You are on page 1of 106

Penerbit :

Institut Aminuddin Baki


Kementerian Pendidikan Malaysia
Kompleks Pendidikan Nilai
71760 BANDAR ENSTEK
Tel: 06-7979200

http://iab.moe.edu.my
e-mel: iab@iab.edu.my

Urusan Penerbitan:
Jabatan Penerbitan dan Dokumentasi
Pusat Dokumentasi dan Sumber Pendidikan
Institut Aminuddin Baki

Muat Naik Pertama 2018

©Institut Aminuddin Baki 2018

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk
pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat, sama ada
dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada
Pengarah Institut Aminuddin Baki terlebih dahulu.

Data Pengkatalogan-

ISBN
978-967-0504-64-3

Pengurus Penerbitan
Maryati binti Athan
Thilagam a/p Gurusamy

Reka Bentuk dan Reka Letak Halaman


Siti Suhaini binti Zaharin
Thilagam a/p Gurusamy

Penyediaan Tapak dan Muat Naik Digital


Pusat Pengurusan Teknologi
PENAUNG
Datuk Dr. Amin bin Senin
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia

PENASIHAT
Dr. Hj. Zainal Aalam bin Hassan
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Sektor Pengurusan Profesionalisme Keguruan
Kementerian Pendidikan Malaysia

PENGERUSI
Mistirine binti Radin
Timbalan Pengarah (Khidmat Latihan)
Institut Aminuddin Baki

TIMBALAN PENGERUSI
Mazlan bin Samsudin
(27 Okt 2017 Sehingga Kini)
Hashim bin Md. Zin
(1 Okt 2015 – 3 Julai 2017)
Timbalan Pengarah (Khidmat Profesional)
Institut Aminuddin Baki

SETIAUSAHA 1
Wan Azmiza binti Wan Mohamed

SETIAUSAHA 2
Noraisah binti Md. Yusof

AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI


Abdul Mu’ti bin Ahmad
Dr. Marzita binti Abu Bakar
Nor Asiah binti Ibrahim
Dr. Nor Laila binti Kuslan
Mustaffa Kamal bin Osman
Nik Mohd. Fakhruddin bin Nik Ab. Rahman
Dr. Zaharian bin Zainuddin
Mohd. Zakaria bin Ahmad

KETUA EDITOR
Dr. Shuhaida binti Shamsudin

SIDANG EDITOR
Noor Azimah binti Abdul Aziz
Che Zakiah binti Mohamad Salim
Rashinawati binti Abd. Rashid
Nor Ishsan binti Abd. Razak
Zainap binti Ibrahim

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

1
PRAKATA
Setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, Panduan NPQEL Institut
Aminuddin Baki (IAB) ini dapat diterbitkan. Buku panduan ini bertujuan memberikan maklumat dan
gambaran latar belakang IAB, sejarah NPQEL, kaedah pelaksanaan dan pentaksiran program
NPQEL, pemprofilan peserta, kajian impak, penerbitan karya terpilih dan semua perkara yang
berkaitan dengan program NPQEL.

Maklumat yang dimuatkan dalam buku ini amat penting kepada bakal peserta NPQEL dalam usaha
peserta menyahut cabaran Kementerian Pendidikan Malaysia untuk meningkatkan kompetensi
Pengetua dan Guru Besar sebagai pemimpin sekolah yang berprestasi tinggi menjelang 2025.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada pasukan ahli pemikir dan warga
IAB yang telah menyumbang segala idea, tenaga dan masa bagi merealisasikan penerbitan Panduan
NPQEL ini.

KETUA EDITOR

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

2
KANDUNGAN
Halaman
PRAKATA 2
KANDUNGAN 3
SENARAI JADUAL 4
SENARAI RAJAH 5
KATA ALU-ALUAN MENTERI PENDIDIKAN 6
KATA ALU-ALUAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA 7
KATA ALU-ALUAN TIMBALAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA 8
KATA ALU-ALUAN TIMBALAN PENGARAH (KHIDMAT LATIHAN) IAB 9
RINGKASAN EKSEKUTIF 10
SINGKATAN 11
1.0 Pengenalan 12
1.1 IAB Sebagai Institusi Latihan Kepimpinan Pendidikan 12
2.0 NPQEL Versi 2018 14
2.1 Sejarah NPQEL 16
2.2 Rasional Pindaan Kurikulum 18
2.3 Kerangka NPQEL 20
2.4 Kurikulum NPQEL 22
2.5 Pelaksanaan Kurikulum 24
2.6 Kaedah Penyampaian Latihan 25
3.0 Pelaksanaan NPQEL Versi 2018 27
3.1 Permohonan 27
4.0 Kaedah Pelaksanaan 33
4.1 Mod e-NPQEL 34
4.2 Mod Bersemuka 36
5.0 Pentaksiran Kompetensi NPQEL 83
5.1 Pemprofilan Kompetensi Peserta 87
6.0 Pengurusan Kecergasan Eksekutif 89
7.0 Bring Your Own Devices (BYOD) 90
8.0 Kandungan Kit Peserta 92
9.0 Kajian Impak NPQEL Versi 2018 92
10.0 Penerbitan Karya Terpilih 94
GLOSARI 96
RUJUKAN 97
PENGHARGAAN 101
PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

3
SENARAI JADUAL

Halaman

Jadual 1: Perbezaan antara NPQEL Mod Baharu (2011) dan


NPQEL Versi 2018 19
Jadual 2: Kurikulum NPQEL 2.0 Berdasarkan Kompetensi 24
Jadual 3: Jenis Aktiviti Latihan dan Pembangunan PGB Mengikut Kategori
Penyampaian Latihan 70:20:10 (Diadaptasi Daripada Jennings
dan Wargnier, 2014) 27
Jadual 4: Struktur Pelaksanaan NPQEL Versi 2018 33
Jadual 5: Definisi Kompetensi NPQEL Versi 2018 36
Jadual 6: Pembentangan Eksekutif Peserta 37
Jadual 7: Aktiviti dan Pelaporan Perantisan 2 50
Jadual 8: Pemetaan Pentaksiran Perantisan 2 51
Jadual 9: Deskripsi Kandungan Laporan Ulasan Buku 82
Jadual 10: Pembentangan Ulasan Buku 83
Jadual 11: Pentaksiran Individu Berasaskan Kompetensi 84
Jadual 12: Definisi Tahap Kompetensi Aras Ukuran
Rubrik Analitik Kompetensi 85
Jadual 13: Jenis, Peringkat dan Objektif Penyelidikan 93

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

4
SENARAI RAJAH

Halaman

Rajah 1: Visi dan Misi IAB 12


Rajah 2: Pelaksanaan Latihan Kepimpinan Pendidikan Program NPQEL 14
Rajah 3: Carta Aliran Sejarah NPQEL 16
Rajah 4: Kerangka NPQEL Versi 2018 20
Rajah 5: Domain Kompetensi NPQEL Versi 2018 23
Rajah 6: Proses Pelaksanaan NPQEL Versi 2018 24
Rajah 7: Model Pembelajaran dan Pembangunan 70:20:10 26
Rajah 8: Carta Alir Permohonan Secara Atas Talian 29
Rajah 9: Carta Alir Pelaksanaan Pentaksiran ke NPQEL Versi 2018 30
Rajah 10: Carta Alir Mod e-NPQEL 34
Rajah 11: Pentaksiran Aliran Etiket di Meja Malam 66
Rajah 12: Pemilihan Judul Buku 81
Rajah 13: Pentaksiran kompetensi NPQEL Versi 2018 85
Rajah 14: Laporan Perkembangan Kompetensi Peserta 86
Rajah 15: Laporan Pencapaian Peserta Mengikut Kelas 87
Rajah 16: Profil Kompetensi Peserta 88
Rajah 17: Aktiviti Pengurusan Kecergasan Eksekutif 89
Rajah 18: Carta Alir Pendaftaran BYOD 91

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

5
Kata Alu-Aluan
MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Salam Sejahtera dan Salam Negaraku Malaysia

Syabas dan tahniah kepada Institut Aminuddin Baki atas kejayaan menerbitkan buku Panduan
NPQEL versi 2018. Bagi pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, segala usaha dan sumbangan
dalam penerbitan buku ini amatlah dihargai dan disanjung tinggi.

Trend dunia telah banyak berubah. Cabaran kita adalah untuk melangkaui kehidupan selepas tahun
2020. Trend dunia ini memerlukan kita membentuk satu negara bangsa yang lebih berwibawa dari
segi ekonomi, sosial dan minda kerana kita perlu menghadapi pelbagai cabaran seperti demografi
yang semakin berusia, perubahan iklim, dan ekonomi digital. Inilah asas Transformasi Nasional 2050
(TN50) yang perlu dihayati oleh semua rakyat Malaysia dan falsafah ini perlu bermula daripada satu
sistem pendidikan yang berkualiti tinggi.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 mengupayakan pelaksanaan inisiatif yang


mendukung usaha mentransformasi sistem pendidikan kebangsaan secara menyeluruh. Dalam
usaha ini, kerajaan komited untuk melaksanakan transformasi sistem pendidikan negara bagi
melengkapkan warga pendidik dengan kemahiran dan pengetahuan yang terkini bagi menghadapi
cabaran abad ke-21. Perancangan dan inisiatif strategik disusun ke arah mewujudkan satu sistem
pendidikan yang menekankan kekuatan, kecekapan, kualiti, kelestarian dan kejayaan dalam tempoh
yang telah ditetapkan iaitu pendidikan berkualiti menjelang tahun 2025.

Peranan pemimpin pendidikan dalam melestarikan kecemerlangan pendidikan memerlukan sokongan


dalam bentuk pembangunan profesional yang berterusan. Buku Panduan ini adalah gambaran umum
kepada pembangunan profesional berterusan yang disediakan oleh IAB bagi meningkatkan
kompetensi dan pengaplikasian yang lebih bermakna kepada pemimpin pendidikan. Pembangunan
kapasiti pemimpin pendidikan amat penting dalam usaha memastikan kemenjadian murid
berdasarkan acuan sendiri yang mampu bersaing di peringkat global.

