You are on page 1of 444

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

Kementerian Pendidikan Malaysia


Bandar Enstek, 71760 Nilai
Negeri Sembilan
Diterbitkan oleh:

Unit Penerbitan
INSTITUT AMINUDDIN BAKI
Kementerian Pendidikan Malaysia
Kompleks Pendidikan Nilai, 71760 Bandar Enstek,
Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel: 06-7979 200
Faks: 06-7079 300
www.iab.edu.my

Hak Cipta Terpelihara @ 2020 Institut Aminuddin Baki


Institut Aminuddin Baki Kampus Nilai, Bandar Enstek,
71760 Nilai, Negeri Sembilan

Sebarang bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang
boleh dipergunakan lagi ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang cara
baik dengan cara elektonik, mekanikal, penggambaran semula, rakaman atau sebagainya sebelum
mendapat izin bertulis daripada Pengarah Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan
Malaysia

Semua kertas kerja yang dibentangkan dalam Kolokium Intervensi Pelonjakan


Kepimpinan Sekolah anjuran Institut Aminuddin Baki,
Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2020
di Institut Aminuddin Baki,
Kompleks Pendidikan Nilai, 71760 Bandar Enstek,
Negeri Sembilan Darul Khusus

(ISBN 978-967-0504-95-7)

Pengurus Penerbitan
Aziah binti Samichan
Hjh Nor Hasimah binti Hashim

Rekaan Grafik dan Susun Atur Huruf


Zamzurie Ab Latiff
Tajul Ariffin Mat Yusop

Pencetak
PRECIOUS PRINT SDN BHD
No. 28, Jalan SC 5/B, Pusat Perindustrian Sg. Chua,
43000, Kajang
Selangor
PROSIDING KOLOKIUM:
PEMIMPIN CEMERLANG INSTITUSI PENDIDIKAN

Penaung
Dato’ Haji Tajuddin bin Mohd Yunus, Ph.D
Pengarah
Institut Aminuddin Baki
Penasihat
Haji Abd Razak bin Manaf, Ph.D
Timbalan Pengarah Kanan Kluster Profesional
Institut Aminuddin Baki
Datuk Haji Mohd Kassim bin Haji Mohd Ibrahim, Ph.D
Timbalan Pengarah Kanan Kluster Khidmat Latihan
Institut Aminuddin Baki
Ekerim a/p Din Chen, Ph.D
Ketua Pusat Dokumentasi dan Penerbitan
Institut Aminuddin Baki
Zainuren bin Haji Mohd Nor
Pengarah IAB Cawangan Genting Highlands
Penulis
Peserta InPeKS Kohort 2018
Pensyarah Pembimbing IAB 2018
Editor

Aziah binti Samichan Hamsiah binti Mohd Dahalan


Hjh. Nor Hasimah binti Hashim YM Raja Ibrahim bin Raja Midin
Meriam binti Allias Wahab bin Muda Ph.D
Norhayati binti Aziz @ Esa Jamelaa Bibi binti Abdullah Ph.D
Nik Karimah binti Nik Hassan Ahzan Salvina Wati binti Ahmad
Noor Mala binti Othman
KANDUNGAN

Prakata Pengarah Institut Aminuddin Baki xxi

Kata Alu-aluan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia xxii

Senarai Jadual x-xv

Senarai Rajah xvi-xviii

Senarai Gambar xix




KERTAS-KERTAS PEMBENTANGAN:
KOLOKIUM PEMIMPIN CEMERLANG INSTITUSI PENDIDIKAN

1. MENGGILAP INTAN MENCARI SINAR 1


Oleh Abdul Razak bin Ibrahim
Pengetua Cemerlang SMK Seri Intan, Kluang, Johor
Nor Kamsiah binti Jaapar, IAB & Samsudin bin Haron
Pegawai SIP+ PPD Kluang
2. PROJEK SENTUHAN KASIH BAHASA MELAYU 17
Oleh Md Hasram bin Omar,
Pengetua SMK Munshi Abdullah Kulai Johor
Nor Kamsiah binti Jaapar, IAB &
Azman bin Safii, Pegawai SIP+ PPD Kulai

3. INFO DI HUJUNG JARIKU 29


Oleh Mohd Yusof bin Said, Pengetua SMK Seri Bemban
Dr. Ekerim a/p Din Chen, IAB, & Johari bin Bakar, Pegawai SIP+ PPD Jasin

4. PROGRAM MeKAR DINAMIK 41


Oleh Mustapah bin Mulop, Pengetua, SMK Rahmat,
Dr. Ekerim a/p Din Chen, IAB & Hazmi bin Ali, Pegawai SIP+ PPD Alor Gajah

5. PAJSK PENGGERAK KEJAYAAN SEKOLAH 49


Oleh Haji Abdul Rahman bin Safar, Pengetua SMK Taman Indah,
Raja Ibrahim bin Raja Midin, IAB &
YM Raja Azahar bin Raja Sulaiman Pegawai SIP+PPD Tampin

6. BAHASA MELAYU PENGGERAK PENCAPAIAN SEKOLAH 59


Oleh Haji Md Nazri bin Haji Hassan, Pengetua SMK Bahau 2,
Raja Ibrahim bin Raja Midin, IAB & Zamrud binti Redzuan
SIP+ PPD Jempol/Jelebu

v
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
7.
SMKTMku_HEBAT: JOM KE SEKOLAH 69
Oleh Khanah@Rohanah binti Mamat, Pengetua SMK Taman Medan
Nor Hasimah binti Hashim, IAB & Rosita Wati binti Abdul Aziz,
Pegawai SIP+ PPD Petaling Utama

8.
SINERGI KECEMERLANGAN AKADEMIK 81
Oleh Siti Rahimah binti Tormodi, Pengetua, SMK Sultan Abdul Samad
Suriani binti Sulaiman, IAB & Mohd Shahrul Iza bin Ismail,
Pegawai SIP+ PPD Klang

9. SISTEM PEMANTAUAN ORANG TERTENTU (SPOT V01) 91


Oleh Yusaini bin Salleh, Pengetua SMK Bagan Terap
Suriani binti Sulaiman, IAB & Rohani binti Marjuki, SIP+ PPD Sabak Bernam

10. PROGRAM PEMBANGUNAN KECEMERLANGAN 101


PEMANGKIN KEMENJADIAN MURID
Oleh Subramaniam A/L Veeriah, Pengetua SMK Sungai Pari
Dr. Balasandran a/l Ramiah, IAB & Mohd Kamil Abdul Rahman
Pegawai SIP+ PPD Kinta Utara

11. PROGRAM KACAK (Kami Ambil Cakna Anak-anak Ke Sekolah) 111


Oleh Abdul Aziz bin Ibrahim, Pengetua, SMK Dato’ Idris, Perak
Hamsiah binti Mohd Dahalan, IAB & Ahmad Zamili bin Mokhtar
Pegawai SIP+ PPD Manjung, Perak

12. PROGRAM i – SUKSES (Saya Suka ke Sekolah) 119


Oleh Zainal bin Hj Umar, Pengetua, SMK Matang, Taiping, Perak
Hamsiah binti Mohd Dahalan, IAB & Ahmad Abas bin Saidin
Pegawai SIP+ PPD Larut Matang Selama

13. PROJEK `SInAR` [Saya Ingin Ambil Risiko…] 131


Oleh Anuar bin Ibrahim, Pengetua Smk Westland, Georgetown
Noor Hashimah binti Hashim, IAB & Izemar bin Jamaludin
SIP+ PPD Timur Laut

14.
CAknA (Cakna Akhlak dan Akademik) 145
Oleh Dr. Roslan bin Yusof, Pengetua, SMK Hutching, Georgetown
Noor Hashimah binti Hashim, IAB & Roland @ Rozaidi bin Abu Hassan
Pegawai SIP+ PPD Timur Laut

15.
PROJEK DOUBLE “C” 157
Oleh Purizah binti Abd. Lateh, Pengetua, SMK Guar Nangka
Norihan binti Azizan, IAB & Siti Hatifah binti Yahya
JPN Perlis

16.
MELANGKAH KE SEKOLAH 165
Oleh Azmi bin Othman, Pengetua SMK Lebai Man
Norihan binti Azizan & Dr. Azahari bin Abdullah, Pegawai SIP+ PPD Kuala
Muda Yan

vi
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
17.
KAPOJE MAPAN 175
Oleh En Mazlan bin Ali, Pengetua SMK Jeneri, Sik,
Hajah Siti Arija binti Abd Rahman, IAB &
Haji Asmadi bin Abdul Rahim@Yusoff, Pegawai SIP+ PPD Sik

18.
AnAz HEBAT 187
Oleh Nur’asikin binti Othman, Pengetua SMK Tunku Abd. Aziz,
Hajah Siti Arija binti Abd. Rahman, IAB &
Azimah binti Mahmud Timbalan PPD Kota Setar

19. PROGRAM BARAKAH: CAHAYA PASTI MENYINAR 199


Oleh Hajjah Sahilah binti Ahmad, Pengetua SMK Pokok Sena 2,
Dr Abd Wahab bin Muda, IAB & Salleh bin Yusof,
Pegawai SIP+ PPD Kota Setar

20. PEMUGARAN KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL 207


Oleh Puan Siti Rubiah binti Mohd Arshad, Pengetua SMK Jerlun
Dr. Abd Wahab bin Muda, IAB & Mukhtar Mansor
Pegawai SIP+ PPD Kubang Pasu

21.
DAJ DI HATI KU 215
Oleh Mohamad bin Muda, Pengetua, SMK Datuk Awang Jabar
Dr. Hajjah Akma binti Hj. Abd. Hamid, IAB &
Abdul Rahim bin Mat Zin, Pegawai SIP+ PPD Marang

22.
SMoCS COMEY 225
Oleh Pn. Hajah Rusmawati binti Mahmood, Pengetua SMK Chalok,
Model Khas Setiu, Terengganu, Dr. Hajah. Akma binti Abd Hamid, IAB &
Wan Yaacob bin Wan Ibrahim,
Pegawai SIP+ Setiu

23.
ProPPLus IMPAKS 235
Oleh Azuri bin Hj Hamzah, Pengetua SMK Sungai Asap
Norita binti Ismail, IAB & Dr Ting Len Siong,
Pegawai SIP+ PPD Gua Musang

24.
PERMATA RIMBA 245
Oleh Nik Mohamad bin Yusof, Pengetua SMK Sri Wangi
Norita binti Ismail, IAB & Haji Mohd Sauki bin Hussin
Pegawai SIP+ PPD Gua Musang

25. MASIH ADA YANG SAYANG 253


Oleh Abd Naser bin Othman, Pengetua, SMK Prai
Hamzah bin Said, IAB & Rosli bin Md Radzi,
Pegawai SIP+PPD Seberang Perai

26.
“KITA GOMO” 261
Oleh Mohd Anuar bin Ibrahim, Pengetua, SMK Sungai Petai
Hamzah bin Said, IAB & Haizan binti Zakaria,
Pegawai SIP+PPD Pasir Puteh

vii
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
27.
PROGRAM PROBi 271
Oleh Masdi bin Abdul, Pengetua SMK Tekek, Pulau Tioman
Puan Meriam binti Allias, IAB & Tuan Haji Azaman bin Ahmad
Pegawai SIP+ PPD Pekan

28. PROJEK GERBANG CEMERLANG BAHASA MELAYU 285


Oleh Gambalidah binti Mohd Jahiri, Pengetua SMK Tagasan
Hamizi bin Osman, IAB & Linna binti Hassan, Pegawai SIP+ PPD Semporna

29.
MeKAB 291
Oleh Tuan Haji Johan bin Haji Okasa, Pengetua SMK Bum Bum Semporna,
Sabah, Hamizi bin Osman, IAB & Linna binti Hassan
PPD Semporna

30. PROGRAM HIMS (HIGH IMPACT MANAGEMENT SKILLS) 299


Oleh Dr. Dalmansa bin Tahil, Mantan Pengetua SMK Paris, Kinabatangan,
Sabah, Tn. Hj. Hamzah bin Abd. Wahid
Pengetua SMK Paris, Kinabatangan, Sabah, Mohd Zaidi bin Basir, IAB &
Abdul Malek bin Abdul Rahim,
Pegawai SIP+ PPD Kinabatangan

31. PIBK SEBAGAI RAKAN SINERGI SEKOLAH 311


Oleh En. Jaiman bin Lumak, Pengetua, SMK Entilibon, Telupid-Tongod
Mohd Zaidi bin Basir, IAB & Kaipin@Haipin bin Sahimin,
Pegawai SIP+ PPD Tongod Telupid

32.
“ELU COME NGISKUL” 323
Oleh Tuan Haji Abd Hassan bin Haji Bennah, Pengetua SMK Kabogan
Semporna, Sabah, Siti Anidah binti Mahadi, IAB & Ibnu bin Jaani,
Pegawai SIP+ PPD Semporna

33.
SINAR PERKASA 335
Oleh Tengku Mohd Nazri bin Tengku Anang
Pengetua, SMK Datuk Haji Panglima Jakarullah
Siti Anidah binti Mahadi, IAB & Ibnu bin Jaani,
SIP+ PPD Semporna

34. MINDA NUKLEAR & 1WEEK1GROUP1ESSAY 345


Oleh Johnny Apin, Pengetua, SMK Ulu Sugut (Malinsau) Ranau, Sabah,
Mariani binti Rahim, IAB &
Saridih bin Ahmad, Pegawai SIP+ PPD Ranau

35.
90PLUS 355
Oleh Shahrizan bin Abdullah, Pengetua SMK Telaga
Mariani binti Rahim, IAB &
Yong Ka Moi @ Yong Nyuk Moi Pegawai SIP+ PPD Pitas

36.
CAKNA KEHADIRAN 363
Oleh Mail bin Suanda, Pengetua SMK Chinta Mata,
Dr. Jamelaa Bibi bt Abdullah, &
Pn. Lian Fe Chu, Pegawai SIP+ Tenom

viii
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
37.
PROJEK 40:60 375
Oleh Rohani binti Ramlee, Pengetua SMK Taun Gusi 2
Dr. Jamelaa Bibi binti Abdullah, IAB &
Dr. Zakaria binti Othman, Pegawai SIP+ PPD Kota Belud

38.
SENTUHAN KASIH 383
Oleh Idris bin Ngah Mat Ariffin, Pengetua SMK Seri Teja
Dr. Balasandran a/l Ramiah, Pensyarah Pembimbing IAB Cawangan Utara &
SAIFUL AZMAN Pegawai SIP+ PPD Kinta Selatan

39. MUN SIK KITA, SAPA AGIK? (KALAU TIDAK KITA, SIAPA LAGI?) 391
Oleh Mohammad bin Brahim, Pengetua SMK Sadong Jaya, Samarahan, Sarawak
Dr. Hamidon bin Abd Rahman, Pensyarah Pembimbing IAB Cawangan
Genting Highlands & Hj. Shbini Bin Saini, Pegawai SIP+ PPD Samarahan

40.
ENHANCING ENGLISH THROUGH HIP 403
Oleh Encik Nedumaran a/l Lingappan, Pengetua SMK Serian, Sarawak

LAMPIRAN

A. MAKLUMAT PROGRAM 414

B. SENARAI NAMA PENSYARAH PEMBIMBING 415

C. SEKALUNG BUDI 416


ix
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
SENARAI JADUAL

Perkara Halaman

JADUAL 1.1: Maklumat dan Profil SMK Seri Intan 3


JADUAL 1.2: Gred Purata Sekolah (GPS) dan Peratus Lulus (%) SPM 4
JADUAL 1.3: Perbandingan Keputusan Bahasa Melayu SPM dengan ETR 4
JADUAL 1.4: Perbandingan Keputusan SPM Sejarah dengan ETR 5
JADUAL 1.5: Analisis SWOT Mata Pelajaran Bahasa Melayu 6
JADUAL 1.6: TOWS Matriks (Penjanaan Strategi Bagi Subjek Bahasa Melayu) 7
JADUAL 1.7: Analisis SWOT Subjek Sejarah 8
JADUAL 1.8: TOWS Matriks (Penjanaan Strategi Bagi Mata Pelajaran Sejarah) 9-10
JADUAL 1.9: Analisis Pencapaian SPM Dengan Projek Yang Dijalankan 13
JADUAL 2.1: Keputusan SPM 2015 Hingga 2018 18
JADUAL 2.2: Analisis Keputusan Bahasa Melayu Tahun 2013 hingga 2018 19
Analisis Persekitaran melalui Analisis SWOT Keputusan Bahasa
JADUAL 2.3: 20
Melayu (2013-2018)
JADUAL 2.4: Penjanaan Strategik melalui TOWS Matriks 21
JADUAL 2.5: Analisis Pemilihan Strategi Berdasarkan Pemberatan 22
JADUAL 2.6: Senarai Strategi Mengikut Keutamaan 22
Analisis Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun Bahasa Melayu Tahun
JADUAL 2.7: 23
2018
JADUAL 2.8: Analisis Keputusan Peperiksaan SPM 2019 25
JADUAL 2.9: Analisis Lulus Bahasa Melayu SPM 2019 Mengikut Kaum 26
JADUAL 3.1: Mengenal Pasti Masalah Melalui Analisis Data 31
JADUAL 3.2: Matriks Ranking Digunakan Untuk Memilih Keutamaan Program 32
JADUAL 3.3: Mengenal Pasti Keperluan Guru Melalui Analisis Jurang 34
JADUAL 3.4: Model Kotter Digunakan Ke Arah Pembangunan Kapasiti Guru 35
Pelan Intervensi Program Transformasi Sekolah SMK Seri
JADUAL 3.5: 35
Bemban
JADUAL 6.1: Mengenal Pasti Masalah Menggunakan Analisis SWOT 63
JADUAL 6.2: Penjanaan Strategik Melalui TOWS Matriks 64
JADUAL 6.3: Pemetaan Perancangan Perubahan Tiga (3) Tahun SMK Bahau 2 65
JADUAL 6.4: Pelan Tindakan SMKB2 66
JADUAL 7.1: Profil Sekolah SMK Taman Medan 70
JADUAL 7.2: Purata Kehadiran Murid, Keputusan SPM dan PT3 Tahun 2018 70
JADUAL 7.3: Analisis Persekitaran (SWOT/SWOC) 71
Isu Strategik Yang Telah Dijana Berdasarkan Analisis TOWS
JADUAL 7.4: 72
Matriks

x
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
JADUAL 7.5: Pemilihan Inisiatif / Strategi Berdasarkan Jadual Pemberatan 73
JADUAL 7.6: Pemetaan Tiga Tahun SMK Taman Medan 75
JADUAL 7.7: Pelan Taktikal SMK Taman Medan 75
Kehadiran Murid ke Sekolah Mengikut Bulan Bagi Tahun 2018 dan
JADUAL 7.8: 77
2019
JADUAL 7.9: Perbandingan Kehadiran Penuh Murid Tahun 2018 dan 2019 78
Impak Program Jom Ke Sekolah Terhadap Pencapaian Akademik
JADUAL 7.10: 78
Murid
JADUAL 8.1: Maklumat dan Profil SMK SAS 82
JADUAL 8.2: Keputusan SPM 2015 Hingga 2019 83
JADUAL 8.3: Analisis Persekitaran Melalui Analisis SWOT 84
JADUAL 8.4: Pemetaan Sinergi Kecemerlangan BM dan Sejarah 86
JADUAL 8.5: Pencapaian Murid dalam Mata Pelajaran Sejarah 88
JADUAL 8.6: Pencapaian Murid dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu 89
JADUAL 9.1: Maklumat dan Profil SMK Bagan Terap 92
JADUAL 9.2: Keputusan SPM 2016 hingga 2019 93
JADUAL 9.3: Analisis Persekitaran Melalui Analisis SWOT 93-94
Pemetaan Tiga Tahun Program Peningkatan Kehadiran Murid SMK
JADUAL 9.4: 95
Bagan Terap
JADUAL 10.1: Profil SMK Sungai Pari 102
JADUAL 10.2: Senarai Sekolah Yang Menuruni Gred Purata Sekolah (GPS) 102
JADUAL 10.3: Pencapaian SPM SMK Sungai Pari Bagi tahun 2017 103
JADUAL 10.4: Pencapaian Sejarah SPM Tahun 2017 103
JADUAL 10.5: Pencapaian Bahasa Melayu SPM Tahun 2017 103
JADUAL 10.6: Analisis SWOT 103-104
Pemetaan dan Pelaporan Prestasi Projek 3 Tahun (2019-2021) Bagi
JADUAL 10.7: 105
Mata Pelajaran Sejarah
Pemetaan dan Pelaporan Prestasi Projek 3 Tahun (2019-2021) Bagi
JADUAL 10.8: 105
Mata Pelajaran Bahasa Melayu
JADUAL 10.9: Pencapaian GPS SPM Tahun 2018 107
Keberhasilan Mengikut Gred Purata Sekolah Untuk
JADUAL 10.10: 107
Tiga Tahun (2017-2019)
Pemetaan dan Pelaporan Prestasi Projek 3 Tahun (2019-2021) Bagi
JADUAL 10.11: 108
Mata Pelajaran Sejarah
Pemetaan dan Pelaporan Prestasi Projek 3 Tahun (2019-2021) Bagi
JADUAL 10.12: 108
Mata Pelajaran Bahasa Melayu
JADUAL 10.13: Data Kehadiran Murid 2018 109
JADUAL 11.1: Pemetaan Perubahan Tiga (3) Tahun 113
JADUAL 11.2: Peratus Kehadiran Bulanan 114
JADUAL 12.1: Kerangka PDCA 122
JADUAL 12.2: Rekod Mingguan Kehadiran Murid Kelas PIMAS 126

xi
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Pencapaian GPS SPM dan Peratus Lulus SPM Bagi Tiga Tahun
JADUAL 13.1: 132
2015 – 2017
JADUAL 13.2: Peratus Kehadiran SMKWs Bagi 4 Tahun 133
Perbandingan Peratus Purata Kehadiran Bulanan dan Tahunan 2015-
JADUAL 13.3: 138
2019
JADUAL 13.4: Perbandingan Peratus Kehadiran Kelas Tahun 2018 dan 2019 139
JADUAL 13.5: Carta Gantt Projek `SinAR` 143
JADUAL 14.1: Peratus Kehadiran Kelas Mengikut Tahun 2017,2018 dan 2019 151
JADUAL 14.2: Pemetaan 3 Tahun (2019-2021) 153
JADUAL 14.3: Pelan Tindakan / Taktikal Sekolah 2019 154
JADUAL 15.1: Perbandingan Analisis Peperiksaan Tahun 2019 162

JADUAL 16.1: Analisis Kekuatan, Kelemahan, Peluang dan Cabaran (SWOC) 168-169
JADUAL 16.2: Kriteria Pemilihan Strategi 170
JADUAL 16.3: Pelan Taktikal 170-171
JADUAL 16.4: Pelan Operasi 171
JADUAL 16.5: Data Kehadiran 173
JADUAL 17.1: Maklumat dan Profil SMK JENERI 176-177
JADUAL 17.2: Anaslisis Persekitaran Melalui Analisis SWOT 178
JADUAL 18.1: Enrolmen Pelajar 2015- 2019 188
JADUAL 18.2: Mata Pelajaran dan keputusan SPM 2018 188
JADUAL 18.3: Keputusan SPM 2014 -2018 (Gred Purata) 189
JADUAL 18.4: Analisis Isu 190
JADUAL 18.5: Analisis Persekitaran Melalui Analisis SWOT 190
JADUAL 22.1: Peratus Kehadiran Murid Bagi Tahun 2016, 2017 dan 2018 216
JADUAL 22.2: Analisis Persekitaran (SWOT) 217
JADUAL 22.3: Peratus e-Kehadiran Setengah Tahun Pertama 222
Peratus Kehadiran Murid SMK Datuk Awang Jabar (Julai –
JADUAL 22.4: 222
September 2019)
JADUAL 23.1:  Peratus Kehadiran Pelajar SMK Chalok Model Khas 232
Pencapaian Gred Purata Sekolah (GPS) SPM Tahun 2018
JADUAL 23.2:  233
Berbanding 2019
JADUAL 24.1: Analisis SWOT SMK Sungai Asap 237
JADUAL 24.2: Analisis Jurang 238
JADUAL 24.3: Pemetaan Perancangan Perubahan 3 Tahun SMK Sungai Asap 240
JADUAL 24.6: IMPAKS Diri 241
JADUAL 24.7: Pelaksanaan ProPPLus 241
JADUAL 24.8: Pencapaian Sasaran ProPPLus IMPAKS 242

xii
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
JADUAL 24.9: Analisis Pencapaian KPI ProPLus IMPAKS 242
JADUAL 25.1: Peratus Kehadiran Murid ke Sekolah 251
JADUAL 26.1: Profil SMK Prai  254-255
JADUAL 26.2:  Jadual Statistik Guru, Staf dan Murid 255
JADUAL 26.3:  Pencapaian Bahasa Melayu 2016-2018 255
JADUAL 26.4: Pencapaian Mata Pelajaran Bahasa Melayu SPM 255
JADUAL 26.5: Jadual Analisis SWOT 257
JADUAL 26.6: Pemetaan Tiga Tahun Pelan Pemajuan 258
JADUAL 26.7: Time Line Pelaksanaan Program (Carta Gantt) 259
JADUAL 26.8: Keberhasilan Program 260
JADUAL 27.1:  Senarai Nama Pengetua di SMK Sungai Petai 262
JADUAL 27.2:  TOWS Matriks Kurikulum 263
JADUAL 27.3:  TOWS Matriks Hal Ehwal Murid (HEM) 264
JADUAL 27.4:  Pencapaian Peratus Lulus dan GPS SPM 264
JADUAL 27.5:  Pencapaian Mata Pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah 265
JADUAL 27.6:  Pencapaian Bilangan Murid Memperoleh 3A dan Ke Atas 265
JADUAL 27.7:  Kehadiran Murid Ke Sekolah 265
JADUAL 27.8:  Program Bidang Kurikulum 266
JADUAL 27.9:  Program Bidang HEM 267
JADUAL 27.10:  Kehadiran Murid Ke Sekolah Tahun 2019 268
JADUAL 27.11:  Analisis Peratus Lulus SPM 2019 268
JADUAL 27.12:  Pencapaian Sejarah dan Bahasa Melayu SPM 2019 268
JADUAL 27.13: Pencapaian Bilangan Murid Memperoleh 3A dan Ke atas 268
JADUAL 28.1: Profil SMK Tekek 272
JADUAL 28.2: Keputusan SPM 2014 Hingga 2019 273
JADUAL 28.3: Perbandingan GPMP SPM (6 Tahun) 280
JADUAL 29.1: Projek Gerbang Cemerlang Bahasa Melayu 289
JADUAL 29.2: Ujian Penulisan Karangan, Tatabahasa dan KOMSAS 290
JADUAL 30.1 : Data Gred Purata Sekolah Bagi SPM 2016 – 2018 296
JADUAL 30.2 : Data Perbandingan PPT dan PPC Bagi Tahun 2016 -2019 296
JADUAL 30.3 : Data Pelajar SPM 2019 296
JADUAL 30.4: Data PPT2019 (Ujian Pra) dan PPC2019 (Ujian Pos) 296
JADUAL 30.5: Data Gred Purata Sekolah Bagi SPM 2016 – 2018 297
JADUAL 31:1 Maklumat dan Profil SMK Paris 300
JADUAL 31.2: Keputusan SPM 2016 - 2019 301
JADUAL 31.3: Proses Pelaksanaan Program Kecemerlangan Sekolah 304
JADUAL 31.4: P-O-L-C 307

xiii
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
JADUAL 32.1: Maklumat dan Profil SMK Entilibon 312
JADUAL 32.2: Keputusan SPM 2016 - 2019 313
JADUAL 32.3: Keputusan SPM 2016 - 2019 314
JADUAL 32.4: PDCA 315
JADUAL 32.5: Business Model Canvas, Alexander Osterwalder, 2005 320
JADUAL 33.1: SWOT SMK Kabogan 326
JADUAL 33.2: Peratus Kehadiran Pelajar Pada 2019 328
JADUAL 33.3: Laporan Analisis SSDM 330
JADUAL 33.4: Pemetaan dan Pelaporan Prestasi Projek 3 Tahun 331
JADUAL 33.5: Peratus Kehadiran Pelajar Rendah 332
JADUAL 33.6: Isu, Strategik, Matlamat, Objektif dan KPI 332
JADUAL 33.7: Pelan Taktikal 333
JADUAL 33.8: Pelan Operasi 333
JADUAL 34.1: GPS dan Peratus Lulus SPM 336
JADUAL 34.2: GPMP dan Peratus Lulus Sejarah 336
JADUAL 34.3: Analisis SWOT Meningkatkan GPMP Sejarah 337
JADUAL 34.4: Senarai Strategi Yang Diperoleh dari TOWS Matriks 338
JADUAL 34.5: Pemilihan Strategi Melalui Matriks Ranking 338
JADUAL 34.6: Pelan Taktikal Peningkatan Sejarah 339
JADUAL 34.7A-C: Pelan Operasi Peningkatan Sejarah 340
JADUAL 34.8: Laporan Pelaksanaan PLC 2019 341
Perbandingan Pencapaian Peperiksaan Pertengahan Tahun
JADUAL 34.9: 343
Dengan Peperiksaan Percubaan SPM 2018 dan 2019
JADUAL 34.10: Pelan Pembangunan Sekolah (Three feet Plan) 344
Pemetaan 3 tahun Program Minda Nuklear dan Program
JADUAL 35.1: 348
1Week1Group1Essay
JADUAL 35.2: Jadual Bertugas Klinik Matematik 350
JADUAL 35.3: Jadual Pelaksanaan Program 1Week1Group1Essay 351
Penguasaan 4 topik Matematik Kertas 2, Bahagian B, SPM Bagi
JADUAL 35.4: 352
Klinik Matematik
Pencapaian Program Minda Nuklear dan Program
JADUAL 35.5: 353
1Week1Group1Essay
JADUAL 36.1: Peratus Kehadiran Pelajar Tahun 2016-2018 357
JADUAL 36.2: Pengisian Aktiviti dalam Projek 90plus 358
JADUAL 36.3: Borang-Borang Kawalan Projek 359
JADUAL 36.4: Pemetaan dan Prestasi Tiga Tahun Projek 90plus 360

xiv
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
JADUAL 36.5: Peratus Kehadiran Pelajar Setiap Bulan Bagi Tahun 2019 360
JADUAL 37.1: Gred Purata Sekolah 364
JADUAL 37.2: Kehadiran dan Ponteng Sekolah 364
JADUAL 37.3: Punca Ketidakhadiran murid 2018 365
JADUAL 37.4: Pemetaan Tiga Tahun 366
JADUAL 37.5: Carta Gantt Perancangan Program Mengatasi Ketidakhadiran 366
JADUAL 37.6: Bilangan Kampung Paling Ramai Ponteng 368
JADUAL 37.8: Keseluruhan Bilangan dan Peratus Ponteng Januari - September 2019 370
JADUAL 37.9: Bilangan dan Peratus Ponteng Januari – September 2019 370
JADUAL 37.10: Status Kehadiran dan Ponteng Keseluruhan Januari – September 2019 371
Bilangan Pelajar Tinggal di asrama Mengikut Kampung Kadar
JADUAL 37.11: 372
Tertinggi Ponteng
JADUAL 38.1: Pemetaan Perancangan Tiga Tahun Projek 40:60 378
JADUAL 38.1: Pemetaan Perubahan Tiga Tahun SMK Seri Teja 385
JADUAL 38.2: Analisis Kehadiran Harian Tahun 2018 386
JADUAL 39.1: Profil Sekolah 393
JADUAL 39.2: ABM Perjawatan dan Pengisian Sebenar 393
JADUAL 39.3: Prestasi Akademik 394
JADUAL 39.4: Analisis Kehadiran Murid 394
JADUAL 39.5: Analisis SWOT 395
JADUAL 39.6: Penjanaan Strategi berdasarkan Matriks TOWS 396
JADUAL 39.7: Pengisian Program SMK Sadong Jaya 399
JADUAL 39.8: Analisis Skor Penarafan Sekolah SKPMg2 400
JADUAL 39.9: Analisis Penyertaan dan Pencapaian Kokurikulum 400
JADUAL 39.10: Pelibatan Ibu Bapa/Komuniti dalam e Sarana 400
JADUAL 40.1: Profil Sekolah 404
JADUAL 40.2: Keputusan SPM untuk Tahun 2017, 2018 dan 2019 406
JADUAL 40.3: Keputusan SPM Bahasa Inggeris untuk Tahun 2017, 2018 dan 2019 406
JADUAL 40.4: Keputusan Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 3 2018 406
JADUAL 40.5: Analisis SWOT Bahasa Inggeris 407

xv
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
SENARAI RAJAH

Perkara Halaman
RAJAH 1.1: Sebab dan Akibat Murid Tidak Mencapai Expected Target Results 7
(ETR) SPM

RAJAH 1.2: Sebab dan Akibat Murid Tidak Mencapai Peratus Lulus Subjek 9
Sejarah Dalam SPM
RAJAH 1.3: Pemilihan Aktiviti Keutamaan Mengikut Impak dan 12
Kemudahtadbiran
RAJAH 2.1: Rajah Tulang Ikan Ishikawa Bagi Mengenal Pasti Punca 19
Pencapaian Bahasa Melayu Tidak Mencapai Expected Target
Results (ETR) Dalam Peperiksaan SPM
RAJAH 2.2: Respon Murid Berkaitan Persediaan Murid Menghadapi 26
Peperiksaan (Aspek Sikap)
RAJAH 2.3: Pengetahuan Berkaitan Format Peperiksaan (Aspek Ilmu) 26
RAJAH 2.4: Aspek Kemahiran Murid Menjawab Peperiksaan 27
RAJAH 2.5: Kesedaran Berkaitan Meningkatkan Keputusan Peperiksaan 27
RAJAH 3.1: Infografik SMK Seri Bemban 30
RAJAH 3.2: Isu Yang Dikenal Pasti 32
RAJAH 3.3: Membangun Kapasiti Guru 33
RAJAH 3.4: Pemetaan Hala Tuju Sekolah (Mindscaping) 34
RAJAH 3.5: Pemantauan Penggunaan QR Code melalui One-Page-Project- 36
Management (OPPM) dari Januari –Mei 2019
RAJAH 3.6: Pemantauan Penggunaan QR Code Melalui One-Page-Project- 36
Management (OPPM) dari Januari –Mei 2019
RAJAH 3.7: Keberhasilan daripada Penggunaan QR Code 37
RAJAH 3.8: Analisis Trend Pencapaian Akademik (Peratus Lulus) SMK Seri 38
Bemban
RAJAH 3.9: Output Keberhasilan SMK Seri Bemban 38
RAJAH 4.1: Peratus Lulus Bahasa Melayu dan Sejarah 45
RAJAH 4.2: Peratus Peningkatan Markah Bahasa Melayu dan Sejarah 46
RAJAH 4.3: Peratus Lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah 46
RAJAH 5.1: Pencapaian GPS Kokurikulum SMK Taman Indah 54
RAJAH 5.2: Perbandingan Peratus Kehadiran Murid Kohort 2018 dan Kohort 56
2019
RAJAH 5.3: Perbandingan Peratus Lulus 2018 dan 2019 56
RAJAH 5.4: Perbandingan GPS 2018 dan 2019 56

xvi
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
RAJAH 6.1: Isu-isu Utama di SMK Bahau 2 60
RAJAH 6.2: Gred Purata Sekolah SPM Tahun 2014-2019 61
RAJAH 6.3: Perbandingan Kehadiran Murid SMKB2 Tahun 2018 61
Dengan 2019
RAJAH 6.4: Rajah Tulang Ikan Ishikawa Digunakan untuk Mengenal 62
pasti masalah di SMKB2
RAJAH 7.1: Perbandingan Kehadiran Murid Ke Sekolah Tahun 2018 77
Dan 2019
RAJAH 8.1: Tulang Ikan Ishikawa Diguna Pakai Untuk Mengenal Pasti 85
Punca Masalah Isu Dalam Pencapaian Bahasa Melayu
RAJAH 8.2: Tulang Ikan Ishikawa Digunapakai Untuk Mengenal Pasti 85
Punca Masalah Isu Dalam Pencapaian Sejarah
RAJAH 9.1: Tulang Ikan Ishikawa Digunapakai Untuk Mengenal Pasti 94
Sebab-Akibat
RAJAH 9.2: Purata Pencapaian SPOT Sehingga OGOS 2019 97
RAJAH 9.3: SPOT (Sistem Pemantauan Orang Tertentu) 99
RAJAH 9.4: Contoh Analisis SPOT (1) 99
RAJAH 9.5: Contoh Analisis SPOT (2) 99
RAJAH 10.1 Mengenal pasti Punca GPMP Sejarah dan Bahasa Melayu 104
Kurang Berkesan Menggunakan Rajah Tulang Ikan
Ishikawa
RAJAH 10.2: Analisis GPS Calon SPM 2018, Daerah Kinta Utara 107
RAJAH 10.3: Peratus Kehadiran Murid 2018 (Jan - Mac) 109
RAJAH 11.1: Peta Sekolah (Sumber: Google map.com) 112
RAJAH 11.2: Analisis Tulang Ikan Ishikawa 114
RAJAH 11.3: Perbandingan Kehadiran Murid Tahun 2018 dan 2019 116
RAJAH 11.4: Impak ProPeKS Kepada Kehadiran Murid ProPeKS 116
Sehingga September 2019
RAJAH 11.5: Impak Murid ProPeKS Dalam Subjek Bahasa Melayu dan 117
Sejarah
RAJAH 12.1: Sebab dan Akibat 125
RAJAH 12.2: Graf Kehadiran Murid 126
RAJAH 13.1: Peratus Kehadiran Murid Berfokus Tingkatan 5 140
RAJAH 13.2: Bilangan Murid Memakai Songkok Mengikut Tingkatan 140
RAJAH 18.1: Analisis SPM 2014 –SPM 2018 194
RAJAH 24.1: Rajah Diamond Nine 239
RAJAH 24.2: Sebab dan Akibat 240

xvii
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
RAJAH 24.3: Pencapaian Peratus Layak Sijil SPM Dengan ProPPLus 242
IMPAKS
RAJAH 24.4: Pencapaian GPS SPM DenganProPPLus IMPAKS 243
RAJAH 25.1: Sebab dan Akibat 247
RAJAH 28.1: Piramid Pembelajaran 274
RAJAH 31.1: Rajah Tulang Ikan Ishikawa (Kepimpinan SMK Paris 303
Kurang Menyerlah)
RAJAH 31.2: Model P-O-L-C 306
RAJAH 32.1: Model Enam Jenis Penglibat Epstien 314
RAJAH 32.2: Kerangka Pengurusan PDCA Deming 315
RAJAH 32.3: Sebab Dan Akibat Tulang Ikan Ishikawa 317
RAJAH 32.4: Hubungan Tiga Dimensi Sekolah, Ibu bapa dan Komuniti 319
RAJAH 32.5: Kemahiran Berkomunikasi 320
RAJAH 33.1: Gred Purata Mata Pelajaran SPM Dalam Tempoh Dua (2) 325
Tahun (2017-2018)
RAJAH 33.2: Gred Purata Mata pelajaran Pentaksiran Tingkatan 3 Dalam 325
Tempoh Dua (2) Tahun (2018-2019)
RAJAH 33.3: Pencapaian Murid Dalam Bidang Kokurikulum 325
RAJAH 33.4: Rajah Tulang Ikan Ishikawa 326
RAJAH 33.6: Program Intervensi 328
RAJAH 34.1: Analisis Isu: Rajah Tulang Ikan Ishikawa 337
RAJAH 34.2: Peratus Lulus GPMP Sejarah 343
RAJAH 35.1: Groups’ Tracking Progress Chart 351
RAJAH 38.1: Analisis Tulang Ikan Ishikawa SMK Seri Teja 386
RAJAH 38.2: Perbandingan Kehadiran Pelajar 2018 dan 2019 388
RAJAH 39.1: Rajah Tulang Ikan Ishikawa (Sebab Akibat) 395

xviii
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
SENARAI GAMBAR

Perkara Halaman
Aktiviti Program i-Success, PIMAS SMK Matang,
Gambar 12.1 & 12.2: 130
Perak
Sumbangan dari Caltex Cevron My Kasih Foundation:
Gambar 18.1: 194
2 set EV3 Lego Robotic

Gambar 18.2: Sesi Penggambaran Video Fuel Your School 194

Gambar 18.3: Suasana Harmoni di Sekolah Dengan Pelbagai Kaum 195

Gambar 18.4: Sijil Pengiktirafan Unit HEM Peringkat Kebangsaan 196

Gambar 23.1a & 23.1b: Surau Perempuan 227

Gambar 23.2: Sebelum Projek SMoCS 227

Gambar 23.3: Pintu Masuk SMK Chalok, Setiu 228

Gambar 23.4: Bangunan Sekolah 228

Ruang Solat Murid Perempuan Yang Berdinding dan


Gambar 23.5: 231
Bahagian Hadapan Berbumbung

Gambar 23.6: Pemandangan dari Luar Blok A Selepas Dicat Semula 231

Pemandangan Hadapan Sekolah (Pintu Pagar Utama)


Gambar 23.7: Selepas Diserikan Dengan Landskap Batuan dan 231
Tanaman Hiasan
Mercu Tanda Menarik Yang Menjadi Kebanggaan
Gambar 23.8: Warga SMoCS Untuk Mengabadikan Kenangan di 232
Sini

Gambar 33.1: Seminar Keibubapaan 334

Gambar 33.2a: Dialog Prestasi Bersama Dengan Ibu bapa 334

Gambar 33.2b: Dialog Prestasi Bersama Dengan Ibu bapa 334

PLC Panitia Sejarah dan PLC Bersama Guru


Gambar 34.1a & b: 341
Cemerlang Sejarah

Gambar 34.2: Aktiviti Jom Membaca 342

Gambar 34.3: Projek Cakna Guru 342

Gambar 38. 1 Lokasi SMK Seri Teja 384

xix
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
xx
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Prakata
PENGARAH INSTITUT AMINUDDIN BAKI

Bismillahhirrahmannirrahim

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh


Salam Sejahtera

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya penulisan Prosiding Kolokium
Pemimpin Cemerlang Institusi Pendidikan Tahun 2020: Intervensi Pelonjakan Kepimpinan Sekolah
(InPeKS) Kohort 2018 ini dapat diterbitkan dengan jayanya.

Buku prosiding ini merupakan kompilasi kertas laporan projek yang ditulis oleh pengetua-
pengetua dalam pembentangan Kolokium PCIP tahun 2020. Sebanyak 40 kertas projek telah berjaya
dibukukan dalam prosiding ini bertujuan untuk berkongsi hasil kejayaan program-program di sekolah-
sekolah yang diterajui oleh pengetua-pengetua cemerlang. Sesungguhnya, pendokumentasian kisah-
kisah kejayaan sebegini mampu memberi idea kepada pemimpin-pemimpin sekolah yang lain dalam
memacu kecemerlangan sekolah yang diterajui.

Penganjuran kolokium ini adalah bertepatan dengan objektif program InPeKS iaitu sebagai
wadah perkongsian amalan-amalan terbaik di sekolah. Semoga platform sebegini akan menjadi
titik mula kepada pembudayaan amalan perkongsian dalam kalangan warga pendidik tanpa mengira
peringkat mahupun skala penglibatan.

Bagi pihak pengurusan IAB, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua
pihak yang terlibat menulis, menyelia, menyunting serta menerbitkan buku ini. Semoga penerbitan buku
ini dapat memberi inspirasi kepada para pemimpin sekolah serta warga pendidikan amnya dalam usaha
memajukan sekolah masing-masing.

Sekian. Terima kasih.

DATO’ DR. HAJI TAJUDDIN BIN MOHD YUNUS


Pengarah
Institut Aminuddin Baki
Kementerian Pendidikan Malaysia

xxi
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Kata Alu-Aluan
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

Bismillahhirrahmannirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

dan Selamat Sejahtera.

Syabas dan tahniah kepada Institut Aminuddin Baki serta semua pihak yang terlibat dalam penerbitan
Prosiding Kolokium Intervensi Pelonjakan Kepimpinan Sekolah (InPeKS) Kohort 2018. Prosiding ini
boleh dijadikan rujukan penting bagi pemimpin dan pemegang taruh pendidikan.

Inisiatif #111: Pemantapan Profesionalisme Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di bawah Anjakan ke-5
dalam PPPM 2013-2025 menekankan penempatan pemimpin yang berprestasi tinggi di semua sekolah.
Program Intervensi Pelonjakan Kepimpinan Sekolah (InPeKS) berusaha untuk merealisasikan sekolah
transformasi demi kejayaan pelan ini. Justeru, penghasilan prosiding ini merupakan satu usaha KPM
untuk merealisasikan aspirasi inisiatif ini.

Saya yakin segala perkongsian pengalaman oleh peserta InPeKS ini akan memberi manfaat kepada
semua warga pendidik khususnya dalam menjana kecemerlangan tanpa mengira lokasi sekolah. Hal ini
kerana program InPeKS ini disertai oleh pemimpin sekolah dari serata tanah air dengan kepelbagaian
konteks sekolah.

BERSAMA-SAMA MELANGKAH LEBIH JAUH!

DATUK DR. HABIBAH ABDUL RAHIM


Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia

xxii
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Memastikan Kepimpinan
Berprestasi Tinggi
Ditempatkan Setiap Sekolah
(Anjakan ke-5, PPPM 2013-2025)

xxiii
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
xxiv
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
KERTAS-KERTAS
PEMBENTANGAN:
KOLOKIUM PEMIMPIN CEMERLANG
INSTITUSI PENDIDIKAN 2020

xxv
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
xxvi
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
MENGGILAP INTAN MENCARI SINAR

ABDUL RAZAK BIN IBRAHIM


Pengetua Cemerlang SMK Seri Intan, Kluang, Johor
Jea2038.1bestarinet.net

NOR KAMSIAH BT. JAAPAR


Pensyarah Pembimbing IAB Cawangan Genting Highlands
norcomej@iab.edu.my

SAMSUDIN BIN HARON


Pegawai SIP+, PPD Kluang

ABSTRAK

Salah satu elemen untuk mengukur prestasi sesebuah sekolah adalah tahap pencapaian
akademiknya. Pencapaian GPS SPM bagi SMK Seri Intan pada tahun 2014 hingga 2017 adalah
di antara 5.94 hingga 6.30 dan menjadikan sekolah ini sekolah fokus bimbingan PPD Kluang.
Tinjauan awal mendapati prestasi rendah ini sering dikaitkan dengan budaya kerja guru yang kurang
berdaya saing dan semangat berbangga dengan sekolah yang rendah dalam kalangan murid. Bagi
mengatasi masalah ini, kajian tindakan ini dijalankan bagi membolehkan pasukan kepimpinan
sekolah membuat perubahan. Menurut Elemen Kepimpinan Instruksional (Model Hallinger),
perkara pertama yang perlu dilaksanakan ialah mendefinisikan misi sekolah, seterusnya mengurus
program instruksional serta mewujudkan iklim pembelajaran positif. Sehubungan itu, sebagai
kaedah penambahbaikan, pasukan kepimpinan sekolah telah mengambil inisiatif mewujudkan
suasana ini melalui slogan sekolah “MENGGILAP INTAN MENCARI SINAR.” Sasaran utama
kajian ialah 136 orang calon SPM 2018 dan 31 orang guru yang mengajar mereka. Hasilnya,
analisis daripada pemerhatian dan data kajian mendapati hala tuju sekolah mula dihayati dan
semua warga sekolah mula menunjukkan cara bekerja yang lebih berkualiti dan berkesan.
Walaupun impaknya belum mencapai tahap yang diharapkan dengan pencapaian GPS SPM tahun
2018 masih berada di takuk GPS lebih daripada 6.0, cara dan budaya kerja guru-guru telah
berubah serta nilai telah dapat diterapkan dalam diri murid. Ringkasnya, slogan MENGGILAP
INTAN MENCARI SINAR telah menjadi pemangkin kepada peningkatan kualiti sekolah dan
kemenjadian murid. Antara pengajaran penting yang diperolehi ialah mengurus sekolah dalam
dunia VUCA memerlukan hala tuju (VISI) yang jelas, kefahaman (UNDERSTANDING) yang jitu,
gambaran yang jelas (CLARITY) dan ketangkasan bertindak (AGILITY).

Kata kunci: mengurus perubahan, transformasi sekolah, penjenamaan semula sekolah

1
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Menggilap Intan Mencari Sinar

1.0 PENGENALAN

SMK Seri Intan (SMKSI ) mula beroperasi pada 17 Januari 2000. Nama itu diberi memandangkan
sekolah ini terletak di Taman Intan dan rata-rata murid datang dari taman perumahan tersebut.
Tapak sekolah ini meliputi kawasan seluas tujuh (7) ekar. Pendaftaran kumpulan murid perintis
sekolah ini telah bermula pada 12 Januari 2000 seramai 450 orang murid. Pengetua pertama ialah
Puan Hajah Masnah binti Mukhtaram. Beliau dibantu oleh 20 orang guru dan tiga (3) orang staf
sokongan.

Semasa pembukaan sekolah, terdapat 11 buah kelas pembelajaran, iaitu satu kelas Peralihan,
lima (5) kelas Tingkatan 1, tiga (3) kelas Tingkatan 3 dan dua (2) kelas Tingkatan 4. Sekolah
ini mempunyai tiga (3) blok utama, iaitu blok A, B dan C. Blok A menempatkan Makmal Sains,
Bengkel Kemahiran Hidup, Bilik Seni dan Galeri Sejarah. Blok B menempatkan ruang pejabat,
bilik jawatankuasa peperiksaan sekolah, bilik bimbingan dan kaunseling serta makmal komputer.

Pembinaan Dataran Kejat, Gazebo Ilmu dan Balai Budaya yang telah siap merupakan penambahan
kepada projek pembangunan prasarana sekolah. Pihak sekolah turut mementingkan keceriaan
sekolah dengan pembinaan taman dan lanskap yang boleh merangsang daya intelek dan kreativiti
pelajar. Pada tahun 2005, SMK Seri Intan diterajui oleh pengetua baharu, Puan Hajah Tumirah
binti Samat dengan kekuatan guru seramai 56 orang. Bermula tahun 2007, SMKSI mendapat
satu blok bangunan baharu. Bangunan tersebut menempatkan pejabat pentadbiran, makmal dan
sebuah dewan terbuka. Selain itu, banyak penambahan prasarana lain seperti tempat letak kereta
berbumbung, dan pusat semaian pokok hiasan.

Pada tahun 2010, sekali lagi sekolah dipimpin oleh pengetua baharu iaitu Tuan Haji Mohamad
bin Yusof. Bagi menyahut seruan kerajaan melalui dasar teknologi dan maklumat, pengetua
mewajibkan penggunaan Frog VLE bagi menggantikan buku rekod mengajar serta pembinaan
surau telah berjaya dilaksanakan. SMKSI dipimpin oleh Puan Hajah Siti Fatimah binti Umar
bermula tahun 2014 sehingga tahun 2017. Kini bermula dari 1 Jun 2017, SMK Seri Intan diterajui
oleh En. Abdul Razak bin Ibrahim.

2
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Menggilap Intan Mencari Sinar

1.1 Profil Sekolah

Berikut adalah profil Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Intan.

Jadual 1.1: Maklumat dan Profil SMK Seri Intan

Jenis Sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan


Status Sekolah Gred  B
Lokasi Bandar
Daerah Pentadbiran Kluang
PPD Kluang
Sesi  Persekolahan 1 Sesi
Jenis Bantuan Sekolah Bantuan Kerajaan
Keluasan Sekolah 7 ekar
Bilangan Bilik Darjah 29 buah
Kod Sekolah JEA2038
Nombor Telefon 07-7767330
Nombor Faks 07-7767754
Emel Sekolah Jea2038@gmail.com
Laman Web Sekolah Jea2038.edu.my
Pengetua En. Abdul Razak bin Ibrahim
Penolong Kanan Pentadbiran En. Rahim bin Rosdi
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid En. Che Zulkifili bin Che Kob
Penolong Kanan Kokurikulum Tn. Hj. Rosali bin Abu Samah
Penolong Kanan Pendidikan Khas Paridah bt. Rasiman
Bilangan Guru 57 orang
709 orang:
Melayu - 504 (72.09%);
Cina - 80 (11.28%);
Bilangan Murid
India - 112 (15.80%);
Lain-lain - 12 (1.70%) dan
Bukan Warganegara – 1(0.13%)
Bilangan Kelas 32 (T5 -5; T4-5; T3-5; T2-5, T1-5, Per-1, PPKI-6)
Menengah Rendah
Mata Pelajaran Elektif Pendidikan Seni Visual
Reka Bentuk & Teknologi
Kelas Aliran STEM
5ST : Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan4
Mata Pelajaran Elektif
Inovatif: Fizik, Kimia, Biologi , Matematik Tambahan,
Prinsip Perakaunan
Kelas Aliran Sastera dan Kemanusiaan
5PA: Matematik Tambahan, P. Perakaunan, Ekonomi
5TI & 5 PN: Tasawur Islam, PSV, Perniagaan
5PSV: PSV
Mata Pelajaran Elektif
4 Proaktif: Ekonomi, Perniagaan
4 Progresif: Tasawur, PSV, Perniagaan
4 Efektif: Tasawur, PSV;
4 Kreatif: PSV

3
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Menggilap Intan Mencari Sinar

Jadual 1.2: Gred Purata Sekolah (GPS) dan Peratus Lulus (%) SPM

TAHUN 2017 2018 2019 2020

GPS 6.30 6.55 5.99 NA

% Lulus 74.65 68.66 74.56 NA

Bil. Calon 142 136 117 131

Setelah meneliti latar belakang dan rekod pencapaian SPM, pengetua merasakan prestasi SPM
boleh dipertingkatkan dengan memberi fokus kepada dua (2) mata pelajaran, iaitu Bahasa Melayu
dan Sejarah. Pencapaian Bahasa Melayu SPM pada setiap tahun gagal mencapai Expected Target
Result (ETR) yang ditetapkan oleh pihak sekolah sama ada dari segi peratus atau Gred Purata Mata
Pelajaran (GPMP). Berikut disenaraikan keputusan SPM dengan ETR dari tahun 2016 hingga
2019 (Rujuk Jadual 3).

Jadual 1.3: Perbandingan Keputusan Bahasa Melayu SPM dengan ETR

SPM ETR
TAHUN
PERATUS GPS PERATUS GPS
CALON

2016
89.8% 4.88 90% 4.80
(128 calon)
2017
86.6% 5.45 90% 4.80
(142 calon)
2018
79.8% 5.86 85% 5.35
(134 calon)
2019
88.5% 4.05 87.38% 4.85
(117 calon)

Manakala pencapaian mata pelajaran Sejarah SPM pada setiap tahun gagal mencapai ETR
yang ditetapkan oleh pihak sekolah sama ada dari segi peratus atau GPMP. Berikut disenaraikan
keputusan SPM dengan ETR dari tahun 2016 hingga 2019.

4
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Menggilap Intan Mencari Sinar

Jadual 1.4: Perbandingan Keputusan SPM Sejarah dengan ETR

TAHUN
SPM ETR

PERATUS GPS PERATUS GPS


CALON

2016
80.95 6.15 90.4 5.21
(128 calon)
2017 75.80
6.47 85 5.5
(142 calon)
2018 69.92
6.77 85 5.51
(134 calon)
2019
75.20 6.31 83 5.4
(117 calon)

2.0 MENGENAL PASTI MASALAH DAN PENAMBAHBAIKAN

SMK Seri Intan adalah sebuah sekolah berpotensi yang tinggi untuk mencapai kejayaan.
Walau bagaimanapun terdapat beberapa isu yang menjadi penghalang bagi meningkatkan
kecemerlangan. Untuk mengenal pasti isu dan punca masalah, pihak sekolah telah melaksanakan
kaedah perbincangan, sumbang saran, pemerhatian dan maklum balas dengan menggunakan alat
pengurusan kualiti seperti Analisis SWOT, Jadual Pemberatan, serta Alat Sebab dan Akibat seperti
Rajah Tulang Ikan Ishikawa.

2.1 Analisis Persekitaran

Analisis persekitaran dijalankan melalui analisis SWOT bagi mata pelajaran Bahasa Melayu
seperti dalam Jadual 5: Analisis SWOT Mata Pelajaran Bahasa Melayu dan Rajah 1: Sebab
dan Akibat.

5
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Menggilap Intan Mencari Sinar

Jadual 1.5: Analisis SWOT Mata Pelajaran Bahasa Melayu

KEKUATAN (S) KELEMAHAN (W)

S1. 3 orang guru bahasa Melayu yang W1. Sebahagian murid India dan Cina gagal
mengajar tingkatan 5 merupakan guru menguasai kemahiran bahasa seperti
opsyen Bahasa Melayu. membaca, menulis dan bertutur.

S2. Terdapat seorang guru berbangsa Cina W2. Kehadiran murid 2 kelas terakhir ke
yang mengajar Bahasa Melayu sekolah tidak mencapai 90 peratus.
Tingkatan 5.
W3. Murid tidak mempunyai motivasi ingin
S3. Terdapat seorang guru lelaki yang lulus dalam peperiksaan SPM.
pernah memegang jawatan guru disiplin
mengajar Bahasa Melayu. W4. Kaedah PdPc masih berfokuskan kepada
guru.
S4. 3 orang guru berpengalaman melebihi 10
tahun mengajar Bahasa Melayu. W5. Guru mengajar tidak mengikut aras murid.

W6. Aras kemahiran berbahasa Melayu murid


berbeza-beza di dalam setiap kelas.

PELUANG (O) CABARAN (T)

O1. Sokongan kewangan daripada PIBG. T1. Ibu bapa tidak mengambil berat tentang
pentingnya menguasai bahasa Melayu
O2. Mudah mendapat kerjasama daripada terutama dalam kalangan murid bukan
JKD Bahasa Melayu dalam menyediakan Melayu.
modul Bahasa Melayu Tingkatan 5.
T2. Ibu bapa tidak mengambil berat tentang
O3. Bantuan dari segi bimbingan kepakaran kehadiran murid ke sekolah.
oleh JKD BM Daerah.
T3. Sekolah berdekatan dengan premis
O4. Penyampaian maklumat antara ibu bapa perniagaan telah memberi peluang murid-
dan pihak sekolah lebih mudah. murid bekerja secara sambilan amat tinggi
O5. Peruntukan PCG Panitia yang mencukupi. dalam kalangan murid.

T4. Kos bahan edaran dan nota untuk kelas


bimbingan terlalu tinggi.

6
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Menggilap Intan Mencari Sinar

Rajah 1.1: Sebab dan akibat murid tidak mencapai Expected Target Results (ETR) SPM

Jadual 1.6 : TOWS Matriks (Penjanaan Strategi Bagi Subjek Bahasa Melayu)

7
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Menggilap Intan Mencari Sinar

Jadual 1.7 : Analisis SWOT Subjek Sejarah

KEKUATAN(S) KELEMAHAN (W)

S1. Dua orang guru yang mengajar mata W1. Murid India dan Cina gagal menguasai
pelajaran Sejarah Tingkatan 5 merupakan kemahiran bahasa seperti membaca dan
guru opsyen Sejarah dan Seorang Guru menulis.
Penanda Kertas SPM.
W2. Kehadiran murid dua kelas terakhir ke
S2. Dua orang guru berpengalaman melebihi sekolah tidak mencapai 90 peratus.
10 tahun mengajar Sejarah.
W3. Murid tidak mempunyai motivasi ingin
lulus dalam peperiksaan SPM.
W4. Murid tidak bermotivasi untuk
memahami peristiwa Sejarah.
W5. Kaedah PdPc tidak berkesan dan
berfokus pada guru.

PELUANG(O) CABARAN (T)

O1. Sokongan kewangan dari PIBG. T1. Ibu bapa tidak mengambil berat tentang
kepentingan Sejarah sebagai mata
O2. Mudah mendapat kerjasama daripada pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan
JKD Sejarah dalam memberi pendedahan SPM.
kepada murid tentang teknik menjawab
Sejarah SPM. T2. Ibu bapa tidak mengambil berat tentang
kehadiran murid ke sekolah.
O3. Bantuan PCG panitia Sejarah membantu
dalam peningkatan prestasi mata pelajaran. T3. Sekolah berdekatan dengan premis
perniagaan dan memberi peluang
O4. Mendapat kerjasama JPN (Unit murid bekerja sambilan ketika masih
Pembangunan Kurikulum) melalui bersekolah.
kerjasama Yapeim dalam menyediakan
Modul dan Kelas.

8
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Menggilap Intan Mencari Sinar

Rajah 1.2: Sebab dan akibat murid tidak mencapai peratus lulus subjek Sejarah dalam SPM

Jadual 1.8 : TOWS Matriks (Penjanaan Strategi Bagi Mata Pelajaran Sejarah)

KEKUATAN(S) KELEMAHAN (W)

FAKTOR S1. Terdapat dua (2) orang W1. Murid India dan Cina gagal
DALAMAN guru yang menga- menguasai kemahiran
jar mata pelajaran bahasa seperti membaca dan
Sejarah Tingkatan menulis.
5 merupakan guru
opsyen Sejarah dan W2. Kehadiran murid dua kelas
seorang guru penanda terakhir ke sekolah tidak
kertas SPM. mencapai 90 peratus.

S2. Dua orang guru ber- W3. Murid tidak mempunyai


pengalaman melebihi motivasi ingin lulus dalam
10 tahun mengajar peperiksaan SPM.
Sejarah. W4. Murid tidak bermotivasi
untuk memahami peristiwa
FAKTOR sejarah.
DALAMAN W5. Kaedah PdPc tidak berkesan
dan berfokus pada guru.

9
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Menggilap Intan Mencari Sinar

PELUANG (O) S-O STRATEGI W-O STRATEGI

O1. Sokongan kewangan Strategi 1: S1+S2+ O1 + Strategi 2: W1+W2+W3+W4+O1+O2


daripada PIBG. O2+O3 + O4
Meningkatkan kesedaran murid tentang
O2. Sokongan daripada Meningkatkan pencapaian kepentingan lulus Sejarah dengan
sekolah melalui peratus lulus Sejarah kerjasama Unit Kauseling sekolah dan
Unit Bimbingan dalam peperiksaan SPM PIBG semasa Hari Penetapan Target dan
Kauseling dan PIBG. dengan kerjasama JPN, Hari Konsultasi.
PPD, JKD Sejarah dan
O3. Mudah mendapat PIBG dan rakan strategik.
kerjasama daripada
Strategi 3:
JKD Sejarah dalam W1+W2+W3+W4+W5+O1+O2+O3+O4
memberi pendedahan
kepada murid tentang
teknik menjawab
Sejarah Tingkatan 5. Meningkatkan kemahiran menjawab
Sejarah dengan bantuan Modul daripada
O4. Bantuan PCG panitia JKD dan JPN serta Kelas Tambahan Khas
Sejarah membantu untuk pelajar lemah.
dalam peningkatan
prestasi mata
pelajaran. Strategi 4: W4+W5+O1+O2+O3+O5

O5. Mendapat kerjasama


JPN (Unit Memantapkan kompetensi guru dalam
Pembangunan PdPc melalui latihan dan kursus dengan
Kurikulum) melalui kerjasama PPD dan JPN.
kerjasama YAPEIM
dalam menyediakan
Modul dan Kelas
Bimbingan.
CABARAN (T) S-T STRATEGI W-T STRATEGi

T1. Ibu bapa tidak Strategi 5:


mengambil berat S1+S2+O2+T1+T2+T3 Strategi 6: W2 + W3 + W4 + T1 + T2 +
tentang kepentingan T3
Sejarah sebagai mata Meningkatkan kehadiran
pelajar dengan kerjasama Meningkatkan kesedaran ibu bapa dalam
pelajaran wajib lulus menggalakkan anak-anak untuk ke
dalam peperiksaan sekolah dan PIBG.
sekolah.
SPM.

T2. Ibu bapa tidak


mengambil berat
tentang kehadiran
murid ke sekolah.

T3. Sekolah berdekatan


dengan premis
perniagaan dan
memberi peluang
murid bekerja
sambilan ketika
masih bersekolah.

10
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Menggilap Intan Mencari Sinar

3.0 PELAKSANAAN PROJEK (P-O-L-C)


Dalam pelaksanaan projek ini, kami menggunakan kaedah P-O-L-C sebagai alat yang dapat
menggambarkan keseluruhan proses pelaksanaannya.

3.1 Perancangan

Untuk mengenal pasti dan merancang projek yang sesuai dan berimpak tinggi, Kaedah PILL
telah digunakan sebagai alat untuk memulakan gerak kerja.

3.1.1 Akademik

Langkah pertama yang diambil adalah Mesyuarat AJK Pelaksana telah diadakan untuk merancang
dan mengenal pasti projek yang akan dilaksanakan terdiri daripada 116 responden berdasarkan
keputusan peperiksaan akhir tahun yang terdiri daripada 47 responden potensi A, 36 responden
potensi B, 15 responden potensi C, 13 responden potensi D, 5 responden potensi E berdasarkan
peperiksaan akhir tahun.

Langkah kedua adalah untuk memahami punca masalah dengan menggunakan Alat Sebab
dan Akibat. Hasil dapatan sumbang saran tersebut didapati murid tidak mendapat markah yang
cemerlang dalam Kertas 1 karangan bahagian B manakala Kertas 2, soalan 2 (pemahaman dan
prosa bahagian b, c, d) - 35 markah dan soalan 3 tatabahasa (a, b, c, d, e) - 30 markah tatabahasa
menyebabkan mereka tidak mendapat markah yang cemerlang dan 36 pelajar gagal Kertas Bahasa
Melayu.

Langkah ketiga adalah menyenaraikan cadangan intervensi yang perlu dijalankan kepada
pelajar untuk meningkatkan kemahiran menjawab soalan karangan, pemahaman dan tatabahasa.
Hasil dapatan daripada sumbang saran dalam kalangan guru-guru Bahasa Melayu bersama
pentadbir dicadangkan intervensi yang perlu dilaksanakan terhadap murid yang melibatkan enam
program iaitu Skor A BM SPM, Kelas Bimbingan Berfokus, Bengkel Teknik Menjawab Kertas 2,
Bengkel Teknik Menjawab Soalan Kertas 1 (Bahagian B- 100 markah), Klinik Bahasa dan MAS.

Langkah keempat ialah membuat prioriti intervensi. Daripada keenam-enam program yang
dicadangkan, Skor A BM SPM dan Bimbingan Berfokus mudah untuk dikendalikan boleh
memberi impak tinggi.

Langkah kelima; AJK panitia Bahasa Melayu telah menyediakan Pelan Tindakan bagi
memastikan projek yang dipilih berkesan dan mencapai matlamatnya.

3.1.2 Ko-kurikulum

Manakala untuk bidang kokurikulum, langkah pertama yang diambil adalah mesyuarat AJK
Pelaksana telah diadakan untuk merancang dan mengenal pasti projek yang akan dilaksanakan.
30 responden telah dipilih terdiri daripada murid Persatuan Bahasa dan Malaysiaku berdasarkan
borang soal selidik.

Langkah kedua adalah untuk memahami punca masalah dengan menggunakan Alat Sebab dan

11
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Menggilap Intan Mencari Sinar

Akibat. Hasil dapatan sumbang saran tersebut didapati murid tidak berminat adalah disebabkan
mereka tidak ketahui hala tuju/fokus Persatuan Bahasa dan Sejarah di sekolah.

Langkah ketiga adalah menyenaraikan cadangan intervensi yang perlu dijalankan untuk
meningkatkan kehadiran bermakna dalam berpersatuan untuk membantu pencapaian mata
pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah peperiksaan SPM. Hasil dapatan daripada sumbang
saran dalam kalangan guru-guru mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah bersama pentadbir
dicadangkan empat projek, iaitu Projek Bulan Bahasa, Penyertaan Pertandingan KoAkademik
Peringkat MSSD, Projek Citra Kemerdekaan, Lawatan Ilmiah, Teknik Menjawab secara Online
Kertas 2 untuk dipertimbangkan.
Projek Bulan Bahasa /Citra
Waktu Perjumpaan Kokurikulum

Impak Hari Rabu / Ahad


Tinggi

PidatoramaPermainan Shibba
Pantun/Sajak/Puisi
Radio DJ
e- Nyanyian Lagu Patriotik
e- kuiz Sejarah
Explorace Berbasikal

Rajah 1.3. Pemilihan Aktiviti Keutamaan Mengikut Impak dan Kemudahtadbiran

Langkah keempat ialah membuat prioriti intervensi. Daripada beberapa projek yang
dicadangkan, Projek Bulan Bahasa/Citra adalah projek yang mudah dilaksanakan dan boleh
memberi impak tinggi.

Langkah kelima; AJK Bulan Bahasa telah menyediakan Pelan Tindakan dan Carta Gantt
bagi memastikan projek yang dipilih berkesan dan mencapai matlamatnya.

3.2 Kepimpinan

Pengetua sebagai peneraju telah memastikan program dijalankan seperti yang dirancang dari
semasa ke semasa. Beliau juga telah memfokuskan tiga (3) aspek yang menjadi penggerak utama,
iaitu bahan modul, guru dan murid dan telah menyemak bahan yang digunakan sepanjang projek
dilaksanakan. Bagi menunjukkan sokongan kepada program ini, pengetua telah mengadakan
sesi perjumpaan sebanyak dua kali bersama dengan murid melalui program Bicara Ayahanda
(2 kali 2019, sekali 2020) untuk memberi semangat dan motivasi serta berbincang masalah yang
dihadapi dalam pelajaran mereka. Untuk memastikan ketekalan projek ini, setiap kali Ujian Pasca
dilaksanakan pengetua akan bersama-sama memantau perjalanan projek.

3.3 Pengurusan

Dalam bidang Kokurikulum, tuan pengetua sebagai peneraju telah memastikan projek Bulan Bahasa

12
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Menggilap Intan Mencari Sinar

dijalankan seperti yang dirancang dari semasa ke semasa. Pengetua juga telah memfokuskan tiga
(3) aspek yang menjadi penggerak utama, iaitu bahan modul, guru dan murid dan telah menyemak
bahan yang digunakan sepanjang projek dilaksanakan. Bagi menunjukkan sokongan kepada
tenaga pengajar pula, mereka telah diberikan kemudahan seperti alat tulis, dan kemudahan fotostat,
sementara untuk murid pula pengetua telah mengadakan sesi perjumpaan sebanyak tiga kali untuk
memberi semangat dan motivasi serta berbincang masalah yang dihadapi dalam pelajaran mereka.
Untuk memastikan ketekalan projek ini, setiap kali perjumpaan / pertandingan dilaksanakan
pengetua akan bersama-sama memantau perjalanan projek.

3.4 Kawalan

Dapatan hasil tinjauan yang telah dijalankan menunjukkan bahawa intervensi yang telah dijalankan
telah dapat meningkatkan kemahiran menulis karangan dari segi kualiti dan keupayaan murid
menguasai teknik menjawab soalan Kertas 2 soalan 2 dan 3 juga menunjukkan peningkatan yang
memberangsangkan. Hal ini juga boleh dibuktikan dengan keputusan peperiksaan SPM 2019 iaitu
mana GPMP Bahasa Melayu adalah 4.05 (88.50%). Hal ini dapat dikukuhkan dan dibuktikan lagi
dengan perbandingan keputusan yang telah dilakukan melalui Ujian Pra dan 2 kali Ujian pasca.
Ujian ini bertujuan menilai sejauh mana berlakunya peningkatan pembelajaran murid selepas
program selesai dilaksanakan (Tahun 2019).

Setelah menganalisis hasil dapatan, intervensi yang sama, diikuti proses kawal selia akan
dijalankan untuk meneruskan kesinambungan projek hingga menjelang peperiksaan SPM 2020
bagi merealisasikan matlamat tersebut.

Impak Intervensi dalam SPM 2019 Bagi Mata pelajaran BM, BI dan Sejarah

Jadual 1.9: Analisis Pencapaian SPM dengan projek yang dijalankan

13
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Menggilap Intan Mencari Sinar

Dapatan hasil tinjauan yang telah dijalankan menunjukkan bahawa Projek Bulan Bahasa
telah dapat meningkatkan pencapaian murid dalam SPM. Paparan ini bertujuan menilai sejauh
mana berlakunya peningkatan pembelajaran murid selepas program selesai dilaksanakan. Setelah
menganalisis hasil dapatan, projek ini proses ‘controlling’ akan dijalankan untuk meneruskan
kesinambungan projek hingga menjelang peperiksaan SPM bagi merealisasikan matlamat tersebut.
Beberapa projek telah disenaraikan bukan sahaja dalam aspek pencapaian dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah tetapi juga dalam aspek persediaan murid menghadapi
peperiksaan, motivasi dan kerohanian.

4.0 PENILAIAN DAN IMPAK DATA

Enam Intervensi yang dijalankan telah memberi impak yang positif kepada pencapaian mata
pelajaran Bahasa Melayu keseluruhannya untuk tahun 2019 apabila subjek Bahasa Melayu berjaya
melonjakkan GPMP dari 5.88 kepada 4.05. Bagi tahun 2020 ini hanya kejayaan intervensi yang
dijalankan dijangka dapat dibuktikan melalui pentaksiran Pertengahan Tahun 2020 ini. (belum
dapat keputusan).

Manakala dalam bidang Kokurikulum, Projek Bulan Bahasa / Citra Sejarah telah memberi impak
yang positif kepada pencapaian mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah pada keseluruhannya.
Hal Ini dapat dibuktikan melalui peningkatan murid yang mendapat Gred ‘A’ Peperiksaan SPM
2019 adalah mereka yang selalu menyertai pertandingan pada peringkat MSSD. Setiap responden
yang menyertai projek ini telah mendapat sekurang-kurangnya Gred B dan Gred C dalam
peperiksaan tersebut. Ujian kendalian sekolah juga menunjukkan berlakunya peningkatan yang
konsisten dalam kalangan responden dengan markah lingkungan 6 hingga 10 markah. Hasil projek
ini juga menunjukkan latih tubi yang berterusan dan e – pertandingan dapat memberi keyakinan
kepada murid.

5.0 RUMUSAN DAN PENUTUP

Fokus intervensi bertumpu pada menjawab Bahasa Melayu Kertas 1, karangan Bahagian B (100
markah) Kertas 2 (Bahasa Melayu - Soalan 2) dan tiga (3) (65 markah) telah berjaya membantu
murid-murid sasaran meningkatkan kemahiran menjawab aspek tersebut dan meningkatkan GPMP
Bahasa Melayu di SMK Seri Intan. Fokus kepada kumpulan pelajar sasaran disebabkan pelajar
terpilih diharapkan dapat menepati sasaran gred yang telah diunjurkan kerana pihak kami yakin
sekiranya ketiga-tiga komponen utama dalan kertas Bahasa Melayu dapat diatasi, kami akan
dapat menggerakkan GPMP sedia ada kepada yang lebih baik. Murid juga sentiasa dilatih untuk
menjawab karangan (Kertas 1) dengan mengikut kata arahan yang terdapat pada soalan yang
dipilih, mengaplikasi Ayat Topik, Ayat Huraian, Ayat Contoh ditambah pula dengan Kosa Kata
Menarik dan Frasa menarik dalam setiap isi karangan yang diolah untuk menghasilkan sebuah
karangan yang menarik. Untuk menjawab soalan Kertas 2 pula, murid akan didedahkan dengan
teknik yang efektif untuk menjawab soalan 2 dengan tepat, membiasakan murid dengan soalan-
soalan KBAT untuk soalan 2 a, b dan c dan untuk soalan 3 a, b, c, d dan e pula menekankan usaha
keras guru meningkatkan kemahiran murid melaui modul yang digunapakai oleh pihak sekolah.
Situasi ini meningkatkan keyakinan murid menguasai semua aspek dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu. Peningkatan ini adalah hasil komitmen tinggi dan kerjasama baik guru-guru Bahasa

14
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Menggilap Intan Mencari Sinar

Melayu yang gigih membimbing kumpulan sasar ini di samping penggunaan modul-modul soalan
yang berkualiti hasil garapan guru-guru Bahasa Melayu yang berpengalaman juga yang dibekalkan
PPD dan JPNJ dan soalan-soalan SPM tundingan. Bimbingan dan sokongan moral berterusan
daripada pihak IAB, Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan SIP+, SISC PPD Kluang juga membantu
program ini mencapai objektifnya.

Terdapat pelbagai cabaran untuk melaksanakan projek ini. Antaranya kekangan masa dan
PKP fasa 1, 2, 3. Murid terpaksa dicutikan ekoran daripada penularan Covid 19. Dalam tempoh
hampir tiga bulan bercuti itu menyebabkan PdPc secara bersemuka tidak dapat dijalankan. PdPc
secara dalam talian didapati kurang berkesan untuk murid di SMK Seri Intan disebabkan pelbagai
masalah terutama sekali masalah jaringan network dan masalah pada pihak murid itu sendiri.
Justeru, untuk mengembalikan motivasi mereka dengan memberi ganjaran pada murid yang
menyiapkan tugasan semasa cuti PKP dan murid yang memberikan respons positif terhadap PdPc
di dalam kelas. Guru-guru berpengalaman kerap melaksanakan Professional Learning Community
(PLC) untuk berkongsi ilmu dan pendekatan PdPc berkesan dengan guru-guru baharu yang kurang
berpengalaman. Pemantauan pihak pentadbir turut menyumbang kepada kejayaan projek.

Fokus projek untuk penyertaan lebih ramai murid telah berjaya membantu murid-murid
sasaran meningkatkan gred markah dan meningkatkan GPMP Bahasa Melayu dan Sejarah di SMK
Seri Intan ini. Fokus kepada kumpulan murid sasaran Kelas ST dan PA Peningkatan ini adalah
hasil komitmen tinggi dan kerjasama baik guru-guru Bahasa Melayu dan guru Sejarah yang gigih
membimbing kumpulan sasar ini di samping aktiviti yang menarik serta berkualiti hasil garapan
guru-guru yang berpengalaman juga yang dibekalkan PPD dan JPNJ. Bimbingan dan sokongan
moral berterusan dari pihak IAB, Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan SIP+, SISC PPD Kluang
juga membantu program ini mencapai objektifnya. Rumusan juga menunjukkan keyakinan diri
yang tinggi apabila dilantik menjadi guru muda kepada rakan-rakan yang lain sepanjang projek
berjalan sebelum menjelang Peperiksaan SPM sebenar. Projek ini juga akan diperluas kepada
murid-murid Tingkatan 4 pada awal sesi persekolahan 2021.

6.0 RUJUKAN

Abdul Aziz Md. Noor. (2003). An investigation into the headship training programme for
inspiring primary school headteacher. Disertasi Doktor Falsafah. Universiti of Bristol,
UK.

Haslina Mohamad (2020). Perkembangan Pelaksanaan Pembelajaran Abad ke-21 di Sekolah


Kebangsaan Bukit Pasir Muar: Suatu Kajian Dalam Pembelajaran Sepanjang Hayat.
Jurnal Kajian Tindakan MPSM Johor.

Kirkpatrick, D.L. (1975).  Evaluating training programs. Winsconsin: American Society for
Training and Development Inc.

15
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
16
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PROJEK SENTUHAN KASIH BAHASA MELAYU

MD HASRAM BIN OMAR


Pengetua SMK Munshi Abdullah Kulai Johor
jeb8001@moe.edu.my

NOR KAMSIAH BINTI JAAPAR


Pensyarah Kanan IAB Cawangan Genting Highlands
norcomej@iab.edu.my

AZMAN BIN SAFII


Pegawai SIP+ PPD Kulai

ABSTRAK

Setiap tahun pencapaian Bahasa Melayu SMK Munshi Abdullah gagal mencapai ETR
yang ditetapkan oleh pihak sekolah sama ada dari segi peratus atau Gred Purata Mata
Pelajaran (GPMP). Walaupun projek ini telah dilaksanakan pada tahun 2011 hingga 2018
dan mencatatkan peratus melebihi 90 peratus berbanding tahun sebelumnya yang hanya
mencatatkan purata antara 70 peratus hingga 80 peratus sahaja namun masih gagal
mencapai ETR yang ditetapkan. Oleh hal yang demikian, pelaksanaan projek ini mampu
meningkatkan pencapaian mata pelajaran Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM pada
tahun 2019. Projek ini dilihat mampu memberi fokus yang maksimum kepada murid-murid
mengikut tahap penguasaan mata pelajaran Bahasa Melayu kerana setiap murid pastinya
mempunyai tahap penguasaan yang berbeza. Selain itu, efikasi kolektif guru-guru yang
terlibat dalam program ini juga akan lebih berfokus dan secara tidak langsung pelaksanaan
PdPc akan lebih berkesan Diharapkan program ini terus memberi impak yang besar dalam
keputusan SPM 2019 dan seterusnya mencapai sasaran 100 peratus seperti yang terkandung
dalam Perancangan Strategik Sekolah 2015-2019.

Kata kunci: pengurusan akademik, mata pelajaran Bahasa Melayu

1.0 PENGENALAN
Penyelidik telah melapor diri sebagai pengetua SMK Munshi Abdullah di Pejabat Pendidikan
Daerah Kulai pada 26 Disember 2016. Penyelidik merupakan pengetua yang ke-14 sejak sekolah
ini ditubuhkan pada tahun 1970. Keluasan sekolah ialah 10.3 ekar. SMK Munshi Abdullah
merupakan kategori sekolah Bandar. Sekolah ini mula beroperasi pada tahun 1970 dengan nama
SMR Jenis Kebangsaan (Inggeris) Kulai. Pada tanggal 16 Oktober 1976, SMR Jenis Kebangsaan
(Inggeris) ditukar nama kepada SMK Munshi Abdullah sempena nama tokoh Bahasa dan Bapa
Kesusasteraan Melayu Moden, iaitu Munshi Abdullah bin Abdul Kadir atas jasanya yang banyak
berbakti kepada negeri Johor. Pada 1 Oktober 2001, SMK Munshi Abdullah telah dinaikkan gred
sekolah kepada sekolah menengah Gred `A.`

17
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Projek Sentuhan Kasih Bahasa Melayu

1.1 Profil Sekolah

Sekolah ini menempatkan murid berbilang kaum. Murid pertama seramai 337 orang, terdiri
daripada murid Tingkatan Peralihan dan Tingkatan 1 dengan seramai 20 orang guru. Tiga buah
kelas Aliran Sastera telah diperkenalkan tahun 1975 manakala Aliran Sains pada tahun 1979.
Sekolah-sekolah saluran untuk murid baharu berasal dari SRJK (C) Kulai, SRJK ( C) Kulai 2
SRJKC Kulai Besar SRJK (T) Ladang Kelan dan SRK Kampung Melayu, Kulai. Kini bilangan
murid di SMK Munshi Abdullah pada tahun 2018 adalah seramai 654 orang. Pecahannya adalah
seperti berikut, 300 orang murid Melayu (45.87%), 171 orang murid Cina (26.15 %), 157 orang
murid India (24.01 %) dan 9 orang murid terdiri daripada lain-lain bangsa (1.38%). Data guru
terkini berjumlah 48 orang guru. Terdiri daripada 12 guru lelaki dan 36 guru perempuan serta
tujuh (7) kakitangan staf sokongan.

Dari aspek infrastruktur dan fizikal, sekolah ini hanya dapat menempatkan bilangan murid
yang agak kecil kerana bilangan kelas dan bangunan sekolah sedia ada juga adalah terhad. Sekolah
ini mempunyai tiga blok bangunan dua tingkat dan sebuah kantin yang menempatkan 13 buah
bilik darjah, tiga buah makmal sains, tiga buah bengkel Kemahiran Hidup dan beberapa bilik khas
seperti pejabat, bilik guru, perpustakaan, bilik solat, koperasi, stor sukan dan lain-lain. Keluasan
kawasan yang agak terhad tidak memungkinkan bangunan tambahan dibina di sekolah ini.

Pencapaian sekolah dalam bidang akademik pula adalah pada tahap yang agak rendah.
Kebanyakan murid yang belajar di sekolah ini adalah dari kalangan murid yang mempunyai
pencapaian akademik yang sederhana kerana murid pilihan telah ditempatkan di sebuah sekolah
kawalan yang menawarkan kelas Rancangan Khas.

Jadual 2.1: Keputusan SPM 2015 hingga 2018

TAHUN BIL. CALON PERATUS LULUS GPS


2015 132 81.82 6.27
2016 119 75.86 6.12
2017 116 64.91 6.02
2018 112 78.15 5.67

Peratus pencapaian Bahasa Melayu SPM pula amat memuaskan kerana mencatatkan 90 peratus
sejak tahun 2011 namun begitu pencapaian peratus dan GPMP yang masih tidak mencapai
ETR yang ditetapkan. Usaha boleh dilakukan untuk memastikan Bahasa Melayu terus mencapai
keputusan yang lebih cemerlang memandangkan guru-guru Bahasa Melayu Tingkatan 5 boleh
merealisasikan impian sekolah dengan bantuan barisan peneraju sekolah.

2.0 MENGENAL PASTI MASALAH DAN PENAMBAHBAIKAN

SMK Munshi Abdullah ialah sebuah sekolah yang mempunyai potensi yang tinggi untuk
mencapai kejayaan. Walau bagaimanapun terdapat beberapa isu yang menjadi penghalang untuk
meningkatkan kecemerlangan. Untuk mengenal pasti isu pihak sekolah telah melaksanakan
sumbang saran dengan menggunakan kaedah Alat Mencari Punca Masalah Rajah Tulang Ikan
Ishikawa dan Analisis Persekitaran melalui Analisis SWOT.

18
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Projek Sentuhan Kasih Bahasa Melayu

Rajah 2.1: Rajah Tulang Ikan Ishikawa Bagi Mengenal Pasti Punca Pencapaian Bahasa
Melayu Tidak Mencapai Expected Target Results (ETR) dalam Peperiksaan
SPM

Berdasarkan analisis data perperiksaan SPM 2013 sehingga 2017 mendapati bahawa
pencapaian Bahasa Melayu SPM tidak mencapai ETR yang telah ditetapkan sama ada dari segi
peratus atau Gred Purata Mata Pelajaran.

Jadual 2.2: Analisis Keputusan Bahasa Melayu Tahun 2013 hingga 2018

BIL TAHUN Pencapaian Pencapaian ETR ETR


Peratus lulus
GPMP Peratus GPMP
1 2013 92.70 5.29 98.39 4.84
2 2014 94.79 5.41 100 4.43
3 2015 94.7 5.53 100 4.81
4 2016 88.79 5.59 100 4.83
5 2017 92.11 4.67 98.28 5.23
6 2018 92.37 4.37 96.72 4.34

Analisis Persekitaran dijalankan melalui Analisis SWOT seperti Jadual 2.3: Analisis
Keputusan Bahasa Melayu Tahun 2013 hingga 2018.

19
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Projek Sentuhan Kasih Bahasa Melayu

Jadual 2.3: Analisis Persekitaran Melalui Analisis SWOT Keputusan Bahasa Melayu (2013-2018)

KEKUATAN(S) KELEMAHAN (W)

S1. Terdapat tiga (3) orang guru bahasa Melayu W1. 83 peratus murid India dan Cina tingkatan 4
yang mengajar Tingkatan 5 merupakan guru gagal dalam peperiksaan Akhir Tahun
opsyen Bahasa Melayu.
W2. Kehadiran murid 2 kelas terakhir ke sekolah
S2. Terdapat seorang guru berbangsa Cina yang tidak mencapai 90 peratus.
mengajar Bahasa Melayu Tingkatan 5.
W3. Murid tidak mempunyai motivasi ingin lulus
S3. Terdapat seorang guru lelaki yang pernah dalam peperiksaan SPM
memegang jawatan guru disiplin mengajar
Bahasa Melayu . W4. Kaedah PdPc masih berfokuskan kepada guru.

S4. 3 orang guru berpengalaman melebihi 10 tahun W5. Guru mengajar tidak mengikut aras murid.
mengajar Bahasa Melayu.
W6. Aras kemahiran bahasa Melayu murid
S5. Guru-guru komited untuk meningkatkan berbeza-beza di dalam setiap kelas.
prestasi Bahasa Melayu.
PELUANG(O) CABARAN (T)

O1. Sokongan kewangan daripada pihak PIBG T1. Ibu bapa tidak mengambil berat tentang
dalam melaksanakan program pencapaian pentingnya menguasai bahasa Melayu terutama
prestasi Bahasa Melayu dalam peperiksaan dalam kalangan murid bukan Melayu.
SPM.
T2. Ibu bapa tidak mengambil berat tentang
O2. Mudah mendapat kerjasama daripada JKD dan kehadiran anak-anak ke sekolah.
PPD meningkatkan prestasi Bahasa Melayu.
T3. Sekolah berdekatan dengan premis perniagaan
O3. Bantuan dari segi kewangan dan kepakaran telah memberi peluang murid-murid bekerja
oleh Yayasan Sejahtera. secara sambilan amat tinggi dalam kalangan
murid.
O4. Penyampaian maklumat antara ibu bapa dan
pihak sekolah lebih mudah.

O5. Peruntukan PCG Panitia yang mencukupi.

20
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Projek Sentuhan Kasih Bahasa Melayu

Jadual 2.4: Penjanaan Strategik Melalui TOWS Matriks


KEKUATAN(S) KELEMAHAN (W)

S1. Terdapat tiga (3) orang guru W1. Sebahagian murid India
bahasa Melayu yang mengajar dan Cina gagal menguasai
Tingkatan 5 merupakan guru kemahiran bahasa seperti
INTERNAL opsyen Bahasa Melayu. membaca, menulis dan
bertutur.
ENVIRONMENT S2. Terdapat seorang guru
berbangsa Cina yang W2. Kehadiran murid 2 kelas
mengajar Bahasa Melayu terakhir ke sekolah tidak
Tingkatan 5. mencapai 90 peratus.

S3. Terdapat seorang guru lelaki W3. Murid tidak mempunyai


yang pernah memegang motivasi ingin lulus dalam
jawatan guru disiplin peperiksaan SPM
mengajar Bahasa Melayu.
W4. Kaedah PdPc masih
S4. Terdapat tiga (3) orang guru berfokuskan kepada guru.
berpengalaman melebihi
10 tahun mengajar Bahasa W5. Guru mengajar tidak mengikut
EXTERNAL tahap murid.
Melayu.
ENVIRONMENT W6. Tahap kemahiran Bahasa
S5. Guru-guru komited untuk
meningkatkan prestasi Bahasa Melayu murid berbeza-beza di
Melayu. dalam setiap kelas.

PELUANG(O) S-O STRATEGI W-O STRATEGI

O1. Sokongan kewangan daripada pihak Strategi 1: S1+S2+S3+S4+S5+ Strategi


PIBG dalam melaksanakan program O1+O2+O5 2:W1+W2+W5+W6+O1+O2
pencapaian prestasi Bahasa Melayu
dalam peperiksaan SPM. 1. Memastikan guru mengajar 2. Mengukuhkan kemahiran bahasa
murid mengikut tahap murid dalam kalangan murid mengikut
O2. Mudah mendapat kerjasama daripada berdasarkan kemahiran, tahap murid dengan bantuan PPD
JKD dan PPD meningkatkan prestasi pengalaman dan kemampuan dan PIBG
Bahasa Melayu. guru dalam melaksanakan
PdPc yang lebih berkesan Strategi 3: W4+W5+O1+O2
O3. Bantuan dari segi kewangan dan dengan bantuan PIBG dan
kepakaran oleh Yayasan Sejahtera. JKD 3. Memantapkan kaedah PdPc guru
yang berkesan dalam mata pelajaran
O4. Penyampaian kaedah maklumat antara
Bahasa Melayu dengan kerjasama
ibu bapa dan pihak sekolah lebih
PPD.
mudah
CABARAN (C) S-T STRATEGI W-T STRATEGI

T1. Ibu bapa tidak mengambil berat


tentang pentingnya menguasai bahasa Strategi 4: S5+T1+T2 Strategi 5: W2+W3+T2+T1
Melayu terutama dalam kalangan
murid bukan Melayu. 5. Meningkatkan kesedaran anak-
4. Mengukuhkan hubungan antara anak dan ibu bapa tentang
T2. Ibu bapa tidak mengambil berat kehadiran murid ke sekolah
guru Bahasa Melayu dan ibu bapa
tentang kehadiran anak-anak ke supaya pencapaian Bahasa
untuk mencapai ETR Bahasa
sekolah. Melayu akan meningkat.
Melayu.
T3. Sekolah berdekatan dengan premis
perniagaan telah memberi peluang
Strategi 6: W5+W6+T4
murid-murid bekerja secara sambilan
amat tinggi dalam kalangan murid.
6. Mempelbagaikan bahan bantu
mengajar pelbagai aras dengan
bantuan PIBK.

21
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Projek Sentuhan Kasih Bahasa Melayu

Jadual 2.5: Analisis Pemilihan Strategi Berdasarkan Pemberatan

Bil Kriteria Pemilihan S1 S2 S3 S4 S5 S6


1 Tahap kesukaran proses kerja.* 4 4 3 1 1 3

2 Kompetensi staf yang bertanggungjawab. 5 4 4 1 1 3

Sumber kewangan dan kos pembiayaan


3 4 4 4 3 4 3
terlibat.*

Kemudahan infrastruktur dan peralatan /


4 4 4 4 2 2 3
kelengkapan.

5 Andaian keupayaan mengatasi halangan. 4 4 4 2 2 4

Andaian hasil yang dijangkakan / impak


6 untuk mencapai objektif, matlamat / isu, misi 5 5 3 2 2 3
dan visi.

7 Akur kepatuhan dengan mandat / arahan. 5 4 4 2 2 4

8 Rekod keberkesanan yang lepas. 5 5 4 2 2 3


9 Kesesuaian dengan persekitaran terkini. 5 5 4 3 4 4
Jumlah Skor 40 39 34 18 20 30
Keputusan

Ulasan : Strategi 1, 2 dan 3 diambil untuk dilaksanakan. 

Jadual 2.6: Senarai Strategi Mengikut Keutamaan

BIL STRATEGIK
Memastikan guru mengajar murid mengikut tahap murid berdasarkan kemahiran,
1 pengalaman dan kemampuan guru dalam melaksanakan PdPc yang lebih berkesan
dengan bantuan PIBG dan JKD.
Mengukuhkan kemahiran bahasa dalam kalangan murid mengikut tahap murid dengan
2
bantuan PPD dan PIBG.
Memantapkan kaedah PdPc guru yang berkesan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
3
dengan kerjasama PPD.

4 Mempelbagaikan bahan bantu mengajar pelbagai tahap murid dengan bantuan PIBK.

Meningkatkan kesedaran anak-anak dan ibu bapa tentang kehadiran murid ke sekolah
5
supaya pencapaian Bahasa Melayu akan meningkat.
Mengukuhkan hubungan antara guru Bahasa Melayu dan ibu bapa untuk mencapai
6
ETR Bahasa Melayu.

22
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Projek Sentuhan Kasih Bahasa Melayu

3.0 PELAKSANAAN PROJEK (P-O-L-C)

Dalam pelaksanaan projek ini, kami menggunakan kaedah P-O-L-C sebagai alat yang dapat meng-
gambarkan keseluruhan proses pelaksanaannya.

3.1 Perancangan

Untuk mengenal pasti dan merancang projek yang sesuai dan berimpak tinggi, Pelan Taktikal dan
Pelan Operasi telah digunakan sebagai alat memulakan kerja.

Langkah pertama yang diambil ialah mesyuarat AJK pelaksana untuk merancang dan mengenal
pasti projek yang akan dilaksanakan. Seramai 109 responden telah dipilih berdasarkan markah
Bahasa Melayu Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 2018.

Langkah kedua adalah untuk memahami punca masalah dengan menggunakan Alat Sebab dan
Akibat Tulang Ishikawa. Hasil dapatan sumbang saran tersebut didapati murid bukan Melayu
menyumbang peratus kegagalan dalam Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 2018.

Jadual 2.7: Analisis Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun Bahasa Melayu Tahun 2018

BIL RAS LULUS GAGAL TH JUMLAH

1 MELAYU 51(91.07) 5(8.93) 56


2 CINA 9(28.13) 23(71.88) 32
3 INDIA 7(36.84) 11(57.89) 1 19
4 LAIN 1(50) 1(50) 2
JUMLAH 68 40 1 109

Langkah ketiga ialah menyenaraikan cadangan intervensi yang perlu dijalankan untuk
meningkatkan peratus dan GPMP Bahasa Melayu dalam Peperiksaan SPM. Hasil dapatan daripada
sumbang saran dalam kalangan AJK pelaksana dicadangkan tiga (3) projek iaitu Projek Sentuhan
Kasih, Projek Klinik Redha dan Projek Diskusi Bahasa untuk dipertimbangkan.

Langkah keempat ialah membuat prioriti intervensi. Daripada ketiga-tiga projek yang di-
cadangkan, Projek Sentuhan Kasih adalah projek yang mudah dijalankan dan berimpak tinggi.
Walau bagaimanapun Projek Klinik Redha dan Projek Diskusi Bahasa juga akan dilaksanakan
sebagai sokongan kepada Projek Sentuhan Kasih.

3.2 Pengurusan

Jawatankuasa Projek Sentuhan Kasih 2019

Pengerusi: Md Hasram bin Omar

Timbalan Pengerusi: Noorazlina binti Mohd. Salleh

Penyelaras/Setiausaha: Mohamed Khairul bin Mohamed Amin

23
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Projek Sentuhan Kasih Bahasa Melayu

Pasukan Pemantau: 1. Hjh Shahriah binti Jalaluddin

2. Vidanaigam a/l Nayanasandaram

3. Prathiba a/p N. Kannan

4. Semua GKMP

Ahli Jawatankuasa: 1. Nur Farhana binti Abdl Rahman (Ketua Panitia BM)

2. Lim Kim Chew

3. Nik Mastura binti Nik Li

4. Nurul Shahrini binti Kasian

3.3 Kepimpinan

Bagi memastikan projek ini dapat dijayakan dengan berkesan, pengetua sebagai peneraju telah
melibatkan semua Penolong Kanan, GKMP dan semua guru Bahasa Melayu Tingkatan 5 dengan
bekerjasama secara kolektif untuk memastikan projek Sentuhan Kasih dijalankan seperti yang
dirancang dari semasa ke semasa. Pengetua juga telah memberi tumpuan kepada tiga (3) aspek
iaitu:

i. Jadual anjal

PdPc Bahasa Melayu tingkatan 5 telah dilaksanakan serentak melibatkan semua kelas
Tingkatan 5 dan seramai 109 murid yang akan mengambil peperiksaan SPM 2019 terlibat.

ii. Tahap Penguasaan Murid

Murid telah dibahagikan kepada empat kumpulan mengikut tahap pencapaian murid
berdasarkan keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2018. Kumpulan Elit terdiri daripada 29
orang murid yang mendapat markah melebihi 60 markah. Kumpulan Dinamik terdiri daripada
28 orang murid yang mendapat markah antara 40 hingga 59. Kumpulan Aspirasi terdiri
daripada murid-murid Cina yang markahnya di bawah 40. Kumpulan Dedikasi pula terdiri
daripada murid yang gagal dan mempunyai masalah disiplin dan sukar dikawal.

iii. Latar belakang guru Bahasa Melayu

Kumpulan Elit diajar oleh Cikgu Noorazlina binti Mohd Salleh berpengalaman lebih 20 tahun
dan pernah menjadi penanda Bahasa Melayu Kertas 2 SPM. Kumpulan Aspirasi diajar oleh
Cikgu Nurfarhana binti Abdul Rahman yang baharu mengajar 2 tahun mata pelajaran Bahasa
Melayu Tingkatan 5 dan merupakan Ketua Panitia Bahasa Melayu. Cikgu Lim Kim Chew
mengajar Kelas 5 Aspirasi dan berpengalaman mengajar lebih daripada 20 tahun. Cikgu
Mohamed Khairul bin Mohamed Amin GKMP Bahasa pula mengajar kumpulan Dedikasi dan
berpengalaman selama 8 tahun sebagai Ketua Guru Disiplin.

3.4 Kawalan

Beberapa kaedah telah dilaksanakan bagi mengawal dan menilai Projek Sentuhan Kasih.

24
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Projek Sentuhan Kasih Bahasa Melayu

Antaranya melalui:

i. Mesyuarat Pengurusan Sekolah

Projek Sentuhan Kasih telah dijadikan agenda utama dalam setiap kali mesyuarat pengurusan
sekolah. GKMP Bahasa selaku penyelaras projek dikehendaki melaporkan pelaksanaan projek
ini bagi melihat status pelaksanaannya. Hasil perbincangan ini akan dibawa ke mesyuarat
panitia oleh GKMP untuk memastikan guru-guru dan murid-murid dapat dibantu bagi
memastikan projek ini terus berjalan lancar.

ii. Analisis Keputusan Peperiksaan Dalaman Bahasa Melayu Tingkatan 5 2019

Keputusan peperiksaan dalaman bagi mata pelajaran Bahasa Melayu tingkatan 5 akan
dibincangkan secara lebih teliti dalam Audit Akademik. Kaedah ini penting bagi memastikan
intervensi dapat dijalankan agar projek ini mencapai matlamatnya.

4.0 PENILAIAN DAN IMPAK DATA

Projek Sentuhan Kasih telah memberi impak yang positif kepada pencapaian mata pelajaran Bahasa
Melayu dari segi peratus dalam peperiksaan SPM 2019 kerana melebihi ETR yang ditetapkan
oleh pihak sekolah. Walaupun GPMP tidak mencapai ETR namun GPMP Bahasa Melayu tetap
mencatatkan mata yang terbaik dalam sejarah sekolah.

Jadual 2.8: Analisis Keputusan Peperiksaan SPM 2019

KUMPULAN NAMA GURU GPMP


BIL SPM
TOV AR1 AR2 AR3 ETR
CALON 2019
%
GPMP 2.76 2.51 3.21 2.31 1.82 1.07
ELIT NOORAZLINA 29
% 100 100 100 100 100 100
GPMP 6.61 5.33 6.18 4.96 3.70 4.04
DINAMIK NURFARHANA 27
% 92.86 100 92.6 100 100 100
GPMP 8.46 7.69 8.32 7.83 6.46 6.15
ASPIRASI LIM KIM CHEW 25
% 19.23 50.00 32.00 50.0 100 92.31
DINAMIK MOHD KHAIRUL GPMP 8.48 7.29 7.43 7.4 6.23 6.13
33
% 32.26 78.60 66.67 80.0 93.55 87.10
BAHASA MELAYU 115 GPMP 6.47 5.61 6.32 5.56 4.54 4.33
63.96 81.98 72.97 83.49 98.2 94.74
%

Murid-murid bukan Melayu pula telah memberikan impak yang positif dalam keputusan
peperiksaan SPM 2019. Hanya dua orang murid bukan Melayu yang gagal dalam peperiksaan
SPM 2019 ini.

25
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Projek Sentuhan Kasih Bahasa Melayu

Jadual 2.9: Analisis Lulus Bahasa Melayu SPM 2019 Mengikut Kaum

RAS PPT TING 4 2018 SPM 2019

MELAYU 91.07 100


CINA 28.13 100
INDIA 36.84 89.47
LAIN 50.00 100

5.0 RUMUSAN DAN PENUTUP

Projek Sentuhan Kasih telah berjaya meningkatkan prestasi Bahasa Melayu SPM 2019 ke prestasi
yang terbaik dalam sejarah sekolah. Tanggungjawab sebagai pengetua SMK Munshi Abdullah
untuk memastikan semua murid layak sijil penuh peperiksaan SPM 2019 hampir tercapai. Walau
bagaimanapun prestasi GPMP masih belum mencapai ETR. Oleh hal yang demikian, masalah ini
perlu diatasi segera dan berharap agar pelaksanaan Projek Sentuhan Kasih ini terus relevan untuk
dilaksanakan pada masa hadapan.

Berdasarkan kepada soal selidik yang dijalankan terhadap 60 responden, murid-murid


memberi respon yang positif terhadap Projek Sentuhan Kasih.

i. Saya lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaan SPM (SIKAP)

Rajah 2.2: Respon Murid Berkaitan Persediaan Murid Menghadapi Peperiksaan (Aspek Sikap)

ii. Saya tahu format peperiksaan dengan lebih mendalam (ILMU)

Rajah 2.3: Pengetahuan berkaitan format peperiksaan (Aspek Ilmu).

26
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Projek Sentuhan Kasih Bahasa Melayu

iii. Saya dapat menjawab soalan peperiksaan dengan lebih baik (KEMAHIRAN)

Rajah 2.4: Aspek Kemahiran Murid Menjawab Peperiksaan

iv. Saya dapat meningkatkan keputusan peperiksaan. (KESEDARAN)

Rajah 2.5: Kesedaran Berkaitan Meningkatkan Keputusan Peperiksaan

Cabaran yang dihadapi pada peringkat awal ialah pembahagian murid mengikut kumpulan
kerana daripada lima kelas asal dibahagikan kepada empat kumpulan. Selain itu, pembahagian
kelas juga tidak seimbang sebagai contoh murid yang lemah dan bermasalah lebih ramai sebagai
contoh murid 5 Dedikasi seramai 33 orang berbanding kumpulan lain di bawah 30 orang murid.
Cabaran kedua ialah guru yang mengajar kumpulan Dedikasi terpaksa menghadapi bukan sahaja
masalah pembelajaran tetapi juga masalah disiplin. Walau bagaimanapun dengan kerjasama secara
kolektif dalam kalangan guru Bahasa Melayu, masalah ini dapat diatasi dengan baik. Pelaksanaan
PLC (Diskusi Bahasa) juga memberi kesan positif dalam pendekatan PdPc guru yang lebih
berkesan mengikut tahap kemahiran murid.

Secara keseluruhannya, kerjasama secara kolektif dalam kalangan barisan pengurusan


sekolah, guru-guru bahasa Melayu dan murid-murid dalam melaksanakan Projek Sentuhan Kasih
telah memberi kejayaan yang amat cemerlang dalam peperiksaaan Bahasa Melayu SPM 2019.
Projek ini akan terus dilaksanakan untuk tahun yang akan datang.

27
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Projek Sentuhan Kasih Bahasa Melayu

6.0 RUJUKAN

Fareed Siddiqui (2015). The Four Key Functions of Management (PODC).http://fareessiddiqui.


wordpress.com/2015/06/07/the-four-key-functions-of-managementpodc/.

Shamsuddin bin Haron. Impak Amalan Kepimpinan Transformasional Pengetua Terhadap


Efikasi Kolektif Guru dan Pencapaian Murid.

Haslina binti Mohamad (2020). Perkembangan Pelaksanaan Pembelajaran Abad ke-21 di


Sekolah Kebangsaan Bukit Pasir Muar: Suatu Kajian Dalam Pembelajaran Sepanjang
Hayat.

Jurnal Kajian Tindakan MPSM Johor.

28
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
INFO DI HUJUNG JARIKU
MOHD YUSOF BIN SAID

MOHD YUSOF BIN SAID


Pengetua SMK Seri Bemban
MEA1080@moe.edu.my

DR. EKERIM A/P DIN


Pensyarah Pembimbing IAB Bandar Enstek
ekerim@iab.edu.my

JOHARI BIN BAKAR


Pegawai SIP+ PPD Jasin

ABSTRAK

Projek Inovasi QR Code ini bertujuan untuk membangunkan kualiti guru yang
telah dikenal pasti sebagai isu utama menyebabkan prestasi rendah dalam
keputusan SPM di SMK Seri Bemban. Isu kualiti guru ini telah diteliti secara
lebih mendalam dan didapati punca utama yang perlu diambil tindakan segera
adalah masalah guru tidak masuk kelas dan guru lewat masuk kelas. Bagi
menyelesaikan masalah ini pengetua telah membangunkan inovasi aplikasi QR
Code bagi memantau keberadaan guru agar tiada waktu lara dan PdPc dijalankan
dengan lebih bermakna dan arahan Memenuhi Masa Instruktional (MMI) dapat
dipenuhi. Inovasi aplikasi QR Code ini dapat membantu pentadbir dalam
memantau keberadaan guru di kelas melalui Google Drive dengan menggunakan
smart phone walau di mana pentadbir berada. Keadaan ini mewujudkan suasana
keberadaan pentadbir (visibility) sentiasa dirasai oleh guru. Selain dari itu,
inovasi aplikasi QR Code yang dibangunkan ini turut menyelesaikan beberapa
masalah lain berkaitan pengurusan pentadbiran, akademik dan mengurangkan
beban tugas guru. Hasil projek ini menunjukkan lonjakan yang ketara dalam
pencapaian Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Percubaan SPM
berbanding tahun sebelumnya. Keputusan GPS SPM 2019 juga melebihi KPI yang
telah ditetapkan, iaitu peningkatan 0.48 daripada 6.44 (2018) kepada 5.96 (2019).
Pencapaian Inovasi aplikasi QR Code keberadaan guru ini juga telah meraih
tempat pertama dalam pertandingan Inovasi Pengurusan dan Kepimpinan Daerah
Jasin tahun 2019 dan seterusnya telah diguna pakai bagi seluruh Sekolah Rendah
dan Menengah Daerah Jasin bermula tahun 2020.

Kata kunci: pengurusan akademik, mengurus perubahan, inovasi, QR Code,


memenuhi masa instruksional, visibility.

29
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Info di Hujung Jariku

1.0. PROFIL SEKOLAH

SMK Seri Bemban mula dibina pada 24 Ogos 1998 dengan kawasan seluas 16 ekar di
N24 Kawasan Air Panas (dikenali sebagai Bemban) dan siap sepenuhnya pada Mac 2000. Pada 17
Januari 2000, SMK Seri Bemban telah mula beroperasi dengan bilangan murid seramai 138 orang,
14 orang guru dan 7 orang Anggota Kumpulan Pelaksana. Penulis merupakan pengetua yang
kesembilan di sekolah ini dan mula berkhidmat pada 8 Mei 2018.

Rajah 3.1: Infografik SMK Seri Bemban

Pengetua mengambil masa selama tiga (3) minggu untuk menganalisis persekitaran sekolah.
Langkah pertama ialah membuat satu analisis SWOT bertujuan mengenal pasti kekuatan dan
kelemahan serta faktor-faktor menarik dan menolak yang perlu diambil perhatian segera.
Pencapaian GPS SPM 2017 adalah 6.54. Perkara utama yang perlu dilakukan dalam masa lima
(5) bulan untuk persediaan SPM adalah menyusun semula strategi program kecemerlangan secara
berfokus dan membangunkan kualiti guru.

Pada prinsipnya, guru perlu berubah jika inginkan murid yang cemerlang. Guru perlu “biasakan
yang betul, betulkan yang biasa,” “don’t wasting time, don’t wasting raw,” “Masa bersantai telah
tamat.” Penekanan segera dalam menguasai sukatan pelajaran, RPH dan PdPc bermakna. Selain
dari itu, memupuk semangat kerja berpasukan diterapkan dengan cogan kata yang dipersetujui
bersama, iaitu “ Together We Can Do Anything” menjadi kata azimat yang perlu dihayati dan
diamalkan dalam semua perkara. Dengan komitmen semua warga sekolah pencapaian peratus
lulus SPM 2018 meningkat kepada 74.59 % berbanding 72.9% (2017). Pencapaian GPS juga

30
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Info di Hujung Jariku

bertambah baik kepada 6.44 berbanding 6.54 (2017).

Bersandarkan Watikah Program Pelonjakan Kepimpinan Sekolah (ProPekS) pada 17 Oktober


2018, pengetua mula mengorak langkah dengan ilmu yang dicurahkan oleh Pensyarah IAB bersama
dengan bimbingan SIP+ PPD Jasin dan Jabatan Pelajaran Melaka untuk melonjakkan prestasi SPM
sekolah ini. Bagi mengaplikasikan pendekatan yang bersesuaian pengetua perlu mengenal pasti isu
utama agar dapat menghasilkan impak yang tinggi bagi mencapai keberhasilan yang disasarkan
bermula tahun 2019 – 2021.

2.0. MENGENAL PASTI MASALAH DAN PENAMBAHBAIKAN

Bersandarkan pengalaman sedia ada selama lima (5) bulan di sekolah ini, pengetua mula mengorak
langkah menyambut cabaran ProPeKS untuk meningkatkan prestasi akademik SPM dengan
meletakkan fokus pencapaian GPS SPM 5.50 dalam masa 3 tahun (2019 -2021). Berdasarkan
Analisis Persekitaran dan SWOT, pengetua dapat mengenal pasti masalah utama yang ketara.

Jadual 3.1: Mengenal Pasti Masalah Melalui Analisis Data

Kekuatan sekolah (Faktor penarik) di mana terdapat 45 orang guru DG 44 (berpengalaman


dan masih muda) yang boleh dijadikan aset utama dan kesemua guru bersetuju serta ingin bersama-
sama melonjakkan prestasi sekolah apabila matlamat Program ProPeKs dibentangkan. Terdapat
tiga (3) isu utama (faktor menolak) iaitu Kualiti guru, PdPc bermakna dan Ketrampilan murid yang
perlu diambil perhatian (Jadual 1). Daripada tiga (3) isu utama ini pengetua telah menggunakan
Jadual Pemberatan (Rajah 1 dan Jadual 2) untuk mengenal pasti Isu yang perlu ditangani dan beri
perhatian segera.

31
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Info di Hujung Jariku

Rajah 3.2: Isu Yang Dikenal Pasti

Jadual 3.2: Matriks Ranking Digunakan Untuk Memilih Keutamaan Program

Jadual 2 pemberatan menunjukkan saya perlu membangunkan kualiti guru bagi mencapai
prestasi SPM sekolah ini. Keadaan ini bertepatan dengan prinsip yang pengkaji “Nak ubah murid
kena ubah guru dahulu”. Oleh yang demikian, pengetua perlu melihat dan mengkaji secara lebih
mendalam (Long, Deep and Wide) untuk mencari faktor penolakan yang tepat (penyakit sebenar).
Menggunakan jadual pemberatan, pengkaji dapat menemui dua (2) isu yang perlu saya bangunkan
segera iaitu guru lewat masuk kelas dan guru tidak masuk kelas (Rajah 2). Isu ini bertepatan
dengan konsep yang pernah dimaklumkan semasa mesyuarat guru kali pertama. “Murid ponteng
– gagal,” “murid hadir, guru tak mengajar dengan betul – gagal”, “Murid hadir, guru mengajar
dengan betul – lulus”.

32
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Info di Hujung Jariku

Rajah 3.3: Membangun Kapasiti Guru

3.0. PELAKSANAAN PROJEK (P-D-C-A)

Setelah mengenal pasti punca sebenar masalah yang perlu ditangani segera, pengetua telah
membangunkan inovasi aplikasi QR Code keberadaan guru agar PdPc akan lebih bermakna dan
arahan Memenuhi Masa Instruktional (MMI) dapat dipenuhi. Inovasi aplikasi QR Code ini dapat
membantu pengkaji dalam memantau keberadaan guru di kelas melalui Google Drive dengan
menggunakan smart phone walau di mana pengetua berada meskipun sedang bercuti. Keadaan
ini mewujudkan suasana keberadaan saya sentiasa dirasai oleh guru. Pengetua menggunakan
metodologi PDCA (Plan, Do, Check, Act) yang dilakukan secara sistematik demi memastikan
peningkatan berterusan dapat menghasilkan impak yang sepatutnya.

3.1. Plan (Rancang)

Perancangan merupakan perkara yang sangat penting untuk mencapai matlamat yang diharapkan.
Pengetua memperuntukan masa yang lebih dalam membuat perancangan agar proses berikutnya
dapat berjalan dengan lancar.

33
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Info di Hujung Jariku

Jadual 3.3: Mengenal pasti keperluan guru melalui analisis jurang

Rajah 3.4: Pemetaan Hala Tuju Sekolah (Mindscaping)

Berdasarkan Jadual 3: Analisis Jurang (Jadual 3) pengetua telah membuat kerangka perancangan
menggunakan mindscaping (Rajah 3). Bermula dengan small steps pada fasa 1 dan seterusnya fasa
2, fasa 3 dan diakhiri dengan pencapaian matlamat yang diukur melalui KPI yang telah ditetapkan.
Dalam perjalanan setiap fasa akan menghadapi halangan-halangan yang perlu diatasi dengan
perbincangan dan penyusunan semula (base camp) agar sentiasa berada di landasan yang tepat.

3.2. Do (Buat)

Dalam melaksanakan apa yang telah dirancang pengetua telah menggunakan Model 8 langkah
Kotter (Jadual 4) bagi mengurus perubahan ke arah guru berkualiti berdasarkan tiga (3) fasa. Fasa
1, aplikasi QR Code Keberadaan Guru sebagai rintis. Fasa 2, aplikasi QR Code Keberadaan Guru
sepenuhnya. Fasa 3, aplikasi QR Code Keberadaan Guru bagi pengukuhan perubahan sebagai
budaya.

34
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Info di Hujung Jariku

Jadual 3.4: Model Kotter Digunakan Ke Arah Pembangunan Kapasiti Guru

Semua guru diwajibkan scan QR Code sebelum memulakan PdPc yang ditampal di papan putih
setiap kelas, bilik khas, makmal, surau, perpustakaan dan stor sukan (PJK). Bagi tujuan pemantauan
atau sebelum memulakan Management By Walking Around (MBWA) dan learning walk pengetua
boleh melihat mana-mana kelas menggunakan telefon pintar untuk melihat keberadaan guru
melalui paparan di Google Drive. Pengetua juga boleh melihat masa guru masuk ke kelas untuk
tujuan PdPc atau kelas ganti, bilangan murid hadir, aduan disiplin murid dan maklumat lain yang
perlu. Data ini tidak akan hilang dan boleh digunakan sebagai bukti atau sebagai sumber rujukan.

3.3. Check (Semak)

Bagi memastikan semua program sekolah termasuk pelaksanaan QR Code Keberadaan guru ini
berjalan lancar, pengetua telah membuat Pelan Intervensi Program Transformasi Sekolah (PinTaS)
(Jadual 4) untuk mewujudkan OPPM (Rajah 5 dan Rajah 6) sebagai alat untuk penyemakan.

Jadual 3.5: Pelan Intervensi Program Transformasi Sekolah SMK Seri Bemban

35
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Info di Hujung Jariku

Rajah 3.5: Pemantauan Penggunaan QR Code melalui One-Page-Project-Management (OPPM) dari


Januari –Mei 2019

Rajah 3.6: Pemantauan Penggunaan QR Code melalui One-Page-Project-Management (OPPM)


dari Jun – November 2019

3.4. Act (Tindakan)

Berdasarkan pelaksanaan QR Code Keberadaan Guru yang bermula daripada Fasa 1, Fasa 2 dan
sebahagian Fasa 3 didapati guru dapat mengikuti arahan yang telah ditetapkan ke arah menjadi
budaya sekolah. Saya menjalankan penambahbaikan dan perbincangan pelaksanaan projek ini
melalui Dialog Prestasi dan Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) yang diadakan pada minggu
akhir setiap bulan (OPPM). Dalam melaksanakan Projek QR Code Keberadaan Guru ini pengetua
juga menyelesaikan beberapa masalah lain. Pengetua telah membangunkan Inovasi QR Code
Tempahan Bilik Khas, Laporan Minit Curai, Nota dan Latihan Murid.

36
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Info di Hujung Jariku

Bagi tahun 2020 pengetua telah merancang untuk membangunkan QR Code bagi ID Murid. Murid
hanya perlu scan QR Code ID untuk kehadiran semasa masuk sekolah. Data kehadiran ini boleh
dilihat menggunakan Google Drive untuk tujuan kemasukan data kehadiran murid di APDM.
Inovasi ini tidak melibatkan kos yang tinggi dan dapat mengurangkan beban tugas guru tingkatan.
Kos ini dibiayai bersama oleh PIBG.

4.0. PENILAIAN DAN IMPAK DATA

Projek Inovasi QR Code Keberadaan Guru ini telah dapat dilaksanakan sepenuhnya mengikut fasa
yang telah dirancang. Didapati guru sudah mula masuk kelas awal dan 100% guru masuk kelas
bermula pada fasa ke 2. Pemantauan secara MBWA dan Learning Walk dapat dilaksanakan dengan
lebih mudah dan berfokus berdasarkan paparan di Google Drive. Situasi ini mewujudkan PdPc
yang lebih bermakna. Perubahan kualiti guru dalam MMI ini telah meningkatkan prestasi murid
tingkatan dalam Peperiksaan Percubaan SPM 2019.

Berdasarkan Analisis Trend (Rajah 7), GPS Peperiksaan Percubaan SPM 2019 telah melonjak
kepada 6.62 berbanding Peperiksaan Pertengahan Tahun iaitu 7.30. Lonjakan ketara juga berlaku
berbanding Peperiksaan Percubaan SPM 2018 iaitu 7.19. Keputusan SPM 2019 berlaku lonjakan
GPS 0.48 iaitu 5.96 berbanding 6.44 tahun 2018.

Berdasarkan Analisis Trend (Rajah 8 dan Rajah 9), Peratus lulus Peperiksaan Percubaan SPM
2019 juga telah menunjukkan peningkatan kepada 66.39% berbanding Peperiksaan Pertengahan
tahun 41.48%. Lonjakan ketara juga berlaku berbanding Peperiksaan Percubaan SPM 2018, iaitu
46.04%. Impak dalam membangunkan kualiti guru ini menampakkan hasil apabila keputusan SPM
2019 meningkat kepada 87.1% berbanding 74.59% tahun 2018.

Rajah 3.7: Keberhasilan daripada Penggunaan QR Code

37
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Info di Hujung Jariku

Rajah 3.8: Analisis Trend Pencapaian Akademik (Peratus Lulus) SMK Seri Bemban

Rajah 3.9: Output Keberhasilan SMK Seri Bemban

Pencapaian dan sumbangan dalam aplikasi QR Code Keberadaan Guru:

i. Aplikasi QR Code Keberadaan Guru ini juga telah memahirkan semua guru dalam
penggunaan Goole Drive dan secara tidak langsung amat mudah untuk mengaplikasi
Google Classroom.

ii. Johan Pertandingan Inovasi Kepimpinan dan Pengurusan Peringkat Daerah Jasin pada 28
Ogos 2019 dan merangkul hadiah wang tunai RM1000.00.

iii. Fasilitator Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) kepada 85 pengetua dan Guru Besar
Daerah Jasin pada 25 September 2019. Hands-On membina dan membangunkan QR
Code. Inovasi QR Code Keberadaan Guru ini telah diwajibkan kepada semua sekolah

38
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Info di Hujung Jariku

Daerah Jasin mulai tahun 2020.

iv. Dalam Perkhidmatan (LADAP) kepada 85 orang guru ICT sekolah Daerah Jasin pada 30
September 2019. Hands-On membina dan membangunkan QR Code.

v. Pembentangan dan perkongsian aplikasi Inovasi QR Code Keberadaan Guru kepada


Pegawai Kanan Jabatan Pelajaran Melaka, Nazir Melaka, Pensyarah IPG dan Pegawai
Pendidikan Daerah.

vi. Pembentangan dan perkongsian aplikasi QR Code Keberadaan Guru kepada peserta sekolah
ProPeKS Zon Selatan anjuran BPSM.

5.0. RUMUSAN DAN PENUTUP

Secara keseluruhan Inovasi QR Code Keberadaan Guru ini telah berjaya mencapai
melebihi sasaran jangka pendek dalam meningkatkan prestasi SPM sekolah. Peningkatan
GPS SPM 2019 sebanyak 0.48 kepada 5.96 dan peningkatan peratus lulus 12.81 kepada
87.10.

Selain itu, Projek Inovasi QR Code Keberadaan Guru ini telah mendapat pengiktirafan
daripada Pejabat Pelajaran Daerah Jasin untuk aplikasikan kepada semua 85 buah sekolah
menengah dan rendah mulai 2020.

Inovasi QR Code ini juga merupakan titik tolak dalam membangunkan inovasi QR
Code yang lain seperti ID murid, tempahan bilik khas, memberi nota, memberi latihan,
laporan minit curai dan lain-lain. Inovasi ini telah memberi impak dalam membangunkan
guru ke arah gaya atau cara hidup abad ke-21 (paper less, wire less). Kemahiran dalam
penggunaan Google Drive dapat menyediakan guru dan murid kepada aplikasi Google
Classroom yang akan digunakan pada masa akan datang. Semoga apa yang diusahakan ini
menjadi pemangkin berterusan ke arah kecemerlangan sekolah.

RUJUKAN

Dato Zulkifli Malek (2018). 27 Tertib Mazhab Bisnes Jepun. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn.
Bhd.

Ayob Jantan (2018). PAK 21 Mentransformasikan Kepimpinan Berprestasi Tinggi, Majlis


Pengetua Sekolah Malaysia. Melaka: Bintang Printing Sdn Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2017). Pelan Pembangunan Organisasi. Dasar dan Hala
Tuju Sekolah. Institut Aminuddin Baki, Bandar Enstek.

39
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
40
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PROGRAM MeKAR DINAMIK

MUSTAPAH BIN MULOP


Pengetua, SMK Rahmat
MEA0073@moe.edu.my

DR. EKERIM A/P DIN CHEN


Pensyarah Pembimbing IAB Bandar Enstek
ekerim@iab.edu.my

HAZMI BIN ALI


Pegawai SIP+ PPD Alor Gajah

ABSTRAK

Kertas penulisan ini memfokuskan pada usaha meningkatkan prestasi murid dalam bidang
akademik. Objektif utama adalah untuk meningkatkan pencapaian peratus lulus Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) SMK Rahmat. Isu utama yang menjadi fokus ialah prestasi sederhana murid
dalam bidang akademik dan peratus kehadiran murid yang rendah. Program MeKAR Dinamik
(Memacu Kecemerlangan Anak Rahmat) telah dirangka untuk mengatasi masalah pencapaian
prestasi akademik yang rendah khususnya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah
dalam Sijil Pelajaran Malaysia. Program ini tertumpu kepada murid yang mempunyai markah
terendah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah semasa di Tingkatan 4. Selain dari
itu, kemudahan infrasturktur turut menjadi fokus sebagai pemangkin semangat murid dalam
meningkatkan prestasi akademik. Banyak prasarana yang telah dibaik pulih dan dinaik taraf
sebagai usaha menaikkan semangat para pelajar. Kesan pelaksanaan Program MeKAR ini telah
menunjukkan peningkatan peratus lulus murid SPM dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan
Sejarah. Program MeKAR ini telah membuktikan bahawa prestasi murid dapat dipertingkatkan
dengan adanya program yang tersusun dan berfokus.

Kata kunci: pengurusan dan kepimpinan berfokus

1.0 PENGENALAN
Sekolah Menengah Kebangsaan Rahmat (SMKR) telah ditubuhkan pada tahun 1967. Lokasi
sekolah terletak di Mukim Kuala Sungai Baru. Sebelum ini penduduk di Mukim Kuala Sungai
Baru terpaksa berulang-alik ke pekan Masjid Tanah atau ke Bandar Melaka untuk mendapatkan
kemudahan pendidikan peringkat menengah. Kemunculan sekolah ini seumpama obor yang bakal
menerangi minda dan mencanai pembangunan dunia keintelektualan masyarakat Kuala Sungai
Baru.

41
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Program Mekar Dinamik

1.1 Profil Sekolah


Pengetua telah melapor diri di SMK Rahmat pada 25 September 2017. SMK Rahmat merupakan
sekolah luar Bandar yang mempunyai murid lebih kurang 1,200 orang dan guru seramai 103 orang
SMK Rahmat merupakan sebuah sekolah SBR yang berada dikedudukan Band 6 NKRA. Pada
tahun 2017 Gred Purata sekolah (GPS) ialah 6.03 dan Peratus Lulus SPM ialah 84.70%. Manakala
pada tahun 2018 GPS ialah 6.02 dan Peratus Lulus ialah 74.8%.

Setelah melihat keadaan sekolah, langkah pertama saya ialah membuat satu analisis SWOT
bertujuan melihat keadaan sekolah yang sebenar. Daripada analisis ini pengetua mendapati bahawa
SMK Rahmat berprestasi sederhana dalam bidang akademik. Murid terdiri daripada keluarga
golongan sosio-ekonomi yang rendah. Ibu bapa dan murid kurang memberi perhatian terhadap
pencapaian akademik.

