You are on page 1of 25

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/354751724

Intervensi Bimbingan Kaunseling Berasaskan Pendekatan Terapi Bermain


dalam Meningkatkan Resilien dalam Kalangan Kanak-kanak

Conference Paper · June 2021

CITATIONS READS

0 8,910

4 authors:

Nor Hamizah Razak Abdul Rashid Abdul Aziz


USIM | Universiti Sains Islam Malaysia USIM | Universiti Sains Islam Malaysia
29 PUBLICATIONS 41 CITATIONS 120 PUBLICATIONS 328 CITATIONS

SEE PROFILE SEE PROFILE

Siti Nubailah Mohd Yusof Nurhafizah Mohd Sukor


USIM | Universiti Sains Islam Malaysia Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
25 PUBLICATIONS 47 CITATIONS 30 PUBLICATIONS 67 CITATIONS

SEE PROFILE SEE PROFILE

All content following this page was uploaded by Abdul Rashid Abdul Aziz on 22 September 2021.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


E-PROSIDING WEBINAR KONVENSYEN
KAUNSELING KEBANGSAAN KALI KE-22

“Dimensi Baharu Kaunseling”

29-30 Jun 2021

PERKAMA International
PERSATUAN KAUNSELING MALAYSIA
http:// www.perkamainternational.com.my

PERKAMA INTERNATIONAL
Diterbitkan oleh
Persatuan Kaunseling Malaysia Antarabangsa
E-PROSIDING WEBINAR KONVENSYEN KAUNSELING
KEBANGSAAN KALI KE-22
“Dimensi Baharu Kaunseling”

29-30 Jun 2021

Editor:
Mansor Abu Talib
Amin Al Haadi Shafie
Mohd Izwan Mahmud
Zaida Nor Zainudin

Diterbitkan oleh:
Persatuan Kaunseling Malaysia,
Lot 3-1B Tkt 1, Jalan Hentian 1C
Pusat Hentian Kajang, 43000 Kajang, Selangor
emel: pr.perkamainternational@gmail.com

Perpustakaan Negara Malaysia


Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Hak Cipta Terpilihara.


Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau
ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat sama ada dengan cara elektronik,
gambar dan rakaman serta sebagainya tanpa kenbenaran bertulis daripada PERKAMA International
(Persatuan Kaunseling Malaysia Antarabangsa) terlebih dahulu.
ABSTRAK

PERKAMA International (Persatuan Kaunseling Malaysia Antarabangsa) adalah organisasi


dan sebuah Badan Bukan Kerajaan Profesional dalam Bidang Kaunseling yang secara rasmi
mewakili kaunselor profesional dalam pelbagai persekitaran latihan. Sebagai organisasi yang
telah ditubuhkan sejak tahun 1980, PERKAMA International berperanan sebagai pendorong
untuk memperkasakan bidang profesion kaunseling melalui aktiviti dan program yang
bersifat pembangunan kompetensi, berorientasikan perkembangan dan menerajui
perkhidmatan yang diperlukan. Antara inisiatif PERKAMA International dalam usaha ini
adalah dengan penganjuran konvensyen kaunseling. Pada tahun ini, PERKAMA International
dengan kerjasama agensi luar membawakan Webinar Konvensyen Kaunseling Kebangsaan
kali ke-22 yang bertemakan “Dimensi Baharu Kaunseling”. Melalui persidangan webinar ini,
sebanyak 30 kertas kerja berjaya dihimpunkan menjadi e-prosiding yang mencakupi pelbagai
tema dan subtema persidangan khususnya dalam bidang kaunseling dan psikologi. Antaranya
ialah psikologi dan kaunseling; kanak-kanak, keluarga, sekolah dan pengajian tinggi,
intervensi krisis, kerjaya dan kesihatan mental. Kepelbagaian tajuk kertas kerja ini secara
tidak langsung dapat memberi banyak manfaat kepada ibubapa, kaunselor, pensyarah, guru,
dan agensi-agensi kerajaan yang terlibat secara langsung dengan bidang psikologi dan
kaunseling ini. Himpunan kertas kerja dalam e-prosiding ini boleh dijadikan sebagai bahan
pengajaran, sumber rujukan dalam penyelidikan, dan bahan untuk merancang kaedah terbaik
dan terkini dalam bidang psikologi dan kaunseling di Malaysia. Justeru, banyak pendapat,
idea, pandangan dan kemahiran serta pengetahuan yang boleh dikongsikan bersama-sama
didapati dalam e-prosiding ini. Kesimpulannya, e-prosiding ini memberi peluang kepada
mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung untuk memajukan dan
memperkasakan lagi bidang psikologi dan kaunseling di Malaysia.
ISI KANDUNGAN

KAUNSELING KELUARGA & KANAK-KANAK


Komunikasi Interpersonal Untuk Mewujudkan Keluarga Bahagia Pada Pasangan Long
Distance Marriage (LDM)
Ipah Saripah & Syari Fitrah 1
Punca Keganasan Rumah Tangga Terhadap Wanita Ketika Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP)
Faizah binti Abdul Ghani & Azura binti Md Zahari 19
Jenis Gaya Asuhan Ibu Bapa, Kecerdasan Emosi Dan Hubungannya Dengan Tingkah
Laku Klien Remaja Delinkuen
Farah Nabilah binti Mokhtar, Jasmi bin Abu Talib & Nurul Atiqah binti Ab Raji 27
Intervensi Bimbingan Kaunseling Berasaskan Pendekatan Terapi Bermain dalam
Meningkatkan Resilien dalam Kalangan Kanak-kanak
Nor Hamizah Ab Razak, Abdul Rashid Abdul Aziz, Siti Nubailah Mohd Yusof,
& Nurhafizah Mohd Sukor 45

KAUNSELING KERJAYA & ORGANISASI


Career Adaptability as A Career Competency for Generation Z
Evia Darmawani & Ahmad Rofi Suryahadikusumah 62
Fenomena Glass Ceiling Terhadap Kerjaya: Kajian Literatur Sistematik
Siti Sarah Bahari & Zaida Nor Zainudin 74
Pengaruh Stres dan Kepuasan Kerja Terhadap Niat untuk Berhenti dalam Kalangan
Staf Akademik di Institusi Pengajian Tinggi Swasta
Nurul Jannah Abdul Latiff, Raja Zirwatul Aida Raja Ibrahim, Aznida Suhani Jailani, &
Mohd Zaki Talib 94
Stres, Daya Tahan dan Kepuasan Kerja dalam Kalangan Guru di Kuala Nerus
Terengganu
Aznida Suhani Jailani, Jasmi Abu Talib, Nurul Jannah Abdul Latiff, & Mohd Zaki Talib 112
Persediaan Persaraan dalam Kalangan Staf Majlis Amanah Rakyat
Salpiah Suradi, Fateha Aisya Ab Ghani, Asri Hassan & Johari Md Salim 130

