You are on page 1of 13

634

6-7 September 2015 Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia


Proceedings of ICIC2015 International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century
eISBN: 978-967-13705-0-6

SKETSA PEMIKIRAN BADIUZZAMAN SAID NURSI DALAM METODE


DAWAH BI AL-KITABAH:
ANALISIS KITAB RISALAH AL-NUR
Wan Rashidah Hanim Binti Wan Mohamad
Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Universiti Malaya, Malaysia
rashidah_apium@siswa.um.edu.my

Abstrak
Kepelbagaian metode dakwah dapat membantu perjalanan dakwah seorang daie meskipun
dihimpit pelbagai tekanan dan ujian. Strategi yang bijak dan idea yang segar diperlukan bagi
menarik perhatian madu terhadap dakwah yang disampaikan. Lebih kurang 108 tahun yang
lalu, langkah ini telah diambil oleh seorang ulama tahanan dari Turki bernama Sheikh
Badiuzzaman Said Nursi menerusi karya agung beliau yang tersohor yang dinamakan
sebagai Risalah al-Nur (Risale-I Nur) yang bermaksud Risalah Cahaya. Kitab Risalah al-Nur
ini dihimpunkan sebanyak 130 buah risalah (dianggarkan lebih kurang 6000 halaman)
melalui 14 jilid besar. Risalah al-Nur dikarang bertujuan untuk mengajak manusia kembali
kepada al-Quran tanpa meminggirkan arus kemodenan duniawi. Mutakhir ini menyaksikan
kesan dakwah Sheikh Badiuzzaman Said Nursi menerusi penulisan kitab ini telah memberi
impak ke seluruh dunia dengan terbukti terjemahan kitab ini tersebar dalam pelbagai
terjemahan bahasa asing dan kesinambungan dakwah oleh para pelajar beliau menerusi
kumpulan halaqah seperti Kelas Usrah Risalah al-Nur di bawah Yayasan Hayrat Turki. Oleh
itu, makalah ini cuba menganalisis gagasan pemikiran Sheikh Badiuzzaman Said Nursi
tentang metode dawah bi al-kitabah yang diaplikasi oleh beliau menerusi kitab Risalah alNur. Penelitian ini dilakukan dengan mengupas ideologi beliau dan mengadaptasi hasil
tulisan yang terdapat dalam Risalah al-Nur. Analisis ini juga dilakukan dengan meneliti
nasihat-nasihat yang ditulis oleh beliau melalui kitab Risalah al-Nur tentang metode dawah
bi al-kitabah.
Kata Kunci: Pemikiran, Badiuzzaman Said Nursi, Metode, Dakwah Bi al-Kitabah, Risalah alNur

1. PENDAHULUAN
Ismail al-Faruqi, tokoh Islam abad ke-20 melalui bukunya berjudul Islam and
Other Faiths menulis bahawa Dawah is the fulfilment of this commandment to call
men unto the path of Allah. Besides, it is the effort by the Muslim to enable other
men to share and benefit from the supreme vision, the religious truth, which he has
appropriated.1 Perkongsian hidayah dan kebenaran yang diperoleh atas asbab
usaha dakwah itu lebih sempurna jika disertai dengan praktikal, bukan teori sematamata. Praktikal yang dimaksudkan di sini adalah melalui pelaksanaan metode
dakwah yang diaplikasikan seperti dawah bi al-hal (dakwah secara perilaku), dawah
bi al-kitabah (dakwah secara tulisan) atau dawah bi al-lisan (dakwah secara lisan).

Al-Faruqi, Ismail Raji, Islam and Other Faiths, (Leicester: The Islamic Foundation, 1998) 305.

635
6-7 September 2015 Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
Proceedings of ICIC2015 International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century
eISBN: 978-967-13705-0-6

Dawah bi al-kitabah merupakan salah satu metode yang menjadi pilihan para
duat sejak dahulu lagi. Proses penyampaian dakwah melalui medium penulisan
(dawah bi al-kitabah) bukan suatu metode yang baru. Sejarah membuktikan bahawa
Nabi Muhammad SAW juga menggunakan metode dawah bi al-kitabah dengan
mengutus surat kepada raja-raja negara bukan Islam seperti Raja Kisra di Parsi,
Raja Herkules di Bizantium, Raja Mauqauqis di Mesir dan Raja Negus di Ethopia
untuk menyeru mereka agar menerima Islam.2 Metode dawah bi al-kitabah perlu
mengikut tatacara yang sesuai dengan landasan Islam agar tidak menjadi fitnah
kepada Islam. Pendakwah hendaklah menulis sesuatu yang bermanfaat dan
berfaedah yang bersangkutan dengan aqidah, fiqh dan syariah serta perlu berusaha
untuk menyebarkannya tanpa mengundur diri daripada bidang yang penting ini.3 Dr.
Abdul Karim Zaidan, pengarang kitab Usul al-Dawah yang menulis tentang dawah bi
al-kitabah dengan menerangkan bahawa Tulisan adalah juga merupakan salah satu
bentuk ucapan dan menjadi salah satu media dakwah.4
Pengkaji meneliti pandangan Dr. Abdul Karim Zaidan tentang metode dawah bi
al-kitabah sebagai satu persepsi yang bertepatan dengan metode yang dipraktikkan
oleh Sheikh Badiuzzaman Said Nursi seorang ulama sufi5 dari Turki melalui
penulisan beliau di dalam kitab Risalah al-Nur dan beberapa karya yang lain.
Mutakhir ini menyaksikan kajian akademik tentang Sheikh Badiuzzaman Said Nursi
semakin mendapat tempat di Malaysia. Terdapat ramai ahli akademik dan badan
bukan kerajaan (NGO) menyambung delegasi dakwah beliau dengan mempromosi
semula kandungan Risalah al-Nur melalui seminar, simposium, dan pengajian
halaqah di Malaysia. Di negara kita, kumpulan yang bergiat aktif dalam
menyampaikan dakwah Risalah al-Nur adalah kumpulan usrah di bawah pimpinan
Hayrat Vakfi yang bekerjasama dengan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). ABIM
melalui hoca atau guru dari pertubuhan Hayrat Vakfi Turki yang berpusat di Istanbul
menjadi hoca di Malaysia. Kumpulan Usrah Hayrat ini aktif melakukan pengajian
Risalah al-Nur di Taman Melati Gombak dan di Sg. Ramal Dalam Kajang. Para hoca
ini mewakafkan diri mereka beberapa tahun hanya kerana untuk berdakwah Li Allahi
Taala. Mereka tinggal di madrasah selepas habis pengajian di universiti dan tidak
bekerja namun hanya bekerja dengan mewakafkan diri mereka untuk ditempatkan di
mana-mana lokasi kumpulan Hayrat ini. Mereka juga sanggup berkorban dengan
berkahwin lewat (sekitar lima tahun), semata-mata untuk kerja dakwah.6 Terdapat
juga pasangan yang berkahwin turut mewakafkan diri mereka.7 Di Malaysia, melalui
Biro Kajian Ilmiah Altinbasak yang berpusat di Bandar Baru Bangi, penterjemahan

