You are on page 1of 10

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/353580967

KETOKOHAN USTAZ NASIR DALAM DAKWAH

Conference Paper · July 2021

CITATIONS READS

0 181

2 authors:

Wan Sofea Khazri Osman


Universiti Kebangsaan Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia
1 PUBLICATION 0 CITATIONS 182 PUBLICATIONS 36 CITATIONS

SEE PROFILE SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Seminar Tokoh Dakwah 1.0 (SEDAKWAH) 2021 View project

Seminar SEMANTIQ 2022 View project

All content following this page was uploaded by Wan Sofea on 30 July 2021.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


Seminar Tokoh Dakwah 1.0 (SEDAKWAH) 2021
12 Julai 2021
Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia

KETOKOHAN USTAZ NASIR DALAM DAKWAH

Wan Sofea Farzana Razali


Calon Prasiswazah, Pusat Kajian Arab dan Tamadun Islam
Fakulti Pengajian Islam, UKM
A177656@siswa.ukm.edu.my

Khazri Osman
Pensyarah, Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan
Fakulti Pengajian Islam, UKM
khazri@ukm.edu.my
___________________________________________________________________________
ABSTRAK: Ustaz Nasir merupakan seorang tokoh pendakwah yang banyak melibatkan diri
dalam dunia dakwah. Beliau juga merupakan seorang ustaz di Sekolah Menengah Agama
Marang, Marang, Terengganu. Beliau berpengalaman luas dalam dunia dakwah. Beliau juga
menjadi seorang penceramah di surau dan masjid yang terdapat di sekitar negeri Johor dan
Terengganu. Beliau banyak menyumbang ilmu pengetahuan dan tenaga dalam dunia dakwah.
Oleh itu, kertas kerja ini akan membincangkan mengenai “Ketokohan Ustaz Nasir Dalam
Dakwah.” Objektif kajian ini ialah untuk meneroka latar belakang Ustaz Nasir dan penglibatan
beliau dalam dakwah. Metode penyelidikan yang digunakan dalam kertas kerja ini ialah
metode dokumentasi dan temu bual. Dapatan kajian menghuraikan bahawa Ustaz Nasir
merupakan seorang tokoh pendakwah yang aktif dalam penglibatan dakwah. Justeru itu,
diharapkan kertas kerja ini dapat memberikan teladan yang berpanjangan dari sudut
ketokohan beliau dalam dunia dakwah.

Kata Kunci: Ketokohan, Penglibatan dalam Dakwah, Aktif.

ABSTRACT: Ustaz Nasir is a preacher who is heavily involved in the world of da'wah. He is also
a ustaz at Sekolah Menengah Agama Marang, Marang, Terengganu. He has extensive
experience in the world of da'wah. He is also a speaker at suraus and mosques around the
states of Johor and Terengganu. He contributed a lot of knowledge and energy to the world
of da'wah. Therefore, this paper will discuss the prominence of Ustaz Nasir in da'wah. The
objective of this study is to explore the background of Ustaz Nasir and his involvement in
da'wah. The research methods used in this paper are documentation and interview methods.
The findings of the study describe that Ustaz Nasir is a preacher who is active in the
involvement of dakwah. Therefore, it is hoped that this paper can provide a lasting example
from the point of view of his prominence in the world of da'wah.

Keywords: Prominence, Involvement in Da'wah, Active.


___________________________________________________________________________

PENGENALAN
SEMINAR TOKOH DAKWAH 1.0 (SEDAKWAH) 2021

Ustaz Nasir merupakan seorang ustaz di Sekolah Menengah Agama Marang, Marang,
Terengganu. Beliau juga merupakan seorang pendakwah yang aktif dalam memberi ceramah
dan kuliah di surau dan masjid di sekitar Johor dan Terengganu. Beliau dikenali sebagai
seorang yang mudah mesra dan senang didekati. Beliau banyak melibatkan diri dalam dunia
dakwah. Pelbagai pengalaman, cabaran dan pencapaian yang diperoleh oleh beliau sepanjang
penglibatan beliau dalam dunia dakwah. Dalam kertas kerja ini, pengkaji menjelaskan tentang
ketokohan Ustaz Nasir berkenaan latar belakang, latar belakang pendidikan, ketokohan beliau
dalam dunia dakwah, guru-guru yang pernah beliau pelajari, cabaran dan sumbangan beliau
dalam penglibatan dakwah.

