You are on page 1of 82

KOLEKSI INOVASI PdP 2016

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS TUN ABDUL RAZAK
Jalan Dato Mohd Musa
94300 Kota Samarahan
SARAWAK
KOLEKSI INOVASI PdP 2016
IPG KAMPUS TUN ABDUL RAZAK

Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak


Jalan Dato Mohd Musa
94300 Kota Samarahan
SARAWAK
Tel: 082-673800 Faks: 082-672984
Emel:pengarah@ipgmktar.edu.my
Laman Web: http://www.ipgmktar.edu.my
KOLEKSI INOVASI PdP 2016
IPG KAMPUS TUN ABDUL RAZAK

Diterbitkan oleh:

Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak


Jalan Dato Mohd Musa
94300 Kota Samarahan
SARAWAK

Hak Cipta Terpelihara IPGKTAR 2016

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula,
disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam bentuk atau dengan sebarang
alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan
sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Pengarah Institut Pendidikan Guru
Kampus Tun Abdul Razak terlebih dahulu.
Sidang Editor Koleksi Inovasi PdP 2016
IPG Kampus Tun Abdul Razak

PENAUNG
Pn. Hamsiah bte Abdullah Masni
Pengarah
IPG Kampus Tun Abdul Razak

PENGERUSI
Dr Hjh Rahmah binti Murshidi
Timbalan Pengarah
IPG Kampus Tun Abdul Razak

PENASIHAT
Dr Clarence Jerry
Ketua Jabatan PIPK
IPG Kampus Tun Abdul Razak

KETUA EDITOR
Zaliha binti Musa

SIDANG EDITOR
Ho Ho Tong
John Brodi
Ahap bin Awal

i
KANDUNGAN

Muka
Surat
SIDANG EDITOR i
KANDUNGAN ii
SEKAPUR SIREH PENGARAH IPGKTAR iv
DARI MEJA KETUA EDITOR v

SINOPSIS INOVASI PDP PENSYARAH 1


MODULE THE POWER OF POWERPOINT 2
Lee Hou Yew, Ismail bin Taril & Azrian bin Ali

BOYAK GIGIT KELAK 3


Ahmad Khairudin Bin Taha

HOTS_TroNo [KBAT_MeNo] 6
Moris Anak Henry Manjat, John Anak Brodi & Dr. Stanley Anak Abang

INTERAKTIF EXPLORASI SAINS 7


Dr Tay Soon Hiang, Kamariah Jini & Zaliha Musa

MENINGKATKAN KOSA KATA BAHASA ARAB MELALUI TEKNIK LAGU 9


TERJEMAHAN BA=BM
Nik Zul Azhar bin Nik Hassan & Musliha binti Ismail

FIVE BIG DONKEY (FBD) 11


Kamariah Hj Jini, Dr Tay Soon Hiang & Ertina Jailin

SINOPSIS INOVASI PDP PELAJAR 17


MENINGKATKAN KEMAHIRAN HANTARAN MENOLAK DALAM 18
PERMAINAN HOKI TAHUN 5 MENGGUNAKAN INOVASI MY M
CLOCK
Jessyca Anak Ungat & Thaddeus Immanuel

PENGGUNAAN CARTA ALIR DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN 20


MURID DALAM MENENTUKAN DHOMIR ANTA DAN ANTI
Mohd Farid Bin Ismail & Fatin Nabilah Bt. Mohamad

PAKSI_ XY 22
Normah bte Bolhassan, Priscilla Anak Douglas Abang & Rosmina
Binti Dillah

PROJEK H 24
Normah bte Bolhassan, Priscilla Anak Douglas Abang & Rosmina
Binti Dillah

BIG BOOK : JOM BIJAK SOLAT 26


Syafiqah Nabilah binti Razali

KIT CAM BENTUK SAYA 30


Tan Ye Cher

ii
K-KODUQ BOARD 31
Joyce Anak Nyupeh

KAD PUZZLE ITULAH KAWAN 35


Lee Mei Chiew

TIANG BOLA bd 37
Siti Normila Binti Solhi & Bedah Binti Alek

REACTION TOWARDS LIGHT (RTL) 40


Asiah Binti Ayup, Fong Mee Lian & Lee Sing Ching

PERFECT HIT 42
Nurul Afiqah Binti Rosdi, Nur Athirah Binti Sapiee @ Sapawi &
Nur Izzah Nadhihah Binti Kamarol Zaman

MULTI FUNCTION POLE 43


Mohd Firdaus Bin Suhaili, Muhd Hafiz Bin Yusuf & Affendi Bin
Mustapha

THE ACCURATE TARGET EQUIPMENT (T-A-T-E) 45


Thiza Anak Rover, Ting Pei Yi & Monica Mercy Anak Deru

PETAKKU 49
Jackwarior Jackol & Herna Julian

SETTING CONTACT POINT (SCP) 51


Ellif Mopilin, Jumardi Bin Muhlis & Shahrul Bin Malimbroni

STEP GUIDER 53
Linton Jubin Thien, Muhammad Taufiq Bin Amin &
Nur Anisah Binti Majit

APLIKASI KAEDAH ANSUR MAJU BERINOVATIF 56


DAN FLEKSIBLE NET
Ras Anisha Binti Rashid, Mohd Hamdan Bin Pallao &
Mohd Zabri Bin Ashim

PAPAN SURIH NOMBOR 58


Veronica Semambu Anak Boniface Bunyam & Audreyana Santa Anak
Juti

EFFECTIVE SETTING 62
Hazairi bin Herman, Herman Marius & Nur Syakilla binti Madnuru

NOW I CAN RECOGNISE YOU 64


Empiang Anak Juing & Claudia Vera Ronnie

MULTI-PURPOSE AGILITY LADDER 2.0 68


Lim Ting Len & Wafa Farhana Binti Abd Kadir

SNAKE CARD 69
Siti Normila Binti Solhi & Siti Norain binti Duka

iii
Sekapur Sireh Pengarah IPGKTAR
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam 1 Malaysia & Salam Sehati Sejiwa

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam,


selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi
Muhammad S.A.W. Pertama sekali, saya ingin
mengucapkan tahniah dan syabas atas penerbitan
Koleksi Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran
himpunan koleksi kreatif dan inovatif para
pensyarah dan siswa pendidik yang telah diberi
pengiktirafan dan penghargaan dalam
Pertandingan Inovasi PdP peringkat IPGKTAR serta
yang telah mendapat tempat dalam pertandingan
di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Tahun 2016 merupakan tahun keenam IPGKTAR menganjurkan Pertandingan Inovasi


PdP di mana ia merupakan platform untuk para pensyarah dan siswa pendidik
berkongsi pelbagai bentuk inovasi yang meliputi pelbagai mata pelajaran.
Pertandingan ini juga merupakan ruang dan peluang kepada warga IPGKTAR
menampilkan idea-idea dan pembaharuan dalam bidang pengajaran dan
pembelajaran sejajar dengan hasrat menjadikan IPG sebagai pemimpin dalam bidang
pedagogi. Adalah diharapkan segala usaha kreatif dan inovatif yang dihasilkan dapat
dimanfaatkan oleh para pensyarah dan siswa pendidik dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di bilik kuliah mahupun semasa menjalani praktikum. Himpunan koleksi
ini juga diharapkan menjadi perangsang kepada para pensyarah dan siswa pendidik
untuk terus meningkatkan usaha dan semangat untuk mencari dan mencuba idea-
idea baharu yang kreatif dan inovatif dalam meningkatkan kompetensi diri serta kualiti
guru dan pendidikan negara.

Penghasilan penerbitan koleksi inovasi ini merupakan satu kejayaan dan menjadi titik
tolak kepada usaha membudayakan inovasi dan kreativiti dalam pengajaran dan
pembelajaran dalam kalangan semua warga IPGKTAR.

Akhir kata, diharapkan penerbitan koleksi ini akan menggalakkan aktiviti penyelidikan
dan inovasi serta mengembangkan profesionalisme dan kompetensi seluruh warga
pendidik melalui pelaksanaan dan aplikasi inovasi yang telah dihasilkan dalam
pengajaran dan pembelajaran yang akhirnya turut memberi impak kepada pihak
sekolah.

HAMSIAH BTE ABDULLAH MASNI


PENGARAH IPGKTAR
KOTA SAMARAHAN, SARAWAK
iv
Dari Meja Ketua Editor

Koleksi Inovasi PdP merupakan himpunan hasil idea kreatif dan inovatif para
pensyarah dan siswa pendidik IPGKTAR yang pernah menyertai Pertandingan Inovasi
PdP peringkat IPGKTAR pada tahun 2016.

Pertandingan Inovasi PdP merupakan satu aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh
Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan IPGKTAR di mana tahun
2016 merupakan tahun keenam penganjurannya. Objektif pertandingan ini diadakan
ialah untuk meningkatkan daya kreativiti dan inovasi para pensyarah dan pelajar
IPGKTAR dalam bidang PdP serta memantapkan budaya inovasi dalam kalangan
pensyarah dan pelajar IPGKTAR. Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua
pensyarah dan pelajar IPGKTAR sama ada secara individu ataupun secara
berpasukan. Pemenang dalam pertandingan ini akan terpilih untuk menyertai
pertandingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Adalah menjadi harapan pihak IPGKTAR agar penerbitan koleksi ini dapat
dimanfaatkan oleh warga pendidik dan juga bakal-bakal guru dalam bidang tugas
masing-masing dan seterusnya dapat memupuk pemikiran kreatif dan inovatif demi
meningkatkan profesionalisme dan kompetensi amalan pengajaran dan pembelajaran
di bilik darjah.

ZALIHA BINTI MUSA


Ketua Editor

v
KOLEKSI INOVASI PdP
PENSYARAH

1
MODULE THE POWER OF POWERPOINT
Oleh
Lee Hou Yew
Ismail bin Taril
Azrian bin Ali

OBJEKTIF
Modul ini direka bentuk untuk membimbing mengintegrasikan perisian PowerPoint dalam
pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.

KUMPULAN SASARAN
Guru dan pelajar

IMPAK INOVASI
Masalah : Ketidakmahiran guru pelatih mengintegrasikan penggunaan PowerPoint dalam
pengajaran dan pembelajaran.

Impak Inovasi : Guru pelatih dapat mengintegrasikan penggunaan PowerPoint dalam


Pengajaran dan pembelajaran secara berkesan semasa praktikum.

KEBERKESANAN KOS
Kos Pembinaan :
Cetakan Modul (RM 10.00)

PELAKSANAAN & REPLICABILITY


Modul ini telah diguna pakai oleh 4 orang pelajar semasa praktikum untuk pengajaran dan
pembelajaran kumpulan PISMP Pra Sekolah Ambilan Januari 2013 pada tahun 2015.

Modul Power of the Powerpoint

2
BOYAK GIGIT KELAK

Oleh
Ahmad Khairudin Bin Taha

OBJEKTIF
Meningkatkan kemahiran murid menulis huruf jawi tunggal mengikut arah yang betul.

KUMPULAN SASARAN
Pelajar Tahun 1 dan pelajar Pemulihan Jawi

IMPAK INOVASI
Sesetengah murid keliru dan mudah tersalah apabila menulis huruf Jawi. Ia mungkin
disebabkan arah tulisan Jawi adalah dari kanan ke kiri yang berbeza dengan arah tulisan
dalam rumi. Kebanyakan subjek yang diajar di sekolah adalah menggunakan tulisan Roman.
Keadaan ini bertambah mencabar kerana peruntukan waktu untuk subjek PdP Pendidikan
Islam hanya 6 waktu seminggu. Lebih mencabar lagi, hanya satu masa (bersamaan 30 minit)
diperuntukkan untuk mengajar bidang Jawi (di dalam Pendidikan Islam ada 7 bidang
kesemuanya).

Untuk mengatasi masalah ini, satu bahan bantu belajar yang diberi nama Boyak Gigit Kelak
telah dihasilkan. Ia adalah berbentuk kad-kad. Pada kad tersebut adalah diletakkan seekor
boyak (Rajah 1). Boyak itu hanyalah sebagai satu rangsangan berbentuk amaran kepada
pelajar supaya tidak menulis dari arah yang salah.

Rajah 1 : Boyak yang ganas ini akan menggigit jari murid yang
tidak menulis mengikut arah yang betul

Selain itu, kad yang dibina adalah berdasarkan kelompok-kelompok tulisan yang ditulis
dengan cara dan arah yang sama. Ini disebabkan banyak tulisan Jawi hampir sama dari segi
bentuknya. Contohnya huruf Ain, Ghain dan Nga adalah sama bentuk dan apa yang
membezakannya adalah titik sahaja (Rajah 2).

3
Rajah 2 : Perbezaan huruf Ain, Ghain dan Nga hanyalah pada titik sahaja

Oleh yang demikian, Bahan Bantu Belajar (BBB) Boyak Gigit Kelak telah dikategorikan
kepada 10 kategori sesuai dengan cara menulis huruf-huruf Jawi yang terdiri dari 37 huruf.
Berikut (Rajah 3) adalah 10 kad yang mewakili cara menulis huruf-huruf Jawi mengikut
kategorinya.

Rajah 3: 10 kategori Bahan Bantu Belajar Boyak Gigit Kelak

Berkenaan dengan impak pula, Boyak Gigit Kelak telah memberi impak yang baik kepada
peningkatan kemahiran murid menulis huruf Jawi tunggal mengikut arah yang betul. Murid
yang selalu keliru dan gagal menulis huruf jawi mengikut arah yang betul sudah boleh
menulis huruf Jawi mengikut arah yang betul, kata Ustazah Khairizah Ramli.

Murid juga dilihat seronok menggunakan BBB ini. Imaginasi murid terhadap boyak mungkin
membantu mempertingkatkan penguasaan mereka. Mereka juga dilihat seronok apabila
intervensi dijalankan. Ujian Bertulis Huruf Hijaiyyah Tunggal juga dapat ditulis dengan baik.
Rajah 4 menunjukkan pencapaian pelajar di dalam menulis huruf Jawi tunggal dengan tepat
dan dapat menulis mengikut arah yang betul.

4
Rajah 4 : Skor salah seorang murid pemulihan Jawi

KEBERKESANAN KOS
Kos BBB yang dicipta berjumlah lebih kurang RM10 sahaja. Ia juga dapat digunakan banyak
kali dan sukar untuk rosak. Ia juga sangat mudah untuk disimpan dan hanya memakan
sedikit ruang sahaja. Juga sesuai ditampal di sudut bacaan di dalam kelas dan di bilik J-QAF.

PELAKSANAAN & REPLICABILITY


Inovasi yang dicipta telah dilaksanakan pada 6 hingga 17 Jun 2016 di SK Pinang, Kota
Samarahan. Berdasarkan maklum balas daripada guru yang terlibat dalam menggunakan
Boyak Gigit Kelak iaitu Ustazah Khairizah Binti Ramli, BBB ini telah memberikan faedah
yang baik kepada murid-murid yang keliru dalam menulis huruf Hijaiyyah tunggal. Kemahiran
menulis murid ada peningkatan. Kesalahan menulis huruf tunggal juga berkurangan. Murid-
murid juga dilihat seronok bermain dengan Boyak Gigit Kelak.

5
HOTS_TroNo [KBAT_MeNo]

Oleh
Moris Anak Henry Manjat
John Anak Brodi
Dr. Stanley Anak Abang

OBJEKTIF
1. Menjana pemikiran aras tinggi dalam kalangan murid/ pelajar/ individu dalam
menyelesaikan masalah.
2. Membolehkan peserta mengaplikasikan kemahiran berfikir.
3. Mewujudkan kaedah pembelajaran yang mencabar namun menyeronokkan.
4. Menyediakan pembelajaran holistik yang berpusatkan pelajar konsep Minds On,
Hands On .

KUMPULAN SASARAN
Murid Tahap II Sekolah Rendah; Pelajar Sekolah Menengah; Pelajar IPT Awam program
latihan / motivasi

IMPAK INOVASI
Penggunaan nombor bagi menjana pemikiran aras tinggi KBAT dalam pengajaran
pembelajaran. Berunsur Minds-On Out Of The Box Thinking dan aplikasi TOC (Theory of
Constraint) serta Blue Ocean Strategy. Suatu teknik merentas kurikulum.
Idea yang selaras dengan tajuk - kesahan
Kepelbagaian idea kreativiti
Kreativiti sintesis / inovasi idea
Pelik tetapi ada logik kreativiti
Logik dan kreatif
Out of the box
Penjanaan idea daripada keadaan yang sukar
Fokus pada keterperincian analisis, sintesis, penyelidikan
Fokus pada indepth idea pemikiran berfokus dan mendalam
New ideas

KEBERKESANAN KOS
Kos Pembinaan : RM 10.00

PELAKSANAAN & REPLICABILITY


Inovasi ini adalah bagi menjana pemikiran aras tinggi melalui aktiviti pelbagai mata
pelajaran menggunakan rangsangan nombor.
Nombor secara tunggal / kad nombor pelbagai digit disediakan dalam bentuk objek/
bongkah / kad / roda putaran nombor.
Bagi meningkatkan tarikan & keseronokan, nombor diperolehi oleh peserta secara
cabutan objek / bongkah / kad ataupun putaran roda nombor.
Nombor yang diperolehi dijadikan asas untuk membentuk cerita / huraian peristiwa /
perkongsian idea.

