You are on page 1of 13

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/340514094

Kitab-Kitab Hadis Dalam Pengajian Di Masjid- Masjid Selangor: Kajian Tinjauan

Conference Paper · April 2020

CITATIONS READS
2 8,016

4 authors:

Mohd norzi Nasir Mohd Khafidz Soroni


International Islamic University College Selangor International Islamic University College Selangor
50 PUBLICATIONS 24 CITATIONS 11 PUBLICATIONS 11 CITATIONS

SEE PROFILE SEE PROFILE

Rosni Wazir Muhammad Fairuz


International Islamic University College Selangor International Islamic University College Selangor
102 PUBLICATIONS 123 CITATIONS 11 PUBLICATIONS 8 CITATIONS

SEE PROFILE SEE PROFILE

All content following this page was uploaded by Rosni Wazir on 08 April 2020.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


KITAB-KITAB HADIS DALAM PENGAJIAN DI MASJID-
MASJID SELANGOR: KAJIAN TINJAUAN
Mohd Norzi bin Nasir, Mohd Khafidz bin Soroni, Rosni binti Wazir,
Muhammad Fairuz A. Adi, Nor Asyikin binti Hasan Adali

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

mohdnorzi@kuis.edu.my

ABSTRAK

Masjid merupakan pusat pembangunan dan pengembangan ummah yang menjalankan


pelbagai aktiviti ibadah, ceramah agama dan pengajian talaqqi selain berfungsi
sebagai nukleus ke arah melahirkan masyarakat muslim madani. Di Selangor,
pengajian hadith seperti kuliah, syarahan kitab hadith turut diajarkan di kebanyakan
masjid. Melihat kepada usaha menyampai dan mengembangsuburkan pengajian
hadith ini, maka keperluan untuk menyebarluaskan hadith-hadith yang bersifat
autentik (sahih dan hasan) amat penting agar masyarakat tidak bersandarkan kepada
hadith-hadith yang lemah dan tertolak. Kertas kerja ini cuba untuk memperkenalkan
kitab-kitab hadith yang digunakan dalam pengajian hadith oleh tiga buah masjid
daerah di Selangor dan meninjau pandangan peserta yang mengikuti kelas pengajian
yang ditawarkan. Keseluruhan kajian ini menggunakan kaedah kualitatif, menerusi
instrumen kajian kepustakaan, analisis dokumen, temubual dan observasi. Kajian ini
diharapkan dapat menarik minat masyarakat untuk berinteraksi dengan hadith-hadith
Rasulullah saw. dan menambah keyakinan mereka untuk berpegang kepada warisan
hadith-hadith baginda saw. Selain itu, ia dapat memberi pencerahan kepada
masyarakat untuk memahami penggunaan hadith sebagai salah satu pendekatan
utama dalam merungkai setiap permasalahan dalam kehidupan mereka. Malah, lebih
utama apabila masyarakat menjadikan maslak al-taharri sebagai kerangka
pertimbangan dan piawaian utama dalam menerima sesuatu perkhabaran terutama
dari golongan anti hadith hadith hadith yang menolak autoriti hadith Rasulullah saw
sebagai sumber kedua syariat Islam selepas al-Quran.

Kata kunci; Kitab hadis, masjid, Selangor


2

PENDAHULUAN

Masjid adalah institusi yang terpenting dalam perkembangan dan pendidikan agama Islam.
Sejak zaman Rasulullah s.a.w., masjid telah menjadi pusat kegiatan pelbagai program
keagamaan. Selain menjadi pusat ibadat, masjid juga berperanan dalam setiap kegiatan
masyarakat seperti pusat pentadbiran, pendididkan, kesenian dan ekonomi. Dalam konteks
pendidikan, masjid memainkan peranan penting sebgai tempat tumpuan umat Islam
mendapatkan pendidikan secara formal atau tidak formal.1

Usaha untuk memberi kefahaman hadis yang tepat kepada masyarakat menjadi tanggungjawab
dan kewajipan bersama, terutamanya bagi para ahli ilmu. Menyampaikan hadith di masjid dan
surau melalui pelbagai metode semasa oleh eseorang pengajar hadith juga dilihat sebagai usaha
untuk memberi kefahaman hadis kepada masyarakat.2

Pengajian ilmu berkitab merupakan medium pengajaran dan pembelajaran yang telah
dipraktiskan oleh para ulama dan ilmuwan Islam sejak sekian lama. Tradisi ini berkembang
seiring dengan perkembangan pelbagai ilmu pengetahuan Islam yang asasnya bersumberkan
wahyu. Institusi masjid dilihat sebagai pusat utama dan elemen asas yang telah memainkan
peranan penting terhadap perkembangan tradisi ini. Fenomena semasa memperlihatkan
kesedaran dan minat masyarakat yang semakin mendalam terhadap pengajian-pengajian ilmu
yang dilakukan di masjid-masjid serata negeri, khususnya di Selangor. Terdapat kira-kira
392buah masjid di seluruh negeri Selangor yang meliputi 9 daerah, iaitu Kuala Selangor, Hulu
Selangor dan Sabak Bernam, Petaling, Klang, Gombak, Sepang, Kuala Langat dan Hulu
Langat.