Syabas dan tahniah kepada warga IAB kerana menyahut cabaran dalam merealisasikan agenda
transfomasi negara.

Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid


Menteri Pendidikan Malaysia

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

6
Kata Alu-Aluan
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Salam Sejahtera dan Salam Negaraku Malaysia

Setinggi penghargaan dan syabas kepada Institut Aminuddin Baki (IAB) atas inisiatif menerbitkan
Buku Panduan NPQEL versi 2018. Inisiatif ini selaras dengan Anjakan ke-5 Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM 2013-2025) dalam menempatkan pemimpin berprestasi
tinggi di setiap sekolah.

Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan transformasi pendidikan supaya sistem pendidikan


Malaysia setanding dengan sistem pendidikan di negara maju. Transformasi ini perlu untuk
memastikan sistem pendidikan Malaysia relevan bagi melahirkan modal insan mengikut acuan kita
sendiri dan berupaya menjadi global player. Bagi merealisasikan matlamat ini, sistem pendidikan
memerlukan transformasi terhadap strategi latihan kepada pemimpin pendidikan.

Gelombang kedua Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 berorientasikan wawasan


dan pemikiran kepimpinan ke arah masa hadapan. Pemimpin pendidikan masa ini perlu berfikiran
futuristik bagi mendepani cabaran Pendidikan Abad Ke-21. Selaras dengan hasrat itu, pemimpin
pendidikan perlu meningkatkan kompetensi profesionalisme dan mampu meneraju transformasi
pendidikan. Inisiatif Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) adalah wadah ke arah
memperkasakan kepimpinan berkualiti dan futuristik bagi mencapai aspirasi murid secara global.

IAB adalah institusi yang diamanahkan untuk merealisasikan anjakan ke-5 dalam PPPM melalui
program latihan dalam pengurusan dan kepimpinan pendidikan. Tahniah kepada IAB yang telah
berjaya melaksanakan pelbagai inisiatif bagi melatih dan meningkatkan kualiti pemimpin pendidikan.
Latihan komprehensif yang dilaksanakan bersesuaian dengan keperluan pemimpin pelapis dan
Pengetua/Guru Besar baharu.

Melalui latihan komprehensif di IAB, pemimpin pendidikan mampu meningkatkan kompetensi,


kemahiran dan pengetahuan sedia ada mereka. Pada masa yang sama, pemimpin pendidikan
berupaya mempamerkan keyakinan dan kredibiliti sebagai penyalur maklumat yang baik dan
pencetus transformasi pendidikan negara sebagaimana yang diharapkan.

Semoga terus cemerlang Membina Negara Bangsa.

Datuk Dr. Amin bin Senin


Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

7
Kata Alu-Aluan
TIMBALAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
(PENGURUSAN PROFESIONALISME KEGURUAN)

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Salam Sejahtera dan Salam Negaraku Malaysia

Bersyukur saya ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, Buku Panduan NPQEL versi 2018
dapat diterbitkan. Syabas dan tahniah kepada semua ahli pasukan pemikir NPQEL kerana telah
berjaya menerbitkan buku ini. Institut Aminuddin Baki (IAB) memikul tanggungjawab yang besar bagi
melaksanakan harapan dan amanah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memastikan
pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah selaras dengan Anjakan Ke-5 Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. IAB sebagai Institusi Latihan Kepimpinan
dan Pengurusan Pendidikan terulung negara telah mereformasikan pelbagai aspek dalam fungsi
pensyarah IAB dan membuat pembaharuan yang bersifat komprehensif dan holistik kepada program
NPQEL yang merupakan satu-satunya program di peringkat kebangsaan bagi menghasilkan
pemimpin pelapis pendidikan.

Bagi mencapai hasrat ini, IAB telah melaksanakan kaedah pendekatan latihan baharu iaitu NPQEL
versi 2018 atau NPQEL 2.0. NPQEL versi 2018 merupakan satu kaedah latihan yang berteraskan
kompetensi (competency based) berbanding kaedah sedia ada yang lebih berasaskan pengetahuan
(knowledge based). NPQEL versi 2018 menumpukan kepada empat (4) domain dan 10 kompetensi
berdasarkan kepada definisi Pemimpin Berprestasi Tinggi iaitu pemimpin berwawasan, mampu
membawa perubahan yang berimpak tinggi ke arah kecemerlangan organisasi dan berketerampilan
personal dan profesional. Dalam usaha merealisasikan hasrat ini juga mekanisme pelaksanaan
penyampaian dan perkongsian turut mengalami reformasi agar bersifat lebih futuristik.

IAB berhadapan dengan pelbagai dugaan dan cabaran bagi memastikan latihan yang dilaksanakan
kekal relevan serta mampu merealisasikan matlamat transformasi pendidikan negara. Idea dan
pemikiran baharu sentiasa diimplementasikan bagi melestarikan sistem latihan agar memberi impak
positif dalam menzahirkan pemimpin berprestasi tinggi. Pemimpin pendidikan perlu berupaya
menganjakkan pemikiran agar menjangkau masa hadapan dan merentas pelbagai disiplin keilmuan
serta kemahiran.

Semoga transformasi ini memberi impak positif kepada semua pemimpin pendidikan dan warga
pendidik seterusnya kepada kelangsungan kemenjadian murid.

Dr. Haji Zainal Aalam bin Hassan


Tmbalan Pengarah Pelajaran Malaysia
(Pengurusan Profesionalisme Keguruan)

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

8
Kata Alu-Aluan
TIMBALAN PENGARAH (KHIDMAT LATIHAN)
INSTITUT AMINUDDIN BAKI

Salam Sejahtera dan Salam Negaraku Malaysia

Institut Aminuddin Baki (IAB) sangat bersyukur kerana berjaya menyediakan Buku Panduan NPQEL
versi 2018 atau singkatnya NPQEL 2.0. Buku ini memuatkan maklumat berkaitan NPQEL 2.0 dari
segi sejarah, kurikulum dan pelaksanaannya. Peserta NPQEL Ambilan 1 tahun 2018 merupakan
pengguna pertama buku panduan ini sekaligus peserta ulung bagi kaedah latihan NPQEL versi 2018
yang menekankan kaedah latihan masa hadapan (future training) dan berfokuskan kepada
kompetensi.

Penyediaan kaedah latihan NPQEL 2.0 telah bermula pada tahun 2016 sebaik sahaja mendapat
mandat melalui bengkel-bengkel pasukan pemikir yang melibatkan bukan sahaja pensyarah IAB
tetapi juga pegawai-pegawai dari Bahagian, JPN, PPD dan sekolah. Kandungan NPQEL 2.0 juga
telah ditatarkan kepada pegawai-pegawai JPN dan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan
Malaysia (KPPKM), serta sesi perbincangan bersama-sama Malaysian Qualifications Agency (MQA)
dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mendapatkan pandangan.

Kandungan buku ini dan kaedah penyampaian latihan NPQEL 2.0 akan ditambah baik dari semasa
ke semasa sejajar dengan hasil penilaian program tahunan. Melalui amalan kaizen, diharapkan agar
latihan NPQEL berjaya melahirkan bakal pemimpin sekolah yang berprestasi tinggi dan membawa
perubahan positif terhadap kemenjadian murid di setiap sekolah yang dipimpin.

Kepada warga IAB, marilah kita bersama-sama menggembelingkan tenaga dan usaha untuk
menunaikan tugas dan tanggungjawab bagi memastikan pelaksanaan NPQEL 2.0 dapat
dilaksanakan dengan jayanya seterusnya dapat menzahirkan aspirasi pendidikan negara.

Mistirine binti Radin


Timbalan Pengarah (Khidmat Latihan)
Menjalankan Tugas Pengarah
Institut Aminuddin Baki

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

9
RINGKASAN EKSEKUTIF

Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) merupakan satu inisiatif
latihan dalam perkhidmatan yang bertujuan untuk membentuk kumpulan pemimpin pelapis yang
bakal menerajui sekolah di seluruh Malaysia. NPQEL adalah kesinambungan daripada Kursus
Kelayakan Profesional Pemimpin Sekolah (NPQH) yang telah dilancarkan pada 1 Jun 1999 yang lalu.
Dari titik permulaan tersebut, NPQEL telah mengalami perubahan kepada NPQEL pada tahun 2018.
Bagi tujuan memastikan keselarasan dalam pendokumentasian, Mesyuarat Lembaga Pengajian
bertarikh 23 Januari 2018 menetapkan bahawa nama program NPQEL dikekalkan dengan nama
sedia ada iaitu NPQEL walaupun pendekatan latihan adalah berbeza.

Perubahan pendekatan latihan dalam NPQEL versi 2018 mengambil kira pembangunan
profesional pemimpin secara berterusan berasaskan kepada penyampaian latihan futuristik dan
pentaksiran berpusatkan peserta Latihan NPQEL versi 2018 ini turut menyesuaikan kaedah
penyampaian yang lebih tepat dalam menyediakan calon Pengetua/Guru Besar (PGB) novis dengan
kompetensi pemimpin berprestasi tinggi. Walaupun NPQEL versi 2018 merupakan satu latihan dalam
perkhidmatan seperti kursus Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) yang lain seperti NPQEL
Mod Baharu (2011) tetapi terdapat beberapa perbezaan yang dapat dikenal pasti termasuk tempoh
kursus, bilangan ambilan setahun, kurikulum, pentaksiran, kaedah penyampaian dan pengisian
kursus.

Kerangka NPQEL versi 2018 dibangunkan daripada definisi operasional pemimpin


berprestasi tinggi, iaitu pemimpin berwawasan, pemimpin pembelajaran dan juga pemimpin
perubahan yang akan memberi impak kepada kecemerlangan sekolah dan kemenjadian murid
melalui pembangunan kualiti profesional dan kualiti peribadi seseorang pemimpin itu. Kurikulum
NPQEL versi 2018 dibentuk khusus untuk menyediakan PGB novis yang berprestasi tinggi. Kaedah
penyampaian latihan NPQEL versi 2018 pula adalah berdasarkan kepada kaedah penyampaian
latihan 70:20:10, iaitu 70% pembelajaran berasaskan pengalaman, 20% pembelajaran sosial dan
10% pembelajaran formal. Semua aktiviti ini bertujuan untuk membangunkan penguasaan sepuluh
kompetensi kepimpinan pendidikan. Sepuluh kompetensi yang dimaksudkan itu adalah berfikiran
strategik, membuat keputusan, memimpin perubahan, menyelesaikan masalah, memimpin
pembelajaran, membangun kapasiti, membina jaringan dan jalinan, berkomunikasi berkesan,
berkepemimpinan dan berkeperibadian tinggi.