6
Guru menentukan tajuk dan meminta murid dalam kumpulan untuk membentuk ayat,
laporan, cerita berasaskan nombor yang diperolehi.
Pelajar juga boleh menentukan sendiri topik yang sesuai.
Murid memikirkan cerita berkaitan tajuk mengikut kombinasi nombor.
Panel dilantik sebagai penilai idea. Guru sebagai fasilitator dan pakar rujuk.

Cara pelaksanaan:
1. Peserta / Pelajar diberi nombor:
a. Secara terbuka, huruf tunggal (satu persatu)..cth. 1, 2, 3, 4.
i. Guna putaran roda meningkatkan keterujaan (murid Sekolah Rendah)
ii. Cabut nombor atas objek pelajar yang lebih matang.
b. Cabut kad nombor yang telah ditetapkan ..cth: 7634, 3246, 5550

2. Pelajar memikirkan teks secara konvensional tentang sesuatu tajuk.


a. Murid / pelajar aras rendah guru bimbing tentang tajuk.
b. Pelajar aras tinggi - boleh memikirkan tajuk mereka sendiri.

3. Pelajar buat teks / ucapan/ pembentangan berdasarkan nombor yang diperolehi bagi
topik berkenaan.

4. Panel / fasilitator membuat penilaian dan komen hasil 2 & 3.

5. Rumusan bersama tanya peserta tentang cabaran, kreativiti dan pemikiran inovatif
yang timbul- temu bual / soal selidik.
(Guna check list untuk pelajar menyedari cara pemikiran yang terlibat/ digunakan)
(metacognitive)

INTERAKTIF EXPLORASI SAINS

Oleh
Dr Tay Soon Hiang
Kamariah Jini
Zaliha binti Musa

OBJEKTIF
Meningkatkan pengetahuan konsep Sains dan Kemahiran Saintifik melalui aktiviti Sains
berstesen dan interaktif.

KUMPULAN SASARAN
Murid-murid sekolah rendah

IMPAK INOVASI
Masalah
Dalam amalan biasa, pendekatan melaksanakan aktiviti memerlukan pemudahcara/
demonstrator di setiap stesen untuk memberi penerangan. Ini mengambil masa yang
panjang dan pemudahcara terasa agak letih.

7
Murid-murid tidak diberi lembaran kerja untuk disiapkan dan disemak setelah
melakukan aktiviti hands-on.

Inovasi yang dihasilkan


Modul aktiviti mengandungi aktiviti-aktiviti yang menggunakan bahan yang diimprovasi
dengan bahan kos rendah, sesuai dengan tahap penguasaan murid dan mempunyai
sebanyak 50% soalan dalam lembaran kerja bercirikan kemahiran berfikir aras tinggi
(KBAT).
Pendekatan melaksanakan aktiviti dalam modul bersifat interaktif. Tidak memerlukan
fasilitator di setiap stesen. Panduan aktiviti diletak di setiap stesen dan bersifat naratif.
Jawapan lembaran kerja diletak pada sudut tertentu. Murid-murid dikehendaki
melaksanakan aktiviti berdasarkan panduan yang diberi dan menjawab soalan dalam
lembaran kerja.
Murid-murid boleh menyemak jawapan sendiri dan mengikut kadar sendiri.

KEBERKESANAN KOS
Bahan-bahan Kos/RM
Stesen 1 10.00
(Silinder penyukat plastik, botol air mineral, benang, basin)
Stesen 2 20.00
(Kertas pelekat A4, pita ukur)
Stesen 3 25.00
(Gelas, basin plastik, tin minuman, termometer, mounting board)
Stesen 4 10.00
(pensel, jus limau, bekas plastik kecil, dawai elektrik, mentol LED,
kepingan aluminium, paku besi, dawai kuprum, kayu lidi)
Stesen 5
(dawai kurpum, klip besi, foil aluminium, kunci besi, paku besi) 5.00
Stesen 6
(3 buah tabung didih, 3 batang paku besi, kalsium klorida kontang) 10.00
Stesen 7
(kad manila, pewarna) 2.00
Stesen 8 10.00
(Kertas A4, Laminating film)
Jumlah 92.00

PELAKSANAAN & REPLICABILITY


Aktiviti-aktiviti dalam modul ini telah dilaksanakan di SK Biawak, Sematan pada 9-11
November 2015.

Faedah-faedah:
Modul aktiviti sesuai digunakan untuk karnival Sains di sekolah rendah.
Aktiviti-aktiviti mudah dilaksanakan.
Setiap murid berpeluang melaksanakan aktiviti-aktiviti. Penglibatan murid yang
menyeluruh.
Tempoh pelaksanaan setiap aktiviti adalah pendek.
Berciri seronok belajar Sains Aktiviti hands-on.

8
MENINGKATKAN KOSA KATA BAHASA ARAB MELALUI
TEKNIK LAGU TERJEMAHAN BA=BM
Oleh
Nik Zul Azhar bin Nik Hassan
Musliha binti Ismail

OBJEKTIF
Objektif inovasi supaya murid dapat meningkatkan kemahiran menghafal kosa kata Bahasa
Arab.

KUMPULAN SASARAN
Murid-murid SMK Agama Matang( 120 orang) dan SMK Agama SHOAW (160 orang).

IMPAK INOVASI
Rasional inovasi dihasilkan berdasarkan masalah yang dihadapi pelajar iaitu:
i. Sukar untuk menghafal istilah Bahasa Arab.
ii. Tidak mahu menghafal istilah-istilah Bahasa Arab kerana ia sukar dan membosankan
iii. Tidak berkeyakinan untuk menghafal istilah Arab kerana terlalu sibuk dengan aktiviti
sekolah yang lain.

Inovasi Yang Dihasilkan: Nyanyian BA=BM

Jadual 1: Peningkatan Kosa Kata Bahasa Arab Sebelum Dan Selepas Inovasi ( Pelajar
dipilih secara Rawak kerana kesuntukan masa)

Pelajar Fiil madhi Sebelum Selepas Fiil Sebelum Selepas Adawaat Sebelum Selepas
( past mudhori dirasiah
tense) ( present (school
and future stationery)
tense)
1 14 4 14 14 2 14 23 5 23
2 14 6 14 14 5 14 23 6 23
3 14 5 14 14 4 14 23 5 23
4 14 7 14 14 7 14 23 7 23
5 14 8 14 14 6 14 23 8 23
6 14 3 14 14 6 14 23 5 23
7 14 8 14 14 8 14 23 7 23
8 14 9 14 14 7 14 23 6 23
9 14 12 14 14 8 14 23 7 23
10 14 10 14 14 6 14 23 8 23
11 14 3 14 14 7 14 23 8 23
12 14 6 14 14 5 14 23 9 23
13 14 4 14 14 6 14 23 9 23
14 14 6 14 14 7 14 23 4 23
15 14 7 14 14 8 14 23 3 23
16 14 8 14 14 9 14 23 2 23
17 14 9 14 14 4 14 23 5 23
18 14 5 14 14 4 14 23 5 23
19 14 5 14 14 5 14 23 6 23
20 14 4 14 14 6 14 23 7 23
21 14 3 14 14 7 14 23 8 23
22 14 6 14 14 8 14 23 8 23
23 14 8 14 14 4 14 23 9 23
24 14 7 14 14 4 14 23 12 23
25 14 9 14 14 4 14 23 13 23

9
KEBERKESANAN KOS
Tiada kos diperlukan

PELAKSANAAN & REPLICABILITY


1. Menyanyikan Dan Mengingat Semula: Pelajar-pelajar diminta untuk menyanyikan
lirik lagu yang telah diubahsuai istilah-istilah Melayu yang telah ditukarkan ke dalam
Bahasa Arab dengan irama lagu Ikan kekek, Hari Raya (Najwa Latif) dan Pencinta
Wanita (Irwan Syah).

2. Tugasan:
i. Murid-murid diminta untuk menyanyikan lirik-lirik yang dibina gabungan Bahasa
Arab dan Bahasa Melayu.
ii. Menyanyikan semula lagu secara berkumpulan
iii. Menyanyikan semula lagu secara individu

3. Pembentangan: Murid-murid diminta menyanyikan lagu yang telah dinyanyikan


sebelum ini tanpa membaca lirik yang dibekalkan.

4. Kaitkan: Murid-murid diminta untuk menyebut perkataan-perkataan Bahasa Arab yang


diingati oleh mereka dan menterjemahkannya ke dalam Bahasa Melayu.

5. Ingat: Murid-murid diminta melagukan semula lirik-lirik yang diberikan dengan iringan
muzik tetapi tanpa merujuk nota yang diberikan.

6. Ujian Mengingat : Murid-murid diminta untuk menyebut perkataan yang telah mereka
ingat secara sukarela tanpa paksaan.

1. Ujian Pengesahan Permasalahan: 2. Pelaksanaan teknik nyanyian BA=BM


Menyenaraikan perkataan-perkataan Bahasa dengan lirik yang dibekalkan
Arab yang diketahui termasuk peralatan
sekolah, fiil madhi dan fiil mudhori

3. Pelaksanaan: memadankan perkataan 4. Menyanyikan semula lagu tanpa nota


Bahasa Arab dengan Bahasa Melayu yang yang dibekalkan
telah diingati oleh mereka

10
Five Big Donkey (FBD)

Oleh
Kamariah Hj Jini
Dr Tay Soon Hiang
Ertina Jailin

OBJEKTIF
Objektif Inovasi adalah untuk ;
a) meningkatkan daya ingatan pelajar dalam mengkategorikan kelas-kelas tuas
menggunakan kaedah akronim.
b) meningkatkan kemahiran pelajar mengelaskan contoh-contoh tuas kepada tuas kelas
pertama, kedua dan ketiga.

KUMPULAN SASARAN
Pelajar Tingkatan 2 Sekolah Menengah dan murid Tahun 6 Sekolah Rendah.

IMPAK INOVASI
Mesin ringkas dengan Sub-tajuk Tuas merupakan Bab 10 dalam Huraian Sukatan Mata
pelajaran Tingkatan 2. Merujuk kepada Sukatan Pelajaran Sains Tingkatan Dua
(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012) objektif pembelajaran yang disarankan adalah
mengenal pasti beban, daya dan fulkrum di dalam sistem tuas dan mengelaskan tuas
kepada kelas-kelas yang telah ditetapkan berdasarkan ciri-cirinya. Hasil dari pemerhatian
semasa proses pengajaran dan pembelajaran, lembaran kerja dan ujian diagnostik yang
diberikan didapati masih ada sebilangan pelajar yang masih keliru dan sukar untuk
mengingat kedudukan fulkrum, beban dan daya dan pelajar juga tidak dapat mengelas
alatan (gambar) kepada sistem Tuas Kelas Pertama, Tuas Kelas Kedua dan Tuas Kelas
Ketiga. Malah hasil dari analisis temu bual, ramai yang menyatakan tidak dapat mengingati
kedudukan fulkrum , beban dan daya bagi kelas-kelas tuas tertentu. Pada pandangan kami
sebenarnya pelajar-pelajar ini mengalami masalah mengingat dan keliru kerana ciri-ciri kelas
tuas hampir sama cuma kedudukannya sahaja yang berbeza. Satu kaedah untuk
menyelesaikan isu yang dibincangkan adalah dengan menggunakan kaedah akronim. Dalam
inovasi ini kita telah memberi fokus kepada masalah murid yang belum mahir melabel dan
mengelaskan tuas dengan betul.

Impak :
1. Pelajar dapat menentukan kedudukan Fulkrum, Beban dan Daya pada sistem Tuas
Kelas 1, Kelas 2 dan Kelas 3.
2. Pelajar dapat mengelaskan alatan (berdasar gambar) kepada Tuas Kelas 1, Tuas
Kelas 2 dan Tuas Kelas 3

11
Jadual 1 : Analisis Ujian Saringan
Pelajar Melabel dengan betul Mengelas dengan betul Jumlah betul
Mohammad 6/9 5/9 11/18
Angela 0/9 2/9 2/18
Corina 8/9 3/9 11/18
Mary 5/9 2/9 7/18
Bibi 0/9 6/9 6/18

Berdasarkan analisis dalam Jadual 1, kita dapat mengesan perbezaan masalah yang
dihadapi oleh pelajar-pelajar yang tersenarai. Dari hasil ujian tersebut kita mendapati kelima-
lima pelajar masih menghadapi masalah dalam menentukan kedudukan fulkrum, beban dan
daya serta mengelaskan tuas kepada kelas pertama, kedua dan ketiga.

Untuk mengesahkan pelajar-pelajar ini betul-betul mengalami masalah dalam melabel dan
mengelas tuas, kami telah membuat tindakan susulan iaitu membina satu ujian diagnostik.
Hasil analisis ujian diagnostik adalah seperti ditunjukkan dalam Jadual 2.

Jadual 2 : Analisis Ujian Diagnostik

Soalan/ Pelajar Melabel dengan betul Mengelas dengan betul Jumlah betul
Mohamad 1/4 2/6 3/10
Angela 4/4 3/6 7/10
Corina 3/4 2/6 5/10
Mary 3/4 2/6 5/10
Bibi 4/4 3/6 7/10

Tindakan seterusnya yang telah kami ambil untuk mengesan pelajar-pelajar ini benar-benar
menghadapi masalah dalam melabel dan mengelas tuas secara terperinci adalah dengan
mengadakan temu bual secara individu dan kumpulan tetapi soalan diajukan secara individu
dengan pelajar-pelajar. Berikut merupakan analisis temubual saya bersama pelajar-pelajar.

Jadual 3 : Analisis temu bual bersama pelajar

Bil Nama Pelajar Hasil temu bual

1 Mohammad Sukar nak melabelkan tuas, tidak dapat ingat kedudukan bahagian
tuas untuk kelas pertama, kedua dan ketiga. Semasa guru mengajar
boleh faham tetapi bila membuat ujian jadi keliru dan lupa.
2 Angela Ada yang boleh labelkan, ada juga yang tak boleh labelkan. Masih
keliru nak menentukan kelas tuas.
3 Corina Tidak dapat mengingati kedudukan fulkrum, beban dan daya untuk
melabelkan kelas-kelas tuas.
4 Mary Masih keliru dan tidak berapa ingat nak melabelkan bahagian-
bahagian tuas dan mengelaskannya.
5 Bibi Tidak dapat melabel semua tuas kerana ada tuas yang sukar nak
ingat kedudukannya terutama sekali bahagian fulkrum dan daya.
Keliru bagi tuas yang mempunyai beban di tepi. Sukar menentukan
kelas-kelas tuas terutamanya kelas kedua dan ketiga.

12
Semasa kelas intervensi yang pertama subjek kajian telah menduduki ujian pra. Kami
mendapati pencapaian subjek kajian dalam ujian pra adalah sederhana dan ada yang masih
bermasalah dalam melabel dan mengelas alat-alat tuas. Mohamad dan Corina boleh melabel
dengan baik tetapi lemah dalam mengelaskan alat tuas kepada kelas-kelasnya. Muhamad
lebih mahir mengelaskan tuas kelas pertama berbanding tuas kelas kedua dan kelas ketiga.
Kami telah mengajukan beberapa soalan kepada Mohamad dan Corina sebagai catatan nota
lapangan.
Mohamad tersenyum dan menyatakan yang dia rasa lebih mudah mengelaskan kelas
pertama dan masih keliru dengan prinsip tuas kelas yang lain yang terdapat di dalam
gambar tersebut kepada kelas tuas kedua dan ketiga . Corina pula bertanya balik
kepada saya, Ada cara untuk mengelaskah cikgu. Corina menyatakan dia tidak dapat
mengambarkan bagaimana ciri-ciri yang dia boleh gunakan untuk mengelaskan
gambar alat-alat tuas kepada tuas pertama, kedua dan ketiga.
(NL1/Sains/TKT2/ 16.10.2014)

Bibi pula didapati belum dapat menguasai tajuk tuas kerana dia hanya melabel satu alat tuas
sahaja dan mengelaskan sesuka hati dan kerap menukar jawapan. Berikut adalah antara
perbualan saya dan Bibi.
Sebenarnya saya tidak tahu di mana saya nak tulis fulkrum, beban dan daya untuk
alat-alat yang terdapat di dalam gambar yang ditunjukkan cikgu. Saya takut nak tulis
nanti salah. Apabila ditanya mengapa dia boleh mengelaskan alat-alat dengan baik
Bibi menjawab sebab dia ingat apa yang cikgu ajar dalam kelas sebelum ini.
(NL2/Sains/TKT2/ 16.10.2014)

Dengan itu kaedah Five Big Donkey telah dikenalpasti untuk menyelesaikan masalah yang
dihadapi oleh subjek kajian. Ujian pasca telah dijalankan pada 23 Oktober 2014 ke atas
subjek kajian. Kami rasa amat berpuas hati kerana usaha menggunakan kaedah Five Big
Donkey menunjukkan peningkatan yang sangat baik. Rajah 1 menunjukkan keputusan bagi
ujian pra yang dilaksanakan sebelum intervensi dan ujian pasca yang dilaksanakan selepas
menggunakan kaedah Five Big Donkey.