Justeru itu, pihak sekolah melaksanakan Program Peningkatan Prestasi Akademik bagi
murid SPM yang dikenali sebagai Program MeKAR (Memacu Kecemerlangan Anak Rahmat).
Program MeKAR Dinamik merupakan satu daripada Program MeKAR SMK Rahmat. Program
ini khusus untuk meningkatkan prestasi murid dalam dua mata pelajaran untuk lulus SPM, iaitu
Sejarah dan Bahasa Melayu.

Selain dari itu, sekolah juga menghadapi masalah kehadiran murid yang tidak mencapai KPI
KPM, iaitu sekitar 90%, kemudahan ICT untuk kegunaan murid juga kurang menyebabkan PDPc
kurang menarik minat murid dan keceriaan sekolah.

2.0 MENGENAL PASTI MASALAH DAN PENAMBAHBAIKAN


Pencapaian lulus dalam Peperiksaan SPM dipengaruhi oleh dua subjek, iaitu Bahasa Melayu dan
Sejarah. Kegagalan dalam mata pelajaran ini membawa maksud murid tidak lulus Peperiksaan
SPM dan ini menyukarkan murid untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Kelemahan murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah disebabkan antaranya
ialah murid kurang minat belajar dan tiada budaya belajar. Murid-murid tidak dapat menguasai
pengetahuan dan kemahiran untuk menjawab dengan baik dalam peperiksaan. Selain dari itu,
masalah murid di SMK Rahmat ialah kehadiran ke sekolah. Purata kehadiran ke sekolah ialah
lebih kurang 90%. Kehadiran yang rendah ini mempengaruhi pencapaian akademik sekolah.
Murid-murid kurang bermotivasi untuk ke sekolah disebabkan masalah sosio-ekonomi keluarga.
Ramai dalam kalangan murid bekerja untuk membantu ibu bapa.

Kemudahan ICT yang kurang juga mempengaruhi minat murid untuk belajar seperti LCD
dan komputer. Makmal Komputer sedia ada hanya sebuah dan tidak semua komputer berfungsi.
Guru-guru kurang membawa murid ke makmal komputer kerana masalah tersebut. Masalah lain
ialah keceriaan, bangunan sekolah tidak ceria kerana cat lama, pondok wakaf tiada bangku yang
sesuai dan lain-lain.

Sejajar dengan ini, satu perancangan strategik dan taktikal yang holistik telah dirancang
merangkumi sembilan bidang keberhasilan NKRA untuk meningkatkan kecemerlangan dan
kemenjadian murid SMK Rahmat. Antara pelaksanaan strategi ialah meningkatkan pencapaian
akademik iaitu peningkatan GPS dan Peratus Lulus SPM. Program MeKAR Dinamik dilaksanakan

42
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Program Mekar Dinamik

untuk tujuan tersebut. Murid yang lemah dalam subjek Bahasa Melayu dan Sejarah berdasarkan
TOV Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4. Berdasarkan Instrumen Pemetaan Perancangan
Perubahan Tiga Tahun peningkatan pencapaian akademik. Gred Purata Sekolah akan meningkat
kepada pada tahun 2019 sehingga 2021 iaitu 5.97, 5.92 dan 5.87 (Peningkatan 0.05). Manakala
peningkatan Peratus Lulus SPM 82.4%, 86.4% dan 90.4% (Peningkatan sebanyak 4%). (TOV
SPM 2018).

3.0 PELAKSANAAN PROJEK (P-O-L-C)


Bagi meningkatkan pencapaian akademik murid SMK Rahmat, Program Memacu Kejayaan
Anak Rahmat (MeKAR) telah dirancangkan dan dilaksakan. Program MeKAR Dinamik
Bahasa Melayu dan MeKAR Dinamik Sejarah adalah satu daripada program yang terdapat
dalam Program MeKAR. Objektif utama Program MeKAR Dinamik Bahasa Melayu
dan Sejarah untuk meningkatkan GPS dan Peratus Lulus murid dalam peperiksaan SPM.

3.1 Planning (Merancang)


Merancang adalah penting dalam pengurusan dimana sebelum sesuatu program dilaksakan kita
harus menetapkan matlamat, objektif serta menetukan hala tuju untuk mencapai matlamat dan
objektif tersebut. Bagi melaksanakan Program MeKAR Dinamik satu Jawatankuasa telah dibentuk
yang terdiri daripada Barisan Pentadbir, Penyelaras Program Kecemerlangan, Guru Bimbingan dan
Kaunseling, Ketua Panitia Bahasa Melayu dan Sejarah, guru-guru mata pelajaran Bahasa Melayu
dan Sejarah.

Kelas MeKAR Dinamik Bahasa Melayu terdiri daripada murid Tingkatan 5 yang mendapat
markah terendah dalam Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 (TOV) seramai 30 murid. Begitu
juga dengan Kelas MeKAR Dinamik Sejarah terdiri daripada murid Tingkatan 5 yang mendapat
markah terendah dalam Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 (TOV) seramai 30 murid. Kelas
MeKAR Dinamik diadakan setiap hari Selasa dan Khamis pada pukul 3.00-4.00 petang. Kelas
MeKAR Dinamik bermula pada bulan Mac 2019.

Antara perancangan yang dibuat ialah:

i. Pelan Tindakan

Pelan tindakan jangka masa panjang selama 3 tahun dirangka oleh Panitia Bahasa Melayu
dan Sejarah bagi memastikan matlamat yang ditetapkan tercapai.

ii. Pelan Taktikal

Pelan Taktikal yang dirangka untuk jangka masa pendek dapat memberi panduan kepada
guru akan tindakan dan program yang harus dijalankan bagi mencapai matlamat yang
ditetapkan.

iii. Penilaian

Penilaian dari semasa ke semasa dijalankan ke atas tindakan dan program bagi mengenal

43
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Program Mekar Dinamik

pasti kekuatan serta kelemahan agar penambahbaikan boleh diadakan.

iv. Penambahbaikan

Penambahbaikan terhadap setiap program dilakukan dari semasa ke semasa agar program
yang dijalankan lebih mantap dan efektif serta dapat menyelesaikan isu yang timbul
dengan kadar yang segera.

3.2 Organising (Mengurus)


Mengurus ialah proses mengatur dan mengagihkan tugas, kuasa dan sumber dirancang dalam
kalangan ahli-ahli jawankuasa supaya mereka boleh mencapai matlamat organisasi. Beberapa
langkah telah diambil bagi menguruskan sumber-sumber tersebut mengikut kerangka P-O-L-C
iaitu:

i. Merangka Struktur Organisasi

Jawatankuasa Pelaksana bagi setiap program telah ditubuhkan bagi memastikan program
kecemerlangan berjalan dengan lancar.

ii. Pengagihan Peruntukan Sumber

Menyedari akan kepentingan kualiti tenaga pengajar dalam melonjakkan kecemerlangan


akademik maka saya amat menitik beratkan tenaga pengajar mengikut opsyen. Modul
Program Kecemerlangan disediakan oleh guru - guru untuk membantu murid dalam
peningkatan akademik mereka.

iii. Reka Bentuk Kerja

Peningkatan kecemerlangan sekolah telah diuruskan dengan sistematik melalui beberapa


rangka kerja seperti penyediaan jadual, mengadakan program akademik, penyediaan
prasarana melalui ciri bilik darjah PAK 21. Reka bentuk kerja ini diperkukuhkan
dengan pemantauan dan penyeliaan yang dilakukan oleh pihak pengurusan. Dalam
aspek kehadiran murid ke sekolah antara strategi yang digunakan bagi mencapai peratus
kehadiran murid sekurang - kurangnya 90% pada setiap bulan ialah melalui Program
Basmi Ponteng seperti Program Kunjungan Mesra ke rumah murid, sesi kaunseling dan
Program Keibubapaan. Segala data kehadiran dikenal pasti melalui unit Hal Ehwal Murid
(HEM).

3.3 Leading (Kepimpinan)


Secara amnya kepimpinan merupakan keupayaan mempengaruhi, memotivasi, mengubah sikap
dan tingkah laku seseorang supaya bersetuju untuk melaksanakan perubahan ke arah mencapai
matlamat organisasi. Seorang pemimpin yang berjaya mampu membawa perubahan secara holistic
dalam organisasi yang dipimpinnya.

Antara corak kepimpinan yang telah saya terapkan ialah menetapkan hala tuju pengetua

44
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Program Mekar Dinamik

iaitu, kemenjadian murid, sekolah berkualiti, keunggulan peribadi dan profienci kompetensi,
menetapkan Etos Sekolah “Rahmat Ceria Dinamik”, mewujudkan prasarana yang kondusif,
menyediakan sumber yang mencukupi, lawatan penandaarasan dan lain - lain.

3.4 Controlling (Kawalan)


Bagi membentuk dan membangunkan organisasi yang semakin berkembang dan kompleks
memerlukan penyelarasan dan kawalan menguruskannya. Oleh itu, kemahiran mengawal adalah
perlu bagi mempengaruhi sumber manusia untuk bekerjasama ke arah matlamat yang sama dan
mewujudkan keadaan untuk tindak balas secara kolektif.

Antara inisiatif kawalan ialah Pencerapan PdPc Guru, Pemantauan Buku Latihan, Kawalan e-Hadir
Murid, Pemantauan Buku Pemantauan Kawalan Pelajar, Buku Pemantauan Pengurusan, Dialog
Prestasi dan program bersama pihak luar.

4.0 PENILAIAN DAN IMPAK DATA


Penilaian pencapaian akademik Program MeKAR Dinamik Bahasa Melayu dan Sejarah dalam
dua (2) peperiksaan dalaman iaitu Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Percubaan
menunjukkan peningkatan peratus lulus dan peningkatan markah subjek Bahasa Melayu dan
Sejarah.

Rajah 4.1: Peratus Lulus Bahasa Melayu dan Sejarah

Peratus Lulus subjek Bahasa Melayu telah meningkat daripada 0% (TOV) kepada 6.6% (2 murid)
dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) dan 13.3% (4 murid) dalam Peperiksaan Percubaan
(PPC). Peratus Lulus subjek Sejarah telah meningkat daripada 0% (TOV) kepada 6.6% (5 murid)
dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) dan 20% (6 murid) dalam Peperiksaan Percubaan
(PPC).

45
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Program Mekar Dinamik

Rajah 4.2: Peratus Peningkatan Markah Bahasa Melayu dan Sejarah

Manakala bilangan murid yang telah menunjukkan peningkatan markah Bahasa Melayu dalam
Peperiksaan Pertengahan Tahun ialah 60% (18 murid) dan Peperiksaan Percubaan ialah 76.6% (23
murid). Manakala bilangan murid yang telah menunjukkan peningkatan markah Sejarah dalam
Peperiksaan Pertengahan Tahun ialah 46.6% (14 murid) dan Peperiksaan Percubaan ialah 83.3%
(25 murid).

RUJUKAN

Rajah 4.3: Peratus Lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah

46
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Program Mekar Dinamik

Pencapaian SPM Program MeKAR Dinamik Bahasa Melayu dan Sejarah menunjukkan
peningkatan Peratus Lulus subjek Bahasa Melayu dan Sejarah. Peratus Lulus subjek Bahasa Melayu
telah meningkat daripada 13.3% dalam Peperiksaan Percubaan kepada 75.86%. Manakala subjek
Sejarah telah meningkat daripada 20% dalam Peperiksaan Percubaan kepada 46.42%. Pencapaian
Peratus Lulus SPM peringkat sekolah telah meningkat daripada 78.40% (2018) kepada 80.2% (2019).

5.0 RUMUSAN DAN PENUTUP

Program MeKAR Dinamik telah berjaya meningkatkan pencapaian akademik murid dalam
peperiksaan SPM. Program ini memfokuskan kepada kaedah dan teknik menjawab soalan .Bagi
mencapai matlamat dan objektif peningkatan prestasi akademik terumatanya peningkatan GPS
dan peratus lulus SPM, sokongan daripada semua warga SMK Rahmat amat menggalakkan
terutamanya guru - guru untuk bersama - sama memainkan peranan dalam meningkatkan prestasi
akademik. Pengetua menjadi penasihat dan hasilnya mendapat kejayaan dengan memastikan setiap
program yang dirancang mengikut landasan yang betul dengan pembahagian tugas kepada setiap
pengurusan.

Selain dari itu, pelbagai usaha telah dilakukan seperti meningkatkan prasarana sekolah.
Program MeKAR Dinamik ini telah meningkatkan pencapaian peratus lulus dalam peperiksaan
SPM tahun 2019. Saya merakamkan penghargaan kepada pelbagai pihak antaranya pensyarah
pembimbing dari IAB Dr. Ekerim a/p Din Chen, pegawai SIP+ En. Amran bin Latif dan En. Hazmi
bin Ali, pegawai - pegawai JPNM serta warga SMK Rahmat yang telah bekerjasama serta memberi
sumbangan secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Program MeKAR
Dinamik SMK Rahmat. Semoga segala telah dirancang dan dilaksanakan akan mencapai kejayaan
yang diharapkan oleh semua.

RUJUKAN

Bakar, B. A. (2003). Asas Pengukuran Bilik Darjah. Tanjong Malim: Quantum


Books.

Eng, J. A. (2007). Pengurusan Disiplin Murid. Kuala Lumpur: PTS Professional


Publishing Sdn Bhd.

Mat, C. (2004). Penyeliaan Berkesan. Kuala Lumpur: Utusan Publications &


Distributors Sdn Bhd.

Othman, M. I. (2008). Undang-Undang untuk Pengetua & Guru Besar. Kuala


Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Hussein Mahmood (1993). Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Kuala


Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

47
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
48
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PAJSK PENGGERAK KEJAYAAN SEKOLAH
HAJI ABDUL RAHMAN BIN SAFAR
Pengetua SMK Taman Indah
smktinea5057@yahoo.com

RAJA IBRAHIM BIN RAJA MIDIN


Pensyarah Pembimbing IAB Bandar Enstek
ribrahim@iab.edu.my

YM RAJA AZAHAR BIN RAJA SULAIMAN


Pegawai SIP+PPD Tampin

ABSTRAK

Menerokai peluang kemenjadian murid berasaskan minat dan kecenderungan memberikan


ruang yang luas bagi menjana peluang kejayaan. Kejayaan sekolah lazimnya diukur melalui
pencapaian yang diperolehi dalam segenap aspek pengurusan. Seringkali pencapaian
Akademik merupakan tunjang kepada perdebatan dan merupakan kayu ukur yang bersifat
jumud. Dewasa ini kepelbagaian murid mencerminkan kebolehan yang berbeza. Pengurus
sekolah perlu membangunkan kebolehan yang ada dan merebut peluang yang tersedia.
Pembangunan murid secara holistik perlu direalisasikan dengan melengkapkan kemenjadian
murid dari segi IQ dan EQ. Hebat dalam akademik sahaja tidak menjamin kemenjadian yang
sempurna dan lengkap, ia perlu disokong dengan pembinaan jati diri, kekuatan dari mental
dan fizikal, kebolehan menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan dan situasi merupakan
tunjang kepada kejayaan dalam mengharungi cabaran dunia yang semakin mencabar.
Ruang dan peluang yang ada perlu di kenal pasti dan dibangunkan agar lepasan sekolah
menjadi nadi pembangunan negara pada masa hadapan. Pemikiran dan tanggapan yang
bersifat positif perlu dibangunkan dan disemai dalam kalangan murid, ibu bapa dan semua
pemegang taruh bahawa setiap murid ada potensi yang boleh dikembangkan selaras dengan
keinginan dan minat murid.

Kata Kunci: Pengurusan Kokurikulum

1.0 PENGENALAN

SMK Taman Indah mula beroperasi pada 1987 dan terletak di kawasan perumahan di Tampin.
SMK Taman Indah merupakan sekolah ketiga di Daerah Tampin. Atas keperluan bagi menampung
kekurangan tempat bagi murid sekitar Tampin maka tertubuhlah sekolah ini. Berdasarkan kepada
enrolmen dan komposisi kaum, majoriti pelajar adalah datangnya daripada kaum Cina (60%),
India (25%) dan Melayu (15%).

49
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PAJSK Penggerak Kejayaan Sekolah

1.1 Profil Sekolah.

Pengkaji telah ditempatkan di sekolah ini bermula pada 22 April 2018. Situasi semasa itu, dari
segi pencapaian Akademik, Gred Purata Sekolah (GPS) bagi SPM 2018 5.76, merupakan kedua
terendah daripada 12 sekolah menengah di PPD Tampin. Dari segi peratus layak SPM hanya 58.8
% sahaja.

Manakala dari segi kehadiran murid ke sekolah pada tahun 2018 secara puratanya ialah 91%.
Di antara faktor kehadiran murid rendah adalah disebabkan masalah kemiskinan bandar kerana
latar belakang keluarga daripada golongan B40. SMK Taman Indah seringkali dilabelkan sebagai
sekolah gangster dan disiplin yang kurang baik. Dari segi pencapaian kokurikulum pula, GPS
kokurikulum aadalah pada angka 2.12, merupakan antara yang terendah dalam kalangan sekolah
di PPD Tampin.

Sekilas pandang, persekitaran dan keceriaan sekolah yang agak suram. Banyak kekurangan
berlaku terutama dari segi suasana sekolah yang terlalu rimbun hingga menutup pandangan pihak
luar. Pokok dan tumbuhan yang terlalu besar, tidak dipelihara dan dirapikan mengundang suasana
suram dan terbiar. Warna bangunan yang pudar, tidak ceria dan kusam menggambarkan kurangnya
perhatian daripada pihak pentadbir. Apa yang lebih menyedihkan tanda nama sekolah pun sudah
terlalu kusam dan menyedihkan. Dari segi fizikalnya, kelas menghadapi kekurangan meja kerusi,
papan tulis yang rosak dan daif, pintu-pintu rosak dan cermin tingkap yang terlalu banyak yang
sudah tiada.

Pembangunan dari segi keyakinan pelajar dilihat sebagai satu isu yang perlu ditangani
dan diselesaikan dengan segera. Kurangnya fungsi Bimbingan dan Kaunseling dalam membina
kemenjadian murid terutama dari segi kepimpinan. Malahan sikap rendah diri begitu kuat terutama
apabila berhadapan dengan rakan-rakan daripada sekolah lain.

Di sebalik pelbagai isu dan konflik, ada kelebihan yang ujud dalam kalangan murid di SMK
Taman Indah. Mereka amat berminat dalam gerak kerja luar bilik darjah. Ramai dalam kalangan
murid yang berjaya mewakili sekolah dan daerah dalan sukan olahraga maupun dalam unit
berunifom. Pencapaian pelajar dalam sukan bola keranjang agak menonjol dalam daerah Tampin.
Tiga tahun berturut turut sekolah ini menjadi johan bola keranjang perempuan bawah 18 tahun.
Malangnya, kurang perancangan dan tiada pelaksanaan yang bersifat berterusan, menyebabkan
pencapaian kurang menyerlah terutama dari segi GPS kokurikulum.Jumlah yang mencapai Gred A
dalam kokurikulum hanya sekadar 8-9% sahaja. Apa yang lebih menyedihkan ada yang mencapai
Gred E dalam kokurikulum. Kebanyakan kejayaan murid banyak bergantung kepada usaha mereka
sendiri. Kelemahan dari segi pengumpulan data dan pelaporan menjadi isu yang perlu ditangani.

2.0 MENGENAL PASTI MASALAH DAN PENAMBAHBAIKAN

Kedudukan dari pencapaian secara keseluruhan SMK Taman Indah adalah dalam kedudukan kedua
terbawah daripada 12 sekolah menengah di PPD Tampin dari segi pencapaian SPM 2018. Jumlah
pelajar yang semakin merosot, memberikan gambaran bahawa kepercayaan ibu bapa dan penjaga
kepada pihak sekolah semakin menipis. Perlu ada perubahan dalam segenap aspek. Persoalannya,

50
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PAJSK Penggerak Kejayaan Sekolah

apakah isu? Bagi mengenal pasti isu strategik yang perlu ditangani bagi merangka satu plan
strategic yang komprehensif dan rasional. Pelbagai langkah yang telah dijalankan seperti berikut:

2.1 Proses mengenal pasti isu

Sebagai langkah pertama, proses pengumpulan data bagi setiap bidang telah dilakukan.
Sebagai contoh GPS lima tahun dalam bidang akademik kokurikulum, HEM, kewangan,
aset dan pelbagai telah dikumpul dan dibentangkan dalam Dialog Prestasi. Setiap bidang
memberikan pandangan berkaitan dengan kekangan dan kelemahan yang dihadapi.
Teknik sumbangsaran seperti Tulang Ikan Ishikawa diguna pakai bagi mengenal pasti
punca isu yang dihadapi.

2.2 Analisa Pareto

Pengujian bagi menentukan keutamaan isu perlu dilakukan bagi mengenal pasti isu yang
paling utama yang perlu ditangani terlebih dahulu. Pemberatan akan diberikan kepada
punca-punca isu yang telah dikenal pasti. Analisa ini bagi melihat pemberatan kepada
penyebab yang tertinggi yang memberikan impak paling besar terhadap organisasi.
Sebagai contoh, apakah penyebab kepada pencapaian kokurikulum rendah dan sejauh
mana ia memberikan impak ke atas pencapaian keseluruhan organisasi?

2.3 Rajah Tulang Ikan Ishikawa

Semua aspek dalam organisasi perlu diambil kira bagi merangka pelan strategik yang baik.
Pandangan semua pihak dalam warga sekolah perlu memainkan peranan dan memberikan
sumbangan. Keterbukaan dalam menerima pandangan sama ada dari bawah ataupun dari
atas perlu ada dengan menyediakan alat komunikasi yang berkesan. Setiap pandangan
diambil kira dan dijana bagi mengenal pasti isu kritikal yang perlu ditangani. Semua
maklumat dikumpul mengunakan kaedah tulang Ishikawa bagi mengenal pasti punca isu,
dan sebab matlamat yang ditetapkan tidak tercapai. Proses pengumpulan maklumat ini
melibatkan semua warga sekolah. Semua pandangan diambil kira dan rekodkan. Semua
maklumat dianalisa dan disusun mengikut keutamaan dan kepentingan. Ini memberikan
satu kelebihan kerana, warga sekolah rasa dihargai kerana disediakan saluran bagi
memberikan pandangan dan cadangan penambahbaikan dalam organisasi.

3.0 PELAKSANAAN PROJEK (PEMETAAN TIGA TAHUN)

Setelah mengenal pasti isu strategik, proses yang perlu dilaksanakan bagi menjana perancangan
strategik yang komprehensif, maka beberapa langkah dan aspek perlu diberikan perhatian. Kami
telah menggunakan pelbagai kaedah bagi merangka Pelan Pemetaan yang dirancangkan. Antaranya
alat yang digunakan adalah seperti yang berikut:

3.1 Matlamat Strategik (SMART)

Setelah mengenal pasti isu strategik, maka langkah seterusnya adalah menentukan matlamat
strategik setiap bidang selaras dengan misi dan visi sekolah. Bagi menetapkan matlamat
strategik yang baik, kami mengunakan kaedah SMART (Spesific, Measurable, Attainable,

51
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PAJSK Penggerak Kejayaan Sekolah

Realistic, Timely). Menetapkan bidang utama apa yang perlu diberikan dalam tahun pertama
di bawah program ProPeKS. Kami memilih bidang kokurikulum berdasarkan faktor
kebolehlaksanaan dan kekuatan yang ada di SMK Taman Indah. Penetapan sasaran yang dapat
diukur (Measurable) melalui pencapaian yang ditetapkan berdasarkan TOV. Menetapkan
sasaran yang boleh dicapai (Attainable) berdasarkan kekuatan dan kebolehan yang sedia ada.
Penetapan matlamat turut mengambil kira sesuatu yang sebenar boleh dicapai (Realistic)
berdasarkan TOV dan kekuatan yang ada. Akhir sekali perlu ditetapkan jangkamasa (Timeline)
sasaran itu perlu dicapai.Semua ini diterjemahkan melalui penetapan sasaran/objektif pada
pemetaan.

3.2 Analisa Persekitaran (SWOT)

Analisa ini bertujuan mengenal pasti kekuatan(S) dan kelemahan(W) dalam organisasi yang
boleh dikawal bagi mempastikan matlamat dan strategi yang dijana akan berhasil. Selain itu,
mengenal pasti juga peluang (O) dan ancaman luar yang boleh menghalang daripada matlamat
dan objektif yang disasarkan tercapai.Setiap bidang perlu menghasilkan SWOT yang mantap agar
strategi yang dipilih adalah berkesan.

3.3 TOWS Matriks

Proses penjanaan strategi boleh dibuat dengan menggunakan kaedah ini. Melalui kaedah ini.
Merangka dan menyusun cadangan strategi yang bakal dilaksana berdasarkan SWOT.
Walau bagaimanapun perlu ada pengujian bagi melihat kebolehlaksanaan dan pemilihan yang
tepat strategi yang perlu dilaksanakan mengikut keutamaan. Satu pengujian Analisa
Pemberatan dengan mengunakan Skala Likert. Pemberatan yang tinggi diberikan kepada
tahap kesukaran yang tertinggi. Melalui analisa ini, strategi yang mendapat skor tertinggi akan
menjadi pilihan utama dalam pelaksanaan strategi.

4.0 PELAKSANAAN PROGRAM ProPeKS DI SMK TAMAN INDAH


“Pengurusan ialah satu proses sosial dibentuk untuk mendapatkan kerjasama, penyertaan dan
penglibatan ahli sesebuah organisasi untuk mencapai sesuatu matlamat atau objektif yang paling
berkesan” (Drucker, 1972) Pengurusan satu proses mengagih input-input organisasi (termasuk
sumber ekonomi dan sumber kakitangan) secara cekap dan berkesan dengan cara perancangan,
pengorganisasian, pengarahan dan pengawalan untuk mengeluarkan output (segala barangan
dan perkhidmatan) yang diperlukan oleh pelanggan supaya objektif organisasi tercapai. Proses
mengurus dan mentadbir dilaksanakan dengan mengambil kira visi dan misi sekolah tercapai.
Dalam mengatur strategi pelaksanaan ProPeKS, pembinaan pemetaan yang bersifat holistik dan
mampan perlu dijana dan dikongsikan bersama semua warga sekolah. Proses tersebut ialah;

a. Perancangan (Planning)

Di SMK Taman Indah, kerja-kerja merancang perubahan yang hendak dilakukan di terajui
oleh pengetua bersama dengan semua Guru penolong Kanan dan Ketua Bidang.

Proses perancangan ini bermula dengan menentukan matlamat strategik yang hendak dicapai
dengan memilih strategi-strategi yang telah dijana menggunakan kaedah TOWS mengikut
bidang-bidang fokus mengikut keutamaan.

52
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PAJSK Penggerak Kejayaan Sekolah

Proses perancangan yang dibuat mengambil kira keadaan semasa. Ini dapat diperolehi
daripada data-data yang dikumpulkan seperti pencapaian sebelumnya seperti data GPS SPM,
GPS Kokurikulum, peratus kehadiran dan lain-lain. Melalui data-data ini dianalisa kekuatan
dan kelemahan bagi melakukan perubahan dan penambahbaikan dalam merangka matlamat
dan strategi akan datang.

Di SMK Taman Indah, bidang fokus utama pada tahun pertama pemetaan yang hendak
dicapai ialah Bidang Kokurikulum. Objektifnya adalah untuk meningkatkan pencapaian
dalam PJASK dan Gred Purata Sekolah dalam Kokurikulum. Dengan menggunakan Tool/
alat SWOT dan TOWS MATRIKS didapati kekuatan dan tahap kebolehlaksanaan menjurus
kepada bidang ini. Berdasarkan input,asset dan situasi semasa yang ada maka kami bersetuju
menggembleng usaha dan tenaga bagi melakukan perubahan dan penambahbaikan dalam
bidang kokurikulum.

b. Memimpin (Leading)

Setelah perancangan lengkap, maka bermulalah proses pelaksanaan Propeks tahun 1


dimulakan. Saya akan mempastikan semua perancangan dilaksanakan seperti yang dirancang
dengan cara mempastikan semua menyebar luas hala tuju ke arah perubahan. Tugas utama
saya ialah memberikan panduan, tunjukajar dan dorongan dalam melaksanakan tugasan. Di
samping itu, tindakan memperkasakan subordinat dengan PLC latihan lapangan dan LDP
dilaksanakan. Pemimpin pertengahan yang menunjukkan prestasi baik dan meningkat akan
diberikan pengiktirafan yang sewajarnya.

Sebagai pemimpin di SMK Taman Indah, beberapa perkara perlu ditangani. Sedia
maklum, antaranya ialah melaksanakan perubahan yang bersifat menyeluruh dan pelbagai
segi. Melakukan perubahan melalui bidang fokus utama seperti dalam pemetaan. Melakukan
perubahan dari pencapaian kokurikulum, maka adalah menjadi tanggungjawab pengetua
menyelaraskan kerja-kerja dan tugasan agar matlamat strategik tercapai. Memberikan
motivasi bersesuaian kepada semua warga sekolah sama ada guru, pekerja maupun pelajar.
Meningkatkan keyakinan semua warga sekolah bahawa perubahan dapat dibuat dengan cara
mewujudkan kerjasama berpasukan yang mantap. ini hanya dapat dicapai apabila berjaya
memadamkan semua konflik yang jelas maupun tersembunyi melalui kesefahaman. Ini dapat
diwujudkan dengan pengagihan jawatan, tugas dan beban yang adil dan saksama mengikut
strata perjawatan subordinat.

c. Pengorganisasian (Organize)

Proses ini merujuk kepada cara pemerolehan sumber, mengagihkan sumber, merangka proses
kerja dan tanggungjawab kakitangan secara sistematik. Proses ini melibatkan penstrukturan
organisasi secara sistematik agar memperlihatkan kuasa dan tanggungjawab dalam
melaksanakan tugasan. Selain itu, pembahagian tugas turut diperincikan agar tugasan dapat
dilaksanakan dengan cekap.

Dalam konteks pengorganisasian, pengkaji mempastikan perkara berkaitan hiraki


perjawatan, tanggungjawab malah pelaporan diperjelaskan bagi mewujudkan hubungan yang
komprehensif dalam semua aspek tugasan perlu diperjelaskan bagi menjelaskan hubungan

53
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PAJSK Penggerak Kejayaan Sekolah

dan struktur pelaksanaan ProPeKS sebagaimana dalam struktur organisasi. Setiap pengagihan
jawatan dan tugas diberikan garis panduan tanggungjawab dan fungsi setiap jawatan dan
menetapkan setiap hubungan dalam organisasi.

Pengetua mengetuai perubahan yang hendak dilaksanakan dengan membentuk usaha


menyatupadukan warga ke arah matlamat, visi dan misi sekolah yang hendak dicapai.
Beberapa fungsi utama pemimpin sekolah perlu laksanakan.

d. Mengawal (Controlling)

Tanggungjawab utama saya ialah mengawal perjalanan organisasi lebih tersusun kepada
pencapaian matlamat yang telah ditetapkan. Mengawal sebagai satu proses untuk menentukan
atau menjamin supaya kegiatan organisasi terarah kepada pencapaian matlamat yang telah
ditetapkan. Fungsi utama pengetua adalah mengawal semua keadaan dan situasi di sekolah.
Ruang lingkup kawalan di sini merujuk kepada aktiviti dibawah seliaan dan bidang kuasa
pengetua mengikut SOP yang ditetapkan. Bagi mempastikan halatuju dan matlamat tercapai,
saya akan menyelia proses pelaksaan aktiviti secara langsung maupun melalui pelaporan
pegawai yang bertanggungjawab. Proses ini bagi mempastikan kaedah dan SOP dipatuhi bagi
mencapai standard yang perlu dicapai sebagaimana yang telah ditetapkan.

Selain dari itu, kawalan boleh dilakukan melalui pencerapan proses pelaksanaan maupun
melalui penilaian prestasi yang ditetapkan seperti penjadualan proses melalui Carta Gantt
ataupun One Page Project Manager. Di sinilah peranan paling penting perlu dilakukan agar
sasaran dan masa yang diperuntukkan dipatuhi. Semasa proses penilaian, pengetua perlulah
membuat penyesuaian secara flexible dengan keperluan dan situasi semasa agar intervensi
boleh dilakukan bagi mengelakkan sasaran tidak tercapai.

4.0 PENILAIAN DAN IMPAK DATA

Di bawah program ProPeKS, pihak sekolah dikehendaki membangunkan sembilan bidang utama.
Di bawah pemetaan tiga tahun, pihak SMK Taman Indah telah membuat keputusan memilih bidang
kokurikulum untuk dibangunkan pada tahun ini. Jelas menunjukkan bahawa telah memberikan
impak yang besar, seperti ditunjukkan dalam data di bawah:

Rajah 5.1: Pencapaian GPS Kokurikulum SMK Taman Indah

54
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PAJSK Penggerak Kejayaan Sekolah

Dapat dibuat perbandingan pencapaian dari dan di segi GPS. telah berlaku peningkatan daripda
1.92 pada tahun 2018 kepada 1.68 pada tahun 2019. (September) meningkat sebanyak 0.24 mata,
melebihi sasaran yang ditetapkan pada tahun 2019 iaitu 1.80. Faktor yang menyumbang kepada
peningkatan ini ialah:

i. Pengurusan unit-unit dalam bidang kokurikulum seperti Unit Seragam, Sukan


Permainan dan Kelab Persatuan telah menyediakan Perancangan Tiga Tahun dengan
diikuti oleh Pelan Taktikal dan Operasi yang menyeluruh dan sistematik.

ii. Dialog Prestasi

Flatform ini digunakan untuk membentangkan data dan dijadikan sebagai lapangan
melakukan penambahbaikan. Ketua-ketua unit akan membentangkan data semasa dan
membincangkan tindakan atau intervensi yang perlu diambil bagi mencapai sasaran
yang telah ditetapkan.

iii. Membudayakan PLOC dalam setiap aktiviti dan program yang dilaksanakan. Penyeliaan
dan kawalan dilaksanakan sepanjang masa bagi menentukan sasaran dan hala tuju pada
landasan yang betul.

Antara pencapaian yang terbaik yang dicapai pada tahun ini ialah Pasukan Koir menjadi
Johan Daerah Tampin. Ini adalah julung-julung kali Pasukan Koir menjuarai pertandingan ini.
Selain itu peningkatan pungutan pingat emas dalam Sukan Olahraga MSSM Daerah Tampin telah
meningkat melebihi 100% iaitu pada 2018 Lima (5) Emas meningkat kepada sebelas (11) Emas
pada tahun 2019. Pasukan Bola Keranjang Lelaki dan Perempuan menjadi Johan. Peningkatan
jumlah penyertaan ke peringkat daerah dan negeri turut meningkat dengan banyak daripda
130 penyertaan daerah meningkat kepada 160 penyertaan. Penyertaan negeri turut meningkat
daripada 53 penyertaan kepada 65.penyertaan. Perkara lebih membanggakan ialah peningkatan
mendadak dari segi penyertaan peringkat kebangsaan daripada 2 penyertaan kepada 77 penyertaan.
Sumbangan tertinggi ialah pencapaian adik Kalaivani a/p Subramaniam memenangi tempat
ketiga(3) dalam larian Terbuka Georgian 2019 (peringkat kebangsaan). 29 orang pelajar menerima
medal dalam kejohanan ini.

Pemilihan kami untuk membangunkan bidang kokurikulum nampaknya membawa kesan


dan impak positif yang lebih meluas. Berlaku peningkatan dari segi kehadiran pelajar. Daripada
analisis yang dibuat, ramai pelajar yang ponteng sekolah adalah juga pelajar yang berminat dalam
bidang kokurikulum. Perhatian yang kami beri dalam aktiviti kokurikulum berjaya merangsang
kehadiran daripada 91% kepada 92.74%. Walaupun ianya nampak kecil tetapi telah meningkatkan
minat pelajar untuk hadir ke sekolah. Lebih membanggakan lagi adalah kesan program kokurikulum
mempengaruhi pencapaian dalam akademik.

55
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PAJSK Penggerak Kejayaan Sekolah

Rajah 5.2: Perbandingan Peratus Kehadiran murid Kohort 2018 dan Kohort 2019

Rajah 5.3: Perbandingan peratus lulus 2018 dan 2019

Berdasarkan graf di atas, impak daripada fokus terhadap bidang kokurikulum telah meningkatkan
pencapaian peratus layak sijil SPM 2019 kepada 83.64% berbanding pada 2018 hanya 58.85% Di
samping itu turut melonjak juga GPS daripada 5.76 pada tahun 2018 kepada 5.49 pada tahun 2019

Rajah 5.4: Perbandingan GPS 2018 dan 2019

Berdasarkan data di atas, jelas menunjukkan impak positif daripada program ProPeKS ke atas
pencapaian bidang utama pengurusan di sekolah. Peningkatan dalam akademik adalah kesan
daripada pembudayaan pengurusan yang lebih terancang dan sistematik yang dibudayakan seperti
penggunaan tool seperti SWOT, TOWS Matriks PLOC yang dapat mengenal pasti kekuatan
dan kelemahan yang dihadapi. Proses ini membuka ruang melakukan penambahbaikan dengan

56
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PAJSK Penggerak Kejayaan Sekolah

mengunakan strategi yang tepat dan berkesan. Kami yakin dengan pelan-pelan intervensi yang
terancang, akan berlaku peningkatan dalam pencapaian SPM 2019 apatah lagi dengan pencapaian
Percubaan SPM 2019 adalah yang terbaik dalam tempoh enam(6) tahun.

5.0 RUMUSAN DAN PENUTUP

Membangunkan kapasiti warga sekolah dari segi profesionalime perlu dilakukan secara menyeluruh
dan berterusan. Kekangan utama yang dihadapi ialah kakitangan yang tidak mencukupi dan
ramai guru mengajar tidak mengikut opsyen. Banyak masa dan tenaga yang diguna pakai untuk
memberikan bimbingan dan penyeliaan. Sedikit sebanyak proses kerja turut terganggu kerana
kekangan masa. Membangunkan sistem dan pembudayaan kerja juga adalah cabaran yang perlu
ditangani. Tiada jalan singkat untuk mendapatkan hasil yang diidami. Pengetua perlu mengukuhkan
pembudayaan sistem yang standard seperti perkongsian dalam input yang diperoleh. Sebagai
contoh, pembudayaan PLC dalam kalangan guru pada peringkat awal menghadapi kesukaran tetapi
apabila mengamalkan keterbukaan dari segi masa dan jumlah anggota maka masalah kekangan
masa dapat diatasi seperti PLC dijalankan dalam kelompok kecil sahaja dalam unit atau panitia
terlibat sahaja.

Rata-rata kesukaran yang dihadapi ialah peruntukan kewangan. Bagi mengatasi masalah ini,
semua program perlu dirancang lebih awal dan dinyatakan dalam pelan taktikal dan operasi ketika
menyediakan perancangan. Ini akan memudahkan pihak pengurusan memberikan peruntukan
mengikut keutamaan. Di samping itu perlu pilihan lain seperti mewujudkan jalinan dan jaringan
yang baik dengan pihak yang berkepentingan yang dapat membantu mengatasi masalah yang
dihadapi.

Kesimpulannya, melakukan perubahan terhadap organisasi yang dipimpin memerlukan


daya usaha yang berlipat ganda. Tiada jalan pintas untuk mencapai kejayaan. Perlu dibangunkan
pasukan yang bergerak seiring dan sederap untuk mencapai misi dan visi.organisasi. Perlu sedar
bahawa setiap individu dan unit di bawah kepimpinan kita boleh dibangunkan dan memberikan
sumbangan. Hanya kaedah dan pendekatan yang berbeza dan pelbagai dapat menangani cabaran
dalam melakukan perubahan. Pemimpin perlu cepat mengenal pasti peluang dan ambil segera
peluang itu untuk membina kejayaan.

RUJUKAN

Abdul Shukor (1998). Fokus Pengurusan Pendidikan. Kuala Lumpur: Kementerian


Pendidikan Malaysia.
Cheng, Y.C. (1996). School Effectiveness and School-based Management: A Mechanism
for Development. London: The Falmer Press.
Ishak Sin (2001). Pengaruh Kepimpinan Pengajaran, Kepimpinan Transformasi Dan
Gantian Kepada Kepimpinan Ke Atas Komitmen Terhadap Organisasi, Spesifikasi Dan
Kepuasan Kerja Guru. Tesis Doktor Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia. Judy
Lambert, L. (1998b). Building Leadership Capacity in Schools. Alexandria, VA: American
Association for Supervision and Curriculum Development.

57
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
58
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
BAHASA MELAYU PENGGERAK PENCAPAIAN SEKOLAH

HAJI MD NAZRI BIN HAJI HASSAN


Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bahau 2
NEA6012@moe.edu.my

RAJA IBRAHIM BIN RAJA MIDIN


Pensyarah Pembimbing IAB Bandar Enstek
ribrahim@iab.edu.my

ZAMRUD BINTI REDZUAN


Pegawai SIP+PPD Bahau

ABSTRAK

Sekolah Menengah Kebangsaan Bahau 2 (SMKB2) telah dipilih secara rasmi mengikuti Program
Pelonjakan Kepimpinan Sekolah (ProPeKS) Kohort 2 tahun 2019 – 2021 pada tarikh 17 Oktober
2018. Program ini dilaksanakan di sekolah-sekolah terpilih bertaraf Sekolah Harapan untuk
meningkatkan pencapaian dan kemenjadian murid agar setanding dengan sekolah-sekolah lain yang
lebih baik pencapaiannya. Program Peningkatan Kecemerlangan Mata Pelajaran Bahasa Melayu
dan Program Peningkatan Kehadiran dalam kalangan Murid telah dipilih untuk dilaksanakan
di SMKB2 bagi meningkatkan prestasi akademik murid dan seterusnya mengembangkan
lagi potensi diri dan kemenjadian murid dalam pelbagai bidang. Program ini dirancang
untuk meningkatkan kebolehan murid-murid bukan Melayu iaitu murid Cina dan India dalam
menguasai Bahasa Melayu. Kelemahan penguasaan Bahasa Melayu ini menyebabkan pencapaian
keputusan peperiksaan awam SMKB2 seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sering turun dan
naik saban tahun kerana Bahasa Melayu adalah bahasa pengantar utama di sekolah menengah
kebangsaan. Manakala Program Peningkatan Kehadiran di Kalangan Murid dilaksanakan untuk
meningkatkan lagi peratus kehadiran murid ke sekolah setiap hari untuk mencapai KPI JPNNS
iaitu 95%. Ini disebabkan pada tahun 2018, peratus keseluruhan kehadiran murid SMKB2 adalah
88%. Perancangan program telah dirangka dan dibincangkan pada penghujung tahun 2018 dan
akan dilaksanakan sepanjang tempoh 3 tahun (2019 hingga 2021). Diharapkan perancangan ini
berjaya mencapai targetnya menjelang tahun 2021.
Kata kunci: program peningkatan kecemerlangan mata pelajaran Bahasa Melayu, Program
peningkatan kehadiran dalam kalangan murid

1.0 PENGENALAN
Latarbelakang Sekolah Menengah Kebangsaan Bahau 2 (SMKB2)

Tarikh 3 Januari 2001, SMK Bahau 2 ditubuhkan dengan 152 orang murid dengan kekuatan 10
orang guru. Sebelum bangunan 5 bloknya siap, murid-murid SMKB2 menumpang belajar di SJKC

59
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Bahasa Melayu Penggerak Pencapaian Sekolah

Kg Baru Mahsan selama 6 bulan dan pada tarikh 25 Jun 2001, murid-murid SMKB2 berpindah
masuk secara rasmi ke bangunan sekolah yang baru. Encik Mohammad Azwar Iqbal bin Tahir
telah dilantik sebagai pengetua yang pertama. Selama 19 tahun penubuhannya, SMKB2 sudah
ditadbir oleh 7 orang pengetua. Tahun 2018, SMKB2 dipimpin oleh Tuan Haji Md Nazri bin Haji
Hassan. Mulai tahun 2019, SMKB2 telah dipilih dan diletakkan di bawah Program ProPeKS oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia sehingga tahun 2021. Tahun 2019, SMKB2 mempunyai 37
orang guru, 7 orang AKP dan 340 orang murid.

1.1 Profil Sekolah

Peratus murid mengikut pecahan kaum ialah Melayu 14%, Cina 49%, India 29% dan lain-lain 8%.
Manakala peratus bilangan murid lelaki ialah 48% dan murid perempuan 52%. Peratus bilangan
guru mengikut pecahan kaum ialah Melayu 81%, Cina 8% dan India 11%. Seterusnya peratus
bilangan guru lelaki ialah 25% dan guru perempuan ialah 75%. Kebanyakan murid-murid SMKB2
berasal dari kawasan sekitar sekolah iaitu Pekan Mahsan, Bahau, Bandar Seri Jempol, Pekan Air
Hitam dan juga yang paling jauh, kira-kira 22 kilometer dari sekolah iaitu Ladang Geddes.

SMKB2 mempunyai prasarana persekolahan lengkap seperti 5 buah bangunan


sekolah yang mengandungi pejabat pentadbiran, perpustakaan, kelas, makmal sains dan bilik
khas, sebuah bangunan TVet, sebuah makmal komputer, kantin, surau, padang dan gelanggang
serbaguna. SMKB2 juga mempunyai kawasan lapang yang mencukupi untuk pembinaan
dewan besar di masa akan datang. Mulai tahun 2019, SMKB2 telah dipilih dan diletakkan
di bawah Program ProPeKS oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sehingga tahun 2021.

1.2 Status Quo Semasa Melapor Diri

Semasa pengetua melapor diri di SMKB2, terdapat beberapa isu yang dikenalpasti menjadi
penghalang kepada peningkatan kecemerlangan prestasi SMKB2 terutama dalam bidang
akademik. Ini kerana sepanjang 5 tahun kebelakangan ini, pencapaian SMKB2 dalam SPM
kurang memberangsangkan. Gred purata sekolah turun dan naik saban tahun. Contohnya seperti
rajah di bawah,

Rajah 6.1: Isu-isu utama di SMK Bahau 2

60
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Bahasa Melayu Penggerak Pencapaian Sekolah

Rajah 6.2: Gred Purata Sekolah SPM Tahun 2014-2019

Ini disebabkan faktor kelemahan penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan murid bukan Melayu
menjadi penyumbang kepada ketidakstabilan pencapaian SPM setiap tahun. Selain dari itu, faktor
kehadiran kurang daripada 90% juga memainkan peranan sebagai faktor penyumbang kepada
permasalahan di atas.

Rajah 6.3: Perbandingan kehadiran murid SMKB2 Tahun 2018 dengan 2019

61
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Bahasa Melayu Penggerak Pencapaian Sekolah

2.0 MENGENAL PASTI MASALAH DAN PENAMBAHBAIKAN

Pengenalpastian isu di SMKB2 dilaksanakan dengan menggunakan beberapa jenis alat pemetaan,
contohnya tulang Ikan Ishikawa dan analisis SWOT. Setelah dianalisis dan dikenalpasti isu,
penambahbaikan dirancang dan dilaksanakan untuk mengatasi isu tersebut melalui pelan tindakan
dan pemetaan tiga (3) tahun. RAJAH 2 : TULANG IKAN ISHIKAWA
SEBAB DAN AKIBAT

MANUSIA Tidak yakin


PERSEKITARAN Murid
Komuniti guna
bahasa ibunda Guru tidak
kompeten
Tidak berpeluang
Keluarga Malu,
Ibu bapa Kurang
Takut
kekangan masa motivasi
diketawakan
Ahli keluarga Status ekonomi KELEMAHAN
tidak mahir BM rendah PENGUASAAN
BAHASA
MELAYU

Tiada galakan
tentang Tidak
penggunaan bahan P&P tidak berpusatkan
bacaan menarik murid
Peralatan ICT Tiada sudut
tidak Ilmu/bacaan Teknik P&P tidak sesuai
mencukupi

BAHAN KAEDAH
PERALATAN

Rajah 6.4: Rajah Tulang Ikan Ishikawa Digunakan Untuk Mengenal Pasti Masalah di SMKB2

62
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Bahasa Melayu Penggerak Pencapaian Sekolah

Jadual 6.1: Mengenal pasti masalah menggunakan Analisis SWOT

KEKUATAN (S) KELEMAHAN (W)


S1 Pengetua berpengalaman dan mempunyai W1 Guru terpaksa melaksanakan tugas rasmi
Diploma NPQEL. kokurikulum & akademik di luar sekolah atas
arahan JPN atau PPD.
S2 37 orang guru siswazah terlatih.
W2 Tiada Guru Bimbingan dan Kaunseling
S3 Tiga (3) orang guru mempunyai ijazah berbangsa Cina (bilangan murid Cina melebihi
lanjutan. 50% daripada semua jumlah murid SMKB2).
S4 Mempunyai dua (2) orang Jurulatih Utama. W3 10 % daripada 19 panitia masih tidak
sampai ke tahap cemerlang dalam bidang
S5 70% guru berpengalaman mengajar lebih 10 pengurusannya.
tahun.
W4 Pencapaian dalam SPM masih tidak mencapai
S6 Mendapat Anugerah Lonjakan Saujana tahun target.
2018.
W5 Masih terdapat guru mengajar tidak mengikut
S7 15 % guru penanda kertas PT3 dan SPM. opsyen terutama subjek BM dan BI.
S8 Komitmen guru yang tinggi terhadap PdPc. W6 Murid terlalu bergantung sepenuhnya kepada
S9 Gred purata sekolah semakin meningkat guru terutama penulisan nota dan latihan
setiap tahun. ulangkaji.

S10 Kemudahan prasarana yang baik. W7 Perpustakaan bersaiz sederhana dan kurang
buku rujukan.
S11 Sukatan pelajaran tamat pada bulai Julai bagi
kelas-kelas peperiksaan. W8 Beberapa bilik darjah yang perlu diperbaiki
daripada segi pendawaian elektrik
S12 Mengamalkan budaya kerja secara
berpasukan (Team-work). W9 Guru-guru masih kurang mengamalkan
program perkongsian ilmu dan PdP abad ke 21.
S13 Persekitaran sekolah yang ceria dan bersih.
W10 15 % pelajar tidak hadir selepas tamat
Peperiksaan Akhir Tahun
PELUANG (O) ANCAMAN (T)
O1 PIBG bersedia memberi sokongan moral dan T1 Kerja-kerja perkeranian dibebankan ke atas
kewangan bagi menjayakan program sekolah guru-guru.

O2 Masyarakat dan pemimpin tempatan yang T2 Keadaan bangunan rosak yang tidak selamat
prihatin terhadap pencapaian akademik & digunakan dan diselenggara oleh kontraktor
disiplin murid-murid yang dipilih oleh KPM.

O3 Peluang yang lebih luas untuk menyertai T3 Terdapat kafé siber di persekitaran luar sekolah.
pelbagai pertandingan anjuran KPM, JPN
dan PPD. T4 Masalah pengangkutan (pergi dan balik) dan
jarak rumah ke sekolah melebihi 20 km
O4 Kerjasama yang baik dengan jabatan/agensi
kerajaan seperti JKR, Majlis Daerah, PDRM, T5 Sebilangan besar ibubapa kurang berminat
RELA dan lain-lain menyertai aktiviti sekolah dan mesyuarat PIBG

O5 Program IPTA dan IPTS seperti ceramah, T6 Tahap kesedaran sebilangan kecil ibubapa
bengkel dan kursus untuk meningkatkan terhadap pencapaian akademik anak-anak
motivasi murid masih rendah.

O6 PIBG, ibubapa dan komuniti sedia T7 Penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa
menyokong program-program sekolah. Inggeris murid dari SJK(T) dan SJK(C) masih
di tahap sederhana.
O7 Kursus jangka pendek dan panjang anjuran
KPM dan JPN disediakan untuk guru-guru. T8 Purata pendapatan ibubapa yang rendah dan
sederhana.

63
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Bahasa Melayu Penggerak Pencapaian Sekolah

Jadual 6.2: Penjanaan strategik melalui TOWS Matriks

FAKTOR
DALAMAN
KEKUATAN (S) KELEMAHAN (W)
FAKTOR
LUARAN
Guru-guru yang berwibawa PIBG menyalurkan kewangan untuk
PELUANG (O) dan dibantu oleh PIBG dan membantu melaksanakan program
NGO (SO). sekolah (WO)
Komitmen guru dalam
meningkatkan kesedaran ibu Masalah guru yang keluar dan
ANCAMAN (T) bapa mengenai pendidikan kerja-kerja penkeranian dan tahap
anak-anak. (ST) kededaran ibu bapa (WT)

Hasil daripada pemerhatian pengetua, analisis Tulang Ikan Ishikawa dan analisis SWOT,
terdapat tiga (3) isu yang membabitkan kurikulum dan tiga (3) isu sahsiah murid. Namun begitu
pengetua hanya memilih dua (2) isu utama untuk tahun pertama yang menjadi penghalang utama
kepada peningkatan prestasi murid SMKB2 dalam SPM iaitu kelemahan penguasaan Bahasa
Melayu dan masalah kehadiran ke sekolah yang tidak mencapai 90% keseluruhannya sepanjang
tahun.

Isu-isu ini mesti diatasi untuk memastikan peningkatan prestasi murid-murid dalam bidang
akademik, sahsiah dan kokurikulum. Meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu di lkalangan
murid-murid bukan Melayu akan meningkatkan lagi pemahaman mereka tentang usaha pihak
sekolah untuk meningkatkan pencapaian akademik mereka. Tanpa pemahaman dalam Bahasa
melayu, menyukarkan mereka untuk menterjemahkan pemahaman mereka di atas kertas jawapan.

Kehadiran ke sekolah juga amat penting pada murid-murid kerana jika tidak hadir
menyukarkan guru untuk menyampaikan pengetahuan dan maklumat selain daripada membantu
mereka dalam segenap segi termasuklah kebajikan dan lain-lain.

3.0 PELAKSANAAN PROJEK (P-O-L-C)

Bagi merealisasikan rancangan untuk melaksanakan perubahan di SMKB2, perkara awal yang
dilaksanakan ialah merangka pemetaan perancangan perubahan untuk tiga (3) tahun mulai 2019
hingga 2021. Pemetaan ini meliputi bidang fokus Kurikulum, Hal Ehwal Murid (HEM) dan
Kokurikulum. Setelah itu, barulah pelan tindakan dirangka untuk melaksanakan program-program
yang berkaitan dengan meningkatkan kecemerlangan sekolah pada setiap bidang fokus.

64
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Bahasa Melayu Penggerak Pencapaian Sekolah

3.1 Merancang (Planning )

Jadual 6.3: Pemetaan Perancangan Perubahan Tiga (3) Tahun SMK Bahau 2

BIDANG FOKUS 2019 2020 2021


KURIKULUM • Program Gemilang BM • PBL BM • Pameran Projek
• Program Cemerlang • Perkampungan Ilmu BM
Peningkatan Penguasaan
Panitia • Program Guru Muda • Showcase BM
Bahasa Melayu
• LDP-PAK21
PdPC
HEM • Program Datang Awal • Anugerah Kehadiran • Rumahku Syurgaku
• Program Sayangi • Sekolah Dalam
Meningkatkan Kehadiran
Sekolah Taman
Murid
• Perhimpunan
Vandalisme Transformasi

Sahsiah Diri Murid

Pengurusan Masa
KOKURIKULUM • Program Juara • Hero Malaysia • Sekolah Projek
• Program Coach • Anugerah Insan
Menggalakkan
• Program Bitara Terbilang
Penyertaan Pelbagai
Kaum

Melahirkan Juara-juara

Meningkatkan Potensi
Diri

3.2 Membuat (Do)

Manakala pelan tindakan telah dirangka dan dibincangkan bersama-sama ahli jawatankuasa
Kurikulum dan HEM berdasarkan pemetaan 3 tahun di atas. Maka terhasillah beberapa program
kurikulum yang diharapkan dapat mengatasi isu lemah penguasaan Bahasa Melayu sehingga
membawa kepada pencapaian prestasi SPM yang turun naik di SMKB2. Begitu juga dengan isu
kehadiran murid yang tidak mencapai 90% kehadiran setahun secara keseluruhan, isu ini juga telah
dibincangkan bersama-sama dengan ahli jawatankuasa HEM untuk merangka program-program
unyuk mengatasi isu tersebut.

65
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Bahasa Melayu Penggerak Pencapaian Sekolah

Jadual 6.4: Pelan Tindakan SMKB2

Bil Bidang/ Program/ Sasaran


Aktiviti Mula Tamat Penyelaras Catatan
Objektif Projek Prestasi
1. Kurikulum Peningkatan Cakna Bahasa 50% murid Jan Julai Ketua
Penguasan berjaya 2019 2019 Panitia BM
Peningkatan BM dalam
GPMP Bahasa kalangan Pidato 5 minit 70 % Feb Okt Ketua
murid Tingkatan 4 2019 2019 Panitia BM
Melayu dan 5

Persembahan 60 % Murid Jan Jun Ketua


Murid @ Ting. 1, 2 2019 Panitia BM
Perhimpunan dan 3 2019

Pertandingan 65 % murid Jun Julai Ketua


Ko-Akademik terlibat 2019 2019 Panitia BM
Minggu Bahasa 100 % murid Mac April Ketua
terlibat 2019 2019 Panitia BM
Pelaksanaan Bengkel Ilmu Guru-guru Jan Nov K/Bidang
Program BM 2019 2019 Bahasa
Panitia BM
Program Kejora/ 60 orang Jan Nov Ketua
Kembara Ilmu Tingkatan 3 2019 2019 Panitia BM
dan 5
Santai Petang Guru-guru Mac Nov K/Bidang
dan Ketua 2019 2019 Bahasa
Bidang
Program Guru Guru BM Mac Nov GPK1
Muda & murid 2019 2019
Tingkatan 3
dan 5
Program Permata 30 orang Jan Nov Ketua
murid Elit 2019 2019 Panitia BM
Ting 3 dan 5
Memantapkan LDP PAK 21 Guru-guru Mac Okt GPK1
PDPC BM 2019 2019
2 HEM
Meningkatkan Program 1. Jom Ke Semua orang Jan Nov GPK HEM
Kehadiran Peningkatn Sekolah murid 2019 2019 Penyelaras
Kehadiran 2. Sijil Tingkatan
ke Sekolah Kehadira Murid GBK
Penuh masalah Guru Unit
3. Program kehadiran Disiplin
Motivasi
Mngurangkan Program 1. Gotong – Semua orang Jan Nov GPK HEM
Vandalisme Keceriaan Royong murid 2019 2019 Guru Kelas
Kelas GPK KK
PAK21 Guru
2. Gotong – Penasihat
Royong
Taman
KK
Sahsiah diri Program 1. Sijil Amalan Semua orang Jan Nov GPK HEM
Pemantapn Baik murid 2019 2019 GBK
Diri 2. Program Guru-guru
Jalinan
Kasih
Pengurusan Program 1. MMI Semua guru Jan Nov Pengurusan
Pemantauan 2. Learning dan murid 2019 2019 dan
masa Walks Pentadbiran
3. MBWA
4. P’himpunn
Trnsfrmasi

66
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Bahasa Melayu Penggerak Pencapaian Sekolah

3.3 Mengawal (Controlling)

Semasa program perubahan dan peningkatan di bawah ProPeKS ini dilaksanakan, pemantauan
telah dijalankan oleh Bahagian Pengurusan dan Pentadbiran sekolah yang terdiri daripada Penolong
Kanan dan Ketua Bidang. Mereka juga dibantu oleh ahli jawatankuasa ProPeKS. Pemantauan
ini dilaksanakan untuk memastikan program yang dirancang dilaksanakan dengan betul dan
menepati sasaran. Jawatankuasa ini telah dibentuk oleh pengetua dan bahagian pengurusan dan
pentadbiran. Pemilihan ahli jawatankuasa adalah terdiri daripada guru-guru yang memegang
jawatan penting di sekolah. Selain itu Penyelaras dan Pegawai Audit bertanggungjawab untuk
memantau dan memastikan program yang dirancang, dapat dilaksanakan mengikut perancangan.
Antara peranan ahli jawatankuasa ialah; mengadakan mesyuarat bagi merangka/merancang
‘frame work’ untuk penetapan sasaran, objektif, matlamat dan petunjuk prestasi bagi peningkatan
akademik,sahsiah dan kokurikulum murid; melaksanakan perubahan pada iklim sekolah agar
kondusif dalam meningkatkan kecemerlangan akademik serta membentuk kemenjadian murid
SMKB2; mengaplikasi pendekatan baharu yang boleh mempertingkatkan dan melonjakkan prestasi
SMKB2; menentukan isu dalaman dan luaran yang releven kepada organisasi; mengenal pasti
dan memaksimakan penglibatan pihak berkepentingan yang mempunyai impak kepada prestasi
organisasi; membina pelan pembangunan sekolah; membina jaringan dan jainan dan memantau
suasana fizikal dan psikologi sekolah.

3.4 Melaksana (Action)

Setelah selesai suatu program dilaksanakan, Penolong Kanan, Ketua Bidang ataupun
Ketua Panitia akan menyiapkan laporan dan dihantar kepada Setiausaha untuk didokumentasikan.
Selain itu. Pengetua juga sering membincangkan tentang pelaksanaan program dan impaknya
dalam Mesyuarat Pengurusan dan Mesyuarat Guru.

4.0 PENILAIAN DAN IMPAK DATA


Sepanjang program ini dilaksanakan, berlaku kesan yang positif kepada murid-murid. Walaupun
bukan pada semua murid tetapi berlaku juga sedikit impak berkesan terutama kepada murid-murid
yang akan menduduki peperiksaan PT3 dan SPM. Sebagai contoh, berlaku peningkatan pencapaian
dalam matapelajaran Bahasa Melayu. Peningkatan berlaku pada Gred Purata Matapelajaran Bahasa
Melayu dalam Peperiksaan Percubaan SPM 2019, iaitu daripada 6.86 (TOV) kepada 6.54 . Selain
dari itu, berlaku pertambahan murid memperolehi Gred A iaitu daripada enam (6) orang kepada
11 orang.

Walau bagaimanapun isu kehadiran masih lagi belum dapat diatasi secara menyeluruh
lagi. Ini kerana faktor-faktor luaran yang menyebabkan murid tidak hadir ke sekolah. Contonya
bekerja sampingan, cuti perayaan, pengaruh rakan sebaya dan lain-lain. Sehingga bulan September,
peratus kehadiran murid ke sekolah masih lagi di atas 80% dan masih lagi terkawal. Bilangan
murid hadir pada masa peperiksaan adalah tinggi iaitu 95%.

67
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Bahasa Melayu Penggerak Pencapaian Sekolah

5.0 RUMUSAN DAN PENUTUP

Secara keseluruhannya Program Pelonjakan Kepimpinan Sekolah (ProPeKS) di SMKB2 dapat


dilaksanakan dengan betul mengikut perancangan. Kerjasama daripada guru-guru adalah positif.
Guru-guru sering memberi idea dan pandangan yang bernas untuk memastikan program ini
dapat dilaksanakan dengan betul dan memberi impak yang positif kepada murid-murid SMKB2.
Objektif yang dirangka, dapat dicapai walaupun sedikit. Contohnya meningkatkan penguasaan
Bahasa Melayu di kalangan murid dapat dipertingkatkan walaupun sedikit. Ini boleh diperhatikan
pada keputusan peperiksaan tingkatan 5. Sebanyak 10 program dilaksanakan dan impak yang
diterima adalah positif. Walaupun bukan 100% yang terlibat, namun pada murid yang terlibat
dalam program-program ini kerjasama yang diberikan amat positif.

Seterusnya bagi isu yang kedua iaitu meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah
masih lagi memerlukan usaha yang berterusan bagi mencapai objektif. Ini kerana peratus kehadiran
masih lagi belum mencapai sasaran yang dikehendaki. Walau bagaimanapun peratus kehadiran
masih lagi di atas 80%. Banyak faktor luaran yang tidak dapat diatasi oleh pihak sekolah,
contohnya murid lebih suka bekerja sehingga larut malam, pengaruh rakan dan masalah sikap
yang menyumbang kepada isu ini. (Lihat Rajah 5.4).

Sepanjang melaksanakan program ini, sumber kewangan sekolah kurang dan program
ini dilaksanakan berdasarkan bajet yang ada. Tetapi ini bukan masalah kerana amanah mesti
dilaksanakan untuk memastikan murid-murid SMKB2 mendapat manfaatnya. Cuma pengetua
berharap pihak KPM dapat menyalurkan sumber kewangan agar lebih banyak lagi program dapat
dilaksanakan di bawah program ProPeKS ini.

6.0 RUJUKAN

Prosiding Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Nasional (2012). Institut


Aminuddin Baki, Genting Highlands.

68
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
SMKTMku_hebat: Jom ke Sekolah

KHANAH@ROHANAH BINTI MAMAT


Pengetua SMK Taman Medan
rohanahmamat16@gmail.com

HAJAH NOR HASIMAH BINTI HASHIM @ ABD. MANAF


Pensyarah Pembimbing, IAB Cawangan Genting Highlands
shima@iab.edu.my

ROSITA WATI BINTI ABDUL AZIZ


SIP+ PPD Petaling Utama

ABSTRAK

Kehadiran murid ke sekolah sering kali dikaitkan dengan pencapaian murid. Jika kehadiran
murid ke sekolah mencapai peratusan yang tinggi maka pembelajaran akan berlangsung dan
pencapaian akademik turut akan berada pada tahap yang membanggakan. Oleh itu, kajian ini
akan menjurus kepada usaha untuk meningkatkan kehadiran murid ke sekolah memandangkan
purata peratus kehadiran murid SMK Taman Medan ke sekolah pada tahun 2018 adalah sebanyak
78.12%. Target yang disasarkan untuk meningkatkan kehadiran murid ke sekolah ialah sebanyak
5% iaitu kepada 83.12%. Data yang digunakan ialah data kehadiran murid ke sekolah pada tahun
2018 sebagai TOV kepada kajian yang dijalankan. Kerjasama daripada PIBG melalui program
Jom ke Sekolah telah membolehkan pelbagai usaha dirancang dan dijalankan bagi memastikan
peratus kehadiran murid pada tahun 2019 meningkat seperti yang disasarkan. Hasil kajian dapat
disimpulkan bahawa telah berlaku peningkatan peratus kehadiran murid ke sekolah melebihi
target yang disasarkan, iaitu 83.12% pada setiap bulan hasil daripada usaha yang berterusan.

Kata kunci: Jom ke sekolah, pengurusan hal ehwal murid

1.0 PENGENALAN

SMK Taman Medan merupakan sebuah sekolah yang berpotensi untuk mencapai kecemerlangan.
Walau bagaimanapun, kehadiran murid ke sekolah yang belum mencapai 90% turut mempengaruhi
pencapaian murid dalam peperiksaan SPM dan PT3. Sekolah ini terletak di bandar namun
90% murid berlatar belakangkan ibu bapa dalam kalangan B40. Ini merupakan cabaran utama
dalam usaha untuk meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah. Usaha berterusan perlu
dilaksanakan untuk meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah untuk membantu guru
dalam proses mendidik murid ke arah pembangunan modal insan agar kecemerlangan akademik
dan sahsiah dapat dicapai.

69
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
SMKTMku_hebat: Jom ke Sekolah

1.1 Profil Sekolah

SMK Taman Medan terletak di Daerah Petaling Jaya, Selangor dan telah ditubuhkan pada tahun
1989. Sehingga kini SMK Taman Medan telah berusia lebih daripada 30 tahun.

Jadual 7.1: Profil Sekolah SMK Taman Medan

Sekolah SMK Taman Medan


Status Sekolah Gred A
Lokasi Petaling Jaya
Daerah Pentadbiran Selangor
PPD Petaling Utama
Sesi Persekolahan 2 Sesi
Jenis Bantuan Bantuan Kerajaan
Keluasan Sekolah 3.77 ekar
Bilangan bilik darjah 32 buah bilik darjah
Kod sekolah BEA 8613
Nombor Telefon 03-77820455
Nombor Faks 03-77850751
Emel sekolah bea8613@moe.edu.my
Pengetua Pn. Khanah@Rohanah Binti Mamat
Penolong Kanan Pentadbiran En. Peer Mohamed bin Mohd. Kassim
Penolng Kanan HEM En. Azman bin Sulaiman
Penolong Kanan Kokurikulum Pn. Fazliyaton binti Ismail
Bilangan guru 89 orang guru
1094 orang
Melayu- 1057 (96.6%)
Bilangan murid
Cina – 1 (0.09%)
India- 36 (3.3%)
Bilangan kelas 42 buah kelas
Kelas Aliran Sains
Kelas Aliran Sastera – Perakaunan, Pertanian,
Mata pelajaran Elektif Matematik Tambahan, Pendidikan Seni Visual,
Perniagaan, Ekonomi, Geografi, Tasawur Islam,
Sains Rumah Tangga, PVMA

1.2 Status Quo Sekolah Semasa Melapor Diri

Jadual 7.2: Purata Kehadiran Murid, Keputusan SPM dan PT3 Tahun 2018

Purata kehadiran tahunan 78.12%


GPS SPM 6.36
2018 Peratus lulus SPM 77.31%
GPS PT3 4.54
Peratus lulus PT3 9.77%

70
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
SMKTMku_hebat: Jom ke Sekolah

2.0 MENGENAL PASTI MASALAH DAN PENAMBAHBAIKAN

Untuk mengenal pasti isu dan punca masalah, pihak sekolah telah melaksanakan kaedah
perbincangan, sumbangsaran, pemerhatian dan maklum balas dengan menggunakan alat seperti
Analisis SWOT dan Jadual Pemberatan.

2.1 Analisis Persekitaran

Analisis persekitaran dijalankan untuk mengenal pasti kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman
yang ada di SMK Taman Medan.

Jadual 7.3: Analisis Persekitaran (SWOT/SWOC)

(S)KEKUATAN: (W)KELEMAHAN:
S1 -Pentadbir yang berpengalaman dan efisien W1- Sekolah berada di band 6

W2- Pencapaian murid dalam peperiksaan


berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS) SPM
S2 -Kerja sepasukan yang baik antara guru &
belum mencapai kenaikan 0.03 dari 6.28 ke
pentadbir
6.09
S3- 85% guru mempunyai pengalaman lebih 5 W3- Kehadiran pelajar ke sekolah belum mencapai
tahun 95%

W4 -Peratus kes salah laku murid dalam keadaan


S4- Tempat tinggal pelajar berhampiran dengan
sederhana.
sekolah.
W5 – Kehadiran ibu bapa dalam program sekolah
masih rendah

W6 - Peratus pencapaian murid dalam sukan dan


kokurikulum di peringkat sekolah dan MSSD
PU sederhana.
(O)PELUANG: (C)CABARAN:

O1- Ibu bapa mementingkan pelajaran anak-anak C1- Harapan ibu bapa terhadap sekolah sangat
mereka tinggi
O2- Hubungan yang baik pihak sekolah dengan C2- Ibu bapa kurang mengambil berat tentang
PIBG dan agensi luar, IPTS, IPTA, NGO pembelajaran anak-anak di rumah
O3- Sokongan dan bantuan daripada PPD / JPN /
KPM C3- Ibu bapa sukar membayar sumbangan PIBG
kerana berpendapatan rendah

C4. Pengaruh pusat permainan video dan kafe cyber

71
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
SMKTMku_hebat: Jom ke Sekolah

Jadual 7.4: Isu strategik yang telah dijana berdasarkan Analisis TOWS Matriks

(S) KEKUATAN: (W) KELEMAHAN:


FAKTOR
S1 Pentadbir yang W1- Sekolah berada di band 6
DALAMAN
berpengalaman dan W2- Pencapaian murid dalam
efisien peperiksaan berdasarkan
S2 Kerja sepasukan yang baik Gred Purata Sekolah (GPS)
antara guru & pentadbir SPM belum mencapai
kenaikan 0.03 dari 6.28 ke
S3- 85% guru mempunyai 6.09.
pengalaman lebih 5 W3- Kehadiran pelajar ke sekolah
tahun belum mencapai 95%.
W4 -Peratus kes salah laku murid
S4- Tempat tinggal pelajar dalam keadaan sederhana.
berhampiran dengan W5 – Kehadiran ibu bapa dalam
sekolah. program sekolah masih
rendah.
W6 - Peratus pencapaian murid
dalam sukan dan kokurikulum
FAKTOR
di peringkat sekolah dan
LUARAN
MSSD PU sederhana.
(O)PELUANG: Strategi (SO): Strategi (WO):
O1- Ibu bapa mementingkan Strategi 1:
pelajaran anak-anak S1+S2+S3+O1+O2+O3 Strategi 2:
mereka. W3+01+02+O3
Meningkatkan pencapaian Meningkatkan kehadiran murid ke
O2- Hubungan yang baik akademik murid dengan sekolah melalui kerjasama penjaga/
pihak sekolah dengan kerjasama antara guru, ibu ibu bapa dan PIBG serta kerjasama
PIBG dan agensi luar, bapa, PIBG, agensi luar dengan dengan PPD,KPM, IPTS & IPTA
IPTS, IPTA, NGO. sokongan PPD/JPN/KPM. dan agensi luar
Strategi 3: Strategi 5 :
S4+ O2 W5+O1+O2+O3
O3- Sokongan dan bantuan
Meningkatkan kehadiran Meningkatkan kehadiran ibu
daripada PPD / JPN /
dan penglibatan murid bapa dalam setiap program yang
KPM.
dalam aktiviti kokurikulum diadakan oleh pihak sekolah melalui
kerana kebanyakan tinggal kerjasama PIBG, PPD dan swasta.
berhampiran sekolah melalui
hubungan baik dengan PIBG
dan agensi luar

Strategi 4:

S3 + O2 + O3

Meningkatkan peratus
pencapaian murid dalam
sukan dan kokurikulum di
peringkat MSSD dengan guru-
guru berpengalaman lebih 5
tahun dengan hubungan baik
organisasi kerajaan, swasta,
NGO dan kerjasama sekolah-
sekolah yang berhampiran.

72
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
SMKTMku_hebat: Jom ke Sekolah

(C) CABARAN: Strategi SC:

C1- Harapan ibu bapa terhadap Strategi 6:


sekolah sangat tinggi

C2- Ibu bapa kurang mengambil S3+S2+S1+C4


berat tentang pembelajaran
anak-anak di rumah.
Memastikan PdPc dijalankan
C3- Ibu bapa sukar membayar dengan berkesan melalui
sumbangan PIBG kerana perkongsian kemahiran
berpendapatan rendah. dan pengalaman dalam
kalangan guru untuk
C4. Pengaruh pusat permainan mengurangkan pengaruh pusat
video dan kafe cyber (CC). permainan video dan cyber
kafe.
C5- Berada dalam kawasan
perumahan yang padat
penduduk menyebabkan

masalah sosial agak tinggi.

Jadual 7.5: Pemilihan Inisiatif / Strategi Berdasarkan Jadual Pemberatan

Bil. Kriteria Pemilihan S1 S2 S3 S4 S5 S6


1 Tahap kebolehlaksanaan proses kerja 4 5 4 4 4 5
2 Kompetensi staf yang bertanggungjawab 5 5 4 4 4 4
3 Sumber kewangan dan kos yang berhemah 5 5 5 5 4 5
4 Kemudahan infrastruktur dan peralatan/kelengkapan 4 5 3 3 4 4
5 Andaian keupayaan mengatasi halangan 4 4 3 4 4 4
Andaian hasil yang dijangkakan/ impak untuk
6 3 5 3 4 3 4
mencapai objektif, matlamat, isu, misi, visi
7 Akur kepatuhan dengan mandat/arahan 5 5 5 5 5 5
Jumlah skor 30 36 27 29 28 31
Keputusan keutamaan strategi 3 1 6 4 5 2

Senarai Strategi Mengikut Keutamaan

1. Meningkatkan kehadiran murid ke sekolah


2. Memastikan PdPc dijalankan dengan berkesan melalui perkongsian kemahiran dan
pengalaman dalam kalangan guru
3. Meningkatkan pencapaian akademik murid
4. Meningkatkan peratus pencapaian murid dalam sukan dan kokurikulum di peringkat
MSSD
5. Meningkatkan kehadiran ibu bapa dalam setiap program yang diadakan oleh pihak
sekolah
6. Meningkatkan kehadiran dan penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum

Berdasarkan jadual pemberatan pada Jadual 4: Pemilihan inisiatif/Strategi, strategi yang

73
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
SMKTMku_hebat: Jom ke Sekolah

dipilih ialah strategi untuk meningkatkan kehadiran murid ke sekolah. Oleh itu, Program Jom ke
Sekolah telah dirancang untuk diadakan pada tahun 2019.
Bagi memastikan pelaksanaan program kehadiran murid ini terlaksana dengan baik dan
sistematik konsep P-O-L-C telah digunakan.

2.2 Pelaksanaan
Isu kehadiran murid ke sekolah yang rendah menyebabkan pencapaian murid dalam peperiksaan
SPM dan PT3 juga turut rendah. Oleh itu, tindakan perlu diambil untuk meningkatkan kehadiran
murid ke sekolah dalam usaha meningkatkan pencapaian murid dalam SPM dan PT3.

2.2.1 Planning (Merancang)


Merancang adalah penting dalam pengurusan kerana matlamat, objektif dan menentukan
hala tuju yang harus diambil bagi mencapai matlamat serta objektif yang disasarkan ke
arah meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah perlu ditetapkan.

2.2.1.1 Menentukan misi dan visi

Pencapaian tahun 2018 dijadikan sebagai TOV bagi membuat peningkatan dan
perubahan pada tahun 2019. Memandangkan pencapaian akademik sangat dipengaruhi
oleh kehadiran murid, maka isu yang perlu ditangani segera ialah meningkatkan peratus
kehadiran murid daripada 78.12 % kepada 83.12 % dengan peningkatan sebanyak 5%
menjelang akhir tahun 2019. Beberapa siri dialog prestasi antara pengurusan, guru dan
murid juga diadakan agar setiap yang terlibat jelas akan matlamat dan objektif yang telah
ditetapkan.

2.2.2.2 Menyusun strategi

Bagi mencapai matlamat meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah, maka


pelbagai strategi telah dirangka. Strategi yang dirangka adalah berdasarkan data dan isu
telah dikenal pasti secara berfokus.

2.2.2.3 Merancang tindakan bagi mencapai matlamat

Antara perancangan yang dibuat ialah:

a) Pelan Tindakan
Pelan tindakan jangka masa panjang selama tiga (3) tahun dirangka bagi memastikan
matlamat yang ditetapkan tercapai.

74
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
SMKTMku_hebat: Jom ke Sekolah

Jadual 7.6: Pemetaan tiga tahun SMK Taman Medan


ASPEK 2019 2020 2021
JOM KE - Pelancaran Jom ke -Pelancaran Jom ke - Pelancaran Jom ke
SEKOLAH Sekolah Sekolah Sekolah
- Anugerah murid -Anugerah murid - Anugerah murid
kehadiran penuh kehadiran penuh kehadiran penuh
- Anugerah peratus -Anugerah peratus - Anugerah peratus
Meningkatkan
kehadiran tertinggi kehadiran tertinggi (kelas) kehadiran tertinggi
peratus kehadiran
(kelas) setiap bulan setiap bulan (kelas) setiap bulan
murid ke sekolah
- Taklimat Merit-Demerit -Taklimat Merit-Demerit- - Taklimat Merit-
- Mempromosi amalan baik -Mempromosi amalan baik Demerit
- Kelas Intervensi disiplin -Kelas Intervensi disiplin - Mempromosi amalan
- Sesi perjumpaan ibu bapa -Sesi perjumpaan ibu bapa baik
- Ziarah Cakna -Kem motivasi murid - Kelas Intervensi
-Ziarah Cakna disiplin
- Sesi perjumpaan ibu
bapa
- Kem motivasi murid
- Kerja amal
- Ziarah Cakna

b) Pelan Taktikal
Jadual 7.7: Pelan Taktikal SMK Taman Medan
PROGRAM AKTIVITI SASARAN MULA TAMAT PENYELA RAS CATATAN
Jom ke Pelancaran Semua murid Jan Nov PKHEM Pelancaran
Sekolah kempen 2019 2019 telah dilakukan
oleh Pegawai
‘Jom ke Sekolah’ Perhubungan
sekolah
Untuk
Anugerah murid Semua murid Jan Nov PKHEM Uar-uarkan
meningkatkan kehadiran penuh 2019 2019
kehadiran
murid ke Anugerah Semua murid Jan Nov PKHEM Dinilai setiap
sekolah peratus kehadiran 2019 2019 bulan
tertinggi (kelas)

Taklimat Merit- Semua murid Jan Nov PKHEM


Demerit 2019 2019
Mempromosikan Semua murid Jan Nov PKHEM
amalan baik 2019 2019
Program Murid tidak Feb Nov PKHEM
intervensi hadir tanpa sebab 2019 2019
munasabah
Sesi perjumpaan -Murid Feb Nov PKHEM
ibu bapa & murid mempunyai 2019 2019
masalah disiplin
-Murid yang
kerap tidak hadir
(surat amaran)
Ziarah Cakna Murid tidak Jan Nov PK HEM
hadir 2019 2019 Kaunselor

75
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
SMKTMku_hebat: Jom ke Sekolah

c) Penilaian
Penilaian dari semasa ke semasa dijalankan. Dialog prestasi bersama guru-guru tingkatan
diadakan setiap bulan untuk mengenal pasti masalah dan penyelesaian masalah yang
timbul.

d) Penambahbaikan
Penambahbaikan terhadap setiap program dilakukan. Ziarah Cakna diadakan bagi
mengenal pasti masalah murid-murid tidak hadir ke sekolah dari akar umbi lagi. Melalui
aktiviti ini, kaunselor akan memastikan tindakan susulan dilakukan agar masalah yang
telah dikenal pasti dapat diselesaikan.

2.2 Organizing (Mengurus)


Jawatankuasa Pelaksana bagi setiap program ditubuhkan. Peruntukan PIBG dan sumbangan
guru-guru digunakan untuk menyediakan hadiah bagi cabutan bertuah setiap bulan dan
hadiah cabutan bertuah tahunan berupa basikal . Kehadiran murid telah diuruskan dengan
sistematik melalui beberapa rangka kerja seperti penyediaan jadual, mengadakan program
Jom ke Sekolah. Reka bentuk kerja ini diperkukuhkan dengan pemantauan dan penyeliaan
yang dilakukan oleh pihak pengurusan, program ziarah cakna ke rumah murid, dan sesi
kaunseling.
2.3 Leading (Kepimpinan)

Bagi memastikan warga sekolah bersetuju untuk melaksanakan program yang dirancang,
konsep kebersamaan telah diterapkan. Barisan pentadbir dan guru-guru diberi ruang
untuk memberi idea agar program Jom ke Sekolah yang dijalankan dapat ditambah baik
dari semasa ke semasa.

2.4 Controlling (Kawalan)

Antara inisiatif yang membawa impak kejayaan dalam Program Jom ke Sekolah adalah
melalui pengajaran dan pembelajaran yang berkesan , pemantauan Buku Kawalan Kelas,
pemantauan buku bertugas guru dan pentadbir, dialog prestasi, aktiviti kerja amal yang
dijalankan aktiviti keceriaan sekolah dan program sekolah atau kokurikulum yang dapat
menarik minat murid ke sekolah.

4.0 PENILAIAN DAN IMPAK DATA

Program Jom ke sekolah telah dilancarkan pada hari pertama persekolahan. Kesungguhan pihak
sekolah ini telah memberi impak yang besar kepada guru-guru dan murid-murid. Peningkatan
kehadiran boleh dilihat pada setiap bulan berbanding bulan-bulan pada tahun 2018 kecuali pada
bulan Mei. Ini disebabkan pada bulan ini ialah bulan Ramadhan.

76
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
SMKTMku_hebat: Jom ke Sekolah

Jadual 7.8: Kehadiran murid ke sekolah mengikut bulan bagi tahun 2018 dan 2019

BULAN PERATUS 2018 TARGET PERATUS 2019


JANUARI 87.91 2019 92.49
FEBRUARI 84.6 90.99
MAC 80.51 90.22
APRIL 83.07 88.06
MEI 88.08 85.67
JUN 72.28 86.98
JULAI 81.01 87.98
OGOS 83.42 87.36
SEPTEMBER 83.66 86.32
OKTOBER 73.96 80.10
NOVEMBER 40.86 43.62
PURATA 78.12% 83.12 83.61%
% PENINGKATAN 5.49%

Graf perbandingan kehadiran boleh dilihat pada Graf 1: Perbandingan kehadiran murid ke
sekolah Tahun 2018 dan 2019.

Rajah 7.1: Perbandingan Kehadiran Murid Ke Sekolah Tahun 2018 Dan 2019

77
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
SMKTMku_hebat: Jom ke Sekolah

Jadual 7.9: Perbandingan kehadiran Penuh Murid Tahun 2018 dan 2019

BILANGAN MURID HADIR PENUH TAHUN 2018 DAN 2019


2018 7 ORANG
2019 26 ORANG
PERBEZAAN +19 ORANG

Kehadiran murid memainkan peranan yang sangat penting bagi mencapai kecemerlangan
dalam peperiksaan. Pencapaian murid boleh dikatakan selari dengan kehadiran mereka ke sekolah.
Hal ini boleh dibuktikan melalui pencapaian murid-murid SMK Taman Medan dalam peperiksaan
SPM dan PT3 pada tahun 2019 berbanding tahun 2018 seperti yang ditunjukkan dalam jadual 7.10
di bawah.

Jadual 7.10: Impak program Jom Ke Sekolah Terhadap Pencapaian Akademik Murid

2018 2019
Purata kehadiran 78.12% 83.61%
GPS SPM 6.36 5.69
Peratus lulus SPM 77.31% 79.15%
GPS PT3 4.54 4.02
Peratus lulus PT3 9.77% 22.17%

5.0 RUMUSAN DAN PENUTUP

Secara tuntasnya, Program Jom ke Sekolah yang dimantapkan telah memberikan impak positif
ke arah peningkatan kehadiran murid ke sekolah. Kejelekitan yang terjana dan semangat kerja
berpasukan antara pengetua, pentadbir, guru dan staf yang wujud di SMK Taman Medan menjadikan
program untuk melonjakkan kehadiran murid ke sekolah berjaya.

Dalam usaha menggerakkan perubahan iklim sekolah, kami menggunakan slogan


“Disiplin Pertama, Akademik Utama, Kokurikulum Bitara” dan tagline sekolah, iaitu “#smktmku_
hebat.” Berpegang kepada itulah, maka segala bentuk sumber dan modal insan terutamanya guru
untuk melakukan perubahan iklim sekolah digerakkan. Pasukan yang benar-benar komited dan
sanggup bekerja keras untuk memastikan segala perancangan dapat dilaksanakan dengan cekap
dan berkesan berjaya dibentuk. Pengetua bertuah kerana ada pasukan pentadbir yang sangat
bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugasan dan dibantu oleh barisan guru yang sentiasa
berusaha untuk mencemerlangkan SMK Taman Medan. Barisan staf juga tidak ketinggalan dalam
memberikan komitmen. Gembelingan usaha bersama inilah yang telah menjadikan program
meningkatkan kehadiran murid ke sekolah di SMK Taman Medan mencapai kejayaan.

Pengetua merakamkan penghargaan kepada pelbagai pihak antaranya pensyarah


pembimbing dari IAB, SIP+, pegawai-pegawai JPNS, PPD dan warga SMK Taman Medan

78
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
SMKTMku_hebat: Jom ke Sekolah

yang telah bekerjasama untuk memberi sumbangan secara langsung serta tidak langsung dalam
menggerakkan Program Peningkatan Kehadiran Murid ke Sekolah. Semoga usaha ini dapat
ditingkatkan lagi dan dapat menjadi penambahbaikan di sekolah-sekolah yang lain.

6.0 RUJUKAN

Hj. Md. Fiah Bin Md. Jamin (2015). Seleksi Karya Sedekad Jurnal Pendidikan MPSM
2005 – 2014 Edisi 2015. Majlis Pengetua Sekolah Malaysia.

Prosiding Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Nasional (2012). Institut


Aminuddin Baki, Genting Highlands.

Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Jilid 17 Bil. 02. (Disember 2007).
Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands.

79
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
80
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
SINERGI KECEMERLANGAN AKADEMIK

SITI RAHIMAH BINTI TORMODI


Pengetua, SMK Sultan Abdul Samad
Bea0096@moe.edu.my

SURIANI BINTI SULAIMAN


Pensyarah Pembimbin, IAB Bandar Enstek
suriani@iab.edu.my

MOHD SHAHRUL IZA BIN ISMAIL


SIP+, PPD Sabak Bernam

ABSTRAK

Sinergi Kecemerlangan Bahasa Melayu dan Sejarah telah dijadikan sebagai satu pendekatan
yang digunakan oleh SMK Sultan Abdul Samad untuk menghadapi isu-isu yang menghalang
pencapaian prestasi akademik murid di sekolah berkenaan . Hal ini, berpunca daripada masalah
penguasaan bahasa sehingga murid tidak mahir mengarang karangan Bahasa Melayu yang
matang dan tidak juga kompetan untuk menjawab aplikasi KBAT di dalam kertas Sejarah 2 dan 3.
Hasil kajian telah dapat disimpulkan bahawa terdapat petunjuk prestasi yang signifikan melalui
pelaksanaan program Cakna Akhbar , Sehari Selembar Benang dan Aplikasi Kemahiran KBAT
bagi mata pelajaran Sejarah terhadap peningkatan prestasi murid SMK Sultan Abdul Samad
Klang di dalam Peperiksaan Percubaan secara perbandingan dengan peperiksaan Pertengahan
tahun. Amat diharapkan program ini akan meningkatkan peratus lulus SPM 2019 dan menjadikan
GPS sekolah semakin berkualiti.

Kata kunci: kecemerlangan pembelajaran murid, penguasaan bahasa

1.0 PENGENALAN
Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Samad Klang (SMKSAS) merupakan sebuah
Sekolah Menengah Harian Biasa kategori Bandar. Ia dibina di atas keluasan tanah 5.00 ekar pada 1
Julai 1968. Ia merupakan satu-satunya sekolah Melayu pertama di daerah Klang . Pada 1 Jun 1970
, sekolah ini telah dibuka secara rasmi oleh DYTM Tengku Idris Shah, Raja Muda Selangor ketika
itu dan dinamakan Sekolah Menengah Sultan Abdul Samad bersempena nama Sultan Selangor
yang ke 1V . Dengan moto sekolah Yakin Diri Jaya , seramai 14 orang pengetua telah mentadbir
urus sekolah dengan membawa beberapa kejayaan .Sekolah ini mempunyai imej istimewa dalam
bidang kokurikulum melalui kebitaraan sukan kriket setelah 18 tahun merangkul juara di peringkat
daerah mulai tahun 1993-2013 dan dinobatkan Johan Kebangsaan dalam Pertandingan Kriket
Sekolah-sekolah Malaysia pada tahun 2018. Lantaran itu tahun 2020 sekolah ini telah dipilih oleh
Persatuan Kriket Malaysia sebagai Pusat Kecemerlangan Kriket Peringkat Negeri Selangor dengan
kerjasama Yayasan Selangor dan Persatuan Kriket Selangor.

81
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Sinergi Kecemerlangan Akademik

1.1 Profil Sekolah


Sekolah Menengah Kebangsaan SMK Sultan Abdul Samad Klang merupakan sekolah bandar gred
A dan hanya beroperasi pada sesi pagi sahaja. Penyelidik mula berkhidmat di sekolah pada 29
September 2017.

Jadual 8.1: Maklumat dan Profil SMK SAS

Jenis Sekolah SM Harian Biasa


Status Sekolah Gred A
Lokasi Jalan Landasan Bukit Kuda Klang
Daerah Pentadbiran Klang
PPD Klang
Sesi  Persekolahan Pagi mulai Jun 2016
Jenis Bantuan Bantuan Kerajaan
Keluasan Sekolah 5 ekar ( 2.02 hektar)
Bilangan Bilik Darjah 34
Kod Sekolah Bea 0096
Nombor Telefon 03-33414198
Nombor Faks 03-33446984
Emel Sekolah Bea0096@moe.gov.my
Laman Web Sekolah Face book f@sasklang
Pengetua Siti Rahimah bt. Tormodi
Penolong Kanan Pentadbiran Norseha bt Dahlan
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Abdul Aziz b. Zam zam
Penolong Kanan Kokurikulum Mohamad Azhar b. Mohamad Sahar
Bilangan Guru 65
Bilangan Murid 770
Bilangan Kelas 33
Mata pelajaran Elektif Aliran Sains
Tingkatan 5 Arif: Matematik Tambahan, Fizik,
Kimia dan Biologi/Sains Komputer
Aliran Sastera Kemanusiaan
Tingkatan 5 Bestari:
Perniagaan/ Pendidikan Seni Visual/Perakauanan
Tingkatan 5 Cemerlang/5 Dedikasi/5EfisienPendi-
dikan Seni Visual
Aliran STEM
Tingkatan 4A: Matematik Tambahan,Biologi,/Sains
Komputer,Kimia
Tingkatan 4B: Matematik Tambahan & Per-
akaunan, Perniagaan & Sains Komputer, Perniag-
aan & Pendidikan Seni Visual
Pakej Sastera Kemanusiaan
Tingkatan 4 Cemerlang, 4 Dedikasi, 4 EfisienPen-
didikan Seni Visual

SMK Sultan Abdul Samad, Klang merupakan sebuah Sekolah Berprestasi Rendah yang
berada di kedudukan Band 6 NKRA melalui skor SKPM (2003) tahun 2015. Gred Purata Sekolah
dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2015 ialah 6.97 dengan peratus lulus 46.54%.

82
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Sinergi Kecemerlangan Akademik

Keputusan seperti ini telah memungkinkan SMKSAS sering berada pada kedudukan terbawah
selama 5 tahun berturut –turut bermula tahun 2013 hingga 2017 daripada 38 buah Sekolah
Menengah Harian daerah Klang.

Senario ini telah memberi kesan negatif sehingga menimbulkan krisis kepercayaan masyarakat
sekitar terhadap sekolah ini. Impaknya masyarakat hilang kepercayaan terhadap keupayaan sekolah
untuk memberi jaminan kejayaan masa hadapan kepada anak-anak mereka. Lantaran itu bilangan
murid sekolah ini semakin berkurangan sehinggalah pada tahun 2016 berlaku penutupan sesi
petang persekolahan dan sejumlah 770 orang bersekolah di sesi pagi hingga kini dengan komposisi
kaumnya 55% pelajar Cina 35% pelajar Melayu dan 10% pelajar India.

1.2 Status Quo Pencapaian Akademik Sekolah

Jadual 8.2: Keputusan SPM 2015 hingga 2019

TAHUN BIL. CALON % LULUS GPS


2016 120 45.13 ( 51 murid) 6.96
2017 142 48.59 ( 69 murid) 6.63
2018 116 55.26 (63 murid) 6.43
2019 118 50 (50 murid) 6.74

Namun begitu satu transformasi terhadap program akademik mula digerakkan sehingga pencapaian
peratus lulus SPM dan Gred Purata Sekolah meningkat mulai 2017 dan meningkat dengan
banyaknya pada tahun 2018 kepada 55.26% dengan GPS 6.43. Dengan pencapaian ini penyelidik
semakin yakin , tiada yang mustahil untuk merubah sekolah yang berada di kedudukan bawah
kepada sekolah yang lebih baik prestasinya dengan slogan ‘Success !We Deserve It,Teamwork
Makes Dreams Work jika semuanya dibuat dengan Buat Yang Bukan Biasa-Biasa melalui srategi
program akademik.

2.0 MENGENAL PASTI MASALAH DAN PENAMBAHBAIKAN

SMK SAS adalah sebuah sekolah yang mempunyai potensi yang tinggi untuk mencapai kejayaan.
Fokus penyelidik adalah pada mata pelajaran B.Melayu dan Sejarah yang merupakan mata
pelajaran wajib lulus SPM untuk melayakkan murid mendapat sijil dan bertanggungjawab untuk
meningkatkan peratus lulus sekolah dan Gred Purata sekolah. Walau bagaimanapun terdapat
beberapa isu yang menjadi penghalang bagi meningkatkan kecemerlangan. Untuk mengenal
pasti isu pihak sekolah telah melaksanakan sumbang saran dengan menggunakan kaedah Analisis
SWOT dan Alat Sebab dan Akibat Rajah Tulang Ikan Ishikawa.

83
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Sinergi Kecemerlangan Akademik

Analisis Persekitaran

Analisis persekitaran dijalankan melalui analisis SWOT seperti Jadual 8.3.

Jadual 8.3: Analisis Persekitaran melalui Analisis SWOT

KEKUATAN (STRENGTHS) KELEMAHAN (WEAKNESS)

S1: 90 peratus mengajar subjek opsyen termasuk W1: Peratus lulus SPM masih ditahap tidak
Sejarah dan B.Melayu. memuaskan dua tahun berturut-turut
43.13%(2016)dan 48.59%(2017)
S2: GKMP semua bidang berpengalaman sebagai
pemeriksa kertas. W2: GPS masih rendah dalam lingkungan 6.9
hingga 6.6
S4: 70% guru mempunyai pengalaman melebihi 10
tahun dan komited. W3-GPMP BM(2018)6.47 GPMP BM(2019
)6.92 GPMP Sejarah
S5: Kemudahan ICT di tiga buah bilik khas dan capa- (2018)6.57 GPMP Sejarah (2019)7.31
ian internet di semua blok.
W4-30% guru kurang pengalaman (lima tahun
S6: Guru mewujudkan jaringan persepakaran dengan ke bawah)
guru sekolah lain.
W5 -Kehadiran pelajar ke sekolah tidak menca-
pai KPI(86.17) dan bermotivasi rendah.

W6–45% dalam kalangan pelajar Cina lemah


penguasaan Bahasa Melayu menyebabkan lemah
dalam penguasaan kandungan mata pelajaran

W7-64% tidak berminat dalam Sejarah

W8–Terdapat kumpulan pelajar yang tidak kom-


peten 3M sehingga tingkatan 5(13%)

W9–Pengajaran guru masih berpusatkan mu-


rid(60%)

W10-Amalan PAK21 masih belum optimum.


PELUANG (OPPORTUNITIES) ANCAMAN (TREATS)
O1 - Sokongan daripada PPD dan JPN T1 - Kurang kerjasama dan sokongan daripada
ibu bapa
O2 -Mendapat bimbingan daripada SISC+ dan SIP
T2 - Pelajar bekerja secara sambilan
O3 - Hubungan baik dengan agensi luar
T3- 50% pendapatan ibu bapa kurang daripada
O4 - Sokongan kewangan daripada PIBG RM 3000


Berdasarkan analisis SWOT, GPS dan peratus lulus sekolah diperingkat SPM masih
rendah. Setelah dianalisis dapatlah dikenalpasti bahawa pencapaian kedua-dua mata pelajaran
B.Melayu dan Sejarah peratus lulus dan GPMP pada keputusan yang rendah mulai tahun 2013 dan
memberi kesan terhadap peratus Layak Mendapat Sijil bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam
kalangan murid-murid. Maka kami telah memanfaatkan Tulang Ikan Ishikawa untuk mengenal
pasti punca senario itu berlaku.

84
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Sinergi Kecemerlangan Akademik

Rajah 8.1: Tulang Ikan Ishikawa diguna pakai untuk mengenal pasti punca
masalah isu dalam pencapaian Bahasa Melayu

Rajah 8.2: Tulang Ikan Ishikawa digunapakai untuk mengenal pasti punca
masalah isu dalam pencapaian Sejarah

Isu yang dikenal pasti ialah mata pelajaran wajib lulus (Bahasa Melayu dan Sejarah)
melalui Gred Purata Mata Pelajaran dan peratus yang rendah telah membawa impak besar kepada
peratus Layak Mendapat Sijil. Sehubungan dengan itu wajar lah, tindakan-tindakan berikut perlu
diambil:

i) Meningkatkan pencapaian peratus lulus murid dalam matapelajaran Bahasa


Melayu dan Sejarah melalui modul berfokus bagi mengatasi isu
ii) Mengenal pasti kaedah dan program bagi mengatasi isu lemah penguasaan
bahasa Melayu, penguasaan fakta Sejarah dalam kalangan pelajar

Pelbagai strategi telah dirangka bagi melaksanakan program yang telah dirancang seperti
penggunaan data secara optimum dalam membuat keputusan seperti Headcount, Sistem Analisis
Peperiksaan Sekolah(SAPS) dan laporan-laporan program yang telah dilaksanakan. Hasil dapatan
Kaedah Smart Goal Setting murid belum mencapai ETR Lulus Bahasa Melayu dalam peperiksaan
SPM iaitu 70% dan Sejarah pula 59 %, maka Panitia Bahasa Melayu telah melaksanakan
program yang memberi sinergi iaitu Program Cakna Akhbar dan Sehari Selembar Benang. untuk
menyelesaikan isu murid lemah dalam penulisan karangan Kertas 1 Bahasa Melayu.

85
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Sinergi Kecemerlangan Akademik

Program Kemahiran Aplikasi KBAT dicadangkan dalam mesyuarat bersama Panitia


Sejarah untuk mengupayakan murid-murid menjawab soalan kertas 2 dan 3 kerana soalan KBAT
telah menguasai 30 peratus markah. Maka kebolehan menjawab soalan KBAT akan memberikan
laluan kepada murid sekurang-kurangnya lulus untuk mata pelajaran Sejarah. Oleh yang demikian,
pendekatan aplikasi KBAT jika diberi secara latih tubi akan membantu murid berkeupayaan untuk
mengingat fakta Sejarah dan bagi murid yang berada pada kompetensi sederhana ( gred D ) akan
meningkat kepada gred yang lebih baik . Sasaran program adalah kelas tingkatan 5A.5B ,5C,5D.
Sehubungan itu, kami telah merancang projek ini dilaksanakan berdasar pemetaan yang disediakan.
Untuk tahun seterusnya, projek ini akan diperluaskan kepada tingkatan 4.

Jadual 8.4: Pemetaan Sinergi kecemerlangan BM dan Sejarah

TAHUN 1(2019) TAHUN 2(2020) TAHUN 3(2021)


Sasaran Pencapaian Sasaran Pencapaian Sasaran Pencapaian
Kpi Tov
Prestasi Sebenar Prestasi Sebenar Prestasi Sebenar
% Lulus SPM 2018 60%
Bahasa 70.7%
Melayu 73.% PPC 2019 73% 76%
PPT 2019 42.16%
42%
% Lulus SPM 2018 54%
Sejarah 59%
59% PPC 2019 59% 62%
PPT 2019 36.7%
32%

3.0 PELAKSANAAN

Kaedah P-O-L-C digunakan untuk memastikan aktiviti dan program mengurus perubahan
dijalankan secara terancang, sistematik dan bermakna dengan mengamalkan ARRAS (Yap 2020)
sebagai mekanisme pengurusan yang berkesan. Akronim ARRAS merujuk kepada A: Accept
Unconditionally (Menerima tanpa syarat), R : Respect ( Hormat) , R: Recognise (Mengiktiraf),
A: Appreciate ( Menghargai) dan S: Support (Sokong). Berikut perincian bagaimana proses kerja
secara P-O-L-C dijalankan.

3.1 Perancangan

Pada peringkat awal pelaksanaan program, pembinaan pelan taktikal dan pelan operasi telah
dilaksanakan berdasarkan objektif dan KPI yang telah ditetapkan di dalam pemetaan 3 tahun.
Objektif program serta sasaran prestasi yang hendak dicapai telah ditetapkan. Sasaran prestasi
yang ditetapkan merupakan kayu ukur bagi memastikan objektif yang dijana di dalam Pelan
Strategik tercapai. Penyediaan modul seperti Modul Cakna Akhbar , Senarai Kosa Kata dan Modul
Soalan KBAT Sejarah disediakan oleh guru–guru opsyen berpengalaman melebihi 10 tahun
dengan menggunakan peruntukan Prestasi daripada Kewangan PIBG. Pembelian Kamus Dewan
Bahasa untuk kegunaan murid di dalam kelas dengan menggunakan PCG mata pelajaran Bahasa.
Langganan surat khabar Sinar setiap hari Ahad dan Rabu melalui sumbangan individu sebagai

86
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Sinergi Kecemerlangan Akademik

rujukan tambahan untuk murid-murid. Murid yang terlibat dengan program ini merupakan murid
yang dikategorikan kepada dua bahagian iaitu murid yang cemerlang dan murid yang berpotensi
untuk lulus. Murid yang berpotensi lulus telah dibahagi kepada tiga kelompok iaitu G1 yang
markah pencapaian mereka antara 0 hingga 19 markah, G2 yang markah pencapaian mereka antara
20 hingga 23 markah dan G3 yang mana markah pencapaian mereka antara 24 hingga 39 markah.

3.2 Pelaksanaan program

3.2.1 Program Cakna Akhbar

Murid diberikan Modul Cakna Akhbar yang mengandungi keratan-keratan akhbar tentang isu-isu
semasa yang berkait langsung dengan topik dalam karangan kertas 1 Bahasa Melayu . Murid-murid
secara berkumpulan mencari maksud perkataan sukar dengan merujuk Kamus Dewan Bahasa .
Dengan ini, berlaku peningkatan kepada jumlah kosa kata murid. Langkah seterusnya murid-murid
mula menyenaraikan dan merumus semua isi-isi karangan. Maka berlakulah pembelajaran kaedah
inkuari dan amalan pembelajaran PAK 21 di mana murid dapat berkomunikasi dan berkolaborasi
di samping melatih ciri-ciri kepimpinan melalui pembentangan kumpulan. Setelah isi-isi karangan
dapat dicerakinkan dengan bimbingan guru, murid menjadikannya dalam bentuk penulisan
karangan yang gramatis dan matang. Sasaran program ini pada kelas tingkatan 5A dan 5B untuk
murid lulus dengan baik dan cemerlang.

3.2.2 Program Sehari Selembar Benang

Program ini disasarkan kepada murid-murid tingkatan 5C yang lemah dalam penguasaan
Bahasa Melayu. Murid akan diberikan sekurang-kurangnya 2 kosa kata baru 10 minit sebelum
pembelajaran Bahasa Melayu dan dicatat di dalam buku kosa kata yang ditaja oleh pengetua. Guru
akan memberi makna dan penggunaan perkataan dengan tepat dalam bentuk binaan ayat. Guru
secara berulangkali membimbing murid sehingga murid dapat membina ayat dengan betul. Kaedah
ini telah membantu murid untuk mudah faham petikan rumusan, memahami petikan pemahaman
dan berminat untuk memahami Komsas.

3.2.3 Program Aplikasi Kemahiran KBAT Sejarah

Dalam program ini guru telah membina Modul HafaS (Hafal Fakta Sejarah) KBAT. Modul ini
dilengkapi dengan semua soalan KBAT tingkatan 4 dan 5 di dalam Kertas 2 dan Kertas 3 mata
pelajaran Sejarah. Murid telah dibimbing secara berterusan dalam teknik menjawab soalan. Murid
akan menyenaraikan dan menghafal isi-isi penting tersebut. Dengan ini kumpulan murid yang
mempunyai pencapaian sederhana, rendah dan gagal akan dapat mengenal, memahami, mengingati
dan mahir dengan teknik menjawab soalan KBAT.

3.3 Kepimpinan

Pengetua sebagai peneraju telah memastikan program dijalankan seperti yang dirancang dari
masa ke semasa. Beliau juga telah memfokuskan 3 aspek yang menjadi penggerak utama, iaitu
bahan modul, guru dan murid dan telah menyemak bahan yang digunakan sepanjang program

87
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Sinergi Kecemerlangan Akademik

dilaksanakan. Malahan beliau telah memperuntukkan kewangan sendiri untuk memberikan buku
catatan kosa kata bagi setiap murid dan mengadakan sesi Diolog Prestasi sebanyak dua kali
selepas Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Percubaan untuk memberi semangat
dan motivasi bagi meningkatkan semangat pembelajaran dan keyakinan untuk berjaya. Kumpulan
guru pula, telah diberikan kemudahan seperti alat tulis, pembelian Kamus Dewan dan kemudahan
fotostat untuk membina modul pembelajaran berfokus. Untuk memastikan ketekalan program ini,
pengetua akan bersama-sama kumpulan guru mencetus idea untuk merangka item pengukuran
kompetensi murid dalam penulisan karangan dan selalu berbincang untuk penambahbaikan.
Terdapat pelbagai cabaran untuk melaksanakan program ini. Masalah kehadiran murid sasaran
dan sekumpulan murid yang rendah motivasi pembelajaran . Justeru, untuk mengembalikan
motivasi mereka, pihak sekolah dengan sokongan PIBG dan barisan pentadbir mengambil inisiatif
mengadakan Program Ziarah Cakna ke rumah keluarga murid berkenaan untuk meninjau latar
hidup keluarga murid berkenaan. Malah peranan guru tingkatan juga diperkasakan melalui
whatsapp kelas dan murid-murid yang dikenalpasti juga sentiasa dihubungi dan dinasihati untuk
datang ke sekolah. Pihak pengetua sendiri telah menemui murid-murid berkenaan secara suamuka
untuk berkongsi masalah sebenar murid berkenaan . Guru-guru berpengalaman pula kerap
melaksanakan PLC untuk berkongsi ilmu dan pendekatan PdPc berkesan dengan guru-guru baharu
yang kurang berpengalaman dan bersama-sama pula membina modul pengajaran yang berfokus
untuk kegunaan murid-murid. Antara modul yang di hasilkan Modul Cakna Akhbar, Set Himpunan
Kosa Kata dan Modul HafaS KBAT Sejarah. Pemantauan pihak pentadbir secara Learning Walk
turut menyumbang kepada kelangsungan program.

3.4 Kawalan

Data Analisa Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Percubaan, Headcount dan data melalui
Borang Penjajaran Peperiksaan Pertengahan Tahun membantu untuk menganalisa sasaran yang
sepatutnya dicapai bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah. Guru mata pelajaran juga
telah membuat satu senarai semak yang dapat mengukur kualiti karangan yang dihasilkan oleh
murid secara perbandingan Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Percubaan. Penilaian
melalui Ujian Pra dan Post dibincangkan dalam Diolog Prestasi.

4.0 PENILAIAN DAN IMPAK DATA


Dapatan menunjukkan perkembangan positif terhadap kelompok potensi lulus berbanding
kelompok G1 yang semakin mengecil jurangnya.

Jadual 8.5: Pencapaian Murid dalam Mata Pelajaran Sejarah

KATEGORI/ G3 G2 G1 %
GPMP
MARKAH (24-39) (20 – 23) (0-19 ) LULUS
PPT 12 8 24 32 8
PEP.PERCUBAAN 20 10 16 36.79 7.97

88
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Sinergi Kecemerlangan Akademik

Jadual 5 di atas menunjukkan satu perubahan yang signifikan di mana kelompok murid potensi lulus
pada kelompok G2 – G3 telah menunjukkan perubahan yang positif meningkat kepada 30 orang
berbanding 20 orang pada Peperiksaan Pertengahan Tahun dan jumlah gagal G1 semakin mengecil
kepada 16 orang. Dengan peratus lulus yang menunjukkan peningkatan dalam Peperiksaan
Percubaan iaitu pada 36.79% perbandingan Peperiksaan Pertengahan Tahun pada 32%.

Program Sinergi bagi peningkatan Bahasa Melayu melalui Program Cakna Akhbar dan Sehari
Selembar Benang telah menunjukkan satu plot pencapaian murid yang menunjukkan perubahan.

Jadual 8.6: Pencapaian Murid dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu

G3 G2 G1 %
KATEGORI GPMP
(24-39) (20 – 23) (0-19 ) LULUS
PEP.PERTENGAHAN
4 2 37 42.15 7.59
TAHUN
PEP. PERCUBAAN 12 7 19 42.16 7.45

Merujuk jadual 6, tidak memperlihatkan peningkatan yang nyata. Namun Gred Purata Mata
pelajaran memberi bacaan positif iaitu peningkatan daripada 7.59 kepada 7.45. Tahap Prestasi
kelompok gagal memperlihatkan perkembangan positif di mana murid daripada kelompok G2 dan
G3 (Potensi lulus) meningkat daripada 6 orang kepada 19 dan kelompok markah pada julat 0 – 19
(G1) mengecil daripada 37 orang kepada 19 orang.

5.0 RUMUSAN DAN PENUTUP

Program Cakna Akhbar dan Sehari Selembar Benang bertumpu pada meningkatkan
kemahiran penguasaan bahasa Melayu melalui kosa kata yang diperolehi daripada akhbar agar
murid mampu menghasilkan penulisan karangan yang gramatis dan matang bagi sasaran potensi
cemerlang dan karangan yang sederhana bagi sasaran potensi lulus dalam menjawab soalan dalam
Kertas 1 Bahasa Melayu. Ini memberikan gambaran bahawa harapan untuk meningkatkan peratus
lulus SPM kepada sasaran Potensi lulus ini adalah besar. Ini adalah hasil usaha gigih guru yang
telah membimbing dan berusaha menghasilkankan set Modul Cakna Akhbar dan Set Himpunan
Kosa Kata Sehari Selembar Benang untuk menjadi rujukan murid.

Usaha ini diperkukuhkan lagi dengan penggunaan modul-modul soalan yang berkualiti
hasil garapan guru-guru Bahasa Melayu yang berpengalaman yang dibekalkan PPD dan JPNS
dan soalan-soalan SPM tahun-tahun lepas di dalam Kelas Tambahan Sinar Malam dan Kelas
Transit (kelas waktu peralihan sebelum kertas peperiksaan seterusnya). Ini bermakna program
Cakna Akhbar dan Sehari Selembar Benang merupakan satu sinergi kepada program peningkatan
akademik B.Melayu dan boleh diperluaskan kepada tingkatan 4 kerana program ini mampu
membantu ke arah peningkatan Gred Purata Mata Pelajaran dan peratus Layak Mendapat Sijil di
dalam peperiksaan SPM .

Program Aplikasi KBAT Sejarah dijalankan dengan tujuan untuk mengatasi isu rendahnya
penguasaan murid terhadap fakta Sejarah sehingga membawa kepada rendahnya peratus lulus
dan rendahnya GPMP Sejarah. Kemahiran menjawab soalan KBAT melalui Modul HafaS (Hafal

89
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Sinergi Kecemerlangan Akademik

Fakta Sejarah) KBAT dicadangkan boleh membantu murid untuk lulus kerana soalan KBAT
menguasai 30% markah yang terkandung di dalam Kertas 2 dan 3. Murid diperkenalkan dengan
kata-kata kunci dan unsur-unsur nilai patriotism secara berterusan dan berulangkali sehingga dapat
mengaplikasikan fakta secara KBAT.

6.0 RUJUKAN

Ishikawa, K. (1985). What is total quality control The Japanese way. New York: Prentice Hall

Perunding Kanan IAB, (2008). Program melonjakkan kecemerlangan sekolah melalui


Pembangunan Organisasi (PROD). Institut Aminuddin Baki

Yap, (2006), Visi ke Realiti, Pengalaman Sekolah Menengah Teknik Tawau Menjadi Sekolah
Cemerlang Petaling Jaya. Kembara Kreatif Sdn. Bhd.

90
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
SISTEM PEMANTAUAN ORANG TERTENTU (SPOT V01)

YUSAINI BIN SALLEH


Pengetua, SMK Bagan Terap
Bea6044@moe.edu.my

SURIANI BINTI SULAIMAN


Pensyarah Pembimbing IAB Bandar Enstek
suriani@iab.edu.my

ROHANI BINTI MARJUKI


SIP+, PPD Sabak Bernam

ABSTRAK

Hasil analisis data kehadiran murid mendapati kehadiran murid ke sekolah masih belum mencapai
tahap yang memuaskan. Projek SPOTV1.0 dilaksanakan bagi memastikan pelonjakan kehadiran
murid di samping membentuk sahsiah terpuji dalam kalangan muri. Selain dari itu perisian SPOT
telah di gunakan agar laporan kehadiran, statistik kehadiran dan carta kehadiran dapat dijana
secara cepat dan mudah.. Kumpulan sasaran kajian ini adalah terdiri daripada 200 orang murid
tingkatan satu hingga Tingkatan 5 yang telah mencatatkan ketidakhadiran melebihi 15 hari bermula
dari Januari hingga Oktober. Daripada kajian yang dijalankan, didapati Projek SPOTV1.0 dapat
membantu meningkatkan peratus kehadiran murid dari 79.4 %(TOV 2018) kepada 84.66% (purata
sehingga Ogos) iaitu peningkatan sebanyak 5.26%. Kajian ini diharapkan dapat membantu semua
pihak yang terlibat bagi merangka jalan penyelesaian kepada permasalahan ini.

Kata kunci: kehadiran murid, sahsiah terpuji

1.0 PENGENALAN
Tindakan awal sebaik sahaja memulakan tugas sebagai pengetua di SMK Bagan Terap adalah
membuat satu analisis persekitaran untuk melihat status quo sekolah. Pertemuan dengan pelbagai
barisan pentadbir telah dilaksanakan. Setelah mendapatkan penjelasan berasaskan data yang tepat,
maka dirumuskan bahawa SMK Bagan Terap perlu diberi nafas baru dalam pelbagai aspek yang
terkandung dalam Sembilan (9) bidang tugas utama PGB.

1.1 Profil Sekolah

Pengetua telah melapor diri di SMK Bagan Terap pada 16 Mei 2018. Kedatangannya ke sekolah
ini adalah atas penempatan pertamanya sebagai pengetua setelah menamatkan kursus NPQEL
Ambilan 1/2016.

91
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Sistem Pemantauan Orang Tertentu (Spot V01

Jadual 9.1: Maklumat dan Profil SMK Bagan Terap

Jenis Sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan,Sekolah


Kerajaan
Status Sekolah Sekolah Harian
Lokasi Luar Bandar
Daerah Pentadbiran Sabak Bernam
PPD Sabak Bernam
Sesi  Persekolahan Pagi sahaja
Jenis Bantuan Bntuan Penuh Kerajaan
Keluasan Sekolah 7.5 ekar
Bilangan Bilik Darjah Bantuan Penuh Kerajaan
Kod Sekolah BEA 6044
Nombor Telefon 03-32161643
Nombor Faks 03-32162096
Emel Sekolah bea6044@moe.edu.my
Laman Web Sekolah lamanrasmismkbaganterap.blogspot.com
Pengetua Tuan Haji Yusaini bin Salleh
Penolong Kanan Pentadbiran Puan Hatifah binti Yussof
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Encik Sharan bin Sidek
Penolong Kanan Kokurikulum Tuan Haji Misnan bin Kasan
Bilangan Guru 80
Bilangan Murid 668
Bilangan Kelas Xx
Masalah Pembelajaran Xx
Mata pelajaran Elektif Bahasa Arab & Reka Bentuk Teknologi
Reka Bentuk Teknologi & Asas Sains
Komputer
Kelas Aliran Sains
Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan
Kelas Aliran Sosial Sains
Prinsip Akaun/Geografi/Sains Sukan/Ekonomi/
Perniagaan/ Pendidikan Seni Visua/Perniagaan/
Pertanian/Tasawwur Islam/Sains Rumah
Tangga/Kesusateraan Melayu/MPV Jahitan/
PVMA

Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Terap adalah sebuah sekolah yang terletak di kawasan
luar bandar, dengan keluasan 7.5 ekar. Sekolah ini dibina pada tahun 1976 dan mula digunakan
pada 3 Januari 1977. Sebelum kehadiran saya, SMK Bagan Terap merupakan sebuah sekolah yang
berada pada kedudukan Band 6 NKRA. GPS SPM pula menunjukkan penurunan hampir setiap
tahun. Purata kehadiran murid pula sepanjang 5 tahun sebelum ini, tidak melepasi KPI yang telah
ditetapkan oleh KPM. TOV 2017 ialah 79.4%. Lonjakan pencapaian SPM pada tahun 2018, menjadi
pemangkin kepada seluruh warga SMKBT bagi memastikan peningkatan kecemerlangan sekolah.
Selain itu, prasarana sekolah yang agak uzur menyebabkan warga sekolah kurang bermotivasi.

92
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Sistem Pemantauan Orang Tertentu (Spot V01

1.2 Status Quo Sekolah Semasa Melapor Diri

Jadual 9.2: Keputusan SPM 2016 hingga 2019

TAHUN BIL. CALON % LULUS GPS


2016 147 79.59 (117murid) 6.23
2017 155 77.42 (120 murid) 6.34
2018 129 76.74 (99 murid) 5.55
2019 175 78.29 ( 137 murid) 5.84

2.0 MENGENAL PASTI MASALAH DAN PENAMBAHBAIKAN


SMK Bagan Terap adalah sebuah sekolah yang mempunyai potensi yang tinggi untuk mencapai
kejayaan. Walau bagaimanapun terdapat beberapa isu yang menjadi penghalang bagi meningkatkan
kecemerlangan. Untuk mengenal pasti isu pihak sekolah telah melaksanakan sumbang saran
dengan menggunakan kaedah Analisis SWOT.

2.1 Analisis Persekitaran

Analisis persekitaran dijalankan melalui analisis SWOT seperti Jadual 9.2.

Jadual 9.3: Analisis Persekitaran melalui Analisis SWOT

KEKUATAN (STRENGTHS) KELEMAHAN (WEAKNESS)

S1-Bilangan guru yang seimbang dengan jumlah W1-Terdapat jawatankuasa yang masih belum
murid yang ada mantap dengan pengurusan HEM
S2-Tiada kes disiplin yang berat W2-Kehadiran murid ke sekolah tidak mencapai
S3-Pengurusan kebajikan murid yang baik KPI
S4-Kemudahan prasarana sekolah yang mencukupi kebangasaan (95%)tiga tahun berturut-turut
S5-Kemudahan asrama boleh menampung seramai W3-Hampir 20% murid mempunyai masalah
110 orang murid ketidakhadiran yang serius
S6-Pengetua yang mempunyai rangkaian W4-Purata kehadiran murid hanya 79.4%
kolaboratif W5-65% murid bermotosikal ke sekolah serta
yang baik dengan PPD dan pihak luar kurang
S7-Barisan pentadbir yang berpengalaman lebih 10 mengamalkan aspek keselamatan
tahun W6- 410 murid (62%) pelajar tidak mengerjakan
S8-67 guru ( 83.7%) adalah guru yang solat zohor berjemaah disurau
berpengalaman lebih dari 10 tahun W7-Pencapaian GPS sekolah adalah merosot dari
5.55 pada tahun 2018 kepada 5.84 pada tahun
2019
W8-Pencapaian peratus lulus Sejarah SPM
menurun
dari 79.2% ke 78.74%
W9-Pencapaian peratus lulus Bahasa Melayu
menurun dari 93.8% ke 93.14%
W10-Kebanyakan 30 (37,5%) guru berada pada
zon
selesa dan tidak melakukan tindakan
sewajarnya
bagi mengendalikan kes ketidakhadiran.
W11-Kemudahan prasarana yang uzur dan tidak
kondusf

93
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Sistem Pemantauan Orang Tertentu (Spot V01

PELUANG (OPPORTUNITIES) ANCAMAN (TREATS)

O1-Kerjasama dengan PIBG yang baik dengan T1- Pengaruh gejala sosial di sekitar sekolah
jalinan kerjasama dalam pelbagai aktiviti. T20-Segelintir waris bergantung 100% kepada
O2-Mendapat bimbingan daripada SISC+ dan sekolah bagi kejayaan dan pembentukan
SIP+.O3-Hubungan baik dengan agensi luar. sahsiah murid
O4-Sokongan yang baik dengan masyarakat T3- Ibubapa yang tidak mementingkan
setempat. pembelajaran anak
T4- Jarak dari tempat tinggal murid ke sekolah
yang jauh
T5- Kekurangan pengangkutan awam yang boleh
digunakan oleh murid untuk ke sekolah

Berdasarkan analisis SWOT di atas, peratus kehadiran murid ke sekolah masih rendah.
Ketidakhadiran merupakan isu kritikal sejak lima tahun kebelakangan ini. Purata kehadiran
tahunan iaitu 79.4% adalah sangat rendah dan belum mencapai KPI KPM. Mandat dari Pengarah
Pendidikan Negeri Selangor, Tn Haji Salleh Bin Kassim telah mengarahkan saya untuk membuat
penambahbaikan terhadap isu kehadiran di sekolah ini.

Bagi mengenal pasti punca masalah ketidak hadiran yang tinggi ini, maka analisis sebab
dan akibat Rajah Tulang Ishikawa telah digunakan.

Rajah 9.1: Tulang Ikan Ishikawa Digunapakai Untuk Mengenal Pasti Sebab Akibat

Dengan persetujuan bersama pentadbir sekolah yang lain maka punca masalah yang paling kritikal
untuk diselesaikan dengan pelaksanaan strategi yang sesuai dengan keperluan dan kemampuan
sekolah adalah;

94
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Sistem Pemantauan Orang Tertentu (Spot V01

i) Meningkatkan kualiti penguatkuasaan kehadiran murid

Faktor yang menyumbang kepada kelemahan penguatkuasaan kehadiran murid ke sekolah adalah
budaya kerja guru yang berada pada zon selesa dan tidak melakukan tindakan sewajarnya bagi
mengendalikan kes ketidakhadiran.

ii) Meningkatkan kualiti sahsiah murid

Kes salah laku disiplin yang tinggi juga menyumbang kepada kemerosotan kualiti sahsiah murid.

2.2 Pemetaan Dan Laporan Projek SPOT V01


Pemetaan Tiga Tahun Strategi Peningkatan Kehadiran Murid SMK Bagan Terap telah dijana.
Bagi tujuan tersebut, Kaedah SMART digunakan iaitu Specific (khusus), Measurable (boleh
diukur), Attainable (boleh dicapai), Realistic (Realistik & relevan) dan Time-bound (mempunyai
tempoh masa tertentu) untuk mencapai matlamat kajian yang dijalankan.

Jadual 9.4: Pemetaan Tiga Tahun Program Peningkatan kehadiran murid SMK Bagan Terap

TAHUN (2018) TAHUN (2019) TAHUN (2020)


BIDANG
SASARAN- PENCAPAIAN SASARAN- PENCAPAIAN SASARAN- PENCAPAIAN
KPI TOV
PRESTASI SEBENAR PRESTASI SEBENAR PRESTASI SEBENAR
HEM 95.0 79.40 84.6 84.7 89.8 95.0

Pelaksanaan Projek SPOT V01 ini di kendalikan bersama unit Disiplin dan Unit Bimbingan
dan Kaunseling SMKBT. Projek ini telah dilaksanakan bagi memastikan pelonjakan kehadiran
murid tercapai. Seramai 200 murid dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 terlibat dengan projek
ini. Mereka terdiri daripada murid yang mempunyai ketidakhadiran atau ponteng sekolah
melebihi 15 hari. Fokus utama pengkaji adalah meningkatkan peratus kehadiran sebanyak 84.6%
bagi tahun pertama (2019), 89.8% bagi tahun kedua (2020) dan 95% bagi tahun ketiga (2021).

3.0 PELAKSANAAN PROJEK


Pengkaji telah menggunakan P-O-L-C dalam pengurusan program peningkatan kehadiran murid
SMK Bagan Terap.

a. Perancangan (Planning)

Sokongan guru adalah sangat penting. Langkah pertama yang dilaksanakan oleh pengkaji adalah
menubuhkan Jawatankuasa Induk ProPeKS bagi membantu pengurusan pelaksanaan projek.
Penerangan skop tugas setiap guru yang terlibat dalam projek SPOTV1.0 telah disampaikan oleh
pengetua. Seramai 40 orang guru telah dilantik sebagai mentor bagi melaksanakan bimbingan
kepada murid yang terlibat dalam projek ini. 200 orang murid telah diagihkan kepada kumpulan-
kumpulan bimbingan setiap guru. Setiap murid juga telah diagihkan kad SPOT yang mempunyai
bar kod bagi membantu pengesanan kehadiran murid ke sekolah. Mentor dan murid diberi kad
berkod dan didaftarkan di dalam sistem yang menggunakan kod scanner.