Zaidan, Abdul Karim, Dasar-dasar Ilmu Dakwah 2, Terj. H.M. Asywadi Syukur Lc (Jakarta: Penerbit Media Dakwah, 1980) 280.
Abu Zaid, Ahmad Mahmud Pendakwah Masa Kini, (Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islam Malaysia, 2004) 163.
4
Zaidan, Abdul Karim, Dasar-dasar Ilmu Dakwah 2, 280.
5
Ustaz Ismail Kaya telah menceritakan bahawa Sheikh Badiuzzaman Said Nursi menggabungkan ilmu tasawuf dan ilmu kalam
dan tidak menggunakan hanya satu daripada keduanya. Said Nursi juga diklasifikasikan sebagai ulama klasik tapi dengan cara
yang baru. Beliau merupakan wakil Yayasan Hayrat Vakfi di Sudan dan telah membentangkan kertas kerja bertajuk Riwayat
dan Ketokohan Said Nursi sempena Seminar Pemikiran Bediuzzaman Said Nursi di Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti
Malaya pada 15 Ogos 2015.
6
Menurut salah seorang hoca di Malaysia, Ustaz Sadik Ozata berkata bahawa menurut Said Nursi, dalam keikhlasan
berdakwah terdapat empat prinsip. Pertama, perlu ada redha dari Allah SWT. Kedua, jangan kritik saudara-saudara sedakwah
dengan kritikan yang buruk. Ketiga, kekuatan itu dalam keikhlasan. Terakhir, kita perlu menganggap keistimewaan orang lain
adalah keistimewaan kita.
7
Kisah ini diceritakan oleh Ustaz Cengiz Gunayadin, Ketua Pelajar Hayrat Vakfi Antarabangsa ketika Seminar Pemikiran
Bediuzzaman Said Nursi di Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya pada 15 Ogos 2015. Beliau telah
membentangkan kertas kerja bertajuk Risalah al-Nur Pembangun Jiwa Daie di dalam Bahasa Turki dan diterjemahkan oleh
Ustaz Sadik Ozata.
3

636
6-7 September 2015 Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
Proceedings of ICIC2015 International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century
eISBN: 978-967-13705-0-6

koleksi Risalah al-Nur dilakukan ke dalam Bahasa Melayu dan menjadi rujukan talib
al-nur (pelajar Risalah al-Nur).
Dalam penelitian ini, penulis menganalisis pemikiran Sheikh Badiuzzaman Said Nursi
tentang metode dawah bi al-kitabah yang diaplikasi oleh beliau menerusi kitab
Risalah al-Nur. Melalui makalah ini juga, penulis mengupas ideologi Sheikh
Badiuzzaman Said Nursi dan meneliti nasihat-nasihat yang dikarang beliau di dalam
kitab Risalah al-Nur.
2. SAID NURSI DAN PENGLIBATAN DALAM PENULISAN
Badiuzzaman Said Nursi atau nama sebenarnya Said Miza dilahirkan pada tahun
1877 di sebuah kampung bernama Nurs yang terletak di daerah Hizan di Wilayah
Bitlis di sebelah timur Anatolia. Nursi dinisbahkan daripada nama tempat
kelahirannya. Sejak kecil kepintaran dan kebijaksanaan beliau telah menonjol dan
dikagumi ramai. Hal ini bukan sahaja menarik perhatian masyarakat sekeliling malah
guru-guru beliau seperti Sayyid Nur Muhammad, seorang guru Tareqat Naqsyabandi
dari Hizan, Sheikh Muhammed Amin Efendi dari Arvas, Sheikh Mehmed Celali Nursi
dan beberapa masyaikh lagi, juga mengiktiraf kebijaksanaan beliau. Dengan itu,
ketika beliau berusia enam belas tahun, ulama'-ulama' besar Turki memberi gelaran
Badiuzzaman kepada beliau kerana keilmuan dan kecerdasan otak yang luar biasa
yang dimiliki beliau.8 Badiuzzaman bermaksud Keunggulan Zaman. Gelaran ini
kemudian menjadi sebahagian dari namanya.9 Said Nursi sendiri melakarkan gelaran
ini pada setiap karya penulisannya. Nursi berpandangan bahawa gelaran yang
digunakan itu bukan sebagai satu sanjungan akan tetapi sebagai perbezaan dari
orang lain dari segi gaya, adat dan tingkah laku.10 Menurut Said Nursi di dalam
Risalah al-Lamaat, tarbiyah yang diperolehi beliau hasil dari ibunya, Nuriyah
merupakan asas terpenting kepada ilmu-ilmu lain yang diperolehinya.11 Beliau sangat
menyanjungi ahli keluarganya terutamanya ibubapa dan abangnya Molla Abdullah.
Selain itu juga, majlis ilmu yang seringkali diadakan di rumahnya menyuburkan
jiwanya dengan majlis-majlis taalim yang lain. Beliau juga sering melibatkan diri
dengan berbincang (musyawarah) dan bertemu (muqabalah) bersama para ulama
dan orang dewasa. Ini terbukti bahawa dengan suasana seperti ini banyak
mempengaruhi perwatakan dan juga sketsa pemikiran beliau.12 Sheikh Badiuzzaman
Nursi meninggal dunia pada tarikh 23 Mac 196013 dan meninggalkan Kitab Risalah
al-Nur yang dihimpunkan sebanyak 130 buah risalah (dianggarkan lebih kurang 6000
halaman) melalui 14 jilid besar.14
Daripada pengamatan penulis mendapati bahawa penglibatan dakwah Said Nursi
dalam bidang penulisan atau dakwah bi al-kitabah agak rumit dan kompleks serta
mempunyai fasa-fasa tertentu terutamanya dalam penghasilan karya Risalah al-Nur.
Hal ini kerana kitab Risalah al-Nur dikarang oleh beliau di saat kondisi yang kritikal
seperti ketika dipenjarakan, diasingkan jauh dari keluarga dan dibuang negeri.
8