Angela Corina Mary Bibi

Mengela
Label Kelas Labell Label Kelas Label Kelas
s

Ujian Pra 4 6 9 3 5 6 0 4

Ujian Pasca 8 7 9 9 9 9 8 8

Rajah 1 : Perbandingan Jawapan Subjek Kajian bagi Ujian Pra dan Ujian Pasca

13
Berdasarkan Rajah 1, semua pencapaian subjek kajian telah meningkat walaupun Angela
dan Bibi tidak mencapai seratus peratus betul. Bibi menunjukkan peningkatan yang sangat
baik. Corina juga telah dapat mengelas kelas tuas yang mana semasa ujian pra dia hanya
mendapat 3 betul tetapi selepas intervensi dia telah mendapat kesemuanya betul. Semasa
pertandingan permainan kad bergambar, didapati mereka bersaing untuk menang dan
menjadi orang pertama yang dapat mengumpulkan kad mengikut kelas tuas yang
dikehendaki. Berikut merupakan temu bual saya dengan pelajar-pelajar selepas
pertandingan dijalankan.
Guru : Macamana kamu boleh menentukan kelas-kelas tuas dengan cepat dan betul?
Mary : Guna cara yang cikgu ajarlah jika yang tengah five iaitu Fulkrum maka ia adalah
kelas pertama. Kalau yang tengah adalah Big iaitu beban kelas kedua dan
Donkey iaitu daya makanyalah kelas ketiga.
Angela : Saya pun buat macam yang Mary lakukan cikgu.
(TB1 - 22 Oktober 2014)

Subjek kajian yang lain juga bersetuju bahawa Kaedah five Big Donkey membantu mereka
mengelaskan alat-alat tuas kepada kelas pertama, kedua dan ketiga dengan mudah.

KEBERKESANAN KOS
Tiada

PELAKSANAAN & REPLICABILITY


Inovasi ini telah dilaksanakan di SMK Wira Penrissen pada bulan Julai Oktober 2014.
Kaedah Five Big Donkey merupakan satu kaedah yang digunakan untuk membantu subjek
kajian menentukan kedudukan beban, fulkrum dan daya supaya mereka dapat mengelaskan
alat tuas kepada kelas-kelasnya dengan mudah. Kaedah ini boleh dilakukan secara individu,
berpasangan dan berkumpulan. Sebelum melakukan intervensi subjek kajian yang telah
dipilih perlu menduduki ujian pra untuk mengetahui maklumat awal supaya dapat
membandingkan pencapaian sebelum dan selepas intervensi. Subjek kajian perlu mengikuti
beberapa langkah dalam melaksanakan kaedah Five Big Donkey dan langkah-langkah
tersebut telah diringkaskan seperti dalam Rajah 2.

Pengenalan Kenal pasti Lukis, Label Latih dan kukuh


dan Kelas

Rajah 2 : Model Perlaksanaan Kaedah Five Big Donkey

a) Pengenalan Sesi intervensi dimulakan dalam fasa yang pertama dengan


menunjukkan beberapa gambar tuas dan subjek kajian dikehendaki menyatakan nama
alat-alat di dalam gambar dan kelas-kelas tuas
b) Kenal pasti - Pelajar diperkenalkan dengan konsep dan simbol-simbol yang biasa
digunakan untuk melambangkan Fulkrum, Daya dan Beban

- Fulkrum - Daya

- Beban

14
c) Lukis dan Label - Pada fasa ini subjek kajian telah dibimbing untuk membina prinsip-
prinsip tuas berdasarkan kedudukan fulkrum, beban dan daya bagi setiap jenis tuas
langkah demi langkah dari dari awal sehingga seperti Rajah 3.

Langkah 1 : Lukis 3 garis lurus secara melintang mewakili 3 kelas tuas untuk setiap satu

Kelas 1

Kelas 2

Kelas 3

Langkah 2 : Letakkan di bahagian tengah garis lurus mewakili Fulkrum, Beban dan Daya
mengguna simbol serta Akronim Five Big Donkey (FBD)

Kelas 1

Fulkrum (FIVE)

Kelas 2

Beban (BIG)

Kelas 3

Daya (DONKEY)

Langkah 3 : Letakkan pada kedua bahagian sisi garis lurus kedudukan Fulkrum, Beban dan
Daya

Kelas 1
Fulkrum

Beban
Daya
Kelas 2

Fulkrum

Beban Daya

Kelas 3

Fulkrum

Beban Daya

15
Rumusan

Kelas tuas pertama

Fulkrum Five
Five
Beban daya

Kelas tuas Kedua


Beban Big

Fulkrum daya

Kelas tuas ketiga


Daya Daya

Fulkrum Beban

Fulkrum Beban
Rajah 3
a
Berdasarkan Rajah 3, kaedah Five Big Donkey terbina dari huruf F, B dan D digunakan
untuk mengingati kedudukan fulkrum, beban dan daya yang terletak di bahagian tengah tuas
dengan mudah. Five adalah merujuk kepada fulkrum(F) di bahagian tengah tuas dan
merupakan tuas kelas pertama. Big pula merujuk kepada beban(B) dan merupakan tuas
kelas kedua. Donkey merujuk kepadada daya (D) dan merupakan kelas tuas ke tiga

d) Lukis, Label
Kelas tuas dan Kelas - Setiap subjek kajian akan diberi dua gambar dan dikehendaki
ketiga
menentukan kedudukan fulkrum, beban dan daya dan seterusnya mengelaskan gambar
alat tuas tersebut kepada kelas pertama, kedua atau ketiga berdasarkan kaedah Five
Big Donkey. Setelah ditentukan setiap subjek kajian akan berkongsi jawapan dengan
guru dan rakan yang lain.

e) Latih dan Kukuh - Untuk memastikan semua subjek kajian dapat menguasai
menentukan kedudukan fulkrum, beban dan daya serta mengelaskan tuas kepada kelas-
kelasnya, mereka diberi lembaran kerja dan juga mengadakan permainan kad yang
menerapkan
Fulkrum kaedah latih tubi secara pertandingan
Beban dalam kumpulan untuk mencapai
tahap penguasaan kemahiran yang kukuh dan juga menilai keberkesanan kaedah yang
telah dilaksanakan.

16
SINOPSIS INOVASI PdP PELAJAR

17
MENINGKATKAN KEMAHIRAN HANTARAN MENOLAK DALAM
PERMAINAN HOKI TAHUN 5 MENGGUNAKAN INOVASI
MY M CLOCK

Oleh
Jessyca Anak Ungat
Thaddeus Immanuel

OBJEKTIF
1. Meningkatkan kemahiran menolak tepat ke arah sasaran semasa melakukan hantaran
dalam permainan hoki.
2. Meningkatkan kemahiran kedudukan kaki dan bahu semasa melakukan hantaran
menolak dalam permainan hoki dengan menggunakan inovasi My M Clock.

KUMPULAN SASARAN
Murid Tahun 5 di SK Koran, Serian

IMPAK INOVASI
Masalah yang dihadapi adalah murid tidak dapat melakukan hantaran menolak dalam tepat
ke arah sasaran dalam permainan hoki.

Punca masalah hantaran menolak yang tidak tepat ke arah sasaran adalah disebabkan oleh
kedudukan kaki dan bahu murid yang tidak menghala ke arah sasaran.

Hasil Inovasi:

18
KEBERKESANAN KOS

Bil. Bahan/Item Kuantiti Harga Seunit Jumlah


(RM) (RM)
1 Kertas A4 80GSM (1 Rim) 1 RM12.50 RM12.50
2 Kotak Kitar Semula 1 - -
3 Tapak Kaki 1 Set RM2.50 RM2.50
4 Tikar Kitar Semula dari rumah 1 Meter - -
5 Buku Nota 1 RM3.50 RM3.50
6 Binding Kajian Tindakan 1 RM3.00 RM3.00
Jumlah RM21.50

PELAKSANAAN & REPLICABILITY


Berdasarkan inovasi My M Clock yang telah dilaksanakan, saya dapat memperbaiki
kelemahan murid dalam melakukan kemahiran hantaran menolak bola hoki tepat ke arah
sasaran. Kedudukan kaki yang betul adalah kaki kiri menghala ke jam 9 dan kedudukan kaki
kanan ke jam 12. Begitu juga bahu perlu menghala ke arah sasaran seiring dengan kaki kiri
seperti ditunjukkan dalam rajah di bawah :

19
PENGGUNAAN CARTA ALIR DALAM MENINGKATKAN
PENGUASAAN MURID DALAM MENENTUKAN
DHOMIR ANTA DAN ANTI

Oleh
Mohd Farid Bin Ismail
Fatin Nabilah Bt. Mohamad

OBJEKTIF
Penghasilan carta alir ini mensasarkan di akhir pembelajaran, murid dapat :
Membezakan Dhomir Anta dan Anti.
Mengenal pasti fungsi kedua-dua Dhomir tersebut.
Menentukan kata kerja yang sesuai dengan Dhomir Anta dan Anti.
Mengaplikasikan langkah menukar imbuhan kata kerja ke dalam Dhomir Anta dan Anti.

KUMPULAN SASARAN
Murid sekolah rendah

IMPAK INOVASI
Dokumen Standard Kandungan dan Prestasi (DSKP) Bahasa Arab Tahun 4 mensasarkan
murid untuk menguasai Dhomir Munfasil dan Muttasil. Kedua-dua Dhomir ini berfungsi
sebagai kata ganti diri dalam menerangkan ayat yang menunjukkan kata kerja atau sifat-sifat
tertentu. Melalui penguasaan dalam kedua-dua Dhomir ini, murid akan dapat memahami
secara jelas ayat-ayat yang dipelajari dan mampu mengaplikasikannya dalam kemahiran
menulis atau membina ayat muwasaah.

Proses penghasilan inovasi:


Penciptaan carta alir ini berikutan apabila saya mendapati murid-murid saya di Tahun 4 Arif
tidak dapat menguasai Dhomir yang dipelajari. Ia juga disebabkan oleh kandungan isi
pelajaran yang terdiri daripada 6 dhomir disampaikan dalam satu sesi pengajaran dan
pembelajaran. Hal tersebut menyebabkan pemahaman murid di dalam topik ini kurang
memberangsangkan. Bertitik tolak daripada itu, saya bercadang untuk memfokuskan kepada
2 Dhomir (Anta & Anti) terlebih dahulu kerana ia mempunyai sedikit perbezaan langkah untuk
menukarkan kata kerja dalam sesuatu ayat yang dibina.

Pembinaan carta alir ini akan membantu murid bagi melihat dan memahami langkah untuk
menambahkan imbuhan huruf pada perkataan kata kerja yang dipilih. Penghasilan carta alir
ini tidak memerlukan bahan-bahan yang rumit untuk menghasilkannya. Bahan yang
digunakan ialah mounting board, kertas A4, serta dakwat cetak aneka warna. Carta ini juga
boleh digunakan secara berulang-kali kerana setiap kertas tersebut dialas dengan laminating
paper yang membolehkan ia dipadam semula apabila ditulis padanya (Rajah 1).

Bukti keberkesanan hasil inovasi:


Untuk mendapatkan maklum balas daripada bahan yang dihasilkan, saya telah mengujinya
dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran. Pada sesi pencetusan idea, saya
memberikan peluang kepada murid untuk mengisi jawapan pada ruangan tersebut,
kemudian diikuti dengan penerangan lanjut mengenai langkah untuk menukarkan kata kerja
20
Rajah 1 : Carta Alir Dhomir Anta & Anti

ke atas Dhomir Anta dan Anti. Bagi menguji keberkesanan carta alir yang digunakan, saya
telah memberikan latihan intensif kepada murid-murid untuk melihat sejauh mana ia
membantu murid dalam menukarkan kata kerja berdasarkan Dhomir Anta dan Anti. Berikut
dijelaskan impak inovasi terhadap murid-murid saya.

Impak inovasi kepada PdP:


Pada pandangan saya, melalui inovasi yang dihasilkan, ia sangat membantu murid-murid
saya untuk memahami dan menguasai topik yang dipelajari dengan mudah, ringkas dan
berstruktur. Sebagai makluman, topik ini merupakan antara isi pelajaran yang agak rumit
untuk dikuasai oleh murid. Hal ini kerana ia melibatkan sistem bahasa yang perlu difahami
dengan teliti sebelum dikuasai dan diaplikasikan melalui contoh-contoh lain yang berkaitan.
Kesan daripada carta alir yang dihasilkan, murid-murid saya lebih mudah memahami dengan
pantas dan juga dapat mengubah persepsi mereka yang beranggapan topik ini amat sukar
untuk dipelajari.

Kelebihan Inovasi kepada sekolah:


Terdapat beberapa ciri istimewa pada carta alir yang telah dihasilkan. Ia boleh digunakan
semula apabila ruang kosong yang terdapat pada carta tersebut telah pun ditulis. Dari aspek
fungsi kepada murid, ia dapat membantu guru untuk menerangkan Dhomir Anta dan Anti
dengan lebih mudah, pantas dan komprehensif. Dalam pada itu, ia juga terdiri daripada
langkah yang pendek dan mudah difahami oleh murid-murid.

KEBERKESANAN KOS
Kertas A4 : RM13.50 (1 rim), bilangan kertas yang digunakan hanya 5-6 helai sahaja.
Mounting board : RM4.50
Kertas Laminate : RM2.00 x 3 keping = RM6.00

21
PAKSI_ XY

Oleh
Normah bte Bolhassan
Priscilla Anak Douglas Abang
Rosmina Binti Dillah

OBJEKTIF
Rasional inovasi ialah untuk mengatasi masalah murid yang keliru mengenal pasti ayat yang
mengandungi kata kerja tak transitif dengan pelengkap dan tanpa pelengkap.

KUMPULAN SASARAN
PISMPBM 1613

IMPAK INOVASI
Jadual 1: Perbandingan pencapaian pelajar PISMP BM 1613 sebelum dan selepas
menggunakan Paksi-x/ y

Pelajar Sebelum Selepas


1

22
KEBERKESANAN KOS
Tiada kos digunakan.

PELAKSANAAN & REPLICABILITY


i. Ujian Pengesanan Masalah ii. Pelajar diperjelaskan tentang
penggunaan Paksi-x/y

iii. Pelaksanaan Latihan Tubi

23
PROJEK H

Oleh
Normah bte Bolhassan
Priscilla Anak Douglas Abang
Rosmina Binti Dillah

OBJEKTIF
Rasional inovasi ialah supaya murid dapat melakukan teknik hantaran aras dada dengan
lakuan yang betul.

KUMPULAN SASARAN
Murid tahun 5 SK Asajaya Ulu

IMPAK INOVASI
Jadual berikut menunjukkan penilaian murid Tahun 5 SK Asajaya Ulu sebelum dan selepas
menggunakan Projek H

Murid Teknik hantaran aras dada

Gambar menunjukkan kedudukan Kedudukan tangan mestilah lurus


murid ketika melaksanakan hantaran selepas bola dilepaskan. Kaki
aras dada. Kedudukan tangan dan kaki dominan juga mesti berada di
tidak berada dalam keadaan yang tidak bahagian hadapan.
betul ketika bola dilepaskan.

KEBERKESANAN KOS

Bil. Barang Harga Kuantiti Jumlah (RM)


1 Tiang cat - (bahan terpakai) 1 -
2 Tikar - (bahan terpakai) 1 -
3 Paip - (bahan terpakai) 2 -
4 T joint PVC RM3 7 X RM3 21.00
5 Bola RM5 1 5.00
6 Pita Ukur RM3 1 3.00
7 Bahan-bahan lain RM10 - 10.00
Jumlah 39.00

24
PELAKSANAAN & REPLICABILITY

i. Ujian Pengesanan Masalah ii. Murid yang bermasalah dikeluarkan


dan diberi penerangan secara individu.

iii. Murid yang benar-benar tidak dapat melakukan hantaran aras dada diperjelaskan
tentang penggunaan Projek H

iv. Pelaksanaan Semula teknik hantaran aras dada dengan lakuan tanpa menggunakan
projek H

25
BIG BOOK : JOM BIJAK SOLAT

Oleh
Syafiqah Nabilah binti Razali

OBJEKTIF
Memudahkan dan membantu murid memahami dan mengingati rukun solat mengikut urutan
daripada 1 sehingga 13 dengan tertib.