95
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Sistem Pemantauan Orang Tertentu (Spot V01

Sokongan PIBG dan komuniti setempat adalah sangat penting bagi menjayakan program
peningkatan kehadiran murid. Bagi menyokong usaha sekolah, pengetua telah menubuhkan
Jawatankuasa Task Force yang dianggotai oleh komuniti (Penghulu, Ketua Kampung, LZS dan
JKM untuk membantu pihak sekolah dari segi kawalan displin murid di luar waktu persekolahan.
Jawatankuasa Task Force ini telah bertindak cemerlang dengan memberikan maklumat serta
kesedaran masyarakat tentang keperluan hadir ke sekolah dalam kalangan ibu bapa. Dialog
Prestasi Komuniti merupakan medium yang terbaik untuk mendapatkan maklumat terutamanya
kawasan yang dikenal pasti sebagai lokasi murid ponteng. Secara tidak langsung, kesedaran
tentang kepentingan hadir ke sekolah juga menjadi bualan setiap penduduk kampung.

b. Pelaksanaan (Organising)

Intipati projek SPOTV1.0 ialah pemantauan kehadiran murid menggunakan Kad Pelajar yang
mengandungi mengimbas QR code. Sistem akan mengumpulkan data ke dalam drive dan analisa
dapat dilakukan pada bila-bila masa untuk dianalisis. Bagi memastikan penguatkuasaan kehadiran
murid dilaksanakan dengan berkesan penggunaan APDM dan SSDM dioptimumkan. Terdapat tiga
(3) kriteria dalam pemantauan kehadiran murid dalam projek SPOTV1.0, iaitu memantau ponteng
sekolah dan ponteng kelas, ponteng solat zohor, memantau kehadiran ke sekolah sama ada lambat
atau tidak dan memantau salah laku murid. Kehadiran murid dipantau dengan penggunaan kad
SPOT oleh guru mentor. Data kehadiran murid dikumpul oleh guru yang terlibat sebagai mentor
dan perjumpaan bersama murid telah dilaksanakan. Mengenal pasti punca mengapa murid tidak
hadir ke sekolah, pembinaan hala tuju ke sekolah dan pemupukan jati diri dan sahsiah murid
melalui sesi kaunseling merupakan skop tugas guru yang telah dilantik sebagai mentor. Kunjungan
mesra ke rumah murid bagi mengetahui punca masalah ketidakhadiran murid dilaksanakan dengan
penglibatan PIBG dan komuniti setempat.

c. Kepimpinan (Leading)

Pengetua telah menggayakan kepimpinan transformasi dalam pelaksanaan projek SPOTV01. Visi
dan Misi yang jelas ini telah menjadi pendorong kepada warga sekolah dalam mengamalkan sikap
akauntabiliti. Secara tidak langsung dapat mengubah budaya kerja warga sekolah ke arah yang
lebih baik atau lebih hebat dalam mencapai wawasan dan aspirasi sekolah. Sebagai peneraju projek
SPOTV1.0, aspek kesediaan murid, kesediaan guru bekerja dalam pasukan serta kompetensi guru
membimbing murid dan sokongan ibubapa diberi tumpuan sepanjang pelaksanaan projek ini.
Selain daripada itu penggunaan APDM dan SSDM sebagai sumber data turut diberi penekanan.

Kaedah menginspirasi melalui penyampaian hala tuju secara jelas serta menyentuh hati,
kepimpinan melalui teladan, empati terhadap keperluan murid, guru dan ibubapa, pemerkasaan
pemimpin pertengahan serta membuat keputusan secara kolektif merupakan corak kepimpinan
yang digunakan oleh pengkaji. Sebagai pengetua,sokongan dan kerjasama secara berterusan dalam
menyumbang idea, tenaga dan masa bagi memastikan objektif program dapat dicapai. Sebagai
peneraju, saya telah memastikan projek dilaksanakan mengikut landasan yang betul, dengan
pembahagian tugas guru dan sentiasa melaksanakan pemantauan terancang melalui penilaian
program secara berkala. Penambahbaikan telah dilaksanakan apabila terdapat keperluan untuk
melaksanakannya.

96
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Sistem Pemantauan Orang Tertentu (Spot V01

d.
Kawalan (Controlling)

Sebagai seorang pemimpin, adalah menjadi keutamaan bagi saya untuk mewujudkan keharmonian
ke arah mencapai matlamat organisasi. Antara inisiatif kawalan yang membawa impak kejayaan
adalah melalui Management by Walk About, Pemantauan sesi bimbingan guru kepada murid,
Pemantauan Buku Kawalan Kelas dan Dialog Prestasi. Sikap mengambil berat tentang kebajikan
murid merupakan tumpuan saya bagi memastikan murid-murid berasa seronok datang ke sekolah.
Tindakan yang diambil terhadap murid-murid yang selalu ponteng adalah berbentuk keagamaan
seperti solat zohor secara berjemaah, bacaan yassin. Secara tidak langsung pembentukan nilai dan
sahsiah murid dapat dibentuk kearah yang positif. Kunjungan mesra ke rumah murid bersama
PIBG dan komuniti setempat dapat dilaksanakan atas dasar hubungan akrab antara pihak sekolah
dengan mereka.

4.0 PENILAIAN DAN IMPAK DATA

Pengetua bersama-sama warga sekolah Unit HEM sentiasa mengikuti perkembangan kehadiran
murid di SMKBT. Purata kehadiran 79.4% adalah menjadi satu base line kepada kami untuk
mencapai hala tuju bagi tahun 2019 tercapai. Kini Purata kehadiran sehingga Ogos telah
membuktikan bahawa sememangnya SMKBT mampu untuk merubah kepada satu output yang
berkualiti. Purata 85.14% telah melepasi KPI 2019 iaitu sebanyak 84.6%.

Rajah 9.2: Purata Pencapaian SPOT sehingga OGOS 2019

Data pencapaian April, Mei dan Jun mendapati peratus kehadiran dibawah KPI Sekolah 84.6%.
Maka projek SPOTV01 dilaksanakan seawal Julai dan mendapati program ini mampu menaikkan
kembali peratusan kehadiran pada Julai dan Ogos. Murid telah diberi pengiktirafan atas kehadiran
dan dapat menonjolkan imej diri yang positif serta disenangi oleh rakan-rakan dan guru-guru.
Penilaian untuk murid dalam kategori ini dibuat selama tiga bulan berdasarkan kriteria-kriteria
iaitu penurunan kes ponteng sekolah dan kelas, penurunan kes lewat ke sekolah dan penurunan kes
salah laku disiplin.

97
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Sistem Pemantauan Orang Tertentu (Spot V01

5.0 RUMUSAN DAN PENUTUP


Kepimpinan Pengetua Berprestasi Tinggi sebagai pemacu ke arah usaha membawa perubahan iklim
sekolah yang kondusif dalam mencapai peningkatan kehadiran dan pembentukan kemenjadian
murid merupakan cabaran yang harus ditangani. Antara cabaran yang dihadapi adalah sikap murid
dan guru yang berada dalam zon selesa dan sokongan komuniti setempat yang kurang menyokong
kerana lokasi yang terletak jauh dari sekolah. Selain dari itu, mentor perlu mempunyai kemahiran
ICT serta kemampuan sistem untuk mengintegrasikan sistem APDM dengan perisian SPOT.

Sebagai sokongan kepada pelaksanaan projek SPOTV01, pengkaji telah berusaha


meningkatkan prasarana sekolah seperti membaik pulih infrastuktur kantin dan bilik darjah telah
dilaksanakan. Pusat Akses dan Pusat Sumber Sekolah juga telah dinaik taraf dengan persekitaran
yang bersih, ceria dan selamat.

Program Sistem Pemantauan Orang Tertentu (SPOTV01) ini didapati telah membantu
meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah. Program ini dicadangkan untuk dilaksanakan
secara berterusan kepada kumpulan pelajar berpotensi kerana ianya dapat mengawal dan mendidik
kebertangungjawapan pelajar untuk hadir ke sekolah. Impak lain yang didapati daripada program
ini ialah murid mula mematuhi dan menepati waktu khususnya sewaktu perjumpaan bersama
mentee dijalankan, murid menjadi semakin berdisiplin, murid lebih menghormati guru dan rakan-
rakan seterusnya murid lebih mematuhi peraturan sekolah.

6.0 RUJUKAN

Mazniyah Md Jaafar.(2008). Manual Kajian Tindakan. Bahagian Perancangan

dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

2Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. (2017). Jurnal

Penyelidikan Pendidikan. Jilid 18. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar


Pendidikan. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

98
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Sistem Pemantauan Orang Tertentu (Spot V01

LAMPIRAN 9-1

Rajah 9.3: SPOT (SISTEM PEMANTAUAN ORANG TERTENTU)

Rajah 9.4: Contoh Analisis SPOT (1)

Rajah 9.5: Contoh Analisis SPOT (2)

99
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
100
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PROGRAM PEMBANGUNAN KECEMERLANGAN,
PEMANGKIN KEMENJADIAN MURID

SUBRAMANIAM A/L VEERIAH


Pengetua, SMK Sungai Pari
AEB2058@moe.edu.my

BALASANDRAN A/L RAMIAH, PH.D


Pensyarah Cemerlang, IAB Cawangan Utara
balasandran@iab.edu.my

MOHD KAMIL BIN ABDUL RAHMAN


Pegawai SIP+PPD Kinta Utara

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk melihat perbezaan yang signifikan terhadap prestasi pelajar di Sekolah
Berprestasi Rendah di bawah kepimpinan pengetua Berprestasi Tinggi, iaitu Pembangunan
Program Kecemerlangan, Pemangkin Kemenjadian Murid SMK Sg. Pari. Kegagalan sebahagian
besar murid di sekolah ini mendapatkan keputusan yang baik dalam peperiksaan PT3 dan SPM
dan kedudukan dalam kategori sekolah berprestasi rendah dengan GPS 6.71 berpunca dari
pencapaian yang tidak memuaskan dalam beberapa subjek, khususnya dalam subjek Bahasa
Melayu dan Sejarah. Kedua-dua subjek ini mencatatkan pencapaian GPMP melebihi skor 6, iaitu
Bahasa Melayu 6.10 dan Sejarah 6.59. Pelaksanaan pelbagai program kecemerlangan secara
umum berjaya melonjakkan GPS ke 6.02 (2018) dari 6.71 (2017) yang merupakan sekolah
yang mencatat lonjakan tertinggi 0.69 pada peringkat Daerah Kinta Utara dan seterusnya 6.10
(2019). Peningkatan GPMP bahasa Melayu dari 6.10 (2018) ke 6.04. Manakala, mata pelajaran
Sejarah berlaku kemerosotan dari GPMP 6.59 (2018) ke 6.91 (2019). Dapatan juga menunjukkan
pembangunan program kecemerlangan, fizikal dan sahsiah yang terancang akan membantu
melonjakkan kemajuan akademik murid, khususnya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan
Sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus. Walau bagaimanapun untuk kecemerlangan kedua
subjek ini memerlukan usaha yang berterusan dan banyak usaha perlu dimulakan pada peringkat
menengah rendah lagi.

Kata kunci: pengurusan kurikukulum, mata pelajaran Bahasa Melayu, Sejarah

101
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Program Pembangunan Kecemerlangan, Pemangkin Kemenjadian Murid

1.0. PROFIL SEKOLAH


Pada tanggal 5 Oktober 2017 saya telah melapor diri di SMK Sungai Pari,Ipoh yang merupakan
sebuah sekolah bandar Gred B. Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1966. Berikut adalah
profil sekolah:

Jadual 10.1: Profil SMK Sungai Pari

Nama Sekolah SMK Sungai Pari, Ipoh


Gred Sekolah B
Lokasi Bandar
PPD PPD Kinta Utara
Sesi Persekolahan 1 Sesi
Bilangan kelas 18 kelas
Bilangan Murid 366
India = 348;
Taburan kaum murid
Melayu = 18
Bilangan Guru 37 orang

Berikut adalah status Qua semasa lapor diri di sekolah ini. Analisis data SPM, menunjukkan
penurunan GPS SPM paling besar di Daerah Kinta Utara. Ini berpunca dari kelemahan pencapaian
kebanyakan mata pelajaran khususnya mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah yang mempunyai
GPMP >6.

Jadual 10.2: Senarai Sekolah yang menuruni Gred Purata Sekolah (GPS)

102
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Program Pembangunan Kecemerlangan, Pemangkin Kemenjadian Murid

PENCAPAIAN SPM 2017

Jadual 10.3: Pencapaian SPM SMK Sungai Pari bagi tahun 2017

LULUS %. LULUS
BIL. CALON PERATUS BIL. BIL. %
TAHUN SEMUA (LAYAK GPS
CALON A A LULUS GAGAL GAGAL
SUBJEK SIJIL)

2017 73 0 0 48/73 21/73 65.75 25/73 34.75 6.71

Jadual 10.4: Pencapaian Sejarah SPM Tahun 2017

%
BIL. CALON % BIL. % BIL.
TAHUN GPS
CALON A CEMERLANG LULUS LULUS GAGAL GAGAL
2017 73 3 2.7 50 68.5 23 31.5 7.30

Jadual 10.5: Pencapaian Bahasa Melayu SPM Tahun 2017

BIL. CALON % BIL. BIL. %


TAHUN %. LULUS GPS
CALON A CEMERLANG LULUS GAGAL GAGAL

2017 73 7 5.5 59 80.82 14 19.2 6.38

Pencapaian mata pelajaran tahun 2017 menunjukkan GPMP Sejarah ialah 7.30 meningkat kepada
6.59 (2018) dan Bahasa Melayu 6.38 meningkat kepada 6.10 (2018). Namun pada tahun 2019
keputusan GPS SPM mengalami sedikit penurunan. GPMP mata pelajaran sejarah menurun pada
tahun 2019 ke 6.91. Bilangan murid yang layak sijil masih rendah.

2.0 Mengenal pasti MASALAH DAN PENAMBAHBAIKAN


2.1 Analisis Persekitaran

Analisis SWOT digunakan untuk melihat kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman keperluan
semasa.

Jadual 10.6: Analisis SWOT

KEKUATAN KELEMAHAN
S1. Barisan pntadbir yang sangat komited W1. GPMP kebanyakan subjek masih rendah.
dalam tugas yang berpengalaman dalam
pengurusan. W2. 85% murid dari SJKT menyebakan penguasaan
Bahasa Melayu dan sejarah sangat lemah.
S2. Masalah disiplin yang sangat minimum.
W3. Kekurangan kemudahan prasarana yang
S3. 100% guru siswazah. mencukupi
S4. 60 % berpngalaman menagajar melbihi W4. Majoriti murid berkomunikasi dala Bahasa
15 tahun Tamil menyebabkan sukar meningkatkan
Bahasa Melayu.
S5. Enam (6) orang guru merupakan
pemeriksa SPM. W5. Kehadiran murid kurang dari 90%.
S6. 85% Guru mengajar mengikut opsyen. W6. 85% Kemasukan murid
berperatasi rendah UPSR.
S7. Amalan hubungan kekeluargaan
mengeratkan hubungan kekeluargaan. W7. Tiada kemudahan dewan tertutup untuk
melaksanakan program sekolah.

103
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Program Pembangunan Kecemerlangan, Pemangkin Kemenjadian Murid

PELUANG ANCAMAN
O1. PIBG sentiasa memberi sokongan dana T1. SES ibu bapa sanagat rendah.
kepadasekolah.
T2. Kebanyakan sekolah feeder adalah berprestasi
O2. ADUN dan wakil rakyat sentiasa rendah dan membekal murid lemah.
membantu memberi sumbangan dana
menjayakan program. T3. Ibu bapa kurang memantau pembelajaran anak
di rumah.
03. PPD/JPN /KPM membantu dalam
pembinaan prasarana dan penganjuran T4. Ibu bapa kurang komitmen melibatkan diri dalam
kursus. aktiviti atau program sekolah.

03. Bantuan komuniti memudahkan T5. Murid Tingkatan 1 yang mempunyai keputusan
networking yang baik. UPSR yang baik gemar berpindah ke sekolah
premier.

Analisis data SPM menunjukkan bahawa sekolah memerlukan penambahbaikan dalam pencapaian
akademik khususnya dalam mata pelajaran sejarah dan bahasa melayu. Hasil dari brainstorming
bersama KP Sejarah dan Bahasa Melayu didapati punca GPMP melebihi 6 kerana faktor berikut:

Rajah 10.1: Mengenal pasti punca GPMP Sejarah dan Bahasa Melayu Kurang Berkesan
Menggunakan Rajah Tulang Ikan Ishikawa

Perancangan strategik perlu dirangka untuk melakukan penambahbaikan. Dari segi data
kehadiran pula didapati tidak mencapai KPI 95%. Keadaan fizikal seperti PSS, bilik “conference”,
bilik darjah dan persekitaran fizikal seperti ketiadaan dewan, bilik darjah, kemudahan ICT ,
persekitaran dalam sekolah menjadi punca murid cemerlang tertarik ke sekolah premier yang
berhampiran walaupun mereka tidak mencatatkan keputusan seperti diharapkan.

104
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Program Pembangunan Kecemerlangan, Pemangkin Kemenjadian Murid

3.0. PELAKSANAAN PROJEK


Kesedaran perlunya melakukan penambahbaikan dengan melaksanakan P-O-L-C. Pengurusan
yang teliti perlu dilakukan untuk membawa perubahan pencapaian peperiksaan awam.

3.1. Merancang (Planning)

Perancangan strategik dan pemetaan tiga tahun membantu dalam menentukan persiapan awal.
Selain merancang peningkatan subjek Sejarah dan Bahasa Melayu, perancangan juga diperlukan
untuk membangunkan prasarana sekolah. Program pencarian dana perlu dilaksanakan khususnya
untuk memajukan PSS, bilik ‘conference,’ kemudahan bilik guru, kemudahan dan pembinaan
dewan. Bagi meningkatkan pelonjakan subjek Bahasa Melayu dan Sejarah langkah berikut
dilaksanakan, iaitu pelaksanaan perancangan strategik dan pemetaan tiga (3) tahun dilaksanakan.

Jadual 10.7: Pemetaan dan Pelaporan Prestasi Projek 3 Tahun (2019-2021) Bagi Mata Pelajaran Sejarah

2019 2020 2021


PENCAPAIAN
TOV SASARAN SASARAN PENCAPAIAN SASARAN PENCAPAIAN
KPI SEBENAR
(2018) PRESTASI PRESTASI SEBENAR PRESTASI SEBENAR
(2019)
KURIKULUM GPMP 6.59 6.10 6.63 6.47
SEJARAH
PERATUS 69.84% 87.32% 70.0% 75.00%
(LULUS) (44) (62) (44) (56)

GRED A 11.11% 9.33% 11.66% 12.16%


(KUALITI) (7) (7) (7) (9)

LAYAK C 36.5% 45% 35% 40%


KE ATAS 23 34 21 30

Jadual 10.8: Pemetaan dan Pelaporan Prestasi Projek 3 Tahun (2019-2021)


Bagi Mata Pelajaran Bahasa Melayu

2019 2020 2021

PENCAPA-
TOV SASARAN PENCAPAIAN SASARAN PENCAPAIAN SASARAN
KPI IAN
(2018) PRESTASI SEBENAR PRESTASI SEBENAR PRESTASI
SEBENAR

KURIKULUM
GPMP 6.10 6.09 5.98 5.84

BAHASA PERATUS 85.7% 86.11% 88.3% 89.3%


MELAYU (LULUS) (54) (62) (53) (67)

GRED A 6.35% 15.27% 13.3% 13.0%


(KUALITI) (4) (11) (8) (10)

LAYAK C 50.79% 41.67% 40.0% 45.33%


KE ATAS (32) (30) (24) (34)

Pembentukan AJK Pelaksana membantu merangka objektif setiap program, sumber


kewangan, dan pembinaan Pelan Taktikal dan operasi bagi kedua subjek ini. Dialog prestasi turut
membantu dalam membuat post mortem untuk merangka program yang sesuai.

105
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Program Pembangunan Kecemerlangan, Pemangkin Kemenjadian Murid

3.2. Mengurus (Organising)

Jawatankuasa Pelaksana setiap program ditentukan berdasarkan keupayaan dan pengalaman.


Jadual kerja disediakan melalui OPOP. Sumber kewangan yang mencukupi melalui peruntukan
PIBG disediakan di samping kemudahan prasana dilakukan penambahbaikan khususnya bilik
darjah, PSS, dan Bilik “Conference”. Semua bilik darjah disusun mengikut model PAK 21.
Program peningkatan kehadiran disusun semula berdasarkan data 2018.

Selain dari aspek pengurusan murid juga disusun semula dengan mementingkan aspek
kehadiran. Pihak Hal Ehwal Murid bersama kaunselor telah merancang program peningkatan
kehadiran murid. Data kehadiran dianalis dan dikenalpasti kumpulan sasaran. Penitikberatan
peranan guru kelas dalam mewujudkan whatsapp bersama ibu bapa turut memainkan peranan
usaha mengatasi masalah ini. Sasaran 91% kehadiran murid menjadi KPI melalui pelaksanaan
program ziarah cakna, jom ke sekolah, Program kebajikan sarapan percuma, program pembelian
buku, alat tulis dan pakaian percuma. Program sesi kaunseling kelompok dan individu pada
sasaran murid ponteng turut merupakan agenda utama dalam dalam peningkatan kehadiran murid.

3.3. Kepimpinan (Leading)

Sebagai ketua jabatan, perlu aplikasi kemahiran dan keupayaan mempengaruhi subordinat,
memberi empowerment, meningkatkan motivasi dan kemahiran subordinant dalam memberi
komitmen untuk membawa perubahan cara progresif dan konsisten.

Pelbagai moto telah diterapkan dalam sistem pengurusan sekolah, iaitu

“Disiplin Utama, Sahsiah Terpuji , Akademik Cemerlang”. “Kecemerlangan


Pengurusan, Perancangan, dan Pelaksanaan merupakan tonggak kepada Kecemerlangan
Organisasi”, “Kerja Berpasukan”, dan “Warga Bersemangat Kekeluargaan”.

3.4. Kawalan (Controlling)

Aspek pemantauan ditetapkan supaya meningkatkan kecekapan dalam pelaksanaan setiap program.
Semua pentadbir dilibatkan sebagai pemantauan untuk menilai keberkesanan dan seterusnya
membuat post mortem. Tenaga G8 sebagai Task Force digerakkan untuk memastikan pemantauan
secara menyeluruh untuk mencapai matlamat organisasi. Borang pemantauan dan mesyuarat
pengurusan digunakan sebagai platform post-mortem dan penambahbaikan yang diperlukan.

Misalnya, langkah pemantauan dilakukan ke atas pelaksanaan PdPc, Pemeriksaan


Buku Latihan, Kehadiran Murid, Kebersihan Persekitaran dan Keselamatan, Program Subuh,
Program Kelas Tambahan, Mesyuarat Panitia, Program Kokurikulum, Program Pidato Harin.
Amalan “Management By Walking About” membantu mengesan ‘hands-on’ segala masalah dan
penyelesaian yang perlu dilakukan.

4.0. PENILAIAN DAN IMPAK DATA


Kejayaan melonjakkan kedudukan sekolah dari keputusan GPS 6.71 SPM 2017 ke 6.10 tahun
2018 merupakan kejayaan besar. Lonjakan besar iaitu sebanyak 0.69 yang dicatatkan sehingga
SMK Sungai Pari berjaya menduduki tangga pertama dari 49 buah sekolah dalam Daerah Kinta
Utara dari segi peningkatan GPS.

106
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Program Pembangunan Kecemerlangan, Pemangkin Kemenjadian Murid

Rajah 10.2: Analisis GPS Calon SPM 2018, Daerah Kinta Utara

Jadual 10.9: Pencapaian GPS SPM Tahun 2018

Bahasa Melayu menunjukkan pencapaian yang baik kerana meningkat GPS dari 6.10(2018) ke
6.04 (2019), bilangan murid lulus juga bertambah dari 54 murid(2018) ke 57 (2019) dan berlaku
peningkatan dalam gred A dari 6.4% ke 11.6% iaitu terdapat pertambahan seramai 4 orang murid.
Begitu juga dengan keputusan bilangan layak C ke atas meningkat dari 50.79% ke 52.11%.

Jadual 10.10: Keberhasilan mengikut Gred Purata Sekolah Untuk Tiga Tahun (2017-2019)

LULUS LAYAK
SPM SEMUA A 5 A KE ATAS (SEMUA SUB- SIJIL(BM & GPS
JEK) SEJARAH)
2017 0 2 21/73 48/73 6.71
2018 1 3 21/63 43/63 6.02
2019 0 4 30/71 43/71 6.10

107
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Program Pembangunan Kecemerlangan, Pemangkin Kemenjadian Murid

Jadual 10.11: Pemetaan dan Pelaporan Prestasi Projek 3 Tahun (2019-2021) Bagi Mata Pelajaran Sejarah

2019 2020 2021

PENCAPAIAN
TOV SASARAN SASARAN PENCAPAIAN SASARAN PENCAPAIAN
KPI SEBENAR
(2018) PRESTASI PRESTASI SEBENAR PRESTASI SEBENAR
(2019)
6.63
GPMP 6.59 6.10 6.91 6.47
KURIKULUM
SEJARAH
PERATUS 69.84% 87.32% 61.43% 70.0% 75.00%
(LULUS) 44 62 (43) (44) (56)

GRED A 11.11% 9.33% 8.57% 11.66% 12.16%


(KUALITI) (7) (7) (6) (7) (9)

LAYAK C 36.5% 45% 32% 35% 40%


KE ATAS 23 34 24 21 30

Jadual 10.12: Pemetaan Dan Pelaporan Prestasi Projek 3 Tahun (2019-2021) Bagi
Mata Pelajaran Bahasa Melayu

2019 2020 2021

TOV SASARAN PENCAPAIAN SASARAN PENCAPAIAN SASARAN PENCAPAIAN


KPI
(2018) PRESTASI SEBENAR PRESTASI SEBENAR PRESTASI SEBENAR

KURIKULUM GPMP 6.10 6.09 6.04 5.98 5.84


BAHASA
MELAYU
PERATUS 85.7% 86.11% 82.61% 88.3% 89.3%
(LULUS) (54) (62) (57) (53) (67)

GRED A 6.35% 15.27% 11.59% 13.3% 13.0%


(KUALITI) (4) (11) (8) (8) (10)

LAYAK C 50.79% 41.67% 52.11% 40.0% 45.33%


KE ATAS (32) (30) (37) (24) (34)

Bagi subjek sejarah sedikit mengecewakan kerana GPMP merosot dari 6.59 (2018) ke
6.91 (2019), manakala peratus lulus merosot dari 69.84% (2018) ke 61.43 (2019). Bilangan murid
layak C ke atas menurun dari 36.5% (2018) ke 32% (2019). Keadaan ini berlaku akibat kehadiran
6 murid yang telah berhenti sekolah dan kes buang sekolah telah menurunkan GPMP dan GPS
sekolah ke 6.10. Dari jumlah 48 kertas yang diduduki oleh murid ini, hanya 4 kertas sahaja lulus
dan 44 kertas Gred F.

Program kehadiran masih gagal meningkatkan peratus kehadiran. Data kehadiran


menunjukkan tahun 2019 peratus kehadiran masih hampir 90%.

108
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Program Pembangunan Kecemerlangan, Pemangkin Kemenjadian Murid

Jadual 10.13: Data Kehadiran Murid 2018

Rajah 10.3: Peratus Kehadiran Murid 2018 (Jan-Mac)

Pelaksanaan projek berjaya membantu KP dalam merangka strategi yang sesuai untuk meningkatkan
pencapaian mata pelajaran sejarah dan bahasa melayu dalam SPM. Pencapaian GPMP Bahasa
Melayu meningkat pada 2019 kepada 6.04 lebih baik dari 6.10 tahun 2018. Peningkatan juga
berlaku untuk kualiti bilangan A. Manakala GPMP sejarah merosot dari 6.59 (2018) ke 6.91
(2019), manakala peratus lulus merosot dari 69.84% (2018) ke 61.43 (2019). Bilangan murid layak
C ke atas menurun dari 36.5% (2018) ke 32% (2019). Analisis post mortem menunjukkan bahawa
4 aspek perlu dibuat penambahbaikan iaitu dari segi tingkahlaku murid, aspek guru, masalah
pembelajaran murid dan dari segi pengurusan sumber.

5.0. RUMUSAN DAN PENUTUP


Kejayaan dalam mendapat sokongan para pentadbir dan guru dalam mengurus program pembelajaran
telah menampakkan impak kepada pencapaian murid. Pelbagai program pembelajaran telah dapat
dilaksanakan dengan berkesan seperti program subuh, program kelas tambahan, perkhemahan

109
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Program Pembangunan Kecemerlangan, Pemangkin Kemenjadian Murid

akademik, kerja rumah terancang waktu cuti, model kecemerlangan, program guru muda, program
membaca sifir, pidato pelajar, program kecemerlangan sukan, program nasal, program zon merah
dan kuning, dan program nilam. Guru dapat disedarkan bahawa fokus utama ialah PdPc ‘back
to class room.’ Peningkatan dalam kualiti PdPc turut membantu peningkatan dalam pencapaian
akademik.

Cabaran utama dalam membangunkan sekolah adalah kerana kekurangan murid berkualiti
memasuki sekolah ini. Kebanyakan murid yang masuk berkualiti rendah dari segi akademik
iaitu hanya dengan keputusan 2A ke bawah dan kebanyakan dari SES yang rendah. Keadaan ini
menyukarkan membuat suatu perubahan pecutan yang mendadak. 95% murid yang berasal dari
sekolah feeder jenis kebangsaan Tamil, ketinggalan dari segi penguasaan asas khususnya dalam
Bahasa Melayu, Matematik dan Sains. Keadaan ini menyukarkan pembangunan murid secara
holistik. Bilangan murid tingkatan 3 kebanyakannya gagal untuk memenuhi syarat pakej untuk
aliran sains. Ini seterusnya memberi kesan jangka panjang kepada pencapaian kecemerlangan
murid..

Kejayaan pelaksanaan program adalah hasil kerjasama dan bantuan pensyarah bimbingan
IAB Dr. Balasandran, SIP+ Tn.Hj Mohd Kamil, semua barisan pentadbir, guru kanan, ketua panitia
dan guru sejarah dan bahasa melayu guru yang sangat komited dalammenjayakan program ini.

Penambaikan dalam aspek pengurusan disiplin khsususnya kehadiran dan menangani


kes disiplin turut membantu murid memberi komitmen dalam menjayakan program. Usaha
meningkatkan kemudahan dan peralatan sukan turut membantu kejayaan sekolah dalam bidang
sukan khususnya dalam permainan bola sepak dan olahraga.

Post mortem menunjukkan juga bahawa pelaksanaan program perlu berfokus kepada
masalah kritikal iaitu melibatkan sikap murid yang kurang serius dalam meningkatkan keupayaan
diri. Program bimbingan dan kaunseling perlu ditingkatkan keberkesanan. Pemantauan PdPc juga
menunjukkan keupayaan guru juga pelu ditingkatkan khususnya dalam kaedah penyampaian dan
teknik menjawab. Pelaksanaan PLC yang lebih berfokus boleh membantu mencapai matlamat
ini.Penambahabaikan kemudahan prasarana seperti bilik darjah, PSS dan bilik conference turut
menjadi pemangkin kepada kejayaan projek. Walau bagaimanapun penambahbaikan prasarana
yang lain seperti kemudahan ICT, bahan bantu mengajar, kemudahan dewan perlu menjadi satu
agenda utama untuk membawa kejayaan kepada sekolah.

6.0 RUJUKAN

Covey, Stephen R. (1991). Principle-Centered Leadership. New York: Simon &


Schuster.
Dr. Amin bin Senin.(2011) Pemikiran semula pembangunan kepimpinan sekolah. Jabatan
Dokumentasi dan Penerbitan. Genting Highlands: Institut Aminuddin Baki Cawangan
Genting Highlands.
Robbins, S.P., & Coulter, M. (1996). Management. London: Prentice
Hall International Limited.
https://www.researchgate.net/publication/324031026iklim danbudayakesanterhadapkemenjadian
pelajar

110
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PROGRAM KACAK
(KAMI AMBIL CAKNA ANAK-ANAK KE SEKOLAH)

ABDUL AZIZ BIN IBRAHIM


Pengetua, SMK Dato’ Idris, Perak
aee1038@moe.edu.my

HAMSIAH BINTI MOHD DAHALAN


Pensyarah Pembimbing IAB Bandar Enstek
hamsiah@iab.edu.my

AHMAD ZAMILI BIN MOKHTAR


SIPartner+ PPD Manjung, Perak

ABSTRAK

Merujuk Surat Pekeliling Ikhtisas, KPM Bil.6/1995 yang bertajuk “Menangani Masalah Ponteng
Sekolah” telah mengingatkan semua Pegawai Pendidikan Daerah, Pengetua, Guru Besar dan
guru-guru tentang tindakan-tindakan yang perlu diambil bagi membanteras salah laku ponteng
di sekolah. Kementerian Pendidikan juga menetapkan sasaran kehadiran murid ke sekolah
mesti melebihi 95%. Justeru laporan Program KACAK ini memfokuskan beberapa intervensi
ponteng sekolah dengan tujuan untuk membudayakan disiplin kehadiran murid ke sekolah,
seterusnya meningkatkan pencapaian akademik murid-murid, Istilah KACAK ialah singkatan
untuk pernyataan ‘Kami Ambil Cakna Anak-Anak ke Sekolah’. Intervensi Program KACAK Unit
Hal Ehwal Murid berfokuskan kawalan kehadiran harian murid melalui Sistem Zon,, anugerah
bulanan kehadiran tertinggi, program kaunseling “Hati ke Hati dan Suluh Kasih”, majlis dialog
prestasi dan aku janji kehadiran. Unit Kurikulum turut memberikan sokongan melalui program
pemantapan PdPc guru dan Pusat Akses Sekolah. Unit Kokurikulum turut menyumbang melalui
aktiviti Fun Club dan Projek Mural selain sokongan Permuafakatan Ibu Bapa dan Komuniti
(PIBK) dengan projek Ziarah Cakna. Diharapkan program ini memberikan impak yang besar
untuk mencapai sasaran kehadiran purata tahunan sekolah, iaitu 93.83% bagi tahun 2019.

Kata kunci: pengurusan hal ehwal murid, kehadiran murid, KACAK

1.0 PENGENALAN

Pengetua memulakan tugas sebagai Pengetua di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Idris
(SMKDI), Pengkalan Bahru, Pantai Remis ini pada 23 Januari 2017.SMKDI terletak di kawasan

111
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Program KACAK (Kami Ambil Cakna Anak-Anak Ke Sekolah)

luar bandar dan jaraknya dengan Pejabat Pendidikan Daerah Manjung di bandar Sitiawan ialah 42
kilometer. Kedudukan sekolahnya di tepi laluan utama Sitiawan ke Taiping. Jaraknya dari pekan
terhampir iaitu Pantai Remis ialah sejauh tujuh (7) kilometer dan dikelilingi oleh perkampungan
Melayu, Cina dan India yang rata-rata penduduknya bekerja sebagai nelayan, pekebun kecil dan
kerja sendiri di kampung. Rajah 1 ialah peta lakaran lokasi sekolah.

Rajah 11.1: Peta Sekolah (Sumber : Google map.com)

Status quo SMKDI ialah kategori A sekolah menengah luar bandar prasarana fizikal
sekolah ini terdiri daripada enam (6) blok bangunan satu tingkat (1),dua tingkat (2) dan tiga
tingkat (3). Secara umum prasarana fizikal sekolah ini lengkap dengan kemudahan bilik pejabat,
pentadbiran, bilik guru, 30 buah bilik kelas, kemudahan empat (4) buah makmal sains, Pusat
Sumber Sekolah, dua (2) bilik makmal komputer, enam (6) bilik bengkel subjek Reka Bentuk
Teknologi (RBT), Sains Rumah Tangga, Kemahiran Elektrik Domestik, dua (2) unit surau, padang
dan dewan terbuka.

Pengoperasian sekolah ini dilaksanakan secara dua sesi pembelajaran iaitu sesi pagi dan
petang. Bilangan muridnya seramai 629 orang yang terdiri daripada murid berbangsa Melayu, Cina
dan India. Sumber tenaga gurunya pula seramai 69 orang dan dibantu oleh tiga (3) staf pentadbiran
pejabat dan empat (4) pembantu makmal.

2.0 Mengenal pasti MASALAH DAN PENAMBAHBAIKAN


Isu utama sekolah yang dikenal pasti ialah isu ponteng sekolah murid-murid yang begitu
membimbangkan sehingga puratanya kurang daripada 95% sebulan kecuali bulan Mei pada tahun
2018. Kadar ponteng sekolah yang tinggi memberikan kesan terhadap kemenjadian murid dalam
bidang akademik khususnya murid-murid Tingkatan Lima (5) yang menduduki peperiksaan Sijil
Persekolahan Malaysia (SPM). Kedudukan sekolah berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS) ialah
band enam (6) dan termasuk dalam kategori sekolah berkeperluan tinggi dari segi akademiknya.

112
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Program KACAK (Kami Ambil Cakna Anak-Anak Ke Sekolah)

Sebagai langkah intervensi dalam mengatasi isu kehadiran murid-murid Tingkatan Lima
khususnya dan murid-murid tingkatan lain amnya, Program KACAK ini diperkenalkan. Huraian
lanjut berkaitan program ini ditunjukkan dalam pemetaan perubahan tiga (3) tahun seperti Jadual
1 di bawah.

Jadual 11.1: Pemetaan Perubahan Tiga (3) Tahun

BIDANG FOKUS 2019 2020 2021


HAL EHWAL MURID PROGRAM KACAK:  
– Peratus Kehadiran
Murid meningkat Projek Utama: HEM: Projek Utama: HEM:

  -Sistem Zon -Pemantapan sistem zon

-Anugerah Bulanan kehadiran - Anugerah Tokoh Sifar -sambungan projek


kelas dan Individu, dialog Ponteng yang berimpak tinggi
prestasi dan aku janji murid
- Makan-makan Pameran Projek
-Program kaunseling- Hati Ke
Hati, Suluh Kasih Projek Sokongan;  Showcase
Projek Sokongan: 1.Kurikulum” Bengkel Amalan
terbaik
1.Kurikulum: Learning walk
dan Laman Libur
Pemantapan PdPc PAK21 berinformasi
dan penyediaan Pusat
2.Kokurikulum:
Akses.
Fun Club – dikir barat,
2.Kokurikulum: tarian dan aktiviti seni
visual
Fun Club- Larian La
Kuda de Pantai dan mural 3. PIBK:
3. PIBK: Ziarah Cakna Motivasi Santai
Keluarga

3.0 PELAKSANAAN

Model Rasional Penyelesaian Masalah 7 LANGKAH merupakan model yang amat sesuai
merancang projek penambahbaikan bagi menangani masalah ponteng sekolah dalam kalangan
murid-murid SMKDI yang agak kritikal. Langkah-langkah model itu adalah seperti berikut:

Langkah 1- Kenal pasti dan mendefinisikan masalah

Langkah 2- Analisis masalah

Langkah 3-Kenal pasti alternatif penyelesaian

Langkah 4-Pemilihan /Penilaian Alternatif Terbaik

Langkah 5-Penyediaan Pelan Tindakan

Langkah 6-Pelaksanaan Pelan Tindakan

Langkah 7-Penilaiandan tindak susul

113
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Program KACAK (Kami Ambil Cakna Anak-Anak Ke Sekolah)

Langkah pertama dalam model ini ialah mengenal pasti dan mendefinisikan masalah. Isu
ponteng sekolah ini dikenal pasti melalui kutipan data kehadiran harian murid-murid yang tercatat
dalam buku kedatangan mengikut kelas dan tingkatan pada tahun 2018 seperti Jadual 2 di bawah.

Jadual 11.2: Peratus Kehadiran Bulanan

Bil Bulan Peratus kehadiran


1 Januari 92.32%
2 Februari 92.93%
3 Mac 94.35%
4 April 93.65%
5 Mei 95.77%
6 Jun 93.02%
7 Julai 93.14%
8 Ogos 93.57%
9 September 93.91%
10 Oktober 92.75%
11 November 88.10%
Peratus keseluruhan 92.74%


Langkah kedua ialah menganalisis masalah berdasarkan jawapan borang soal selidik
kumpulan murid berkadar tinggi ponteng sekolah tahun 2018. Kumpulan sampel murid terpilih
ialah murid-murid Tingkatan Lima (5) yang kerap ponteng sekolah iaitu seramai 41 orang. Alat
yang digunakan untuk menganalisis punca masalah ponteng sekolah dalam kalangan murid-murid
SMKDI ialah Analisis Tulang Ikan Ishikawa. Dapatan analisis sebab-akibatnya adalah seperti
Rajah 2 berikut:

Rajah 11.2: Analisis Tulang Ikan Ishikawa

Berdasarkan analisis Tulang Ikan Ishikawa, antara punca murid ponteng sekolah adalah
disebabkan faktor keluarga dan persekitaran seperti kemiskinan, tiada kenderaan, pengaruh rakan

114
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Program KACAK (Kami Ambil Cakna Anak-Anak Ke Sekolah)

dan ibu bapa yang tidak mengambil peduli. Justeru, pihak sekolah perlu mengenal pasti alternatif
yang sesuai untuk menanganinya.

Langkah ketiga dalam model tersebut ialah kenal pasti alternatif penyelesaian. Sebagai
langkah penyelesaian masalah ponteng dalam kalangan murid-murid SMKDI, Satu program yang
dikenali sebagai program ‘Kami Ambil Cakna Anak-Anak Ke Sekolah atau singkatannya KACAK
akan dilaksanakan oleh Jawatankuasa ProPeKS di bawah kendalian Unit Hal Ehwal Murid

Langkah keempat dalam model ini ialah pemilihan alternatif yang lebih baik. Cara untuk
membuat pemilihan altenatif yang baik adalah melalui analisis pemilihan strategi, TOWS matrik dan
matrik ranking. Pemilihan alternatif adalah berdasarkan analisis SWOT iaitu kekuatan,kelemahan,
peluang dan ancaman yang berkaitan dengan masalah tersebut.

Langkah seterusnya ialah penyediaan pelan tindakan Pelan Tindakan mengandungi


strategi tertentu yang disusun mengikut keutamaan, penetapan tanggungjawab, tempoh
pelaksanaan, KPI, sumber dan pelan kontingensi yang sesuai. Program KACAK ini dilaksanakan
secara bersepadu melibatkan Unit Hal Ehwal Murid,Unit Kurikulum, Unit Kokurikulum dan PIBG
melalui Permuafakatan Ibu Bapa Komuniti (PIBK), seperti yang ditunjukkan dalam Pemetaan
perubahan Tiga (3) tahun Program KACAK sebelum ini.

Langkah keenam dalam model ini ialah pelaksanaan pelan tindakan. Setiap satu strategi
yang terdapat dalam pelan tindakan akan dilaksanakan berpandukan pelan operasi.

Langkah terakhir berdasarkan model tersebut ialah membuat penilaian terhadap impak
pelaksanaan strategi penyelesaian masalah tersebut. Kesan daripada beberapa strategi yang
dilaksanakan dalam menangani masalah ponteng sekolah, penilaian peratus kehadiran murid dapat
dikesan melalui data kehadiran harian seperti yang terdapat dalam rekod e-kehadiran. Laporan
kehadiran itu akan dikaji dari semasa ke semasa melalui dialog prestasi bulanan jawatankuasa
ProPeKS untuk menilai tindak ikut seterusnya.

Hasil mesyuarat Jawatankuasa ProPeKS kali pertama yang diadakan pada 23 Januari
2019, mereka membuat keputusan secara konsensus untuk melaksanakan program intervensi
ponteng. Berdasarkan analisis pemilihan strategi atau matriks ranking, daripada analisis SWOT
strategi yang menjadi keutamaan ialah Program KACAK. Projek ini melibatkan barisan pentadbir
termasuk pengetua dan semua Penolong Kanan, kaunselor, guru kelas, AJK PIBG dan komuniti
luar seperti anggota polis dan RELA.

4.0 PENILAIAN DAN IMPAK DATA

Impak Program Pelonjakan Kepimpinan Sekolah (ProPeKS) ini menunjukkan peningkatan


peratus kehadiran murid ke sekolah bagi tahun 2019. Peningkatan kehadiran ini penting kerana
dapat membentuk kemenjadian murid selari dengan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia.
Selain itu, impak program ini juga dapat dilihat daripada aspek kehadiran dan pencapaian akademik
murid.

115
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Program KACAK (Kami Ambil Cakna Anak-Anak Ke Sekolah)

Rajah 11.3: Perbandingan kehadiran murid tahun 2018 dan 2019

Berdasarkan Rajah 3 di atas, program yang dilaksanakan menunjukkan peningkatan


kehadiran dari tahun 2018 dengan kehadiran 2019. Purata kehadiran murid sehingga September
2018 sebanyak 93.02%, meningkat kepada 94.02% pada tahun 2019. Melalui data ini menunjukkan
program yang dilaksanakan dapat memberi impak yang positif kepada kemenjadian murid agar
hasrat KPM dapat direalisasikan.

Rajah 11. 4:Impak ProPeKS kepada kehadiran murid ProPeKS sehingga September 2019

Rajah 4 menunjukkan kumpulan sasaran ketidakhadiran ke sekolah seramai 41 orang


murid tingkatan 5 sebanyak 24.93% pada tahun 2018 menurun kepada 14.07% pada tahun 2019.
Kumpulan sasaran ini dipilih berdasarkan peratus kehadiran mereka yang rendah. Berdasarkan
tahun 2019 peratus kehadiran bulanan murid di sekolah ini adalah sebanyak 94.02%. Sehubungan
itu, pihak sekolah sentiasa berusaha dalam merealisasikan KPI kehadiran Kementerian Pendidikan
Malaysia iaitu sebanyak 95%.

Impak Program KACAK ini juga dapat dilihat melalui pencapaian akademik murid.
Pencapaian ini dapat dilihat khususnya kepada murid-murid yang menduduki Peperiksaan
Percubaan SPM. Seramai 41 orang kumpulan sasaran yang menunjukkan peningkatan dalam
kehadiran mereka telah diambil untuk melihat kesan ke atas pencapaian dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu dan Sejarah.

116
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Program KACAK (Kami Ambil Cakna Anak-Anak Ke Sekolah)

Rajah 11.5 : Impak murid ProPeKS dalam subjek Bahasa Melayu dan Sejarah

Rajah 5 menunjukkan perbandingan pencapaian akademik tahun 2018 bagi Peperiksaan


Akhir Tahun dengan Peperiksaan Percubaan SPM tahun 2019. Hasil yang diperoleh menunjukkan
berlaku peningkatan pencapaian dalam Peperiksaan Percubaan SPM 2019 ke atas kumpulan murid
ProPeKS tersebut. Hal ini kerana mereka ialah kumpulan murid yang tidak mencapai sasaran lulus
sekolah bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.

Mata pelajaran ini diberi tumpuan untuk memenuhi hasrat kementerian agar lulus mata
pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah. Impak daripada perlaksanaan Program KACAK ini,
sebanyak 35.02% peratus kumpulan murid sasaran lulus dalam peperiksaan Percubaan SPM 2019
berbanding 30.22% dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2018 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu
dalam mata pelajaran Sejarah pula, sebanyak 36.68% murid ProPeKS lulus dalam Peperiksaan
Percubaan SPM 2019 berbanding hanya 28.49% lulus dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2018.
Hal ini menunjukkan Program KACAK yang dijalankan dapat membantu murid meningkatkan
pencapaian akademik.

Keseluruhannya Program KACAK yang dilaksanakan melalui peningkatan kehadiran


dan pencapaian akademik murid diharapkan akan dapat mencapai sasaran Gred Purata Sekolah
(GPS )iaitu 5.99%, manakala bagi peratus lulus SPM, sebanyak 85.04% dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu dan Sejarah.

5.0 RUMUSAN DAN PENUTUP

Sebagai refleksi, Program KACAK ini banyak mendatangkan impak positif kepada peratus
kehadiran murid SMKDI. Banyak cabaran yang perlu dihadapi semasa melaksanakan program
KACAK ini terutama faktor luar kawalan guru-guru atau pihak pentadbir sekolah.

Cabaran yang paling sukar dihadapi oleh pihak sekolah ini faktor geografi persekitaran
tempat tinggal murid-murid. Hampir separuh murid-murid di sekolah ini tinggal agak berjauhan
dengan lokasi sekolah sehingga melebihi 20 km. Pengangkutan utama mereka ke sekolah ialah bas
sekolah, bas awam dan motosikal. Rumah mereka yang jauh dari jalan utama yang menjadi tempat
menunggu bas membuatkan mereka sukar ke sekolah pada hari-hari tertentu seperti hari hujan

117
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Program KACAK (Kami Ambil Cakna Anak-Anak Ke Sekolah)

ataupun banjir kilat. Hal ini ditambah pula dengan sistem pengangkutan bas awam yang kerap
mengalami kerosakan dan tidak mengikut jadual. Murid yang bermotosikal pula kerap berkongsi
penggunaan motosikal dengan ibu bapa mereka yang bekerja jauh dari tempat tinggal.

Cabaran yang kedua ialah sikap tidak mengambil berat segelintir ibu bapa tentang
kepentingan kehadiran anak-anak mereka ke sekolah. Ada sesetengah ibu bapa yang dihubungi
oleh guru-guru kelas untuk diberitahu tentang ketidakhadiran anak-anak mereka ke sekolah telah
mengambil jalan singkat untuk memberhentikan persekolahan anak-anak mereka. Malahan ada ibu
bapa yang lebih suka anak-anak mereka ponteng atau berhenti sekolah untuk membantu mereka ke
laut, berkebun sawit atau berniaga.

Cabaran terakhir Program KACAK ini ialah kekangan kewangan. Kecuali Unit
Bimbingan Kaunseling, Unit Hal Ehwal Murid tidak mempunyai geran kewangan per kapita
tersendiri, baik dari sumber wang kerajaan ataupun SUWA. Banyak aktiviti berbentuk kebajikan
murid-murid miskin seperti bantuan tambang bas, kelengkapan pembelajaran, bantuan sarapan
pagi dan sebagainya tidak dapat ditampung oleh pihak sekolah untuk memotivasikan kehadiran
kelompok murid sedemikian ke sekolah. Meskipun ada dana kebajikan disediakan oleh Persatuan
Ibu Bapa dan Guru (PIBG) tetapi masih belum mencukupi untuk menampung pelbagai aktiviti
Program ProPeKS secara berskala tinggi.

Pihak sekolah amat mengharapkan agar Program Pelonjakan Kepimpinan Sekolah


(ProPeKS) ini turut disediakan geran kewangan secara ‘one-off’’ oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia, seperti projek-projek khas yang lain seperti TS25 ataupun Sekolah Amanah. Keberadaan
murid di sekolah merupakan rutin tugas yang wajib dipantau setiap hari oleh guru-guru dan jika isu
ponteng sekolah ini berlarutan, tentunya akan menjelaskan visi dan misi sekolah ini..

Sebagai rumusan, Program KACAK ini akan ditambah baik dari semasa ke semasa agar
kemenjadian akademik dan sahsiah murid-murid SMKDI akan terus cemerlang. Diharapkan
program ini memberikan impak yang besar ke arah pencapaian akademik murid-murid khususnya
mencapai sasaran kuantiti kelulusan 85.04% dalam subjek Bahasa Melayu dan Sejarah serta
sasaran kualiti 5.99 Gred Purata Sekolah dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun
2019.

6.0 RUJUKAN

Kementerian Pendidikan Malaysia (1995), Surat Pekeliling Ikhtisas, KPM Bil.6/1995 “Menangani
Masalah Ponteng Sekolah”.

Ishikawa, Kaoru (1990); (Translator: J. H. Loftus); Introduction to Quality Control; 448 p; ISBN 4-

906224-61-X OCLC 61341428

University of Massachusetts (2020), Decision Making Process. Retrieved from


https://www.umassd.edu/fycm/decision-making/process/

118
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PROGRAM i – SUKSES (Saya Suka ke Sekolah)

ZAINAL BIN HJ UMAR


Pengetua, SMK Matang, Taiping, Perak
Aea6061@moe.edu.my

HAMSIAH BINTI MOHD DAHALAN


Pensyarah Pembimbing IAB Bandar Enstek
hamsiah@iab.edu.my

AHMAD ABAS BIN SAIDIN


SIPartner+, PPD Larut Matang Selama

ABSTRAK

Intervensi Program i – SUKSES (Saya Suka ke Sekolah) lebih berfokuskan kepada program
menarik minat murid untuk hadir ke sekolah di samping program penguatkuasa sebagai program
sokongan. Salah satu projek dalam program i-Sukses adalah Projek PIMAS (Perintis Industri
Matang School) yang merupakan usaha memperkenalkan Program Sijil Kemahiran Masakan
dan Sijil Kehadiran Automatif/Kimpalan kepada murid dengan kerjasama institusi swasta yang
berdaftar. Tujuan PIMAS dibuat adalah untuk menarik minat murid untuk hadir ke sekolah dalam
aktiviti pembelajaran yang menyeronakkan murid dan dapat meningkatkan peratus kehadiran
murid serta menyediakan alternatif pembelajaran dalam bidang kemahiran. PIMAS juga berusaha
untuk menimbulkan minat dan motivasi murid melalui pengalaman ‘hands on’ serta menyediakan
laluan kerjaya mengikut minat dan kecenderungan murid Program dilaksanakan menggunakan
waktu PdPc dan dikendalikan sepenuhnya oleh jurulatih daripada institusi yang terlibat, Sarana
ibubapa dan dibantu oleh guru Voktek di sekolah. Impak daripada program PIMAS menunjukkan
ada kesan kepada peningkatan motivasi dan kehadiran murid. Temubual dengan murid-murid dan
guru-guru menunjukkan terdapat perubahan sikap yang positif. Murid-murid ini tidak lagi ponteng
kelas, tidak mengantuk, lebih mudah dan berkeyakinan untuk berkomunikasi, lebih berdisiplin,
kemas dari segi pakaian dan perwatakan menarik.

Kata kunci: voktek, projek i-success, pimas, pengurusan ko-kurikulum

1.0 PENGENALAN
SMK Matang merupakan sebuah sekolah menengah luar bandar yang terletak di Matang Taiping.
Pada tahun 2019, usia sekolah ini menjangkau 17 tahun. SMK Matang menjadi tempat murid-
murid dari kawasan sekitarnya menuntut ilmu dari kelas peralihan,hingga tingkatan lima. Jumlah

119
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PROGRAM i – SUKSES (Saya Suka ke Sekolah)

keseluruhan guru adalah seramai 54 orang, staf sokongan sembilan (9) orang dan jumlah murid-
murid terkini seramai 490 orang yang terdiri daripada komposisi kaum Melayu (59.60%), India
(6.94%), Cina (33.46%). Hampir kesemua murid ini datang dari latar belakang keluarga yang taraf
sosio-ekonomi mereka sederhana dan rendah. Sebilangan murid sekolah ini adalah anak-anak dari
keluarga bermasalah kesan daripada masalah penceraian ibu bapa dan ada yang tinggal bersama-
sama datuk nenek kerana ibu bapa bekerja ibu kota dan di Singapura.

Penulis melaporkan diri sebagai pengetua di sekolah ini pada 20 November 2017 dan
mula menjalankan tugas sepenuhnya pada 24 November 2017. Sebelum melangkah masuk ke
sekolah ini sebagai pengetua, penulis memang sudah sedia maklum tentang situasi dan prestasi
SMK Matang yang merupakan sekolah berprestasi rendah (Band 6). Reputasi SMK Matang yang
rendah ini, penulis anggap sebagai cabaran yang besar yang perlu dihadapi. Penulis memulakan
tugas dengan tujuan melaksanakan Fokus dan Gerak kerja Profesional Kementerian Pendidikan
Malaysia, iaitu Melangkah Ke Hadapan untuk Kualiti Sekolah dan Kualiti Kemenjadian Murid.

Proses scanning dan mengumpul maklumat mengenai status quo sekolah bermula.
Pemerhatian, temubual, pemeriksaan dokumen dan pendekatan- pendekatan lain secara formal
dan tidak formal telah digunakan bagi memastikan maklumat yang diperolehi adalah benar dan
tepat. Maklumat ini penting untuk membolehkan penulis menganalisis isu-isu yang strategik
bagi merancang program pemajuan sekolah menggunakan pendekatan strategik dan berkesan.
Dapatan daripada proses scanning dan pengumpulan maklumat menunjukkan, pencapaian SPM
SMK Matang pada tahun 2016 dari segi GPS SPM iaitu sebanyak 5.89 mata. Pada tahun 2017
GPS SPM telah melonjak kepada 5.29 iaitu peningkatan GPS sebanyak 0.60 mata. Pada tahun
2018 telah jatuh kepada 6.05 mata. Pihak pentadbir sekolah juga sentiasa melakukan perjumpaan
bersama-sama murid-murid sasaran bersama-sama ibu bapa mereka dan perjumpaan bersama-
sama dengan semua murid-murid SPM dan juga PT3. Selain itu juga, banyak program lain yang
dilaksanakan oleh pihak sekolah bagi memastikan semua murid-murid mencapai kejayaan yang
cemerlang dalam akademik.

Dari segi pengurusan hal ehwal murid pula, pada tahun 2017 dilihat dari segi kehadiran
murid-murid secara purata kehadiran murid-murid ke sekolah ialah 86.54 peratus. Manakala
kehadiran pada tahun 2018 menurun kepada 84.84 peratus, manakala berlaku peningkatan setepas
program PIMAS dijalankan sehingga bulan Oktober 2019 peratus kehadiran murid adalah 89.76
peratus.. Dari segi disiplin murid-murid secara keseluruhannya, untuk tahun 2018 dan 2019 hanya
masalah disiplin yang ringan dikenalpasti dan sentiasa berlaku. Kes-kes yang disiplin besar yang
berlaku hanya melibatkan segelintir sahaja murid-murid yang terlibat seperti merokok,bergaduh
dan ponteng sekolah.

Manakala dari segi kokurikulum, pada tahun 2019, Kor Kadet Polis sekolah telah mencapai
beberapa kejayaan di peringkat kebangsaan di Perkhemahan Kor Kadet Polis iaitu Johan Mara
Lasak Perpasukan Lelaki, Johan Ronda Pandu Arah Wanita, Naib Johan Ronda Pandu arah Lelaki,
Tempat Keempat Kawad Kaki individu dan juga berkumpulan wanita. Pada tahun 2018 pula,
beberapa kejayaan juga telah ditempa lagi iaitu Johan Ronda Pandu Arah Lelaki Perkhemahan Kor
Kadet Polis peringkat Kebangsaan di Melaka dan mendapat tempat ke-5 keseluruhan pasukan.

120
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PROGRAM i – SUKSES (Saya Suka ke Sekolah)

Selain itu juga, seorang murid Tingkatan 4 telah menjadi Johan Bengkel Bakat Tunas Remaja DBP
peringkat negeri dan akan bertanding peringkat kebangsaan di Pahang. Secara keseluruhannya
GPS kokurikulum pada 2018 ialah 2.85 dengan hanya seorang calon mendapat Gred A.

Selain dari itu, hubungan sekolah dengan komuniti luar juga memainkan peranan penting
dalam memacu kejayaan sekolah dimana pada tahun 2016, 2017 dan 2018, pihak sekolah telah
menjalin hubungan yang baik dengan ibu bapa melalui PIBG sekolah dan beberapa agensi kerajaan
seperti PDRM, Jabatan Kesihatan, Jabatan Bomba, dan agensi swasta seperti kolej-kolej swasta
Novel School, Usaha Taat, Kolej Giat Mara dan lain-lain di kawasan sekitar. Selain itu, pihak
sekolah juga sentiasa menekankan sarana ibu bapa di mana pihak sekolah telah menjemput ibu
bapa pada hari bertemu waris untuk sesi dialog prestasi murid dan juga menjemput ibu bapa ke
temasya sukan sekolah, karnival kokurikulum dan juga aktiviti-aktiviti sekolah yang lain. Walau
bagaimanapun, pelibatan di pihak ibu bapa dalam menyokong aktiviti sekolah adalah kurang
berdasarkan rekod kehadiran ibu bapa dalam aktiviti-aktiviti sekolah.

2.0 Mengenal pasti MASALAH DAN PENAMBAHBAIKAN

Hasil daripada perbualan, permerhatian dan pemantauan yang penulis lakukan sejak dari hari
pertama penulis berada di SMK Matang, penulis mendapati bahawa terhadap banyak ruang yang
boleh dipertingkatkan dalam aspek budaya kerja sepasukan terutama dalam kalangan guru. Perkara
kedua yang penulis dapati serius ialah rata-rata guru-guru di sekolah ini mempunyai pengetahuan
dan kefahaman yang rendah dalam beberapa aspek yang berkaitan dengan perintah am, dasar dan
arahan semasa. Sebagai penjawat awam, perkara ini tidak patut berlaku kerana semua ini adalah
punca kuasa untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab.

Penulis juga mendapati terdapat ruang untuk memperbaiki iklim persekitaran di sekolah ini
terutama dari segi semangat kerja sepasukan, persekitaran PdPc yang positif dan pembangunan
bakat murid khususnya dalam kurikulum dan kokurikulum. Penulis ingin menyatukan seluruh
warga sekolah tanpa mengira gred, jawatan, kelas pendidikan khas atau arus perdana, staf akademik
dan staf sokongan bagi menjadikan SMK Matang sebagai satu entiti mantap demi kemenjadian
dan kecemerlangan murid-muridnya. Kemenjadian murid sangat penting kerana prestasi sekolah
diukur dalam semua aspek dan bukan hanya dalam pencapaian akademik. Indikator yang sangat
berkaitan dengan kualiti sekolah awam adalah prestasi keseluruhan berdasarkan Skor Indeks
Komposit daripada Band 1 hngga Band 7. Aspek kemenjadian murid ini perlu diberi perhatian
kerama imej dan kualiti sekolah adalah tertakluk kepada prestasi murid-murid .

Kerangka pengurusan PDCA iaitu Plan, Do, Check, dan Act yang dipelopori oleh Edward
Deming sebagai asas tindakan penulis sebagai pemimpin nombor satu di sekolah ini. Penulis
memilih kerangka ini (PDCA) bagi memastikan segala-galanya berada di atas landasan yang betul
dan menjurus ke arah matlamat yang dihasratkan.

121
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PROGRAM i – SUKSES (Saya Suka ke Sekolah)

Jadual 12.1: Kerangka PDCA

P D C A
Plan Do Check Act
Merancang Melaksana Menyemak Tindakan
1. Menjajarkan semula visi 1. Menyusun semula 1. Melaksanakan 1. Membandingkan
dan misi sekolah struktur organisasi pemantauan, prestasi sebelum
2. Menetapkan matlamat 2. Pengagihan tugas lawatan dan dan selepas
sekolah. mengikut bidang semakan dokumen 2. Pesediaan untuk
3. Mengenal pasti dan kepakaran guru. secara berkala dan langkah seterusnya
menganalisis isu-isu 3. Mengupayakan SLT berterusan 3. Melaksanakan
4. Membina pelan tindakan dan MLT. 2. Melaporkan langkah
pelan pemajuan sekolah 4. Memantapkan suara perkembangan penambahbaikan
sedia ada. guru/ murid. projek
5. Merancang tindakan, 5. Membimbing guru 3. Melihat
menyusun strategi dan muda/ pemimpin pencapaian
program intervensi. pelapis. objektif
6. Meningkatkan
komunikasi dengan
PIBG.
7. Memperkasakan
dialog profesional.

Kerangka PDCA (Jadual 1) ini membantu penulis melaksanakan tugas-tugas sebagai


pengetua dengan lebih tersusun dan pada masa yang sama penulis dapat mengawal serta memantau
pelaksanaan aktiviti sekolah dengan berkesan. Penulis telah mengupayakan penolong-penolong
kanan serta pemimpin pertengahan agar mempunyai aras pemikiran yang sama dengan melibatkan
secara langsung Penolong Kanan (PK), PK Hal ehwal Murid dan PK Kokurikulum di dalam
semua aktiviti sekolah. Begitu juga dengan barisan pemimpin pertengahan iaitu keempat-empat
guru kanan mata murid-murid,setiausaha akademik, setiausaha disiplin, setiausaha kokurikulum,
setiausaha sukan, setiausaha peperiksaan, ahli jawatankuasa PIBG dan kelab staf. Penulis selalu
berbincang dengan mereka secara formal dan tidak formal apabila perlu.

Berdasarkan data dan maklumat yang diperolehi ketika fasa scanning the environment,
dapat dirumuskan faktor-faktor yang menyebabkan SMK Matang berada dalam kategori sekolah
berprestasi rendah adalah seperti berikut:

a. Kehadiran murid yang rendah di bawah KPI KPM iaitu 86.54% pada tahun 2017,
menurun kepada 84.84% pada tahun 2018.
b. Pencapaian murid dalam akademik rendah (berdasarkan keputusan SPM dan
peperiksaan akhir tahun tingkatan empat tahun 2018);

122
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PROGRAM i – SUKSES (Saya Suka ke Sekolah)

c. Amalan sahsiah terpuji dalam kalangan murid rendah (berdasarkan bilangan peratus
murid tegar salah laku berat dan sederhana sebagaimana yang direkodkan dalam
SSDM/APDM tahun 2018);
d. Kemenjadian murid dalam aktiviti kokurikulum rendah (berdasarkan GPS 2.85 tahun
2018);
e. Amalan PdPc adalah baik (berdasarkan pemerhatian, pemantauan dan lawatan kelas
ke kelas);
f. Kualiti profesional guru tidak mencapai standard piawaian rasmi (berdasarkan skor
SKPMg2 dan penglibatan guru dalam aktiviti sekolah);
g. Kepimpinan kurang ekfektif (berdasarkan perbualan, pemerhatian dan catatan
penolong-penolong kanan dan pemimpin-pemimpin pertengahan kurang kemahiran
dalam aspek kepimpinan dan pengurusan;
h. Hubungan dan pemuafakatan strategik rendah antara sekolah dengan pemegang taruh
(Berdasarkan rekod, pihak sekolah kurang merujuk dan memanfaatkan PPD dan JPN
dalam program-program sekolah);
i. Kurang aktiviti jaringan dan jalinan (berdasarkan rekod sekolah kurang aktiviti
jalinan dan jaringan dengan sekolah lain, IPT, universiti awam, agensi swasta dan
agensi kerajaan).

Senarai faktor di atas menunjukkan yang ia selari dengan senarai utama kriteria kritikal
ukuran kejayaan sesebuah sekolah seperti yang terdapat dalam Standard Kualiti Pendidikan
Malaysia (SKPM) sama ada versi 2003, 2010 atau versi yang terkini iaitu SKPM gelombang
2. Situasi ini membawa kepada wujudnya persepsi dan andaian bahawa SMK Matang selama
ini kurang komited membudayakan instrumen SKPM sebagai alat kualiti ketika mengurus dan
mentadbiran sekolah.

Berdasarkan isu-isu strategik sekolah, isu kehadiran murid yang kurang memuaskan bagi
kelas-kelas aliran kemanusiaan dan isu sikap dan motivasi meraka yang rendah boleh menjejaskan
prestasi keseluruhan sekolah. Murid-murid kelas-kelas yang ini perlu dibugarkan emosi dan sikap
mereka untuk terus kekal belajar dan hadir ke sekolah. Kegagalan mereka untuk hadir ke sekolah dan
kekal belajar akan menjejaskan prestasi akademik sekolah dan menyebabkan KPI kehadiran yang
ditetapkan oleh KPM ( 95% ) tidak akan tercapai. Nyika dan Mercy (2004) menjelaskan bahawa
murid-murid perlu berada di sekolah untuk lulus dan meningkatkan pemerolehan peluang dalam
kehidupan mereka. Pandangan ini disokong oleh Nemec dan Watson (2007) yang menjelaskan,
“there is the concern among educators that students who are not learning the importance of
attendance will struggle in the workplace where truancy can easily cost workers their livelihood.”

Data yang penulis kutip ketika sesi temubual yang penulis namakan sebagai sesi sembang
santai antara penulis dengan beberapa orang guru, staf sokongan dan murid-murid telah penulis
gunakan untuk menguji aktiviti scanning the environment yang penulis lakukan tepat atau tidak.
Hasilnya, penulis mendapati faktor-faktor yang disenaraikan di atas ada korelasi dengan sebab
utama prestasi sekolah rendah. Sesi scanning the environment dan temubual ini dilakukan untuk:

123
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PROGRAM i – SUKSES (Saya Suka ke Sekolah)

a. mengesan pengetahuan, kefahaman dan penghayatan guru-guru dan staf sokongan


terhadap visi dan misi sekolah sebagai punca kuasa untuk menjalankan tugas dan
sebagai hala tuju yang hendak dicapai;

b. mendengar sendiri pendapat dan penilaian jujur guru dan staf terhadap prestasi
sekolah secara keseluruhannya;

c. mengumpul maklumat punca yang menjadi penyebab SMK Matang berada di dalam
kategori sekolah berprestasi rendah dari sudut pandangan guru-guru dan staf;

d. mengesan kesan kualiti hubungan dengan amalan kerja sepasukan warga kerja
terhadap prestasi sekolah secara keseluruhannya.

3.0 PELAKSANAAN
Hasil bimbingan pensyarah dan SIP+ serta keputusan Mesyuarat Pengurusan Sekolah Bil.2/2019
penulis telah menetapkan 5 Bidang Keberhasilan Utama (KRA) untuk memajukan sekolah
berdasarkan isu-isu yang telah dibincangkan di atas iaitu:

1. Guru berkualiti
2. Persekitaran PdPc yang positif
3. Pembinaan bakat murid
4. Hubungan komuniti yang mantap
5. Kepimpinan yang berkesan

Sebagai usaha untuk menangani isu kehadiran dan motivasi murid sekolah telah memilih
KRA Pembinaan Bakat Murid melalui pelaksanaan Program “i-Sukses dengan pelaksanaan
PIMAS (Perintis Industri Matang School) untuk kelas aliran kemanusiaan ( 403, 404 dan 405
) sebagai rintis. Keputusan dibuat berdasarkan Mesyuarat Pengurusan Sekolah Bil. 2/2019
yang dipengerusikan oleh pengetua. Perlaksanaannya bukanlah satu tugas yang mudah kerana
ia perlukan komitmen semua pihak. Isu dan punca masalah yang membelenggu sekolah perlu
diperhalusi untuk diatasi secara berkesan terlebih dahulu kerana menurut Uma Sekaran (2002),
masalah ialah sebarang situasi di mana wujud jurang antara keadaan sebenar dan keadaan ideal.
Hasrat penulis sebagai pengetua ialah membawa SMK Matang menuju ke arah situasi ideal iaitu
daripada situasi sekolah berprestasi rendah kepada sekolah berkesan.

Hasil sesi-sesi perjumpaan, perbualan, perbincangan dan interaksi antara penulis dengan
guru-guru, staf, murid-murid dan barisan pentadbir, maka isu utama yang menyumbang kepada
pencapaian prestasi rendah dapat dikesan dengan tepat dan disahkan secara bersama-sama dengan
warga sekolah. Langkah seterusnya penulis perlu mencari punca masalah yang menyebabkan
wujud isu ketidakhadiran dan motivasi yang rendah. Dalam fasa mencari punca masalah ini penulis
telah mengambil langkah membuat Analisis Persekitaran, Analisis Jurang dan Analisis Tulang
Ikan (Analisis Sebab dan Akibat). Rajah Tulang Ikan Ishikawa (Rajah 1.11) merupakan alat yang
penulis gunakan bagi mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan murid kelas 4 Progresif dan
4 Proaktif kurang motivasi belajar dan peratus kehadiran rendah.

124
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PROGRAM i – SUKSES (Saya Suka ke Sekolah)

Rajah 12.1: Sebab dan Akibat

Analisis sebab dan akibat yang penulis hasilkan menggunakan Rajah Tulang Ikan
Ishikawa menunjukkan bahawa faktor manusia, peralatan, bahan, persekitaran dan kepimpinan
memberi kesan terhadap rendahnya minat murid untuk belajar dan hadir ke sekolah menyebabkan
prestasi sekolah terjejas. Setiap satu faktor ini perlu diatasi jika mahu meningkatkan prestasi
sekolah ke tahap yang lebih baik. Berdasarkan isu-isu yang telah diutarakan sebelum ini dan
penetapan 5 KRA, pihak sekolah telah memilih KRA ke 3 iaitu Pembangunan Bakat Murid
dengan memperkenalkan Projek PIMAS sebagai projek printisan kemajuan sekolah untuk jangka
masa 3 tahun 2019 hingga 2021. Punca kuasa bagi projek PIMAS ini adalah berdasarkan surat
siaran perlaksanaan program PIMA KPM.600-14/1/60 Jld.6(80) bertarikh 12 September 2017.
Projek PIMAS bertujuan untuk meningkatkan peratus kehadiran murid khususnya kelas-kelas
aliran kemanusiaan dengan menyediakan alternatif pembelajaran dalam bidang kemahiran. Kedua,
untuk menimbulkan minat belajar murid melalui pengalaman pembelajaran secara Hands-On. Di
samping itu, ia juga bertujuan menyediakan laluan kerjaya mengikut minat dan kecenderungan
murid serta mewujudkan kerjasama dengan agensi luar bagi membantu memberi latihan kemahiran.

Kelas 403, 404 dan 405 yang terdiri dariada 45 orang dipilih sebagai perintis untuk
program ini. Kemahiran yang dipilih ialah Sijil Automotif , Sijil Kimpalan bagi murid lelaki dan
Sijil Penyediaan Makanan bagi murid perempuan selama 30 sesi setiap hari khamis bermula jam
9 pagi hingga 2 petang (5 jam) setiap minggu bermula dari Mac 2019. Agensi swasta yang terlibat
ialah Institut NOVEL School bagi Sijil Penyediaan Makanan dan Pusat Latihan USAHA TAAT
untuk Sijil dan tenaga kepakaran guru-guru Votec SMK Matang sebagai tenaga sokongan kepada
program ini. Tiada yuran yang dikenakan kepada murid.

Pelaksanaan projek PIMAS dilaksanakan menggunakan waktu PdPc pada setiap hari Selasa
mulai 8.00 pagi hingga 2.00 petang. Kesemua kemahiran ini berjalan serentak di bilik masakan dan
di bengkel pertukangan. Pihak sekolah mengambil inisiatif untuk melaksanakan program PIMAS
di sekolah bagi mengelakkan masalah keselamatan, pengangkutan dan ketidakhadiran murid.
Pihak sekolah bernasib baik kerana memiliki bengkel dan bilik masakan yang tidak digunakan.

125
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PROGRAM i – SUKSES (Saya Suka ke Sekolah)

Penulis tidak melihat semua faktor dan sub-faktor satu persatu tetapi penulis cuba
menyelesaikan kesemuanya sekali gus menggunakan pendekatan killIing two birds with one
stone. Kesemua isu yang dibangkitkan adalah penting dan mesti ditangani sekali gus tetapi dalam
cara yang sistematik. Penulis membangunkan cara berfikir dalam kalangan kesemua penolong
kanan dan pemimpin pertengahan untuk berfikir secara sistemik. Contohnya, penulis mengajak
mereka berfikir murid-murid lemah dalam akademik adalah murid-murid yang sama terlibat dalam
masalah salah laku dan ponteng sekolah. Jika masalah murid ini di atas, bermakna sekolah telah
berjaya menyelesaikan dua atau tiga masalah secara serentak.

4.0 PENILAIAN DAN IMPAK DATA


Impak daripada program ini, ada menunjukkan peningkatan kehadiran dan perubahan sikap murid
. Walaupun program ini baru bermula, daripada pemerhatian dan perbualan dengan murid-murid
oleh pihak pentadbir dan penyelaras program En. Osman Guru Bimbingan Dan Kaunseling sekolah
menunjukkan kesan yang positif iaitu murid gembira dan suka untuk hadir ke sekolah dan memberi
kerjasama kepada instruktor. Ini dibuktikan peningkatan kehadiran pada hari selasa yang dapat
disokong dari data kehadiran seperti Jadual 2 dan Rajah 2 di bawah

Jadual 12.2: Rekod Mingguan Kehadiran Murid Kelas PIMAS


KELAS PROGRAM PIMA (42 MURID)
Hari / Minggu M1 M1 M2 M2 M3 M3 M4 M4 M5 M5 M6 M6 M7 M7
ISNIN 28 66.67 33 78.57 21 50 35 83.33 33 78.57 26 61.9 26 61.9
SELASA 31 73.81 40 95.24 31 73.81 40 95.24 38 90.48 38 90.48 30 71.43
RABU 7 16.67 21 50 23 54.76 20 47.62 25 59.52 12 28.57 17 40.48
KHAMIS 14 33.33 15 35.71 21 50 20 47.62 18 42.86 17 40.48 21 50
JUMAAT 17 40.48 23 54.76 22 52.38 20 47.62 21 50 20 47.62 21 50

Rajah 12.2: Graf Kehadiran Murid

Selanjutnya penulis sendiri meminta kerjasama dariada penyelaras Projek PIMAS, En.
Osman untuk menjalanan sesi temu bual dengan murid-murid yang terlibat dengan PIMAS.
Dapatan dan soalan yang dierolehi dan yang dikemukakan seperti seperti di LAMPIRAN 12-1
dan LAMPIRAN 12-2.

126
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PROGRAM i – SUKSES (Saya Suka ke Sekolah)

Laporan daripada temubual tersebut mendapati Projek PIMAS ini bukan sahaja
meningkatkan kehadiran murid khususnya pada hari Selasa tetapi juga menunjukkan ada perubahan
sikap dan motivasi diri murid untuk belajar. Beberapa orang murid yang terlibat dengan projek
PIMAS, menyatakan mereka sangat meminati kemahiran yang telah ajarkan, walaupun pada
mulanya mereka hanya masuk secara suka-suka, mengikut kawan-kawan dan tidak mempunyai
minat yang mendalam. Walau bagaimanapun setelah mengikuti kelas beberapa kali, mereka
mendapati program ini sangat bermanfaat dan seronok untuk dipelajari.

Hasil daripada temubual bersama-sama murid-murid program automotive dan kimpalan,


majoriti mereka merasakan program ini sangat bermanfaat dan menjadikan mereka seorang yang
berkemahiran dan berbeza daripada rakan-rakan yang lain. Mereka juga sangat jelas tentang
kerjaya pilihan mereka selepas sahaja tamat persekolahan. Kebanyakan daripada mereka becita-
cita untuk membuka bengkel sendiri dan memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakan dan
komuniti mereka. Harapan mereka agar program ini dapat diteruskan pada masa-masa hadapan
dan dapat dilaksanakan selama 3 hari seminggu dan diperluaskan kepada murid-murid lain seperti
mereka, yang tidak cemerlang dalam akademik tetapi berpeluang untuk berjaya jka mengikuti
bidang kemahiran.

Dapatan daripada sesi temubual santai dengan murid-murid kemahiran masakan,


kebanyakan mereka sememangnya mengakui tidak pandai memasak dan tidak pernah turun ke
dapur, tetapi melalui program ini, mereka berpeluang untuk mencungkil bakat sendiri dan hasilnya
kebanyakan daripada mereka kini sudah mampu membuat ‘cup cake’, donat, churos dan juga
spegheti. Mereka juga merasakan diri mereka istimewa daripada rakan yang lain dan bercita-cita
untuk membuka restoran sendiri serta ada yang ingin melanjutkan pelajaran dan menjadi chef
yang terkenal. Motivasi mereka juga sangat tinggi dan berdisiplin kerana setiap kali mereka masuk
ke kelas, mereka perlu memakai apron yang lengkap dan kuku yang pendek dan bersih. Berbeza
dengan keadaan mereka sebelum ini yang sangat suka berkuku panjang. Mereka juga berharap
agar program ini dapat diteruskan dan lebih ramai murid-murid lain diberi peluang serta dapat
dilaksanakan selama 3 atau 4 hari seminggu.

Respon dan maklumbalas daripada guru-guru yang mengajar kelas 403, 404 dan 405,
menyatakan terdapat perubahan sikap yang positif ditunjukkan oleh murid-murid ini. Walaupun
program ini baru bermula tetapi sudah ada menunjukkan perubahan sikap mereka. Menurut
beberapa orang guru mereka ini tidak lagi ponteng kelas, tidak mengantuk , lebih mudah untuk
berkomunikasi dengan mereka dan mematuhi arahan guru. Murid-murid ini kini lebih berdisiplin
dan kemas dari segi pakaian dan perwatakan menarik. Guru-guru juga lebih mudah untuk mengajar
mereka kerana mereka lebih jelas dengan hala tuju kerjaya mereka selepas tamat persekolahan.
Kesan positif ini memberi satu sokongan yang kuat pihak sekolah melaksanakan perluasan projek
PIMAS untuk tahun 2020 dengan membuka 5 kelas (Tingkatan 4, 3 kelas dan Tingkatan 5, 2 kelas)
dan 2021 kepada 5 kelas juga dan melibatkan 2 hari dalam seminggu.

5.0 RUMUSAN DAN PENUTUP


Usaha memotivasikan dan meningkatkan kehadiran dalam kalangan murid menggunakan Projek
PIMAS SMK Matang telah dapat dijalankan dengan jayanya serta menunjukkan kesan yang positif

127
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PROGRAM i – SUKSES (Saya Suka ke Sekolah)

Faktor utama yang membawa kepada kejayaan adalah faktor sumber manusia iaitu kekuatan
dari aspek pengurusan dan kepimpinan sekolah dan penyelaras program. Kepimpinan pengetua
merupakan faktor dominan namun perlu disokong oleh faktor-faktor lain seperti sokongan dan
kerjasama daripada Penolong-Penolong Kanan (pemimpin pertengahan), guru-guru serta komuniti
luar. Kegagalan kepimpinan sekolah dan penyelaras program dalam mengurus dan menggerakkan
jawatankuasa, kurang pengetahuan dan pengalaman, kelemahan merancang program serta kurang
pemantauan terhadap kos, masa, kualiti dan skop projek akan menjadi penyebab kepada kegagalan
sesuatu program.

5.1 Aspek Kepimpinan Dan Pengurusan

Pengetua telah melaksanakan tanggungjawab memotivasikan guru-guru, membina pemuafakatan


dalam kalangan PIBG dan komuniti serta memimpin pasukan kerja ke arah pencapaian objektif dan
kejayaan program. Dalam melaksanakan projek ini konsep jalinan kerjasama dan pemuafakatan
telah diberikan penekanan oleh kepimpinan sekolah. C Bernad 1938 disebut dalam Mohd Salleh
Bin Mahad (2004) dalam bukunya berjodol ‘The Functions Of The Executives’ menjelaskan
bahawa; ‘pentadbir perlu menggunakan sepenuhnya sumber yang ada dan mendapat sokongan
dari ahli sistem sosial di sekolah dan masyarakat luar’. Pengetua berjaya menggunakan hubungan
tiga dimensi antara sekolah, ibu bapa dan komuniti untuk melaksanakan aktiviti.

Pengetua sekolah sendiri mengetuai dan memantau pelaksanaan program bagi memastikan
setiap aktiviti dilaksanakan mengikut perancangan yang ditetapkan. Pengetua berjaya mengerakkan
Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan HEM dan Guru Bimbingan dan Kauseling dalam
melaksanakan aktiviti. Aspek kebersamaan ini menggambarkan kepercayaan pemimpin kepada
pengurusan dan warga sekolah dalam melakukan tugasan. Keputusan-keputusan penting berkaitan
program ini ditetapkan melalui mesyuarat sama ada bersama-sama pihak pentadbiran mahupun
jawatankuasa program.

5.1.1 Kekuatan Program

Kerjasama dan pemuafakatan sekolah dengan kolej swasta yang terlibat merupakan satu amalan
baik yang harus dipertingkatkan lagi dengan melibatkan lebih banyak komuniti setempat dalam
menangani apa jua masalah di sekolah. Ada beberapa faktor yang menyumbang kepada kekuatan
pelaksanaan program. Antaranya ialah:

1. Kerjasama dalam kalangan warga sekolah. Kerjasama yang wujud dalam kalangan warga
sekolah terutamanya antara pentadbir, Ahli Jawatankuasa PIMAS serta guru-guru menjadi
kekuatan utama perlaksanaan program. Mesyuarat dan perbincangan diadakan dalam
urusan perlaksanaan aktiviti, penetapan jadual dan pemilihan tarikh. Tanpa kerjasama
dan komitmen daripada Unit Bimbingan & Kaunseling sekolah, kelancaran perjalanan
aktiviti mungkin akan terjejas.
2. Komitmen dan sumbangan sosial dari pihak luar seperti Kolej Swasta dan Pibg.

128
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PROGRAM i – SUKSES (Saya Suka ke Sekolah)

5.1.2 Kelemahan Program

Projek PIMAS yang dilaksanakan masih belum mantap dan masih pada peringkat awal perlaksanaan.
Halangan-halangan dari segi sikap murid, kuasa, komitmen jawatankuasa dan komitmen ibu bapa,
dikenalpasti sebagai cabaran kepada tujuan murni perlaksanaan PIMAS. Daripada temubual
dengan pentadbir dan guru-guru dan pemerhatian beberapa kelemahan telah dikenalpasti dalam
pengendalian program ini. Antara kelemahan yang disuarakan ialah:

1. Program hanya sekali (1) seminggu pada hari Khamis. Manakala, pada hari lain kehadiran
murid masih lagi belum memuaskan.
2. Jangkamasa program singkat iaitu hanya 30 sesi sahaja iaitu mulai bulan Mac hingga
Oktober. Sepatutnya perlu diteruskan untuk mengekalkan momentum kehadiran murid.
3. Program hanya menawarkan tiga (3) bidang kemahiran. Ada juga murid yang meminati
bidang kemahiran lain seperti solekan dan dandanan rambut serta bidang elekterik dan
pendingin hawa.
4. Kekangan dari pihak Kolej menyebabkan beberapa sesi kelas terpaksa dibatalkan.

5.1.3 Cadangan Penambahbaikan

Akhir fasa ini, semua murid-murid memiliki SIJIL PENYERTAAN dan yang berminat boleh
terus melanjutkan kemahiran di peringkat DIPLOMA. Program PIMAS diharapkan akan terus
dilaksanakan sebagai satu kaedah penambahbaikan sekolah ke arah menangani isu kehadiran
dan meningkatkan motivasi murid untuk terus belajar. Antara cadangan penambahbaikan yang
disyorkan bagi projek ini ialah;

a. Melaksanakan program di semua kelas-kelas aliran kemanusiaan untuk mengekalkan


momentum kehadiran dan meningkatkan disiplin murid-murid.
b. Melaksanakan aktiviti bermula awal tahun/sepanjang tahun dan kekerapan yang lebih.
Sememangnya aktiviti-aktiviti ini perlu dilaksanakan dengan berterusan dan tempoh
masa yang panjang untuk melihat keberkesanan setiap sesuatu aktiviti.
c. Menambah aliran kemahiran mengikut bakat dan minat murid seperti kelas solekan
dan dandanan ataupun kemahiran elekterik dan pendingin hawa
d. Menyediakan tabung/bantuan kewangan khususnya kepada murid-murid yang kurang
kemampuan dari segi kewangan.

6.0 RUJUKAN
Kementerian Pendidikan Malaysia (2013), Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2017), Surat Siaran Perlaksanaan Program PIMAS


KPM.600-14/1/60 Jld.6(80) bertarikh 12 September 2017.

Mohd Salleh Bin Mahat (2004), Jurnal Penyelidikan MPBL, Jld.5, 2004, Perkongsian Dalam
Pendidikan – Fokus Di Sekolah.

Majalah Pendidik. Mei 2017: Pengiktirafan Sekolah dan Pengorbanan Guru.

Uma Sekaran (2002). A Skill-Building Approach 4th. Edition. John Willy & Son.

129
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PROGRAM i – SUKSES (Saya Suka ke Sekolah)

www.free-management-ebooks.com/news/plan-do-check-act

https://www.researchgate.net/publication/317080334T-TRACEMENINGKATKAN
KEHADIRAN KE SEKOLAH DALAM KALANGAN MURID TAHUN 4

Nyika, R & Mercy, K. (2014). Strategies employed by primary teachers in Sazda Cluster in
managing truancy. Greener Journal of Educational Research, Vol. 4 (3), pp. 063-070, May
2014.

Nemec, C. J & Watson, R. A. (2007). Teacher Initiatives to Reduce Truancy Among High School
Student.Retrievedhttp://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:nE12ubPcWJYJ:eric.
ed.gov/%3Fid%3DED4 96096+&cd=1&hl=en&ct=clnk

LAMPIRAN 12-1

VC

Gambar 12.1 & 12.2: Aktiviti Program i-success, PIMAS SMK Matang, Perak

130
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PROJEK `SInAR` [Saya Ingin Ambil Risiko…]

ANUAR BIN IBRAHIM


SMK Westland, Georgetown
peb1114@jpnpp.edu.my

Noor Hashimah Binti Hashim, Ph.D


Pensyarah Pembimbing IAB Cawangan Utara
noorhashimah@iab.edu.my

Izemar Bin Jamaludin


Pegawai SIP+ PPD Timur laut

ABSTRAK

Projek ini dijalankan di SMK Westlands, untuk menangani isu kehadiran murid rendah. 90
peratus murid berlatar belakang keluarga B40 (miskin bandar). Situasi ponteng sangat kritikal
di mana purata kehadiran 80.92% tahun 2018 dan telah merencatkan prestasi akademik.
Objektif projek untuk meningkatkan kehadiran murid serta membina sahsiah. Intervensi Projek
SInAR diaplikasikan dengan beberapa pendekatan nilai untuk pelanggan dan idea token (Quick
Win`, Kuiz) dan disokong dengan inisiatif Clearance Stock, Dashboard Kehadiran Murid dan
ikon bulanan`D`SeGaK`, SUMur Data dikumpul dengan menggunakan instrumen pemerhatian
berfokus, analisis kehadiran bulanan dan SSDM, dokumen dan soal selidik bagi menyokong projek
ini. Dapatan menunjukkan peningkatan jumlah kehadiran ke sekolah bagi enam bulan pada tahun
2019 berbanding dengan tahun 2018, sembilan (9) kelas atau 52,94% kehadiran melebihi KPI
85%, kehadiran klien berfokus turut bertambah baik dan meningkat, dan peratus purata tahun
2019 meningkat sebanyak 1.05% (81.97%). Sahsiah meningkat 39.04% dengan penampilan diri
Untuk penambahbaikan, proses PdPc bermakna dalam bilik darjah perlu ditingkatkan agar lebih
menarik dengan merujuk SKPMg2 Standard 4 supaya kehadiran murid ke sekolah menyeronokan.

Kata Kunci: Token, Sahsiah, PdPc bermakna

1.0 PROFIL SEKOLAH


Sekolah Menengah Kebangsaan Westlands (SMKWs) adalah sebuah sekolah harian Inggeris
terletak dalam lokasi bandar berdekatan Georgetown. Sekolah ini ditubuhkan pada Januari 1957.
Enrolmen murid terikini 298 (Jun 2018) dan pecahan mengikut kaum iaitu Melayu:184, Cina:60,
dan India:148. Bilangan kelas 18 (Peralihan: satu kelas, Tingkatan 1: tiga kelas, Tingkatan 2: tiga

131
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PROJEK `SInAR` [Saya Ingin Ambil Risiko…]

kelas, Tingkatan 3: tiga kelas, Tingkatan 4: empat kelas dan Tingkatan 5: empat kelas). Jumlah
guru 38 orang dan anggota kumpulan pelaksana tujuh orang.

Masalah keluarga, persekitaran menyumbang kepada kemorosotan kehadiran ke sekolah


yang menjadi serius dan menjejaskan pencapaian akademik dan seterusnya kemenjadian murid.
Sebahagian besar murid-murid datang dari keluarga yang berstatus sosio-ekonomi (SES) rendah di
mana 90 peratus adalah B40 (miskin bandar).

Pada Jun tahun 2018, pengetua ditempatkan di SMK Westlands (SMKWs) merupakan
salah sebuah Sekolah Berprestasi Rendah (SBR). Status semasa SMK Westlands menggambarkan
prestasi akademik rendah, tidak menunjukkan peningkatan akademik dalam beberapa tahun
kebelakangan, kadar keciciran murid yang tinggi, berkaitan dengan pencapaian yang rendah, tinggi
kadar keberadaan guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP), tinggi kadar ponteng sekolah.

Kebanyakan guru dan AKP berada dalam zon selesa dan melaksanakan tanggungjawab mereka
secara biasa saja. Kehadiran pengetua telah membuat beberapa perubahan dengan menekankan
kehadiran dan sahsiah murid,serta keberadaan guru. Pengetua mengambil beberapa inisiatif untuk
membuat pembetulan (correctional) sistem pentadbiran dan penambahbaikan kemudahan fizikal
dan persekitaran yang kondusif menjadi satu cabaran yang tinggi. Pengetua percaya perubahan ini
akan memberi impak positif kepada permasalahan yang dihadapi oleh SMKWs.

2.0 MENGENAL PASTI MASALAH DAN PENAMBAHBAIKAN


2.1 Perancangan

SMKWs merupakan Sekolah Berprestasi Rendah (SBR) yang berada di Band 6 dengan dengan
pencapaian akademiknya sangat rendah iaitu GPS SPM 7.74 (Jadual 13.1).

Jadual 13.1: Pencapaian GPS SPM dan peratus lulus SPM bagi tiga tahun 2015 – 2017

Tahun GPS SPM Peratus Lulus


2015 6.48 74.03
2016 7.17 60.32
2017 7.74 46.55

Hasil permerhatian, perbincangan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi (MPT) dan analisis


data kehadiran dan dokumen rasmi, info daripada Ketua Unit Pembangunan Kemanusiaan PPD
Timur Laut, bahawa kehadiran ke sekolah adalah isu utama di SMKWs (Jadual 2). Isu peratus
kehadiran rendah (80%) menyebabkan SMKWs disenaraikan sebagai sekolah `Hotspot` di daerah
Timur Laut. Analisis data menunjukkan bahawa SMKWs menghadapi beberapa masalah yang
merencatkan kemenjadian murid sama ada dalam bidang sahsiah dan akademik.

132
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PROJEK `SInAR` [Saya Ingin Ambil Risiko…]

Jadual 13.2: Peratus kehadiran SMKWs bagi 4 tahun

Tahun Peratus (%)


2015 75.61
2016 75.16
2017 80.02
2018 80.92

Dalam Mesyuarat Pengurusan Tertinggi (MPT), satu ketetapan telah dibuat, bahawa
kehadiran murid ke sekolah diberi perhatian serius. Tindakan segera perlu diambil untuk
menangani isu kehadiran rendah. Kenyataan ini disokong oleh Weston Favell Academy, seseorang
murid akan memperolehi peluang untuk mencapai dan meraikan kejayaan sekiranya kehadiran
adalah sekurang-kurangnya 95%. Oleh itu, data peratus purata kehadiran tahuhan 2018 dijadikan
sebagai Take of Value (TOV) dan KPI bagi 2019 adalah 85%.

2.2 Matlamat

Projek ini adalah untuk menarik minat murid hadir ke sekolah dan meningkat sahsiah yang dapat
menyokong prestasi pencapaian akademik.

2.3 Objektif

Objektifnya berfokus kepada:

2.3.1 Meningkatkan peratus kehadiran murid bulanan dan keseluruhan peratus purata tahunan
2019 berbanding tahun 2018.
2.3.2 Meningkatkan purata peratus kehadiran kelas berbanding TOV tahun 2018 (80.92%) dan
mencapai KPI 2019 (85%).

1.1.3 Meningkatkan lima peratus (5)% kehadiran bagi murid sasaran menengah atas (Julai –
September)

2.3.4 Meningkatkan 25% perubahan sahsiah murid secara fizikal

2.4 Analisis SWOT/C HEM dan TOWS Matriks

Untuk menangani isu kehadiran, analisis SWOT/C HEM dan TOWS Matriks digunakan untuk
menentukan masalah utama dan inisiatif yang berkesan dapat dilaksanakan.

Hasil daripada pembentangan pengetua dan makluman dalam Mesyuarat Pengurusan


Tertinggi, dengan mengambilkira beberapa faktor tenaga, masa, kos, kebolehlaksanaan, Projek
`SInAr` (Saya Ingin Ambil Risiko) dipilih kerana lebih kepada berbentuk psikologi untuk memujuk
dan menjinakkan murid selain tindakan tegas mengikut SOP. Murid-murid perlu diberi perhatian
dan penghargaan serta motivasi di samping meningkatkan keyakinan diri melalui penampilan

133
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PROJEK `SInAR` [Saya Ingin Ambil Risiko…]

diri yang kemas. Pendekatan yang menjurus kepada penerapan nilai selari dengan visi sekolah
`Westlands Sekolah Bersahsiah Cemerlang 2021`. Pengetua percaya bahawa murid-murid
sasaran ponteng yang terdiri daripada mereka yang terabai perhatian dan kasih sayang daripada
waris yang sibuk dengan aktiviti untuk kelangsungan kehidupan seharian akan dapat dibantu.
Terdapat beberapa inisiatif dalam Projek `SinAR` yang berkolaboratif sebagai pelengkap untuk
menjaminkan kejayaannya (LAMPIRAN 13-1). Selain itu, carta gantt juga disediakan untuk
memastikan perancangan berjalan lancar. Bersama-sama ini disertakan pemetaan projek untuk
tiga fasa yang melibatkan tiga tahun, iaitu 2019 – 2021 (LAMPIRAN 13-2).

3.0 PELAKSANAAN
Intervensi Pelonjakan Kepimpinan Sekolah (InPeKS) telah dimaklumkan dan dikongsikan oleh
pengetua semasa Mesyuarat Pengurusan Tertinggi dan Mesyuarat Guru serta di perhimpuan rasmi
sebagai info dan tindakan semua warga SMKWs mengenai projek yang akan dilaksanakan dalam
tempoh tiga tahun.

Dalam usaha melaksanakan dan menjayakan InPeKS beberapa strategi dan insiatif telah
ditetapkan dengan penubuhan jawakankuasa dalam kalangan Ahli Majlis Pengurusan Tertinggi
serta melibatkan guru-guru termasuk guru kelas dan dibantu oleh AKP. Di antara inisiatif Projek
SInAR adalah:

3.1 Carrot n Stick

Pendekatan lembut dan tegas perlu diapllikasi mengikut keperluan situasi bagi SMKWs yang
terdiri daripada semua murid lelaki. Tetapi pemberatan lebih kepada motivasi dan penghargaan.

3.1.1 Quick Win dan Kuiz

Pemberian penghargaan dan motivasi kepada murid-murid yang kehadiran baik setiap bulan.
Nama-nama murid akan dimasukkan ke dalam satu balang oleh Kaunselor yang telah menyemak
kehadiran murid setiap bulan. Cabutan nama secara rawak memberi peluang murid yang bertuah
untuk tampil dan mencabut sampul yang berisi wang tunai RM5/RM10/RM20/RM50. Apabila
murid memilih sampul yang disukainya, akan membuka sampul untuk menunjukkan berapa
jumlah wang yang diperoleh. Sementara kuiz dijalankan oleh pengetua secara terus kepada semua
murid yang berani tampil untuk menjawab soalan dan diberi pelbagai bentuk hadiah. Aktiviti ini
dilaksanakan semasa perhimpunan rasmi mengikut kesesuaian.

3.1.2 Clearance Stock

Tindakan clearance stock adalah hukuman yang dikenakan berdasarkan ketidakhadiran yang
berpanjang sehingga mencukupi tempoh yang ditetapkan dalam SOP untuk dibuang. Murid yang
merayu kemasukan semula akan dikenakan satu perjanjian antara murid, ibu bapa dengan pihak
sekolah untuk mendisplinkan diri dan mematuhi peraturan. Tindakan akan diambil secara tegas
dibuang sekolah semula sekiranya ponteng sekolah tanpa sebab yang kukuh atau melakukan
kesalahan yang melanggar peraturan disiplin.

134
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PROJEK `SInAR` [Saya Ingin Ambil Risiko…]

3.1.3 Big Win – Cash/Cert

Pemberian hadiah kemuncak adalah berupa wang dan sijil yang disempurnakan semasa Majis
Anugerah Cemerlang (MAC). Murid-murid akan diberi sijil penghargaan dan baucer koperasi
sebagai pengiktirafan sekolah kerana dapat menunjukkan kehadiran yang baik. Begitu juga komen
dalam slip peperiksaan yang mencatatkan hadir cemerlang.

3.2 Program Sahsiah

Elemen sahsiah diberi perhatian yang serius untuk membentuk akhlak murid supaya menjadi
modal insan yang mempunyai nilai-nilai murni dan jati diri kental.

3.2.1 D`SeGaK

Program D`SeGaK memberi perhatian khusus kepada penampilan diri (kekemasan) yang
melibatkan semua warga SMKWs (guru/AKP/ murid). Gimik pelancaran dibuat dan satu sudut
D`SeGak disediakan. Murid-murid Islam digalakkan memakai songkok dengan diteladani oleh
pengetua. Bagi guru-guru dan AKP, pengetua sendiri memberi LDP mengenai etika berpakaian
sebagai pejawat awam.

3.2.2 SUMur

Program Sahsiah Unggul Murid (SUMur) merupakan inisiatif dari KPM untuk sekolah tertentu
sahaja. Oleh itu, pengetua menggunakannya sebagai pelengkap kepada usaha membina sahsiah
murid. Setiap dua minggu sekali hari Jumaat, perjumpaan murid-murid mengikut kumpulan
akan dipimpin oleh guru menggunakan modul yang telah ditetapkan dengan mengambil masa
30 minit. Manakala bagi minggu lain, amalan membaca Yasin bagi murid Islam dan murid lain
melaksanakan aktiviti nilai mengikut kepercayaan agama masing-masing yang dikendalikan oleh
guru atau penceramah dari luar.

3.2.3 Amalan Terpuji SSDM 2.0

Satu pendekatan untuk melihat dan menggalakkan tingkahlaku positif murid oleh semua guru
diperkenalkan oleh Penolong Kanan HEM (PK HEM). Semua guru boleh mencatatkan kebaikan
(merit) dalam SSDM bagi murid yang telah menunjukkan sikap positif atau membantu guru-guru
dalam sesuatu tugasan/projek sepanjang persekolahan. Jumlah mata (merit) akan dipantau oleh
PK HEM dan yang terbaik akan dinobatkan sebagai ikon SSDM 2.0 bagi setiap bulan semasa
perhimpunan rasmi dengan pemberian sijil dan gambar mereka dilekatkan dipapan kenyataan.

3.3 Memperkasa Guru Kelas

Dalam usaha membaiki kehadiran, personel yang paling dekat dengan murid adalah guru kelas.
Oleh itu, komitmen sebagai guru kelas amat penting.

3.3.1 Briefing/Dialog Prestasi Kehadiran

135
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PROJEK `SInAR` [Saya Ingin Ambil Risiko…]

Guru-guru kelas diberi taklimat oleh pengetua dan PK HEM mengenai tindakan awal bagi mencegah
berlakunya ketidakhadiran yang serius. Kerja buat mereka dengan memberi tumpuan kepada murid
yang bermasalah kehadiran ke sekolah. Pengurusan APDM mesti sentiasa terkini. Guru kelas juga
diberi tips idea kreativiti untuk memastikan murid-murid menyedari tanggungjawab mereka.

3.3.2 KPI Guru Kelas

Untuk memandu guru-guru kelas mengawasi kehadiran murid-muridnya, pentadbir menyatakan


secara jelas KPI peratus kehadiran yang berbeza mengikut kelas masing-masing. KPI ini juga
dijadikan satu daripada aspek Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)
bagi guru kelas.

3.4 Zooming

Pendekatan untuk melihat secara berfokus sasaran sebenar yang menjadi isu kehadiran, maka
zooming menggunakan beberapa langkah iaitu:

3.4.1 Briefing/Questionaire

Murid-murid berisiko ponteng dikenal pasti dan dianalisis oleh Kaunselor. Satu perjumpaan khas
dengan pengetua yang memberi taklimat motivasi. Satu soal selidik diedarkan dan dianalisis
oleh Kaunselor untuk melihat pola ketidakhadiran berpunca dari aspek mana (LAMPIRAN 13-
3).

3.4.2 SUDi

Sasaran murid-murid berfokus dikecilkan kepada menengah atas dalam inisiatif Saya Ubah Diri
(SUDi) untuk membantu supaya dapat membaiki diri untuk satu perubahan yang memberi manfaat
untuk masa depan. Satu senarai nama mereka akan dipaparkan di papan kenyataan bulan dan
setiap pagi guru akan menanda kehadiran. Pemaparan nama tersebut dipercayai akan dapat satu
aura untuk ubah diri.

3.4.3 Kaunseling

Murid-murid yang telah menunjukkan perubahan walau pun sedikit dihantar kepada Kaunselor
untuk tindakan kaunseling berterusan. Begitu juga kumpulan sasaran sentiasa di bawah seliaannya.

3.5 Dashboard

Satu mekanisme untuk melihat big data dan dianalisis sebelum membuat sesuatu keputusan.

3.5.1 Dashboard Kehadiran

Dashboard kehadiran memaparkan data kehadiran bagi setiap kelas dengan jumlah peratus
kehadiran bulanan dan ranking yang akan dikemaskin setiap bulan oleh AKP setelah mendapat
data daripada PK HEM. Dashbord ini juga menunjukkan peratus purata keseluruhan setiap bulan.
Maklumat ini akan disampaikan semasa perhimpunan untuk makluman murid dan guru untuk
tindakan seterusnya.

136
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PROJEK `SInAR` [Saya Ingin Ambil Risiko…]

3.5.2 Dashboard APDM

Semua guru kelas boleh akses untuk kunci masuk kehadiran dan tindakan seterusnya untuk
murid yang tidak hadir setiap hari. Analisis daripada dashboard ini akan menjelaskan pencapaian
kehadiran bagi individu/kelas dan sekolah. PK HEM akan monitor murid untuk tindakan guru-
guru berkenaan sekiranya perlu.

3.5.3 Dashboard SSDM

Dashboard ini dapat menunjukkan laporan guru-guru ke atas kes atau amalan terbaik selain
tindakan untuk cetakan surat amaran/gantung/buang sekolah. Ia juga memaparkan senarai murid
yang perlu dirujuk kepada unit kaunseling dan tindakan. Data ini akan digunakan oleh Pentadbir/
PK HEM untuk tindakan seterusnya.

4.0 PENGAWALAN
Kawalan projek ini dilaksanakan secara berterusan dengan menggunakan beberapa mekanisme:

4.1 Carta Gantt


Penyelaras projek dapat memastikan semua aktiviti yang dirancang dilaksanakan mengikut jadual.
Sebarang perubahan dibuat makluman melalui media sosial.

4.2 Dashboard Data Kehadiran Murid


Semakan dashboard setiap awal bulan untuk memastikan ruang dashboard dilengkap dengan data
untuk makluman semua.

4.3 APDM (e-Kehadiran)


Kunci masuk data kehadiran ke APDM setiap hari. Oleh itu semua guru kelas perlu kemaskini
APDM setiap harii dan dipantau setiap hari, minggu dan hujung bulan oleh PK HEM.

4.4 Buku Log Kehadiran

Kehadiran taklimat/mesyuarat/perjumpaan dapat dilihat penglibatan dan tindakan bagi tugasan


setiap ahli. Buku log dijadikan sebagai evidens setiap tindakan.

4.5 Sistem SSDM

Setiap tindakan surat amaran pertama/kedua/ketiga dan buang mesti menggunakan format yang
telah ditetapkan dalam SSDM. Oleh itu, guru kelas perlu segera bagi setiap tindakan untuk
mengeluarkan surat berkaitan apabila telah cukup tempoh mengikut SOP.

4.6 Morning Review


Mengikut keperluan pengetua akan mengingatkan tindakan bagi setiap guru kelas mengenai urusan
kedatangan murid semasa perjumpaan dengan semua guru selepas perhimpunan rasmi supaya
tindakan segera diambil.

137
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PROJEK `SInAR` [Saya Ingin Ambil Risiko…]

4.7 Laporan Kedudukan Semasa


Laporan pencapaian peratusan kehadiran dan ranking setiap bulan dimaklumkan pada minggu
pertama setiap bulan di perhimpunan

Kesemua pendekatan pengawalan di atas telah dilaksanakan mengikut ketetapan dan sedikit
keanjalan masa yang disesuaikan kerana kekangan dengan tugasan di luar kawalan atau ad hoc.

5.0 PENILAIAN DAN IMPAK DATA

Kejayaan projek `SinAR` untuk menangani isu peratus kehadiran ke sekolah rendah dinilai
bersandarkan kepada beberapa indikator yang telah dianalisis. Pelaksanaan projek SinAR dalam
berapa fasa mengikut inisiatif yang ditetapkan di SMKWs telah menunjukkan impak positif di
mana peratus kehadiran telah meningkat.

5.1 Kehadiran Mengikut Bulan

Impak daripada insiatif Projek `SInAR` dengan memberi penekanan sahsiah, penampilan D`SeGaK
dan Quick Win, menunjukkan ada peningkatan kehadiran bulanan berbanding dengan tahun 2018.
Jadual 4 menunjukkan terdapat peratusan peningkatan bagi enam bulan iaitu sebanyak 2.84%
(Mac), 5.38% (Mei), 3.91% (Jun), 6.09% (Julai), 2.04% (Ogos) dan 0.67% (September).
Dapatan juga merekodkan pencapaian terbaik dalam bulan Julai iaitu 83.44% berbanding tahun-
tahun sebelumnya walaupun bulan puasa

Jadual 13.3: Perbandingan peratus purata kehadiran bulanan dan tahunan 2015-2019

BULAN/TAHUN 2015 2016 2017 2018 2019


JAN 97.99 83.75 91.48 93.18 90.85
FEB 77.12 80.08 80.85 84.34 84.28
MAC 81.6 81.11 80.75 81.41 84.25
APR 78.15 75.70 79.35 82.72 81.21
MEI 79.76 75.57 82.45 77.53 82.91
JUN 80.88 75.7 70.03 76.70 80.61
JUL 71.04 70.80 79.29 77.35 83.44
OGOS 77.26 73.81 83.01 79.18 81.22
SEPT 79.35 70.94 82.42 81.78 82.45
OKT 62.64 70.74 81.09 78.94 78.93
NOV 45.93 68.65 69.60 77.04 71.55
JUMLAH 831.72 826.85 880.32 890.17 901.7
% PURATA 75.61 75.16 80.02 80.92 81.97
Peningkatan peratus kehadiran

Keseluruhan peratus purata bagi tahun 2019 meningkat sebanyak 1.05% berbanding tahun 2018.
Walau bagaimanapun belum mencapai KPI 2019 iaitu 85%.

138
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PROJEK `SInAR` [Saya Ingin Ambil Risiko…]

5.2 Kehadiran Mengikut Kelas

Analisis dapatan bagi kehadiran mengikut kelas secara peratus purata menunjukkan 10 daripada 17
kelas melebihi TOV 2018 iaitu 80.92% (Jadual 5). Manakala peratus mencapai dan melebihi KPI
85% bagi tahun 2019 adalah sebanyak sembilan kelas (52.94%). Peningkatan ini menunjukkan
bahawa insiatif yang dilaksanakan mempunyai kesan positif. Manakala bagi kelas tingkatan tiga
terdapat penurunan peratus kehadiran kerana pada bulan Oktober dan November selepas tamat PT3,
program pasca PT3 kurang berjaya memenangi hati murid tingkatan tiga untuk hadir melibatkan
diri mereka sepenuhnya merupakan salah satu faktor penolak.h

Jadual 13.4: Perbandingan peratus kehadiran kelas tahun 2018 dan 2019
Kelas   2018 (%) 2019 (%)
Earth 85.73 85.00
1 Mars 85.65 86.03
1 Mecury 80.56 86.57
1 Venus 83.18 82.86
2 Mars 92.95 -
2 Mercury 84.01 80.92
2 Venus 71.69 74.17
3 Mars 90.21 76.81
3 Mercury 87.73 87.41
3 Venus 58.70 75.12
4 Jupiter 72.01 74.10
4 Neptune 72.70 75.97
4 Pluto 93.45 93.30
4 Uranus 75.22 91.08
5 Jupiter 74.10 75.95
5 Neptune 68.43 88.07
5 Pluto 92.51 93.21
5 Uranus   75.11 85.87

5.3 Kehadiran Bagi Murid Sasaran (Menengah Atas)

Carta Bar 1 menunjukkan lima murid menengah atas tingkatan 5 yang menjadi sasaran berfokus
dalam SUDi untuk membina harga diri hadir ke sekolah supaya bersedia menduduki SPM bagi
tempoh tiga bulan (Julai – September). Kelima-lima telah menunjukkan peningkatan kehadiran
yang sangat ketara iaitu Muhammad Aiffin 69.5%, Dineshkaran 35%, Navin Kumar 22% 66.7%
dan Deva Kumaar 21.2%. sementara Mohamad Farhan ada sedikt perubahan iaitu 3.8% pada
bulan September berbanding dengan Ogos. Indikator di atas membuktikan bahawa inisiatif SUDi
juga turut memberi kesan yang baik.

139
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PROJEK `SInAR` [Saya Ingin Ambil Risiko…]

Rajah 13.1: Peratus kehadiran murid berfokus Tingkatan 5

5.4 Program Sahsiah

Rajah 13.2: Bilangan murid memakai songkok mengikut tingkatan

Pelaksanaan beberapa inisiatif sahsiah telah dapat melahirkan sekumpulan murid yang menampilkan
pemakaian songkok (Carta Bar 2). Selain itu terdapat lapan tokoh D`SeGak dan 10 ikon Amalan
Terpuji SSDM 2.0. D`Segak telah melahirkan beberapa kumpulan murid khusus menengah rendah
untuk memakai songkok secara sukarela berbanding menegah atas iaitu 18 murid T1, 13 murid T2
dan 11 murid T3. Jumlah keseluruhan yang memakai songkok walau pun tidak konsisten adalah
57 daripada 146 murid beragama Islam (2019) iaitu 39.04% melebih sasaran 25%. Ini menujukkan
murid sedia menerima perubahan sekiranya diberi ruang dan peluang serta sokongan moral mahu
pun kewangan. Selain itu Unit HEM juga telah memilih ikon murid Amalan Terpuji SSDM2.0
bagi setiap bulan sebagai satu penghargaan dan pengiktiran untuk membina sahsiah. Manakala

140
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PROJEK `SInAR` [Saya Ingin Ambil Risiko…]

bagi aktiviti SUMur pula telah berjaya menghabiskan 11 modul yang ditetapkan sepanjang tahun.

5.0 RUMUSAN DAN PENUTUP


Projek `SInAR`telah dilaksanakan dengan jayanya bermula Januari sehingga November 2019
dengan melibatkan beberapa inisiatif/intervensi sebagai pelengkap dalam usaha menangani isu
kehadiran rendah bagi murid-murid SMK Westlands.

Berdasarkan data yang diperoleh telah menunjukkan ada peningkatan peratus kehadiran
murid tetapi masih belum mencapai KPI 85% yang ditetapkan. Oleh itu, satu postmortem perlu
dijalankan untuk membuat penambahbaikan pada tahun seterusnya. Berpandukan sistem APDM
KPM yang memaparkan kedudukan sebenar status kehadiran murid setiap hari dapat membantu
tindakan segera yang perlu diambil bagi setiap pihak berkaitan (murid guru, ibu bapa dan komuniti/
PPD/JPN) juga boleh diambilkira. Kerjasama guru-guru kelas agar sentiasa peka dan prihatin
terhadap kepentingan kehadiran murid-murid ke sekolah perlu diberi penekanan dan tindakan
segera supaya dapat dielakkan murid dikenakan tindakan buang. Selain itu, PdPc perlulah lebih
menarik yang berkonsepkan PAK 21 dengan melibatkan sepenuhnya murid.

Pandangan dan harapan saya bahawa Pogram ProPeKS ini amat membantu pentadbir
sekolah dalam menguruskan sesuatu isu dengan sistematik. Beberapa penambahbaikan boleh
dilakukan seperti bimbingan yang lebih kerap sama ada bersemuka atau atas talian serta banyakkan
perkongsian idea. Manakala pihak JPN perlu membina satu taskforce/think tank yang dapat
membantu dan bukan sekadar memantau dan mendengar taklimat daripada peserta semata-mata
dan memberi ulasan.

6.0 RUJUKAN

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6./1995: Menangani Masalah Ponteng Di Sekolah 5 September


1995

https://www.youtube.com/watch?v=_3A8hX2CcsM

https://ms.wikipedia.org/wiki/Ponteng

http://www.westonfavellacademy.org/page/?title=Attendance&pid=70

141
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PROJEK `SInAR` [Saya Ingin Ambil Risiko…]

LAMPIRAN 13-1

142
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PROJEK `SInAR` [Saya Ingin Ambil Risiko…]

LAMPIRAN 13-2

Jadual 13.5: Carta Gantt Projek `SinAR`

BULAN

BIL AKTIVITI

JAN
FEB
MAC
APR
MEI
JUN
JUL
OGOS
SEPT
OKT
NOV
1. Analisis Persekitaran
a. Semakan data
b. Perbincangan/pemerhatian
2 Pembentukan JK
a. Mesyuarat MPT
b. Mesyuarat/Perjumpaan Guru
c. Mesyuarat PIBG
3 Pemerkasaan Guru Kelas
a. TaklimatAPDM
b. Dialog Prestasi
c. KPI Guru Kelas
4 Carrot n Stick
a. Kuiz / Quick Win
b. Clearance Stock
c. Big Win – Cash/Cert
5 Program Sahsiah
a. D`SeGaK
b. Ikon SSDM 2.0
c. SUMur
6 Zooming
a. Briefing/Questionarie
b. SUDi
c. Kaunseling
7 Dashboard
a. Kehadiran Kelas Bulan/Tahun
b. BSSDM/APDM
8 Penilaian dan Post Mortem
a. Analisis Dashboard
b. Analisis Maklumat
9 Dokumentasi

143
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PROJEK `SInAR` [Saya Ingin Ambil Risiko…]

LAMPIRAN 13-3

SOAL SELIDIK KAJIAN KES PONTENG SIRI 1-2 /2019


Tandakan [] pada ruang yang disediakan. Anda boleh menanda lebih daripada satu bagi setiap
ruang.

FAKTOR BIL PERNYATAAN TANDA []

1 Bapa Tidak Hantar Ke Sekolah - tiada duit


2 Bapa Tidak Hantar Ke Sekolah - tiada kenderaan
3 Bapa Tidak Hantar Ke Sekolah - kerja malam
KELUARGA 4 Miskin (tiada duit/tiada sarapan)
5 Ibu Bapa Berpisah
6 Kurang Mendapat Perhatian Di Rumah
7 Ibu bapa tidak kisah saya hadir ke sekolah
8 Saya Bekerja
9 Tidak Berminat

DIRI SENDIRI 10 Lewat Bangun / Malas bangun


11 Saya Selalu Sakit
Saya Tidak Faham dan Tidak Dapat Mengikuti
12
Pelajaran di Sekolah
13 Tidak minat/suka dengan sesetengah guru di sekolah
14 Peraturan Sekolah Ketat. - Sering didenda
15 Kaedah Pembelajaran Membosankan - tiada faktor menarik

SEKOLAH 16 Kerja rumah banyak

17 Tidak Hadir Rabu - Tiada Uniform


18 Sekolah habis lewat (nak balik awal 2.00ptg)
19 Sekolah tidak ceria atau menarik

20 Guru Tidak/Mahu mengajar -tiada perhatian daripada guru

21 Pengaruh Rakan Sebaya


22 Tiada rakan di sekolah
RAKAN
23 Saya ada masalah dengan rakan di sekolah
24 Saya ada masalah cinta
25 Saya dibuli oleh rakan-rakan
25 Jarak rumah dari sekolah sangat jauh
26 Cuaca (Seperti Hujan) dan panas
LAIN-LAIN
27 Saya tidak dipedulikan di sekolah
28 Tidak suka ke sekolah pada hari ganti

144
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
CAknA (CAKNA AKHLAK DAN AKADEMIK)

ROSLAN BIN YUSOF, PhD.


Pengetua, SMK Hutching, Georgetown
PEA1092@moe.edu.my

NOOR HASHIMAH BINTI HASHIM, Ph.D


Pensyarah Pembimbing IAB Cawangan Utara

noorhashimah@iab.edu.my
ROLAND @ ROZAIDI BIN ABU HASSAN,
SIP+ PPD Timur Laut Penang

ABSTRAK

Pelaksanaan Program Pelonjakan Kepimpinan Sekolah (ProPeKS) adalah selaras dengan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 di bawah anjakan ke-5 yang telah menggariskan
salah satu tranformasi utama sistem pendidikan, iaitu memastikan kepimpinan berprestasi tinggi
ditempatkan di setiap sekolah. Program ini menempatkan PGB Berprestasi Tinggi di Sekolah
Berprestasi Rendah dan dibimbing oleh SIPartner+, Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah, Pegawai
Jabatan Pendidikan Negeri dan Pensyarah Institut Aminuddin Baki dalam misi melonjakkan
prestasi Sekolah Berprestasi Rendah. Sampel diambil daripada Sekolah Berprestasi Rendah iaitu
SMK Hutchings yang mempunyai enrolmen murid yang kecil iaitu 171 orang pada tahun 2019.
Sekolah ini dipilih oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri
untuk mengambil bahagian dalam ProPeKS yang akan dijalankan selama tiga tahun dari 2019
hingga 2021.Pelaksanaan program ini adalah untuk melihat satu perubahan yang signifikan dalam
pencapaian akademik dan sahsiah murid SMK Hutchings melalui Program Budaya Cakna Peneraju
Hutchings yang akan diterjemahkan melalui aktiviti yang berimpak tinggi ke arah Kecemerlangan
Akhlak dan Akademik Murid SMK Hutchings. Hasil ProPeKS menunjukkan terdapat perubahan
dari segi akademik dan kehadiran murid dalam kalangan murid SMk Hutchings pada tahun 2019.
Peratus lulus BM dan Sejarah sekolah diukur daripada Peperiksaan Percubaaan SPM telah
melonjak daripada 72.97 masing-masing pada tahun 2018 kepada 84.62 dan 87.50 pada tahun
2019. Peratus kehadiran 7 daripada 11 kelas juga menunjukkan peningkatan lebih daripada nilai
TOV iaitu 82.90%.

Kata kunci: pencapaian akademik, sahsiah murid, nilai kasih sayang

1.0 PENGENALAN

Sekolah Menengah Kebangsaan Hutchings merupakan sebuah sekolah yang mempunyai enrolmen
yang kecil iaitu terdiri daripada 171 orang murid pada awal tahun 2019. Kepimpinan sekolah

145
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
CAknA (Cakna Akhlak Dan Akademik)

ini diterajui oleh Dr. Roslan bin Yusof yang memikul tanggungjawab sebagai pengetua di SMK
Hutchings pada bulan Julai 2017 apabila beliau menerima kenaikan pangkat sebagai pengetua
daripada jawatan Penolong Kanan Pentadbiran. Kehadiran beliau di SMK Hutchings adalah
untuk bersama-sama membantu sekolah yang berada di band 6 ini supaya meningkat ke Band 5.
Sebenarnya tugas yang diamanahkan kepada Dr. Roslan memang berat memandangkan prestasi
akademik dan motivasai murid-murid sekolah ini agak rendah. Hal ini menjadi hambatan yang
besar untuk mengeluarkan sekolah ini daripada Band 6. Namun begitu, hasil pemantauan dan
penganalisisan oleh pengetua, beliau akhirnya telah mengenal pasti permasalahan dan merancang
pelan strategik untuk mengatasinya.

Pada peringkat awal Dr. Roslan menyandang jawatan pengetua di sekolah ini, prestasi
sekolah yang diukur dari segi Gred Purata Sekolah (GPS) bagi peperiksaan SPM dan peratus
layak dapat sijil juga rendah. GPS sekolah bagi tahun 2018 ialah 7.42 berbanding dengan GPS
pada tahun 2017 ialah 7.16. Pelaksanaan Program Pelonjakan Kepimpinan Sekolah (ProPeKS)
yang bermula pada tahun 2019 telah membuka satu lembaran baru bagi SMK Hutchings kerana
Dr. Roslan bin Yusof telah diberikan satu mandat apabila dianugerahkan pengetua Berprestasi
Cemerlang pada tahun 2018. Sebagai langkah permulaan, semua pendidik yang berkhidmat di
sekolah ini telah duduk bersama-sama dan memerah otak serta melahirkan idea-idea yang bernas
untuk mengeluarkan sekolah dari kepompong prestasi yang rendah. Dalam tempoh masa sembilan
bulan, pelaksanaan ProPeKS telah menyaksikan satu kemajuan yang posiitf walaupun tidak begitu
ketara.

Secara umumnya, tahap motivasi murid dalam pelajaran di sekolah ini rendah kerana
kehadiran murid dan pelibatan mereka dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum berada pada
tahap yang rendah juga. Pada tahun 2017, peratus kehadiran empat tingkatan daripada keseluruhan
adalah kurang daripada 82%. Walau bagaimanapun, hasil Program Akhlak Terpuji yang
diperkenalkan oleh Dr. Roslan, kehadiran pada tahun 2018 menunjukkan sedikit peningkatan iaitu
tiga daripada empat tingkatan yang menghadapi masalah kehadiran itu mencatatkan kehadiran
lebih daripada 84%.

Program Pelonjakan Kepimpinan Sekolah pasti akan membawa satu harapan baru
kepada SMK Hutchings yang dikategorikan sebagai Sekolah Berprestasi Rendah (SBR) yang
bermaksud sekolah yang berada pada band 6 dan 7 berasaskan pengukuran Standard Kualiti
Pendidikan Malaysia (SKPMg2) dan Gred Purata Sekolah (Kementerian Pendidikan Malaysia,
2018). Pelabelan SBR harus diubah dengan melonjakkan prestasi sekolah supaya keluar dari Band
6 NKRA. Falsafah Dr. Roslan bin Yusof iaitu Budaya Cakna Ke Arah Kecemerlangan Akhlak
Dan Akademik Murid SMK Hutchings sentiasa dijadikan landasan kepada pelaksanaan ProPeKS.
Di samping itu, beliau juga berpegang kuat kepada prinsip-prinsip berikut untuk memantapkan
pelaksanaan ProPeKS iaitu:

a) Cakna agama
b) Cakna ibu bapa
c) Cakna kebajikan guru
d) Cakna kemenjadian murid
e) Cakna S4M2B ( Senyum, Salam, Sayang, Sabar, Maaf, Berilmu dan Beramal)

146
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
CAknA (Cakna Akhlak Dan Akademik)

2.0 MENGENAL PASTI MASALAH DAN PENAMBAHBAIKAN

Masalah utama yang dihadapi oleh SMK Hutchings ialah murid-murid kurang berminat dalam
aktiviti pembelajaran. Natijahnya, keputusan SPM iaitu GPS 7.42 pada tahun 2018, tidak
memberangsangkan lalu meletakkan sekolah di Band 6. Peratus murid yang layak mendapat sijil
SPM iaitu murid-murid yang lulus mata pelajaran teras Bahasa Melayu dan Sejarah adalah rendah.
Murid yang layak mendapat sijil SPM pada tahun 2016 ialah 55.56%, pada tahun 2017 ialah
62.96% dan pada tahun 2018 ialah 70.27%. Walaupun terdapat peningkatan dalam peratus murid
yang layak mendapat sijil SPM tetapi pencapaian tersebut masih rendah memandangkan murid
mempelajari Bahasa Melayu sejak di sekolah rendah lagi, lagi pun bahasa Melayu merupakan
bahasa pengantar dan juga bahasa kebangsaan negara kita.