1.0 Kitab–Kitab Hadis Yang Digunakan Dalam Pengajian Hadis Di Masjid Selangor

1. Al-Adhkar
Buku ini dikarang oleh Muhyiddin Abi Zakariyah Yahya bin Sharaf Al-Nawawi Al-Dimashqi
juga dikenali sebagai Imam Nawawi (631 H-676H). Mempunyai 19 kitab, 337 bab dan 15 fasal.
Imam Nawawi meletakkan hadis berkaitan taharah, solat, tilawah al-Quran, sakit, kematian,
puasa, haji, jihad, musafir, makan dan minum, salam, nikah, nama, menjaga lisan dan lain-lain.
Pengarang mengambil inspirasi daripada surah surah al-Baqarah ayat 152 dan adz-Zariyat : 56.
Hadis-hadis tersebut berkait rapat dengan zikir dan fadhilatnya dalam kehidupan masyarakat.
Kitab terkenal iaitu Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abi Daud, Tirmizi, dan Nasae’i,
menjadi rujukan utama Imam Nawawi dalam meletakkan hadis di dalam buku ini.

1
Ab. Halim Tamuri & Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, 2011. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan
Islam. hlm. 170, Bangi: Penerbit UKM.
2
Bazmul, Muhammad bin Umar. t.t. ‘Ilm Syarh al-Hadith Wa Rawafid al-Bahth fihi. hlm. 7-8 t.p.

E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-0850-
45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research Institute
(Institut Kajian Hadith-INHAD)
3

Beliau mengatakan bahawa ramai ulama yang mengarang buku berkenaan amalan seharian,
nasihat serta zikir namun, sanadnya terlalu panjang dan menyukarkan mereka yang ingin
mempelajari dan menghafalnya. Maka, buku ini dikarang bertujuan untuk memudahkan
pembaca. Jika terdapat sanad perawi yang tidak masyhur, maka Imam Nawawi akan
menyatakan: “ telah diriwayatkan daripada si fulan, bahawa tidak ada syak pada perawi
tersebut”.3

2.Riyad al-Salihin
Buku ini dikarang oleh Muhyiddin Abi Zakariyah Yahya bin Sharaf Al-Nawawi Al-Dimashqi
(631 H-676H).4 Di dalamnya terdapat 16 kitab, 334 bab. Imam Nawawi menyatakan bahawa di
dalam buku ini, beliau mengumpulkan hadis-hadis mengenai akhirat, adab, akhlak, penyucian
hati, dan perkara yang menuju ke arah kebaikan. Hadis tersebut ialah hadis yang jelas sahihnya,
adapun yang dha’if, beliau mengambil daripada kitab sahih yang mashyur. 5 Metodologi
penulisan kitab ini ialah Imam Nawawi meletakkan ayat al-Quran bagi setiap permulaan bab dan
menerangkan makna tertentu secara ringkas. Beliau turut menggunakan istilah mutaffaqun `alaih
pada sesetengah akhir hadis.

3. Bulugh al-Maram
Buku yang diberi nama Bulughul Maram Min Adillatil Ahkam, ditulis oleh Ibn Hajar al-
Asqalani (773 H - 852 H). Nama lengkap beliau ialah Ahmad bin Muhammad Alias Abu al-
Fadhi al-Kannani asy-Syafi’i.6 Di dalamnya terdapat 16 kitab dan 97 bab disusun menggunakan
tema fiqah. Ianya merupakan ringkasan yang memuatkan dalil-dalil pokok mengenai hukum-
hukum syariah. Membicarakan mengenai taharah, salat, mengurus jenazah, zakat, puasa, haji,
berjual-beli, faraidh, nikah, jinayat, hudud, jihad, makanan, sumpah dan nazar, keputusan atau
pengadilan, memerdekakan budak, dan lain-lain.
Setelah menyatakan hadis, Imam Ibnu Hajar memberi penerangan dan membawa padangan
hukum daripada ulama’ lain seperti Imam Malik, Imam Syafie, Imam Ahmad dan Imam Abu
Hanifah. Status sebahagian sesuatu hadis juga turut dinyatakan di dalam buku ini.
Pengarang menyusun kitab ini dengan sebaik mungkin supaya dapat dihafal dengan mudah,
membantu para penuntut ilmu, dan memberi manfaat yang maksimum bagi sesiapa yang ingin
mendalaminya.

4. Kitab Mastika Hadis


Pada tahun 1973, Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah menerbitkan Kitab Mastika Hadis. Buku
yang ditulis oleh Abdullah Basmeih bin Muhammad Basmeih ini mengandungi 3 jilid iaitu
bahagian mukaddimah dan jilid 1, jilid 2 (ibadah), jilid 3 Pada buku jilid 1, terdapat 42 hadis
dan disusun dalam 10 bab. Sebelas tahun kemudian, Mastika Hadis jilid kedua dihasilkan.
3
Imam Nawawi. 2006. Al-Adzkar . Kaherah : Dar al-Aqidah. Hlmn 5-6.
4
Imam Nawawi. 2008. Matan al-Arbain an-Nawawi (text, translation and notes). Cet 3. Petaling Jaya : Islamic
Book Trust. Hlmn vi.
5
Imam Nawawi. 1987. Riyadhus Solihin. Beirut : Dar al-Jil. Hlmn. 4-5.
6
Imam Ibn Hajar. 2007.Terjemahan Lengkap Bulughul Maram. Jakarta : AKBAR. Hlmn xiii.