KAUNSELING KESIHATAN MENTAL


Cabaran Mengekalkan Daya Tahan Diri dalam Menghadapi Krisis Covid-19 : Satu
Tinjauan
Roziela Ahmad, Amalia Madihie, & Nur Fatihah Abdullah Bandar 131
Terapi Menulis Jurnal dari Perspektif Introvert
Nur Shakila Ibharim, Norain Ali, & Nadziroh Zubir 149
Pembinaan Modul Terapi Kognitif HAT-i untuk Merawat Kebimbangan Tahap Tinggi
Rafidah Aga Mohd Jaladin, Janet Ann Fernandez, Aina Razlin Mohammad Roose, & Ahmad
Shamsuri bin Muhamad 166
IIUM Sejahtera Profiling (ISP): A Screening Tool for Early Detection of Mental Health
Issues
Haniza Rais, Nur Syuhada Mohd Munir, Noraini Ahmad, Zulkifli Hasan, Siti Asma
Mohammed, Nora Mat Zin, Joharry Othman, Fatimah Abdullah, Che Amnah Bahari, Nur
Jannah Hassan, Nadzirah Ahmad Basri, Nor Azlina A. Rahman, Ainol Madziah Zubairi,
Muhammad Sadry Abu Seman, Abu Hurairah A. Manaf, & Siti Khadijah Daud 183
Burnout dalam kalangan Pemimpin Sekolah
Indran Subrumanian, Akma Hj. Abd. Hamid, & Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip 196

Sokongan Psikososial Secara atas Talian Mendepani Kesan Pandemik Covid-19 dalam
Kalangan Warga Pendidikan di Negeri Perak
Effa Rina Binti Mohd Matore, Hamshah bin Noraini, Saleha binti Md. Noor, Nurzaimimah
binti Pahmi, & Hartini binti Arbain 209
Kertas Konsep: Metakognitif dan Daya Tahan dalam Kalangan Guru Bimbingan dan
Kaunseling
Azuwani Binti Mohd Yusoff, Amalia Madihie, & Ida Juliana Hutasuhut 233
Intervensi Buli Siber Perspektif Islam
Mapatan Sudin, Md Noor Saper, & Noor Sayyidatina Che Rozubi 247
A Review on Cyber-Aggression and The Dark Triad of Personalities
Kong Kwoi Tat 264
Acceptance and Commitment Therapy in Reducing Burnout Level of an Academician
from Malaysian Research University
Kok Ban Teoh & Nik Rosila Nik Yaacob 284

KAUNSELING SEKOLAH DAN PENGAJIAN TINGGI


Kebolehgunaan Modul Psikopendidikan GIFTED Dalam Kalangan Pelajar Pintar dan
Berbakat
Amnah Zanariah Abd Razak, Shahlan Surat, & Rosadah Abd Majid 300
Pendekatan dalam Menangani Tingkahlaku Murid Ponteng Sekolah
Muhammad Najib Othman & Ahmad Jazimin Jusoh 317
Isu Kebimbangan Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah
Siti Roslina Mohammad Zain 329
Intervensi Ketidakhadiran Pelajar ke Kuliah oleh Kaunselor di Kolej Vokasional
Sultan Ahmad Shah
Amirul Izzat Bin Ismail 343
Using ADDIE Model for Designing Instructional Strategies to Improve Teaching
Competency of Secondary School`s Teachers
Ciptro Handrianto, Ahmad Jazimin Jusoh, Pauline Swee Choo Goh &
Nazre Abdul Rashid 361

KAUNSELING PENYALAHGUNAAN BAHAN


Tinjauan Faktor Keberkesanan Program Pendidikan Pencegahan Dadah
Ahmad Nazir Mohd Isa, Ahmad Jazimin Jusoh & Aslina Ahmad 372

KAUNSELING DAN PSIKOLOGI INDUSTRI


Faktor Yang Membantu & Faktor Risiko Dalam Aplikasi Terapi Kreatif Dimensi Baru
Kaunseling
Azizah binti Abdullah 387
Academic Multicultural Experience and Multicultural Counselling Self-Efficacy Among
Counsellor Trainees
Maizatul Mardiana Harun, Wan Marzuki Wan Jaafar, Asmah Ismail, Sidek Mohd Noah &
Mohd Shahrul Kamaruddin 407
Analisis Model Kirkpatrick dalam Menilai Keberkesanan Program Kaunseling
Berdasarkan Kajian Literatur
Durrah Athirah binti Walid, Ahmad Jazimin bin Jusoh & Siti Zobidah binti Omar 419
Inventori Penilaian Kegagalan Prestasi : Tinjauan Literatur Sistematik
Nurul Fathihah Nor Azhar & Ahmad Jazimin Jusoh 431
Analisa Keperluan Pembangunan Modul Kecerdasan Emosi untuk Populasi Banduan
di Malaysia
Muhamad Khairul Anwar Bin Kamaruddin & Ida Hartina Ahmed Tharbe 451
E-Prosiding Webinar Konvensyen Kaunseling Kebangsaan Kali Ke-22 | 30 Jun 2021
eISSN: 2785-9177

Intervensi Bimbingan Kaunseling Berasaskan Pendekatan Terapi Bermain


dalam Meningkatkan Resilien dalam Kalangan Kanak-kanak

Nor Hamizah Ab Razak, Abdul Rashid Abdul Aziz, Siti Nubailah Mohd Yusof, &
Nurhafizah Mohd Sukor
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
norhamizah@usim.edu.my

ABSTRAK

Cabaran dan tekanan golongan kanak-kanak masa kini amat ketara berbanding dengan suatu
ketika dahulu. Faktor persekitaran dan kekeluargaan yang tidak menyokong meletakkan
kanak-kanak dalam tekanan yang membantutkan perkembangan sosial dan emosi mereka.
Oleh itu, kanak-kanak memerlukan resilien sebagai benteng pertahanan diri untuk terus cekal
dalam dunia yang sangat mencabar ini. Justeru, kanak-kanak harus dibantu untuk memiliki
elemen resilien tersebut dan pendekatan yang diaplikasi haruslah menepati dengan fitrah
semula jadi mereka. Kajian ini menguji keberkesanan intervensi bimbingan kaunseling
berasaskan pendekatan terapi bermain dalam usaha meningkatkan tahap resilien dalam
kalangan kanak-kanak. Hasil dapatan kajian ini menjelaskan, elemen resilien sangat dituntut
dalam kalangan kanak-kanak dan pendekatan terapi bermain adalah berkesan dalam
meningkatkan tahap resilien.

Kata kunci: Pendekatan terapi bermain, resilien, sosial emosi, bimbingan dan kaunseling.