LATAR BELAKANG

Nama sebenar beliau ialah Mohd Nasir bin Ali, yang juga dikenali sebagai Ustaz Nasir. Beliau
dilahirkan pada tanggal 30 Mei 1978 di Kampung Seberang Marang, Marang, Terengganu.
Kini, beliau berumur 43 tahun dan sekarang menetap di Kampung Seberang Marang, Marang,
Terengganu. Beliau merupakan anak yang kelima daripada enam adik beradik. Cita-cita
dahulu yang dikongsikan oleh Ustaz Nasir ialah menjadi seorang pensyarah. Kini, beliau
bekerja sebagai seorang ustaz di Sekolah Menengah Agama Marang, Marang, Terengganu
(SMAM) dari tahun 2018 sehingga sekarang. Beliau memulakan kariernya sebagai pendakwah
pada tahun 2007. Beliau mempunyai seorang ayah yang bernama Ali bin Ismail manakala
ibunya pula bernama Zaharah binti Ibrahim. Beliau sudah mendirikan rumahtangga selama
lapan belas tahun bersama seorang isteri yang bernama Asma Najihah binti Chik dan mereka
telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan. 1

PENDIDIKAN DAN PENCAPAIAN

Ustaz Nasir memulakan persekolahannya di Sekolah Kebangsaan Seberang Marang,


Marang, Terengganu (SKSM) dari tahun 1985 sehingga 1990. Beliau juga menyambung
persekolahnnya di Sekolah Menengah Agama Marang, Marang, Terengganu (SMAM) dari
tahun 1991 sehingga 1993. Setelah itu, beliau menyambung pula pelajarannya di Sekolah
Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, Terengganu (SMA(A)SZA)

1
Mohd Nasir Ali, Guru, Sekolah Menengah Agama Marang (SMAM), Atas Talian, 23 Mei, 2021.

2
SEMINAR TOKOH DAKWAH 1.0 (SEDAKWAH) 2021

selama satu bulan kemudian beliau menyambung pula persekolahannya di Maahad Tahfiz Al-
Quran Terengganu, Marang, Terengganu (MTQT) dari tahun 1994 sehingga 1995. Seterusnya,
beliau menyambung pengajiannya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak,
Selangor (UIAM) dalam program Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan Bahasa Arab dan
Kesusasteraan Arab (Kepujian) dari tahun 1996 sehingga 2000. Sepanjang pengajiannya,
Ustaz Nasir pernah berguru dengan Dr. Mujahid, Dr. Nasaruddin, Tuan Guru Haji Hassan, Tuan
Guru Haji Alim, Tuan Guru Haji Salleh dan ramai lagi.2

KETOKOHAN USTAZ NASIR DALAM DAKWAH

Pada dasarnya dakwah Islam merupakan perilaku muslim dalam menjalankan Islam sebagai
agama dakwah, yang dalam prosesnya melibatkan unsur da’i, pesan dakwah, metode
dakwah, media dakwah, mad’u (sasaran dakwah) dalam tujuannya meneruskan cita-cita
ajaran Islam yang berlaku sepanjang zaman dan di setiap tempat. Di samping itu, dakwah
merupakan proses transmisi, transformasi, dan internalisasi ajaran Islam. Dakwah merupakan
satu bahagian yang pasti ada dalam kehidupan umat beragama. Dalam ajaran Islam, perkara
tersebut merupakan suatu kewajipan yang diwajibkan oleh agama kepada penganutnya, baik
yang sudah menganutnya mahupun yang belum. Oleh yang demikian, dakwah bukanlah
semata-mata wujud dari peribadi atau golongan, walaupun setidak-tidaknya harus ada
golongan yang melaksanakan perkara tersebut.3

Dakwah dinamik terdiri dari dua perkataan iaitu dakwah dan dinamik. Dalam bahasa
Arab, perkataan da’wah bererti panggilan, seruan atau ajakan. Dalam bentuk kata kerja (fi’il)
berasal dari perkataan da’a, yad’u, da’watan yang bererti memanggil, menyeru atau
mengajak. Istilah ini sering diberi erti yang sama dengan istilah-istilah tabligh, amr ma’ruf dan
nahi munkar, mau’idzah hasanah, tabsyir, indzhar, wasiyah, tarbiyah, ta’lim.4

Menurut para ahli pengertian dakwah di antaranya menurut Asep Muhidin, dakwah
adalah upaya kegiatan mengajak atau menyeru umat manusia agar berada di jalan Allah