KUMPULAN SASARAN
Murid Tahun 4

IMPAK INOVASI
Kedudukan sebelum inovasi dilaksanakan:
Guru akan menggunakan seni muzik di dalam pengajaran dan pembelajaran untuk menarik
perhatian murid tentang pembelajaran pada hari tersebut. Selepas itu, guru perlu mengenal
pasti murid yang menjawab lembaran kerja minimum sekurang-kurangnya 3 daripada 13
rukun solat melalui pengalaman sedia ada mereka. Murid yang tidak berjaya mencapai tahap
minimum tersebut, akan diberi bimbingan serta penerangan dengan lebih jelas berpandukan
BIG BOOK: JOM BIJAK SOLAT. Selain daripada itu, bahan ini juga dijadikan sebagai Bahan
Tambahan [Bahan Bantu Mengajar] kepada buku teks supaya murid dapat memberikan
tumpuan terhadap pembelajaran di dalam kelas dan mampu menarik minat mereka terhadap
tajuk tersebut. Tambahan pula, bahan ini memudahkan guru menyampaikan isi pengajaran
dan pembelajaran mereka dengan lebih kreatif dan inovatif kepada murid-murid yang lemah.

Masalah-masalah yang dihadapi :


1. Murid tidak mengetahui 13 rukun solat.
2. Murid sudah mempunyai pengetahuan sedia tentang pelaksanaan solat/sembahyang
tetapi tidak mengetahui apa itu rukun solat.
3. Murid mengetahui pergerakan rukun solat tetapi tidak mengetahui bacaan dalam
pergerakan solat.
4. Murid keliru turutan rukun solat daripada 1 sehingga 13.
5. Murid tidak dapat menghafal rukun solat daripada 1 sehingga 13 dengan tertib

Inovasi yang telah dihasilkan:


1. Lagu 13 Rukun Solat
Elemen muzik (irama) yang digabungkan di dalam bahan inovasi ini dilaksanakan ketika
murid menyanyikan lagu 13 RUKUN SOLAT. Lagu ini diaplikasikan daripada lagu Tanya
Sama Pokok yang sangat popular dalam kalangan kanak-kanak. Elemen muzik ini menjadi
satu hubung kait yang kukuh dalam menjadikan pengajaran lebih efektif dan kreatif. Murid
akan menjadi lebih teruja untuk memahami sesuatu perkara secara seronok dan memahami
tajuk yang akan disampaikan.

26
Rukun solat ada tiga belas saja
Kita mesti buat kesemua rukun
Andai kita tinggal salah satu rukun
Solat kita itu akan terbatal
Niat , berdiri tegak, takbir ratul ihram,
baca alfatihah, rukuk, iktidal ,
sujud, duduk sujud,duduk tahiyat akhir,
baca tahiyat akhir, selawat, salam..
Tertib!

Rajah 1 : Lirik Lagu 13 Rukun Solat

2. BIG BOOK : JOM BIJAK SOLAT


Elemen penggunaan warna yang sesuai juga digunakan dalam bahan inovasi ini dengan
menggabungjalinkan komponen Pendidikan Seni Visual. Kit pembelajaran ini menggunakan
bahan utama iaitu kain felt berwarna-warni untuk membuat latar belakang setiap muka surat
buku JOM BIJAK SOLAT bagi menarik perhatian murid-murid. Perbezaan warna setiap
muka surat memainkan peranan tertentu bagi menunjukkan bahagian-bahagian Rukun Solat.
Bahan inovasi ini menggunakan bidang PSV bagi membentuk dan membuat binaan dalam
menyediakan buku JOM BIJAK SOLAT ini. Kaedah tampalan model berbentuk 3D pada
keterangan Rukun solat membolehkan guru mudah untuk menyampaikan pengajaran
dengan menggunakan kaedah yang betul.

Rajah 2 : BIG BOOK:JOM BIJAK SOLAT

Seni dalam Pendidikan dapat memberikan murid keseronokan dan kegirangan di dalam bilik
darjah. Dalam pergerakan Rukun Solat, murid digalakkan untuk meneroka dengan
melakukan percubaan dan penyelidikan yang betul dalam melakukan amali solat. Tujuannya
adalah untuk menjadikan murid seorang yang benar-benar lebih berimaginatif dan
meningkatkan kefahaman mereka tentang sesuatu tajuk baru.

27
KEBERKESANAN KOS

Bil Bahan Bilangan Unit Jumlah (RM)


1 Kotak 1 -
2 Benang 1 -
3 Kain Felt 16 8.00
4 Gam (multi purpose) 1 1.50
5 Kad Manila 2 -
6 Velcro 1 1.00
7 Printing Bewarna 10 2.50
8 CD (DVD) 1 1.50
9 Kertas Warna 5 -
10 Kertas Laminate 8 3.20
Jumlah 17.70

Kebanyakan bahan untuk membina inovasi ini boleh di dapati di bilik stor IPGKTAR yang
banyak membantu murid dalam melaksanakan Bahan Bantu Mengajar di sekolah rendah.
Kesemua bahan ini juga mudah di dapati di Kedai Buku dan Alat Tulis atau di mana-mana
sahaja. Terdapat juga bahan terpakai yang tidak memerlukan kos seperti kotak. Kotak
tersebut merupakan inovasi daripada bahan terpakai daripada kotak yang tidak digunakan
lagi.

PELAKSANAAN & REPLICABILITY


Bahan inovasi ini telah cuba dipraktikkan di sebuah sekolah iaitu SK KG Empila, Samarahan
pada bulan Mac 2016. Seramai 46 orang murid Tahun 4 di dalam kelas 4 Arif menjadi subjek
kajian yang pertama dijalankan. Guru menyoal murid dengan cara bagaimana untuk
menunaikan solat. Murid menjawab dengan pengetahuan sedia ada mereka berdasarkan
rutin harian mereka di rumah mahupun di sekolah. Terdapat murid yang aktif menjawab dan
ada juga murid yang pasif dan kurang mengambil perhatian mengenai tajuk Rukun Solat
pada hari tersebut. Lagu 13 Rukun Solat menjadi set induksi pada pembelajaran murid
supaya lebih teruja untuk memahami sesuatu perkara secara seronok dan memahami tajuk
yang akan disampaikan. Di dalam lagu tersebut, murid dapat mengeluarkan 13 Rukun Solat
dengan urutan yang tertib. Selepas set induksi dijalankan, murid diberikan sehelai lembaran
kerja mengenai tajuk Rukun Solat dan diminta untuk menyelesaikan masalah tersebut. Murid
yang menjawab dengan betul minimum 3 daripada 13 rukun solat merupakan murid yang
lemah. Murid lemah ini akan menggunakan bahan inovasi BIG BOOK: JOM BIJAK SOLAT
bagi meningkatkan tahap pengetahuan dan kefahaman mereka tentang urutan 13 Rukun
Solat.

Faedah-faedah daripada Inovasi :


1. Masa pengajaran dan pembelajaran dapat digunakan secara optimum dan berkesan.
2. Pentaksiran dapat dilaksanakan pada masa yang sama.
3. Murid mudah menerima dan mengingati isi pengajaran guru kerana ciri-ciri Big Book
yang menarik, berinformasi dan berwarna-warni mampu menarik minat murid.
4. Memudahkan guru dalam penyampaian pengajaran dan pembelajaran serta dapat
mendalami isi pengajaran melalui melalui deria pandangan yang terdapat dalam Big
Book.
28
5. Murid dapat melakukan aktiviti pengukuhan selepas penerangan dan penjelasan
daripada guru.

Perkongsian Inovasi :
1. Murid SK Kg Empila, Samarahan

Rajah 3 : Kajian yang dijalankan di kelas 4 Arif Rajah 4 : Big Book Tulisan Jawi

Seramai 46 orang murid Tahun 4 Arif menjalani proses pengajaran dan pembelajaran
berkenaan tajuk Rukun Solat pada 11 Mac 2016. Dapatan kajian mendapati 10 orang murid
lemah dan kurang mahir dalam tajuk Rukun Solat yang diajarkan. Mereka dibimbing oleh
guru dengan berpandukan BIG BOOK: JOM BIJAK SOLAT bagi mencapai objektif
pembelajaran pada hari tersebut. Pencapaian yang diperolehi memberi kesan positif kepada
murid.

2. Guru SK Kg Empila, Kota Samarahan


Guru SK. Kg. Empila mempraktikkan kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan
menggunakan kaedah Big Book pada tajuk-tajuk lain. Contohnya membuat buku bercerita
Pendidikan Islam bertajuk Arnab dan Kura-Kura". Idea yang sama seperti bahan inovasi
saya ini telah didedahkan kepada semua guru SK. Kg. Empila untuk dipraktikkan pada
subjek-subjek lain juga. Mereka berpendapat bahawa kaedah dan cara ini mampu
meningkatkan kefahaman murid di dalam kelas.

3. Guru Pelatih Opsyen Pendidikan Islam

Rajah 5 : Perkongsian bahan inovasi di Dewan Sri Samarahan IPGKTAR

Malahan, kaedah ini didedahkan dan dikongsikan bersama rakan-rakan guru pelatih.
Penghasilan Big Book ini dapat menunjukkan komitmen dan kesungguhan guru untuk
menghasilkan bahan bantu mengajar yang sesuai mengikut tajuk yang ingin disampaikan
kepada murid. Selain itu juga, penghasilan ini dapat melahirkan guru-guru yang lebih kreatif
dan berinovatif.
29
KIT CAM BENTUK SAYA
Oleh
Tan Ye Cher

OBJEKTIF
Membantu murid-murid prasekolah mengecam bentuk huruf a-j.

KUMPULAN SASARAN
Murid-murid prasekolah

IMPAK INOVASI
Murid prasekolah menghadapi masalah mengecam bentuk huruf a-j.
Kit Cam Bentuk Saya disediakan untuk membantu murid mengecam bentuk huruf
abjad a-j.

KEBERKESANAN KOS
Bil. Bahan-bahan Kos (RM)
1 4 Mounting board 20.00
2 Butang baju 5.00
3 Blue tack 3.00
Jumlah 28.00

PELAKSANAAN & REPLICABILITY


Strategi Kit Cam Bentuk Saya telah dilaksanakan dengan murid-murid prasekolah.
Faedah-faedah: sesuai dengan tahap perkembangan kanak-kanak, tahan lama, mesra
pengguna (selamat digunakan), tidak melibatkan kos yang tinggi.
Kit ini telah membantu murid yang menghadapi isu pengecaman huruf abjad berjaya
mengecam huruf dengan berkesan.
Bukti: Lembaran kerja sebelum dan selepas strategi dilaksanakan.
Sebelum Selepas

30
K-KODUQ BOARD
Oleh
Joyce Anak Nyupeh

OBJEKTIF
This K-Koduq Board is aimed to improve Year 3 pupils understanding of the concept of
singularity and plurality in nouns (suffix s).

KUMPULAN SASARAN
Low Proficiency of Year 3 Pupils

IMPAK INOVASI
1. Observation
When I first observed my mentor teaching in her grammar lesson, I noticed that some pupils
did not understand the concept of singularity and plurality during the production stage. Table
1 shows the pupils answers in the class

Table 1 : Pupils answers during Grammar class

Pictures shown Pupils answer


Five books book
Two flowers flower
Two carrots carrot
A bunch of rambutans rambutan

2. Exercise (Pre-test)
This is the result of an exercise (pre-test) given to them.

Figure 1:The pre-test and post-test questions about the singular and plural nouns.

31
Table 2: Pre-test analysis for the whole class

Descriptions Score Respondent(s)


Pupils who scored 11/11 100% 2

Pupils who scored 9/11 82% 10

Pupils who scored 7/11 64% 11

Pupils who scored 6/11 55% 4

Pupils who scored 3/11 27% 5

Figure 1: Test result among 32 Year 3 Ceria pupils.

There are five pupils who answered only 3 out of eleven questions correctly without any
teachers assistance in the classroom. It indicated that they could not understand the concept
of the singularity and plurality. Therefore, these five pupils were taken as my respondents for
implementing the innovation.

3. Picture card evaluation


Below are the analysis of the video on picture card evaluation:

32
Picture Cards Evaluation on Singular and Plural
Nouns
6
5
4
Marks

3
2
1
0
Ethan Yuliet Regina Mimin Jiwet
Pupil's name

Singular nouns Plural nouns

Figure 2 : Scores on picture cards evaluation for the five pupils.

KEBERKESANAN KOS

No. Item Cost (RM)


1 Mounting board 3.30
2 Present papers 0.80
3 Cello tape 2.00
4 Recycled Item: 4 Colgate boxes -
Total 6.10

PELAKSANAAN & REPLICABILITY

Figure 3: K-Koduq Board

K-Koduq means game in Bidayuh language. K-Koduq board is played by two pupils.
Picture cards of 5 nouns will be put in the middle of the board. Both pupils are given six word
cards each. One word card will act as a distractor. Then, the pupils will choose an answer
from the word cards given and put them into their box. The teacher will flip the cards and
check the answers. The answers are written on the back of the picture cards. One point will
33
be rewarded if they choose the correct answer. Then, the pupils will categorise the word card
by putting them into the red or green box provided to determine whether it is a singular or a
plural noun. Another point will be given if the pupil put the card into the correct box. I
implemented this innovation during my Phase III of Practicum and I noticed that the pupils
were happy and they enjoyed the game. It also improved their understanding of the concept
of singularity and plurality in nouns.

Pupil A was happy playing K-Koduq board.

34
KAD PUZZLE ITULAH KAWAN

Oleh
Lee Mei Chiew

OBJEKTIF
Membantu murid-murid prasekolah menguasai kemahiran membatangkan suku kata KV+KV

KUMPULAN SASARAN
Murid-murid Prasekolah

IMPAK INOVASI
Amalan biasa: PdP berpusat guru. Guru memberi perkataan dan murid mengeja suku kata
dan membatangkan suku kata dan membaca perkataan tersebut. Carta digunakan semasa
PdP.

Masalah-masalah:
Murid-murid prasekolah tidak dapat membatangkan suku kata KV+KV dengan betul
mengikut gambar diberi.

Lembaran kerja murid:

Inovasi yang dihasilkan:

Set kad puzzle Itulah Kawan

35
Ciri-ciri Kad Puzzle:
Aktiviti berpusat murid
Membolehkan murid mendapat jawapan yang betul.
Latihan tubi untuk membatangkan suku kata ikut kadar dan kemampuan murid sendiri.
Selepas strategi dilaksanakan, Angela dapat membatangkan hampir semua suku kata
KV+KV dengan betul.

Hasil lembaran kerja


Angela sebelum
strategi dilaksanakan.
(1 Mac 2016)

KEBERKESANAN KOS

Item Kuantiti Kos (RM)


Kertas A4 20 keping 2.00
Kertas Laminate 10 keping 2.00
Jumlah 4.00

PELAKSANAAN & REPLICABILITY


Inovasi ini telah dilaksanakan di SJK Chung Hua Batu 29, Serian semasa praktikum fasa ke-
3. Faedah-faedah inovasi:
Mesra pengguna
Kos rendah
Interaktif
Tahan lama

36
TIANG BOLA bd
Oleh
Siti Normila Binti Solhi
Bedah Binti Alek

OBJEKTIF
Inovasi yang dihasilkan adalah bertujuan untuk :
1. membantu kanak-kanak prasekolah menguasai kemahiran mengecam huruf kecil b
dan d dengan tepat.
2. membantu menambah baik amalan pedagogi terhadap kemahiran mengecam huruf-
huruf kecil.