ABSTRACT

The challenges and pressures of today's children are very significant as compared to the
past. Unsupportive environmental and family factors put children under stress that stunt their
social and emotional development. Therefore, children need resilience as a bulwark of self-
defense to stay resilient in this very challenging world. Thus, children should be helped to
possess these elements of resilience and the approach applied should be in line with their
natural instincts. This study tested the effectiveness of guidance and counselling intervention
based on the play therapy approach as an effort to increase resilience levels among children.
The results of this study explain, the element of resilience is highly demanded among children
and play therapy approach is effective in increasing the level of resilience.

Key words: Play therapy approaches, resilience, social emotional, guidance and counselling.

45
E-Prosiding Webinar Konvensyen Kaunseling Kebangsaan Kali Ke-22 | 30 Jun 2021
eISSN: 2785-9177

PENGENALAN

Zaman kanak-kanak adalah dunia yang dipenuhi dengan warna-warni. Hampir keseluruhan

masa kanak-kanak dihabiskan untuk bermain bersama rakan-rakan dengan penuh

kegembiraan dan keseronokan serta bebas meneroka alam tanpa ancaman. Masyarakat juga

tidak gusar dengan keselamatan anak-anak yang menghabiskan kebanyakan masa bersama

rakan-rakan sebaya. Namun, suasana tersebut adalah suatu ketika dahulu. Realiti pada hari ini

kehidupan kanak-kanak dipenuhi dengan tekanan yang berpunca daripada pelbagai faktor

seperti keluarga, persekitaran, pembelajaran dan sebagainya yang telah mempengaruhi

perkembangan sosial dan emosi mereka yang juga merupakan tunjang utama kepada

kesihatan mental mereka (Kristen & Laura 2016)

Antara salah satu punca gangguan perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak

adalah pendedahan keterlaluan terhadap media masa (Roman 2018). Jika dibandingkan,

aktiviti kanak-kanak pada 20 tahun lalu lebih tertumpu pada aktiviti fizikal di luar rumah

seperti berbasikal, riadah, berseronok meneroka alam dan sebagainya, namun kanak-kanak

pada hari ini lebih terdedah kepada peralatan media seperti televisyen, internet, komputer,

telefon pintar serta permainan video. Perkara ini berlaku disebabkan oleh faktor kepesatan

teknologi dalam abad ini yang menyebabkan kanak-kanak terpaksa membesar dalam

persekitaran yang mempunyai lambakan kemudahan akses kepada maklumat tanpa sempadan

(Miftachul et al. 2017). Malah, dunia masa kini turut menyaksikan perkembangan teknologi

moden yang sangat pantas dan pesat. Hasilnya pelbagai bentuk rekaan dan inovasi terkini

yang berteknologi tinggi telah terhasil. Kepesatan perkembangan teknologi moden ini telah

memberi kesan yang begitu ketara dan telah mengubah kehidupan masyarakat sejagat tanpa

mengira peringkat usia termasuklah golongan kanak-kanak.

Secara umumnya, didikan dan penerapan nilai moral dalam kalangan masyarakat

khususnya kanak-kanak berlaku melalui hasil asuhan dan didikan ibu bapa, guru-guru serta

46
E-Prosiding Webinar Konvensyen Kaunseling Kebangsaan Kali Ke-22 | 30 Jun 2021
eISSN: 2785-9177

sekolah. Namun, pada hari ini kehidupan masyarakat keseluruhannya telah berubah secara

drastik. Kehidupan kini banyak dipengaruhi oleh teknologi moden dan masyarakat terbudaya

dengan media yang mana kebanyakan ideologi budaya dan penerapan nilai diturunkan dari

satu generasi ke generasi yang lain melalui media seperti televisyen dan internet (Rezki et al.

2009). Tambahan lagi, pada hari ini juga boleh dikatakan hampir kesemua kanak-kanak

memiliki gajet dan telah memberi ruang untuk kanak-kanak meneroka segala bentuk

maklumat. Tidak dapat dinafikan media berupaya menyumbang faedah kepada individu

termasuklah kanak-kanak. Pendedahan kanak-kanak kepada sumber media yang sihat dapat

membantu meningkatkan kadar perkembangan kognitif, emosi dan sosialnya. Namun, media

turut berupaya memberi kesan negatif iaitu kanak-kanak yang didedahkan kepada sumber

teknologi atau media yang berunsur keganasan, seksual atau kezaliman, akan membentuk

tingkah laku yang negatif dan personaliti yang tidak diingini (Zakaria et al. 2012).

Selain itu, kanak-kanak yang lahir daripada keluarga yang tidak menyokong turut

menggugat perkembangan sosial dan emosi mereka. Keluarga mempunyai peranan yang

besar dalam memupuk perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak dan menentukan cara

perkembangan secara psikologi dan sosial (Jaafar, Zain & Eshak 2020). Pertumbuhan yang

paling positif dilihat apabila keluarga meluangkan masa, tenaga dan cinta dalam

perkembangan kanak-kanak seperti membaca kepada mereka, bermain dengan mereka dan

mempunyai perbualan yang bermakna. Namun, pada hari ini kebanyakan kanak-kanak tidak

berpeluang merasai pengalaman tersebut. Ini kerana, desakan taraf hidup yang tinggi telah

memaksa kedua ibu bapa bekerja. Kesannya, masa terluang bersama anak-anak adalah terhad.

Di samping itu, dalam mengejar arus pemodenan masa kini, ibu bapa lebih memberi

penekanan kepada pencapaian akademik sehingga ada ketikanya kanak-kanak langsung tiada

masa bermain atau beriadah.

47
E-Prosiding Webinar Konvensyen Kaunseling Kebangsaan Kali Ke-22 | 30 Jun 2021
eISSN: 2785-9177

Rentetan daripada itu juga, faktor jenayah yang kian meningkat dalam masyarakat

telah memaksa ibu bapa untuk memastikan anak-anak berada di rumah sahaja. Kanak-kanak

serta remaja tidak dibenarkan untuk keluar bermain bersama rakan di luar rumah tanpa

pengawasan ibu bapa. Terdapat banyak jenayah seperti penculikan, rompakan, rogol serta

pembunuhan yang melibat golongan kanak-kanak (Azlina, Nor Aina & Noor Shahirah 2017)

yang telah mendesak ibu bapa untuk memilih mengurung anak-anak di rumah kerana

bimbang akan keselamatan anak-anak. Di tambah lagi dengan budaya masyarakat kini yang

masing-masing kesibukan menguruskan kehidupan masing-masing (Mohd Yuszaidy &

Muammar 2015). Oleh itu, kanak-kanak lebih banyak menghabiskan masa di dalam rumah

sahaja. Situasi sebegini adalah bertentangan dengan fitrah semula jadi kanak-kanak yang suka

bermain, meneroka memerhati, menyiasat, mencuba dan sebagainya.