2
Mohd Nasir Ali, Guru, Atas Talian, 23 Mei, 2021.
3
Ahmad Zaini, Dakwah Melalui Televisi. Jurnal Komunikasi Penyiaran Islam. [S.l.], v. 3, n. 1, p. 1-20, jan.
2016. ISSN 2477-2046, 2016, 2016. hlmn. 3
4
Nur Alhidayatillah, Dakwah Dinamis di Era Modern (Pendekatan Manajemen Dakwah). An-Nida’. [S.l.],
V. 41, N. 2, p. 265-276, 2018, hlmn. 2

3
SEMINAR TOKOH DAKWAH 1.0 (SEDAKWAH) 2021

(sistem Islam) yang sesuai dengan fitrah dan kehanifannya secara integral, baik melalui
kegiatan lisan dan tulisan atau kegiatan akal dan perbuatan, sebagai upaya kewujudan nilai-
nilai kebaikan dan kebenaran spiritual yang universal sesuai dengan dasar Islam. Dakwah juga
bermakna sebagai proses transformasi ajaran dan nilai-nilai Islam dari seorang atau
sekelompok da’i kepada mad’u dengan tujuan orang yang menerima transformasi ajaran dan
nilai-nilai Islam itu terjadi pencerahan iman dan juga perbaikan sikap serta perilaku yang
Islam.5

Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, perkataan dinamik bermaksud


bertenaga dan berkekuatan serta mampu membuat penyesuaian serta menerbitkan
pembaharuan dan kemajuan. Jadi dakwah dinamik adalah kegiatan dakwah yang dilakukan
dengan penuh semangat, menyesuaikan dengan keadaan atau permasalahan yang terjadi
dalam masyarakat, tidak bersifat statik kerana persoalan umat pada ketika ini begitu
kompleks. Dakwah dapat dilakukan dengan melihat keadaan masyarakat yang sebenar-
benarnya dan mencari metode baru yang lebih menarik dan tepat untuk dilakukan dalam
kegiatan dakwah.

Dakwah ditinjau dari segi bahasa, berasal dari bahasa Arab “da’wah”. Da’wah
mempunyai tiga huruf asal, yaitu dal, ‘ain, dan waw. Dari ketiga huruf asal inilah terbentuk
beberapa kata dengan ragam makna. Makna-makna tersebut adalah memanggil,
mengundang, minta tolong, meminta, memohon, menamakan, menyuruh datang,
mendorong, menyebabkan, mendatangkan, mendoakan, menangisi dan meratapi.6

Toto Tasmara menambahkan secara etimologi kata dakwah berasal dari bahasa Arab
yang berarti seruan, ajakan panggilan. Sedangkan orang yang melakukan seruan atau ajakan
tersebut dikenal dengan panggilan da’i. Dengan demikian, secara terminologi pengertian
dakwah dan tabligh itu merupakan suatu proses penyampaian pesan-pesan tertentu yang
berupa ajakan atau seruan dengan tujuan agar orang lain memenuhi ajakan tersebut.7

Secara sederhana dakwah bi al-lisan adalah dakwah yang menggunakan kata-kata


ucapan untuk menyampaikan isi atau pesan dakwah. Sebagaimana lisan yang berarti bahasa,

5
Nur Alhidayatillah, Dakwah Dinamis di Era Modern (Pendekatan Manajemen Dakwah). An-Nida’.
[S.l.], V. 41, N. 2, p. 265-276, 2018, hlmn. 2.
6
Fariqh Ahmad, Makalah Metode Dakwah Bil Lisan. Walisongo State Islamic University, 2019, hlmn. 3.
7
Fariqh Ahmad, Makalah Metode Dakwah Bil Lisan. Walisongo State Islamic University, 2019, hlmn. 3.

4
SEMINAR TOKOH DAKWAH 1.0 (SEDAKWAH) 2021

atau ucapan. Sehingga dakwah bi al-lisan dapat diartikan sebagai penyampaian pesan dakwah
melalui lisan berupa ceramah atau komunikasi antara da’I dan mad’u. Yang di mana dalam
dakwah bi al-lisan ini sering digunakan di masyarakat ketika pengajian mahupun ketika
peringatan hari-hari tertentu kerana menganggap metode ini cukup efisien untuk dilakukan.8