Begitu juga dengan mata pelajaran Sejarah yang merangkumi tajuk-tajuk penting tentang
sejarah Malaysia dan negara-negara lain di dunia. Faktor kegagalan murid dalam peperiksaan SPM
ialah kegagalan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah. Pencapaian mata pelajaran
Bahasa Melayu dalam SPM pada tahun 2018 menunjukkan penurunan kerana catatan Gred
Purata Mata Pelajaran (GPMP) ialah 7.51 jika dibandingkan dengan tahun 2017, GPMP Bahasa
Melayu ialah 6.56. Mata pelajaran Sejarah juga merosot kerana pada tahun 2018, GPMP ialah 7.46
sedangkan pada tahun 2017 catatan GPMP ialah 7.06.

Isu kedua yang menjadi fokus dalam ProPeKS ialah masalah ketidakhadiran murid ke
sekolah. Purata kehadiran pada tahun 2017 hanya 78.24% dan pada tahun 2018 ialah 82.90% sahaja.
Masalah ketidakhadiran ini berlaku disebabkan murid tidak hadir ke sekolah tanpa sebarang sebab
yang kukuh. Terdapat juga segelintir murid yang tidak hadir ke sekolah kerana bekerja sambilan
atau membantu ibu bapa mereka menjaja. Kehadiran yang rendah lebih ketara dalam kalangan
murid-murid dari kelas yang berpencapaian akademik yang rendah juga. Contohnya, pada tahun
2017, kehadiran kelas 3 Arif ialah 55.00% manakala kelas 4 Innovative ialah 62.06% sahaja. Pada
tahun 2018 pula, kedua-dua kelas ini masih mencatatkan kehadiran yang paling rendah iaitu kelas
3A ialah 75.74% dan kelas 4 Innovative ialah 71.85%.

Akibat masalah-masalah ini, guru-guru menghadapi kesukaran menjalankan aktiviti


pembelajaran dan kokurikulum secara berkesan. Guru-guru juga menghadapi masalah disiplin
murid yang berpunca daripada murid-murid yang tidak mengamalkan tingkah laku yang berakhlak
mulia. Kesalahan-kesalahan yang ringan adalah seperti lewat datang ke sekolah dan tidak
berpakaian kemas, justeru bilangan salah laku murid bagi tahun 2018 adalah sebanyak 19 kes.
Walaupun bilangan ini kecil tetapi mencatatkan 11% daripada enrolmen murid iaitu 171 orang.
Masalah-masalah ini telah menyebabkan guru-guru di sekolah ini tidak bersemangat dan kurang
mengamalkan budaya kerja berpasukan. Buktinya, skor Standard 4 SKPMg2 pada tahun 2018
hanya 83.48 sahaja. Tambahan pula guru yang mencapai mata kredit dalam bidang pengurusan
sumber manusia ialah 3.33% sahaja dan angka ini sememangnya sangat rendah.

Masalah-masalah lain yang menjadi penyumbang kepada isu pencapaian akademik dan
kehadiran ialah kekurangan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi termasuk komputer
dan LCD. Komputer notebook yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia yang
disimpan di Makmal Komputer kebanyakannya telah rosak. Bilik darjah pula tidak ceria dan

147
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
CAknA (Cakna Akhlak Dan Akademik)

catnya sudah pudar serta pintu bilik darjah sudah rosak. Tandas yang rosak dan kurang selesa,
ketiadaan sebuah padang untuk melatih mereka dalam bidang sukan terutamanya bidang olahraga
dan bola sepak. Peralatan sukan seperti raket badminton dan bola tidak mencukupi. Ibu bapa juga
kurang memberikan sokongan dan tidak begitu mengambil berat tentang pembelajaran anak-anak
mereka. Perkara ini ternyata apabila peratus kehadiran ibu bapa ke Mesyuarat Agung pada tahun
2019 ini hanya mencapai 24.55% sahaja.

Oleh yang demikian, bagi meningkatkan pencapaian sekolah dan melahirkan murid-
murid yang bersahsiah tinggi, pengetua bersama-sama Ahli Jawatankuasa ProPeKS SMK
Hutchings telah membuat suatu perancangan yang strategik untuk mengatasi masalah atau isu di
SMK Hutchings.

3.0 PELAKSANAAN P-O-L-C

Bagi menjayakan ProPeKS di SMK Hutchings, langkah-langkah yang bijak dan rapi telah
dilaksanakan secara berperingkat-peringkat dengan menggunakan konsep Planning, Organizing,
Leading dan Controlling (P-O-L-C) yang menjadi panduan kepada setiap pengurus atau pentadbir
yang mengetuai sesebuah organisasi seperti sekolah.

3.1. Planning ( Merancang)

Bagi memastikan pelaksanaan ProPeKS berjalan dengan lancar, kolaboratif antara pentadbir dan
guru-guru SMK Hutchings untuk menghasilkan satu perancangan strategik dan pelan taktikal
yang memfokuskan dua strategi utama iaitu meningkatkan pencapaian iaitu dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu dan Sejarah dan peratus kehadiran murid telah diwujudkan. Dalam mencapai
objektif tersebut, pengetua telah melaksanakan beberapa perancangan. Antaranya ialah;

i. Menentukan visi, misi dan moto


ii. Menetapkan matlamat dan objektif
iii. Menyusun strategi

Bagi mencapai matlamat melonjakkan kecemerlangan akademik dan pembentukan akhlak terpuji,
pihak sekolah merangka dua strategi utama iaitu meningkatkan prestasi akademik dan kehadiran
murid-murid SMK Hutchings. Pelbagai aktiviti telah dirancang di bawah Program Budaya Cakna
Peneraju Hutchings.

iv. Merancang tindakan bagi mencapai matlamat.


Antara perancangan yang dibuat ialah:
e) Pemetaan 3 Tahun (LAMPIRAN 14-1).
f) Pelan Tindakan / Taktikal (LAMPIRAN 14-2).

3.2. Organising (Mengurus)

Beberapa langkah telah diambil oleh pengetua untuk menguruskan sumber manusia dan kewangan
mengikut kerangka P-O-L- C iaitu:

148
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
CAknA (Cakna Akhlak Dan Akademik)

i. Merangka Struktur Organisasi


ii. Pengagihan Peruntukan Sumber
iii. Reka Bentuk Kerja
iv. Pelaksanaan

Antara program intervensi yang dilaksanakan oleh Panitia Bahasa Melayu dan Panitia Sejarah
untuk meningkatkan pencapaian akademik adalah seperti berikut;

a) Anak Bestari ( Murid Cemerlang-BM)


b) Jantung Hati (Murid Sederhana-BM)
c) Marilah Sayang (Murid Lemah-BM)
d) Imbasan 2018 (Murid Cemerlang-Sejarah)
e) Old is Gold (Murid Galus-Sejarah)

Aktiviti-aktiviti untuk memantapkan sahsiah murid ke arah melahirkan murid yang berakhlak
cemerlang telah dilaksanakan secara kolaboratif oleh Unit Hal Ehwal Murid, Unit Kokurikulum
dan Unit Bimbingan dan Kaunseling. Beberapa aktiviti yang diharapkan mampu menarik minat
murid untuk hadir ke sekolah dan melibatkan diri dalam proses pengajaran secara berkesan adalah
seperti berikut:

a) Kelas Berwatak Kasih Sayang (HEM)


b) Guru Penyayang (Unit Bimbingan dan Kaunseling)
c) Sentuhan Jiwa (Unit Kurikulum)
d) Ada Yang Peduli (Unit HEM)
e) Ziarah Cakna (Unit HEM)
f) Cergas dan Cerdas (Unit Kokurikulum)

3.3. Leading (Kepimpinan)

Secara amnya kepimpinan merupakan keupayaan mempengaruhi, memotivasi, mengubah sikap


dan tingkah laku seseorang supaya bersetuju untuk melaksanakan perubahan ke arah mencapai
matlamat organisasi. Gaya kepimpinan yang dipraktikkan oleh pengetua dalam mencapai matlamat
ProPeKS merupakan kombinasi antara gaya kepimpinan Islam, transformasional dan demokratik.
Beliau percaya bahawa dengan berpegang pada konsep pemupukan budaya cakna yang meletakkan
kasih sayang sebagai nilai yang tonggak dalam kalangan warga sekolah terutama dalam kalangan
guru akan melahirkan murid-murid yang berakhlak terpuji dan cemerlang dalam akademik.

Pengetua juga selalu memberikan peluang kepada guru-guru untuk meluahkan pendapat
dan idea berkaitan dengan ProPeKS supaya perasaan kekitaan wujud dalam kalangan guru. Maklum
balas dan pendapat guru-guru amat penting untuk penambahbaikan aktiviti-aktiviti Program
Budaya Cakna Peneraju Hutchings. Corak kepimpinan pengetua yang menghargai daya usaha
guru-guru yang merancang, melaksana dan menilai aktiviti-aktiviti tersebut menjadi pendorong
kepada mereka untuk terus memberikan sokongan dan kerjasama kepada kemajuan sekolah.

149
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
CAknA (Cakna Akhlak Dan Akademik)

3.4. Controlling (Kawalan)

Bagi membentuk dan membangunkan organisasi yang semakin berkembang dan kompleks
memerlukan penyelarasan dan kawalan menguruskannya. Oleh itu, kemahiran mengawal adalah
perlu bagi mempengaruhi sumber manusia untuk bekerjasama ke arah matlamat yang sama dan
mewujudkan keadaan untuk tindak balas secara kolektif.

Sebagai seorang pemimpin, pengetua mengkoordinasi sumber tenaga dalam organisasi


dengan cemerlang bagi mendapat hasil yang terbaik. Kemahiran menyusun atur sesuatu organisasi
dengan cara yang harmoni dan berhemah meletakkan beliau sebagai pemimpin dihormati serta
dijadikan teladan oleh guru-guru di bawah pentadbirannya.

Bagi memastikan pencapaian KPI yang ditetapkan dalam Pelan Tindakan, pengetua telah
mengimplimentasikan beberapa kaedah kawalan yang membawa kejayaan dalam ProPeKS seperti
melalui Penyemakan Buku Rekod Mengajar, Pencerapan, Dialog Prestasi, Mesyuarat Kurikulum
dan Mesyuarat Guru, Taklimat, Penyemakan Buku Latihan, Kawalan e-Hadir Murid, Perbincangan
Dari Hati Ke Hati, Buku Pemantauan Kawalan Pelajar, Buku Pemantauan Pengurusan dan Sesi
Refleksi Bersama Guru.

4.0 PENILAIAN DAN IMPAK DATA

Penilaian dan impak diukur berdasarkan kepada dua elemen iaitu akademik dan kehadiran murid.

4.1. Penilaian dan Impak terhadap Akademik

Dari segi akademik, peningkatan diukur dalam kalangan murid tingkatan 5 memandangkan
keputusan SPM dijadikan penentu kepada Gred Purata Sekolah. Keputusan Peperiksaan Percubaan
(PPC) SPM 2019 telah memperlihatkan satu peningkatan dalam peratus kelulusan untuk mata
pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah. Bahasa Melayu mencatatkan GPMP sebanyak 5.19
berbanding dengan pencapaian GPMP dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) iaitu 6.81.
Peratus murid yang lulus BM juga meningkat kepada 84.62 % daripada 53.85 % iaitu peningkatan
sebanyak 30.77 %. Mata pelajaran Sejarah juga menunjukkan peningkatan yang cemerlang. GPMP
dalam PPT ialah 6.91 manakala GPMP PPC SPM ialah 5.17. Peratus kelulusan Sejarah juga
melonjak daripada 41.18% kepada 87.50%. Murid yang mendapat Gred A dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu adalah sebanyak 7 orang. Dalam mata pelajaran Sejarah murid yang mendapat
gred A ialah 5 orang. Pencapaian ini merupakan satu peningkatan yang baik kerana markah TOV
menunjukkan hanya 2 orang murid mendapat A dalam Bahasa Melayu. Data pencapaian murid
tingkatan 5 tahun 2019 ditunjukkan dalam LAMPIRAN 14-3).

Sebenarnya, dua daripada tiga objektif yang ditetapkan dalam pencapaian murid-murid
SPM iaitu 79% murid lulus SPM dan layak mendapat sijil dalam peperiksaan SPM pada tahun
2021 dan GPS 6.50 dalam peperiksaan SPM pada tahun 2021 telah dicapai dalam Peperiksaan
Percubaan SPM 2019 ini iaitu masing-masing 84.62 % dan 87.50 % murid telah lulus mata
pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah berbanding dengan sasaran yang ditetapkan untuk tahun
2019 ialah 75% sahaja.

150
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
CAknA (Cakna Akhlak Dan Akademik)

4.2 Penilaian Dan Impak Data

Impak daripada intervensi-intervensi sahsiah yang dilaksanakan bagi membudayakan kecaknaan


dalam kalangan murid-murid dengan memupuk nilai kasih sayang terhadap diri sendiri dan
sekolah, kehadiran murid ke sekolah meningkat. Peningkatan ini sangat ketara dalam kalangan
murid menengah rendah. Jadual 14.1 di bawah menunjukkan data kehadiran bagi setiap tingkatan
bagi tahun 2017 hingga tahun 2019.

Jadual 14.1: Peratus Kehadiran Kelas Mengikut Tahun 2017, 2018 dan 2019

Kelas 2017 2018 2019


(%) (%) (%)
Peralihan Bestari 76.38 92.19 86.55
1 Arif 82.65 88.47 85.34
1 Bestari 87.61 92.97 86.45
2 Arif 75.17 82.52 86.80
2 Bestari 88.70 88.03 93.62
3 Arif 55.03 75.74 74.92
3 Bestari 78.66 86.38 87.16
4 Quantum 89.62 80.34 -
4.Corporate 77.65 71.88 79.32
4 Innovative 62.06 74.97 69.76
5 Corporate 83.41 91.48 85.59
5 Innovative 66.42 67.94 63.11

Apabila dihantar ke SMK Hutchings sebagai pengetua pada tahun 2017, peratus
kehadiran beberapa tingkatan agak rendah tetapi telah memperlihatkan kenaikan yang baik pada
tahun 2019. Peningkatan yang paling signifikan ialah kelas 3A mencatatkan kehadiran sebanyak
55.03% sahaja pada tahun 2017 tetapi telah meningkat kepada 74.92% pada tahun 2019 dengan
peningkatannya sebanyak 19.89%. Kehadiran 2A telah meningkat daripada 75.17% pada tahun
2017 kepada 86.80% pada tahun 2019 iaitu sebanyak 11.63%. kedua-dua kelas ini juga telah
memenangi Pertandingan Kelas Berwatak Kasih Sayang 2019. Sebuah kelas lagi yang menunjukkan
peningkatan ialah 4 Innovative iaitu sebanyak 62.06% pada tahun 2017 kepada 69.76% pada tahun
2019. Peningkatan ketiga-tiga kelas ini sangat bermakna kepada pihak sekolah kerana kelas-kelas
biasanya terdiri daripada murid-murid yang lemah dari segi akademik dan juga bermotivasi rendah
serta mempunyai peratus ketidakhadiran yang sangat tinggi.

151
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
CAknA (Cakna Akhlak Dan Akademik)

Kehadiran bagi tahun 2019 yang ditinjau selepas aktiviti Kelas Berwatak Kasih Sayang
dijalankan, kelas-kelas tertentu seperti 2 Arif, 2 Bestari, 3 Arif, 3 Bestari, 4 Corporate, 4 Innovative
dan 5 Corporate telah mencatatkan peningkatan. Berdasarkan Jadual 1, tiga kelas yang mencatatkan
peningkatan kehadiran yang paling ketara ialah kelas 4 Corporate yang meningkat daripada 75.70%
pada bulan Jun kepada 89.73% pada bulan September iaitu peningkatan sebanyak 14.03%. Kelas
5 Innovative juga menunjukkan kenaikan iaitu daripada 55.74% pada bulan Jun kepada 68.75%
pada bulan September yang mencatatkan perbezaan sebanyak 13.01%. Kelas 4 Innovative juga
mencatatkan peningkatan sebanyak 9.25% iaitu pada bulan Jun, kehadirannya ialah 70.13% tetapi
pada bulan September, kehadirannya ialah 79.38% .

5.0. RUMUSAN DAN PENUTUP

Gaya kepemimpinan menjadi jentera yang menggerakkan pentadbiran sesebuah sekolah. Jatuh
bangun sesebuah sekolah bergantung kepada kepimpinan pengetua sekolah tersebut. Matlamat
sekolah yang dimanifestasikan dalam Perancangan Strategik hanya akan tercapai dengan kecekapan
pengetua mentadbir sekolah untuk melonjakkan kecemerlangan sekolahnya. Selaras dengan itu,
adalah amat penting bagi warga sekolah tersebut untuk menghayati satu budaya yang menjadi serasi
dan diamalkan secara kolektif. Menyedari hal ini, pengetua SMK Hutchings, telah memilih budaya
yang berteraskan nilai kasih sayang iaitu Budaya Cakna Peneraju Hutchings yang dijadikan senjata
untuk mencapai segala sasaran yang ditentukan dalam ProPeKS ini. Dengan berlandaskan budaya
tersebut, pengetua telah menentukan hala tuju organisasi dengan jelas kepada warga sekolah untuk
menonjolkan dan mengembangkan potensi diri dalam lapangan intelek, kokurikulum dan sahsiah.

Persefahaman semua warga dalam semua aktiviti, keputusan dan pendekatan


musyawarah serta hubungan baik dengan pelbagai pihak luar, antaranya pensyarah pembimbing
dari IAB, pegawai - pegawai JPN Pulau Pinang, PPD, PIBG, Alumni serta warga SMK Hutchings
telah memberikan sumbangan secara langsung serta tidak langsung dalam meletakkan kepimpinan
Tn.Roslan bin Yusof sebagai pengetua Berpretasi Cemerlang untuk merealisasikan matlamat
ProPeKS yang bertemakan Budaya Cakna Ke Arah Kecemerlangan Akhlak Dan Akademik Murid
SMK Hutchings.

6.0 RUJUKAN
Kementerian Pendidikan Malaysia (2013), Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2017), Surat Siaran Perlaksanaan Program PIMAS


KPM.600-14/1/60 Jld.6(80) bertarikh 12 September 2017.

Mohd Salleh Bin Mahat (2004), Jurnal Penyelidikan MPBL, Jld.5, 2004, Perkongsian Dalam
Pendidikan – Fokus Di Sekolah.

152
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Jadual 14.2: Pemetaan 3 Tahun (2019-2021)

9 BIDANG TAHUN 1 TAHUN 2 TAHUN 3


SKKSM 2019 2020 2021
Tahun1: 2 bidang
PENCAPAIAN
SASARAN SASARAN PENCAPAIAN SASARAN PENCAPAIAN
Tahun 2: 5 bidang KPI TOV SEBENAR
PRESTASI PRESTASI SEBENAR PRESTASI SEBENAR
(Percubaan SPM)
Tahun 3: 9 bidang

KURIKULUM 1, Peratus lulus BM 72.97 % 75 % 84.62 % 77 % 79 %

2. Peratus lulus Sejarah 72.97 % 75 % 87.50 % 77 % 79 %

1.Peningkatan GPMP BM 7.51 6.27 5.19 6.2 6.1

2.Peningkatan GPMP 7.46 6.39 5.17 6.2 6.1


Sejarah

7 / 11 kelas
HEM Peratus Kehadiran 82.90 % 85 % 86 % 87 %
melebihi 85 %

Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang


153
LAMPIRAN 14-1
CAknA (Cakna Akhlak Dan Akademik)
154
Jadual 14.3: Pelan Tindakan / Taktikal Sekolah 2019

Bil Bidang/Fokus Program/ Aktiviti Sasaran Mula Tamat Penyelaras Catatan


Projek
1 Peningkatan Program Anak Bimbingan Individu dan Murid Cemerlang Januari November PK Pentadbiran
GPMP Bestari Secara Kumpulan Guru Kanan Bidang
CAknA (Cakna Akhlak Dan Akademik)

Program Minda Bimbingan Individu dan Murid Baik Januari November PK Pentadbiran
Cerdas Secara Kumpulan Guru Kanan Bidang
Program Teknik Menjawab Murid Baik dan Jun September Ketua Panitia
Teleskop Soalan Peperiksaan dan Cemerlang
Soalan KBAT

Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang


2 Peningkatan Program Bimbingan Secara Murid Sederhana Februari November Guru Kanan
Peratus Lulus Menggilap Individu dan Lemah Ketua Panitia
BM dan Sejarah Bintang
Program Jati Diri Persembahan dalam Murid Sederhana Februari November Guru Kanan
Perhimpunan dan Kuiz dan Lemah Ketua Panitia
3 Meningkatkan Guru Penyayang Menyambut Murid di Semua murid Januari Oktober Pengetua, PK,
Kehadiran Murid Pintu Pagar Kaunselor
Sentuhan Jiwa Memberikan Sarapan Semua murid Jun Oktober PK Pentadbiran,
Pagi Kaunselor
Kelas Berwatak Menceriakan Kelas Semua murid Jun Oktober AJK 3K, Setiausaha
Kasih Sayang PIBG
Ziarah Cakna Lawatan ke Rumah Murid yang tidak Februari November PKHEM , Guru Kelas
hadir tanpa sebab
Ada Yang Peduli Merekodkan kelewatan Murid yang lewat Februari November PK HEM
ke sekolah dan dihantar
kepada kaunselor
LAMPIRAN 14-2
Analisis Keputusan Peperiksaan Percubaan SPM 2019
Bil MP A+ A A- B+ B C+ C D E G
Lulus
GPMP

Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil %

1 BM 1 3.85 1 3.85 5 19.23 3 11.54 1 3.85 1 3.85 3 11.54 0 0 7 26.92 4 15.38 22 84.62 5.19

2 BI 0 0 2 8 2 8 1 4 2 8 1 4 4 16 1 4 1 4 11 44 14 56 6.4

3 PI 0 0 0 0 0 0 0 0 3 25 0 0 2 16.67 0 0 2 16.67 5 41.67 7 58.33 7.08

4 SEJ 1 4.17 3 12.5 1 4.17 1 4.17 4 16.67 3 12.5 4 16.67 0 0 4 16.67 3 12.5 21 87.5 5.17

5 MT 0 0 1 3.7 0 0 0 0 0 0 0 0 1 3.7 0 0 3 11.11 22 81.48 5 18.52 8.48

6 MAT 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 2 100 0 0 9

7 SC 0 0 1 3.7 2 7.41 0 0 1 3.7 2 7.41 1 3.7 1 3.7 9 33.33 10 37.04 17 62.96 7.19

8 BIO 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 1 50 1 50 0 0 0 0 0 0 2 100 5.5

9 FIZIK 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 1 50 0 0 1 50 1 50 8

10 KIMIA 0 0 0 0 0 0 0 0 1 50 0 0 0 0 0 0 1 50 0 0 2 100 6

11 BC 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 2 66.67 0 0 0 0 1 33.33 2 66.67 7

12 PSV 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 4 23.53 8 47.06 4 23.53 1 5.88 0 0 17 100 6.12

13 PA 0 0 1 20 0 0 0 0 1 20 0 0 1 20 0 0 1 20 1 20 4 80 5.6

14 PM 0 0 2 14.29 0 0 1 7.14 0 0 3 21.43 0 0 0 0 1 7.14 7 50 7 50 6.5

Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang


15 PRN 0 0 1 14.29 0 0 0 0 1 14.29 0 0 2 28.57 1 14.29 1 14.29 1 14.29 6 85.71 5.86

155
LAMPIRAN 14-3
CAknA (Cakna Akhlak Dan Akademik)
156
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PROJEK DOUBLE-C

PURIZAH BINTI ABD. LATEH


Pengetua, SMK Guar Nangka
smkguarnangka@gmail.com

NORIHAN BINTI AZIZAN


Pensyarah Pembimbing, IAB Cawangan Utara
norihan@iab.edu.my

SITI HATIFAH BINTI YAHYA


Timbalan Pengarah Pendidikan (Pembelajaran)
JPN Perlis

ABSTRAK

Pelaksanaan Program Pelonjakan Kepimpinan Sekolah (ProPeks) adalah selaras dengan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 di bawah anjakan ke-5 yang telah menggariskan
salah satu tranformasi utama sistem pendidikan, iaitu memastikan kepimpinan berprestasi tinggi
ditempatkan di setiap sekolah. Program ini menempatkan PGB Berprestasi Tinggi di Sekolah
Berprestasi Rendah dan dibimbing SIPartner+, Pegawai Jabatan Pendidikan Negeri dan Pensyarah
Institut Aminuddin Baki dalam misi melonjakkan prestasi Sekolah Berprestasi Rendah. Sampel
diambil dari Sekolah Berprestasi Rendah iaitu SMK Guar Nangka yang dipilih oleh pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri. Kajian ini bertujuan untuk
melihat perbezaan yang signifikan terhadap prestasi pelajar di Sekolah Berprestasi Rendah di
bawah kepimpinan pengetua Berprestasi Tinggi, melalui pendekatan Projek Double ‘C’ dalam
PdP berasaskan PAK21 untuk Peningkatan Kecemerlangan Akademik Dalam Membentuk
Kemenjadian Murid. Kajian ini membincangkan pendekatan yang sesuai dan boleh digunakan oleh
pemimpin untuk menghadapi isu-isu dalam organisasi pendidikan. Hasil kajian dapat disimpulkan
bahawa peningkatan PdP yang berkualiti dapat memberi impak yang positif kepada kecemerlangan
akademik dan seterusnya dalam membentuk kemenjadian murid. Pedagogi yang menarik dan
sesuai dengan keperluan Pembelajaran Abad ke 21 (PAK21) amat menitikberatkan penglibatan
murid sebagai pembelajar aktif, di samping mampu menggalakkan murid untuk berkolaboratif,
berfikiran kritis dan kreatif serta mampu menyatakan idea mereka dengan bentuk komunikasi yang
berkesan. Selaras dengan perubahan kepimpinan didapati peningkatan PdP guru yang berkualiti
telah dapat melonjakkan prestasi akademik pelajar SMK Guar Nangka dari GPS SPM iaitu 6.76
pada tahun 2018 melonjak kepada 6.14 (lonjakan 0.63) dalam peperiksaan percubaan SPM pada
tahun 2019 baru-baru ini. Semoga program ini akan dapat meningkatkan peratus lulus SPM 2019
yang sebenar dan seterusnya menjadikan GPS SPM 2019 SMK Guar Nangka semakin meningkat.

Kata kunci: pengurusan kurikulum, pak21, PdPc

157
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Projek Double-C

1.0. PROFIL SEKOLAH


Saya telah melapor diri di SMK Guar Nangka pada 03 September 2018. Sebelum itu saya
memegang jawatan sebagai Penolong Kanan Pentadbiran di SMK Syed Alwi, Kangar, Perlis dan
mempunyai pengalaman pentadbiran selama 17 tahun.

SMK Guar Nangka mula beroperasi pada 16 Jun 2014 dengan satu sesi persekolahan dan
mempunyai bilangan pelajar pada mulanya seramai 114 orang, 19 orang guru dan 8 orang Anggota
Kumpulan Pelaksana. Sebelum ini, 3 orang pengetua yang mentadbir telah berjaya menempa
kejayaan demi kejayaan.

Langkah pertama saya apabila berada di SMK Guar Nangka ialah membuat satu analisis
persekitaran untuk melihat isu utama sekolah yang sebenar. Daripada analisis ini saya dapati
bahawa sekolah ini ada potensi untuk meningkat dari pelbagai aspek. Sebelum ini SMK Guar
Nangka merupakan sebuah sekolah SBR yang berada di kedudukan Band 7 NKRA di mana GPS
SPM pada tahun 2015 ialah 6.76. Pada tahun 2016 GPS melonjak naik kepada 5.83 dan seterusnya
5.75 pada tahun 2017. Walau bagaimanapun GPS SPM pada tahun 2018 telah menurun semula
kepada 6.57.

Dalam konteks pembangunan fizikal, walaupun secara keseluruhan sekolah ini baru beroperasi
dalam tempoh 5 tahun tetapi kebanyakan kemudahan asas dan prasarana sekolah telah banyak
mengalami kerosakan dan perlu dibaik pulih . Secara umumnya kerosakan kemudahan asas dan
prasarana berada dalam keadaan yang kurang memuaskan.

Sementara itu, peratus kehadiran murid secara puratanya adalah antara 87% hingga 89% pada
tahun 2017. Petunjuk ini adalah jauh daripada KPI yang dihasratkan oleh KPM iaitu 95% ke atas
dan ini telah menunjukkan motivasi pembelajaran murid juga pada tahap yang tidak memuaskan.

Sebagai pengetua saya akan membawa visi dan misi yang jelas untuk mentransformasikan
SMK Guar Nangka ke arah lonjakan Peningkatan Kecemerlangan Akademik dan Membentuk
Kemenjadian Murid melalui pelbagai bidang seiring dengan perubahan iklim yang kondusif
dengan memberi penekanan kepada peningkatan kualiti guru dalam PdP berasaskan PAK21.

2.0. ISU DAN PENAMBAHBAIKAN


Antara alat yang saya gunakan untuk mengurus perubahan SMK Guar Nangka ialah Tulang
Ikan Ishikawa untuk mengenal pasti punca-punca, sebab dan akibat sesuatu isu dan analisis
SWOT. Tools analisis SWOT bertujuan untuk menilai faktor dalaman dan faktor luaran yang dapat
memberi impak terhadap kejayaan sekolah. Analisis SWOT juga merupakan satu kaedah yang
sistematik untuk merangka Pelan Strategik, Pemetaan 3 tahun dan Pelan Tindakan . Disamping itu
juga ia disokong oleh data driven, headcount, aplikasi APDM, aplikasi SAPS, aplikasi SKPMg2 ,
pemerhatian dan soal selidik untuk mengurus isu-isu perubahan yang berlaku di sekolah.

Hasil dari pemerhatian dan analisis persekitaran yang dijalankan didapati isu utama di SMK
Guar Nangka ialah kebanyakan PdP guru adalah kurang menarik. Berdasarkan tulang ikan ishikawa
didapati terdapat beberapa punca yang menyebabkan PdP guru menjadi kurang menarik. Antara

158
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Projek Double-C

punca-punca itu adalah berkaitan dengan penggunaan BBM yang kurang menarik. Di samping
itu juga kebanyakan kelas tidak mengikut persekitaran pengajaran PAK21. Ini menyebabkan bilik
darjah dan bilik-bilik khas menjadi tidak ceria dan menarik. Dari aspek pengurusan sumber manusia
pula didapati kursus-kursus LDP yang dilaksanakan kurang berkesan kerana guru-guru masih lagi
kurang bermotivasi untuk mengambil tindakan dalam membuat persediaan awal sebelum masuk
ke kelas bagi memulakan PdP. Manakala dari aspek pedagogi guru didapati kaedah PdP guru masih
lagi berpusatkan guru dan kurang berpusatkan murid seperti yang ada dalam ciri-ciri PAK21.

Justeru itu, untuk mengatasi masalah PdP guru yang kurang menarik ini maka saya telah
menjalankan satu strategi dengan menetapkan setiap guru diberi kelas yang tetap di bawah
program Subject Based Classroom (SBC) di mana para pelajar akan bergerak dari kelas ke kelas
mengikut jadual waktu yang ditetapkan semasa PdP. Manakala guru pula akan berada di kelas
masing-masing menunggu kehadiran murid ke kelas. Dalam fasa 1 pelaksanaan SBC ini, setiap
guru hendaklah memberi penekanan kepada penyediaan persekitaran pengajaran dan susun atur
kelas masing-masing mengikut ciri-ciri PAK21.

Penambahbaikan ini secara tidak langsung dapat memberi impak yang positif kepada guru
untuk menjadikan PdP guru lebih menarik. Dalam usaha untuk memberi galakan kepada guru agar
melaksanakan aktiviti ini maka pihak sekolah dengan kerjasama PIBG telah memberi penghargaan
kepada kelas yang terbaik PAK21 dengan menyediakan anugerah khas kelas terbaik pada setiap
bulan bermula pada bulan Ogos tahun 2019. Sehingga bulan Oktober 2019 didapati hampir 80%
guru telah berusaha untuk menyediakan persekitaran pengajaran kelas mengikut ciri-ciri kelas
PAK21.

Manakala bilik-bilik khas telah dibuat penambahbaikan dengan meningkatkan penyediaan


bahan-bahan PdP dan peralatan bengkel yang diperlukan. Pembaikan dan penyelenggaran yang
mendapat peruntukan daripada pihak JPN dan Kerajaan Negeri akan diteruskan dari masa ke
semasa sehinggalah keadaan kelas dan bilik khas serta keseluruhan kawasan sekolah menjadi lebih
kondusif untuk menjalankan PdP dengan lebih menarik dan berkesan.

Melalui Analisis SWOT beberapa strategi pelaksanaan telah disusun berdasarkan kekuatan,
kelemahan, peluang serta cabaran untuk meningkatkan kecemerlangan dan kemenjadian murid
SMK Guar Nangka. Antara pelaksanaan strategi itu ialah untuk meningkatkan pedagogi dan
kompetensi guru dalam PdP dengan kerjasama IPGM dan sokongan PIBG. Inisiatif pertama ialah
dengan menjemput pensyarah IPGM Perlis untuk mengadakan bengkel PAK21 kepada semua
guru. Tujuan LDP ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan dan perkongsian ilmu
kepada semua guru tentang bagaimana untuk menjalankan aktiviti PAK21 yang menarik dan
berkesan semasa PdP.

Berdasarkan Pelan tindakan 3 tahun , pihak sekolah telah berjaya membantu guru-guru untuk
melengkapkan kelas dengan prasarana PAK 21 melalui sumbangan individu dan PIBG. Banyak
program peningkatan akademik telah dirancang dan dilaksanakan. Fokus utama saya ialah untuk
memperkasakan panitia mata pelajaran. Contohnya Panitia Bahasa Melayu telah menunjukkan
peningkatan akademik dalam peperiksaan awam iaitu SPM. Hal ini telah memberikan impak yang
tinggi terhadap kecemerlangan akademik dan kemenjadian murid sekolah ini.

Saya juga telah membuat beberapa penambahbaikan dan menaik taraf Pusat Sumber Sekolah,

159
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Projek Double-C

Dewan Terbuka, Bilik Dokumentasi, Makmal Komputer, Bilik SAL, Bilik Peperiksaan, Bilik
Pengurusan Bidang dan Bilik Mesyuarat. Situasi ini telah memberi impak yang positif dalam
peningkatan kecemerlangan akademik dan membentuk kemenjadian murid.

Dalam meningkatkan budaya kerja warga sekolah, saya telah mengambil Prinsip Total Quality
Management (TQM) dengan menjadikan mutu pengajaran dan pembelajaran sebagai elemen
utama memperkasakan sekolah. Contohnya dengan mengadakan Latihan Dalam Perkhidmatan dan
aktiviti kerja berpasukan (Team Building) telah mewujudkan perubahan positif dari segi budaya
kerja dan amalan guru dalam bilik darjah. Kesannya dapat meningkatkan prestasi akademik dan
membentuk kemenjadian murid.

3.0. PELAKSANAAN P- O -L - C
Terdapat 3 aspek harus dilaksanakan;

3.1. PLANNING ( MERANCANG)

Satu perancangan strategik dan pelan taktikal telah dirangka merangkumi sembilan bidang
keberhasilan NKRA. Dalam kajian ini, saya memilih untuk meningkatkan kualiti PdP guru dengan
menjalankan aktiviti PAK21 di dalam bilik darjah untuk pelonjakan prestasi akademik dan
kemenjadian murid. Terdapat beberapa langkah yang diambil;

i. Menentukan misi dan visi


Saya telah menetapkan misi dan visi untuk mengeluarkan SMK Guar Nangka dari sekolah
berprestasi rendah (SBR) Band 7 ke prestasi sekolah yang lebih baik . Realitinya GP sekolah
peratus layak sijil harus dilonjakkan dari 6.57 pada tahun 2018 ke 5.95 menjelang tahun 2019.
Manakala peratus layak sijil harus dilonjakkan dari 64.29% kepada 80%.
ii. Menetapkan matlamat dan objektif
Analisis SWOT bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah telah dibuat untuk mengenal
pasti kekuatan serta cabaran yang dihadapi oleh guru dan murid. Analisis ini telah membantu
dalam menetapkan KPI dari segi GPMP, peratus murid mencapai gred A serta peratus murid
yang lulus subjek Bahasa Melayu dan Sejarah bagi 3 tahun yang akan datang. Beberapa siri
dialog prestasi antara pengurusan, guru dan murid juga diadakan agar setiap yang terlibat jelas
akan matlamat dan objektif yang telah saya tetapkan. Maklumbalas berkualiti dalam dialog
prestasi telah membantu dalam melakukan intervensi secara tepat dan segera.
iii. Menyusun strategi

Bagi mencapai matlamat melonjakkan kecemerlangan mata pelajaran Bahasa Melayu dan
Sejarah, pelbagai strategi telah dirangka seperti Headcount, Program Kecemerlangan dan
Intervensi berdasarkan data driven dan isu telah dikenal pasti secara berfokus.

iv. Merancang tindakan bagi mencapai matlamat


Antara perancangan yang dibuat ialah:
a) Pelan Tindakan
Pelan tindakan jangka masa panjang selama 3 tahun dirangka bagi memastikan matlamat
yang ditetapkan oleh pengetua tercapai.
b) Pelan Taktikal
Pelan Taktikal yang dirangka untuk jangka masa pendek dapat memberi panduan kepada

160
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Projek Double-C

guru apa yang harus dijalankan bagi mencapai matlamat yang ditetapkan.
c) Penilaian
Penilaian dari semasa ke semasa dijalankan ke atas tindakan dan program bagi mengenal
pasti kekuatan serta kelemahan agar penambahbaikan boleh diadakan.
d) Penambahbaikan dan Tindakan Susulan
Penambahbaikan program sentiasa dilakukan agar program yang dijalankan lebih mantap
dan efektif serta dapat menyelesaikan isu yang timbul dengan kadar segera.

3.2. ORGANISING (MENGURUS)

Beberapa langkah telah saya ambil bagi menguruskan sumber–

sumber tersebut mengikut kerangka P-O-L- C iaitu:

i. Merangka Struktur Organisasi


Membentuk Jawatankuasa Pelaksana bagi setiap program bagi memastikan program–
program kecemerlangan berjalan dengan lancar.
ii. Pengagihan Peruntukan Sumber
Modul Program Kecemerlangan disediakan oleh guru–guru untuk membantu murid dalam
peningkatan akademik mereka.
iii. Reka Bentuk Kerja
Setiap guru diberi kelas dan dikehendaki menyusun atur mengikut susunan kelas PAK21
untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan mudah. Bilik-bilik khas
seperti Makmal Sains, Bengkel, dan lain lain telah dinaik taraf bagi menepati ciri-ciri bilik
darjah PAK 21. Reka bentuk kerja ini diperkukuhkan dengan pemantauan dan penyeliaan
yang dilakukan oleh pihak pengurusan.

3.3. LEADING (KEPIMPINAN)

Antara corak kepimpinan yang telah saya terapkan ialah Kepimpinan Melalui
Teladan, Mewujudkan Prasarana Yang Kondusif, Menyediakan Sumber Yang
Mencukupi, LDP Kepimpinan, Kerja Berpasukan (Team Building), Lawatan Penanda
Aras, Memperkasakan peranan Middle Leaders melalui empowerment, kemahiran
membuat keputusan yang tepat secara kolektif dan kebersamaan secara turun padang dan
juga membuat pemantauan secara berfokus. Pendekatan ini menepati kehendak KPM
memastikan sekolah berada dalam ekosistem yang penyayang, hormat menghormati dan
gembira. Situasi ini dapat membantu semua guru dan staf melaksanakan kerja dengan
bersemangat dan kreatif.

3.4. CONTROLLING (KAWALAN)

Antara inisiatif kawalan yang membawa impak kejayaan adalah melalui Management by
Walk About, Pencerapan PdPc Guru Standard 4, Semakan Buku Latihan, Kawalan e-Hadir Murid,
Buku Pemantauan Kawalan Pelajar, Buku Pemantauan Pengurusan dan Dialog Prestasi.

161
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Projek Double-C

4.0. PENILAIAN DAN IMPAK


Pelaksanaan Subject Based Classroom (SBC) yang secara tidak langsung telah dapat memberi
impak positif dalam aspek organisasi, guru, murid dan masyarakat. Dari aspek organisasi didapati
pengurusan pentadbiran menjadi lebih sistematik kerana proses pemantauan lebih berfokus.
Manakala pengurusan PdP dapat berjalan dengan baik dan terancang dan lebih berpusatkan murid.
Pelaksanaan SBC ini juga dapat memberi impak yang positif dalam PdP guru. Pergerakan guru
dari kelas ke kelas dapat dikurangkan kerana mereka telah diberi kelas PdP yang tetap. Pengisian
masa guru dapat di gunakan dengan berkesan di mana guru boleh membuat persediaan PdP
dengan lebih terancang dan dapat menceriakan kelas masing-masing mengikut ciri-ciri PAK21
agar aktiviti PdP dapat dilaksanakan dengan berkesan supaya lebih berpusatkan kepada murid.

Manakala impak yang positif dari aspek murid pula ialah dapat mengurangkan vandalisme
di dalam bilik darjah kerana pelajar tidak lagi berada di dalam kelas terlalu lama . Pelajar terpaksa
bergerak dari kelas ke kelas untuk bersama dengan guru PdP yang telah ditetapkan mengikut
jadual waktu masing-masing. Di samping itu, pelajar dapat mengurus masa dengan berkualiti
dan berkesan kerana mereka kurang merayau-rayau dan mengganggu rakan di kelas yang lain,
murid menjadi lebih proaktif, , masalah ponteng kelas dapat dikurangkan dan murid menjadi lebih
berdisiplin dan patuh kepada peraturan yang telah ditetapkan.

Melalui Analisis SWOT didapati terdapat banyak elemen kekuatan sekolah di mana 80%
bilik darjah dan bilik khas ceria dan lengkap serta mengikut susun atur meja PAK21 hasil dari
hubungan baik pihak sekolah dengan PIBG, PIBK dan semua stake holders yang telah memberi
impak yang optima. Jalinan bersama komuniti setempat dan Polis melalui Pegawai Perhubungan
Sekolah (PPS) telah menyelesaikan isu disiplin dan kehadiran pelajar melalui program Town
Hall , Ziarah Cakna ke rumah pelajar bermasalah , Program bersama Polis, Program AADK dan
Program Kesihatan dengan sasaran pelajar berisiko. Program ini telah memberi impak yang positif
terhadap kehadiran pelajar setiap bulan di mana peratus kehadiran sentiasa melebihi KPI sekolah
iaitu sebanyak 90% . Manakala kadar peratus salah laku disiplin pelajar berat, sederhana dan kecil
semakin menurun dan amalan baik SSDM semakin meningkat. Tindakan yang diambil kepada
murid-murid yang selalu ponteng adalah berbentuk ilmiah dan kunjungan mesra ke rumah murid
untuk mengetahui punca sebenar yang dihadapi oleh murid.

Manakala program peningkatan akademik yang diadakan seperti Program Gerak Gempur,
Program Jom Pulun, Pecutan Akhir, Kem Gemilang SPM, Perhimpunan Berfokus, Program
Menjejak Jaya dan sebagainya dapat memberi impak yang sangat positif dalam keputusan
peperiksaan percubaan SPM SMK Guar Nangka tahun 2019. Berikut adalah analisis keputusan
peperiksaan pertengahan tahun 2019 berbanding dengan percubaan SPM 2019 dalam GPS dan
peratus layak sijil.

Jadual 15.1: Perbandingan Analisis Peperiksaan Tahun 2019

PERBANDINGAN ANALISIS PEPERIKSAAN TAHUN 2019


PERKARA GPS PERATUS LAYAK SIJIL
PERTENGAHAN TAHUN 7.11 56%
PERCUBAAN SPM 6.14 76%
ETR SPM 5.95 82.4%

162
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Projek Double-C

5.0. RUMUSAN DAN PENUTUP


Kejayaan dalam melaksanakan projek double ‘C’ ini banyak bergantung kepada kreativiti
seseorang guru. Guru haruslah mempunyai ciri-ciri guru abad ke 21. Di samping guru, pelajar
juga harus menyiapkan diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran dalam menjadi murid abad ke
21 yang mampu bersaing di peringkat global. Dalam memastikan kemahiran dan kesediaan guru
berada di tahap optimum, guru perlu diberi pembugaran semula secara berterusan, sebagai contoh
pemantapan pengisian kursus dalaman dan PLC. Kemudahan sedia ada juga perlu dimantapkan dan
dimanfaatkan seperti susun atur bilik darjah mengikut PAK21 dengan sokongan pihak KPM dan
JPN, pihak sekolah dan juga ibubapa bagi membantu pelajar melengkapkan diri dengan pelbagai
kemahiran dan pengetahuan PAK21.

Saya juga memerlukan pasukan yang benar-benar komited dan sanggup berkerja keras untuk
memastikan segala perancangan dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan. Setiap guru
harus memastikan bilik darjah dinaik taraf ke arah PAK21 manakala sekolah perlu menyediakan
persekitaran yang kondusif. Pengetua akan sentiasa membuat semakan dan pemantauan terancang
melalui penilaian program serta membuat penambahbaikan dalam setiap program yang dirancang.

Falsafah ‘Disiplin Pertama Akademik Utama’, meletakkan kecemerlangan kepimpinan


pengetua dan menjadikan SMK Guar Nangka terus cemerlang pada masa akan datang. Saya
merakamkan penghargaan kepada pensyarah pembimbing dari IAB, pegawai JPN Perlis serta warga
SMK Guar Nangka yang telah memberi sumbangan secara langsung dan tidak langsung dalam
menghasilkan kajian Projek Double ‘C’ dalam PdP berasaskan PAK21 untuk Peningkatan
Akademik dalam Membentuk Kemenjadian Murid.

6.0 RUJUKAN
Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional, Kembali Kepada Yang
Asas, Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar,
Kementerian Pendidikan Malaysia 2013.

Rose Aza bin Che Arifin (2017), Meningkatkan Keberadaan Guru


Dalam Kelas Sewaktu Jadual Ganti. Jurnal Pendidikan
MPSM Kebangsaan, KPM Putrajaya.

Mohd Suhaimi bin Mohamed Ali (Dr.), Abd. Munir bin Mohd Rashid,
Nadimin bin Abdul Aziz, Pemerhatian Guru Meninggalkan
Bilik Darjah Semasa Proses Pembelajaran dan
Pengajaran, Kementerian Pendidikan Malaysia 22013

Majlis Permuafakatan KPM dan PDRM : Program Jom ke Sekolah


Peringkat Kebangsaan Tahun 2019, KPM Putrajaya

Ibrahim Mamat, (1996) , Reka bentuk dan pengurusan latihan-


konsep dan amalan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka

163
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Projek Double-C

Ishikawa, K. (1985). What is total quality control ? The Japanese way.


New York : Prentice Hall

Kotter,P. (1996), Leading Change, USA : Harvard Business School


Press.

Mortimore, P. (1993), School Effectiveness and The Management of


Effective Learning and Teaching. School Effective and School
Improvement , 4(4), 290 - 310

Perunding Kanan IAB, (2008). Program melonjakkan kecemerlangan


sekolah melalui Pembangunan Organisasi (PROD).
Institut Aminuddin Baki

Sharifah Md. Nor, (2010) . Keberkesanan sekolah Satu perspektif


sosiologi, Selangor. Penerbit: Universiti Putra Malaysia.

https://web.archive.org/web/20081203070029/http://www.insead.edu/alumni/newsletter/
February2005/Interview.pdf

164
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
MELANGKAH KE SEKOLAH

AZMI BIN OTHMAN


SMK Pengkalan Lebai Man

NORIHAN BINTI AZIZAN


Pensyarah Pembimbing IAB Cawangan Utara

DR. AZAHARI BIN ABDULLAH


Pegawai SIP+ PPD Kuala Muda/Yan

ABSTRAK

Program ini adalah untuk menangani isu utama yang membelenggu Sekolah Menengah
Kebangsaan Pengkalan Lebai Man iaitu peratus kehadiran murid yang sangat rendah sehingga
menyebabkan pencapaian akademik juga rendah. Program ini memberikan fokus terhadap semua
pelajar tingkatan lima sesi 2019 yang berjumlah 126 orang. Punca utama masalah ini adalah
tahap motivasi mereka yang rendah sekaligus tidak berminat untuk hadir ke sekolah. Di samping
itu kebanyakan latar sosioekonomi keluarga yang berada dalam kemiskinan menyebabkan
mereka terjebak dengan pekerjaan sambilan. Program ini mensasarkan pemantapan minat dan
motivasi pelajar untuk hadir ke sekolah dengan menggarapkan teori pelaziman klasik, yakni
rangsangan(Pavlof) dan peneguhan(Skinner). Data kehadiran lima tahun sebelum ini dijadikan
TOV manakala purata kehadiran Januari hingga September (SSDM) sebagai penandaaras
kejayaan(output), di samping prestasi akademik peperiksaan percubaan SPM(outcome). Sasaran
program ini adalah pada akhirnya purata kehadiran Januari hingga September adalah 90%.
Berdasarkan data dalam SSDM dan pemerhatian didapati, program ini telah berjaya meningkatkan
peratus kehadiran sehingga 89.04% dan prestasi akademik juga telah meningkat dari aspek
GPS dan peratus lulus semua mata pelajaran. Rumusannya, program ini bukan sahaja dapat
meningkatkan kehadiran murid, malahan dapat meningkatkan semangat guru untuk mengajar
sekaligus meningkatkan prestasi akademik pelajar.

Kata Kunci:

1.0 LATAR BELAKANG


Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Lebai Man ditubuhkan dengan rasminya di bawah
Akta Pendidikan Malaysia pada 1 Januari 2000. Pada peringkat awal, pelajar sekolah ini berjumlah
282 orang, iaitu sebanyak 8 kelas dan 21 orang guru serta 4 orang staf sokongan. Sekolah ini
ditumpangkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Ria Jaya pada sesi petang sehingga

165
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Melangkah Ke Sekolah

Disember 2000, dan berpindah ke bangunan sekarang pada 1 Januari 2001 bersamaan 5 Syawal
1421.

Sekolah ini dibina berhampiran dengan taman-taman perumahan seperti Taman Berangan,
Taman Beringin, Taman Seri Wang dan Taman Keladi. Kos pembinaan sekolah ini mendapat
peruntukan daripada Rancangan Lima Tahun Malaysia ke-7 dan dibina oleh Syarikat Maju Holding
Sdn. Bhd. Siap dibina pada April 2000, mengandungi 6 blok yang menempatkan bilik-bilik darjah,
makmal-makmal, bengkel, bilik-bilik khas seperti bilik Muzik, stor SPBT, bilik Kaunseling, bilik
Koperasi, Pusat Sumber Sekolah, Makmal Bahasa, Bilik Media, bilik Kemanusiaan di samping
kemudahan kantin dan surau.

Sekolah ini mula beroperasi di bangunan yang ada sekarang pada tahun 2001.Pada
peringkat awal beroperasi, enrolmennya agak tinggi sehingga mencecah 1500 pelajar yang terdiri
daripada kaum Melayu, India dan Cina dan terpaksa dilaksanakan persekolahan dua sesi. Namun
enrolmennya semakin merosot apabila beberapa sekolah menengah, seperti SMK Sg Pasir Kechil,
SMK Bandar Puteri Jaya dan SMK Taman Ria dibuka. Apabila enrolmennya berada di bawah 1000
maka SMK Pengkalan Lebai Man terpaksa beroperasi satu sesi pada tahun 2014. Seramai lapan
orang pengetua telah berkhidmat di sekolah ini sejak tahun 2000. SMK Pengkalan Lebai Man telah
dipimpin oleh pengetua sekarang bermula Januari 2018.

SMK Pengkalan Lebai Man sejak ditubuhkan sering terbelenggu dengan prestasi akademik
yang rendah sehingga mengurangkan keyakinan kepada para waris tertentu untuk menghantar
anak-anak mereka ke sini. Prestasi akademik, terutamanya Sijil pelajaran Malaysia(SPM), SMK
Pengkalan Lebai Man hanya mampu mancatatkan gred purata sekolah 6 dan ke atas serta belum
pernah mencatatkan prestasi GPS di bawah 6.0. Sekolah ini juga sering dikaitkan dengan masalah
disiplin terutamanya pergaduhan dua kelompok utama iaitu pelajar Melayu dan pelajar India.

2.0 MENGENAL PASTI ISU

Bagi mendapatkan gambaran yang sebenar tentang isu-isu yang dihadapi oleh SMK Pengkalan
Lebai Man, beberapa kaedah pengumpulan data telah dilaksanakan, antaranya kaedah analisa data,
pemerhatian, temubual dan Sumbangsaran (Brainstroming)

2.1 Sumbangsaran (Branstroming).

Untuk mendapat maklumat yang tepat pandangan dan pendapat kumpulan


pengurusan serta beberapa guru yang senior telah diambil. Berdasarkan pandangan
mereka,kebanyakan kumpulan pengurusan dan guru senior memberikan pendapat
yang sama berkaitan dengan isu utama SMK Pengkalan lebai Man(SMKPLM), yakni
isu pencapaian akademik yang rendah, isu peratus kehadiran dan motivasi murid pada
tahap yang rendah serta isu disiplin yang meruncing. Berdasarkan sumbangsaran ini,
adalah didapati semua mereka bersetuju bahawa faktor ketidakhadiran yang tinggi telah
memberikan impak yang negatif terhadap prestasi akademik. Hal ini adalah kerana
faktor kurang motivasi menyebabkan minat untuk hadir ke sekolah juga rendah sekaligus
menjejaskan prestasi akademik sekolah secara keseluruhannya.

166
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Melangkah Ke Sekolah

2.2 Temubual

Melalui temubual dalam kalangan guru pula, menjelaskan bahawa ketidakhadiran pelajar
juga bukan sahaja berlaku pada hari persekolahan biasa, malahan pelajar juga turut tidak hadir
pada hari peperiksaan. Hal ini menyebabkan kesukaran untuk guru merencanakan program-
program untuk mereka. Terdapat juga pelajar yang akan berhenti sekolah untuk bekerja pada
hujung tahun dan akan datang untuk menduduki peperiksaan SPM . Hal ini sekaligus memberikan
impak negatif terhadap prestasi SPM sekolah. Kehadiran pelajar untuk kelas –kelas tambahan juga
sangat rendah malahan kadang-kadang tidak mencecah 20 peratus. Berdasarkan temubual dengan
beberapa pelajar, didapati bahawa mereka tidak rasa bersalah atau kerugian jika mereka tidak hadir
ke sekolah. Oleh itu, semua pentadbir dan guru-guru yang ditemui bersetuju bahawa isu kehadiran
pelajar perlulah ditangani terlebih dahulu sebelum merencanakan program-program peningkatan
prestasi. Majoriti bersetuju bahawa seandainya peratus kehadiran meningkat, prestasi akademik
juga akan menerima impak yang positif.

2.3 Pemerhatian

Berdasarkan pemerhatian saya sejak mula melaporkan diri di sekolah ini, isu utama
yang dihadapi oleh SMKPLM adalah isu kehadiran yang rendah, prestasi akademik yang tidak
memberangsangkan, motivasi murid dan tahap disiplin yang rendah disamping beberapa kelemahan
dalam pengurusan dan juga aspek pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Selain itu, sikap
dan attitude para guru yang seolah-olah telah berada pada zon selesa juga menjadi penyumbang
kepada kemerosotan isu-isu utama yang diperkatakan tadi. Pada pemerhatian saya juga, para warga
sekolah ini seakan-akan telah menerima hakikat bahawa prestasi SMKPLM yang merosot.

2.4 Data Semasa

Saya juga turut meneliti data pencapaian SPM dan Kehadiran SMKPLM sejak lima tahun
kebelakangan ini. Hasil penelitian saya didapati peratus kehadiran murid tidak pernah melepasi
90 peratus, manakala GPS dalam peperiksaan SPM tidak pernah berada di bawah 6.0. Begitu juga
dari aspek peratus lulus, SMKPLM tidak pernah mencatatkan peratus lulus melebihi 50 peratus.
Bandingan dua aspek ini, jelas menunjukkan bahawa adanya kolerasi antara peratus kehadiran
dengan pencapaian prestasi akademik SMKPLM.

2.5 Rumusan

Berdasarkan analisis persekitaran yang dijalankan di atas, telah didapati bahawa isu
kehadiran murid yang rendah telah mempengaruhi prestasi akademik SMKPLM. Oleh itu, isu
kehadiran yang rendah ini perlulah diatasi segera agar prestasi akademik akan dapat dipertingkatkan.
Saya telah menggunakan kaedah analisis SWOC untuk menjana strategi yang sesuai untuk program
ini.

167
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Melangkah Ke Sekolah

3.0 PELAKSANAAN

3.1 Pendahuluan

Berdasarkan analisis kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran yang dilaksanakan


didapati isu utama SMKPLM adalah masalah kehadiran pelajar dan pencapaian prestasi akademik.
Walaupun isu pencapaian akademik juga serius, namun hasil analisa didapati bahawa isu kehadiran
perlu diberikan keutamaan terlebih dahulu kerana isu ini juga memberikan impak terhadap prestasi
akademik. Pelaksanaan program menangani masalah kehadiran ini diharapkan dapat meningkatkan
kehadiran pelajar (output) dan sekaligus meningkatkan prestasi akademik(outcome). Strategi
menangani masalah kehadiran terlebih dahulu dengan harapan memberikan impak yang positif
terhadap prestasi akademik adalah dilihat sebagai suatu mekanisme yang terbaik buat masa ini.

3.2 Analisis Kekuatan, Kelemahan, Peluang dan Cabaran(SWOC)

Analisis persekitaran perlu dijalankan terlebih dahulu untuk mendapatkan maklumat status
quo,sebelum menjana sebarang strategi. Maklumat ini amat berguna untuk mendapat maklumat
terkini tentang sekolah sebelum sesuatu perancangan dijana. Analisis SWOC adalah digunakan bagi
mengenal pasti kekuatan,kelemahan,peluang dan cabaran sebelum menjana sebarang perancangan
penambahbaikan. Analisis SWOC menegaskan bahawa sesuatu strategi yang baik adalah strategi
yang menggarapkan kekuatan dan cuba meminimakan kesan kelemahan yang terdapat dalam
organisasi itu, disamping cuba mengambil segala kelebihan yang ada di persekitaran. Berdasarkan
perbincangan,pemerhatian dan temubual maka semua kekuatan,kelemahan,peluang dan cabaran
yang dikenal pasti telah dirumuskan seperti jadual di bawah.

Jadual 16. 1: Analisis Kekuatan, Kelemahan, Peluang dan Cabaran (SWOC)

PENJANAAN STRATEGI
KEKUATAN (S) KELEMAHAN (W)

S1 Mempunyai 2 orang kaunselor W1 Guru-guru berada pada zon


yang sangat rajin selesa sudah lama.
FAKTOR
S2 Majoriti guru mudah menerima
DALAMAN W2 Motivasi murid terhadap
perubahan dan bersemangat
tinggi pendidikan rendah.

S3 JK Disiplin yang sentiasa W3 Kadar kehadiran murid ke


memberikan komitmen yang sekolah di bawah 86 %.
tinggi
w4 Kadar ketidakhadiran pelajar
S4 Prasana sekolah yang lengkap
dalam peperiksaan juga tinggi
dan cantik

FAKTOR S5 Barisan kepimpinan yang


mempunyai komitmen tinggi
LUARAN
S6 Kebanyakan murid berdisiplin.

S7 Tiada masalah disiplin yang serius

168
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Melangkah Ke Sekolah

PELUANG (O) S1+S2+S3+O1+O2 W2+O1+O2

O1 AJK PIBG yang komited Melaksanakan program meningkatkan Memantapkan motivasi murid dengan
dengan program sekolah. kehadiran murid ke sekolah komitmen bantuan kepakaran komuniti.
guru dan kerjasama PIBG dan agensi
O2 Mempunyai hubungan baik (Strategi 2)
luar
dengan komuniti seperti
W3+O1+O2
polis, AADK dan MSU (Strategi 1)
College Mengadakan program mencegah
ponteng sekolah dengan kerjasama
O3 Sokongan kuat ibu bapa /
PIBG dan komuniti
penjaga

(Strategi 3

CABARAN ( C )

C1Kebanyakan pelajar yang berma- S1+S4+S5+C1+C3


salah, bekerja pada waktu petang
Mengadakan sesi dialog atau ceramah
dan malam.
dengan para waris dari semasa ke sema-
C2 Tekanan stakeholders terhadap sa dengan pihak sekolah
kualiti disiplin dan tahap kehadiran
(Strategi 4)
amat tinggi.

C3 Sikap ibu bapa yang tidak ber-


sungguh-sungguh dalam pendidikan
anak-anak

3.3 Penjanaan Strategi

Kekuatan yang ada dalam organisasi adalah unsur utama yang digembelengkan di samping peluang
yang ada dalam penjanaan strategi bagi menangani kelemahan yang ada dalam organisasi itu.
Penjanaan stategi ini dilakukan adalah untuk memastikan strategi yang dipilih adalah tepat dan
sesuai untuk mencapai objektif yan ditetapkan. Empat strategi telah dikenal pasti hasil daripada
perbincangan dengan kumpulan pengurusan. Pemilihan strategi pula dibuat berdasarkan analisa
dari aspek kesesuaian, kos dan kebolehlaksanaan.

3.4 Pemilihan Strategik

Pemilihan strategi adalah berdasarkan susunan atau ranking yang telah dibuat berdasarkan skala
yang telah dipilih berdasarkan kriteria-kriteria yang telah dibincangkan seperti di bawah. Skala 1
menggambarkan sangat kurang hingga skala 5 menggambarkan sangat banyak.

169
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Melangkah Ke Sekolah

Jadual 16.2: Kriteria Pemilihan Strategi

Kriteria Pemilihan S1 S2 S3 S4

Tahap kesukaran pelaksaan program 2 2 4 5

Sumber kewangan dan kos pembiayaan yang terlibat 5 4 3 3

Kemampuan guru yang bertanggungjawab 5 5 3 3

Peluang dan harapan mendapatkan impak dan kerjasama 5 4 2 2

Kemudahan infrastuktur dan peralatan. 5 5 5 5

Jangkaan kerjasama daripada pihak waris 4 4 2 2


Tahap kesesuaian dengan keperluan terkini 4 4 2 2

Jumlah Skor 30 28 21 22

Keputusan 1 2 4 3

UlasanS1; Menjadi keutamaan dalam pemilihan strategi kerana tahap


pemberatan yang tinggi dalam potensi memberikan impak yang baik

3.5 Pelan Taktikal

Strategi : Melaksanakan program meningkatkan kehadiran murid ke sekolah komitmen guru dan
kerjasama PIBG dan agensi luar

Jadual 16.3 : Pelan Taktikal

Bil Bidang/ Program/ Aktiviti Sasaran Mula Tamat Penyelaras Catatan


objektif Projek
1 HEM DOKUMENTASI Dilaksanakan kepada Jan Okt Kaunselor
semua pelajar yang
Meningkatkan Melangkah -Fail Disiplin ponteng melebihi 3
Kehadiran ke Sekolah hari .
pelajar-pelajar -urusetia
tingkatan 5 kehadiran

AMARAN -Dilaksanakan Jan Okt SU HEM


kepada pelajar yang
-i notification ponteng melebihi 5
hari(hijau)6 hingga
-Sistem Kad
10(kuning)dan
yang melebihi 15
hari(merah)

-Dikuatkuasakan
kepada pelajar yang
ponteng melebihi
20 hari

170
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Melangkah Ke Sekolah

MOTIVASI 1 kali setiap bulan

-i touch
DIALOG Dilaksanakan
WARIS kepada waris
pelajar yang tahap
- I call ponteng melebihi
10 hari
TINDAKAN Setiap hari oleh
SUSULAN urusetia kehadiran

-i see u
DIALOG Setiap bulan sekali
KEHADIRAN melibatkan semua
yang ponteng bulan
tersebut.
LAWATAN Dilaksanakan
SUSULAN kepada pelajar
yang ponteng
melebihi 10 hari
SISTEM Cabutan bertuah
GANJARAN diadakan
setiap bulan di
-I Reward perhimpunan
(cabutan untuk pelajar
bertuah) yang Mengekalkan
bilangan kehadiran
- academik
bulanan melebihi
outreach
90%

3.6 Pelan Operasi

Jadual 16.4: Pelan Operasi

Melaksanakan Program Meningkatkan Kehadiran Murid


STRATEGI Ke Sekolah Komitmen Guru Dan Kerjasama PIBG Dan
Agensi Luar.
PROGRAM Melangkah Ke Sekolah

OBJEKTIF Meningkatkan Kehadiran Pelajar Tingkatan 5

TEMPOH MASA Januari – Oktober 2019

KPI Peratus Kehadiran 90 Peratus

171
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Melangkah Ke Sekolah

LANGKAH PROSES KERJA T.JAWAB MASA

Taklimat dan Perbincangan bersama Januari


1 Pengetua
pentadbir (Minggu 2)

Januari
2 Pembentukan Jawatan kuasa kerja Pengetua
(Minggu 2)

Januari
3 Mesyuarat Jawatan kuasa PK HEM
(Minggu 3)
Taklimat kepada guru dan murid Januari
4 Pengetua
(Minggu 4)
5 Pelaksanaan program Kaunselor 1 Feb-Okt
6 Pemantauan GKM Feb-Okt
7 Refleksi dan laporan semasa Kaunselor 2 April -Julai
8 Penambahbaikan PK HEM JulaI
9 Pendokumentasian SU HEM Okt

4.0 PENILAIAN DAN IMPAK DATA

Program ini ternyata telah memberikan impak terhadap peratusan kehadiran tingkatan 5, iaitu
secara purata peratusannya mencatatkan 89.04 peratus,walaupun gagal mencapai sasaran KPI
yang telah ditetapkan,yakni 90 peratus. Berdasarkan data yang diambil daripada sistem APDM
Kementerian Pendidikan Malaysia, didapati prestasi kehadiran tingkatan 5 dari bulan Januari
hingga Mei mencatatkan peratusan kehadiran yang agak baik sejajar dengan KPI yang telah
ditetapkan. Namun peratusan ini mulai menurun ke 87.9 peratus bermula bulan Jun hingga
September. Secara umumnya program ini berjaya meningkatkan peratus kehadiran sama ada
kepada kumpulan Sasaran iaitu Tingkatan 5 mahu pun prestasi kehadiran semua tingkatan di
SMKPLM. Purata peratusan kehadiran yang dicatatkan , iaitu sebamyak 89.04 ternyata agak jauh
meningkat berbanding peratusan kehadiran sebelum ini, iaitu di bawah 85 peratus.

Dari aspek prestasi akademik pula, didapati terdapat peningkatan yang agak besar dari
segi gred purata sekolah, iaitu 7.42 dalam peperiksaan awal tahun dan telah meningkat kepada 6.87
dalam peperiksaan pertengahan tahun dan 6.70 dalam peperiksaan percubaan SPM. Begitu juga
dari aspek peratus lulus semua mata pelajaran, prestasi pelajar tingkatan 5 juga telah menunjukkan
peningkatan iaitu sebanyak 5.6% dalam peperiksaan awal tahun, telah meningkat ke 13.82 dan
16.67%, dalam peperiksaan pertengahan dan peperiksaan percubaan. Situasi ini jelas menunjukkan
bahawa wujudnya kolerasi antara peratus kehadiran murid dengan prestasi akademik. Kehadiran
murid yang semakin baik juga telah meningkatkan semangat guru di dalam kelas, malahan
semakin bersemangat untuk menyusun jadual-jadual kelas tambahan secara sukarela pada hari cuti
persekolahan.

172
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Melangkah Ke Sekolah

Kesimpulannya, faktor kehadiran murid dilihat menjadi penggerak kepada kecemerlangan


SMKPLM. Hal ini adalah kerana peningkatan peratus kehadiran murid telah menyuntik semangat
para guru di dalam kelas, sekaligus mempengaruhi peningkatan prestasi akademik SMKPLM.

Jadual 16.5 : Data Kehadiran

JAN FEB MAC APR MEI JUN JUL OGO SEPT

% Kehadiran 5 94.38 88.95 93.89 87.87 90.19 87.9 87.12 87.93 83.16

%Kehadiran Sekolah 93.38 91.38 93.13 89.76 90.98 86.18 87.10 88.22 85.13

% LULUS T5 5.60 13.82 16.67

GPS T5 7.42 6.87 6.70

5.0 RUMUSAN DAN PENUTUP

Program untuk meningkatkan peratusan kehadiran wajar diteruskan pelaksanaannya


dengan beberapa penambahbaikkan dalam intervensinya. Berdasarkan pelaksanaan program
ini, didapati tiga kelas yakni kelas 5 UTM,5UPM dan 5UUM telah mencatatkan peratusan
ketidakhadiran yang tinggi. Secara kebetulan, tiga kelas ini dikenali sebagai ‘kelas belakang’ dan
ini memberikan suatu gambaran bahawa kelas-kelas yang dikenali sebagai ‘kelas belakang’ ini
memerlukan perhatian yang lebih sama ada dari aspek kehadiran, motivasi mahu pun prestasi
akademik.

Keberadaan murid di dalam sekolah dan di dalam kelas merupakan nadi segala
kecermerlangan di sekolah. Apabila murid menunjukkan tahap kehadiran yang tinggi, secara tidak
langsung telah meyuntik semangat para guru untuk lebih kreatif dan inovatif untuk meningkatkan
prestasi para pelajar sama ada dalam bidang kurikulum mahupun dalam kokurikulum. Para guru
lebih bersemangat untuk melaksanakan program-program kecemerlaangan akademik. Hal ini
sekaligus meningkatkan prestasi akademik SMKPLM.

6.0 RUJUKAN
Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional, Kembali Kepada Yang
Asas, Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar,
Kementerian Pendidikan Malaysia 2013.

Rose Aza bin Che Arifin (2017), Meningkatkan Keberadaan Guru


Dalam Kelas Sewaktu Jadual Ganti. Jurnal Pendidikan
MPSM Kebangsaan, KPM Putrajaya.

173
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Mohd Suhaimi bin Mohamed Ali (Dr.), Abd. Munir bin Mohd Rashid,
Nadimin bin Abdul Aziz, Pemerhatian Guru Meninggalkan
Bilik Darjah Semasa Proses Pembelajaran dan
Pengajaran, Kementerian Pendidikan Malaysia 22013

174
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
KAPOJE MAPAN
EN MAZLAN BIN ALI
Pengetua SMK Jeneri
KAE8019@moe.edu.my

HAJAH SITI ARIJA BINTI ABD RAHMAN


Pensyarah Pembimbing IAB Cawangan Genting Highlands
sitiarija@iab.edu.my

HAJI ASMADI BIN ABDUL RAHIM@YUSOFF,


Pegawai SIP+ PPD Sik

ABSTRAK

Tugas dan tanggungjawab mengurus dan memimpin sesebuah sekolah, amat kompleks dan
mencabar. Pengetua sebagai peneraju sekolah hendaklah bersedia melengkapkan diri dengan
pengetahuan dan kemahiran menangani cabaran dunia pendidikan. Persiapan yang mantap
membolehkan pengetua menggabungjalinkan segala bidang-bidang pengurusan kurikulum,
kokurikulum, Hal Ehwal Murid (HEM) dan sebagainya bagi melahirkan pendidikan berkualiti dan
kemenjadian murid. Pengetua dapat menghayati dan menguasai standard kompetensi kepimpinan
apabila mereka mempunyai pengetahuan, memiliki nilai professional dan melakukan amalan
terbaik. Walau bagaimanapun, beberapa ciri lain juga penting dalam proses meningkatkan
kepimpinan pengurus sekolah. Program ini menempatkan pengetua Berprestasi Tinggi di Sekolah
Berprestasi Rendah dan dibimbing SIPartner Plus dari Pejabat Pendidikan Daerah Sik dan
Pensyarah dari Institut Aminuddin Baki dalam misi melonjakkan prestasi sekolah. Program ini
dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Jeneri, Sik, Kedah. Program ini dijalankan untuk
menentukan Perubahan Pengurusan Kokurikulum dalam Pasukan Kadet Polis Sekolah yang
mapan meningkatkan kualiti penglibatan pelajar atau anggota dalam aktiviti PAJSK. Kajian ini
membincangkan pendekatan yang sesuai untuk meningkatkan aktiviti pelajar dalam kokurikulum
untuk mendapatkan GPS yang lebih tinggi dan mendapat kerjasama penuh daripada agensi-agensi
luar. Data Gred Purata Sekolah (GPS) dalam Pengurusan Kokurikulum adalah berdasarkan dari
GPS dalam Kelab/ Persatuan, GPS dalam Sukan/ Permainan dan GPS dalam Badan Beruniform.

Kata Kunci:Pengurusan Kokurikulum, Pasukan Kadet Polis

1.0 PENGENALAN
Tindakan awal saya sebaik sahaja memulakan tugas sebagai pengetua di SMK Jeneri ialah
mendapatkan maklumat berkenaan profil sekolah daripada Penolong-penolong kanan dan ketua
kerani seterusnya mendapatkan maklumat-maklumat tentang prestasi kurikulum, kokurikulum

175
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
KAPOJE MAPAN

dan disiplin pelajar. Semua perkara di atas perlu saya fahami terlebih dahulu sebelum membuat
sebarang tindakan penambahbaikan. Setelah mendapat penjelasan dan gambaran, saya mengambil
kesempatan untuk memberikan sedikit penerangan dan tanggungjawab pemimpin pertengahan
dan kepentingan 9 bidang keberhasilan utama dalam sesebuah organisasi iaitu pengurusan
kepimpinan dalam orgnisasi, pengurusan kurikulum, pengurusan HEM, Kewangan, pentadbiran
pejabat, pengurusan persekitaran, pengursan sumber manusia dan hubungan luar.

1.1 Profil Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Jeneri mula dibuka pada tahun 1983. Sekolah ini terletak di bawah
kawalan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sik, Kedah. SMK Jeneri adalah sekolah kategori Gred
B dan sekolah luar bandar. Kumpulan pertama pelajar sekolah ini seramai 68 orang dan kini jumlah
keseluruhan pelajar ialah 505 dan terdiri daripada 44 orang guru. Terdiri daripada 15 guru lelaki dan
27 guru perempuan. Pengalaman guru mengajar lebih dari 10 tahun adalah 22 orang, pengalaman
mengajar dari 5 tahun hingga 10 tahun adalah 10 orang dan bawah 10 tahun pengalaman mengajar
ialah 12 orang. Manakala staf sokongan adalah 10 0rang. Sekolah ini juga mempunyai asrama
yang boleh menempatkan 90 0rang pelajar.

Jadual 17.1: Maklumat dan Profil SMK JENERI

Jenis Sekolah Sekolah Jenis Kebangsaan


Status Sekolah Gred B
Lokasi Luar Bandar
Daerah Pentadbiran Sik
PPD Sik
Sesi  Persekolahan 1 Sesi
Jenis Bantuan Kerajaan
Keluasan Sekolah 96070.8 Meter Persegi
Bilangan Bilik Darjah 20
Kod Sekolah KEA 8019
Nombor Telefon 011-65735188
Nombor Faks -
Emel Sekolah KEA8019@moe.edu.my /smkjeneri2011@gmail.com
Laman Web Sekolah -
Pengetua En. Mazlan bin Ali
Penolong Kanan Pentadbiran En. Mohamad Nabzrim bin Mohamad Nayan
Penolong Kanan Hal Ehwal- En. Hassan bin Ismail
Murid
Penolong Kanan Kokurikulum En. Abdul Wahab bin Che Ahmat
Bilangan Guru 44 orang
Bilangan Staf sokongan 10 ortang
Bilangan Murid 505 orang
Bilangan Kelas 17

176
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
KAPOJE MAPAN

Mata pelajaran Elektif Kemahiran Hidup - Teknikal


Reka Bentuk & Teknologi
Kelas Aliran Sains
4 Sains & 5 Sains : Fizik, Kimia, Biologi,
Matematik Tambahan
Kelas Aliran Sosial Sains
4&5 Geografi & 4&5Pertanian : Perakaunan/Perniagaan/
Pendidikan Seni Visual/Pertanian

Saya mula melapor diri di SMK Jeneri pada 28 Mei 2018. Ini adalah sekolah pertama saya
sebagai pengetua. Sebelum ini saya bertugas Penolong Kanan Pentadbiran di SMK Pokok Sena 2.
Pencapaian dalam bidang Kokurikulum sekolah ini adalah kurang memberansangkan pada tahun
2018 dan boleh dibaiki atau penambahbaikan.

Dalam Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) (Kokurikulum)


Kementerian Pendidikan Malaysia terdiri daripada 3 komponen iaitu Sukan dan Permainan, Badan
Beruniform dan Kelab dan Persatuan. Dalam kajian ini banyak menekankan Badan Beruniform
iaitu Pasukan Kadet Polis Sekolah. Merujuk pada data PAJSK tahun 2018 adalah seperti berikut
iaitu GPS dalam Kelab/Persatuan adalah 3.01, GPS dalam Badan Beruniform adalah 2.90 dan GPS
dalam Sukan/ Permainan adalah 3.01. Manakala GPS keseluruhan dalam kokurikulum pada tahun
2018 adalah 2.82.

Setelah melihat keadaan sekolah, langkah pertama ialah membuat analisis SWOT
dalam bidang kokurikulum untuk melihat keberadaan sekolah yang sebenar dalam bidang
kokurikulum. Daripada analisis ini, dapati pelajar kurang berminat untuk menyertai Pasukan
dalam Badan Beruniform, oleh sebab itu GPS keseluruhan dalam kokurikulum pada tahun 2018
adalah 2.82

Secara keseluruhan didapati ramai pelajar sekolah ini tidak mempunyai uniform
sendiri atau tidak lengkap. Salah satu faktor ialah Ekonomi persekitaran iaitu 458/505 adalah
terdiri daripada keluarga B40, iaitu 90.69 Peratus dan hanya 47 pelajar sahaja yang terdiri
daripada keluarga bukan B40. Semua data ini berdasarkan atau merujuk kepada data PAJSK yang
dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Untuk meningkatkan Perubahan Pengurusan Kokurikulum (Pasukan Kadet Polis


Sekolah) yang mapan meningkatkan kualiti penglibatan pelajar dalam aktiviti PAJSK, saya
dan semua warga SMK Jeneri telah merancang satu Perancangan Strategik yang holistik yang
merangkumi sembilan bidang dalam Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia.
Sebagai seorang pengetua, setiap visi dan misi yang dirancang dapat difahami dan jelas kepada
semua guru, Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP), pelajar dan warga SMK Jeneri ke arah
mentranformasikan sekolah ke arah peningkatan prestasi kualiti penglibatan pelajar dalam aktiviti
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) sekolah.

Sesungguhnya penglibatan semua warga sekolah SMK Jeneri dan komuniti setempat
seperti PDRM, PIBG, Bank Rakyat, Agro Bank, orang perseorangan akan meningkatkan prestasi
kualiti penglibatan pelajar dalam aktiviti PAJSK selari dengan moto sekolah iaitu Semestinya Kita

177
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
KAPOJE MAPAN

Juara berdasarkan kepada :


A. Ikhlas dan jujur
B. Bertanggungjawab
C. Yakin dan bersedia

D. BerfokuS

2.0 MENGENAL PASTI MASALAH DAN PENAMBAHBAIKAN


Pengurusan Kokurikulum dalam Pasukan Kadet Polis Sekolah pada tahun 2018 adalah kurang
mantap dan lancar. Oleh yang demikian, kualiti penglibatan pelajar atau anggota Kadet dalam
aktiviti Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) adalah semakin menurun.
Pada asasnya semasa kehadiran saya di SMK Jeneri, jumlah anggota Pasukan Kadet Polis Sekolah
adalah seramai 15 orang sahaja dan seorang guru penasihat. Isu pertama yang terdapat di SMK
Jeneri ialah sebahagian besar pelajar/anggota Kadet Polis tidak mempunyai pakaian/ uniform yang
lengkap. Sebahagiannya mempunyai T/Shirt sahaja.

Lantaran itu kekurangan atau kelemahan sekolah sebelum ini perlu ditangani dengan segera
demi kemajuan sekolah. Analisis SWOT dilakukan untuk mengetahui perbandingan keadaan
sekolah dalam bidang kokurikulum.2.1 Analisis Persekitaran

Jadual 17.2: Anaslisis Persekitaran melalui Analisis SWOT

KEKUATAN (STRENGTHS) KELEMAHAN(WEAKNESS)


S1 - Pengetua sangat Komited Standard 1 W1 - Beban tugas guru adalah meningkat
Dlm SKPMg2 2019, skor lebih 90% W2- Pelajar tidak menguasai dalam bidang
Kokurikulum
S2 - Mempunyai 4 orang guru terlatih dalam
Pasukan Kadet Polis W3 - Guru kurang mahir dalam kemahiran bidang
Kokurikulum
S3 - Mempunyai Bilik Khas Pasukan Kadet Polis
W4 - Pengaruh rakan sebaya, pelajar tidak
S4 - Semua Pentadbir dan Guru memberi berminat dalam bidang kokurikulum
sumbangan untuk Pasukan Kadet Polis
W5 - Guru kurang melaksanakan aktiviti
S5 - Mempunyai seorang guru yang dilantik sebagai kokurikulum
Pengerusi Teknik Daerah dalam Pasukan Kadet
Polis.
PELUANG (OPPORTUNITIES) ANCAMAN (TREATS)
O1 - Sekolah mempunyai jaringan dan jalinan yang T1 - Ibu bapa kurang memotivasikan anak-anak
baik dengan SIP+ dan SISC+ pelajar ke arah kecemerlangan Kokurikulum
O2 - Sekolah mempunyai kerjasama yang erat T2 - Ibu bapa kurang mampu untuk menyediakan
dengan PIBG. uniform Pasukan Kadet Polis.
O3 - Mendapat bimbingan dan kerjasama daripada O3 -Masyarakat memberi tumpuan terhadap
Jurulatih PDRM akademik/ kurikulum
O4 - Mendapat sumbangan dan dana dari ALUMNI O4 - Kurang aktiviti kokurikulum di peringkat
SMK Jeneri Daerah.
O5- Mendapat sumbangan dan sokongan moral dari O5 - Kurang peruntukan / Dana khas dalam bidang
komuniti setempat Kokurikulum oleh KPM

178
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
KAPOJE MAPAN

Seterusnya kehadiran pelajar/anggota ke aktiviti kokurikulum adalah rendah iaitu 55 Peratus,


ini menyebabkan kualiti penglibatan pelajar dalam aktiviti adalah rendah. Aktiviti kokurikulum
kebanyakan dijalankan pada petang hari rabu dan diselang seli dengan Kelab/ Persatuan, Sukan/
Permainan dan Badan Beruniform.

Aktiviti melibatkan ramai pelajar contohnya Perkhemahan Bersepadu melibatkan semua


unit pasukan badan beruniform peringkat sekolah jarang diadakan. Ini adalah untuk memberi
keyakinan kepada pelajar atau ahli kelab dan mencetuskan semangat kerjasama diantara satu
sama lain. Selain daripada itu Perkhemahan Pasukan Kadet Polis Daerah tidak pernah disertai.
Jadi, semangat setiakawan dan perhubungan dengan ahli-ahli kelab di luar sekolah tak dapat
dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

Kemahiran guru dalam bidang kokurikulum adalah amat terhad. Tiada guru yang opsyen dalam
bidang Sains Sukan atau dalam bidang Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang dapat membantu
dalam bidang kokurikulum. Malahan guru yang diberi kursus khas dalam mentadbir atau mengurus
Pasukan Kadet Polis Sekolah. Banyak kemahiran seperti latihan kawad, ikatan tali, semboyan,
latihan halangan, jalan lasak, perkhemahan dan lain-lain.

Peralatan bersangkutan dengan kelengkapan uniform contoh kasut kawad, topi, wisel,
tali dan sebagainya tidak mencukupi untuk digunakan sebagai latihan personal atau berkumpulan.
Latihan secara personal atau berkumpulan adalah penting untuk menjadikan seseorang yang lasak,
cergas dan berketrampilan. Seterusnya tiada bilik khas untuk digunakan Pasukan Kadet Polis
Sekolah. Bilik khas ini adalah penting, untuk digunakan untuk bermesyuarat, perbincangan dan
menyimpan barang-barang berharga seperti khemah, pinggan mangkuk dan tali.

Melalui Analisis SWOT strategi pelaksanaan telah disusun menggunakan kekuatan,


kelemahan, peluang serta cabaran. Sejajarkan dengan itu, satu perancangan strategik dan taktikal
yang holistik telah dirancang untuk meningkatkan kualiti penglibatan pelajar dalam aktiviti
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) di SMK Jeneri.

Pelaksanaan Strategi yang pertama ialah mendapatkan sokongan PIBG, Koperasi Sekolah
dan Komuniti setempat. Oleh itu, inisiatif awal ialah menubuhkan Jawatankuasa Task Force yang
dianggotai oleh komuniti luar untuk membantu pihak sekolah dari segi kewangan. Jawatankuasa
Task Force telah bertindak dengan cemerlang dalam menghulur bantuan kewangan atau dana untuk
menyelesaikan urusan pembelian uniform Pasukan Kadet Polis Sekolah dan sama-sama bertindak
untuk mencari dana daripada syarikat-syarikat korporat. Bersama dengan YDP dan AJK PIBG
bersama-sama mendapatkan kasut kawad di KemTentera. Bantuan juga daripada AJK PIBG untuk
membaiki kasut-kasut kawad yang telah rosak.

Mendapat kerjasama yang erat daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sik melalui
Pegawai Perhubungan Sekolah untuk mendapatkan Jurulatih kawad Pasukan Kadet Polis Sekolah.
Jurulatih Kawad Polis hadir ke sekolah dua minggu sekali untuk melatih pasukan Kadet Polis.
Sekiranya ada program atau majlis di sekolah yang melibatkan Pasukan Kadet Polis, contohnya
Perbarisan Tabik Hormat, Perbarisan Kejohanan Olahraga Sekolah dan Majlis Hari Anugerah
Sekolah, pihak jurulatih Polis juga turut membantu.

179
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
KAPOJE MAPAN

Pihak sekolah juga mendapat kerjasama sepenuhnya dari Ibu Pejabat Polis Negeri Kedah,
kerana telah menyediakan tempat dan memberi peluang 3 orang guru dari SMK Jeneri untuk
mengikuti Kursus Asas Kor Kadet Polis di Pusat Latihan Polis Langkawi pada Julai 2019 untuk
dianugerahkan Pangkat Inspektor Kadet Polis. Segala ilmu, pengetahuan dan maklumat yang
guru-guru penasihat yang dapat semasa berkursus dapat membantu anggota pasukan Kadet Polis
Sekolah.

Berdasarkan Instrumen Pemetaan Perancangan Perubahan tiga tahun. Pada tahun pertama
(Tahun 2019), Pasukan Kadet Polis Sekolah hanya menyertai Perkhemahan Pasukan Kadet
Polis Peringkat Daerah dan memenangi tempat kelima setiap pertandingan di peringkat daerah.
Walaubagaimanapun pada tahun 2019, 10 anggota dari Pasukan Kadet Polis Sekolah telah terpilih
untuk menyertai Perkhemahan Pasukan Kadet Polis Peringkat Negeri Kedah di Pusat Kokurikulum
Daerah Pendang. Dalam Perkhemahan itu, anggota dari pasukan Kadet Polis sekolah telah
menangi tempat kedua dalam pertandingan Jalan Lasak dan tempat ketiga dalam baca peta. Pada
tahun 2019 juga, seorang anggota dari Pasukan kadet polis sekolah telah dipilih untuk menyertai
Perkhemahan Pasukan Kadet Polis Peringkat Kebangsaan, di MRSM Kulim. Semua pengalaman
anggota Pasukan Kadet Polis Sekolah yang menyertai Perkhemahan peringkat daerah, negeri dan
kebangsaan dapat dikongsi dengan anggota kadet polis yang lain , ini akan mewujudkan perubahan
positif dan akan meningkatkan kualiti penglibatan pelajar dalam aktiviti PAJSK SMK Jeneri.

3.0 PELAKSANAAN P-O-L-C


Aspek penambahbaikan sekolah merupakan perkara yang ditekankan dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (2013-2025). Penambahbaikan sekolah adalah berkaitan dengan akauntabiliti
dan kecekapan pihak kepimpinan sekolah menunaikan tuntutan pihak pemegang taruh, masyarakat
khususnya ibu bapa pelajar yang menuntut di sekolah terhadap pencapaian dan kemenjadiaan
anak-anak pelajar. Usaha menambahbaik sekolah adalah sesuatu perubahan yang dilakukan secara
terancang dan dilaksanakan secara langkah demi langkah menggunakan kaedah yang sesuai supaya
membuahkan hasil yang berkesan. Kitaran P-O-L-C menyediakan pendekatan yang mudah lagi
berkesan untuk menyelesaikan masalah dan menguruskan perubahan. Kitaran ini boleh digunakan
dalam pelbagai persekitaran. Realitinya SMK Jeneri mempunyai GPS dalam Badan Beruniform
adalah 2.90 manakala GPS keseluruhan dalam kokurikulum pada tahun 2018 adalah 2.82.

3.1 Planning (Merancang)

Merancang adalah penting dalam pengurusan untuk menetapkan matlamat, objektif serta
menentukan hala tuju yang harus diambil bagi mencapai matlamat serta objektif tersebut. Cabaran
dalam Pengurusan Kokurikulum SMK Jeneri adalah untuk meningkatkan kualiti penglibatan pelajar
dalam aktiviti PAJSK, dengan demikian akan memberi kesan dalam GPS sekolah dalam bidang
Kokurikulum melalui Pasukan Kadet Polis Sekolah. Pemilihan dalam kajian ini, dilakukan semua
pelajar tingkatan 2 seramai 86 pelajar dan terdiri dari 3 kelas pada tahun 2019. Bagi melonjakkan
peningkatan kualiti penglibatan pelajar dalam aktiviti PAJSK, beberapa langkah-langkah perlu
dilakukan:

i. Menentukan misi dan visi

Menentukan misi dan visi SMK Jeneri ialah meningkatkan kualiti penglibatan pelajar dalam

180
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
KAPOJE MAPAN

aktiviti PAJSK iaitu SMK Jeneri mempunyai GPS dalam Badan Beruniform adalah 2.90 manakala
GPS keseluruhan dalam kokurikulum pada tahun 2018 adalah 2.82. Sasaran telah dibuat untuk
menentukan pada tahun 2020, GPS dalam Badan Beruniform adalah 2.79 manakala GPS
keseluruhan dalam kokurikulum adalah 2.70. Jumlah anggota Pasukan Kadet Polis Sekolah pada
tahun 2018 adalah 15 ahli dan pada tahun 2019 adalah 86 anggota.

ii. Menetapkan matlamat dan objektif

Analisis SWOT untuk Pasukan Kadet Polis Sekolah dalam Pengurusan Kokurikulum SMK
Jeneri telah dibuat untuk mengenal pasti kekuatan serta cabaran yang dihadapi oleh guru dan
pelajar. Analisis ini telah membantu dalam menetapkan KPI dan ETR (sasaran),GPS dalam
Badan Beruniform dan GPS ke seluruhan dalam kokurikulum bagi selasa 3 tahun. Beberapa
siri perjumpaan dan dialog antara pengurusan, guru penasihat dan anggota Pasukan Kadet Polis
diadakan untuk mencapai sasaran yang diharapkan.

iii. Menyusun strategi

Bagi mencapai matlamat yang diharapkan, setiap 2 minggu sekali latihan telah dilakukan oleh
Jurulatih daripada Pasukan PDRM Daerah Sik, untuk memberi kemahiran dalam latihan kawad,
undang-undang, motivasi,ilmu kepolisan dan kerjaya. Manakala daripada pihak pengurusan
sekolah, guru, PIBG dan waris mencari sumber kewangan dan dana untuk pembelian uniform dan
peralatan Kadet Polis Sekolah.

iv. Merancang tindakan bagi mencapai matlamat

Antara perancangan yang dibuat ialah:

A. Pelan Tindakan

Pelan tindakan jangkamasa panjang selama 3 tahun dirangka oleh Persatuan Pasukan Kadet
Polis Sekolah bagi memastikan matlamat dan sasaran tercapai.

B. Pelan Taktikal

Pelan Taktikal yang dirangka untuk jangkamasa pendek dapat memberi panduan kepada guru
untuk tindakan dan program yang harus dijalankan untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.

C. Penilaian

Penilaian dari semasa ke semasa dijalankan ke atas tindakan dan program bagi mengenal pasti
kekuatan serta kelemahan agar penambahbaikan boleh diadakan.

D. Penambahbaikan

Penambahbaikan terhadap setiap program dilakukan dari semasa ke semasa agar program yang
dijalankan lebih mantap dan efektif serta dapat menyelesaikan isu yang timbul dengan kadar yang
segera.

181
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
KAPOJE MAPAN

3.2. Organising (Mengurus)

Mengurus ialah proses mengatur dan mengagihkan tugas, kuasa dan sumber yang dirancang
dalam kalangan ahli-ahli organisasi supaya mereka boleh mencapai matlamat organisasi. Sumber
yang ada harus diurus dengan sebaik-baiknya dan cemerlang terutamanya sumber manusia dan
kewangan. Langkah-langkah mengurus adalah seperti berikut mengikut P-O-L-C iaitu:

i. Merangka Struktur Organisasi

Penubuhan Jawatankuasa Pelaksana bagi memantapkan Pasukan Kadet Polis Sekolah bagi
memastikan setiap program berjalan lancar dan mengikut masa yang ditetapkan. Jawatankuasa
Pelaksana melibatkan Yang Dipertua (YDP) PIBG dan Pegawai Perhubungan Sekolah dari PDRM.

ii. Pengagihan Peruntukan Sumber

Menggunakan sumber yang ada untuk menarik minat pelajar atau anggota pasukan kadet polis
sekolah iaitu menghantar tiga orang guru penasihat Kadet Polis untuk berkursus asas selama 7
hari di Pusat Latihan Polis di Langkawi dan dikurniakan Pangkat Inspektor. Memohon dua orang
Jurulatih dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sik, untuk melatih anggota Kadet Polis Sekolah iaitu dua
minggu sekali. Seterusnya menggunakan saluran PIBG untuk mendapatkan sumbangan dan dana
untuk pembelian uniform dan peralatan anggota Pasukan Kadet Polis. Mendapatkan sumbangan
kasut-kasut kawat dari Kem Tentera di Kelantan dan Lumut, Perak.

iii. Reka Bentuk Kerja

Peningkatan kualiti penglibatan pelajar dalam aktiviti dalam Pasukan Kadet Polis Sekolah perlu
diurus dengan sistematik melalui beberapa kaedah seperti penyediaan jadual latihan, aktiviti,
penyediaan prasarana, pakaian, motivasi, dana untuk makan dan minum semasa latihan. Hasil
daripada bekerjasama dengan PIBG, semua anggota Pasukan Kadet Polis Sekolah telah mempunyai
uniform yang lengkap dan mempunyai bilik operasi Kadet Polis.

3.3 Leading (Kepimpinan)

Kepimpinan merupakan keupayaan mempengaruhi, memotivasi, mengubah sikap dan tingkahlaku


seseorang supaya bersetuju untuk melaksanakan perubahan ke arah mencapai matlamat organisasi.
Seorang pemimpin yang berjaya mampu membawa perubahan secara holistik di dalam organisasi
yang dipimpinnya.Kepimpinan adalah penting untuk mencapai matlamat iaitu meningkatkan kualiti
penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum, khasnya dalam Pasukan Kadet Polis Sekolah.

Corak kepimpinan yang selalu diguna pakai ialah Kepimpinan Melalui Teladan, contoh dalam
kutipan sumbangan kewangan, pengetua akan menjadi contoh .Untuk SMK Jeneri, pengetua
memberi sumbangan lebih awal. Dalam mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanan telah menetapkan
semua guru dan AKP dicadangkan untuk memberi sumbangan kewangan.

3.4 Controlling (Kawalan)

Fasa Kawalan adalah amat penting untuk menghasilkan output yang disasarkan dan membentuk
organisasi yang semakin berkembang dan kompleks. Oleh sebab itu penyelarasan dan kawalan

182
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
KAPOJE MAPAN

dari segi pentadbiran adalah amat penting. Kemahiran mengawal adalah perlu bagi mempengaruhi
sumber manusia untuk bekerjasama ke arah matlamat yang sama.

Koordinasi organisasi yang baik dan cemerlang akan menghasilkan hasil yang baik. Kemahiran
menyusun atur sesuatu organisasi dengan cara yang harmoni akan menghasilkan pemimpin yang
disegani dan dihormati.

Oleh dengan demikian, saling hormat menghormati, saling bekerjasama dan tolenrasi diantara satu
sama lain, antara guru penasihat dengan anggota Pasukan Kadet Polis atau Juru latih adalah amat
penting untuk mewujudkan keharmonian untuk mencapai sasaran iaitu untuk meningkatkan kualiti
penglibatan pelajar dalam aktiviti PAJSK.

4.0 PENILAIAN DAN IMPAK


Penilaian merupakan satu proses sistematik bagi mengumpul, menganalisis dan mentafsir data
untuk membuat keputusan mengenai keberkesanan program di samping memastikan kawalan
kualiti. Penilaian dibuat untuk melihat keberkesanan dan manfaat program bagi menentukan
program dilaksanakan. Selain daripada itu, penilaian juga dibuat untuk melihat kekuatan dan
kelemahan program bagi tujuan perancangan masa depan.

Selepas mewujudkan KPI dan menetapkan sasaran prestasi bagi setiap KPI, organisasi
atau sekolah hendaklah melaksanakan pengukuran dan penilaian prestasi dengan cara mengumpul
maklumat atau dengan data PAJSK dengan menilai pencapaian dengan membandingkan pencapaian
sebenar dengan sasaran prestasi yang telah ditetapkan.

Untuk mencapai hasrat yang diidamkam, pihak pentadbir dan warga sekolah perlu banyak
berkorban dari wang ringgit, tenaga, masa dan keringat untuk meningkat kualiti penglibatan pelajar
dalam aktiviti Kokurikulum iaitu Pasukan Kadet Polis Sekolah dan memberi kesan dalam PAJSK.

Untuk SMK Jeneri, untuk mendapat sumbangan bermula daripada pengetua, Semua
Penolong Kanan, Semua Guru Kanan, Kaunselor, Semua Guru, Semua AKP, YDP , NYDP dan
AJK PIBG, hasilnya mendapat sumbangan RM 4000.00. Manakala sumbangan dari Koperasi
Sekolah, Penguasa Kantin, Penguasa Dewan Makan Asrama, PIBG, ADUN Jeneri, Parliman Sik
dan orang perseorangan RM 6000.00.Hasil sumbangan ini untuk membeli uniform dan aksesori
pakaian. Semua anggota Pasukan Kadet Polis Sekolah seramai 86 orang mempunyai pakaian
lengkap.Manakala kasut Kawat mendapat sumbangan daripada Kem Tentera.Dalam masa yang
sama, tidak lupa untuk membuat perubahan dari segi akademik, disiplin dan sahsiah pelajar atau
anggota yang merupakan eleman utama untuk mencapai kecemerlangan. Walaupun demikian,
penekanan harus diberi perhatian terhadap penglibatan pelajar dalam Kurikulum, supaya pelajar
mendapat pendidikan yang seimbang dalam semua aspek pendidikan iaitu dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelaktuai (JERI).

Pada tahun 2018, kekuatan anggota Pasukan Kadet polis Sekolah seramai 15 ahli sahaja, tetapi
setelah Pengurusan Kokurikulum bagi unit beruniform Pasukan Kadet Polis sekolah ditadbir oleh
Jawatankuasa Pelaksana ProPeKS, jumlah kekuatan anggota telah bertambah dari sasaran iaitu 86
ahli berbanding sasaran pada tahun pertama ialah 36 orang ahli. Manakala pada tahun 2020 adalah
113 orang ahli, telah melebihi sasaran cuma 72 orang ahli.Inilah hasil berkat dan kerjasama dari

183
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
KAPOJE MAPAN

semua pihak bermula daripada pengetuan, barisan Penolong Kanan, semua Guru Kanan, Kaunselot
dan semua Guru.

Manakala dalam kategori Pemegang Pangkat dalam Pasukan Kadet pada tahun 2018 ,
tiada pemegang pangkat iaitu hanya kesemua adalah Konstabel. Sasaran pihak sekolah pada tahun
2019, ada anggota yang memegang pangkat Kopral dan pada tahun 2020 ada anggota yang telah
lulus Pangkat Sarjan. Pada tahun sebenar 2019, Pasukan Kadet Polis Sekolah SMK Jeneri telah
lulus tapisan kenaikan pangkat IPD Sik iaitu seramai 5 anggota telah dinaikan Pangkat Kopral..
Manakala pada tahun 2020, Pasukan Kadet Polis Sekolah telah lulus tapisan kenaikan pangkat IPD
Sik iaitu 2 anggota telah dinaikan Pangkat Sarjan.

Manakala dalam menyertai Perkhemahan Pasukan Kadet Polis di Peringkat Daerah, Negeri
dan Kebangsaan. Sebelum tahun 2019, tiada ada ahli atau anggota yang menyertai perkhemahan
anjuran dari PDRM. Sasaran Jawatankuasa Pelaksana ProPeKS sekolah telah mensasarkan pada
tahun 2019, ada anggota menyertai Perkhemahan Pasukan Kadet Polis Peringkat Daerah dan pada
tahun 2020 telah menyertai Perkhemahan Peringkat Negeri. Untuk tahun sebenar pada tahun
2019 seramai 10 anggota Pasukan Kadet Polis telah menyertai Pekhemahan Peringkat Negeri
dan seorang anggota telah menyertai Perkhemahan Pasukan Kadet Polis Peringkat Kebangsaan di
MRSM Kulim, Kedah.

Dalam Pemetaan sasaran tiga tahun, Pasukan Kadet Polis Sekolah telah mensasarkan
setiap pertandingan yang dipertandingan, haruslah mendapatkan tempat ke5 peringkat Daerah
pada tahun 2019, manakala pada tahun 2020 mendapat tempat ke3 dan pada tahun 2021 mendapat
tempat pertama atau Johan dan dapat mewakili Daerah dalam pertandingan Peringkat Negeri.
Walaubagaimanapun pada tahun 2019, dalam pertandingan peringkat negeri, anggota Kadet
Polis telah berjaya mendapat tempat ke 2 dalam Pertandingan Jalan Lasak dan tempat ke3 dalam
Membaca Peta. Pertandingan di Peringkat Daerah tidak dapat dilakukan oleh Urusetia kerana PPD
baru wujud pada tahun 2019,pecahan daripada PPD Baling Sik.

5.0 RUMUSAN

Sebagai seorang pengetua Berprestasi Tinggi haruslah mampu bertindak sebagai peneraju,
pendorong dan pembimbing dalam mencetus idea, inovasi, kreatif dan imaginasi ke arah melahirkan
sekolah dan pelajar yang berkualiti tinggi. Kejayaan sesebuah sekolah dikaitkan dengan kualiti
kepimpinan. Pengetua yang cemerlang ialah pemimpin yang berkesan, iaitu pengetua yang dapat
meningkatkan prestasi kecemerlangan akademik dalam bentuk kemenjadian pelajar.

Dalam usaha menggerakkan perubahan dalam bidang pengurusan kokurikulum iaitu


dalam Pasukan Kadet Polis Sekolah untuk meningkatkan kualiti penglibatan pelajar dalam aktiviti
PAJSK, pihak Jawatankuasa Pelaksana telah menggadakan Program bersama dengan Pasukan
PALAPES UUM iaitu program bertema Born To Be a Leader selama 3 hari 2 malam. Anggota
Pasukan Palapes sebagai Fasilitator seramai 40 orang anggota dan anggota unit beruniform dari
pelbagai unit dari SMK Jeneri seramai 160 orang. Dalam program ini diselitkan pelbagai aktiviti
seperti Latihan Kawad, Ceramah Motivasi, Ceramah Kerjaya, Latihan Lasak, Membaca Peta,
Pertandingan Masak, Pertolongan Cemas, Ikhtiar Hidup dan Kuliah Agama selepas sembahyang
berjemaah. Program ini telah diadakan pada 18-20 April 2019 di SMK Jeneri.

184
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
KAPOJE MAPAN

Untuk memantapkan lagi Pasukan Unit beruniform SMK Jeneri, pihak pengurusan
sekolah dengan kerjasama agensi-agensi luar atau Jabatan berdekatan telah mengadakan ceramah
dan pameran Jabatan masing-masing. Agensi yang telah turut serta ialah dari Polis Diraja Malaysia
(PDRM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pejabat
Kesihatan Daerah dan Institut Kemahiran Mara (IKM). Program ini bertema Sahabat Bijak Safe
and Protect, telah diadakan pada 25 Julai 2019.

Setelah setahun pembentukan Pasukan Kadet Polis Sekolah di SMK Jeneri dalam
program ProPeKS ini, kebanyakan Majlis dan Program yang diadakan di sekolah melibatkan
anggota Pasukan Kadet Polis, contohnya Perbarisan Hari Kejohanan Olahraga Sekolah, Perbarisan
Tabik Hormat Mesyuarat Agung PIBG, Perbarisan Tabik Hormat Hari Anugerah Cemerlang,
Kawalan lalu lintas semasa Pertandingan Merentas Desa Sekolah, Pengacara Perhimpunan Pagi
dan Lakonan Sambutan Hari Kemerdekaan.

Merujuk pada data PAJSK peringkat sekolah, Gred Purata Sekolah (GPS) dalam bidang
Kelab/ Persatuan, GPS dalam bidang Badan Beruniform, GPS dalam bidang Sukan/ Permainan
dan GPS keseluruhan dalam bidang kokurikulum menunjukkan peningkatan, berbanding tahun
sebelumnya. Secara lebih terperinci untuk GPS dalam Kelab/ Persatuan pada tahun 2018 ialah
GPS 3.01, tahun 2019 ialah GPS 2.95 dan sasaran pada tahun 2020 ialah GPS 2.89. Manakala GPS
dalam Badan Beruniform pada tahun 2018 ialah GPS 2.90, tahun 2019 ialah GPS 2.83 dan sasaran
pada tahun 2020 ialah GPS ialah 2.79. Manakala GPS dalam Sukan/ Permainan pada tahun 2018
ialah GPS 3.01, tahun 2019 ialah GPS 2.92 dan sasaran pada tahun 2020 ialah GPS 2.85. Untuk
keseluruhan GPS dalam Kokurikulum SMK Jeneri pada tahun 2018 ialah 2.82, tahun 2019 ialah
GPS 2.76 dan sasaran pada tahun 2020 ialah GPS ialah 2.70. Ini menunjukkan terdapat peningkatan
dari segi GPS dalam Badan Beruniform dan GPS keseluruhan dalam bidang Kokurikulum.

Hasil kerjasama dan komitmen dari Pentadbir dan warga sekolah SMK Jeneri serta dari
inesiatif dari YDP, NYDP dan AJK PIBG sekolah dan jurulatih dari Ibu pejabat Polis Daerah
Sik dan penyumbang dana untuk meningkatkan kualiti penglibatan pelajar atau anggota Pasukan
Kadet Polis dalam aktiviti PAJSK.

Pengetua Berprestasi Tinggi membuktikan kepimpinan yang ada akan melakukan


perubahan dalam pengurusan kokurikulum (Pasukan Kadet Polis Sekolah) yang mapan akan
meningkatkan kualiti penglibatan pelajar dalam aktiviti PAJSK dengan visi dan misi yang jelas.
Perancangan berterusan, penglibatan semua warga dalam aktiviti, keputusan secara kolektif dan
pendekatan musyawarah serta hubungan baik dengan komuniti luar atau setempat akan meletakkan
kepimpinan sekolah akan dihormati dan seterusnya akan cemerlangkan SMK Jeneri. Kejayaan
yang dicapai ini bukan satu kejayaan yang mudah. Setinggi penghargaan kepada Pn. Hajah Siti
Arija binti Abdul Rahman, Pensyarah Kanan dari IAB, Tn. Haji Asmadi bin Abdul Rahim, dari
PPD Sik serta warga SMK Jeneri, Sik dan PIBG SMK Jeneri yang telah bekerjasama serta
memberi sumbangan secara langsung serta tidak langsung dalam menghasilkan kajian Perubahan
Pengurusan Kokurikulum (Pasukan Kadet Polis Sekolah) yang mapan meningkatkan kualiti
penglibatan pelajar dalam aktiviti PAJSK SMK Jeneri.

185
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
KAPOJE MAPAN

6.0 RUJUKAN
Institut Aminuddin Baki (2009), Prosiding Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan
Pendidikan Ke-16 2009, IAB Genting Highlands.

Institut Aminuddin Baki (2016), Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia, IAB
Genting Highlands.

Institut Aminuddin Baki (2016), Dasar dan Hala Tuju, IAB Bandar Enstek

Institut Aminuddin Baki (2016), Mengurus Perubahan dan Inovasi, IAB Bandar Enstek

Md. Said Daimon (2019), Ringkasan SKPMg2, Alat Pengurusan Sekolah. Koperasi Pendidikan
Daerah Batu Pahat Berhad, Johor

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025), KPM

186
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
AnAz HEBAT
NUR’ASIKIN BINTI OTHMAN
Pengetua SMK Tunku Abd. Aziz
kee2104@moe.edu.my

HAJAH SITI ARIJA BINTI ABD. RAHMAN


Pensyarah Pembimbing IAB Cawangan Genting Highlands
sitiarija@iab.edu.my

AZIMAH BINTI MAHMUD


Timbalan PPD Kota Setar

ABSTRAK

Isu yang dilihat di SMK Tunku Abd. Aziz ialah kurang rasa bangga terhadap diri sendiri dan
sekolah. Sebab itu lah isu yang dipilih untuk diselesaikan ialah Peningkatan “self esteem”
Dalam Kalangan Murid Untuk Membentuk Kemenjadian Murid. Murid mempunyai potensi untuk
menyerlah dalam bidang kurikulum dan juga kokurikulum .Keputusan yang dicatatkan dalam SPM
menunjukkan potensi meningkat GP dari tahun ke setahun. GP SPM tahun 2016 ialah 5.93 dan
melonjak sebanyak 0.16 kepada 5.77 . Tren prestasi ini terus meningkat pada keputusan SPM 2018
dengan GP 5.45. ETR sebenarnya untuk tahun 2018 adalah 5.5 sejajar dengan misi kurikulum
tahun 2018 ialah #misi5.5. Lonjakan prestasi sebanyak 0.32 adalah kerana usaha pengurusan
terus menerus meningkat “seft esteem” murid untuk mencipta kejayaan.

Kata kunci: Pengurusan Hal Ehwal Murid dan Pengurusan Kurikulum

1.0 PENGENALAN

Pengetua telah melapor diri di SMK Tunku Abd Aziz pada 16 Februari 2017. Sebelum itu pengetua
bertugas di SMK Tengku Laksamana. Saya dipindahkan ke SMK Tunku Abd. Aziz atas dasar
pertukaran setara. SMK Tunku Abd Aziz adalah sebuah sekolah yang berada di band 6 NKRA
mengikut laporan SKPMg 2016.

SMK Tunku Abd.Aziz adalah sebuah sekolah gred A berada di luar bandar dan telah
ditubuhkan pada tahun 1965. Jumlah enrolmen pelajar setiap tahun semakin menurun kerana faktor
demografi setempat. Kawasan sekeliling sekolah adalah penempatan yang agak lama dan penduduk
terdiri daripada penduduk yang sudah lama tinggal di kawasan itu. Tidak berlaku penempatan
baru yang boleh membantu penambahan enrolmen pelajar. Ini berlaku di hampir semua sekolah
kawasan sekitar.

187
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
AnAz Hebat

Jadual 18.1: Enrolmen pelajar 2015- 2019

TAHUN MELAYU CINA INDIA LAIN-LAIN JUMLAH


2015 722 329 12 4 1067
2016 682 307 6 8 1003
2017 616 298 9 3 926
2018 529 235 7 3 841
2019 632 209 10 3 834

SMK Tunku Abd. Aziz mempunyai guru yang mencukupi dan mempunyai pelbagai bidang elektif.
SMK Tunku Abd. Aziz mempunyai paling banyak matapelajar elektif di peringkat SPM yang mana
boleh dipilih oleh pelajar mengikut kesesuaian dan pencapaian mereka.

Jadual 18.2: Mata Pelajaran dan keputusan SPM 2018

BIL MATA PELAJARAN BIL CALON % LULUS

1 BAHASA MELAYU 128 92.19


2 SEJARAH 128 78.9
3 BAHASA INGGERIS 128 57
4 MATEMATIK 128 75.8
5 PENDIDIKAN ISLAM 89 80.7
6 SAINS 107 89.7
7 FIZIK 21 100
8 KIMIA 21 100
9 BIOLOGI 16 100
10 MATEMATIK TAMBAHAN 27 81.5
11 PENDIDIKAN MORAL 39 74.4
12 KESUSASTERAAN MELAYU 9 100
13 GEOGRAFI 12 100
14 PENDIDIKAN SENI VISUAL 55 100
15 PERTANIAN 11 100
16 REKA CIPTA 12 100
17 PERAKAUNAN 13 92.3
18 SAINS RUMAHTANGGA 9 100
19 PERNIAGAAN 11 100
20 SAINS KOMPUTER 12 100
21 BAHASA CINA 34 100
22 TASAWUR ISLAM 7 100
23 LANDSKAP DAN NURSERI 23 100

Hasil pemerhatian dan analisis saya terhadap trend keputusan SPM di SMK Tunku Abd. Aziz ini,
menunjukkan bahawa sekolah ini mempunyai potensi untuk mencipta keputusan yang lebih baik
setiap tahun. Berikut ialah keputusan peperiksaan dari tahun 2014 sehingga 2018.

188
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
AnAz Hebat

Jadual 18.3 : Keputusan SPM 2014 -2018 (Gred Purata)

SPM

KRITERIA 2014 2015 2016 2017 2018

Gred Purata Sekolah 6.72 5.94 5.93 5.77 5.45


Peratus Semua A 0.43 0.53 0.00 0.00 1.56
Peratus minima 6A 1.72 3.15 1.59 5.50 5.47
Peratus layak Sijil 62.23 76.72 75.27 73.85 77.34
Peratus Gagal Semua MP 6.87 1.59 1.59 0.00 0.00

Sebagai pemimpin sekolah, saya telah menggunakan segala kekuatan yang ada di sekolah bagi
memacukan sekolah ke arah kecemerlangan dalam berbagai bidang. Dengan sumber yang sedia
ada di sekolah, saya membina pasukan kerja yang mempunyai halatuju mengikut bidang iaitu
pengurusan kurikulum, pengurusan Hal Ehwal Murid, Pengursan Kokurikulum dan Pengurusan
Tingkatan 6. Saya yakin dengan moto iaitu “ Pelajar Berdispilin Pasti Berjaya”. Oleh kerana itu
saya memilih untuk meningkatkan “self esteem” di kalangan murid bagi membentuk kemenjadian
murid dengan menggunakan #Sahsiah Unggul. Saya juga telah membudayakan warga sekolah
dengan “tagline” , yang menjadi titik fokus setiap pelaksanaan program sekolah mengikut
pengurusan.

1 . #sekolahku_kebanggaanku (umum)

2. #misi5.5(kurikulum)

3. #sahsiah_unggul( HEM)

4. #go4gold(kokurikulum)

5. #sekolahbiasa_pencapaianluarbiasa

6. #bethefirst(2019)

1. MENGENAL PASTI MASALAH DAN ISU

SMK Tunku Abd.Aziz adalah sebuah sekolah yang mempunyai potensi yang tinggi untuk mencapai
kejayaan. Walau bagaimanapun terdapat beberapa isu yang menjadi penghalang bagi meningkatkan
kecemerlangan iaitu isu disiplin. Dengan moto “pelajar berdisiplin pasti berjaya”, masalah disiplin
ditangani dengan sebaik mungkin bagi meningkatkan kejayaan dalam kemenjadian pelajar dalam
pelbagai bidang.

189
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
AnAz Hebat

Jadual 18.4: Analisis isu

ASPEK ISU DALAMAN ISU LUARAN


PENGURUSAN 1. Kehadiran murid ke sekolah di bawah 1. 20% murid datang daripada keluarga
HEM 90%. bermasalah dan sosioekonomi rendah.

2. 30% murid terlibat dalam kesalahan 2. Pengaruh media social seperti


disiplin seperti ponteng kelas. facebook, WhatsApp, Twitter, WeChat,
Youtube dan Instagram.
3. Sikap pelajar yang rendah motovasi
dan kurang keyakinan diri. 3. 10% murid bekerja selepas waktu
sekolah.
4. Rekod disiplin yang kurang tersusun
sebelum STARD. 4. Tahap kesedaran ibubapa terhadap
kepentingan akademik masih rendah.
5. Murid daripada sekolah “feeder”
yang persekitarannya tidak kondusif. 5. Jabatan/PPD sering memerlukan
khidmat guru-guru pada waktu perse-
6. Kompetensi PdPc guru yang masih kolahan.
pada tahap baik (80-89%) – standard 4

Jadual 18.5: Analisis Persekitaran melalui Analisis SWOT

KEKUATAN KELEMAHAN
1. Kerjasama yang sangat baik dengan pihak 1. 30% murid terlibat dalam kesalahan disiplin
pengurusan tertinggi dengan unit disiplin. seperti ponteng, melawan guru dan lain-lain.
2. 10 orang guru disiplin yang komited. 2. Sikap murid yang rendah motivasi dan kurang
keyakinan diri
3. Pengetua memberi sepenuhnya sokongan
terhadap program sekolah. 3. Rekod disiplin tidak tersusun sebelum
“STARD”.
4. 80% daripada guru memberi idea-idea yang
kreatif.
5. 100% guru memberikan kerjasama sepenuhnya
terhadap program-program sekolah.
6.100% warga sekolah menjiwai semangat
perpaduan.
7. Pengunaan Sistem kehadiran Pepatih MySekolah
sejak bulan Januari 2019 sangat membantu untuk
memantau kehadiran murid dan disiplin murid.
PELUANG ANCAMAN
1. PIBG menyokong sepenuhnya program sekolah. 1. Murid bermasalah datang daripada persekitaran
yang tidak konstruktif.
2. JKM, PDRM, AADK, Pejabat Pusat Khidmat
Parlimen dan ADUN Pengkalan Kundur 2. 10% keluarga terdiri daripada keluarga
memberikan kerjasama yang baik. bermasalah.
3. 10% keluarga berpendapatan rendah.

Inovasi STARD (Sistem Terbaik Amalan Rekod Disiplin ) adalah satu inovasi yang telah
diperkenalkan sejak tahun 2005. Pada tahun 2019, sistem ini telah dibuat penambaikkan. Elemen

190
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
AnAz Hebat

penghargaan ditekan melebihi hukuman kerana kita mahu menaikkan semangat pelajar-pelajar
untuk mencipta kejayaan. Kebanggan kepada sekolah adalah kunci kepada usaha memajukan diri
demi menaikkan nama sekolah dalam pelbagai bidang. ‘Sekolahku Kebanggaanku” diperkenalkan
menjadi “tagline” sekolah sehingga hari ini. Mana-mana pelajar yang menyumbang kejayaan
kepada sekolah akan dihargai dengan dengan sebaik mungkin. Nama dan gambar mereka akan
diletakkan di “Laluan Bintang”. Tingkatkan penghargaan dan pujian akan secara tidak langsung
akan mengurangkan masalah disiplin. Pelajar berlumba-lumba berusaha untuk mendapat kejayaan
dalam setiap bidang.

2. PELAKSANAAN (P- 0 – L –C)


Saya sedar banyak yang saya boleh lakukan untuk menaikkan nama SMK Tunku Abd. Aziz di
peringkat daerah, negeri, dan juga kebangsaan. Mengurangkan masalah disiplin dan menaikkan
nama sekolah adalah fokus utama saya.

2.1 Planning ( Merancang)

Merancang adalah penting dalam pengurusan di mana saya harus menetapkan matlamat, objektif
serta menentukan hala tuju yang harus diambil bagi mencapai objektif. Antara cabaran utama
saya ialah meningkatkan pencapaian murid dalam peperiksaan umum dan menyerlah dalam
kokurikulum.

i. Menentu arah tuju sekolah

Saya telah menetap arah tuju sekolah dengan menggunakan “hash tag” setiap bidang.

#sekolahku_kebanggaanku(umum)

#misi5.5.(kurikulum)

#sahsiah_unggul(HEM)

#go4gold(kokurikulum)

#sekolahbiasa_pencapaianluarbiasa

Untuk berjaya, seorang murid perlu ada cita-cita untuk membanggakan diri dan sekolah. Rasa
bangga dengan sekolah akan menjadi titik permulaan untuk bergerak mencipta kejayaan.

i. Menetapkan matlamat dan objektif


Analisis SWOT unit HEM dibuat bagi memastikan masalah disiplin tidak lagi menjadi
masalah untuk melonjak kejayaan dalam pelbagai bidang.
ii. Menyusun Strategi
Bagi mencapai matlamat melonjak kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum
pelbagai strategi telah dirangka. Antaranya ialah data Headcount.
iii. Merancang tindakan bagi mencapai matlamat

191
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
AnAz Hebat

Antara perancangan yang dibuat ialah:


a) Pelan Tindakan
Pelan tindakan 3 tahun untuk unit HEM
b) Pelan Taktikal
Pelan Taktikal yang dirangka untuk jangka masa pendek dapat memberi panduan kepada
guru akan tindakan dan program yang harus dijalankan bagi mencapai matlamat yang
ditetapkan.
c) Penilaian
Penilaian dari semasa ke semasa dijalankan ke atas tindakan dan program bagi mengenal
pasti kekuatan serta kelemahan agar penambahbaikan boleh diadakan.
d) Penambahbaikan
Penambahbaikan terhadap setiap program dilakukan dari semasa ke semasa agar program
yang dijalankan lebih mantap dan efektif serta dapat menyelesaikan isu yang timbul dengan
kadar yang segera.

2.2 Organising (Mengurus)

Mengurus ialah proses mengatur dan mengagihkan tugas, kuasa dan sumber dirancang dalam
kalangan ahli-ahli organisasi supaya mereka boleh mencapai matlamat organisasi.

i. Merangka Struktur Organisasi


Jawatankuasa Pelaksana bagi setiap program telah ditubuhkan bagi memastikan program–
program kecemerlangan berjalan dengan lancar.
ii. Pengagihan Peruntukan Sumber
Menyedari akan kepentingan hasil yang bakal didapati nanti dari program HEM ini, jenis
program, impak program dan guru yang terlibat amat penting. Program yang dipilih
mestilah mempunyai impak yang menyeluruh dan tidak menggunakan kos yang tinggi.
iii. Reka Bentuk Kerja
Peningkatan kecemerlangan sekolah telah diuruskan dengan baik bertepatan dengan
sumber yang ada di sekolah. Program Laluan Bintang adalah untuk mengiktiraf pencapaian
pelajar dan guru dalam pelbagai bidang. Saya memaklumkan pada awal lagi bahawa
semua kejayaan murid dan guru akan dihebahkan melalui “banner” yang dipasang dilaluan
utama warga sekolah. Sebagai seorang pengetua saya memastikan sekolah sentiada
menjadi “bualan” ramai dari segi perkara yang baik-baik. Saya membina rangkaian yang
baik dengan media untuk mempromosikan sekolah . Ini bertepatan dengan #sekolahku_
kebanggaanku. Aplikasi yang didapati sesuai digunakan akan diguna pakai seperti
Aplikasi “Pepatih Mysekolah”\. Aplikasi ini memudahkan kerja pengurusan HEM.
Pelan Strategik dan Pelan Taktikal dibuat bagi memastikan program yang dirancang
berjaya.

2.3 Leading (Kepimpinan)

Secara amnya kepimpinan merupakan keupayaan mempengaruhi, memotivasi, mengubah sikap


dan tingkahlaku seseorang supaya bersetuju untuk melaksanakan perubahan ke arah mencapai

192
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
AnAz Hebat

matlamat organisasi. Sebagai seorang pemimpin yang diberi tanggungjawab untuk membina
kejayaan di SMK Tunku Abd.Aziz, saya telah berusaha membentuk SMK Tunku Abd Aziz menjaya
mendapat pengiktirafan inovasi terbaik disipilin peringkat kebangsaan dan seterusnya menjadi
bualan masyarakat di luar sana sebagai sebuah sekolah yang “viral” di media elektronik(TV) dan
media cetak(akhbar).

Antara corak kepimpinan yang telah saya terapkan ialah SMKTAA.


S : Self Esteem
M : Mahir
K : Keterbukaan
T : Teknologi
A : Akrab

A : Amal

2.4 Controlling (Kawalan)

Bagi membentuk dan membangunkan organisasi yang semakin berkembang dan kompleks
memerlukan penyelarasan dan kawalan menguruskannya. Oleh itu, kemahiran mengawal adalah
perlu bagi mempengaruhi sumber manusia untuk bekerjasama ke arah matlamat yang sama dan
mewujudkan keadaan untuk tindak balas secara kolektif.

Sebagai seorang pemimpin saya mampu mengkoordinasi organisasi dengan cemerlang bagi
mendapat hasil yang terbaik. Kemahiran menyusun atur sesuatu organisasi dengan cara yang
harmoni meletakkan saya sebagai pemimpin yang disegani dan dihormati serta menjadi contoh dalam
kepimpinan. Kajian personaliti dan kajian sikap pekerjaan dalam Behavioral Science memberikan
pandangan penting mengenai keperluan untuk penyelarasan dan kawalan.

Oleh itu, menjadi keutamaan untuk saya mewujudkan keharmonian antara usaha individu ke arah
mencapai matlamat organisasi. Antara inisiatif kawalan yang membawa impak kejayaan adalah
melalui Management by Walk About, Pencerapan PdPc Guru, Dialog Prestasi,Team Building,
Pemimpin Turun Padang, Pemantauan Kehadiran Murid dan Guru.

3.0 PENILAIAN DAN IMPAK

SMK Tunku Abd. Aziz telah menempa nama di peringkat tertinggi sehingga tahun 2019. Hasil
kerja keras semua warga SMK Tunku Abd. Aziz secara kerjasama kami telah menjadi sebutan
komuniti setempat dan luar. SMK Tunku Abd. Aziz di kenali sebagai sebuah sekolah yang viral di
media cetak dan media elektronik.

Impak Kejayaan SMK Tunku Abd.Aziz di bahagikan kepada 3 bidang.

(a) Kurikulum (#misi5.5 /2018 dan #misi5.29 /2019)


Keputusan SPM telah menunjukkan tren menaik.

193
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
AnAz Hebat

SPM

KRITERIA 2014 2015 2016 2017 2018

Gred Purata Sekolah 6.72 5.94 5.93 5.77 5.45


Peratus Semua A 0.43 0.53 0.00 0.00 1.56
Peratus minima 6A 1.72 3.15 1.59 5.50 5.47
Peratus layak Sijil 62.23 76.72 75.27 73.85 77.34
Peratus Gagal Semua MP 6.87 1.59 1.59 0.00 0.00

Rajah 18.1: Analisis SPM 2014 –SPM 2018

Dengan keputusan SPM yang mengikut tren meningkat ini, memberi keyakinan kepada guru-
guru dan juga komuniti setempat bahawa SMK Tunku Abd. Aziz berada di landasan yang betul
untuk mencipta kejayaan seterusnya. Tren memberi kepercayaan kepada komuniti setempat
untuk terus memastikan anak-anak mereka melanjutkan pelajaran peringkat menengah di
SMK Tunku Abd Aziz.