Terkini, isu pandemik Covid 19 juga telah menghalang perkembangan sosial dan

emosi kanak-kanak. Penyataan 'pandemik 'oleh WHO telah mengarahkan kerajaan untuk

melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang memfokuskan kepada penjarakan

sosial telah menghalang kanak-kanak untuk berinteraksi, bersosial, keluar rumah serta

bermain bersama rakan bagi mencegah penularan wabak ini. Tambahan lagi, keadaan

ekonomi yang merudum akibat pandemik koronavirus hari ini menambahkan lagi

ketidakpekaan sesetengah daripada ibu-bapa terhadap apa yang berlaku kepada emosi anak-

anak kerana emosi ibu bapa sendiri tidak stabil dengan pelbagai masalah terutamanya

berkaitan dengan kerjaya (Abdul Rashid 2020). Perkara ini memberi kesan seperti tekanan,

kebimbangan, keresahan, kebosanan, kemurungan terhadap kanak-kanak (Hidayu &

Hemaloshinee 2020). Kajian turut mendapati kanak-kanak mempamerkan simptom tidak

boleh berenggang dan ketakutan jangkitan wabak kepada ahli keluarga, hilang fokus,

mengamuk, tidak yakin, ketakutan (Viner et al.2020) selain daripada menunjukkan tingkah

laku seperti gangguan tidur, mimpi, gangguan selera makan, kegelisahan serta kerisauan

48
E-Prosiding Webinar Konvensyen Kaunseling Kebangsaan Kali Ke-22 | 30 Jun 2021
eISSN: 2785-9177

terhadap perpisahan (Jiou et al. 2020). Di samping itu, Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan

Morbiditi (NHMS) 2019 turut mendedahkan seramai 424,000 kanak-kanak di Malaysia

mengalami masalah mental.

Pembangunan sosial dan emosi yang utuh menyumbang kepada pengurusan emosi

yang baik di masa hadapan di samping dapat memupuk kemahiran-kemahiran yang perlukan

dalam kehidupan seperti kemahiran sosial, kemahiran komunikasi, menyelesaikan masalah

dan sebagainya. Perkembangan sosial and emosi juga boleh di suntik melalui sokongan

persekitaran yang sihat. Sebaliknya, gangguan terhadap perkembangan sosial dan emosi

menjerumuskan kepada isu permasalahan dalam kalangan kanak-kanak seperti ketagihan

dadah (Urbina 2020), bergaduh, merompak (Van Kleef 2017), ketagihan dadah, merokok,

seks bebas, bunuh diri (Neacsiu et al.2017) dan kes-kes lain yang sangat membimbangkan

ramai pihak.

Intervensi Bimbingan Kaunseling Peningkatan Tahap Resilien Dalam Kalangan

Kanak-Kanak

Perbincangan di atas menjelaskan bahawa bimbingan dan kaunseling menjadi satu keperluan

kepada kanak-kanak yang berhadapan dengan tekanan dalam kehidupan. Memandang kanak-

kanak dalam situasi yang tenat, maka elemen yang perlu diterapkan melalui perkhidmatan

bimbingan kaunseling adalah ketahanan diri. Mereka memerlukan ketahanan yang teguh

untuk memastikan mereka dapat mengharungi kehidupan dengan baik dan juga sebagai

pertahanan daripada tingkah laku yang maladaptif atau tidak sejahtera dari aspek mental.

Elemen yang diperlukan untuk kanak-kanak berhadapan dengan isu-isu dan cabaran dalam

kehidupan adalah resilien. Resilien bermaksud keupayaan individu bangkit daripada

kehidupan yang penuh kesedihan (Frederickson 2004). Individu tersebut tidak membenarkan

diri mereka berterusan dalam perasaan negatif. Hasil yang tidak disangka ialah mereka bukan

sahaja pulih bahkan mereka selalunya menjadi individu yang lebih kuat daripada sebelumnya.

49
E-Prosiding Webinar Konvensyen Kaunseling Kebangsaan Kali Ke-22 | 30 Jun 2021
eISSN: 2785-9177

Memiliki resilien juga membantu perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak. Di samping

itu, resilien turut berkembang dari semasa ke semasa dan kebolehan atau kapasiti yang

muncul dalam individu adalah dalam bentuk kemahiran lain (Diker & Tosun 2014).

Kemahiran ini akhirnya akan menjadi kekuatan kepada seseorang individu.

Selaras dengan itu, perkhidmatan kaunseling yang diberikan kepada kanak-kanak

haruslah bersesuaian dengan tahap perkembangan mereka. Ini kerana, kanak-kanak adalah

golongan yang memiliki autonomi yang kurang jika dibandingkan dengan orang dewasa

(Mariani &Asnarulkhadi, 2016). Perkembangan mereka yang terbatas juga menyebabkan

proses meluahkan pemikiran dan juga perasaan melalui kata-kata turut terbatas (Salcuni et al.

2017). Lantaran itu, ia mencetuskan ketidakupayaan golongan dewasa untuk memahami serta

memberi respons secara berkesan ke atas perasaan kanak-kanak. Justeru, pendekatan yang

selari dengan perkembangan kanak-kanak haruslah dikenal pasti. Salah satu pendekatan yang

paling dekat dengan kanak-kanak adalah bermain. Selain fitrah daripada semula jadi kanak-

kanak yang sukakan bermain, bermain juga merupakan bahasa semula jadi mereka (Landreth,

2002).

Pendekatan Terapi Bermain

Terapi bermain telah dikenal pasti berkesan dan sesuai untuk membantu kanak-kanak

peringkat awal yang mengalami masalah kesihatan mental. Terapi ini telah digunakan secara

meluas di Barat sejak tahun 1990an, dengan mengaplikasikan kaedah psikoterapi

perkembangan bagi memenuhi keperluan sosial-emosi kanak-kanak. Selain itu, terapi

bermain juga merupakan satu bentuk kaedah terapeutik yang bertujuan untuk membantu klien

kanak-kanak memahami dan menangani masalah psikososial yang mereka alami. Menurut

Axline (1969), kanak-kanak tidak boleh meluahkan masalah dan ketidakpuasan mereka

secara verbal, tetapi sebaliknya menzahirkan nya ketika bermain. Begitu juga pandangan

50
E-Prosiding Webinar Konvensyen Kaunseling Kebangsaan Kali Ke-22 | 30 Jun 2021
eISSN: 2785-9177

Landreth (2002) menyatakan bahawa semasa bermain kanak-kanak boleh melakonkan

perasaan mereka, malah lebih hebat daripada keadaan sebenar. Ini kerana semasa bermain,

kanak-kanak rasa lebih yakin dan mampu mengawal kehidupan mereka. Melalui bermain

juga kanak-kanak secara beransur-ansur akan melepaskan emosi negatif mereka dan

membentuk rasa kebanggaan kendiri yang mana sangat penting untuk perkembangan diri

yang positif.