Wan Sulaiman, Wan Jaffree, Mujaddid Islam Sheikh Bediuzzaman Said Nursi, (Ankara: Ihlas Nur Nesriyat, 2015) 17.
Ibid.,
10
Ibid.,
11
Faridah Mohd Sairi, Metode Dakwah Bediuzzaman Said Nursi dan Pengaruhnya di Turki (Tesis Ph.D., Universiti Malaya,
2012) 158.
12
Ibid., 158
13
Abu-Rabi', M. Ibrahim, Islam at the Crossroads: On the Life and Thought of Bediuzzaman Said Nursi, (New York: State
University of New York Press, 2003) 279.
14
Wan Sulaiman, Wan Jaffree, Mujaddid Islam Sheikh Bediuzzaman Said Nursi, 151.
9

637
6-7 September 2015 Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
Proceedings of ICIC2015 International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century
eISBN: 978-967-13705-0-6

Namun begitu, metode dawah bi al-kitabah beliau tidak tertakluk kepada penulisan
Risalah al-Nur semata-mata. Jika diimbas kembali sejarah dakwah beliau dalam
metode bi al-kitabah bermula ketika menuntut ilmu dari guru beliau seperti sheikh
Sayyid Nur Muhammad, Sheikh Muhammed Amin Efendi dan Sheikh Mehmed Celali
Nursi, kemudian penglibatan beliau dalam politik secara tidak langsung (beliau
terlibat dalam pertubuhan Parti Ittihad aI-Muhammadi kerana ingin mempertahankan
syariat Islam yang ditentang oleh golongan Turki Muda), kemudian penglibatan
beliau di dalam dakwah dalam masyarakat secara tidak langsung (hal ini kerana
semakin ramai berminat dengan cara dakwah beliau sehingga jumlah pelajar beliau
meningkat di pelbagai daerah) dan akhirnya, fokus beliau dalam menghasilkan
karyanya yang monumental iaitu Risalah al-Nur ketika di dalam penjara. Selain itu,
Said Nursi juga terlibat dalam penulisan di akhbar, artikel dan majalah.
2.1 Penulisan Said Nursi dalam Media Massa
Badiuzzaman Said Nursi menyumbang kepada masyarakat dalam bidang
penulisan melalui media massa sebagai salah satu metode dawah bi al-kitabah.
Penulisan Said Nursi bukan sahaja tentang agama sahaja malah tulisan dan
komentar beliau sering diterbitkan di dalam akhbar perdana berkenaan isu politik, isu
semasa dan mengkritik pemimpin serta penjajah Inggeris. Tulisan beliau memberi
impak besar kepada pembaca sama ada pengikut beliau atau pihak lawan.
Antara contoh tulisan beliau iaitu di dalam akhbar Volkan yang diasaskan pada
tahun 1889, ketika golongan Turki Muda atau dikenali sebagai The Young Turk yang
merupakan golongan pembangkang menentang institusi kesultanan di bawah Sultan
Abdul Hamid II yang akhirnya menyaksikan kejatuhan baginda sebagai sultan.
Justeru itu pada tahun 1878, The Young Turk telah menubuhkan sebuah pertubuhan
politik rahsia yang dinamakan sebagai Committee of Union and Progress (CUP).15
CUP merupakan sebuah pertubuhan yang dianggotai oleh para intelektual dan
pegawai-pegawai tentera yang dilatih dari Akademi Tentera di negara Barat. Oleh
demikian, bagi menangkis serangan CUP terhadap hal-hal yang berkaitan dengan
soal syariah islamiyyah, akhlak dan ajaran tradisi Islam, Said Nursi telah menjawab
dan menyumbang idea bagi mempertahankan Islam melalui tulisan beliau di dalam
surat khabar Volkan. Artikel beliau diterbitkan dalam isu pertama yang dicetak pada
tarikh 11 Disember 1908.16
Contoh lain, ketika penjajahan Inggeris ke atas Istanbul akibat kekalahan Turki
dalam Perang Dunia Pertama, pelbagai cara digunakan oleh Inggeris untuk
meruntuhkan kerajaan Uthmaniyah.17 Penjajahan Inggeris bermula pada 18 April
1920 yang menyaksikan pemeteraian Perjanjian Serves pada Mei 1920 dan
memaksa Sultan ketika itu iaitu Sultan Wahiduddin untuk menandatangani perjanjian
tersebut.18 Said Nursi tidak berdiam diri dan berjihad menentang Inggeris melalui
metode dawah bi al-kitabah iaitu dengan menulis risalah Khutuwwat al-Sitt.19
Penulisan Said Nursi ini bertujuan untuk mengutuk pihak Inggeris dan menyeru
rakyat untuk berjihad menentang Inggeris. Di dalam kandungan risalah ini, Said Nursi
15

Faridah Mohd Sairi, Metode Dakwah Bediuzzaman Said Nursi dan Pengaruhnya di Turki (Tesis Ph.D., Universiti Malaya,
2012) 145. Lihat juga: Adian Husaini, Wajah Peradaban Barat: Dari Hegemoni Kristen ke Dominasi Sekular-Liberal, (Jakarta:
Gema Insani Press, 2005) 73.
16
Faridah, Metode Dakwah Bediuzzaman Said Nursi dan Pengaruhnya di Turki, 149. Lihat juga: Intellectuals in the Modern
Islamic World: Transmission, Transformation and Communication, (New York: Routledge, 2006) 75.
17
Faridah, Metode Dakwah Bediuzzaman Said Nursi dan Pengaruhnya di Turki, 151.
18
Ibid.,
19
Ibid.,