(a) Kokurikulum (#go4gold)

SMK Tunku Abd Aziz telah mendapat kejayaan yang sangat membanggakan dalam bidang
sukan dan permainan dan juga koakademik. Untuk membentuk rasa bangga mewakili sekolah,
saya telah membina satu nama khas bagi setiap pasukan. Murid yang mewakili sekolah dalam
setiap pasukan membawa nama pasukan dan nama sekolah dengan rasa bangga.
Pasukan Robotik : ARC (Aziz Robotic Club)
Pasukan Merentas Desa : DTCC (Dream Team Cross Country)
Pasukan Olahraga : ATF (Aziz Track and Field )
Pasukan Choral Speaking : Golden Teens Team Choral Speaking

Pencapaian mereka sangat membanggakan sekolah dan mendapat perhatian pelbagai pihak.
Pada baru-baru ini Caltex Cevron MyKasih Foundation telah menyumbang 2 set robot EV3
dalam program FUEL YOUR SCHOOL bersama 27 sekolah yang lain di negeri Kedah.
Lokasi sekolah pula terpilih untuk membuat penggambaran bagi tujuan promosi program
tersebut.

Gambar 18.1:Sumbangan dari Caltex Cevron Gambar 18.2 : Sesi penggambaran video Fuel
My Kasih Foundation : 2 set EV3 Lego Robotic Your School

194
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
AnAz Hebat

Kejayaan murid dalam bidang robotik ini telah menaikkan semangat anak-anak murid
yang ratanya dari kampong untuk terus berjaya. Mereka lebih yakin dan tidak segan-segan
menyatakan bahawa mereka adalah pelajar SMK Tunku Abd.Aziz.

(c) Hal Ehwal Murid (#Sahsial Unggul)

Mengurangkan Salah Laku dalam Kalangan Pelajar

Penggunaan STARD ini telah banyak membantu pihak sekolah dalam menanggani isu-isu
disiplin dikalangan murid. Isu-isu disiplin utama sekolah seperti ponteng sekolah, tidak minat
belajar, perkauman, vandalism dan kekemasan diri Berjaya dikurangkan.

4.0 PENILAIAN DAN IMPAK DATA

4.1 Meningkatkan Pencapaian Akademik

Selain daripada mengurangkan masalah disiplin dan meningkatkan kehadiran pelajar,


penggunaan STARD ini secara lansung dapat membantu pihak sekolah dalam meningkatkan
pencapaian akademik pelajar. Apabila masalah disiplin dapat dikurangkan dan kehadiran
pelajar kesekolah meningkat, sudah pasti pelajar mempunyai motivasi untuk belajar dengan
lebih lagi. Motivasi yang tinggi untuk belajar yang tinggi ini akan memberi kejayaan kepada
pelajar. Jika dilihat pada Analisis Pencapaian Akademik SPM dari 2014 hingga 2018, ia
menunjukkan penurunan Gred Purata Sekolah. Penurunan Gred Purata ini menunjukkan
peningkatan kelulusan pelajar.

Gambar 18.3 : Suasana harmoni di sekolah dengan pelbagai kaum

195
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
AnAz Hebat

Penggunaan STARD juga dapat merapatkan hubungan dengan masyarakat setempat.


Murid yang mendapat surat saman ini dikehendaki memberitahu waris untuk berjumpa ketua Guru
Disiplin atau pihak Pengurusan Sekolah. Hasil daripada perjumpaan ini, waris akan diberitahu
mengenai masalah yang berkaitan dengan anak mereka.

Dalam perbincangan ini, Guru-guru lebih suka menyelesaikan sesuatu isu murid secara
‘win-win situation’ dengan waris. Perbincangan secara ‘win-win situation’ ini akan mewujudkan
hubungan yang baik antara guru dan waris.

Perhubungan yang baik ini bukan hanya pada waktu persekolahan sahaja, malah lebih
daripada itu. Contohnya semasa ada kematian guru akan menziarahi, mengunjungi ke rumah
murid, memberi bantuan kepada keluarga murid miskin dan lain-lain.

Kejayaan Unit HEM Di Peringkat Kebangsaan

Unit HEM khasnya bahagian Disiplin telah diberi pengikhtirafan Penarafan 5 Bintang Pengurusan
Disiplin Cemerlang peringkat Kebangsaan pada 13 November 2019 semasa Simposium dan Ekspo
Kaunseling Serta Pembangunan Sahsiah Murid Peringkat Kebangsaan Kali ke 6:

Gambar 18.4 : Sijil Pengikhtirafan Unit HEM Peringkat Kebangsaan

5.0 RUMUSAN DAN PENUTUP

Berjaya atau tidak sesebuah organisasi adalah bergantung kepada pemimpinnya. Di antara ciri-ciri
pengetua berprestasi tinggi ialah bekerja dengan guru berkaitan dengan guru dan bukan sekadar
memberi arahan sahaja. Pemimpin yang hebat tidak takut mengambil pendekatan memberi kuasa
berpasukan kepada kebanyakan perkara dan mencipta komuniti pembelajaran dalam sekolah
mereka. Saya memberi sepenuh kepercayaan kepada guru-guru untuk bersama-sama mencipta
pembelajaran yang berkesan secara bersama. Pembelajaran bukan setakat berjaya di dalam bidang
kurikulum sahaja tetapi juga berjaya di dalam bidang kokurikulum dan juga dalam bidang sahsiah.
Pengetua percaya murid yang berdisiplin pasti berjaya. Oleh kerana itu untuk menghasilkan
kejayaan kepada sekolah, sumbernya iaitu murid mesti berdisiplin.

Murid dulu kaya dengan nilai-nilai budaya Timur yang mengutamakan nilai menghormati
mereka yang lebih tua. Kata-kata guru dianggap keramat, teguran guru ibarat nasihat. Paling

196
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
AnAz Hebat

penting, pada waktu dulu para murid tidak terdedah dengan pelbagai bentuk budaya asing dan
popular yang bisa menghakis nilai-nilai ketimuran yang mulia. Dulu, rotan adalah senjata yang
paling berkesan untuk merawat salah laku pelajar. Apa yang berlaku sekarang sudah amat jauh
bezanya.  

Sekolah perlu mewujudkan iklim yang cukup selesa untuk murid menimba ilmu sehingga
tidak ada ruang langsung pun untuk murid berasa tidak puas hati dan mendorongnya untuk
memberontak. Percayalah, masalah disiplin yang berlaku di kalangan murid sekarang banyak
berpunca daripada masalah keluarga serta kegagalan guru mempersembahkan yang terbaik untuk
para pelanggannya iaitu para murid.

Pengetua yakin apabila murid telah mempunyai “self esteem” yang tinggi mereka akan
rasa malu untuk melakukan kesilapan. Mereka akan berusaha untuk menempa kejayaan demi
diri dan sekolah yang mereka banggakan. Mereka tahu setiap kejayaan mereka akan dihargai dan
dinyatakan secara fikizal oleh pihak sekolah dan dimaklumkan kepada semua warga sekolah.
Ini menaikkan harga diri mereka. Satu usaha yang saya lakukan ialah memberi penghargaan
kepada setiap kejayaan murid samada dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah dalam
perhimpunan rasmi dan perhimpunan harian. Gambar-gambar mereka akan diletakkan dilaluan
masuk utama sekolah. Nama laluan ini Laluan Bintang.

Sebagai seorang pemimpin sekolah, saya berusaha untuk memperkenalkan sekolah


dipentas yang lebih luas. Setiap program yang memberi impak tinggi kepada kemenjadian murid,
saya akan berusaha untuk dimuatkan di media cetak dan media elektronik. “Sekolah Viral” ,
“Pengetua Viral” sudah menjadikan SMK Tunku Abd Aziz di kenali. Impak ini saya dan warga
sekolah ras apabila ramai lebih mengenali SMK Tunku Abd. Aziz. Bekas murid pun sekarang lebih
bangga mengaku yang mereka pernah belajar di sekolah ini. Anak-anak murid SMK Tunku Abd
Aziz sudah tidak rasa malu untuk memakai baju berlencanakan lambing sekolah dan nama sekolah
.Ini adalah satu kejayaan menaikkan “self esteem” murid.

Pemegang Taruh seperti PPD juga telah memberi kepercayaan kepada pihak sekolah
untuk mengendalikan beberapa program penting di peringkat daerah dan juga kebangsaan. Sekolah
menjadi tuan rumah pertandingan Choral Speaking peringkat Negeri Kedah bagi tahun 2019.
Sekolah juga pernah diberi kepercayaan menjadi tuan rumah pertandingan Petrosains peringkat
negeri pada tahun 2018. Pertandingan memasak Maggi peringkat negeri juga pernah di adakan di
dewan sekolah. Guru-guru SMK Tunku Abd. Aziz dilantik menjadi urusetia untuk pertandingan
peringkat kebangsaan di Hotel Grand Alora pada tahun 2018. Semua kepercayaan yang diberikan
oleh pihak PPD dan JPN menunjukkan mereka yakin dan percaya warga SMK Tunku Abd. Aziz
boleh menjalan tugas yang diamanahkan dengan cemerlang.

Tahun 2019 adalah tahun yang penuh dengan cabaran kerana saya sebagai pemimpin
sekolah mempunyai tanggungjawab untuk merubah iklim sekolah menjadikan SMK Tunku Abd.
Aziz menjadi seorang luar bandar yang sebelum ini terkenal dengan masalah disipilin kepada
sebuah sekolah yang diikhtiraf sebagai sekolah yang diberi penarafan 5 Bintang Pengurusan
Disiplin. Selari dengan penarafan itu,”self-esteem” sekolah sendiri telah melonjak naik. Saya
mempunyai barisan guru yang mahu berubah dan berusaha menjadi yang terbaik .

197
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
AnAz Hebat

Sebagai seorang pengetua berasa sangat bangga dengan warga sekolah. Peningkatan “Self-
Esteem” dalam kalangan murid ternyata dapat menbentuk kemenjadian murid yang diharapkan.
Sumbangan semua guru, kepercayaan ibubapa, harapan PPD dan JPN akan kami realisasikan
dalam bentuk kejayaan yang lebih hebat. Sebelum ini pun, SMK Tunku Abd. Aziz menjadi sekolah
yang dilawati dalam program penandarasan pengetua dan guru besar PPW Wilayah Keramat. Kami
semua di SMK Tunku Abd Aziz bangga kerana mereka yang lebih hebat di luar sana, sudi datang
untuk berkongsi amalan terbaik kami di SMK Tunku Abd. Aziz. Teruskan membanggakan sekolah
dan membina legasi kejayaan sekolah luar bandar di mata dunia.

6.0 RUJUKAN
Institut Aminuddin Baki (2009), Prosiding Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan
Pendidikan Ke-16 2009, IAB Genting Highlands.

Institut Aminuddin Baki (2016), Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia, IAB
Genting Highlands.

Institut Aminuddin Baki (2016), Dasar dan Hala Tuju, IAB Bandar Enstek

198
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PROGRAM BARAKAH: CAHAYA PASTI MENYINAR

HAJAH SAHILAH BINTI AHMAD


Pengetua SMK Pokok Sena 2
keab004@ppdkotasetar.com

DR. ABD WAHAB BIN MUDA


Pensyarah Pembimbing IAB Cawangan Genting Highlands
abdwahab.muda@iab.edu.my

SALLEH BIN YUSOF


Pegawai SIP+ PPD Kota Setar

ABSTRAK

Program Barakah merupakan beberapa inisiatif dan amalan baik yang kreatif. Program Barakah
menitikberatkan aktiviti keagamaan merupakan AMALAN BAIK yang diadakan setiap pagi dari
jam 7.20 hingga 7.40 pagi. Bacaan Matsurat dilaksanakan setiap hari Isnin dan Selasa. Hari
Rabu hafalan ayat-ayat lazim, doa iftitah dan doa qunut manakala pada hari Khamis bacaan
Yaasin. Semua aktiviti ini diketuai oleh pelajar yang celik AlQuran daripada pelbagai tingkatan
dan dibimbing oleh guru bertugas mingguan. Program yang mantap ini bertujuan mendisiplinkan
pelajar untuk belajar dan akur mengikuti semua program yang dirancang oleh pihak sekolah agar
lebih produktif dan berdaya maju. Impak daripada program ini diharap menampakkan perubahan
dari sikap pelajar yang boleh sampai ke sekolah seawal jam 7.15 pagi. Sikap pelajar terhadap
pembelajaran dan persekitaran yang ceria dan kondusif untuk belajar semakin menampakkan
hasil melalui keputusan Ujian 1 (AR1). Pengetua di bawah program ProPeKS bertanggungjawab
membentuk persekitaran pembelajaran yang teratur, serius, berfokus serta memberi cetusan
semangat bekerja di kalangan upper leader, midle leader dan guru-guru agar lebih kreatif dan
inovatif demi mencapai sinar kejayaan dan kegemilangan. Ini kerana pencapaian akademik sering
dijadikan kayu pengukur kejayaan sesebuah sekolah samada di bandar mahu pun di luar bandar.
Pembugaran pedagogi yang menitikberatkan PAK21 dan PLC ditekankan kepada semua guru agar
semua pelajar dapat belajar dan guru dapat mengajar dengan baik. “Love, Happiness and Mutual
respect” dibudayakan dalam sekolah di bawah satu kata kunci Sederap Melonjak Kecemerlangan
Sekolah 2019. Budaya Kerja pengetua yang peduli dan ambil tahu tentang perkembangan terbaru
dunia pendidikan, pasti membolehkan SMKPS2 duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan
sekolah-sekolah cemerlang di daerah ini melalui Program Barakah, InsyaAllah.

Kata Kunci: pengurusan hal ehwal murid, kemenjadian murid, sahsiah,akhlak, celik Al-Quran

199
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Program Barakah: Cahaya Pasti Menyinar

1.0 PENGENALAN
Antara ukuran kejayaan sesebuah sekolah adalah kepercayaan ibu bapa dan masyarakat serta
pencapaian sekolah dalam pelbagai bidang khususnya kurikulum, kokurikulum, disiplin dan
sahsiah. Sekolah Menengah Kebangsaan Pokok Sena 2 (SMKPS2) dalam meniti usia ke-9 tahun,
masih muda dan masih banyak perlu dibuat penambahbaikan. Dalam erti kata lain sekolah ini
masih memerlukan perhatian yang cukup istimewa daripada PPD dan JPN sekiranya inginkan
SMKPS2 duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan sekolah-sekolah lain di sekitarnya malah
dalam daerah Kota Setar juga.

Tidak dinafikan, pihak sekolah telah dan sentiasa berusaha merancang, mengelola,
membimbing dan memantau program-program yang dirancang secara berkesan. Namun begitu,
tuntutan tugas kurikulum dan akauntabiliti guru semakin meningkat, sedangkan pengajaran dan
sumber kewangan sekolah adalah terhad menyebabkan mandat dan harapan tinggi sering menemui
jalan buntu. Sehubungan itu, pihak pentadbir sekolah seharusnya bijak memainkan peranan yang
penting dalam melakar landskap sekolah secara berkesan agar mampu memanipulasi modal
tenaga kerja, masa dan sumber kewangan yang terhad demi perkembangan maksimum anak-anak
pelajarnya. Usaha demi usaha telah dijana oleh pihak pentadbir SMKPS2 demi perkembangan
yang seimbang setiap pelajarnya.

Sungguhpun begitu, pencapaian akademik telah menjadi tajuk utama untuk diketengahkan di
sekolah ini, Qualiti Diungguli dapat menjadi cetusan semangat bekerja dalam kalangan guru-guru
agar lebih kreatif dan inovatif meletakkan harapan yang tinggi. Ini kerana guru-guru mempunyai
kelayakan dan pengalaman dalam satu-satu bidang untuk menyampaikan ilmu dalam bilik darjah
sedangkan tugas pengetua ialah menyediakan satu persekitaran yang kodusif untuk memastikan
guru mengajar, murid belajar dengan berkesan sekali.

1.1 Profil Sekolah

SMKPS2 merupakan sekolah menengah yang keempat dibina di daerah Pokok Sena yang
memulakan pengoperasiannya secara rasmi pada bulan Julai tahun 2010. Pada peringkat awalnya
sekolah ini hanya mempunyai pelajar seramai 170 orang dan 29 orang guru. Seramai empat orang
pengetua telah pun mencurah khidmat kepakaran mereka di sekolah ini. Pengetua ProPeKS adalah
pengetua kelima (mula 17 Oktober 2018) dengan barisan Penolong Kanan HEM dan Kokurikulum
yang baru di samping PKP dan 4 orang GKM yang sedia ada.

Bangunan sekolah yang berkonsepkan kolej pengajian tinggi menjadikan sekolah ini “gah”
pada pandangan luarannya. Sekolah yang mempunyai empat (4) blok termasuk 24 buah bilik
darjah, Sembilan (9) buah makmal sains, dua (2) buah makmal komputer, sebuah bilik Pendidikan
Seni Visual, sebuah bilik PAK21, sebuah Perpustakaan, sebuah bilik tayangan, sebuah bilik operasi
buku teks, bilik kaunseling, bilik kesihatan, dua (2) bilik akses kendiri, dua (2) bilik ko-kurikulum,
sebuah bilik peperiksaan, sebuah bilik mesyuarat utama, sebuah bilik mesyuarat kecil, sebuah
billik sajian makanan, sebuah surau, dewan utama, dewan kedua dan bilik-bilik Pendidikan Khas.
Sangat teruja kerana semua prasarana disediakan mencukupi untuk menebarkan ilmu.

200
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Program Barakah: Cahaya Pasti Menyinar

Tanggal 26 Julai 2018, saya mula menjejakkan kaki sebagai pengetua yang ke-5 dan disambut
mesra oleh En Azman Jaga sekolah. Terdetik di hati, bagusnya sekolah baru ini, sunyi kerana
PdPc sedang berjalan – positive thinking. Padang luas saujana mata memandang dan tersergam
bangunan yang sangat strategik sebagai sebuah pusat pengajian. Sebaik sahaja melangkah di
lobi, terdengar suara riuh rendah pelajar. Pelajar-pelajar berjalan di ruang legar di tengah-tengah
bangunan. Ada sekumpulan pelajar sedang membeli minuman di koperasi sekolah, enam (6) orang
pelajar duduk memakan aiskrim di hujung bangunan berhampiran koperasi serta dua tiga orang
pelajar perempuan keluar masuk tandas. Persekitaran yang luas menyaksikan sampah (pembalut
gula-gula dan botol serta kotak minuman bertaburan di koridor dan longkang. Kerusi dan meja
pelajar terdapat di setiap hujung bangunan. Tandas tersumbat dan berbau. Tingkap banyak yang
rosak manakala dewan utama tidak berfungsi (letrik dan penyerap bunyi tidak berfungsi).

Sebaik sahaja masuk ke pejabat, terdapat tiga (3) orang pekerja dan suasana pejabat suram
walaupun ianya baru 8 tahun beroperasi. Tandas guru dalam pejabat rosak dan tidak selesa. Terdapat
beberapa orang guru dan pelajar keluar masuk ke pejabat tanpa ada sekatan kerana dalam pejabat
terletaknya bilik peperiksaan yang dihuni oleh lima (5) orang guru iaitu Setiausaha Peperiksaan,
SU SPM, SUPT3, SU Peperiksaan Dalaman dan SU PBS. Suasana pejabat riuh, tiada tegahan
untuk pelajar dan guru keluar masuk.

Sebentar kemudian, saya disapa oleh Cikgu Nek Yusof, Guru Penolong Kanan Pentadbiran.
Beliau terus membawa saya ke bilik pengetua. Besar, luas dan sangat selesa laksana bilik seorang
Pengarah Kolej Universiti. Senario pencapaian akademik dibentangkan satu persatu menunjukkan
pencapaian akademik SMKPS2 tidak membanggakan dan masih jauh ketinggalan berbanding
sekolah SMK Pokok Sena. Dari segi kokurikulum pula (sukan) tiada sebarang pingat yang dipungut.
Akan tetapi masih ada juga ruang untuk dibanggakan dalam koakademik bila saya mendapati
terdapat sijil, plak dan mok cek RM 5000 dan RM 3000 kerana berjaya dalam pertandingan Eco
Youth dan EEC pada tahun 2015. Kisah pelajar lelaki yang sinonim dengan rokok dan air daun
ketom sangat menyesakkan dada apabila mendengar perkabaran daripada GPK. Saya mula “scan”
sekolah dari pelbagai aspek. Ternyata sekolah baru, tetapi banyak kemudahan yang disediakan
menggambarkan warganya tidak cakna terhadap kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan.
Pengetua dapat mengenal pasti beberapa amalan guru yang amat mengejutkan. Antaranya ialah
guru-guru tidak masuk kelas pada waktu yang sepatutnya, Banyak kerusi meja dirosakkan. Tandas
rosak, paip patah, tandas tersumbat dengan botol plastik dan bumbung bocor merata tempat. Dewan
utama tiada bekalan elektrik sejaka tahun 2104. Surau tidak diselenggarakan dengan baik di mana
sejadah untuk pelajar solat tidak mencukupi.

Guru-guru berada di kantin sepanjang hari dan ada yang keluar dari kawasan sekolah untuk
urusan pribadi. Kekurangan kawalan dan pemantauan yang longgar daripada pihak pentadbir
memberi peluang kepada guru-guru bertindak sesuka hati asalkan tidak ada teguran daripada pihak
pentadbir. Bilik guru polos dan lengang dan berada pada tahap yang memuaskan. Masih terdapat
kerusi meja yang disediakan kosong kerana guru mempunyai bilik-bilik seperti bilik peperiksaan,
bilik geografi, bilik tayangan dan bilik di pusat sumber. Jelas tidak menampakkan kesepakatan.

201
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Program Barakah: Cahaya Pasti Menyinar

Pada bulan Oktober apabila saya terpilih sebagai pengetua ProPeKS di IAB Genting
Highlands tanpa menoleh kebelakang, saya mengorak langkah dengan semangat yang tinggi untuk
mengubah lanskap sekolah dari terus dibayangi SMKPS@ adalah picisan daripada SMK Pokok
Sena, Sekolah besar, tetapi jumlah pelajar yang sedikit menjelaskan ‘ada sesuatu’ yang tidak
kena. Sebagai pengetua, saya terlebih dahulu mesti mendapat kepercayaan daripada komuniti dan
daripada pelbagai stakeholder sekolah ini.

Sejarah Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Pokok Sena 2 mula dibina pada bulan Julai 2007 di atas tapak
berkeluasan 5.9 hektar (14.579 ekar). Perancangan pembinaan sekolah ini adalah untuk mengatasi
masalah kekurangan sekolah menengah di sekitar daerah Pokok Sena serta bagi menampung
lebihan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Pokok Sena.

SMKPS2 telah beroperasi secara rasmi pada 01 Julai 2010 dan mula menerima para pelajar pada
04 Julai 2010 di tapaknya sendiri dengan muridnya seramai 178 orang pelajar - tingkatan 2 (3
kelas) dan ting 4 (3 kelas) dan gurunya pula seramai 29 orang.

Pada tahun 2011, pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) telah meluluskan pembukaan kelas
Pendidikan Khas bagi murid-murid yang mempunyai maslah pembelajaran. Buat pertama kalinya
seramai 6 orang murid diambil dengan 2 orang guru untuk Pendidikan Khas.

Seiring dengan dasar Kementerian Pendidikan Malaysia yang menetapkan dasar pembelajaran
aliran di sekolah iaitu 60:40, maka SMKPS2 turut diberi mandat mewujudkan kelas aliran sains
tulen untuk tingkatan 4 bermula pada tahun 2012. Dengan ini, SMKPS2 mempunyai kepelbagaian
aliran seperti aliran sains, aliran sains sosial, aliran (perdagangan) dan Pendidikan Khas Inklusif.
Kini SMKPS2 mempunyai enrolmen pelajar seramai 425 orang dan 48 orang guru.

Berpaksikan moto sekolah “Qualiti Diungguli”, barisan pengurusan disokong oleh guru-guru
yang berkelayakan telah sederap menggerakkan pelbagai inisiatif untuk melahirkan pelajar
yang berakhlak mulia, berbudi luhur, bersahsiah kamil dan cemerlang dalam akademik. Hal ini
bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Negara (FPN) untuk melahirkan pelajar yang holistik dari
segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Selama hampir 8 tahun beroperasi, SMKPS2 telah diterajui oleh lima orang pengetua iaitu Tn. Haji
Ramlee bin Mohd Shariff (2010-2011, Tn. Haji Marzuki bin Daud (2011-2012), Tn. Haji Md. Zain
bin Abu Bakar (2012-2015), Pn. Farihah binti Hussein dan Pn. Hajah Sahilah binti Ahmad (2018
hingga kini).

Pelbagai kejayaan manis telah dicapai terutama dalam bidang kurikulum apabila keputusan
Peperiksaan SPM telah meningkat dari setahun kesetahun yang bermula dari GP7.36 (2013),
GP6.86 (2014), GP6.62 (2015), GP6.28 (2017), GP6.13 (2017) dan GP5.44 (2018). Dalam bidang
kokurikulum pula, seorang pelajar telah terpilih mewakili Negeri Kedah dalam pertandingan
softball. SMKPS2 telah muncul johan dalam pertandingan Electric Eficiency Challenge (EEC),
Toyota Youth Eco.

202
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Program Barakah: Cahaya Pasti Menyinar

2.0 MENGENAL PASTI MASALAH DAN PENAMBAHBAIKAN

Antara isu yang dikenalpasti ialah pelajar hadir lewat ke sekolah setiap hari, pelajar ponteng ke
sekolah, pelajar tidak patuh peraturan disiplin di dalam sekolah, kepimpinan pengawas sekolah
yang lemah dan pematuhan pakaian seragam sekolah yang lemah. Manakala guru pula kurang
pematuhan PdPc di dalam kelas, kurang komitmen terhadap tugas sebagai guru disiplin dan
penghantaran rekod merit demerit lambat. Isu yang agak ketara pula ialah Gred Purata Sekolah
yang rendah dan fizikal sekolah kurang ceria.

2.1 Tindakan Segera Yang Diambil

Bagi menangani isu-isu tersebut, beberapa inisiatif telah diambil mengikut urutan yang sesuai.
Terdapat juga inisiatif dilaksanakan secara serentak tanpa menunggu satu-satu isu diselesaikan
terlebih dahulu.

2.1.1 Langkah pertama: Mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk PdPc

Tindakan pertama saya ialah mewarna pintu masuk ke sekolah dengan meletakkan gambar barisan
pentadbir, Rukun Negara dan banner mengalu-alukan kedatangan pelajar. Tindakan ini dilakukan
untuk menampakkan sekolah ada ‘ruh’ apabila orang luar melangkah masuk ke sekolah. Saya dapati,
hampir 100% dinding dan laluan ke kelas, makmal dan kantin pudar kesan terdedah pada hujan dan
panas mentari. Saya mula mengarahkan setiap jabatan dan panitia mengambil inisiatif mengecat
dan membuat landskap di ruang dan kawasan yang terbiar sebaik sahaja tamat peperikasaan akhir
tahun pada bulan Oktober 2018. Melalui Unit Bimbingan dan Kaunseling, dana sebanyak RM 3000
berjaya dikumpul daripada sumbangan guru, PIBG, Kedai Koperasi dan kantin sekolah. Laluan ke
pejabat diletakkan gambar pentadbir. Ruang pejabat dicat semula agar lebih segar dan hidup untuk
menwujudkan suasana ceria semasa bekerja. Tiang-tiang yang berdiri megah di laluan ke kantin
telah dicat untuk menghidupkan jalan berkenaan dan diletakkan perkataan dalam Bahasa Inggeris
sesuai dengan Laluan Ilmu. Kerja-kerja mengecat diteruskan oleh guru, murid dan pekerja swasta
pada musim cuti persekolahan akhir tahun 2018 dengan pengawasan oleh pihak pengurusan.

2.1.2 Langkah Kedua: Pemantauan Salah Laku Pelajar

Walaupun Kawasan sekolah sudah menjadi selesa dan cantik, disiplin pelajar mesti dipertingkatkan.
Pelajar-pelajar yang mempunyai masalah disiplin yang berat telah digantung antara seminggu
hingga dua minggu serta dirotan oleh PK HEM dan guru disiplin. Pelajar juga dilarang keluar dari
kelas tanpa menggunakan pas keluar. Keluar masuk guru-guru juga dipantau iaitu mesti maklum
dan mendapat kebenaran daripada pengetua untuk sebarang urusan rasmi mahu pun urusan
peribadi. Mereka diarahkan masuk ke kelas mengikut masa yang telah ditetapkan, dan kurangkan
berbual kosong di kantin. Pada peringkat awal, langkah ini telah menimbulkan ‘silent conflict’
antara pengetua dengan segelintir guru-guru. Namun begitu keadaan ini mudah terkawal kerana
pengetua sering menyatakan bahawa semua yang diarahkan adalah mengikut SOP.

203
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Program Barakah: Cahaya Pasti Menyinar

2.1.3 Langkah Ketiga: Pemantauan Pencapaian Pelajar

Fasa ini merupakan fasa yang penting kerana ianya melibatkan ‘co-business’ guru-guru iaitu guru
mengajar, murid belajar. Fasa ini penting untuk melihat pencapaian akademik pelajar-pelajar dan
ianya akan menjadi kayu ukur kemampuan Pengetua ProPeKS memulihkan sekolah yang dipimpin
menjadi cemerlang dalam akademik, kokurikulum dan sahsiah.

Setelah dua hari berada di SMK Pokok Sena 2 ialah dengan memanggil mesyuarat guru dan
menyatakan kehendak Pengetua untuk sekolah. Pengetua berharap semua warga guru akan sederap
melonjak kecemerlangan sekolah dengan menjadikan masa PdPc selama 30 minit amat berkualiti.
Saya yakinkan kepada guru-guru bahawa pelajar sekolah ini bergantung 100% kepada guru yang
mengajar di dalam kelas. Faktor ekonomi keluarga memaksa mereka tidak mengambil tuisyen
di luar. Pemantauan PdPc menggunakan borang SKPMg2, Pengetua sering meronda sekolah 2
kali sehari. Kaedah ini telah menimbulkan keresahan di kalangan guru menyebabkan Pengetua
mengiayakan kata-kata Mantan Pengarah Pendidikan Negeri Kedah Datin Paduka Dato Azuyah
binti Hassan iaitu “ones you terima memo lantikan sebagai Pengetua, you will be lonely’. Namun
begitu saya tetap kuatkan semangat kerana saya yakin apa yang saya lakukan adalah mengikut sop
dan bertujuan untuk melihat peratus lulus dan GPS meningkat.

Saya mula nampak, Program Barakah (PB) yang sedia ada harus dimantapkan lagi.
Dengan memastikan pelajar datang jam 7.15 pagi dan PB akan bermula tepat jam 7.20 pagi. Situasi
ini akan memaksa guru bertugas mingguan datang awal dan tahu peranan mereka untuk berada
bersama-sama pelajar dalam PB. Bagi saya, sekiranya pelajar boleh datang awal dan PB tamat
pada jam 7.30 pagi, maka kelas / waktu pertama akan bermula jam 7.40 dalam suasana yang segar
dan bersedia. Guru-guru pun akan berada di sekolah awal setiap hari. PdPc akan lebih berkualiti,
akan memberi impak positif kepada kemenjadian pelajar untuk belajar kerana “guru bersemangat
mengajar, pelajar minat untuk belajar”.

2.2 Program Barakah

Rasional Program Barakah dilaksanakan di sekolah disebabkan oleh beberapa faktor antaranya
ramai pelajar, baik lelaki mahupun perempuan tidak mengaplikasikan aktiviti keagamaan di
dalam kehidupan seharian sehingga mereka merasakan solat itu tidak penting. Kesan yang paling
menyedihkan ialah para pelajar tidak tahu dan tidak mempunyai matlamat hidup dan datang ke
sekolah suka-suka, takut emak marah dan seronok jumpa kawan. Oleh itu Program Barakah yang
bersifat keagamaan ini diharap dapat melahirkan modal insan yang berkebolehan, berketrampilan,
nilai pekerti yang luhur dan berdaya maju. Program ini diharap dapat digerakkan dengan lebih
sistematik, terancang dan dapat memberi suntikan baru kepada pelajar serta mampu menyekat
pelajar dari terjebak kedalam kancah yang tidak sihat.

2.1 Objektif Program Barakah

Terdapat lima objektif utama program ini. Objektif-objektif tersebut ialah untuk mendisiplinkan
pelajar sepanjang berada di dalam kawasan sekolah, membina motivasi dalaman untuk menjadi

204
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Program Barakah: Cahaya Pasti Menyinar

pelajar yang cemerlang, melahirkan pelajar yang berakhlak mulia, berbudi luhur dan bersahsiah
kamil, melonjak pencapaian pelajar dalam peperiksaan awam dari segi kualiti dan kuantiti dan
memperkasakan pencapaian akademik pelajar berdasarkan potensi diri

2.2 Pelaksanaan Program Barakah

Program Barakah dilakukan diluar waktu PdPc iaitu di awal pagi pada jam 7.20 sebelum kelas
bermula. Semua pelajar dan guru akan berada di tapak perhimpunan. Aktiviti yang dilakukan
mengikut hari dalam program tersebut adalah membaca matsurat pada hari Isnin dan Selasa,
menghafal ayat-ayat Al Quran yang terdapat dalam buku Pendidikan Islam pada hari Rabu dan
bacaan surat Yaasin pada hari khamis. Program ini diselia oleh Guru Bertugas Mingguan dan juga
melibatkan GPK HEM dan Kaunselor Sekolah. Pelajar sendiri yang memimpin dan mengacarakan
majlis mengikut giliran bertugas.

2.3 Kejayaan Jangka Pendek

Antara kesan segera yang dapat diperhatikan terhadap pelajar dari sudut sahsiah termasuklah,
pelajar datang awal ke sekolah, pelajar dapat memulakan hari persekolahan dengan santapan
rohani yang tidak diperolehi di rumah, pelajar dapat memupuk bakat memimpin melalui tugasan
yang diberikan, pelajar lebih bertanggungjawab dan pelajar lebih berdisiplin dalam kelakuan
dan berpakaian. Guru turut sama datang awal ke sekolah dan kelas dapat bermula tepat pada
waktunya. Untuk meraikan kejayaan kelas yang mencapai kehadiran penuh dan lancar bacaan,
hadiah penghargaan disediakan. Diharap PB akan menjadi satu wadah untuk “menjadikan” pelajar
berjaya dalam kurikulum, kokurikulum dan sahsiah meningkat. Selain itu PB diharapkan dapat
membantu pihak sekolah mendisiplinkan pelajar kerana disiplin adalah kunci kejayaan seseorang
dengan rahmat dan kasih sayang Allah.

3.0 RUMUSAN
Setiap sekolah mengimpikan sifar ponteng dan salah laku di sekolah. Pihak sekolah lebih-lebih
lagi Pengetua, mengimpikan pelajar yang mempunyai semangat cintakan sekolah yang tinggi.
Hasrat ini boleh dicapai sekiranya semua pelajar dititipkan dengan santapan rohani dan program
berunsur keagamaan dengan baik setiap awal pagi sebelum sesi persekolahan bermula. Jika pelajar
dapat mengikuti Program Barakah dengan penuh disiplin iaitu datang tepat jam 7.20 pagi, bersedia
membaca matsurat dan yaasin, insyaAllah mereka akan rasa bahagia dan Allah bantu mereka untuk
mudah belajar. Dengan menghadiri PB setiap pagi tepat ikut masa, semua warga sekolah akan
tenang dan gembira untuk belajar. Jika ini dapat diterapkan, pelajar akan lebih bersemangat untuk
belajar dan impak yang besar ialah proses PdPc sekolah akan berjalan dengan penuh bermakna
kerana pelajar suka datang ke sekolah dan guru senang mengajar. Pencapaian dalam semua
peperiksaan akan meningkat.

205
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Program Barakah: Cahaya Pasti Menyinar

#sekolahku_kebanggaanku
#misi5.45
#SahsiahUnggul
#go4gold
#sekolahbiasa_pencapaianluarbiasa.
#bethefirst

6.0 RUJUKAN
Mohd Ismail Othman (2005). Menangani Disiplin di Sekolah. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Md Suhaimi bin Md Husin (2009). Kajian Tentang Faktor sekolah Yang Mempengaruhi
Masalah Ponteng Di Kalangan Pelajar Di Sekolah-sekolah menengah Daerah Tanah Merah
Kelantan.

206
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PEMBUGARAN KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL

SITI RUBIAH BINTI MOHD ARSHAD


Pengetua SMK Jerlun
Kea4070@moe.edu.my

DR.ABD WAHAB BIN MUDA


Pensyarah Pembimbing IAB Cawangan Genting Highlands
abdwahab.muda@iab.edu.my

MUKHTAR MANSOR
Pegawai SIP+, PPD Jerlun

ABSTRAK

Pendidikan Abad 21 terus menjadi agenda KPM, justeru saya memberi fokus kepada Pembudayaan
Pendidikan Abad 21 di SMK Jerlun dengan mengambil kira Naratif Baharu Amalan Pendidikan
yang menekankan 3 sub naratif. Sub Naratif 1 (Perubahan pedagogi) menekankan aspek PdPc
berpusatkan guru kepada berpusatkan murid, Sub Naratif 2 (Pembangunan kapasiti guru) dan
Sub Naratif 3 (Pengurusan pendidikan). SKPMg2 sebagai instrumen yang dijadikan rujukan
dalam pengoperasian dan pemantauan pelaksanaan. Justeru, dalam memastikan pelaksanaan
pembelajaran abad 21 berlaku di sekolah perkara utama adalah memastikan persediaan guru-
guru dari segi pengetahuan, kemahiran, fizikal dan mental perlu dibangunkan seiring dengan
matlamat yang hendak dicapai. Saya memilih projek pembugaran PLC dalam meningkatkan
kualiti guru sebagaimana yang terkandung dalam sub naratif ke-2, Naratif Baharu dalam usaha
memacu kualiti sekolah.

Kata Kunci: pengurusan kurikulum, pak21, PdPc

1.0 PENGENALAN

Sekolah Menengah Kebangsaan Jerlun, Kubang Pasu Kedah Darulaman dibina di atas tanah
bendang yang berkeluasan 6.3311 hektar. Mula dibina pada 31 Mac 2011 dan siap pada 12 Disember
2013. Mula beroperasi pada 1 Januari 2014. Di kelilingi sawah padi dan terletak berhadapan jalan
utama Jerlun ke Air Hitam. Sekolah yang menempatkan anak-anak yang tinggal di 13 kampung
sebelum ini terpaksa ke SMK Air Hitam atau SMK Alor Janggus yang agak jauh dengan kediaman.
Sekolah yang memiliki nostalgia tersendiri bagi penduduk kampung sekitar seperti Kampung
Tengah, Kampung Jeruju dan Kuala Jerlun. Hampir 40% waris pelajar bekerja sebagai petani, 40%
bekerja sebagai nelayan dan 20% bekerja sebagai pekerja am rendah, tukang rumah dan lain-lain.

207
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Pembugaran Komuniti Pembelajaran Profesional

Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) sentiasa menyokong penuh setiap aktiviti yang dianjurkan
oleh sekolah terutama dalam tempoh 3 tahun pertama penubuhan SMK Jerlun (2014-2016)

Berdasarkan fizikal sekolah, SMK Jerlun memiliki 5 blok bangunan. Mempunyai bentuk bangunan
moden dan tata letak yang kemas dan teratur serta dilengkapi prasarana asas seperti ruangan pejabat,
bilik guru, bilik darjah, bengkel, makmal sains, makmal ICT, Pusat Sumber Sekolah (PSS), surau,
kantin, tandas dan kawasan padang dan permainan yang lengkap. Sekolah ini dirasmikan oleh YB
Dato’ Seri Muhyiddin Yassin. Beliau ketika itu memegang jawatan sebagai Menteri Pendidikan
Malaysia. Sekolah ini pada awal penubuhan sering digunakan sebagai pusat kegiatan komuniti
setempat dan antara sekolah yang kerap dikunjungi oleh pemimpin-pemimpin negara.

Dalam tempoh 5 tahun penubuhannya, SMK Jerlun telah ditadbir oleh 3 orang Pengetua.
Penulis mula ditempatkan di SMK Jerlun pada 1 Februari 2018. Berbekalkan pengalaman sebagai
pentadbir (Guru Kanan selama 10 tahun), Penolong Kanan Hal Ehwal Murid selama 5 tahun) dan
Penolong Kanan Pentadbiran selama 6 tahun) saya menerima tanggungjawab sebagai pengetua
dengan berberapa perkara yang menjadi harapan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah ketika itu.
Antaranya ialah mengembalikan kepercayaan masyarakat sekitar terhadap kepimpinan sekolah,
membina semula hubungan dengan masyarakat sekitar terutama PIBG yang sebelum ini menolak
kepimpinan pengetua yang terdahulu dan membina etos sekolah lebih-lebih lagi sekolah yang
masih baharu beroperasi.

2.0 MENGENAL PASTI MASALAH DAN PENAMBAHBAIKAN

Antara isu yang dikenalpasti antaranya ialah wujud jurang hubungan dan komunikasi dalam
kalangan Guru-guru Penolong Kanan dan Ketua Bidang, keadaan fizikal sekolah yang tidak ceria,
penggunaan bilik kelas dan bilik khas tidak dioptimumkan, guru kurang mengamalkan PdPc
Pembelajaran Abad Ke 21, kehadiran pelajar ke sekolah tidak memuaskan dan pencapaian murid
dibidang kokurikulum kurang menyerlah.

2.1 Merapatkan Barisan Kepimpinan

Terdapat jurang dalam hubungan dan komunikasi dalam kalangan guru-guru penolong kanan
dan ketua-ketua bidang. Peranan utama saya adalah memantapkan hubungan dan mengupayakan
barisan hadapan sekolah khususnya dalam kalangan “Senior Leader Team (Penolong-Penolong
Kanan) dengan “middle leader team” (Guru-guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Bidang).

2.2 Fizikal Bersih Ceria dan Bermaklumat

Aspek “Bersih, Ceria dan Bermaklumat” masih tidak dibudayakan di sekolah ini. Bilik-bilik khas
ada yang tidak beroperasi, kantin agak kotor dengan najis burung dan tidak ceria, perkhidmatan
kantin bermasalah, bilik kesihatan kurang diselia, bilik pengawas kurang beroperasi, penggunaan
Pusat Sumber tidak dioptimumkan. Kemudahan fizikal sekolah tidak memberikan banyak
masalah. Perancangan strategik dibangunkan yang merangkumi 9 bidang Standard kompetensi
Kepengetuaan Sekolah Malaysia (SKKSM) untuk terus melonjakkan kecemerlangan sekolah dan
kemenjadian murid amnya.

208
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Pembugaran Komuniti Pembelajaran Profesional

2.3 Pengurusan Kurikulum

Selaku pemimpin instruksional saya sedapat mungkin cuba menterjemahkan pendekatan


berdasarkan kerangka Instruksional oleh Hallinger dan Murphy (1985). Saya cuba melengkapkan
diri dengan kemahiran yang terkandung dalam Standard 1, SKPMg2 terutama dalam ruang lingkup,
Pengetua sebagai peneraju, pembimbing dan pendorong.

Pelaksanaan PAK21 sejak tahun 2014 masih berlegar dalam konteks dasar dan pemahaman
asas. Hasil pemerhatian saya di SMK Jerlun, hampir keseluruhan guru faham tentang transformasi
pendidikan dan pembelajaran abad 21, namun begitu, pelaksanaan masih bersifat “chalk and
talk” dan PdPc masih berpusatkan guru. Ini akan menjadi fokus utama dalam meningkatkan
kecemerlangan kurikulum sekolah.

Untuk mencapai kejayaan jangka pendek, Program Merealisasikan ETR, telah dicadangkan
kerana sesuai dengan masalah pelajar yang sebilangan besar menganggap belajar di rumah tidak
selesa, banyak gangguan dan sebagainya. Justeru, pihak sekolah mencadangkan supaya aktiviti
pembelajaran hujung minggu dibuat di sekolah. Projek ini mendapat kerjasama semua pihak
termasuk para waris. Akhirnya pada tahun 2018, GPS SPM meningkat daripada 5.17 kepada 5.11.

2.4 Pengurusan Hal Ehwal Murid

Peratus kehadiran murid tidak mencapai sasaran 95 sebagaimana yang ditetapkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM). Sasaran sekolah sebanyak 90% juga tidak tercapai. Peratus kehadiran
pada tahun 2017 sebanyak 85.6 dan 2018 sebanyak 89.99. Berdasarkan soal selidik yang dijalankan
oleh 16 guru tingkatan berkaitan punca ketidakhadiran murid ke sekolah mendapati, daripada 64
orang murid yang tidak hadir melebihi 10 hari berturut-turut, 45% malas bangun awal, 20% tidak
minat terhadap pembelajaran, 15% masalah keluarga, 10% bekerja, 5% suasana sekolah dan 5%
masalah dengan kawan. Situasi ini memberi kesan kepada pencapaian akademik secara holistik
dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Sekolah memperhebat program ziarah cakna ke rumah pelajar
yang ponteng. Usaha ini menampakkan sedikit peningkatan dari segi kehadiran.

Kes-kes disiplin masih ditahap rendah dan boleh dikawal, namun kes penyalahgunaan
dadah dikesan dari 3 kes pada tahun 2018 meningkat kepada 4 kes pada tahun 2019. Kawasan
persekitaran sekolah terutama di Jerlun antara beberapa kawasan yang menjadi “hot spot”
pengedaran dadah dan memberi ancaman kepada sekolah. Usaha-usaha bersepadu telah dilakukan
antara pihak sekolah di bawah Unit Bimbingan & Kaunseling dengan Agensi Anti Dadah
kebangsaan (AADK) serta kerjasama PDRM, PIBG dan Komuniti setempat dalam menangani
bersama masalah penagihan dadah ini. Selain mewujudkan kerjasama pihak sekolah turut
melaksanakan pelbagai program pembagunan insan dengan kerjasama Biro Pendidikan dalam
usaha meningkatkan kemenjadian murid dalam pelbagai bidang.

2.4 Pegurusan Kokurikulum

Dalam bidang kokurikulum, sekolah masih lagi berusaha membina etos yang tersendiri. Penglibatan
murid dalam beberapa acara / aktiviti yang dipertandingkan di peringkat daerah, negeri, kebangsaan
dan antarabangsa setiap tahun menunjukkan peningkatan. Bersandarkan prinsip “merebut peluang
mencipta kejayaan” anak-anak SMK Jerlun turut mencipta kejayaan dalam aktiviti-aktiviti
kokurikulum. Pencapaian terbaik aktiviti kokurikulum 2014-2017 pada tahap Daerah sahaja.

209
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Pembugaran Komuniti Pembelajaran Profesional

3.0 PELAKSANAAN PROJEK


Antara cabaran saya diawal perkhidmatan di SMK Jerlun adalah apabila keputusan SPM 2017
diumumkan. Berlaku peningkatan GPS dari 6.05 kepada 5.17 (peningkatan sebanyak 0.88) satu
peningkatan yang tinggi yang memberikan cabaran kepada saya untuk memastikan GPS SPM
pada tahun berikutnya adalah lebih baik. Hal ini sedikit sebanyak menguji kredibiliti saya sebagai
pengetua baharu menggantikan pengetua yang lama. Hasil maklum balas, saya mendapati antara
sebab kenaikan GP SPM 2017 kerana berlaku peningkatan terhadap mata pelajaran kritikal
sebelum ini yakni sejarah. Gred Purata mata pelajaran sejarah telah meningkat daripada 7.53
(2016) kepada GP 5.39 atau % lulus daripada 73.33 kepada 80.60. Peningkatan tersebut antara lain
disumbangkan oleh Guru Cemerlang Sains bersama-sama guru sejarah melaksanakan “teacher
sharing” dari segi kaedah membantu pelajar menguasai fakta dan menguasai soalan-soalan KBAT.
Amalan kolaboratif ini sebahagian daripada PLC yang menjadi kunci dan memberi impak kepada
peningkatan SPM 2017. Namun pelaksanaanya tidak menyeluruh dan kurang sistematik.

Pelaksanaan PAK21 telah dilaksanakan sejak tahun 2014, namun ia masih berlegar dalam
konteks dasar dan pemahaman asas. Berdasarkan pemerhatian saya, hampir keseluruhan guru
memahami transformasi pendidikan dan pembelajaran abad 21, namun begitu, pada peringkat
amalan masih bersifat “chalk and talk” dan PdPc masih berpusatkan guru.

Bersandarkan pemerhatian tersebut saya melihat PLC boleh dibugarkan semula di SMK
Jerlun ke arah mentransformasikan minda dan kesediaan guru dalam mendepani pendidikan alaf
baharu. SMK Jerlun memiliki sumber manusia sebagai aset yang dapat membantu menggerakkan
lagi pemahaman dan pelaksanaan pembelajaran abad 21. Cikgu Norhailmi bin Abd Mutalib satu-
satunya Guru Cemerlang Sains, merupakan ikon PAK 21 kebangsaan. Melalui beliau saya berkongsi
bagaimana untuk membudayakan PAK21 dalam kalangan guru-guru di SMK Jerlun kerana
berdasarkan pemerhatian tidak sampai 20% guru atau (8 daripada 36 guru) yang melaksanakan
PAK21 di dalam bilik darjah. Satu kaji selidik tentang kefahaman Amalan PAK21 dibuat kepada
33 daripada 36 guru di SMK Jerlun. Hasil kajian mendapati kebanyakan guru mengetahui
tentang PAK21 dan memberi respon yang agak baik dalam soalan-soalan yang berkaitan PAK21.
Walaubagaimanapun untuk melaksanakan PAK21 guru-guru perlu mempunyai kesediaan dari
segi pengetahuan, kemahiran, fizikal dan mental. Antara kekangan yang disuarakan tidak sempat
menghabiskan sukatan, tiada masa merancang, beban tugas lain, kurang kefahaman dan lain-lain.
Bertitik tolak daripada maklum balas ini saya meletakkan satu matlamat untuk menjadikan sekolah
sebagai hub pendidikan abad 21 dalam tempoh 3 tahun. Untuk mencapai matlamat tersebut perlu
segala bentuk pengetahuan dan kemahiran diterapkan kepada guru-guru dengan lebih terancang.

3.1 Planning (Merancang)

Pada peringkat ini saya telah membentuk jawatankuasa PAK21 yang terdiri daripada Ketua Bidang,
Guru Cemerlang, Guru-guru muda yang berpotensi. Menetapkan matlamat berdasarkan pemetaan
3 tahun (2019 -2021) dan Perancangan Strategik tentang Pembugaran PLC yang berfokuskan
kepada pembudayaan PAK 21.

210
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Pembugaran Komuniti Pembelajaran Profesional

Antara perkara yang dilaksanakan di peringkat planning (merancang) termasuklah


membentuk JK, menetapkan matlamat yang ingin dicapai dalam tempoh tiga tahun (2019 – 2021),
menyediakan jadual aktiviti PLC dan pelan pemantauan projek. Hanya aktiviti PLC sahaja yang
dilaksanakan di peringkat sekolah dan direkodkan dalam eSPLG guru. Tahun 2019 menyasarkan
50 Aktiviti PLC yang akan dilaksanakan dengan mengambil kira 10 panitia utama. Setiap panitia
diperuntukkan 5 kali untuk melaksankan PLC. Pelaksanaan aktiviti-aktiviti PLC berdasarkan
pelan taktikal yang dirangka untuk jangka masa pendek dan dapat memberi panduan kepada guru
akan tindakan dan program yang harus dijalankan bagi mencapai matlamat yang ditetapkan. Pelan
Operasi disediakan untuk program-program yang terpilih supaya pelaksanaan yang dibuat lebih
terancang dan berkesan.

3.2 Organising (Mengurus)

Mengurus adalah proses mengatur dan mengagihkan tugas, kuasa dan sumber yang dirancang dalam
kalangan ahli organisasi supaya mereka boleh mencapai matlamat organisasi. Antara perkara yang
diurus termasuklah memastikan pelaksanaan aktiviti dan peranan setiap jawatankuasa seperti JK,
Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) atau Pembangunan Prosfesionalisme Berterusan (PPB).
PPB dilakukan secara bersiri meliputi perkongsian pengetahuan dan kemahiran PAK 21 melalui
PLC. Antara PLC yang disusun meliputi Rondaan Pembelajaran (Learning Walks), Perkongsian
Guru (Teacher Sharing), Bimbingan Rakan Sebaya atau Peer Coaching, Analisis Data, Lesson
study dan video critic.

Kerjasama dengan PPD melalui SIP+ dan SISC+ dalam memberikan latihan dan
bimbingan pedagogi guru-guru selaras dengan program Transformasi Daerah. Kajian Tindakan dan
Projek Base Learning (PBL) dilaksanakan sebagai aktiviti sokongan untuk meningkatkan kualiti
PdPc guru. Berdasarkan strategi PLC yang telah diperkenalkan kepada guru-guru, saya mendapati
kefahaman guru-guru terhadap pembelajaran abad 21 lebih baik dan berfokus. Penerapan elemen
PAK 21 guru lebih jelas dan disesuaikan dengan SKPMg2 Standard 4.

3.3 Leading (Memimpin)

Secara amnya kepimpinan merupakan keupayaan mempengaruhi, memotivasi, mengubah sikap


dan tingkah laku seseorang supaya bersetuju untuk melaksanakan perubahan ke arah mencapai
matlamat organisasi. Bimbingan dan pementoran diberikan kepada SLT dan MLT sebelum
memberikan “empowerment” kepada mereka memimpin strategi yang ditetapkan. Sebagai contoh
dalam melaksanakan Learning Walks, pengetua akan membimbing SLT dan MLT, a: menetapkan
fokus LW, tarikh, masa dan guru atau kelas yang akan dironda menggunakan SKPMg2 standard
4 sebagai instrumen panduan. b: proses rondaan perjumpaan selepas LW, c: berkongsi maklumat
dengan guru-guru dan membuat laporan.

3.4 Controlling (Kawalan)

Antara aktiviti yang terkandung dalam kawalan seperti menyelaras, memantau, mengenal pasti
kekuatan dan kelemahan untuk penambahbaikan. Saya memanfaatkan saranan Kotter demi

211
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Pembugaran Komuniti Pembelajaran Profesional

memastikan matlamat meningkatkan kualiti guru dapat dicapai. Walaupun bukan mudah tetapi
tidak mustahil. Kejayaan–kejayaan melaksanakan PLC di peringkat sekolah, daerah, negeri dan
kebangsaan telah menjadikan SMK Jerlun antara sekolah yang sering dikunjungi sama ada oleh
sekolah di negeri Kedah mahupun dari negeri lain. Perkongsian pembelajaran PAK 21, Pelaksanaan
PLC, One Page Report antara bahan utama yang akan dikongsikan dengan sekolah-sekolah luar.
Pada masa yang sama sekolah-sekolah yang membuat lawatan juga akan berkongsi amalan terbaik
di sekolah masing-masing sebagai perkongsian yang boleh dimanfaatkan. Beberapa kejayaan
yang dicapai oleh guru-guru turut menyuntik semangat guru-guru ketika menerima latihan dan
bimbingan yang berterusan sama ada dari kalangan guru-guru ikon PAK21 mahunpun daripada
SISC PPD Kubang Pasu. Aktiviti PLC yang dilaksanakan termasuklah Lesson Study, teacher
sharing session, Analisis Data, Learning Walks dan Video Critics.

4.0 PENILAIAN DAN IMPAK DATA

Menurut Ibrahim (1996) aspek penilaian merujuk kepada perbandingan hasil dengan kriteria atau
piawai yang telah dibentuk dan dilakukan secara tersusun dan sistematik yang digunakan untuk
mendapatkan kepastian atau keputusan dengan tujuan membuat penambahbaikan kepada sesuatu
program. Peningkatan SPM 2018 dari GPS 5.17 kepada 5.11 telah membuka mata pegawai-
pegawai JPN dan PPD serta masyarakat bahawa warga SMK Jerlun mampu merealisasikan KPI.
Peningkatan 3 tahun berturut-turut telah memberi impak yang postif kepada warga sekolah untuk
meningkatkan kejayaan dalam apa juga bidang serta mendapat sokongan daripada pelbagai pihak.
Berbekalkan semangat “together we strive for excellence” warga sekolah mula menampakkan
usaha yang gigih untuk menjelmakan kejayaan. Kejayaan jangka pendek yang kami perolehi ialah
peningkatan jumlah PLC dari 5 kepada 50 (telah mencapai sasaran) dan 70% guru yang telah
melaksanakan PAK21 dan menepati SKPMg2 Std 4.

Antara kejayaan diperingkat daerah dan negeri yang dicipta termasuklah johan dan
tempat ke -4 pertandingan inovasi Daerah, 2019; Inovasi Ustaz Asrulnizam Mohd Yusuf tempat ke
tiga peringkat negeri; Cikgu Norhailmi Mutalib dan Ustaz Asrulnizam Mohd Yusuf tersenarai 10
Adiwira PAK 21 peringkat kebangsaan dan Cikgu Norhailmi mendapat Naib Johan.

Di samping itu, lima orang guru terpilih membentangkan amalan terbaik bagi mata
pelajaran masing-masing di peringkat Daerah Kubang Pasu. Untuk perkongsian amalan terbaik
PAK 21, antara sekolah yang dikunjungi oleh SMK Jerlun termasuklah SMK Jalan Tiga, Selangor,
PPD dan MPSM/PGB Daerah Kerian Kelantan, SMK Tunku Sopiah Kedah, SMK Jengka 2
Pahang, SK Padang Pekan, Kedah, SMK Tasek Permai, Selangor, SMKA Maahad Hamidiah
Kajang Selangor dan SMK Abdul Jalil Hulu Langat, Selangor.

Untuk memastikan pembelajaran abad 21 yang menekankan 4 K 1N (Kolaboratif,


Komunikasi, Pemikiran kritis, Kreativiti dan Nilai Murni) diterjemahkan oleh guru-guru dalam
PdPc, pihak pengurusan kurikulum menekankan penggunaan kaedah 5E (Engage, Explore, Explain,
Elaborate and Evaluate) dalam penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dan pelaksanaan
PdPc di dalam bilik darjah. Kaedah ini dapat membantu guru menyediakan PdPc yang berpusatkan
murid. Pada setiap fasa 5E akan membolehkan pembelajaran secara inkuiri dilaksanakan kepada
murid.

212
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Pembugaran Komuniti Pembelajaran Profesional

5.0 RUMUSAN DAN PENUTUP


Dalam mengemudi pendidikan abad 21, kefahaman kepada guru-guru perlu didahulukan. Guru-
guru perlu memahami bahawa sistem pendidikan abad 21 memberi fokus kepada kemenjadian
murid di samping menekankan aspek “soft skill” murid-murid melalui eleman 4K1N (Kolaborasi,
Komunikasi, kritis, kreativiti dan Nilai). Guru tidak lagi berperanan menyampaikan ilmu dan
pengetahuan semata-mata tetapi boleh membekalkan kemahiran pembelajaran supaya murid
mampu meneroka pelbagai ilmu daripada pelbagai bidang. Justeru, guru tidak boleh bekerja secara
“silo’ sebaliknya bekerja secara kolektif. Pada dasarnya projek pembugaran PLC di SMK Jerlun
sering dijadikan contoh oleh sekolah-sekolah di Daerah kubang Pasu dan turut dikongsikan kepada
sekolah-sekolah di luar dari negeri Kedah.

6.0 RUJUKAN
Mohd Ismail Othman (2005). Menangani Disiplin di Sekolah. Kuala Lumpur: Utusan Publications
& Distributors Sdn. Bhd.

Md Suhaimi bin Md Husin (2009). Kajian Tentang Faktor sekolah Yang Mempengaruhi Masalah
Ponteng Di Kalangan Pelajar Di Sekolah-sekolah menengah Daerah Tanah Merah
Kelantan.

Universiti Teknologi malaysia. Tesis Sarjana MudaPendidikan.

Johari Bin Hassan & Nik Selma Bt Muhammad ( 2012). Faktor Yang

213
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
214
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
DAJ DI HATI KU

MOHAMAD BIN MUDA


SMK Datuk Awang Jabar
mohdmuda385@gmail.com

DR. HAJAH AKMA BINTI HJ. ABD. HAMID


Pensyarah Pembimbing IAB Cawangan Genting Highlands
akma@iab.edu.my

Abdul Rahim Bin Mat Zin


Pegawai SIP+ PPD Marang

ABSTRAK

Kehadiran ke sekolah memainkan peranan penting dalam meningkatkan prestasi akademik


sesebuah sekolah. Berdasarkan analisis peratus kehadiran murid sepanjang tahun 2018, SMK
Datuk Awang Jabar, Marang, Terengganu mencatat kehadiran 88.03 peratus. Tindakan yang
drastik diambil bagi mengatasi masalah ini. Projek DAJ DI HATIKU dirancang dan dilaksana
bagi melahirkan rasa sayang pada sekolah serta mengurangkan masalah ketidakhadiran murid ke
sekolah. Projek ini telah dimulakan seawal bulan Januari dan setiap minggu data kehadiran murid
dianalisis. Sebelas aktiviti dilaksanakan iaitu DAJ-PKG, DAJ-RoM, DAJ-MeMe, DAJ-CaP, DAJ-
CIB, DAJ-ZiM, DAJ-JJ, DAJ-PIB, DAJ-AT, DAJ-RSS, DAJ-PsPS. Berdasarkan data kehadiran
bulanan bermula bulan Januari hingga September 2019, peratus kehadiran keseluruhan pelajar
SMK Datuk Awang Jabar semakin meningkat dan mencapai KPI yang ditetapkan.

Kata kunci: DAJ di hatiku, Kehadiran Murid, Prestasi Akademik, Motivasi.

1.0 PENGENALAN

SMK Datuk Awang Jabar ialah sebuah sekolah harian biasa. Terletak kira-kira 53km dari pusat
bandar Kuala Terengganu. Sekolah ini dikelilingi oleh suasana kampung yang mana majoriti
penduduknya berada pada kategori B40. Kebanyakan penduduk di kampung ini bekerja sebagai
nelayan dan petani. Selain dari itu, terdapat sebahagian kecil dalam kalangan mereka berniaga
dan bekerja dengan kerajaan dan swasta. SMK Datuk Awang Jabar telah mula dibina pada tahun
2004 dan memulakan sesi persekolahan pada tahun 2006. Sejak sekolah ini dibuka sehingga ke
hari ini sekolah ini telah diterajui oleh sepuluh orang pengetua. Sebelum kewujudan sekolah ini,
murid-murid di kampung Jambu Bongkok dan Kampung Pasir Puteh mendapat pendidikan di
SMK Merchang yang mana jaraknya kira-kira 14km.

215
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
DAJ di Hatiku

Murid-murid yang belajar di sekolah ini datangnya dari Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh
dan Sekolah Kebangsaan Jambu Bongkok. Jumlah pelajar kini seramai 187 orang iaitu 97 lelaki
dan 90 perempuan dengan bilangan kelas sebanyak 11 kelas. Daripada jumlah tersebut 97 orang
tinggal di asrama manakala selebihnya tinggal di rumah masing-masing. Jumlah guru pula seramai
26 orang, AKP seramai 6 orang, pekerja kebersihan 6 orang dan pengawal keselamatan seramai 4
orang.

Saya mula dilantik dan bertugas sebagai pengetua di sekolah ini pada 24 April 2016
menggantikan pengetua yang kesembilan yang bertukar ke SMK Pengkalan Berangan.
Berdasarkan kemudahan dan infrastruktur yang ada di sekolah ini agak mencukupi serta bilangan
murid yang tidak begitu ramai saya berkeyakinan akan dapat berbuat sesuatu bagi melonjakkan
lagi kemenjadian pelajar. Beberapa isu yang dikenal pasti apabila melangkah ke sekolah ini
antaranya adalah seperti dari segi akademik GPS PT3 masih rendah iaitu 3.52 pada tahun 2016,
3.72 (2017) dan 3.69 pada tahun 2018 manakala GPS SPM juga masih rendah iaitu 6.38 pada tahun
2016, 6.42 (2017) dan 5.42 pada tahun 2018. Pada tahun 2018 berlaku peningkatan mendadak iaitu
berada pada ranking kedua peringkat negeri Terengganu yang mana GPS SMK Datuk Awang Jabar
meningkat sebanyak 0.99 unit berbanding tahun sebelumnya. Dari segi disiplin pula tidak ada
masalah besar yang berlaku di sekolah ini melainkan peratus kehadiran pelajar ke sekolah semakin
merosot. Peratus kehadiran pada tahun 2016 ialah 93.5 peratus, 2017 iaitu 91.09 peratus dan pada
tahun 2018 semakin menurun iaitu 88.03 peratus.

Objektif Program

Program ini bertujuan untuk mengurang dan mengatasi masalah kehadiran pelajar ke sekolah yang
tidak konsisten pada setiap bulan.

i. Mengenal pasti punca murid tidak hadir ke sekolah.

ii. Memberi kesedaran kepada murid-murid tentang kepentingan hadir ke sekolah.

iii. Membimbing murid-murid yang terlibat melalui sesi kaunseling dan progran kesedaran.

iv. Meningkatkan peratus kehadiran ke sekolah pada setiap hari.

2.0 MENGENAL PASTI ISU


Berdasarkan data e-kehadiran tiga tahun: 2016, 2017 dan 2018 didapati peratus kehadiran pelajar-
pelajar SMK Datuk Awang Jabar semakin merosot.

Jadual 22.1: Peratus Kehadiran Murid bagi Tahun 2016, 2017 dan 2018

TAHUN PERATUS
2016 93.50
2017 91.09
2018 88.03

216
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
DAJ di Hatiku

Hasil tinjauan daripada 60 responden, iaitu 22 orang murid Tingkatan 4AF dan 18 orang
murid Tingkatan 2AF (dua kelas yang paling banyak menyumbang ketidakhadiran murid ke
sekolah), maklumat ini diperolehi dan dianalisis oleh lima (5) orang guru disiplin, dua (2) orang
guru kelas dan 13 orang pengawas terlibat dalam menjayakan projek ini. Dapatan analisis yang
diperolehi mendapati punca murid tidak berminat hadir ke sekolah iaitu;
1. Sikap murid yang kurang berminat terhadap pelajaran – 85%.
2. Kurang motivasi – 81.7%.
3. Tidur lewat malam kerana bermain gajet – 68.3%.
4. Bekerja sampingan dan ada pendapatan sendiri – 65.0%.
5. Tiada hala tuju – 25.0%.

6. Ibu bapa tidak dapat memujuk anak sendiri – 18.3%.

Analisis persekitaran kawasan sekolah (SWOT) turut dilaksanakan. Dapatan analisis SWOT
adalah seperti berikut;

Jadual 22.2: Analisis Persekitaran (SWOT)

KEKUATAN (S) KELEMAHAN (W)


1. Pengurusan sangat mengambil 1. Peratus tidak hadir ke sekolah
berat terhadap pelajar. lebih kurang 7-10% setiap
2. Budaya kerja berpasukan bulan.
menjadi budaya sekolah. 2. Bilangan guru yang sedikit (26
3. Dua orang guru berasal dari orang) tugas yang banyak.
Kg. Jambu bongkok. 3. Ketiadaan guru di sekolah atas
4. Guru Disiplin orang Kg Jambu tugas luar (antara 5 -10%)
Bongkok. sebulan.
5. Kemudahan fizikal mencukupi. 4. Pelaksanaan PA-21 tidak
menyeluruh, PdPc kurang
menarik.
5. Badan pengawas tidak
berfungsi dengan maksima.
PELUANG (O) CABARAN (T)
1. PIBG sangat komited dalam 1. Pengaruh elemen negatif di
membantu sekolah. luar kawasan sekolah.
2. Jarak rumah dan sekolah 2. Komitmen ibu bapa yang
dalam lingkungan 3km. kurang terhadap anak mereka.
3. Jalinan yang baik dengan 3. Sikap kurang ambil peduli oleh
Tatiuc, Tesdec, MSU, UiTM, masyarakat setempat.
ILP, Pejabat Agama Daerah. 4. Persekitaran kampung yang
4. MPKK sentiasa memberi tidak menarik untuk belajar.
kerjasama kepada sekolah. 5. Kebanyakan murid mempunyai
5. Pemimpin kerajaan sentiasa gajet dan motosikal.
membantu dari sudut
kewangan.

217
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
DAJ di Hatiku

3.0 PELAKSANAAN
3.1 Strategi SO

3.1.1 Meningkatkan kerjasama ibu bapa dan guru dalam semua aktiviti sekolah.

3.1.2 Membina hubungan yang erat antara murid, guru dan ibu bapa.

3.1.3 Mempelawa ibu bapa ke sekolah pada bila-bila masa untuk melihat suasana
PdPc dalam bilik darjah dan melihat perkembangan anak-anak mereka.

3.2 Strategi WO

3.2.1 Mengadakan LADAP untuk memantapkan PdPc guru.

3.2.2 Memperkasakan PLC dalam kalangan guru.

3.2.3 Memperkasakan PdPc dengan menggunakan kaedah PA-21.

3.3 Strategi ST

3.3.1 Melaksanakan proses mendidik murid secara berterusan tanpa jemu.

3.3.2 Mewujudkan kumpulan whatsApps ibu bapa dan PIBG.

3.3.3 Menjalinkan kerjasama dengan Majlis Pemuafakatan Komuniti Kampung


(MPKK).

3.3.4 Menggunakan khidmat rakan strategik untuk membuka minda murid.

3.4 Strategi WT

3.4.1 Sentiasa memberi peringatan tentang kepentingan ilmu pengetahuan dan


kepatuhan kepada disiplin sekolah.

3.4.2 Program guru penyayang diperkasakan.

3.4.3 Program cakna kaunselor.

3.4.4 Program ziarah mahabah ke rumah murid.

Tindakan Dan Intervensi

1. DAJ PKG: Pembangunan Kendiri Guru

Program ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kendiri guru. Guru diberi pendedahan tentang

218
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
DAJ di Hatiku

kepentingan menjadi seorang pendidikan yang mempunyai sifat kasih sayang, bertanggungjawab,
sabar, ikhlas dalam mendidik para pelajar. Untuk mencapai hasrat ini pelbagai kursus (LADAP)
diberi kepada guru-guru seperti Budaya Kerja Berpasukan, Kerja sebagai Ibadah, Pendedahan
tentang Naratif Baharu, Kursus PLC, Kursus pemantapan PA-21, dan Taklimat tentang Semua
Guru adalah Guru Disiplin. Kursus-kursus seumpama ini dapat memantapkan lagi kendiri para
guru dalam mendepani murid-murid serta dapat mengimplimantasikan dalam bilik darjah semasa
PdPc.

2. DAJ RoM: Pembangunan Rohani Murid

Program ini bertujuan untuk membangunkan rohani murid dengan mengadakan majlis bacaan
yaasin, solat dhuha, solat hajat dan tazkirah pagi kepada murid- murid pada setiap hari supaya
murid mendapat pendedahan tentang amalan murni berkenaan, selain melatih mereka mengerjakan
ibadah sunat. Melalui program ini juga diharapkan mereka dapat membiasakan diri dengan bacaan
surah yaasin dan ayat-ayat al Quran manakala melalui tazkirah mereka diperingatkan tentang
kepentingan mengerjakan amalan kebaikan dan meninggalkan amalan yang sia-sia yang merugikan
masa depan mereka.

3. DAJ MeMe: Mentor Mentee

Program ini khusus dilaksanakan oleh guru Bimbingan Kaunseling Sepenuh Masa (GBKSM) .
Murid-murid yang kerap tidak hadir ke sekolah diambil oleh kaunselor untuk diberi bimbingan dan
kaunseling. Mereka diberi kesedaran tentang kepentingan ilmu dalam kehidupan, mereka dibimbing
untuk mengenal diri sendiri serta berusaha mengubah diri ke arah yang lebih baik. Kaunselor
juga cuba mengenal pasti segala masalah yang dihadapi oleh murid dan cuba menyelesaikannya.
Kaunselor juga mengadakan kem di luar sekolah dengan menggunakan khidmat rakan strategik
untuk melatih dan membimbing murid yang berisiko tinggi ini supaya dapat menghadapi pelbagai
cabaran yang disusun semasa kem tersebut. Selain itu, ceramah kerjaya juga diadakan untuk
memberi pendedahan kepada murid tentang bidang-bidang yang dapat diikuti oleh murid selepas
SPM. Lawatan ke pusat-pusat pengajian tinggi turut diadakan supaya murid mendapat pengalaman
dan melihat sendiri suasana di pusat pengajian tersebut.

4. DAJ CaP: Program Cakna Pengurusan

Pengurusan sekolah yang terdiri daripada Pengetua, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid dan Penolong Kanan Kokurikulum mengadakan majlis santai bersama-
sama murid yang kerap tidak hadir ke sekolah setiap bulan bagi memberi nasihat dan kesedaran
serta mengenal pasti dan menyelami kemahuan murid- murid berkenaan selain dapat mengeratkan
hubungan antara pentadbir dengan murid.

5. DAJ CIB : Program Cakna Ibu Bapa

Program Cakna Ibu Bapa bertujuan mengeratkan ibu bapa dengan pihak sekolah, program ini
menekankan konsep “tidak kenal maka tidak cinta” untuk memastikan ibu bapa cintakan anak-anak,

219
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
DAJ di Hatiku

ibu bapa perlu tahu perkembangan anak masing-masing. Pihak sekolah mengadakan perjumpaan
dengan ibu bapa murid yang kerap tidak hadir dengan mengundang mereka ke sekolah. Pihak
sekolah mengadakan dialog dengan ibu bapa tentang bagaimana cara terbaik agar anak-anak
mereka berminat untuk hadir ke sekolah. Selain berbincang tentang kehadiran, perkara-perkara
lain juga dibincangkan seperti tingkah laku dan sahsiah pelajar, prestasi akademik, kerja-kerja
sekolah yang perlu disiapkan dan kerja kursus supaya ibu dapat mengetahui perkembangan anak-
anak mereka.

6. DAJ ZiM: Program Ziarah Mahabbah

Ziarah Mahabbah merupakan program bagi mengenal punca sebenar ketidakhadiran murid ke
sekolah dan memujuk murid untuk hadir ke sekolah. Pihak sekolah telah mengunjungi rumah-
rumah murid yang kerap tidak hadir ke sekolah bagi mengenal pasti sebab-sebab ketidakhadiran
mereka ke sekolah. Alasan yang sering diberi oleh ibu mereka ialah anak tidak mahu bangun dari
tidur dan ada antara ibu pelajar yang meminta guru mengejutkan anak mereka kerana anak tersebut
tidak lagi mendengar arahan ibu mereka. Ada sesetengah murid apabila guru mengunjungi rumah
mereka, mereka akan berubah tetapi bagi murid tegar kunjungan guru ini tidak mendatangkan apa-
apa kesan pun kepada mereka.

7. DAJ JJ: Program Jaringan dan Jalinan

Memperkasakan Rakan Jaringan dan Jalinan Sekolah yang terdiri daripada PIBG dan MPKK
(Majlis Pemuafakatan Komuniti Kampung). Rakan strategi sekolah sangat penting dalam
membantu pihak sekolah mengatasi beberapa isu yang berlaku kepada murid-murid terutama
berkaitan dengan ketidakhadiran murid ke sekolah, gejala negatif seperti terlibat dengan penagihan
dadah, aktiviti sosial, lumba haram dan lain-lain yang berlaku di luar kawasan sekolah. PIBG dan
MPKK memaklumkan kepada ibu bapa murid berkenaan dan juga kepada pihak sekolah akan
perkara-perkara yang dilakukan murid di luar kawasan sekolah.

8. DAJ PIB: Program Peningkatan Pengetahuan Ibu bapa

Program Peningkatan Pengetahuan Ibu Bapa bertujuan menyediakan pengetahuan dan nilai tambah
kepada Ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Pihak sekolah telah mengadakan tiga siri ceramah
keibubapaan sepanjang tahun 2018 kepada semua ibu bapa supaya mereka mendapat pengetahuan
tentang bagaimana mendidik anak-anak pada zaman teknologi maklumat ini. Penceramah dan
kaunselor dari luar telah dijemput khas agar mereka dapat berkongsi maklumat bersama ibu bapa
tentang keperluan kecaknaan ibu bapa terhadap anak-anak yang berada pada zaman dunia tanpa
sempadan ini. Kealpaan ibu bapa serta kesilapan anak-anak memilih jalan hidup yang betul boleh
mengundang padah dan masa depan anak-anak mungkin hancur.

220
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
DAJ di Hatiku

9. DAJ AT: Program Atas Talian

Program ini bertujuan mewujudkan Group WhatsApps Guru, PIBG dan murid. Pihak sekolah
menubuhkan Group WhatsApps guru, PIBG dan murid bagi menyalurkan maklumat terutama
ketidakhadiran murid ke sekolah, ke kelas-kelas tambahan, masalah kesihatan dan apa-apa sahaja
yang berlaku dalam kalangan murid. PIBG akan dimaklumkan setiap hari bilangan pelajar yang
tidak hadir ke sekolah atau tidak hadir kelas tambahan yang diadakan di sekolah. PIBG akan
menghantar maklumat teresebut kepada ibu bapa dalam group mereka. Walaupun begitu ramai
juga ibu bapa yang tidak mempunyai whatsapps group.

10. DAJ RSS: Program Rakan Strategi Sekolah

Pihak sekolah sentiasa menggunakan khidmat Rakan Strategik bagi membantu mengatasi beberapa
masalah terutama berkait dengan kewangan. Rakan strategik yang sering membantu sekolah ialah
MAIDAM, Bank Rakyat, Bank Islam, Bank Simpanan Nasional, Wakil Rakyat dan Exco Negeri.
Rakan strategik ini telah memberi sumbangan kewangan kepada sekolah bagi menjayakan kursus
kesedaran pelajar, ceramah keibubapaan, kem solat dan kerohanian serta kem-kem akademik yang
sekolah laksanakan. Bantuan yang mereka hulurkan dapat menampung pelaksanaan dan perjalanan
majlis tersebut.

11. DAJ PsPS: Memperkasakan Pegawai Polis Perhubungan Sekolah.

Sepanjang tahun 2018 pihak sekolah telah menjemput Pegawai Polis Perhubungan Sekolah
sebanyak lima kali datang ke sekolah untuk memberi ceramah kepada murid-murid berkaitan dengan
keselamatan jalan raya, menjauhkan diri daripada najis dadah, Budaya Buli dan Gengsterisme,
Hukuman terhadap Kesalahan Jenayah, dan Masalah Sosial yang sering melibatkan remaja masa
kini. Pegawai Polis Perhubungan Sekolah sangat memberi kerjasama kepada pihak sekolah dan
sentiasa memenuhi setiap undangan yang diminta.

4.0 PENILAIAN DAN IMPAK DATA

Setelah melaksanakan Pojek DAJ DI HATIKU selama sembilan bulan bermula bulan Januari
sehingga September 2019 didapati berlaku peningkatan kehadiran murid ke sekolah. Purata (min)
kehadiran sepanjang sembilan bulan ialah 92.07 peratus manakala TOV ialah 88,03 peratus dan
KPI yang ditetapkan bagi tahun 2019 ialah 90.03 peratus. Berlaku peningkatan sebanyak 4.04
peratus berbanding TOV dan meningkat sebanyak 2.04 peratus berbanding KPI yang ditetapkan
bagi tahun 2019. Hal ini ternyata semua aktiviti yang telah dilaksanakan telah memberi impak
positif dan mencapai sasaran dan melebihi KPI yang ditetapkan. Di bawah ini ditunjukkan data
kehadiran ke sekolah pelajar-pelajar SMK Datuk Awang Jabar bermula bulan Januari sehingga
bulan September 2019. Data diambil dari e-kehadiran.

221
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
DAJ di Hatiku

Jadual 22.3: Peratus e-Kehadiran Setengah Tahun Pertama

BULAN JAN FEB MAC APR MEI JUN

PERATUS
95.05 91.09 91.36 91.34 91.68 88.78
(%)

Jadual 22.4: Peratus Kehadiran Murid SMK Datuk Awang Jabar (Julai – September 2019)

MIN KPI
BULAN JUL OGO SEP SEP TOV

PERATUS
92.37 92.90 93.19 91.68 88.03 92.07 90.03
(%)

Peratus kehadiran pelajar SMK Datuk Awang Jabar dari bulan Januari hingga bulan September
2019.

Sumber: Data ekehadiran KPM

5.0 RUMUSAN DAN PENUTUP

Program PROJEK DAJ DI HATIKU yang telah dilaksanakan bermula bulan Januari sehingga bulan
September 2019 dengan penggemblengan tenaga jawatankuasa yang telah ditubuhkan melalui 11
tindakan dan intervensi telah memperlihatkan kejayaan dalam usaha untuk mengurangkan masalah
ketidakhadiran pelajar-pelajar SMK Datuk Awang Jabar ke sekolah. Segala aktiviti yang telah
dilaksanakan telah membantu serta mengubah sikap para pelajar yang kerap tidak hadir ke sekolah
sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Hal ini dapat dilihat berdasarkan data ekehadiran
yang telah dipaparrkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia setiap hari.

Berdasarkan pemerhatian semasa, walaupun berlaku peningkatan dari segi peratus dari
semasa ke semasa namun peranan semua pihak termasuk guru di sekolah, ibu bapa di rumah
serta PIBG dan komuniti sangat dituntut agar sentiasa memainkan peranan masing-masing secara
berterusan tanpa jemu agar peratus kehadiran ke sekolah ini walaupun kini telah melepasi KPI
namun biarlah berlaku peningkatan yang lebih tinggi lagi sebagaimana sasaran Jabatan Pendidikan
Negeri Terengganu sebanyak 93 peratus dan Pejabat Pendidikan Daerah Marang sebanyak 95
peratus.

Pihak pengurusan khususnya saya selaku pengetua yang merupakan peneraju utama
perlulah sentiasa berusaha lebih gigih lagi serta menggunakan perlbagai strategi agar kehadiran
pelajar-pelajar saya sentiasa meningkat. Kerjasama yang erat, kerja secara sepasukan serta
saling mempercayai antara satu sama lain merupakan antara prinsip yang saya amalkan dalam
pengurusan saya. Saya dan rakan pengurusan akan terus mengawal dan memantau program ini dan
penambahbaikan akan kita laksanakan dari semasa kesemasa apabila berlaku keperluan.

222
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
DAJ di Hatiku

Saya juga merakamkan jutaan terima kasih kepada Pensyarah Pembimbing saya Dr.
Hajah Akma bt Hj. Abd. Hamid dari Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands
yang banyak membimbing dan membantu dalam menjayakan Projek ini. Saya juga mengucapkan
berbanyak terima kasih kepada SIP+ En. Abdul Rahim bin Mat Zin atas pandangan dan tunjuk
ajar yang diberikan dalam merealisasikan projek ini. Juga jutaan terima kasih saya kepada rakan
pengurusan saya yang tidak pernah jemu membantu dan melaksanakan semua urusan yang berkait
dengan program ini dan amat membanggakan lagi rakan-rakan jawatankuasa yang menjadi nadi
utama menggerakkan projek ini. Jutaan terima kasih tidak terhingga.

Harapan saya semoga Program PROPEKS ini dapat diteruskan ke sekolah-sekolah lain di
seluruh negara kerana melalui program ini banyak isu dapat kita selesaikan atau paling tidak dapat
kita kurangkan ke tahap yang minimum.

6.0 RUJUKAN
Mohd Ismail Othman (2005). Menangani Disiplin di Sekolah. Kuala Lumpur: Utusan Publications
& Distributors Sdn. Bhd.

Md Suhaimi bin Md Husin (2009). Kajian Tentang Faktor sekolah Yang Mempengaruhi
Masalah Ponteng Di Kalangan Pelajar Di Sekolah-sekolah menengah Daerah Tanah
Merah Kelantan.

Universiti Teknologi malaysia. Tesis Sarjana MudaPendidikan.

Johari Bin Hassan & Nik Selma Bt Muhammad ( 2012). Faktor Yang

Menyebabkan Masalah Ponteng Sekolah di Sekolah Menengah Daerah Kulai Johor.


Fakulti Pendidikan Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd Azif bin Shukor (2017). Ini Cara Unik Boleh Dipraktikkan Pihak Sekolah Untuk Tangani
Murid Lewat Ke sekolah. Portal GPS Bestari.

Afiqah Hussain (2018). Masalah kaki Ponteng Sekolah, Antara Sebahagian Puncanya. Berita
Mediacorp.

223
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
224
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
SMoCS COMEY

HAJAH RUSMAWATI BINTI MAHMOOD


SMK Chalok Model Khas Setiu
smkchalok@gmail.com

DR. HAJAH. AKMA BINTI ABD HAMID


Pensyarah Pembimbing IAB Cawangan Genting Highlands
akma@iab.edu.my

WAN YAACOB WAN IBRAHIM


Pegawai SIP+ PPD Setiu

ABSTRAK

Bersandarkan kepada dapatan program Pembudidayaan PGB daerah Setiu 2018, didapati bahawa
peratus skor keseluruhan yang diberikan oleh PGB yang terlibat sangat tidak memberangsangkan,
hanya mencapai 74.62% sahaja. Situasi ini menimbulkan kebimbangan kerana hasil pemantauan
tersebut telah memberi gambaran bahawa sebahagian besar instrumen yang menjadi fokus utama
sekolah belum menepati kriteria yang diperlukan bagi memastikan persekitaran fizikal kondusif
dan menjadi daya tarikan kepada semua warga sekolah. Projek SMoCS COMEY dilaksanakan
untuk menyediakan persekitaran fizikal yang kondusif sebagai asas bagi melonjakkan prestasi
dan pencapaian sekolah. Projek SMoCS COMEY memberi fokus kepada 4 tumpuan utama iaitu
SMoCS MAHABBAH, SMoCS BBK, SMoCS WELCOME dan SMoCS Di Hatiku. Kaedah kajian
yang digunakan ialah melalui pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Projek SMoCS
COMEY menyaksikan keterlibatan semua 700 orang murid, 84 orang guru dan 18 orang anggota
kumpulan pelaksana (AKP) serta turut melibatkan kerjasama daripada PIBG dan PIBK. Dapatan
kajian menunjukkan persekitaran sekolah semakin ceria dan kondusif. Peratus kehadiran murid ke
sekolah telah menunjukkan peningkatan daripada 86.54% pada tahun 2018 kepada 88.12%(2019).
Gred Purata Sekolah (GPS) di dalam peperiksaan SPM juga telah meningkat daripada 6.29 pada
tahun 2018 kepada kepada 6.06(2019). Secara keseluruhannya kajian ini telah membuktikan
bahawa projek SMoCS COMEY telah berjaya menghasilkan persekitaran fizikal yang kondusif
dan seterusnya meningkatkan motivasi murid untuk hadir ke sekolah.

Kata Kunci:  Persekitaran Fizikal Kondusif, SMoCS COMEY, Motivasi.  

1.0 PENGENALAN
Pada 1hb. Julai 2018 pengkaji telah melaporkan diri sebagai pengetua di Sekolah Menengah
Kebangsaan Chalok Model Khas. Berbekalkan pengalaman sebagai pengetua di SMK Langkap

225
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
SMoCS COMEY

bermula pada 26 September 2016, sebagai pendidik selama 21 tahun amnya dan dalam pengurusan
sekolah khususnya selama 8 tahun sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran Sains dan Matematik (Jun
2008 – Mei 2011), Guru Penolong Kanan Kokurikulum (Jun 2011 – Jun 2014) dan Guru Penolong
Kanan Pentadbiran (Julai 2014-September 2016). Sekolah Menengah Kebangsaan Chalok Model
Khas (TEA6083) terletak di kawasan seluas 8,387 hektar dalam Mukim Chalok 1, di tepi jalan
utama, 56 km dari Bandar Kuala Terengganu dan 15 km dari Bandar Permaisuri. Sekolah ini
merupakan sekolah gred A yang beroperasi dalam satu sesi sahaja. Sekolah ini memiliki 6 blok
bangunan dengan kapasiti 35 kelas iaitu 3 kelas Model Khas, 28 kelas arus perdana dan 4 kelas
tingkatan 6 (Mod 3). Jumlah keseluruhan pelajar sekolah ini ialah seramai 735 orang. Sekolah ini
juga turut mempunyai 4 blok asrama harian yang boleh menampung 250 orang murid.

1.1 Profil Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Chalok Model Khas terletak di Kampong Chalok, Setiu,
Terengganu. Sekolah ini menampung pelajar-pelajar dari SK Felda Chalok Barat, SK Chalok,
SK Kampung Rahmat, SK Bukit Putera, SK Jelapang dan sekolah-sekolah rendah sekitarnya.
Sekolah ini mula dibuka pada 01.06.1997 dengan bilangan pelajar seramai 348 orang yang terdiri
daripada pelajar tingkatan 1 dan 2. Pada tahun 2003 Sekolah Menengah Kebangsaan Chalok telah
dipilih untuk mengendalikan Kelas Model Khas yang pertama di Negeri Terengganu. Tiga kelas
diwujudkan iaitu tahun 4, 5 dan 6.

1.2 Status quo sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Chalok ialah salah sebuah sekolah dalam kumpulan Band
5. Pandangan awal pengkaji ketika kali pertama melangkahkan kaki ke sekolah ini, pengkaji
mendapati persekitaran kawasan sekolah yang tidak menarik dan ceria, blok-blok bangunan
yang usang. Semakan kepada data berasaskan analisis keputusan peperiksaan SPM juga tidak
memberangsangkan dan berada dalam kumpulan terakhir (corot). Analisis data kehadiran murid ke
sekolah juga mencatatkan peratusan yang agak rendah. Pengkaji berpendapat elemen persekitaran
fizikal mempunyai saling kaitan yang menyumbang kepada kemenjadian murid. Beberapa isu telah
dikenalpasti berdasarkan kaedah tinjauan dan dialog dengan guru dan murid.

2.0 MENGENAL PASTI ISU / MASALAH DAN PENAMBAHBAIKAN


2.1 Umum :

i. Persekitaran Tidak Kondusif dan Usang.

Kawasan persekitaran tidak dimanfaatkan oleh warga sekolah untuk membantu


meningkatkan kecemerlangan dari semua segi (kurikulum, kokurikulum, jasmani,
emosi, sahsiah).

Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, persekitaran fizikal yang luas tidak dimanafaat
sepenuhnya untuk kemenjadian guru dan murid. Bangunan yang tidak ceria dan usang
tidak menjadi daya tarikan kepada warga sekolah untuk berada di dalam kawasan
sekolah.

226
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
SMoCS COMEY

ii. Kemudahan surau yang tidak sempurna dan selesa.


Kekurangan kemudahan fizikal yang mencukupi dan strategik untuk melaksanakan
ibadah terutamanya ruang solat muslimah terbuka, persekitaran yang tidak selesa..

iii. Kehadiran Murid ke Sekolah Kurang Memberangsangkan


Sebahagian murid bekerja selepas waktu sekolah, menyebabkan mereka letih, tidak
mempunyai rehat yang cukup, tidak membuat kerja sekolah. Segelintir ibu bapa
berpendapatan di bawah RM500.00

2.2 Khusus :

i. Projek SMoCS Mahabbah

Kehadiran pelajar perempuan ke surau untuk menunaikan solat zohor berjemaah


kurang memuaskan disebabkan keadaan surau yang tidak selesa dan terbuka (open
air).

Gambar 23.1a & 23.1b: Surau Perempuan

ii. Projek SMoCS BBK

Keadaan bangunan sekolah yang tidak menarik dan kusam menyebabkan murid kurang
berminat untuk hadir ke sekolah.

Gambar 23.2: Sebelum Projek SMoCS

227
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
SMoCS COMEY

iii. Projek SMoCS Welcome

Persepsi awal (first impression) murid dan masyarakat sekitar terhadap persekitaran
sekolah yang tidak ceria dan menarik.

Gambar 23.3: Pintu masuk SMK Chalok, Setiu.

iv. Projek SMoCS Di Hatiku

Ketiadaan ikon sekolah yang boleh menimbulkan kebanggaan murid terhadap sekolah.

Gambar 23.4: Bangunan sekolah

Salah satu usaha untuk melonjakkan prestasi sekolah, dan meningkatkan pencapaian
murid, langkah awal yang perlu diperbaiki adalah dengan menggalakkan murid hadir ke sekolah.
Program menaiktaraf persekitaran fizikal yang kondusif berupaya membantu memotivasikan
murid hadir ke sekolah dan seterusnya menjana kecemerlangan jasmani, emosi, rohani, intelek
dan sahsiah.

3.0 PELAKSANAAN
Dalam usaha merealisasikan visi dan misi sesebuah organisasi, perancangan yang strategik amat
penting supaya projek SMoCS COMEY mampu meninggalkan impak yang mendalam terhadap
kumpulan sasarannya. 

228
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
SMoCS COMEY

3.1 Planning (Perancangan)

Setelah mendapat amanah sebagai pengetua di sekolah ini, pengkaji telah meneliti
kedudukan status quo sekolah daripada semua aspek pentadbiran, kurikulum, hal ehwal murid
dan kokurikulum serta meminta laporan yang berkaitan daripada semua Penolong Kanan dan
Guru Kanan Mata Pelajaran untuk melihat isu, kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran bagi
menggerakkan seluruh warga sekolah untuk mencapai matlamat yang telah digarapkan. Oleh itu,
projek SMoCS COMEY telah dipilih.

Visi : Menaiktaraf persekitaran fizikal yang kondusif dan ceria.

Misi : (1) 100% warga sekolah teruja dan bersemangat untuk hadir
ke sekolah setiap hari dan berada lebih lama dalam kawasan sekolah. 

(2) Mewujudkan sikap saling membantu dan bekerjasama antara warga sekolah.

(3) Menyediakan persekitaran yang cantik dan selesa untuk warga sekolah.

(4) Mengurangkan gejala vandalism dalam kalangan murid.

Strategi :   (1)  Projek SMoCS Mahabbah


 (2) Projek SMoCS BBK
 (3) Projek SMoCS Welcome
(4) Projek SMoCS Di Hatiku

3.2 Organizing (Pelaksanaan)

3.2.1  Jawatankuasa Projek  SMoCS COMEY


Penasihat: Dr. Hjh. Akma Binti Abd. Hamid (Pensyarah
Pembimbing, IABCGH)
Pengerusi: Pn. Hjh. Rusmawati Binti Mahmood 
Penyelaras: En. Kamal Abd Nasir Bin Yazid
Setiausaha: Pn. Hjh. Mazulizam Binti Ismail
Pasukan Pemantau:  Semua Penolong Kanan dan  Guru
Kanan  Mata Pelajaran

    Ahli Jawatankuasa:  

1. Pn. Hjh. Wan Norazimah Binti Wan Ahmad


2. Pn. Wan Safura Adlina Binti Wan Shahril Anwar
3. Tn. Hj. Jaafar Bin Yaacob
4. En. Zulkifli Bin Yaccob
5. En. Mohd Nazri Bin Md Zin
6. En. Mohd Nawawi bin Yaacob
7. En. Khairul Azman bin Abd Rahman

229
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
SMoCS COMEY

a. Pembudayaan

• Pemilihan kriteria dan lokasi tumpuan yang perlu dinaik taraf.

• Perbincangan dan membimbing warga sekolah untuk menyumbang idea


dan tenaga.

• Aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan dan persekitaran.

• Pemantauan, perbincangan diadakan  untuk tujuan penambahbaikan


projek.

b. Jaringan Sosial

Semasa kerja-kerja menaiktaraf SMoCS COMEY ini turut dihadiri bersama


oleh Pegawai SIP+ daerah Setiu, Pengerusi PIBG dan ibu bapa murid.

3.3 Leading (Kepimpinan)

Bagi menjayakan projek SMoCS COMEY, keterlibatan semua Penolong Kanan, Guru Kanan
Mata Pelajaran, guru-guru, AKP dan murid sangat perlu supaya berlaku permuafakatan dalam
organisasi agar kata sepakat dapat dicapai secara kolektif.

Penglibatan semua warga sekolah secara menyeluruh dalam proses menaiktaraf


persekitaran fizikal adalah hasil kerjasama dan perkongsian buah fikiran, tenaga dan masa
bagi menghasilkan persekitaran fizikal yang kondusif dan ceria. Hasil pemuafakatan ini juga
berlakunya jalinan ukhuwwah dan kerjasama yang erat di antara guru dan AKP, guru dan murid,
guru dan ibu bapa. Secara tidak langsung telah berlaku motivasi dan proses pembelajaran
secara tidak langsung kepada murid yang terlibat.  Penyelarasan tugasan sentiasa dilakukan
agar warga sekolah tidak merasa terbeban dalam usaha untuk menghasilkan persekitaran
fizikal yang kondusif dan ceria.

3.4 Controlling (Pengawalan)

Sebagai langkah mengawal kualiti projek SMoCS COMEY, instrumen seperti senarai
semak keperluan turut disediakan. Terdapat beberapa kriteria penilaian untuk setiap aspek.
Aspek SMoCS Mahabbah dinilai berdasarkan pengurusan fizikal dan peralatan. Aspek
SMoCS BBK pula dinilai dari sudut senarai semak kemudahan dan prasarana sekolah serta
instrumen program Pembudidayaan PGB. Aspek SMoCS Di Hatiku diwujudkan sebagai
lambang “ikon’ sekolah manakala SMoCS Welcome adalah untuk mengindahkan pandangan
bahagian hadapan pagar sekolah dan memberi imej yang baik kepada sekolah.

4.0 PENILAIAN DAN IMPAK DATA


Hasil daripada semua projek yang telah dilaksanakan oleh warga SMoCS, dapat dilihat perubahan
fizikal dan persekitaran sekolah menjadi lebih kondusif dan ceria. Keadaan ini juga turut

230
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
SMoCS COMEY

mempengaruhi minat murid untuk hadir dan berada di sekolah. Secara tidak langsung masalah
kehadiran murid yang merosot juga dapat ditingkatkan kembali dan seterusnya menjana pencapaian
yang cemerlang dalam Kurikulum, kokurikulum dan sahsiah murid serta melonjakkan prestasi
sekolah.

i. SMoCS Mahabbah

Gambar 23.5: Ruang solat murid perempuan yang berdinding dan bahagian hadapan berbumbung

ii. SMoCS BKK

Gambar 23.6: Pemandangan dari luar blok A selepas dicat semula

iii. SMoCS Welcome

Gambar 23.7: Pemandangan hadapan sekolah (pintu pagar utama) selepas diserikan
dengan lanskap batuan dan tanaman hiasan

231
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
SMoCS COMEY

iv. SMoCS Di Hatiku

Gambar 23.8: Mercu tanda menarik yang


Menjadi Kebanggan Warga SMoCS Untuk
Mengabadikan Kenangan di Sini.

Wujudnya mercu tanda yang menarik dan menjadi kebanggan warga SMoCS untuk mengabadikan
kenangan di sini.

Dapatan kajian melalui pemerhatian dan analisis dokumen rekod kehadiran murid ke sekolah, data
menunjukkan bahawa terdapat peningkatan peratus kehadiran pelajar ke sekolah. dan peningkatan
prestasi murid di dalam peperiksaan SPM sebagaimana Jadual 1: Peratus kehadiran pelajar
SMK Chalok Model Khas dan Jadual 2: Pencapaian Gred Purata Sekolah (GPS) SPM tahun
2018 berbanding 2019 di bawah:

Jadual 23.1:  Peratus Kehadiran Pelajar SMK Chalok Model Khas

BULAN/TAHUN 2018 2019 2020

JAN 93.76 92.27 92.30


FEB 91.79 92.35 90.72
MAC 87.90 88.45 87.37
APRIL 88.18 88.37 -
MEI 86.65 90.22 -
JUN 87.24 86.74 90.41
JULY 86.35 87.24 84.10
OGOS 86.88 86.95 77.89
SEPT 84.15 84.71
OKT 82.65 86.13
NOV 76.42 85.85
PURATA (%) 86.54 88.12

Berdasarkan jadual 23.1, didapati bahawa peratus kehadiran murid secara purata telah berlaku
peningkatan iaitu pada tahun 2018 peratus kehadiran murid adalah 86.54% meningkat kepada
88.12% pada tahun 2019.

232
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
SMoCS COMEY

Dapatan lain yang diperolehi adalah melalui analisis dokumen keputusan peperiksaan peringkat
kebangsaan iaitu SPM sebagaimana rajah 2 di bawah:

Jadual 23.2:  Pencapaian Gred Purata Sekolah (GPS) SPM tahun 2018 berbanding
2019

JUMLAH JUMLAH Calon


PEPERIKSAAN/ TAHUN 2018 Calon 2019 (orang)
(orang)
SPM 6.29 125 6.06 105

Jadual 2 menunjukkan pencapaian GPS murid di dalam peperiksaan SPM. Didapati bahawa telah
berlaku peningkatan GPS di dalam peperiksaan SPM daripada 6.29 pada tahun 2018 kepada 6.06
pada tahun 2019 dengan peningkatan sebanyak 0.23.

Dapatan kajian juga boleh diperhatikan melalui pencapaian pengurusan kokurikulum murid
sebagaimana Jadual 2 di bawah:

Jadual 3:  Pencapaian Pengurusan Kokurikulum

Pencapaian
TOV
KPI Sasaran Prestasi Sebenar
2019
2020
% Penglibatan Peringkat 10 15 16.4
daerah 70 orang 105 orang 115 orang
% Penglibatan Peringkat 1 2.14 2.28
Negeri 07 orang 15 orang 16 orang
% Penglibatan Peringkat 0.1 0.2 0.4
Kebangsaan 1 orang 2 orang 3 orang
% Penglibatan Peringkat 0.14 0.28
0
Antarabangsa 1 orang 2 orang

Berdasarkan Jadual 3, pencapaian pengurusan kokurikulum bagi 700 orang murid SMoCS
mendapati peratus penglibatan murid pada peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa
bagi tahun 2020 telah meningkat berbanding tahun 2019.

6.0 RUMUSAN DAN PENUTUP

Sebagai pengetua, pengkaji berpendapat adanya program ProPeKS ini, dapat mengubah persekitaran
fizikal di beberapa lokasi menjadi lebih ceria dan kondusif. Di samping itu juga program ini
turut berupaya meningkatkan kerjasama dalam kalangan warga sekolah dan dapat meningkatkan
peratus kehadiran murid ke sekolah. Murid-murid berasa lebih teruja dan bersemangat untuk hadir
ke sekolah setiap hari dan berada lebih lama dalam kawasan sekolah. Secara tidak langsung guru
boleh menggunakan peluang ini dengan mengadakan kelas bimbingan kepada murid terlibat.
Semoga program ini memberi manfaat kepada semua dan secara tidak langsung akan melonjakkan
pencapaian kurikulum, sahsiah dan kokurikulum murid sekolah ini.

233
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
SMoCS COMEY

6.0 RUJUKAN

Ayub Jantan (2018). PAK 21 Mentransformasikan Kepimpinan Berprestasi Tinggi. Majlis


Pengetua Sekolah Malaysia.

Panel Pendidikan Pencegahan Agensi Dadah Kebangsaan (2016). Pendidikan Pencegahan


Dadah. Agensi Anti Dadah Kebangsaan.

Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia (2008). Panduan Pengurusan 3K.


Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2008). Panduan Pengurusan Kantin Sekolah. Bahagian


Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia.

234
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
ProPPLus IMPAKS
(Program Peningkatan Peratus Lulus SPM)

AZURI BIN HJ HAMZAH


Pengetua SMK Sungai Asap
Dea8004@1bestarinet.yes.my

NORITA BINTI ISMAIL


Pensyarah Pembimbing IAB Cawangan Genting Highlands
norita@iab.edu.my

DR. TING LEN SIONG


SIP+ PPD Gua Musang

ABSTRAK

ProPPLus IMPAKS adalah projek Program Pelonjakan Kepimpinan Sekolah (ProPeKS) anjuran
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Institut Aminddin
Baki (IAB). Projek Pengetua SMK Sungai Asap, daerah Gua Musang, Kelantan ini bertujuan
meningkatkan peratusan murid Layak Dapat Sijil (LADASI) dan menambah baik Gred Purata
Sekolah (GPS) SPM 2019. Kumpulan sasaran projek ialah 60 orang murid Tingkatan 4 2018
yang gagal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah. Untuk mengenal pasti isu
penambahbaikan, alat yang digunakan ialah Analisis SWOT, Analisis Jurang, Rajah Ishikawa dan
Diamond Nine. Pelaksanaan projek bermula Januari - Oktober 2019 bermula dengan Program
Motivasi Genggam Menuju Jaya oleh Kaunselor, Min-G Bahasa Melayu, LADASI BM Sejarah,
Genggam A BM Sejarah dan Bengkel Near Miss oleh Panitia Bahasa Melayu dan Sejarah. Impak
projek ProPPLus IMPAKS SMK Sungai Asap ditunjukkan dengan peningkatan LADASI daripada
TOV sebanyak 84.62% pada 2018 kepada 92% pada 2019 dan penambahbaikan GPS dalam
pencapaian SPM 2019.

Kata kunci : LADASI, Analisis SWOT, Analisis Jurang, TOV

1.0 PENGENALAN

Saya mula berkhidmat sebagai Pengetua di SMK Sugai Asap pada September 2017 sehingga
23 Disember 2019. SMK Sungai Asap merupakan sebuah sekolah menengah kerajaan yang
dibina atas keperluan pendidikan menengah anak-anak peneroka Rancangan Kemajuan Tanah
KESEDAR iaitu RKT KESEDAR Sungai Asap, Renok Baru, Jeram Tekoh dan Limau Kasturi.
Sekolah ini mula dibuka dengan pengambilan pertama pelajar tingkatan satu dan dua pada tahun
1991, dengan tiga (3) blok bangunan sekolah termasuk pentadbiran serta makmal sains dan satu
(1) blok bengkel KHB. Sehingga tahun1998, sekolah ini beroperasi tanpa bekalan elektrik dan

235
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
ProPPLus IMPAKS (Program Peningkatan Peratus Lulus SPM)

air kecuali generator diesel dan air telaga. Dengan pertambahan jumlah pelajar, pada tahun 1994,
sekolah terpaksa mengadakan dua (2) sesi persekolahan iaitu sesi sebelah pagi dan petang. Pada
tahun 2005, persekolahan satu sesi dapat dilaksanakan semula dengan adanya tambahan empat (4)
blok bangunan yang baru.

Kini, SMK Sungai Asap telah sama-sama merentas perkembangan pendidikan negara
dengan mempunyai kelengkapan hampir setara dengan mana-mana sekolah di bandar. Pada tahun
2001, asrama sekolah menerima penghuni kohort pertamanya seramai 100 orang, terutama dari SK
Perasu dan SK Jeram Tekoh yang agak jauh. Pada tahun 1996, sekolah dilengkapi dengan elektrik
24 jam. Perkembangan selanjutnya ialah bekalan air paip dimasukkan pada tahun 2001 diikuti
kemudahan talian telefon pada tahun 2005. Kemudahan lain ialah makmal komputer dan pusat
akses. Staf dan guru SMK Sungai Asap berjumlah 75 orang, terdiri daripada Pengetua DG52, PK
Pentadbiran DG48, PK HEM DG48, PK Kokurikulum DG48 dan empat (4) orang Guru Kanan.
Kesemua guru adalah siswazah. Sekolah juga mempunyai seorang Ketua Pembantu Tadbir dan
Pembantu tadbir, dua (2) orang Pembantu Am Pejabat, enam (6) Pembantu Makmal dan seorang
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat serta seorang Penyelia Asrama. Ahli PIBG sekolah juga
sering membantu menceriakan suasana sekolah, menghulurkan bantuan tenaga dan kewangan
dalam memajukan sekolah. Mantan YDP PIBG terdiri daripada pemimpin masyarakat seperti
Pengurus Rancangan, Tuan Imam dan Ketua Peneroka yang disegani.

2.0 MENGENAL PASTI MASALAH DAN PENAMBAHBAIKAN

SMK Sungai Asap sebuah sekolah yang berpotensi untuk mencapai kejayaan. Walau bagaimanapun
terdapat beberapa isu yang menjadi penghalang bagi meningkatkan kecemerlangan. Untuk
mengenal pasti isu dan punca masalah, pihak sekolah telah melaksanakan kaedah perbincangan,
sumbang saran, pemerhatian dan maklum balas dengan mengggunakan alat pengurusan kualiti.

2.1 Analisis persekitaran


Hasil analisis dan pemerhatian oleh unit kurikulum mendapati pencapaian murid dalam SPM dari
tahun 2016 - 2018 banyak bergantung kepada pencapaian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
dan Sejarah yang menjadi syarat wajib lulus. Mesyuarat post mortem SPM 2018 yang diadakan
pada bulan Mac 2019 peringkat sekolah ini, Walaupun mereka mendapat gred A dalam mata
pelajaran lain tetapi kegagalan dalam Bahasa Melayu dan Sejarah akan menyebabkan mereka
gagal mendapat sijil SPM. Kegagalan dalam kedua-dua mata pelajaran ini melibatkan murid yang
dikategorikan lemah iaitu Tingkatan 4K1 dan 4K2. Pencapaian SPM untuk mata pelajaran Bahasa
Melayu dan Sejarah dari tahun 2017-2018 antara 88%-89% yang mempengaruhi pencapaian
keseluruhan SPM. Pengetua yang mempengerusikan mesyuarat ini telah meminta semua panitia
terutama panitia Bahasa Melayu dan Sejarah melaksanakan program-program atau intervensi
untuk mengatasi kelemahan yang terdapat dalam panitia masing-masing. Hasilnya persetujuan
dicapai supaya diadakan Program ProPPLus untuk meningkatkan peratus lulus dan menambah
baik GPS dalam SPM bermula 2019 sehingga 2021.

236
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
ProPPLus IMPAKS (Program Peningkatan Peratus Lulus SPM)

i. Dialog Prestasi Peringkat PPD Bersama Pengetua dan Penolong Kanan Pentadbiran.

Majlis Dialog Prestasi yang diadakan pada bulan April 2018 dan dipengerusikan oleh Pegawai
Pendidikan Daerah juga telah membuat kesimpulan bahawa Bahasa Melayu dan Sejarah merupakan
mata pelajaran yang perlu diberi perhatian kerana dengan kegagalannya akan memberi kesan
kepada murid dan sekolah, iaitu gagal mendapat kelulusan dalam SPM.

  KEKUATAN (S)  KELEMAHAN (W)


S1 - Guru opsyen yang berpengalaman dan W1 -Kelengkapan bilik/ makmal sains tidak
memeriksa kertas mencukupi dan berada dalam keadaan
S2 - Guru berbudaya positif dan komited uzur
S3 –Kerjasama dan sokongan pentadbir W2 - Bilangan murid bagi setiap kelas adalah
besar melebihi 40 orang
W3 -Sumber kewangan yang terhad untuk
program-program akademik
W4 -Masalah pelajar ponteng sekolah,
inisiatif kendiri kurang dan kurang minat
belajar
W5-Kemudahan peralatan ICT,bahan
rujukan, buku dan bilik-bilik khas
kurang mencukupi.
W6 - Guru baharu kurang pengalaman
 PELUANG (O)  CABARAN / ANCAMAN (T)
O1 - Sokongan dari pihak PIBG, PPD DAN T1 - Latar belakang keluarga murid yang
JPN terdiri daripada golongan B40
O2 - Kemudahan modul-modul dari Internet T2 - Keluarga murid kurang
dan laman sesawang berkemampuan untuk membeli bahan
O3 – Bahan-bahan daripada panitia daerah pembelajaran
dan negeri T3 - Pengaruh pusat permainan video,
Siber Kafe, Facebook dari luar
T4 - Kurang sokongan dan kerjasama ibu
bapa
T6 - Masalah tiada pengangkutan awam
bagi murid yang tinggal agak jauh
dari sekolah

Jadual 24.1 : Analisis SWOT SMK Sungai Asap

Peratus lulus SPM di Gua Musang masih lagi berada di bawah 90% dan keadaan ini
membimbangkan kerana akan menyebabkan ramai murid di daerah ini yang tidak layak
mendapat Sijil SPM untuk kegunaan masa depan mereka. Keputusan telah dibuat oleh PPD Gua
Musang supaya semua sekolah di bawah pentadbirannya melaksanakan program peningkatan
Bahasa Bahasa Melayu dan Sejarah khususnya kepada murid-murid Tingkatan 4 supaya mereka
menguasai mata pelajaran berkenaan untuk lulus SPM dan seterusnya meningkatkan pencapaian
peratus layak dapat sijil SPM bagi PPD Gua Musang.

237
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
ProPPLus IMPAKS (Program Peningkatan Peratus Lulus SPM)

ii. Taklimat Guru

Dalam taklimat guru yang diadakan pada 12 April 2019, antara isu yang menjadi kebimbangan
guru sekolah ini adalah berhubung dengan kegagalan murid untuk layak mendapatkan sijil SPM.
Hasil dapatan itu menunjukkan guru-guru amat bimbang dengan pencapaian Bahasa Melayu
dan Sejarah kerana murid yang berada di kelas pertengahan dan lemah di Tingkatan 4K1 dan
4K2 tidak dapat menguasai atau lemah dalam mata pelajaran ini. Keputusan sebegini bukan
sahaja mempengaruhi peratus lulus SPM tapi juga GPS tahun 2019. Kebimbangan mereka turut
dipengaruhi oleh faktor-faktor ketidakcukupan guru opsyen yang mengajar Bahasa Melayu dan
Sejarah serta berlakunya pertukaran guru pada pertengahan tahun termasuk guru Bahasa Melayu
dan Sejarah.

iii. Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu dan Sejarah

Ekoran perbincangan guru-guru dan dapatan jurang analisis yang dibuat dalam mesyuarat
kurikulum, isu utama sekolah adalah penguasaan murid yang lemah dalam Bahasa Melayu dan
Sejarah. Justeru, pihak sekolah menetapkan untuk mengadakan program ProPPLus IMPAKS
bagi pemulihan dalam dua mata pelajaran ini yang meliputi semua murid dan fokus utama adalah
kepada murid-murid Tingkatan 4 sebagai persediaan untuk mereka menghadapi peperiksaan
SPM 2019. Program itu dilaksanakan sepanjang tahun dari Januari hingga Novmber 2019. Hasil
perbincangan melalui mesyuarat ini dan juga analisis item bagi subjek Sejarah, para guru bersetuju
untuk membuat pemulihan dalam aspek penulisan dan perbendaharaan kata kepada murid-murid
Tingkatan 4 untuk Bahagian A Kertas 1 Bahasa Melayu iaitu karangan .

Mesyuarat telah bersetuju untuk memilih 60 orang murid yang terdiri daripada murid-
murid Tingkatan 4K1 dan 4K2 sebagai perintis kepada program pemulihan Penulisan Karangan
dan Modul Wajib Lulus.

Jadual 24.2 : Analisis Jurang

KEADAAN SEMASA KEADAAN DIKEHENDAKI

1. Peratus lulus Bahasa Melayu dan


Sejarah masih berada di lingkungan
1. Kecemerlangan peratus lulus Bahasa
Melayu dan Sejarah ke 90%
BM : 86% - 89%
Sejarah : antara 77.37% – 88%
2. GPS bagi subjek BM Sejarah adalah
pada tahap rendah:
2. GPS BM dan Sejarah di tambah baik
BM antara 6.49 (2016) – 5.02(2018)
Sejarah : 6.88 (2016) – 5.60 (2018)
3. Aktiviti Panitia Mata Pelajaran
3. Guru/Panitia perlu tumpu program
Bahasa
peningkatan kemahiran dalam Bahasa
Melayu dan Sejarah kurang berfokus
Melayu dan Sejarah sejak di Tingkatan 4.
kepada kemahiran murid Tingkatan 4.

238
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
ProPPLus IMPAKS (Program Peningkatan Peratus Lulus SPM)

Berdasarkan beberapa contoh analisis jurang yang dikaji, terdapat beberapa isu yang dikemukakan
oleh guru-guru di sekolah saya. Isu-isu itu merangkumi pelbagai bidang yang perlu kepada
penambahbaikan iaitu bidang akademik, pentadbiran, pengurusan, hal ehwal murid, kehadiran
murid, kelas yang kondusif, masalah disiplin dalam kalangan murid, pemantauan, keselamatan,
keceriaan dan lain-lain. Walau bagaimanapun, isu utama yang perlu diatasi adalah bidang akademik
iaitu isu penguasaan Bahasa Melayu dan Sejarah yang lemah dalam kalangan murid. Bertitik tolak
daripada dapatan jurang analisis ini, saya telah membuat analisis secara Diamond Nine dan telah
mengenal pasti sembilan isu yang perlu diberi keutamaan dan berhubung kait juga dengan isu
utama bagi projek ProPPLus IMPAKS saya ini.

2 3

4 5 6

7 8

Rajah 24.1: Diamond Nine

Daripada analisis Diamond Nine, isu yang dikenal pasti adalah :


1. Penguasaan Bahasa Melayu dan Sejarah yang lemah dalam kalangan pelajar.
2. Disiplin murid kurang memuaskan.
3. Pencapaian akademik kurang cemerlang.
4. Keadaan kelas kurang kondusif.
5. Murid-murid kurang bermotivasi.
6. Peratus kehadiran murid ke sekolah tidak mencapai 90% setiap hari.
7. Ketiadaan guru cemerlang di sekolah.
8. Latar belakang keluarga yang sosio ekonominya rendah.

9. Kekurangan kemudahan ICT di sekolah.

Setelah mengenal pasti isu utama melenggunakan Kaedah Ishikawa bagi mengenal pasti punca-
punca kepada isu tersebut. Antara puncanya adalah sikap murid-murid sendiri, faktor keluarga dan
persekitaran serta kaedah pengajaran guru dan faktor-faktor lain yang berkaitan sebagaimana yang
ditunjukkan dalam Rajah 4 di bawah:

239
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
ProPPLus IMPAKS (Program Peningkatan Peratus Lulus SPM)

Rajah 24.2: Sebab dan Akibat

Hasil daripada analisis alat-alat seperti Analisis SWOT, Analisis Jurang, Ishikawa dan Diamond
Nine, pemetaan ProPPLus IMPAKS dibina seperti Rajah 5 berikut :

Pemetaan Perancangan Perubahan 3 Tahun Organisasi

Jadual 24.3: Pemetaan Perancangan Perubahan 3 Tahun SMK Sungai Asap

bidang fokus 2019 2020 2021

peningkatan calon 92% calon mendapat 94 % calon mendapat 96% calon mendapat
mendapat sijil spm kelulusan dalam mata kelulusan dalam mata kelulusan dalam mata
pelajaran bahasa pelajaran bahasa melayu pelajaran bahasa melayu
melayu dan sejarah. dan sejarah. dan sejarah

peningkatan dalam pertambahan pertambahan sebanyak pertambahan sebanyak


kecemerlangan mata sebanyak 5% 10% pencapaian a dalam 10% pencapaian a dalam
pelajaran pencapaian a dalam setiap mata pelajaran setiap mata pelajaran
(peningkatan gps) setiap mata pelajaran

3.0 PELAKSANAAN
Program IMPAKS Diri dilaksanakan mulai Januari 2019 dengan bimbingan Guru Kaunselor kepada
murid-murid sasaran dengan penekanan kepada emosi untuk menerapkan nilai dan berfikiran positif
dalam membina hala tuju dalam SPM 2019. Antara pengisian IMPAKS ialah aspek jasmani iaitu
aktiviti bersenam dan latihan menjaga pemakanan, sesi kaunseling individu atau kelompok untuk
kestabilan emosi dan berfikiran positif dan aktiviti rohani untuk mendekatkan diri dengan Allah
atau agama. Unit Bimbingan dan Kaunseling menyelaraskan aktiviti ini dengan sesi-sesi bacaan
dan kursus kemahiran susulan selepas program panitia. Murid juga dilatih melibatkan diri dalam
kegiatan kemasyarakatan melalui jadual berkala agar dapat membantu peningkatan dalaman yang
dapat mempengaruhi daya intelek mereka dan pemikiran aras tinggi yang diperlukan dalam SPM.

240
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
ProPPLus IMPAKS (Program Peningkatan Peratus Lulus SPM)

Program IMPAKS DIRI

Jadual 24.6 : IMPAKS Diri

TINDAKAN
NILAI REFLEKSI CATATAN
TAMBAHBAIK

BERSENAM
JASMANI SIHAT
MENJAGA PEMAKANAN

MELIHAT YANG
EMOSI STABIL POSITIF (sentiasa berfikiran
positif)
MENDEKATKAN DIRI
ROHANI SEMPURNA/BAIK
DENGAN ALLAH/AGAMA
MENAMBAH ILMU
INTELEK SEDERHANA MELALUI PEMBACAAN
DAN KURSUS
SERINGKALI
MELIBATKAN DIRI
SOSIAL
BAIK DALAM AKTIVITI
KEMASYARAKATAN

Aktiviti IMPAKS digandingkan dengan pelaksanaan ProPPLus yang dikendalikan oleh Panitia
Bahasa Melayu dan Sejarah sebagai tunggaknya. Untuk menarik minat murid mempelajari Bahasa
Melayu dengan lebih serius, Minggu Bahasa Melayu diadakan dengan fokus mengurangkan
jumlah gagal Bahasa Melayu. Panitia Sejarah pula mengadakan Bengkel Genggam A untuk
meningkatkan bilangan murid yang mendapat skor A, Bengkel LADASI untuk meningkatkan
peratus lulus, Program Sinar Harapan untuk murid sederhana lemah dan Tenyeh Sejarah untuk
murid sederhana. Justeru, ProPPLus mengambil kira pelbagai aras dengan pendekatan program
Pembelajaran Terbeza

Jadual 24.7: Pelaksanaan ProPPLus

Bil Bidang/ Program / Aktiviti Sasaran Mula Tamat Penyelaras


Fokus Projek
1. Kurikulum Program 1.Kem Sejarah dan 1. Dilaksanakan Januari Ogos GK Bahasa
Peningkatan Bahasa Melayu dalam semua 2019 2019
Peningkatan pencapaian kelas tingkatan 5 GK Sains
Peratus Layak / kelulusan 2. Latihan Teknik Sosial
Dapat Sijil dalam mata Menjawab 2. Fokus kepada
SPM pelajaran 3 kelas yang
3. Analisis Data
(LADASI)
Bahasa Kelemahan Murid lemah.
Melayu dan
Sejarah 4. Kelas Sinar Pagi
5. Pdp PA21
Peningkatan
GPS 6. Kelas berfokus 6 Kelas

7. Kuiz Sejarah Semua pelajar


Januari Januari Ketua
8. Bengkel 2019 2019 Panitia
Genggam A

241
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
ProPPLus IMPAKS (Program Peningkatan Peratus Lulus SPM)

4.0 PENILAIAN DAN IMPAK DATA


Dapatan Projek ProPPLus IMPAKS SMK Sungai Asap oleh Pengetua adalah seperti Jadual 2 di
bawah :
Jadual 24.8: Pencapaian sasaran ProPPLus IMPAKS

Sasaran SPM 2018 SPM 2019


Peratus lulus (keseluruhan) 84.62 92.37
BM 87.69 93.89
Sejarah 86.15 95.42
GPS 6.09 6.03
GPMP BM 5.02 4.95
Sejarah 5.60 6.02

Jadual 24.9: Analisis Pencapaian KPI ProPLus IMPAKS

Tahumn Calon Layak Sijil GPS


106
2017 6.12
84.3%
110
2018 6.09
84.62%
124
2019 6.03
88.5%
125
2020 6,02
88.65%

Berdasarkan Jadual 2 dan 3, impak ProPPLus IMPAKS dapat dilihat dari segi peningkatan
peratus lulus keseluruhan daripada 84.62% kepada 92.37%, melebihi sasaran yang ditetapkan.
Peratus lulus bagi subjek juga meningkat iaitu 87.69% kepada 93.89% bagi Bahasa Melayu dan
86.15% kepada 95.42% bagi subjek Sejarah. Peningkatan peratus layak dapat sijil ini ditunjukkan
dalam Rajah 6.

Rajah 24.3: Pencapaian Peratus Layak Sijil SPM dengan ProPPLus IMPAKS

Bagi KPI untuk GPS , berlaku penambahbaikan daripada 6.09 (2018) kepada 6.03 (2019 yang
ditunjukkan dalam Rajah 7. Justeru, projek ProPPLus IMPAKS untuk ProPeKS ini dapat

242
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
ProPPLus IMPAKS (Program Peningkatan Peratus Lulus SPM)

meningkatkan peratus layak dapat sijil dan menambah baik GPS SPM 2019 SMK Sungai Asap.

Rajah 24.4: Pencapaian GPS SPM denganProPPLus IMPAKS

5.0 RUMUSAN DAN PENUTUP

Berdasarkan analisis yang dibuat, saya dapati isu penguasaan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
dan Sejarah yang dulu lemah dalam kalangan murid terutama aspek penulisan bagi Mata Pelajaran
Bahasa Melayu dan menjawab soalan essei dalam Mata Pelajaran Sejarah disebabkan oleh beberapa
faktor. Antara faktor tersebut adalah faktor murid itu sendiri, guru, kaedah, bahan yang digunakan
dan persekitaran yang mempengaruhi murid-murid terbabit. Kebanyakan murid tidak berminat
belajar Bahasa Melayu dan Sejarah kerana mereka tidak boleh membina ayat dengan baik, kurang
kosa kata dan tidak dapat mengingingati fakta untuk setiap bab atau tajuk yang mereka pelajari.

Selain dari itu, faktor pengajaran dan pembelajaran (PdP) memainkan peranan dalam
isu ini. Kaedah pengajaran guru yang tidak menarik dan kreatif atau masih menggunakan kaedah
chalk and talk tidak dapat menarik minat murid untuk belajar Bahasa Melayu dan Sejarah ini
kerana bagi mereka matapelajaran ini agak sukar dan membosankan. Guru-guru harus kreatif dan
menggunakan bahan bantu mengajar (BBM) yang sesuai dan relevan dengan tahap murid dan
mesti mengenal pasti kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam kalangan mereka agar perkara
itu dapat diatasi.

Faktor persekitaran atau demografi murid turut mempengaruhi tahap pembelajaran mereka.
Kebanyakannya terdiri daripada keluarga yang berpendapatan rendah dan tinggal di kawasan-
kawasan PPRT (Projek Perumahan Rakyat Termiskin). Ibu bapa mereka juga tidak mampu untuk
menyediakan kemudahan yang lengkap kepada anak-anak dari segi pembelajaran kerana faktor
kewangan. Pada masa yang sama, pihak sekolah perlu memastikan semua murid hadir ke sekolah
setiap hari agar matlamat program yang dilaksanakan tercapai.

Berdasarkan alat-alat mengenal pasti isu-isu seperti Analisis SWOT, Analisis Jurang dan Rajah
Ishikawa, pelaksanaan ProPPLus IMPAKS digerakkan oleh koloboratif Unit Kaunseling dengan

243
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
ProPPLus IMPAKS (Program Peningkatan Peratus Lulus SPM)

IMPAKS Diri dan Program Panitia Bahasa Melayu dan Sejarah. Impaknya dapat dilihat daripada
peningkatan peratus lulus Bahasa Melayu dan Sejarah dan penambahbaikan GPS SPM 2019,
sekaligus turut membantu pencapaian KPI ProPPLus IMPAKS yang ditetapkan. Pemilihan dan
pelaksanaan Projek ProPPLus IMPAKS adalah bertepatan dengan keadaan dan keperluan sekolah
iaitu untuk meningkatkan peratus lulus dan menambah baik kualiti GPS SPM. Projek ini mendapat
sokongan semua guru, murid dan kepimpinan sekolah. Guru-guru Bahasa Melayu dan Sejarah
memainkan peranan yang amat penting demi merealisasikan cita-cita tersebut melalui kerjasama
dan sokongan sepenuhnya dalam menjayakan projek ProPPLus IMPAKS SMK Sungai Asap 2019.

6.0 RUJUKAN
Abdul Aziz Abdul Jalil. (2001). ‘Pelanggan dalaman’: Konsep dan pendekatannya
dalam Pengurusan ‘TQM’ di sekolah. Jurnal Institut Pengetua – Pemimpin,
1(1), 40-47.
Buku Pengurusan SMK Sungai Asap (2019).
Bryson, J.M. (2003) Strategic Planning for Public & Nonprofit Organization.
USA, HB Printing.
Laporan Analisis Peperiksaan SPM 2018 SMk Sungai Asap.
Sherman, P.M.(1982) Strategic Planning for Technology Industries. Addison-
Wesley Pub. Co, Reading, MA.
Taylor, A., Hill, F., (1993). Quality Management in Education. Quality Assurance in
Education,1(1), MCB University Press, USA.

