You are on page 1of 12

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/372404615

CABARAN PENDAKWAH DALAM MENANGANI GOLONGAN YANG


MENYELEWENG DARI MANHAJ AHLI SUNNAH WALJAMAAH

Conference Paper · July 2023

CITATIONS READS

0 29

2 authors:

Illia NURFIQREENA DINI BALQIS BINTI Hilmi Putri Ain


Universiti Kebangsaan Malaysia Ukm
4 PUBLICATIONS 1 CITATION 1 PUBLICATION 0 CITATIONS

SEE PROFILE SEE PROFILE

All content following this page was uploaded by Putri Ain on 17 July 2023.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


Seminar Pengukuhan Kefahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah 2023

Prosiding Seminar Pengukuhan Kefahaman Ahli Sunnah


Wal Jamaah 2023
11 Julai 2023
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Ahli Sunnah Wal Jamaah Unggul Sepanjang Zaman
__________________________________________________________________________

CABARAN PENDAKWAH DALAM MENANGANI GOLONGAN YANG


MENYELEWENG DARI MANHAJ AHLI SUNNAH WALJAMAAH

Illia Nurfiqreena Dini Balqis Hilmi

A186017@siswa.ukm.edu.my

Calon Prasiswazah Pengajian Dakwah dan Kepimpinan

UKM

Putri Nur Ain Abdul Rahman

A187164@siswa.ukm.edu.my

Calon Prasiswazah Pengajian Dakwah dan Kepimpinan

UKM

Ahmad Irdha Mokhtar

irdha@ukm.edu.my

Pensyarah, Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan

UKM

Khazri Osman

khazri@ukm.edu.my

Pensyarah, Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan

UKM
Seminar Pengukuhan Kefahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah 2023

ABSTRAK
Cabaran pendakwah dalam menentang golongan yang menyeleweng dari manhaj Ahli
Sunnah Waljamaah adalah kompleks dan memerlukan strategi yang efektif. Namun
didapati dalam konteks ini, "menyeleweng" merujuk kepada individu atau kelompok
yang menyimpang dari ajaran dan praktik yang diamalkan oleh Ahli Sunnah Waljamah.
Hal ini dikhuatiri menjadi salah satu punca kepada permasalahan terhadap cabaran
pendakwah khususnya bagi golongan yang menyeleweng di Malaysia. Bagi
menanganinya, objektif kajian yang diketengahkan ialah mengenalpasti cabaran
pendakwah dalam menangani golongan yang menyeleweng dari manhaj Ahli Sunnah
Waljamaah. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu menggunakan kaedah
temu bual. Temu bual ini dibuat secara individu daripada golongan pakar dan
mahasiswa. Analisis dokumen juga dilakukan sebagai pengumpulan data sokongan.
Kajian mendapati bahawa konsep tentang cabaran pendakwah ini mencakupi segala
aspek penyelewengan ajaran akidah yang diajar oleh Ahli Sunnah Waljamaah. Oleh
itu, antara implikasi kajian ialah memberikan penjelasan tentang cabaran sebenar
yang berlaku serta cara menangani golongan menyeleweng.

Kata Kunci: Cabaran, Pendakwah, Ahli Sunnah Waljamaah, Menyeleweng


Seminar Pengukuhan Kefahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah 2023

ABSTRACT
The challenge of preachers in opposing groups that deviate from the Ahli Sunnah
Waljamaah manhaj is complex and requires an effective strategy. But found in this
context, "deviant" refers to individuals or groups that deviate from the teachings and
practices practiced by Ahli Sunnah Waljamah. This is feared to be one of the causes
of problems with the preacher's challenge, especially for the deviant group in Malaysia.
In order to deal with it, the objective of the highlighted study is to identify the challenges
of preachers in dealing with groups that deviate from the Ahli Sunnah Waljamaah
manhaj. This study uses a qualitative method that is using an interview method. This
interview is done individually from experts and students. Document analysis is also
done as a supporting data collection. The study found that the concept of the
preacher's challenge covers all aspects of the deviation of the creed taught by Ahli
Sunnah Waljamaah. Therefore, among the implications of the study is to provide an
explanation of the real challenges that occur as well as how to deal with deviants.

