Tetapi Ketua jambatan juga boleh mengakses sistem untuk tujuan
mengumpul atau mendapatkan maklumat pensyarah tersebut.
5.0 Kajian Literatur
Kajian yang telah dirujuk dalam membangunkan projek ini merupakan sebuah kajian yang
bertajuk keberkesanan sistem pengurusan maklumat berKaitan Kajian kes sistem e-sinar di
pejabat daerah kubang pasu. Dalam kajian literatur ini pembangun projek mengambil
beberapa teori untuk menguatkan kajian dalam membangunkan projek. Kajian kes ini untuk
mengetahui bagaimana meletakkan hubungan pengetahuan sedia ada, keperluan untuk
mengkaji bahan-bahan perpustakaan yang relevan dengan teori-teori yang dijadikan sebagai
panduan untuk menguatkan kes pembangun projek dalam kajian ini. Laporan projek yang
dikaji ini menerangkan tentang Sejauh manakah penggunaan dan keberkesanan sistem e-
Sinar dapat dilaksanakan di Pejabat Daerah Kubang Pasu, Kedah Darul Aman. Kajian
mengenai keberkesanan sistem ini melibatkan seramai 17 orang responden yang masing-
masing terdiri daripada Kakitangan dan Penghulu Mukim di Pejabat Daerah Kubang Pasu
yang telah dijadikan sebagai objek pada kajian ini. Objektif kajian ialah untuk memahami
penggunaan e-Sinar di Pejabat Daerah Kubang Pasu dan untuk menyelidiki keberkesanan
penggunaan e-Sinar di Pejabat Daerah Kubang Pasu. Kajian telah dilakukan dengan
menggunakan kaedah soal selidik serta dapatan kajian mengenai penggunaan sistem eSinar
secara 100% dan sistem ini amat berkesan untuk merekod data masyarakat miskin di
Pejabat Daerah Kubang Pasu.
Menurut Management Information System(1995), Satu sistem pengurusan maklumat
adalah satu sistem atau proses yang menyediakan maklumat yang perlu untuk menguruskan
organisasi dengan berkesan. Sistem Pengurusan maklumat yang dijana secara amnya
dianggap komponen penting dalam keputusan perniagaan berhemat dan munasabah.
Demikian itu Pembangunan Projek Sistem Maklumat Pensyarah Jabatan Teknologi
Maklumat ini perlu dilaksanakan supaya dapat membantu jabatan dalam menguruskan
organisasi dengan lebih efektif dan bersesuaian dengan peredaran teknologi pada masa
sekarang.

6.0 Metodologi
Metodologi Pembangunan Sistem Aplikasi adalah satu rangka kerja yang digunakan untuk
menstruktur, merancang dan mengawal proses pembangunan sistem aplikasi. Terdapat
pelbagai metodologi pembangunan sistem aplikasi yang telah diperkenalkan. Kesesuaian
sesuatu metodologi pembangunan sistem aplikasi adalah bergantung kepada jenis
organisasi, keupayaan dan keperluan teknikal, serta jenis dan pasukan projek.
Metodologi Waterfall
Metodologi waterfall juga dikenali Metodologi Jujukan Linear. Model ini menerapkan
kawalan yang ketat terhadap setiap fasa di dalam SDLC. Semakan dan pengesahan serahan
dilakukan secara formal dengan pemegang taruh pada setiap penghujung fasa. Sesuatu fasa
seterusnya tidak akan dimulakan sekiranya semakan dan pengesahan serahan bagi fasa
semasa tidak disempurnakan.

Fasa Perancangan
Fasa Perancangan merupakan fasa terpenting dalam pembangunan Sistem Pengurusan
Pembelian Serbuk Koko secara Dalam Talian, dimana perancangan dalam membangunkan
sistem ini adalah jelas dan kajian awal terhadap sistem dititikberatkan. Masalah yang
terlibat dengan projek yang akan dibangunkan akan dikenalpasti. Dalam fasa ini, kami akan
mengenalpastikan tujuan dan cara-caranya untuk membina sistem ini. Selain itu, skop dan
objektif projek juga dibincangkan dalam fasa ini.