E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-0850-
45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research Institute
(Institut Kajian Hadith-INHAD)
4

Penulisan pada jilid kedua memberi fokus kepada hadis-hadis berkaitan taharah dan solat.
Seterusnya, Mastika Hadis jilid ketiga, dihasilkan pada tahun 1997. Di dalamnya dimuatkan
sebanyak 191 buah hadis. 7
Pengarang menggunakan pendekatan yang sesuai dengan segenap lapisan masyarakat. Hal ini
kerana, pengarang menjelaskan hukum sesuatu masalah itu dengan baik dan mudah difahami.

5. Arba‘un Nawawiyyah
Buku ini ditulis oleh Imam Muhyiddin Abu Zakariyya Yahya bin Sharif Al-Nawawi. Beliau
mengikut jejak imam-imam terdahulu yang mengumpulkan hadis empat puluh. Cuma yang
membezakan ialah tema kumpulan hadis yang dikumpulkan. Ulama terdahulu sebelum Imam
Nawawi, ada yang mengumpulkan empat puluh hadis mengenai usul al-Din (tauhid), cabang-
cabang hukum agama, jihad, zuhud, adab dan ucapan nabi dalam berbagai keadaan.8
Buku ini terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama terdiri daripada pendahuluan ilmu
hadis, mustalah hadis, bahagian nama hadis, dan riwayat ringkas imam hadis yang masyhur.
Pada bahagian kedua pula, baharulah diletakkan matan hadis-hadis. Meskipun dinamakan hadis
empat puluh, namun, di dalamnya buku ini, Imam Nawawi memuatkan sebanyak 42 hadis sahih
sahaja.
Metodologi yang digunakan ialah pengarang mendatangkan matan hadis, kemudian
mensyarahkannya dengan sokongan hadis atau ayat al-Quran Hadis yang dipilih oleh Imam
Nawawi untuk dimuatkan dalam buku ini ialah hadis yang diriwayatkan daripada Imam Bukhari
atau Imam Muslim. Uniknya, hadis-hadis tersebut merupakan hadis yang hampir dengan
kehidupan masyarakat dan perkara-perkara asas bagi seorang muslim. Di akhir setiap syarahan
hadis, beliau menyenaraikan isi-isi penting atau pengajaran yang boleh diambil daripada hadis
tersebut. Oleh kerana itu, buku ini mudah diterima oleh masyarakat.

6. Syama’il Muhammadiyyah
Buku ini ditulis oleh Imam Tirmizi atau nama lengkapnya ialah Muhammad bin Isa bin Surah
bin Musa ibnu adh-Dhahhak as-Silmi at-Tirmidzi adh-Dharir (214 H-274 H)9. Syamail
Muhammad memaparkan secara detail semua hadis-hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi
berkaitan susuk peribadi tubuh badan Rasulullah s.a.w serta perilaku dan sahsiah baginda zahir
dan batin.
Imam Tirmizi memuatkan sebanyak 56 bab yang menggambarkan keindahan perilaku, sifat
rendah hati, cara baginda duduk, berpakaian, makan, minum, tidur, melaksanakan solat,
beribadah, berbicara, bergaul bersama keluarga dan para sahabat, sikap kepada tetamu serta
bagaimana baginda memperlakukan kaum muslimin secara umumnya.10

7
Mohd Farid Ravi Abdullah. Syeikh Abdullah Basmeih bin Muhammad Basmeih : Kajian Terhadap Mastika Hadis.
Jurnal INHAD. 1:3. Hlmn 16.
8
Imam Nawawi. 1989. Hadis 40 (terjemahan dan syarahnya). Kuala Lumpur : Dewan Pustaka Fajar. Hlmn 53.
9
Imam Tirmizi. 2008. Syamail Muhammad (keperibadian Rasulullah s.a.w). Kuala Lumpur : Telaga Biru. Hlmn
xxi.
10
Ibid. Hlmn xxiii.
E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-0850-
45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research Institute
(Institut Kajian Hadith-INHAD)
5

7. Bahr al-Madhi
Nama lengkap buku ini ialah Bahr al-Madzi li Syarah Mukhtasar Sahih At-Tirmizi atau dalam
Bahasa Malaysia, Ringkasan Sahih Tirmizi. Buku yang disusun oleh Muhammad Idris Marbawi
(1313 H – 1408 H) ini merupakan terjemahan dan ulasan lengkap sesudah diringkaskan daripada
Sahih at-Tirmizi. Buku ini mengandungi 22 juzu’ , 1305 bab dan 8200 permasalahan agama
yang berkaitan dengan hal ehwal dunia dan akhirat. Ssusunan bab yang diterangkan di dalam
buku ini, sama seperti bab di dalam Sahih at-Tirmizi kecuali segelintir terdapat beberapa
pertambahan dan keterangan. Buku yang berbahasa Malaysia ini pernah dicetak dan diterbitkan
di Mesir.
Uniknya metodologi buku ini, sebelum beliau menyatakan hadis, akan terdapat sedikit
pengenalan mengenai bab tersebut, kemudian dituruti dengan hadis yang akan menjadi hujah dan
dalil bagi mazhab Syafi’I dan lain-lainnya. Setelah itu, dinyatakan masalah-masalah diikuti
dengan penerangan masalah tersebut bagi memudahkan pembaca.11