638
6-7 September 2015 Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
Proceedings of ICIC2015 International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century
eISBN: 978-967-13705-0-6

telah membongkar agenda dan muslihat Inggeris dalam mewujudkan persengketaan


di kalangan tokoh agama dan pemimpin. Di dalam risalah ini juga Said Nursi
memberi kritikan keras yang ditujukan kepada pimpinan di Istanbul kerana sikap
mereka yang tunduk dan patuh kepada Inggeris atas alasan untuk menyelamatkan
negara. Risalah ini diterbitkan dan diedarkan secara rahsia. Namun begitu, pihak
Inggeris telah mengetahui tentang risalah ini lalu menjatuhkan hukuman bunuh ke
atas Said Nursi. Usaha pihak Inggeris untuk menewaskan beliau hanya sia-sia
kerana akhirnya hukuman itu ditarik balik disebabkan kebimbangan pihak Inggeris ke
atas umat Islam yang akan bangkit menentang mereka jika Said Nursi dicederakan.20
Said Nursi juga banyak menulis di dalam surat khabar perdana seperti akhbar Tanin,
Ikdam, Serbersti, Mizan dan Sark Ve Kurdistan Gezetesi berkenaan politik
terutamanya tentang perlembagaan berasaskan syariat Islam. Said Nursi menulis di
beberapa akhbar dan majalah sebagai satu cara untuk memelihara ketenteraman
awam dengan mendamaikan beberapa pihak yang bertelagah ketika itu.21
2.1 Penulisan Said Nursi melalui Buku
Meskipun Said Nursi telah banyak menulis dalam buku, namun kebanyakan
penulisan-penulisan beliau sehingga sekarang belum lagi disusun dan diterbitkan
dalam bentuk buku. Hanya sekitar 38 buah buku sahaja didapati pernah dan telah
diterbitkan. Namun begitu, menurut Said Nursi sendiri, beliau telah menulis tujuh
belas buah buku sehingga tahun 1918.22 Berikut merupakan senarai judul buku karya
Said Nursi yang telah diterbitkan:23
i.
Muhakemat Ebuzzia Matbaasi (Pembukaan kepada Tafsir al-Quran).
Jumlah muka surat 274. Diterbitkan di Istanbul pada tahun 1327 Hijrah
(1911 Masihi).
ii.
Hutbe-i-Samiye (1911-1922). Ditulis di dalam Bahasa Arab kemudian
diterjemahkan ke dalam Bahasa Turki.
iii.
Isharatul Ijaz. Ditulis di dalam Bahasa Arab pada tahun 1918, kemudian
diterjemahkan ke dalam Bahasa Turki.
iv.
Hutuvat-i-Sitte (1919).
v.
Rumuz (1923). Cetakan pertama habis dalam tahun 1919.
vi.
Isarat (1923). Cetakan pertama habis dalam tahun 1919.
vii.
Talikat (1919). Ia tentang Ilmu Logik. Ditulis di dalam Bahasa Arab.
viii.
Munazarat (habis dalam tahun 1919).
ix.
Iki Musibetin Sehadetnamesi (1919).
x.
Sunuhat (1922). Cetakan kedua.
xi.
Nokta (1921). Cetakan kedua.
xii.
Kizil Icas (1923). Cetakan kedua.
xiii.
Tuluat (1923). Cetakan kedua.
xiv.
Lemaat (1923). Cetakan kedua. Buku ini mengenai anak bulan
Ramadhan dan anak bulan Syawal.
xv.
Suaat (1923). Cetakan kedua. Buku ini mengenai sirah Nabi Muhammad
SAW.
xvi.
Hakikat Cekirdekleri (Jilid 1 dalam tahun 1920. Jilid 2 dalam tahun 1923)
20

Ibid.,
Ibid., 148.
Sekilas Kehidupan Said Nursi, dilayari pada 24 Ogos, 2015, http://www.malaysianur.com/sekilas-kehidupan-said-nursi.
23
Wan Sulaiman, Wan Jaffree, Mujaddid Islam Sheikh Bediuzzaman Said Nursi, (Ankara: Ihlas Nur Nesriyat: 2015) 160.
21
22

639
6-7 September 2015 Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
Proceedings of ICIC2015 International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century
eISBN: 978-967-13705-0-6

xvii.
xviii.
xix.
xx.
xxi.
xxii.
xxiii.
xxiv.
xxv.

xxvi.
xxvii.
xxviii.
xxix.
xxx.
xxxi.
xxxii.
xxxiii.
xxxiv.
xxxv.
xxxvi.
xxxvii.
xxxviii.

Zayluz-Zail (1922). Ditulis dalam Bahasa Arab.


Hubbab (1923)
Zaylul Habab
Sozler. Jumlah muka surat 720. Diterbitkan di Ankara pada tahun 1957.
Lemalar. Jumlah muka surat 430. Diterbitkan di Lemat pada tahun 1958.
Mektubat. Jumlah muka surat 500. Diterbitkan di Ankara pada tahun
1958.
Kucuk Sozler. Jumlah muka surat 72. Diterbitkan di Istanbul pada tahun
1958.
Ihlas Risaleleri. Jumlah muka surat 48. Diterbitkan di Ankara pada tahun
1957.
Divan Harbi Orfi ve Said Nursi. Jumlah muka surat 63. Diterbitkan di
Sammon pada tahun 1963 selepas Sheikh Said Nursi meninggal dunia.
Buku ini adalah kenyataan Said Nursi yang mempertahankan diri beliau di
Mahkamah Tentera pada tahun 1909.
Uhuvvet, Iktisad, Ramazan Ve Sukur Resaleleri. Jumlah muka surat 72.
Diterbitkan pada tahun 1957.
Sualar. Jumlah muka surat 495. Diterbitkan di Istanbul pada tahun 1959.
Ankara Universitesinde Risale-I Nur Hakkinda Verilen Bir Konferans
Genclik Rehberi
Hanimlar Rehberi
Lahikalar
Hakikat Nurlari
Zuhrat-un-nur
Asa-yi Musa
Fihrist
Zulfikar
Tilsimler
Mesnevi-i-Nuriye. 224 muka surat.24

3. STRUKTUR PENULISAN SAID NURSI


Berdasarkan pengamatan penulis terhadap beberapa karya penulisan
Badiuzzaman Said Nursi, penulis mendapati bahawa mesej dan nasihat yang
disampaikan melalui penulisan beliau sangat segar, tajam dan berkesan dengan
susunan kata yang indah. Penulis mendapati tiga struktur penulisan yang ditekankan
oleh Said Nursi seperti berikut:
3.1 Gaya bahasa seperti metafora, hiperbola dan monolog.
Said Nursi menggunakan gaya bahasa seperti menurut kaedah penulisan
Bahasa Melayu sebagai satu kaedah bagi memastikan keberhasilan sesuatu karya.
Di dalam aspek bahasa, terdapat tiga aspek penting yang perlu ditekankan iaitu jenis
penggunaan bahasa, jenis pengucapan bahasa dan unsur bahasa.25 Menurut Dr.
Sadik Tanrikulu, Said Nursi menggunakan teknik perumpamaan sebagai jalan