Fasa Analisis
Analisis terhadap sistem adalah sangat penting bagi mengetahui kelemahan-kelemahan
yang dihadapi oleh sistem semasa. Sistem sedia ada yang telah dikaji akan dijadikan sebagai
rujukan bagi memudahkan maklumat yang dikumpul dianalisis. Tujuan mengkaji sistem ini
adalah untuk membanggunkan sebuah sistem yang dapat memenuhi keperluan dan
kehendak pengguna. Selain itu, pengumpulan makulmat tentang serbuk koko juga dilakukan
dalam fasa ini. Isi kandungan dan skop berkenaan juga dikenalpastikan dalam fasa ini.
Data Flow Diagram (DFD), carta alir yang akan menunjukkan pengaliran data dalam sistem
yang akan dibangunkan. DFD ini harus dibina terlebih dahulu supaya kami dapat mengetahui
aliran data dalam sistem yang ingin dibangunkan. Manakala, penormalan data dibuat dalam
peringkat merekabentuk pangkalan data iaitu dengan melakarkan Entity Relationship
Diagram (ERD) untuk menunjukkan secara terperinci entiti dan attribut yang terlihat serta
hubungan antara entity dalam pangkalan data.

Fasa Rekabentuk
Kami akan merekabentukkan Sistem Pengurusan Pembelian Serbuk Koko secara Dalam
Talian dalam fasa ini. Kami akan mengenalpastikan bagaimana sistem ini akan beroperasi,
dari segi perkakasan, perisian, dan infrastruktur rangkaian; antaramuka, borang, laporan
dan pangkalan data yang akan digunakan. Perisian e-dagangan ZenCart digunakan untuk
membangunkan antaramuka dan pangkalan data sistem ini.

Fasa Implementasi
Dalam fasa implementasi , Sistem Pengurusan Pembelian Serbuk Koko secara Dalam Talian
akan dibina dan diuji sama ada dapat berfungsi seperti mana yang direkabentukkan. Fasa ini
dijalankan untuk mengenalpasti bahawa sistem yang dibangunkan bebas daripada sebarang
kesalahan.

Fasa Pengujian
Dalam fasa pengujian, sistem akan diuji secara keseluruhan apabila Sistem Pengurusan
Pembelian Serbuk Koko secara Dalam Talian selesai dibina. Pengujian ini dilakukan oleh
pihak pentadbir dan pengguna untuk memastikan sistem yang dibina dapat memenuhi
keperluan pengguna.

7.0 Carta Gantt


JANUARI JANUARI MAC
BIL FASA PELAKSANAAN
M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4
FASA PERANCANGAN
1 DAPAT TAJUK PROJEK
BUAT PROPOSAL
FASA ANALISIS
2 KENALPASTI KEPERLUAN DATA
KENAL PASTI KEPERLUAN SISTEM
FASA REKABENTUK
3 REKABENTUK DATABASE(DFD)
REKABENTUK INTERFACE SISTEM(STORYBOARD)
FASA INTERFACE
4 PEMBANGUNAN DATABASE
PEMBANGUNAN INTERFACE SISTEM
FASA PENGUJIAN
5 PENGUJIAN DATABASE
PENGUJIAN INTERFACE SISTEM

PERANCANGAN
PELAKSANAAN

Carta Gantt bagi perancangan pembangunan sistem maklumat sistem maklumat pensyarah
Jabatan Teknologi Maklumat Jabatan Teknologi Maklumat ,Kolej Vokasional Juasseh.

8.0 Jangkaan Hasil


Sistem maklumat pensyarah yang dibangunkan ini, Ketua jabatan dapat megumpulkan
semua maklumat tentang pensyarah dengan lebih efektif dan terancang. Sistem ini juga
dapat memudahkan ketua jabatan untuk mengakses sistem ini secara maya dimana-mana
sahaja dengan capaian internet.

9.0 Rujukan
https://etd.uum.edu.my/3538/1/s809255.pdf
http://mispassion.blogspot.com/2009/07/metodologi-model-air-terjun.html
https://www.mindonmap.com/ms/blog/gantt-chart
https://sqa.mampu.gov.my/index.php/ms/1-2-metodologi-pembangunan-sistem-aplikasi
https://www.researchgate.net/publication/
361277045_KAJIAN_KEPERLUAN_PEMBANGUNAN_SISTEM_MAKLUMAT_PELAJAR_TANGGU
H_DAN_BERHENTI_E-TB_DI_KOLEJ_KOMUNITI_PAYA_BESAR

You might also like