You are on page 1of 20

SMK BANDAR PUTERI JAYA

08000 SUNGAI PETANI, KEDAH

LAPORAN
PROGRAM JAYA WARIS
PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)
SMK BANDAR PUTERI JAYA
BIL. 01/2019

TARIKH: 3 MAC 2019 (AHAD)


MASA: 9.30PG – 1.15 PTG
TEMPAT: BILIK SEMINAR, PUSAT SUMBER
SMK BANDAR PUTERI JAYA

Anjuran :
UNIT PPKI
SMK BANDAR PUTERI JAYA
08000 SUNGAI PETANI
LAPORAN PROGRAM JAYA WARIS PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)
SMK BANDAR PUTERI JAYA BIL. 01/2019

MAKLUMAT PROGRAM:
NAMA PROGRAM : Program Jaya Waris Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)
SMK Bandar Puteri Jaya Bil. 01/2019
TARIKH : 3 Mac 2019
MASA : 9.30 Pagi – 1.30 Petang
TEMPAT : Bilik Seminar, Pusat Sumber SMK Bandar Puteri Jaya
ANJURAN : Unit PPKI, SMK Bandar Puteri Jaya

KEHADIRAN :
Guru:
1. En. Amer bin Ahmad ( PK HEM) 5. En. Ahmad Shukri bin Awang
2. Pn. Solehah binti Mahmud (Penyelaras PPKI) 6. Pn. Aslina binti Tahar
3. Pn. Azlinda binti Ismail 7. Pn. Haryati binti Sulaiman
4. Pn. Kamilah binti Osman

Pembantu Pengurusan Murid (PPM):


1. Pn. Fazilah binti Zainol
2. Pn. Khadijah binti Yaakob

Waris:
1. Ismail bin Ahmad 9. Suzaimi bin Selaiman
2. Hamka bin Awang 10. Shakroni bin Abd Rahman
3. Rosfaiza binti 11. Shahidan bin Husin
4. Abdul Karim bin Harun 12. Jamiro binti Bakar
5. Abdul Rahman bin Abu Hasan 13. Noor Ashikin binti Mohd Nor
6. Nurul Huda binti Murshidi 14. Fatin Nur Natasha bt. Azman
7. Mohd Shakri bin Mohd 15. sakinah binti Abdullah
8. Shahrim bin Md Yusop 16. Mohd Badrol bin Abdullah

Waris (sambungan):

17. Santhikasegaran 21. Siti Rohmah binti Che Mat


18. Aida binti Ab Rashid 22. Shafazilah binti Abdullah
19. Ismazati bin Ismail 23. Mohd Muszlishah bin Mat said
20. Mat Saad bin Sulaiman

PENGERUSI : Encik Emer bin Ahmad


(Pen. Kanan Hal Ehwal Murid SMKBPJ)

LAPORAN PROGRAM JAYA WARIS PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)


SMK BANDAR PUTERI JAYA BIL. 01/2019
1.0 PENDAHULUAN
Pendidikan yang baik membolehkan seseorang mencapai kejayaan yang cemerlang
dan meningkatkan potensi diri. Peluang mendapatkan pendidikan yang sempurna ini tidak
terkecuali bagi murid -murid pendidikan khas. Mendidik anak-anak kurang upaya yang
pelbagai masalah latar belakang merupakan satu cabaran baik di sekolahataupun di rumah.
Justeru, pencapaian seseorang murid bukan hanya terletak kepada guru semata-mata. Selain
daripada guru, ibu bapa juga memainkan peranan penting untuk meningkatkan potensi murid.
Oleh itu, ibu bapa dan guru perlu bersama-sama berganding bahu dalam memberi komitmen
sebagai usaha membentuk kemenjadian murid. Penganjuran satu program sekolah yang
menemukan waris dan pihak sekolah juga agensi luar dilihat sebagai satu usaha untuk
memastikan kejayaan murid-murid khas dalam pelbagai aspek kehidupan.

