You are on page 1of 33

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/311705891

Teknik Pembelajaran Mnemonik Dalam Pendidikan Islam Tingkatan Empat

Conference Paper · November 2016

CITATIONS READS

0 4,295

3 authors, including:

Harun Baharudin
Universiti Kebangsaan Malaysia
100 PUBLICATIONS   69 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

vocabulary teaching practices among trainer View project

PhD research View project

All content following this page was uploaded by Harun Baharudin on 04 January 2017.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


PROSIDING

Wacana Pendidikan Islam Siri ke 11


(WPI11)

“Pendidikan Islam Membangunkan Ummah


Wasatiah”

PENERBIT
Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bangi, Selangor,
MALAYSIA.
2016
PROSIDING
Wacana Pendidikan Islam Siri ke 11 (WPI11)
15– 16 November 2016
Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)

© Sekretariat WPI2016,
Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan malaysia,
43600 Bangi, Selangor, MALAYSIA.

Hak Cipta Terpelihara.


Tidak dibenarkan mengeluarkan ulangan mana-mana bahagian artikel,
ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan cara
apa jua, sama ada elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain
sebelum mendapat keizinan bertulis daripada Sekretariat Wacana
Pendidikan Islam Siri Ke 11 (WPI11), Fakulti Pendidikan, Universiti
Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia

Perpustakaan Negara Malaysia


Cataloguing-in-Publication Data

Sekretariat WPI2016,
Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan malaysia,
43600 Bangi, Selangor, MALAYSIA.
15 – 16 November 2016/Mohd Aderi Che Noh et.al.

ISBN: 978-983-2267-94-2
1. Isu- Isu Pendidikan
2. Cabaran Pendidikan Kini & Masa Hadapan
3. Mohd Aderi Che Noh

Type Setting: Mansor Ab. Samad


Type: Times New Romen
Font Size: 12pt, 11pt, 9pt
Wacana Pendidikan Islam Siri Ke 11
(WPI11)

“Pendidikan Islam Membangunkan Ummah


Wasatiyyah”

Tarikh
15 – 16 November 2016

Tempat
Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM),
Bangi, Selngor

Anjuran
Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia

Dengan Kerjasama
Jabatan Kemajuan Islam malaysia

PENERBIT
2016
EDITOR

Wan Muna Ruzanna (Ketua)


Khadijah Abdul Razak
Mohd Mahzan Awang
Zamri Mahamod
Salleh Amat
Hamidah Yamat
Mohd Aderi Che Noh
Salleh Amat
Mohd Isa Hamzah
Harun Baharudin
Shahlan Surat
Norshidah Mohd Salleh
Aliza Alias
Fariza Khalid
Mansor Ab. Samad
PENDAHULUAN

Sebagai pembuka bicara saya ingin merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran


kepada Allah s.w.t yang telah memberi taufiq dan hidayah Nya kepada kita
sehingga dapat mengadakan Wacana Pendidikan Islam Siri ke – 11. Wacana
ini adalah kesinambungan daripada siri-siri wacana sebelum ini yang telah
diadakan sejak tahun 2002. Kita berharap sumbangan ilmu-ilmu ini akan
menjadi satu tradisi keintelektualan minda, hati, jiwa dan nurani yang sihat
sejahtera.
Tema wacana kali ini ialah Pendidikan Islam Membangunkan
Ummah Wasatiyyah. Pemilihan tema ini adalah tepat dengan keadaan
semasa umat Islam khususnya di Malaysia yang semakin menyedari tentang
perlunya kekuatan ummah ini dibangunkan semula melalui ketrampilan dan
kecekapan modal insannya dalam semua bidang keilmuan yang berteraskan
Pendidikan Islam. Revolusi idea ini dilihat begitu penting dalam mencapai
wawasan 2020 yang mempertaruhkan generasi hadapan sebagai aset yang
perlu dibangunkan. Masyarakat yang unggul, dicirikan oleh sifat-sifat
terpuji, beretika, berbudi pekerti, bersopan santun, mempunyai nilai dan
moral yang tinggi, kreatif, berintegreti dan berwibawa dalam membawa
negara kita kearah kecemerlangan dan kegemilangan. Mudah –mudahan
kertas kerja yang dibentang dalam wacana ini akan memberi sumbangan
keilmuan yang lebih bermakna kepada usaha kita untuk sama-sama
menjana masyarakat yang unggul dan insan kamil.
Akhir kata, diucapkan syabas dan tahniah kepada semua ahli
jawatankuasa Pelaksana Wacana Pendidikan Islam Siri ke-11 yang telah
berusaha untuk menjayakan wacana pada kali ini.

Sekian, wasalam

M0hd Aderi Che Noh


Pengerusi
Wacana Pendidikan Islam Siri Ke 11 (WPI11)
2016

vi
PRAKATA

Hala tuju sistem Pendidikan Islam kini perlu selari dengan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Seiring dengan perubahan
pendidikan dalam abad ke-21, semua ini memerlukan transformasi yang
bukan sahaja secara makro, tetapi juga secara mikro. Salah satunya adalah
dengan membawa masyarakat bersama-sama memantapkan sistem
Pendidikan Islam di negara kita.
Oleh itu, buku prosiding Wacana Pendidikan Islam Siri 11 diasaskan
untuk menyediakan platform bagi berkongsi pengetahuan, penyelidikan,
serta kaedah pengajaran dan pembelajaran. Tema utama prosing ini ialah,
(i) Falsafah dan Pemikiran Pendidikan; (ii) Isu dan Cabaran dalam
Pendidikan; (iii) Islam Sains dan Teknologi dalam Pendidikan; (iv)Hala Tuju
Sistem dan Kurikulum Berimpak terhadap Transformasi Masyarakat; (v)
Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam dan kemahiran Insaniah;
dan (vi) Latihan Perguruan dan Profesionalisme Guru. Justeru, tema yang
dicadangkan dalam Wacana ini amat bertepatan dengan transformasi
masyarakat pada masa kini.
Wacana Pendidikan Islam Siri Ke-11 ini merupakan satu wadah
terbaik untuk meningkatkan Pendidikan Islam dan Pendidikan Bahasa Arab
dalam konteks pengajaran, penyelidikan dan penglibatan masyarakat.
Semoga Wacana ini memberi keinsafan dan kesedaran bahawa banyak yang
perlu dilakukan dalam memantapkan sistem Pendidikan Islam dan
Pendidikan Bahasa Arab di negara kita.
Ini adalah antara cara terbaik dalam menyelesaikan isu berkaitan
Pendidikan Islam di Malaysia. Di sini hasil kajian Pendidikan Islam dan
Pendidikan Bahasa Arab dapat dibentangkan dan dikongsi serta mengupas
isu-isu yang berlaku dalam kalangan masyarakat, terutamanya dalam
Profesionalisme Guru dan pelajar sekolah. Hal ini kerana, Pendidikan Islam
memainkan peranan penting dalam melahirkan insan yang seimbang dari
segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek.
Semoga prosiding yang diterbitkan ini dapat menjana dan memberi
idea dalam mengintegrasikan Pendidikan Islam dan Pendidikan Bahasa
Arab seiring dengan keperluan semasa.

Sekian, Wassalam.

Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad


Ketua Editor

vii
Kandungan

Prakata vi
UCAPUTAMA
Transformasi Pendidikan Islam Ke Arah Pembentukan Ummah
Wasatiyyah
Mohd Aderi Che Noh, Asmawati Suhid & Khadijah Abdul Razak
TEMA: FALSAFAH DAN PEMIKIRAN PENDIDIKAN
1 Rotan Pendidikan Atau Penderaan: Islam Vs Barat 1
Mohamad Faizal Ismail & Mohd Aderi Che Noh
2 Metodologi Pendidikan Ibnu Khaldun 7
Maizatul Nazira Mohd Nazir, Mohd Aderi Bin Che Noh & Maimun
Aqsha Lubis
3 Rasulullah S.A.W. Model Psikologi Pendidikan Islam 17
Muhamad Syazwan, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff & Mohd Aderi
Che Noh
4 Impak Sekularisme Terhadap Matlamat Falsafah Pendidikan Islam 25
Nor Khayati Basir, Khadijah Abdul Razak & Nur Afifah Saharudin
5 Kesan Globalisasi Ke Atas Pendidikan Islam Kini 35
Rogayah Bt Mohd Zain & Mohd Aderi Che Noh
6 Konsep Ta’dib Sebagai Teras Falsafah Pendidikan Islam 43
Noakma Mohamad & Khadijah Abdul Razak
7 Pendekatan Pengajaran Al-Ghazali Dalam Pendidikan Islam 51
Nur Aflaha Abd Aziz & Mohd Aderi Che Noh
8 Al-Quran Sebagai Sumber Asas Pendidikan Islam 61
Absha Atiah Abu Bakar
9 Teori Modal Insan Dari Perspektif Islam Dan Barat 73
Mohd Mahzan Awang, Abdul Razaq Ahmad & Zahidah Muhd Zain
10 Elemen Asas Kepercayaan Konsep Ilmu Dalam Pendidikan Islam 83
Mahfuzah Mohammed Zabidi & Ab. Halim Tamuri
11 Memahami Al-Quran Dan Hubungannya Dengan Ilmu Pengetahuan 97
Normurni Binti Mohamad
12 Pendekatan Metodologi Pendidikan Rasulullah Dalam Pengajaran 109
Pendidikan Islam
Mohammad Saiful Izzat, Mohd Aderi Che Noh & Mohd Isa Hamzah
13 Konsep Tauhid Dalam Pendidikan Islam 121
Mohd Azam Mahat & Mohd Aderi Che Noh
14 Konsep Pendidikan Islam Menurut Ibnu Khaldun 135
Adibah Hasanah Abd Halim & Mohd Aderi Che Noh
15 Perkembangan Akhlak Manusia Menurut Islam Dan Implikasinya 147
Kepada Pendidikan
Asmawati Suhid, Mohd Aderi Che Noh & Zaharah Hussin
TEMA: ISU DAN CABARAN DAN PENDIDIKAN ISLAM
16 Kemahiran Abad Ke-21: Peranan Dan Cabaran Guru Pendidikan 157
Islam
Tuan Rahayu Tuan Lasan & Mohd Aderi Che Noh
17 Hala Tuju Serta Cabaran Industri Makanan Halal Malaysia 169
Nurul Izati Abd Ghani, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff & Mohd Aderi
Che Noh
18 Pendekatan Kumpulan Pengelola Sekolah Agama Dan Pendidikan 181
Cina Dalam Menuntut Hak Pendidikan
Azizi Umar, Mohd Syuja’ Saedin, Nazri Muslim, Wan Zulkifli Wan
Hassan, Ahmad Rafizi Salleh
TEMA: SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN
19 Pembudayaan Penggunaan Teknologi Dalam Pengajaran Dan 191
Pembelajaran Pendidikan Islam
Syuhada Md Samsudin & Mohd Aderi Che Noh