Pelaksanaan Kurikulum NPQEL versi 2018 dimulakan dengan permohonan secara dalam
talian menggunakan aplikasi Modul Penggantian Pemimpin Sekolah (MPPS). Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan (PPP) yang layak perlu memohon dan beberapa tapisan akan dilakukan untuk
memastikan bahawa PPP yang layak sahaja akan dipilih untuk mengikuti NPQEL versi 2018.
Kurikulum NPQEL versi 2018 dijalankan dalam tiga (3) fasa bagi setiap ambilan, iaitu aktiviti sebelum,
semasa dan selepas latihan. Ketiga-tiga fasa ini akan melibatkan aktiviti bersemuka, aktiviti lapangan
dan aktiviti berkumpulan.

Buku Panduan ini bertujuan memberikan maklumat dan gambaran berkaitan latar belakang
IAB, sejarah NPQEL, kaedah pelaksanaan dan pentaksiran program NPQEL versi 2018, pemprofilan
peserta dan semua perkara yang berkaitan dengan perjalanan program NPQEL versi 2018. Harapan
kami agar buku ini dapat membantu semua pihak dalam memahami pelaksanaan NPQEL versi 2018.

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

10
SINGKATAN

1. BYOD Bring Your Own Devices

2. CPD Pembangunan Profesionalisme Berterusan

3. IAB Institut Aminuddin Baki

4. JPN Jabatan Pendidikan Negeri

5. KPM Kementerian Pendidikan Malaysia

6. LCML Kursus Kepimpinan Pemimpin Pertengahan

7. MPPS Modul Penggantian Pemimpin Sekolah

8. NPQEL Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan

9. NPQH Kursus Kelayakan Profesional Pemimpin Sekolah

10. PGB Pengetua dan Guru Besar

11. PPD Pejabat Pendidikan Daerah

12. PdP Pengajaran dan Pembelajaran

13. PPP Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

14. PPPM 2013-2025 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

15. SGM Standard Guru Malaysia

16. SKPGB Standard Kompetensi Pengetua dan Guru Besar

17. SKPMg2 Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang Kedua

18. SKKSM Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia

19. TAK Pentaksiran Kompetensi Berasaskan Aktiviti Kumpulan

20. TAL Pentaksiran Kompetensi Berasaskan Aktiviti Lapangan

21. TAS Pentaksiran Kompetensi Berasaskan Aktiviti Bersemuka

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

11
1.0 PENGENALAN

Keadaan sosiopolitik yang stabil, ekonomi yang mampan serta budaya kerja dan
kehidupan yang beretika sememangnya merupakan faktor utama menjamin
pembangunan sesebuah negara; namun dengan wujudnya pendidikan berkualiti
bertaraf dunia mampu membawa keseluruhan negara dan warganya ke tahap yang
dihormati dan disegani masyarakat global. Peningkatan martabat pendidikan yang
sederhana atau penambahbaikan secara beransur-ansur adalah tidak memadai.
Pendidikan bertaraf dunia memerlukan usaha mentransformasikan sistem pendidikan
melalui lonjakan saujana.

Institut Aminuddin Baki (IAB) merupakan bahagian di Kementerian


Pendidikan Malaysia (KPM) yang berfungsi melaksanakan latihan bagi pemimpin
dan bakal pemimpin pendidikan di KPM. Institusi ini merupakan satu-satunya pusat
latihan pengurusan dan kepimpinan pendidikan di Malaysia serta yang terbesar di
Asia. Sebagai pusat latihan pengurusan dan kepimpinan, IAB memikul
tanggungjawab besar bagi memastikan warga KPM mendapat latihan terkini yang
relevan dengan kerja buat peserta sebagai peneraju bahagian, jabatan dan institusi
masing-masing.

1.1 IAB SEBAGAI INSTITUSI LATIHAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN


1.1.1 Visi dan Misi IAB

VISI
Pusat Pembangunan Kepimpinan Pendidikan yang Terbilang

MISI
Membangunkan Kepemimpinan bagi Menghasilkan Organisasi Berkualiti

Rajah 1: Visi Dan Misi IAB

Secara umumnya, fungsi IAB adalah memberi sokongan secara berterusan


dalam aspek pengurusan dan kepimpinan pemimpin pendidikan. Sokongan secara
berterusan ini diberikan melalui pewujudan persekitaran pembelajaran dan
pengamalan pengetahuan, pembudayaan ilmu serta penghayatan nilai-nilai dalam
kursus-kursus dan program-program yang dilaksanakan sama ada bersifat jangka
masa pendek atau panjang. Program-program atau kursus-kursus yang dijalankan
memenuhi mandat dan hasrat kepimpinan KPM untuk memastikan pelaksanaan
PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

12
dasar-dasar disampaikan kepada keseluruhan warga pendidik melalui pemimpin dan
pengurus pendidikan.

Secara khususnya, dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-


2025 (PPPM 2013-2025), IAB dipertanggungjawab untuk merealisasikan Anjakan ke-
5 iaitu memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah. IAB
berperanan untuk memperkukuh kriteria pemilihan dan proses perancangan
penggantian Pengetua/Guru Besar (PGB) mulai 2013 dan melaksanakan Pakej
Kerjaya Pengetua/Guru Besar yang baharu secara berperingkat, dengan sokongan
dan kebertanggungjawaban yang tinggi bagi meningkatkan keberhasilan murid.
Maka dengan matlamat yang cukup jelas ini, latihan yang dirangka melalui program-
program atau kursus-kursus di IAB perlu meliputi keseluruhan perkembangan kerjaya
kepimpinan seseorang pendidik.

1.1.2 Latihan Kepimpinan Pendidikan

A. Sebelum lantikan PGB


Dalam struktur kepimpinan sekolah, pemimpin pertengahan sekolah merupakan
kelompok pemimpin yang melaksanakan peranan antara pengurusan kanan dengan
guru bagi menjamin pembelajaran berkesan (Gurr & Drysdale, 2013). Kursus
Kepimpinan Pemimpin Pertengahan (LCML) merupakan kursus yang dianjur untuk
membangun kompetensi pemimpin pertengahan di sekolah. LCML diharap dapat
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pemimpin pertengahan sekolah
melaksanakan tugas dengan lebih berkesan. Pemimpin pertengahan memainkan
peranan penting dalam membantu pengurusan tertinggi sekolah membangunkan
sekolah.

Oleh itu, semua pemimpin pertengahan di sekolah mesti mempunyai


kompetensi tertentu seperti berfikir secara strategik dan proaktif dalam
melaksanakan tindakan. Dalam usaha memantapkan pengurusan dan kepimpinan
sekolah, pemimpin pertengahan juga harus dibimbing untuk merealisasikan hasrat
yang ingin dicapai. Sebuah program lagi untuk bakal PGB ialah Program NPQEL.
Pembangunan profesionalisme calon PGB dalam program NPQEL menggunakan
pendekatan pengurusan bakat di mana peserta dikenal pasti, ditaksir, dibangunkan
dan dilantik sebagai PGB novis yang berprestasi tinggi di sekolah.

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

13
B. Semasa lantikan PGB
Peserta yang lulus dan telah dilantik sebagai PGB akan mengikuti Program
Immersion. Seterusnya peserta akan diberi kursus dalam perkhidmatan untuk
meningkatkan kompetensi sebagai PGB IAB menganjurkan kursus dalam
perkhidmatan sepanjang tahun seperti Pengurusan Kurikulum dan Kokurikulum,
Pengurusan Kewangan, Pengurusan Teknologi Maklumat, Coaching dan Mentoring
dan Penyelidikan Tindakan.

1a. Mengikuti mod e-


NPQEL selama 3 minggu
NPQEL 1b. Mengikuti mod bersemuka
selama 3 bulan bagi
pembangunan kompetensi

2. PGB novis yang dilantik


dan ditempatkan di
IMMERSION
sekolah akan didedahkan
2.0
kepada kursus ini untuk
pemantapan

FOLLOW 3. Proses tindak ikut akan


UP dilaksanakan bagi memberi
& FOLLO sokongan dan bimbingan
W dalam amalan kerja buat PGB
THROUG
H

Rajah 2 Pelaksanaan Latihan Kepimpinan Pendidikan Program NPQEL:

2.0 NPQEL VERSI 2018

NPQEL merupakan satu-satunya program pada peringkat kebangsaan bagi


menghasilkan pemimpin pelapis yang cekap dan kompeten. Sehubungan dengan itu,
mulai 1 Julai 2014, KPM telah meluluskan bahawa sijil NPQEL sebagai syarat
mandatori bagi pelantikan PGB sekolah di bawah KPM merujuk kepada surat siaran
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia bertarikh 7 November 2013. Dapatan daripada 6
kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa program NPQEL adalah satu latihan
pembentukan pemimpin pelapis yang berkesan yang membawa perubahan kepada
tahap pengetahuan, kefahaman dan kemahiran peserta serta keupayaan peserta
menjalankan tugas pengurusan dan kepimpinan sekolah.

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

14
Pelaksanaan program NPQEL juga telah menerima reaksi positif dan
merupakan petunjuk bahawa program NPQEL berlangsung dengan baik.
Kemampuan peserta telah diperlihatkan dalam menggalas tugas dan tanggungjawab
sebagai peneraju pentadbiran sekolah (IAB, 2014). Kajian-kajian ini juga
menjustifikasikan kesesuaian dasar KPM yang memastikan hanya Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang benar-benar layak sahaja menyandang
jawatan utama pentadbiran sekolah. Program NPQEL ini didapati amat relevan bagi
memenuhi tuntutan kepimpinan sekolah masa kini dan perlu diteruskan bagi
memastikan pencapaian hasrat dan aspirasi negara melalui PPPM 2013-2025
(Kamaruzaman, 2009). Kepemimpinan pendidikan sering dikaitkan dengan proses
pembangunan modal insan yang berkualiti (Ibrahim, 2002) yang bermaksud individu
tersebut bukan sahaja berteraskan ilmu pengetahuan, kemahiran, inovatif dan
intelektual tetapi berbudaya progresif.