2.0 MATLAMAT
Dapat mewujudkan kerjasama dan permuafakatan erat antara guru, waris dan agensi
luar. Para waris dapat memantapkan potensi anak-anak melalui perkongsian idea dan
pengalaman. Ini dapat melahirkan murid yang lebih berketrampilan dari aspek jasmani, emosi,
rohani dan intelektual.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Melaksanakan insiatif kebangsaan oleh KPM menerusi Sarana Ibu Bapa

3.2 Ibu bapa dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan anak masing-masing
dari segi potensi dan sahsiah

3.3 Menyediakan medium dan platform kepada pihak sekolah dan agensi luar untuk
menyampaikan maklumat kepada waris

3.4 Interaksi dua hala antara guru dan waris dapat diwujudkan

3.5 Mengeratkan silaturrahim antara waris, guru dan murid PPKI

LAPORAN PROGRAM

 SEBELUM

1. Mesyuarat Penyelarasan Program


Puan Solehah selaku Penyelaras PPKI memanggil semua guru-guru PPKI dan PPM untuk
menyatakan matlamat, objektif dan butiran program yang akan diadakan sebagaimana yang
terdapat di dalam kertas kerja yang telah disediakan lebih awal dan dipersetujui oleh tuan
pengetua. Seterusnya satu jawatankuasa kerja dibentuk bagi melaksanakan program.

2. Penyediaan Rancangan Pelajaran Individu


Sebelum pelaksanaan program, Rancangan Pelajaran Individu (RPI) disediakan oleh guru-
guru PPKI bagi setiap murid untuk ditandatangani oleh waris. RPI adalah satu rancangan
pengajaran berasaskan penilaian pelbagai disiplin dan direka bagi memenuhi keperluan-
keperluan individu murid kurang upaya.

3. Mesyuarat kemajuan kerja


Mesyuarat ringkas telah diadakan beberapa kali bagi mengenalpasti kemajuan kerja dan
menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi oleh setiap AJK untuk memastikan
kelancaran program Jaya Waris ini.

4. Menghantar surat jemputan kepada waris.


Surat jemputan waris (rujuk lampiran) dihantar seminggu sebelum Program Jaya Waris
dilaksanakan supaya pihak waris dapat membuat persediaan untuk hadir.

5. Menghantar surat permohonan tajaan hadiah cabutan bertuah


Surat permohonan tajaan (rujuk lampiran) dihantar kepada pelbagai syarikat dan individu
dalam tempoh dua minggu sebelum Program Jaya Waris dilaksanakan untuk mencapai
sasaran bilangan hadiah yang diperlukan.

6. Persediaan Tempat
Tempahan Bilik Seminar Pusat Sumber SMKBPJ beserta sistem siaraya dibuat sebaik sahaja
kertas kerja program diluluskan oleh tuan pengetua. Tiga hari sebelum pelaksanaan program,
AJK persediaan tempat sekali lagi mengesahkan tempahan seterusnya membuat susunatur
pentas dan siaraya sehari sebelum program berjalan.

7. Pengacara Majlis dan Pembaca Doa


Bagi mencungkil bakat pelajar PPKI, dua orang pelajar telah dipilih iaitu adik Ainin Syafiqah
binti Noor Hidayat selaku pengacara majlis dan adik Muhammad Mustaqim Bin Hamka selaku
pembaca doa. AJK terlibat iaitu Cikgu Shukri Bin Awang telah menyediakan skrip pengacara
dan teks doa serta melatih pelajar berkenaan selama seminggu secara intensif.

LAPORAN PROGRAM

 SEMASA

1. Persediaan Tempat
AJK persediaan tempat memastikan tempat duduk VIP, meja hadiah, meja pendaftaran dan
keadaan bilik seminar bersih, kemas dan teratur. Semua peralatan siaraya seperti Pemancar
LCD, pembesar suara dan mikrofon dipastikan berfungsi dengan baik.

2. Pendaftaran
Sesi pendaftran dimulakan lebih awal iaitu pada jam 9.15 pagi kerana ramai waris yang hadir
awal. Mereka diminta melengkapkan borang kehadiran yang telah disediakan oleh AJK
Pendaftaran. Waris yang telah mendaftar menerima brosur dan nombor cabutan bertuah.