24

Wan Sulaiman, Wan Jaffree, Mujaddid Islam Sheikh Bediuzzaman Said Nursi, 160.
Sulaiman Masri, Abdullah Yusof, Mohd Ra'in Shaari, Bahasa Melayu: Dimensi Pengajaran dan Pembelajaran, (Kuala Lumpur:
Utusan Publications, 2006) 414.
25

640
6-7 September 2015 Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
Proceedings of ICIC2015 International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century
eISBN: 978-967-13705-0-6

penulisan bagi memudahkan pemahaman pembaca.26 Sheikh Badiuzzaman


kelihatan sangat peka dan menekankan aspek gaya bahasa yang digunakan dan
akan merasa ralat sekiranya tidak dapat mempersembahkan penulisannya dengan
baik.
Hal ini terbukti di dalam nukilan Risalah Untuk Warga Tua, beliau menulis seperti
berikut:
Kilatan ini adalah terdiri daripada dua puluh enam cahaya harapan dan sinaran
hiburan.
Perhatian: Sebab yang mendorong saya untuk merakan segala kesakitan
maknawi yang saya hadapi ini pada permulaan setiap pengharapan dengan gaya
bahasa yang cukup menyentuh perasaan sehingga anda pun turut merasakan
kesakitannya ialah semata-mata kerana ingin menerangkan betapa besar kesan
yang diperolehi daripada rawatan al-Quran al-Karim dan penawarnya yang
menakjubkan. Sekalipun kilatan ini dikhususkan untuk orang-orang tua, namun
gaya bahasa yang digunakan tidaklah terlalu baik dan tersusun kerana beberapa
asbab:
Pertama: Risalah ini menyentuh peristiwa dan kejadian yang berlaku kepada
diri saya sendiri. Menerawang khayalan dalam menghayati peristiwa kejadian
tersebut, kemudian menulis dan mencatatnya, menyebabkan gaya bahasa
yang digunakan tidak dapat disusun dengan baik.
Kedua: Penulisan risalah ini diselubungi sedikit keserabutan, kerana ia ditulis
selepas sembahyang fajar (subuh). Ketika itu, saya merasa amat letih dan
penat, di samping tertekan untuk menulis dengan cepat.
Ketiga: Kami ketika itu tidak mempunyai waktu yang cukup untuk melakukan
pembetulan menyeluruh. Penyalin yang bersama saya ketika itu amat penat
dengan segala urusan Risalah al-Nur. Banyak kali dia meminta uzur untuk
tidak hadir. Keadaan ini menyebabkan kandungan risalah ini tidak mempunyai
keselarasan di antara tajuk-tajuknya sebagaimana sepatutnya terdapat di
dalam sebuah risalah yang baik.
Keempat: Kami hanya mampu melakukan pembetulan dan pindaan sepintas
lalu sahaja tanpa mendalami ke lubuk makna sesuatu perkataan. Ini kerana
kami merasa penat dan letih selepas menulisnya. Oleh itu, tidaklah pelik jika
risalah ini mengandungi sedikit kecuaian dari sudut perkataan yang digunakan
dan persembahan yang dilakukan.27
Penyampaian gaya bahasa yang dipersembahkan oleh Said Nursi memainkan
peranan penting dalam metode dawah bi al-kitabah beliau. Hal ini kerana pengaruh
Said Nursi melalui penulisan Risalah al-Nur sangat besar dan juga fokus beliau
terhadap karya ini juga amat tinggi dan teliti bagi memberi kesan yang baik kepada
para pembaca.
3.2 Memuatkan Dalil al-Quran dan al-Hadis.
26

Dr Sadik Tanrikulu merupakan Pensyarah Pengajian Islam di Universiti Osman Gazi di Turki. Beliau telah membentangkan
kertas kerja bertajuk Gaya Unik Penyampaian Dakwah Said Nursi di Seminar Pemikiran Bediuzzaman Said Nursi di Fakulti
Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya pada 15 Ogos 2015.
27
Bediuzzaman Said Nursi, Risalah Untuk Warga Tua, Terj. Anwar Fakhri Omar, (Gombak: Persatuan Kebudayaan Malaysia
Turki): 2012, 13.

641
6-7 September 2015 Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
Proceedings of ICIC2015 International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century
eISBN: 978-967-13705-0-6

Said Nursi menerangkan tentang salah satu daripada empat asas Risalah al-Nur
iaitu syafaqah (rasa kasih).28 Beliau menerangkan tentang sifat wanita yang
mempunyai rasa kasih sayang yang tinggi. Beliau menceritakan bahawa Rasulullah
SAW di dalam hadis telah bersabda:
Contohilah agama para wanita yang tua.
Said Nursi berkata bahawa tulisan ini29 adalah khabar gembira yang penting bagi
para wanita tua. Jelaslah bahawa mesej dakwah yang disampaikan oleh Sheikh
Badiuzzaman Said Nursi penuh kelembutan dan kasih sayang sebagaimana yang
beliau menyebut tentang syafaqah iaitu salah satu asas dalam Risalah al-Nur itu
sendiri.
Di dalam Risalah al-Mardha (Risalah Untuk Para Pesakit), Said Nursi
menghuraikan lebih kurang dua puluh lima hikmah penyakit secara terperinci. Beliau
mengajak para pesakit bersabar dan mengucap kalimah dari Surah al-Baqarah, ayat
156 yang berbunyi:30



Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami
kembali.
Ayat ini dinasihatkan oleh Said Nursi untuk dibaca ketika ditimpa musibah seperti
kematian anak. Tidak dinafikan kelembutan dakwah yang disampaikan seolah
memujuk hati para pembaca yang sedang berduka. Keberkesanan metode ini dapat
menjadi contoh para pendakwah yang lain.
3.3 Memetik Bait Syair dari Penyair Tersohor
Contoh, di dalam Risalah untuk Warga Tua, sebuah risalah dari Koleksi Risalah
al-Nur, di dalam Harapan Ketiga, Said Nursi memetik bait syair dari Niyazi al-Misri
seperti berikut:
Ketika saya terjaga pada waktu pagi zaman ketuaan saya, daripada tidur
malam zaman muda saya, saya melihat dan memerhati kepada diri saya.
Lalu saya dapati seolah-olah diri saya sedang laju menuruni tanah tinggi ke
kawasan rata tanah perkuburan, sebagaimana digambarkan oleh Niyazi alMisri:
Tubuh badan semakin kecut dan layu dari masa ke semasa. Kealpaan
sentiasa menyelubungi diri, meskipun jasadnya sudah hampir reput.31
Dapat disimpulkan bahawa ketiga-tiga struktur dalam penulisan Said Nursi ini
telah membantu para pembaca menghayati setiap petikan dan nasihat dalam Risalah
al-Nur. Tidak keterlaluan jika dikatakan penggunaan bahasa yang indah
membuatkan mesej dakwah yang disampaikan meresap ke dalam minda pembaca
28