PPPM 2013-2025 mengesyorkan kriteria pemilihan PGB dari kriteria


pemilihan berasaskan tempoh perkhidmatan kepada kriteria memfokuskan
kecekapan kepimpinan. Kajian menyokong bahawa pendekatan latihan berasaskan
kompetensi adalah berkesan bagi melahirkan pemimpin kerana latihan berasaskan
pekerjaan mampu meningkatkan kemahiran individu, menguji aspek nilai dan sikap
selain daripada melengkapkan diri dengan pengetahuan. Sehubungan dengan ini,
IAB membuat perubahan dari segi latihan berasaskan pengetahuan kepada latihan
berasaskan kecekapan. Latihan ini mampu mengupayakan individu untuk melakukan
tugasan di samping mengurus pelbagai tugas dalam melaksanakan tanggungjawab
di tempat kerja. Oleh itu, pelaksanaan pembelajaran dan latihan berasaskan
kompetensi, memerlukan komitmen yang tinggi dari segi penglibatan individu dan
organisasi sejajar dengan perkembangan keperluan semasa.

Proses latihan ini memerlukan individu mencapai piawaian kecekapan yang


ditetapkan mengikut keperluan industri meliputi aspek kemahiran, pengetahuan dan
sikap. Model kecekapan adalah salah satu kerangka kerja untuk menentukan
kemahiran dan pengetahuan mengikut keperluan sesuatu pekerjaan bagi
menentukan prestasi kerja yang berjaya. Maka, hasil pembelajaran ditetapkan
berdasarkan kepada kecekapan yang diperlukan dengan mengaplikasi kaedah
pembelajaran yang sesuai mengikut domain. Justeru, modul pembelajaran dalam
talian yang mengabungkan teori-teori pengurusan dan kepimpinan dibangunkan

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

15
berdasarkan kompetensi bagi menyediakan pengetahuan agar individu dapat
mempamerkan kecekapan yang dikehendaki.

Dalam mengorak langkah untuk memastikan NPQEL terus releven dengan


perkembangan dan kehendak pembangunan profesional semasa, maka pihak IAB
mengaplikasi pendekatan baharu melalui NPQEL versi 2018 berteraskan kompetensi
atau kecekapan (competency based). Latihan Berasaskan Kecekapan memberi
peluang kepada individu mempamerkan keupayaan peserta dalam membugarkan
kompetensi berasaskan pengetahuan dan kemahiran dalam sesuatu tugasan
sebagai pemimpin berprestasi tinggi seperti mana hasrat KPM dalam Anjakan ke-5
PPPM 2013-2025.

2.1 SEJARAH NPQEL

2018
2016
2014
2011
NPQEL
Lulus versi 2018
Pentaksiran
2008 Prasyarat PGB Sebagai
Lantikan Syarat
NPQEL PGB Mengikuti
1999 mod Latihan
baharu
PTK &
NPQEL

NPQH

Rajah 3: Carta aliran Sejarah NPQEL

NPQEL merupakan satu inisiatif latihan dalam perkhidmatan bagi bidang kepimpinan
dan pengurusan anjuran KPM bertujuan untuk membentuk satu kumpulan pemimpin
pelapis yang bakal menerajui institusi pendidikan, khususnya sekolah, kepada tahap
yang cemerlang dan terunggul dalam semua bidang (IAB, 2009). Program NPQEL
adalah kesinambungan daripada program Sijil Kelayakan Profesional Kepengetuaan
Kebangsaan atau National Professional Qualification for Headship (NPQH). Program

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

16
NPQH telah dilancarkan pada 1 Jun 1999 berdasarkan tiga faktor utama. Pertama,
pengetahuan dalam bidang pendidikan telah berkembang pesat di Malaysia dan
seluruh dunia. Oleh itu bakal pentadbir sekolah di Malaysia memerlukan
pengetahuan dan kemahiran baharu agar tidak ketinggalan dan dapat bergerak
selari dengan perkembangan dunia pendidikan.

Kedua, program ini sejajar dengan syor atau cadangan dalam penyataan
Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran pada tahun
1979 berhubung dengan latihan kepada pentadbir sekolah iaitu penubuhan sebuah
institusi pelajaran tempatan yang menawarkan latihan bagi pegawai Kementerian
Pelajaran yang membawa kepada penubuhan IAB. Ketiga, pengaruh idea dan
amalan berkaitan latihan profesional untuk pentadbir sekolah berasaskan kehadiran
pegawai tinggi KPM dalam kursus di luar negara seperti latihan untuk pentadbir
sekolah di Amerika Syarikat dan kerangka latihan di Britain menjadi rujukan
penggubalan modul Program NPQH.

Program NPQH dilaksanakan selama satu tahun dan sukatannya


berlandaskan sembilan (9) bidang kompetensi dalam Standard Kompetensi
Kepengetuaan Sekolah Malaysia (IAB, 2006). Sebanyak 11 kohort NPQH dilatih
sejak tahun 1999 sehingga tahun 2007. Bermula tahun 2008 program NPQH telah
ditukar nama kepada program NPQEL dan pengisian program ini dimantapkan untuk
membolehkan Sijil NPQEL diberikan nilai taraf Penilaian Tahap Kecekapan (PTK).
Walau bagaimanapun, tempoh program ini masih kekal selama satu tahun dengan 6
bulan pertama di IAB dan 6 bulan kemudiannya di sekolah bagi program Sandaran.
Sehingga Disember 2011, sebanyak tiga (3) kohort NPQEL dilatih.

Program NPQEL adalah latihan menyeluruh (total training) yang merangkumi


keseluruhan keperluan asas kompetensi PGB NPQEL juga merupakan satu-satunya
program berstruktur secara komprehensif bagi menyediakan barisan bakal PGB di
negara ini. Pada tahun 2011, merujuk surat JPA(L)S. 175/4/1-1Klt 10 (48), IAB telah
mengubah tempoh program NPQEL kepada lima (5) bulan dan struktur mod
pengajian dilaksanakan secara blended learning, iaitu secara bersemuka (face to
face) dan e-Pembelajaran. Sehingga Disember 2017, tiga belas ambilan NPQEL
mod baharu telah dilaksanakan dan sejumlah 6951 orang peserta telah dilatih.

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

17
2.2 RASIONAL PINDAAN KURIKULUM NPQEL

Perubahan pendekatan latihan NPQEL 2.0 juga mengambil kira pembangunan


profesional pemimpin secara berterusan berteraskan prinsip andragogi dan
pembelajaran berpusatkan peserta (participant learning centred). Inisiatif
membangunkan pemimpin pertengahan berprestasi tinggi telah bermula pada tahun
2017 melalui Kursus LCML. Dalam jangka masa panjang, Kursus LCML juga akan
diperluaskan menggunakan pendekatan latihan dalam talian. Kumpulan pemimpin
pelapis ini merupakan calon NPQEL yang telah mempunyai pengetahuan
berasaskan pengalaman sebagai pentadbir dan juga terlatih melalui mod latihan
dalam talian dan bersemuka. Oleh yang demikian, adalah menjadi keperluan untuk
NPQEL menggunakan mod yang sama sebagai kesinambungan pembangunan
profesionalisme berterusan.

Pada tahun 2017, nisbah simpanan bakal PGB adalah 1:1 bagi kebanyakan
negeri. Ini menyebabkan graduan NPQEL yang tidak mendapat CGPA 3.75 iaitu
pencapaian yang diperaku sebagai berprestasi tinggi, turut dilantik sebagai PGB
akibat kekurangan simpanan graduan NPQEL. Justeru, pelaksanaan NPQEL versi
2018 mengupayakan nisbah 1:3 dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) mempunyai
pilihan calon berkompetensi tinggi untuk mengisi kekosongan jawatan PGB.

Latihan NPQEL turut menyesuaikan kaedah penyampaian yang sesuai,


bertepatan dengan keperluan menyediakan calon PGB novis dengan kompetensi
pemimpin berprestasi tinggi. Selain e-NPQEL, kaedah 70:20:10 digunakan untuk
menyampaikan pengajaran dan pembelajaran (PdP) andragogi dan pentaksiran bagi
mengesan kompetensi bakal PGB. Pelaksanaan NPQEL juga menerapkan
keperluan tahap kompetensi bakal PGB yang dilahirkan mematuhi pelaksanaan
dasar semasa pendidikan negara seperti Akta Pendidikan 1996 (Akta 550),
Kurikulum Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Negara, Pentaksiran Berasaskan
Sekolah, Pendidikan 2030, Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) dan lain-lain
dasar yang sedang berkuat kuasa.

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

18
Jadual 1: Perbezaan antara NPQEL Mod Baharu (2011) dan NPQEL versi 2018
Aspek NPQEL Mod Baharu (2011) NPQEL versi 2018
Tempoh Kursus 5 bulan 3 bulan 3 minggu
Bilangan Ambilan 2 ambilan @ 1740 orang 3 ambilan @ 2610 orang
Setahun peserta peserta
Kurikulum Knowledge-based Competency-based
10 Kompetensi:
1. Berfikiran Strategik
Ujian Akhir Kursus 1 & 2 (40%)
2. Memimpin Perubahan
3. Membuat Keputusan
e-Pembelajaran (20%) 4. Menyelesai Masalah
Pentaksiran 5. Memimpin Pembelajaran
Penandarasan (10%) 6. Membangun Kapasiti
7. Membina Jaringan & Jalinan
Sandaran (30%) 8. Berkomunikasi Berkesan
9. Berkepemimpinan
10. Berkeperibadian Tinggi
Kuliah (6 minggu) 70:20:10
Kaedah Penyampaian
Amali (10 minggu) Pembelajaran Abad ke-21 BYOD
5 minggu bersemuka (2+2+1):
• Pembentangan kumpulan &
individu
6 minggu bersemuka (3+2+1)
• Amali Protokol & Etiket
• 7+ 3 modul latihan
• Jalinan Pintar Korporat &
• Bersama Tokoh
Lawatan Penandaarasan ke
Pengisian 2 minggu Penandarasan
Institusi Swasta
8 minggu Sandaran
• Bicara Tokoh, Ulasan Buku
e-Pembelajaran • e-NPQEL
Ujian Kecergasan (sekali)
• Perantisan 1 (1 minggu)
Perantisan 2 (6 minggu)
• Ujian Kecergasan (2 kali)

Seterusnya, latihan NPQEL masih bersandarkan pendekatan kursus dalam


perkhidmatan seperti kursus pembangunan profesional berterusan (CPD) yang lain
di mana peserta tidak perlu melepaskan jawatan yang disandang apabila mengikuti
kursus ini. Namun, terdapat perbezaan NPQEL Mod Baharu (2011) dan NPQEL
versi 2018 dalam enam (6) aspek yang merangkumi tempoh kursus, bilangan
ambilan setahun, kurikulum, penilaian, kaedah penyampaian dan pengisian kursus
(Jadual 1).