Terapi bermain telah terbukti berkesan dalam merawat masalah sosial dan emosi

kanak-kanak. Walau bagaimanapun, Bratton et al. (2005) mendapati bahawa terapi bermain

turut sesuai diaplikasikan dalam pelbagai situasi, peringkat umur, jantina, populasi dan dalam

pelbagai situasi klinikal dan bukan klinikal. Perkara ini menjelaskan terapi bermain

merupakan pendekatan yang wajar dikembangkan serta diaplikasikan oleh pengamal

kaunseling memandangkan faedahnya adalah secara menyeluruh lebih-lebih lagi pada ketika

negara berdepan dengan cabaran Covid-19.

Peningkatan Resilien Melalui Pendekatan Terapi Bermain

Terdapat banyak kajian luar dan dalam negara yang menjalankan kajian berkaitan intervensi

peningkatan resilien menggunakan pelbagai pendekatan. Namun, kajian tempatan

menggunakan pendekatan terapi bermain terhadap peningkatan resilien masih belum

diterokai. Walau bagaimanapun, aspek ini sering kali menjadi perhatian kebanyakan pengkaji

dengan menggunakan pendekatan yang pelbagai. Antaranya adalah Mohammad Aziz Shah et

al. (2015) menjalankan kajian eksperimen untuk mengukur kesan penggunaan Teori Kognitif

Tingkah laku dan Model Konsep Kendiri Multidimensi dalam program pencegahan dadah

bagi meningkatkan daya tahan serta menurunkan sikap agresif dalam kalangan remaja

berisiko. Kajian tersebut menggunakan soal selidik Skala Daya Tahan Remaja dan Soal

Selidik Agresif. Program yang melibatkan 9 sesi tersebut berjaya meningkatkan daya tahan

dan mengurangkan sikap agresif dalam kalangan pelajar tersebut. Begitu juga Fauziah (2014),

51
E-Prosiding Webinar Konvensyen Kaunseling Kebangsaan Kali Ke-22 | 30 Jun 2021
eISSN: 2785-9177

yang turut menjalankan kajian mengenai daya tahan dalam kalangan remaja hamil luar nikah.

Kajian tersebut menggunakan pendekatan Pemusatan Insan dan pendekatan Psikologi

Kognitif Ad-deen yang turut melihat aspek lain iaitu konsep kendiri dan kemurungan. Soal

selidik yang digunakan adalah Skala Daya Tahan Remaja, Skala Konsep Kendiri

Multidimensi dan Risk Depression Inventory. Kajian yang menggabungkan elemen

pendekatan Islam tersebut berjaya meningkatkan daya tahan, konsep kendiri serta

mengurangkan kemurungan dalam kalangan remaja hamil luar nikah. Pendekatan keagamaan

turut digunakan oleh Md Noor Saper (2012) dalam meningkatkan daya tahan remaja. Beliau

telah membina modul bimbingan yang menggabungkan pendekatan Islam yang dikenali

sebagai Modul Bimbingan Tazkiyah al-Nafs (MBTN). Kajian eksperimen kuasi dijalankan

untuk menguji keberkesanan modul tersebut terhadap pembolehubah religiositi dan resiliensi

remaja. Dapatan kajian ini menjelaskan resiliensi seseorang boleh ditingkatkan melalui

bimbingan dan latihan menggunakan modul keagamaan berperspektif Islam. Oleh itu, kajian

ini bertujuan untuk menilai intervensi berasaskan pendekatan terapi bermain terhadap tahap

resilien kanak-kanak.

METODOLOGI

Penyelidikan ini berbentuk kuantitatif yang dijalankan menggunakan reka bentuk kajian

eksperimen jenis kumpulan kawalan rawak ujian pra dan ujian pasca. Kajian ini bertujuan

untuk mengenal pasti kesan intervensi bimbingan kaunseling berasaskan pendekatan terapi

bermain dalam meningkatkan resilien kanak-kanak.

Responden kajian terdiri daripada 66 orang kanak-kanak di salah sebuah sekolah di

daerah Hulu Langat. Pemilihan responden adalah berdasarkan nilai skor min sederhana dan

rendah bagi resilien. Kumpulan rawatan mengikuti sesi intervensi bimbingan kaunseling

berasaskan kepada pendekatan terapi bermain pada seminggu sekali selama enam minggu.

Jumlah masa yang diperuntukkan adalah 90 minit bagi setiap sesi dan jumlah keseluruhan

52
E-Prosiding Webinar Konvensyen Kaunseling Kebangsaan Kali Ke-22 | 30 Jun 2021
eISSN: 2785-9177

sesi intervensi bagi sembilan minggu adalah 540 minit. Manakala responden daripada

kumpulan kawalan tidak mengikuti intervensi. Soal selidik Skala Resilien (SR) telah diberi

sebelum intervensi bermula. Soal selidik yang sama iaitu SR diberikan sekali lagi sebaik

sahaja intervensi pendekatan terapi bermain tamat. Skala Resilien yang digubal oleh Biscoe

dan Hariss (1994) mengukur tahap resilien dengan tujuh sub skala iaitu celik akal, sifat

berdikari, corak perhubungan, inisiatif diri, kreativiti dan humor, moraliti dan ketabahan diri.

Pemilihan sampel adalah melibatkan proses pemilihan dan padanan dilakukan untuk

memastikan sampel yang terlibat dalam kajian eksperimen memenuhi syarat skor min yang

berada dalam lingkungan -1 dan + 1. Keputusan analisis deskriptif mendapati seramai N=93

sampel memenuhi syarat tersebut. Kemudian, persempelan rawak berpasangan (pair random

sampling) dilakukan untuk memastikan skor min antara kumpulan eksperimen (KE) dan

kumpulan kawalan (KK) adalah sama pada peringkat ujian pra. Skor min yang sama

merupakan syarat dalam reka bentuk kajian eksperimen iaitu untuk memastikan tidak

terdapat perbezaan signifikan antara kumpulan apabila dilakukan ujian MANOVA satu hala.

Jadual 1.1 menunjukkan sampel yang terlibat adalah seramai 64 orang bagi KE (M=2.82,

SP=.069) dan KK (M=2.82, SP=.078). Berdasarkan dapatan tersebut, menunjukkan sampel

yang terlibat mempunyai skor min yang hampir sama.