8. 40 Hadis Akhir Zaman – Tuan Guru Ahmad Fahmi Zamzam12


Buku Siri 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman karangan Syeikh Ahmad Fahmi al-Banjari menjadi
bahan pengajaran di masjid dan surau serta menjadi bahan rujukan di sekolah dan universiti.
Kitab ini membicarakan tanda-tanda Kiamat yang telah dan sedang kita alami. Buku ini
membantu para pembaca untuk mengetahui golongan-golongan yang sesat dan memaparkan
kepada mereka haluan keselamatan.Selesai ditulis pada 7 Rajab 1411 H, bertepatan dengan 23

11
Muhammad Idris Al-Marbawi. 2008. Bahru Al-Madzi Syarah Mukhtasar Shahih Al-Tirmizi . Cet 2. Kuala Lumpur
: Al-Hidayah Publication. Hlmn 3.
12
Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam Al Banjari Al Maliki, yang nama penanya “Abu Ali Al-Ban-jari An-Nadwi Al-
Maliki”, lahir di Amuntai, Kalimantan Se­latan, pada 9 Juni 1959. Pendidikan awalnya didapat di kampungnya
sendiri. Seterusnya pada tahun 1973-1978, ia melanjutkan pelajarannya di Pondok Pe-santren Darussalam
Martapura, Kali-man-tan Selatan. Pada tahun 1979, ia melangkahkan kaki ke Jawa untuk melanjutkan
pelajar-annya di Yayasan Pesantren Islam (YAPI) di Bangil, Jawa Timur. Pada ta-hun 1980, ia melanjutkan
pendidikannya di Nadwatul Ulama, Lucknow, India, di bawah asuh-an tokoh ulama sangat terkemuka di
dunia Islam, Sayyid Abul Hasan Ali Al-Hasani An-Nadwi (wafat 1420 H/1999 M) hingga memperoleh ijazah
pertama (BA) pada tahun 1983. Banyak ilmu yang didapatnya dari Sayyid Abul Hasan An-Nadwi dan para
tokoh ulama lain di sana. Pada tahun 1984, Ustadz Fahmi Zam-zam berkunjung ke negeri Kedah, Malaysia,
dan tinggal di Ma‘had Tarbiyah Islamiyah Derang, Pokok Sena, Kedah. Inilah awal mula pengabdiannya di
sana.Pada tahun 1985 ia kembali ke India untuk menyelesaikan pelajarannya pada tingkat sarjana (MA)
dalam bidang Dakwah dan Sastera Arab yang diselesaikan-nya tahun 1987. Pada tahun 1988, Ustaz Ahmad
Fahmi sempat berguru di Makkah kepada Syeikh Muhammad Yasin Al-Fadani (wafat 1410 H/1990 M) dan
memperoleh Ijazah ‘ammah dalam ilmu hadits dari gurunya itu. Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam Al Banjari Al
Maliki telah ber­khidmat lebih dari 20 tahun di Ma‘had Tarbiyah Islamiyah, Derang, Kedah, dalam usaha
mendidik tunas-tunas muda dan memimpin mereka ke jalan Allah. Selama di Kedah, Syeikh Ahmad Fahmi
Zamzam Al Banjari Al Maliki sering menyampaikan pengajaran di masjid-masjid, terutama di Kedah. Sebagai
seorang guru yang tinggi ilmunya, pengajaran-pengajaran-nya mendapat sambutan hangat dari masyarakat.
Selain itu, ia juga diminta oleh Radio RTM Kedah untuk mengisi ruang Ke-musy-kilan Agama (Masalah-
masalah Agama), yang disiarkan secara langsung sejak tahun 1994 sehingga 2001. Melalui acara tersebut, ia
membantu masya-rakat dalam menyelesaikan masalah-ma-salah agama berkaitan dengan ke-hidupan
keseharian.

E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-0850-
45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research Institute
(Institut Kajian Hadith-INHAD)
6

Januari 1991 M.

2.0 ANALISA DEMOGRAFI TENAGA PENGAJAR


2.1 Pendidikan
Dilihat kebanyakan tenaga pengajar mempunyai latar belakang pendidikan daripada pelbagai
negara. Sebahagian daripada mereka menyambung pengajian di peringkat sarjana muda
mahupun sarjana di universiti tempatan dan luar negara seperti Indonesia, Thailand, Pakistan,
Mesir dan sebagainya. Ada di antara tenaga pengajar yang mempunyai kepakaran dalam tiga
bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Arab dan Bahasa Urdu rentetan pengalaman beliau yang
melanjutkan pelajaran di sebuah negara yang terletak di Asia Selatan. Selain itu, sesetengah
tenaga pengajar juga mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang perguruan sekaligus
menjadi satu kelebihan ketika berkomunikasi dengan masyarakat. Kesemua tenaga pengajar
mempunyai pengalaman berkhidmat dengan masyarakat sebelum mereka menabur bakti secara
langsung di masjid di mana ianya menjadi faktor besar kelangsungan pengajaran pengajian kitab
hadis.
Hal ini berdasarkan hasil analisa daripada pihak responden sebagai berikut:
Responden 6: ….Saya, sekolah dulu sekolah agamalah. Kelantan. Habis sekolah darjah 9, terus
ke Indonesia belajar di... Pergi Indonesia tahun 69. Sekolah Tarbiyatul Atfal, Pasir Putih...
pasal amik dia punya Sijil Tinggi Agama tu kan ada kan. Sekolah tu bukan ada lagi... dibangun
cantik. Dapat bantuan kerajaan pusat punya tu... yang diambil kerajaan negeri punya sekolah
tu. Ha... tahun 69, 76 balik. Di Universiti Islam Tunang Kali Jaga. Dulu IIM, Institut Agama
Islam Negeri Tunang Kali Jaga. Sekarang ni, Universiti Islam Jogjakarta. Saya habis B.A
kahwin, anak sulung lahir kat sana, tahun 73. Tahun 76 balik. Pastu berkhidmat di depan rumah
Tun Langkah Muar, Johor... SAB, Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar Muar, Johor 10 tahun.
Pastu masuk Maktab Perguruan Islam, 16 tahun habis pencen lah. Jadi, nak tanya-tanya hadis
ni saya... tak belajar hadis sebenarnya. Saya amik satu matapelajaran ja dengan Pak Hasbi As-
Siddiq, professor di sana. Pastu ujian pun syafawi aja... nak lulus matapelajaran. Jadi saya,
mengajar ni bukan ajar hadis, baca hadis. Dah tak ada orang, suruh kita baca hadis. Jadi, bila
syeikh ni tak ada, kita boleh bagi.