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

19
2.3 KERANGKA NPQEL VERSI 2018

Kerangka NPQEL versi 2018 dalam Rajah 2 menunjukkan keupayaan pelaksanaan


NPQEL bagi merealisasikan Anjakan ke-5 PPPM 2013–2025 dalam “Memastikan
kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah”. Pemimpin Berprestasi
Tinggi didefinisikan sebagai PGB berwawasan dan mampu membawa perubahan
yang berimpak tinggi ke arah kecemerlangan organisasi melalui keterampilan
personal dan profesional (dapatan bengkel pada 22-25 Nov 2016) serta mendokong
dasar-dasar pendidikan sedia ada. Latihan NPQEL memastikan bakal PGB
berprestasi tinggi memiliki sepuluh kompetensi yang dikategorikan kepada 4 domain
kompetensi utama iaitu: (1) Berwawasan; (2) Menerajui perubahan; (3)
Mencemerlangkan organisasi; dan (4) Keterampilan.

Rajah 4: Kerangka NPQEL versi 2018

Pemimpin berwawasan adalah pemimpin yang mempunyai pemikiran


strategik. Berpemikiran strategik menjadi komponen utama dalam penyediaan
pengurusan strategik dan keupayaan mengesan pencapaian (progress tracking).
PGB yang berwawasan perlu berfikir secara meluas, mendalam dan jauh ke
hadapan dalam membuat keputusan ke arah tindakan kecemerlangan organisasi.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa PGB yang berprestasi tinggi adalah pemimpin
yang mampu memimpin perubahan yang diperlukan dan pakar dalam melakukan
intervensi (Shuhaida, 2016). Kompetensi ini penting kepada pemimpin berwawasan
untuk berdaya saing dalam era global yang berorientasikan masa hadapan.
PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

20
PGB yang berprestasi tinggi juga berperanan sebagai peneraju perubahan
yang memimpin ahli dalam organisasinya untuk mencapai hasil yang dihasratkan.
Sebagai peneraju perubahan, PGB harus memimpin proses pembaharuan yang
dilakukan secara berterusan dalam organisasi dari segi hala tuju, struktur serta
kemampuan untuk memenuhi keperluan pelanggan dalaman dan luaran. Pemimpin
seharusnya dapat merangsang proses pembangunan yang kreatif melalui budaya
penambahbaikan yang berterusan (Wall et al.,1992). Pemimpin perubahan juga
berupaya membuat keputusan dengan mengenal pasti dan menyelesaikan masalah
berdasarkan data dan keperluan organisasi di samping meningkatkan motivasi,
kecekapan, keberkesanan dan mengurangkan konflik apabila melaksanakan
perubahan yang dikehendaki. PGB yang berprestasi tinggi mampu memanfaatkan
alat yang sesuai untuk memantau keberkesanan dan memantapkan proses
perubahan bagi memaksimumkan hasil atau kejayaan perubahan yang diingini.

Kecemerlangan sesebuah organisasi bergantung kepada peranan dan


kompetensi seseorang pemimpin. Pemimpin sekolah perlu bertindak sebagai PGB
berprestasi tinggi bagi memastikan perjalanan pengurusan sekolah berjalan lancar.
Oleh itu, PGB seharusnya mempunyai kompetensi sebagai pemimpin pembelajaran
(leadership for learning), membangunkan kapasiti (capacity building) serta membina
jaringan dan jalinan (networking and linkages). Sebagai pemimpin pembelajaran
PGB perlu kompeten sebagai pemimpin instruksional, penyelia dan pembimbing
(Coaching and Supervision) serta pengurusan sumber dan operasi. Amalan
kepimpinan instruksional di sekolah berprestasi tinggi dapat mewujudkan
persekitaran yang kondusif, iklim pengajaran dan pembelajaran serta
membangunkan kepimpinan guru (Sufean, 2014). PGB sebagai pemimpin
pembelajaran perlu berupaya bertindak sebagai pemimpin contoh (role model),
jurulatih dan pembimbing (coach) pengurusan pembelajaran futuristik seperti
Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) abad ke-21.

Sebagai pembangun kapasiti, PGB berprestasi tinggi sewajarnya memiliki


kompetensi dalam pembelajaran sepasukan (team learning), pengurusan sumber
manusia serta pembelajaran sepanjang hayat. PGB yang kompeten sebagai
pembangun kapasiti berupaya untuk membangunkan kompetensi diri dan sumber
manusia dalam organisasi. Pembangunan kapasiti guru boleh dilaksanakan semasa
proses penyeliaan melalui sesi coaching (Range, 2013).

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

21
PGB berprestasi tinggi perlu kompeten dalam membina jaringan dan jalinan
(networking and linkages), kesedaran sosial, kemahiran perundingan dan
mempunyai budaya keusahawanan. Dalam membina jaringan dan jalinan, PGB
berupaya mewujudkan pemikiran korporat dengan menggunakan pelbagai strategi
dan sumber bagi menyokong pembangunan sekolah. Kepimpinan sekolah abad ke-
21 mesti berupaya bekerjasama dalam komuniti sekolah dan industri luar bagi
mencari peluang untuk pembelajaran luar bilik darjah (Wagner, 2008) agar dapat
memacu kecemerlangan sekolah.

Tiga (3) domain kompetensi utama yang telah dibincangkan perlu dilengkapi
dengan kualiti profesional dan kualiti peribadi yang saling lengkap melengkapi dalam
mengupayakan PGB sebagai pemimpin berprestasi tinggi. PGB berkualiti profesional
mempunyai kualiti keperibadian yang tinggi, tret peribadi yang baik dan dapat
mempamerkan gaya kepemimpinan yang baik, berkemampuan menonjolkan
keikhlasan, keyakinan diri, sifat dominasi, berwawasan, dan berkemampuan secara
psikologi untuk mencapai matlamat organisasi. Manakala PGB berkualiti peribadi
mempunyai keterampilan dalam berkomunikasi dan memimpin secara profesional
dengan mengaplikasikan dan menterjemahkan teori dalam tindakan dan seterusnya
menjadi budaya dan inspirasi kepada warga sekolah.

Justeru, setelah dibekalkan dengan sepuluh kompetensi melalui latihan


NPQEL versi 2018, bakal PGB dapat merealisasikan hasrat PPPM 2013-2025
sebagai pemimpin berprestasi tinggi bagi menghasilkan kemenjadian murid dan
sekolah berkualiti (Rajah 3) dengan mematuhi serta akur kepada standard ditetapkan
iaitu Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia (SKKSM), Standard
Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang Kedua (SKPMg2), Standard Guru Malaysia
(SGM) dan Standard Kompetensi Pengetua dan Guru Besar (SKPGB) .

2.4 KURIKULUM NPQEL VERSI 2018

Kurikulum NPQEL versi 2018 dibentuk berdasarkan kerangka NPQEL versi 2018
yang digubal khusus untuk menyediakan PGB novis yang berprestasi tinggi. Oleh
yang demikian, aktiviti pembelajaran, pendedahan dan pengalaman dalam kurikulum
NPQEL versi 2018 adalah bertujuan untuk mencungkil penguasaan sepuluh
kompetensi kepimpinan pendidikan. Aktiviti pembelajaran dapat membekalkan
peserta dengan ilmu pengetahuan yang terkini, membangunkan jalinan hubungan

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

22
dengan stakeholders, dan pendedahan tentang amalan kepimpinan dan pengurusan
dalam situasi sebenar supaya peserta dapat melaksanakan tugas di sekolah dengan
lebih berkesan.

Seterusnya, pembinaan kurikulum NPQEL versi 2018 mengambil kira


pelaksanaan Kurikulum NPQEL versi 2012 dan 2016 yang mempunyai 150 jam
pembelajaran. Dokumen rasmi pembentangan pasukan pemikir NPQEL versi 2018
Bilangan 1 tahun 2016 kepada Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
(Pengurusan Profesionalisme Keguruan), dan hasil perbengkelan NPQEL versi 2018
Fasa 1 tahun 2016 dan Fasa 2 tahun 2017 telah melibatkan pelbagai pihak
antaranya pensyarah IAB, PGB, JPN, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia serta Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti.

[Sumber: Adaptasi Shuhaida 2016, Schlueter & Walker 2008, Berger & Dorothy 2003,Collins 2012, Dongen 2014]
Rajah 5: Domain Kompetensi NPQEL versi 2018

Kedua-dua bengkel ini telah memutuskan dua perkara iaitu pendefinisian


Anjakan ke-5: Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap
sekolah; dan mencadangkan pengisian kurikulum berdasarkan definisi yang
dipersetujui seperti dalam Rajah 3. Kurikulum NPQEL versi 2018 digubal
berdasarkan kompetensi seperti yang dinyatakan dalam definisi PGB berprestasi
tinggi.