Keywords: Challenge, Preacher, Sunnah Waljamaah, Deviant


Seminar Pengukuhan Kefahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah 2023

Pendahuluan
Dakwah merupakan satu bidang ilmu yang tidak lagi asing dalam kalangan umat Islam.
Hukum berdakwah menjadi fardhu ain ke atas setiap individu muslim. Situasi ini
memberi dorongan kepada individu Muslim untuk mempelajari dan mengkaji dengan
lebih mendalam ilmu dakwah. Pengertian dakwah dari sudut istilah bermaksud seruan
atau galakan kepada sesuatu serta memimpin seseorang ke arah seruan dan galakan
tersebut (Salasiah Hanin 2019). Dakwah juga ialah usaha mengubah situasi kepada
situasi yang lebih baik dan sempurna, baik terhadap peribadi mahupun masyarakat
(Ab Aziz 2006).

Perkataan dakwah berasal dari kalimat Arab da‘a yad‘u yang bermaksud
seruan, panggilan, imbauan, undangan atau jemputan. Dari sudut istilah, dakwah
bermaksud ajakan atau seruan yang membawa umat Islam ke jalan yang benar.
Dakwah juga adalah mengajak orang lain untuk meyakini dan mengamalkan aqidah
dan syariat Islam yang diyakini dan diamalkan oleh pendakwah itu sendiri (A Sebli
2015).

Tujuan utama penyebaran pesan dakwah adalah untuk memperkuat


pemahaman umat Islam terhadap agama mereka, dan dakwah juga dapat diteruskan
kepada orang bukan Islam dengan tujuan mengundang mereka untuk memeluk Islam.
Dakwah juga bermaksud suatu aktiviti yang baik dalam bentuk lisan, tulisan, tingkah
laku dan sebagainya secara terancang supaya dapat mempengaruhi orang lain sama
ada secara individu mahupun secara berkumpulan untuk mewujudkan kesedaran,
pengertian, sikap penghayatan dan pengamalan terhadap agama Islam tanpa
sebarang paksaan (Farah Najwa 2021).

Pada masa kini, isu yang mencabar agama Islam semakin menular
terutamanya golongan yang menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenar.
Kebanyakkan golongan ini mengaku beragama Islam namun pegangan, kepercayaan
serta amalan yang diikuti adalah jelas menyeleweng daripada manhaj Ahli Sunnah
Waljamaah. Antaranya adalah disebabkan oleh sikap yang terlalu berlebih-lebihan
dalam agama dan ini menyebabkan yang hak dibuang, sedangkan yang batil diambil
sehingga berani mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram. Allah
SWT telah berfirman:

‫ّلل إِ ََل ٱ ْل َح َق‬


ِ َ ‫علَى ٱ‬ ۟ ُ‫وا فِى دِي ِن ُك ْم َو ََل تَقُول‬
َ ‫وا‬ ۟ ُ‫ب ََل تَ ْغل‬
ِ ‫َيـٰٓأ َ ْه َل ٱ ْل ِكتَـ‬
Maksudnya: “Wahai Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani)! Janganlah kamu melampaui
batas dalam perkara ugama kamu, dan janganlah kamu mengatakan sesuatu
terhadap Allah melainkan yang benar”. (An-Nisa’: 171)

Allah SWT memerintahkan hamba-hambanya supaya selalu berpegang teguh


pada satu jalan dan jangan sekali-kali menyimpang walau sikit pun. Ini kerana jika
sedikit sahaja menyimpang, mereka akan hanyut dan tersesat (Yusuf Qardhawy &
Muhammad Al-Ghazali 2004).
Seminar Pengukuhan Kefahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah 2023

Firman Allah SWT dalam surah Al-An’am ayat 126:

ِ ‫ص ْلنَا ٱ ْلـَٔا َيـ‬


١٢٦ َ‫ت ِلقَ ْو ٍۢم َيذَ َك ُرون‬ ُ ‫ص َر‬
َ َ‫ط َر ِبكَ ُم ْستَق ًِۭيما ۗ قَ ْد ف‬ ِ ‫َوهَـذَا‬
Ertinya: “Inilah jalan tuhanmu yang lurus. Sungguh telah kami terangkan ayat-ayat
kami kepada golongan yang mahu berfikir”.