Responden 7: Mus bukan nama sebenar pernah merupakan tenaga pengajar di STAM, School
of Tahfiz and Arabic Malaysia. Beliau berkata, “Pertama, saya belajar sekolah umum lah.
Sampai tingkatan 3. Di Acheh. Haa... asal Acheh. Habiskan pengajian umum sampai tingkatan
3. Pastu, saya pergi ke Thailand Selatan. Thailand Selatan sana... ambil tahfiz Quran, selama 3
tahun lah. Selesai sana. Thailand Selatan di Yala. Umur... 15 sampai 18. 3 tahun. Lepas itu,
balik ke Indonesia pergi ke Jakarta. Jakarta tu ada satu sekolah jugak iaitu di bahagian Jakarta
Timur. Di situ memang kita memperdalam mengenai asas-asas Bahasa Arab lah dan permulaan.
Err... sekolah Madrasah an-Nur namanya di Jakarta Timur mengajar dasar-dasar fikih, Bahasa
Arab, kemudian aqidah. Selepas di sana... kita di sana selama 2 tahun lebih kurang. Habis di
sana pengajian, belajar dasar Bahasa Arab tu, dasar fikih... kita bertolak pergi Sri Langka dekat
di India lah... yang negara kecil itu. Di situ kita mulai belajar daripada awal dalam syariatnya
E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-0850-
45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research Institute
(Institut Kajian Hadith-INHAD)
7

lah... bahagian syariat lah. Kolej. Arabic College. Belajar selama 4 tahun di sana. Memang di
sana tu belajar, kita nama kolej tapi dia punya sistem pengajaran... sistem turath lah. Kitab-
kitab turath lah. Itu 4 tahun. Degree. Antara kitab-kitab yang kita belajar tu, seperti kalau dalam
Hadis tu... Bulughul Maram. Kalau dalam Fekah tu... Kitab ‘Undah, kemudian seperti ilmu
Nahu... Qatrun Nada’, kemudian dari segi bidang Mantik... Tafshilul Mantik nama kitab dia, dan
tafsirnya Tafsir Jalalain kita belajar. Jadi di sana, kalau Hadis memang kita hanya belajar kitab
Bulughul Maram sahaja lah. Lebih menjurus kepada fikihnya Syafie lah.. dalil-dalil yang Syafie
dalam hadis tersebut. 4 tahun di sana sampai 2009 lah tu, mula daripada 2005. Daripada Sri
Langka, kita balik Indonesia dalam 2 minggu... lepas itu, bertolak lagi pergi ke Pakistan.
Pakistan, kita dapat belajar di Karachi. Karachi ni satu negeri lah yang termasuk bandar paling
besar di Pakistan. Dalam belajar, kita memang khusus ambil Fakultas Hadis lah.Jamiah bi
Nurriyyah al-‘Alamiyyah, Pakistan.

Responden 8: Bismillahirrahmanirrahim, ana akhukum fillah, nama saya Us. Has. Berasal
daripada Klang, Meru. Bertugas di Sekolah Kebangsaan Parit Mahang, Jeram Kuala Selangor
dan juga sebagai penceramah di masjid-masjid sekitar negeri Selangor. InsyaAllah. Saya
berkelulusan sarjana muda Pengajian Islam takhassus dalam Dakwah wa al- Qiyadah di
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Responden 10: Niz bukan nama sebenar berasal dari Sabak Bernam Selangor. Mendapat
pendidikan awal di Maahad Sultan Salahuddin Batu 38, Sabak Bernam. Kemudian, menyambung
pelajaran ke UNISZA. Kemudian menyambung pengajaran di IPTQ Kuala Lumpur.. Degree di
Mesir, dan membuat diploma pendidikan di IPG.. Selepas itu, menyambung kembali pelajaran
dalam master di Universiti al- Azhar, Mesir dalam bidang Qiraat. Kemudian beliau pulang ke
Malaysia pada tahun 2005 dan terus berkhidmat di masjid-masjid di negeri Selangor.