Badiuzzaman Said Nursi, Pedoman Para Wanita, (Bandar Baru Bangi: Pusat Penterjemahan dan Kajian Ilmiah Altinbasak:
2014) 20.
29
Tulisan ini ditulis secara sulit di dalam koleksi Risalah al-Nur iaitu Risalah Pedoman Para Wanita. Tulisan ini ditulis khusus
buat penyokong Said Nursi di Madrasah az-Zahra.
30
Bediuzzaman Said Nursi, Risalah Untuk Para Pesakit, diterjemahkan oleh Anwar Fakhri Omar, Gombak: Persatuan
Kebudayaan Malaysia Turki (MTCA): 2012.
31
Bediuzzaman Said Nursi, Risalah Untuk Warga Tua, 22.

642
6-7 September 2015 Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
Proceedings of ICIC2015 International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century
eISBN: 978-967-13705-0-6

dan seolah-olah Sheikh Said Nursi selaku penyampai nasihat berada di depan mata
pembaca. Penghayatan yang mendalam juga mampu membuatkan pembaca
tersentuh hati dan menitiskan air mata.
4. PEMIKIRAN SAID NURSI TENTANG DAWAH BI AL-KITABAH MELALUI
RISALAH AN-NUR
Menurut Said Nursi, metode dawah bi al-kitabah melalui penulisan Risalah al-Nur
merupakan bahagian kedua dalam kehidupan beliau. Beliau menggelarkan dirinya
sebagai Said Baru kerana bermulanya tempoh penulisan risalah-risalah dan
kehidupannya sejak beliau menzahirkan tugas tajdid (pembaharuan) sebagai
rencana utama dalam kehidupan beliau. Manakala Said Lama merupakan
kehidupan beliau yang terkait dengan dunia politik.32 Melalui Said Baru ini, Said
Nursi telah meletakkan syarat supaya menulis Risalah an-Nur dengan huruf-huruf alQuran bagi sesiapa yang mahu menjadi muridnya. Selain itu, mereka juga perlu
menyebarkan dan menghantar naskhah-naskhah yang ditulis kepada mereka yang
merindui beliau di sekitar Anatolia.33
Oleh demikian, berdasarkan penelitian di dalam beberapa koleksi Risalah an-Nur
oleh Said Nursi, maka penulis akan membincangkan pandangan Said Nursi tentang
dakwah melalui medium penulisan Risalah an-Nur. Berikut merupakan beberapa isi
dari pemikiran beliau:
4.1 Penulisan Risalah al-Nur Menjadikan Barla sebagai Sebuah Madrasah
Barla merupakan sebuah kampung yang terletak di atas lereng bukit di tebing
barat Tasik Egridir di dalam negeri Isparta.34 Di kampung terpencil ini, Said Nursi
dibuang oleh pihak berkuasa dengan sengaja supaya beliau menderita. Kawalan
ketat dikenakan terhadap beliau di tempat terasing itu. Bandar Barla ini sangat indah,
damai dan kehijauannya seperti kampung kelahirannya, Nurs. Barla dikelilingi bukit
yang menghijau dan banyak tempat indah untuk berkelah.35 Said Nursi telah tinggal
di sini lebih kurang 8 tahun dan sepanjang hidup dalam buangan, beliau telah
menulis 130 bahagian daripada Risalah al-Nur.36 Walaupun hidup dalam buangan,
Said Nursi berkata:
Saya mengucapkan ratusan ribu syukur kepada Allah dan sebagai
menceritakan nikmat, saya berkata: Semua tekanan dan seksaan ibarat
batang-batang kayu kepada api semangat dan keazaman yang menerangi
cahaya al-Quran. Ia menyalakan dan memarakkannya. Cahaya al-Quran
yang menerima tekanan tersebut dan yang tersebar dengan bahang
semangat, telah menjadikan Barla dan negeri ini bahkan seluruh Negara
ibarat sebuah madrasah. Mereka menyangka saya terkurung di sebuah
kampong. Sebaliknya ia bertentangan dengan sangkaan para zindik. Barla
ibarat kerusi pengajian dan kebanyakan tempat seperti Isparta ibarat sebuah
madrasah.37
32

Ozata, Sadik dan Dogan, Abdullah dan Mohd Firdaus Sahiddin, Badiuzzaman dan Dakwah Risalah an-Nur, (Bandar Baru
Bangi: Biro Terjemahan Hayrat Vakfi, 2011) 21.
33
Ibid.
34
Wan Sulaiman, Wan Jaffree, Mujaddid Islam Sheikh Bediuzzaman Said Nursi, (Ankara: Ihlas Nur Nesriyat: 2015) 87.
35
Ibid, 88.
36
Sukran Vahide, Bediuzzaman Said Nursi: The Author of the Risale-I Nur, (Petaling Jaya: Islamic Book Trust: 2011) 235.
37
Ozata, Sadik dan Dogan, Abdullah dan Mohd Firdaus Sahiddin, Badiuzzaman dan Dakwah Risalah an-Nur, 32.

643
6-7 September 2015 Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
Proceedings of ICIC2015 International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century
eISBN: 978-967-13705-0-6