3. Pengacara Majlis dan Bacaan Doa


Tepat jam 9.30 pagi, majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh pengacara majlis iaitu adik
Ainin Syafiqah binti Noor Hidayat. Seterusnya adik Muhammad Mustaqim dijemput untuk
membacakan doa memberkati majlis.

4. Ucapan Pentadbir
Selaku tuan rumah dan wakil pihak pentadbir, Tn. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
iaitu Encik Amer bin Ahmad menyampaikan ucapan penghargaan kepada para waris kerana
memberikan kerjasama menghadirkan diri dalam menjayakan program ini. Ucapan terima
kasih juga diberikan kepada pihak penganjur iaitu Unit PPKI dan juga kepada para tetamu
jemputan yang sudi hadir bagi berkongsi maklumat, ruang dan peluang yang tersedia untuk
murid-murid PPKI menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dan hala tuju mereka
di alam pekerjaan. Encik Amer amat berharap agar kerjasama yang erat dapat dijalinkan
antara pihak waris, sekolah, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Sek. Men. Pendidikan Khas
Vokasional Merbuk pada masa akan datang.
5. Ucapan Penceramah 1-GKM Vokasional SMPKV Merbok
Penceramah jemputan yang pertama ialah Encik Adnan Bin Nayan. Beliau merupakan
Guru Kanan Matapelajaran Vokasional, Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional
Merbok (SMPKV Merbok). Encik Adnan telah menerangkan misi, visi dan latar belakang
SMPKV Merbuk. SMPKV Merbok mula dibuka pada 24 April 2016 berkeluasan 24 ekar.
Merupakan sekolah vokasional pendidikan khas yang ke 4 dan menawarkan kursus Sijil
Kemahiran Malaysia (SKM). Mempunyai kemudahan 1 blok pentadbiran, 7 blok akademik dan
bengkel untuk 11 kursus kemahiran, dewan besar, perpustakaan, cafeteria, kiosk, surau,
padang permainan, kemudahan gelanggang permainan (tenis, volley ball, bola jaring). SMPKV
Merbok juga mempunyai kemudahan 2 blok asrama yang dapat memuatkan 160 pelajar lelaki
dan 150 orang pelajar perempuan yang dilengkapi kemudahan dewan makan.

Antara kursus yang ditawarkan di SMPKV Merbok ialah Operasi Perkhidmatan Dobi,
Operasi Pengemasan, Koordinator Landskap, Operasi Servis Makanan Dan Minuman,
Pembuat Pakaian Wanita, Pembuat Pakaian Lelaki, Peralatan Penyamanan Udara HAVC –
Satu Fasa (Pemasangan, Servis, Troubleshooting & Pembaikpulihan), Pembuatan pastry,
Pembuatan roti dan Pembuatan Jahitan Kreatif. Murid PPKI yang berminat menyambung
pengajian di SMPKV Merbok boleh mengisi borang secara atas talian dan akan dipanggil
untuk menjalani ujian saringan.

6. Ucapan Penceramah 2 – Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat


Penceramah kedua yang menyampaikan ucapan ialah Encik Azrul Azwar bin Ismail,
Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat
Bedong, Kedah. Beliau memberikan penerangan tentang kemudahan-kemudahan yang
terdapat di Pusat Khidmat Setempat (PKS) Jabatan Kebajikan Masyarakat, Carta organisasi,
Komponen PDK, Komponen EEP dan Sistem Sokongan yang terdiri daripada Job Coach,
Kaunseling, JPN dan NGO.
Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) atau "Community-Based Rehabilitation"
(CBR) telah dipelopori oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Jabatan Kebajikan
Masyarakat telah terlibat secara langsung dalam penyediaan manual dan seterusnya diberi
peluang menilai dan mengubahsuai pelaksanaan program ini. Program PDK berteraskan
kepada 3 model iaitu Home Based, Centre Based dan Centre-Home Based.Program ini
menggalakkan sikap prihatin, berdikari dan rasa tanggungjawab masyarakat tempatan dalam
program pemulihan orang kurang upaya (OKU). Program ini kian pesat berkembang dan
mendapat sambutan yang begitu menggalakkan dari masyarakat.