Sebagai seorang pendakwah itu sendiri, mereka perlulah memperbaiki diri


sendiri dengan menghiasi diri dengan akhlak dan peribadi yang terpuji agar dapat
meraih kepercayaan orang ramai terhadap apa yang disampaikan oleh kita seperti
warak, Ikhlas, sabar dan bersikap ihsan terhadap orang lain (Mizan Adiliah et al. 2004).
Tanggungjawab untuk membetulkan golongan yang menyeleweng daripada manhaj
Ahli Sunnah Wal Jamaah ini amatlah besar. Oleh itu, para pendakwah haruslah
mengharungi beberapa cabaran seperti yang akan dibentangkan di dalam kajian ini.

Objektif kajian
I. Mengenalpasti cabaran pendakwah dalam menangani golongan yang menyeleweng
dari manhaj ahli sunnah waljamaah.

Metodologi kajian
Pengkaji telah menggunakan dua kaedah dalam mencari pelbagai maklumat yang
bertepatan dan berkaitan dengan tajuk kajian. Iaitu kaedah dokumentasi dan kajian
lapangan. Antara bahan dokumentasi yang digunakan oleh pengkaji dalam
memperoleh maklumat ialah buku dan internet. Pelbagai buku dan kitab yang
termasyhur dan cemerlang digunakan oleh pengkaji yang diperolehi daripada
perpustakaan untuk menjadikan kajian ini lebih lengkap dan teratur serta kaya dengan
pelbagai maklumat manakala internet menjadi sumber kedua bagi pengkaji
mendapatkan maklumat tambahan dan isu-isu semasa yang berlaku pada masa kini
berkaitan dengan wakalah dalam akad perkahwinan. Kajian lapangan juga dilakukan
dengan melakukan temu bual kepada 3 informen yang berkaitan dengan kajian ini iaitu
“Cabaran Pendakwah Dalam Menangani Golongan Yang Menyeleweng Dari Manhaj
Ahli Sunnah Waljamaah” bagi menambahkan maklumat serta kefahaman masyarakat
mengenai tajuk kajian ini.

Analisis dan perbincangan


Pada masa kini, golongan yang menyeleweng daripada manhaj ahli sunnah
waljamaah ini kian meningkat dan ini telah memberikan pendakwah beberapa cabaran
yang harus mereka tangani dalam membendung penyelewengan golongan ini. Antara
salah satu tentangan utama bagi pendakwah dalam menghadapi golongan yang
menyeleweng ini adalah disebabkan sikap ketaksuban seseorang yang melampau
terhadap guru-guru mereka sehingga menolak pendapat ahli sunnah waljamaah yang
lebih diyakini dan bertepatan dengan ajaran Islam.

Menurut informen 2, tentangan utama pendakwah kepada golongan


menyeleweng ini adalah mereka sangat berpegang teguh dengan pegangan mereka
dan tidak mahu menerima pandangan atau nasihat orang lain. Lebih-lebih lagi apabila
mereka sudah mula taksub terhadap sesuatu pegangan atau pemimpin. Hal ini
Seminar Pengukuhan Kefahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah 2023

menyebabkan pendakwah sukar untuk mendapatkan kepercayaan mereka tentang


pendapat-pendapat yang dikeluarkan oleh ahli sunnah waljamaah.
Tambahan pula, menurut informen 3, terdapat banyak cabaran utama yang
boleh didapati antaranya ialah wujudnya pengaruh yang cuba memesongkan akidah
penganut agama Islam. Sejak zaman Nabi Muhammad SAW hinggalah kepada zaman
kini, umat Islam tidak pernah sunyi daripada berhadapan dengan isu penyelewengan
akidah dan penyebaran ajaran sesat. Di samping itu, cabaran terhadap diri pendakwah
itu sendiri dari segi kurangnya ilmu yang mendalam dan kurangnya pemahaman
tentang ilmu agama. Kesannya, ia akan memesongkan kefahaman serta membina
salah faham kepada masyarakat terhadap perkara yang disampaikan. Perkara ini
disokong oleh Akmal (2001) di dalam penulisan bukunya iaitu sebagai seorang juru
dakwah, hendaklah seseorang itu memiliki ilmu agama yang kuat dan menyeluruh dan
tidak melihat Islam itu dari satu sudut sahaja kerana sikap seperti ini akan menjadikan
seseorang itu berfikiran sempit, sempit akal dan pandangan. Selain itu, pendakwah
kurang beribadah atau mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Menurut informen 1 pula, di sini terdapat beberapa cabaran yang utama