Jadual 1.1: Sampel kajian

Pemboleh Kumpulan N Min SP


ubah
Resilien KE 32 2.82 .069
KK 2.82 .078

53
E-Prosiding Webinar Konvensyen Kaunseling Kebangsaan Kali Ke-22 | 30 Jun 2021
eISSN: 2785-9177

Jadual 1.2: MANOVA satu hala bagi perbandingan ujian pasca terhadap pemboleh ubah
resilien antara KE dan KK

Pemboleh Sumber JKD Dk MKD F P


ubah/
subskala
Resilien Antara 17.791 1 17.791 2810.276 .000
Kumpulan
Dalam .392 62 0.06
Kumpulan
Jumlah 742.819 64

Celik Akal Antara 20.816 1 20.816 220.442 .000


Kumpulan
Dalam 5.855 62 .094
Kumpulan
Jumlah 759.050 64

Berdikari Antara 18.418 1 18.418 248.669 .000


Kumpulan
Dalam 4.592 62 .074
Kumpulan
Jumlah 712.802 64

Corak Antara .325 1 .325 1.975 .165


perhubungan Kumpulan
Dalam 10.211 62 .165
Kumpulan
Jumlah 600.280 64

Inisiatif diri Antara 15.113 1 15.113 239.122 .000


Kumpulan
Dalam 3.918 62 .063
Kumpulan
Jumlah 766.370 64

Kreativiti dan Antara 15.016 1 15.016 242.519 .000


humor Kumpulan
Dalam 3.839 62 .062
Kumpulan
Jumlah 798.660 64

Moral Antara 32.348 1 32.348 355.501 .000


Kumpulan
Dalam 5.641 62 .091
Kumpulan
Jumlah 754.667 64

Ketabahan diri Antara 28.593 1 28.593 228.708 .000


kumpulan
Dalam 7.751 62 .125
Kumpulan
Jumlah 822.679 64

54
E-Prosiding Webinar Konvensyen Kaunseling Kebangsaan Kali Ke-22 | 30 Jun 2021
eISSN: 2785-9177

ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN

Analisis data sebelum dan selepas intervensi telah dianalisis untuk mengenal pasti perbezaan

sebelum dan selepas intervensi bimbingan kaunseling berasaskan pendekatan terapi bermain

terhadap resilien bagi KE dan KK. Perisian SPSS telah digunakan untuk menganalisis data

sebelum dan selepas intervensi bagi mengenal pasti kesan intervensi sebelum dan selepas

intervensi.

Dapatan analisis MANOVA satu hala dalam jadual 1.2 menunjukkan terdapat

perbezaan signifikan ujian pasca antara KE dan KK bagi pemboleh ubah resilien

[F(1,62)=2810.276, p<.05, η²=.978]; sub skala celik akal [F(1,62)=220.442, p<.05, η²=.780];

sub skala sifat berdikari [F(1,62)=248.669, p<.05, η²=8.00]; sub skala corak perhubungan

[F(1,62)=1.975, p>.05, η²=.031]; sub skala inisiatif diri [F(1,62)=239.122, p<.05, η²=.794];

sub skala kreatif & humor [F(1,62)=242.519, p<.05, η²=.796]; sub skala moral

[F(1,62)=355.501, p<.05, η²=.851] dan sub skala ketabahan diri [F(1,62)=228.708, p<.05,

η²=.787]. Ini menunjukkan bahawa pelajar mempunyai skor yang berbeza bagi kedua-dua

kumpulan bagi semua sub skala kecuali sub skala corak perhubungan.

Jadual 1.3: Skor min pemboleh ubah resilien dan sub skala bagi ujian pra dan pasca

Pemboleh ubah Kumpulan Ujian pra Ujian


pasca
Resilien KE 2.8242 3.8921
KK 2.8223 2.8376
Sub skala corak perhubungan KE 2.9643 3.1069
KK 3.0179 2.9643
Sub skala berdikari KE 2.7778 3.8194
KK 2.7431 2.7465
Sub skala celik akal KE 2.7031 3.9531
KK 2.7125 2.8125
Sub skala inisiatif diri KE 2.9563 3.9031
KK 3.0187 2.9313
Sub skala kreativiti & humor KE 3.2094 3.9750
KK 3.1187 3.0062
Sub skala moral KE 2.6328 4.0573
KK 2.5807 2.6354
Sub skala ketabahan diri KE 2.5764 4.1736
KK 2.6458 2.8368

55
E-Prosiding Webinar Konvensyen Kaunseling Kebangsaan Kali Ke-22 | 30 Jun 2021
eISSN: 2785-9177

Jadual 1.3 di atas adalah nilai skor min bagi pemboleh ubah resilien (sub skala celik

akal, sifat berdikari, corak perhubungan, inisiatif diri, kreativiti & humor, moral dan

ketabahan diri) bagi ujian pra dan ujian pasca untuk KE dan KK. Secara kesuluruhan dapatan

menunjukkan terdapat meningkatan bagi min resilien dan semua sub skala.

PERBINCANGAN

Resilien adalah keupayaan individu untuk bangun balik daripada kehidupan yang penuh

kesedihan di mana individu tersebut tidak membenarkan diri mereka berterusan dalam

perasaan negatif (Sibert 2005). Dalam kajian ini resilien diukur menggunakan soal selidik SR

yang mengukur tahap resilien yang dikategorikan kepada 7 komponen iaitu celik akal, sifat

berdikari, corak perhubungan, inisiatif diri, kreativiti dan humor, moral dan ketabahan diri.

Umumnya, keputusan kajian ini mendapati intervensi bimbingan kaunseling berasaskan

pendekatan terapi bermain berjaya meningkatkan tahap resilien (sub skala celik akal, sifat

berdikari, corak perhubungan, inisiatif diri, kreativiti & humor, moral dan ketabahan diri).

Keputusan kajian berkaitan pemboleh ubah resilien ini selari dan menyokong kajian lepas

yang telah dijalankan oleh beberapa pengkaji seperti Mollamohammadi & Yazdkhasti (2017),

Jarareh et al. (2016), Folostina et al. (2015) serta Garrett & Douglass (2014). Kajian-kajian

tersebut menggunakan pendekatan terapi bermain bagi meningkatkan resilien serta terbukti

berkesan terhadap resilien termasuklah terhadap sub skala resilien seperti kreativiti (Jarareh

et al. 2016), perhubungan (Vatanbaaf et al. 2015), ketabahan (El-Nagger et al. 2017).