Program Perkhidmatan Job Coach, merupakan projek kerjasama antara Jabatan


Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Japan International Cooperation Agency Japan (JICA) .
Projek ini memberi fokus kepada Sokongan Pekerjaan “Job Coach” dan Disability Equality
Training (DET). Tujuan projek ini adalah untuk menggalakkan penyertaan OKU di dalam
masyarakat melalui sokongan pekerjaan. Projek ini bermula dengan fasa pembangunan iaitu
memberi kesedaran dan kefahaman kepada agensi dan kakitangan mengenai ketidakupayaan
dan sokongan pekerjaan kepada OKU. Disamping memberi kesedaran kepada masyarakat,
fasa ini juga memberi tumpuan kepada pembangunan modul-modul latihan, melahirkan
jurulatih-jurulatih DET dan Job Coach untuk melahirkan lebih ramai advocator dan Job Coach
di seluruh Malaysia.

Fasa kedua Program Perkhidmatan Job Coach (PPJC) pula ialah menggalakkan
pekerjaan yang berkekalan kepada OKU di pasaran pekerjaan terbuka. Job Coach adalah
individu yang dilatih mempunyai berpengalaman dan profesional dalam memberi sokongan
kepada OKU. Job Coach menjadi penghubung antara OKU dan majikan dengan menyediakan
sokongan untuk kedua-dua belah pihak seperti berikut:
i. Penilaian OKU: Membuat penilaian dan memahami keadaan OKU
ii. Penilaian Tempat Kerja: Membuat penilaian persekitaran tempat kerja
iii. Job Matching: Mengubah keadaan kerja dan menyusun semula tugas-tugas yang
bersesuaian dengan OKU atas kebenaran majikan
iv. Sokongan Intensif: Menyediakan sokongan untuk OKU dan majikan di tempat kerja
v. Natural Support: Mewujudkan sokongan rakan sekerja OKU untuk mengurangkan
sokongan Job Coach secara beransur- ansur.
vi. Follow-up: Sokongan berkala untuk mengekalkan OKU dalam pekerjaan.
PPJC menyediakan elaun sebanyak RM 15.00 sejam kepada Job Coach yang memberi
sokongan pekerjaan kepada OKU. Jumlah maksima yang boleh dituntut bagi setiap OKU yang
disokong adalah sebanyak RM900.00 .Bagi OKU pula, mereka akan mendapat elaun pekerja
cacat sebanyak RM1200.00 sebulan daripada JKM selain gaji yang diberi oleh majikan. OKU
yang berumur di bawah 45 tahun boleh memohon program ini dengan merujuk ke JKM di
tempat masing-masing. Bagi yang berjaya diterima bekerja, tempoh percubaan akan diberikan
selama 3 bulan. Di Sungai Petani, syarikat yang biasa menerima pekerja OKU ialah Hotel
Swiss Inn, Sandi storage dan Thong Guan.

7. Cabutan Bertuah

Program jaya waris kali ini amat bermakna kerana julung kalinya dapat diadakan sesi
cabutan bertuah. Sebanyak 18 hadiah cabutan bertuah telah diterima hasil sumbangan guru-
guru PPKI SMKBPJ dan komuniti setempat. Cabutan dan penyampaian hadiah telah
dilakukan oleh Cikgu Solehah selaku Penyelaras PPKI.

8. Tayangan Video

Tayangan video berkaitan latar belakang PPKI SMKBPJ, aktiviti murid-murid PPKI, dan
kejayaan-kejayaan murid-murid PPKI telah ditayangkan sebagai penutup program Jaya waris
Bil.1/2019. Video berdurasi 15 minit itu telah disediakan oleh cikgu Aslina binti Tahar.

9. Jamuan

Selepas slot tayangan video dan sesi cabutan bertuah, para waris dipersilakan
menjamu selera sebelum pulang. Tetamu jemputan pula telah dipersilakan menjamu selera di
kantin lebih awal dengan diiringi Tuan Pengerusi iaitu Encik amir bin Ahmad.