20 Aplikasi E-Learning Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran 203


Pendidikan Islam
Syairah Etin & Mohd Aderi Che Noh
21 Kaedah Media Audio Visual Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran 213
Pendidikan Islam
Siti Khadizah Kaimin & Mohd Aderi Che Noh
22 Penggunaan Vle-Frog Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran 223
Pendidikan Islam
Nur Amirah Bt Mohd Rashid & Mohd Aderi Che Noh
23 Penggunaan Kaedah Mnemonik Berbantukan Multimedia Dalam 229
Pengajaran Dan Pembelajaran Tajwid
Wan Hanisah Meor Abd Aziz Suhaimi & Mohd Aderi Che Noh

x
24 Penggunaan Youtube Sebagai Media Sosial Untuk P&P Dalam 235
Kalangan Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia
Siti Nor Afeeqah Md Azhar & Mohd Jasmy Abd Rahman
25 Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan Youtube Dalam Subjek 247
Pendidikan Islam
Khairun Nisak Sombar@ Abdul Hamid, Maimun Aqsha Lubis, Mohd
Aderi Che Noh, Hezlen Suzne Md Noor & Zawatil I’shqi Mustapa
26 Penggunaan Aplikasi Pembelajaran Secara Interaktif Dalam Modul 261
Ibadah Solat
Siti Hasanah Ahmad Shah
27 Penggunaan Aplikasi Facebook Dalam Pengajaran Dan 273
Pembelajaran Pendidikan Islam
Muniroh Bukhari, Maimun Aqsha Lubis, Mohd Aderi Che Noh &
Hasmiza Harun
28 Aplikasi Teknologi Ict Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran 281
Pendidikan Islam Ke Arah Meningkatkan Kbat Dalam Pengajaran
Abad-21
Shah Rulbani Zakaria, Mohd Aderi Che Noh & Khadijah Abdul
Razak
29 Penggunaan CD-ROM Dalam Multimedia Pengajaran Dan 297
Pembelajaran Tarannum Melalui Kelas Kemahiran Al-Qur’an
Rosnah Zakaria & Mohd Aderi Che Noh
30 Penerapan Nilai Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Melalui 309
Mobile Classroom Menggunakan Telegram
Zanaton H Iksan
31 Tahap Penerimaan Dan Penggunaan Telegram Sebagai M- 319
Pembelajaran Dalam Kalangan Pelajar Universiti Melayu Islam
Muhammad Shahrul Abdul Rahman & Aidah Abd Karim
32 Penggunaan Aplikasi Dubsmash Dalam Meningkatkan Penguasaan 331
Kemahiran Mendengar Bahasa Arab Melalui Teks Al-Hiwar
Nurul Izzah A Rahman, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Mohd Aderi
Che Noh & Jamaluddin Badusah
33 Aplikasi Media Sosial Dalam Pembelajaran Di Ipt Malaysia Ke Arah 347
Pemerkasaan Metodologi Pengajaran Pendidikan Islam
Mohd Fadzil Jamal, Mohd Isa Hamzah & Mohd Aderi Che Noh
34 Penggunaan Multimedia Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran 353
Pendidikan Islam
Sabehah Hasan, Khadijah Abdul Razak & Mohd Aderi Che Noh

xi
35 Penilaian Kebolehgunaan Aplikasi M-Pembelajaran (M-Nikah) 363
Dalam Kalangan Guru Pendidikan Islam
Nik Abdul Rahman Nik Hassan & Mohd Isa Hamzah
36 Hubungan Pengurusan Masa Dengan Pencapaian Hafazan Pelajar Di 373
Mrsm Ulul Albab: Satu Tinjauan
Tuan Nurulhilwani Tuan Hussin, Nur Mashitah Mohd Kamal,
Munirah Zulkifli & Mohd Isa Hamzah
TEMA: HALA TUJU SISTEM DAN KURIKULUM BERIMPAK TERHADAP
TRANSFORMASI MASYARAKAT
37 Kepelbagaian Budaya Dalam Mencorak Kesepaduan Ummah 387
Nur Azri Azizah Sarmuji, Maimun Aqsha Lubis & Mohd Aderi Che
Noh
38 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Pengajaran Dan 395
Pembelajaran: Analisis Dari Perspektif Al Quran
Norafifah Ab Hamid, Norajila Che Man, Nor Azlina Abd Wahab &
Rawi Nordin
39 Instrumen Berorientasi Islam: Satu Pendekatan Tinjauan Literatur 409
Sistematik
Salbiah Mohamed Salleh, Jamil Ahmad, Aderi Che Noh, Ahmad
Sahli Mohamad Hasan & Farah Ilyani Zakaria
40 Pengajian Tahfiz: Antara Kecemerlangan Dan Cabaran Dalam 419
Menghasilkan Insan Kamil
Siti Yasmin Yusoff, Maimun Aqsha Lubis & Mohd Aderi Che Noh
41 Penerapan Nilai Murni Dan Akhlak Berlandaskan Al-Quran Dan As- 433
Sunnah Dan Cabarannya Di Abad Ke-21
Zulika Ahamad, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff & Mohd. Aderi Che
Noh
42 Halatuju Program Tahfiz Di Politeknik Malaysia: Satu Tinjauan 445
Awal
Yusni Mohamad Yusak & Mohd. Aderi Che Noh
43 Persepsi Pelajar Terhadap Kurikulum Sains Teknologi Dan 455
Kejuruteraan Islam Bagi Pelajar Kejuruteraan Di Politeknik Dalam
Pembentukan Peribadi Muslim
Mohamad Faizal Ahmat, Mohd. Aderi Che Noh, Nik Mohd Rahimi
Nik Yusoff & Ahmad Zamri Mansor
44 De-Sekularisasi Dalam Pendidikan 467
Norasmahani Hj Nor, Khadijah Abdul Razak & Zulkefli Aini

xii
45 Transformasi Pendidikan Untuk Membina Kemampanan Identiti 479
Remaja Muslim
Wan Nurul Syuhada’ Wan Hassan, Maimun Aqsha Lubis & Siti
Nurul Hidayu Hussin
46 Pengajaran Dan Pembelajaran Ibadat Dalam Pendidikan Islam 487
Melalui Kaedah Tunjuk Cara Menggunakan Youtube
Zarina Zakaria, Mohd Isa Hamzah & Mohd Aderi Che Noh
47 Kreativiti Dan Inovasi Dalam Pendidikan Islam 499
Shahrizan Sarbini, Mohd Isa Hamzah & Mohd Aderi Che Noh
TEMA: PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM DAN
KEMAHIRAN INSANIAH
48 Pengintegrasian Sains Tauhidik Dalam Konsep Kitaran Air 509
Semulajadi Melalui Pendekatan ‘Lesson Study’
Nur Hazizi Amir Hamzah & Zanaton H Iksan
49 Kaedah Penceritaan Sebagai Metodologi Pengajaran Dan 519
Pembelajaran Sirah Dalam Pendidikan Islam
Wahainibi Mustafa & Mohd Aderi Che Noh
50 Pembelajaran Kooperatif Dalam Pendidikan Islam 531
Mohammad Zulasyraf Bin Zulkapli, Khadijah Abdul Razak & Mohd
Aderi Che Noh
51 Aplikasi I-Think Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran 543
Pendidikan Islam
Nor Saidah Shuib & Mohd Aderi Che Noh
52 Blended Learning Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan 557
Islam
Marlina Sahaddin, Maimun Aqhsa Lubis, Mohd Aderi Che Noh &
Sitti Rafidah Sahaddin
53 Kefahaman Ilmu Dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Mampu 569
Melahirkan Murid Yang Mengajar
Muhammad Talhah Ajmain @ Jima'ain
54 Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) Sebagai Metodologi 589
Pendidikan Islam Dalam Pembelajaran Abad Ke-21
Mohd Tarmimi Mat Hussin, Mohd Aderi Che Noh & Maimun Aqsha
Lubis
55 Penerapan Visualisasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran 603
Sirah Nabawiyah
Mohamad Hakim Hashim & Mohd Aderi Che Noh