KUMPULAN SASARAN
Kanak-kanak Prasekolah

IMPAK INOVASI
Sepanjang pengalaman saya mengajar murid prasekolah, mereka sukar untuk mengecam
huruf b dan d dengan betul. Masalah ini bukan sahaja menyukarkan murid menyebut 2 huruf
tersebut secara lisan malah juga mempengaruhi penguasaan kemahiran membaca suka kata
mahupun perkataan yang melibatkan huruf kecil b dan d. Penguasaan kemahiran mengecam
huruf sebelum membaca sesuatu perkataan atau suku kata amat penting kepada murid
supaya bacaan betul. Berdasarkan kepada masalah yang saya ketahui, murid saya keliru
dengan bentuk huruf b dan d yang seakan-akan sama dan juga dikenali sebagai mirror
image. Namun begitu, mengimbau kembali refleksi pengajaran saya telah menggunakan
dadu yang hanya ditulis dengan huruf b, d, p dan q pada permukaan dadu. Saya tidak
menggunakan simbol bergambar atau latar belakang untuk membantu murid mengecam
huruf pada kedudukan dadu dengan betul. Akan tetapi saya menggunakan titik di bahagian
atas huruf yang ditulis. Ini membolehkan mereka mengenal pasti huruf apakah yang
ditunjukkan selepas membaling dadu. Segelintir murid sering bertanya kepada saya tentang
bagaimana menggunakan dadu tersebut dan memastikan huruf yang disebut tepat dengan
apa yang hendak ditulis pada lembaran kerja. Oleh itu, saya berpendapat bahawa
penggunaan bahan yang kurang sesuai boleh menyebabkan murid keliru dengan bentuk
huruf tertentu terutamanya huruf b dan d. Tambahan itu, merujuk kepada salah satu hasil
kerja murid membuktikan bahawa murid masih lemah dalam kemahiran mengecam dua
bentuk huruf kecil tersebut apabila kedua-dua huruf saling berdekatan.

37
Inovasi yang telah dihasilkan : Tiang Bola bd

Tiang Bola bd merupakan satu inovasi untuk membantu kanak-kanak yang keliru dalam
mengecam huruf kecil b dan d yang seakan-akan sama dari segi bentuknya. Nama inovasi
ini amat berkait rapat dengan bahan yang digunakan dalam aktiviti mengecam huruf kecil b
dan d. Antara bahan yang terdapat dalam inovasi tersebut adalah tiang dan bola seperti
dalam gambar di bawah. Bahan tambahan lain yang digunakan adalah kad huruf dan
lembaran kerja.

Fungsi bahan dan kaedah inovasi Tiang Bola bd


Bahan-bahan Fungsi Kaedah yang digunakan
Tiang Digunakan untuk simbolik Bermain sambil belajar
bagi huruf b dan d.
Sebagai aktiviti bermain iaitu - murid bermain tiang bola
dengan menyusun gambar sebagai aktiviti pengukuhan
tiang dan bola untuk untuk proses mengecam
menghasilkan bentuk huruf b huruf b dan d.
dengan d.
- murid bermain dengan
Sebagai aktiviti pengukuhan menyusun gambar-gambar
untuk meningkat kemahiran sambil belajar kemahiran
mengecam huruf b dan d. mengecam huruf
berdasarkan kepada bentuk
huruf b dan d yang mereka
pelajari

Bola Digunakan untuk membantu Kaedah nyanyian


mewakili bentuk huruf pada b
dan d. - murid menyanyikan lagu
Bola ini amat penting untuk sambil meletakkan bola pada
membantu murid kedudukan yang betul sama
membezakan kedudukan ada di depan tiang mahupun
bentuk huruf b dan d di belakang tiang.
Bola ini digunakan sambil
murid menyanyikan lagu b
dan d.

38
KEBERKESANAN KOS

Bil. Bahan-bahan Kuantiti Harga seunit Jumlah kos (RM)


(RM)
1. Bekas keropok berbentuk 1 bekas Tiada (bahan Tiada (bahan kitar
silinder (kitar semula) kitar semula) semula)
2. Kertas warna saiz A4 2 keping 0.10 0.20
3. Kertas liminate 2 keping 0.50 1.00
6. Kertas putih saiz A4 5 keping 0.10 0.50
7. Bola mainan kanak-kanak 1 biji 3.00 3.00
Jumlah kos keseluruhan : RM 4.70

PELAKSANAAN & REPLICABILITY


Inovasi ini telah dijalankan ke atas tiga orang kanak-kanak prasekolah di Sekolah
Kebangsaan Samarahan Estate, Serian semasa saya menjalani Praktikum Fasa ketiga tahun
2016. Antara kejayaan yang diperoleh setelah menggunakan inovasi Tiang Bola bd
terhadap mereka adalah mereka mampu mengecam dengan baik dua hurruf kecil tersebut
semasa intervensi dilaksanakan. Bukan itu sahaja, ada dalam kalangan mereka pada
awalnya tidak mengenal huruf b dan d dengan baik menjadi yakin untuk menyebut dengan
betul dua huruf tersebut. Semasa aktiviti membaca mahupun menyebut huruf ABC, mereka
mampu menyebut dengan betul dan yakin huruf yang ditunjukkan. Bukti kejayaan juga dapat
dilihat melalui susunan huruf-huruf pada tiang setelah guru menyebut salah satu huruf kecil
yang dikehendaki. Selain itu, merujuk kepada salah satu lembaran kerja yang diberi
menunjukkan bahawa mereka berupaya mengecam huruf kecil b dan d dengan baik tanpa
ada kesalahan yang dibuat. Tambahan itu, nyanyian yang diperkenalkan juga amat
membantu mereka mengingat dua bentuk huruf itu di samping melihat secara konkrit huruf-
huruf yang diwakili dengan tiang dan bola pada kedudukan kanan dan kiri. Nyanyian itu juga
memudahkan untuk murid menyanyikannya malah setiap kali intervensi mereka sudah
mengetahui lagu yang telah dipelajari.

Hasil susunan huruf kecil d pada tiang oleh salah seorang murid

39
Hasil kerja ini diambil daripada murid yang sama dan hasilnya dia mampu mengecam
dengan baik antara huruf kecil b dan d walaupun berada dalam keadaan berhampiran.
Lembaran kerja ini diberikan selepas dia menjalani sesi intervensi bersama Tiang Bola bd.

Hasil kerja ini diambil ke atas murid yang sama dan hasilnya dia berupaya mewarnakan
dengan tepat huruf-huruf kecil b dan d menggunakan warna yang telah ditetapkan. Secara
tidak langsung, dia mampu memngecam huruf b dan d dengan baik tanpa mengulang
kembali kesalahan pada sebelum ini.

REACTION TOWARDS LIGHT (RTL)

Oleh
Asiah Binti Ayup
Fong Mee Lian
Lee Sing Ching

OBJEKTIF
Untuk meningkatkan kepantasan dan ketangkasan pemain melakukan pergerakan gerak
kaki dengan segera setelah menerima rangsangan iaitu menerima bola dari pihak lawan.

KUMPULAN SASARAN
Murid-murid tahap 2 sekolah rendah

IMPAK INOVASI
- Kesukaran untuk menyusun atur bahan inovasi
- Sukar dalam proses pembuatan.
- Memerlukan banyak masa untuk menyiapkan bahan inovasi.

Inovasi dihasilkan:

40
KEBERKESANAN KOS

Bil. Bahan Bilangan Unit Kos (RM)


1 LED 3 6.00
2 Papan litar 1 4.00
3 Dawai timah 1 1.00
4 Perintang 1 2.00
5 Suis 1 2.00
6 Kapasitor 1 5.00
7 Timer 1 5.00
8 Bateri 1 5.00
9 Wayar elektrik 1 -
10 2 Penyepit 2 -
11 Alat pematerian 1 -
12 Kad 1 -
13 Super glue 1 -
Jumlah 30.00

PELAKSANAAN & REPLICABILITY


- Pemain akan bergerak dari titik permulaan di bahagian tengah yang telah ditentukan
dengan melihat rangsangan lampu yang diletak di atas net dari sebelah kanan dahulu.
- Pemain harus peka terhadap warna lampu yang bertukar iaitu sekiranya warna merah
pemain harus gerak ke arah penjuru kanan belakang untuk melakukan kemahiran lob,
warna biru pula melakukan kemahiran net dengan bergerak ke arah penjuru depan
kanan, dan warna hijau kemahiran pukulan deras (drive) dengan bergerak ke arah sisi
kanan.
- Pemain harus balik ke titik permulaan yang ditetapkan selepas melakukan pergerakan
dan pemain akan membuat pergerakan seterusnya dengan melihat rangsangan lampu
sebelah kiri seperti pergerakan pertama itu tadi.
- Perbezaan hanya pergerakan akan ditukar kepada bahagian kiri sahaja.
- Latihan pergerakan ini akan berulang sehingga masa tamat iaitu (1 minit).

Faedah
- Untuk meningkakan kepantasan dan ketangkasan pemain melakukan pergerakan
dengan segera setelah menerima rangsangan iaitu menerima bola dari pihak lawan.
- Berupaya untuk mengalahkan pihak lawan dengan adanya tindak balas yang cepat.
41
PERFECT HIT

Oleh
Nurul Afiqah Binti Rosdi
Nur Athirah Binti Sapiee @ Sapawi
Nur Izzah Nadhihah Binti Kamarol Zaman

OBJEKTIF
Meningkatkan kemahiran memukul bola dalam permainan sofbol
Mengenal pasti titik kontak bola yang sesuai dilakukan.

KUMPULAN SASARAN
Murid sekolah rendah tahap 2

IMPAK INOVASI
Pelajar kurang berkemahiran dalam mengenal pasti titik kontak bola yang sesuai
semasa memukul bola.
Cara pegangan tangan pada pemukul kurang sesuai.
Faktor utama masalah :
a) Kurang pengetahuan
b) Kurang kemahiran
c) Kedudukan tangan pada pemukul kurang sesuai

Analisis Masalah :
a) Pelajar memerlukan bahan bantu mengajar yang dapat memberi pendedahan kepada
pelajar agar dapat mengenal pasti titik kontak bola yang sesuai semasa memukul bola.
b) Pelajar memerlukan bahan bantu mengajar yang boleh memudahkan mereka untuk
memahami konsep pegangan tangan pada pemukul.

KEBERKESANAN KOS
Bil. Bahan Kos (RM)
1 Botol Mineral -
2 Simen 3.00

3 Spring 16.00
4 Bola 2.00
5 Kayu -
6 Span 2.20
7 Spray 6.00
Jumlah 29.20

PELAKSANAAN & REPLICABILITY


Pelajar diarahkan untuk memukul bola dengan menggunakan pemukul yang
disediakan.
Terdapat penanda pada bola yang membolehkan pelajar untuk mengenal pasti titik
kontak bola yang sesuai untuk dilakukan.
Pada pemukul yang disediakan, terdapat penanda untuk membolehkan pelajar
mendapatkan kedudukan tangan yang betul dalam kemahiran memukul.

42
Faedah Inovasi :
Memperbetulkan kedudukan tangan pelajar pada pemukul semasa melakukan
kemahiran memukul.
Pelajar dapat mengenalpasti titik kontak bola yang sesuai untuk dilakukan
Pelajar dapat menguasai kemahiran memukul dengan baik

MULTI FUNCTION POLE

Oleh
Mohd Firdaus Bin Suhaili
Muhd Hafiz Bin Yusuf
Affendi Bin Mustapha

OBJEKTIF
Untuk meningkatkan kemahiran mengumpan, servis bawah dan menyangga dalam
permainan bola tampar.

KUMPULAN SASARAN
Murid sekolah yang belum dapat menguasai kemahiran servis bawah, mengumpan dan
menyangga dalam permainan bola tampar.

IMPAK INOVASI
Sukar untuk menentukan tapak yang sesuai untuk tiang.
Kesukaran untuk menyusun atur bahan inovasi

KEBERKESANAN KOS
Bil. Bahan Kos (RM)
1 4 meter paip pvc 30.00
2 Besi buaian (kitar semula) -
3 Bola -
4 Binding tape 1.80
5 Tali (Kitar Semula)
Jumlah 31.80

43
PELAKSANAAN & REPLICABILITY
Pelaksanaan
1. Kemahiran mengumpan
Tiang dilaraskan sehingga bola berada pada ketinggian lebih tinggi daripada
kepala pelaku.
Pemain akan bermula dengan kedudukan bersedia dan kaki dibuka seluas bahu.
Mata memandang ke arah bola. Lakukan perlakuan mengumpan dengan kedua-
dua belah tangan

2. Kemahiran menyangga
Tiang dilaraskan sehingga bola berada pada ketinggian dada pelaku.
Pemain akan bermula dengan kedudukan bersedia dan kaki dibuka seluas bahu.
Mata memandang ke arah bola. Lakukan perlakuan menyangga dengan kedua
dua belah tangan

3. Kemahiran servis bawah


Tiang dilaraskan sehingga bola berada pada ketinggian pinggang pelaku.
Pemain akan bermula dengan kedudukan bersedia dan kaki dibuka seluas bahu.
Mata memandang ke arah bola. Lakukan perlakuan servis bawah dengan sebelah
tangan

Faedah
a. Dapat menentukan posisi yang sesuai untuk melakukan kemahiran mengumpan, servis
dan menyangga dalam permainan bola tampar.
b. Boleh dilaraskan mengikut ketinggian individu.

44
THE ACCURATE TARGET EQUIPMENT (T-A-T-E)

Oleh
Thiza Anak Rover
Ting Pei Yi
Monica Mercy Anak Deru

OBJEKTIF
Antara objektif inovasi adalah :
1) Meningkatkan kemahiran lakuan motor iaitu koordinasi mata-tangan.
2) Membina kemahiran ketepatan sasaran melalui imaginasi terhadap visual.
3) Membina keyakinan terhadap perlakuan yang dilakukan.

KUMPULAN SASARAN
Subjek Berpengalaman (SB), PISMP PRA 2113 dan Subjek Kurang Berpengalaman (SKB),
PISMP PJ 1615.

IMPAK INOVASI
Sebelum inovasi ini dilaksanakan, seseorang pemain badminton tidak mempunyai alat yang
sesuai untuk meningkatkan kemahiran dalam aktiviti servis kilas dalam sukan badminton.
Oleh itu, alat inovasi ini bertujuan untuk membantu seseorang guru atau murid untuk
meningkatkan kemahiran servis kilas dalam sukan badminton. Jadual 1 merupakan
perbandingan skor yang diperolehi oleh subjek yang menggunakan T-A-T-E. Ia telah
dijalankan ke atas subjek berpengalaman (SB) dan subjek kurang berpengalaman (SKB).

Jadual 1 : Keputusan perbandingan skor terhadap subjek berpengalaman (SB) dan subjek
kurang berpengalaman (SKB) dengan menggunakan T-A-T-E.

Percubaan SB SKB Median


1 5 3 4
2 5 3 4
3 3 0 1.5
4 5 3 4
Jumlah 18 9 13.5

Jumlah

45
Berikut merupakan penilaian ujian pra dan ujian pasca menggunakan T-A-T-E. Ia telah
dijalankan ke atas subjek kurang berpengalaman (SKB).

Jadual 2 : Keputusan perbandingan skor terhadap subjek berpengalaman (SB) dan subjek
kurang berpengalaman (SKB) dengan menggunakan T-A-T-E.

Percubaan Ujian Pra Ujian Pasca


1 3 5
2 3 5
3 5 5
4 3 3
Jumlah 14 18

Skor

Jumlah

Rajah 1: Keputusan sebelum dan selepas ujian terhadap subjek kurang


berpengalaman (SKB) dengan menggunakan T-A-T-E

Masalah-Masalah Yang Dihadapi:


Dari Segi Pelaksanaan Aktiviti
1. Sebelum alat inovasi ini dicipta atau diperkenalkan, seseorang individu yang hendak
melakukan aktiviti servis kilas sukar untuk menguasai kemahiran tersebut dengan
tepat dan pada arah yang sesuai.
2. Jurulatih dan guru tidak memiliki alat bantu mengajar yang lebih sistematik.
3. Memerlukan kekerapan latihan yang berpanjangan sekiranya kemahiran servis kilas
tidak dilakukan dengan tepat.
4. Murid atau guru pelatih berasa bosan untuk melakukan aktiviti yang hanya
berpandukan jaring dan tiada bahan sokongan untuk mengasah tahap koordinasi
mereka.

Inovasi Yang Telah Dilaksanakan:


a. Hubung kait dengan pengajaran dan pembelajaran atau penyelidikan.
Dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani dari aspek
meningkatkan kemahiran perlakuan motor iaitu koordinasi mata dengan menyasarkan
bulu tangkis yang menggunakan kemahiran servis kilas dengan tepat serta arah yang
sesuai.

46
b. Deskripsi inovasi dari segi kandungan, strategi, keluaran atau perkhidmatan baharu.
Inovasi dapat memberi bantuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
pendidikan jasmani dari aspek meningkatkan kemahiran perlakuan motor seperti
koordinasi iaitu mata dan tangan.
c. Bidang utama yang menjadi tumpuan inovasi.
Inovasi dalam bidang pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani.