Seterusnya, dapatan analisis deskriptif bagi pemboleh ubah resilien (sub skala celik

akal, sifat berdikari, corak perhubungan, inisiatif diri, kreativiti dan humor, moral dan

ketabahan diri) bagi ujian pra antara kedua kumpulan KE dan KK adalah ditentukan

berdasarkan skor min ujian yang hampir sama untuk memastikan tidak terdapat perbezaan

signifikan antara kumpulan bagi memenuhi syarat untuk menjalankan kajian eksperimen

(Fraenkel et al. 2012). Analisis perbandingan secara deskriptif skor min ujian pra dan ujian

56
E-Prosiding Webinar Konvensyen Kaunseling Kebangsaan Kali Ke-22 | 30 Jun 2021
eISSN: 2785-9177

pasca bagi KE menunjukkan terdapat peningkatan skor yang ketara bagi pemboleh ubah

resilien (sub skala iaitu celik akal, sifat berdikari, corak perhubungan, inisiatif diri, kreativiti

& humor, moral dan ketabahan diri). Ini menjelaskan selepas intervensi bimbingan

kaunseling berasaskan pendekatan terapi bermain, kumpulan KE dapat meningkatkan skor

min resilien yang baik. Sebaliknya, tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi KK

terhadap resilien (sub skala iaitu celik akal, sifat berdikari, corak perhubungan, inisiatif diri,

kreativiti & humor, moral dan ketabahan diri) antara ujian pra dan ujian pasca. Ini

menjelaskan bahawa KK yang tidak menerima sebarang intervensi dan hasilnya kesan skor

min tidak menunjukkan perbezaan antara ujian pra dan ujian pasca. Oleh itu, intervensi

berasaskan pendekatan terapi bermain berkesan meningkatkan resilien.

Seterusnya, analisis MANOVA satu hala digunakan untuk mengukur perbezaan ujian

pasca bagi pemboleh ubah resilien (sub skala celik akal, sifat berdikari, corak perhubungan,

inisiatif diri, kreativiti dan humor, moral dan ketabahan diri) antara KE dan KK. Keputusan

mendapati terdapat perbezaan yang signifikan bagi ujian pasca antara KE dan KK bagi

kesemua sub skala kecuali sub skala corak perhubungan. Perbezaan antara kumpulan bagi

ujian pasca menjelaskan bahawa skor yang berbeza diperoleh setiap kumpulan selepas

intervensi bimbingan kaunseling berasaskan pendekatan terapi bermain diberikan kepada KE

dan KK. Bagi pemboleh ubah resilien menunjukkan KE yang menerima intervensi

mempunyai skor yang lebih baik berbanding KK yang tidak menerima sebarang intervensi.

Walau bagaimanapun, berbeza dengan sub skala corak perhubungan yang didapati

tidak terdapat perbezaan bagi ujian pasca antara KE dan KK. Ini menunjukkan bahawa

pelajar mempunyai skor yang lebih kurang sama bagi kedua-dua kumpulan bagi ujian pasca.

Dengan keputusan ini, dapat dirumuskan bahawa KE yang dijalankan intervensi

menggunakan pendekatan terapi bermain memberi kesan yang signifikan terhadap pemboleh

ubah resilien (sub skala celik akal, sifat berdikari, inisiatif diri, kreativiti dan humor, moral

57
E-Prosiding Webinar Konvensyen Kaunseling Kebangsaan Kali Ke-22 | 30 Jun 2021
eISSN: 2785-9177

dan ketabahan diri). Manakala, tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara KE dan KK

bagi ujian pasca terhadap subskala corak perhubungan. Namun, secara deskriptif dapatan

menunjukkan KE mencatatkan skor min ujian pasca bagi sub skala corak perhubungan yang

lebih tinggi berbanding KK iaitu KE (M=3.1069) dan KK (M=2.9643).

Secara keseluruhan mendapati keputusan ini selari dengan dapatan kajian lepas yang

menjalankan kajian eksperimen untuk mengukur kesan intervensi terhadap resilien (El-

Nagger 2017; Jarareh et al. 2016; Vatanbaaf et al. 2015). Begitu juga, kajian ini turut

memiliki dapatan yang sama dengan kajian oleh (Mollamohammadi & Yazdkhasti 2017)

yang mendapati intervensi berasaskan pendekatan terapi bermain tidak berkesan ke atas

subskala berkaitan dengan perhubungan. Menurut kajian tersebut, dapatan adalah disebabkan

oleh limitasi masa yang menjadikan pendekatan ini tidak berkesan terhadap sub skala tersebut.

Dalam konteks kajian ini, faktor masa juga dilihat mempengaruhi kepada hasil dapatan bagi

sub skala corak perhubungan tersebut. Intervensi kajain ini adalah berbentuk modul yang

dibina adalah sebanyak 6 sesi. Sedangkan, Lachman et al. (1993) dan Vatanbaaf et al. (2015)

berpendapat bahawa pendekatan terapi bermain yang mengambil jumlah sesi yang banyak

adalah lebih berkesan. Walau bagaimapun terdapat juga kajian yang menggunakan

pendekatan ini yang melibatkan 5 dan 6 sesi sahaja (Burroughs, Wagner & Johnson 1997;

Pelham 1972).

KESIMPULAN

Berdasarkan perbincangan tersebut menjelaskan bahawa intervensi bimbingan kaunseling

berasaskan kepada pendekatan terapi bermain berjaya meningkatkan tahap resilien dan tujuh

sub skala iaitu celik akal, sifat berdikari, corak perhubungan, inisiatif diri, kreativiti dan

humor, moraliti dan ketabahan diri. Di samping itu, intervensi dapat membantu kanak-kanak

untuk meningkatkan keupayaan mengawal tekanan yang kebanyakannnya berpunca daripada

persekitaran dan juga kekeluargaan. Justeru, dapatan kajian ini menjelaskan keperluan

58
E-Prosiding Webinar Konvensyen Kaunseling Kebangsaan Kali Ke-22 | 30 Jun 2021
eISSN: 2785-9177

meningkatkan elemen resilien dalam kalangan kanak-kanak serta intervensi bimbingan

kaunseling berasaskan pendekatan terapi bermain adalah sesuai dengan kanak-kanak kerana

bertepatan dengan fitrah semula jadi kanak-kanak.

RUJUKAN

Abdul Rashid Abdul Aziz. Pengangguran dalam kalangan Tenaga Kerja Semasa Wabak
COVID-19.2020. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH),
Volume 5, Issue 11, 1-9

Axline, V. M. (1969). Play Therapy. New York: Ballantine Books.

Azlina, M.K., Nor Aina, S. R., Noor Shahirah, M.N. 2017. Punca Kes Kehilangan Kanak-
Kanak Berdasarkan Perspektif Belia di Serdang, Selangor. Institut Penyelidikan
Pembangunan Belia Malaysia. 83-100

Biscoe, B. & Harris, B. 1994. Adolescent Resiliency Attitude Scale. Oklahoma: Eagle Ridge
Institute, Inc.

Bratton, S. Ray, D.,Rhine, T. & Jones, L. 2005. The Efficacy of Play Therapy With Children:
A Meta-Analytic Review of Treatment Outcomes. Psychology Research and Practice.
36(4), 376-390.