xiii
56 Pembentukan Akhlak Menurut Al-Ghazali Dalam Sistem Pendidikan 613
Kini
Nurul Eeffah Awang
57 Gaya Pembelajaran Kolaboratif Dalam Kalangan Pelajar Pendidikan 627
Islam Di Institusi Pengajian Tinggi
Sri Andayani Mahdi Yusuf & Mohd Aderi Che Noh
58 Elemen Ulul Albab Dalam Pembentukan Sahsiah 637
Mohd Saniy Jusoh , Mohd Isa Hamzah & Mohd Aderi Che Noh
59 Amalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Pengajaran 647
Pendidikan Islam
Ahmad Amir Khan Shah Mohammed, Mohd Aderi Che Noh & Mohd
Tarmimi Mat Hussein
60 Pelaksanaan Kem Bestari Solat (KBS) Di Sekolah Rendah Daerah 657
Sepang, Selangor
Norma Binti Jusof, Khadijah Abdul Razak & Mohd Aderi Che Noh
61 Elemen Warna Sebagai Mekanisme Pengajaran Dan Pembelajaran 667
Jawi Sekolah Rendah
Nurul Solehah Mohd Zubir, Mohd Sabri Ahmad, Mohd Aderi Che
Noh & Maimun Aqsha Lubis
62 Penggunaan Peta Pemikiran Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran 675
Bab Sirah Dalam Pendidikan Islam
Hezlen Suzne Md. Noor , Maimun Aqsha Lubis , Mohd Aderi Che
Noh , Khairun Nisak Sombar@Abdul Hamid , Zawatil ‘Ishqi
Mustapa
63 Aplikasi Kaedah Bermain Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran 695
Pendidikan Islam Sekolah Rendah
Norhayati Mat Arin, Mohd Aderi Che Noh & Mohd Isa Hamzah
64 Kaedah Tunjukcara Dalam Pengajaran Pendidikan Islam 709
Mahani M Ghani & Mohd Aderi Che Noh
65 Kaedah Nyanyian Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan 715
Islam Sekolah Rendah
Norhafizah Mohd Daud, Mohd Aderi Che Noh & Nik Mohd Rahimi
Nik Yusoff
66 Menjana Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Pengajaran Dan 727
Pembelajaran Pendidikan Islam Melalui I-Think
Wan Shaheda Wan Ab Rashid & Maimun Aqsha Lubis
67 Kaedah Pandang Sebut Dalam Pendidikan Jawi 737
Mohd Farhad Abdul Muin & Mohd Aderi Che Noh

xiv
68 Kaedah Demontrasi Sebagai Metodologi Berkesan Pengajaran Dan 745
Pembelajaran Ibadah Abad Ke-21
Saiful Rizal Taasim, Mohd Aderi Che Noh & Khadijah Abd Razak
69 Kaedah Simulasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan 757
Islam
Mohd Aripen Darahman
70 Kaedah Pembelajaran Kooperatif Dalam Pengajaran Ayat Hukum 769
Sitti Rafidah Sahaddin, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Mohd Aderi
Che Noh & Marlina Sahaddin
71 Kaedah Pengajaran Sokratik Dalam Pendidikan Islam 779
Hasmiza Harun, Mohd Aderi Che Noh & Khadijah Abdul Razak
72 Penggunaan Kad Imbasan Dalam Meningkatkan Pengajaran Dan 787
Pembelajaran Pemulihan Jawi
Mariati M Ghani & Mohd Aderi Che Noh
73 Kaedah Penyoalan Dalam Pembelajaran Dan Pengajaran (Pdp) 793
Pendidikan Islam Abad Ke-21
Ahmad Khairudin Ab Azis, Mohd Aderi Che Noh & Khadijah Abdul
Razak
74 Pengajaran Tilawah Al-Quran Secara Talaqi Musyafahah 811
Awang Nurizal Awang Kenit & Mohd. Aderi Che Noh
75 Penggunaan Peta Pemikiran ( I-Think ) Untuk Meningkatkan 821
Kefahaman Dan Minat Dalam Ulum Hadis Bagi Tingkatan Satu
Rahmah Ahmad
76 Kaedah Didik Hibur Dalam Pengajaran Pendidikan Islam 833
Nurul Husna Mat Saari & Mohd Aderi Che Noh
77 Penerapan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) Dalam Kursus 843
Amal Islami
Noridayu Yusof, Khadijah Abdul Razak & Mohd Aderi Che Noh
78 Pengetahuan Kosa Kata Produktif Dalam Kemahiran Menulis 857
Zunita Mohamad Maskor, Harun Baharudin & Maimun Aqsha Lubis
79 Penggunaan Kaedah Mnemonik Meningkatkan Kemahiran 867
Menentukan Kedudukan Huruf “Alif” Dalam Penulisan Jawi
Haszalawati@Hazwani Hamzah, Maimun Aqsha Lubis & Mohd
Aderi Che Noh
80 Pelaksanaan Program Kerohanian Dalam Pembentukan Sahsiah 885
Pelajar Kolej Kemahiran Tinggi Mara
Munirah Zulkifli & Khadijah Abdul Razak

xv
81 Kaedah Latih Tubi Kosa Kata Bahasa Arab Melalui Kemahiran 895
Berbahasa
Nurul Husna Abdul Aziz, Nik Mohd Rahimi & Mohd Aderi Che Noh
82 Pendekatan Kaedah Pemulihan Dan Pengayaan Dalam Pengajaran 903
Pendidikan Islam
Tengku Nurul Hanis Tuan Yaacob & Mohd Aderi Che Noh
83 Keberkesanan Permulaan Pengajaran Menerusi Amalan Kemahiran 917
Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Dalam Mata Pelajaran Pendidikan
Islam Sekolah Rendah Negeri Perak
Mohd Syaubari Othman & Ahmad Yunus Kassim
84 Kaedah Dengar Tutur Dalam Pengajaran Pelajar Tahap Satu Di 931
Sekolah Rendah
Norizzah Mohd Ayoub & Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff
85 Pendekatan Pembelajaran Berpusatkan Pelajar Dalam Pelajaran 939
Pendidikan Islam
Farah Hanan Abu Bakar, Mohd Aderi Che Noh & Maimun Aqsha
Lubis
86 Pendekatan Blended Learning Dalam Pendidikan Islam Di Mrsm 951
Aminuddeen Mohammad & Mohd Aderi Che Noh
87 Pembelajaran Aktif Dalam Pendidikan Islam 965
Mohd Faizal Rajab, Maimun Aqsha Lubis , Mohd Aderi Che Noh,
Salleh Huddin Abdul Raub & Muhammad Redhuan Ghazali
88 Kaedah Think-Pair-Share Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran 977
Pendidikan Islam
Kitikedizah Hambali & Mohd Aderi Che Noh
89 Penggunaan Peta Konsep Dalam Pendidikan Islam 987
Zawatil I’shqi Mustapa, Maimum Aqsha Lubis, Mohd Aderi Che
Noh, Hezlen Suzne Md Noor & Khairun Nisak Sombar@ Abdul
Hamid
90 Penggunaan Peta Konsep Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran 999
Topik Khulafa’ Ar-Rasyidin
Noraziah Mhd Yusop, Mohd Aderi Che Noh & Khadijah Abdul
Razak
91 Kaedah Demonstrasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Ibadah 1017
Wan Abu Bakar Wan Ali & Mohd Aderi Che Noh