Butir-butir inovasi:
1. Sampel/Subjek : Subjek Berpengalaman (SB) dan Subjek Kurang Berpengalaman
(SKB)
2. Prosedur :
Aktiviti yang dijalankan untuk meningkatkan kemahiran perlakuan motor seperti
kordinasi mata dan tangan.
Subjek melakukan aktiviti memanaskan badan.
Subjek berada dalam posisi sama seperti dalam posisi servis kilas dalam sukan
badminton dan melakukan lakuan yang sama terhadap raket dan bulu tangkis.
Subjek melaksanakan servis kilas dengan menyasarkan kad skor yang telah di
letakkan di atas T-A-T-E.
3. Alat-alat yang digunakan:

PVC paip Kad Skor Paip Tee Sama Raket dan Bulu
Tangkis

Paip Siku 90 Sama

Rajah 2: Alat-alat digunakan


Situasi semasa pelaksanaan inovasi:

PVC paip
PVC paip

Rajah 3 : Subjek Berpengalaman (SB) Rajah 4 : Subjek Berpengalaman (SB)


melakukan servis kilas dengan menyasarkan menyasarkan bulu tangkis ke arah kad skor
bulu tangkis ke arah T-A-T-E . yang diletakkan di T-A-T-E .

47
Rajah 5 : Subjek Kurang Berpengalaman Rajah 6 : Subjek Kurang Berpengalaman
(SKB) melakukan servis kilas dengan (SKB) menyasarkan bulu tangkis ke arah kad
menyasarkan bulu tangkis ke arah T-A-T-E . skor yang diletakkan di T-A-T-E .

KEBERKESANAN KOS
Bil. Peralatan Kuantiti Kos (RM)
1. Paip PVC 6 (batang) -
2. Paip PVC (Penyambung)
- Tee Sama 4 (biji) 12.50
- Siku 90 Sama 2 (biji)
3. Raket dan Bulu Tangkis - -
4. Kad Skor (liminate) 4 (keping) -
Jumlah 12.50

PELAKSANAAN & REPLICABILITY


a. Hubung kait dengan pengajaran dan pembelajaran atau penyelidikan.
Dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani dari aspek
meningkatkan kemahiran perlakuan motor iaitu koordinasi mata dengan menyasarkan
bulu tangkis yang menggunakan kemahiran servis kilas dengan tepat serta arah yang
sesuai.

Menurut kajian Pierre Elmur & Doba (2008), menyatakan perkembangan satu alat
latihan yang boleh dipercayai dan sahih akan memberi satu alat berkesan untuk
meningkatkan koordinasi mata dan tangan.

Pengukuran dalam mata diukur dalam STV (Sports Vision Trainer) yang dibahagikan
kepada dua bahagian iaitu proaction (kemahiran motor tertutup) dan reaction
(kemahiran motor terbuka).

b. Deskripsi inovasi dari segi kandungan, strategi, keluaran atau perkhidmatan baharu.
Inovasi dapat memberi bantuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
pendidikan jasmani dari aspek meningkatkan kemahiran perlakuan motor seperti
koordinasi iaitu mata dan tangan.

c. Bidang utama yang menjadi tumpuan inovasi.


Inovasi dalam bidang pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani.

48
Faedah-faedah dari inovasi yang diperkenalkan :
1. The Accurate Target Equipment atau T-A-T-E ini direka untuk membantu seseorang
individu menguasai ketepatan sasaran khususnya dalam sukan badminton.
2. Mudah dibuat dan tidak memerlukan kos yang banyak.
3. Meningkatkan perlakuan motor iaitu koordinasi seseorang individu.
4. Membina keyakinan seseorang individu untuk melakukan kemahiran tanpa
menggunakan alat bantuan dengan hanya menggunakan imaginasi terhadap visual.

PETAKKU

Oleh
Jackwarior Jackol
Herna Julian

OBJEKTIF
- Membantu dalam menguasai kemahiran hantaran bola aras dada, hantaran lantun,
hantaran menggunakan sebelah tangan dan hantaran lambung dalam permainan bola
jaring.
- Membantu murid dalam menguasai pergerakan kaki dalam permainan sukan bola
tampar, badminton, bola keranjang, bola baling dan bola jaring.
- Membantu murid dalam mempelajari kemahiran asas tarian.
- Menjadi alat pelbagai guna.

KUMPULAN SASARAN
Murid-murid sekolah rendah, guru-guru pendidikan jasmani dan jurulatih sukan.

IMPAK INOVASI
Antara masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid sekolah:
Masalah umum:
Sukan
- Murid sukar menguasai kemahiran hantaran bola aras dada hantaran lantun, hantaran
menggunakan sebelah tangan dan hantaran lambung dalam permainan bola jaring.
- Murid sukar menguasai pergerakan kaki dalam permainan sukan bola tampar,
badminton, bola keranjang, bola baling dan bola jaring.
Pengerakan
- Susah menguasai tarian.

Masalah khusus:
Sukan
- Kedudukan kaki yang salah semasa melakukan kemahiran hantaran bola aras dada
hantaran lantun, hantaran menggunakan sebelah tangan dan hantaran lambung dalam
permainan bola jaring.
- Teknik pegangan bola yang tidak kemas.
- Hantaran tidak tepat, selalunya bola tidak sampai ke arah sasaran.
Pergerakan
- Memudahkan murid menguasai tarian.

49
Antara masalah yang dihadapai:
Pergerakan kaki Sasaran bola

KEBERKESANAN KOS
Bil Jenis bahan Kuantiti/harga seunit Jumlah kos
(RM) (RM)
1 Batang Paip 2 batang x RM15.00 30.00
2 Paip T 4 biji x RM2.50 10.00
3 Paip L 6 biji x RM2.00 12.00
4 Tikar 2 helai x RM 3.00 6.00
5 Span 2x RM1.00 2.00
6 Kain - -
7 Getah - -
Jumlah 60.00

PELAKSANAAN & REPLICABILITY


Antara faedah-faedah daripada inovasi yang dilaksanakan ialah:
- Membantu murid menguasai kemahiran hantaran bola aras dada, hantaran lantun,
hantaran menggunakan sebelah tangan dan hantaran lambung dalam permainan bola
jaring.
- Membantu murid dalam menguasai pergerakan kaki dalam permainan sukan bola
tampar, badminton, bola keranjang, bola baling dan bola jarring.
- Membantu murid dalam mempelajari kemahiran asas tarian.
- Boleh digunakan sebagai tikar.
- Boleh digunakan sebagai tapak permainan contohnya permainan sos, xox,
menawan kawasan, bingo dan chess.
- Boleh digunakan sebagai alat bantu mengajar halangan.

Berikut merupakan alat inovasi yang dicipta:


Baju berpetak Palang boleh laras Tikar pelbagai guna

50
SETTING CONTACT POINT (SCP)

Oleh
Ellif Mopilin
Jumardi Bin Muhlis
Shahrul Bin Malimbroni

OBJEKTIF
Meningkatkan kemahiran asas mengumpan dalam permainan Bola Tampar

KUMPULAN SASARAN
Murid Tahun 4 SK St. Ambrose Panchor

IMPAK INOVASI
Sebelum menggunakan alat inovasi :

Masalah yang dihadapi :


- Semasa melakukan kemahiran mengumpan, murid tidak dapat mengawal bola di atas
dahi semasa melakukan umpanan.
- Faktor utama masalah tersebut adalah:
1. Titik kontak,
2. Murid tidak biasa dengan kemahiran tersebut,
3. Tidak dapat mengawal pergelangan tangan dengan baik semasa melakukan
umpanan di atas dahi.

Analisis Masalah :
- Murid memerlukan bahan bantu mengajar yang boleh membantu murid memperbaiki
masalah titik kontak semasa melakukan umpanan di atas dahi.
- Murid memerlukan bahan bantu mengajar yang membolehkan murid melakukan
kemahiran secara berulang-ulang sehingga mampu memperbaiki kelemahan dan
dapat membiasakan diri dengan kemahiran tersebut.
- Murid memerlukan alat bantu mengajar yang dapat meningkatkan kawalan
pergelangan tangan

51
KEBERKESANAN KOS

Bil. Bahan Harga (RM)


1 Bola tampar tiruan 4.50
2 Rubber band 1.90
3 Bekas makanan ringan -
4 Selotape -
5 Stapler -
6 Velcro tape 4.00
Jumlah 10.40

- Inovasi yang dihasilkan - Setting


Contact Point (SCP)

PELAKSANAAN & REPLICABILITY


Melaksanakan penggunaan inovasi :

Faedah daripada menggunakan inovasi :


Selepas menggunakan Setting Contact Point System :
1. Murid dapat mengawal bola dengan lebih baik
2. Memperbaiki masalah titik kontak semasa
melakukan umpanan di atas dahi.
3. Umpanan dapat dilakukan secara konsisten di
atas dahi.
4. Murid dapat membiasakan diri dengan kemahiran
mengumpan dengan lebih cepat

52
STEP GUIDER

Oleh
Linton Jubin Thien
Muhammad Taufiq Bin Amin
Nur Anisah Binti Majit

OBJEKTIF
1. Meningkatkan kemahiran pegangan raket semasa melakukan kemahiran jaring dalam
permainan badminton dengan menggunakan kaedah ansur maju berinovatif.
2. Meningkatkan kemahiran kedudukan kaki semasa melakukan kemahiran jaring dalam
permainan badminton dengan menggunakan kaedah ansur maju berinovatif.
3. Meningkatkan kemahiran kontak bulu tangkis semasa melakukan kemahiran jaring
dalam permainan badminton dengan menggunakan kaedah ansur maju berinovatif.
4. Meningkatkan kemahiran jaring dengan tepat dalam badminton dengan menggunakan
kaedah ansur maju berinovatif.

KUMPULAN SASARAN
Murid-murid sekolah rendah dan atlet novis

IMPAK INOVASI
Inovasi ini adalah berfokuskan kepada meningkatkan kemahiran jaring murid di dalam
permainan Badminton. Semasa saya mengajar tentang kemahiran jaring dalam permainan
badminton, murid masih tidak dapat memasukkan bulu tangkis ke sebelah jaring dengan
tepat dan mereka juga masih tidak dapat menggunakan cara dan teknik yang dipelajari
melalui latihan ansur maju yang telah diajar seperti khususnya kedudukan kaki semasa
melakukan kemahiran jaring. Hal ini menunjukkan bahawa tahap penguasaan kemahiran
murid dalam kemahiran jaring dalam permainan badminton masih di tahap yang lemah.

Isu untuk mencipta inovasi ini mula timbul melalui murid-murid Tahun 4 yang saya ajar pada
sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani kemahiran jaring dalam permainan
badminton. Saya dapati terdapat beberapa orang murid masih tidak dapat memasukkan bulu
tangkis ke sebelah jaring dengan tepat dan mereka juga masih tidak dapat menggunakan
cara dan teknik yang dipelajari melalui latihan ansur maju yang telah diajar seperti cara
pegangan raket dan kedudukan kaki semasa melakukan kemahiran jaring. Mereka juga
masih tidak dapat mengawal bulu tangkis mereka semasa melakukan kemahiran jaring.
Oleh itu, saya mula mencipta bahan inovasi ini sebagai bahan intervensi mengatasi masalah-
masalah tersebut.

Memandangkan permainan badminton ini sinonim dengan lelaki dan perempuan, oleh itu,
saya telah memilih enam orang murid lelaki dan perempuan iaitu 3 orang murid lelaki dan
tiga orang murid perempuan yang masih tidak dapat melakukan kemahiran walaupun telah
diajar teknik yang betul menggunakan kaedah ansur maju. Enam orang murid lelaki dan
perempuan ini saya jadikan sebagai satu kumpulan baru yang dapat saya kenalpasti
kelemahan mereka dan saya kelaskan sebagai kumpulan yang memerlukan pemulihan atau
latihan lanjutan.

53
Enam orang murid lelaki dan perempuan Tahun 4 ini mempunyai masalah dalam melakukan
kemahiran jaring atau net. Mereka juga didapati belum dapat menguasai kemahiran jaring
dalam permainan badminton walaupun telah diajar teknik dan kemahiran yang betul oleh
guru serta menggunakan kaedah ansur maju namun murid-murid ini masih tidak dapat
menguasai kemahiran ini.

Apabila saya mengajukan pertanyaan kepada mereka mengapa mereka tidak dapat
memasukan bulu tangkis ke jaring sebelah, mereka mula menjawab bahawa mereka
terlalu jauh daripada jaring. Oleh sebab itu mereka hanya melakukan kemahiran
menjaring ini dengan sambil lewa tanpa menitikberatkan soal teknik dan cara yang
betul semasa melakukan kemahiran jaring.
(Nota lapangan 1, 04/02/2016)

Berdasarkan petikan dari nota lapangan saya di atas, jelas terbukti bahawa murid-murid saya
ini juga menyatakan bahawa faktor posisi badan yang terlalu jauh daripada jaring atau net
juga merupakan sebab mengapa mereka tidak dapat kemahiran jaring dengan tepat. Namun,
saya telah membuktikan kepada mereka bahawa terdapat beberapa orang murid yang tidak
pernah bermain badminton namun berjaya memasukkan bola tangkis dengan mudah dan
tepat serta tekniknya pula mengikuti apa yang telah dipelajari. Oleh itu, inovasi yang telah
saya cipta adalah lebih kepada membantu dengan menggunakan warna, nombor dan huruf
sebagai wakil panduan kepada pergerakan murid.

Seterusnya, memandangkan gelanggang tidak mempunyai ukuran untuk gelanggang


badminton, saya telah bertanya kepada guru kokurikulum sekolah tersebut dan memberi
cadangan agar mengukur gelanggang badminton mengikut spefikasi yang betul. Namun,
pihak sekolah tidak dapat mengambil apa-apa tindakan. Oleh itu, saya telah mencipta satu
gelanggang mini yang mempunyai ukuran yang standard khusus untuk inovasi ini.

Rajah 1: Sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani Tahun 4

Saya telah mengetahui bahawa murid-murid saya ini mengalami masalah dalam
mengaplikasikan kemahiran yang telah saya ajar iaitu kedudukan tangan dan kaki yang
kurang sesuai semasa melakukan kemahiran jaring badminton.

Saya telah menggunakan kaedah ansur maju semasa mengajar kemahiran jaring dan
didapati beberapa orang murid masih tidak dapat mengaplikasikan teknik dan tunjuk

54
cara yang telah dipelajari. Apa yang dapat saya kenalpasti ialah beberapa orang murid
perempuan ini masih tidak dapat menggunakan teknik dan cara yang telah diajar
kepada mereka.
(Nota Lapangan 1, 09/02/2016)

Melalui ansur maju yang ditunjukkan pada gambar rajah 1, didapati bahawa murid diajar
menggunakan kedudukan kaki yang betul iaitu kaki buka seluas bahu. Bagi murid yang
menggunakan tangan kanan, kaki kiri bergerak ke hadapan sebelah kanan. Kemudian kaki
kanan akan bergerak ke hadapan sebelah kanan dan kaki kiri berada di belakang. Semasa
murid melakukan kontak bulu tangkis ke atas raket, didapati kebanyakkan daripada bulu
tangkis mereka tidak menepati sasaran iaitu bula tangkis tersasar daripada sasaran.
Terdapat juga bulu tangkis terkandas di jaring.

Saya berpendapat bahawa mungkin cara dan teknik yang saya ajar terlalu sukar untuk diri
mereka melakukan kemahiran ini dengan betul. Oleh itu, saya mencipta inovasi ini dengan
menjadikan nombor, warna dan huruf sebagai wakil panduan ataupun sebagai pengganti
arahan yang berjela-jela. Apabila arahan terlalu berjela-jela murid akan sukar untuk fokus
kepada ansur maju yang betul. Namun apabila arahan menjadi mudah ansur maju juga
dapat dilaksanakan dengan betul kerana lebih fokus kepada ansur maju pergerakan dalam
kemahiran jaring. Selain itu, apabila arahan lebih mudah, psikologi manusia akan menjadi
lebih yakin untuk melaksanakan sesuatu perkara apabila perkara tersebut dianggap mudah
tetapi mencabar berbanding perkara yang telah dianggap sukar.