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

23
Jadual 2: Kurikulum NPQEL 2.0 Berdasarkan Kompetensi

Bil Domain Kompetensi Kandungan


1 Berwawasan 1. Pemikiran Strategik 1.1 Pengurusan Strategik

Menerajui 2. Memimpin Perubahan 2.1 Memimpin Perubahan


2 3. Membuat Keputusan 2.2 Membuat Keputusan
Perubahan
4. Menyelesai Masalah 2.3 Menyelesaikan Masalah

3.1 Kepimpinan Instruksional


3.2 Coaching & Supervision
3.3 Pengurusan Sumber & Operasi
5. Memimpin Pembelajaran 3.4 Pembangunan Sumber Manusia
6. Membangun Kapasiti
Mencemerlangkan 3.5 Pembelajaran Sepanjang Hayat
3 7. Membina Jaringan &
Organisasi Jalinan 3.6 Pembelajaran Sepasukan
3.7 Kesedaran Sosial
3.8 Kemahiran Perundingan
3.9 Kemahiran Keusahawanan

8. Berkomunikasi Berkesan
4. Berketerampilan 9. Berkepemimpinan 4.1 Berketerampilan
10. Berkeperibadian Tinggi

2.5 PELAKSANAAN KURIKULUM

Pelaksanaan NPQEL pada tahun 2018 meneruskan fungsi dan objektif NPQEL versi
2014 yang merupakan prasyarat lantikan ke jawatan PGB. Kaedah pelaksanaan dan
kandungan kurikulum NPQEL merupakan peralihan daripada berasaskan
pengetahuan (knowledge based) kepada berasaskan kompetensi (competency
based). Kaedah pelaksanaan baharu ini juga membolehkan latihan dilaksanakan tiga
(3) kali setahun yang akan menambah bekalan atau simpanan PGB kepada 2,610
orang setahun berbanding 1,740 orang pada tahun 2017 dan sebelum (Rajah 4).
NOVEMB
ER
MEI-JULAI
JANUARI-MAC
DISEMBER

APRIL

OGOS

LATIHAN e- KURSUS LATIHAN KURSUS LATIHAN KURSUS


SEPTEMBER-

permohonan Pengesahan calon Pengesahan

NPQEL AMBILAN 1 e-NPQEL AMBILAN 2 e-NPQEL AMBILAN 3


AMBILAN 1 AMBILAN 2 AMBILAN 3
Buka Pentaksiran Surat
Pengesahan tawaran
Keputusan kemasukan Keputusan NPQEL keputusan NPQEL
Ambilan 3 NPQEL tahun Ambilan 1 tahun Ambilan 2 Ambilan 1
berikutnya berikutnya

Rajah 6: Proses Pelaksanaan NPQEL versi 2018

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

24
Kurikulum NPQEL versi 2018 dijajarkan kepada tiga fasa setiap ambilan, iaitu
aktiviti sebelum latihan, semasa latihan dan selepas latihan. Proses pelaksanaan
program NPQEL versi 2018 melibatkan e-NPQEL selama 21 hari sebelum
pelaksanaan kursus bersemuka selama tiga (3) bulan. Fasa sebelum latihan
dilaksanakan secara latihan interaktif dalam talian untuk peserta menguasai 10
kompetensi berkaitan pengetahuan asas kepimpinan dan pengurusan sekolah. Fasa
semasa latihan dilaksanakan secara bersemuka selama lima minggu melibatkan
aktiviti pembentangan, bicara ilmu, protokol dan etiket sosial, pengurusan
kecergasan eksekutif, lawatan penandaarasan ke institusi swasta, jaringan pintar
korporat dan ulasan buku. Peserta akan melaksanakan Perantisan 1 selama satu (1)
minggu dan Perantisan 2 selama enam (6) minggu di sekolah perantisan yang dipilih
dan di sekolah tempat peserta bertugas. Fasa selepas latihan merupakan pemilihan
hasil tugasan peserta untuk diterbitkan sebagai galakan penghasilan kerja
cemerlang. Sepuluh kompetensi secara bertema dijajarkan secara seimbang dalam
setiap aktiviti dalam talian, bersemuka dan amali.

2.6 KAEDAH PENYAMPAIAN LATIHAN

Selaku bakal PGB, peserta NPQEL versi 2018 perlu memahami peranan sebenar
peserta sebagai seorang pengurus dan pemimpin sekolah. Kaedah penyampaian
latihan 70:20:10 menekankan pembelajaran berasaskan pengalaman dan
pengetahuan bagi melatih peserta menguruskan organisasi dengan cemerlang.
Rajah 5 merupakan gambaran kepada model pembelajaran dan pembangunan
70:20:10 oleh McCall, Lombardo and Eichinger (1996).

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

25
[Sumber: Adaptasi daripada McCall, Lombardo and Eichinger
(1996), High Impact Organization Maturity Model (Deloitte, 2013)]
Rajah 7: Model Pembelajaran dan Pembangunan 70:20:10

Kerangka penyampaian latihan dan pembangunan 70:20:10 menekankan 70


peratus daripada pembelajaran peserta daripada tugasan yang mencabar dan
pengalaman melakukan kerja buat PGB (on-the job learning experiences), 20
peratus daripada pembelajaran peserta dibangunkan daripada hubungan peserta
dengan stakeholders, rangkaian komuniti pembelajaran dan maklum balas yang
diterima dan 10 peratus adalah pembelajaran daripada latihan formal seperti kursus,
bengkel dan seminar yang berstruktur. Kaedah ini telah diadaptasikan sebagai
kaedah pembelajaran peserta NPQEL versi 2018. Jadual 3 menunjukkan jenis aktiviti
latihan dan pembangunan yang merujuk kepada setiap kategori dalam kaedah
penyampaian latihan 70:20:10.

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

26
Jadual 3: Jenis Aktiviti Latihan dan Pembangunan PGB Mengikut Kategori Penyampaian Latihan
70:20:10 (Diadaptasi daripada Jennings & Wargnier, 2014)

Kategori Aktiviti Latihan 70:20:10

 Mengaitkan pembelajaran baharu dengan situasi sebenar


 Menggunakan maklum balas untuk mencuba pendekatan
baharu bagi menyelesaikan masalah yang lama
 Meningkatkan kebolehan membuat keputusan dalam simulasi
main peranan
 Mengurus perubahan dalam projek berasaskan pembelajaran
70% – Latihan dan
 Melakukan refleksi dengan menggunakan pengalaman sebenar
Pembangunan
 Memimpin pasukan kerja dalam pembelajaran berasaskan
Melalui Pengalaman
projek dan pembelajaran berasaskan masalah (PBL)
(on-the-job Learning
 Lawatan kerja
Experiences)
 Melakukan perbincangan kumpulan
 Melakukan amalan terbaik melalui simulasi main peranan
 Penilaian dengan maklum balas
 Membuat ulasan projek
 Melakukan perbincangan kumpulan dan sumbang saran
berkaitan dengan amalan di sekolah

 Mendapatkan maklum balas informal


 Bekerja dengan perunding atau pakar dalaman atau luaran
 Menjalankan temu bual
20% - Latihan dan  Interaksi dengan JPN, PPD dan PGB dari sekolah lain
Pembangunan  Mendapatkan nasihat, meminta pendapat, menyumbang idea
Melalui Pembelajaran  Melakukan aktiviti kemasyarakatan dan sukarelawan
Sosial  Mentoring berstruktur dan bimbingan
 Belajar melalui pasukan/rangkaian luar/ kenalan/Industri
 Bekerja dengan perunding atau pakar dalaman atau luaran
 Menjalankan temu bual
10% - Latihan dan
 Ceramah
Pembangunan
 e-pembelajaran
Melalui Pembelajaran
 Pentaksiran melalui pembentangan
Formal

3.0 PELAKSANAAN NPQEL versi 2018


3.1 PERMOHONAN

Permohonan dilakukan secara dalam talian menggunakan aplikasi Modul


Penggantian Pemimpin Sekolah (MPPS). PPP yang layak hendaklah memohon
secara dalam talian menggunakan aplikasi MPPS di Portal Rasmi Insititut Aminuddin
Baki. Tapisan awal melalui sistem dalam talian mengambil kira syarat umum dan
khusus pelantikan PGB, jawatan disandang, tempoh jawatan disandang, tempoh
berkhidmat dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) untuk tiga (3) tahun

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

27
terkini. Carta alir permohonan secara dalam talian melalui sistem MPPS adalah
seperti dalam Rajah 6.

3.1.1 Syarat Memohon


Selaras dengan pemantapan penempatan pemimpin sekolah, calon-calon yang ingin
memohon NPQEL perlu memenuhi syarat-syarat berikut:

A. Syarat Umum
i. Disahkan dalam perkhidmatan (bagi PPP Gred DG29);
ii. Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan iaitu sebanyak 85% berdasarkan
Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) tiga(3) tahun terkini
iii. Bebas daripada tindakan tatatertib;
iv. Telah mengisytiharkan harta (tempoh lulus isytihar harta tidak melebihi lima
(5) tahun);
v. Lulus Tapisan Keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM);
vi. Bebas daripada senarai Peminjam Tegar Institusi Pinjaman Pendidikan; dan
vii. Diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.

B. Syarat Khusus
i. Telah dinaikkan pangkat ke Gred DG48 (bagi calon Pengetua) atau Gred
DG32 (bagi calon Guru Besar) atau sekurang-kurangnya lima tahun di Gred
DG29 (bagi calon Guru Besar SKM(B));
ii. Mempunyai pengkhususan dalam bidang tertentu:
Pengetua: Bidang Umum/Teknikal/Pendidikan Islam
Guru Besar: Bidang Umum/Cina/Tamil;
iii. Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya tiga (3) tahun berkhidmat
sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Bidang/Penolong Kanan (termasuk
Penolong Kanan yang dilantik secara pentadbiran di SKM(B)/jawatan-jawatan
pentadbiran di PPD, JPN, Bahagian, IAB, Institut Pendidikan Guru atau Kolej
Matrikulasi;
iv. Mempunyai sekurang-sekurangnya tiga(3) tahun tempoh perkhidmatan
sebelum bersara (tertakluk kepada tarikh kekosongan); dan
v. Melepasi tahap kesihatan yang memuaskan (Perenggan 9, Pekeliling
Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2013). Pemohon dikehendaki memuat naik Borang
Pemeriksaan Perubatan bagi Pegawai Perkhidmatan Awam (Lampiran B, Pin.