Petikan di atas menceritakan episod penderitaan Sheikh Badiuzzaman Nursi


yang telah hidup dalam buangan. Namun begitu, walaupun hidup dalam buangan,
Risalah al-Nur semakin dikenali kesan daripada penyebaran naskhah oleh muridmuridnya.38 Kesan daripada dakwah Risalah al-Nur yang semakin meluas, pihak
musuh tidak senang dengan hal itu dan mengenakan tindakan terhadap beliau.
Ketika beliau dipenjarakan di Penjara Denizli atas tuduhan mencetak satu risalah
secara rahsia tentang kewujudan Tuhan, beliau masih sempat menghasilkan karyakarya baru walaupun kertas dan pen diharamkan ke atas beliau. Oleh itu, karya
beliau ditulis di atas apa sahaja barangan yang berunsur kertas. Kemudian, karyanya
diseludup keluar menggunakan kotak-kotak mancis.39 Meskipun ujian demi ujian
datang menimpa ke atas diri Said Nursi, beliau tetap dengan pendirian untuk
berdakwah melalui penulisannya yang agung agar masyarakat kembali kepada Islam
setelah sekian lama hidup bersistemkan sekularisme.
4.2 Penulisan Risalah al-Nur Menyebarkan Hakikat Keimanan
Meskipun Said Nursi terseksa dengan tekanan dari pihak berkuasa, namun hal
itu membuatkan beliau menjadi lebih kuat dan bersemangat dalam meneruskan
penulisan Risalah al-Nur. Beliau meluahkan situasi tragik beliau dengan berkata:
Mereka yang menyeksa kita, sebenarnya tanpa mereka ketahui dan sedari,
dengan takdir Ilahi mereka telah membantu kita untuk menyebarkan hakikathakikat keimanan.40
Said Nursi juga menulis:
Risalah an-nur merupakan penjelasan hakikat-hakikat keimanan, selain
ilmu, ia juga Makrifatullah, ketenangan dan ibadah. 41
4.3 Tulisan Risalah al-Nur adalah Tafsir Hakikat al-Quran dan Mukjizat Maknawi
Said Nursi sering menjelaskan bahawa Risalah al-Nur ibarat benih kecil daripada
al-Quran. Risalah al-Nur membawa kebenaran kepada manusia melalui makna dan
tafsir al-Quran. Para pengikut Said Nursi melihat akhlak yang mulia dan kelebihan
luar biasa yang ada pada diri beliau. Said Nursi dengan penuh merendah diri
menjelaskan bahawa:
Kelebihan-kelebihan yang dilihat oleh kalian bukannya kelebihan saya
bahkan itu semua adalah milik Risalah al-Nur. Risalah al-Nur juga adalah
tafsir hakikat al-Quran. Seperti kedatangan para mujaddid yang berkhidmat
untuk agama dan keimanan pada setiap kurun, ada zaman yang bercelaru
serta zaman pecerobohan penguatkuasaan dan peribadi maknawi kesesatan
ini juga perlu ada satu sosok peribadi maknawi mujaddid. Ia tidak akan
menyerupai zaman dahulu. Sehebat mana pun seseorang, dia boleh kalah
apabila berhadapan dengan peribadi maknawi.42
38

Ibid., 23.
Mengenali Mujaddid Bediuzzaman Said Nursi dan Tafsir Beliau, Risalah An-Nur, dilayari pada 30 Ogos, 2015,
http://www.malaysianur.com/sekilas-kehidupan-said-nursi/.
40
Ozata, Sadik dan Dogan, Abdullah dan Mohd Firdaus Sahiddin, Badiuzzaman dan Dakwah Risalah an-Nur, 21.
41
Badiuzzaman Said Nursi, Pedoman Masa Muda, (Bandar Baru Bangi: Pusat Penterjemahan dan Kajian Ilmiah Altinbasak:
2014) 40.
42
Ozata, Sadik dan Dogan, Abdullah dan Mohd Firdaus Sahiddin, Badiuzzaman dan Dakwah Risalah an-Nur, 45.
39

644
6-7 September 2015 Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
Proceedings of ICIC2015 International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century
eISBN: 978-967-13705-0-6

Said Nursi juga menerangkan:


Risalah al-Nur merupakan jurubicara al-Quran yang padanya terdapat
terlalu banyak faedah kepada kehidupan duniawi, politik dan ukhrawi bagi
bangsa dan tanah air ini.43

4.4 Penulisan Risalah al-Nur Berfungsi dalam Membaiki Tindakan Pemusnahan


yang Menyeluruh
Said Nursi berjuang mempertahankan perlembagaan Turki daripada anasir
musuh Islam. Sebolehnya beliau berjihad agar Turki ketika itu melaksanakan sistem
yang berteraskan syariah Islamiyyah. Said Nursi sedih melihat masyarakat hidup
dalam kemusnahan dan jauh dari ajaran Nabi Muhammad SAW serta melakukan
larangan Allah SWT. Oleh yang demikian, Said Nursi menjelaskan salah satu fungsi
Risalah al-Nur dengan berkata:
Risalah al-Nur tidak hanya membaiki satu usaha pemusnahan yang
terpencil dan sebuah rumah yang kecil sahaja, bahkan ia membaiki satu
tindakan pemusnahan yang menyeluruh dan sebuah kubu besar melingkungi
Islam yang mana batu-batunya sebesar gunung.44
4.5 Risalah al-Nur Memulihkan Segenap Hati dari Kerosakan Sejak Seribu
Tahun dan Memulihkan Fikrah Umum
Sekian lama, masyarakat Islam di Turki hidup bersistemkan sekularisme, Risalah
al-Nur muncul untuk memulihkan hati para muslim yang hidup bergelumang dalam
dosa. Di dalam Risalah al-Nur ada menulis tentang manusia yang sering dan
terbiasa melakukan dosa. Oleh itu, melalui dakwah penulisan Risalah al-Nur, Said
Nursi menceritakan dengan gaya penuh lembut dan tidak keras dengan mengatakan
bahawa dalam keimanan dan beramal soleh di dunia lagi terdapat kelazatankelazatan syurgawi serta memperlihatkan dosa-dosa pula terdapat kesakitan pada
kelazatannya dan mengalahkan perasaannya.45
4.6 Tulisan Risalah al-Nur Sebagai Memelihara Huruf al-Quran dan Menentang
Ahli Bidaah
Said Nursi menulis bahawa:
Secara terkilan Saidina Ali R.A membicarakan tentang peristiwa pemaksaan
penggunaan huruf-huruf asing (huruf Latin atau rumi) dalam masyarakat
Islam dan bantuan ulama-ulama jahat kepada bidaah dan secara
membimbing beliau turut membicarakan sebahagian orang yang berada di
antara dua kejadian ini bahawa, mereka berjuang menghadapi huruf-huruf
asing serta menentang ulama-ulama yang jahat itu dengan Ismul Azam
Nama Allah yang Agung yang merupakan doa Sakinah. Maka tidak syak
lagi bahawa pada zaman ini orang-orang tersebut ialah para pelajar dan

43

Badiuzzaman Said Nursi, Pedoman Masa Muda, 40.