xvi
92 Pembelajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Dalam 1027
Pengajaran Dan Pembelajaran Subjek Pendidikan Islam
Salleh Huddin Abdul Raub, Maimun Aqsha Lubis, Mohd Aderi Che
Noh, Faizal Rajab & Muhammad Redhuan Ghazali
93 Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam Melalui Kaedah 1043
Projek
Ahmad Farhan Jusoh, Mohd Isa Hamzah & Mohd Aderi Che Noh
94 Pengajaran Dan Pembelajaran Koperatif Abad Ke-21 Bahasa Arab 1057
Di Sekolah Menengah
Nurazizah Maarup & Harun Baharudin
95 Pola Kajian Tindakan Dalam Kalangan Pelajar Pendidikan Islam 1071
Japim IPG Kampus Perempuan Melayu
Zabedah Binti Ab. Razak
96 Kaedah Penyoalan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan 1077
Islam
Muhammad Redhuan Ghazali, Maimun Aqsha Lubis, Mohd Aderi
Che Noh, Salleh Huddin Abdul Raub & Mohd Faizal Rajab
97 Metode Pengajaran Dan Pendidikan Islam Gaya Nabi Muhammad 1097
SAW
Muhammad Syukri Jamil
98 Aplikasi Metod Pembiasaan Bagi Mendidik Kanak-Kanak 1103
Mengekalkan Amalan Beragama Dan Berakhlak Mulia Dalam
Kehidupan Seharian
Nurhaniza Mohd Tajudin
99 Aktiviti Khidmat Masyarakat: Satu Kaedah Dalam Pengajaran 1113
Kursus Penghayatan Islam
Mohd Salman Mokhtar & Mohd Aderi Che Noh
100 Persepsi Pelajar Terhadap Kemahiran Insaniah Dalam Mata 1123
Pelajaran Pendidikan Islam
Salleh Amat, Abu Yazid Abu Bakar & Mohd. Izwan Mahmud
101 Tahap Kompetensi Metakognitif Murid Dalam Mata Pelajaran 1133
Pendidikan Islam Di Sekolah Menengah Kawasan Felda Di Negeri
Sembilan
Kyairaniah Abu Hassan, Mohd Isa Hamzah & Mohd Aderi Che Noh
102 Kaedah Bercerita Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran 1147
Pendidikan Islam
Muhd Shaharuddin Mat Salleh, Harun Baharudin & Mohd Aderi
Che Noh

xvii
103 Teknik Pembelajaran Mnemonik Dalam Pendidikan Islam 1161
Tingkatan Empat
Mohd Romei Ngah, Harun Baharudin & Mohd Aderi Che Noh
104 Hubungan Kekeluargaan Terhadap Penghayatan Akhlak Pelajar 1173
Sekolah Menengah Di Daerah Gombak, Selangor
Mohamad Faizal Ismail
105 Kemahiran Visualisasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran 1191
Pendidikan Islam
Harizan Abdullah, Mohd Isa Hamzah &Mohd Aderi Che Noh
106 Tahap Penggunaan Ciri-Ciri Linguistik Dalam Buku Teks 1201
Berbahasa Arab
Kamarulzaman Abdul Ghani, Ahmad Sabri Noh, Nik Mohd Rahimi
Nik Yusuff & Zulazhan Ab. Halim
107 Pendekatan Nasihat Melalui Alquran Dan Hadith Dalam Pengajaran 1215
Pendidikan Islam
Nur Mashitah Mohd Kamal, Mohd Isa Hamzah, Mohd Aderi Che
Noh
108 Maw‘Iẓah Ḥasanah Dalam Kalangan Pelajar Menerusi Pengajaran 1225
Dan Pembelajaran Pendidikan Islam
Khairiah Hashim, Mohd Aderi Che Noh & Gamal Abd Nasir
Zakaria
109 Metode Pengajaran Pendidikan Islam Terhadap Pelajar Muallaf Di 1239
Sekolah Menengah
Ummu Aiman ‘Azyyati Md Taib & Mohd Aderi Che Noh
110 Penerapan Elemen Lagu (Team Chant) Secara Pembelajaran 1251
Koloboratif Dapat Meningkatkan Kosa Kata Bahasa Arab : Satu
Alternatif ?
Nor Azzarahton Ab Karim @ A Bakar & Mohd Aderi Che Noh
111 Pendidikan Islam Menurut Al-Quran Dan As-Sunnah Serta 1261
Peranannya Dalam Memperkasakan Sahsiah Muslim
Badrun Nisah Mohamed Nasiruddin & Mohd Aderi Bin Che Noh
112 Keberkesanan Konsep Quranik Dalam Program Ulul Albab Maktab 1277
Rendah Sains Mara
Munawar Mohamad Yusoff, Harun Baharudin & Mohd Aderi Che
Noh
113 Hubungan Antara Gaya Asuhan Ibu Bapa Terhadap Tingkah Laku 1291
Langsang Pelajar Universiti
Rahimah Mohamad

xviii
114 Penetapan Kadar Upah Simpan Dalam Skim Ar-Rahnu Di Institusi 1299
Kewangan Terpilih Di Malaysia
Anisah Nasib & Mohd Noor Daud
115 Penggunaan Teknik Pembelajaran Aspek Kosa Kata Bahasa Arab 1307
Dalam Kalangan Murid
Maimun Aqsha Abdin Lubis, Irma Martiny Md Yasim &
Zaid Arafat Mohd Noor

TEMA: LATIHAN PERGURUAN DAN PROFESIONALISME GURU


116 Pengetahuan Guru Pendidikan Islam Dalam Melaksanakan 1317
Pembelajaran Berasaskan Masalah
Norrashidah Abd Hadi & Khadijah Abdul Razak
117 Pengalaman Pembelajaran Terdahulu (PPT) Siswa Pendidik Dalam 1325
Pengajaran Tilawah Al-Quran
Farah Ilyani Zakaria, Mohd Aderi Che Noh, Khadijah Abd Razak,
Salbiah Mohamed Salleh
118 Persepsi Guru Pendidikan Islam Terhadap Amalan Pengajaran 1339
Tilawah Al-Quran Sekolah Rendah
Rozita Md.Noh & Mohd. Aderi Che Noh
119 Pengaruhkeilmuan Guru Pendidikan Islam Dalam Pengajaran 1353
Pendidikan Islam
Engku Zarihan Bt Engku Abdul Rahman, Mohd Aderi Bin Che Noh
& Abdul Aziz Bin Mat Isa
120 Pengamalan Budaya Kompetensi Bimbingan Penyeliaan Praktikum 1363
Oleh Pensyarah Pendidikan Islam Institut Pendidikan Guru Di
Malaysia
Mohd Nasri Abdullah & Kamarul Azmi Jasmi
121 Persepsi Pelajar Terhadap Pengurusan Masa Pengajaran Kemahiran 1377
Amal Islami (KAI): Satu Kajian Di MRSM
Rosita Rejab, Maimun Aqsha Lubis, Noridayu Yusof & Zarina
Zakaria

xix
TEKNIK PEMBELAJARAN MNEMONIK DALAM
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN EMPAT

Mohd Romei Ngah, Harun Baharudin & Mohd Aderi Che Noh
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi Selangor
mohdromei@gmail.com

ABSTRAK : Masalah mengingat menjadi cabaran utama untuk menguasai topik yang
terdapat dalam mata pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan Empat kerana mengandungi
fakta-fakta yang memerlukan gaya pembelajaran yang sesuai bagi menguatkan daya ingatan.
Penulisan ini bertujuan untuk melihat penggunaan Teknik Pembelajaran Mnemonik bagi
meningkatkan daya ingatan dan pencapaian mata pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan
Empat. Penulisan ini mengkaji kaitan teknik pembelajaran Mnemonik dengan daya ingatan.
Teknik Mnemonik yang diterapkan dalam kajian ini adalah teknik akronim, teknik kata
kunci, teknik loci, teknik akrostik, dan teknik pasak. Bidang yang dipilih berdasarkan mata
pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan Empat ialah bidang ibadat yang mempunyai sepuluh
topik termasuk haji dan umrah, sembelihan, korban, dan akikah. Penulisan ini memberi
tumpuan terhadap pelaksanaan Teknik Pembelajaran Mnemonik. Penulisan ini diharap dapat
menghasilkan kepentingan dan sumbangan kepada pelajar, guru, Maktab Rendah Sains Mara
(MRSM) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Kata Kunci: Teknik, Pembelajaran, Mnemonik, Pendidikan Islam

PENGENALAN

Di dalam proses pembelajaran, terdapat pelbagai teknik yang lazim digunakan untuk
memahami dan menguasai proses pembelajaran. Matlamat utama teknik yang
digunakan adalah untuk mengukuhkan ingatan seseorang terhadap pengetahuan
yang dipelajarinya. Oleh sebab itu, penguasaan terhadap teknik untuk mengingat
amat penting untuk meningkatkan pencapaian dalam pembelajaran. Pembelajaran
yang menarik, mudah dan menyeronokkan mampu memberi kefahaman yang baik
tentang topik yang diajar seterusnya mengekalkan maklumat dan pengetahuan yang
disampaikan ke dalam ingatan pelajar. Mengingat merupakan satu cabaran yang
besar kepada pelajar kerana pelbagai topik dan fakta yang terkandung di dalam mata
pelajaran yang perlu dipelajari, difahami dan diingati. Justeru perlunya kesedaran
dan pengetahuan yang boleh membantu guru agar menjadi lebih peka dan berusaha
membantu pelajar dalam menghadapi cabaran terutama dalam proses mengingat.
Penguasaan terhadap teknik mengingat amat penting selain mengaplikasikan teknik-
teknik belajar yang lain kerana permasalahan ingatan manusia yang terbatas ini
boleh di atasi dan ditingkatkan melalui kemahiran mengingat dan latihan yang
bersistematik.
Pelbagai faktor penyumbang kepada kejayaan pelajar seperti kecerdasan
intelek, daya usaha yang berlebihan, tumpuan yang lebih ketika proses pengajaran
Wacana Pendidikan Islam Siri ke 11 1162
15-16 November 2016, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi, Selangor.