Burroughs, M. S,. Wagner,W.W. & Johnson, J.T.1997. Treatment with Children of Divorce.
Journal of Divorce & Remarriage 27(3-4): 83-99.

Diker, Y. & Tosun, Ü. 2014. Analysis of the Relationship between the Resiliency Level and
Problem Solving Skills of University Students. Procedia - Social and Behavioral
Sciences 114: 673–680.

El- Nagger, N. S., Abo-Elmagd, M. H. & Ahmed, H. I. 2017. Effect of applying play therapy
on children with attention deficit hyperactivity disorder. Journal of Nursing Education
and Practice 7(5): 104.

Fauziah Mohd Sa’ad. 2014. Keberkesanan Kaunseling Kelompok Penfdekatan Pemusatan


Insan Dan Pendekatan Psikologi Kognitif Addin Ke Atas Konsep Kendiri, Kemurungan
Dan Daya Tahan Remaja Hamil Luar Nikah. Tesis Dr. Fal. Fakulti Sosial Dan
Kemanusiaan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Folostina. R., Tudorache, L., Michel, T., Erzsebet, B., Agheana, V. & Hocaoglu, H. 2015.
Using Play and Drama in Developing Resilience in Children at Risk. Procedia - Social
and Behavioral Sciences 197: 2362–2368.

Fraenkel, J.R, Wallen, N.E. & Hyun, H. 2012. How to design and evaluate research in
education (Eight Edition). New York: McCraw-Hill Education.

59
E-Prosiding Webinar Konvensyen Kaunseling Kebangsaan Kali Ke-22 | 30 Jun 2021
eISSN: 2785-9177

Frederickson, B. L. 2004. The Broaden-And-Build Theory Of Positive Emotions.


Philosophical Transactions of the Royal Society 359: 1367–1377.

Garrett, M. & Douglass, F. 2014. Play-based interventions and resilience in children.


International Journal of Psychology and Counselling 6(10): 133–137.

Hidayu,F & Hemaloshinee, V.2020. Covid-19 Pandemic during 2020 Malaysia Movement
Control Order (MCO) - The Case Of Residential College Students’ Mental Health.
International Journal of Social & Scientific Research. 6:11.
Jaafar, N. F., Zain, A., & Eshak, Z. (2020). Peranan ibu bapa dalam membantu
perkembangan sosial kanak-kanak melalui aktiviti bermain semasa perintah kawalan
pergerakan. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 9, 52-60.

Jarareh, J., Mohammadi, A., Nader, M. & Moosavian, S. A. 2016. The Impact of Group Play
Therapy on Creativity and Control of Aggression in Preschool Children. Cogent
Psychology 2(1): 1–9.

Jiao W.Y., Wang L.N., Liu J., Fang S.F., Jiao F.Y., Pettoello-Mantovani M., Somekh E.
2020. Behavioral and emotional disorders in children during the COVID-19
epidemic. J. Pediatr., S0022-3476(20)30336-X.

Kristen, E. D & Laura, L. 2016. Early childhood social and emotional development:
Advancing the field of measurement. Journal of Applied Developmental Psychology
45: 1–7

Landreth, G. L. 2002. Play Therapy: The Art of the Relationship (2nd ed). New York:
Psychology Press.

Mariani, M. & Asnarulkhadi, A. S. 2016. Pelaksanaan Terapi Bermain Ke Atas Kanak-Kanak


Peringkat Awal Yang Mengalami Stres. E-Proceeding Of The 3rd World Conference
On Integration Of Knowledge 2016 (Wcik 2016), Hlm. 261-268

Md Noor Saper, 2012. Pembinaan modul bimbingan ‘Tazkiyah An-Nafs’ dan kesannya ke
atas religiosity dan resiliensi remaja. Thesis Dr. Fal. Universiti Utara Malaysia.

Miftachul,H., Kamarul, A.J., Aminudin,H & Ismail, M. 2017. Empowering Children with
Adaptive Technology Skills: Careful Engagement in the Digital Information Age.
International Electronic Journal of Elementary Education, 9(3): 693-708.

Mohammad Aziz Shah, M.A. 2010. Kesan Kelompok Bimbingan Ke atas Konsep Kendiri,
Daya Tahan dan Kelansangan. Tesis Dr. Fal. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Yuszaidy, M.Y & Muammar, G.H. 2015. Impak Media Baharu Terhadap Sistem Nilai
Masyarakat Melayu Di Malaysia. Jurnal Komunikasi Malaysian Journal of
Communication Jilid 31(2): 33-46

Mollamohammadi, F., Yazdkhasti, F. 2017. Effect of play therapy on reduction of social


anxiety and increasing social skills in preschool children in Omidiyeh. Int J Educ
Psychol Res 3:128-32.

60
E-Prosiding Webinar Konvensyen Kaunseling Kebangsaan Kali Ke-22 | 30 Jun 2021
eISSN: 2785-9177

Neacsiu,A. Fang, C.M. Rodriquez, M. 2017. Suicidal Behavior and Problems with Emotion
Regulation. Suicide and Life-Threatening Behavior. 48:1-2.

Rezki,P.S., Salhah, A & Dini, F. 2009. Penerapan nilai-nilai Islam melalui penggunaan
media dalam pendidikan. Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Media dan Pemikiran
Islam (MIST 2009). 21-22 Julai.

Roman, G. 2018. Impact of digital media on emotional, social and moral development of
children. Nova Prisutnost 16(3): 545-56.

Salcuni, S. Di Riso, D. Mabilia, D. & Lis, A. 2017. Psychotherapy with a 3-year-old child:
The role of play in the unfolding process. Frontiers in Psychology. 7(1), 1–9

Urbina, A. 2020. Young Children’s Mental Health: Impact of Social Isolation During The
COVID-19 Lockdown and Effective Strategies. doi:10.31234/osf.io/g549x.

Vatanbaaf, R., Shahsavari, E., Azizi, A. & Hosseini, M. 2015. The effect of play-therapy with
cognitive-behavioral approach on reducing Oppositional Defiant Disorder signs and
increasing students’ educational improvement. International Academic Journal of
Humanities 2(9): 18–27.

Viner R.M., Russell S.J., Croker H., Packer J., Ward J., Stansfield C., Mytton O., Bonell C.,
Booy R. 2020. School closure and management practices during coronavirus outbreaks
including COVID-19: A rapid systematic review. Lancet Child Adolesc. Health.
4(5):397–404.

Zakaria, S., Ahmad, M.I, Noranizah, Y. 2012. Faktor Persekitaran Sosial Dan Hubungannya
Dengan Pembentukan Jati Diri. Jurnal Hadhari, Special Edition, 155-172.

61

View publication stats

You might also like