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

28
2/2013) yang telah disahkan oleh pengamal perubatan berdaftar semasa
memohon dalam talian (tanpa prasangka).

Aliran Proses Tanggungjawab

Mula

Permohonan secara dalam talian untuk Calon/Sekolah/


mengikuti NPQEL versi 2018 PPD/JPN/
Bahagian KPM

Perakuan oleh Ketua Jabatan Ketua Jabatan

Pelaksanaan Pentaksiran (PBTT dan TDB) JPN/


Bahagian KPM

Pentaksiran Kecergasan Institut Aminuddin Baki

Program NPQEL versi 2018 Institut Aminuddin Baki

Perakuan Ketua Jabatan setelah tamat kursus


untuk lantikan PGB JPN/
Bahagian KPM

Tamat

Rajah 8: Carta Alir Permohonan Secara Atas Talian

3.1.2 Pentaksiran Pemilihan Calon Peserta NPQEL versi 2018

Calon NPQEL versi 2018 yang telah melepasi tapisan yang ditetapkan dan disahkan
oleh JPN/Bahagian akan dipanggil untuk pentaksiran ke NPQEL versi 2018 yang
melibatkan Pentaksiran Kompetensi secara bersemuka. Pentaksiran ke NPQEL versi
2018 adalah tanggungjawab JPN dan/atau Bahagian bersama BPSM. Pentaksiran
PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

29
ini diurus tadbir oleh pegawai bertanggungjawab Negeri/Bahagian daripada Unit Naik
Pangkat bersama urus setia di Negeri/Bahagian. Pentaksiran dilakukan oleh
pentaksir terlatih di Negeri dan/atau Bahagian dengan bimbingan dan pemantauan
jurulatih utama Negeri/Bahagian dan jurulatih utama pusat.

Memenuhi cut-off NPQEL &


Permohonan memenuhi syarat baharu
melalui pelantikan e-Pangkat
MPPS
Penerimaan
nama calon Pemeriksaan
oleh UPP Kesihatan
IAB
Pemilihan calon PELAKSANAAN Muat naik ke dalam
oleh Bahagian/JPN PENTAKSIRAN Sistem MPPS
ke NPQEL
Pengesahan
Pentaksiran Bahagian @
Kecergasan JPN
Pentaksiran
Kompetensi
secara Senarai pendek
Bersemuka melepasi pentaksiran
kompetensi ke IAB

Rajah 9: Carta Alir Pelaksanaan Pentaksiran ke NPQEL versi 2018

3.1.3 Semakan Tahap Kompetensi

Tahap Kompetensi boleh disemak melalui sistem atas talian di aplikasi Modul
Penggantian Pemimpin Sekolah (MPPS) di alamat http://tls.moe.gov.my.

3.1.4 Rayuan Penangguhan

Calon yang berjaya dipilih untuk Program NPQEL versi 2018 tetapi ingin membuat
penangguhan setelah mendaftar atas sebab-sebab yang munasabah perlu
mengemukakan surat rasmi rayuan penangguhan kepada Pengerusi Lembaga
Pengajian IAB. Hanya calon yang telah mendapat kelulusan khas sahaja dibenarkan
menangguhkan program. Peserta yang menangguh pengajian tanpa kelulusan

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

30
daripada Lembaga Pengajian IAB, tidak dibenarkan untuk memohon semula bagi
tempoh tiga (3) tahun pengajian.

3.1.5 Penarikan Diri dan Gagal Menamatkan Kursus

Peserta yang telah menerima tawaran dan memulakan pengajian dalam Program
NPQEL versi 2018 tidak dibenarkan menarik diri daripada program tersebut. Peserta
yang mengikuti kursus tetapi gagal menamatkan kursus kerana alasan yang tidak
munasabah hanya boleh memohon semula untuk mengikut program NPQEL versi
2018 selepas tempoh tiga (3) tahun pengajian.

3.1.6 Larangan Berkursus dan Cuti Rehat

Peserta yang telah menerima tawaran dan memulakan pengajian dalam program
NPQEL versi 2018 tidak dibenarkan menjalani mana-mana kursus dan bercuti
sepanjang tempoh pengajian yang menyebabkan kehadiran kurang 90 peratus bagi
setiap fasa. Peserta yang gagal mematuhi peraturan ini atas alasan yang tidak
munasabah, hanya boleh memohon semula untuk mengikut program NPQEL versi
2018 selepas tempoh tiga (3) tahun pengajian.

3.1.7 Penganugerahan Sijil Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan


Kebangsaan (NPQEL) dan Diploma Pengurusan dan Kepemimpinan
Pendidikan

Setiap peserta yang layak akan dianugerahkan Sijil NPQEL dan Diploma
Pengurusan dan Kepemimpinan Pendidikan setelah memenuhi syarat-syarat berikut:
i. Penglibatan secara aktif sepanjang kursus;
ii. Tidak terlibat dengan kes disiplin;
iii. Lulus 100% dalam penilaian akhir e-NPQEL
iv. Mencapai semua tahap kompetensi yang ditetapkan;
v. Diperakukan oleh Lembaga Pengajian IAB Keputusan Lembaga Pengajian IAB
adalah muktamad;
vi. Peserta wajib lulus e-NPQEL dengan memperoleh empat(4) lencana; dan
vii. Peserta wajib menyempurnakan semua tugasan yang diberi.

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

31
3.1.8 Komensmen
Sijil Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) dan
Diploma Pengurusan dan Kepemimpinan Pendidikan akan dianugerahkan kepada
peserta yang berjaya dalam Majlis Komensmen yang dianjurkan oleh Institut
Aminuddin Baki (IAB).

3.1.9 Peraturan Kursus


A. Peraturan Am
1. Sentiasa menepati masa.
2. Kehadiran ke kelas adalah diwajibkan.
3. Menghargai masa, ruang dan peluang.
4. Bekerjasama dengan peserta kursus dan warga IAB.
5. Mematuhi peraturan-peraturan yang telah dikuatkuasakan di IAB (bilik kuliah,
asrama, pusat sumber dll).
6. Kenderaan peserta perlu diletakkan di parkir yang disediakan sahaja.

B. Borang Maklumat Diri (BK 05)


1. Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan.
2. Borang yang telah lengkap diserahkan kepada Ketua Kumpulan sebelum
pukul 12.45 tengah hari pada hari pertama kursus.
3. Semua borang hendaklah diserahkan oleh Ketua Kumpulan kepada
Pengurus/ Pengurus Bersama.
4. Borang maklumat ini hendaklah diisi dengan betul untuk tujuan rekod dan sijil.

C. Buku Kehadiran (BK 79)


1. Catatkan kehadiran sendiri (tandatangan ringkas) pada setiap sesi.
2. Dilarang mencatat kehadiran peserta lain.
3. Sila maklumkan kepada Pengurus/Pensyarah/Ketua Kumpulan tentang
ketidakhadiran peserta.

D. Buku Log Harian


1. Catatan pada buku log harian harus dilakukan bagi setiap slot aktiviti.
2. Dicatatkan secara bergilir-gilir oleh ahli kumpulan.
3. Lengkapkan semua maklumat yang tertera pada borang yang disediakan.
4. Buku log perlu diserahkan kepada Pengurus pada penghujung setiap fasa.

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

32
E. Borang Sajian Asrama
1. Catatkan jika memerlukan makanan pada setiap hujung minggu dan hari cuti
umum.
2. Perlu diisi oleh peserta yang berkenaan sahaja.
3. Ketua Kumpulan perlu mengumpulkan borang yang lengkap dan
menyerahkan kepada urus setia selewat-lewatnya petang Selasa.

F. Penilaian Penyelia (Borang BK 09)


1. Perlu diisi secara dalam talian – panduan pengisian oleh Pengurus.
2. Penilaian dilakukan bagi setiap tajuk, walau pun dikendalikan oleh pensyarah
yang sama.
3. Penilaian hendaklah dilakukan secara jujur kerana bertujuan untuk
penambahbaikan prestasi pengajaran pensyarah.

G. Penilaian Kursus (Borang BK 10)


1. Perlu diisi oleh setiap peserta pada penghujung kursus.
2. Perlu diisi secara dalam talian.

4.0 KAEDAH PELAKSANAAN

Program NPQEL mengaplikasikan pendekatan NPQEL versi 2018 akan


dilaksanakan bermula daripada Ambilan 1 Tahun 2018 dalam dua (2) mod iaitu Mod
e-NPQEL dan Mod Bersemuka. Mod e-NPQEL akan dilaksanakan sepenuhnya
dalam talian sebelum peserta hadir untuk sesi bersemuka di IAB. Peserta perlu
melaksanakan Mod e-NPQEL dalam tempoh tiga (3) minggu.
Jadual 4: Struktur Pelaksanaan NPQEL

AKTIVITI TEMPOH LOKASI

MOD e-NPQEL 3 Minggu Pejabat Bertugas Peserta


Fasa 1 2 Minggu IAB
Perantisan 1 Sekolah Perantisan 1/ Pejabat
1 Minggu
Bertugas Peserta
MOD
Fasa 2 2 Minggu IAB
BERSEMUKA
Perantisan 2 Sekolah Perantisan 2/ Pejabat
6 Minggu
Bertugas Peserta
Fasa 3 1 Minggu IAB

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

33
Mod Bersemuka pula selama 12 minggu yang terbahagi kepada tiga (3) fasa
sesi bersemuka iaitu bagi Fasa 1, peserta akan hadir untuk sesi bersemuka selama
2 minggu di IAB dan turun ke lapangan bagi melaksanakan amali Perantisan 1
selama satu (1) minggu. Untuk Fasa 2, peserta akan hadir semula ke IAB selama
dua (2) minggu dan diikuti turun ke lapangan untuk Perantisan 2 selama enam (6)
minggu. Manakala bagi Fasa 3, peserta akan hadir ke IAB untuk satu (1) minggu.
Struktur pelaksanaan program NPQEL adalah seperti dalam jadual 4.