244
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PERMATA RIMBA

NIK MOHAMAD BIN YUSOF,


Pengetua SMK Sri Wangi
nikmohamadyusof@gmail.com

NORITA BINTI ISMAIL


Pensayarh Pembimbing IAB Cawangan Genting Highlands
norita@iab.edu.my

HAJI MOHD SAUKI BIN HUSSIN


Pegawai SIP+ PPD Gua Musang

ABSTRAK

Berdasarkan peratus kehadiran murid ke sekolah yang rendah iaitu 72.77 pada tahun 2016, 75.78
pada tahun 2017 dan 78.24 pada tahun 2018 iaitu di bawah 80 peratus, maka dengan keadaan
ini akan memberi kesan kepada prestasi akademik murid sekiranya mereka tidak hadir ke sekolah
terlalu kerap. 60 peratus murid sekolah ini adalah terdiri dari murid Orang Asli yang tinggal
jauh di pedalaman yang memerlukan perjalanan selama 7 jam melalui jalan balak menggunakan
kenderaan pacuan empat roda. Apabila cuaca buruk seperti hujan, murid ini tidak dapat hadir ke
sekolah kerana jalan yang rosak dan licin serta merbahaya kepada keselamatan mereka. Keadaan
ini berlaku terutama awal tahun di mana musim tenkujuh belum berakhir. Murid Orang Asli ini
tinggal di asrama sekolah dan pengangkutan mereka dari kampung disediakan oleh pihak Jabatan
Kemajuan Orang Asli (JKOA). Apabila mereka terlepas jadual perjalanan pengangkutan oleh
pihak JKOA, maka mereka tidak hadir ke sekolah selama 2 bulan untuk jadual perjalanan yang
berikutnya. Ibubapa murid Orang Asli ini tidak berkemampuan untuk menghantar sendiri anak
ke asrama kerana faktor kemiskinan dan kemudahan pengangkutan yang mereka miliki. Program
PERMATA RIMBA ini dirancang bagi meningkatkan kehadiran murid ke sekolah terutama murid
Orang Asli. Program ini digerakkan melalui kerjasama awam dan swasta terutama pihak Jabatan
Kemajuan Orang Asli, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Jabatan Bomba dan Penyelamat,
Pejabat Kesihatan Daerah, Polis DiRaja Malaysia, sekolah rendah saluran, Jawatankuasa
Kemajuan Kampung, Tok Batin Orang Asli dan ibubapa pelajar.

Kata Kunci : Pengurusan Hal Ehwal Murid, jakoa, Permata Rimba

1.0 PENGENALAN
Pada 13 Julai 2016, penyelidik telah melaporkan diri di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Wangi,
Gua Musang Kelantan ( DEA 8008 ) di bawah kawal selia Pejabat Pendidikan Daerah Gua Musang

245
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Permata Rimba

berjarak 9 km dari sekolah yang terletak di kawasan pedalaman Ulu Kelantan. Sekolah tersebut
merupakan sekolah gred B yang beroperasi satu sesi.

1.1 Profil Sekolah

SMK Sri Wangi ini dibuka pada 1 Januari 2011 di tapak sekolah yang berkeluasan 14.53 ekar yang
terletak di Jalan Gua Musang Merapoh iaitu di Kampung Tanah Puteh, Gua Musang Kelantan.
Sekolah mempunyai sebuah asrama yang terletak di luar kawasan sekolah yang jarak 10 km dari
sekolah. Asrama ini diambilalih dari Jabatan Kemajuan Orang Asli yang boleh menempatkan
pelajar seramai 250 orang.

Sekolah ini mempunyai 5 blok bangunan yang terdiri dari blok pentadbiran, akademik, bangkel
RBT, kantin dan surau. Seramai 313 orang pelajar telah ditempatkan dalam 15 bilik darjah dengan
bilangan guru seramai 36 orang serta Anggota Kumpulan Pelaksana seramai 7 orang.

1.2 Status Quo Sekolah

Semasa menjejeki kaki ke sekolah ini pada 13 Julai 2016, didapati pelajar sekolah majoriti murid
adalah dari kalangan Murid Orang Asli yang merupakan 60 peratus dari keseluruhan murid. Taburan
penempatan masyarakat ini adalah bertaburan dalam hutan pedalaman ulu Kelantan. Pengangkutan
ke sekolah adalah masalah utama yang membatasi kecemerlangan pendidikan Murid Orang Asli.
Kehadiran mereka ke sekolah secara purata adalah 72 peratus. Di mana kehadiran ke sekolah
adalah berkadaran langsung dengan kecemerlangan pendididikan. Oleh yang demikian, sesuatu
langkah yang proaktif perlu dilakukan demi anak-anak Malaysia ini yang jauh ketinggalan hampir
20 tahun ke belakang dari serba serbi kemajuan.

2.0 MENGENAL PASTI MASALAH DAN PENAMBAHBAIKAN


Hari pertama bertugas di sekolah ini, peratus kehadiran murid yang pertama data diperolehi dan
direnung. Data kehadiran murid secara purata pada tahun 2015 adalah 70.34 peratus. Bermaksud
dari sepuluh orang murid, 3 orang tidak datang ke sekolah dan tercicir dari arus ilmu pendidikan.
Apakah yang akan terjadi pada mereka apabila mereka dewasa nanti. Setelah berada 5 bulan di
sekolah ini, purata tahunan kehadiran pelajar telah meningkat kepada 72.77 peratus. Pada tahun
2017, peratus kehadiran pelajar terus meningkat kepada 75.78 peratus.

Beberapa punca masalah telah dikenalpasti berdasarkan kaedah tinjauan dan dialog
dengan murid, guru dan ibubapa.

246
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Permata Rimba

MANUSIA PERSEKITARAN
Keluarga B40 Cuaca buruk

Rakan sebaya Pedalaman

Sosio ekonomi Jalan balak


meningkatkan
kehadiran
murid orang
Asli ke sekolah
Agensi Kerajaan Peruntukan kewangan

Tok Batin Pengangkutan

PENGUASAAN STAKE HOLDER SUMBER

Rajah 25.1: Sebab dan Akibat

2.1 Persekitaran

Perkampungan Orang Asli yang terletak jauh dalam hutan belantara telah membataskan pergerakan
mereka untuk menghantar anak ke sekolah. Walau pun pengangkutan Murid Orang Asli disediakan
oleh pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA) tetapi penyelarasan pengangkutan yang lemah
menyebabkan murid tercicir semasa proses mengambil mereka di kampung. Sekiranya mereka
tercicir, maka selama 2 bulan mereka tidak bersekolah kerana pengangkutan disediakan untuk
semasa cuti sekolah yang lama seperti cuti penggal dan cuti perayaan.

Jalan yang menghubungkan sekolah dengan perkampungan Orang Asli merupakan jalan
balak di mana di waktu kemarau amat berdebu dan di waktu hujan amat basah dan licin. Masalah
jalan licin ini kemuncak berlaku ketika di awal tahun semasa murid ingin kembali ke sekolah
dari cuti hujung tahun iaitu pada musim tenkujuh, murid akan terkandas di kampung kerana
pengangkutan pacuan 4 roda yang disediakan oleh pihak JKOA tidak dapat mengambil pelajar
disebabkan jalan licin dan tanah runtuh.

2.2 Sumber

Kenderaan pacuan 4 roda adalah pengangkutan yang utama untuk memasuki perkampungan Orang
Asli. Kenderaan ini kebanyakan adalah disewa dari pihak kontraktor pengangkutan tempatan untuk
mengambil dan menghantar murid. Peruntukan kewangan yang terhad membatasi untuk pihak
sekolah membuat intervensi kehadiran murid yang perlu memasuki perkampungan Orang Asli dan
bermalam di sana kerana perjalanan masuk memakan masa 6 jam dan memerlukan peruntukan
kewangan yang tinggi.

2.3 Manusia

Taraf sosial ekonomi masyarakat Orang Asli adalah rendah dan kebanyakan dalam kategori B40.
Pekerjaan mereka adalah mencari sumber pendapatan dari hasil hutan. Masalah pengangkutan

247
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Permata Rimba

merupakan masalah utama yang menghalang perkembangan pendidikan anak-anak mereka.


Kenderaan utama mereka adalah motosikal yang terbatas pergerakan ketika hujan disebabkan jalan
yang licin dan berselut tanah merah. Apabila keadaan ini berlaku, mereka tidak dapat membantu
pihak sekolah untuk menghantar anak ke sekolah sekiranya mereka tercicir kenderaan yang
disediakan oleh pihak JKOA.

2.4 Penguasaan Stake Holder

Tok Batin iaitu penghulu bagi masyarakat Orang Asli adalah individu yang berpengaruh dalam
komuniti mereka. Kerjasama dan pertolongan dari mereka perlu diperkasakan agar pendidikan anak-
anak mereka terus terbela dan terjaga. Murid Orang Asli sekolah ini terdiri dari 9 perkampungan
Orang Asli iaitu Pos Blau ( 29 orang murid ), Pos Pulat ( 33 orang murid ), Pos Balar ( 96 orang
murid ), Pos Gob ( 2 orang murid ), Pos Hau ( 6 orang murid ), Pos Bihai ( 4 orang murid ), Pos
Tuel ( 11 orang murid ), Pos Brooke ( 4 orang murid ) dan Pos Kuala Betis ( 3 orang murid ).
Pos Blau, Pos Pulat dan Pos Balar merupakan perkampungan yang sekolah merupakan sekolah
saluran. Sembilan orang Tok Batin ini perlu didekati dan dimesrakan bagi mendapat kerjasama dan
komitmen dari mereka terutama kehadiran anak-anak mereka ke sekolah.

3.0 PELAKSANAAN
Dalam usaha dan kesungguhan untuk memastikan pendidikan Murid Orang Asli adalah terbela,
maka suatu perancangan yang rapi telah dibuat untuk merialisasikan hasrat untuk melihat Murid
Orang Asli berjaya dalam pendidikan dan kerjaya. Untuk berjaya dalam pendidikan, kehadiran ke
sekolah memainkan peranan yang besar yang perlu diberi perhatian yang serius.

3.1 Rancang (Plan)

Setelah melapor diri sebagai pengetua di sekolah ini, penyelidik telah mendapatkan semua
maklumat berkaitan sekolah dari semua pihak iaitu dari barisan pentadbir, ketua panitia, guru,
kakitangan sekolah, pengawal keselamatan, pekerja kebersihan sekolah, PIBG, pemimpin
masyarakat setempat, NGO setempat, PPD Gua Musang dan agensi kerajaan yang berkaitan.
Dari maklumat yang diperolehi, isu utama yang perlu diberi perhatian adalah kehadiran murid
ke sekolah. Oleh itu, satu gerak kerja telah dirancang untuk memastikan murid datang ke sekolah
dengan penuh minat untuk belajar. Target peratus kehadiran murid: 80.12 %.

Strategi:
3.1.1 memperkasakan peranan guru tingkatan melalui dialog prestasi setiap bulan untuk
intervensi kehadiran bagi data bulan sebelumnya.
3.1.2 Memantapkan lagi program ziarah cakna terutama di perkampungan Murid Orang Asli.
3.1.3 Meneroka kerjasama dengan pihak berkepentingan terutama PIBG, PPD, JPN, JKOA dan
agensi kerajaan serta NGO setempat.
3.1.4 Memberi penghargaan kepada pelajar yang berjaya meningkatkan kehadiran bulanan.

248
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Permata Rimba

3.2 Buat (Do)


Beberapa projek telah dilaksanakan bagi menjayakan semarak kehadiran murid ke
sekolah. Projek ini digerakkan dengan kerjasama pelbagai pihak kerana melibatkan
peruntukan perbelanjaan yang tinggi.

3.2.1 Fly With Me


Kerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta JPN Kelantan untuk membawa
murid yang terkandas di kawasan pedalaman ke sekolah menggunakan helikopter. Pada
bulan januari, di awal pembukaan sekolah, musim tenkujuh belum berakhir menyababkan
banyak jalan perhubungan darat terputus akibat tanah runtuh dan jalan yang rosak
teruk menyebabkan murid tidak dapat hadir ke sekolah. Jabatan Bomba menggunakan
kemudahan helikopter jabatan untuk membawa pelajar dari Pos Orang Asli ke Padang
Sivik Gua Musang dan seterusnya dengan bas ke sekolah. Projek ini untuk keseluruhan
Murid Orang Asli yang bersekolah di sekolah menengah dalam daerah Gua Musang.

3.2.2 Jawatankuasa Muafakat Tok Batin

Tok Batin adalah individu yang paling dihormati dalam kalangan masyarakat orang asli.
Pihak sekolah telah mewujudkan jaringan kerjasama dengan Tok Batin di Sembilan pos
orang asli melalui Jawatankuasa Muafakat Tok Batin. Jawatankuasa ini memainkan
peranan untuk mengenal pasti pelajar di pos masing-masing yang tidak hadir ke sekolah
dan memujuk mereka untuk hadir ke sekolah. Di samping menjadi medium untuk Tok
Batin menyelesaikan sebarang isu berkaitan pembelajaran anak-anak mereka.

3.2.3 Jalinan dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli ( JKOA )

JKOA adalah jabatan yang diberi tanggungjawab untuk menguruskan pendidikan


murid orang asli terutama pengangkutan ke sekolah, kesihatan, penginapan di asrama,
kelengkapan persekolahan murid orang asli dan kebajikan mereka. Kerjasama dan
keperihatinan mereka kepada murid orang asli telah mewujudkan suasana yang selesa dan
bersemangat untuk mereka hadir ke sekolah. Pihak JKOA amat membantu pihak sekolah
untuk sama-sama berganding bahu memastikan murid yang tidak hadir ke sekolah diberi
perhatian yang sewajarnya.

3.2.4 Penghargaan kepada murid

Bagi pelajar yang menunjukkan peningkatan kehadiran setiap bulan akan diberi
penghargaan di perhimpunan rasmi mingguan sekolah. Mereka diberi ganjaran kerana
telah berjaya hadir ke sekolah walaupun menghadapi pelbagai rintangan dan halangan
demi sebuah impian untuk mengubah nasib hidup mereka ke arah yang lebih baik.

3.3 Semak (Check)


Jawatankuasa Kehadiran Murid peringkat sekolah yang terdiri dari guru kelas dan pentadbir
telah bermesyuarat setiap bulan untuk menganalisis data kehadiran setiap kelas bagi data

249
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Permata Rimba

bulan sebelumnya. Mesyuarat ini menggunakan kaedah dialog prestasi di mana setiap kelas
akan memperincikan kehadiran setiap murid dan mengenal pasti sebab ketidakhadiran murid
tersebut. Jawatankuasa ini akan menilai setiap program yang telah dilaksanakan untuk
penambahbaikan seterusnya.

3.4 Tindakan (Act)


Hasil dari rumusan peringkat Jawatankuasa Kehadiran Murid, beberapa projek perlu
dimantapkan lagi iaitu:

3.4.1 Memastikan surat amaran ketidakhadiran murid sampai kepada ibubapa.

Setiap murid akan dikeluarkan surat amaran pertama, kedua dan terakhir untuk
ketidakhadiran mereka ke sekolah berdasarkan bilangan hari mereka tidak hadir
ke sekolah. Tujuan surat ini adalah untuk memperingati ibubapa dan mencari jalan
penyelesaian agar anak-anak mereka hadir ke sekolah. Cara penyampaian surat ini
perlu diperkasakan iaitu melalui wakil PIBG dan Tok Batin agar sampai kepada
pihak yang berkenaan.

3.4.2 Ziarah Cakna


Bagi murid yang ketidakhadiran tinggi terutama yang telah mendapat surat amaran
kedua dan terakhir, program ziarah cakna akan dilakukan kepada mereka. Guru
tingkatan bersama kaunselor akan berkunjung ke rumah mereka bagi yang dekat
dengan sekolah. Bagi yang jauh dalam hutan belantara, program peringkat PPD,
JKOA dan JPN akan digerakkan untuk berkonvoi meredah hutan rimba dan bermalam
di sana untuk menyampaikan hasrat pendidikan kepentingan datang ke sekolah demi
masa depan mereka.

3.4.3 Asrama, Rumah Kedua Ku


Keseluruhan Murid Orang Asli adalah tinggal di asrama sekolah. Pemantapan aktiviti
harian murid di asrama perlu dilakukan dan digerakkan dengan lebih berkesan agar
mereka merasa seperti berada di kampung halaman mereka supaya perasaan ingin
pulang ke kampung akan reda. Aktiviti ini termasuklah aktiviti pembelajaran, aktiviti
kerohanian, aktiviti sukan dan riadah, aktiviti lawatan sambil belajar serta aktiviti
hujung minggu yang menyeronokan dan bermanafaat.

4.0 PENILAIAN DAN IMPAK DATA


Dari tahun 2016 iaitu tahun pertama penyelidik berkhidmat di sekolah ini, setiap tahun kehadiran
murid ke sekolah telah menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. Ini ditunjukkan
dalam jadual di bawah:

250
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Permata Rimba

TAHUN PERATUS
2016 72.77
2017 75.78
2018 78.24
2019 78.40

Jadual 25.1 : Peratus kehadiran murid ke sekolah

Secara keseluruhan, walaupun pada tahun 2019 peningkatan peratus kehadiran adalah sedikit
penyelidik berpuashati memandangkan cabaran terlalu besar dalam memastikan kehadiran murid
ke sekolah. Pada tahun 2019 iaitu pada bulan mac hingga bulan mei iaitu selama 3 bulan, ramai
pelajar terpaksa di kuarantin di rumah masing-masing kerana penyakit beguk dan histeria telah
berlaku di asrama sekolah menyebabkan peratus kehadiran pada bulan-bulan tersebut amat merosot.

Semoga 2020 akan memberi sinar yang lebih menyerlah dalam usaha dan kerjasama semua
pihak bagi memastikan murid hadir ke sekolah dan program serta pendekatan yang lebih berkesan
dalam gerak kerja kita dalam pendidikan negara.

5.0 RUMUSAN DAN PENUTUP

Kehadiran murid ke sekolah adalah faktor terpenting kemajuan seseorang murid dalam sistem
pendidikan terutama bagi murid orang asli yang berada di pedalaman kerana hanya di sekolah
mereka mendapat akses kepada pendidikan. Di kampung halaman mereka, tiada sistem pendidikan
yang boleh membantu mereka terutama ibubapa yang masih kurang berpelajaran.

Cabaran yang utama yang perlu diatasi oleh pihak sekolah adalah untuk memastikan murid
datang ke sekolah di awal tahun dan kekal berada di asrama serta ke sekolah sepanjang tahun.
Keseronokan belajar di sekolah perlu ditambahbaik supaya murid ini akan terus kekal di sekolah
sepanjang tahun. Pembelajaran berasaskan alam semulajadi tempat tinggal mereka di kampung
perlu diterokai agar mereka dapat menghayati isi pelajaran yang hendak disampaikan pada hari itu.

Cabaran yang tidak kurang pentingnya adalah untuk mengembeling seluruh agensi kerajaan
dan agensi bukan kerajaan (NGO) untuk sama-sama membantu murid orang asli terus maju dalam
sistem pendidikan. Segala bentuk bantuan perlu dijana dan diberi kepada mereka agar mereka
tidak terus ketinggalan dalam arus pendidikan negara. Masyarakat orang asli telah sedar tentang
kepentingan pendidikan untuk anak-anak mereka cuma mereka tidak mampu untuk bergerak
sendirian dalam meniti arus pendidikan negara.

Di akhir penulisan ini, penyelidik ingin menyeru agar semua pihak dengan sepenuh hati
merancang dan melaksanakan semua program dan initiatif pendidikan murid orang asli agar mereka
tidak terus ketinggalan jauh dalam pembangunan negara terutama dalam dunia digital sekarang.

251
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Permata Rimba

6.0 RUJUKAN

http://mahadzirmohamad.blogspot.com/2015/02/bahagian-10-kitaran-pdca-plan-do-check.html

252
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
MASIH ADA YANG SAYANG

ABD NASER BIN OTHMAN


Pengetua, SMK Prai
seer2228@gmail.com

HAMZAH BIN SAID


Pensyarah Pembimbing IAB Cawangan Utara
hamzah@iab.edu.my

ROSLI BIN MD RADZI


Pegawai SIP+ PPD Seberang Perai

ABSTRAK

Penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar menjadi fokus dalam projek pada kali
ini. Perkara ini memberi kesan yang besar kepada pencapaian pelajar dalam peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia. Projek pada kali akan menumpukan penguasaan Bahasa Melayu kepada
pelajar peralihan. Pelajar ini dipilih kerana  memperolehi gred E dalam Pentaksiran Sekolah
Rendah dalam subjek Bahasa Melayu. Dalam dianogstik awal yang dilaksanakan didapati seramai
92.31 peratus pelajar gagal dalam ujian membaca dan bertutur.  Program ini menekankan aspek
membaca, menulis dan bertutur dalam Bahasa Melayu dan berjalan selama tiga bulan iaitu  Jun,
Ogos, September 2019. Program ini juga cuba melihat kesan terhadap kehadiran pelajar kelas
peralihan  ke sekolah. Hasil dari program ini mendapati seramai 8 orang murid telah berjaya
membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu berbanding TOV seramai seorang dan sasaran
13 orang. Peratus kehadiran murid juga meningkat kepada 81.40% berbanding TOV yang
dicadangkan pada 79.40%.

Kata kunci: penguasaan Bahasa Melayu, kehadiran murid, masih ada yang sayang

1.0 PENGENALAN 
Sekolah Menengah Kebangsaan Prai terletak berhampiran Jalan baru dan berada kira-kira 2
kilometer dengan Jambatan Pulau Pinang. Sekolah ini juga berada kira-kira 10 kilometer dengan
Bandar Bukit Mertajam. Bangunan sekolah ini dibina di atas tanah Lot 4381 Mukim 1, Seberang
Perai tengah. Luas kawasan sekolah kira-kira 14,979 meter persegi. 

253
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Masih Ada Yang Sayang

1.1 Profil Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Prai mula beroperasi pada tahun 1984. Pada peringkat awal
beroperasi hanya ada sebuah bangunan iaitu blok A dan sebanyak 19 kelas telah digunakan.Bagi
menampung jumlah pelajar yang ramai sesi persekolah dijalankan  dua sesi. Pada tahun 1985 ,
blok B telah dibina. Dikuti blok D pada tahun 1986. Blok C telah dibina pada tahun 1997. Blok
C menempatkan 4 kelas, 2 makmal, sebuah bilik sumber, sebuah bilik seni dan sebuah bilik
kaunseling.
 

Pada tahun 1998, bilangan pelajar telah meningkat mencapai 1032 orang. Sebanyak 20 kelas
digunakan pada sesi pagi dan 9 kelas pada sesi petang. Pada peringkat ini pecahan pelajar ialah
43.3 % berbangsa Cina, 40.8 % berbangsa India, 15.4 % berangsa melayu. Bilangan guru yang
berkhidmat pada masa itu ialah 57 orang.  
 

Pada tahun 2000, sebuah bangunan yang mengandungi dua buah makmal komputer telah
dibina.Mulai 2005, SMK Prai telah bertukar dari sekolah dua sesi menjadi sekolah satu sesi. Pada
tahun ini, bilangan guru ialah 48 orang dibantu 9 staf sokongan. Bilangan pelajar ialah 642 dan
bilangan kelas ialah 25 buah.

Pada tahun 2007, sebuah makmal komputer untuk kegunaan subjek produksi Multimedia
telah dibina di blok B. Pada peringkat awal 20 pelajar tingkatan 4 dipilih mengikuti subjek ini.
Pada bulan Oktober 2007, sebuah pondok bacaan telah dibina hasil sumbangan orang ramai dalam
program Perai Run.
 

Pada tahun Mei 2018 blok D yang telah uzur telah digantikan dengan bangunan baru.
Bangunan  baru ini telah siap dibina dan diserahkan kepada sekolah pada 27 Disember 2018. Blok
D yang baru ini mula beroperasi pada sesi persekolahan 2019. Pada masa kini jumlah pelajar SMK
Prai ialah 286 orang. Pelajar berbangsa India ialah 165 orang (58 %), pelajar berbangsa Cina ialah
65 orang (23 %) dan pelajar berbangsa Melayu ialah 53 orang (19 %). Jumlah guru ialah 36 orang
dan staf sokongan 5 orang.

Jadual 26.1: Profil SMK Prai 

Nama Sekolah: Smk Prai


Kod Sekolah: Pea0001
13700 Perai, Seberang Perai Tengah, Pulau
Alamat Sekolah:
Pinang
No Telefon Sekolah:s 04-3903099
No Faks Sekolah: 04-3905052
Email Sekolah: Pea0001@Jpnpp.Edu.My
Pejabat Pendidikan Daerah: Ppd Seberang Perai Tengah

254
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Masih Ada Yang Sayang

Sidang: 1 Sesi
Keluasan Tanah: 15.979 Meter Persegi
Nama Pengetua: En. Abd Naser Bin Othman
Penolong Kanan Pentadbiran: En. Zaabar Bin Mohd Said
Penolong Kanan HEM: En. Wan Ahmad Bin Wan Rebi
Penolong Kanan Kokurikulum: En. Mathihalagan A/L Chinian

Jadual 26.2:  Statistik guru, staf dan murid

Bil Bangsa Jantina


Melayu Cina India Lain-Lain Lelaki Perempuan
Guru 24 6 6 - 14 22
Staf 4 - - - 1 3
Pelajar 51 65 163 3 157 126

1.2 Status quo sekolah

Pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia SMK Prai telah menunjukkan pencapaian yang sangat
sederhana. Dalam mesyuarat pentadbir dan kurikulum perbincangan memfokuskan isu ini.
Berdasarkan perbincangan pihak sekolah mendapat penguasaan Bahasa Melayu yang lemah
menjadi faktor yang dominan menyumbang ke arah ini. Dapatan ini berdasarkan analisis
peperiksaan SPM 2016 – 2018.

Jadual 26.3:  Pencapaian Bahasa Melayu 2016-2018

Tahun Bilangan calon Peratus lulus GPS


2016 87 37.04 7.37
2017 68 40.91 7.33
2018 67 49.25 7.04

Jadual 26.4 Pencapaian Mata Pelajaran Bahasa Melayu SPM

Tahun Peratus Lulus GPMP


2016 51.10 7.75
2017 60.00 7.26
2018 58.20 7.49

Pemilihan Murid 

Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum telah sepakat membuat keputusan bagi memperkasakan


penguasaan Bahasa Melayu kepada murid peralihan. Pemilihan ini disebabkan pencapaian subjek

255
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Masih Ada Yang Sayang

Bahasa Melayu dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah yang minima. Murid juga telah diuji secara
bersemuka oleh guru subjek Bahasa Melayu bagi menilai kemampuan membaca. Seramai 13 orang
murid peralihan dipilih mengikuti program ini yang mendapat E Pemahaman dan Penulisan dalam
peperiksaan UPSR.

2.0 MENGENAL PASTI MASALAH DAN PENAMBAHBAIKAN

SMK Prai merupakan sebuah sekolah yang berpotensi untuk mencapai kejayaan. Walau
bagaimanapun terdapat beberapa isu yang menjadi penghalang bagi meningkatkan kecemerlangan.
Untuk mengenal pasti isu dan punca masalah, pihak sekolah telah melaksanakan kaedah
perbincangan, sumbangsaran, pemerhatian dan maklum balas dengan mengggunakan alat
pengurusan kualiti.

2.1 Analisis Persekitaran

Kaedah yang dilaksanakan seterusnya adalah dengan membuat analisis TOWS Matriks . (Rujuk
Jadual 26.5). Berdasarkan TOWS Matriks pihak sekolah telah melancarkan program: Masih Ada
Yang Sayang.

256
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Masih Ada Yang Sayang

Jadual 26.5: Analisis SWOT


KEKUATAN ( S ) KELEMAHAN ( W )
S1 : Pengetua dan W1 : Pencapaian tahap lulus SPM
FAKTOR Penolong Kanan masih rendah (bawah 50 %)
mendapat latihan
DALAMAN
NPQEL
S2 : 70% guru W2 : 13 pelajar kelas peralihan
berpengalaman lebih mempunyai kemampuan
dari 10 tahun  membaca Bahasa Melayu yang
sangat terhad
S3 : Seorang DG 54 W3 : Peratus kehadiran pelajar  yang
dan bekas guru rendah bawah 83%
cemerlang subjek
Perniagaan
S4 : 6 orang guru
berpengalaman
memeriksa kertas
peperiksaan SPM
S5 : Semua guru adalah
berijazah dan terlatih
S6 : Bilangan Pelajar
yang sedikit (284
FAKTOR pelajar)
LUARAN S7 : Bangunan Blok
D yang baru dan
terdapat kelas yang
tidak digunakan
PELUANG (O) STRATEGI SO STRATEGI WO
O1 : Kerjasama yang S4 S6 O2 W1. W2 O2
baik dari PIBG dan
Pemimpin Setempat
yang baik 1.0 Meningkatkan penguasaan 2.0  Meningkatkan penguasaan Bahasa
Bahasa Melayu kepada semua Melayu dalam kalangan murid kelas
O2 : Tempat tinggal murid. peralihan.
pelajar        berdekatan
dengan sekolah
CABARAN ( C ) STRATEGI SC STRATEGI WC
C1 : Pelajar lebih S4 S6 C1
gemar berbahasa
ibunda (Bahasa Tamil
dan Bahasa Cina) di 3.0 Meningkatkan penggunaan
rumah Bahasa Melayu di rumah.

C2 : PIBG mempunyai
dana yang  terhad 

257
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Masih Ada Yang Sayang

Jadual 26.6: Pemetaan Tiga Tahun Pelan Pemajuan

Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3


(Fasa 1 - 3) (Fasa 4 - 6) (Fasa 7 - 9)

Pencapaian

Pencapaian

Pencapaian
Sebenar

Sebenar

Sebenar
Sasaran

Sasaran

Sasaran
Prestasi

Prestasi

Prestasi
TOV
KPI

Kurikulum Bilangan Pelajar Seorang 13 pelajar 90 % Pelajar 90 %


Boleh Membaca pelajar Tingkatan 1 pelajar
Dan Menulis kelas tingkatan
Bahasa Melayu peralihan satu dan
dua
HEM Peratus 79.4 % 85 % 90 % 95 %
Kehadiran 
Persekitaran Persiapan Kelas Tiada Peralatan Kemudahan: 100 %
Dan “Masih Ada Asas Lengkap
Sebuah Lcd
Kemudahan Yang Sayang”
Fizikal
Pembangunan Bilangan Tiada 2 Orang 4 Orang 6
Sumber Guru Yang Guru Guru ORANG
Manusia Dilatih Bagi GURU
Mengendalikan
Kelas Pemulihan
Bahasa Melayu

3.0 PELAKSANAAN

Program Masih Ada Yang Sayang dirancang dijalankan dalam tempoh 3 bulan bermula Jun hingga
Ogos 2019. Pelaksanaan yang lewat disebabkan peperiksaan pertengahan tahun, penyusunan
semula jadual waktu dan selepas perbincangan dengan pensyarah pembimbing dan SIP +. 

3.1 Perancangan

Suatu jawatankuasa kerja telah dibentuk dalam melaksanakan program ini. Penyelaras jawatankuasa
ini ialah Guru Kanan Bahasa.

• Pelantikan Guru Pembimbing

Pihak sekolah telah memilih En Shabihan bin Ibrahim dan En. Mohd Faiz bin Mohd Daud sebagai
guru pembimbang. En. Shabihan Ibrahim dipilih kerana beliau adalah guru yang mengajar Bahasa
Melayu kelas peralihan. En Mohd Faiz bin Mohd Daud adalah guru RBT. Kedua-dua guru bukan
opsyen Bahasa Melayu. Oleh itu, program bimbingan telah dirancang sebagai persediaan untuk
mereka melaksanakan program Masih Ada Yang Sayang.

258
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Masih Ada Yang Sayang

• Penyusunan Jadual Waktu.

Bagi menambah keberkesanan program pihak sekolah telah membuat rombakan jadual waktu bagi
membolehkan kedua-dua guru melaksanakan program pada waktu yang sama.

• Program Latihan Dalam Kumpulan  

Jawatankuasa LDP sekolah telah dipertanggungjawabkan untuk merangka program latihan kepada
kedua guru pembimbing. Bagi tahun 2019, sebanyak 3 kali perjumpaan akan dilaksanakan.

• Bahan Pengajaran dan Bilik Masih Ada Yang Sayang

Jawatankuasa telah memutuskan menggunakan modul untuk kelas Masih Ada Yang Sayang.
Jawatankuasa juga telah menetapkan bilik di blok C dijadikan bilik bagi program Masih Ada Yang
Sayang.

3.2 Pelaksanaan

Jadual 26.7: Time Line Pelaksanaan Program (Carta Gantt)

Bulan
Bil Perkara
April Mei Jun Julai Ogos Sept Okt
   
1 Kelas MAYaS     X X X  
2 LDP X X X        
3 Bahan    X X        
4 Fizikal     X X      
5 Jadual Waktu     X        

Kelas MAYaS dijalankan pada setiap hari Khamis pada pukul 11.00 pagi – 12.00 tengah hari 
dan Jumaat pada pukul 11.00 pagi – 12 tengah hari. Latihan Dalam Perkhidmatan bagi guru
pembimbing telah dilaksanakan pada 17 April 2019, 15 Mei 2019 dan 19 Jun 2019. Bahan yang
digunakan adalah modul yang digunakan pakai  peringkat sekolah rendah Penyediaan bilik telah
dipertanggungjawabkan kepada guru kanan Kemanusiaan. 

Pada masa yang sama program ini juga melihat impak kehadiran pelajar kelas peralihan ke
sekolah. TOV bagi kehadiran pelajar diambil pada bulan 4 ketika program ini dirancang. Peratus
kehadiran pada bulan 4 ialah 79.40 %.

3.3 Pemantauan Pelaksanaan

Penilaian program dijalankan pada akhir setiap bulan. Tugasan ini diberikan kepada penyelaras.
Guru pembimbing diminta melaporkan perkembangan pencapaian pelajar berdasarkan konstruk
literasi. Setiap pelajar dikehendaki menghabiskan 12 konstruk literasi.

259
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Masih Ada Yang Sayang

4.0 PENILAIAN DAN IMPAK DATA


Berdasarkan intervensi yang dijalankan, telah memberi impak yang positif kepada isu yang dikenal
pasti. Hal ini jelas berdasarkan jadual berikut:

Jadual 26.8: Keberhasilan Program

KPI TOV SASARAN PENCAPAIAN SEBENAR

Bilangan murid yang boleh membaca Seorang 13 orang 8 orang


dan menulis Bahasa Melayu

% Kehadiran Murid 79.40 85.00 81.40

Dapatan menunjukkan bahawa selepas program dilaksanakan, seramai 8 orang telah boleh
membaca berbanding 13 orang yang tidak boleh menbaca sebelum ini. Peratus kehadiran murid
juga meningkat dari 79.40% kepada 81.40% sepanjang program ini dilaksanakan.

5.0 RUMUSAN DAN PENUTUP


Isu penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar amat penting terutamanya ketika di
tingkatan lima. Kegagalan dalam menguasai Bahasa Melayu akan menyukarkan para pelajar
memahami kehendak soalan dan mengolah jawapan yang terbaik. Pelaksanaan program Masih
Ada Yang Sayang walaupun memberi fokus sebilangan kecil pelajar iaitu 13 orang tetapi boleh
memberi impak yang positif pada masa hadapan. 

Pelaksanaan yang agak lewat disebabkan program diputuskan selepas lawatan bimbingan pada
pada 17 April 2019. Program hanya dilaksanakan selepas cuti sempena Hari Raya Aidil Fitri.
Mungkin sehingga laporan ini ditulis kesan atau impak program tidak begitu ketara. 

Pelaksana program ini menghadapi kekangan dari segi kepakaran guru pembimbing. Kedua-
dua guru yang dipilih adalah berdasarkan jumlah masa mengajar yang sedikit. Kedua-dua
guru pembimbing bukanlah opsyen Bahasa Melayu. Hal ini memberi cabaran kepada kepada
jawatankuasa bagi menyediakan kesediaan dan kemahiran dalam membimbing pelajar.

Isu kehadiran pelajar kelas peralihan juga amat membimbingkan 4 orang pelajar telah mencatatkan
ketidakhadiran melebihi 30 hari sehingga bulan Jun 2019.  Hanya 3 orang pelajar sahaja yang
mencatatkan ketidakhadiran ke sekolah bawah 10 hari sehingga bulan Jun 2019.

Kesimpulannya program Masih Ada Yang Sayang berpotensi untuk meningkatan pencapaian
pelajar, namun peranan guru pembimbing mesti dimantapkan dari segi kemahiran, Membimbing
pelajar yang bermasalah pembacaan memerlukan kemahiran yang tinggi.

RUJUKAN

www.sistemguruonline.my,Modul Literasi Bahasa Melayu (LINUS). Mari


Membaca. Teacher Nabila

260
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
 

KITA GOMO

MOHD ANUAR BIN IBRAHIM


Pengetua, SMK Sungai Petai
mdanuar66@gmail.com

HAMZAH BIN SAID


Pensyarah Pembimbing IAB Cawangan UTara
hamzah@iab.edu.my

HAIZAN BINTI ZAKARIA


Pegawai SIP+ PPD Pasir Puteh

ABSTRAK

Isu utama SMK Sungai Petai ialah pencapaian yang rendah dalam peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) dan antara punca dikenal pasti ialah kehadiran murid ke sekolah.  Pihak
sekolah telah merancang beberapa program bagi mengatasi isu tersebut yang melibatkan
Bidang Kurikulum dan Hal Ehwal Murid (HEM).  Matlamat utama ialah meningkatkan peratus
lulus Bahasa Melayu dan Sejarah dalam SPM 2019 serta bilangan murid memperoleh 3A ke
atas. Antara Program Kurikulum yang melibatkan murid ialah Gold Modules dan Gemilang
Sabtu, untuk guru ialah PAK21, PLC dan Guru Mahir, manakala komuniti ialah Anakku
Sayang dan Kecek Kiro.  Program HEM pula ialah Anugerah Umi, Ziarah Kasih, Dialog
Kasih, Program ICU dan CCU, Guru Bertugas di Medan Perhimpunan, WhatsApp i-Hadir
dan Memperkasa SSDM.  Program dilaksanakan sehingga November 2019. Impak program
ialah peratus kehadiran murid meningkat sebanyak 1.81% iaitu dari 89.19% pada tahun 2018
kepada 91.00% pada tahun 2019.  Bilangan murid memperoleh 3A dan ke atas juga meningkat
dari tujuh orang tahun 2018 kepada sembilan orang tahun 2019. Walau bagaimanapun,
pencapaian dalam peratus lulus menurun agak ketara iaitu 82.69% tahun 2018 kepada 67.06%
tahun 2019. Pencapaian Bahasa Melayu dalam SPM 2019 menunjukkan penurunan sebanyak
2.97% manakala Sejarah 15.19% berbanding tahun 2018. 

Kata Kunci: Pengurusan Kurikulum,Pengurusan HEM, Kita Gomo

1.0 PENGENALAN 

SMK Sungai Petai terletak di pinggir bandar Pasir Puteh iaitu antara bandar Pasir Puteh dan
pekan Semerak. Kedudukan SMK Sungai Petai berdekatan dengan SMK Dato’ Ismail iaitu
sekolah kawalan Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Puteh.  Murid yang memperoleh keputusan
baik dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) akan disalurkan ke SMK Dato’ Ismail
manakala murid yang berpencapaian rendah disalurkan ke SMK Sungai Petai.  Tahap pencapaian
UPSR murid yang mendaftar masuk ke Tingkatan 1 adalah pada tahap minimun iaitu sifar “A”

261
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Kita Gomo

malahan ada murid yang masih tidak lancar membaca. Kedudukan sekolah pada tahun 2013
hingga 2015 berada di band 6 manakala pada tahun 2016 berada di band 5.  Bermula tahun
2018, SMK Sungai Petai dikategorikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai Sekolah
Berprestasi Rendah.

1.1 Profil Sekolah

Sekolah ini mempunyai jumlah murid seramai 331 orang. Majoriti penduduknya adalah berlatar
belakang sosio ekonomi yang terdiri daripada petani. Muridnya pula daripada sekolah saluran
SK Sungai Petai, SK Kampung Tasek, SK Bukit Awang dan SK Bukit Tanah.  

SMK Sungai Petai mula menerima murid pada 4 April 2012 seramai 203 orang dan 14
orang guru.  Enam buah kelas dibuka untuk menempatkan murid Tingkatan 1, 2 dan 4.  Seorang
Pembantu tadbir (N17), seorang Pembantu Am pejabat dan dua orang Pembantu Makmal
C17/22.  

Pengetua-pengetua SMK Sungai Petai adalah seperti dalam Jadual 1 di bawah:

Jadual 27.1:  Senarai nama Pengetua di SMK Sungai Petai

Mula Akhir
Nama
Berkhidmat Berkhidmat
Hjh.Siti  Meriam bt Mohmed November 2012 26 Disember 2016
Dato’ Ariffin b. Ab. Rahman 27 Disember 2016 13 Jun 2018
Hj. Zulkefli b. Mohd Noor 1 Ogos 2018 5 Ogos 2019
Mohd Anuar b. Ibrahim 5 Ogos 2019 Sehingga kini

2.0 MENGENAL PASTI MASALAH DAN PENAMBAHBAIKAN

Isu utama yang dihadapi oleh sekolah ialah pencapaian akademik yang rendah dari segi Gred
Purata Sekolah (GPS), peratus lulus dan juga bilangan murid yang cemerlang.  Antara punca isu
yang dikenal pasti ialah aspek kehadiran murid ke sekolah yang merosot menyebabkan proses
PdPc terganggu dan seterusnya menyumbang kepada pencapaian akademik yang rendah.  

2.1 Analisis Persekitaran

Berikut adalah TOWS Matriks yang disediakan oleh Bidang Kurikulum dan HEM (Jadual 2 dan
Jadual 3).    Antara kelemahan yang dikenal pasti ialah:
i. Peratus lulus Bahasa Melayu dan Sejarah yang rendah
ii. Peratus/bilangan murid cemerlang yang rendah

262
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Kita Gomo

iii. Motivasi murid yang rendah


iv. Kehadiran murid di bawah 90%
Antara ancaman yang dihadapi oleh sekolah pula ialah:
i. Kurang perhatian dan sokongan daripada ibu bapa
ii. Persekitaran rumah murid yang tidak mendorong untuk pembelajaran

iii. 93.22% status keluaraga di bawah B40


 

Jadual 27.2:  TOWS Matrik Kurikulum

KEKUATAN (S) KELEMAHAN (W)


S1 – 18 belas buah bilik W1 – Peratus lulus subjek Bahasa
yang lengkap. Melayu dan Sejarah SPM masih di
tahap rendah (2018: BM 86.50%,
S2 – Sekolah mempunyai Sejarah 84.60%).
pusat sumber yang
lengkap dengan buku yang W2 – GPS subjek Bahasa Melayu
mencukupi. dan Sejarah SPM masih di tahap
rendah (2017: BM 5.67 dan Sejarah
S3 – 2 orang guru 6.21)
cemerlang dalam subjek
Pendidikan sivik dan W3 – Peratus kecemerlangan dalam
Pendidikan Jasmani. SPM masih rendah

S4 – 3 orang pemeriksa W4 – Pembudayaan  PdPc  abad 21


kertas SPM bagi subjek sederhana 
Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris dan Sejarah. W5 – Capaian internet yang rendah.

S5 -  Seorang guru ETA. W6 – Kemasukan murid yang TOV


(UPSR) rendah 

W7 – Motivasi murid yang rendah


PELUANG (O)
O1 – Hubungan yang baik Strategi SO: S1 + S2 + S4 Strategi WO: W1 + W2 + W3 +W4+
dengan pemimpin tempatan dan + O2 + O3  O2 + O3 
pegawai perhubungan polis.
Peningkatan kemahiran Pembangunan Profesionalisme guru.
O2 – Kerjasama yang erat dengan belajar Bahasa Melayu
PIBG, RISDA, JPN dan PPD. dan Sejarah di kalangan
murid dan kecemerlangan
O3 – Sumbangan kewangan memperoleh 3A ke atas
dari syarikat swasta yang
berhampiran.
CABARAN / ANCAMAN (C
/T)
T1 – Kurang perhatian dan
sokongan daripada ibubapa yang Strategi ST : S1 + S2 + Strategi WT : W6 + W7+T1 + T2
kebanyakan bekerja sendiri. S3 T1 +T3

T2 – Persekitaran rumah murid Peningkatan kesedaran Peningkatan motivasi murid untuk


yang tidak mendorong untuk mengenai kepentingan belajar
belajar. pembelajaran dalam
kalangan ibu bapa.
T3 – 93.22% status keluarga yang
berpendapatan bawah B40.

263
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Kita Gomo

Jadual 27.3:  TOWS Matriks Hal Ehwal Murid (HEM)

KEKUATAN (S) KELEMAHAN (W)


S1 – Pengurusan HEM berjalan W1 – 20%  murid kurang
lancar. kesedaran sivik.

S2 – Kurang masalah disiplin W2 – Kehadiran murid masih


yang berat. rendah iaitu di bawah 90%

S3 – Kerjasama berpasukan antara


guru-guru
PELUANG (O)
O1 – Hubungan yang baik dengan
pemimpin tempatan dan pegawai Strategi SO : S1 + S3 + O1+O2 Strategi WO : W1 + W2 +
perhubungan polis. O1+O2+O3 
Meningkatkan kerjasama dalam
O2 – Kerjasama yang erat dengan usaha meningkatkan sahsiah murid Meningkatkan kerjasama
PIBG, RISDA, JPN dan PPD. melalui penerapan nilai-nilai dengan dengan pihak
murni di sekolah dan di rumah berkuasa tempatan untuk
O3 – Sumbangan kewangan dari dalam budaya yang berterusan. menjayakan program-
syarikat swasta yang berhampiran. program  sekolah.
CABARAN / ANCAMAN (C /T)
T1 – Kurang perhatian dan
sokongan daripada ibubapa yang Strategi ST : S3 + T1+T2 Strategi WT : W2 + T1 + T2
kebanyakan bekerja sendiri.
Meningkatkan pelbagai program Memantapkan  program-
T2 – Persekitaran rumah murid bagi mengisi masa lapang murid. program untuk meningkatkan
yang tidak mendorong untuk kehadiran murid-murid ke
belajar. sekolah.

T3 – 93.22% status keluarga yang


berpendapatan bawah B40.

Merujuk kepada Jadual 4 di bawah, peratus lulus SPM adalah di bawah 85% dalam tempoh
lima tahun (2014 – 2018). Pencapaian  terbaik ialah 82.69% pada tahun 2018.   Situasi yang
sama juga berlaku dari segi kualiti iaitu pencapaian GPS melebihi nilai 6.0 dengan pencapaian
terbaik adalah  6.01 dalam pada tahun 2018.  

Jadual 27.4:  Pencapaian Peratus Lulus dan GPS SPM

Pencapaian Tahun
SPM 2014 2015 2016 2017 2018
% Lulus 65.38 79.25 82.09 80.00 82.69
GPS 6.99 6.79 6.13 6.28 6.01

Jadual 5 di bawah menunjukkan pencapaian mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah
yang menyumbang kepada peratus lulus atau layak mendapat sijil dalam SPM bagi tempoh lima
tahun (2014-2018).  

264
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Kita Gomo

Jadual 27.5:  Pencapaian Mata Pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah

Tahun

Mata Pelajaran 2014 2015 2016 2017 2018


Bahasa Melayu (%) 75.00 79.20 85.30 81.40 86.50
Sejarah (%) 76.90 90.30 88.00 88.50 84.60

Jadual 6 di bawah adalah analisis murid yang cemerlang iaitu memperoleh 3A dan
ke atas dalam tempoh tiga tahun kebelakang.  Ketetapan kecemerlangan iaitu 3A ke atas oleh
sekolah adalah atas dasar input atau TOV murid yang masuk ke sekolah semasa Tingkatan 1
adalah sifar “A”.  Ketetapan ini juga bagi memberi kredit kepada usaha guru yang sentiasa
komited menjayakan program yang dirancang dan dilaksanakan oleh pihak sekolah.

Jadual 27.6:  Pencapaian Bilangan Murid Memperoleh 3A dan ke atas

Tahun
Perkara
2016 2017 2018
3A 3 0 2
4A 0 1 2
5A 0 0 1
6A 0 1 1
7A 0 1 1
Jumlah 3 3 7

Jadual 7 di bawah menunjukkan peratus kehadiran murid ke sekolah dalam tempoh


tiga tahun iaitu 92.30% pada tahun 2016 kepada 89.20% pada tahun 2018. 
 

Jadual 27.7:  Kehadiran Murid ke Sekolah

Tahun
Perkara
2016 2017 2018
Kehadiran (%) 92.30 90.70 89.20

3.0 PELAKSANAAN PROGRAM

Program yang dilaksana melibatkan dua bidang iaitu Bidang Kurikulum dan Bidang Hal Ehwal
Murid (HEM).   Jadual 8 dan 9 adalah perincian program sepanjang tahun 2019.   Fokus Bidang
Kurikulum adalah bagi meningkatkan peratus lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah
serta meningkatkan bilangan murid memperoleh 3A dan ke atas dalam SPM tahun 2019. 
Manakala fokus Bidang HEM adalah meningkatkan kehadiran murid ke sekolah. 

265
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Kita Gomo

Jadual 27.8:  Program Bidang Kurikulum

Nama
Elemen Perincian Program
Program
Gold Modul Bahasa Melayu dan Sejarah yang digubal khas secara spesifik dan
Modules berfokus bagi membantu murid lulus dalam SPM.
i. Gemilang Sabtu - program setiap hari Sabtu yang melibatkan
kumpulan berfokus iaitu Kumpulan Executives, Special dan Standard.
Murid Program bermula 24 Ogos sehingga 19 Oktober, jam 8:30 pagi hingga
Gemilang
Sabtu 5 petang.  Gold Modules digunakan untuk murid Kumpulan Standard.

ii. SPM (Premiere) – Kem Kecemerlangan untuk semua murid SPM


yang dilaksana pada 29 hingga 31 Ogos 2019
Penerapan kemahiran PAK21 dalam kalangan murid melalui PdPc
berkesan oleh guru. Pengesanan kemahiran PAK21 dalam kalangan murid
PAK21
dibuat melalui Learning Walk menggunakan instrumen Standard 4, Aspek
4.6: Pelibatan Aktif Murid.  
Dua kumpulan PLC ditubuhkan iaitu bagi mata pelajaran Bahasa Melayu
dan Sejarah.

Kumpulan PLC Bahasa Melayu terdiri daripada:


1. Mat Zin bin Mohd Nor (Ketua)
2. Sahariah binti Shafie
PLC 3. Rohazah binti Ab. Manaf
4. Che Siti Azizah binti Che Omar

Kumpulan PLC Sejarah:


Guru
i. Ab. Razak bin Hasan (Ketua)
ii. Johan bin Kamarudin
Sekolah mempunyai dua orang Guru Mahir yang boleh memberi latihan
dan bimbingan kepada guru-guru lain berkaitan cara penskoran skrip
jawapan calon mengikut skema terkini.  Guru ini juga merupakan
penggubal Gold Modules.  Guru tersebut ialah:

i. Mat Zin bin Mohd Nor - 27 tahun mengajar Bahasa Melayu


Guru
dan berpengalaman  sebagai pemeriksa kertas SPM Bahasa Melayu
Mahir
selama 17 tahun

ii. Ab. Razak bin Hasan – 22 tahun mengajar Sejarah, 13 tahun


sebagai pemeriksa kertas SPM Sejarah Kertas 2, 3 tahun sebagai
pemeriksa Sejarah Kertas 3 dan 3 tahun sebagai Ketua Pemeriksa
Sejarah SPM Kertas 2.
Program yang dijalankan ialah:

Anakku i. Majlis Konsultasi Ibu Bapa 


Sayang ii. Majlis D’ Kasih 
Komuniti iii. Kem Kecemerlangan (Kerjasama dengan MARDI G2G)
i. Program Turun Padang khusus ke rumah murid Tingkatan 5  
Kecek
Kiro ii. Perbincangan Profesional dengan ibu bapa bagi mengenal pasti
kekuatan dan kelemahan murid dari akademik dan juga sahsiah.

266
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Kita Gomo

Jadual 27.9:  Program Bidang HEM

Bil. Nama Program Perincian Program

Anugerah Umi dilaksanakan bertujuan menggalakkan murid datang awal


1 Anugerah Umi ke sekolah, mengurangkan peratus murid datang lewat dan seterusnya
menggalakkan murid hadir ke sekolah.
Murid yang tidak hadir tegar ke sekolah akan dilawati oleh kaunselor
dan guru kelas untuk berjumpa ibu bapa.  Perbincangan mengenai mas-
2 Ziarah Kasih
alah murid tersebut dan perjanjian ibu bapa akan diambil bagi memasti-
kan murid hadir ke sekolah dibuat.
Ibu bapa pelajar Tingkatan 3 dan 5 yang ponteng sekolah (Amaran ke 2
3 Dialog Kasih
dan 3) akan dipanggil ke sekolah untuk perbincangan.
Pelajar yang ponteng sekolah 10 - 19 hari (Program ICU) dan 20 hari ke
Program ICU dan atas (Program CCU) akan dipanggil dan dikumpulkan semasa perhim-
4
CCU punan pagi.  Mereka akan diberi tugasan seperti menyalin beberapa
karangan sebagai salah satu bentuk denda. 
Setiap hari Sabtu, melalui WhatsApp Sekolah, peringatan akan diberikan
kepada 4 guru bertugas.   Guru bertugas akan diminta bersedia.  Agihan
tugas mereka adalah mengikut nombor iaitu:

Guru Bertugas i. Pelapor (Perhimpunan Rasmi)


5 (Medan Perhim- ii. Pencatat (Buku Laporan Guru Bertugas)
punan)
iii. Program Guru Penyayang (Pintu Pagar)

iv. Penyelaras Perhimpunan (Mengambil tindakan terhadap pela-


jar yang tidak hadir hari sebelumnya)
WhatsApp i-Had- Sistem pengesanan awal ketidakhadiran murid ke sekolah oleh Guru
6
ir Kelas sebelum jam 10:00 pagi setiap hari.
Memberi taklimat kefahaman kepada barisan pentadbir, guru dan AKP
Memperkasa berkaitan penggunaan dan manfaat SSDM.  Data dalam SSDM juga
7
SSDM akan digunakan bagi tujuan analisis dan tindakan penambahbaikan.

4.0 PENILAIAN DAN IMPAK DATA

Penilaian impak dibuat terhadap program yang dilaksanakan berkaitan kehadiran dan
pencapaian murid dalam SPM 2019.  Harapan pihak sekolah ialah peningkatan kehadiran
murid ke sekolah akan dapat meningkatkan pencapaian murid dalam akademik.

Jadual 27.10 di bawah menunjukkan peratus kehadiran murid ke sekolah pada


tahun 2019 dan perbandingannya dengan tahun 2018.   Analisis menunjukkan berlakunya
sedikit peningkatan kehadiran murid pada tahun 2019 iaitu sebanyak 1.81% kepada 91.00%
berbanding 89.19% pada tahun 2018.  

267
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Kita Gomo

Jadual 27.10:  Kehadiran Murid Ke Sekolah Tahun 2019

TOV Sasaran Pencapaian


Perkara
(2018) Prestasi Sebenar
Kehadiran Murid (%) 89.19 90.00 91.00

Jadual 27.11 menunjukkan pencapaian kohort murid yang mengambil SPM 2019 berbanding
TOV (SPM 2018), Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) dan Peperiksaan Percubaan
(PP).   Peratus lulus SPM 2019 menunjukkan penurunan berbanding tahun 2018.  Walau
bagaimanapun, jika dibandingkan dengan PPT dan PP, peratus lulus menunjukkan
peningkatan bagi kohort yang sama.

Jadual 27.11:  Analisis Peratus Lulus SPM 2019

% Lulus % Lulus
% Lulus Peperiksaan % Lulus Peperiksaan
2018 2019
Pertengahan 2019 Percubaan 2019
(TOV) (AR)
82.69 48.84 61.63 67.06

Pencapaian Bahasa Melayu dan Sejarah ditunjukkan dalam Jadual 12 di bawah.  Pencapaian


Bahasa Melayu menunjukkan penurunan sebanyak 2.97% manakala pencapaian Sejarah
menunjukkan penurunan sebanyak 15.19% berbanding tahun sebelumnya.    

Jadual 27.12:  Pencapaian Sejarah dan Bahasa Melayu SPM 2019

TOV Pencapaian
Perkara Sasaran Prestasi
(2018) Sebenar
Lulus BM (%) 86.5 89.5 83.53

Lulus Sejarah (%) 84.6 93.3 69.41

Walaupun berlaku penurunan dalam peratus lulus, namun program yang dilaksanakan
berjaya meningkatkan bilangan kecemerlangan murid yang memperoleh 3A ke atas.  Rujuk
Jadual 13 di bawah.  Hal ini menunjukkan murid yang sentiasa hadir ke program yang
dirancang dan dilaksana oleh sekolah berjaya meningkatkan bilangan kecemerlangan murid
dalam SPM 2019.

Jadual 27.13: Pencapaian Bilangan Murid Memperoleh 3A dan ke atas

Tahun
Perkara
2016 2017 2018 2019
3A 3 0 2 0
4A 0 1 2 3
5A 0 0 1 2
6A 0 1 1 2
7A 0 1 1 2
Jumlah 3 3 7 9

268
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Kita Gomo

Hasil post-mortem yang dilaksanakan oleh pihak sekolah dalam mengenal pasti punca
penurunan dalam peratus lulus ialah:

1. Purata kehadiran murid bagi dua kelas terakhir ke program yang dilaksanakan kurang
daripada 30%; 

2. Motivasi murid yang tidak hadir adalah sangat rendah ditambah dengan ketidakcaknaan
ibu bapa terhadap pembelajaran;

3. Dua orang murid yang berhenti sekolah hadir mengambil peperiksaan (4.70%).

4. Seorang murid tidak boleh membaca (2.35%).

Program yang sama akan diteruskan pada tahun 2020 dengan beberapa penambahbaikan:

1. Motivasi kepada murid secara peribadi/kelompok kecil akan dilaksanakan bermula


Tingkatan 1.

2. Mempergiatkan pelibatan ketua-ketua komuniti setempat.

3. Mengguna kaedah ‘team teaching’ secara terancang dalam PdPc.

5.0 RUMUSAN DAN PENUTUP

SMK Sungai Petai merupakan sekolah saluran murid yang memperoleh pencapaian yang
rendah dalam UPSR.  Kesannya pencapaian dalam peperiksaan SPM adalah rendah dan kurang
memberangsangkan sama ada dari segi kualiti dan juga kuantiti.  Pelbagai usaha dirancang dan
dilaksanakan oleh pihak sekolah bagi membantu murid memperoleh pencapaian yang lebih
baik namun masih belum membuahkan hasil yang dihasratkan terutama dari segi peratus lulus. 
Usaha dan penambahbaikan akan sentiasa dibuat bagi memastikan sekolah akan keluar dari
dilabel sebagai ‘Sekolah Berprestasi Rendah’ pada masa hadapan.

RUJUKAN

Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (2017), Standard Kualiti Pendidikan Malaysia
Gelombang 2.  Kementerian Pendidikan Malaysia.

269
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
270
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PROGRAM PROBi

MASDI BIN ABDUL


SMKTekek, Pulau Tioman
masdiabdul@ymail.com

MERIAM BINTI ALLIAS


Pensyarah Pembimbing IAB Cawangan Genting Highlands
meriam@iab.edu.my

HAJI AZAMAN BIN AHMAD


Pegawai SIP+PPD Pekan

ABSTRAK

Pengetua sebagai peneraju sekolah hendaklah memantap dan melengkapkan diri dengan
kemahiran dan pengetahuan untuk mendepani cabaran isu pendidikan masa kini. Proses
perbincangan dua hala bersama pihak berkepentingan bersetuju berkongsi tanggungjawab,
membuat keputusan bersama, sukarela membantu sekolah, berkongsi idea, merancang dan
menilai aktiviti yang dilaksanakan untuk menambah baik kualiti hasil pelajar dan sistem
persekolahan melalui peningkatan tadbir urus dan permuafakatan yang lebih baik. Kajian ini
membincangkan pendekatan PROBi yang digunakan pemimpin setelah melihat isu-isu dalam
organisasi. Gred Purata Sekolah (GPS) SPM pada tahun 2017 adalah 6.48. Setelah dibuat
beberapa perubahan dan penambahbaikan SMK Tekek berjaya melakukan lonjakan sebanyak
0.64 kepada 5.84 pada 2018 dengan mencatat GPS terbaik sejak tahun 2014. Sekolah mendapat
anugerah dan pengikhtirafan dari Jabatan Pendidikan Negeri Pahang bagi kategori “Sekolah
Terbaik – Lonjakan Saujana”. SPM Tahun 2019 SMK Tekek sekali lagi melakarkan sejarah
apabila seorang pelajar memperolehi semua A dalam lapan mata pelajaran walaupun GPS
sekolah tidak dapat dipertahankan.

Kata Kunci: PROBi, SMK Tekek, Gred Purata Sekolah

1.0 PENGENALAN
Sekolah Menengah Kebangsaan Tekek atau nama ringkasnya SMK Tekek, adalah sebuah
sekolah yang terletak di Kampung Tekek, Pulau Tioman. Sekolah ini mempunyai asrama yang
menempatkan anak-anak yang tinggal di tujuh buah kampung di sekeliling Pulau Tioman.

271
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Program Probi

1.1 PROFIL SEKOLAH

SMK Tekek, Pulau Tioman adalah sebuah sekolah Gred B yang terletak di pedalaman (P2) kerana
kedudukannya di sebuah pulau iaitu Pulau Tioman yang terkenal sebagai pulau pelancongan
diseluruh dunia dan pernah di nobatkan antara sepuluh pulau yang tercantik di dunia. Sekolah
ini beroperasi pada sesi pagi sahaja. Saya mula melapor diri di sekolah ini bermula 17 Julai
2016.

Jadual 28.1: Profil SMK Tekek

Nama Sekolah SMK Tekek, Pulau Tioman


Alamat Sekolah 26800 Rompin Pahang
Kod Sekolah CEA 8022
Jenis Sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan
Kategori Sekolah Sekolah Berasrama
Gred Sekolah B (P2)
Mula Beroperasi 1994
Nama Pengetua En Masdi bin Abdul
Nama PK Pentadbiran En Ahmad Zuhairi bin Muhamad
Nama PK Hal Ehwal Murid Pn Nor Azwany binti Che Hassan
Nama PK Kokurikulum En Nor Hashim bin Zakaria
Bilangan Guru 24 orang
Bilangan Murid 179 orang
Bilangan Kelas 10 kelas
Bilangan AKP 6 orang
Lokasi Pendalaman (P2)
Sesi Persekolahan Pagi sahaja
No. Telefon 09-4191129
No. Faks 09-4131378
Emel cea8022@gmail.com
Tarikh Mula Di Sini 17 JULAI 2016
Status Quo Sekolah Ketika Lapor Diri Prestasi Sekolah berada di Band 6 NKRA

1.2 Status Quo

SMK Tekek merupakan sebuah sekolah yang berpotensi untuk berjaya jika merujuk kepada
data pencapaian SPM. Namun data ini menunjukkan bahawa pencapaian adalah tidak konsistan
seperti dalam Jadual 28.2 dan perlu ada perancangan strategik untuk menanganinya.

272
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Program Probi

Jadual 28.2: Keputusan SPM 2014 hingga 2019

TAHUN BIL.CALON % LULUS GPS


2014 16 orang 68.75 (11 org.) 6.54
2015 21 orang 57.14 (12 org.) 6.90
2016 36 orang 88.89 (32 org.) 6.02
2017 37 orang 67.57 (25 org.) 6.48
2018 40 orang 92.50 (37 org.) 5.84
2019 34 orang 85.20 (29 org.) 6.53

2.0 MENGENAL PASTI MASALAH DAN PENAMBAHBAIKAN

Setelah melihat keadaan sekolah, langkah pertama saya adalah membuat satu analisis SWOC
bertujuan melihat keberadaan sekolah yang sebenar. Daripada analisis ini saya dapati bahawa
keputusan peperiksaan awam sekolah berada pada tahap yang tidak memberangsangkan. Gred
Purata Sekolah (GPS) dan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) menunjukkan keputusan yang
tidak konsisten bermula 2014 hingga 2019, langkah jangka masa panjang perlu di ambil untuk
meningkat dan memantapkan lagi proses PdPc dalam kalangan guru dengan kaedah yang sesuai
seperti Pembelajaran Koperatif dan Pembelajaran Berasaskan Projek.

Langkah ini juga demi untuk menjamin terus minat murid untuk belajar sekaligus
meningkatkan kehadiran murid ke sekolah. Purata kehadiran tahunan murid pula sekitar 80% dan
tidak mencapai KPI yang pihak sekolah sasarkan iaitu 84%. Secara keseluruhan saya mendapati
sekolah ini berada dalam iklim yang tidak kondusif walaupun kelengkapan prasarana sekolah
berada pada tahap yang baik. Tahap disiplin murid sekolah ini juga tidak memberangsangkan.
Keadaan fizikal sekolah ini termasuk kelengkapan bilik-bilik darjah baik cuma tahap
keceriaan perlu dipertingkatkan supaya lebih kondusif untuk sesi pembelajaran PAK 21.
Keadaan ini diburukkan lagi dengan kekurangan peralatan ICT. Hal ini memberi kesan kepada
PdPc guru dalam kelas. Makmal sains juga tidak digunakan sepenuhnya. Beberapa bilik khas di
sekolah ini juga tidak diurus dengan baik . Situasi ini amat merugikan sekolah

Budaya kerja professional dalam kalangan guru kurang menyerlah kerana


kebanyakannya guru muda yang berkhidmat bawah lapan (8) tahun dan kurang mendapat
pendedahan manakala barisan Guru Penolong Kanan dan Ketua Bidang adalah bukan jawatan
hakiki. Perancangan Perubahan Tiga Tahun Organisasi, Pengetua memeta dan cuba untuk
memperkasakan lagi pemimpin pertengahan sekolah melalui fasa kursus dan Latihan Dalam
Perkhidmatan pada peringkat sekolah dan daerah.

Pengetua membentuk aspirasi sekolah yang diilhamkan bersama warga SMK Tekek ke
arah pelonjakan akademik dan peningkatan kehadiran murid iaitu :

273
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Program Probi

ASPIRASI SMKT
S - Sempurnakan Tugas Dan Tanggungjawab
M - Merealisasi Visi Dan Misi
K - Kerja Sepasukan Asas Kecemerlangan
T - Tingkatkan Taqwa, Disiplin Dan Prestasi

Pengetua cuba melengkapkan tiga buah kelas dengan prasarana PAK 21 melalui
peruntukan panitia dan PIBG. Banyak program peningkatan akademik telah dirancang dan
dilaksanakan. Fokus utama saya adalah memperkasakan panitia mata pelajaran. Panitia Bahasa
Melayu telah menunjukkan peningkatan akademik dalam peperiksaan SPM. Hal ini telah
memberikan impak yang tinggi terhadap kecemerlangan akademik dan kemenjadian sekolah
ini. Fokus selepas ini adalah untuk memperkasakan pula Panitia Bahasa Inggeris dan seterusnya
kecemerlangan subjek Bahasa Inggeris dalam peperiksaan SPM.

Usaha berterusan dilakukan untuk menarik minat murid untuk hadir ke sekolah dengan
tertubuhnya Pusat Latihan Angkat Berat di sekolah dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Pahang,
Majlis Sukan Pahang, Persatuan Angkat Berat Malaysia dan Pahang. Berdasarkan pemerhatian dan
permintaan guru-guru bagi mengekalkan tumpuan belajar murid, bermula sesi persekolahahan
2020 sekolah telah memperkenalkan dan melaksanakan konsep ”Mobile Classroom.” Murid-murid
SMK Tekek adalah murid yang gaya pembelajarannya kinestetik (move to learn) . Murid Kinestetik
lebih suka untuk bergerak dan beraktiviti. Mereka bukanlah jenis pelajar yang boleh hanya duduk
dan mendengar untuk berjam-jam lamanya. Mereka bakal hilang konsentrasi apabila tidak bergerak.
Melalui kaedah ini digabungkan dengan Pembelajaran Koperatif (cooperative learning) diharapkan
dapat meningkatkan lagi minat dan kefahaman murid dan seterusnya dapat meningkatkan lagi
prestasi semua mata pelajaran khususnya Bahasa Inggeris.

Rajah 28.1: Piramid Pembelajaran

274
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Program Probi

Bagi mendapatkan punca masalah, kami menggunakan Tulang Ikan Ishikawa untuk mengenal
pasti sebab-akibat (LAMPIRAN 4). Isu yang dikenal pasti adalah kualiti pengajaran mata
pelajaran Bahasa Inggeris menyebabkan GPMP Bahasa Inggeris masih tinggi berbanding mata
pelajaran lain. Sehubungan itu, tindakan-tindakan berikut perlu diambil:

i) Meningkatkan GPMP mata pelajaran Bahasa Inggeris.


ii) Meningkatkan kompetensi guru melalui Kaedah Pembelajaran Koperatif.
iii) Mengenal pasti topik-topik yang boleh meningkatkan pencapaian GPMP
murid dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.

Program PROBi akan diperluaskan kepada kelas menengah rendah dan seterusnya di tambahkan
dengan inisiatif yang baharu menjelang 2021 supaya ia terus memberi impak kepada pencapaian
mata pelajaran Bahasa Inggeris (Lampiran 2).

Kaedah PDCA digunakan di mana metodologi ini menjelaskan kepada 4 fasa penting iaitu Plan,
Do, Check, Act yang perlu dilakukan secara sistematik untuk merancang program dengan berkesan
demi untuk memastikan peningkatan akademik yang berterusan dapat dicapai sepenuhnya.

PDCA ini digunakan kerana kita dapat menilai dan memantau aktiviti panitia dari masa
ke semasa dan akan dapat melihat ‘elemen-elemen’ penambahbaikan & peningkatan dimasukkan
ke dalam panitia. Bagi Ketua Panitia pula kitaran PDCA merupakan tool bimbingan yang berguna
untuk membimbing guru mata pelajaran di bawah bimbingannya. Kitaran PDCA ini mesti kita
lakukan pada setiap masa kerana ia merupakan proses pengulangan yang tiada hentinya. Kitaran
PDCA menjadi amalan panitia ini dilakukan dalam Dialog Prestasi

3.0 PELAKSANAAN : P-O-L-C

Saya menyedari bahawa terdapat banyak cabaran dari pelbagai peringkat yang harus saya hadapi
dan tangani apabila ditempatkan di sekolah ini.

3.1 Planning (Merancang - PDCA)

Merancang adalah aspek penting dalam pengurusan di mana kita harus menetapkan matlamat,
objektif serta menentukan hala tuju yang harus diambil bagi mencapai matlamat serta objektif
tersebut. Cabaran utama saya adalah menaikkan prestasi akademik sekolah terutamanya
dalam peperiksaan awam (SPM). Sehubungan itu bagi melonjakkan kecemerlangan saya telah
mengambil langkah-langkah berikut:

i. Menentukan Misi, Visi dan Aspirasi Sekolah

Pengetua telah menetapkan misi dan visi untuk mengeluarkan SMK Tekek dari sekolah
berprestasi rendah (SBR) ke sekolah yang lebih baik prestasinya. GPS sekolah harus dilonjakkan
dari 5.84 pada tahun 2018 ke 5.24 menjelang tahun 2021. Meningkatkan GPMP subjek Bahasa
Inggeris dari 8.00 ke 7.33 menjelang 2021. Berlaku peningkatan dalam GPMP Bahasa Inggeris
dari TOV sehingga Peperiksaan Percubaan tempohari dari 7.74 ke 7.14, meskipun masih rendah

275
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Program Probi

namun ia menunjukkan dengan perancangan dan persiapan yang rapi keputusan Bahasa Inggeris
mampu melonjak lebih baik lagi dan mencapai KPI 2019/2020.

ii. Menetapkan matlamat dan objektif

Analisis SWOT telah dibuat untuk mengenal pasti kekuatan serta cabaran yang dihadapi oleh
guru dan murid. Analisis ini telah membantu dalam menetapkan KPI dari segi GPMP, peratus
murid mencapai gred A serta peratus murid yang lulus subjek Bahasa Inggeris bagi 3 tahun yang
akan datang. Beberapa siri dialog prestasi antara pengurusan, guru dan murid juga diadakan
agar setiap yang terlibat jelas matamat dan objektif yang telah saya tetapkan. Maklumbalas
berkualiti dalam dialog prestasi telah membantu dalam melakukan intervensi secara tepat dan
segera.

iii. Menyusun strategi

Bagi mencapai matlamat melonjakkan kecemerlangan akademik terutamanya mata pelajaran


Bahasa Inggeris, maka pelbagai strategi telah dirangka seperti Headcount, Program-program
Kecemerlangan dan Intervensi. Strategi yang dirangka adalah berdasarkan data driven dan isu
telah dikenal pasti secara berfokus.

iv. Merancang tindakan bagi mencapai matlamat

Antara perancangan yang dibuat ialah :

a) Pelan Tindakan
Pelan Tindakan jangka masa panjang selama 3 tahun dirangka oleh Panitia Bahasa Inggeris
dengan melakukan penambaikan inisiatif bagi memastikan matlamat yang ditetapkan oleh
Pengetua tercapai.
b) Pelan Taktikal
Pelan Taktikal yang dirangka untuk jangka masa pendek dapat memberi panduan kepada
guru akan tindakan dan program yang harus dijalankan bagi mencapai matlamat yang
ditetapkan.
c) Penilaian
Penilaian dari semasa ke semasa dijalankan ke atas tindakan dan program bagi mengenal
pasti kekuatan serta kelemahan agar penambahbaikan boleh diadakan.
d) Penambahbaikan
Penambahbaikan terhadap setiap program dilakukan dari semasa ke semasa agar program
yang dijalankan lebih mantap dan efektif serta dapat menyelesaikan isu yang timbul dengan
kadar segera.

3.2 Organising (Mengurus)

Mengurus ialah proses mengatur serta pengagihan tugas, kuasa dan sumber dirancang dalam
kalangan ahli-ahli organisasi supaya mereka dapat mencapai matlamat organisasi. Beberapa
langkah telah diambil oleh saya bagi menguruskan sumber-sumber tersebut mengikut kerangka
P-O-L-C. Peningkatan kecemerlangan sekolah telah diuruskan dengan sistematik melalui
beberapa rangka kerja seperti penyediaan jadual, mengadakan program akademik, penyediaan
prasarana. Hasilnya tiga buah bilik darjah model PAK 21 telah berjaya diwujudkan. Bilik-bilik

276
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Program Probi

darjah ini disusun atur mengikut susunan kelas Abad ke-21 dilengkapi dengan kerusi meja yang
sesuai , LCD serta visualiser bagi memudahkan pengajaran dan pembelajaran. Bilik-bilik khas
seperti Makmal Bahasa, Bilik Tayangan telah juga dinaik taraf bagi menepati ciri-ciri bilik
darjah PAK 21.

Dalam aspek kehadiran murid ke sekolah antara strategi yang digunakan bagi mencapai
peratus kehadiran murid sekurang-kurangnya 84 % pada setiap bulan ialah melalui program
kunjungan mesra ke rumah murid, Program Kami Ambil Tahu (KAT), Program Sahsiah Unggul
Insan Terbilang (SUIT), Program LOVE SMKT (3S) Suka/Sayang/Seronok, Program Jom Ke
Sekolah, Program sesi kauseling dan Program Keibubapaan. Segala data kehadiran dikenal pasti
melalui unit Hal Ehwal Murid.

3.3 Leading (Kepimpinan)

Secara amnya, kepimpinan merupakan keupayaan mempengaruhi, memotivasi, mengubah


sikap dan tingkahlaku seseorang supaya bersetuju untuk melaksanakan perubahan ke arah
mencapai matlamat organisasi. Seorang pemimpin yang berjaya mampu membawa perubahan
secara holistik di dalam organisasi yang dipimpinnya. Begitulah corak kepimpinan yang telah
saya bawa di SMK Tekek untuk mengubah Iklim Sekolah Menjadi Kondusif dalam Peningkatan
Akademik untuk Membentuk Kemenjadian Murid.

Antara corak kepimpinan yang telah saya terapkan ialah menzahirkan Aspirasi
Sekolah, Kepimpinan melalui Teladan, Bermotivasi, Mewujudkan Prasana Yang Kondusif,
Menyediakan Sumber Yang Mencukupi, Kerja Berpasukan (Team Building), Lawatan Penanda
Aras, Empowerment kepada Pengurusan Pertengahan dan kemahiran membuat keputusan yang
tepat dan kolektif.

3.4 Controlling (Kawalan)

Antara inisiatif kawalan yang membawa impak kejayaan adalah melalui Jelajah Pembelajaran,
Pencerapan PdPc Guru, Pemantauan Buku Latihan, Buku Pemantauan Kawalan Pelajar, Buku
Pemantauan Pengurusan , Borang OPPM dan Borang Maklum Balas Dialog Prestasi.

4.0 PENILAIAN DAN IMPAK DATA


Projek PROBi melalui kaeadah pembelajaran koperatif telah memberikan impak yang positif
kepada pencapaian mata pelajaran Bahasa Inggeris khususnya. Projek ini telah kita mulakan
bagi pelajar Tingkatan 4 dan 5 pada tahun 2019. Bermula dengan prestasi mata pelajaran Bahasa
Inggeris dalam SPM 2019 telah menunjukkan peningkatan walaupun sedikit. Seterusnya TOV
mata pelajaran Bahasa Inggeris bagi murid SPM kita berjaya mencapai bermula dengan angka
6. TOV murid SPM bagi Bahasa Inggeris telah mencapai angka 6.91 diikuti dengan 6.32 dan
dalam peperiksaan UP1 baru-baru ini kita masih berjaya mengekalkan 6.97. Ini merupakan
pencapaian terbaik mata pelajaran Bahasa Inggeris dalam peperiksaan dalaman sejak 2014.

277
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Program Probi

Kebiasaannya GPMP Bahasa Inggeris berada di angka 7 dan 8. Justeru kaedah ini sesuai dan
akan diperluaskan kepada semua mata pelajaran dan tingkatan. Semoga prestasi SPM Tahun
2020 akan mencapai KPI yang dihasratkan.

Bagi purata kehadiran murid setiap bulan lebih kurang 75 % sahaja berbanding selepas
kehadiran saya sehingga melebihi 80 % pada setiap bulan. Kehadiran murid memainkan
peranan yang sangat penting bagi mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan, di mana murid
yang sentiasa datang ke sekolah akan mendapat pendidikan yang lebih sempurna berbanding
dengan murid yang selalu ponteng. Saya sentiasa mengambil berat tentang kebajikan murid
supaya murid-murid merasa seronok untuk datang ke sekolah dan mengambil tindakan terhadap
murid-murid yang ponteng tanpa sebab yang munasabah. Saya memperkenalkan Program
”LOVE SMKT : 3S – Suka, Sayang dan Seronok”, Program AIB (Aku Ingin Berubah),
Program SUIT (Sahsiah Unggul Insan Terbilang), Jom Ke Sekolah untuk menyemarakkan
lagi kehadiran murid ke sekolah. Peratus kehadiran murid bagi 3 bulan pertama Tahun 2020
melepasi KPI yang telah ditetapkan. Kita juga memperkenalkan ”mobile classroom” bermula
sesi persekolahan 2020. Ini secara tidak langsung memberikan petanda yang positif terhadap
kehadiran murid ke sekolah menunjukkan peningkatan pada 3 bulan pertama dan melepasi KPI
yang telah kita tetapkan sehinggalah Pandemik Covid-19 melanda negara kita, namun saya
optimis kita akan berjaya mencapai KPI yang telah kita tetapkan iaitu 84 %.

Selain itu, saya percaya iklim sekolah yang kondusif memainkan peranan yang penting
dalam pencapaian akademik yang cemerlang bagi membentuk kemenjadian murid. Uniti dan
kesatuan guru dalam profesion keguruan juga merupakan elemen penting bagi memastikan
sesebuah sekolah itu harmoni dan seterusnya murid mendapat pendidikan yang berkualiti
hasil kerjasama guru dalam semua aspek akademik maupun kokurikulum. Pentadbiran dan
pengurusan yang cekap yang di laksanakan merupakan faktor utama dalam proses peralihan
iklim sekolah yang lebih cemerlang dan gemilang.

5.0 RUMUSAN DAN PENUTUP

Kejayaan sesebuah sekolah adalah berkait rapat dengan gaya kepimpinan yang mempunyai
pengaruh yang besar dalam usaha untuk mencapai matlamat , visi , misi dan aspirasi sekolah.
Seorang Pemimpin Berprestasi Tinggi adalah pendorong dan peneraju organisasi yang berkesan
yang boleh mengubah iklim sekolah ke arah yang lebih baik atau lebih hebat dalam mencapai
wawasan organisasinya. Sebagai pemimpin sekolah, saya menentukan hala tuju organisasi
dengan jelas kepada warga sekolah. Saya bertindak sebagai perancang misi organisasi,
menentukan matlamat dan memberi keutamaan terhadap pencapaian sekolah yang saya pimpin
bersama ”Senior Leader Team” (SLT) dan ”Middle Leader Team” (MLT) (Lampiran 3).

Pengetua Berprestasi Tinggi mampu bertindak sebagai peneraju, pendorong dan


pembimbing dalam mencetus idea, inovasi, kreatif dan imaginasi ke arah melahirkan sekolah
dan murid yang berkualiti. Saya mendapat sokongan guru-guru yang begitu komited dalam
melaksanakan tugas dan tanggungjawab, dalam membentuk budaya akademik dengan membuat

278
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Program Probi

satu anjakan paradigma yang dapat membuka mata masyarakat sehingga berjaya mewujudkan
kepercayaan dan keyakinan komuniti setempat terhadap SMK Tekek terutamanya dalam
mengubah sikap pelajar. Antaranya, saya terpaksa menggerakan segala bentuk sumber dan modal
insan terutamanya guru dalam usaha melakukan perubahan iklim sekolah. Pencapaian akademik
yang rendah sebelum ini memberi tanggapan yang negatif dalam kalangan masyarakat dengan
pelbagai halangan dari segi latar belakang sosio ekonomi yang berbeza. Berdasarkan kepada
kenyataan di atas, saya percaya perubahan iklim sekolah tidak akan tercapai tanpa kepimpinan
yang cemerlang.

Hala Tuju, Visi dan Misi saya yang jelas ini telah menjadi pendorong kepada seluruh
warga sekolah dalam mengubah iklim sekolah yang lebih kondusif dan berkesan. Secara
tidak langsung dapat mengubah budaya kerja warga sekolah ke arah yang lebih baik dalam
mencapai aspirasi sekolah. Saya mampu bertindak sebagai pembolehubah yang penting ke
arah perubahan iklim sekolah yang lebih kondusif. Pengetua Berprestasi Tinggi membuktikan
kepimpinan meneraju perubahan iklim sekolah dengan visi, misi dan aspirasi yang jelas dan
berkualiti dipaparkan melalui personaliti, untuk memastikan sesebuah sekolah cemerlang
dan terus bersaing serta sentiasa membuat penambahbaikan berterusan dan berfokus kepada
keperluan murid dalam Pendidikan Abad ke-21. Sebagai pengetua, saya menaruh kepercayaan
dan keyakinan tinggi seluruh warga SMK Tekek serta murid sekolah ini akan terus meningkatkan
kecemerlangan bukan sahaja dalam akademik malah mencakupi semua bidang yang diceburi.
Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pelbagai pihak
antaranya Pensyarah Kanan dari IAB , Pn Meriam binti Alias , Pegawai SIP+ Tuan Haji Azaman
bin Ahmad, PPD Pekan, pegawai-pegawai JPN Pahang dan PPD Rompin serta seluruh warga
SMK Tekek yang telah bekerjasama serta memberi sumbangan secara langsung serta tidak
langsung dalam menghasilkan laporan ini.

6.0 RUJUKAN

Ayob Jantan, PAK21 Mentransformasikan Kepimpinan Prestasi Tinggi, Media Sinar


Harapan,MPSM, 2018

Abdul Razak Alias(2017), Intervensi Pembangunan Profesionalisme, Modul Latihan Asas


Coaching dan Mentoring Dalam Pendidikan, IAB, KPM

Md Fiah Md Jamin, Kepimpinan Berinspirasi – Ke Arah Pendidikan Bertaraf Dunia,


Jurnal Pendidikan MPSM 2005 – 2014, Koleksi Karya Sedekad, Media Sinar
Harapan, 2015

Institut aminuddin Baki (2006), Standard Kompetensi Kepengetuaan IAB. KPM, Genting
Highlands

Jurnal Pendidikan MPSM 2005 – 2014, Koleksi Karya Sedekad, Media Sinar Harapan,
2015

Md Fiah Md Jamin(2008 , Pengetua Kreatif Memacu Kegemilangan Pendidikan, Jurnal


Pendidikan PKPSM Kebangsaan, Julai 2008, Seremban

279
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Program Probi

LAMPIRAN 28-1

Jadual 28.3 : Perbandingan GPMP SPM (6 Tahun)

MP 2014 2015 2016 2017 2018 2019


Matematik 7.60 7.57 7.72 7.43 7.28 7.53 
Sejarah 6.38 7.24 5.92 7.05 5.18  6.15

B.Inggeris 8.31 8.24 7.89 8.00 8.05 7.94 

Sains 5.00 6.48 5.69 6.70 5.83  6.71

B.Melayu 5.88 6.14 5.86 4.97 4.73 5.71 

Pend.Agama Islam 6.31 6.76 5.66 6.50 5.48  6.50

Pend.Seni Visual 4.94 4.81 2.61 2.21 2.69 2.92 

Perniagaan 7.19 7.81 6.64 6.07 5.27  6.38

Gred Purata Sekolah 6.54 6.90 6.02 6.48 5.84 6.53

280
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Perancangan Strategik Meningkatkan Pencapaian Akademik Ke Tahap Yang Cemerlang
SASARAN
OBJEKTIF KPI INISIATIF INDIKATOR
TOV 2019 2020 2021
Peningkatan Pengurusan Kurikulum 1. Kehadiran murid
Pencapaian 100% dalam kelas.
SPM 4.94 1. Meningkatkan kualiti PdPc Guru 2. Murid mencapai
KPI 1 : Peningkatan ETR.
5.18 AR 4.70 4.46 1. Pencerapan PdPc
GPMP Sejarah 3. Peningkatan kualiti
6.15 2. Pembelajaran Koperatif
3. Pembelajaran berasaskan Projek pencapaian subjek.
4. Pembudayaan PLC 4. Murid menguasai
kemahiran belajar.
5. Sekolah
5.64 2. Meningkatkan Prestasi Akademik mengenal pasti
KPI 2 : Peningkatan GPS kelemahan untuk
5.84 AR 5.44 5.24
Sekolah 1. Program KK20 penambahbaikan.
6.53 2. Program Kelas Tambahan Berfokus
– Subjek Kritikal
KPI 3 : Peningkatan 3. Program Gerak Gempur
Murid Layak Dapat 4. Klinik Teknik Menjawab
Sijil ( % Lulus BM & 5. Program Kemahiran Belajar
Sejarah) 94.00 6. Program Memperkasakan BI
92.50 AR 97.00 100.00
3. Mengaplikasi Headcount
85.20
1. Audit Akademik (AA)
2. Hari Temu Janji & Penetapan Target
          3. Dialog Prestasi

          4. Meningkatkan Motivasi

KPI 4 : Peningkatan 8.05 7.80 7.56 7.33 1. Mentor Mentee


GPMP Bahasa Inggeris 2. Program Anugerah Akademik
AR
7.94 5. Meningkatkan budaya membaca
dalam kalangan murid

Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang


1. Program Nilam
2. Anugerah peminjam buku terbanyak

281
LAMPIRAN 28-2
Program Probi

3. Kuiz Minda BI
282
PEMETAAN PERANCANGAN PERUBAHAN TIGA TAHUN (2020-2022)
Program Probi

TAHUN 1 TAHUN 2 TAHUN 3


2020 2021 2022
BIDANG
KPI TOV SASARAN PENCAPAIAN SASARAN PENCAPAIAN SASARAN PENCAPAIAN
PRESTASI SEBENAR PRESTASI SEBENAR PRESTASI SEBENAR
KURIKULUM SEMUA GURU TERLATIH 65.0 % 75.0% 85.0% 100.0%
DIPANTAU DAN
MEMPEROLEH SKOR (15
PEMANTAUAN STANDARD ORG.)
SKPM g2 (Standard 4:  PdPc)
melebihi 85%.

Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang


HEM MENGURANGKAN KES 4.0 % 2.5 % 1.5 % 1.0 %
SALAH LAKU IAITU KES
PONTENG SEKOLAH TIDAK (7 ORG.)
MELEBIHI 3 % SETAHUN
BERDASARKAN LAPORAN
SSDM

KOKU MEMASTIKAN SEMUA 3.0 % 4.0 % 6.0 % 8.0 %


MURID TERLIBAT DA-
LAM AKTIVITI KOKURI- (6
KULUM, 8 % MURID ORG.)
MENYERTAI AKTIVITI
PERINGKAT NEGERI DAN
PERINGKAT KEBANG-
SAAN
LAMPIRAN 28-3
PROGRAM INTERVENSI KUALITI DAN KUANTITI GPMP BAHASA INGGERIS ROOT CAUSE ANALYSIS

Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang


283
LAMPIRAN 28-4
Program Probi
284
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PROJEK GERBANG CEMERLANG BAHASA MELAYU

GAMBALIDAH BINTI MOHD JAHIRI


Pengetua SMK Tagasan
Gambalidah64@gmail.com

HAMIZI BIN OSMAN


Pensyarah Pembimbing IAB Bandar Enstek
hamizi@iab.edu.my

LINNA BINTI HASSAN


Pegawai SIP+ PPD SEMPORNA

ABSTRAK

Penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan murid adalah pada tahap yang lemah. Oleh yang
demikian, projek gerbang Bahasa Melayu dilaksanakan bertujuan untuk membaiki penguasaan
bahasa melayu dalam kalangan murid, iaitu dari Tingkatan 1 sehingga 5. terutamanya bagi
murid yang menduduki SPM. projek gerbang bahasa Melayu dilaksanakan pada awal Januari
sehingga Oktober. memandangkan, subjek Bahasa Melayu merupakan subjek utama wajib lulus
pada peringkat SPM. Projek ini dijalankan selama satu jam setiap hari Khamis yang mana para
murid akan dibimbing oleh guru-guru Bahasa Melayu. Jumlah murid yang terlibat ialah seramai
1,246 orang, dan dari jumlah tersebut diharapkan bahawa 80% dapat menguasai Bahasa Melayu
dengan baik.

Kata Kunci: projek gerbang bahasa melayu,

1.0 PENGENALAN
SMK Tagasan Semporna adalah sebuah projek kilat yang telah dibuka pada 4 Januari 1988
berdekatan dengan SK Tagasan Semporna. Pada masa itu hanya terdapat 10 orang guru termasuk
Pengetua, 4 bilik darjah dan 154 orang pelajar Tingkatan 1. Pada penggal kedua persekolahan,
sekolah ini menerima 45 orang pelajar tingkatan 2 yang didatangkan dari SMK Datuk Panglima
Abdullah Semporna. Bilangan kelas ketika itu ialah 6 buah kelas iaitu 4 kelas Tingkatan 1 dan
2 kelas untuk Tingkatan 2. Manakala sumber pelajar sekolah ini didatangkan dari SK Tagasan,
SK Kubang Pinang, SK Pegagau, SK Bangau-Bangau dan SK Simunul. Pada tahun 1998, SMK
Tagasan berpindah ke tapak baru di Kampung Tagasan Tani sehinggalah sekarang.

285
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Projek Gerbang Cemerlang Bahasa Melayu

1.1 Profil Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Tagasan, peti surat 409, 91308 Semporna, Sabah terletak 12km
dari Pekan Daerah Semporna. No. Telefon sekolah 089-784164. No. Faks sekolah 089-785167.
Kod sekolah XEA331.

1.2 Status quo sekolah

SMK Tagasan, Semporna, Sabah merupakan salah sebuah sekolah yang berada dalam kedudukan
Band 5. Berdasarkan analisis peperiksaan kendalian sekolah daripada mruid Tingkatan 1 hingga
Tingkatan 5 menunjukkan bahawa pencapaian dalam dua mata pelajaran wajib lulus iaitu Bahasa
Melayu dan Sejarah mencatatkan peratus lulus dan kualiti yang agak rendah. Beberapa isu telah
dikenal pasti berdasarkan kaedah tinjauan dan dialog dengan guru dan murid.

2.0 MENGENAL PASTI MASALAH DAN PENAMBAHBAIKAN


Berdasarkan analisis Peperiksaan Akhir Tahun 2018, peratusan lulus dalam kalangan murid
tingkatan 4 mencatat bilangan yang rendah iaitu seramai 106 orang bersamaan 48.85% manakala
peratusan bagi pelajar yang gagal mencatatkan rekod bilangan yang amat kritikal iaitu seramai 111
orang pelajar bersamaan 51.15%. Oleh itu, melalui pelaksanaan projek ini dapat memantapkan lagi
penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan murid.

2.1 Penulisan Karangan Yang Lemah

Berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat, kebanyakan pelajar tidak boleh menghasilkan
karangan yang baik kerana kurangnya idea dan pembacaan yang menjadi kunci utama dalam
menghasilkan karangan yang cemerlang. Ini menyebabkan karangan yang dihasilkan kurang
memuaskan sekaligus mempengaruhi pencapaian mereka.

2.2 Aspek Tatabahasa Yang Kurang Dikuasai

Para pelajar memandang enteng terhadap aspek tatabahasa yang wajib dikuasai sekali gus
mempengaruhi pencapaian mereka. Ini memberi kesan terhadap mereka dari segi pertuturan dan
penulisan. Oleh yang demikian, melalui projek ini dapat memberi penekanan terhadap aspek
tatabahasa yang baik.

2.3 Kurang Penghayatan Terhadap Unsur Komsas

Para pelajar kurang menitikberatkan unsur komsas dalam sesi pembelajaran mereka. Sikap malas
membaca menjadikan mereka kurang mengetahui mesej yang disampaikan oleh penulis dalam
antalogi dan novel yang wajib mereka telaah.

Sebagai langkah pertama dalam usaha melonjakkan prestasi sekolah adalah usaha “menyelamatkan”
pelajar agar tidak mensia-siakan persekolahan dengan memastikan mereka layak memperoleh

286
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Projek Gerbang Cemerlang Bahasa Melayu

Sijil Penuh dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi meneruskan kesinambungan
hidup adalah dengan meningkatkan motivasi dan minat pelajar untuk mempelajari Bahasa Melayu
melalui Projek Gerbang Cemerlang Bahasa Melayu. Usaha ini sebagai sokongan kepada program
kecemerlangan akademik sedia ada yang disusun oleh Panitia Bahasa Melayu.

3.0 PELAKSANAAN
Dalam usaha merealisasikan visi dan misi sesebuah organisasi, perancangan yang strategik amat
penting supaya ia meninggalkan impak yang mendalam terhadap kumpulan sasarannya.

3.1 Planning (Perancangan)

Setelah melapor diri sebagai pengetua di sekolah ini, penyelidik telah meneliti kedudukan
status quo sekolah daripada semua aspek pentadbiran, kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum
serta meminta taklimat daripada semua Penolong Kanan dan Guru Kanan Mata Pelajaran untuk
melihat kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran bagi menggerakkan seluruh warga sekolah
mencapai matlamat organisasi. Oleh itu, projek untuk meningkatkan pencapaian Bahasa Melayu
Aliran Perdana pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5 telah dipilih.

Visi: 80% pelajar menguasai penulisan karangan yang cemerlang dan tatabahasa yang betul
serta menghayati unsur komsas dengan baik.

Misi:

• 100% pelajar terlibat dalam Projek Gerbang Cemerlang Bahasa Melayu yang
diadakan setiap hari Khamis selama 1 jam.
• Penglibatan guru-guru bahasa melayu.
• Memberikan sijil penghargaan kepada pelajar yang berjaya.

Strategi:

• Projek Gerbang Cemerlang Bahasa Melayu


• Penglibatan guru pakar bahasa melayu dari luar.
• Kerjasama dengan AJK PIBG Sekolah.

287
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Projek Gerbang Cemerlang Bahasa Melayu

3.2 Organizing (Pelaksanaan)

JAWATANKUASA PELAKSANA
PROJEK GERBANG CEMERLANG BAHASA MELAYU
SMK TAGASAN, SEMPORNA SABAH.

PENASIHAT: CIK MARIA OMAR BAKI

(PEGAWAI SISC+PPD SEMPORNA)

PENGERUSI: PN. GAMBALIDAH BINTI HJ MOHD JAHIRI

(Pengetua)

PENYELARAS: EN. ARIFIN BIN MUSIDI

(PENOLONG KANAN PENTADBIRAN)

PEMANTAU:

• EN. ABD. HAM BIN OKASA (PENOLONG KANAN HEM)


• PN. ROZANAH HJ MADSARAPPI (PENOLONG KANAN KOKUM)
• EN. ZUBIR OSMAN (PENOLONG KANAN PETANG)
• EN. AB YAMIN MUHADAR (KETUA BIDANG BAHASA)

KETUA PANITIA BAHASA MELAYU:

• PN. ZALEHA BINTI HJ ATI

GURU-GURU BAHASA MELAYU:

• PN. NUR ANITA NIK AB MAJID.


• PN. HJH SUVITA MAJUD.
• PN. SAFIAH DUALIN.
• CIK SITTI HASMAH JAIB.
• PN. NIK AZIZAH WAN SULAIMAN
• CIK ANISAH M. ZAINUDDIN
• EN. MOHD SALAM UNDONG
• PN. ROSMINAH HJ ASAKIL
• PN. BIBILENA ABDU RAJI
• PN. SHERMA NAMLIE
• CIK SALAWAH LATIP

288
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Projek Gerbang Cemerlang Bahasa Melayu

Jadual 29.1: Projek Gerbang Cemerlang Bahasa Melayu

TINGKATAN MASA TEMPAT


1
11:OO -12:00 TENGAH HARI DEWAN PELAJAR
2
3
DEWAN PELAJAR
4
5 12:30-01:30 PETANG KELAS

CATATAN : DIKENDALIKAN OLEH GURU-GURU BAHASA MELAYU

3.2.1 Pembudayaan
a. Panitia Bahasa Melayu membuat garis panduan tentang tajuk yang diajar.
b. Membimbing pelajar cara menjawab mengikut format yang betul.
c. Pelajar membuat pembentangan sama ada secara individu atau berkumpulan
mengikut masa yang ditetapkan.
d. Pemantau akan memberikan ulasan terhadap perkembangan para pelajar
yang terlibat.
e. Perbincangan Panitia Bahasa Melayu diadakan untuk tujuan penambahbaikan
projek.

3.2.2 Jaringan Sosial

Melibatkan kerjasama antara Pegawai SISC+ PPD Semporna, Guru-guru pakar


dari luar dan AJK PIBG.

3.3 Leading (Kepimpinan)

Bagi menjayakan projek ini, keterlibatan semua Penolong Kanan, Guru Kanan Mata Pelajaran
dan semua guru adalah perlu agar berlaku permuafakatan dalam organisasi agar kata sepakat
dapat dicapai secara kolektif. Penglibatan pelajar adalah secara menyeluruh dalam penyediaan
bahan pembentangan atau perkongsian semasa sesi dijalankan. Di sini telah berlaku proses
pembelajaran secara tidak langsung kepada pelajar tersebut dan penghargaan kepada mereka yang
terlibat. Penyelarasan petugas sentiasa dilakukan agar tidak membebani hanya individu tertentu
sahaja dalam pengendalian sesi ini. Pelajar yang berjaya akan diberikan hadiah dan sijil sebagai
penghargaan atas usaha mereka.

3.4 Controlling (Pengawalan)

Bagi memastikan projek yang dijalankan ini berjaya secara langsung, beberapa peringkat ujian akan
dijalankan bagi mengesan tahap kebolehan dan pencapaian pelajar dari aspek penulisan karangan,
tatabahasa dan komsas. Ujian-ujian tersebut, perlu dijalani oleh para pelajar bagi memastikan
mereka telah menunjukkan perkembangan yang positif mengikut kriteria yang ditetapkan.

289
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Projek Gerbang Cemerlang Bahasa Melayu

4.0 PENILAIAN DAN IMPAK DATA


Hasil dapatan melalui tiga fasa ujian yang telah diikuti oleh para pelajar yang terlibat,

Jadual 29.2: Ujian Penulisan Karangan, Tatabahasa dan KOMSAS

FASA 1 FASA 2 FASA 3 JUMLAH

TINGKATAN KARANGAN TATABAHASA KOMSAS PELAJAR

1 50% 50% 55% 229


2 50% 55% 65% 238
3 50% 50% 50% 269
4 55% 65% 55% 225
5 80% 60% 75% 235

Implikasi dari projek yang dilaksanakan, majoriti dalam kalangan pelajar dari tingkatan 1
sehingga 5 menunjukkan perkembangan yang positif. Justeru itu, projek ini turut membantu dalam
peningkatan penguasaan para pelajar dalam bahasa melayu.

5.0 RUMUSAN
Projek Gerbang Cemerlang Bahasa Melayu yang dilaksanakan dari Januari hingga Oktober yang
diadakan pada setiap hari Khamis dalam tempoh 1 jam telah berjaya mencapai sasaran. Keterlibatan
semua pihak yang bertanggungjawab secara aktif turut berperanan dalam menjayakan projek dan
sasaran yang telah ditetapkan. Secara holistik, pelajar tingkatan 5 mencatat pencapaian yang tinggi
dan baik.

6.0 RUJUKAN
Mohd Ismail Othman (2005). Menangani Disiplin di Sekolah. Kuala Lumpur: Utusan Publications
& Distributors Sdn. Bhd.

Md Suhaimi bin Md Husin (2009). Kajian Tentang Faktor sekolah Yang Mempengaruhi Masalah
Ponteng Di Kalangan Pelajar Di Sekolah-sekolah menengah Daerah Tanah Merah
Kelantan.

Universiti Teknologi malaysia. Tesis Sarjana MudaPendidikan.

Johari Bin Hassan & Nik Selma Bt Muhammad ( 2012). Faktor Yang

Menyebabkan Masalah Ponteng Sekolah di Sekolah Menengah Daerah Kulai Johor.


Fakulti Pendidikan Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia.

290
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
MeKAB

HAJI JOHAN BIN HAJI OKASA


Pengetua SMK Bum Bum Semporna
smkbb@gmail.com

HAMIZI BIN OSMAN


Pensyarah Pembimbing IAB Bandar Enstek
hamizi@iab.edu.my

LINNA BINTI HASSAN


Pegawai SIP+PPD Semporna

ABSTRAK

Berdasarkan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Tahun 2018, didapati bahawa pencapaian
prestasi tiga mata pelajaran Teras iaitu Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains tidak
memberangsangkan dan ini mempengaruhi pencapaian Gred Purata Sekolah (GPS) pada
peringkat Sijil Peperiksaan Malaysia. Oleh itu, Projek Menggapai Kecemerlangan Anak Bangsa
(MeKAB) dilaksanakan untuk menjadi pemangkin kepada semua pelajar Tingkatan 5 tahun
2019 di sekolah ini supaya mereka belajar dengan lebih bermotivasi dan berfokus serta boleh
meningkatkan pencapaian gred purata 3 mata pelajaran teras tersebut. Seramai 312 orang
pelajar calon SPM 2019 yang terlibat dalam kajian program ini. Kaedah penilaian program
yang digunakan adalah melalui data pencapaian pelajar di dalam Peperiksaan Pertengahan
Tahun 2019 (PPT2019) dibandingkan dengan pencapaian Peperiksaan Percubaan SPM 2019
(PPC2019) serta perbandingan juga dengan PPC2018. Hasil akhir Projek MeKAB ini akan
dinilai dalam Peperiksaan SPM 2019 yang sebenar sama ada pencapaian 3 Mata Pelajaran Teras
ini akan mempengaruhi Gred Purata Sekolah keseluruhannya. Dalam pada itu, semua pelajar
Tingkatan 5 terlibat dalam pelbagai program ke arah meningkatkan pencapaian mereka dalam 3
mata pelajaran teras tersebut.. Dapatan kajian ini, menunjukkan bahawa peningkatan dari segi
GPS iaitu sebanyak 0.26 di mana PPT 2019 dengan GPS 7.59 berbanding PPC 2019 dengan
GPS 7.33. Kajian ini juga mendapati bahawa PPC SPM 2019 menunjukkan pencapaian GPS 7.33
adalah lebih baik berbanding pencapaian PPC SPM 2018 dengan GPS 7.72 dengan peningkatan
sebanyak +0.39. Selain itu, kajian juga menunjukkan bahawa dua daripada tiga mata pelajaran
teras berkaitan menunjukkan peningkatan. Secara keseluruhannya, kajian ini dapat membuktikan
Projek MeKAB telah memberi impak yang amat memberangsangkan ke arah peningkatan
pencapaian GPS dalam SPM 2019.

Kata Kunci: Menjulang Anak Bangsa

291
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
MeKAB

1.0 PENGENALAN
Penyelidik telah diarahkan berpindah dan mula bertugas di SMK Bum Bum Semporna pada 01
Disember 2014. Sekolah ini merupakan sekolah menengah dalam kategori Luar Bandar dan terletak
di Pulau Bum Bum Semporna. Sekolah melaksanakan dua sesi persekolahan iaitu sesi pagi dan
sesi petang dengan pelajarnya terdiri daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 6 serta menawarkan
Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Sekolah ini ditubuhkan pada 02 Februari 1981 dengan
keluasan 70 ekar (28.33 hektar) merupakan satu-satunya sekolah menengah di Pulau Bum Bum
dengan 11 buah sekolah rendah yang menjadi pembekal murid-murid tingkatan 1 ke sekolah
menengah ini. Sekolah ini juga merupakan sekolah berasrama dengan kapasiti pelajar seramai 350
orang. Ketika ini, sekolah ini mempunyai seramai 1876 pelajar dengan 134 guru dan 14 anggota
kumpulan pelaksana. Sekolah ini juga termasuk dalam kategori sekolah berpencapaian rendah
dengan Band 6. Sehubungan dengan itu, penyelidik telah disenaraikan dalam Program Pelonjakan
Kepimpinan Sekolah (PROPEKS) oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan telah
hadir Kursus PROPEKS pada 14-19 Oktober 2018 di Institut Aminuddin Baki KPM di Genting
Highland Pahang. Penyelidik telah diarahkan untuk menyediakan Perancangan Strategik Sekolah
yang baharu bagi Tahun 2019 hingga 2021.

1.1 Profil Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Bum Bum Semporna Sabah terletak di Pulau Bum Bum Semporna
dan merupakan satu-satunya sekolah menengah di pulau ini dan mempunyai 11 buah sekolah
rendah. Pulau ini mempunyai penduduk dianggarkan sekitar 32 ribu orang dengan majoriti
penduduknya dari kalangan suku kaum Bajau Suluk. Sekolah ini boleh dihubungi melalui jalan
darat berkenderaan dan jalan laut menaiki perahu dari Pekan Semporna sejauh 13 km dan sejauh
20 km dari Pejabat Pendidikan Daerah Semporna. Sekolah juga boleh dihubungi melalui telepon
089786210, faks 089786711 dan email smkbum2@gmail.com

1.2 Status Quo Sekolah

SMK Bum Bum Semporna merupakan salah satu sekolah berprestasi rendah dalam Peperiksaan
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Negeri Sabah dengan Band 6. Semakan data berdasarkan analisa
keputusan SPM tahun-tahun lepas khasnya bagi tahun 2018 mendapati terdapat isu utama iaitu
pencapaian yang rendah dalam 3 mata pelajaran teras iaitu Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
Pencapaian 3 mata pelajaran teras ini perlu dilonjakkan dalam usaha pihak sekolah meningkatkan
Gred Purata Sekolah (GPS) sekaligus mengeluarkan sekolah daripada senarai sekolah berprestasi
rendah.

2.0 ISU/ MASALAH


Berdasarkan data peperiksaan SPM 2018 menunjukan pencapaian 3 mata pelajaran teras iaitu
Bahasa Inggeris (GPMP : 8.34), Matematik (GPMP : 7.70) dan Sains (GPMP : 6.95) adalah lebih
rendah berbanding pencapaian Gred Purata Sekolah (GPS) 6.62. Ini bermakna mata pelajaran
tersebut telah mempengaruhi dan menurunkan nilai gred purata sekolah pada tahap yang signifikan.

292
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
MeKAB

Sehubungan dengan itu, penyelidik berpandangan bahawa pencapaian yang kurang memuaskan
bagi 3 mata pelajaran teras tersebut wajar diperbaiki bagi membantu meningkatkan prestasi sekolah
keseluruhannya di samping mata pelajaran lain terus menunjukkan pencapaian yang lebih baik.
Keadaan pencapaian yang kurang memuaskan bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik
dan Sains adalah amat membimbangkan memandangkan semua pelajar mengambil mata pelajaran
tersebut dalam peperiksaan SPM. Sebarang peningkatan atau sebaliknya memang memberi kesan
secara langsung kepada pencapaian GPS SPM 2019. Oleh itu pihak sekolah telah menentukan
perkara tersebut sebagai isu utama dalam memastikan berlaku lonjakan dalam keputusan SPM
2019 sekaligus boleh mencapai Petunjuk Prestasi Utama 6.36 SPM pada tahun ini.

3.0 PELAKSANAAN
Dalam usaha sekolah merealisasikan pencapaian Petunjuk Prestasi Utama SPM 2019 iaitu daripada
GPS 6.62 kepada GPS 6.36, maka suatu perancangan yang strategik amat penting dan diperlukan
supaya ia memberi impak yang mendalam terhadap kumpulan sasarannya iaitu pelajar Tingkatan
5 tahun ini sekaligus boleh melonjakkan pencapaian sekolah pada kedudukan yang lebih baik.
Sehubungan dengan itu, fokus tindakan dan usaha wajar digembling melalui Program Menggapai
Kecemerlangan Anak Bangsa (MeKAB) bagi meningkatkan pencapaian 3 mata pelajaran teras
iaitu Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

3.1 Planning (Perancangan)

Setelah penyelidik menghadiri kursus PROPEKS pada 14-19 Oktober 2018, pihak IAB KPM
mengarahkan satu perancangan strategik yang baharu perlu disediakan yang merangkumi semua
bidang pengurusan sekolah. Pada masa yang sama, pihak IAB KPM menasihatkan semua pengetua
memberi fokus kepada isu utama bagi sekolah masing-masing. Sesuai dengan status sekolah
berprestasi rendah, penyelidik menetapkan agar bidang akademik diberi tumpuan khasnya prestasi
SPM. Bermula dengan pembinaan Perancangan Strategik 2019-2021, penyelidik telah meneliti
kedudukan status quo sekolah daripada semua aspek pentadbiran, kurikulum, hal ehwal murid
dan kokurikulum serta mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan semua Penolong Kanan
dan Guru Kanan Mata Pelajaran untuk melihat kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran bagi
menggerakkan seluruh warga sekolah mencapai matlamat organisasi. Oleh itu, projek untuk
meningkatkan pencapaian Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains dalam SPM 2019 adalah menjadi
keutamaan.

Visi: Meningkatkan Pencapaian Mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains
dalam SPM 2019 dalam usaha mencapai KPI (‘Key Performance Indicator’)
sekolah dengan GPS 6.36.

Misi : (1) 312 pelajar Tingkatan 5 2019 terlibat dalam semua program yang dirancang.

(2) Panitia Bahasa Inggeris, Panitia Matematik dan Panitis Sains lebih kreatif
dan aktif dalam melaksanakan program peningkatan prestasi SPM 2019.

293
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
MeKAB

(3) Asrama menjadi pusat kecemerlangan SPM 2019.

Strategi : Melaksanakan Projek Menggapai Kecemerlangan Anak Bangsa (MeKAB);

• Program Mutiara SPM melibatkan semua pelajar Tingkatan 5.


• Program Elit SPM melibatkan pelajar Tingkatan 5 berfokus.
• Program HALUS melibatkan pelajar Tingkatan 5 berfokus.
• Program Asrama Pemangkin Kecemerlangan Sekolah.

3.6 Organizing (Pelaksanaan)



Jawatankuasa Projek Menggapai Kecemerlangan Anak Bangsa (MeKAB):
Penasihat: Pn Linna Hassin, SIP+ (Pegawai Pendidikan Daerah)
Pengerusi: Hj. Johan Bin Hj. Okasa
Timbalan Pengerusi: Pn Hajah Rusnah Bt. Hj. Apdal
Penyelaras / Setiausaha: En. Rainol Supain

Pasukan Pemantau: Pegawai SISC+, Pengetua, Semua Penolong Kanan dan


Guru Kanan Mata Pelajaran.


Ahli Jawatankuasa :
a. En Mohd Affendi Bin Adam (GK Bahasa)
b. Pn Merlinah Bt Talsan (GK STEM)
c. En Teting Bin Jilhani (GK Kemanusiaan)
d. En Maikal Bin Hashim (GK Teknik & Vokasional)
e. Semua guru Ketua Panitia.

3.6.1 Pembudayaan
a. Semua Panitia mata pelajaran menyediakan Modul SPM masing-masing.
b. Semua guru mata pelajaran SPM adalah terlibat.
c. Membimbing pelajar untuk mencari maklumat dan melakukan persediaan
untuk peperiksaan SPM 2019.
d. Semua Panitia memilih dan menentukan pelajar fokus bagi mata pelajaran
berkaitan.
e. Pemantau atau Pembimbing disediakan mengikut jadual dan kesesuaian
guru-guru berkaitan bagi memastikan kelancaran dan keberkesanan
program.
f. Perbincangan Panitia mata pelajaran diadakan dari semasa ke semasa untuk
tujuan penambahbaikan program.
g. Laporan perjalanan program disediakan bagi mendapatkan maklum balas
untuk tujuan penambahbaikan program.

294
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
MeKAB

3.2.2 Jaringan Sosial

Projek MeKAB merupakan projek yang mempunyai objektif yang jelas iaitu untuk meningkatkan
pencapaian akademik sekolah dalam SPM 2019 khasnya dalam 3 mata pelajaran teras iaitu Bahasa
Inggeris, Matematik dan Sains. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah telah berusaha melibatkan
pihak luar seperti Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG), SISC+ Pejabat Pendidikan Daerah, Guru-
guru Pakar dari sekolah lain. Pihak-pihak luar ini terlibat dalam pemantauan, penyeliaan dan
perkongsian kepakaran mata pelajaran masing-masing. Pihak sekolah berharap agar prestasi SPM
2019 sekolah khasnya bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains akan meningkat
sekaligus boleh mencapai KPI SPM 2019.

3.7 Leading (Kepimpinan)

Bagi menjayakan projek MeKAB, keterlibatan pengetua, semua Penolong Kanan, semua Guru
Kanan Mata Pelajaran, Ketua Panitia dan semua guru adalah perlu agar berlaku rasa kepunyaan
dan kebersamaan dalam program serta permuafakatan dalam organisasi supaya kata sepakat dapat
dicapai secara kolektif demi hasrat untuk mencapai matlamat ‘Menjulang Anak Bangsa’ (MAB).

Penglibatan pelajar Tingkatan 5 adalah secara menyeluruh dalam keberadaan bagi setiap sesi
program yang dilaksanakan di luar waktu pengajaran dan pembelajaran. Kehadiran pelajar setiap
sesi direkodkan bagi memudahkan penyeliaan, pemantauan, kawalan dan tindakan susulan untuk
tujuan penambahbaikan.

Pengetua dan semua ahli jawatankuasa serta pihak luar sentiasa memberi motivasi, galakan dan
penghargaan kepada semua pelajar setiap sesi kelas dan pemantauan.

3.8 Controlling (Pengawalan)

Sebagai langkah kawalan kualiti projek MeKAB, instrumen kehadiran dalam program, modul
SPM mata pelajaran, Dialog Prestasi dan laporan program disediakan. Terdapat tiga aspek yang
diberi tumpuan penyeliaan dan kawalan bagi memastikan keberkesanan projek ini iaitu kehadiran
pelajar, penyediaan modul dan kehadiran guru dalam program. Perjalanan program juga sentiasa
didokumenkan bagi memastikan semua rekod dan perkembangan program diikuti dan dipantau
sepanjang masa.

Bagi memastikan program ini memberikan hasil yang dijangkakan, penilaian impak program
diukur berdasarkan pencapaian pelajar Tingkatan 5 dalam Peperiksaan Percubaan SPM 2019
dibandingkan dengan keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2019 juga dibandingkan dengan
keputusan Peperiksaan Percubaan SPM 2018. Hasil akhir program ini yang juga merupakan
objektif utama meningkatkan pencapaian mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains
di mana keputusannya dijangka mempengaruhi keputusan keseluruhan SPM 2019 akan dinantikan
pada tahun 2020 semasa pengumuman keputusan SPM 2019.

4.0 PENILAIAN DAN IMPAK


Melalui kaji selidik yang telah dijalankan terhadap 312 pelajar Tingkatan 5, data Peperiksaan
Pertengahan Tahun 2019 (PPT2019), Peperiksaan Percubaan SPM 2019 (PPC2019) serta data

295
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
MeKAB

Peperiksaan Percubaan SPM 2018 (PPC2018) dan KPI SPM 2019 bagi mata pelajaran berkaitan
dikemukakan. Di samping itu, data analisa SPM 3 tahun terakhir dan analisa Peperiksaan
Pertengahan Tahun (PPT) dan Peperiksaan Percubaan SPM (PPC) 4 tahun terakhir juga disediakan
untuk memberi gambaran status pencapaian akademik sekolah.

Jadual 30.1 : Data Gred Purata Sekolah Bagi SPM 2016 – 2018

SPM 2016 2017 2018 KPI 2019


Gred Purata
6.74 6.91 6.62 6.36
Sekolah (GPS)

_+/- -0.17 +0.29 +0.26

Jadual 30.2 : Data Perbandingan PPT dan PPC Bagi Tahun 2016 -2019

Tahun 2016 2017 2018 2019


PPT 7.89 7.80 7.68 7.59

PPC 7.19 7.54 7.72 7.33

Jadual 30.3 : Data Pelajar SPM 2019

Jumlah Pelajar Daftar SPM 2019 312


Jumlah Pelajar Menduduki PPC2019 301

Jadual 30.4: Data PPT2019 (Ujian Pra) dan PPC2019 (Ujian Pos)

PPT 2019 PPC 2019


Mata GPMP PPC2018 SPM2018 KPI2019
Pelajaran % Lulus % Lulus GPMP (GPMP) (GPMP) (GPMP)

Bahasa 9.27% 9.29%


8.78 8.74 8.75 8.34 7.85
Inggeris 24 calon 26 calon
22.90% 18.18%
Matematik 8.41 8.47 8.51 7.70 7.44
68 calon 52 calon
24.81%
67 calon 34.83%
Sains 8.56 8.23 8.15 6.95 6.48
93 calon

Berdasarkan Jadual 1.4, Projek MeKAB telah memberi impak positif dan memberangsangkan
ke arah pencapaian KPI SPM 2019. Dapatan kajian menunjukkan terdapat dua mata pelajaran
yang telah menunjukkan peningkatan berdasarkan data PPT2019 dan PPC2019. Bagaimanapun
terdapat satu mata pelajaran yang menunjukkan sedikit penurunan. Bahasa Inggeris menunjukkan
peningkatan sebanyak +0.04 dalam PPC dengan pencapaian GPMP 8.74 berbanding PPT dengan
GPMP 8.78. Satu lagi mata pelajaran yang menunjukkan peningkatan ialah Sains dengan GPMP
8.23 dalam PPC yang meningkat sebanyak +0.33 berbanding PPT dengan GPMP 8.56. Mata

296
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
MeKAB

pelajaran yang menunjukkan sedikit penurunan adalah Matematik dengan pencapaian PPC GPMP
8.47 berbanding PPT GPMP 8.41 iaitu merosot sebanyak -0.06.

Dengan peningkatan dalam dua daripada tiga mata pelajaran teras iaitu Bahasa Inggeris dan
Sains yang dikaji, didapati pencapaian mata pelajaran tersebut telah mempengaruhi pencapaian
PPC SPM2019 dengan menunjukkan peningkatan berbanding pencapaian PPC SPM 2018. PPC
SPM 2019 menunjukkan pencapaian GPS 7.33 berbanding pencapaian PPC SPM 2018 dengan
GPS 7.72 dengan peningkatan sebanyak +0.39 (Jadual 1.2 ). Pencapaian PPC SPM2019 juga
menunjukkan peningkatan berbanding PPT SPM2019 dengan GPS 7.59 iaitu meningkat sebanyak
+0.26 (Jadual 30.2).

5.0 RUMUSAN DAN PENUTUP

Sebagai pemimpin instruksional di sekolah, penyelidik wajar memastikan semua pelajar


Tingkatan 5 mempunyai peluang untuk mencapai kejayaan cemerlang di dalam peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2019. Sehubungan dengan itu, satu analisa menyeluruh telah
dilaksanakan dan mengenal pasti kelemahan dan kekuatan dalaman sekolah. Daripada analisa data
SPM berkenaan, pihak sekolah bermuafakat untuk melaksanakan Projek MeKAB dalam usaha
sekolah untuk keluar daripada status sekolah berprestasi rendah. Berdasarkan analisasa tersebut
juga, telah dikenalpasti 3 Mata Pelajaran Teras SPM iaitu Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains
telah menyumbang kepada pencapaian Gred Purata Sekolah (GPS) yang agak rendah.

Sehubungan dengan itu, satu pendekatan dan strategi melalui Projek MeKAB telah dilaksanakan
dengan merujuk kepada data pencapaian Peperiksaan Pertengahan Tahun 2019 (PPT2019),
Peperiksaan Percubaan SPM 2019 (PPC2019) dan data Peperiksaan Percubaan SPM 2018 sebagai
ukuran dan perbandingan tentang keberkesanan projek tersebut. Pelaksanaan Projek MeKAB ini
telah bermula sejak bulan Januari 2019 hingga selesai tempoh penilaian iaitu PPC2019 pada bulan
Oktober 2019 dan diteruskan aktiviti program tersebut bagi penilaian impak kepada keputusan
sebenar SPM 2019 yang akan dibandingkan dengan keutusan SPM tahun sebelumnya (Jadual
30.1);

Jadual 30.5 : Data Gred Purata Sekolah Bagi SPM 2016 – 2018

SPM 2016 2017 2018 KPI 2019


Gred Purata
6.74 6.91 6.62 6.36
Sekolah (GPS)

_+/- -0.17 +0.29 +0.26

Hasil daripada kajian ini, penyelidik mendapati bahawa terdapat peningkatan yang
memberangsangkan dalam PPC2019 berbanding PPT2019 bagi dua mata pelajaran teras iaitu
Sains dengan meningkat sebanyak GPMP 0.33 dan Bahasa Inggeris sebanyak GPMP 0.04. Walau
bagaimanapun, terdapat sedikit penurunan bagi mata pelajaran Matematik sebanyak GPMP 0.06.
Dari segi gred purata sekolah antara PPT2019 dan PPC2019 juga menunjukkan peningkatan
sebanyak GPS 0.26.

297
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
MeKAB

Dalam pada itu, kajian juga menunjukkan bahawa keputusan PPC2019 dengan pencapaian
GPS 7.33 adalah lebih baik berbanding PPC2018 dengan GPS 7.72 iaitu meningkat sebanyak
GPS 0.39. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah berpendapat bahawa Projek MeKAB telah
memberikan impak yang amat positif dan diharapkan keputusan SPM 2019 akan dapat mencapai
KPI GPS 6.36.

Daripada kajian ini juga, penyelidik mendapati bahawa semangat muafakat dan komitmen
guru-guru serta semua lapisan pengurusan dan warga sekolah amat memberi sokongan yang kuat
dalam usaha sekolah untuk menganjak kedudukan semasa ke satu kedudukan yang lebih baik
pada masa hadapan. Atas keyakinan dan kerjasama yang padu ini, pihak sekolah berharap agar
hasrat untuk Meningkatkan Pencapaian Mata Pelajatan Teras SPM melalui Projek Menggapai
Kecemerlangan Anak Bangsa akan tercapai sekaligus memenuhi hasrat warga sekolah melalui
slogan ‘Menjulang Anak Bangsa’.

6.0 RUJUKAN
Mohd Ismail Othman (2005). Menangani Disiplin di Sekolah. Kuala Lumpur: Utusan Publications
& Distributors Sdn. Bhd.

Md Suhaimi bin Md Husin (2009). Kajian Tentang Faktor sekolah Yang Mempengaruhi Masalah
Ponteng Di Kalangan Pelajar Di Sekolah-sekolah menengah Daerah Tanah Merah
Kelantan.

298
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PROGRAM HIMS (High Impact Management Skills)

DR. DALMANSA BIN TAHIL


Pengetua, SMK Paris Kinabatangan
HJ. HAMZAH BIN ABD. WAHID
hamzahlengamuar@yahoo.com.my

MOHD ZAIDI BIN BASIR


Pensyarah Pembimbing IAB Cawangan Genting Highlands
mohdzaidi@iab.moe.gov.my

ABDUL MALEK BIN ABDUL RAHIM


SIP+, PPD Kinabatangan

ABSTRAK

Rahsia kecemerlangan sesebuah sekolah terletak kepada kepimpinan yang efektif dan pengajaran
guru yang berkualiti. Kecemerlangan sekolah diukur berdasarkan prestasi murid-murid dalam
bidang akademik, kokurikulum, sukan, sahsiah dan kepimpinan. Sekolah tidak akan berjaya jika
tiada perancangan yang teliti dan hala tuju yang jelas serta dihayati oleh seluruh warga sekolah.
Bagi menjayakan gagasan ini, pengetua bersama-sama warga SMK Paris telah memperkenalkan
program High Impact Teaching Skills (HITS) dan High Impact Management Skills (HIMS).
HITS bermaksud kompetensi guru-guru dalam aspek pedagogi dan pengurusan diperkasakan
bagi memberi impak positif terhadap kecemerlangan murid secara dalam bidang akademik,
kokurikulum, sahsiah dan kepimpinan. HIMS pula ialah program mempertingkatkan kompetensi
penolong-penolong kanan dan pemimpin pertengahan sekolah dari aspek kepimpinan dan
pengurusan bagi membangunkan organisasi (organisational development) dan membangunkan
individu (individual development) yang impaknya akan dirasai oleh murid-murid SMK Paris.

Kata kunci: akademik, kokurikulum, sukan, sahsiah, kepimpinan, HITS, HIMS, kompetensi,
kepimpinan, pengurusan, OD, ID.

1.0 PENGENALAN
SMK Paris terletak di dalam daerah Kinabatangan, Sabah iaitu kira-kira 50 km dari bandar
Kinabatangan, 40 km dari bandar Lahat Datu dan 130 km dari bandar Sandakan. Penubuhan
sekolah ini adalah di atas hasil usaha Dr. Yassin Haji Amit, Pegawai Pendidikan Daerah Sandakan
pada masa itu di atas permintaan Tuan Haji Tukang Bin Parenrang yang mengetuai penduduk
Mukim Paris. Majlis menyempurkan upacara pecah tanah telah dilakukan oleh Menteri Pendidikan
Malaysia pada waktu itu di Kampung Paris 2 yang jaraknya ialah kira-kira enam km dari SMK
Paris.

299
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PROGRAM HIMS (High Impact Management Skills)

1.1 Profil Sekolah


Sekolah Menengah Kebangsaan Paris merupakan sekolah yang terletak di kawasan luar bandar.