Dakwah sebagai usaha terwujudnya ajaran Islam pada semua segi kehidupan manusia,
merupakan kewajipan bagi setiap muslim. Dakwah yang dilakukan oleh setiap muslim harus
berkesinambungan, yang bertujuan mengubah perilaku manusia berdasarkan pengetahuan
dan sikap yang benar, iaitu untuk membawa manusia mengabdi kepada Allah secara
sepenuhnya.9

Perjalanan dakwah sangat panjang, bahkan lebih panjang dari umur da’i. Perjalanan
itu dimulai jauh sebelum kita lahir ke dunia, iaitu saat Allah SWT mengutus Adam A.S
pembawa risalah Allah yang mendakwahkan dan menegakkan kalimat tauhid (QS. 21: 25).
Ciri khas dakwah, pada hakikatnya, adalah bertujuan meningkatkan keimanan dan ketaqwaan
terhadap Allah SWT.10

Islam adalah agama dakwah Islam yang tidak memusuhi, tidak menindas unsur-unsur
fitrah. Islam mengakui adanya hak dan wujud jasad, nafsu, akal dan rasa dengan fungsinya
masing-masing. Dakwah dalam pengertian amar ma’ruf nahi munkar adalah syarat mutlak
bagi kesempurnaan dan keselamatan hidup masyarakat. Ini merupakan kewajipan fitrah
manusia sebagai makhluk sosial (makhluk ijtima’i). Perkara ini perlu dihayati betapa
pentingnya dakwah dalam kehidupan seorang muslim bagi mencapai tujuan ini. Oleh sebab
itu, tidak tepat jika ada asumsi bahawa dakwah ditujukan hanya kepada orang yang bukan
beragama Islam, sedangkan orang Muslim sejak lahir hidup dalam keluarga Muslim, tidak lagi
memerlukan dakwah.11

Perkara yang perlu difahami bahawa dakwah harus dimulai dari diri sendiri sebelum
berdakwah kepada orang lain. Oleh sebab itu, berdakwah secara berkesinambungan, bukan

8
Fariqh Ahmad, Makalah Metode Dakwah Bil Lisan. Walisongo State Islamic University, 2019, hlmn. 3.
9
Nurwahidah Alimuddin, Konsep Dakwah dalam Islam. HUNAFA: Jurnal Studia Islamika, 4(1), 73-78,
2007, hlmn. 73.
10
Nurwahidah Alimuddin, Konsep Dakwah dalam Islam. HUNAFA: Jurnal Studia Islamika, 4(1), 73-78,
2007, hlmn. 73.
11
Nurwahidah Alimuddin, Konsep Dakwah dalam Islam. HUNAFA: Jurnal Studia Islamika, 4(1), 73-78,
2007, hlmn. 73.

5
SEMINAR TOKOH DAKWAH 1.0 (SEDAKWAH) 2021

pekerjaan yang mudah. Berdakwah tidak cukup hanya dilakukan dengan lidah, tetapi juga
harus praktikkan dalam bentuk perbuatan. Berdakwah merupakan sesuatu yang sangat
penting demi tercapainya tujuan dakwah Islam. Dalam hubungan ini, seorang da’i harus
mempunyai akhlak yang terpuji sehingga dapat menjadi panduan bagi yang orang-orang yang
didakwah. Keberkesanan dakwah memerlukan pelbagai elemen yang berkaitan dengan
unsur-unsur dakwah yang merupakan satu penyatuan konsep yang utuh.12

Beliau banyak melibatkan diri dalam aktiviti dakwah. Beliau banyak berdakwah
dengan menyampaikan ceramah agama di surau dan masjid. Beliau pernah menyampaikan
ceramah di Masjid Jamek Pasir Gudang, Pasir Gudang, masjid di Johor Bharu, Johor dan masjid
di Marang, Terengganu. Beliau juga aktif berdakwah menggunakan media elektronik seperti
platform Youtube dan Facebook iaitu di saluran yang bernama Pengajian Pondok Al-Yusufi
bagi menyebarkan pelbagai ilmu agama.13 Kesungguhan dan usaha beliau dalam
menyebarkan dakwah sangat memberi inspirasi.