dan pembelajaran (PdP) serta strategi belajar yang mantap (Khalid 2005). Kejayaan
dalam bidang akademik adalah sesuatu yang tidak mustahil jika pelajar memperoleh
cara atau strategi belajar yang berkesan. Zamri (2015) menyatakan bahawa kejayaan
dan kecemerlangan dalam sesuatu mata pelajaran banyak dikaitkan dengan gaya dan
strategi pembelajaran yang digunakan. Dalam usaha mempelbagaikan kaedah
pengajaran dan pembelajaran, guru berusaha menjadikan pengajaran suatu yang
menarik dan berkesan sehingga menghasilkan pembelajaran sebagaimana yang
dikehendaki oleh masyarakat dan negara. PdP yang berkesan dapat menghasilkan
keputusan yang cemerlang dalam pelajaran. Kenyataan ini selaras dengan kajian
Jidarulaila (2003) yang menyatakan bahawa pencapaian pelajar dalam pelajaran
dikaitkan dengan cara guru itu mengajar. Oleh itu guru disarankan melakukan
perubahan dalam gaya pengajaran mereka di bilik darjah supaya disesuaikan dengan
gaya pembelajaran pelajar.
Setiap pelajar perlu mempunyai daya kemahiran mengingat dalam
kehidupan. Dengan menggunakan teknik yang sesuai, kemampuan ingatan dapat
ditingkatkan dan memudahkan proses ingatan. Teknik ini membantu mengingati
fakta-fakta yang banyak dan rumit serta meningkatkan input ingatan, mengurangkan
tekanan minda dan membantu meluaskan ruang ingatan dalam kadar yang tinggi.
Mengingat adalah kemahiran yang boleh dipupuk dan dibentuk dalam diri mengikut
gaya pembelajaran seseorang pelajar kerana wujud perbezaan di antara pelajar
dengan pelajar yang lain. Pembelajaran menggunakan teknik pembelajaran
mnemonik berkesan meningkatkan hasil pembelajaran dan pelajar lebih aktif dalam
mengikuti pembelajaran, walaupun kaedah ini jarang dilakukan.

LATAR BELAKANG KAJIAN

Mnemonik berasal daripada bahasa Yunani iaitu Mnemosyne. Mnemosyne adalah


dewi Yunani kuno yang wujud daripada memori (Pal 2014). Mnemonik adalah satu
teknik untuk meningkatkan daya mengingat sesuatu (Mastropieri, dan Scruggs,
2012). Bakken dan Simpson (2011) menjelaskan bahawa mnemonik adalah
pendekatan yang tersusun untuk meningkatkan memori dan membuat pengetahuan
menjadi lebih bermakna. Oleh sebab itu, mnemonik boleh didefinisikan sebagai
formula fakta untuk memudahkan ingatan. Ingatan merupakan proses kebolehan
manusia untuk menerima maklumat, memproses, dan menyimpannya dalam otak
kemudian mengeluarkannya ketika diperlukan. Ia adalah suatu cara untuk
meningkatkan memori dan membina maklumat dengan lebih berkesan. Manakala
pembelajaran boleh difahami sebagai proses yang menghasilkan perubahan tingkah
laku seseorang individu sebagai reaksi terhadap sesuatu keadaan yang dihadapi (Ee
Ah Meng 2003). Pembelajaran juga ditakrifkan sebagai menghalusi fikiran dan
memperbaiki kebolehan berfikir seseorang, mendalami kefahaman terhadap pelbagai
isu, atau meningkatkan kefahaman mendalam mengenai fenomena seperti
mendapatkan teknik yang lebih baik atau fakta yang baru. (Shahabudin Hashim et al.
2003). Dengan itu, teknik pembelajaran Mnemonik ialah satu kaedah untuk
mengingat sesuatu pembelajaran dengan cara mudah, cepat dan berkesan. Teknik ini
1163 “Pendidikan Islam Membangunkan Ummah Wasatiah”
Anjuran: Fakulti Pendidikan, UKM & JAKIM

menggunakan formula perkataan atau gambaran tertentu untuk membantu pelajar


memudahkan dan meningkatkan daya ingatan.
Pendidikan Islam merupakan salah satu mata pelajaran yang terdapat dalam
sistem pendidikan negara kita dan wajib dipelajari dan diajar di sekolah-
sekolah yang terdapat pelajar-pelajar yang beragama Islam. Peruntukan ini dapat
dilihat berdasarkan Akta Pendidikan 1996 Seksyen 50 (1) :

“Jika di dalam sesuatu institusi pendidikan terdapat lima orang murid


atau lebih yang menganut agama Islam maka murid-murid itu
hendaklah diberikan pengajaran agama Islam oleh guru yang diluluskan
oleh Pihak Berkuasa Negeri”

Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (2005), mata pelajaran Pendidikan Islam


KBSM kini dibahagikan kepada bidang berikut:
i. Tilawah al-quran yang merangkumi bacaan, hafalan dan kefahaman
ii. Hadis
iii. Ulum Syar’iyah yang meliputi Akidah, Ibadah, Sejarah Nabi Muhammad s.a.w.
dan Tamadun Islam
iv. Adab dan Akhlak Islamiah.

Peruntukan masa pengajaran Pendidikan Islam bagi peringkat menengah rendah


ialah 240 minit atau enam waktu seminggu, bagi peringkat menengah atas ialah 160
minit atau empat kali seminggu. Keseluruhan topik yang terdapat dalam mata
pelajaran Pendidikan Islam bagi tingkatan empat ialah 43 buah topik. Bidang
ibadat terdiri daripada sepuluh topik iaitu kewajipan haji dan umrah, cara
menyempurnakan ibadat haji dan umrah, wajib haji dan umrah, cara mengerjakan
haji dan jenis-jenis dam, sembelihan, korban amalan mulia, akikah, jual beli dan
sewa, gadaian dan syarikat, dan hutang insurans dan saham (Fuziah dan Aminah
2013). Berdasarkan topik-topik yang terdapat dalam subjek Pendidikan Islam
Tingkatan Empat adalah mustahil bagi seseorang guru Pendidikan Islam
menyentuh sesebuah topik secara mendalam dan terperinci sekiranya masa
yang diperuntukkan hanya empat jam seminggu. Dengan menggunakan teknik
pembelajaran yang bertepatan, cabaran mampu diatasi selari dengan matlamat
utama setiap pelajar adalah berjaya dengan cemerlang dalam pelajarannya.

PERNYATAAN MASALAH

Setiap individu mempunyai kemampuan mengingat yang berbeza. Terdapat pelajar


yang mempunyai ingatan yang kuat, malah terdapat pelajar yang perlu bekerja keras
untuk mengingat walaupun pengetahuan yang mudah (Zaida Torman 2002).
Manakala pengajaran guru menjadi faktor pelajar kurang berminat untuk terlibat
dalam sesi pembelajaran pendidikan Islam di sekolah. Zaiton Mustafa dan
Hishamuddin Salim (2012) menyatakan bahawa faktor utama pelajar kurang
berminat mengikuti pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam
ialah pengaruh guru pendidikan Islam dan kurikulum pendidikan Islam itu sendiri.
Wacana Pendidikan Islam Siri ke 11 1164
15-16 November 2016, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi, Selangor.

Hal ini kerana kurikulum tidak dirancang dengan baik kerana berdasarkan
kerohanian semata-mata. Menurut (Razalinda 2008) kurikulum yang membekalkan
pelajaran berdasarkan kerohanian sahaja boleh mendatangkan kesulitan sesebuah
institusi pengajian khususnya dari segi pembangunan material. Justeru perlunya ilmu
duniawi dan disepadukan bagi melahirkan insan yang seimbang dari segala aspek.
Beberapa kajian yang telah dijalankan menunjukkan punca kelemahan pelajar dalam
mata pelajaran Pendidikan Islam adalah pengajaran guru sama ada di bandar
ataupun di luar bandar (Nik Rosila 2007; Suhaimi 2007; Mohd Yakub dan Saidi
2008).
Kaedah pelajar belajar menggunakan teknik pembelajaran mempengaruhi
pencapaian akademik. Kajian mendapati terdapat hubungan yang signifikan di
antara gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar (Alias 2005). Pelajar
yang peka seharusnya mengetahui gaya pembelajaran yang sesuai kepada diri
masing-masing untuk berjaya di dalam pelajaran, seterusnya memperoleh keputusan
peperiksaan yang cemerlang. Kaedah pengajaran yang diamalkan guru juga
mempengaruhi daya ingatan dan pencapaian pelajar. Faktor-faktor seperti gaya
pembelajaran dan kaedah pengajaran yang diamalkan guru merupakan di antara
faktor berkesan mempengaruhi kejayaan seseorang pelajar itu (Mohd Faizal 2004).
Untuk mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang pelbagai strategi perlu
diambil perhatian. Antara strategi yang perlu dipertimbangkan oleh guru
termasuklah mengenal pasti gaya pembelajaran pelajar. Ini kerana gaya
pembelajaran telah dikenal pasti sebagai faktor yang mempengaruhi keberkesanan
pembelajaran pelajar (Mohd. Nor dan Hazwani 2007).
Kajian lepas mengenai pendekatan atau Teknik Pembelajaran Mnemonik
membataskan kepada satu bentuk mnemonik sahaja seperti akronim, akrostik dan
kata kunci berdasarkan topik-topik kecil dalam mata pelajaran berkaitan (Amy
Sharimie 2012; Kartika Asmarani 2013; Wan Nur Diyanah 2013). Namun begitu,
penulisan ini mengkaji teknik mnemonik dalam topik yang lebih banyak iaitu bidang
ibadat dalam Pendidikan Islam yang melibatkan sepuluh topik. Oleh yang demikian
penulisan ini mengkaji teknik pembelajaran Mnemonik dalam Pendidikan Islam
Tingkatan Empat menggunakan teknik Akronim, Teknik Akrostik, Teknik Kata
Kunci dan Teknik Loci bagi meningkatkan daya ingatan pelajar dalam pembelajaran
Pendidikan Islam. Teknik ini menyediakan pendekatan yang baik dan berkesan
untuk menjadikan pembelajaran dan pengajaran menarik supaya pelajar dapat
mengingati fakta-fakta dengan mudah.