Jadual 31:1 Maklumat dan Profil SMK Paris

Jenis Sekolah SM Harian Biasa


Status Sekolah Gred A
Lokasi Kampung Paris, Kinabatangan
Daerah Pentadbiran Kinabatangan
PPD Kinabatangan
Sesi  Persekolahan 2 sesi
Jenis Bantuan Bantuan Kerajaan
Keluasan Sekolah 5 ekar ( 2.02 hektar)
Bilangan Bilik Darjah
Kod Sekolah XEA2079
Nombor Telefon 089-575 200
Nombor Faks 608-9791200
Emel Sekolah Xea2079@moe.gov.my
Pengetua Dr. Dalmansa b. Tahil/Tn. Hj. Hamzah b. Abd. Wahid
Penolong Kanan Pentadbiran Shmasol Bahri Bin Rasit
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Muhammad Qiram bin Ejin
Penolong Kanan Kokurikulum Rose Quinirius Majantah
Bilangan Guru 42
Bilangan Murid 523
Bilangan Kelas 20
Mata pelajaran Elektif Aliran Sains
Tingkatan 5 Arif : Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan
Biologi/Sains Komputer
Aliran Sastera Kemanusiaan
Tingkatan 5 Bestari :
Perniagaan/ Pendidikan Seni Visual/Perakauanan
Tingkatan 5 Cemerlang/5 Dedikasi/5Efisien
Pendidikan Seni Visual
Aliran STEM
Tingkatan 4A : Matematik Tambahan,Biologi,/Sains Komput-
er,KimiaTingkatan 4B : Matematik Tambahan & Perakaunan,
Perniagaan & Sains Komputer, Perniagaan & Pendidikan Seni
Visual
Pakej Sastera Kemanusiaan
Tingkatan 4 Cemerlang, 4 Dedikasi, 4 Efisien
Pendidikan Seni Visual

1.2 Status Quo Sekolah

Sehingga kini, SMK Paris berkongsi bangunan dengan SK Paris 1. Bangunan utama sekolah
ini telah dibina daripada kayu. Beberapa blok konkrit telah dibina kemudian sebagai tambahan
kepada bangunan yang ada. Secara umum, bangunannya kayu sekolah ini telah usang dan perlu
dinaik taraf atau dibina semula secara keseluruhannya. Terdapat ladang atau kebun kelapa sawit di
bahagian belakang sekolah ini. Tiada pagar di sekeliling sekolah ini menyebabkan seluruh warga
sekolah ini terdapat kepada ancaman binatang buas.

300
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PROGRAM HIMS (High Impact Management Skills)

Jadual 31.2: Keputusan SPM 2016 - 2019

TAHUN BIL. CALON % LULUS GPS


2016 82 92.50 5.52
2017 78 88.46 6.01
2018 88 92.05 5.54
2019 94 80.43 6.01

2.0 MENGENAL PASTI ISU DAN LANGKAH PENAMBAHBAIKAN


SEKOLAH
Laporan ini ditulis secara bersama oleh dua orang pengetua yang pernah berkhidmat di sekolah
ini atas tiket ProPeKS/InPeKS pada tahun 2019 dan 2020. Pengetua yang berkenaan ialah Dr.
Dalmansa bin Tahil yang telah berkhidmat di SMK Paris sehingga 31 Oktober 2019 dan Tuan
Haji Hamzah bin Abd. Wahid yang memulakan tugas pada 1 November 2019. Dr. Dalmansa bin
Tahil keluar dari SMP Paris kerana dinaikkan pangkat sebagai Ketua Pejabat Pendidikan Daerah
Sandakan.

Laporan ini ditulis secara bersama oleh Dr. Dalmansa dan Tuan Haji Hamzah di samping
pegawai SIP+ Kinabatangan iaitu En. Abd. Malek bin Rahim. Sejak memulakan tugas sebagai
pengetua di sekolah ini, kami selaku pengetua telah bersama-sama dengan barisan pentadbiran SMK
Paris merancang berbagai-bagai program dan akiviti bagi memperkasakan barisan kepimpinan
sekolah dan PdPc guru kerana kami berpegang kepada keyakinan bahawa untuk membangunkan
sekolah, pentadbir dan guru-gurunya yang terlebih dahulu perlu dibangunkan.

Tindakan pertama yang kami lakukan sebaik sahaja melaporkan diri ke sekolah ini ialah
membuat scanning bagi mengumpul sebanyak mungkin maklumat mengenai status quo sekolah.
Di samping itu, kami juga telah melakukan pemerhatian, temubual, pemeriksaan dokumen dan
lain-lain bagi untuk mengumpul sebanyak mungkin maklumat SMK Paris bagi membolehkan kami
merancang program kecemerlangan sekolah dengan strategi yang betul. Kami ingin memastikan
semua perkara yang dirancang memberi impak yang positif kepada sekolah dan murid-murid.

Sejak dipilih menyertai Program Pelonjakan Kepimpinan Sekolah (ProPeKS) dan Intervensi
Pelonjakan Kepimpinan Sekolah (InPeKS), kami telah menyusun strategi kecemerlangan sekolah
dalam tempoh tiga tahun menggunakan sembilan domain Standard Kompetensi Kepengetuaan
Sekolah Malaysia (SKKSM) iaitu:

Bidang Standard Kompentesi

1. Pengurusan dan Kepimpinan Organisasi;


2. Pengurusan Kurikulum;
3. Pengurusan Kokurikulum;
4. Pengurusan Hal Ehwal Murid;
5. Pengurusan Kewangan;

301
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PROGRAM HIMS (High Impact Management Skills)

6. Pengurusan Pentadbiran Pejabat;


7. Pengurusan Persekitaran dan Kemudahan Fizikal;
8. Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia;
9. Pengurusan Perhubungan Luar

SKKSM adalah kerangka tindakan yang komprehensif yang patut menjadi asas tindakan
seseorang pemimpin pendidikan. Ini adalah disebabkan oleh Pengwujudan SKKSM pada tahun
2006 merupakan satu usaha KPM untuk menjelaskan tentang fungsi dan peranan yang seharusnya
dimainkan oleh guru besar dan pengetua sekolah di Malaysia (Kamaruzaman Moidunny, 2016).

Kami telah membimbing barisan kepimpinan kanan dan pertengahan sekolah iaitu
ketiga-tiga penolong kanan, semua ketua bidang, semua ketua panitia dan setiausaha akademik,
kokurikulum, sukan dan peperiksaan untuk merancang program kecemerlangan sekolah
berdasarkan kerangka ProPeKS/InPeKS. Bersama-sama barisan kepimpinan sekolah ini, kami
telah merancang program kecemerlangan sekolah secara menyeluruh bersifat jangka pendek
dan jangka panjang. Kami juga telah membimbing barisan kepimpinan agar merancang semua
aktiviti yang boleh meningkatkan minat murid untuk belajar dan berada di sekolah. Kami telah
membimbing barisan kepimpinan SMK Paris dalam menentukan strategi, intervensi dan inisiatif
yang sesuai untuk membangunkan sekolah.

Bagi memenuhi keperluan Program Intervensi Kepimpinan Sekolah (ProPeKS), kami


telah menetapkan hanya satu domain sahaja yang difokuskan bagi tahun 2019. Empat lagi inisiatif
akan ditentukan pada tahun 2020 dan lima lagi pada tahun 2021. Sebagai permulaan, kami
berhasrat memperkasakan barisan pentadbiran dalam aspek kepimpinan dan pengurusan sekolah.
Hasil daripada perbincangan, kami telah menetapkan fokus pada tahun 2019 diberikan kepada
memperkasakan kepimpinan sekolah sejajar dengan domain pertama SKKSM iaitu Kepimpinan
dan Pengurusan Organisasi. Kami telah memperkenalkan motto sekolah yang unik iaitu ‘Bersama
memastikan impian menjadi kenyataan’.

2.1 Mengenal pasti Masalah Dan Penambahbaikan

Kami mendapati yang keputusan peperiksaan SPM dan peperiksaan dalaman masih relatifnya
rendah. GPS SPM bagi tahun 2018 ialah 4.98 manakala GPS PT3 pula ialah 2.90. GPS bagi
keputusan peperiksaan akhir tahun (PAT) tingkatan 4 bagi tahun 2018 ialah 5.99 dan GPS PAT
bagi tingkatan 1 dan 2 pula ialah 3.00. Penulis yakin bahawa ada ruang untuk membaiki keputusan
peperiksaan SPM, PT3 dan PAT tingkatan 1, 2 dan 4.

Bagi memantapkan dan memperkasakan barisan kepimpinan SMK Paris, Kami telah
membimbing semua penolong kanan dan pemimpin pertengahan dalam aspek pengurusan dan
kepimpinan pendidikan. Sebenarnya, untuk memperkasakan sekolah, kita kena perkasakan
para pemimpinnya. Kecemerlangan sekolah dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah dan
kepimpinan tertakluk kepada kualiti kepimpinan beliau sebagai pengetua, penolong-penolong
kanan, guru kanan mata pelajaran (ketua bidang mata pelajaran), ketua-ketua panitia mata pelajaran,
setiausaha kurikulum, setiausaha peperiksaan, setiausaha sukan dan sebagainya.

302
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PROGRAM HIMS (High Impact Management Skills)

Kami senitasa berfikiran positit terhadap semua cadangan dan pandangan yang
dikemukakan. Terdapat banyak lagi ruang penambahbaikan dan peningkatan yang boleh dilakukan.
Sehubungan dengan itu, kami telah melancarkan program High Impact Management Skills
atau HIMS yang bertujuan agar program ini diadakan ialah untuk meningkatkan keberkesanan
pemimpin-pemimpin SMK Paris di semua peringkat. Program HIMS ini diisi dengan aktivit-
aktiviti yang boleh meningkatkan keyakinan diri pemimpin setiap peringkat termasuk guru mata
pelajaran dan guru kelas. Bimbingan untuk menjadikan setiap lapis pemimpin berkualiti dilakukan
di setiap peringkat secara cascading iaitu dari pengetua turun ke penolong kanan, kemudian ke
GKMP, ketua panitia dan seterusnya guru-guru.

Dr. Dalmansa optimis yang pemimpin cemerlang akan melahirkan guru-guru dan staf
sokongan yang juga cemerlang. Hasil daripada kepimpinan dan pengurusan yang cemerlang, akan
lahir murid-murid yang cemerlang mengikut minat dan kecenderungan masing-masing.

Beliau telah berusaha untuk mengenal pasti punca kepimpinan SMK Paris tidak berada
pada tahap maksimum. Bagi memudahkan proses kerja, penulis telah menggunakan satu alat iaitu
Rajah Tulang Ikan Ishikawa untuk mengenal pasti punca yang menjadikan kepimpinan SMK Paris
berada di tahap tersebut. Penulis telah mengkelaskan punca atau sebab terjadinya demikian kepada
lima segmen iaitu manusia, kaedah/proses, peralatan, bahan dan persekitaran.

Rajah 31.1: Rajah Tulang Ikan Ishikawa


(Kepimpinan SMK Paris Kurang Menyerlah)

Seperti yang ditetapkan dalam program ProPeKS dan InPeKS, pada tahun pertama iaitu
tahun 2019, penulis sebagai pengetua perlu menentapkan satu inisiatif berdasarkan bidang SKKSM
untuk membangunkan sekolah. Pada tahun kedua iaitu pada tahun 2020, penulis perlu memimpin
sekolah menetapkan empat lagi inisiatif berdasarkan bidang SKKSM dan pada tahun ketiga iaitu
tahun 2021, sebanyak lima lagi inisiatif akan ditetapkan. Ini menjadikan sebanyak sembilan
inisiatif berdasarkan sembilan bidang SKKSM yang dilaksanakan dari tahun 2019 hingga 2021.

303
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PROGRAM HIMS (High Impact Management Skills)

Jadual 31.3: Proses Pelaksanaan Program Kecemerlangan Sekolah

2019 (Tahun #1) 2020 (Tahun #2) 2021 (Tahun #3)


Bidang SKKSM 1 Bidang SKKSM 1 Bidang SKKSM 1
Bidang SKKSM 2 Bidang SKKSM 2
Bidang SKKSM 3 Bidang SKKSM 3
Bidang SKKSM 4 Bidang SKKSM 4
Bidang SKKSM 5 Bidang SKKSM 5
Bidang SKKSM 6
Bidang SKKSM 7
Bidang SKKSM 8
Bidang SKKSM 9
1 bidang 1 + 4 bidang 1 + 4 + 4 bidang
1 bidang 5 bidang 9 bidang

Bagi tahun pertama iaitu tahun 2019, Kami telah memilih Bidang SKKSM yang pertama
iaitu Kepimpinan dan Pengurusan Organisasi sebagai inisiatif yang hendak dilaksanakan. Kami,
bersama-sama pasukan pentadbir dan pemikir sekolah telah memilih inisiatif membangunkan
kepimpinan sekolah. Tujuan kami ialah bagi memastikan barisan kepimpinan SMK Paris menjadi
satu pasukan yang kuat, berkesan dan berkualiti agar dapat memacu sekolah ke arah kecemerlangan.
Beliau yakin bahawa dengan barisan kepimpinan yang mantap akan dapat membawa seluruh
warga sekolah ke arah satu matlamat yang sama berdasarkan misi dan visi sekolah serta KPM.
Bagi membuatkan seluruh warga sekolah bertindak sejajar dengan visi dan misi sekolah.

Bagi penjenamaan semula IABCGH, kami telah menghasilkan satu tag ungkapan yang
menjadi slogan sekolah iaitu BERSAMA MEMASTIKAN IMPIAN MENJADI KENYATAAN.
Tag ungkapan yang digunakan berupaya mengubah pemikiran seluruh warga sekolah termasuk
pemegang taruh seperti PPD, JPN, Ibu bapa dan lain-lain. Beliau telah megalakkan seluruh warga
sekolah mempunyai satu impian yang sama iaitu menjadikan SMK Paris sebagai sekolah yang
terbilang dalam daerah Kinabatangan dan seluruh negeri Sabah dan di Malaysia amnya.

Berdasarkan data dan maklumat yang diperolehi dari pelbagai sistem rekod murid seperti
APDM dan SPDM, didapati sebilangan murid-murid SMK Paris 1 lemah dari aspek kurikulum,
kokurikulum, sukan, permainan dan unit beruniform. Berikut adalah prestasi murid-murid SMK
Paris sebelum program InPeKS dilaksanakan:

a. Pencapaian murid dalam bidang akademik (GPS SPM 2018: 5.54/peratus lulus SPM:
90.05% ) masih boleh dipertingkatkan lagi;
b. Kadar kehadiran murid-murid ke sekolah masih boleh dipertingkatkan lagi (SSDM/
APDM tahun 2018: 93.42%);
c. Kemenjadian murid dalam aktiviti kokurikulum agak rendah (PAJSK tahun 2018);
d. Skor Standard 4 SKPMg2 pada tahap cemerlang tetapi masih ada ruang-ruang untuk
diperbaiki;
e. Jalinan pintar dan pemuafakatan strategik dengan pihak berkepentingan boleh
ditingkatkan;
f. Aktiviti jaringan dan jalinan dengan agensi kerajaan dan swasta boleh ditingkatkan.

304
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PROGRAM HIMS (High Impact Management Skills)

Berpendapat berpendapat bahawa program pemantapan kepimpinan SMK Paris adalah


perkara yang amat penting dan patut diberikan fokus utama pada tahun pertama pelaksanaan
ProPeKS. Kepimpinan berkualiti dan berkesan akan melahirkan warga kerja sekolah yang
dinamik, proaktif dan energetik. Apabila pemimpin di semua peringkat dapat menjalankan tugas
masing-masing dengan baik dan selari dengan misi, visi dan matlamat sekolah, kami yakin bahawa
kecemerlangan sekolah dapat dilonjakkan.

Pada tahun kedua pelaksanaan ProPeKS/InPeKS iaitu pada tahun 2020, kami bersama-
sama barisan kepimpinan sekolah akan memilih empat lagi bidang SKKSM sebagai inisiatif untuk
mencemerlangan SMK Paris. Walaupun sebahagian daripada inisiatif tersebut telah dimulakan
sebelum Dr. Dalmansa menyertai program ini, kami telah melakukan pemetaan semula program
kecemerlangan sekolah selaras dengan keperluan atau kehendak ProPeKS/InPeKS.

3.0 PELAKSANAAN

Kami telah menggunakan model Empat Fungsi Pengurusan (P-O-L-C) iaitu Planning,
Organising, Leading, Controlling sebagai kerangka tindakan sekolah dalam memperkasakan
barisan kepimpinan dan guru-guru serta meningkatkan prestasi sekolah.

Dalam aspek ini, Planning bermaksud perancangan terperinci dalam usaha hendak
membangunkan aspek kepimpinan SMK Paris. Organizing ialah aspek kawalan, penyeliaan dan
memantau pelakasanaan aktiviti/program yang dirancang. Aspek yang ketiga ialah leading atau
memimpin seluruh warga organisasi agar melaksanakan semua program/aktiviti yang dirancang
secara menyeluruh dan berkesan. Akhir sekali ialah aspek kawalan iaitu penulis bersama-sama
pemimpin kanan SMK Paris mengawal pelaksanaan program/aktviti.

Kerangka P-O-L-C ini membantu penulis melaksanakan tugas-tugas sebagai pengetua


dengan lebih tersusun dan pada masa yang sama penulis dapat mengawal serta memantau
pelaksanaan aktiviti sekolah dengan berkesan. Dr. Dalmansa telah mengupayakan penolong-
penolong kanan serta pemimpin pertengahan agar mempunyai aras pemikiran yang sama dengan
mereka melibatkan secara langsung penolong kanan (PK) pentadbiran dan akademik (PK1), PK
Hal Ehwal Murid (PK HEM), PK (PK Ko) dan PK Petang (PK Petang). Beliau juga berhasrat
menjadikan pemimpin pertengahan iaitu guru kanan mata pelajaran (GKMP), Ketua Panitia (KP),
Ketuan Unit (KU), setiausaha akademik, setiausaha disiplin, setiausaha kokurikulum, setiausaha
sukan, setiausaha peperiksaan, ahli jawatankuasa PIBG dan kelab staf . Beliau selalu berbincang
dengan mereka secara formal dan tidak formal dari semasa ke semasa dan apabila ada keperluan.

Dr. Dalmansa sempat memimpin ProPEKS/InPeKS SMK Paris selama kira-kira setahun.
Beliau sentiasa memastikan murid-murid di sekolahnya mendapat hanya yang terbaik. Usaha
beliau ini terhenti sekejap kerana beliau diarahkan bertukar dan dinaikkan pangkat sebagai Ketua
PPD Sandakan. Namun begitu, usaha tuan Haji Hamzah bin Abd. Wahid ini yang merupakan satu
platform .

Saya (Tn. Hj. Hamzah bin Abdul Wahid telah meneruskan usaha yang dilakukan oleh
Dr. Dalmansa) bagi memastikan murid-murid SMK Paris mendapat yang terbaik dan berkualiti.
Beliau telah meneruskan usaha yang sama digunakan oleh Dr. Dalmansa bagi memantapkan aspek

305
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PROGRAM HIMS (High Impact Management Skills)

pengurusan dan kepimpinan sekolah. Tn. Hj. Hamzah telah meneruskan apa yang dirancang dan
dilaksanakan demi kemenjadian dan kecemerlangan murid-murid SMK Paris dalam semua aspek.
Beliau berpendapat bahawa untuk mencemerlangkan sekolah, barisan kepimpinan sekolah mesti
dimantapkan terlebih dahulu.

Rajah 31.2 Model P-O-L-C

306
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PROGRAM HIMS (High Impact Management Skills)

Jadual 31.4: P-O-L-C

P O L C
Planning Organising Leading Controlling
Merancang Mengurus Memimpin Tindakan
1. Menjajarkan 1. Memastikan setiap 1. Memastikan tugas 1. Membandingkan
semula halatuju unit melaksanakan dan tanggungjawab prestasi sebelum
sekolah dengan tugas masing- dilaksanakan dengan dan selepas.
visi dan misi masing. maksimum. 2. Persediaan
KPM. 2. Mengagihkan tugas 2. Melaksanakan untuk langkah
2. Mengenal pasti mengikut bidang pemantauan seterusnya.
dan menganalisis kepakaran guru. berterusan – 3. Melaksanakan
isu-isu sekolah. 3. Mengupayakan SLT pemerhatian, langkah
3. Menambah dan MLT. penyeliaan, penambahbaikan
baik pelan 4. Memantapkan suara pencerapan dan 4. Melakukan post
kecemerlangan guru/murid. semakan dokumen mortem.
sekolah sedia ada. 5. Membimbing dan lain-lain.
4. Merancang pemimpin pelapis. 3. Menerima laporan
tindakan, 6. Meningkatkan perkembangan
menyusun strategi komunikasi aktiviti.
dan program dengan pihak 4. Menilai objektif
intervensi. berkepentingan. tercapai atau tidak.

Beberapa aktviti telah dijalankan d357i bawah program HIMS ini seperti coaching dan
mentoring dalam aspek kepimpinan kepada penolong-penolong kanan. Beliau juga mendorong
penolong-penolong kanan SMK Paris untuk melakukan perkara sama kepada barisan kepimpinan
pertengahan sekolah iaitu ketua bidang/guru kanan mata pelajaran, ketua panitia dan setiausaha
kurikulum, setiausaha sukan dan setiausaha kokurikulum. Beliau dan penolong kanan sekolah juga
melaksanakan coaching kepada guru-guru bagi aspek yang menyentuh pedagogi dan pengurusan
bilik darjah. Beliau juga menggalakkan semua penolong kanan dan pemimpin pertengahan untuk
menghadiri sebarang akiviti yang boleh menggalakkan pembinaan diri dalam aspek kepimpinan.
Guru-guru sentiasa memerlukan bimbingan kerana walaupun mereka adalah subject matter expert
tetapi mereka masih memerlukan panduan dalam melaksanakan PdPc mengikut keperluan dan
trend semasa. Beliau sedar bahawa sebagai pemimpin, penulis juga bertanggungjawab dalam
melahirkan pemimpin pelapis untuk menerajui sekolah pada masa akan datang.

4.0 PENILAIANDAN IMPAK DATA


Hasil daripada aktiviti yang dijalankan, kami mendapati bahawa, melalui pendekatan coaching dan
mentoring, pemimpin kanan dan pemimpin pertengahan lebih mudah untuk melakukan perubahan
dan melaksanakan tugas-tugas mereka secara optimum. Pendekatan coaching dan mentoring,
penulis telah menyebabkan penolong-penolong kanan dan semua pemimpin pertengahan dapat
melakukan perubahan dan melaksanakan arahan yang diterima dengan sebaik-baiknya. Kami juga
berhasrat untuk mengembangkan bakat penolong-penologn kanan dan pemimpin pertengahan
sebagai pemimpin pelapis pendidikan untuk masa akan datang.

307
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PROGRAM HIMS (High Impact Management Skills)

Kami juga telah melakukan empowerment kepada penolong-penolong kanan dan


pemimpin pertengahan yang berkaitan dengan bidang tugas dan tanggugjawab mereka. Tindakan
ini menjadikan pemimpin-pemimpin tersebut lebih yakin untuk membuat keputusan. Kami juga
menegaskan bahawa ada keputusan menurunkan kuasa kepada penolong kanan atau pemimpin
pertengahan

4.1 Kekuatan Program

Kerjasama dari semua penolong kanan dan pemimpin pertengahan adalah faktor yang menyumbang
kepada kekuatan program ini ialah:

1. Komitmen kepimpinan sekolah - Pengetua, penolong-penolong kanan, pemimpin


pertengahan, guru-guru, ahli jawatankuasa PIBG yang sentiasa komited telah memberi
impak positif kepada sekolah.
2. Kerjasama dalam kalangan warga sekolah – Komitmen yang dipamerkan oleh
penolong-penolong kanan dan pemimpin pertengahan menjadi ikutan oleh majoriti guru
di sekolah ini.

4.2 Kelemahan Program

Kelemahan program ini adalah kerana faktor kesibukan di sekolah. Pemimpin kanan,
pertengahan dan guru-guru tidak dapat memberi komitmen sepenuhnya kerana masing-masing
sudah mempunyai tugas dan tanggungjawab yang banyak. Selain itu, teknik coaching dan
mentoring tidak dikuasai sepenuhnya oleh pemimpin kanan dan pemimpin pertengahan. Beliau
berhasrat untuk meningkatkan lagi ilmu pengetahuan berkaitan dengan coaching dan mentoring
dengan menghantar mereka mengikuti kursus berkaitan perkara ini.

4.3 Cadangan Penambahbaikan

Sekolah bercadang memberi ilmu konsultasi, coaching dan mentoring kepada guru-guru yang
didapati tidak mempunyai asas dalam bidang ini.

5.0 RUMUSAN DAN PENUTUP


Usaha meningkatkan kerjasama dengan pihak luar bukan bersifat one off sebaliknya ia adalah
satu usaha berterusan yang perlu dilakukan oleh pihak sekolah. Aspek paling penting di sini
ialah komunikasi berkesan. Tanpa komunikasi berkesan, sukar bagi pihak sekolah mendapatkan
komitmen padu dari pihak berkepentingan. Dalam konteks ini, kepimpinan pengetua merupakan
faktor yang paling penting tetapi mesti disokong oleh penolong-penolong kanan dan pemimpin
pertengahan sekolah. Kepimpinan semua peringkat sekolah kerana sentiasa mengutamakan
komunikasi berkesan dengan agensi-agensi terlibat kerana melalui komunikasi berkesan akan
menentukan kelangsungan program kerjasama ini.

308
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PROGRAM HIMS (High Impact Management Skills)

6.0 RUJUKAN

Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-


2025.
C. Bernad (1938) disebut dalam Mohd Salleh Bin Mahad (2004) dalam bukunya iaitu The
Functions Of The Executives.

Evaluation − Periodic reflection on the progress of family and community invo School,
Family, and Community Partnerships, p. 4. https://www.brown.edu/ academics/
education- alliance /sites/brown.edu.academics.education-alliance/files/uploads/
KLOOM_sfcp_entire.pdf.

Kamaruzaman Moidunny, PhD (2012), Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah


Malaysia
(SKKSM), http://kamaruzamanmoidunny.blogspot.com/2012/09/standard-kompetensi-
kepengetuaan.html

309
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
310
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PIBK SEBAGAI RAKAN SINERGI SEKOLAH

JAIMAN BIN LUMAK


SMK Entilibon Telupid-Tongod
xea2226@moe.edu.my

MOHD ZAIDI BIN BASIR


Pensyarah Pembimbing IAB Cawangan Genting Highlands
mohdzaidi@iab.moe.gov.my

KAIPIN@HAIPIN BIN SAHIMIN


Pegawai SIP+ PPD Telupid-Tongod

ABSTRAK

Kerjasama komuniti amat penting dalam menjayakan visi dan misi sekolah. SMK Entilibon telah
mengukuhkan hubungan dan kerjasama pintar dengan komuniti serta agensi kerajaan yang berada
di sekitar daerah Telupid-Tongod. Impak kerjasama ini amat besar terutama kepada murid-murid
sekolah ini terutama dari aspek pembelajaran dan pembangunan diri. Inisitiatif pengetua dan
barisan kepimpinan sekolah dalam membina hubungan dan kerjasama dengan beberapa buah
agensi kerajaan memberi kesan jangka pendek dan jangka panjang terhadap kedua-dua pihak.
Langkah awal yang diambil oleh pihak sekolah ialah mengadakan dialog dengan agensi-agensi
berkenaan dan hasil perjumpaan yang pertama ini, banyak lagi kerjasama akan dilaksanakan.

Kata kunci: komuniti, kerjasama pintar, kecemerlangan sekolah, kemenjadian murid, agensi.

1.0 PENGENALAN
SMK Entilibon merupakan sebuah sekolah menengah luar bandar yang terletak di daerah kecil
Telupid, Kinabatangan, Sabah yang jaraknya 20 km dari pekan Telupid dan 150 km dari bandar
Sandakan. Sebelum ini, murid-murid dari kawasan ini terpaksa belajar di SMK Telupid yang
berada jauh dari Entilibon. Jarak ke SMK Telupid dari Entilibon ialah 25 km manakala jarak ke
SMK Tongod ialah 30 km. Masalah jalan raya yang tidak sempurna iaitu berbatu kerikil besar dan
tanah merah, perjalanan berulang alik ke SMK Telupid mengambil masa yang lama. Keadaan ini
menyebabkan ramai murid dari kawasan Entilibon yang tercicir dari sekolah.

1.1 Profil Sekolah

Hasil usaha komuniti setempat, pada 17 Januari 2000, SMK Entilibon telah ditubuhkan dan pada
peringkat awal murid-murid sekolah ini menumpang belajar di SK Entilibon. Pada awal penubuhan

311
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PIBK Sebagai Rakan Sinergi Sekolah

sekolah ini mempunyai dua blok bangunan iaitu satu blok bilik darjah (empat buah bilik darjah)
dan satu lagi blok pentadbiran. Dua blok tambahan iaitu satu blok kayu yang mengandungi tiga
buah bilik darjah dan tiga unit rumah guru telah dibina hasil usaha penduduk setempat. Pada
tahun 2005, sebuah bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) telah dibina. Bagi memenuhi
pembelajaran Sains, sebuah bilik darjah telah diubahsuai dan dijadikan makmal

sains pada tahun 2006. Pada bulan Oktober 2005, asrama yang dibuka untuk kemudahan murid-
murid dari kawasan pedalam menyebabkan peningkatan enrolmen di SMK Entilibon meningkat
secara mendadak sehingga memaksa pihak sekolah mengadakan persekolahan dalam dua sesi.

Jadual 32.1: Maklumat dan Profil SMK Entilibon

Jenis Sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan


Status Sekolah Beroperasi
Lokasi Luar Bandar
Daerah Pentadbiran Tongod
PPD Tongod-Telupid
Sesi  Persekolahan 2 sesi (pagi dan petang)
Jenis Bantuan Bantuan Penuh Kerajaan
Keluasan Sekolah 14.5 ekar persegi
Bilangan Bilik Darjah 24
Kod Sekolah XEA2226
Nombor Telefon 089-521048
Nombor Faks 089-521058
Emel Sekolah XEA2226@moe.edu.my
Laman Web Sekolah Tiada
Pengetua En. Jaiman bin Lumak
Penolong Kanan Pentadbiran Robin Chee@Robin James (Menjalankan tugas
Mata pelajaran Elektif Aliran Sains
Tingkatan 5 Baiduri:
Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik Tambahan

Aliran Sastera Kemanusiaan


Tingkatan 5 Delima:
PSV, Perniagaan/ Ekonomi, SRT/Sains Sukan, Ekonomi/
Pertanian
Tingkatan 5 Intan: PSV, Geografi, Perniagaan
Tingkatan 5 Nilam: Perniagaan/Pertanian, Geografi, PSV
Tingkatan 5 Pirus & 5 Zamrud: PSV
Mata pelajaran Elektif Aliran Sains
Tingkatan 4 Baiduri:
Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik Tambahan
Aliran Sains Sosial
Tingkatan 4 Delima: PSV, Ekonomi, Sains Sukan / ERT
Tingkatan 4 Intan: PSV, Perniagaan/Pertanian
Tingkatan 4 Nilam: PSV, Geografi/Pertanian
Tingkatan 4 Pirus & 4 Zamrud:PSV

312
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PIBK Sebagai Rakan Sinergi Sekolah

1.2 Status Quo Sekolah

Sejak melaporkan diri sebagai pengetua di sekolah ini, Saya memang sudah sedia maklum
tentang situasi dan prestasi SMK Entilibon yang merupakan sekolah berprestasi rendah (band
6) di Sabah. Reputasi sekolah ini tidak begitu menyerlah dalam daerah Kinabatangan, saya
anggap sebagai satu cabaran yang perlu dihadapi. Saya tidak pernah menganggap yang ini
adalah sesatu yang negatif sebaliknya, saya berusaha menjadikan cabaran ini sebagai peluang
untuk menaikkan imej dan reputasi sekolah ini. Saya menetapkan visi dan misi Kementarian
Pendidikan Malaysia sebagai sasaran saya sebagai pengetua di sekolah ini. Saya menjadikan
Fokus dan Gerak Kerja Profesional KPM iaitu Naratif Baharu Amalan Pendidikan yang
berfokuskan kepada Pembelajaran Berasaskan Perkembangan Murid. Tiga subnaratif yang
mejadi landasan.

Status Quo Pencapaian Akademik Sekolah

Jadual 32.2: Keputusan SPM 2016 - 2019

TAHUN BIL. CALON % LULUS GPS


2016 130 84.26 5.99
2017 147 83.98 6.21
2018 147 84.79 6.21
2019 157 82.64 6.15

2.0 MENGENAL PASTI MASALAH DAN PENAMBAHBAIKAN


Sejak tiba di sekolah ini, saya telah melakukan proses imbasan bagi mengumpul maklumat
mengenai status quo sekolah. Saya juga telah melakukan pemerhatian, temubual, pemeriksaan
dokumen dan lain-lain bagi memastikan maklumat yang diperolehi menyeluruh dan
mencakupi semu bidang. Maklumat ini penting untuk membolehkan saya merancang program
kecemerlangan sekolah menggunakan pendekatan-pendekatan yang strategik. Hasil daripada
proses pengumpulan maklumat yang dilakukan, saya mendapat pencapaian SPM SMK Entilibon
pada tahun 2018 dari segi GPS SPM ialah 6.12 mata. Manakala skor bagi SKPMg2 Standard 4
ialah 85.06 yang mencerminkan banyak ruang penambahbaikan boleh dilakukan.

Dari segi peratus kehadiran murid ke sekolah, peratus kehadiran murid pada tahun 2018
ialah 87.5 peratus. Ini menunjukkan peratus kehadiran harian murid berada di bawah paras
kebangsaan iaitu 95%. Dari pemerhatian saya, kebanyakan masalah disiplin berlaku dalam
kalangan murid yang sama sahaja. Kes-kes yang disiplin besar seperti merokok, bergaduh dan
ponteng sekolah hanya melibatkan segelintir murid sahaja. Daerah yang luas dan jarak yang jauh
antara sekolah dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah-sekolah lain menyebabkan
penglibatan sekolah dalam aktiviti kokurikulum peringkat daerah terpaksa diminimumkan.
Namun begitu, aktiviti kokurikulum dalam sekolah tetap dilaksanakan sebagaimana yang
ditetapkan oleh KPM

Hasil daripada analisis yang dilakukan, saya berpendapat banyak perkara yang perlu dilakukan

313
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PIBK Sebagai Rakan Sinergi Sekolah

bagi menambahbaik sekolah. Saya menggariskan sembilan bidang dalam Standard Kompetensi
Kepengetuaan Sekolah Malaysia (SKKSM) sebagai kerangka tindakan pengetua, iaitu:

Jadual 32.3: Keputusan SPM 2016 - 2019

TAHUN BIL. CALON % LULUS GPS


2016 130 84.26 5.99
2017 147 83.98 6.21
2018 147 84.79 6.21
2019 157 82.64 6.15

Pengetua sedar, tidak semua bidang boleh dilaksanakan dalam tempoh satu tahun.
Bagi memenuhi keperluan Program Intervensi Kepimpinan Sekolah (ProPeKS), pengetua telah
menetapkan hanya satu bidang sahaja yang akan difokuskan bagi tahun 2019. Pengetua berhasrat
meningkatkan prestasi akademik sekolah ini namun begitu, Pengetua tahu yang beberapa perkara
asas perlu dilakukan dahulu sebelum memberi fokus kepada aspek akademik. Hasil daripada
perbincangan dengan barisan kepimpinan sekolah, Pengetua telah menetapkan untuk tahun 2019,
saya berhasrat mengukuhkan penglibatan ibu bapa dan komuniti (PIBK) dalam aktiviti sekolah.
Saya yakin dengan cara ini, semua penambahbaikan sekolah seperti dalam aspek akademik,
kokurikulum, sahsiah dan lain-lain dapat dilakukan.

Untuk tahun 2019, saya telah menetapkan fokus diberikan terhadap Bidang 9 SKKSM iaitu
pengurusan perhubungan luar. Hubungan dengan persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) boleh
dikatakan baik sejak dari dahulu lagi tetapi masih banyak ruang untuk meningkatkan hubungan
dengan agensi kerajaan setempat atau dengan pihak swasta. Pihak sekolah dengan kerjasama
Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Entilibon telah mengorak langkah bagi mewujudkan kerjasama
pintar dengan agensi kerajaan setempat dan pihak swasta. Saya berhasrat hasil daripada kerjasama
pintar ini, rancangan untuk meningkatkan prestasi sekolah dari segi akademik, kokurikulum dan
lain-lain dapat dilaksanakan dengan jayanya. Situasi menang-menang dapat akan cuba diwujudkan
antara pihak sekolah dengan rakan sinergi yang terlibat. Bentuk kerjasama akan dibincangkan
secara terperinci dengan pihak-pihak yang terlibat. Bagi menjayakan program dengan komuniti
ini, Pengetua telah menggunakan model Epstein sebagai kerangka tindakan iaitu:

Rajah 32.1: Model Enam


Jenis Penglibat Epstien

314
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PIBK Sebagai Rakan Sinergi Sekolah

Bagi menjayakan gagasan ini, saya telah menggunakan kerangka pengurusan PDCA
iaitu Planning, DO, Check ,dan Act yang di pelopori oleh Edward Deming sebagai asas tindakan
saya sebagai pengetua SMK Entilibon. Saya memilih kerangka ini (PDCA) bagi memastikan
segala-galanya berada di atas landasan yang betul dan menjurus ke arah matlamat yang
dihasratkan.

Rajah 32.2: Kerangka Pengurusan PDCA Deming

Jadual 32.4: PDCA

P D C A
Plan Do Check Act
Merancang Melaksana Menyemak Bertindak
1. Menjajarkan semula 1. Memastikan setiap 1. Melaksanakan 1. Membandingkan
halatuju sekolah unit melaksanakan pemantauan berter- prestasi sebelum
dengan visi dan misi tugas masing-mas- usan – pemerha- dan selepas.
KPM. ing. tian, penyeliaan, 2. Persediaan untuk
2. Mengenal pasti dan 2. Mengagihkan tugas pencerapan dan langkah seterus-
menganalisis isu-isu mengikut bidang semakan dokumen nya.
sekolah. kepakaran guru. dan lain-lain. 3. Melaksanakan
3. Menambah baik pe- 3. Mengupayakan 2. Menerima laporan langkah penam-
lan kecemerlangan SLT dan MLT. perkembangan bahbaikan
sekolah sedia ada. 4. Memantapkan aktiviti. 4. Melakukan post
4. Merancang tin- suara guru/murid. 3. Menilai objektif mortem.
dakan, menyusun 5. Membimbing tercapai atau tidak.
strategi dan program pemimpin pelapis. 4. Memastikan tugas
intervensi. 6. Meningkatkan dan tanggungjawab
komunikasi dengan dilaksanakan den-
pihak berkepent- gan maksimum.
ingan.


Kerangka PDCA ini membantu Saya melaksanakan tugas-tugas sebagai pengetua dengan
lebih tersusun dan pada masa yang sama saya dapat mengawal serta memantau pelaksanaan
aktiviti sekolah dengan berkesan. Saya telah mengupayakan penolong-penolong kanan serta
pemimpin pertengahan agar mempunyai aras pemikiran yang sama dengan melibatkan secara
langsung penolong kanan (PK) pentadbiran dan akademik (PK1), PK Hal Ehwal Murid (PK
HEM), PK (PK Ko), PK Petang (PK Petang) dan PK Tingkatan Enam (PKT6) dalam semua
aktiviti sekolah. Begitu juga dengan barisan pemimpin pertengahan iaitu guru kanan mata

315
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PIBK Sebagai Rakan Sinergi Sekolah

pelajaran (GKMP), setiausaha akademik, setiausaha disiplin, setiausaha kokurikulum, setiausaha


sukan, setiausaha peperiksaan, ahli jawatankuasa PIBG dan kelab staf. Saya selalu berbincang
dengan mereka secara formal dan tidak formal dari semasa ke semasa dan apabila ada keperluan.

Berdasarkan data dan maklumat yang diperolehi ketika fasa imbasan persekitaran,
dapat dirumuskan yang SMK Entilibon perlu mempunyai program/aktiviti khusus jika ingin
melonjakkan kecemerlangannya:

1. Pencapaian murid dalam akademik yang agak rendah (SPM 2018);


2. Kadar kehadiran yang masih di bawah paras kebangsaan (SSDM/APDM tahun 2018);
3. Kemenjadian murid dalam aktiviti kokurikulum rendah (PAJSK tahun 2018);
4. Skor Standard 4 SKPMg2 masih rendah (Skor tahun 2018);
5. Hubungan dan pemuafakatan strategik dengan pihak berkepentingan masih boleh
ditingkatkan;
6. Aktiviti jaringan dan jalinan dengan agensi kerajaan dan swasta boleh ditingkatkan.

Schools cannot succeed as independent “islands” within their communities. Agencies,


organizations, and individuals in the community can offer powerful support in the setting of
school goals and program implementation. Ini bermaksud sekolah (Periodic reflection on the
progress of family and community involve School, Family, and Community Partnerships, page
4). Sekolah tidak boleh bersendirian. Ia memerlukan kerjasama dan bantuan daripada komuniti
setempat untuk menjamin kecemerlangan sekolah. SMK Entilibon berada di tempat yang agak
terpencil dan jarak dengan sekolah terdekat ialah 25 km. Sukar untuk sekolah ini bersaing
dengan sekolah-sekolah lain tidak kira dalam aspek apa sekali pun. Untuk melibatkan diri dalam
aktiviti luar sekolah juga sukar kerana kedudukannya yang jauh dari pusat bandar.

Untuk membawa murid-murid menyertai akiviti luar, sekolah memerlukan sumber


kewangan yang mencukupi. Sewa bas, makan minum, penginapan dan keperluan lain semuanya
memerlukan duit. Dalam situasi kewangan PIBG yang tidak kukuh, SMK Entilibon memerlukan
rakan sinergi untuk memajukan murid-muridnya. Oleh yang demikian, program pemantapan
PIBK adalah pilihan terbaik sekolah bagi tahun ini.

3.0 PELAKSANAAN PROJEK


Saya telah diberi peluang mengikuti Kursus Intervensi Pelonjakan Kepimpinan Sekolah
(InPeKS) di Institut Aminuddin Baki (IAB), Cawangan Genting Highlands pada hujung tahun
2018. En. Mohd Zaidi Bin Basir dari IAB Cawangan Genting Highlands telah dilantik sebagai
sebagai pensyarah pembimbing program ini. Keputusan bersama kepimpinan sekolah telah
menetapkan 4 Bidang Keberhasilan Utama (KRA), iaitu:

1. Persekitaran PdPc positif.


2. Kepimpinan berkesan.
3. Pembinaan bakat murid.
4. Pemantapan hubungan dengan komuniti.

Sebagai usaha untuk memantapkan program sekolah, sekolah memerlukan sokongan


agensi-agensi kerajaan yang berada di sekitara sekolah. Setiap agensi dipelawa untuk mengadakan

316
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PIBK Sebagai Rakan Sinergi Sekolah

aktiviti yang boleh menarik minat murid di dalam premis sekolah. Sekolah pula dibenarkan
menggunakan kemudahan yang ada pada setiap agensi berkenaan. Sebagai contoh, Agensi
Anti Dadah Kebangsaan (AADK) diberi ruang untuk berkempen agar murid-murid menjauhi
dadah. Agensi seperti Jabatan Pertanian Daerah boleh menggunkan platform untuk mendekati
murid-murid dan ibu bapa yang majoritinya adalah petani, pekebun dan pekerja dalam bidang
pertanian. Pejabat Belia Daerah juga boleh mengadakan program dengan murid-murid yang
merupakan kader-kader belia pada masa akan datang. Pihak sekolah pula boleh menggunakan
kemudahan yang ada pada setiap agensi seperti kenderaan, kepakaran, premis dan sebagainya
untuk murid-murid SMK Entilibon. Ibu bapa murid-murid juga adalah pemegang taruh yang
penting kerana sebahagian daripada mereka mempunyai anak-anak yang belajar di sekolah ini.

3.1 Analisis Persekitaran

Hasil daripada beberapa sesi perjumpaan, perbualan, perbincangan dan interaksi antara saya
dengan guru-guru, staf, murid-murid dan barisan pentadbir, isu utama yang menyumbang
kepada pencapaian prestasi rendah dapat dikesan dengan tepat dan disahkan secara bersama-
sama oleh seluruh warga sekolah. Langkah seterusnya Saya perlu mencari punca masalah yang
menyebabkan wujud isu ketidakhadiran murid dan motivasi yang rendah. Dalam fasa mencari
punca masalah ini saya telah mengambil langkah membuat analisis persekitaran dan sebab
dan akibat menggunakan rajah Tulang Ikan Ishikawa bagi mengenal pasti faktor-faktor yang
menyebabkan murid-murid kurang bermotivasi untuk belajar dengan bersungguh-sungguh.

Rajah 32.3: Sebab Dan Akibat Tulang Ikan Ishikawa

Analisis sebab dan akibat yang Saya hasilkan menggunakan Rajah Tulang Ikan Ishikawa
menunjukkan bahawa faktor manusia, peralatan, bahan, persekitaran dan kepimpinan memberi
kesan terhadap rendahnya minat murid untuk belajar dan hadir ke sekolah menyebabkan prestasi
sekolah rendah. Setiap satu faktor ini perlu diatasi jika mahu meningkatkan prestasi sekolah
ke tahap yang lebih baik. Berdasarkan isu-isu yang telah diutarakan sebelum ini dan penetapan

317
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PIBK Sebagai Rakan Sinergi Sekolah

4 KRA, pihak sekolah telah memilih KRA ke 4 iaitu pemantapan hubungan dengan komuniti
sebagai program InPeKS untuk jangka masa 3 tahun 2019 hingga 2021. KRA ini dipilih
kerana sekolah memerlukan rakan sinergi bagi membolehkan sekolah melaksanakan aktiviti
meningkatkan kecemerlangan murid.

SMK Entilibon telah mengadakan perjumpaan dengan beberapa agensi kerajaan di


daerah kecil Telupid pada 22 Julai 2019 bagi membincangkan bentuk kerjasama yang boleh
dijalinkan oleh pihak sekolah dengan agensi-agensi tersebut. Agensi yang terlibat ialah Pejabat
Daerah Telupid, Pejabat Kesihatan Telupid, Pejabat Belia Telupid, Ikatan Relawan Rakyat
Malaysia (RELA) Telupid, PDRM dan beberapa agensi lagi. Fokus perbincangan ialah bidang
kerjasama yang boleh dijalin antara pihak sekolah dengan agensi-agensi tersebut. Pihak
sekolah menyatakan hasrat untuk meningkatkan kecemerlangan murid dalam bidang akademik,
kokurikulum, sahsiah dan kepimpinan dan semua ini akan lebih mudah dicapai jika ada bantuan
dan sokongan daripada agensi di sekitar Telupid. Bentuk bantuan mungkin berbeza bagi setiap
agensi tetapi ia menyumbang kepada satu arah iaitu kecemerlangan sekolah dan kemenjadian
murid. Sementara itu anak-anak staf yang bertugas di agensi tersebut boleh mendapat manfaat
dari program kerjasama sekolah.

4.0 PENILAIAN/IMPAK
Program ini masih baharu dilaksanakan di sekolah ini, oleh itu ia memerlukan masa
yang agak lama untuk melihat hasilnya. Setiap agensi ada tugas dan tanggungjawab masing-
masing memerlukan ruang dan masa secukupnya untuk menyumbang untuk sekolah. Pihak
sekolah perlu mengadakan beberapa siri pertemuan dengan wakil agensi berkenaan. Perancang
teliti perlu dilakukan bagi mendapatkan impak yang diharapkan. Pada awal tahun 2020, sekolah
bercadang menjemput wakil setiap agensi bagi membincangkan bentuk kerjasama yang boleh
dilaksanakan secara bersama. Perjumpaan ini juga boleh menjadi platform untuk sekolah
mewar-warkan program kecemerlangan bagi tahun 2020 terutama usaha pihak sekolah untuk
meningkatkan prestai sekolah dalam peperiksaan SPM. Maklumat ini boleh membantu pihak
agensi merancang program sokongan untuk sekolah.

Aspek Kepimpinan Dan Pengurusan

Saya telah berusahan melaksanakan tanggungjawab saya dengan membina hubungan dengan
agensi luar dan komuniti. Saya juga memimpin warga sekolah dalam membina hubungan
bermakna dengan pihak luar. Untuk menjayakannya, kerjasama pintar bersifat menang-menang
diberikan penekanan oleh kepimpinan sekolah. C. Bernad (1938) disebut dalam Mohd Salleh
Bin Mahad (2004) dalam bukunya iaitu The Functions Of The Executives menjelaskan bahawa;
‘pentadbir perlu menggunakan sepenuhnya sumber yang ada dan mendapat sokongan dari ahli
sistem sosial di sekolah dan masyarakat luar’. Saya telah menggunakan hubungan tiga dimensi
antara sekolah, ibu bapa dan komuniti untuk melaksanakan aktiviti.

318
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PIBK Sebagai Rakan Sinergi Sekolah

Sekolah

Ibu Bapa Komuniti

Rajah 32.4: Hubungan Tiga Dimensi Sekolah, Ibu bapa dan Komuniti

Kekuatan Program

Kerjasama dengan agensi-agensi yang terlibat merupakan usaha yang mesti diteruskan dan
melibatkan lebih banyak agensi lagi agar faedah yang maksimum diperolehi murid. Faktor-
faktor yang menyumbang kepada kekuatan pelaksanaan program ini ialah:

1. Komitmen kepimpinan sekolah - Pengetua, penolong-penolong kanan, pemimpin pertengahan,


guru-guru, ahli jawatankuasa PIBG yang komited telah memberi impak positif kepada sekolah.
2. Kerjasama dalam kalangan warga sekolah – Sebelum mendapatkan sokongan dan bantuan
pihak luar, sudah ada kerjasama erat dalam kalangan sesama warga sekolah terlebih dahulu.

Kelemahan Program

Setiap agensi mempunyai bidang tugas dan komitmen tersendiri yang perlu diberi keutamaan.
Ada kemungkinan agensi berkenaan tidak dapat memberi bantuan kepada sekolah ketika
diperlukan. Begitu juga dengan pihak sekolah yang memang sudah banyak tugas hendak
dilaksanakan.

1. Sekolah mempunyai komitmen tersendiri dan KPI yang perlu dicapai.


2. Setiap agensi yang terlibat mempunyai tanggungjawab tersendiri yang menghalang mereka
memberikan bantuan dan sokongan kepada sekolah ketika diperlukan.
3. Program ini memerlukan komitmen berterusan dari kedua-dua pihak (sekolah dan agensi), jika
tidak ia akan berkubur.

Cadangan Penambahbaikan

Sekolah bercadang melantik seorang guru bagi menyelaraskan program kerjasama sekolah dan
agensi luar ini agar usaha yang dilakukan tidak berakhir begitu sahaja. Penyelaras ini akan
sentiasa berkomunikasi dengan pihak berkenaan, mengatur tarikh pertemua dan menyediakan
dokumen seperti minit mesyuarat dan dokumen-dokumen lain. Ini adalah lantikan dalaman
sekolah sahaja tetapi kesibukannya mengurus perkara ini perlu diberi perhatian bagi mengelakkan
guru tersebut terbeban dengan tugas tambahan ini.

319
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PIBK Sebagai Rakan Sinergi Sekolah

Rajah 32.5: Kemahiran Berkomunikasi

5.0 RUMUSAN DAN PENUTUP


Usaha meningkatkan kerjasama dengan pihak luar bukan bersifat one off sebaliknya ia adalah
satu usaha berterusan yang perlu dilakukan oleh pihak sekolah. Aspek paling penting di sini
ialah komunikasi berkesan. Tanpa komunikasi berkesan, sukar bagi pihak sekolah mendapatkan
komitmen padu dari pihak berkepentingan. Dalam konteks ini, kepimpinan pengetua merupakan
faktor yang paling penting tetapi mesti disokong oleh penolong-penolong kanan dan pemimpin
pertengahan sekolah. Kepimpinan semua peringkat sekolah kerana sentiasa mengutamakan
komunikasi berkesan dengan agensi-agensi terlibat kerana melalui komunikasi berkesan akan
menentukan kelangsungan program kerjasama ini.

Bagi memperlihatkan proses pelaksanaan yang dilakukan oleh pihak pengurusan dalam
usaha memperkasakan sokongan PIBK terhadap sekolah, Bussiness Model Canvas (Alexander
Osterwalder, 2005) telah digunakan. Semua aktiviti dan pihak terlibat diperlihatkan pada satu
halaman bagi memudahkan warga sekolah melaksanakan program memperkasakan PIBK
sebagai rakan sinergi sekolah.

Jadual 32.5: Business Model Canvas, Alexander Osterwalder, 2005

Objektif Meningkatkan Kerjasama Dengan Komuniti


Inisiatif Program Meningkatkan Penglibatan PIBK Dalam Program Kecemerlangan
Sekolah
BKU Sokongan Komuniti
Kluster Pemegang Taruh

320
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PIBK Sebagai Rakan Sinergi Sekolah

4. Key 2. Key Activities 1. Value Propositions 3 Customer 5. Customer


Partners Relationships Segments
Kemenjadian murid dan • Murid-murid
sekolah berkualiti melalui Ahli komuniti • Guru-guru
Penglibatan kerjasama dan sokongan adalah ibu
• Kementerian langsung komuniti bapa/ waris
Pendidikan komuniti dalam murid
Malaysia menjayakan
• Jabatan program
Pendidikan sekolah
Sabah
• Pejabat
Pendidikan 6. Key Resources 7. Channels
Telupid-
Tongod • Pengetua • Dialog Awam
• PIBG • SLT • Mesyuarat/
• MLT Perbincangan
• Guru-guru • Penglibatan
• AKP dalam aktiviti
• AJK PIBG sekolah
7. Cost Structure 8. Revenue Streams
• Jamuan • PIBG
• Cenderamata • Sumbangan individu/korporat/
alumni

6.0 RUJUKAN
Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025.
C. Bernad (1938) disebut dalam Mohd Salleh Bin Mahad (2004) dalam bukunya iaitu The
Functions Of The Executives.
Evaluation − Periodic reflection on the progress of family and community invo School,
Family, and Community Partnerships, p. 4. https://www.brown.edu/ academics/
education- alliance/sites/ brown.edu.academics.education-alliance/files/uploads/
KLOOM_sfcp_entire.pdf

321
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
322
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
ELU COME NGISKUL

HAJI ABD HASSAN Bin HAJI BENNAH


Pengetua SMK Kabogan
xea3332@yahoo.com

SITI ANIDAH BINTI MAHADI


Pensyarah Pembimbing IAB Cawangan Genting Highlands
sitianidah@iab.edu.my

IBNU BIN JAANI,


Pegawai SIP+, PPD Kabogan

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk melihat hubung kait antara peratus kehadiran pelajar dengan
pencapaian dalam akademik amnya di daerah Semporna dan khususnya di SMK Kabogan
Semporna. Kebelakangan ini kehadiran murid ke sekolah semakin membimbangkan semua pihak
ini kerana pelajar lebih gemar menghabiskan masa mereka dengan melakukan aktiviti yang tidak
mendatangkan faedah. Oleh itu, kajian ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti punca murid
tidak suka datang ke sekolah dan mencari beberapa alternatif agar murid dapat membudayakan
amalan rajin ke sekolah. Beberapa data yang digunakan antaranya ialah soal selidik, Aplikasi
Pangkalan Data Murid (APDM), Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) dan Sistem Analisis
Peperiksaan Sekolah (SAPS) Responden kajian melibatkan beberapa orang guru, ibu bapa dan
murid yang dipilih secara rawak. Dapatan daripada kajian ini menunjukkan kehadiran murid
mempunyai hubung kait yang positif dengan pencapaian murid. Beberapa program yang telah
dirancang dan dilaksanakan agar dapat menarik minat murid untuk hadir ke sekolah.

Kata kunci: pengurusan hal ehwal murid, kehadiran murid

1.0 PENGENALAN
SMK Kabogan terletak di tepi jalan Kampung Kabogan, kira-kira 10 km dari pekan Semporna dan
boleh dihubungi melalui jalanraya dan pengangkutan laut. Sekolah ini dikelilingi oleh beberapa
buah kampung iaitu Kampung Kabogan, Kampung Selinggit, Kampung Salimbangun dan Ko-
Nelayan. Keluasan sekolah ini ialah lebih kurang lima (5) ekar, termasuk SMK dan SK Kabogan.

SMK Kabogan telah dibuka dengan rasminya pada 3 Januari 1989. Pada asalnya sekolah
ini merupakan cawangan kepada SMK Bugaya. Ia dibuka hasil buah fikiran dan usaha Tuan Haji
Hassan Bin Tawil, Pengetua SMK Bugaya pada ketika itu. Segala urusan pentadbiran adalah di
bawah kawalan SMK Bugaya sepenuhnya.

323
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Elu Come Ngiskul

1.1 Profil Sekolah

Pada awal penubuhannya, hanya terdapat tujuh (7) orang guru dan seorang KTBM. Manakala
bilangan murid adalah seramai 150 orang. Atas inisiatif dan kerjasama SK Kabogan, mereka
telah meminjamkan enam (6) buah daripada bilik darjah sekolah itu untuk tujuan pengajaran dan
pembelajaran.

Murid-murid di sekolah ini terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Bajau, Suluk, Bisaya
dan Bugis serta beberapa suku kaum minoriti lain. Sembilan puluh peratus pelajar sekolah ini
merupakan kaum Bajau yang beragama Islam. Rata-rata murid datang dari keluarga yang sederhana
taraf ekonominya. Kebanyakan ibu bapa murid adalah golongan  nelayan dan pekebun kecil. Oleh
itu, pendidikan di sini adalah amat penting bagi mengubah arah haluan dan nasib masyarakat
setempat pada masa hadapan.

Seiring  dengan peredaran masa, SMK Kabogan turut mengalami perubahan dari pelbagai
aspek. Perubahan ini dilihat menjurus ke arah perkembangan  dan kemajuan sekolah terutamanya
dari segi fizikal, jumlah tenaga pengajar, jumlah murid serta kaedah pengajaran dan pembelajaran.
Walaupun SMK Kabogan tidak seindah dan selengkap sekolah lain yang mempuyai bangunan
konkrit dan lengkap dengan kemudahan sewajarnya, namun bangunan kayu SMK Kabogan masih
mampu bersaing dengan sekolah-sekolah lain. Malahan bangunan dan kemudahan fizikalnya
memperlihatkan kesenian dan nilai sejarah tersendiri, khususnya kepada mereka yang pernah
duduk bernaung di bawah kolong langit sekolah ini.

Pada mulanya, SMK Kabogan hanya terdiri daripada dua (2) buah blok bangunan yang
mengandungi enam (6) bilik darjah, sebuah pusat sumber dan sebuah bilik guru. Kini, sekolah
ini telah berubah wajah seiring dengan arus pemodenan dunia pendidikan. Perubahan ketara yang
dapat dilihat apabila sekolah ini kini telah mempunyai lapan (8) buah blok bangunan utama. Tiga
(3) blok menempatkan 12 bilik darjah, sebuah makmal sains, sebuah pusat sumber, satu blok bilik
guru, sebuah surau dan sebuah bengkel untuk mata pelajaran Kemahiran Hidup.

Blok bilik guru adalah bangunan yang terbaharu dibina iaitu pada tahun  1996 dan ini
telah memberi keselesaan kepada guru serta menambahkan lagi keceriaan sekolah. Bangunan
turut sentiasa mengalami perubahan wajah sama ada melalui pembesaran ruang mahu pun
pengemaskinian peralatan seperti almari fail, kerusi meja, komputer dan sebagainya. Selain dari
itu, terdapat juga bilik untuk guru kaunseling, Pendidikan Seni, disiplin, stor PJPK, stor peralatan,
bilik cetak, bilik SPBT, bilik Kemahiran Hidup, sebuah bilik gerakan berhawa dingin dan pondok
pengawal.

Kini, SMK Kabogan mempunyai 46 orang guru dan enam (6) orang ahli kakitangan
sokongan dengan jumlah pelajar seramai 647 orang. Pecahan kelas bagi setiap tingkatan ialah
Tingakatan 1 sebanyak empat kelas, Tingkatan 2 empat kelas, Tingkatan 3 empat kelas, Tingkatan
4 empat kelas dan Tingkatan 5 empat kelas.

1.2 Status Quo

SMK Kabogan merupakan sebuah sekolah yang berpotensi untuk berjaya jika merujuk kepada
data pencapaian SPM. Namun data ini menunjukkan bahawa pencapaian adalah tidak konsistan
seperti dalam Rajah 1 dan perlu ada perancangan strategik untuk menanganinya.

324
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Elu Come Ngiskul

a. Pencapaian sekolah dalam bidang akademik

Rajah 33.1: Gred Purata Mata pelajaran SPM dalam tempoh dua (2) tahun (2017-2018)

Rajah 33.2: Gred Purata Mata pelajaran Pentaksiran Tingkatan 3 dalam


tempoh dua (2) tahun (2018-2019)

b. Pencapaian murid dalam bidang kokurikulum

Rajah 33.3: Pencapaian murid dalam bidang kokurikulum

325
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Elu Come Ngiskul

2.0 MENGENAL PASTI ISU DAN PENAMBAHBAIKAN


Jawatankuasa Penambahbaikan SMK Kabogan telah berbincang untuk membuat analisis isu
dalaman dan isu luaran dengan menggunakan SWOT. Daripada SWOT, pilihan intervensi
strategik telah dibuat. Rajah Tulang Ikan Ishikawa juga digunakan sebagai alat untuk
menganalisis isu, iaitu melihat aspek-aspek Manusia, Kaedah, Persekitaran dan Bahan. Analisis
SWOT telah membantu mengenal pasti isu, punca dan intervensi untuk meningkatkan peratus
kehadiran sekolah.

Rajah 33.4: Rajah Tulang Ikan Ishikawa

Analisis SWOT

Jadual 33.1: SWOT SMK Kabogan


KEKUATAN (S) KELEMAHAN (W)
1. Kawasan sekolah berada dalam 1. Kekurangan kemudahan asas
kawasan komuniti. (kerusi, meja)
2. Bilangan guru yang mencukupi 2. Pelajar kurang kesedaran tentang
seramai 45 orang. kepentingan ilmu (kadar ponteng
tinggi)
3. Penggunaan aplikasi SSDM yang
mantap (salah laku kes disiplin 3. Persekitaran sekolah yang kurang
hanya 15.2%) kondusif (kehadiran pelajar kurang
daripada 90%, guru mencukupi dari
4. Komunikasi berkesan dengan segi bilangan tetapi kurang dari segi
menggunakan bahasa ibunda. opsyen)
5. 80% pelajar tinggal berhampiran 4. Terdapat blok bilik darjah dan
sekolah. perabot dalam keadaan usang.
6. Terdapat dua (2) orang Guru
Bimbingan dan Kaunseling yang
terlatih.
8. Bilangan murid yang sederhana
seramai 647 orang.
9. Menyediakan bantuan dana ehsan
kepada murid yang memerlukan.
PILIHAN STRATEGIK

326
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Elu Come Ngiskul

PELUANG (O) S–O W–O


1. Hubungan 2 hala yang baik S1+S4+O1+O5 Mewujudkan W2+O1+O3+O5 Mengadakan
antara ibu bapa/penjaga dengan hubungan dan kerjasama dua kursus untuk memberikan kesedaran
sekolah. hala bersama PIBG/Penjaga yang kepada murid
berkesan.
2. Hubungan baik dengan PDRM
untuk menangani isu-isu disiplin
dan keselamatan. W1+O1+O4 Sokongan padu dapat
S6+S8+O4+O5 Dapat mengadakan/ menyediakan kemudahan yang
3. Hubungan baik dengan PPD. menganjurkan aktiviti yang diperlukan sekolah.
melibatkan semua pelajar SMKKS
4. Kerjasama dengan pihak PIBG/
PIBK dengan baik.

5. Alumni aktif.
CABARAN (T) S–T W–T
1. Kedudukan sekolah berdekatan S1+S6+T1 W2+T4+T6
dengan kampung.
Pengaruh luar dapat diatasi dengan Tahap ekonomi yang rendah
2. Sebilangan ibu bapa tidak mam- kehadiran guru bimbingan dan guru menyumbang kekurangan kesedaran
pu membayar sewa pengangkutan. disiplin. pelajar.
3. Ibu bapa kurang prihatin terha-
dap kehadiran anak ke sekolah.
4. tahap ekonomi ibu bapa yang S9+T2+T4+T6 Menyediakan bantu- W2+T5 Kemudahan yang tidak
rendah. an kewangan untuk keperluan pelajar menarik menyebabkan pelajar tidak
yang memerlukan minat belajar
5. Sikap ibu bapa yang defensif
kepada anak.
6. persekitaran keluarga
(penceraian, yatim piatu)

3.0 PELAKSANAAN

Hasil dapatan perbincangan bersama dan data kehadiran setiap bulan pada tahun 2019 mendapati
bahawa isu kehadiran atau punca pelajar ponteng sekolah pada bulan tertentu, iaitu April dan
Jun masih tinggi kerana peratus kehadiran yang rendah, iaitu 88% dan 77% dan ini menyumbang
kepada kemerosotan peratus kehadiran bagi mencapai Key Performance Index (KPI) pada tahun
2019 sebanyak 90%.

Berdasarkan kehadiran terperinci dari setiap kelas masalah kehadiran ini dapat dikenal
pasti bagi kelas sederhana iaitu Adil dan Aktif kerana menyumbang peratus kehadiran terendah
pada kebanyakan bulan yang mana peratus kehadiran tidak mencecah 90%.

Terdapat beberapa punca menyebabkan kemerosotan peratus kehadiran di kelas sederhana


iaitu musim perayaan (seperti Regatta Lepa pada bulan April, Hari Raya Aidilfitri pada bulan Jun),
kerja kursus yang belum disiapkan dan masalah pengangkutan bagi pelajar yang tinggal jauh dari
kawasan sekolah.

Pelbagai program dijalankan bagi mengatasi isu kehadiran pelajar iaitu Program Guru
Penyayang, Cakna, Dialog bersama ibu bapa, Program UBK (Pemantapan), Slot disiplin &
motivasi.

327
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Elu Come Ngiskul

Rajah 33.6: Program Intervensi

Berikut adalah peratus kehadiran pelajar pada tahun 2019. Dapat dilihat kehadiran pelajar
tidak konsistan mengikut kelas. Pencapaian keseluruhan tahun 2019 ialah 87%.

Jadual 33.2: Peratus Kehadiran Pelajar Pada 2019

BULAN
KELAS
JAN FEB MAC APR MEI JUN JUL OGS SEP OKT NOV
5 ARIF 93 89 95 90 92 87 93 95 92 91 99
5 AZAM 94 88 91 84 83 79 86 86 89 83 99
5 AKTIF 90 89 93 81 87 83 86 85 82 85 99
5 ADIL 86 79 82 68 68 56 58 66 67 58 96
4 ARIF 91 90 92 91 89 89 87 86 94 95 97
4 AZAM 85 79 86 81 75 60 72 64 67 94 94
4 AKTIF 94 87 96 85 81 76 85 83 82 89 95
4 ADIL 88 88 93 87 82 78 76 75 73 87 90
3 ARIF 97 93 93 92 91 92 93 93 92 95 99
3 AZAM 93 87 91 83 84 78 84 84 89 91 99
3 AKTIF 97 92 94 90 92 82 86 88 89 76 97
3 ADIL 79 75 81 84 76 72 79 75 73 79 79
2 ARIF 95 91 94 94 91 87 93 88 92 97 98
2 AZAM 85 86 88 80 81 79 82 83 85 73 97
2 AKTIF 95 90 91 68 83 81 87 87 88 95 90
2 ADIL 88 84 92 86 81 79 83 82 80 95 90
1 ARIF 94 94 94 91 91 91 96 96 93 98 97
1 AZAM 89 83 88 87 85 80 89 85 86 92 90
1 AKTIF 95 88 90 89 83 84 85 82 83 94 99
1 ADIL 95 87 91 85 80 79 87 85 84 95 97

328
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Elu Come Ngiskul

Punca dan Faktor Masalah

Musim perayaan

- Regatta Lepa (April)

- Hari Raya (Jun)

Kadar ponteng meningkat di kelas sederhana (Aktif & Adil)

Masalah pengangkutan pelajar yang tinggal:

- Kg Tampi-Tampi

- Kg Salimbangun

- Kg Sinalang

- Kg Sowang Bubul

- Pekan Semporna

Kekurangan kemudahan asas (kerusi & meja)

Tahap ekonomi ibubapa yang rendah

Sebilangan pelajar kurang bermotivasi kerana kurang menguasai 3M

Persekitaran keluarga (perceraian, yatim piatu)

Senarai Intervensi

Program guru penyayang

Home visit

Dialog bersama ibu bapa

Program UBK (Pemantapan)

Slot disiplin & motivasi

Pengunaan aplikasi SSDM yang mantap

329
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Elu Come Ngiskul

Jadual 33.3: Laporan Analisis SSDM

330
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Elu Come Ngiskul

4.0 PENILAIAN DAN IMPAK DATA


Penilaian atau impak program yang telah dilaksanakan sedikit sebanyak memberi kesedaran
terhadap murid dan ibu bapa. Berdasarkan data peratus kehadiran bulan seterusnya iaitu Julai
hingga Ogos menunjukan peningkatan walaupun masih belum mencapai peratus yang dikehendaki.

5.0 RUMUSAN DAN PENUTUP

Program intervensi seperti program guru penyayang, ziarah cakna, dialog bersama ibu bapa,
program UBK dan slot disiplin memainkan peranan yang penting bagi memastikan peratus
kehadiran pelajar dapat dikekalkan pada tahap yang memuaskan.

Walau bagaimana pun terdapat kekangan yang masih dalam tindakan untuk diselesaikan
bagi pelajar yang tegar atau permasalahan dan cabaran yang masih dibincangkan.Pemetaan untuk
meningkatkan peratus kehadiran pelajar ini berlangsung selama tiga tahun dan diharap perancangan
ini dapat dicapai sekaligus meningkatkan kualiti peratus kehadiran pelajar.

Jadual 33.4: Pemetaan dan Pelaporan Prestasi Projek 3 Tahun

Rumusannya, pemetaan tiga tahun ini dibuat untuk mengesan keberkesanan pelaksanaan program
dan strategi kearah mencapai KPI yang ditetapkan sekolah. Program-program akan sentiasa
dipantau untuk ditambah baik sepanjang tempoh pelaksanaan.

6.0 RUJUKAN
Mohd Ismail Othman (2005). Menangani Disiplin di Sekolah. Kuala Lumpur: Utusan Publications
& Distributors Sdn. Bhd.

Md Suhaimi bin Md Husin (2009). Kajian Tentang Faktor sekolah Yang Mempengaruhi Masalah
Ponteng Di Kalangan Pelajar Di Sekolah-sekolah menengah Daerah Tanah Merah
Kelantan.

331
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Elu Come Ngiskul

5.1 Pelan Strategik

Jadual 33.5: Peratus kehadiran pelajar rendah

INDIKATOR/
ISU MASALAH MATLAMAT STRATEGI
PENCAPAIAN
Peratus kehadiran Kurang Meningkatkan Mengadakan dan Peratus kehadiran
pelajar kurang kesedaran tentang peratusan merancang program pelajar meningkat
daripada 90% kepentingan ilmu kehadiran pelajar untuk menarik minat dan mencapai KPI
pelajaran datang ke sekolah pelajar datang ke iaitu 96%
sekolah

Tidak suka dengan Melanggar Mengurangkan Mengadakan sesi Masalah salah


peraturan sekolah peraturan sekolah masalah salah kaunseling bersama laku pelajar dapat
laku disiplin dengan guru dikurangkan
pelajar sambil kaunseling dan guru kepada 3%
melatih pelajar disiplin
untuk lebih
berdisiplin

Kemahiran belajar Pelajar tidak Memupuk Memantapkan lagi Peratus pencapaian


kurang dalam minat belajar dan semangat proses PdPc didalam pelajar meningkat
kalangan pelajar kurang kesedaran mencintai ilmu bilik darjah dan dapat
kepentingann dalam kalangan mengurangkan
pelajaran pelajar jumlah gagal.
Mempelbagaikan
kaedah pengajaran
dan pembelajaran
dengan penerapan
PAK21

Isu, Strategik, Matlamat, Objektif Dan KPI

Jadual 33.6: Isu, Strategik, Matlamat, Objektif dan KPI

332
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Elu Come Ngiskul

5.2 Pelan Taktikal

Jadual 33.7: Pelan Taktikal

5.3 Pelan Operasi

Jadual 33.8: Pelan Operasi

Nama Program Guru Penyayang


Matlamat Meningkatkan peratus kehadiran pelajar Tingkatan 5 ke sekolah
Objektif Dapat menarik minat pelajar datang ke sekolah
Tempoh Sepanjang Tahun
Sasaran Semua Pelajar
Kos Tiada
Status/ Pelan
langkah Proses kerja Tanggungjawab Tempoh
Kontigensi
Mesyuarat Pengetua 1 hari

1. Ucapan Pengetua GPK HEM


1
2. Penentuan Pelaksanaan

3. Cara Pelaksanaan
Pelaksanaan aktiviti yang Semua guru Sepanjang
2 telah dirancang bertugas tahun
mingguan

333
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Elu Come Ngiskul

LAMPIRAN 33-1

1. Program Gotong Royong Perdana

2. Dialog bersama Ibu bapa

3. Seminar Keibubapaan

4. Seminar Pembangunan Sahsiah Murid

5. Ziarah Cakna/Home visit

Gambar 33.1: Seminar Keibubapaan

Gambar 33.2a: Dialog Prestasi Bersama Ibu bapa

Gambar 33.2b: Dialog Prestasi Bersama Ibu bapa

334
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
SINAR PERKASA
TENGKU MOHD NAZRI BIN TENGKU ANANG
Pengetua SMK Datuk Haji Panglima Jakarullah
xea3335@gmail.com

SITI ANIDAH BINTI MAHADI


Pensyarah pembimbing IAB Cawangan Genting Highlands
sitianidah@iab.edu.my

IBNU BIN JAANI


Pegawai SIP+ PPD Semporna

ABSTRAK

Kecemerlangan kurikulum sekolah adalah aspek utama yang hendak dicapai. Sehubungan
dengan itu, Jawatankuasa Intervensi Kurikulum telah diwujudkan agar dapat membantu ke arah
kecemerlangan kurikulum Sekolah. Mata pelajaran Sejarah dijadikan fokus dalam usaha untuk
meningkatkan pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Hal ini kerana didapati bahawa
subjek Sejarah masih berada pada tahap sederhana dan memerlukan program intervensi.
Subjek Sejarah merupakan subjek wajib lulus bersama-sama dengan subjek Bahasa Melayu
untuk melayakkan murid mendapat sijil SPM.  Penguasaan dan peningkatan mata pelajaran
Sejarah juga penting untuk meningkatkan jati diri dan juga semangat patriotik dalam kalangan
murid dan sejak kebelakangan ini didapati bahawa nilai tersebut semakin luntur dan terhakis.
Hasilnya, Sinar Perkasa telah dilaksanakan untuk mencapai hasrat tersebut. Penilaian program
telah dilaksanakan berdasarkan keputusan peperiksaan percubaan SPM. Peratus lulus telah
menunjukkan peningkatan daripada 39% dalam peperiksaan pertengahan tahun kepada 71.97%
dalam peperiksaan percubaan SPM.  GPMP juga meningkat daripada 7.62 kepada 6.38. Ini
menunjukkan bahawa program yang dirancang dan telah dilaksanakan memberi impak yang
besar ke arah peningkatan peratus lulus dan gred mata pelajaran Sejarah.

Kata kunci: Sinar Perkasa

1.0 PENGENALAN
SMK Datuk Haji Panglima Jakarullah mula dibina pada tahun 2002 di atas tanah seluas 35 hektar
di Jalan Bukit Lalang Semporna. Dahulu sekolah ini dikenali sebagai SMK Abdullah II. Pada 4
Julai 2005, sekolah ini mula beroperasi dengan jumlah pelajar seramai 472 orang, 28 orang guru
dan lapan (8) orang anggota kumpulan pelaksana. Kebanyakan murid yang ditempatkan di sini
ialah lebihan murid dari SMK Datuk Panglima Abdullah. Sekolah ini merupakan sekolah yang
lengkap dengan segala kemudahan seperti asrama, surau, padang, mini astaka, dewan, kantin dan
juga flat guru. Pada masa sekarang jumlah pelajar ialah seramai 1512 orang, 104 guru dan 13 orang
anggota kumpulan pelaksana.

335
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Sinar Perkasa

1.1 Profil Sekolah

Pengetua mula melaporkan diri di sekolah ini pada 1 Januari 2019. Prestasi SPM dari segi Gred
Purata Sekolah (GPS) dan peratusan telah menunjukkan peningkatan dua tahun berturut-turut
mulai tahun 2017 hingga 2018. Begitu juga dengan GPMP Sejarah.

Jadual 34.1: GPS Dan Peratus Lulus SPM

TAHUN GPS %
2016 6.93 64.44
2017 6.61 73.12
2018 6.36 77.99

Jadual 34.2: GPMP Dan Peratus Lulus Sejarah

TAHUN GPMP %
2016 7.31 63.7
2017 6.71 73.4
2018 6.40 78.8

Jawatankuasa Intervensi Kurikulum SMK Datuk Haji Panglima Jakarullah telah berbengkel untuk
membuat analisis isu dalaman dan luaran dengan menggunakan SWOT. Daripada SWOT, pilihan
intervensi dan strategi telah dibuat. Tulang Ikan Ishikawa juga digunakan sebagai alat untuk
menganalisis isu iaitu melihat aspek manusia, kaedah, bahan, mesin dan persekitaran. Analisis
SWOT dan Rajah Tulang Ikan Ishikawa diharap dapat membantu jawatankuasa mengenal pasti
isu, punca dan intervensi untuk meningkatkan prestasi mata pelajaran Sejarah.

336
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Sinar Perkasa

Rajah 34.1: Analisis Isu: Rajah Tulang Ikan Ishikawa

Jadual 34.3: Analisis SWOT Meningkatkan GPMP Sejarah

337
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Sinar Perkasa

Senarai Strategi yang diperoleh:

Jadual 34.4: Senarai Strategi yang diperoleh dari TOWS Matriks

Strategi-strategi dikenal pasti


S1: Mewujudkan persekitaran pembelajaran Sejarah melalui PAK21.
S2: Meningkatkan minat membaca dalam kalangan murid dengan menggunakan modul.
S3: Mengesan murid yang lambat/ponteng.
S4: Memantapkan kemahiran guru Sejarah dalam PAK 21.
S5: Memantapkan aktiviti Persatuan Sejarah.
S6: Mengurangkan masalah ponteng dan kehadiran.
S7: Menjalankan outreach kepada ibu bapa.
S8: Melibatkan ibubapa dalam program aktiviti Persatuan Sejarah.

Penjanaan strategi dibuat melalui TOWS Matriks bagi Program Peningkatan SPM Sejarah
2019. Berdasarkan analisis pemilihan strategi mengikut skala 1 hingga 6 iaitu sangat kurang,
kurang, sederhana, banyak dan sangat baik serta kriteria pemilihan iaitu tahap kesukaran, proses
kerja, kompetensi guru untuk terlibat dalam program, sumber kewangan dan kos pembiayaan,
kemudahan prasarana dan peralatan, andaian keupayaan mengatasi halangan dan kesesuaian
dengan persekitaran terkini, hanya tiga sahaja program yang dicadangkan untuk dilaksanakan iaitu
S2, S4 dan S6.

Skala Likert:

1 – sangat kurang 2 – kurang 3 – sederhana 4 – banyak 5 – sangat banyak

Jadual 34.5: Pemilihan strategi melalui Matriks ranking

Asas S1 S2 S3 S4 S5 S6 S7 S8 Jumlah
Pertimbangan
Tahap kesukaran
4 3 2 5 4 5 3 3 29
proses kerja
Kompetensi guru 3 5 3 5 4 4 2 3 29
Sumber
kewangan dan 5 4 5 5 4 5 2 3 33
kos pembiayaan
Kemudahan
prasarana dan 2 5 4 5 4 5 3 3 31
peralatan
Jumlah 14 17 14 20 16 19 10 12 122
Ulasan S4 dipilih menjadi keutamaan berdasarkan skala di atas.

338
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Sinar Perkasa

3.0 PELAKSANAAN
Hasil daripada sumbang saran kumpulan Jawatankuasa Intervensi Kurikulum dan data peperiksaan
pertengahan tahun Tingkatan 5 (2019) isu strategik SMK Datuk Haji Panglima Jakarullah adalah
GPS SPM yang masih rendah. Hal ini demikian kerana, GPMP mata pelajaran Sejarah (Take-off
Value (TOV) berdasarkan Peperiksaan Akhir Tahun (PAT) Tingkatan 4 tahun 2018) merupakan
antara penyumbang utama kepada kemerosotan GPS (TOV sekolah adalah 6.40, ETR sekolah
adalah 3). Peperiksaan Pertengahan Tahun (Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT)) diambil sebagai
dapatan praujian manakala Peperiksaan Percubaan (PPC) pula diambil sebagai dapatan pasca-ujian
untuk mengesan keberkesanan program intervensi. 

Berdasarkan TOV mata pelajaran Sejarah, didapati seramai 144 orang murid yang gagal dalam
peperiksaan akhir tahun Tingkatan 4 tahun 2018 (PAT Tingkatan 4) Kumpulan ini juga tidak
mencapai kehadiran 90%. Mereka juga didapati tidak minat membaca terutama buku teks Selain
itu, guru-guru yang mengajar Sejarah Tingkatan Empat dan Lima perlu meningkatkan kemahiran
PdPC PAK 21 agar mereka dapat meningkatkan keberkesan PdPc seterusnya menjadikan subjek
Sejarah sebagai mata pelajaran yang menarik.  Oleh itu, Rancangan Pemajuan Sekolah (RPS) telah
dibina untuk menangani isu strategik SPM SMK Datuk Haji Panglima Jakarullah, iaitu program
intervensi yang menitikberatkan sinergi antara dua bidang, yakni akademik (mata pelajaran
Sejarah), dan Hal Ehwal Murid (HEM).

Jadual 34.6: Pelan Taktikal Peningkatan Sejarah

339
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Sinar Perkasa

Jadual 34.7: Pelan Operasi Peningkatan Sejarah

a. Strategi 1: Memantapkan kemahiran guru Sejarah dalam PAK21

Projek PLC Sejarah PAK21


Objektif PdPc guru berkesan
Tempoh 1 hari
Kumpulan sasaran Semua guru Sejarah SPM
Tanggungjawab GPK,GPMP
1. Taklimat program
2. Kumpulan sasaran
Proses kerja
3. Perbincangan pelaksanaan

4. Pelaksanaan aktiviti dan perbelanjaan (Kertas kerja)

b. Strategi 2: Meningkatkan minat membaca murid dengan menggunakan modul

Projek Jom Membaca


Objektif Meningkatkan peratus minat membaca
Tempoh April hingga Jun
Kumpulan sasaran  Semua pelajar Tingkatan 5
Tanggungjawab GPK, KB, KP, GPMP
Proses kerja 1. Taklimat program

2. Kumpulan sasaran

3. Perbincangan pelaksanaan

4. Perlaksanaan aktiviti dan perbelanjaan (Kertas kerja)

c. Strategi 3: Mengurangkan ponteng dan kehadiran masalah

Projek Cakna Guru


Objektif Meningkatkan peratus kehadiran pelajar
Tempoh April hingga Jun
Kumpulan sasaran  Semua murid Tingkatan 5
Tanggungjawab Pengetua.PIBG.PK HEM.Guru Kaunseling
Proses kerja 1. Taklimat program

2. Kumpulan sasaran

3. Perbincangan pelaksanaan

4. Perlaksanaan aktiviti dan perbelanjaan (Kertas kerja)

340
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Sinar Perkasa

LAPORAN PELAKSANAAN

PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY (PLC) 2019

Jadual 34.8: Laporan Pelaksanaan PLC 2019

BIL PANITIA BILANGAN TARIKH PELAKSANAAN


7.3.2019
1 SEJARAH 2
3.8.2019

Gambar 34.1a & b: PLC Panitia Sejarah dan PLC bersama Guru Cemerlang Sejarah.

341
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Sinar Perkasa

LAPORAN PELAKSANAAN JOM MEMBACA

Dilaksanakan bermula April hingga Jun 2019. Murid dikehendaki membaca modul
Sejarah awal pagi sebelum sesi PdPC bermula jam 7.00 am.

Gambar 34.2: Aktiviti Jom Membaca

LAPORAN PROGRAM CAKNA GURU

Pihak sekolah telah mengenal pasti pelajar yang menghadapi masalah kehadiran. Dialog prestasi
telah diadakan untuk menyelesaikan masalah kehadiran pelajar. Daripada 30 orang yang dipanggil,
90% telah dapat hadir ke sekolah.

Gambar 34.3: Projek Cakna Guru

342
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Sinar Perkasa

4.0 PENILAIAN DAN IMPAK


Penilaian program telah dilaksanakan berdasarkan keputusan peperiksaan percubaan SPM. Peratus
lulus telah menunjukan peningkatan  daripada 39% dalam peperiksaan pertengahan tahun kepada
71.97% . GPMP juga meningkat  daripada 7.62 kepada 6.38. Ini menunjukan bahawa program
yang dirancang dan telah dilaksanakan memberi impak yang besar ke arah peningkatan peratus
lulus dan gred mata pelajaran Sejarah.

Jadual 34.9:Perbandingan Pencapaian Peperiksaan Pertengahan Tahun


Dengan Peperiksaan Percubaan SPM 2018 dan 2019

PEPERIKSAAN 2018 % LULUS GPMP


Pertengahan Tahun  56.03 7.81
Percubaan SPM 50.85 7.18
SPM 78.80 6.40

PEPERIKSAAN 2019 % LULUS GPMP


Pertengahan Tahun  39.00 7.62
Percubaan SPM 71.97 6.38
KPI  SPM 88.46 5.66

Rajah 34.2: Peratus Lulus GPMP Sejarah

5.0 RUMUSAN DAN PENUTUP

343
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Sinar Perkasa

Program INPEKS ini telah berjaya meningkatkan peratus lulus dan gred mata pelajaran Sejarah
SPM yang masih rendah. Walau bagaimanapun ia tidak dapat lari daripada kekangan dan cabaran.
Antaranya pemantapan PdPc PAK 21, penguasaan standard 4 SKPMG2 terutama 4.4.1(keupayaan
guru mendorong minda murid) dan 4.4.2 (keupayaan guru mendorong emosi murid) dalam PdPc
mata pelajaran Sejarah. Cabaran seterusnya isu kehadiran murid melebihi 90% sukar dicapai
kerana faktor kewangan dan pengangkutan murid.

Pemetaan untuk RPS ini berlangsung selama tiga tahun. RPS yang dirancang ini diharap
dapat mencapai matlamat sekolah untuk keluar GPS 6.36 kepada GPS 5.57 atau sekurang-
kurangnya 5.99 dengan mengambil kira peningkatan GPMP Sejarah.

Jadual 34.10: Pelan Pembangunan Sekolah (Three feet Plan)

Kesimpulannya pemetaan tiga tahun yang bermula 2019 hingga 2021 juga dibuat untuk
mengesan keberkesanan pelaksanaan program dan strategi ke arah mencapai KRA-KRA yang
telah diputuskan. Program ini akan dipantau untuk ditambah baik sepanjang tempoh pelaksanaan.
Diharapkan keputusan SPM 2019 dapat mencapai KPI yang telah ditetapkan dan sekali gus
mengeluarkan sekolah SMK Datuk Haji Panglima Jakarullah daripada GPS 6.36  kepada sekurang-
kurangnya 5.98.

6.0 RUJUKAN
Minit Mesyuarat Jawatankuasa HEM PPD Pitas Bil 2/2019.
Minit Mesyuarat Jawatankuasa HEM SMK Telaga Bil 1/2019.
Minit Mesyuarat Agung PIBG SMK Telaga 2019.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kpm-perluas-konsep-sekolah-penyayang-
Pelan Strategik HEM 2017 -2020. SMK Telaga, Pitas.

344
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PROGRAM MINDA NUKLEAR DAN 1GROUP1WEEK1ESSAY

JOHNNY APIN
Pengetua, SMK Ulu Sugut (Malinsau)
jonapin8@yahoo.com

MARIANI BINTI RAHIM


Pensyarah Pembimbing IAB Cawangan Genting Highlands
mariani@iab.edu.my

SARIDIH BIN AHMAD


SIP+ Partner, PPD Ranau

ABSTRAK

Antara mata pelajaran yang menunjukkan kemerosotan atau tiada peningkatan, adalah mata
pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris. Dalam 3 tahun pencapaian lepas didapati GPS PT3,
bagi ujian bertulis Bahasa Inggeris ialah 4.68 (tahun 2016), 5.81(2017) dan 4.93(2018). Manakala
peperiksaan SPM, GPS Bahasa Inggeris ialah 7.99(tahun 2016), 8.13(2017) dan 8.02 (2018).
Manakala bagi mata pelajaran Matematik PT3, GPS adalah 4.46(tahun 2016), 5.35(2017) dan
3.92(2018). Bagi matapelajaran peperiksaan SPM, GPS ialah 7.18 (tahun 2016), 7.50 (2017) dan
7.22 (2018). Satu analisis telah dibuat terhadap mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik.
Jawatankuasa kurikulum dan panitia mata pelajaran berkenaan telah mengenal pasti kelemahan,
kekuatan, serta penambahbaikan. Beberapa program peningkatan prestasi telah dikenalpasti
bagi kedua-dua mata pelajaran ini. Bagi mata pelajaran Matematik, Program Minda Nuklear
dan Klinik Matematik telah diperkenalkan. Manakala bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris pula,
aktiviti 1Group1Week1Essay telah dibuat. Hasil daripada aktiviti ini terdapat perubahan yang
signifikan dari segi peningkatan peratus lulus dan GPS pelajar-pelajar selepas beberapa siri
aktiviti dibuat.

Kata Kunci : Pengurusan Kurikulum, Minda Nuklear, Klinik Matematik

1.0 PROFIL SEKOLAH

Sekolah Menengah Ulu Sugut (Malinsau) terletak di kawasan pedalaman Negeri Sabah. Pekan
terdekat adalah Ranau, iaitu kira-kira 93 km dari sekolah. Jalan masuk ke sekolah adalah melalui
jalan berturap, jalan gravel dan tanah merah. Sekolah ini menerima pelajar-pelajar dari 7 buah
sekolah saluran iatu, SK Kaingaran, SK Gusi, SK Malinsau, SK Mangkapoh, SK Sri Gabungan, SK
Karagasan dan SK Kawiyan. Saya mula bertugas di sekolah ini pada 7 Mac 2015. Bilangan pelajar

345
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Program Minda Nuklear Dan 1Group1week1essay

adalah seramai 635 orang pada tahun 2015 dan pada tahun 2019 bilangan pelajar adalah seramai
685 orang. Kebanyakan pelajar terdiri daripada anak-anak golongan petani dan berpendapatan
rendah. Data menunjukkan bahawa 92 % pelajar adalah penerima Kumpulan Wang Amanah
Pelajar Miskin (KWAPM) dimana pendapatan seisi rumah kurang daripada RM3,000.

Pencapaian pelajar dibidang akademik adalah agak rendah. Umpamanya dalam peperiksaan SPM
dalam tempoh 5 tahun lepas, menunjukkan GPS (rujuk Lampiran 1) di bawah aras 5, iaitu terletak
di band 5 atau 6 dalam capaian berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM/
SKPMG2). Sekolah ini juga antara sekolah berada dikedudukan terbawah dari segi pencapaian
GPS dikalangan 11 lagi sekolah menengah yang lain. Bagaimanapun sekolah ini boleh dibanggakan
kerana terdapat beberapa pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam PT3 dan SPM dimana
pelajar-pelajar berkenaan akan melanjutkan pengajian di tingkatan 4, diploma atau ijazah sarjana
muda. Misalnya pelajar bernama Mickwin Bin Mejilion (SPM 2017) mendapat 7A dan Terrenah
Beatrish Augustine (SPM2017) mendapat 8A.

Pencapaian dalam bidang kokurikulum boleh dibanggakan. Sekolah ini boleh bersaing
untuk mendapat kedudukan tempat ke4 atau ke5 dalam Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia
di peringkat daerah. Sekolah juga mempunyai beberapa kebitaraan sukan iaitu dalam sepak
takraw, catur dan ping pong. Penyertaan sekolah dalam Karnival Bahasa daerah juga menunjukkan
pencapaian yang baik dan boleh dibanggakan.

Semenjak tahun 1983 sekolah ini masih berusaha dan mengharapkan bahawa ada usaha
untuk menaiktaraf bangunan dan kemudahan sekolah. Sekolah ini, dikategorikan daif serta
diistiharkan pada 2017 oleh pihak Jabatan Kerja Raya sebagai tidak selamat digunakan dan tidak
ekonomik untuk dibaiki. Sedikit sebanyak keadaan ini menyebabkan persekitaran kerja guru-guru
dan pelajar-pelajar belajar adalah tidak kondusif. Misalnya sekolah tiada kemudahan makmal yang
sesuai, tiada kemudahan sesi kaunseling yang sesuai, keadaan bekalan elektrik yang tidak stabil
dan terputus-putus serta mod pengangkutan yang kurang, jauh dan berbahaya kepada pelajar-
pelajar. Bekalan air bersih sukar didapati serta terdedah kepada penyakit atau jangkitan penyakit
bawaan vector.

2.0 MENGENAL PASTI MASALAH DAN PENAMBAHBAIKAN

Fokus kepada isu dan penambahbaikan dalam program ini adalah merujuk kepada mata pelajaran
Bahasa Inggeris dan Matematik. Ini adalah merujuk keputusan peperiksaan awam sekolah iaitu
SPM. Pencapaian di peringkat PT3 juga dipertimbangkan dalam mencari isu dan penambahbaikan
terutama yang berkaitan dengan pencapaian peratus dan GPS mata pelajaran.

2.1 Isu Mata Pelajaran Matematik

Pada dasarnya, tenaga pengajar dalam mata pelajaran Matematik adalah mencukupi. Bagaimanapun
terdapat beberapa perkara yang dikenalpasti menjadi faktor penyebab kurangnya kemahiran dalam
mata pelajaran Matematik. Masih terdapat pelajar yang kurang mahir asas Matematik seperti sifar
dan asas pengiraan Matematik. Dengan itu menyukarkan pelajar menjawab soalan dengan cepat

346
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Program Minda Nuklear Dan 1Group1week1essay

dan berkesan. Bahan bantu mengajar yang kurang, fasiliti yang terhad dan persekitaran sekolah
yang kurang mendorong ke arah budaya belajar. Guru juga dikenali pasti kurang kreativiti dalam
PdPc dan didorong dengan kaedah traditional. Pelajar tidak menyiapkan latihan, kurang komitmen
belajar, kerap ponteng dan kurang ambil berat daripada pihak ibubapa. Tidak semua program yang
dirancang dapat dilaksanakan, akibat kesuntukkan masa, aktiviti bertindih dan kesibukan guru
menghadiri mesyuarat, kursus serta menyesuaikan semula perancangan bila diperkenalkan KSSM.
Pelajar juga kurang bermotivasi, kurang inisiatif dalam menyelesaikan masalah Matematik. Pelajar
terlalu bergantung kepada guru dan guru terpaksa menggunakan paksaan. Ketidakmampuan
membeli buku-buku rujukan tambahan, kalkulator juga menyumbang kepada pencapaian rendah
Matematik.

2.2 Isu Mata Pelajaran Bahasa Inggeris

Beberapa kelemahan telah dikenalpasti. Pelajar telah diberi pemulihan dan pengukuhan tetapi
masih juga tidak dapat dikuasi oleh pelajar. Kekurangan kosa kata (vocabulary) akibat kurang
membaca antara sebab yang dikenalpasti. Pengurusan masa murid semasa peperiksaan yang tidak
efisien menyebabkan murid tidak sempat menjawab semua soalan. Pelajar lebih bersikap defensive
terhadap mata pelajaran dengan lebih mempersalahkan kekurangan masa, tiada kemudahan dan
persekitaran yang tidak kondusif menurut pelajar. Antara sebab lain adalah jumlah guru opsyen
Bahasa Inggeris adalah tidak mencukupi menyebabkan guru-guru yang sedia ada terpaksa mengajar
2 sesi dengan jumlah waktu pengajaran melebihi 35 waktu seminggu menyebabkan penumpuan
kepada pelajar-pelajar tingkatan 5 agak terganggu.

3.0 PELAKSANAAN- P-O-L-C

Bagi mengatasi masalah prestasi Matematik dan Bahasa Inggeris yang lemah secara sistematik,
kerangka P-O-L-C (Planning, Organizing, Leading and Controlling) telah digunakan.

3.1 Planning ( Merancang)

i. Menetapkan matlamat

Pengetua telah mengadakan perbincangan bersama guru Penolong Kanan Pentadbiran, Guru
Kanan Mata Pelajaran, Ketua Panitia Matematik, Ketua Panitia Bahasa Inggeris dan guru-guru
mata pelajaran tersebut bagi membincangkan isu prestasi dua mata pelajaran ini dan fakor-faktor
yang menyumbang kepadanya. Bagi mata pelajaran Matematik faktor utama yang menyumbang
kepada lemahnya prestasi mata pelajaran tersebut ialah kerana masih terdapat pelajar yang
kurang mahir asas Matematik seperti sifar dan asas pengiraan Matematik. Manakala bagi mata
pelajaran Bahasa Inggeris pula punca utama kerana murid kekurangan kosa kata dan lemah dalam
tata bahasa serta membina struktur ayat akibat kurang membaca. Atas cetusan idea Pengetua,
panitia Matematik telah merancang satu program dinamakan sebagai Program Minda Nuklear iaitu
gabungan Gerak Gempur Matematik dan Klinik Matematik. Program Minda Nuklear mensasarkan
semua murid Tingkatan 5. Manakala bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris pula, keputusan
dibuat untuk meningkatkan penguasaan penulisan dalam Bahasa Inggeris melalui program
1Week1Group1Essay yang melibatkan seluruh murid Tingkatan 4. Setiap panitia telah merancang

347
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Program Minda Nuklear Dan 1Group1week1essay

pelaksanaan program masing-masing dan menyediakan kertas kerja sejajar dengan matlamat bagi
meningkatkan prestasi mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris dari segi peratus dan gred
purata mata pelajaran seperti Jadual 1.

Jadual 35.1: Pemetaan 3 tahun Program Minda Nuklear dan Program 1Week1Group1Essay

TAHUN 1 (2019) TAHUN 2 (2020) TAHUN 3 (2021)

(FASA 1 - 3) (FASA 4 - 6) (FASA 7 - 9)

PENCAPAIAN

PENCAPAIAN

PENCAPAIAN
BIDANG
PRESTASI

PRESTASI

PRESTASI
SASARAN

SEBENAR

SASARAN

SEBENAR

SASARAN

SEBENAR
TOV
KPI

KURIKULUM

1. Matematik: a. % a. 23% a. 30% a. 27% a. 37% a. 45%


Program Lulus (Percubaan
b. 8.32 b. 8.00 b. 8.00 b. 7.90
Minda Nuklear SPM)
b.
GPMP b. 8.12
(Percubaan
SPM)

2. Bahasa % 30% 45% 64 % (Post 65% 70%


Inggeris: Lulus (Test 1) Test)
60% 65% 70%
1Group 1Week Essay
45%
1Essay
(Test 2)

ii. Menyusun strategi

Bagi mata pelajaran Matematik, strategi yang digunakan adalah dengan memperbanyakkan latih
tubi. Latih tubi ini dijalankan melalui aktiviti Gerak Gempur dan Klinik Matematik. Sebanyak 6
kali Gerak Gempur Matematik dan 10 kali Klinik Matematik telah dirancang bermula daripada
bulan Jun hingga September. Kaedah pengajaran pula diubah kepada mentor mentee.

Setiap guru Matematik menjadi mentor kepada tiga (3) orang pelajar (Mentee). Setiap pelajar
yang menjadi mentee kepada guru akan menjadi mentor kepada tiga (3) lagi rakan pelajar yang
lain. Pelajar yang menjadi mentee kepada guru mentor merupakan pelajar yang disasarkan untuk
mendapat keputusan yang cemerlang dalam mata pelajaran Matematik.

348
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Program Minda Nuklear Dan 1Group1week1essay

Apabila pelajar mentee kepada guru mempunyai masalah dalam menyelesaikan masalah
Matematik, mereka akan berjumpa guru mentor untuk meminta tunjuk ajar dengan masa dan
tempat yang sudah ditentukan di dalam kawasan sekolah. Setelah pelajar mentee kepada guru
mentor mempelajari sesuatu topik, pelajar mentee ini akan berjumpa dengan rakan pelajar mentee
di bawah bimbingannya. Pelajar mentee kepada guru akan menjadi mentor kepada rakan pelajarnya
yang lain, seperti yang sudah ditentukan. Proses mentor mentee ini akan berterusan sehingga
hujung tahun 2019.

Bagi Program 1Week1Group1Essay, ia melibatkan seluruh pelajar Tingkatan 4 sebagai


persiapan awal sebelum mereka melangkah masuk ke Tingkatan 5 pada tahun 2020. Murid SMK
Ulu Sugut sangat lemah dalam penulisan Bahasa Inggeris dan tidak mampu untuk menulis sendiri
dengan baik. Oleh itu mereka ini telah diprogramkan untuk menulis secara berkumpulan agar
mereka boleh saling bantu membantu dalam penulisan tersebut. Seramai 101 murid Tingkatan 4
telah diagihkan kepada 20 kumpulan. Setiap minggu mereka diberikan satu tajuk karangan untuk
ditulis secara berkumpulan. Karangan setiap kumpulan akan disemak dan direkodkan oleh guru di
dalam Groups’ Tracking Progress Chart. Guru akan memberi konsultasi kepada setiap kumpulan
dan salinan komen-komen guru tadi akan diberikan kepada setiap ahli kumpulan. Proses ini akan
diulang sehingga selesai 12 tajuk karangan yang telah dirancang.

3.2. Organizing (Mengurus)

Tiada jawatankuasa khas ditubuhkan untuk mengatasi masalah prestasi mata pelajaran Matematik
dan Bahasa Inggeris ini, tetapi ia diletakkan terus di bawah tanggung jawab panitia mata pelajaran
tersebut dengan penglibatan semua guru mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris. Ketua
Panitia dan Guru Kanan Mata Pelajaran diberi tanggungjawab untuk menentukan kandungan
program, jadual pelaksanaan dan bagaimana penilaian dilaksanakan terhadap pencapaian setiap
murid yang terlibat. Program Minda Nuklear dan Program 1Week1Group1Essay ini diletakkan
di bawah pengawasan Penolong Kanan Pentadbiran sebagai tonggak utama di dalam bidang
kurikulum.

3.3 Leading (Memimpin)

Pengetua sebagai pemimpin merupakan contoh teladan dan pendorong kuat terhadap usaha
mengatasi masalah prestasi mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris. Program Minda
Nuklear adalah hasil cetusan idea pengetua sendiri. Bukan sekadar memberi idea sahaja, bahkan
Pengetua sendiri terlibat sebagai pakar bagi topik Persamaan Linear Serentak dan mengajar pada
waktu petang bagi Kertas 1 Matematik seperti pada Jadual 2.

349
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Program Minda Nuklear Dan 1Group1week1essay

Jadual 35.2: Jadual Bertugas Klinik Matematik

HARI MASA GURU BERTUGAS TEMPAT


(DOKTOR)
08.00 AM – 12.00 PM NAASUN DOLIMAU ANJUNG PSS

ISNIN 01.30 PM – 04.30 PM JEPINIH YANGIN ANJUNG PSS

07.30 PM – 10.00 PM CLARICE JUSTIN DEWAN ASRAMA

08.00 AM – 12.00 PM M. SAIFUZAN SAPILI M. KOMPUTER

SELASA 01.30 PM – 04.30 PM N. NAJWA DAUD ANJUNG PSS

07.30 PM – 10.00 PM HILDA ADEH DEWAN ASRAMA

08.00 AM – 12.00 PM CLARICE JUSTIN ANJUNG PSS

RABU 01.30 PM – 04.30 PM M. JASNI JAHANI ANJUNG PSS

07.30 PM – 10.00 PM SURAIZAH RUJIH DEWAN ASRAMA

08.00 AM – 12.00 PM NAASUN DOLIMAU ANJUNG PSS

KHAMIS 01.30 PM – 04.30 PM Pengetua JOHNNY APIN ANJUNG PSS

07.30 PM – 10.00 PM JEPINIH YANGIN DEWAN ASRAMA

08.00 AM – 12.00 PM M. SAIFUZAN SAPILI M. KOMPUTER

01.30 PM – 04.30 PM M. JASNI JAHANI ANJUNG PSS


JUMAAT
07.30 PM – 10.00 PM HILDA ADEH (WT/P – A DEWAN ASRAMA
SRAMA)

3.4 Controlling (Kawalan)

Bagi memastikan Program Minda Nuklear dan Program 1Week1Group 1Essay mencapai matlamat
yang telah ditetapkan, kawalan dalam bentuk pelaporan prestasi telah dilaksanakan. Borang
Perkembangan Klinik Matematik setiap pelajar telah diwujudkan. Setiap guru diminta memberi
ulasan terhadap penguasaan pelajar terhadap topik yang dibincangkan sebelum dan selepas setiap
kali klinik dijalankan. Borang Tahap Penguasaan setiap pelajar juga disediakan sebagai rumusan
ukuran terhadap penguasaan pelajar bagi topik-topik yang telah dibincangkan. Program ini
dijalankan bermula pada bulan Jun sehingga peperiksaan SPM 2019 dan keberkesanan program
ini dapat dilihat seawal bulan September melalui Peperiksaan Percubaan SMP 2019.

Bagi Program 1Week1Group1Essay, dua bentuk borang kawalan telah digunakan iaitu Jadual
Pelaksanaan Program 1Week1Group1Essay (Jadual 3) dan Borang Groups’Tracking Progress
Chart (Rajah 1).

350
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Program Minda Nuklear Dan 1Group1week1essay

Jadual 35.3: Jadual Pelaksanaan Program 1Week1Group1Essay

Steps Process Personnel Duration Status


1 i. Briefing to all English teachers i. All form 4 English 1 day
teachers.
ii. Grouping of students (4 in a
group) ii. Miss Askidah
iii. Miss Ilyani
2 Students received topic for essay Miss Askidah 1 day
writing Miss Ilyani
3 Students do the writing All form 4 students 1 week
4 Students submit their writing All form 4 students 1 Day
5 Teacher checks students’’ writing Miss Askidah 3 days
and give overall commentaries. Miss Ilyani
Miss Winniefred
Mr Rabu
6 Teachers record groups’ performance in Miss Askidah
Groups’ Tracking Progress Chart Miss Ilyani
Miss Winniefred
Mr Rabu
7 Consultations with students by groups. Miss Askidah 3 days
Each student will receivwd a copy of Miss Ilyani
commentaries form. Miss Winniefred
Mr Rabu
8 Repeat the cycle with a different topic. Miss Askidah
Miss Ilyani
Miss Winniefred
Mr Rabu
All form 4 students

Groups’ Tracking Progress Chart


Group members:
1.
2.
3.
4.
Essay Date Topic/Title Marks
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
Class:
Academic year: 2019/2020

Teacher-in-charge,
...............................

Rajah 35.1: Groups’ Tracking Progress Chart

351
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Program Minda Nuklear Dan 1Group1week1essay

4.0 PENILAIAN DAN IMPAK

Penilaian program adalah sangat penting untuk melihat keberkesanan program yang telah
dijalankan. Apakah Program Minda Nuklear dan Program 1Week1Group1Essay telah berjaya
mencapai mencapai matlamat yang dihasratkan? Adakah program-program ini wajar diteruskan
dan apakah penambahbaikan yang perlu dilakukan?

Program Minda Nuklear melibatkan dua aktiviti iaitu Gerak Gempur dan Klinik
Matematik. Daripada 6 kali Gerak Gempur Matematik yang telah dirancang hanya dua kali sahaja
berjaya dilaksanakan iaitu pada 3 Ogos 2019 dan 18 Ogos 2019. Ini disebabkan beberapa kekangan
percetakan dan masa. Oleh yang demikian, keberkesanan untuk Gerak Gempur belum dapat dinilai
sepenuhnya. Program ini akan diteruskan pada tahun hadapan, iaitu tahun 2020. Perancangan awal
akan dibuat dari segi keperluan percetakan untuk lembaran soalan dan mengatur masa dengan lebih
berkesan untuk menjayakan pelaksanaan program gerak gempur. Sementara itu bagi aktiviti Klinik
Matematik didapati penguasaan bagi semua empat topik yang dipilih telah meningkat daripada 0
% kepada 11 % seperti ditunjukkan dalam Jadual 4.

Jadual 35.4: Penguasaan 4 topik Matematik Kertas 2, Bahagian B, SPM bagi Klinik Matematik

BILANGAN TOPIK DIKUASAI SEBELUM PPT SELEPAS PPC


Tiada Topik Dikuasai 34 40% 0 0%
1 Topik 29 34% 24 28%
2 Topik 22 26% 25 29%
3 Topik 0 0% 27 32%
Semua 4 Topik 0 0% 9 11%

Bagi Program 1Week1Group1Essay penilaian dilakukan melalui dua kali Ujian Pra
dan sekali Ujian Pasca. Keputusan menunjukkan peratus pelajar yang lulus semakin meningkat
daripada Ujian Pra 1, Ujian Pra 2 dan seterusnya Ujian Pasca. Kesimpulannya Program Minda
Nuklear dan Program 1Week1Group1Essay telah memberikan sedikit peningkatan walaupun
tidak begitu ketara. Rumusan pencapaian program yang telah dirancang ditunjukkan dalam Jadual
5.

352
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Program Minda Nuklear Dan 1Group1week1essay

Jadual 35.5: Pencapaian Program Minda Nuklear dan Program 1Week1Group1Essay

TAHUN 1 (2019)
BIDANG
PENCAPAIAN KESAN
KPI TOV SASARAN PRESTASI
SEBENAR
KURIKULUM

1. Matematik: a. % Lulus a. 23% a. 30% (Percubaan a. 27% (Percubaan SPM) a. + 54%


Program Minda SPM)
Nuklear b. GPMP b. 8.32 b. 8.12 (Percubaan SPM) b. -0.20
b. 8.00 (Percubaan
SPM)

2. Bahasa Inggeris: % Lulus a.30% a. 45% 64 % (Post Test) + 11.5%


1Group1Week1Essay Essay (Test 1)
b. 60%
b.45%
Purata =52.5%
(Test 2)

Purata
=37.7%

5.0 RUMUSAN DAN PENUTUP

Program yang telah dilaksanakan masih perlu pembudayaan dikalangan guru dan pelajar. Guru-
guru dan para pelajar lebih tertumpu kepada sesi biasa dalam awal persekolahan iaitu pengajaran
dan pembelajaran seperti biasa. Konsep pembelajaran dan pemudahcaraan masih belum dihayati
sepenuhnya. Oleh sebab itu, pelajar lebih selesa untuk terus duduk tanpa mendengar daripada
terlibat bersama dalam perbincangan seperti yang disarankan melalui Pendidikan Abad Ke21,
menggunakan pendekatan kolaborasi, komunikasi, kreatif dan kritis. Dalam situasi ini pelajar-
pelajar akan hanya melibatkan diri dalam mendengar, mencatat nota dan menyiapkan latihan. Masih
ramai guru yang mengamalkan pendekatan guru mengajar murid belajar atau direct instruction.

Kelemahan dalam pembelajaran Matematik boleh dikaitkan dengan beberapa faktor


berdasarkan kepada pengalaman dan pemerhatian di sekolah antaranya adalah :

1. Faktor sosial, dimana ia berkait rapat dengan latar belakang pendidikan ibu bapa dan
pendapatan seisi keluarga. Pendidikan awal anak-anak bermula di rumah. Kebanyak ibu bapa
di sekitar sekolah atau saluran sekolah adalah berpendapatan rendah dan mempunyai tahap
pendidikan yang rendah. Kurang motivasi kepada anak-anak dan tidak mampu untuk menampung
kos pembelajaran yang memerlukan kemudahan yang lebih baik dan selesa.

2. Terdapat jurang pencapaian Matematik di bandar dan luar bandar. Melalui dialog prestasi
di bawah Pejabat Pendidikan Daerah, keputusan UPSR menunjukkan murid-murid di bandar
mempunyai keputusan penilaian yang lebih baik dibandingkan dengan murid-murid luar bandar
atau pedalaman. Begitu juga penguasaan Bahasa Inggeris, menunjukkan penguasaan Bahasa
Inggeris lebih baik di kalangan murid-murid kawasan bandar. Penguasaan Bahasa Inggeris

353
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Program Minda Nuklear Dan 1Group1week1essay

mempunyai kaitan yang tinggi dengan pencapaian Matematik sekolah. Kebanyakan murid yang
mahir dalam Bahasa Inggeris biasanya juga mahir dalam Matematik. Di zon Ulu Sugut, desakan
untuk menjadikan Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran penting kurang disebabkan persekitaran
yang tidak begitu meransang murid-murid untuk berusaha.

3. Faktor pengangkutan dan sekolah dua sesi juga tidak mendorong pelajar untuk mengikuti
kelas-kelas tambahan. Kekurangan kenderaan dan jalanraya yang tidak berturap (gravel) serta
kesukaran untuk dihubungi kerana tiada jalanraya, tiada bekalan eletrik dan tiada kemudahan
telekomunikasi. Faktor ini menyumbang kepada mengapa prestasi sekolah dalam peperiksaan
awam adalah ditahap rendah, misalnya GPS SPM , 6.04(2016) dan 6.64 (2017). Sekolah-sekolah
di bandar menunjukkan GPS yang lebih baik kerana adanya kemudahan dan prasarana yang cukup,
selesa dan berfungsi.

Program InPeKs sedikit sebanyak telah memberi panduan bagaimana mengenal pasti isu-isu di
sekolah, serta memahami lebih dalam sebab-sebab berlakunya masalah tersebut. Langkah untuk
memberi perhatian yang lebih kritikal dan dijangka dapat menangani isu berkenaan dan seterusnya
dapat menggunakan kaedah yang sama untuk menangani isu-isu yang lain. Masa akan datang
kaedah diperbaiki. Terdapat sedikit peningkatan dalam kedua-dua mata pelajaran. Penekanan akan
dibuat terhadap kehadiran atau penyertaan para pelajar. Juga mencari sasaran yang sesuai dengan
program serta guru-guru diberi pendedahan bagaimana program itu dilaksanakan secara berimpak.

RUJUKAN

Buku Panduan Pengurusan dan Takwim 2020 SMK Ulu Sugut, Ranau.
Analisis Peperiksaan SPM (2016-2019) SMK Ulu Sugut, Ranau.
Buku Perancangan Strategik Sekolah (2016-2020), SMK Ulu Sugut, Ranau.

354
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
90Plus
SHAHRIZAN ABDULLAH
Pengetua, SMK Telaga
pkjpn_sabah@yahoo.com

MARIANI BINTI RAHIM


Pensyarah Pembimbing IAB Cawangan Genting Highlands

mariani@iab.edu.my
YONG KA MOI @ YONG NYUK MOI
Pegawai SIP+ PPD Pitas

ABSTRAK

90plus merupakan satu projek yang dilaksanakan untuk meningkatkan peratus kehadiran pelajar
SMK Telaga agar sejajar dengan hasrat Pejabat Pendidikan daerah Pitas dan Jabatan Pendidikan
Negeri Sabah. Projek ini adalah antara salah satu usaha sekolah untuk mengangkat prestasi
akademik melalui peningkatan peratus kehadiran murid ke sekolah. Analisis data kehadiran
tahun 2016, 2017 dan 2018 menunjukkan peratus kehadiran tertinggi sepanjang tiga (3) tahun
tidak mencapai target daerah, apatah lagi target negeri dan jauh sekali target kebangsaan.
SMK Telaga tidak mencapai 90 peratus kehadiran murid setiap bulan atau saban tahun. Projek
90plus dikonotasi dengan hasrat agar kehadiran pelajar SMK Telaga sentiasa pada paras 90
peratus ke atas setiap bulan. Projek 90plus dilaksanakan mulai bulan Januari melalui enam (6)
aktiviti utama iaitu Audit Kehadiran, Guru Penyayang, Ziarah Cakna Pelajar, Ganjaran Pelajar,
Keceriaan Kelas dan Sekolah dan Dialog Prestasi. Analisis data kehadiran menunjukkan berlaku
peningkatan peratus kehadiran pelajar bermula bulan Julai hingga November. Jika sebelum ini,
peratus kehadiran adalah di bawah 80 peratus, bermula Julai peratus kehadiran sentiasa berada
pada tahap 90 peratus ke atas.

Kata kunci: Pengurusan Hal Ehwal Murid, 90Plus

1.0 PENGENALAN

SMK Telaga terletak 55 KM dari Pekan Pitas, Sabah. Sekolah ini boleh diakses melalui alamat
surat-menyurat iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Telaga, Peti Surat 72, Pejabat Pos Mini
89100 Pitas, Sabah, e-mail semega@gmail.com 088613244 dan faks 088613343. SMK Telaga
boleh dihubungi menggunakan jalan darat sejauh 300km dari bandar raya Kota Kinabalu, Sabah.

Tindakan awal saya sebaik sahaja memulakan tugas sebagai pengetua di SMK Telaga
(SEMEGA) ialah untuk mengenali dengan lebih mendalam berkenaan SEMEGA. Langkah

355
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
90Plus

pertama saya mulai dengan meneliti profil sekolah seterusnya mengadakan perjumpaan dengan
barisan Penolong Kanan dan Ketua Pembantu Tadbir untuk memberikan taklimat berkenaan
profil sekolah, latar belakang sekolah, pengurusan pejabat, kewangan serta isu-isu semasa
yang berkaitan dengan pengurusan sumber manusia, hubungan dengan masyarakat luar dan
seterusnya maklumat-maklumat tentang prestasi kurikulum, kokurikulum dan disiplin pelajar.
Semua perkara di atas perlu saya fahami terlebih dahulu sebelum membuat sebarang tindakan
penambahbaikan. Setelah mendapat penjelasan dan gambaran, saya mengambil kesempatan untuk
memberikan sedikit penerangan dan tanggungjawab pemimpin pertengahan dan kepentingan
sembilan bidang keberhasilan utama dalam sesebuah organisasi iaitu pengurusan kepimpinan
dalam orgnisasi, pengurusan kurikulum, pengurusan HEM, Kewangan, pentadbiran pejabat,
pengurusan persekitaran, pengurusan sumber manusia dan hubungan luar. Refleksi saya daripada
sesi ini menunjukkan masih terdapat guru yang kurang maklum dan faham dengan hala tuju terkini
pendidikan negara dan apakah keberhasilan yang ingin dicapai.

1.1 Profil Sekolah

Tanggal 15 April 2015 saya telah melapor diri untuk memulakan tugas sebagai pengetua di SMK
Telaga. Sekolah ini telah ditubuhkan pada 01 Mac 1981 di bawah kawal selia PPD Pitas. Sekolah
ini terletak di luar bandar dan dikategorikan sebagai sekolah gred B. Jenis bantuan yang diterima
ialah bantuan penuh (No PTJ: 593101) mempunyai keluasan 24.40 ekar (59.87 hektar). Sekolah
ini mempunyai lima (5) buah blok bangunan iaitu dua (2) blok bangunan konkrit dua (2) tingkat,
dua (2) buah blok bangunan papan satu (1) tingkat , 15 buah bilik darjah, satu (1) Bilik Guru,
satu (1) Pejabat AM, tiga (3) buah makmal,satu (1) Bilik Persediaan dan sebuah surau.
Jumlah pelajar terkini ialah 351 orang. Pelajar yang bersekolah di sini datangnya dari kampung-
kampung berdekatan dan juga pelajar-pelajar dari daerah lain. SEMEGA beroperasi satu sidang
sahaja dengan kekuatan 33 orang guru dan 11 orang AKP.

SMK Telaga juga mempunyai bangunan asrama yang terdiri daripada dua (2) buah blok
iaitu satu(1) blok konkrit tiga (3) tingkat untuk asrama lelaki dan satu (1) blok konkrit tiga (3)
tingkat untuk asrama perempuan. Asrama ini menampung seramai 320 orang pelajar yang turut
dilengkapi dengan sebuah dewan makan di bawah seliaan lima (5) orang warden.

1.3 Status Quo Sekolah

SMK Telaga merupakan salah sebuah sekolah menengah di daerah Pitas yang mempunyai
pencapaian yang masih rendah dalam akademik. Berdasarkan keputusan di peringkat SPM selama
3 tahun berturut-turut, purata GPS sekolah ialah 6.39 (2015 : 6.43), (2016 : 6.17) dan (2017 :
6.58). Melalui beberapa tinjauan dan temubual saya secara rawak kepada guru dan pelajar, saya
dapati banyak aktiviti akademik yang dilaksanakan secara berterusan oleh guru.

Keadaan ini hanya perlu dimantapkan agar dapat memberi impak maksima untuk
meningkatkan prestasi dalam semua bidang terutamanya dalam bidang kurikulum. Pemantapan
kehadiran pelajar, pemantapan pedagogi guru, Kelas Anjal, kelas tambahan, bengkel skema
pemarkahan antara yang perlu dimurnikan bagi meningkatkan pencapaian kurikulum
keseluruhannya.

356
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
90Plus

2.0 MENGENAL PASTI MASALAH


Ketidakhadiran ke sekolah juga dianggap sebagai salah satu penyumbang kepada prestasi akademik
yang rendah. Pelajar yang tidak hadir ke sekolah akan tercicir dan ketinggalan mempelajari topik-
topik diajar pada hari tersebut. Jadual 1 menunjukkan analisis sampel data kehadiran pelajar.

Jadual 36.1: Peratus Kehadiran Pelajar Tahun 2016-2018

2018 2017 2016

88.39% 86.00% 90.50%


(SUMBER APDM SMK TELAGA/HEM)

Ketidakhadiran di sekolah ini sangat membimbangkan. Peratus kehadiran tertinggi sepanjang tiga
(3) tahun tidak mencapai target daerah apatah lagi target negeri dan jauh sekali target kebangsaan.
Antara isu yang dikenalpasti sebagai penyebab adalah masalah perhubungan, taraf sosio ekonomi,
motivasi, jarak dan taraf kesihatan. Berdasarkan isu yang dikenalpasti tersebut maka Projek
“90plus” dirancang dan dilaksanakan sebagai salah satu daripada intervensi sokongan HEM.

3.0 PELAKSANAAN

Untuk melaksanakan projek ini, saya berpandukan kepada kaedah perancangan seperti berikut:

3.1 Perancangan

Beberapa siri taklimat dibuat oleh semua Penolong Kanan, Ketua Pembantu Tadbir, Ketua-Ketua
Bidang, Ketua-Ketua Panitia dan semua guru untuk mendapatkan gambaran dan maklum balas
kepada apakah kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran yang ada di sekolah ini. Tanggungjawab
dan peranan saya ialah menggerakkan seluruh warga sekolah untuk sentiasa bekerjasama. Kami
bersetuju untuk menjadikan isu ketidakhadiran sebagai keutamaan penting yang perlu ditangani.
Saya namakan projek ini sebagai 90 plus.

Projek 90plus ini dikonotasi dengan hasrat agar kehadiran pelajar SMK Telaga ini sentiasa
pada paras 90 peratus ke atas setiap bulan. Memenuhi hasrat Pejabat Pendidikan yang sentiasa
mensyorkan agar semua sekolah di daerah Pitas mencapai peratus kehadiran 90 peratus ke atas.
Kenyataan pihak PPD dalam semua mesyuarat, dialog prestasi dan sebagainya sentiasa menyebut
agar kehadiran pelajar daerah Pitas dapat ditingkatkan sekurang-kurangnya mencapai 90 peratus.

Untuk merangka projek ini agar lebih bersistem dan dapat mencapai objektif serta
memberikan impak yang maksima kepada kumpulan sasaran maka objektif telah dijadikan rujukan,
ukuran dan dasar pelaksanaan seperti berikut:

357
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
90Plus

Objektif Am : Meningkatkan kehadiran dan motivasi pelajar, kerjasama komuniti dan


prestasi pelajar SMK Telaga.

Objektif Khusus: Pada akhir projek peratus kehadiran murid ke sekolah melebihi 90 peratus
setiap hari, minggu, bulan dan tahun.

Strategi : Projek 90plus dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti yang telah dirancang


seperti berikut:

1) Audit Kehadiran ( April - Oktober )


2) Guru penyayang (Mac)
3) Ziarah Cakna Pelajar (Mac, Jun dan Sept)
4) Ganjaran pelajar (Jun dan September)
5) Keceriaan kelas dan sekolah
6) Dialog Prestasi

3.2 Pelaksanaan Projek 90plus

Aktiviti ini dijalankan mulai seawal Januari 2019 dengan peranan dan tanggungjawab
diberikan kapada unit HEM. Jadual 2 menerangkan secara ringkas tentang aktiviti yang
dijalankan di dalam projek ini:

Jadual 36.2: Pengisian Aktiviti dalam Projek 90plus

Bil Aktiviti Keterangan ringkas


1. Audit Kehadiran Pelajar Dijalankan setiap perhimpunan hari Selasa. Pelajar yang tidak
hadir akan dikenalpasti, dikumpul dan diberi motivasi serta
teguran dan dendaan minima.

2 Guru Penyayang Mengalu-alukan kedatangan murid di pintu pagar sekolah.

2. Ziarah Cakna Murid Menziarah dan melawat murid-murid yang dikenalpasti tidak
hadir dalam tempoh yang lama.
4. Ganjaran Pelajar Memberi ganjaran dan penghargaan kepada murid yang
(Hadirmu dihargai) mempunyai 100% hadir setiap bulan.

5 Keceriaan sekolah Meningkatkan keceriaan dan kesejahteraan murid.

6 Dialog Prestasi Memberi info terkini kepada ibu bapa dan waris di samping
mendapatkan maklumat terkini dan sebaliknya.

358
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
90Plus

3.3 Kepimpinan

3.3.1 Bagi memastikan projek ini berjaya, kerjasama dan penglibatan semua Penolong Kanan,
Ketua Guru Disiplin, Guru UBK, Guru Kelas dan semua guru adalah perlu agar berlaku
permuafakatan dalam organisasi.

3.3.2 Proses penjelasan dan penerangan diberikan kepada semua pelajar setiap kali perhimpunan
harian.

3.3.3 Sebagai pengetua, saya sentiasa memberikan motivasi dan penghargaan kepada semua
pihak yang terlibat dalam melaksanakan projek ini.

3.4 Pengawalan / Pemantauan

Bagi mengawal keberkesanan projek, borang-borang tertentu telah disediakan. Ini termasuklah
borang-borang atau Tool Kit yang bertujuan untuk memudahkan pengumpulan maklumat dan
maklumbalas bagi tujuan mengawal perjalanan projek dan penambahbaikan kualiti projek dari
masa ke semasa.

Jadual 36.3: Borang-Borang Kawalan Projek

Bil Borang/Tool Kit Ringkasan Kegunaan


1 OPPM Digunakan untuk mengawal pergerakan aktiviti projek supaya sentiasa
menepati masa, terkawal dan bersistem. OPPM ini diletakkan di
beberapa tempat startegik termasuk Papan Kenyataan Akademik, Bilik
Guru dan Pejabat Pengetua.
2 Jadual Guru Dibuat bagi memudahkan guru untuk menjalankan tugasan mengikut
bertugas Guru hari yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
penyayang
3 Borang laporan Digunakan bagi melihat peratusan kehadiran setiap minggu dan boleh
Kehadiran dibuat perbandingan kehadiran pada setiap minggu.
Mingguan
4 Buku Rekod Buku rekod perlu dicatat oleh guru yang datang menjalankan program
Kehadiran Guru guru penyayang.
Penyayang
“menyambut
pelajar dipintu
pagar sekolah’’

3.5 Pemetaan Dan Pelaporan Prestasi Projek 3 Tahun

Indikator kejayaan Projek 90plus diukur berdasarkan peratus kehadiran pelajar. TOV, sasaran dan
pencapaian sebenar untuk tiga (3) tahun projek ini ditunjukkan dalam Jadual 4.