Ozata, Sadik dan Dogan, Abdullah dan Mohd Firdaus Sahiddin, Badiuzzaman dan Dakwah Risalah an-Nur, 33.
45
Ibid., 41.
44

645
6-7 September 2015 Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
Proceedings of ICIC2015 International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century
eISBN: 978-967-13705-0-6

penyebar Risalah al-Nur. Ini kerana mereka memelihara huruf al-Quran dan
menentang sebahagian ulama (yang ahli bidaah).46
4.7 Risalah al-Nur Berjaya Memaksa Musuh-musuh untuk Menyerah
Hal ini terbukti apabila Risalah al-Nur telah mengalahkan propagandapropaganda dahsyat dari golongan zindiq47 yang sangat memusuhi kitab ini.
4.8 Penulisan Risalah al-Nur sebagai tangan-tangan yang akan meneruskan
dakwah keimanan dan al-Quran.
Di saat kesihatan yang makin teruk, Badiuzzaman Said Nursi sering mengatakan
bahawa beliau telah bersedia untuk menuju ke akhirat dengan hati yang tenang. Ini
kerana beliau yakin Tullab al-Nur (pelajar Risalah al-Nur) akan meneruskan dakwah
keimanan dan al-Quran melalui risalah-risalah yang telah dihulurkan kepada mereka.
5. KESIMPULAN
Secara keseluruhannya di dapati bahawa peranan kitab Risalah al-Nur dalam
menyebarkan dawah islamiyyah amat besar. Dakwah Said Nursi telah berjaya
tersebar sehingga kini, Said Nursi diangkat tinggi oleh umat Islam dari pelosok dunia.
Pemilik nama Said Nursi ini semakin dikaji dan mendapat tempat di kalangan
masyarakat. Terbitan buku tentang biografi dan perjuangan beliau di dalam Bahasa
Melayu meningkat di pasaran. Risalah al-Nur ibarat diari nasihat Said Nursi kerana
disamping memberi nasihat dan panduan, beliau menyelitkan beberapa kisah
dengan berkongsi pengalaman dan saat hidup beliau sama ada kisah tragik
mahupun gembira. Seperti tujuan beliau menulis, beliau mahukan ilmu dan
pengajaran sampai kepada umat Islam. Hal ini telah terbukti dengan usaha dakwah
pelajar Risalah al-Nur yang membuka sekolah di pelbagai benua, dari Brazil hingga
ke Mongolia.
Justeru itu, menerusi bidang penulisan, penulis dapat simpulkan bahawa amat
jelas Said Nursi menggunakan metode dawah bi al-kitabah sebagai medium kritikan
dan bantahan terhadap kerajaan,menyampaikan mesej mahmudah. Sebagai
penutup, umat Islam perlu mengambil ibrah (pengajaran) dan manfaat dari Risalah
al-Nur dengan menjadikan ia sebagai panduan hidup kita di zaman yang mencabar
ini. Para pendakwah juga perlu ikhlas dalam berdakwah. Oleh itu, Risalah al-Nur
perlu disampaikan dan disebarkan kepada masyarakat supaya usaha dakwah Said
Nursi tidak terkubur begitu sahaja.

RUJUKAN
Abu-Rabi', M. Ibrahim, (2003), Islam at the Crossroads: On the Life and Thought of
Bediuzzaman Said Nursi, New York: State University of New York Press.
Abu Zaid, Ahmad Mahmud, (2004), Pendakwah Masa Kini, Kuala Lumpur: Yayasan
Dakwah Islam Malaysia.
46

Ibid., 54.
Dr. Sady Abu Habib berpendapat bahawa kata zindiq atau al-zindiq iaitu seorang yang tidak berpegang teguh terhadap
agama. Masyarakat Arab memanggil dengan Mulhid atau Athesis, iaitu orang yang tidak percaya atau mencela terhadap
agama. Lihat: Dr. Sady Abu Habib, Al-Qamus al-Fiqhi, Bab Huruf Zay, Jilid 1, muka surat 160.
47

646
6-7 September 2015 Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
Proceedings of ICIC2015 International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century
eISBN: 978-967-13705-0-6

Adian Husaini, (2005), Wajah Peradaban Barat: Dari Hegemoni Kristen ke Dominasi
Sekular-Liberal, Jakarta: Gema Insani Press.
Al-Faruqi, Ismail Raji, (1998), Islam and Other Faiths, Leicester: The Islamic
Foundation.
Badiuzzaman Said Nursi, (2014), Pedoman Masa Muda, (Bandar Baru Bangi: Pusat
Penterjemahan dan Kajian Ilmiah Altinbasak.
__________, (2014), Pedoman Para Wanita, (Bandar Baru Bangi: Pusat
Penterjemahan dan Kajian Ilmiah Altinbasak.
__________, (2012), Risalah Untuk Warga Tua, Terj. Anwar Fakhri Omar, Gombak:
Persatuan Kebudayaan Malaysia Turki.
__________, (2014), Risalah Untuk Para Pesakit, diterjemahkan oleh Anwar Fakhri
Omar, Gombak: Persatuan Kebudayaan Malaysia Turki.
Faridah Mohd Sairi, (2012), Metode Dakwah Bediuzzaman Said Nursi dan
Pengaruhnya di Turki, Tesis PHD., Universiti Malaya.
Mengenali Mujaddid Bediuzzaman Said Nursi dan Tafsir Beliau, Risalah An-Nur,
dilayari pada 30 Ogos, 2015, http://www.malaysianur.com/sekilas-kehidupansaid-nursi/.
Ozata, Sadik dan Dogan, Abdullah dan Mohd Firdaus Sahiddin, (2011),
Badiuzzaman dan Dakwah Risalah an-Nur, Bandar Baru Bangi: Biro Terjemahan
Hayrat Vakfi.
Sekilas
Kehidupan
Said
Nursi,
dilayari
pada
24
Ogos
2015,
http://www.malaysianur.com/sekilas-kehidupan-said-nursi
Sukran Vahide, (2011), Bediuzzaman Said Nursi: The Author of the Risale-I Nur,
(Petaling Jaya: Islamic Book Trust.
Sulaiman Masri, Abdullah Yusof, Mohd Ra'in Shaari, (2006) Bahasa Melayu: Dimensi
Pengajaran dan Pembelajaran, Kuala Lumpur: Utusan Publications.
Wan Sulaiman, Wan Jaffree, (2015), Mujaddid Islam Sheikh Bediuzzaman Said
Nursi, Ankara: Ihlas Nur Nesriyat.
Zaidan, Abdul Karim, (1980), Dasar-dasar Ilmu Dakwah 2, Terj. H.M. Asywadi Syukur
Lc Jakarta: Penerbit Media Dakwah.

You might also like