TEORI-TEORI PEMBELAJARAN

Teori pembelajaran Robert M. Gagne merupakan gabungan yang seimbang antara


behavioris dan kognitif (Tanwey, 2004). Dalam proses informasi terdapat hubungan
di antara keadaan dalaman dan luaran individu. Keadaan dalam diri individu
diperlukan untuk mencapai matlamat pembelajaran dan proses kognitif yang terjadi
di dalam individu. Sementara keadaan luaran adalah rangsangan yang
mempengaruhi individu dalam proses pembelajaran. Proses pembelajaran menurut
Gagne berdasarkan empat fasa iaitu fasa penerimaan, fasa penguasaan, fasa
1165 “Pendidikan Islam Membangunkan Ummah Wasatiah”
Anjuran: Fakulti Pendidikan, UKM & JAKIM

penyimpanan dan fasa pemanggil. Sementara teori konstruktivisme yang diasaskan


oleh Lev Vygotsky telah mengubah corak pengajaran dan pembelajaran, iaitu
daripada pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan guru kepada pengajaran
dan pembelajaran yang berpusatkan murid. Hal ini selaras dengan pandangan
Snyder (2009) terhadap teori konstruktivisme yang menyatakan bahawa gabungan
informasi baru dengan pengetahuan sedia ada dan pengalaman murid dapat
membina pembelajaran mereka sendiri. Menurut teori behavioris, pembelajaran
adalah suatu perubahan tingkah laku yang dapat dilihat secara langsung kerana
berlaku melalui hubungan rangsangan dan tindak balas (Dahar 1988). Dalam hal ini,
individu boleh diubah dengan memanipulasi keadaan pembelajaran dan
dimantapkan dengan pelbagai pengukuhan untuk mempertahankan hasil
pembelajaran yang dikehendaki (Sanyata 2012). Ciri teori ini berdasarkan perubahan
tingkah laku seseorang berdasarkan apa yang diajar (Sumadi dan Suryabrata 1990).
Teori ini sesuai dengan teknik pembelajaran Mnemonik kerana teknik ini
mampu merangsang pemikiran pelajar untuk memahami topik-topik yang diajar oleh
guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini memberi kesan kepada
perubahan tingkah laku pelajar seterusnya mempengaruhi daya ingatan dan
pencapaian pelajar dalam akademik. Kenyataan ini selari dengan pendekatan
konstruktivisme yang menekankan proses pembelajaran yang menggalakkan pelajar
membina konsep sendiri dengan menghubungkaitkan perkara yang dipelajari dengan
pengetahuan sedia ada pada mereka. Dalam proses ini, pelajar dapat meningkatkan
pemahaman mereka tentang sesuatu perkara (Yong Shu Lan 2013).

TEKNIK PEMBELAJARAN MNEMONIK DALAM TOPIK IBADAT,


PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN EMPAT

Teknik Pembelajaran Mnemonik mempunyai pelbagai kaedah yang dapat diterapkan


dalam pengajaran dan pembelajaran sesuai dengan mata pelajaran Pendidikan Islam.
Teknik ini terdiri daripada akrostik, kata kunci, loci, kata pancang (peg word), dan
mnemonik gambar (Bakken, dan Simpson, 2011; McNamara 2012; Pal 2014).
Akronim ialah kependekan yang terbentuk daripada gabungan huruf-huruf pertama
atau suku atau beberapa perkataan yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan
seperti RISDA dan MARA (Kamus Dewan 2014). Akronim didefinisikan sebagai
proses membentuk perkataan dengan cara mencantumkan bahagian-bahagian
daripada beberapa perkataan sehingga menjadi satu perkataan baharu, dan
mempunyai makna baharu. Terdapat tiga cara bagi membentuk akronim, iaitu
gabungan beberapa huruf awal rangkai kata yang terdiri daripada kata nama khas,
gabungan suku kata dengan huruf atau gabungan suku kata dengan suku kata dan
gabungan suku kata dengan suku kata (Ahmad Khair 2012). Contoh yang dapat
diambil daripada mata pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan Empat ialah daripada
topik Cara Menyempurnakan Ibadat Haji dan Umrah iaitu syarat wajib haji. Syarat
wajib haji adalah Islam, baligh, berakal, berkuasa dan merdeka. Syarat ini boleh
dipendekkan melalui teknik akronim menjadi MAKBI iaitu gabungan huruf awal
suku kata berkenaan.
Wacana Pendidikan Islam Siri ke 11 1166
15-16 November 2016, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi, Selangor.

Selain teknik akronim, teknik akrostik merupakan salah satu daripada


teknik pembelajaran Mnemonik. Akrostik berasal daripada bahasa Yunani,
akrostichis, yang bermakna sajak dengan huruf awal disusun menjadi sebuah kata
(Harley 2012). Akrostik adalah susunan kata-kata yang seluruh huruf awal atau
akhir tiap barisnya merupakan sebuah kata nama diri yang digunakan untuk
mengingat perkara lain (Colin 2008). Teknik akrostik adalah salah satu cara untuk
memudahkan pelajar mengingat sesuatu yang ingin diingat dengan cara
menggunakan huruf awal, tengah atau akhir dalam suatu perkataan atau frasa
tertentu. Teknik ini hampir sama maknanya dengan teknik akronim. Ia merupakan
salah satu teknik mengingat dengan menggunakan huruf pertama pada setiap
perkataan dan digabungkan menjadi untaian yang menarik. Sebagai contoh, topik
Rukun Haji iaitu niat ihram, wukuf di Padang Arafah, tawaf di Baitullah, saie antara
Safa dan Marwah, bercukur dan tertib. Daripada rukun haji, teknik akrostik yang
boleh digunakan ialah Nak Wani Tapi Suka C T.
Teknik Loci disebut sebagai teknik tempat kerana teknik ini
menggabungkan antara ingatan visual atau fakta dengan tempat. Teknik Loci
menurut Buzan (2002) adalah menggabungkan kekuatan imaginasi dengan tempat
yang berkaitan. Tempat yang hendak digunakan untuk teknik ini adalah tempat yang
biasa dan sudah diketahui. Sebagai contoh, pelajar membayangkan beberapa konsep
belajar yang hendak diingati. Dalam ingatan, mereka meletakkan maklumat dalam
ruang di rumah mereka, seperti di sebelah pintu masuk, ruang keluarga, ruang
makan, ruang dapur dan sebagainya. Apabila memerlukan kembali informasi yang
dikehendaki, mereka membayangkan dirinya yang berjalan di ruang dapur dan
mengambil kembali konsep belajar tersebut.
Mohammad Amiryousefi dan Saeed Ketabi (2011) memberikan contoh, jika
perkataan baru yang dipelajari seperti era, tiruan, misi, sampel, jisim, ketumpatan,
mengganggu, jauh, lokasi biasa secara gambaran mental seperti menggambarkan
bulan. Sebagai contoh, “Ia adalah era robot. Terdapat beberapa robot dengan
tangan dan kaki palsu. Mereka berada di bulan. Mereka mengumpul sampel jisim
batuan untuk memeriksa ciri-ciri dan kepadatan. Tiada siapa yang boleh
mengganggu mereka kerana mereka berada dalam kawasan yang jauh ". Keadaan
ini mesti dilihat sebagai gambaran mental dan dibayangkan oleh pelajar. Contoh
yang diambil daripada topik Wajib Haji dan Umrah iaitu perkara-perkara yang
dilarang dalam Ihram ; Pakaian berjahit, wangian, kuku, rambut, kepala, muka,
minyak rambut, tumbuhan, binatang, nikah, bersetubuh. Pengetahuan baru ini boleh
digambarkan seperti berikut ; Seorang lelaki memakai pakaian berjahit, meletakkan
wangian di badan dan melihat muka di cermin untuk bernikah. Sebelum itu, beliau
merapikan kuku dan rambut dengan meletakkan minyak rambut di kepala. Beliau
mencari tumbuhan di hutan dan menyembelih binatang untuk dibuat kenduri. Beliau
faham tidak boleh bersetubuh sebelum nikah.
Teknik pancang atau pasak adalah teknik mnemonik yang menggunakan
komponen sebelumnya yang sudah dikuasai seperti pasak (paku) untuk mengingat
memori baru. Teknik ini dibentuk secara berpasangan. Sebagai contoh, merah-saga,
panas-api, darah-lipstik, langit-bumi dan istilah lain yang mempunyai watak yang
sama dari segi warna, rasa dan sebagainya. Namun ia juga sesuai terhadap orang
1167 “Pendidikan Islam Membangunkan Ummah Wasatiah”
Anjuran: Fakulti Pendidikan, UKM & JAKIM