KEBERKESANAN KOS
Bil. Jenis bahan Kuantiti/ Harga seunit (RM) Jumlah kos (RM)

1 Masking Tape 2 gulung RM 4.00 4.00


2 Basket Ball 2 x RM 4.90 9.80
3 Batang paip 3 x 11.70 34.10
4 Tikar getah 2 x RM 7.90 15.80
Jumlah 63.40

PELAKSANAAN & REPLICABILITY


Sebagai langkah dan cadangan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi saya telah
mencipta satu bahan inovasi dengan menggunakan kaedah ansur maju berinovatif iaitu
penggunaan warna, nombor dan huruf. Selain itu, saya menyediakan sebuah tikar dimana di
atas tikar tersebut terdapat kesan tapak kaki pergerakan bagi kemahiran jaring. Tapak kaki
ini juga akan diwakili oleh warna. Kemudiaan, saya telah membina jaring yang diperbuat
daripada batang paip. Setiap bucu paip atau jaring terdapat bakul jaring. Tujuannya adalah
supaya murid mempunyai target semasa kontak bulu tangkis iaitu memasukan bulu tangkis
ke dalam bakul jaring Jika sebelum ini saya menggunakan kaedah ansur maju tetapi tidak
mewakilkan anggota-anggota badan yang terlibat dengan menggunakan warna, nombor
dan huruf saya telah memikirkan satu jalan penyelesaian yang mungkin dapat membantu
subjek-subjek kajian saya lebih memahami kaedah ansur maju yang akan digunakan ini.

55
APLIKASI KAEDAH ANSUR MAJU BERINOVATIF
DAN FLEKSIBLE NET

Oleh
Ras Anisha Binti Rashid
Mohd Hamdan Bin Pallao
Mohd Zabri Bin Ashim

OBJEKTIF
1. Meningkatkan kecekapan kemahiran menjaring bola jaring dengan tepat melalui
kaedah ansur maju berinovatif.
2. Meningkatkan keyakinan kendiri dengan penggunaan alat bantu mengajar berinovatif.
3. Mengatasi masalah kekurangan bahan bantu mengajar PJK di sekolah.
4. Menarik minat murid sekolah untuk mempelajari sesuatu kemahiran dengan

KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran yang terlibat dalam kajian ini ialah pelajar tahap dua daripada kelas
Tahun 4 iaitu seramai 6 orang yang terdiri daripada 3 lelaki dan 3 perempuan yang
mempunyai masalah kurang mahir dalam menjaring dalam permainan bola jarring.

IMPAK INOVASI

Kesalahan kedudukan badan, tangan dan kaki murid sebelum alat inovasi di gunakan.

Masalah yang di hadapi sebelum alat inovasi digunakan :


a) Jaring terlalu tinggi, kurang keyakinan untuk menjaringkan bola.
b) Kedudukan kaki yang tidak sesuai semasa menjaring.
c) Kedudukan tangan semasa menjaring.
d) Cara pegangan bola semasa menjaring.

Nama Indikator : Fleksible Net

56
KEBERKESANAN KOS
Bahan Pembinaan : Paip PVC (Polyvinyl Chloride), T- Join pipe, roda dan menggunakan
bahan bahan terpakai.

PELAKSANAAN & REPLICABILITY

Kedudukan bersedia. Berdiri, sebelah kaki di hadapan.


Pegang bola dengan kedua-dua belah tangan.
Jari dibuka dan melengkung, ibu jari di belakang bola.
Bengkokkan siku dan bawa bola ke atas kepala sambil membengkokkan lutut.

Luruskan lutut, tolak bola ke dalam jaring indikator dengan meluruskan tangan
dan dibantu oleh pergelangan tangan serta jari-jari.
Ikut Lajak

Faedah Faedah Penggunaan Alat inovasi


Mudah digunakan dan pelbagai fungsi
Mudah laras (ketinggian)
Ringan dan tapak yang kukuh
Selamat digunakan (tiada bucu tajam)
Mudah digerakkan kerana mempunyai roda

57
PAPAN SURIH NOMBOR

Oleh
Veronica Semambu Anak Boniface Bunyam
Audreyana Santa Anak Juti

OBJEKTIF
Papan Surih Nombor dihasilkan agar dapat :
a) Meningkatkan kemahiran menulis nombor 2 hingga 10 dalam kalangan murid
prasekolah mengikut cara yang betul.
b) Menarik minat murid prasekolah untuk belajar menulis nombor 2 hingga 10.

KUMPULAN SASARAN
Inovasi Papan Nombor Surih ini boleh digunakan sebagai bahan bantu mengajar murid
prasekolah yang berumur dalam lingkungan 4 hingga 6 tahun.

IMPAK INOVASI
Lazimnya, saya menunjukkan cara menulis nombor 1 hingga 10 mengikut cara yang betul di
papan putih kepada murid. Selain itu, murid juga dibimbing menulis nombor yang diajarkan di
udara. Sementara itu, guru memantau arah pergerakan tangan murid menulis nombor yang
disebut. Guru juga menggunakan lembaran kerja sebagai bahan latih tubi untuk melatih
kemahiran menulis nombor dalam diri murid. Kadang-kala saya juga membimbing tangan
beberapa orang murid yang dikenal pasti memerlukan bimbingan guru untuk menulis nombor
dengan betul di lembaran kerja yang diberikan.

Meskipun pelbagai teknik telah digunakan dan kerap kali dilaksanakan, namun masih
terdapat beberapa orang murid masih mengulangi masalah yang sama. Antara masalah
yang dapat dikenal pasti adalah murid menulis nombor tidak mengikut urutan cara tulis
nombor yang betul. Sebagai contoh, ada murid menulis nombor 5 menyerupai huruf s.
Selain itu, ada juga murid menghadapi masalah menulis nombor terbalik seperti nombor 2, 3,
4, 5, 6, 7, 9, 10. Masalah menulis nombor terbalik merupakan masalah lazim yang biasa
dihadapi oleh kanak-kanak prasekolah. Rajah-rajah menunjukkan hasil kerja murid yang
memaparkan nombor-nombor yang kanak-kanak tulis salah:

Hasil Kerja Murid A Hasil Kerja Murid B Hasil Kerja Murid C

Masalah-masalah ini membakar semangat dan keinganan saya untuk menghasilkan satu
inovasi membantu murid nombor dengan betul. Inovasi ini adalah adaptasi daripada kaedah
tindakan iaitu menggunakan teknik surih. Seramai tiga orang kanak-kanak yang dikenalpasti
58
mempunyai masalah tidak dapat menulis nombor dengan betul dibimbing untuk belajar
kemahiran menulis nombor menggunakan inovasi ini. Penetapan murid yang tidak ramai ini
dapat membolehkan guru memberi bimbingan dengan lebih berfokus secara individu secara
lebih berkesan. Tambahan, hal ini membolehkan guru memerhati dan menilai kelemahan
yang murid hadapi serta bimbingan dapat diberikan secara terus.

Papan Surih Nombor dihasilkan bertujuan untuk membantu murid prasekolah menulis
nombor 2 hingga 10 dengan betul selari dengan tuntutan Standard Pembelajaran (SP) Sains
dan Teknologi (ST) 7.1.8 iaitu menulis nombor 1 hingga 10 mengikut cara yang betul.
Sehubungan dengan itu, kemahiran menulis nombor penting sebagai kemahiran asas belajar
matematik seperti yang pernyataan terkandung dalam dokumen Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan (2010). Papan Surih Nombor dihasilkan untuk menarik minat
murid belajar menulis nombor dengan lebih menarik.

Dengan adanya inovasi ini murid dapat belajar menulis nombor mengikut teknik yang betul di
mana murid menyambung titik-titik berpandukan arah anak panah yang ditunjukkan di papan
surih bernombor yang disediakan. Inovasi ini juga disediakan dengan menggunakan kertas
A4 yang terdiri daripada pelbagai warna untuk menarik minat murid belajar
menggunakannya. Tambahan itu, kaedah surih nombor yang terkandung dalam inovasi ini
dapat membantu murid menulis nombor agar tidak terbalik. Dapatan kajian Sumiyati Abdul
Halim Jikem (2012) menunjukkan kaedah surih dapat membantu murid yang bermasalah
menulis huruf terbalik.

Inovasi ini disediakan sebanyak empat set (setiap set terdiri daripada papan surih nombor 2
hingga 10). Setiap set terdiri daripada dua jenis papan surih iaitu papan surih besar dan
papan surih kecil. Papan surih besar adalah satu papan surih yang ada satu nombor sahaja
dan saiz nombornya besar, manakala papan surih kecil pula papan surih yang mempunyai
lebih kurang dua belas nombor yang sama dan disusun berulang-ulang. Murid boleh
menyambung titik nombor di kedua-dua belah muka surat papan surih bernombor.

Papan Surih Nombor dicetak menggunakan kertas A4 berwarna yang terdiri daripada
pelbagai warna (merah, biru, jingga, hijau, merah jambu). Pemilihan penggunaan warna yang
pelbagai adalah untuk menarik minat murid untuk memilih belajar. Murid boleh memilih
papan surih mengikut warna kegemaran mereka. Papan surih ini dilaminate dan murid
menulis menggunakan permanent markerpen agar hasil tulisan murid tidak mudah
terpadam apabila terkena tangan mereka. Kaedah menulis menggunakan markerpen
adalah bagi melatih kemahiran motor halus murid. Hal ini bagi membiasakan dan melatih
murid memegang pensil sebelum belajar menulis menggunakan pensil di mana saiznya yang
lebih besar berbanding pensil. Gambar berikut menunjukkan gambar inovasi yang telah
dihasilkan:

59
KEBERKESANAN KOS
Bil. Bahan-bahan Harga seunit (RM) Kuantiti (unit) Jumlah (RM)
1 Kertas warna A4 21.80 1 22.00
2 Laminating Film 31.99 1 40.00
5 Marker pen 2.50 4 10.00
8 Ink mesin cetak 57.80 1 58.00
Jumlah 130.00

PELAKSANAAN & REPLICABILITY


Inovasi Papan Surih Nombor pernah digunakan semasa program pratikum fasa ketiga di
Prasekolah Sekolah Kebangsaan Samarahan Estate, Serian. Program praktikum ini bermula
pada 25 Januari hingga 29 April 2016. Bilangan murid yang terlibat secara keseluruhannya
ialah empat orang murid prasekolah yang berumur 6 tahun. Inovasi ini dilaksanakan kepada
murid pada masa yang terluang seperti selapas murid rehat atau pada awal persekolahan
sebelum kelas bermula. Gambar berikut menunjukkan gambar murid yang sedang menulis
nombor 9 menggunakan inovasi ini:

Beberapa impak yang telah saya kenalpasti setelah melaksanakan inovasi ini. Pertama
adalah murid seronok belajar menulis nombor menggunakan inovasi ini. Sebelum belajar
menggunakan inovasi ini iaitu semasa guru sedang menunjukkan cara menggunakan inovasi
murid-murid sudah berasa tertarik dan gembira melihat set papan nombor yang disediakan.
Mereka tidak sabar untuk menulis menggunakan whiteboard markerpen yang disediakan di
atas papan nombor itu.

Setelah murid berjaya menulis nombor dengan menyambung titik-titik tersebut, ada pelbagai
reaksi yang telah mereka tunjukkan seperti ketawa gembira apabila melihat nombor yang
telah mereka tulis. Ada murid yang menyebut, Yey, saya sudah siap. Cikgu nombor apa
lagi? (ini menunjukkan tidak sabar untuk menulis nombor yang seterusnya dan murid
kelihatan teruja dan gembira).

Murid juga gembira melihat papan nombor yang disediakan dengan pelbagai warna. Semasa
mengagihkan papan nombor untuk setiap murid, murid masing-masing menyebut dan
memilih papan nombor mengikut warna keinginan masing-masing. Hal ini menunjukkan
minat murid untuk belajar telah terangsang dengan adanya warna kegemaran mereka.

Impak penggunaan inovasi ini yang kedua adalah dapat meningkatkan kemahiran menulis
nombor 2 hingga 10 dalam diri murid. Sebelum menggunakan inovasi ini saya membuat ujian
awal dengan meminta beberapa orang murid yang dikenalpasti belum dapat menulis nombor
dengan betul untuk menulis nombor yang saya sebut iaitu 1 hingga 10. Selepas

60
melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggunakan inovasi ini, murid sekali
lagi diminta membuat ujian akhir dengan menulis nombor yang guru sebut, 1 hingga 10.

Hasil pemerhatian terhadap hasil ujian murid menunjukkan ada peningkatkan yang
ditunjukkan dalam diri setiap murid yang telah diberi bimbingan menulis nombor
menggunakan inovasi ini. Gambar rajah berikut menunjukkan peningkatan (bilangan nombor
yang ditulis salah lebih sedikit pada ujian akhir berbanding pada ujian awal) yang ditunjukkan
oleh murid setelah belajar menulis nombor menggunakan Papan Surih Nombor bagi setiap
murid A, B, dan C:

Murid Hasil Ujian Awal Hasil Ujian Akhir

Terdapat dua cadangan penambahbaikan yang saya rasa perlu ditingkatkan. Pertama
adalah melibatkan unsur bermain sambil belajar. Kaedah ini boleh meningkatkan semangat
dan keseronokan murid untuk terus belajar. Hal ini demikian kerana, saya mendapati ada
murid yang kelihatan bosan selepas beberapa kali membuat aktiviti yang sama pada hari
yang berikutnya iaitu menyambung titik di atas Papan Surih Nombor. Dengan
menggunakan inovasi ini murid boleh bermain sambil belajar. Guru boleh mengadakan
pertandingan menulis nombor selepas bimbingan diberikan oleh guru.

61
Pertandingan boleh dilaksakan kepada dua atau hingga empat orang murid. Murid boleh
bertanding menulis nombor tertentu yang ditetapkan menggunakan set-set papan nombor
yang telah disediakan. Murid yang dapat menulis nombor dengan tepat dan pantas akan
diberi rangsangan dan ganjaran berbentuk token senyuman. Murid yang berjaya mengumpul
token paling banyak akan dikira sebagai pemenang akan diberi hadiah pensel. Penggunaan
rangsangan dan ganjaran digunakan untuk menarik minat murid untuk meneruskan
pembelajaran dan kaedah ini selari dengan teori pembelajaran behavioris.

Penambahbaikan yang kedua adalah, menggunakan whiteboard marker pen berbanding


menggunakan permanent marker pen. Hal ini adalah bagi memudahkan murid memadan
kesalahan yang telah mereka lakukan atau memudahkan guru untuk memadam hasil tulisan
murid bagi membolehkan set tersebut boleh digunakan semula. Semasa menghasilkan
inovasi ini, saya berasa keliru sama ada memilih menggunakan whiteboard marker pen atau
permanent marker pen.

Jika saya menggunakan whiteboard marker pen saya beranggapan nanti murid terpadam
nombor yang telah mereka surih terutamanya kanak-kanak yang menulis menggunakan
tangan kiri. Namun setelah melihat kanak-kanak menulis menggunakan permanent marker
pen sukar bagi mereka untuk membetulkan kesalahan kerana hasil tulisan mereka tidak
dapat dipadam. Saya mendapati ada murid yang kelihatan sedih melihat nombor yang
mereka tulis dengan salah tidak dapat dipadam semula. Hal ini menyebabkan kanak-kanak
tidak berpeluang membetulkan kesalahan mereka sendiri. Oleh itu, saya bercadang untuk
menggunakan whiteboard marker pen. Jika ada kanak-kanak yang kidal, saya akan
menyediakan permanent markerpen untuk murid itu tulis dan whiteboard marker pen juga
disediakan untuknya membuat pembetulan kerana, hasil tulisan menggunakan permanent
markerpen boleh ditanggalkan dengan menggunakan whiteboard marker pen.

EFFECTIVE SETTING

Oleh
Hazairi bin Herman
Herman Marius
Nur Syakilla binti Madnuru

OBJEKTIF
i. Memperbetulkan cara dan teknik lakuan kemahiran mengumpan dalam permainan bola
tampar dengan menggunakan alat inovasi Effective Setting .
ii. Melakukan kontak bola pada ketinggian yang betul iaitu pada paras dahi.
iii. Membantu meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran mengumpan
menggunakan alat inovasi.

KUMPULAN SASARAN
Murid Tahap 2 Sekolah Rendah

IMPAK INOVASI
Inovasi Effective Setting merupakan alat yang digunakan dalam permainan bola tampar bagi
meningkatkan kemahiran mengumpan bola. Inovasi ini merupakan perancangan awal dan
pengumpulan data belum dapat dilaksanakan.

62
Gambarajah 1: Alat inovasi yang
digunakan dan cara penggunaan

Masalah yang berlaku semasa murid


melakukan kemahiran mengumpan
adalah:
Aras kontak bola yang salah.
Kontak bola yang betul adalah
pada paras dahi iaitu 45.

Gambarajah 2: Kesalahan dalam


kemahiran menumpan.

KEBERKESANAN KOS
Kos yang digunakan dalam inovasi ini adalah sangat efekitif kerana peralatan yang
digunakan hanya perlu dibeli sekali sahaja dan boleh digunakan dalam jangka masa yang
panjang. Alat yang digunakan tidak bersifat mudah rosak. Peralatan yang digunakan :
Batang Paip ( RM51.40)

PELAKSANAAN & REPLICABILITY


Melalui pelaksanaan inovasi ini, murid akan dapat meningkatkan kemahiran mengumpan
dalam permainan bola tampar dan memperbaiki kesalahan-kesalahan seperti :

i. Aras kontak bola pada paras dahi


ii. Lutut di fleksikan semasa melakukan kontak bola.
iii. Tangan membentuk segitiga dan siku dibengkokkan.
iv. Tangan lurus semasa menolak bola.