antaranya disebabkan tiada bentuk undang-undang yang dicipta bagi mengatasi isu
ini. Di mana, undang-undang di Malaysia amatlah terhad dan ini menyebabkan kita
tidak boleh mengambil tindakan sesuka hati. Contohnya, walaupun seseorang itu
mengaku dia adalah dari golongan Syiah yang jelas menyeleweng dari manhaj ahli
sunnah waljamaah ini, namun kitatidak boleh mengenakan tindakan sesuka hati
kerana di Malaysia, kita bebas untuk mengamalkan apa-apa ajaran namun tidak boleh
disebarkan. Yang kedua, daripada sudut jiwa ahli politik di Malaysia ini, di mana kita
tidak mempunyai ahli politik yang pakar dalam bidang ini. Disebabkan inilah mereka
tidak membawa isu ini ke peringkat yang lebih besar untuk dibincangkan masalah ini.
Malah yang lebih teruk lagi, dalam kalangan ahli politik itu sendiri ada individu yang
tergolong dalam golongan yang menyeleweng ini dan disebabkan ini, isu ini tidak akan
pernah selesai kerana akan ada individu yang membantah perkara ini. Yang ketiga,
lemahnya kemahiram ulama-ulama dan agamawan ahli sunnah waljamaah untuk
memahami dan mempelajari kaedah untuk sebarkan dan dedahkan fahaman tersebut.
Yang keempat, disebabkan kejahilan umat itu sendiri. Ini disebabkan ilmu yang
diperolehi oleh kebanyakkan individu tidak mencukupi disebabkan masa yang begitu
terhad untuk pelajar belajar tentang perkara ini. Oleh itu, teras pembelajaran di
Malaysia haruslah diubah. Tentangan utama yang terakhir ialah status kuo dalam
masyarakat di mana, hanya golongan akademik sahaja yang berusaha untuk mencari
ilmu manakala golongan yang selebihnya, hanya mengambil sambil lewa dalam
mempelajari ilmu-ilmu ini dan mereka masih tiada kemajuan dan kesedaran dalam diri
mereka.

Antara salah satu cabaran pendakwah dalam menangani golongan yang


menyeleweng dari manhaj ahli sunnah waljamaah ialah sikap ketaksuban seseorang
terhadap ketua atau guru mereka. Menurut informen 2, beliau bersetuju tentang
perkara ini dan mengatakan bahawa ketaksuban ini menyebabkan golongan
menyeleweng ini menolak pandangan orang lain. Bahkan mereka menyandarkan
sesuatu perkara tidak bertepatan dengan Al-Quran dan Al-Sunnah. Contohnya
golongan Syiah yang mengangkat Saidina Ali hingga mengubah bacaan syahadah
dengan menambah nama Saidina Ali dalam syahadah tersebut.

Tambahan pula, menurut informen 1, beliau juga bersetuju dengan pendapat


tersebut. Beliau menambah lagi bahawa ini terjadi disebabkan kejahilan ilmu
Seminar Pengukuhan Kefahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah 2023

seseorang itu. Apabila seseorang itu jahil terhadap ilmu, mereka akan mula mencari
manusia untuk bersandar dan hal ini membawa kepada ketaksuban seseorang itu
kerana mereka merasakan bahawa hanya orang itu sahaja yang boleh membantu
dirinya. Akhirnya, mereka ini akan menolak kepada pandangan orang lain pula.
Perkara ini disokong oleh Salih dan Jami’ah al-Imam Muhammad (1994) di dalam
bukunya yang bertajuk “Bid’ah: Konsep dan Pengertiannya” iaitu apabila
bertambahnya umur dunia dan jauhnya manusia daripada kesan risala, maka makin
sedikitnya ilmu dan makin tersebarnya kejahilan. Sebagaimana sabda Rasulullah
SAW

‫من يعش منكم بعدي فسيرى اختالفا كثيرا‬


Maksudnya: “Sesiapa yang hidup lagi di kalangan kamu selepasku, maka dia akan
melihat perselisihan yang banyak.”

Menurut informen 3 pula, beliau bersetuju bahawa antara salah satu cabaran
pendakwah dalam menangani golongan yang menyeleweng dari manhaj ahli sunnah
waljamaah ialah sikap ketaksuban seseorang terhadap ketua atau guru mereka. Ini
kerana ada sesetengah masyarakat yang terpengaruh dengan pendapat pemikiran-
pemikiran liberal dan tokoh barat yang menjadikan mereka bebas membuat keputusan
sendiri dalam fahaman agama tanpa bersandarkan al-Quran dan as-Sunnah serta
pendapat-pendapat Ijmak dan Qiyas.