yang mempunyai orientasi matematik dan verbal, malah sesiapa sahaja boleh
menggunakan teknik ini (Stine 2002). Sebagai contoh, sejumlah nombor seperti
0175228085, boleh dihafal dengan kaedah pancang atau pasak menjadi 017 522 80
85. Dengan ini, nombor 0175228085 dihafal dengan cara memasaknya dan tidak
dihafal 10 angka secara keseluruhan, tetapi dipasak menjadi empat bahagian. Contoh
yang dapat diambil daripada topik Sembelihan iaitu rukun sembelihan ;
penyembelih, binatang yang disembelih dan alat sembelihan. Rukun ini boleh
dijadikan teknik pancang iaitu PBA. PBA boleh dipasangkan dengan Perbadanan
Bekalan Air (PBA). Individu boleh mengingati PBA sebagai rukun sembelihan.
Contoh lain ialah topik korban iaitu umur binatang yang dijadikan korban. Teknik
yang boleh diaplikasikan ialah TaPi BiRi 52 21 iaitu Unta 5 tahun, Sapi 2 tahun,
kambing 2 tahun dan biri-biri 2 tahun.
Teknik kata kunci digunakan untuk mengingat kata penting yang ada
hubungan dengan maklumat yang akan diingat, misalnya syarat sah akikah dalam
Pendidikan Islam Tingkatan Empat, muka surat 144 iaitu ; Berniat akikah ketika
menyembelih, menyembelih binatang ternakan yang halal, menyembelih binatang
yang tidak cacat, menyembelih binatang ternakan yang cukup umur dan memenuhi
syarat-syarat sembelihan. Teknik kata kunci yang boleh dikeluarkan daripada syarat
sah berkenaan ialah niat, halal, tidak cacat, cukup umur dan syarat sembelihan.

HUBUNGAN MNEMONIK DENGAN KEMAHIRAN MENGINGAT

Mnemonik memiliki hubungan yang erat dengan kemampuan mengingat kerana ia


berjalan sesuai dengan pemikiran (Kartika Asmarani 2013). Proses mengingat
bukanlah sekadar merakamkan maklumat di dalam ingatan, malah maklumat
tersebut perlu dikeluarkan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, masalah
yang menjadi cabaran kepada guru adalah untuk memberi kefahaman kepada pelajar
untuk mengekalkan maklumat-maklumat yang disampaikan. Dalam Pendidikan
Islam, masalah mengingat merupakan satu cabaran yang besar kepada pelajar kerana
mengandungi pelbagai topik yang mempunyai banyak fakta. Justeru perlunya
kesedaran dan pengetahuan guru tentang proses dan masalah mengingat pelajar di
dalam kelas. Kesedaran dan pengetahuan ini boleh membantu guru agar menjadi
lebih peka dan berusaha membantu pelajar dalam menghadapi cabaran terutama
dalam menghadapi peperiksaan.
Kemahiran mengingat ialah proses pembelajaran yang berkaitan dengan
kefahaman dan penggunaan deria dengar dan deria lihat yang baik. Kemahiran
mengingat juga ialah proses mengingat kembali dengan menyebut atau menulis
fakta dan kejadian yang telah berlaku selepas beberapa ketika. Antara kaedah yang
digunakan untuk meningkatkan ingatan ialah menggunakan alat bahan bantu
mengajar, bahan pengajaran yang bermakna, isi pelajaran teratur dan baik,
mengulang isi pelajaran, waktu rehat dalam pembelajaran, pengelolaan
pembelajaran, mengaitkan pembelajaran dengan kehidupan sebenar, membuat latih
tubi, mengaplikasikan ilmu dan menggunakan Teknik Pembelajaran Mnemonik.
Kajian yang dilakukan oleh Scoot et al. (1982) mendapati bahawa kanak-kanak
Wacana Pendidikan Islam Siri ke 11 1168
15-16 November 2016, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi, Selangor.

memperoleh pembelajaran dengan lebih tersusun dan pembelajaran yang strategik


dapat dicapai apabila memahami dan menggunakan strategi Mnemonik.
Menurut Basuki Agus (2013), Teknik akrostik dapat meningkatkan proses
pembelajaran menulis cerita pendek (meliputi keberanian menjawab, ketepatan
jawaban, ketekunan bekerja, dan pemahaman perintah) serta mampu meningkatkan
hasil pembelajaran. Menurut Wan Nur Diyanah (2013), Hasil dapatan kajiannya
menunjukkan penggunaan akronim berbantukan multimedia dapat membantu dalam
meningkatkan tahap penguasaan responden dalam kemahiran mengingat. Ini
menunjukkan penggunaan akronim berbantukan multimedia ini sangat membantu
murid dalam mengingat sunat ab’ad. Ia menunjukkan peningkatan pada murid dan
memberikan kesan yang positif pada ingatan murid. Menurut Zaihan Hairuzialani
(2011), Hasil kajiannya menunjukkan akronim ASMAK sangat berkesan dalam
meningkatkan kefahaman pelajar terhadap pengeluaran hukum. Menurut kajian Nur
Syuhada binti Abu Hassan (2012), Pencapaian baik pelajar dalam ujian pos yang
dijalankan menunjukkan keberkesanan akronim dan teknik modul yang digunakan..
Cara mempelajari teknik mnemonik lebih berkesan untuk mengingat
pelajaran dan mencapai kejayaan. Bakken dan Simpson (2011) menjelaskan bahawa
teknik mnemonik telah terbukti membantu individu untuk mengingat informasi
dengan lebih mudah, lebih bermakna dan lebih konkrit. Teknik tersebut bukan
sahaja digunakan terhadap individu yang memiliki kemampuan ingatan yang rendah,
bahkan dapat diterapkan terhadap pelajar yang cacat ringan seperti ketidakmampuan
belajar, cacat intelektual, cacat emosional dan perilaku (Mastropieri dan Scruggs
2012). Mnemonik boleh digunakan dalam pelbagai mata pelajaran seperti seni
bahasa, matematik, sains, kajian sosial, bahasa asing, dan mata pelajaran akademik
yang lain. Penggunaan strategi pengajaran ini tidak memerlukan banyak bahan
tambahan atau perancangan yang luas dan masa penyediaan yang cepat. (Mastropieri
et al. 2012).

PELAKSANAAN TEKNIK PEMBELAJARAN MNEMONIK


PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN EMPAT

Pelaksanaan Teknik Pembelajaran Mnemonik berdasarkan topik yang ada dalam


buku Teks Pendidikan Islam Tingkatan Empat. Teknik Pembelajaran Mnemonik
dibentuk bagi memudahkan ingatan pelajar dalam proses pembelajaran dan
Pendidikan Islam Tingkatan Empat. Teknik yang di buat ini terhad kepada bidang
ibadat sahaja yang merangkumi topik berkenaan Haji dan Umrah, Korban, Akikah
dan Sembelihan. Langkah pertama yang perlu dilakukan oleh pelajar adalah langkah
persiapan. Pada tahap ini guru perlu menentukan tujuan yang diharapkan dan dapat
dicapai serta pelajar diberitahu tentang tujuan pembelajaran tersebut. Hal ini agar
pelajar memahami tujuan yang akan dilakukannya. Langkah seterusnya, pelajar
perlu mencari sebuah topik yang berkaitan bidang ibadat dan melakukan tahap
penentuan idea. Penentuan idea boleh berlaku daripada pengalaman sedia ada
pelajar. Pelajar berbincang mengenai topik dan dituliskan di dalam buku latihan.
Langkah pelaksanaan adalah menulis perkataan dan menyebut sesuatu yang
diminta oleh guru. Setelah pelajar menentukan dan memilih kata tersebut, mereka
1169 “Pendidikan Islam Membangunkan Ummah Wasatiah”
Anjuran: Fakulti Pendidikan, UKM & JAKIM

perlu menulis perkataan secara mnemonik. Langkah selanjutnya adalah membaiki


dan mengulang kaji mengikut langkah-langkah yang ditetapkan. Pada tahap ini
setelah membaca kembali perkataan yang ditulis, pelajar perlu membaiki dan
mengulang kaji kaedah yang ditetapkan (Frye 2010). Kaedah pelaksanaan teknik
menurut Fleisher (2013) dimulakan dengan langkah pertama iaitu guru
menyampaikan pengetahuan sebelum melakukan teknik mnemonik. Guru terlebih
dahulu menerangkan bahan-bahan secara keseluruhan yang diajarkan kepada pelajar
di kelas. Kemudian pada masa pengenalan kosa kata baru, guru menjelaskan tentang
teknik mnemonik untuk memudahkan pelajar mengingati pembelajaran Pendidikan
Islam. Seterusnya guru menjelaskan kepada pelajar bahawa mereka perlu
mengambil huruf tengah, atau akhir dan huruf depan dalam sebuah kata yang
disusun. Langkah lain, guru perlu menyusun fakta menjadi teknik mnemonik yang
sesuai dengan topik. Pelajar perlu membaca dan menghafal fakta berdasarkan teknik
yang disampaikan. Seterusnya langkah penilaian menyatakan bahawa pada tahap ini
guru membuka ruang untuk pelajar bersoal jawab.