 SELEPAS
Semua murid PPKI dibenarkan pulang pada jam 1.15 petang bersama waris masing-
masing. Semua guru dan pembantu pengurusan murid (PPM) bersama-sama mengemaskan
bilik seminar dan melakukan peleraian tempat.

IMPAK

Program yang dijalankan ini tentunya memberikan impak yang bermakna kepada
semua pihak terutamanya kepada anak-anak murid PPKI . Perbincangan secara bersemuka
antara semua pihak berkaitan perkembangan anak-anak murid dan kemajuan unit PPKI
menjadi pemangkin kepada kejayaan anak-anak PPKI pada masa hadapan. Antara impak
program ini ialah;

i. Semua pihak telah mengetahui bahawa wujud peluang pendidikan di kolej vokasional
pendidikan khas yang menyediakan pelbagai kursus kemahiran kepada pelajar-pelajar OKU.

ii. Semua pihak telah mengetahui syarat-syarat kemasukan murid-murid PPKI ke kolej
vokasional pendidikan khas. Secara tidak langsung, Unit PPKI dan para waris dapat mensasar
tahap minimum yang perlu dicapai oleh murid-murid.

iii. Semua pihak telah mengetahui bahawa JKM ada mewujudkan program sokongan kepada
OKU yang telah tamat pengajian untuk mencari pekerjaan yang sesuai. Dengan kesedaran
ini, para waris dapat membantu anak-anak mereka mendapatkan pekerjaan setelah tamat
belajar nanti.

PENUTUP

Secara keseluruhannya, Program Jaya Waris Bil 1/ 2019 ini telah dijalankan dengan
baik. Setiap slot aktiviti di dalam program ini telah dirancang dengan teliti dan dilaksanakan
dengan baik ke arah mencapai objektif dan matlamat program. Semua pihak yang
menjayakan program ini telah mendapat manfaat dari setiap slot aktiviti yang disediakan.
Melalui program ini, pihak sekolah dapat berhubung secara langsung dengan para waris untuk
membincangkan perkembangan anak-anak murid PPKI. Maklumat yang disampaikan oleh
penceramah-penceramah jemputan pula dapat memberikan pencerahan tentang peluang
pendidikan dan hala tuju murid-murid PPKI di masa hadapan. Secara tidak langsung, ini telah
memberikan harapan kepada ibu bapa dan anak-anak murid PPKI untuk berusaha dengan
lebih gigih dalam pendidikan kerana peluang meraih pekerjaan yang baik masih ada untuk
golongan OKU.

Laporan disediakan oleh: Disahkan Oleh:

……………………………… ……………………………
(Pn. Haryati binti Sulaiman) (Tn. Hj Othman bin Omar)
Guru Pendidikan Khas Pengetua, SMK Bandar Puteri Jaya

Disemak Oleh:

……………..……………
(Pn. Solehah binti Mahmud)
Penyelaras Program Pendidikan Khas
Integrasi, SMK Bandar Puteri Jaya

Tarikh: 3 MAC 2019


DOKUMENTASI
BERGAMBAR
Kaunter Pendaftaran

Pengacara Majlis,
Adik Ainin Syafiqah binti Noor Hidayat
Pembaca Doa, Adik Muhammad Mustaqim bin Hamka

Ucapan Aluan Pengerusi Majlis,


En. Amer bin Ahmad
(PK Hal Ehwal Murid SMKBPJ)
Penceramah 1; En. Adnan bin Nayan
(GKM Vokasional, SMPKV Merbok)

En. Adnan bin Nayan sedang menyampaikan ceramah.


Penceramah 2; En. Azrul Azwar bin Ismail
(Pen. Pegawai Pembangunan Masyarakat,
Jabatan Kebajikan Masyarakat Bedong, Kedah)
Antara waris
yang menjayakan
program Jaya
Waris 2019
Antara hadiah cabutan bertuah
Antara penerima
Cabutan bertuah
LAMPIRAN

You might also like