2.2 Pentauliahan
Selain itu, secara asasnya, tenaga pengajar mestilah bertauliah dalam mencurahkan ilmu kepada
ahli jemaah masjid. Hal ini kerana, pentauliahan tersebut memberi kesan sedikit sebanyak
kepada masyarakat berkenaan tahap kefahaman mereka terhadap ilmu hadis. Ilmu hadis tidak
hanya berfokus kepada pembacaan semata, tetapi mestilah diterangkan sebaik mungkin dari
sudut kesahihan dan martabat sesuatu hadis. Sekiranya tenaga pengajar tidak mempunyai tauliah,
pihak masjid akan menjemput mereka secara berkala iaitu sebulan sekali disamping
mengusahakan pentauliahan sementara di JAIS.
Hal ini berdasarkan hasil analisa daripada pihak responden sebagai berikut:
Responden 9: iya betul. Kalau dia tak ada tauliah pun, kalau kita panggil dia untuk sebulan
sekali, kita akan dapatkan tauliah sementara di JAIS.

Responden 11: kita memang kalau bab-bab hadis apa semua macam tu, terutamanya mesti
kena yang bertauliah lah.Sebab kita kata orang tu mengajar, baca saje pun, tak faham lah, ini
hadis ke bukan, apa semua.

E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-0850-
45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research Institute
(Institut Kajian Hadith-INHAD)
8

3.0 ANALISA RESPONDEN


3.1 Pemilihan Kitab Pengajian Hadis
Pemilihan kitab hadis yang menjadi rujukan dalam pengajian mestilah kitab yang mu’tabar dan
bersesuaian dengan tahap pemahaman ahli jemaah masjid. Perkara ini adalah berdasarkan konsep
yang ditekankan oleh pihak masjid sendiri dalam menetapkan pengajian yang berbentuk
pembacaan matan serta terjemahan dan kemudiannya disyarahkan oleh tenaga pengajar atau
penceramah tersebut.
Kitab hadis tidak hanya tertumpu kepada pemilihan pihak masjid sahaja. Bagi sesetengah masjid
yang lain, kitab tersebut ditentukan oleh tenaga pengajar sendiri dan dibawa kepada
perbincangan lujnah masjid untuk dibincang kesesuaian. Kitab hadis juga dibekalkan oleh tenaga
pengajar dan pihak masjid berperanan untuk menjualnya kepada ahli jemaah.
Hal ini berdasarkan hasil analisa daripada pihak responden sebagai berikut:
Responden 9: Dia tengok nilah…kadang-kadang kita lebih memudahkan kepada penceramah.
Kita tahu penceramah tadi dia pakar dalam bahagian apa…walaupun dia semua dia boleh..tapi
apa yang dia lebih pakar. Ha. Jadi kita utamakan itulah. Aa..jadi dia kata saya boleh hadis, saya
boleh tafsir, saya boleh fiqah, aaa… betul. Tapi bukan semua lah macam tu…kadang-kadang
kita bagi nama kitab, ustaz tadi pilih.

Responden 4: Sebab kita pun kadang-kadang, kita pun sebenarnya tak berapa suggest kita yang
kitab.. kalau diorang sendiri yang…takut apa yang kita cadang tu berat bagi dia ke…betul,
betul, kitab yang mu’tabar. Bersesuaian, sebabnya kita kalau boleh ada matan ada terjemah..
dan disyarah oleh penceramah. Kita punya konsep macam tu..
Responden 6: Dia punya jawatankuasa masjid tanya kita, ustaz kitab apa baca. Ha... itu ja lah...
pastu kita pilih lah. Tenaga pengajar kita ni, dia menentukan kitab... lepas tu, ada lujnah kita
punya lah, pakar rujuk kita, bincang dalam dia punya jawatankuasa... aa begitu lah.

Responden 11: dia dualah… dua-dua. Ada yang dicadang oleh guru yang mengajar, dan ada
yang maknanya pihak masjid tentukan, tapi biasanya, pihak masjid dia tak faham, apa jenis
kitab-kitab. Biasanya, guru yang mengajar tu, dia akan berikan kitab dan dijual pada pihak
masijd lah. Diberikan kepada jemaah dan biasanya ahli jemaah yang membayar tu. haa’ah,
jemaah yang beli lah kiranya, tapi guru yang bekalkan..

Terdapat juga kitab yang dijual sendiri secara terus oleh tenaga pengajar kepada ahli jemaah.
Justeru ahli jemaah boleh membuat pilihan sama ada mendapatkan kitab hadis daripada pihak
masjid, tenaga pengajar, ataupun membelinya sendiri.
Hal ini berdasarkan maklumat yang diperolehi oleh responden berikut:
Responden 1: Kita belilah.. kita tak payah cari mana-mana, dia jual.

Responden 9: belum, belum …tapi ada setengah jemaah beli sendiri, dia bawak sendiri…ada
jugak penceramah yang bawak kitab dia, sesiapa nak beli..
E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-0850-
45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research Institute
(Institut Kajian Hadith-INHAD)
9

3.4 Pengaruh Penentuan Kitab Hadis Terhadap Penyertaan Jemaah (Responden)

Persepsi tentang penentuan kitab hadis sama ada mempengaruhi penyertaan jemaah atau pun
tidak dapat ditinjau dari sudut pandangan ahli jemaah dan sudut pandangan tenaga pengajar.

i. Ahli jemaah
Kebanyakan ahli jemaah nampaknya tidak mengambil kira sama ada kitab yang digunakan
oleh tenaga pengajar itu mempengaruhi minat mereka atau pun tidak. Mereka memberi
kepercayaan kepada tenaga pengajar sebagai guru yang bertauliah dalam soal ini.