Inovasi ini akan membantu murid melakukan kontak bola pada paras dahi kerana landasan
yang disediakan adalah pada paras dahi murid. Ketinggian landasan boleh dilaraskan
mengikut ketinggian murid. Inovasi ini mudah namun mampu untuk memberikan impak yang
positif dan berkesan kepada murid terutamanya dalam kemahiran mengumpan permainan
bola tampar.

Inovasi ini akan memberikan manfaat kepada pihak sekolah dimana guru boleh
menggunakan alat ini untuk melatih murid untuk bertanding dalam pertandingan.

63
NOW I CAN RECOGNISE YOU

Oleh
Empiang Anak Juing
Claudia Vera Ronnie

OBJEKTIF
a.) Mengukuhkan kemahiran Matematik seperti berikut :
Keupayaan mengecam nombor.
Keupayaan pra nombor
Keupayaan membilang
Keupayaan memahami nilai nombor

b.) Memupuk nilai-nilai murni seperti berikut :


Teliti. Murid perlu merasa bentuk nombor yang diperkenalkan.
Berhati-hati. Ketika menjalankan aktiviti, murid perlu berhati-hati memasukkan air
ke dalam botol agar tidak melimpah dari tahap yang ditetapkan.
Sabar. Murid perlu bersabar menunggu giliran mereka untuk bermain.
.
KUMPULAN SASARAN
Permainan ini sesuai untuk tahap umur 5 hingga 6 tahun iaitu kanak-kanak prasekolah.
Namun begitu, guru juga boleh menggunakan alat inovasi ini untuk membimbing murid
Tahun 1 atau murid pemulihan yang masih belum dapat mengecam nombor.

IMPAK INOVASI
Satu perempat daripada murid di dalam kelas saya tidak dapat melaksanakan lembaran
kerja membulatkan simbol nombor berdasarkan bilangan objek yang diberi. Namun begitu,
saya merasa sangat terkejut apabila murid-murid tersebut dapat membilang objek dengan
betul apabila saya meminta mereka berbuat demikian. (Empiang Juing, 27 Januari 2016, SK
Pangkalan Sorah).

Aktiviti Cari Saya (murid mencari pasangan yang memegang simbol nombor sama dengan
jumlah objek yang mereka pegang) kurang berjaya dilaksanakan. Aktiviti ini mengambil masa
yang lebih lama daripada yang saya jangkakan. Saya terpaksa menemukan beberapa
pasangan sedangkan sebelum ini saya telah melaksanakan aktiviti mengira bilangan objek
bersama-sama dengan murid. (Claudia Vera Ronnie, 2 Februari 2016, SK Tanah Merah).

Kedua-dua petikan di atas merupakan ulasan daripada refleksi kendiri ahli kumpulan saya
selepas melaksanakan PdP slot Matematik semasa menjalani Praktikum Fasa III.
Berdasarkan kedua-dua refleksi tersebut, terdapat satu masalah sinonim yang berlaku di
antara dua buah sekolah yang berbeza iaitu murid tidak dapat menguasai kemahiran
mengecam nombor 1-10 walaupun telah menguasai kemahiran membilang. Menurut Rohaty
Mohd Majzub (2010), kemahiran mengecam nombor adalah satu kemahiran yang perlu
dikuasai oleh murid setelah menguasai kemahiran membilang. Sekiranya murid tidak
menguasai kemahiran mengecam nombor, ia akan memberi impak yang besar dalam diri
murid. Murid akan mengalami kesukaran untuk menguasai kemahiran lain dalam Matematik

64
seperti kemahiran operasi nombor, konsep waktu dan mengecam nilai wang. Kebanyakan
kemahiran-kemahiran Matematik bersangkut paut dengan nombor.

Menyedari betapa pentingnya murid perlu menguasai kemahiran mengecam nombor 1-10,
maka ahli kumpulan saya telah bergabung idea untuk mencari satu jalan penyelesaian bagi
mengatasi masalah tersebut. Dalam proses mencari idea untuk menyelesaikan masalah
tersebut, ahli kumpulan kami berpegang teguh dengan konsep bahawa kanak-kanak belajar
melalui penglibatan aktif bak kata pepatah Cina Saya dengar dan saya lupa, saya lihat dan
saya ingat, saya lakukan dan saya faham. Berpandukan pegangan tersebut, akhirnya
terhasil satu inovasi PdP yang bertajuk Now I Can Recognize You. Inovasi ini adalah satu
inovasi yang memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menguasai kemahiran mengecam
nombor dengan bermain. Pembelajaran yang paling efektif dalam peringkat kanak-kanak
adalah satu pembelajaran yang santai dan menyeronokkan (Nor Hashimah Hashim, 2012).
Inovasi ini menerapkan pengetahuan sedia ada murid, dimana sebelum murid mengecam
nombor, mereka perlu membilang bilangan objek berdasarkan nombor yang telah dipilih.
Selain itu, melalui inovasi ini, murid bukan hanya mendengar bunyi nombor yang disebut
sahaja, tetapi dalam masa yang sama, murid dapat menyentuh bentuk nombor tersebut dan
akhirnya melakukan bentuk nombor tersebut dengan mengecam nombor di papan Sugaku.
Ketiga-tiga proses ini akan memudahkan murid untuk menguasai kemahiran mengecam
nombor 1-10 dengan lebih mudah, efektif dan berkesan.

Inovasi dihasilkan:

Papan Sugaku Taktil Nombor Kotak Bilangan

Isi Saya Papan Sugaku yang telah


dilekatkan taktil nombor

Selain dapat digunakan untuk kemahiran mengecam nombor 1-10, alat inovasi ini juga
bersifat fleksibel dimana ia boleh digunakan untuk sesi pembelajaran sains iaitu kepentingan
air untuk tumbuhan dan juga untuk pembelajaran tunjang Komunikasi Bahasa Melayu. Guru
boleh mengubahsuai alat inovasi ini untuk mengecam huruf A-Z. Dan keistimewaan yang

65
terakhir adalah alat inovasi ini sangat mudah dibawa oleh guru dan juga boleh digunakan
dalam mana-mana pembelajaran tunjang.

Hasil kerja murid:

Reaksi Murid:
Wa.apa yang cikgu bawa ini. Saya nak main cikgu..saya nak main
Cikgu, seronoklah main ini. Nanti besok cikgu bawa kami main lagi kah kalau kami dah siap
kerja

Komen Guru
Satu alat inovasi yang sangat menarik dan berkesan dalam membantu mengatasi masalah
murid mengecam nombor 1-10. Ia juga sangat ringan dan mudah dibawa ke sekolah. (Guru
Prasekolah SK Pangkalan Sorah)

Alat Bantu Mengajar ini adalah satu contoh alat inovasi yang sangat produktif. Selepas
penggunaaan alat inovasi ini, saya dapat melihat dengan jelas perubahan yang positif dalam
diri murid dari aspek tahap penguasaan murid. Teruskan usaha yang baik ini. (Guru
Prasekolah SK Tanah Merah).

66
KEBERKESANAN KOS
--Tiada

PELAKSANAAN & REPLICABILITY

SK PANGKALAN SORAH

SK TANAH MERAH

67
MULTI-PURPOSE AGILITY LADDER 2.0

Oleh
Lim Ting Len
Wafa Farhana Binti Abd Kadir

OBJEKTIF
To increase the coordination dan balancing of feet among participants by using Multi-
purpose Agility Ladder.
To increase the ability to maintain balance with body movement.

KUMPULAN SASARAN
Year 3 Pupils of SK St. Patrick Tangga, Serian.

IMPAK INOVASI
Date: 25 Januari 2016 29 April 2016
Time: 0730 0830
Place: Sk St. Patrick Tangga, Serian.
Procedure :
1. Lompat Ketingting
- Activity to increase stability and coordination.
- Lompat Ketingting is to train split steps. Split steps allow players to gather
balance to react explosively towards the direction of the balls like in tennis,
badminton and rugby.
- School pupils jump in sequence.
2. Speed Ladder
- Activity that is done to increase speed.
a. Teacher trainees/ school pupils warm up.
b. Teacher trainees/ school pupils in stand-by position.
c. Teacher trainees/ school pupils perform moderate high knee run from the
starting to the end of the Multi-purpose Agility Ladder.
3. Cross Hop
- Activity to increase agility.
a. Teacher trainees/ school pupils in stand-by mode in the middle of the Multi-
purpose Agility Ladder.
b. Teacher trainees/ school pupils start jumping clockwise alternatively and back
to the center.
c. This can be done either individually or a group not more than four.

KEBERKESANAN KOS
No. Items Quantity Amount (RM)

1 Waistband 2 (sets) 24.00


2 Measuring Tape 1 0.00

3 Velcro Tape 2 Meter 20.00

Total 44.00

68
PELAKSANAAN & REPLICABILITY
Advantages of Innovation
1. Multi-purpose Agility Ladder is designed to aid participants to fully acquire the skills of
stepping or feet movement in different sports activities.
2. Easy to make and has high cost effectiveness.
3. Able to create element of fun in learning among participants through the usage of Multi-
purpose Agility Ladder during practice session.
4. Able to increase agility among participants.
5. Able to help participants to balance their body during sports activities.
6. Able to aid and guide teachers in the process of teaching and learning especially for
Physical Education class in different aspects namely raising body temperature, pulse,
balancing, agility, speed and enjoyment during activities.

SNAKE CARD

Oleh
Siti Normila Binti Solhi
Siti Norain binti Duka

OBJEKTIF
c) Mempertingkatkan kemahiran membuat padanan dua kumpulan objek yang
mempunyai bilangan sama dan tidak sama di samping membantu memahami dua
konsep tersebut.
d) Mempertingkatkan kemahiran bandingbeza antara dua kuantiti titik atau angka pada
kad-kad yang digunakan dalam permainan Snake Card
e) Memupuk nilai-nilai seperti berikut:
Nilai-nilai murni seperti nilai kerjasama, nilai bertolak-ansur, nilai kesabaran dan nilai
kepekaan boleh diterapkan dalam permainan tersebut. Nilai kerjasama dapat dipupuk
apabila murid berbincang dalam satu kumpulan untuk sama-sama menyusun Snake
Card serta menggunakan strategi tertentu untuk melengkapkan susunan kad. Selain
itu, nilai tolak ansur dapat dilihat semasa murid saling memberi peluang kepada rakan
kumpulannya untuk bermain. Nilai kesabaran juga dapat ditunjukkan apabila murid
sabar menunggu giliran bermain serta sabar dalam menyelesaikan tugasan yang
melibatkan aras kemahiran tinggi yakni membuat perbandingan bilangan atau angka
yang ada. Meningkatkan penglibatan kanak-kanak secara aktif dalam bermain sambil
belajar melalui aktiviti permainan matematik.

KUMPULAN SASARAN
Kanak-kanak Prasekolah

IMPAK INOVASI
Sebelum inovasi dilaksanakan, antara masalah yang dihadapi adalah murid tidak berupaya
membandingbeza kuantiti objek atau angka sebelum membuat padanan. Mereka hanya
melihat kepada bentuk angka yang sama untuk membuat padanan dan tidak memahami
kuantiti sesuatu angka apabila ditanya. Selain itu, kanak-kanak kelihatan tidak aktif semasa
aktiviti padanan dibuat kerana hanya melibatkan mereka dengan kad yang terhad bersama
pasangan masing-masing. Oleh itu, saya bercadang untuk menerapkan elemen didik hibur

69
dan pembelajaran koperatif untuk mempelajari kemahiran membuat padanan dalam
kalangan kanak-kanak Prasekolah sesuai dengan tahap perkembangan mereka.

Inovasi yang dihasilkan

Latar Belakang Dan Rasional Inovasi:


Snake Card ini dihasilkan bagi membantu kanak-kanak Prasekolah dalam menguasai
kemahiran memadankan objek yang mempunyai bilangan yang sama atau tidak sama.
Menyedari fitrah kanak-kanak yang suka bermain, Snake Card ini sesuai digunakan kerana
mempunyai unsur didik hibur dalam mempertingkatkan penguasaan sesuatu kemahiran
mahupun pengetahuan asas matematik mereka. Bahan bantu mengajar ini diberi nama
Snake Card kerana prinsipnya yang mengkehendaki kanak-kanak membuat menyusun kad-
kad yang akan menghasilkan bentuk badan seekor ular. Pada awalnya, saya
memperkenalkan kepada kanak-kanak dengan panggilan Caterpillar Card namun
sepanjang aktiviti dijalankan kebanyakan mereka sering menyebut kad yang disusun seolah-
olah seperti bentuk badan ular. Oleh itu, saya menukar nama inovasi ini supaya bersesuaian
dengan kehendak dan pengamatan mereka terhadap sesuatu perkara. Snake Card ini
terdiri daripada kad-kad bewarna kuning dan putih dan disediakan untuk berbeza kumpulan
yang berlainan tahap (menguasai, sedang menguasai, belum menguasai). Penggunaan
inovasi ini dapat digunakan oleh guru semasa aktiviti pengukuhan pada sesi akhir
pengajaran dan pembelajaran. Penggunaannya juga melibatkan kanak-kanak bermain
secara berkumpulan.

Antara syarat-syarat permainan ini adalah :


1. Murid menyusun kad bermula dengan angka atau titik satu pada kad berwarna kuning
terlebih dahulu.
2. Murid dikehendaki menyusun kad secara berselang-seli iaitu dari kad bewarna kuning
kemudian diikuti oleh kad berwarna putih dan seterusnya.
3. Kad perlu disambung mengikut kuantiti titik dengan bilangan yang sama pada hujung
kad terakhir.
4. Murid perlu bekerjasama dalam kumpulan untuk menyusun kad dengan betul.

KEBERKESANAN KOS
Bahan dan peralatan yang diguna untuk inovasi :
1) Kertas A4 bewarna putih dan kuning.
2) Bahan terbuang seperti kotak
3) Gunting
4) Ink Printer

70
PELAKSANAAN & REPLICABILITY
Faedah-faedah daripada inovasi :
a) mengecam dan membuat padanan kad yang mempunyai kuantiti yang sama banyak.
b) aktiviti membilang titik yang ada sebelum membuat padanan.
c) membilang dengan cara tagging pada titik yang ada.
d) menghubungkait bilangan titik dengan angka yang betul.
e) dapat membilang secara menaik 1 10 dan menurun 10 1 selepas atau semasa
aktiviti menyusun kad-kad.
f) aktiviti menyebut nombor dalam lingkungan 1 hingga 10.
g) membuat perbandingan bilangan titik atau angka pada kad-kad yang ada sebelum
menyusun.

Impak Dan Keberkesanan Dalam Pembelajaran:


Sepanjang aktiviti dilaksanakan menggunakan Snake Card, murid terlibat dengan aktif.
Mereka seronok bermain dengan kad walaupun sering bertanya soalan betul atau tidak yang
telah disusun. Mereka mudah memahami peraturan permainan terutamanya ahli dalam
kumpulan C. Segelintir murid dapat menguasai kemahiran memadankan kad dengan kuantiti
yang sama banyak. Dalam pada masa yang sama apabila ditanya mereka dapat menyebut
dengan betul bilangan yang sama dan tidak sama. Melalui aktiviti ini juga, saya melihat murid
dari kumpulan C mampu menguasai kemahiran mengecam nombor yang sama bentuk untuk
menyusun kad-kad tersebut dengan betul. Nilai bekerjasama juga dapat dipertingkatkan
dalam kalangan murid Prasekolah apabila mereka saling bantu-membantu sekiranya rakan
dalam kumpulan melakukan kesilapan dalam menyusun kad-kad itu. Malah, mereka juga
berhasrat untuk bermain sekali lagi Snake Card tersebut.

Hasil kerja kumpulan C : Murid bekerjasama dengan ahli kumpulan


Kelihatan murid seronok apabila selesai dan berkongsi dalam penggunaan kad
menyiapkan tugasan yang diberi tersebut. Mereka saling bantu-membantu
dalam menyusun kad-kad itu

Hasil kad-kad yang disusun oleh Hasil kad-kad yang disusun oleh
kumpulan C (kurang menguasai kumpulan A (sedang menguasai)

71
Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak
Jalan Dato Mohd Musa
94300 Kota Samarahan
SARAWAK
Tel: 082-673800 Faks: 082-672984
Emel:pengarah@iptar.edu.my
Laman Web: http://www.ipgmktar.edu.my

You might also like