Di era moden ini, mengajar agama Islam tidak lagi menjadi autoriti seorang ulama. Di
mana sahaja, pada bila-bila masa dan dengan pelbagai cara orang boleh belajar agama Islam.
Masyarakat sekarang ini tidak hanya bergantung kepada ulama sebagai sumber satu-satunya
untuk mendapatkan pengetahuan keagamaan. Masyarakat boleh memanfaatkan televisyen,
radio, surat khabar, telefon, video, cakera padat, buku, majalah dan buletin. 14

Masyarakat yang beragama pun dapat dibantu, kerana mereka dapat belajar tentang
agama melalui media massa, yang dapat diakses oleh ramai orang dari pelbagai tempat di
dunia ini. Media massa telah menawarkan pelbagai tawaran dan alternatif yang mungkin para
pengguna dapat memilih dan memesan sesuatu yang diingini. Media massa telah menjadi
faktor penentu sekaligus tunjang dalam kehidupan manusia, terutamanya dalam perkara
untuk menerima, mengirim dan menyebarkan informasi kepada khalayak.15

Pada tahun 2018, beliau telah membina sebuah pusat Pengajian Pondok al-Yusufi di
Kampung Seberang Marang, Marang, Terengganu sehingga sekarang. Antara pengajian yang

12
Nurwahidah Alimuddin, Konsep Dakwah dalam Islam. HUNAFA: Jurnal Studia Islamika, 4(1), 73-78,
2007, hlmn. 73.
13
Mohd Nasir Ali, Guru, Atas Talian, 23 Mei 2021.
14
Abdul Basit, Dakwah Cerdas di Era Modern. Jurnal Komunikasi Islam. 3(1), 76-94, 2013, hlmn. 77.
15
Wahyu Budiantoro, Dakwah di Era Digital. KOMUNIKA: Jurnal Dakwah dan Komunikasi. 11(2), 263-
281, 2018, hlmn. 265.

6
SEMINAR TOKOH DAKWAH 1.0 (SEDAKWAH) 2021

ditawarkan di Pengajian Pondok Al-Yusufi adalah pengajian talaqqi kitab dan hafazan. Para
pelajar pula terdiri daripada pelbagai lapisan umur dari kanak-kanak sehingga dewasa.
Pengajian Pondok ini juga beroperasi selepas Isyak pada setiap malam.16 Hal ini menunjukkan
ketokohan beliau dalam menyampaikan ilmu kepada masyarakat sangat baik dan perlu
dicontohi.

Beliau menggunakan pendekatan secara berbeza dalam berdakwah contohnya beliau


menggunakan pendekatan secara santai kepada kanak-kanak supaya mereka suka dan faham
terhadap perkara yang disampaikan.

Pelbagai cabaran dan dugaan yang telah dihadapi oleh beliau sebelum beliau
mencapai ke tahap yang ke sekarang. Antara dugaan yang sukar dilupakan oleh beliau adalah
kata-kata kesat dan pelbagai tohmahan masyarakat mengenai diri beliau. Namun, beliau
kuatkan semangat bak kata pepatah, ‘alah bisa tegal biasa’. Beliau sentiasa mengamalkan
pendekatan yang baik dan berfikiran positif. Beliau juga amat berterima kasih dan menghargai
sokongan daripada ahli keluarga yang terdiri daripada ibu, isteri dan anak-anak yang sentiasa
menyokong dan memberi dokongan yang berterusan.17

JAWATAN YANG PERNAH DISANDANG

Sepanjang beliau bekerja, beliau pernah memegang jawatan sebagai timbalan pengerusi
Maahad Tahfiz Al-Ansar, Bandar Baru Permas Jaya, Masai, Johor (Sekolah Tahfiz Al-Ansar) dari
tahun 2013 sehingga 2014. Beliau telah diamanahkan untuk mengurus hal-hal yang terdapat
di sekolah tersebut.18

PRINSIP TOKOH DALAM DAKWAHNYA

Seorang pendakwah mesti mempunyai prinsip dalam berdakwah. Sebagaimana yang telah
dinyatakan, Ustaz Nasir mempunyai prinsip yang diamalkan dalam berdakwah iaitu,
‘Berjuang sampai Islam menang atau syahid.’ Beliau juga mempunyai idola pendakwah iaitu
Baba Ismail Sepanjang Al-Fatani sebagai tonggak kekuatan beliau dalam berdakwah.19

16
Mohd Nasir Ali, Guru, Atas Talian, 23 Mei 2021.
17
Mohd Nasir Ali, Guru, Atas Talian, 23 Mei 2021.
18
Mohd Nasir Ali, Guru, Atas Talian, 23 Mei 2021.
19
Mohd Nasir Ali, Guru, Atas Talian, 23 Mei 2021.