KESIMPULAN

Teknik Pembelajaran Mnemonik dirangka dan dibentuk untuk meningkatkan daya


mengingat maklumat dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Teknik ini
memudahkan akses kepada kurikulum pendidikan umum dengan memberi pelajar
suatu teknik yang diperlukan untuk menyusun maklumat lebih baik dan mudah serta
mempunyai kemampuan untuk mengeluarkan informasi pada bila-bila masa yang
diperlukan. Teknik pembelajaran yang berkesan di dalam bilik darjah perlu dikaji
supaya ia dapat menarik minat pelajar, meningkatkan motivasi pelajar,
meningkatkan keyakinan diri pelajar, dapat menerapkan sesuatu konsep secara
berkesan kepada pelajar dan secara tidak langsung dapat meningkatkan pencapaian
mereka dalam peperiksaan. Oleh hal yang demikian, teknik yang berkaitan
Mnemonik adalah penting untuk dijalankan bagi memudahkan proses pengajaran
dan pembelajaran pelajar. Hasil penulisan ini menunjukkan bahawa teknik
Mnemonik memberi kesan kepada pembelajaran pelajar dan boleh dijadikan
alternatif kepada guru untuk mengaplikasikannya di dalam kelas. Bagi pengkaji lain
yang ingin melakukan kajian yang sama diharapkan dapat memberi fokus kepada
topik-topik yang belum dikaji lagi.

RUJUKAN

Ahmad Khair Mohd Nor. (2012). Pembentukan Kata Dalam Bahasa Melayu Edisi Baharu.
Kuala Lumpur: Pustaka Salam.
Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) & Peraturan-Peraturan Terpilih. (2003). Seksyen 50(1),
Petaling Jaya : International Law Books Services.
Alias, N. (2005). Gaya Pembelajaran Guru Pelatih Kursus Lepasan Ijazah Maktab Perguruan
Batu Lintang. Jurnal Pendidikan MPBL. Jilid 6.
Amy Sharimie. (2012). Pendekatan Bimbingan Rukun Solat Murid Tahun Empat
Menggunakan Kaedah Mnemonik Berbantukan Multimedia. Koleksi Artikel
Penyelidikan Tindakan PISMP Pendidikan Islam. 243-255.
Wacana Pendidikan Islam Siri ke 11 1170
15-16 November 2016, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi, Selangor.

Bakken, J. P. and Simpson, C. G. (2011). Mnemonic Strategies: Success for The Young-
Adult.
Basuki Agus Priyana Putera, (2013). Penggunaan Teknik Akrostik Kompi 9 (K-9)
untuk Meningkatkan Keterampilan Menulis Cerita Pendek pada Siswa Kelas X-9
Negeri Malang.
Dahar, R.W. (1988). Teori-Teori Belajar. Jakarta : Erlangga.
Ee Ah Meng. (2003). Ilmu Pendidikan: Pengetahuan dan Keterampilan Ikhtisas. Selangor :
Penerbitan Fajar Bakti.
Fuziah Ramli dan Aminah Idris.(2003). Pendidikan Islam Tingkatan 4. Buku Teks.
Kementerian Pendidikan Malaysia. Pahang : Percetakan Inderapura.
Gagne, R. M., Wager, W.W., Golas, K. C. & Keller, J. M (2005). Principles of Instructional
Design (5th edition). California : Wadsworth.
Harley, Avis. (2012). African Acrostic: A Word in Edgeways. Candlewick Press.
Jidarulaila Salleh. (2003). Hubungan Gaya Pengajaran Guru dengan Pencapaian Akademik
bagi Mata Pelajaran Perdagangan Di Sekolah Menengah Teknik Datuk Seri Mohd
Zin. Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional. Kolej Universiti Teknlogi
Tun Hussein Onn.
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2014). Dewan Bahasa dan Pustaka, cet. Kelima,
Percetakan Surya Sdn. Bhd.
Kartika Asmarani. (2013). Efektifitas Metode Mnemonik Dalam Meningkatkan Daya Ingat
Siswa Kelas IX SMP Negeri 2 Satu Atap Sluke Pada Mata Pelajaran Sejarah.
Universitas Negeri Semarang.
Khalid Mohamad Noor. (2005). Belajar Teknik Belajar. Bentong : PTS Publication.
Mastropieri, M. A., Scruggs, T. E. (2012). Mnemonic Learning. Encyclopedia of The
Sciences of Learning.
McNamara, G. (2012). The Effectiveness of Embedded Picture Mnemonic Alphabet Cards
on Letter Recognition and Letter Sound Knowledge. Rowan University.
Mohammad Amiryousefr, Saed Ketabi. (2011). Mnemonic Instruction: A Way to Boost
Vocabulary Learning and Recall. Finland. Journal of Language Learning and
Research, 2 (1): 178-182.
Mohd Faizal Abd Rahman. (2004). Gaya Belajar Pelajar Tingkatan Lima Aliran
Perdagangan Di Lima Buah Sekolah Menengah Teknik: Suatu Kajian. Tesis Sarjana
PTV. KUiTTHO
Mohd Yakub @ Zulkifli Hj. Mohd Yusof &Saidi Mohd. (2008). Keupayaan Bacaan al-
Quran di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat : Kajian di Beberapa Buah Sekolah
Menengah Terpilih di Negeri Terengganu. Al-Bayan Journal of Al-Quran dan al-
Hadis. 6:53-85.
Mohd. Nor bin Ihkasan & Hazwani Sapar. (2007). Gaya Pembelajaran di Kalangan Pelajar-
Pelajar Sarjana Muda Pendidikan Teknik dan Vokasional di Universiti Tun Hussein
Onn. Seminar Penyelidikan Pendidikan. Institut Perguruan Batu Lintang.
Nik Rosila Nik Yaacob. (2007). Penguasaan Jawi dan Hubungannya Dengan Minat dan
Pencapaian Pelajar dalam Pendidikan Islam. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jil.22:
161-172.
Nur Syuhada Abu Hassan. (2012). Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai (Visual-Ruang)
Meningkatkan Kemahiran Murid Slow Learner Menyebut Vokal.
Pal, S. R. (2014). Teaching Language Through Mnemonics Programme In Pre-School
Children With Hearing Impairment. American International Journal of Research in
Humanities, Arts and Social Sciences. 14-394.
Razalinda.wordpress.com/2008/04/14/kurikulum-pendidikan-islam.Kurikulum Pendidikan
Islam.
1171 “Pendidikan Islam Membangunkan Ummah Wasatiah”
Anjuran: Fakulti Pendidikan, UKM & JAKIM

Sanyata, Sigit. (2012). Teori dan Aplikasi Pendekatan Behavioristik Dalam Kaunnseling.
Jurnal Paradigma. 14: 1-11.
Shahabuddin Hashim. Rohizani Yaakub, Mohd. Zohir Ahmad. (2003). Pedagogi, Strategi
Dan Metod Mengajar Dengan Berkesan. KL : PTS Professional.
Suhaimi Muhamad. (2007). Tahap Kesediaan Guru Terhadap Pelaksanaan Modul Pengajaran
Simulasi Bagi Mata Pelajaran Pendidikan Islam. Tesis Sarjana. Universiti Teknologi
Malaysia.
Suryabrata, Sumadi. (1990). Psikologi Pendidikan. Jakarta: Rajawali Pers.
Tanwey Gerson Ratumanan. (2004). Belajar dan Pembelajaran, Surabaya: Unesa
University Press.
Wan Nur Diyanah Wan Ibrahim. (2013). Keberkesanan Kaedah Akronim Berbantukan
Multimedia Dalam Meningkatkan Kemahiran Mengingat Perkara Sunat Ab’ad
Kepada Tiga Orang Murid Tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Bukit Losong, Kuala
Terengganu.
Yong Shu Lan. (2013). Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi. Gabungan Pendekatan
Konstruktivisme Dan Behaviorlisme Bagi Meningkatkan Prestasi Mata Pelajaran
Sejarah Tingkatan Tiga. Universiti Malaysia Sabah.
Zaida Torman. (2002). Amalan Teknik Mengingat Di Kalangan Pelajar-pelajar Sekolah
Menengah Teknik Batu Pahat. Johor. Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional.
Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.
Zaihan Hairuzialani Mat Jusoh. (2011). Meningatkan Pemahaman Pelajar Terhadap Topik
Am Dan Takhsis Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Syariah Islamiah Melalui Teknik
Akronim ASMAK.
Zaiton Mustafa & Hishamuddin Salim. (2012). Factors Affecting Students Interest in
Learning Islamic Education. Journal of Education and Practice. Vol. 3 : No.13
Zamri Mahamod. (2015). Strategi Belajar: Inventori Cara Belajar Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Dewan Bah
View publication stats

You might also like