Responden 1: Tidak jugak. Makna, ustaz yang memilih satu-satu kitab itu, jelas
memperkatakan isu.. yelah isu akidah, isu Islam, dan segala- galanya memfokuskan pada Islam
kan.. mudah fahami.. jadi amalan kita hari-hari, tidaklah mempengaruhi sesuatu hukum,
sesuatu kefahaman... tidak.
Responden 2: Itu, tak ada masalah lah. Apa-apa pun tak ada masalah lah.
ii. Tenaga pengajar
Manakala bagi pihak tenaga pengajar, kebiasaannya mereka mengambil kira dalam
menentukan kitab yang digunakan di dalam pengajian dengan dugaan ia akan dapat memberi
kesan kepada penyertaan dan minat jemaah. Ini seperti yang digambarkan dalam respon
berikut:

Responden 7: Ya, pemilihan kitab ni memberi kesan. Kerana mungkin seperti saya bawa
kitab sekarang ini adalah Tuhfatul Ahwazi. Tuhfatul Ahwazi ni, syarah kepada Imam Tirnidzi
ni dikarang oleh Sheikh Mubarak Abdul Wahid ‘Abdullah Mubarak-Furi daripada India.
Kenapa kitab ini saya pilih, kerana dia masa dia dengan kita ni, belum terlalu lama lagi. Jadi,
bukan terlalu klasik gitu. Jadi, apabila masuk dengan zaman moderate kita ni, masih sesuai
dan termasuk memang kitab Tuhfatul Ahwazi ni, kitab yang diiktibar di kalangan ulama, kitab
syarah yang diiktibar lah. Ulama memang menganggap kitab ini sebagai kitab yang penting,
Tuhfatul Ahwazi.
3.5 Sambutan Jemaah Terhadap Kitab Hadis yang Diajar
Semua responden menyatakan sambutan jemaah terhadap kitab hadis yang diajar adalah baik.
Ini kerana kepercayaan penuh mereka kepada tenaga pengajar yang sudah tentunya mempunyai
pengetahuan yang mencukupi.

Responden 1: Sambutannya bagus. Kat dewan kuliah...penuhlah.


Responden 2: Boleh lah... dapat sambutan lah.
Responden 3: Betul, Tapi ramai perempuan.

E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-0850-
45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research Institute
(Institut Kajian Hadith-INHAD)
10

Responden 5: Tapi kita depend lah... kalau ustaz dia yang bersemangat, kita pun ok kan... kita
akan stay. Macam ustaz, maknanya hari tu... walaupun 9.30, kita stay jugak... sebab kita suka
cara penyampaian dia, isi-isi dia, nak duduk lama sikit... hari ni pun hari Ahad kan.
Responden 10: Saya rasa baik sebab mereka minta ulang. Dah habis tu.. ulang balik. Ini kali
kedua la ni.

3.6 Kesesuaian Kitab Yang Digunakan Dengan Tahap Kemampuan Jemaah


Semua responden menyatakan kitab yang digunakan sesuai dengan tahap kemampuan jemaah.

Responden 1: Saya rasa peserta-peserta sini semuanya dah mahir, dah lama pengajian tu,jadi
diaorang dah mantap, dan diaorang dah faham. Jadi satu fakta tu, dia terus dapat tangkap.
Semua orang yang datang sini bukan orang jahil, semuanya orang pandai-pandai.
Responden 2: Sesuailah. Tak da berat sangat.Tapi kalau dia bawak macam penceramah tu
dengan cara yang boleh memahami... tak ada masalah. Ha... kan dia, macam dia baca dulu, dia
baca memang orang tak berapa ni kan, tapi bila dia sampaikan, dia perjelaskan. dan orang
faham. Ha, jangan salah ja.
Responden 3: Dia ada dua tu.. satu rumi dan satu jawi. Jadi, sapa yang tak pandai baca jawi,
dia boleh amik yang rumi.

Responden 5: Tak susah... senang.

KESIMPULAN

Kajian mendapati kesemua tenaga pengajar mempunyai pengalaman dan tauliah di mana ianya
menjadi faktor besar kelangsungan pengajaran pengajian kitab hadis. Bentuk pengajian biasanya
berbentuk pembacaan matan serta terjemahan dan kemudiannya disyarahkan oleh tenaga
pengajar yang dilantik. Pengajian kitab hadis dilihat sebagai usaha yang dilakukan untuk
memberi kefahaman hadis kepada masyarakarat.
Pemilihan kitab hadis juga bersesuaian dengan tahap pemahaman ahli jemaah masjid. Pengajian
biasanya berbentuk pembacaan matan serta terjemahan dan kemudiannya disyarahkan oleh
tenaga pengajar yang dilantik. Kebanyakan kitab hadis ditentukan oleh tenaga pengajar
sendiri. Ia sama ada dibekalkan oleh tenaga pengajar dan pihak masjid berperanan untuk
menjualnya kepada ahli jemaah atau dijual sendiri secara terus oleh tenaga pengajar kepada
ahli jemaah. Penyediaan buku teks bagi jemaah yang mengikuti pengajian, sama ada oleh
tenaga pengajar atau pihak masjid adalah satu perkara yang perlu diambil serius oleh semua
pihak. Ini untuk memastikan keberkesanan pengajian adalah pada tahap yang memuaskan.
Penentuan kitab hadis oleh tenaga pengajar juga tidak mempengaruhi penyertaan jemaah
keranakebanyakan ahli jemaah nampaknya tidak mengambil kira sama ada kitab yang
digunakan oleh tenaga pengajar itu mempengaruhi minat mereka atau pun tidak. Ini kerana
E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-0850-
45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research Institute
(Institut Kajian Hadith-INHAD)
11