Di samping itu, pengaruh media sosial juga menjadi salah satu cabaran
pendakwah dalam menghadapi golongan yang menyeleweng daripada ahli sunnah
waljamaah. Menurut informen 2, beliau bersetuju bahawa masyarakat hari ini lebih
cenderung untuk mempercayai golongan yang berpengaruh (influencers) berbanding
orang lain sekalipun golongan itu menyeleweng. Perkara ini disokong oleh Syahiirah
(2022) di dalam penulisannya platform media sosial ini masih lagi dianggap sebagai
cabaran bagi menyebarkan ilmu agama kepada masyarakat. Hal ini kerana
penggunaan media sosial tidak dapat menyekat unsur-unsur negatif daripada
penggunanya sehinggakan ia mempengaruhi golongan muda dengan perkara yang
tidak elok. Pengaruh ini dapat memberi impak kepada kemerosotan didikan agama
Islam. Seterusnya menurut informen 3, beliau juga bersetuju bahawa media sosial
selalu menjadi tempat kontroversi dan perdebatan antara golongan yang
menyeleweng ini dengan para pendakwah lalu menimbulkan kekeliruan kepada
masyarakat sejagat. Hal ini disokong oleh Syahiirah (2022) bahawa pengaruh asing
yang ekstrem ini menyebabkan seseorang individu tidak lagi mementingkan
keutamaan mengekalkan perpaduan. Ia akan memberi kesan kepada dakwah Islam
sekali gus melemahkan masyarakat awam untuk mendalami ilmu agama.

Menurut informen 1, beliau juga bersetuju bahawa ini merupakan kelemahan


ahli sunnah waljamaah itu sendiri dalam ilmu ‘alat tentang bagaimana cara
menyebarkan fahaman atau bagaimana cara pertahankan akidah Islam melalui media
sosial. Hal ini menjadi faktor mungkin disebabkan mereka kekurangan masa atau tidak
mencari ruang dan peluang untuk mempelajari ilmu media sosial. Walaupun begitu,
masih ada perubahan dari sesetengah pihak ilmuwan yang menggunakan platform
media sosial untuk menyebarkan ilmu agama Islam dengan betul. Contohnya, ustaz
Azhar Idrus telah berjaya menggunakan media sosial sebagai platform beliau untuk
berdakwah dan menyebarkan agama Islam dengan cara membuat ‘Recording, Live,
Seminar Pengukuhan Kefahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah 2023

Posting’ di laman utama akaun media sosial beliau. Oleh itu sedikit sebanyak beliau
telah melibatkan diri dalam menceburi media sosial terkini.

Cabaran yang terakhir ialah tindakan yang boleh dilakukan oleh pendakwah
untuk mengatasi masalah jahil dan salah faham dalam agama menyebabkan
berlakunya penyelewengan dalam agama. Menurut informen 2, pendakwah boleh
memainkan peranan dengan memperbanyakkan diskusi ilmiah untuk menyampaikan
ajaran yang bertepatan dengan Quran dan Sunnah. Selain itu, boleh juga untuk mula
menceburi dan memanfaatkan media sosial sebagai medium untuk menyampaikan
ilmu dan menyediakan platform soal jawab untuk menjawab persoalan persoalan
daripada masyarakat bagi mengelakkan stigma salah faham dalam soal agama serta
mengadakan kelas atau kuliah agama kepada masyarakat yang memfokuskan kepada
pengukuhan akidah. Menurut informen 3 pula, tindakan yang boleh dibuat oleh para
pendakwah adalah mempersiapkan diri dengan ilmu atau mendalami ilmu lebih dalam
lagi supaya apabila disoal tentang agama, mereka boleh menjawabnya berdasarkan
syariat Islam. Di samping itu, para pendakwah lain juga boleh mendalami ilmu duniawi
juga supaya para pendakwah itu boleh menyeimbangkan antara agama dengan aspek
kehidupan.