7
SEMINAR TOKOH DAKWAH 1.0 (SEDAKWAH) 2021

PANDANGAN MENGENAI TOKOH

Berkenaan sifat keperibadian dan akhlak Ustaz Nasir yang dapat digambarkan adalah:

1) Seorang yang mesra

Beliau dikenali sebagai seorang yang mudah mesra dan senang didekati tidak kira lapisan
umur. Beliau disegani dan patut dicontohi disebabkan sifat mesra beliau dalam
berkomunikasi. Beliau amat menghargai orang sekeliling dan masyarakat serta mempunyai
hubungan yang baik kepada ahli keluarganya dan masyarakat setempat.

2) Seorang yang bersyukur

Beliau suka mengamalkan sifat bersyukur untuk menerima apa sahaja perkara yang dilaluinya.
Pengalaman yang ditimba membuatkan beliau berasa bersyukur kerana dengan pengalaman
tersebut, beliau menjadi seorang yang kuat dalam menghadapi ujian.

3) Seorang yang sabar

Beliau juga merupakan seorang yang sabar apabila beliau menghadapi pelbagai ujian dan
dugaan. Banyak halangan yang ditempuhi oleh beliau dalam menyebarkan dakwah. Namun,
beliau bersemangat tinggi dan tidak mudah berputus asa untuk kuat dalam mengharungi
cabaran dalam berdakwah.

4) Seorang yang tekun

Beliau juga merupakan seorang yang tekun dalam mempelajari ilmu-ilmu pengetahuan dan
ilmu agama supaya beliau dapat memantapkan ilmu pengetahuan agama yang ingin
disebarkan kepada masyarakat. Beliau juga tekun dalam menyampaikan dakwah melalui
ceramah yang diadakan di surau dan masjid.

5) Seorang yang gigih berusaha

Beliau juga merupakan seorang yang gigih berusaha dalam menyebarkan kebaikan dan ilmu
agama iaitu dengan berdakwah dan memberi ceramah dan kuliah di surau mahupun masjid.
Beliau juga gigih dalam menyampaikan ilmu pengetahuan kepada para pelajarnya supaya
ilmu yang diberi dapat memberi manfaat dan tauladan kepada para pelajarnya.

8
SEMINAR TOKOH DAKWAH 1.0 (SEDAKWAH) 2021

Apa yang boleh disimpulkan di sini mengenai Ustaz Nasir ialah beliau adalah seorang
yang senang didekati, berhati mulia, suka menolong, sentiasa berpandangan positif, mudah
mesra, gigih berusaha, tidak mudah berputus asa, sesuai dengan karakter sebagai seorang
pendakwah.

PENUTUP

Ustaz Nasir merupakan seorang tokoh pendakwah yang bergiat aktif dalam dakwah. Beliau
banyak menyumbang masa, ilmu dan tenaganya dalam dunia dakwah. Ketokohan beliau
dalam dakwah wajar dicontohi kerana beliau berpengalaman lama dan luas dalam dakwah.
Beliau tidak jemu dan sentiasa bersemangat dalam meneruskan karier dalam dakwah
walaupun pelbagai halangan dan cabaran yang ditempuhi. Semoga kesabaran, ketekunan,
kesungguhan dan ketokohan beliau dalam dakwah dicontohi dan dijadikan ikutan supaya
pendakwah tetap kuat dan gigih dalam meneruskan pekerjaan yang mulia ini.

RUJUKAN

Ustaz Mohd Nasir bin Ali. (2021, 23 Mei). Ketokohan Ustaz Nasir dalam Dakwah.
[Interview]
Abdul Basit, 2013. Dakwah Cerdas di Era Modern. Jurnal Komunikasi Islam. 3(1).
Ahmad Zaini, 2016. Dakwah Melalui Televisi. Jurnal Komunikasi Penyiaran Islam. [S.l.], v. 3,
n. 1, p. 1-20, Jan. 2016. ISSN 2477-2046.
Fariqh Ahmad, 2019. Makalah Metode Dakwah Bil Lisan. Walisongo State Islamic
University.
Nur Alhidayatillah, 2018. Dakwah Dinamis di Era Modern (Pendekatan Manajemen Dakwah).
An-Nida’. [S.l.], V. 41, N. 2, p. 265-276.
Nurwahidah Alimuddin, 2007. Konsep Dakwah dalam Islam. HUNAFA: Jurnal
Studia Islamika, 4(1), 73-78.
Wahyu Budiantoro, 2018. Dakwah di Era Digital. KOMUNIKA: Jurnal Dakwah dan
Komunikasi. 11(2), 263-281

View publication stats

You might also like