mereka memberi kepercayaan penuh kepada tenaga pengajar sebagai guru yang bertauliah
dalam soal ini.
Berdasarkan hasil analisis didapati semua responden menyatakan kitab yang digunakan sesuai
dengan tahap kemampuan jemaah. Bagaimanapun, penggunaan pendekatan soal jawab dalam
pengajian ada yang dilakukan secara kerap oleh setengah tenaga pengajar dan ada yang jarang
dilakukan oleh setengah yang lain. Ruang untuk soal-jawab sebaiknya hendaklah dibuka dalam
membentuk komunikasi dua hala di antara tenaga pengajar dan jemaah.
Pengajian kitab hadis di masjid-masjidnegeri Selangor dilihat aktif dan rancak dikawasan bandar
namun ia kelihatan kurang diberi perhatian di kawasan luar bandar. Hal ini mungkin disebabkan
maklumat pengajian tidak sampai kepada para jemaah melihat kepada kurangnya penggunaan
medium perantaraan terkini yang menghubungkan pihak masjid dan para jemaah seperti
kemudahan internet dan aplikasi terkini seperti whatsapp, telegram, facebook dan sebagainya.
Justeru, usaha menyebarkan hadis melalui kitab-kitab hadis muktabar serta penambahbaikan
pengajiannya di seluruh masjid perlu dilakukan agar para jemaah dapat menyedari akan
kepentingan hadis baginda Nabi SAW sebagai sumber kedua dalam perundangan Islam
seterusnya pelaksanaannya amat membantu dalam menambahkan kefahaman para jemaah
tentang hadis.

RUJUKAN

Ab. Halim Tamuri & Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, 2011. Kaedah Pengajaran dan
Pembelajaran Pendidikan Islam, Bangi: Penerbit UKM.

Fauzi Deraman, Ishak Hj. Suliaman & Faisal Ahmad Shah. 2010. Pengajian Hadith di Malaysia:
Tokoh, Karya dan Institusi. Universiti Malaya, Kuala Lumpur: Jab. al-Quran dan
al-Hadith.

Mohd Akil (2010). Perkembangan Pengajian Hadis di Riau, Indonesia. Seminar Serantau Ilmu
Hadis Dalam Peradaban di Alam Melayu – 25 Oktober 2010, Anjuran : Institut
Islam Hadhari (UKM), Institut Kajian Hadis Selangor (INHAD) KUIS,
Kumpulan Ilmu Wahyu Dan Turath Islam (KWTI UKM) dan Jabatan al-Quran
dan al-Sunnah UKM.

Lucky Isnaeni (2011). Response Jama’ah Pengajian Hadis di Masjid al-Salam Bintang Jaya 3A
Tangerang. Tesis Sarjana Fakulti Ilmu Dakwa dan Ilmu Komunikasi, Jurusan
Komunikasi & Penyiaran Islam, Universiti Islam Negeri Syarif Hidayatullah,
Jakarta, 2011.

al-Qudhah, Syaraf Mahmud. (2003). al-Manhaj al-Hadith Fi ‘Ulum al-Hadith. Kuala Lumpur:
AlBayan Corporation Sdn. Bhd.

al-Qattan, Manna’ Khalil. (2007). Mabahith Fi ‘Ulum al-Hadith. Kaherah: Maktabah Wahbah
E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-0850-
45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research Institute
(Institut Kajian Hadith-INHAD)
12

al-Khatib, Muhammad ‘Ajjaj. (1981). Ushul al-Hadith “ulumu Wa Musthalahuh. Beirtu : Dar al-
Fikr.
Bazmul, Muhammad Bin Umar. (t.t.). ‘Ilm Syarh al-Hadith Wa Rawafid al-Bahth fihi. t.p.

Ibn al-Salah. (t.t). Muqaddimah Ibn al-Salah. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.
Mahmud al-Thahhan. (1985). Taisir Musthalah al-Hadith. Iskandariah: Markaz al-Huda
Lildirasat.
Mohd. Muhiden Abd. Rahman. (2010). ‘Ulum al-Hadith. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa &
Pustaka. hal. 2

Muhammad Mustafa Al-‘Azhami. (1977). Studies In Hadith Methodology And Literature.


Indianapolis: American Trust Publications.
Nuruddin ‘Itr. (1989). Manhaj al-Nuqud Fi ‘Ulum al-Hadith. Damsyik: Dar al-Fikr
Subhi al-Saleh. (2000). ‘Ulum al-Hadith Wa Musthalahuh. Lubnan: Darul Ilm Lilmalayin.
T.M. Hasbi Ash-Shiddieqy. (1974). Sejarah Dan Pengantar Ilmu Hadith. Jakarta: Kramat
Kwitang. hal. 63

Website ;
www.mssaas.gov.my

E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-0850-
45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research Institute
(Institut Kajian Hadith-INHAD)

View publication stats

You might also like