Menurut informen 1, beliau menyatakan beberapa tindakan yang boleh


dilakukan antaranya dari sudut undang-undang. Dari sudut undang-undang,
berkemungkinan orang yang berjawatan tinggi dalam parlimen boleh memainkan
peranan penting untuk membawa isu untuk digubal di dalam parlimen supaya adanya
pendekata baru atau akta tentang hal ini. Selain itu dari sudut individu pula, perlu bagi
golongan yang berilmu wajib keatas mereka untuk memberi tunjuk ajar kepada
golongan yang jahil. Namun, perlu juga diambil kira cara mengajar bagi golongan yang
berilmu perlulah menggunakan cara medium yang betul dan bukan dengan cara yang
salah seperti menggunakan media sosial tanpa usul periksa dan tidak mempunyai
sumber rujukan daripada kitab-kitab yang sahih. Ini yang dimaksudkan medium sosial
yang tidak dibenarkan dan ia juga kurang memberi kesan positif kepada golongan
yang jahil. Oleh itu, sepatutnya golongan yang jahil ini perlu menghadiri kuliah dan
kelas agama dengan cara yang betul atau secara fizikal.
Seminar Pengukuhan Kefahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah 2023

Rumusan
Secara keseluruhan, kajian ini telah dilakukan dengan menggunakan kaedah temu
bual kepada beberapa informen yang terdiri daripada pensyarah dan pelajar Fakulti
Pengajian Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia. Melalui kajian ini, pengkaji dapat
mengenalpasti cabaran pendakwah dalam menangani golongan yang menyeleweng
dari manhaj ahli sunnah waljamaah. Di samping itu, pengkaji juga dapat menganalisis
cabaran berdakwah dalam kalangan golongan yang menyeleweng daripada manhaj
ahli sunnah waljamaah. Penyebaran dakwah akan membuka peluang masyarakat
untuk mendalami ilmu agama. Hal ini dapat meningkatkan jumlah penerimaan Islam
dalam kalangan masyarakat. Walaupun begitu, masih ramai dalam kalangan golongan
yang menyeleweng yang semakin esktrem pada masa kini dan ia menjadi cabaran
kepada para pendakwah untuk menyebarkan ilmu terutamanya berkaitan dengan
agama. Oleh itu, pendakwah perlu memainkan peranan penting dalam menarik minat
masyarakat untuk turut serta mendalami ilmu agama.
Seminar Pengukuhan Kefahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah 2023

Rujukan

al-Quran al-Karim

A Sebli. 2015. Dakwah Islamiah. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Ab Aziz Mohd Zin. 2006. Dakwah Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya.

Akmal Mhd.Zain. 2001. Bimbingan Berdakwah: Pendekatan Yang Berkesan Di Alaf


Baru. Kuala Lumpur: Penerbit Al Hidayah Publishers.

Farah Najwa Mohd Nazri. 2021. Ketokohan Ustaz Muhad Bin Bidin Dalam Bidang
Dakwah. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor.

Informen 1. 2023. Cabaran Pendakwah Dalam Menangani Golongan Yang


Menyeleweng Dari Manhaj Ahli Sunnah Waljamaah, Selangor. Temu
Bual, 22 Jun.

Informen 2. 2023. Cabaran Pendakwah Dalam Menangani Golongan Yang


Menyeleweng Dari Manhaj Ahli Sunnah Waljamaah, Selangor. Temu
Bual, 5 Julai.

Informen 2. 2023. Cabaran Pendakwah Dalam Menangani Golongan Yang


Menyeleweng Dari Manhaj Ahli Sunnah Waljamaah, Selangor. Temu
Bual, 6 Julai.

Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim et al. 2004. Pembentukan Pengukuran Personaliti


Pendakwah. UPU (1)/D/2003. Kuala Lumpur.

Salasiah Hanin Hamjah. 2019. Dakwah dan Perubahan Sosiobudaya. Selangor:


Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Salih Fawzan & Jami’ah al-Imam Muhammad.1994. Bid’ah: Konsep dan


Pengertiannya. Kuala Lumpur: Penerbit Cahaya Pantai (M) Sdn. Bhd.
Seminar Pengukuhan Kefahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah 2023

Yusuf Qardhawy & Muhammad Al-Ghazali. 2004. Bid’ah Dan Syirik: Perkara Yang
Membatalkan Tauhid Atau Mengurangkan Kesempurnaannya. Kuala Lumpur:
Penerbit Jasmin Enterprise.

View publication stats

You might also like