359
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
90Plus

Jadual 36.4: Pemetaan dan Prestasi 3 tahun Projek 90plus

Tahun 1 (2019) Tahun 2 (2020) Tahun 3 (2021)

KPI TOV Sasaran Pencapaian Sasaran Pencapaian Sasaran Pencapaian


Bidang Sebenar Sebenar Sebenar
Pengurusan
Hal Ehwal
% Kehadiran 88 91 93.38 92 93
Murid

4.0 PENILAIAN DAN IMPAK DATA

Penilaian Terhadap Pencapaian Pelajar

Data menunjukkan bahawa telah berlaku peningkatan peratusan kehadiran pelajar bermula pada
bulan Julai hingga akhir tahun 2019. Perbandingan peratusan boleh dilihat melalui Jadual 5 dan
Rajah 1.

Jadual 36.5 : Peratus kehadiran murid setiap bulan bagi tahun 2019

Peratusan kehadiran pelajar

Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sep Okt Nov

87.24 84.66 85.82 86.85 87.33 89.10 92.92 92.08 91.66 92.69 93.38
% % % % % % % % % % %
(Sumber: UPP SMK Telaga)

Rajah 36.1: Graf peratus kehadiran murid tahun 2019

Jadual 36.5 dan Rajah 36.1 di atas menunjukkan bahawa berlaku peningkatan peratusan kehadiran
pelajar bermula bulan Julai. Sebelum ini, peratusan kehadiran adalah di bawah 80 peratus. Sekolah
telah mengambil beberapa langkah untuk memastikan pelajar datang ke sekolah dan menarik minat
mereka dengan memberi ganjaran atas kejayaan kehadiran mereka ke sekolah.

5.0 RUMUSAN DAN PERBINCANGAN

Kecemerlangan akademik merupakan salah satu tanggungjawab saya sebagai seorang pengetua
di sekolah. Kecemerlangan akademik hanya dapat dicapai sekiranya semua pelajar hadir ke
sekolah dan menimba ilmu dalam bilik darjah. Namun, jika pelajar tidak hadir ke sekolah maka
kecemerlangan akademik juga tidak dapat dicapai oleh pelajar dan sekolah juga akan mengalami
kemerosotan prestasi akademik. Hal ini merupakan satu cabaran yang besar kepada pihak sekolah
dalam memastikan pelajar suka hadir ke sekolah kerana terdapat pelbagai faktor yang telah
menyebabkan pelajar tidak mahu ke sekolah. Namun, perkara ini telah dibincangkan bersama
semua pentadbir untuk sama-sama mengatasi masalah ini.

360
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
90Plus

Aktiviti paling utama yang telah dilakukan oleh pihak sekolah ialah mencari pelajar yang
ponteng tegar dan melawat ke rumah pelajar tersebut untuk memujuk pelajar datang ke sekolah.
Aktiviti ini dikenali sebagai Program Ziarah Cakna yang diadakan pada bulan Januari. SMK Telaga
telah menjadi tuan rumah bagi Ziarah Cakna Tahun 2019 dengan dihadiri oleh pegawai PPD,
guru-guru dari sekolah lain, datang untuk melawat pelajar sekolah ini bagi memberi motivasi dan
memujuk mereka supaya datang ke sekolah. Seterusnya, program ini diadakan untuk kali kedua
pada bulan Julai, yang turut disertai oleh pengetua, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Penolong
Kanan Pentadbiran dan kaunselor sekolah. Namun, Ziarah Cakna kedua tidak begitu berjaya kerana
ibu bapa pelajar tersebut tidak begitu tegas dengan anak-anak mereka. Ini menunjukkan bahawa
jika tiada kerjasama daripada ibu bapa, pelajar tetap juga tidak akan hadir ke sekolah kembali.
Walau bagaimana pun masih ada juga segelintir pelajar yang berjaya dipujuk untuk kembali ke
sekolah dan pelajar tersebut bersekolah hingga sekarang.

Jelas menunjukkan cabaran terbesar kepada sekolah selain daripada faktor-faktor di


atas ialah kerjasama dari pihak ibu bapa kerana jika ibu bapa yang mempunyai kesedaran untuk
menghantar anak mereka ke sekolah, mereka tidak akan membiarkan sahaja pelajar tersebut tidak
ke sekolah. Pihak sekolah memahami dengan keadaan jalan raya yang teruk, masalah kewangan
keluarga, namun jika ibu bapa yang faham dengan peri pentingnya pelajaran kepada anak-anak
mereka, mereka akan terus berusaha untuk menyekolahkan anak-anak mereka. Hal ini telah
menyebabkan pihak sekolah bertindak lebih tegas untuk mengambil tindakan kepada pelajar yang
tidak hadir ke sekolah. Pihak sekolah berharap agar dengan tindakan tegas yang diambil kepada
anak-anak mereka, akan menyebabkan ibu bapa lebih peka tentang kehadiran anak-anak mereka
ke sekolah.

Saya juga telah mendapat kerjasama penuh dari semua guru-guru dalam memastikan
pelajar-pelajar hadir ke sekolah. Pelajar yang tidak hadir sekolah telah diberikan surat amaran
dan diambil tindakan sejajar dengan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian.
Melalui guru-guru kelas juga, saya telah mengenal pasti pelajar yang akan dibantu untuk
memastikan pelajar ini datang ke sekolah kembali. Memang tidak dinafikan bahawa kerjasama
guru-guru telah memudahkan pelaksanaan program 90plus ini berjalan dengan lancar.

Harapan saya untuk tahun-tahun akan datang, pihak sekolah dapat mengekalkan peratusan
kehadiran di atas 90 peratus dan memberi kesedaran kepada ibu bapa dan para pelajar untuk terus
hadir ke sekolah. Impak yang paling positif yang ditunjukkan oleh pelajar sekarang ialah pelajar
begitu teruja apabila nama mereka disebut di perhimpunan rasmi kerana kehadiran penuh bagi
setiap bulan. Rumusannya, projek 90plus ini telah berjaya mencapai objektif yang dihasratkan.

6.0 RUJUKAN
Minit Mesyuarat Jawatankuasa HEM PPD Pitas Bil 2/2019.
Minit Mesyuarat Jawatankuasa HEM SMK Telaga Bil 1/2019.
Minit Mesyuarat Agung PIBG SMK Telaga 2019.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kpm-perluas-konsep-sekolah-penyayang-
Pelan Strategik HEM 2017 -2020. SMK Telaga, Pitas.
Analisis Kehadiran Murid (APDM) 2019. SMK Telaga, Pitas.

361
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
362
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
CAKNA KEHADIRAN

MAIL BIN SUANDA


Pengetua SMK Chinta Mata
Xea1222@moe.edu.my

DR. JAMELAA BIBI BT ABDULLAH


Pensyarah Pembimbing IAB Cawangan Genting Highlands
jamelaa@iab.edu.my

LIAN FE CHU
SIP+ PPD Tenom

ABSTRAK

Ponteng merupakan perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah. Ini bermaksud
seseorang pelajar dianggap ponteng sekiranya tidak hadir ke sekolah tanpa sebab-sebab yang
dibenarkan pada tempoh hari persekolahan. Ponteng juga merujuk kepada istilah yang digunakan
bagi merujuk kepada apa jua kegagalan menghadiri kelas di sekolah secara sengaja tanpa alasan
yang munasabah. Terdapat 2 kategori ketidak hadiran, iaitu luar kawalan dan dalam kawalan.
Isu luar kawalan adalah seperti ponteng dengan kebenaran seperti sakit atau dilanda musibah
seperti ahli keluarga sakit tenat atau meninggal, termasuk juga bencana alam. Yang penting ada
surat makluman kepada pentadbir sekolah. Kedua, dalam kawalan iaitu ponteng tanpa sebab
iaitu pelajar sengaja ponteng tanpa sebarang pemakluman. Merujuk kepada SMK Chinta Mata,
masalah ponteng lebih kepada kategori kedua iaitu ponteng tanpa sebab dan makluman. Program
CAKNA KEHADIRAN dijalankan menggunakan kaedah PDCA iaitu perancangan, Perlaksanaan,
Semakan dan Tindakan Susulan berasaskan kesesuaian program dana aktiviti yang dilaksanakan.
Dapatan menunjukkan terdapat peningkatan peratus kehadiran dan penurunan kadar ponteng di
SMK Chinta Mata. Justeru, laporan ini menunjukkan usaha-usaha yang dibuat oleh pihak sekolah
bagi menangani masalah ketidakhadiran pelajar 2019 -2021. Meskipun belum menampakkan
impak yang besar, tetapi masih boleh diperkasakan lagi.

Kata kunci: ponteng, luar kawalan, dalam kawalan

1.0 PENGENALAN

Nama Sekolah ialah SMK Chinta Mata, Tenom, Sabah. Terletak di luar Bandar. Merupakan
sekolah harian berasrama Gred B. Jarak Sekolah dari Ibu negeri (Kota Kinabalu) ialah 175 KM,
manakala jarak Sekolah dari PPD Tenom ialah 5 KM. Dibuka mulai 2010 dengan menumpang di
SK Chinta Mata. Kemudian mula beroperasi di bangunan sekarang pada November 2011.

363
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Cakna Kehadiran

1.1 Profil Sekolah

Bilangan murid pada tahun ini berjumlah 408 orang,manakala bilangan guru ialah 37 orang.
Bilangan kakitangan sokongan ialah 5 orang. Mula bertugas sebagai pengetua di sekolah ini pada1
Disember 2012. Prestasi SPM 2013-2018 adalah seperti di bawah diikuti rekod kehadiran pelajar
2015-2018. Jadual 1 menunjukkan prestasi naik dan turun kualiti SPM berdasarkan Gred Purata
Sekolah bagi SPM 2015-2018. Dapatan menunjukkan kualiti SPM terbaik pada tahun 2018 iaitu
5.97 dan peningkatan 0.51 dari tahun sebelumnya.

Jadual 37.1: Gred Purata Sekolah

Tahun Keseluruhan
GPS Beza
2013 6.62 -
2014 6.91 -0.29
2015 6.56 +0.35
2016 6.07 +0.49
2017 6.48 -0.41
2018 5.97 + 0.51

Sumber : Analisa Pencapaian SPM 2015 – 2018

Jadual 2 pula memaparkan analisis kehadiran dan masalah ponteng antara tahun 2015–2018. Data
menunjukkan peratus kehadiran meningkat namun masih jauh untuk capai sasaran Kementarian
Pendidikan Malaysia 95 peratus. Seterusnya peratus kadar ponteng menunjukkan penurunan,
namun peratus yang dicatatkan masih tinggi dan sekaligus turut dianggap salah satu punca prestasi
akademik yang tidak konsisten.

Jadual 37.2: Kehadiran dan Ponteng Sekolah

Keseluruhan
Tahun
Peratus Hadir Peratus Ponteng
2015 90.18 9.82
2016 91.75 8.25
2017 91.7 8.3
2018 92.85 7.15

Sumber : Analisa kehadiran dan ponteng 2015 - 2018

Berdasarkan perbincangan prestasi SPM yang dibentangkan semasa sesi pertemuan


dengan pembimbing program InPeKS Kohort 2018, sebenarnya masalah pencapaian prestasi

364
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Cakna Kehadiran

akademik berkait rapat dengan masalah ketidak hadiran pelajar. Justeru, sekolah menambah baik
langkah-langkah sedia ada bagi mencapai kedua-dua matlamat iaitu menangani masalah ponteng
sekali gus meningkatkan prestasi SPM.

2.0 MENGENAL PASTI MASALAH DAN PENAMBAHBAIKAN

Pihak pengurusan sekolah telah bermesyuarat dan mencari punca ketidak hadiran pelajar ke sekolah.
Hasil analisis dokumen dan sumbang saran bidang Hal Ehwal Murid mendapati terdapat sembilan
punca ketidak hadiran sepanjang 2018, berdasarkan Jadual 3 iaitu kadar kekerapan mengikut urutan
seperti yang dinyatakan di bawah. Hasil analisis menunjukkan punca ketidak hadiran terbahagi
kepada dua elemen iaitu luar kawalan dan dalam kawalan. Bagi punca luar kawalan yang tertinggi
adalah pelajar sakit (47.76%), diikuti urusan keluarga (14.22%), ahli keluarga meninggal (3.51%),
dan review hospital (0.16%). Bagi punca dalam kawalan yang tertinggi adalah tertinggal bas atau
lambat bangun (28.84%), diikuti kenderaan rosak/tiada (3.19%), malas (2.4%), pakaian basah/
hilang (0.96%) dan penat (0.96%).

Jadual 37.3: Punca Ketidak hadiran murid 2018

Bil Sebab Ponteng Jumlah Peratus


1 Sakit 299 47.76
2 Tertinggal bas/lambat bangun 168 28.84
3 Ahli Keluarga Meninggal 22 3.51
4 Kenderaan rosak/tiada 20 3.19
5 Review Hospital 1 0.16
6 Urusan Keluarga 89 14.22
7 Pakaian basah/hilang 6 0.96
8 Penat (selepas bersukan/bantu ibu bapa bekerja) 6 0.96

9 Malas 15 2.4

Berdasarkan punca ini, pihak pengurusan yang diketuai oleh bahagian hal ehwal murid
telah mengadakan mesyuarat dan mencari jalan penyelesaikan bagi memantapkan pengurusan
disiplin sekolah. Satu perancangan selama tiga tahun telah dirangka bagi meningkatkan peratus
kehadiran murid seperti yang dipaparkan dalam Jadual 37.4.

Berdasarkan Jadual 37.4, TOV berdasarkan pencapaian terbaik kehadiran ialah 92.85
peratus (2018). Ini bermakna KPI sekolah ialah peningkatan sebanyak 1.15 peratus iaitu sebanyak
93.85 peratus bagi tahun 2019, 94.85 peratus bagi tahun 2020 dan 95.85 peratus bagi tahun 2021
yang dibundarkan kepada 96 peratus. Anggaran 1 peratus pengurangan ponteng adalah berdasarkan
pengiraan tiga tahun terakhir (2018-2016)

365
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Cakna Kehadiran

Jadual 37.4: Pemetaan 3 Tahun

Sasaran
TOV
Isu Matlamat Objektif KPI
2019 2020 2021
(2018)
Kehadiran Memantapkan Memastikan
pengurusan masalah
Pelajar Kadar % 92.85 -1% -1% -1%
disiplin disiplin
ponteng
khususnya 93.85 94.85 95.85
kurang
ponteng
3% (96)
dikurangkan
ke tahap
minima

Bagi mencapai sasaran tahun 2019, maka pelan operasi telah disediakan dan dimasukkan
dalam Carta Gantt seperti yang terdapat dalam Jadual 37.5.

Jadual 37.5: Carta Gantt Perancangan Program Mengatasi Ketidakhadiran

Bulan
Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov
Program
Pelancaran Kempen
Jom ke Sekolah
X

Guru Penyayang
X x x x x x x x x x x
Sahsiah Mulia X x x x x x x x x x x
Ziarah Cakna x x x x x x x
Bersama Komuniti x
PIBG Turun Sekolah x x x x x x x x
Dialog dengan Waris X x x
Kad Kawalan Kelas X x x x x x x x x x x
Kelas Ceria X x x x x x x x x x x
Kaunseling/
X x x x x x x x x x
Disiplin
Jati Diri x
Penghargaan x

366
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Cakna Kehadiran

3.0 PELAKSANAAN PROGRAM

Sebanyak 12 buah program CAKNA KEHADIRAN telah dirancang bagi mengatasi ketidak
hadiran telah dilaksanakan seperti Pelancaran Kempen Jom Ke sekolah, Program Guru Penyayang,
Program Sahsiah Mulia, Program Ziarah Cakna, Program Bersama Komuniti Desa Sapong, PIBG
Turun Sekolah, Dialog dengan Waris, Kad Kawalan Kelas, Kelasku Ceria, Sesi Kaunseling dan
Disiplin, Program Jati Diri, Majlis Penghargaan. Berikut adalah huraian bagi setiap program bagi
mengatasi ketidak hadiran pelajar:

i. Pelancaran Kempen Jom Ke sekolah.

Ini merupakan program yang dilaksanakan bersama pasukan Polis Diraja Malaysia Daerah Tenom.
Dalam program ini murid-murid dikumpulkan untuk mendengar taklimat daripada Wakil PDRM
tentang peranan pelajar serta peraturan-peraturan yang perlu diikuti serta tindakan yang akan
dikenakan ke atas mereka yang membuat pelanggaran undang-undang jalan raya khususnya pelajar
yang menggunakan motosikal. Nasihat yang diberikan amat berguna kepada pelajar agar mereka
sedar tentang kepentingan belajar dan menggunakan sepenuhnya kemudahan yang diberikan
kepada mereka oleh kerajaan agar dijaga dengan baik.Pegawai Perhubungan PDRM akan sentiasa
datang membantu memantau disiplin pelajar.

ii. Program Guru Penyayang

Program ini dilaksanakan sepanjang tahun yang melibatkan semua guru. Guru-guru diberi jadual
mengalu-alukan kehadiran pelajar di pintu utama sekolah sebagai penghargaan kepada kehadiran
mereka ke sekolah setiap hari. Selain itu guru kelas bersama rakan sekelas meraikan hari lahir
pelajar. Untuk memudahkan hari lahir pelajar, tarikh lahir ditulis di papan jadual. Guru juga
menziarahi pelajar yang sakit serta menghantar sumbangan wang tunai aatau barangan keperluan
sekiranya aada ibu bapa pelajar yang meninggal dunia.

iii. Program Sahsiah Mulia

Program ini dilaksana setiap pagi hari jumaat selama 30 minit bermula jam 7.00 – 7.30 pagi; murid
Islam di Surau manakala murid bukan Islam di Dewan. Bagi murid Islam mereka akan membaca
Surah Yassin diikuti slot tazkirah oleh guru yang diberi giliran. Begitu juga murid bukan Islam
diberi kuliah moral. Semua tajuk berkenaan akhlak sebagai pelajar dan lain-lain tajuk berkaitan
tanggung jawab dan peranan kepada ibu bapa, guru, sekolah dan Negara.

iv. Program Ziarah Cakna

Dilaksanakan merujuk kepada data murid yang kerap tidak hadir. Pentadbir bersaama guru kelas,
guru kaunseling mengunjungi pelajar serta berbincang bersama ibu bapa mencari punca dan
langkah memujuk pelajar kembali ke sekolah.

367
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Cakna Kehadiran

v. Program Bersama Komuniti Desa Sapong

Pihak sekolah dengan kerja sama PIBG telah melaksanakan Program Bersama Komuniti dengan
menumpukan kepada kampong paling ramai ponteng. Berdasarkan Jadual 6, didapati tiga kampung
asal pelajar yang di bawah ini merupakan bilangan yang sering ponteng disebabkan jumlah pelajar
daripada ketiga-tiga kampong ini melebihi 50% enrolmen keseluruhan murid iaitu 408 orang

Jadual 37.6: Bilangan kampung paling ramai ponteng

Kampung/ Tingkatan
1 2 3 4 5 Jumlah %
Jarak ke sekolah
Sapong / 2-5 km 26 25 35 27 24 137 34.08
Bamban / 17 km 13 6 8 6 18 51 12.69
Masanoi / 21 19 10 6 2 11 48 11.94
JUMLAH 236 58.71

Program ini dijalankan oleh Unit Disiplin, Unit Bimbingan Kaunseling dengan kerja sama
PIBG sekolah bertempat di Dewan Desa Sapong. Desa Sapong adalah petempatan bagi pekerja
Ladang Sime Dirby. Pelajar dari Desa Sapong majoriti anak-anak buruh ladang.

Program ini melibatkan pembentangan data akademik PT3 dan SPM Tiga tahun sebelumnya,
pembentangan data ponteng semua tingkatan. Kemudian sesi dialog diadakan bagi mengenal pasti
langkah yang boleh diambil bersama. Turut memberi taklimat ialah Pegawai Polis daripada Ibu
Pejabat Polis Daerah Tenom yang menerangkan tindakan yang boleh dilakukan terhadap murid
yang melepak hingga tengah malam.

Berdasarkan penelitian, murid Desa Sapong ponteng disebab

a. Ibu bapa mereka keluar bekerja seawal 5.30 pagi. Mereka sukar memastikan sama ada anak
mereka sudah ke sekolah atau tidak
b. Rumah yang berkelompok, rapat dan saiz bilik yang kecil tidak selesa bagi anak-anak
tambahan jika dihuni oleh beberapa keluarga
c. Anak-anak merayau ke rumah kawan-kawan berdekatan pada waktu malam hingga ke awal
pagi, menyebabkan mereka sukar bangun pagi dan ponteng
d. Pengaruh rakan-rakan bermotosikal yang berpeleseran menyebabkan mereka tidak mengulang
kaji
e. Ibu bapa berserah kepada guru sepenuhnya memandangkan latar belakang pendidikan yang
rendah.

Selepas program, masih tidak menunjukkan peningkatan kehadiran yang banyak bagi pelajar
Desa Sapong. Program Zoom In-Zoom Out dilaksanakan bulan Ogos dengan mengumpulkan
pelajar ponteng tegar bersama ibu bapa. Data akademik setiap pelajar difokuskan dan waris diberi
kefahaman pentingnya mereka membantu mengurus kehadiran dan memastikan anak mereka
belajar di rumah.

368
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Cakna Kehadiran

vi. PIBG Turun Sekolah

AJK PIBG dan ahli-ahli yang berkelapangan masa datang ke sekolah untuk berbincang dengan
pentadbir serta guru berkenaan masalah pelajar. Wakil-wakil kampong yang dilantik akan
membantu guru menziarahi pelajar yang sering ponteng. Mereka juga melawat pelajar khususnya
semasa peperiksaan bagi memberi motivasi kepada pelajar.

vii. Dialog dengan Waris

Diadakan sempena Hari Bertemu Waris yang diaadakan 3 kali setahun iaitu Januari, Jun daan
septemeber iaitu membincangkan laporan keseluruhan pencapaian pelajar tahun sebelumnya,
selepas peperiksaan pertengahan tahun (PPT) dan selepas Percubaan SPM. Selain akademik,
kehadiran dan sahsiah turut dibincang kan.

viii. Kad Kawalan Kelas

Bertujuan mengesan pelajar ponteng serta pelanggaran peraturan yang berlaku sepanjang hari. Kad
ini amat berkesan memantau pelajar, pelajar yang tidak berada di dalam kelas mudah dikesan dan
amat membantu guru mengatasi ponteng kelas, ponteng sekolah serta merekod disiplin pelajar ke
dalam SSDM selepas sesi kauseling dibuat ke aatas mereka yang terlibat.

ix. Kelasku Ceria

Untuk menarik minat pelajar ke sekolah dan sukakan kelas, suasana pembelajaran bilik darjah
dibuat berdasarkan susunan kelas PAK21. Tema hiasan disesuaikan mengikut perkembangan
seperti Perayaan, Hari Kemerdekaan, Anti Dadah dan sebagainya. Hadiah kelas ceria diberikan
sebagai galakan.

x. Sesi Kaunseling dan Disiplin

Merupakan langkah bersepadu yang diambil bagi semua kes disiplin termasuk kes ponteng.

xi. Program Jati Diri

Lazimnya program ini dibuat pada penghujung tahun oleh Unit Bimbingan Kaunseling bersendirian
atau kerja sama PDRM. Pelajar yang dipilih ialah pelajar yang beresiko termasuk yang kerap
ponteng. Program ini banyak memberI kesedaran kepada murid.

xii. Majlis Penghargaan

Diadakan pada penghujung tahun bagi menghargai pelajar yang mempunyai peratus kehadiran
yang baik.

369
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Cakna Kehadiran

4.0 PENILAIAN DAN IMPAK DATA

Berdasarkan 12 program yang telah dilaksanakan secara keseluruhan seperti yang dipaparkan
dalam Jadual 8 menunjukkan peratus ponteng menunjukkan sedikit penurunan iaitu daripada 7.15
peratus kepada 6.26 peratus. Impak daripada program turut menunjuukan peningkatan peratus
kehadiran iaitu daripada 92.85 peratus (2018) kepada 93.74 (2019), namun demikian ia masih
belum mencapai sasaran 2019 iaitu 93.85.

Jadual 37.8: Keseluruhan bilangan dan peratus ponteng Januari – September 2019

TAHUN % KEHADIRAN % PONTENG


2018 92.85 7.15
2019 93.74 6.26

Perincian peratus ponteng dan keahiran mengikut bulan januari hingga September adalah seperti
yang diapaprkan dalam Jadual 37.9.

Jadual 37.9: Bilangan dan Peratus Ponteng Januari – September 2019

BULAN BIL. MURID % HADIR % PONTENG


JANUARI 408 95.46 4.54
FEBRUARI 406 94.00 6.00
MAC 406 94.14 5.86
APRIL 408 91.78 8.22
MEI 406 94.10 5.90
JUN 407 93.95 6.05
JULAI 403 93.42 6.58
OGOS 405 92.98 7.02
SEPTEMBER 401 93.72 6.28
PURATA 406.13 93.74 6.26

Pihak sekolah turut membuat analisis berdasarkan kampung dan berdasarkan data Jadual 10, Kg.
Sapong menunjukkan kadar ponteng tertinggi (2.46 %), Kg. Masanoi (0.85 %), Kg. Bamban (0.71
%) dan Kg Sungai Api (0.65 %). Jika dikira jarak ke sekolah pula, sebenarnya Kg Sapong hanya
dalam lingkungan 5 KM dan tiada masalah pengangkutan. Tetapi bilangan pelajar dari Kampung
paling ramai iaitu 137 orang (34 %). Kg. Masanoi 21 KM agak jauh memang menghadapi masalah
pengangkutan termasuk Kg. Bamban 17 KM.

370
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Cakna Kehadiran

Jadual 37.10 : Status Kehadiran dan Ponteng Keseluruhan Januari – September 2019

Jarak Ke
JUMLAH BIL % BIL %
BIL KAMPUNG Sekolah %
MURID HADIR HADIR PONTENG PONTENG
(km)
KG. CHINTA
1 1.3 41 10.2 6200 9.7 289 0.45
MATA
KG. ANGAN-
2 3.1 15 3.73 2170 3.4 43 0.07
ANGAN
3 KG. SAPONG 5.2 137 34.08 20568 32.19 1570 2.46
KG. SUNGAI
4 13 42 10.45 6137 9.61 416 0.65
API
KG.
5 14 15 3.73 2252 3.52 107 0.17
MANSASOH
KG. PAAL /
6 16 8 1.99 1152 1.8 100 0.16
ULU PAAL
7 KG. BAMBAN 17 51 12.69 7042 11.02 451 0.71
8 KG. MAILO 21 16 3.98 2434 3.01 78 0.12
KG. AMBOI /
9 TMN TENSAN / 3.4 5 1.24 612 0.96 55 0.09
QTRS SESB
10 KG. MASANOI 21 48 11.94 7129 11.16 546 0.85
KG.
11 KEMABONG / 30 5 1.24 575 0.9 48 0.08
K. TOMANI
KG. TENOM
12 3.4 7 1.74 706 1.11 39 0.06
LAMA
PEKAN TENOM
13 4.1 2 0.5 457 0.72 17 0.03
/ IPD
KG. JAWA ULOI
14 / PERUMAHAN 7.3 3 0.75 554 0.87 79 0.12
KALLANG
15 KG. PANGI 10 2 0.5 270 0.04 46 0.07
16 LAIN –LAIN   5 1.24 1679 3.81 67 0.09
  JUMLAH 402 100 59937 93.82 3951 6.18

Jadual 11, menunjukkan berdasarkan data asrama pula menjelaskan kapasiti asrama ialah 150,
manakala pelajar yang diterima masuk mengikut kampong tersebut berjumlah 114, bermakna ada
179 lagi yang perlu dipertimbangkan berdasarkan jarak dan keadaan rumah yang tidak selesa.

371
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Cakna Kehadiran

Jadual 37.11 : Bilangan pelajar tinggal di asrama mengikut kampung kadar tertinggi ponteng

Bil. Tinggal Asrama


Kampung/ Jumlah
Bil Jumlah
Jarak Pelajar Lelaki Perempuan %

Zon Sapong 137 10 13 23 16.7


1
/5KM+
Zon Bamban 51 7 18 25 49.01
2
/17KM+
Zon Masanoi/ 48 19 18 37 77.08
3
21KM+
Zon Mansasoh 15 4 8 12 80
4
/14KM+
Sg. Api 42 5 12 17 40.47
5
/13KM+
JUMLAH 293 114

Hasil pelaksnaan program dan penilaian menunjukkan kadar ponteng dan kehadiran boleh di atasi
sekiranya bebrapa peraka di bawah dibuat penambahbaikan segera. Antaranya adalah:

i. Terdapat keperluan menambah bilangan kapasiti asrama antara 100-150 orang bagi menampung
murid yang tinggal jauh seperti Kg. Bamban, Kg. Masanoi dan Kg. Sungai Api. Penambahan
kapasiti kelak membolehkan pelajar Zon Sapong Khususnya yang tinggal di Ladang Sapong
(Sime Dirby Plantation) dapat dimasukkan. Meskipun jarak setakat 5KM tetapi saiz rumah
yang kecil dengan bilangan ahli keluarga yang ramai meenyebabkan anak-anak tidak selesa di
rumah, menyebabkan mereka keluar merayau hingga larut malam dan tidak belajar. Kesannya
akademik merosot serta terlibat dalam masalah disiplin seperti merokok dan ponteng sekolah.
ii. Masalah bekalan air dari Jabatan Air Negeri Sabah turut mendatangkan impak kepada
kehadiran. Contohnya pada bulan Mac, bekalan air terputus hampir seminggu menyebabkaan
pelajar asrama di arah balik Kampung. Mereka menghadapi kesukaran hadir ke sekolah kerana
masalah pengangkutan.
iii. Pemimpin setempat termasuk MPKK perlu memain peranan memastikan pelajar sekolah
tidak banyak dilibatkan dalam acara perayaan seperti Pesta Kalimaran (Kaum Murut) yang
berlangsung pada bulan April. Jika bukan kerana peperiksaan Pertengahan Tahun berlangsung
bulan Mei, kehadiran mungkin terjejas disebabkan ketika itu adalah sambutan Pesta Kaamatan.

Meski pun data ponteng tidak begitu menunjukkan angka besar berdasarkan bulanan tetapi
puratanya mencapai 93.00 % ke atas. Beberapa impak lain boleh dilihat hasil daripada program
ini. Antaranya ialah;

372
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Cakna Kehadiran

i. Keprihatinan ibu bapa untuk hadir dalam perjumpaan dengan pihak sekolah seperti Hari
Bertemu Waris semakin meningkat.
ii. Peranan PIBG turut meningkat dalam membantu program sekolah seperti menyediakan
dana Program Bersama Komuniti, membuat meja pelajar (250 buah) dan kerusi meja kantin
sekolah (16 buah). Mereka juga turut melawat bilik darjah khususnya semasa peperiksaan bagi
menunjukkan keperihatinan terhadap akademik anak-anak. Mereka juga turut mendapatkan
sumbangan dana berjumlah RM15,000.00 daripada Yang Berhormat Ahli Parlimen untuk
membeli kerusi meja Pusat Sumber Sekolah serta memasang kipas angin. Ini disebabkan tiada
bekalan perabot disediakan sejak sekolah ini dibuka 2011.
iii. Yang Berhormat ADUN Kemabong juga turut membantu menyediakan dana RM2000.00 bagi
program Tuisyen SPM.
iv. Bank Rakyat juga memberikan dana tusyen SPM untuk makan-minum pelajar yang tinggal di
luar asrama berjumlah RM2,500.00
v. Pihak PDRM membantu sekolah mengesan pelajar ponteng di lokasi panas dan kesannya
tidak ada laporan lagi daripada penduduk kampong berdekatan berkenaan pelajar ponteng
di lokasi tersebut. PDRM juga melawat sekolah setiap bulan dan memberi nasihat kepada
pelajar agar tidak melanggar disiplin sekolah serta membantu sekolah menyelesaikan kes-kes
disiplin yang berunsurkan jenayah seeperti mencuri, cabul dan buli.
vi. RELA juga turut membantu membuat rondaan di kawasan sekolah bagi memantau disiplin
murid khususnya murid asrama. Merupakan tindakan mereka yang pertama kali dilakukan
tanpa bayaran.
vii. Murid pula berlumba-lumba mencantikkan kelas masing-masing supaya selesa dan banyak
info di sediakan oleh mereka sendiri.
viii. Murid juga suka membantu pihak sekolah mengindahkan kawasan sekolah khususnya selepas
peperiksaan PT3, dan sekali gus tidak lagi ponteng sekolah.
ix. Guru-guru Kelas juga mengamalkan konsep Guru Penyayang dengan mengadakan sambutan
hari lahir bagi anak-anak jagaan.
x. Kes-kes disiplin berat jarang berlaku.

5.0 RUMUSAN DAN PENUTUP

Program CAKNA KEHADIRAN telah berjaya mengatasi ketidakhadiran dan ponteng dapat
dikurangkan secara berterusan dengan usaha yang optimis warga SMK Chinta Mata, meskipun
terdapat beberapa cabaran yang perlu sama-sama diatasi oleh pihak PPD, JPN dan Kementerian
Pendidikan.

Pertama, KPM harus memastikan peralatan makmal disegerakan memandangkan terdapat


6 buah makmal dibina tetapi belum ada peralatan dibekalkan meskipun telah dimohon sejak
mula 2011 lagi. Ini penting bagi menarik minat pelajar masuk ke sekolah ini serta mengelakkan
perpindahan pelajar bijak dan berminat aliran sains berpindah sekolah lain selepas PT3. Kesannya
yang tinggal hanya pelajar yang berprestasi sederhana.

Kedua, KPM perlu menambah kapasiti asrama antara 100 hingga 150 bagi menempatkan
lebih ramai pelajar yang jauh serta bermasalah kenderaan persekitaran yang tidak selesa seperti
Desa Sapong

373
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Cakna Kehadiran

Ketiga sekolah perlu merapatkan lagi hubungan dengan pemimpin masyarakat kampong
agar benar-benar membantu menguruskan pembelajaran anak-anak di rumah. Sekolah akan
mencadangkan kepada Majlis Perwakilan Komuniti Kampung (MPKK) agar turut melaksanakan
pemantauan kepada kehadiran serta kejayaan anak-anak dengan turut memberi hadiah/ganjaran
kepada ibu bapa serta anak-anak yang cemerlang. Adakah ini mampu dilaksanakan oleh MPKK?

Keempat, majoriti pelajar tingkatan 1 yang dialirkan masuk ke sekolah ini merupakan adalah
dari sekolah yang berprestasi sederhana dan lemah akademik dalam UPSR. Pelajar pintar memilih
Sekolah Menengah Agama Keningau, Sekolah Berasrama Penuh serta Sekolah yang telah terkenal
seperti SMJK Chung Hwa. Manakala kebanyakkan guru SMK Chinta Mata adalah guru baharu 63
% adalah wanita.

Sungguh pun begitu, berdasarkan kerjasama semua pihak sama ada ibu bapa, PPD, JPN dan
KPM serta pemimpin setempat dan lain-lain; SMK Chinta Mata boleh terus mengorak langkah ke
arah yang lebih baik.

6.0 RUJUKAN

Hj. Md. Fiah Bin Md. Jamin (2015). Seleksi Karya Sedekad Jurnal Pendidikan MPSM
2005 – 2014 Edisi 2015. Majlis Pengetua Sekolah Malaysia.

Prosiding Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Nasional (2012). Institut


Aminuddin Baki, Genting Highlands.

374
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PROJEK 40:60
PROGRAM PENINGKATAN KECEMERLANGAN AKADEMIK

ROHANI BT RAMLEE
Pengetua SMK Taun Gusi 2
Xea1222@moe.edu.my

DR. JAMELAA BIBI BT ABDULLAH


Pensyarah Pembimbing IAB Cawangan Genting Highlands
jamelaa@iab.edu.my

DR. ZAKARIA BT OTHMAN


Pegawai SIP+ PPD Kota Belud

ABSTRAK

Projek 40:60 dijalankan untuk meningkatkan peratus penguasaan tahap minimum murid
Tingkatan dua 2019 dalam peperiksaan kendalian sekolah. Isu murid Tidak Menguasai Tahap
Minimum (TMTM) dalam peperiksaan kendalian sekolah perlu ditangani awal. Kajian keperluan
adalah strategi pertama digunakan untuk mengenal pasti isu. Murid terlibat terdiri daripada 142
orang murid Tingkatan 2 di SMK Taun Gusi Dua, Kota Belud. Analisis headcount AR3 Tingkatan
satu 2018 digunakan sebagai TOV. Dalam projek ini markah peperiksaan murid tidak diambil
100% daripada keputusan peperiksaan. Jumlah 40 mewakili kerja kursus di mana skema 5%
untuk pemeriksaan buku latihan murid, 15% folio, 15% pembentangan dan 5% bersemuka.
Autonomi guru menentukan tajuk dan jenis projek.Tempoh masa menyiapkan sesebuah projek
adalah 1 hingga 3 bulan. Jumlah 60 pula adalah markah daripada peperiksaan penggal. Program
ini juga merangkumi intervensi untuk guru, iaitu program FTF. Program FTF bermatlamat
untuk mengupayakan guru selain mengoptimumkan bimbingan dan pementoran. Setelah projek
dijalankan, keputusan AR2 menunjukkan keputusan yang positif iaitu penurunan peratus TMTM
sebanyak 32.16% berbanding AR3 2018 46.39%. Walau bagaimanapun, dapatan ini belum jelas
menunjukkan projek 40:60 memberi impak positif kepada setiap kategori murid yang berbeza
di sekolah ini. Oleh itu, projek 40:60 yang lebih terperinci akan dilakukan dalam fasa kedua di
mana pemilihan tajuk projek lebih kepada soalan KBAT dan kumpulan pentadbir pertengahan
diupayakan dalam FTF bagi melihat keberkesanan program tersebut dalam mencapai objektif
yang telah ditetapkan.

Kata kunci: membangun kapasiti guru, autonomi guru, kbat,

375
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Projek 40:60 Program Peningkatan Kecemerlangan Akademik

1.0 PENGENALAN

SMK Taun Gusi Dua merupakan sekolah menengah yang ke sembilan di daerah Kota Belud.
Didirikan di atas tanah seluas 14.6 ekar di Kampung Keguraan Kota Belud iaitu kira-kira 16
kilometer dari pekan Kota Belud. Dilantik sebagai pengetua dan telah melapor diri ke SMK Taun
Gusi Dua pada 15 Julai 2018 bagi mengantikan pengetua yang bersara wajib pada 12 Julai 2018.
Kehadiran ke sekolah ini merupakan pengetua kedua sekolah ini.

1.1. Profil Sekolah

Seusai dilantik, perkara pertama dilakukan adalah memulakan analisis persekitaran untuk
mengenal pasti isu sekolah ini. Pengurusan pentadbiran yang memerlukan perhatian segera adalah
pentadbiran kewangan dan akaun (tidak berstatus PTJ dan tiada permohonan semenjak beroperasi).
Keadaan ini menyebabkan operasi yang melibatkan kewangan kurang efisien (sebarang urusan
kewangan yang melibat pembelian, penyelenggaraan, emolumen, pengurusan hasil dan sebagainya
terpaksa melibat urusan pihak PPD).

Selain itu, infrastruktur lain yang perlu perhatian adalah satu daripada 6 tangki air
berkapasiti 10000 liter mengalami kebocoran. Hal ini menyebabkan pembaziran air dan tekanan
air rendah. Setelah membuat pemeriksaan di rumah pam didapati hanya satu daripada dua pam air
yang ada berfungsi, kedua-dua pam mengalami kebocoran. Bekalan elektrik di dalam rumah pam
juga bermasalah yang disebabkan oleh wayar yang telah reput. Stor barangan pejabat bocor dan
dimasuki air. Keadaan katil, tilam, bantal dan almari di asrama daif. Keadaan tandas dan tempat
wuduk di surau sekolah rosak. Ini menyebabkan keadaan yang tidak selesa untuk penghuni asrama.

Dalam analisis SWOT juga mendapati sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah
yang berisiko terdedah dengan ancaman pengedaran dadah jenis shabu kerana sekolah ini paling
dekat dengan kawasan pengedaran yang dikenalpasti oleh pihak PDRM. Tuntasnya sekolah ini
berada dalam iklim yang sederhana namun ruang ruang penambahbaikan masih terbuka luas.

Mewujudkan kumpulan G8 telah banyak membantu dalam membuat perancangan


strategik 2019-2021 secara holistik merangkumi sembilan bidang keberhasilan pengetua. Visi
dan misi yang jelas untuk mentransformasikan SMK Taun gusi Dua ke arah pencapaian prestasi
akademik, kemahiran insaniah, prestasi kokurikulum yang tinggi oleh semua murid selain
pencapaian prestasi pengurusan yang cemerlang.

Setakat Mei 2019, semua masalah infrastruktur yang wujud telah berjaya dibaik
pulih. Permohonan pentadbiran kewangan dan akaun berstatus PTJ juga telah dipohon dan sedang
menunggu kelulusan pihak KPM. SMK Taun Gusi Dua telah dinamakan sebagai sekolah SBR
yang berkedudukan Band 6 NKRA. GPS SPM pada tahun 2017 ialah 6.29. GPS SPM tahun 2018
telah melonjak kepada 5.75. Sekolah ini telah mencatat lonjakan tertinggi daerah sebanyak 0.54.

Moto yang menjadi pegangan adalah Muridku Asetku, Wargaku Asetku,Sekolahku


Asetku, KeranaMu: Biar Setitik; Berkocak, Biar Setapak; Bergerak’.

376
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Projek 40:60 Program Peningkatan Kecemerlangan Akademik

2.0. MENGENAL PASTI MASALAH DAN PENAMBAHBAIKAN

Bagi tujuan pelaksanaan projek, daripada 9 bidang SKKSM bidang kurikulum adalah fokus projek
2019. Kajian keperluan telah dilaksanakan bertujuan untuk mengenal pasti isu yang terdapat
di sekolah. Dalam proses tersebut data-data diperlukan bagi mengenal pasti faktor-faktor yang
mempengaruhi masalah berbangkit dengan menggunakan beberapa kaedah seperti perbincangan
ilmiah, pemerhatian, temu bual dan analisis data.

Perbincangan ilmiah bersama kumpulan G8, ketua-ketua panitia, guru kelas dan guru mata
pelajaran mendapati isu murid tidak menguasai tahap minimum dalam kalangan pelajar menengah
rendah kalau tidak ditangani di peringkat awal akan mempengaruhi keputusan peperiksaan SPM.
Isu murid tidak menguasai tahap minimum harus dijadikan keutamaan kerana jika dilihat kepada
data AR3 2018 murid tingkatan 1 bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris daripada 142 orang murid
tingkatan satu 112 tidak menguasai tahap minimum. 125 orang murid tidak menguasai tahap
minimum mata pelajaran matematik. Begitu juga kepada mata pelajaran sains di mana lebih separuh
dari bilangan murid yang tidak menguasai tahap minimum iaitu 90 orang. Secara keseluruhannya
peratus tidak menguasai tahap minimum murid tingkatan satu 2018 adalah 46.39%.

Dialog prestasi bersama guru-guru mata pelajaran mendapati antara sebab perkara ini
berlaku apabila murid langsung tidak menjawab soalan peperiksaan, sikap murid yang tidak malas
dan tidak menyiapkan tugasan yang diberikan guru, sikap murid yang ponteng kelas dan ponteng
sekolah, murid yang tidak memberi tumpuan kepada guru di dalam kelas. Antara masalah yang
menyumbang kepada isu tersebut adalah juga ada antara murid yang masih tidak menguasai
kemahiran membaca dan mengira.

Perbincangan bersama murid telah dijalankan secara terbuka. Murid bebas memberikan
pendapat mereka. Hampir 75 peratus daripada murid di tingkatan dua menyatakan mereka tidak
ada keyakinan untuk menjawab soalan peperiksaan ketika di tingkatan satu kerana merasakan
soalan yang diberi susah dan merasakan apa yang di ajar oleh guru tidak sama dengan soalan-
soalan yang di beri. Seratus peratus daripada murid tingkatan dua bersetuju jika sekiranya mereka
di beri peluang membuat folio atau kerja projek pembelajaran akan lebih seronok dan bermakna
selain kurang tekanan dalam menghafal fakta-fakta dalam mata pelajaran.

Lantaran itu masalah tidak menguasai tahap minimum dalam peperiksaan kendalian
sekolah perlu diatasi. Tulang ikan “Ishikawa” merupakan salah satu kaedah yang digunakan untuk
mengenal pasti dan mendalami punca sesuatu masalah. Penggunaan pendekatan Rajah Tulang Ikan
dapat membantu dalam mengenal pasti punca dan faktor penyumbang kepada permasalahan atau
hubungan antara masalah dan sebab-sebab yang berkaitan. Sehubungan itu, sumbang saran atau
brainstorming telah dilaksanakan untuk mencari penyebab yang berpotensi berkaitan masalah.
Setelah dianalisis ternyata daripada analisis Ishikawa menunjukkan masalah berkaitan mempunyai
hubungan yang signifikan dengan penilaian peperiksaaan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran
guru di dalam bilik darjah. Hasil analisis juga mendapati antara penyebab berpunca daripada
ketidakhadiran ke sekolah. Selain sebab masalah sedia ada murid (Lembam).

Oleh hal yang demikian, program yang dilaksanakan untuk mengatasi isu peratus
tidak menguasai tahap minimum yang tinggi dalam peperiksaan kendalian sekola haruslah
melibatkan dan bermula diperingkat menengah rendah dan berpusatkan murid. Ini selaras dengan

377
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Projek 40:60 Program Peningkatan Kecemerlangan Akademik

standard 3.1.2.3 (SKPMg2) - program peningkatan pencapaian murid diurus secara terancang.
Merancang dan melaksanakan program yang menjurus ke arah peningkatan ilmu dan kemahiran,
menilai keberkesanan program dan mengambil tindakan susulan dengan berfokus kepada isu
pembelajaran, mengambil kira tahap keupayaan murid, secara menyeluruh dan berterusan.
Aktiviti haruslah berfokuskan murid yang mana murid di berikan ruang untuk berkarya. Strategi
ini adalah untuk melahirkan murid yang kreatif dan inovatif. Ini juga dapat memenuhi aspirasi
murid iaitu kemahiran berfikir seperti dalam PPPM 2013-2025.

Bagi tujuan projek ini, fokus diberikan terhadap faktor dalaman. Faktor-
faktor dalaman adalah faktor-faktor yang boleh dikawal oleh pihak sekolah. Faktor penyebab
keputusan peperiksaan di ambil seratus peratus dari keputusan peperiksaan, murid tidak di beri
ruang untuk berkarya, bimbingan secara one to one kurang atau tiada. Tuntasnya, faktor-faktor
dalaman yang boleh dikawal ini akan menjadi dasar dan diguna pakai dalam program yang hendak
dijalankan. Pihak sekolah akan menambahbaik semua faktor dalaman yang melibatkan pihak guru
dan pengurusan murid dan berharap pihak murid akan memberi komitmen kepada projek yang
dijalankan. Program yang akan dilaksanakan akan memberi keyakinan dalam diri murid iaitu dari
segi peningkatan akademik.

Jadual 38.1: Pemetaan Perancangan 3 Tahun Projek 40:60

ASPEK 2019 2020 2021


( 9 Bidang)
Kurikulum - Markah peperiksaan di - Markah peperiksaan di -Pameran projek
ambil hanya 60% ambil hanya 50% peringkat daerah
Menurunkan pera-
tus tidak mengusai - Markah projek 40% -- - Markah projek 50% --
tahap minimum dalam project-based learning project-based learning
peperiksaan kendalian
sekolah. -Pameran projek pering-
kat sekolah
Pengurusan Sumber - Bimbingan dan -Memperkasa pemimpin -PLC (kajian tinda-
Manusia (Guru) pementoran -Face To pertengahan melak- kan, Teacher sharing,
Face(FTF) sanakan video critique)
(FTF)

3.0 PELAKSANAAN- P-O-L-C


Cabaran utama seorang pengurus sekolah adalah mencari penyelesaian masalah paling kreatif.
Namun dengan menggunakan kerangka P-O-L-C Planning iaitu Planing (Merancang) – Organising
(Mengurus) – Leading (Memimpin) – Controlling (Mengawal) program yang telah dirancang dapat
dilaksanakan dengan lebih sistematik.

3.1 Planning ( Merancang)

Berdasarkan analisis keperluan yang telah dijalankan isu murid tingkatan dua 2019 tidak menguasai
tahap minimum dalam peperiksaan kendalian sekolah akan dijadikan sebagai fokus kepada projek
peningkatan pelonjakan akademik 2019. Bagi mencapai matlamat tersebut langkah berikut telah
diambil:

378
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Projek 40:60 Program Peningkatan Kecemerlangan Akademik

i. Menentukan misi dan visi

Pengetua telah menetapkan hala tuju yang jelas untuk dikongsikan bersama warga sekolah.
Hala tuju yang menjurus kepada misi dan visi untuk meningkatkan kecemerlangan akademik di
setiap peringkat (tingkatan 1 hingga 5) bagi menggelak berlakunya defisit pembelajaran dengan
mengurangkan bilangan murid yang tidak menguasai tahap minimum dalam semua mata pelajaran.
Hal ini akan menjamin kemenjadian murid yang holistik.

ii. Menetapkan matlamat dan objektif

Dialog prestasi bersama pengetua, semua penolong kanan, ketua bidang, ketua panitia dan
guru akademik telah membantu dalam menetapkan KPI dan matlamat strategik bidang kurikulum
iaitu pencapaian prestasi akademik yang tinggi oleh semua murid. Bagi tujuan kajian ini, objektif
utama adalah untuk meningkatkan pencapaian murid dalam peperiksaan kendalian sekolah (PKS)
dengan menurunkan peratus murid tingkatan 2 yang tidak mengusai tahap minimum daripada
46.39% kepada 41.39%.

iii. Menyusun strategi

Bagi mencapai matlamat untuk menurunkan peratus murid tidak menguasai tahap minimum
bagi semua mata pelajaran maka pelbagai strategi telah dirangka seperti memperkasakan dan
membudayakan headcount, melancarkan intervensi projek 40:60. Strategi yang dirangka adalah
berdasarkan data driven dan isu telah dikenal pasti secara berfokus. Selain itu pengurusan sumber
manusia (Guru) juga diambil kira. Program FTF di gunakan yang bermatlamat untuk mengupayakan
guru dan bimbingan dan pementoran dapat dioptimumkan.

iv. Merancang tindakan bagi mencapai matlamat

Antara perancangan yang dibuat ialah:

Dalam Perancangan Strategik 2019-2021, objektif 2.9 adalah meningkatkan pencapaian


murid dalam peperiksaan kendalian sekolah (PKS) dan menurunkan peratus tidak menguasai tahap
minimum. Intervensi yang dilaksanakan bagi mencapai objektif tersebut adalah projek 40:60.
Matlamat utama Projek 40:60 adalah untuk tidak mengambil markah penilaian murid 100 peratus
daripada markah peperiksaan. Matlamat ini selari dengan fokus dan gerak kerja profesional KPPM
2019 iaitu Naratif Baharu Amalan Pendidikan. Fokus utama pembelajaran adalah berasaskan
perkembangan murid.

Pada dasarnya, projek 40:60 adalah 40 peratus markah akan diambil dari markah projek
pelajar dan 60 peratus markah adalah dari peperiksaan kendalian sekolah. Pecahan 40 peratus
tersebut akan melibatkan 5 peratus dinilai tentang kekerapan menghantar buku latihan murid, 15
peratus folio kerja yang telah siap, 15 peratus adalah pembentangan hasil kerja dan 5 peratus lagi
adalah kekrapan interaksi bersama guru. Pedagogi pengajaran dan pembelajaran berasaskan murid.
Pembelajaran bermakna dan fun leraning diharapkan akan berlaku. Murid mempunyai tempoh
minima tiga bulan untuk menyiapkan projek mereka. Ini akan menggalakkan mereka berfikir
secara kreatif dan inovatif. Proses pembelajaran kendiri akan berlaku dalam masa yang sama masih
dalam kawalan guru terbabit.

379
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Projek 40:60 Program Peningkatan Kecemerlangan Akademik

Dalam projek ini guru di beri autonomi untuk menentukan tajuk dan tema melalui
perbincangan dan permuafakatan yang di capai di peringkat bidang dan panitia. Setiap bidang
mungkin akan menghasilkan skema pemarkahan yang berbeza mengikut kesesuaian mata pelajaran
masing-masing tetapi sentiasa diasaskan kepada 40 peratus. Autonomi dalam menentukan tajuk
dan isi kandungan projek akan mengalakkan perkembangan kapasiti guru, komuniti pembelajaran
profesional (PLC). Proses pengurusan bottom up digunakan kerana guru-guru adalah kumpulan
yang master kepada isi kandungan mata pelajaran masing masing. Guru akan membuat laporan
secara lisan kepada pengetua dalam program FTF.

3.2. Organising (Mengurus)

Mengurus adalah rantaian kerja yang sangat penting untuk memastikan proses agihan tugas, kuasa
dan sumber dirancang bagi mencapai matlamat organisasi. Bagi tujuan projek ini satu Jawatankuasa
Pelaksana bagi projek ini telah ditubuhkan yang ketuai oleh penolong kanan pentadbiran. Ketua-
ketua bidang menjadi penyelaras di peringkat penentuan kesesuaian markah. Kerangka kerja
telah diuruskan dengan sistematik melalui beberapa rangka kerja seperti penyediaan jadual,
mengadakan program akademik. Projek telah diperkukuhkan dengan pemantauan dan penyeliaan
yang dilakukan oleh pihak pengurusan.

3.3 Leading (Memimpin)

Dalam meniti arus kemodenan ini, kepimpinan seorang pengetua perlu berubah mengikut
peredaran masa kini yang semakin mencabar. Menurut Ibrahim Mamat (1993), apabila seseorang
itu boleh menggerakkan orang lain untuk berfikir, merasa dan bertindak dalam keadaan tertentu,
ia merupakan perlakuan seorang pemimpin. Pengetua merupakan penyumbang penting kepada
keberkesanan pelaksanaan budaya kerja berkualiti di sekolah.

Dalam kursus Inpeks, pengetua telah didedahkan dengan rajah radar spider web untuk melihat
perkembangan diri . Berdasarkan rajah ini skor penilaian kendiri pengetua telah diletakkan. Rajah
ini telah memberi gambaran kekuatan dan kelemahan pengetua. Melalui rajah inilah pengetua telah
menggunakan kekuatan diri untuk merancang dan melaksanakan intervensi, penambahbaikan,
tindaksusul dan memperbaiki kelemahan yang sewajarnya.

Pengetua menjadi pendorong kepada guru-guru untuk menyumbang idea idea yang boleh membantu
dalam projek 40:60, bersikap terbuka dalam menerima dan mempelajari ilmu serta kemahiran
baru yang disumbangkan oleh guru-guru ini bertujuan agar guru guru mampu seiring dalam
membuat keputusan untuk mencapai visi dan misi yang hendak dicapai oleh sekolah. Pengetua
sekolah ini telah cuba sedaya upaya beliau untuk menjadi pengerak kepada projek ini. Pengetua
telah mempengerusikan mesyuarat pertama projek dan telah berusaha untuk menyumbang idea
bagi penambahbaikan dalam projek. Sebagai pengetua baru di sekolah ini, saya mengamalkan
gaya kepimpinan transformasi, saya bersedia untuk menerima idea perubahan dalam program
peningkatan asalkan ianya akan membawa sinar perubahan dalam pencapaian akademik pelajar.
Pengetua sentiasa mengingatkan penyelaras projek konsep kerja berpasukan iaitu konsep bukan
memberi arahan tetapi memberi bimbingan. Kesimpulannya, pengetua sentiasa menyokong
aktiviti-aktiviti yang membawa kepada kecemerlangan sekolah. Bak kata peribahasa Melayu,

380
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Projek 40:60 Program Peningkatan Kecemerlangan Akademik

“Kayu besar di tengah padang, tempat bernaung kepanasan, tempat berlindung kehujanan, uratnya
tempat bersila, batangnya tempat bersandar”.

3.4. Controlling (Kawalan)

Bagi memastikan projek 40:60 mencapai objektif yang telah ditetapkan guru diminta untuk
membuat pelaporan dalam program face to face (FTF) bersama pengetua. FTF1 adalah di mana
guru mata pelajaran membentang kriteria projek yang diberikan kepada murid. FTF2 adalah di
mana guru membentang pelaporan hasil projek. Dalam FTF 2 guru akan membentang di depan
pengetua dan guru yang mengajar mata pelajaran yang sama. Tujuannya agar perkongsian ilmu
dapat berlaku selain membuat tindakan pembaikan dan pembetulan.

Tempoh masa untuk penghasilan projek adalah lebih kurang tiga bulan dan hasilnya akan
dinilai sebelum bermulanya peperiksaan penggal. Murid akan dimaklumkan tentang markah yang
mereka perolehi dan memberi ruang penambahbaikan jika sekiranya murid tidak berpuas hati
dengan markah yang ada.

4.0. PENILAIAN DAN IMPAK

Impak positif projek ini juga terletak pada kerjasama padu yang diberikan oleh kepimpinan sekolah.
Tanpa kerjasama daripada pengetua yang juga pemimpin nombor satu di sekolah tidak mungkin
projek ini dapat dilaksanakan dengan lancar dalam tempoh masa yang begitu singkat. Bimbingan
dari pengetua telah memperkukuhkan lagi projek. Empowerment atau penurunan kuasa pengetua
kepada penyelaras projek telah memastikan projek berjalan seperti yang dirancang. Walaupun ada
projek-projek lain yang sedang berjalan, ianya tidak menjejaskan projek yang dirancang kerana
pengetua telah memastikan perjalanan setiap projek dirancang dan disediakan dengan teliti.

Pada waktu yang sama, komitmen dan sokongan jitu guru-guru akademik. Guru-guru
ini telah memberi kerjasama yang total kepada penyelaras projek dari peringkat awal hinggalah
di peringkat paling akhir. Semasa analisis keperluan dijalankan dan seterusnya semasa mesyuarat
bagi pemilihan strategi yang sesuai dilaksanakan, semua guru dilihat sangat bersemangat dan
memberi komitmen sepenuhnya. Kesanggupan mereka berubah dan mengubah cara berfikir
adalah penyumbang kepada keberkesanan dan kelancaran pelaksanaan projek. Mereka telah
melaksanakan tugas dengan cemerlang dan berkesan walaupun terdapat beberapa kekangan tugas,
mereka cuba atasi tanpa mengugat komitmen mereka pada pelaksanaan projek. Komitmen guru-
guru ini disokong kuat dengan kefahaman yang jelas mereka terhadap hala tuju projek.

Dalam pada itu, kumpulan sasaran projek iaitu murid murid tingkatan dua telah memberi
kerjasama yang tidak berbelah bahagi kepada pelaksanaan projek 40:60. Hasil perbincangan dan
sumbang saran bersama murid sangat berkesan kerana ini mewujudkan kesedaran bahawa projek
ini dirancang khas bagi memenuhi kehendak mereka dan untuk kecemerlangan mereka. Oleh
itu secara tidak langsung melahirkan dalam diri setiap murid rasa kebertanggungjawaban untuk
menjayakan projek ini. Murid murid melahirkan rasa bersyukur mereka kerana mereka akhirnya
dapat menjawab soalan-soalan yang selama ini mereka rasakan sangat susah untuk difahami.
Sebahagian daripada mereka merasakan bersoal jawab terus dengan guru mereka telah mewujudkan
hubungan yang lebih erat dalam kalangan guru dan murid. Kerjasama yang diberikan oleh murid

381
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Projek 40:60 Program Peningkatan Kecemerlangan Akademik

telah meningkatkan lagi keberhasilan projek dan memudahkan tugas guru-guru.

Analisis keputusan AR2 tingkatan dua 2019 juga telah menunjukkan perubahan
yang positif. Dalam peperiksaan penggal pertama daripada 142 orang calon jumlah yang tidak
menguasai tahap minimum adalah 70 orang berbanding AR3 2018 iaitu seramai 122 orang. Bagi
mata pelajaran matematik seramai 86 orang yang masih belum dapat menguasai tahap minimum
berbanding 125 orang pada AR3 2018. Secara keseluruhannya dalam keputusan AR2 tingkatan dua
2019 telah mencatat penurunan peratus tidak menguasai tahap minimum iaitu 32.16% berbanding
TOV 43.39%.

Tuntasnya, kekuatan projek ini adalah disokong oleh pelbagai faktor. Namun, asas kepada
setiap kejayaan adalah perancangan yang teliti sebelum, semasa dan selepas projek. Bermula
daripada analisis persekitaran sehinggalah kepada pembinaan strategi yang hendak digunakan
telah melibatkan semua pihak berkenaan iaitu pengetua, guru-guru dan pelajar.

5.0. RUMUSAN DAN PENUTUP

Kejayaan sesuatu projek terletak kepada perancangan dan pesediaan yang rapi. Bermula dengan
membuat analisis persekitaran bagi mengenal pasti keperluan atau permasalahan sekolah,
seterusnya menjana strategi yang sesuai adalah proses yang perlu diketahui bukan sahaja oleh
pemimpin sekolah tetapi juga setiap warganya. Melaui proses ini bersama-sama akan menjadikan
projek yang dilaksanakan menjadi lebih bermakna dan mudah. Bak kata cendekiawan, “kekitaan
yang erat tiada yang berat”. Ini merupakan tunjang utama kekuatan projek 40:60.

Bagi memastikan projek 40:60 dapat diteruskan dengan lebih berkesan, guru hendaklah
lebih berfokuskan soalan-soalan berunsur KBAT dalam projek yang hendak disampaikan. Perkara
ini perlu agar projek ini dapat dimanfaatkan dengan lebih berkesan dan dioptimumkan. Projek
40:60 dicadangkan agar dapat dilaksanakan untuk semua tingkatan termasuk tingkatan empat.
Kaedah pengajaran (bincang > periksa > bincang) berfokus kepada setiap bahagian amat berkesan
untuk mengabungjalinkan empat kemahiran (mendengar, bertutur, menulis dan membaca) sekali
gus di dalam satu masa pdp.

6.0 RUJUKAN
Ainon Mohd. (2005). Teori & teknik kepimpinan : panduan aplikasi di tempat kerja. Kuala
Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Ibrahim Mamat. (1993). Kepimpinan sekolah teori untuk praktis pemimpin pentadbir pengurus.
Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013–


2025). Putrajaya.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2005). Rancangan Malaysia Ke-9:Pelan induk pembangunan


pendidikan 2006–2010. Kuala Lumpur: Author.

http://jpnselangor.moe.gov.my/jpns/index.php/en/warga-pendidik/naratif-baharu-amalan-
pendidikan

382
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
SENTUHAN KASIH

IDRIS BIN NGAH MAT ARIFFIN


Pengetua SMK Seri Teja
1govuc/aea9003@edu.my

DR. BALASANDRAN a/l RAMIAH


Pensyarah Pembimbing IAB Cawangan Utara
balasandran@iab.edu.my

SAIFUL AZMAN
Pegawai SIP+ PPD Kinta Selatan

ABSTRAK

Merujuk Surat Pekeliling Ikhtisas, KPM Bil. 6/1995 yang bertajuk “Menangani Masalah Ponteng
Sekolah”telah mengingatkan semua Pegawai Pendidikan Daerah, Pengetua, Guru Besar dan
guru-guru tentang tindakan-tindakan yang perlu diambil bagi membanteras salah laku ponteng
di sekolah. Kementerian Pendidikan juga menetapkan sasaran kehadiran murid ke sekolah mesti
melebihi 95%. Justeru, laporan Program Keberadaan ini memfokuskan beberapa intervensi
ponteng sekolah dengan tujuan untuk membudayakan disiplin kehadiran murid ke sekolah,
seterusnya meningkatkan pencapaian akademik murid-murid, Unit Hal Ehwal Murid memfokuskan
kawalan kehadiran harian murid melalui Sistem warna, (Biru: Program Kami Hebat, Hijau :
Program Menjana Minda, Kuning : Program Sekolah Dalam Taman, Merah: Program PIMA),
anugerah bulanan kehadiran tertinggi, program kaunseling, majlis Dialog Prestasi dan Aku Janji
Kehadiran. Diharapkan program ini memberikan impak yang besar untuk mencapai sasaran
kehadiran purata tahunan sekolah, iaitu 90% bagi tahun 2019.

Kata Kunci: Masalah Ponteng, Sistem Warna, Kehadiran

1.0 PENGENALAN
1.1 Profil Sekolah

Saya ditukarkan ke SMK Seri Teja dari SMK Tronoh ialah pada 21.12.2015 SMK Seri Teja terletak
2 kilometer dari jalan Ipoh-Kampar. Pelajar terdiri daripada pelajar berbilang kaum. Bilangan
pelajar semasa saya mula menjejakkan kaki di sekolah ini ialah seramai 520 orang. Majoriti pelajar
terdiri daripada keluarga berpendapatan rendah.

383
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Sentuhan Kasih

Gambar 38.1: Lokasi SMK Seri Teja


(Sumber: Google map.com)

1.2 Status Quo

Status quo SMK Seri Teja ialah sekolah menengah GRED A. Dari segi prasarana fizikal sekolah
ini ialah sekolah menengah Gred A. Dari segi prasarana fizikal, sekolah ini terdiri daripada 6
blok bangunan 2 tingkat. Secara umum prasarana sekolah ini lengkap dengan kemudahan pejabat,
bilik guru, makmal komputer, makmal sains, Bilik darjah, bilik tingkatan 6, kantin, surau, bilik
mesyuarat dan dewan, surau, padang dan tandas.

Semasa saya mula-mula menjejakkan kaki di SMK Seri Teja, sekolah beroperasi dalam dua sidang
tetapi selepas saya dapati bilangan murid semakin berkurangan sekolah beroperasi dalam satu
sidang sahaja. Status gred A masih kekal kerana sekolah ini mempunyai pelajar tingkatan enam.

2.0 ISU DAN PENAMBAHBAIKAN


Isu utama sekolah yang dikenal pasti ialah isu kehadiran murid ke sekolah iaitu ponteng sekolah.
Kadar ponteng sekolah yang tinggi memberikan impak terhadap pencapaian akademik khususnya
kepada murid-murid Tingkatan Lima (5) yang akan menduduki peperiksaan Sijil Persekolahan
Malaysia (SPM). Kedudukan sekolah berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS) ialah band enam (6)
dan termasuk dalam kategori sekolah berkeperluan tinggi dari segi akademiknya.

Sebagai langkah intervensi dalam mengatasi isu kehadiran murid-murid Tingkatan Lima
khususnya dan murid-murid tingkatan lain amnya, Program Sentuhan Kasih ini diperkenalkan

384
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Sentuhan Kasih

.Huraian lanjut berkaitan program ini ditunjukkan dalam pemetaan perubahan tiga (3) tahun seperti
di bawah:

Jadual 38.1 Pemetaan perubahan tiga tahun SMK Seri Teja

BIDANG
2019 2020 2021
FOKUS
HAL EHWAL PROGRAM Sentuhan  
MURID – Kasih:
Projek Utama:
Peratus Projek Utama: HEM: HEM:
Kehadiran Murid -sambungan projek
meningkat -Keberadaan Pelajar - Pemantapan sistem yang berimpak tinggi
Tingkatan 5 Sistem warna
  Warna Pameran Projek
- Penambahan Showcase
-i)Biru : Program Kami Program Sahsiah
Terpuji Bengkel Sahsiah
Hebat,
Terpuji
- Dialog Prestasi
ii) Hijau : Program bersama kumpulan
Menjana Minda, ponteng tegar.
iii) Kuning : Program
Sekolah dalam
Taman,

iv) Merah : Program


PIMA
Anugerah Bulanan
kehadiran kelas dan
Individu, Dialog Prestasi
dan Aku janji murid
- Program kaunseling

3.0 PELAKSANAAN

Model Rasional Penyelesaian Masalah 7 LANGKAH merupakan model yang amat sesuai
merancang projek penambahbaikan bagi menangani masalah ponteng sekolah dalam kalangan
murid SMK Seri Teja yang agak kritikal. Langkah-langkah model itu adalah seperti yang berikut:
Langkah 1- Kenal pasti dan mendefinisikan masalah
Langkah 2- Analisis masalah
Langkah 3-Kenal pasti alternatif penyelesaian
Langkah 4-Pemilihan/Penilaian Alternatif Terbaik
Langkah 5-Penyediaan Pelan Tindakan
Langkah 6-Pelaksanaan Pelan Tindakan
Langkah 7-Penilaian dan tindak susul

385
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Sentuhan Kasih

Langkah pertama dalam model ini ialah mengenal pasti dan mendefinisikan masalah. Isu
ponteng sekolah ini dikenal pasti melalui kutipan data kehadiran harian murid-murid yang tercatat
dalam analisis kehadiran dalam sistem APDM pada tahun 2018 seperti jadual di bawah.

Jadual 38.2: Analisis Kehadiran Harian Tahun 2018

Bil Bulan Peratus kehadiran


1 Januari 95.85
2 Februari 89.37
3 Mac 90.96
4 April 89.19
5 Mei 91.89
6 Jun 87.99
7 Julai 85.29
8 Ogos 92.51
9 September 87.13
10 Oktober 89.70
Purata Peratus 89.99
keseluruhan

Langkah kedua ialah menganalisis masalah berdasarkan jawapan borang soal selidik
kumpulan murid sasaran iaitu semua murid tingkatan 5 tahun 2019. Alat yang digunakan untuk
menganalisis punca masalah ponteng sekolah dalam kalangan murid-murid SMK Seri Teja ialah
Analisis Tulang Ikan Ishikawa. Dapatan analisis Sebab-Akibatnya adalah seperti yangberikut:

Rajah 38.1: Analisis Tulang Ikan Ishikawa SMK Seri Teja

386
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Sentuhan Kasih

Berdasarkan analisis Tulang Ikan Ishikawa, antara punca murid ponteng sekolah adalah disebabkan
faktor tiada kenderaan untuk ke sekolah, tiada kemudahan bas sekolah, motivasi murid rendah
dan murid bekerja. Justeru, pihak sekolah perlu mengenal pasti alternatif yang sesuai untuk
menanganinya.

Langkah ketiga dalam model tersebut ialah kenal pasti alternatif penyelesaian. Sebagai
langkah penyelesaian masalah ponteng dalam kalangan murid-murid SMK Seri Teja, satu program
yang dikenali sebagai program ‘Sentuhan Kasih akan dilaksanakan oleh Jawatankuasa ProPeKS di
bawah kendalian Unit Hal Ehwal Murid.

Langkah keempat dalam model ini ialah pemilihan alternatif yang lebih baik. Cara
untuk membuat pemilihan alternatif yang baik adalah melalui analisis pemilihan strategi, TOWS
matrik dan matrik ranking. Pemilihan alternatif adalah berdasarkan analisis SWOT iaitu kekuatan
kelemahan, peluang dan ancaman yang berkaitan dengan masalah tersebut.

Langkah seterusnya ialah penyediaan pelan tindakan Pelan Tindakan mengandungi strategi
tertentu yang disusun mengikut keutamaan, penetapan tanggungjawab, tempoh pelaksanaan, KPI,
sumber dan pelan kontingensi yang sesuai. Program Sentuhan Kasih ini ditambah baik melalui
penglibatan Unit Kurikulum, Unit Kokurikulum dan PIBG.

Langkah keenam dalam model ini ialah pelaksanaan pelan tindakan. Setiap satu strategi
yang terdapat dalam pelan tindakan akan dilaksanakan berpandukan pelan operasi.

Langkah terakhir berdasarkan model tersebut ialah membuat penilaian terhadap impak
pelaksanaan strategi penyelesaian masalah tersebut. Kesan daripada beberapa strategi yang
dilaksanakan dalam menangani masalah ponteng sekolah, penilaian peratus kehadiran murid dapat
dikesan melalui data kehadiran harian seperti yang terdapat dalam rekod e-kehadiran. Berdasarkan
analisis pemilihan strategi atau matriks ranking, daripada analisis SWOT strategi yang menjadi
keutamaan ialah Program Sentuhan Kasih. Projek ini melibatkan barisan pentadbir termasuk
pengetua dan semua Penolong Kanan, kaunselor, guru kelas, AJK PIBG dan komuniti luar seperti
Kolej Komuniti dan Giat Mara.

4.0 IMPAK PROGRAM PELONJAKAN KEPIMPINAN SEKOLAH


Impak Program Pelonjakan Kepimpinan Sekolah (ProPeKS) ini menunjukkan peningkatan peratus
kehadiran pelajar ke sekolah bagi tahun 2019. Peningkatan kehadiran ini penting kerana dapat
membentuk kemenjadian murid selari dengan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia. Selain
itu, impak program ini juga dapat dilihat daripada aspek kehadiran dan pencapaian akademik
pelajar.

387
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Sentuhan Kasih

100

95

90

85 2018
2019
80

75

70
jan mac mei julai sept

Rajah 38.2: Perbandingan Kehadiran Pelajar 2018 dan 2019



Berdasarkan rajah di atas, program yang dilaksanakan tidak menunjukkan peningkatan kehadiran
dari tahun 2018 berbanding kehadiran 2019 kecuali pada bulan Julai. Purata kehadiran pelajar
sehingga September 2018 sebanyak 89.99%, menurun kepada 86.27% pada tahun 2019. Melalui
data ini menunjukkan program yang dilaksanakan kurang memberi impak kepada kehadiran
pelajar.

5.0 RUMUSAN
Sebagai refleksi, Program Sentuhan Kasih ini kurang memberi impak positif kepada
peratus kehadiran murid SMK Seri Teja. Banyak cabaran yang perlu dihadapi semasa melaksanakan
program Sentuhan Kasih ini terutama faktor luar kawalan guru-guru atau pihak pentadbir sekolah.

Cabaran yang paling sukar dihadapi oleh pihak sekolah ini faktor geografi persekitaran
tempat tinggal murid-murid. Hampir separuh murid-murid di sekolah ini tinggal agak berjauhan
dengan lokasi sekolah sehingga melebihi 20 km. Pengangkutan utama mereka ke sekolah ialah van
sekolah, dan motosikal. Rumah mereka yang jauh dari jalan utama yang menjadi tempat menunggu
bas membuatkan mereka sukar ke sekolah pada hari-hari tertentu seperti hari hujan. Murid yang
bermotosikal pula kerap berkongsi penggunaan motosikal dengan ibu bapa mereka yang bekerja
jauh dari tempat tinggal.

Cabaran yang kedua ialah sikap tidak mengambil berat segelintir ibu bapa tentang
kepentingan kehadiran anak-anak mereka ke sekolah. Ada sesetengah ibu bapa yang dihubungi
oleh guru-guru kelas untuk diberitahu tentang ketidakhadiran anak-anak mereka ke sekolah namun
tiada apa-apa tindakan daripada pihak ibu bapa.

Cabaran terakhir Program Sentuhan Kasih ini ialah kekangan kewangan. Unit Hal Ehwal
Murid tidak mempunyai geran kewangan per kapita tersendiri, baik dari sumber wang kerajaan
ataupun SUWA. Banyak aktiviti berbentuk kebajikan murid-murid miskin seperti bantuan tambang
van, kelengkapan pembelajaran, bantuan sarapan pagi dan sebagainya tidak dapat ditampung oleh

388
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Sentuhan Kasih

pihak sekolah untuk memotivasikan kehadiran kelompok murid sedemikian ke sekolah. Meskipun
ada dana kebajikan disediakan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) tetapi masih belum
mencukupi untuk menampung pelbagai aktiviti Program ProPeKS secara berskala tinggi.

Pihak sekolah amat mengharapkan agar Program Pelonjakan Kepimpinan Sekolah


(ProPeKS) ini turut disediakan geran kewangan secara ‘one-off’’ oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia, seperti projek-projek khas yang lain seperti TS25 ataupun Sekolah Amanah. Keberadaan
murid di sekolah merupakan rutin tugas yang wajib dipantau setiap hari oleh guru-guru dan jika isu
ponteng sekolah ini berlarutan, tentunya akan menjelaskan visi dan misi sekolah ini.

Sebagai rumusan, Program Sentuhan Kasih ini perlu dibuat penambahbaikan agar
kemenjadian akademik dan sahsiah murid-murid SMK Seri Teja akan terus cemerlang. Harapan
kami melalui program ini akhirnya dapat memberi impak kepada pencapaian akademik, dan
meningkatkan band sekolah dari band 6 kepada band 5.

6.0 RUJUKAN

Ainon Mohd. (2005). Teori & teknik kepimpinan : panduan aplikasi di tempat kerja. Kuala
Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Ibrahim Mamat. (1993). Kepimpinan sekolah teori untuk praktis pemimpin pentadbir pengurus.
Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013–


2025). Putrajaya.

389
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
390
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
MUN SIK KITA, SAPA AGIK?
(KALAU TIDAK KITA, SIAPA LAGI?)

MOHAMMAD BIN BRAHIM


Pengetua SMK Sadong Jaya, Samarahan, Sarawak

DR. HAMIDON BIN ABD RAHMAN


Pensyarah Pembimbing IAB Cawangan Genting Highlands

HJ SHBINI BIN SAINI


Pegawai SIP+ PPD SAMARAHAN

ABSTRAK

Inisiatif Mun Sik Kita, Sapa Agik? merupakan program memperkasa sumber manusia yang
meliputi guru, AKP, murid, PIBG dan Pemegang Taruh yang berkenaan di SMK Sadong Jaya,
Samarahan, Sarawak. Sumber manusia merupakan entiti yang sangat penting dalam menentukan
jatuh dan bangunnya serta transformasi sesebuah organisasi itu. Hal ini amat signifikan seperti
yang terungkap dalam peribahasa Melayu: pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.
Inisiatif yang bersandarkan laungan keramat “Sahsiah Ditatang, Prestasi Dijulang” dan
“#smksjbangkitbersama” telah disepakati oleh warga sekolah dan kebanyakan pengisiannya
telah dicetuskan oleh guru-guru dan AKP menerusi program Hari Kualiti. Pelaksanaan inisiatif
ini menggunakan pendekatan POLC / PDCA dan SPeCT. Selain itu, dokumentasi lain seperti
Log Harian, Borang PK-01, dan sebagainya dijadikan sebagai kaedah mengawal, menilai, dan
membuat tindak susul. Insisatif ini telah menunjukkan kesan yang positif terhadap prestasi SMK
Sadong Jaya. Oleh hal yang demikian, inisiatif ini perlu diteruskan tetapi mungkin perlu juga
ditambah baik untuk memastikan keberkesanannya.

(Kata Kunci: Sumber manusia, transformasi, inisiatif)

1.0 PENGENALAN
Program Pelonjakan Kepimpinan Sekolah (ProPeKS) 2018 yang diurus tadbir oleh
Institut Aminuddin Baki (IAB) merupakan program bimbingan berstruktur dan berimpak kerana
mampu membantu kepimpinan sekolah khususnya bagi sekolah-sekolah berprestasi rendah (SBR)
di seluruh Malaysia. Diharapkan program seumpama ini akan terus dijadikan platform untuk
Kementerian Pendidikan Malaysia melangkah lebih jauh dalam usaha melahirkan modal insan
yang seimbang dan harmonis untuk menangani cabaran dunia VUCA mutakhir ini.

391
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Mun Sik Kita, Sapa Agik? (Kalau Tidak Kita, Siapa Lagi?)

Secara peribadi, saya rasa amat bertuah dan berterima kasih kepada Jabatan Pendidikan
Negeri Sarawak khususnya kerana mencalonkan saya untuk menyertai program ini bagi kohort
2018. Untuk tujuan pelaporan peserta program, saya telah memilih untuk mengongsikan aspek
pengurusan sumber manusia di SMK Sadong Jaya, Samarahan, Sarawak. Perkongsian ini hanyalah
berdasarkan analisis keperluan dan status quo SMK Sadong Jaya. Justeru, mungkin tidak begitu
relevan dengan keperluan sekolah-sekolah lain. Antara lain, rasional saya mengutamakan aspek
pengurusan sumber manusia ini juga ialah :

a. Harapan dalam aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)


menerusi Anjakan Ke-4, Anjakan Ke-9, dan Anjakan Ke-10.

b. Pemilihan berdasarkan analisis keperluan dan hasil permuafakatan dalam Dialog


Pengurusan Sekolah.

c. Iktibar daripada pengalaman lampau, iaitu sehebat manapun program seandainya


sumber manusianya tidak bersedia dan bersikap pesimis, program pasti terjejas
malah mungkin juga akan menemui noktah dalam pelaksanaannya.

1.1 Profil Sekolah

SMK Sadong Jaya (SMKSJ) merupakan sekolah menengah kelima di Daerah Asajaya dan berada
di bawah tadbir urus PPD Samarahan. Sekolah ini mula beroperasi pada 03 Januari 2011 di bawah
seliaan Cikgu Hj Fauzi bin Dolah, Penolong Kanan Pentadbiran. Oleh sebab bangunan sebenar
belum siap sepenuhnya, SMKSJ telah menumpang sementara di SMK Sadong Hilir (Semera)
dan beroperasi pada sebelah petang dengan jumlah tenaga pengajar seramai 39 orang dan 5
orang kakitangan bukan guru. Pada peringkat awal pengoperasiannya, jumlah pelajar berdaftar
di SMKSJ hanya seramai 476 orang yang majoritinya berasal dari kampung-kampung di sekitar
Daerah Kecil Sadong Jaya.

Tanggal 27 Mei 2011 menjadi tinta bersejarah apabila SMKSJ secara rasmi berpindah
dan mula beroperasi di bangunan yang ada sekarang ini. Majlis doa selamat dan solat hajat
telah diadakan pada sebelah malamnya sebagai tanda kesyukuran dan menitipkan doa agar pada
sepanjang pengoperasiannya, sekolah ini akan dipermudah serta mampu memberikan manfaat
kepada penduduk khususnya di sekitar

Daerah Kecil Sadong Jaya. Sekolah yang berkeluasan 16.39 hektar (40.5 ekar) ini
dilengkapi dengan kemudahan blok pentadbiran, 34 bilik darjah, bilik-bilik khas, blok asrama,
rumah kaki tangan, dewan utama, dewan makan, surau, kantin, dan kemudahan sukan. Slogan
Give The Best, Be The Best telah dipilih sebagai laungan semangat SMKSJ sebagai pencetus
motivasi warganya yang diketuai oleh Cikgu Hadiah bt Amit (2011-2015). Seterusnya, SMK
Sadong Jaya telah diketuai oleh Cikgu Pendi @ Nurul Iman bt Sadi mulai 2016 sebelum diambil
alih oleh Cikgu Mohammad b Brahim selaku pengetua ketiga SMK Sadong Jaya. Hasil daripada
cetusan idea Kumpulan Pengurusan SMKSJ, laungan keramat kedua, iaitu Sahsiah Ditatang,
Prestasi Dijulang telah diilhamkan untuk memantapkan sumber manusia yang meliputi guru,
AKP, murid, dan ibu bapa di SMK Sadong Jaya ini.

392
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Mun Sik Kita, Sapa Agik? (Kalau Tidak Kita, Siapa Lagi?)

Jadual 39.1 : Profil Sekolah

Jenis Sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan


Status Sekolah Gred  B
Lokasi Luar bandar
Daerah Pentadbiran Daerah Kecil Sadong Jaya
PPD Samarahan
Sesi  Persekolahan 1 Sesi
Keluasan Sekolah 40.5 ekar ( 16.39 hektar)
Bilangan Bilik Darjah 34 buah
Kod Sekolah YEA 8401
Nombor Telefon / Faks 082-821053 / 082-821044
Emel Sekolah smksadongjayaasajaya@gmail.com
Laman Web Sekolah
Lantera Sadong
Pengetua En. Mohammad bin Brahim
PKPA En. Hamdan bin Bujang
PK HEM En. Awing Mohtar bin Awg Mahmud
PK KK Pn Nastum binti Fauzi
Bilangan Guru 58 / 66 orang
Bilangan Murid 873 orang
Melayu / Islam – 773 orang (88.54%)
Cina - 19 orang (2.18 %)
Pribumi Sarawak - 81 orang (9.28%)
Bilangan Kelas 31 (T5 -6; T4-6; T3-6; T2-6, T1-7)
Subjek Elektif Menengah Rendah
Pendidikan Seni Visual / RBT
Menengah Atas
a. Aliran Sains Tulen
Math Tambahan, Biologi, Fizik, dan Kimia
b. Aliran STEM
Sains Pertanian, Sains Rumah Tangga
c. Aliran Sastera dan Kemanusiaan
Tassawur Islam, Pendidikan Seni Visual, Kesusasteraan
Melayu, Perniagaan

1.2 Status Quo Semasa Lapor Diri

Jadual 39.2 : ABM Perjawatan dan Pengisian Sebenar

ABM PERJAWATAN
TAHUN PENGISIAN SEBENAR
DILULUSKAN
2016 61 60
2017 61 59
2018 62 61
2019 64 59
2020 66 58

393
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Mun Sik Kita, Sapa Agik? (Kalau Tidak Kita, Siapa Lagi?)

Jadual 39.3 : Prestasi Akademik

TAHUN
PERKARA
2013 2014 2015 2016 2017 2018 2019

Bil. calon 153 132 135 138 132 156 137

Bil. lulus 108 98 103 99 99 127 113

% lulus 70.59 74.24 76.30 71.74 75.00 81.41 82.48

GPS 6.25 6.61 6.8 6.36 6.27 6.02 5.94

Jadual 39.4: Analisis Kehadiran Murid

Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogs Sep Okt Nov Min

2016 95.86 93.1 94.29 92.19 91.19 87.70 88.7 90.79 90.57 89.74 78.51 90.31

2017 95.83 93,37 94.28 91.13 92.08 87.16 88.93 92.8 90.73 90.05 77.35 90.88

2018 94.54 87.47 90.91 89.28 91.07 89.43 89.49 89.7 89.37 77.35 89.06 89.06

2019 94.51 93.19 94.95 91.66 91.58 92.56 92.18 92.34 90.03 89.06 92.13 92.49

2.0 MENGENAL PASTI ISU DAN PENAMBAHBAIKAN


Di SMK Sadong Jaya, saya membulatkan tekad akan melangkah lebih jauh untuk
menggilap kemampuan dan potensi diri saya sebagai pemimpin pendidikan. Saya perlu bergerak
dan bertindak dengan hakikat bahawa di SMK Sadong Jaya, saya ialah pemimpin yang masih perlu
belajar serta membaiki diri dengan menjadikan sumber manusia yang ada sebagai cerminan diri,
pendorong, dan penyokong yang akan menyerlahkan kemampuan SMK Sadong Jaya. Keberadaan
saya di sekolah ini bukan untuk membongkar kelemahan terdahulu kerana saya yakin dan percaya
semua warga sekolah sebelum ini pasti berhasrat untuk melakukan yang terbaik. Sebaliknya, saya
perlu mencari ruang dan peluang berdasarkan analisis persekitaran dan realiti sumber manusia
yang ada untuk menjulang prestasi SMK Sadong Jaya dalam titian perjalanan yang seterusnya.

Selanjutnya, saya perincikan analisis persekitaran menggunakan analsisi SWOT, Tulang


Ishikawa, dan Matriks TOWS sebagai rujukan dan panduan kami sebagai penggerak SMK Sadong
Jaya.

394
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Mun Sik Kita, Sapa Agik? (Kalau Tidak Kita, Siapa Lagi?)

a. Tulang Ishikawa

Rajah 39.1: Rajah Tulang Ikan Ishikawa (Sebab Akibat)

Jadual 39.5: Analisis SWOT


KEKUATAN (S) KELEMAHAN (W)
Barisan pentadbir yang
S1 W1 Guru tidak mencukupi
berpengalaman
62% guru dan 100% AKP tinggal
S2 W2 Bilangan Guru Interim yang ramai
dalam radius 10km dari sekolah
Guru dan AKP kreatif dan 32 daripada 58 orang guru merupakan guru
S3 W3
berkemahiran literasi komputer yang telah berkhidmat lebih daripada 10 tahun
S4 26% murid tinggal di asrama W4 Agihan tugas guru kurang seimbang
Infrastruktur sekolah yang luas
S5 W5 Prestasi akademik masih lemah
dan lengkap
Sikap guru dan AKP yang positif Kadar ketidakhadiran murid sekolah agak
S6 W6
dan cakna tinggi
Pelibatan dan pencapaian murid dalam
W7
kokurikulum kurang memuaskan
Tiada bekalan
W8 komputer di tiga
buah Makmal
Komputer sedia
ada
PELUANG (O) ANCAMAN (T)
Jawatankuasa PIBG yang
O1 komited dan sedia menyokong T1 Tiada kemudahan pengangkutan awam
pengurusan sekolah
Kolaborasi dan hubungan yang Masalah sosial yang membimbangkan
O2 T2
baik dengan Pemegang Taruh dalam kalangan masyarakat
Bantuan dari segi bimbingan Majoriti ibu bapa mempunyai taraf
O3 kepakaran oleh pihak PPD T3 sosioekonomi yang rendah
Samarahan
Lokasi sekolah yang Capaian internet yang sangat tidak
O4 berhampiran dengan agensi- T4 memuaskan
agensi yang berkaitan
Kepakaran pihak luar / alumni Kehadiran dan pelibatan ibu bapa dalam
O5 yang sedia membantu pihak T5 aktiviti sarana PIBK masih rendah
sekolah

395
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Mun Sik Kita, Sapa Agik? (Kalau Tidak Kita, Siapa Lagi?)

Jadual 39.6 Penjanaan Strategi berdasarkan Matriks TOWS

KEKUATAN (S) KELEMAHAN (W)


S1 Barisan pentadbir yang W1 Guru tidak mencukupi
berpengalaman
W2 Guru Interim yang
DALAMAN ramai
S2 62% guru dan 100%
AKP tinggal dalam
W3 32 daripada 58 orang
radius 10km dari guru merupakan guru
sekolah yang telah berkhidmat
lebih daripada 10 tahun
S3 Guru dan AKP yang
kreatif dan W4 Agihan tugas guru
berkemahiran literasi kurang seimbang
komputer
W5 Prestasi akademik
S4 26% murid tinggal di masih lemah
asrama
W6 Kadar ketidakhadiran
S5 Infrastruktur sekolah murid sekolah agak
LUARAN yang lengkap
tinggi

W7 Pelibatan dan
S6 Sikap guru dan AKP pencapaian murid
yang positif dalam kokurikulum
kurang memuaskan

W8 Tiada bekalan
komputer di tiga buah
Makmal Komputer
sedia ada
S-O W-O
PELUANG (O)
O1 Jawatankuasa PIBG yang
komited dan sedia S1+S3+S5+O1 W1+W2+W3+W4+W8+O2+O3+O5
menyokong pengurusan
sekolah 1. Memanfaatkan infrastruktur 1. Meningkatkan kompetensi
sekolah untuk pembelajaran guru dan prestasi murid
O2 Kolaborasi dan hubungan berterusan melalui PLC dan program
yang baik dengan kolaborasi
Pemegang Taruh S2+S6+O1+O5 2. Mewujudkan iklim dan
persekitaran sekolah yang
O3 Bantuan dari segi 1. Meningkatkan sumber
menyeronokkan
bimbingan kepakaran oleh pendidikan dan memupuk
pihak PPD Samarahan literasi ICT melalui program W5+W6+W7+O1+O4+O5
Pembestarian Sekolah
O4 Lokasi sekolah yang 1. Memupuk kesedaran
berhampiran dengan murid tentang kepentingan
agensi-agensi yang pendidikan dan pelibatan
berkaitan mereka di sekolah

O5 Kepakaran pihak luar /


alumni yang sedia
membantu pihak sekolah

396
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Mun Sik Kita, Sapa Agik? (Kalau Tidak Kita, Siapa Lagi?)

3.0 PELAKSANAAN
Fokus pelaksanaan mencapai hala tuju Memperkasakan Sumber Manusia di
SMK Sadong Jaya ini akan dijelaskan menggunakan kaedah POLC seperti yang berikut.

3.1 Planning (Merancang)

Perancangan yang baik dan mengambil kira penyertaan ahli-ahli dalam organisasi sangat
penting untuk memupuk semangat kekitaan dan kebersamaan sekali gus mampu menjana perubahan
yang signifikan (Bennis dan Nanus, 1985). Menurut Bass (1985), kepimpinan transformasi mampu
mengubah nilai kepercayaan yang ada pada orang bawahan untuk mengubah budaya sesebuah
organisasi.

Langkah pertama yang telah diambil ialah pengetua membentangkan dapatan Analsisi
Persekitaran dan Analisis Keperluan kepada semua barisan pentadbir sekolah. Hasil daripada
pembentangan tersebut, barisan pentadbir berbincang untuk menentukan hala tuju dan bersama-
sama menyediakan Pemetaan Hala Tuju SMKSJ untuk 3 tahun (2018-2021). Pada masa yang
sama, semua bersepakat untuk menerima slogan “Sahsiah Ditatang, Prestasi Dijulang” dan
“#smksjbangkitbersama” sebagai laungan keramat. Hala tuju dan laungan keramat tersebut telah
dihebahkan kepada seluruh warga sekolah dan ahli-ahli PIBG.

Langkah selanjutnya ialah mengadakan Hari Kualiti SMKSJ yang bertujuan untuk
menilai program sedia ada sebelum ini. Guru-guru dan AKP telah didedahkan dengan Pendekatan
SPeCT (School Programme Check Tool) untuk menilai dan mencadangkan tindak susul sama ada
dikekalkan, ditambah baik, digugurkan, dikurangkan, ataupun diwujudkan program baharu yang
lebih sesuai dengan keperluan.

Akhir sekali, setiap Penolong Kanan dan Ketua Bidang serta dibantu oleh ahli masing-
masing menyediakan Dasar SMKSJ, takwim, jawatankuasa, Pelan Tindakan dan Pelan Operasi
program yang telah disenaraipendekkan mengikut keutamaan. Kesemua ini telah didokumentasikan
sebagai rujukan semua warga sekolah dan dikenali sebagai Buku Maklumat Pengurusan SMKSJ.
Mulai 2020, Pelan Tindakan dimantapkan menggunakan PIntaS dan pemantauan menggunakan
OPPM selaras dengan pemilihan SMKSJ sebagai sekolah TS25 Kohort 5 pada tahun 2020.

3.2 Organising (Mengurus)

Mengurus ialah satu proses sosial untuk mendapatkan kerjasama, penyertaan, dan pelibatan
ahli-ahli dalam organisasi dan kecekapan pemimpin untuk mengurus akan menyumbang kepada
pencapaian untuk mencapai sesuatu matlamat atau hala tuju organisasi. Dalam konteks ini, sebagai
pengetua SMKSJ, pengurusan hala tuju telah dilaksanakan secara kolektif dengan melibatkan
barisan pentadbir, guru-guru, AKP, murid-murid, dan pemegang taruh yang lain berpandukan
konsep PDCA (Plan, Do, Check, Action).

Proses sebelum program, iaitu perancangan (Plan) telah diilhamkan secara muzakarah
sebelum dizahirkan dengan pendokumentasian sebagai garis panduan dan rujukan. Dalam fasa
pelaksanaannya (DO), saya juga bertindak untuk memastikan keakuran dari segi peranan jawatan

397
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Mun Sik Kita, Sapa Agik? (Kalau Tidak Kita, Siapa Lagi?)

kuasa kerja, memantau aspek keselamatan dan kecemasan, serta kemungkinan yang berlaku
semasa program berlangsung. Akhir sekali, untuk fasa selepas program, saya akan memastikan
aspek penilaian program (Check), dan tindak susul (Action) dilaksanakan sama ada dalam bentuk
komunikasi maya (whattapps dan telegram) atau secara lebih formal melalui mesyuarat.

3.3 Leading (Memimpin)

Seperti yang telah dijelaskan pada awal pelaporan ini, sebagai pengetua SMKSJ, hasrat utama
saya adalah untuk mengenal pasti ruang dan peluang yang ada untuk menjulang prestasi SMKSJ.
Dalam hal ini, keutamaan saya ialah memperkasakan sumber manusia dengan meletakkan aspek
sahsiah sebagai fokus seperti mana yang terungkap dalam laungan keramat “Sahsiah Ditatang,
Prestasi Dijulang”.

Sahsiah pengetua, barisan pentadbir, guru-guru, AKP, murid-murid, dan ibu bapa perlu sama-
sama diperkasa untuk mencapai hala tuju SMKSJ. Pematuhan etika perkhidmatan, nilai-nilai
agama dan kemasyarakatan, pembentukan sahsiah kendiri, serta amalan kolektif perlu ada dalam
diri warga SMKSJ. Pada masa yang sama, usaha untuk mengikis sikap prasangka, sambalewa,
culas, dan sudah terlalu selesa turut diambil perhatian oleh saya untuk memastikan sumber manusia
yang berkesan dan bermakna.

Bersandarkan prinsip Kepimpinan Transformasional, saya memperkasa sumber manusia


secara kolektif dengan menjadi pembimbing khususnya kepada guru-guru baharu, berkongsi ilmu
dan kemahiran dengan para guru dan AKP, pembakar semangat untuk anak-anak didik SMKSJ,
dan penggerak kepada ibu bapa serta komuniti. Untuk memperkasa para ibu bapa, saya dan barisan
pentadbir telah bergerak ke setiap sekolah tadahan dalam Program Jerayawara Aspirasi SMKSJ
kerana sedar kekangan para ibu bapa untuk ke sekolah. Manakala untuk meniup semangat anak-
anak didik SMKSJ, saya berusaha untuk sama-sama berada dengan mereka (visibility) dalam
kebanyakan aktiviti sama ada di dalam atau di sekolah.

3.4 Controlling (Kawalan)

Kawalan merujuk kepada proses sistematik untuk mengawal selia dan memantau aktiviti
supaya kekal konsisten seperti dalam perancangan, dan menepati aspirasi organisasi.
Program pemerkasaaan sumber manusia merupakan hala tuju utama yang digerakkan
sederap oleh seluruh warga dan pemegang taruh SMK Sadong Jaya. Kawalan untuk program
pemerkasaan sumber manusia bertujuan untuk mengelakkan tekanan kerja, keletihan dan
kemampuan murid, sumber kewangan, ketidakakuran, mengenal pasti dan menangani halangan,
dan menepati kriteria kejayaannya. Penggunaan log harian dalam kalangan AKP, borang PK-
01, PLC, pembentangan, dan mesyuarat adalah antara kaedah untuk mengawal program di
SMK Sadong Jaya. Dalam keadaan yang tertentu, konsultasi individu juga dilaksanakan oleh
pengetua untuk mengawal kompetensi guru dan AKP. Kaunselor sekolah juga diperkasa bagi
membantu pengawalan khususnya yang melibatkan murid.

398
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Mun Sik Kita, Sapa Agik? (Kalau Tidak Kita, Siapa Lagi?)

4.0 PENILAIAN / IMPAK PROGRAM

Antara pengisian yang telah dilaksanakan untuk pemerkasaan sumber manusia di SMK Sadong
Jaya adalah seperti yang berikut:

Jadual 39.7 Pengisian Program SMK Sadong Jaya

BIL PROGRAM / TINDAKAN SASARAN


1 Pendokumentasian (Buku Maklumat Pengurusan Semua warga sekolah
SMKSJ, Perancangan Strategik, PIntaS, Log Harian, Log
Pemantauan dan Laporan)
2 Hari Kualiti, CPD, PLC Pentadbir, guru, dan AKP
3 Rumahku, Sekolahku Semua warga sekolah
4 Dialog Pengurusan Pentadbir, GBK KPT, wakil Peny.
Asrama, wakil Pemb. Makmal,
5 Program Kecemerlangan Kurikulum (HIPERS, Jom Murid
Berambeh di Sakura, Secangkir Kopi, Ketam Terpilih,
Program Pembestarian SMKSJ)
6 Program Kecemerlangan HEM (Bonanza Kehadiran, Guru, Penyelia Asrama, Murid, dan
Program Pemantapan BPM, Mari Berwaqaf, Asramaku PIBG
Awesome)
7 Program Kecemerlangan Kokurikulum (Klinik Murid
Pembangunan Olahraga, Dataran KK-ku Best!, Santai di
SJ)
8 Pemerkasaan PIBG (Jerayawara Aspirasi SMKSJ, Sukan Pentadbir, PIBG, Murid
Komuniti, 1 Buku 1 Keluarga, Permuafakatan Berfokus)
9 Dialog Kualiti Perkhidmatan Pentadbir, Kontraktot BMA, PKK,
KBK, dan Operator Kantin Sekolah
10 Program Kolaborasi dengan Pemegang Taruh Pentadbir, Guru, GBK, Murid,
Pemegang Taruh

Secara keseluruhannya, saya selaku peneraju SMK Sadong Jaya rasa amat bersyukur dengan
komitmen dan sikap sedia untuk menerima perubahan dalam kalangan warga sekolah dan
pemegang taruh. Peningkatan prestasi akademik dan peningkatan kadar kehadiran murid ke
sekolah seperti yang tertera dalam Jadual 3 dan Jadual 4 di atas membuktikan apabila sahsiah
sumber manusia diperkasa secara konsisten, secara perlahan-lahan prestasinya akan meningkat.

Begitu juga dengan peningkatan skor penilaian SKPMg2. Walaupun dinilai secara
dalaman, namun yang jelas peningkatan skor tersebut menunjukkan keyakinan dan perubahan
positif budaya kerja warga penggerak SMKSJ berdasarkan eviden yang ada.

399
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Mun Sik Kita, Sapa Agik? (Kalau Tidak Kita, Siapa Lagi?)

Jadual 39.8 Analisis Skor Penarafan Sekolah SKPMg2

KETERANGAN SKOR % SKOR % SKOR %


STD
STANDARD 2017 2018 2019
1 Kepimpinan 87.19 84.89 95.31
2 Pengurusan Organisasi 85.39 88.65 97.92
3.1 Pengurusan Kurikulum 79.98 80.48 92.95
3.2 Pengurusan Kokurikulum 73.82 82.59 96.65
3.3 Pengurusan Hal Ehwal Murid 84.32 95.31 97.99
4 Pembelajaran dan Pemudahcaraan 82.57 86.66 87.18
5 Kemenjadian Murid NA NA NA

Impak Program “Rumahku, Sekolahku,” turut menggilap kemahiran insaniah (softskill)


lebih ramai guru, AKP, dan murid. Agihan yang lebih teliti memberikan mereka peluang dan ruang
untuk berkreativiti, menggilap kemahiran merancang, mengurus, dan mengelakkan lambakan
beban kerja. Sahsiah yang terpuji turut memudahkan saya melaksanakan program Jom Berwaqaf,
iaitu 1 Guru 1 Pasu dan Waqaf Buku.

Peningkatan jumlah penyertaan dan pencapaian murid SMKSJ dalam bidang kokurikulum
juga menyerlahkan aura laungan keramat: Sahsiah Ditatang, Prestasi Dijulang” .

Jadual 39.9: Analisis Penyertaan dan Pencapaian Kokurikulum

TAHUN DAERAH/ NEGERI KEBANGSAAN


BAHAGIAN
2018 83 15 0
2019 214 37 4

Begitu juga dengan pelibatan dan komitmen para ibu bapa juga menunjukkan perubahan
positif dari walaaupun data e sarana tidak begitu menggalakkan.

Jadual 39.10 : Pelibatan Ibu Bapa/Komuniti dalam e Sarana

AKTIVITI PELIBATAN
TAHUN 2017 2018 2019 2020
Hari Pendaftaran 90.37 98.31 92.35 96.06

Hari Penetapan Target 81.58 92.4 77.48


Mesyuarat Agung 48.19 68.8. 66.17
Hari Pelaporan 77.71 72.22 77.48
Hari Sukan Tahunan Tiada Data 19.23 50.00
Hari Anugerah Tiada Data Tiada Data 87.75
Sukarelawan Tiada Data Tiada Data 56.46

400
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Mun Sik Kita, Sapa Agik? (Kalau Tidak Kita, Siapa Lagi?)

5.0 RUMUSAN

Dalam Teori Kepimpinan Transformasi, pengetua bertindak membangunkan organisasinya


dengan merangsang kreativiti ahli-ahli kumpulan dengan cara memberikan peluang kepada mereka
menyoal idea masing-masing dan membina idea untuk melakukan sesuatu ataupun menyelesaikan
masalah yang wujud dalam organisasi (intellectual stimulation). Gaya kepimpinan sebegini telah
cuba saya terapkan dalam mentadbir urus dan menjulang prestasi SMK Sadong Jaya. Bermula
dengan analisis persekitaran dan analisis keperluan, saya menggerakkan diri saya, warga sekolah
dan pemegang taruh untuk sama-sama membina sahsiah yang unggul dalam melaksanakan amanah
sebagai guru, penjawat awam, murid, ibu bapa, dan ahli masyarakat. Saya bersyukur kerana
mempunyai rakan-rakan sekerja yang komited dan positif di SMK Sadong Jaya, anak-anak didik
yang dahagakan bimbingan guru, dan pibg serta komuniti yang sentiasa menghulurkan tangan
sebagai tanda sokongan.

Walaupun tidak sehebat sekolah-sekolah lain, namun bagi diri saya, peningkatan prestasi
anak-anak didik SMK Sadong Jaya sama ada dalam bidang akademik, akhlak, dan kokurikulum
amat bermakna. Peningkatan ini juga menyerlahkan bahawa pemerkasaan sumber manusia
mempunyai korelasi dan hubungan yang signifikan dengan prestasi masing-masing. Tuntasnya,
saya berpandangan bahawa untuk melaksanakan transformasi dalam organisasi, sebagai pemimpin
pendidikan kita perlu juga menganalisis kesediaan dan kemampuan sumber manusia supaya
perubahan lebih mudah dan berimpak tinggi. Sebagai pemimpin organisasi, kita juga perlu bersedia
dengan Pelan Pengurusan Risiko kerana tidak semua perancangan dan harapan dapat tercapai dan
menepati prisnsip sebab dan akibatnya.

Akhir sekali, saya ingin mengambil ruang ini untuk mengucapkan tahniah kepada pihak
IAB khususnya atas inisiatif program yang amat bermakna kepada pemimpin pendidikan yang
masih bertatih dalam mentadbir urus organisasi seperti saya sendiri. Kalungan penghargaan juga
saya abadikan buat Pensyarah Pembimbing, Dr. Hamidon Abd Rahman dan Tn Hj Shbini Saini,
Pegawai SIP + dari PPD Samarahan. Terima kasih Pengarah dan warga kerja JPN Sarawak yang
telah memilih saya sebagai peserta program ProPeKS Kohort 2018.

Hatinya terang fikiran cerdas

Ilmunya banyak pengetahuannya luas

Tahu menyemak hujan dan panas

Tahu memilih antah dan beras

Tahu berlembut pandai berkeras

Negeri makmur rakyat pun puas

401
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Mun Sik Kita, Sapa Agik? (Kalau Tidak Kita, Siapa Lagi?)

6.0 RUJUKAN

Bennis, W. & Nanus, B. (1985).Leaders:The strategies for taking charge.New


York:Harper&Row

Bass,B.M.(1985). Leader & Performance. New York:Free Press

Nota NPQEL. (2013). Institut Aminuddin Baki

402
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
ENHANCING ENGLISH THROUGH HIP

NEDUMARAN A/L LINGAPPAN


Pengetua SMK Serian, Sarawak
smkserian@yahoo.com

DR. HAMIDON BIN ABD RAHMAN


Pensyarah Pembimbing IAB Cawangan Genting Highland
hamidon@iab.edu.my

RAFI TAIZEL
Pegawai SIP+ PPD Serian

ABSTRAK

Penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar adalah pada tahap yang lemah. Oleh yang
demikian, Enhancing English Through HIP dilaksanakan bertujuan untuk membaiki serta
mempertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar, iaitu dari tingkatan 1
sehingga 5. Fokus utama ialah kepada pelajar yang menduduki SPM. Salah satu alat pengukur
prestasi sekolah ialah melalui pencapaian keputusan SPM. Pihak berkepentingan akan melihat
keputusan keseluruhan SPM serta prestasi setiap subjek. Antara subjek yang setiap tahun menjadi
fokus ialah Bahasa Inggeris. Ini kerana pencapaian dalam SPM amat tidak memuaskan. Enhancing
English Through HIP dilaksanakan pada awal Januari sehingga Disember. Ia menjadi salah satu
hasrat sekolah untuk semua calon SPM agar mereka mendapat kelulusan minimum dalam SPM,
khasnya dan dapat menggunakan Bahasa Inggeris apabila tamat persekolahan amnya. Pelbagai
projek dirancang dan dilaksanakan demi mencapai matlamat yang dihajati. Ia memerlukan
perancangan yang rapi dan melibatkan pelbagai pihak demi memastikan program ini mencapai
objektif yang dihajati.

Kata Kunci: Enhancing English Through HIP

1.0 PENGENALAN
SMK Serian merupakan sekolah yang tertua di daerah Serian. Nama itu diberi memandangkan
sekolah ini terletak di daerah Serian. Mula beroperasi pada tahun 1964 secara menumpang di SK
St Teresa dan berpindah ke tapak baharu secara rasminya menjadi SMK Serian, kini mempunyai
kekuatan seramai 159 orang guru dan 2094 murid dari Tingkatan Peralihan hingga Tingkatan 6.

403
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Enhancing English Through Hip

1.1 Profil Sekolah

Jadual 40.1 Profil Sekolah

Jenis Sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan


Status Sekolah Gred A
Lokasi Luar Bandar
Daerah Pentadbiran Serian
PPD Serian
Sesi Persekolahan 2 sesi
Jenis Bantuan Sekolah Kerajaan
Keluasan Sekolah 25.46 ekar
Bilangan Bilik Darjah 38 buah
Kod Sekolah YEB 8205
Nombor Telefon 082-874001
Nombor Faks 082-874884
E-mel Sekolah YEB8205@moe.edu.my
Laman Web Sekolah https://smkseriansmks.blogspot.com/?m=0
Pengetua Nedumaran a/l Lingappan
Penolong Kanan Pentadbiran Albert anak Andrew Siddle (menjalankan tugas PK1)
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Birong anak Mejang
Penolong Kanan Ko Kurikulum Wan Sulaiman bin Wan Elias (menjalankan tugas
PKKO)
Penolong Kanan Petang Noor Azman bin Baharin
Penolong Kanan Tingkatan 6 Milton anak Junde
Bilangan Guru 159 orang
2094 orang
Melayu = 485 (23.16%)
Cina = 235 (11.22%)
India = 5 ( 0.24%)
Bumiputera = 1304 (62.27%)
Bilangan Murid Lain-Lain = 59 ( 2.82%)
Bukan Warganegara = 6 (0.29%)
Bilangan Kelas Tingkatan 6 Semester 3 = 6
Tingkatan 6 Semester 1 = 6
Tingkatan 5 = 13
Tingkatan 4 = 13
Tingkatan 3 = 13
Tingkatan 2 = 13
Tingkatan 1 = 13
Peralihan = 1
JUMLAH BESAR = 78

404
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Enhancing English Through Hip

Mata Pelajaran Elektif Menengah Rendah


Pendidikan Seni Visual
Reka Bentuk dan Teknologi
Menengah Atas
5S1: Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan
5S2: Kimia, Fizik, Matematik Tambahan, Sains Komputer
5MPV: MPED
5K1: Sains Sukan, Ekonomi
5K2: Geografi, Sains Rumahtangga
5K3: Kesusasteraan Melayu, PSV
5K4: Geografi, PSV
5K5-5K8: PSV
4S1: Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan
4S2: Fizik, Kimia, Matematik Tambahan, Sains Komputer
4S3: Sains Sukan, Ekonomi
4S4: Geografi, Sains Rumahtangga
4S5: Kesusasteraan Melayu
4S6: Geografi, PSV
4S7 : MPED
4S8-4S11: PSV
Tingkatan 6
Tingkatan 6S3S:PA,MTT,KIM,BIO,MUET
Tingkatan 6S3A:PA,BM,GEO,EKO,MUET
Tingkatan 6S3B:PA,BM,EKO,SEJ,MUET
Tingkatan 6S3C:PA,BM,GEO,SEJ,MUET
Tingkatan 6S3D:PA,BM,KMK,GEO,MUET
Tingkatan 6S3E:PA,BM,SV,SEJ,MUET
Tingkatan 6S1S:PA,MUET,MTT,BIO,KIM
Tingkatan 6S1A:PA,MUET,BM,GEO,EKO
Tingkatan 6S1B:PA,MUET,BM,GEO/SEJ,EKO
Tingkatan 6S1C:PA,MUET,BM,GEO,SEJ
Tingkatan 6S1D:PA,MUET,BM,GEO,KMK/SV
Tingkatan 6S1E:PA,MUET,GEO/SEJ/KMK/SV

1.2 Status Quo Sekolah

SMK Serian, Serian, Sarawak merupakan sekolah yang berada dalam kedudukan Band 6.
Berdasarkan analisis peperiksaan yang dilakukan oleh Jawatankuasa Peperiksaan, didapati bahawa
pencapaian murid dalam kebanyakan mata pelajaran kurang memuaskan. Salah mata pelajaran
yang menjadi fokus ialah Bahasa Inggeris.

405
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Enhancing English Through Hip

Satu hasil kajian daripada guru subjek dan murid mengenal pasti beberapa isu yang menjadi
penyebab kepada pencapaian yang tidak memuaskan. Isu ini perlu diatasi kerana kemampuan
murid untuk menguasai Bahasa Inggeris akan memberi kesan kepada SPM serta kemampuan
mereka berdepan dengan kehidupan selepas tamat alam persekolahan.

2.0 MENGENAL PASTI ISU DAN MASALAH PUNCA


SMK Serian mempunyai potensi untuk menerajui kedudukan pencapaian terbaik dalam
SPM. Setiap tahun SMK Serian berjaya menghasilkan ramai calon SPM yang mencapai sekurang-
kurang 5A. Namun cabaran utama ialah untuk memastikan semua calon SPM sekurang-kurangnya
berjaya mencapai kelulusan minimum.

2.0.1 Keputusan SPM untuk Tahun 2017, 2018 dan 2019

Jadual 40.2: Keputusan SPM untuk Tahun 2017, 2018 dan 2019

Tahun 2017 2018 2019 2020


GPMP 6.22 6.36 5.81 5.49*
% Lulus 72.70 71.43 76.05 80.0*
Bil. Calon 394 394 385 382

2.0.2 Keputusan SPM Bahasa Inggeris untuk Tahun 2017, 2018 dan 2019

Jadual 40.3: Keputusan SPM Bahasa Inggeris untuk Tahun 2017, 2018 dan 2019

Tahun 2017 2018 2019 2020


GPMP 6.98 7.11 6.53 5.99*
% Lulus 61.38 62.92 74.9 80.0*
Bil. Calon 394 394 385 382

2.0.3 Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 3 2018

Jadual 40.4: Keputusan Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 3 2018

Tahun 2018 (T3) 2019 (T4) 2020 SPM


GPMP - 7.67
% Lulus 60.40 34.32
Bil. Calon 379 379

Hasil daripada kaji selidik yang telah diadakan oleh panitia Bahasa Inggeris tentang
kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran, maka dapatannya ialah seperti dalam analisis SWOT

406
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Enhancing English Through Hip

di bawah:

Jadual 40.5 Analisis SWOT Bahasa Inggeris

KEKUATAN (S) KELEMAHAN (W)


S1. Semua guru yang mengajar subjek W1. Sebahagian murid gagal menguasai
Bahasa Inggeris tingkatan 5 merupakan kemahiran Bahasa Inggeris seperti
guru-guru yang berpengalaman mengajar membaca, menulis dan bertutur.
lebih dari 10 tahun. W2. Kehadiran murid 4 kelas terakhir ke
S2. Semua guru yang mengajar subjek sekolah kurang memuaskan.
Bahasa Inggeris merupakan guru opsyen. W3. Minat murid terhadap subjek Bahasa
S3. Sekurang-kurangnya 2 orang guru subjek Inggeris masih di tahap yang rendah.
merupakan pemeriksa kertas SPM Bahasa W4. Keyakinan murid untuk menjawab
Inggeris. soalan peperiksaan subjek Bahasa
Inggeris masih kurang.

PELUANG (O) CABARAN (T)


O1. Sokongan kewangan dari pihak PIBG. T1. Segelintir ibu bapa yang kurang
O2. Mudah mendapat kerjasama daripada mengambil berat tentang pentingnya
pihak sekolah dalam menyediakan menguasai Bahasa Inggeris.
modul Bahasa Inggeris Tingkatan 5. T2. Segelintir ibu bapa yang tidak
O3. Bimbingan dari segi kepakaran oleh mengambil berat tentang kehadiran
pihak PPD Serian. murid ke sekolah.
O4. Penyampaian maklumat antara ibu bapa T3. Sekolah berdekatan dengan premis
dan pihak sekolah lebih mudah. perniagaan telah memberi peluang
O5. Peruntukan PCG Panitia yang murid-murid bekerja secara sambilan
mencukupi. amat tinggi dalam kalangan murid.

3.0 PELAKSANAAN PROGRAM (POLC)


Dalam usaha merealisasikan visi dan misi sesebuah organisasi, perancangan yang strategik amat
penting supaya ia meninggalkan impak yang mendalam terhadap kumpulan sasarannya.

3.1 Planning (Perancangan)

Setelah melapor diri sebagai pengetua di sekolah ini, penyelidik telah meneliti kedudukan

407
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Enhancing English Through Hip

status quo sekolah daripada semua aspek pentadbiran, kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum
serta meminta taklimat daripada semua Penolong Kanan dan Guru Kanan Mata Pelajaran untuk
melihat kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran bagi menggerakkan seluruh warga sekolah
mencapai matlamat organisasi. Oleh itu, projek untuk meningkatkan pencapaian Bahasa Inggeris
Aliran Perdana pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5 telah dipilih untuk menjadi fokus utama.

Visi: 70% pelajar menguasai penulisan yang baik dan tatabahasa yang betul dengan kemampuan
menggunakan kesemua struktur ayat serta 100% mampu berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris
dengan sekurang-kurangnya tahap minimum.

Misi:

• 100% pelajar terlibat dalam Enhancing English Through HIP yang diadakan setiap
sepanjang tahun
• Penglibatan penuh guru-guru bahasa Inggeris
• Memberikan sijil penghargaan kepada pelajar yang berjaya

Strategi:

• Enhancing English Through HIP


• Penglibatan SISC+ PPD
• Kerjasama dengan AJK PIBG Sekolah

3.2 Organizing (Pelaksanaan)

3.2.1 Pembudayaan
a. Panitia Bahasa Inggeris membuat garis panduan tentang aktiviti yang
dijalankan.
b. Memimpin pelajar agar terlibat dengan perasaan selesa dan seronok.
c. Pelajar membuat aktiviti yang diberi.
d. Pemantau akan memberikan ulasan terhadap perkembangan para pelajar
yang terlibat.
e. Perbincangan Panitia Bahasa Inggeris sering diadakan untuk tujuan
penambahbaikan projek.

3.2.2 Jaringan Sosial

Melibatkan kerjasama antara Pegawai SISC+ PPD Serian, Guru-guru dan AJK
PIBG.

3.3 Leading (Kepimpinan)

Bagi menjayakan projek ini, semua pihak perlu berganding bahu. Program tidak akan berjaya jika
hanya panitia Bahasa Inggeris yang terlibat. Semua Penolong Kanan, Guru Kanan Mata Pelajaran
dan semua guru perlu bekerjsama untuk mendapatkan satu keputusan yang kolektif. Setiap guru

408
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Enhancing English Through Hip

diberi tanggugjawab untuk mengurus satu-satu program. Pelajar harus terlibat secara menyeluruh
baik di dalam kelas mahupun di luar kelas. Apa yang penting ialah berlaku proses pembelajaran
secara langsung dan tidak langsung kepada pelajar yang terlibat. Pelajar yang terlibat harus diberi
ganjaran dalam bentuk sijil. Ini akan memberi motivasi dan mereka inilah yang akan menjadi
pemimpin kepada rakan-rakan..

3.4 Controlling (Pengawalan)

Untuk memastikan projek berjalan dengan lancar dan ada impak, pasukan bertindak harus
memantau perjalanan projek. Perjumpaan yang kerap untuk post mortem aktiviti yang sudah dan
sedang dijalankan akan menjamin impak yang positif.

Aktiviti / Projek HIP

ENGLISH ON THE WALL

English On The Wall merupakan projek melukis mural pada dinding yang kosong. Isi
kandungan mural lebih kepada motivasi dan kata-kata hikmah. Objektif utama ialah pelajar SMK
Serian akan sentiasa melihat dan membaca apa yang ada pada mural tersebut. Bagi murid yang
terlibat, mereka akan secara tidak langsung belajar perkataan baharu sebab sudah pasti bahawa
semasa mereka menjalankan tugas, mereka perlu tanya untuk tahu apa yang sedang mereka buat.

SIGNAGE IN ENGLISH

Signage Everywhere merupakan satu projek meletakkan papan tanda di sepanjang gajah
menyusur dan bahagian atas laluan berbumbung. Isi kandungan papan tanda ialah frasa yang kerap
digunakan seperti ‘Hello’, ‘Good morning’, ‘Good Afternoon’ dan sebagainya. Ia mungkin perkara
biasa bagi pihak tertentu tetapi bagi SMK Serian, perkara ini penting demi memupuk sikap suka
menyapa dalam Bahasa Inggeris dengan penuh keyakinan.

READING BARUK

Ini merupakan projek mengubah tempat rekreasi yang dipanggil baruk menjadi tempat
membaca. Satu papan kenyataan dipasang dan bahan-bahan menarik dilekatkan serta diganti sekali
dalam dua minggu. Semua tugas menyedia dan memasang bahan dilakukan oleh pelajar. Guru
yang dipertanggungjawabkan hanya menjadi penasihat. Tempat Reading Baruk juga biasanya
digunakan semasa PdPc khasnya mata pelajaran Bahasa Inggeris kerana suasananya yang tenang
dan terbuka.

HERBAL GARDEN

Salah satu projek HIP ialah membina satu taman herba hasil usahasama dengan pasukan
Pusat Sumber Sekolah. Kawasanya kecil sahaja di antara blok makmal dan blok bengkel RBT.

409
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Enhancing English Through Hip

Pelbagai jenis tanaman herba ditanam dan semua dilabel dalam Bahasa Inggeris. Indahnya projek
ini ialah guru yang hebat IT menyediakan QR Code bagi setiap tanaman. Murid hanya scan QR
Code yang ada di sebelah tanaman dan mereka akan mendapat maklumat tentang tanaman dalam
Bahasa Inggeris

STAMP IN ENGLISH LESSON

SMK Serian merupakan salah sebuah sekolah yang aktif dengan KESEF dan Filateli.
Murid dibawa ke bangunan khas pusat Filateli. Pelajar diberi penerangan tentang setem dan
langkah seterusnya ialah meminta mereka menghasilkan setem dengan tema dan motif tersendiri.
Kemudian mereka akan menulis esei yang ringkas untuk menerangkan makna setem mereka dan
selepas itu mereka bentang kepada rakan

LET’S SPEAK

LET’S SPEAK ini melibatkan warga sekolah termasuk pengawal sekolah dan tukang
masak. Ini adalah saranan SISC+ yang menjadi penasihat kami denga HIP. Mereka menyarankan
pengawal keselamatan dan tukang masak turut menggunakan Bahasa Inggeris yang mudah sebab
ini boleh mempengaruhi persepsi pelajar.

ENGLISH IS FUN

Projek English Is Fun ini merangkumi pelbagai aktiviti dalam Bahasa Inggeris. Sekolah
turut terlibat dengan pertandingan anjuran PPD seperti English Debate, Jazz Chanting, Spelling
Bee, Singing Competition, Story Telling, Poetry Reciting, 5 Minutes English Presentation semasa
perhimpunan oleh pelajar dan banyak lagi. Satu lagi penglibatan ialah menghantar wakil ke
perkhemahan Bahasa Inggeris di peringkat negeri dan 4 orang berjaya ke peringkat kebangsaan di
Perak.

5-MINUTES READING

5-Minutes Reading diadakan khas untuk pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5. Teks yang
mudah dan juga teks berkaitan novel SPM dibaca 5 minit pertama sebelum sesi Pdpc bermula.

ENGLISH CORNER

Ini merupakan projek menyediakan sudut Bahasa Inggeris. Guru dan pelajar bekerjasama
menyediakan beberapa sudut di tempat yang strategik. Bahan yang menarik dipamerkan dan
dikemaskini sekali seminggu. Objektif utama projek ini ialah pelajar akan sentiasa lalu dan melihat
apa yang ada dipamerkan. Ia akan secara beransur menarik minat mereka untuk melihat, membaca
dan meningkatkan pemahaman mereka.

410
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Enhancing English Through Hip

4.0 PENILAIAN DAN IMPAK


Impak yang lebih ingin dilhat ialah melalui keputusan peperiksaan peringkat sekolah dan SPM dari
segi kualiti dan kemenjadian murid.

Keputusan menunjukkan pergerakan yang postif walaupun pada tahap minimal. Hasil jangka
panjang ialah daripada pelajar Tingkatan 1,2 dan 3 yang sedang terlibat dan masih berjalan seperti
yang dirancang.

5.0 RUMUSAN

Projek Enhancing English Through HIP yang dilaksanakan dari Januari hingga November telah
berjaya mencapai sasaran. Keterlibatan semua pihak yang bertanggungjawab secara aktif turut
berperanan dalam menjayakan projek dan sasaran yang telah ditetapkan. Secara holistik, pelajar
tingkatan 5 mencatat pencapaian yang tinggi dan baik.

6.0 RUJUKAN

Minit Mesyuarat Jawatankuasa HEM PPD Pitas Bil 2/2019.


Minit Mesyuarat Jawatankuasa HEM SMK Telaga Bil 1/2019.
Minit Mesyuarat Agung PIBG SMK Telaga 2019.

411
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
412
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
413
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
414
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
SENARAI NAMA
PENSYARAH PEMBIMBING
INSTITUT AMINUDDIN BAKI

Ketua Alur Kerja ProPeKS


Hamsiah binti Mohd Dahalan

Pegawai Projek InPeKS


YM Raja Ibrahim bin Raja Midin

Senior Leaders Team


Hajah Norihan binti Azizan
Balasandran A. Ramiah, Ph.D
Nor Kamsiah Binti Jaapar
Hajah Nor Hasimah binti Hashim
Akma binti Abd. Hamid, Ph.D
Ekerim a/p Din Chen, Ph.D
Suriani binti Sulaiman
Noor Hashimah binti Hashim, Ph.D
Siti Arija binti Abdul Rahman
Abdul Wahab bin Muda, Ph.D
Norita binti Ismail
Hamzah bin Said
Meriam binti Alias
Hamizi bin Osman
Mohd Zaidi bin Basir
Siti Anidah binti Mahadi
Mariani binti Rahim
Jamelaa Bibi binti Abdullah, Ph.D

415
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
SEKALUNG BUDI

Jawatankuasa Pelaksana
Kolokium Pemimpin Cemerlang Institusi Pendidikan
Merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
dan ucapan terima kasih kepada:

YB Menteri Kanan Pendidikan


Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Setiausaha-Setiausaha Bahagian KPM
Pengarah-Pengarah Bahagian Kementerian Pendidikan Malaysia
Education Performance and Delivery Unit (PADU)
Pengarah-Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri

serta semua pihak yang turut memberi sumbangan dan kerjasama


bagi menjayakan

Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang Institusi Pendidikan (PCIP) 2020


Intervensi Pelonjakan Kepimpinan Sekolah (InPeKS) Kohort 2018

416
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang

You might also like