4.1 Mod e-NPQEL

e-NPQEL merupakan Portal e-Pembelajaran IAB yang menyediakan pembelajaran


secara dalam talian untuk Program NPQEL. Modul pembelajaran e-NPQEL
dibangunkan berdasarkan kepada 10 kompetensi yang dikenal pasti. Mod e-NPQEL
mengandungi empat (4) modul utama dengan lapan (8) submodul. Modul-modul ini
menggabungkan teori-teori pengurusan dan kepimpinan. Pelbagai bahan multimedia
digunakan sesuai dengan konsep pembelajaran dalam talian.

Peserta log in ke
e-NPQEL
(Username &
1
Password
daripada Surat
e-NPQEL
Tawaran)

Menyempurnakan
10 modul
pembelajaran
21 hari 2
secara dalam
talian. Tempoh
diberikan selama
Gagal Lulus
21 hari bekerja

Surat Akuan 4 Lencana


4 lencana dan sijil
Menyiapkan e-NPQEL Sijil e-NPQEL e-NPQEL
dianugerah kepada 3
peserta yang
Fasa Bersemuka
berjaya 100%

Rajah 10: Carta Alir Mod e-NPQEL

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

34
Peserta boleh memuat turun garis panduan pelaksanaan e-NPQEL dan
manual mengemas kini profil daripada portal e-NPQEL (https://e-
NPQEL.iab.edu.my). Peserta boleh mengikuti video panduan pengguna yang
disediakan di dalam portal tersebut. Setiap peserta akan dibekalkan nama pengguna
(username) dan kata laluan melalui surat tawaran untuk mengakses e-NPQEL. Portal
e-NPQEL tidak boleh diakses setelah tempoh 21 hari tamat. Surat akuan gagal
menyiapkan e-NPQEL perlu dikemukakan kepada Pengarah IAB pada hari
pendaftaran bersemuka sekiranya peserta gagal menamatkan e-NPQEL dalam
tempoh yang ditetapkan.

4.1.1 Pentaksiran Komponen e-NPQEL

Komponen e-NPQEL terdiri daripada empat (4) modul yang dimuat naik dalam web
untuk dipelajari dan dilaksanakan aktivitinya secara kendiri. Peserta NPQEL perlu
mencapai sasaran yang ditetapkan dalam setiap modul. Empat (4) modul e-NPQEL
tersebut adalah:
a. Modul e-Berwawasan;
b. Modul e-Menerajui Perubahan;
c. Modul e-Mencemerlangkan Organisasi; dan
d. Modul e-Berketerampilan.

Bagi menguji pemahaman peserta dalam setiap modul, penilaian formatif dan
sumatif disediakan. Peserta perlu menyempurnakan semua aktiviti yang disediakan
dan lulus 100% dalam penilaian akhir pada penghujung setiap modul. Setelah
peserta berjaya menamatkan empat (4) modul utama dalam e-NPQEL, sistem akan
menganugerahkan lencana dalam talian dan sijil e-NPQEL. Pelaksanaan e-NPQEL
peserta akan dipantau oleh Jabatan e-Pembelajaran IAB.

Peserta diberi tempoh selama 21 hari untuk melengkapkan semua aktiviti


dalam e-NPQEL. Sekiranya peserta gagal menyiapkan dalam tempoh tersebut,
mereka perlu menghantar surat akuan menyiapkan tugasan dalam tempoh 7 hari
semasa mod bersemuka bermula dari hari pendaftaran. Jika masih ada yang gagal
menyiapkan dalam tempoh tambahan tersebut, peserta perlu menghantar surat
rayuan dalam tempoh 24 jam untuk melengkapkan tugasan atau menarik diri.
Keputusan menerima atau menolak rayuan tersebut akan diputuskan oleh Lembaga
Pengajian IAB dalam tempoh 5 hari selepas surat rayuan diterima.

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

35
4.2 MOD BERSEMUKA

Mod Bersemuka dilaksanakan dalam tiga (3) fasa sesi bersemuka di IAB selama lima
(5) minggu dan Perantisan selama tujuh (7) minggu. Sesi bersemuka yang
dilaksanakan di IAB mengandungi aktiviti utama seperti Pembentangan Eksekutif,
Lawatan Penandaarasan ke Institusi Swasta, Jalinan Pintar Korporat, Amali Protokol
dan Etiket, Ulasan Buku dan aktiviti lain seperti Perkongsian Ilmu/Bicara Tokoh, Hari
Sukan dan Kebudayaan dan Kecergasan Eksekutif.

Jadual 5: Definisi Kompetensi NPQEL 2.0


Domain
Kompetensi Deskripsi
Kompetensi
Keupayaan berfikir secara kreatif, inovatif dan
futuristik bagi menentukan hala tuju organisasi
Berwawasan Berfikiran Strategik
berdasarkan jangkaan persekitaran masa
hadapan.

Keupayaan membuat pilihan yang relevan dan


mempunyai justifikasi berasaskan maklumat
Membuat Keputusan
dengan mempertimbangkan pelbagai aspek dan
alternatif.

Keupayaan untuk menerima dan memandu


Memimpin perubahan dengan mengadaptasi tindakan
Menerajui
Perubahan melalui sokongan warga organisasi bagi memacu
Perubahan
pembangunan dan pencapaian.

Keupayaan untuk mengenal pasti masalah dan


menggunakan logik, penghakiman, dan data
Menyelesai masalah untuk menilai alternatif dan melaksanakan
penyelesaian untuk mencapai matlamat
organisasi yang dihasratkan.

Keupayaan untuk menerajui pelaksanaan


Memimpin kurikulum dan mewujudkan persekitaran
Pembelajaran pembelajaran yang menggalakkan pemupukan
budaya belajar.

Keupayaan menyelia dan membangunkan


Mencemerlang kapasiti staf untuk meningkatkan kemahiran bagi
Membangun Kapasiti
Organisasi melaksanakan tugasan sejajar dengan hala tuju
organisasi.

Keupayaan membina, mengekalkan dan


Membina Jaringan memanfaatkan hubungan untuk berkongsi
dan Jalinan amalan terbaik dan berusaha ke arah matlamat
yang sama.

Berkeupayaan untuk mendengar, menyampaikan


Berkomunikasi idea dengan lancar dan meyakinkan secara lisan
Berketerampilan
Berkesan dan/atau bertulis, serta boleh menerima
pandangan orang lain.

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

36
Berkeupayaan untuk memimpin pelbagai pihak
Berkepemimpinan bersama untuk merealisasikan idea dan
mencapai matlamat organisasi.

Berkeupayaan membuat refleksi kendiri untuk


meningkatkan kualiti peribadi secara
Berkeperibadian
berterusan serta mempamerkan nilai baik
Tinggi
dalam pemikiran serta amalan untuk
menyumbang kepada organisasi.

Terdapat 10 kompetensi yang diukur dalam Mod Bersemuka yang merujuk


kepada empat (4) Domain Kompetensi iaitu Berwawasan, Menerajui Perubahan,
Mencemerlang Organisasi dan Keterampilan. Deskripsi 10 kompetensi yang
dimaksudkan adalah seperti dinyatakan pada Jadual 5.

Aktiviti Mod Bersemuka disusun bertepatan dengan keperluan menyediakan


bakal pemimpin dengan kompetensi pemimpin berprestasi tinggi. Bagi
mengembangkan kompetensi peserta secara maksimum, aktiviti utama yang akan
ditaksir bagi mengukur tahap kompetensi peserta, dikelompokkan kepada tiga (3)
iaitu:
a. Pentaksiran Kompetensi Berasaskan Aktiviti Bersemuka (TAS)
b. Pentaksiran Kompetensi Berasaskan Aktiviti Lapangan (TAL)
c. Pentaksiran Kompetensi Berasaskan Aktiviti Kumpulan (TAK)

4.2.1 PENTAKSIRAN KOMPETENSI BERASASKAN AKTIVITI BERSEMUKA

Pentaksiran Kompetensi Berasaskan Aktiviti Bersemuka (TAS) memberi peluang


kepada peserta membuat Pembentangan Eksekutif dalam tempoh yang ditetapkan.
Pembentangan ini membolehkan peserta mengkaji dan menganalisis tugasan yang
diberikan. Pentaksiran terhadap peserta mengikut setiap domain dan kompetensi
ditaksir seperti Jadual 6 di bawah.

Jadual 6: Pembentangan Eksekutif Peserta

Pembentangan Domain Kompetensi Ditaksir


Eksekutif

1 Berwawasan Berfikiran Strategik


Berwawasan· Menerajui Perubahan Membuat Keputusan
Berketerampilan Memimpin Perubahan
Berkepemimpinan

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

37
2 Berwawasan Berfikiran Strategik
Menerajui Menerajui Perubahan Membuat Keputusan
Perubahan Memimpin Perubahan
Menyelesaikan Masalah

3 Menerajui Perubahan Membuat Keputusan


Memimpin Mencemerlang Organisasi Memimpin Perubahan
Pembelajaran Memimpin Pembelajaran
Membangun kapasiti

4 Berwawasan Berfikiran Strategik


Membangun Mencemerlang Organisasi Memimpin Pembelajaran
Kapasiti Berketerampilan Membangun Kapasiti
Berkeperibadian Tinggi

5 Menerajui Perubahan Membuat Keputusan


Membina Berketerampilan Membina Jaringan dan Jalinan
Jaringan dan Berkeperibadian Tinggi
Jalinan

Lima (5) Pembentangan Eksekutif yang perlu dilaksanakan oleh peserta dan
ditaksir secara individu adalah seperti berikut:

A. BERWAWASAN

Pemimpin sekolah perlu mempunyai kebolehan menerajui perancangan dan


pelaksanaan pelan strategik yang bertepatan dengan visi dan nilai organisasi. Di
samping itu, peserta perlu berupaya mengesan pencapaian pelan strategik. Sebagai
seorang pemimpin, peserta juga perlu berfikiran analitikal dengan memahami
bagaimana organisasi boleh berubah dengan mengambil kira pelbagai faktor dan
berkebolehan memimpin serta mengurus berasaskan jangkaan masa depan. Pada
akhir sesi latihan, peserta dapat menggunakan pemikiran bersistem bagi:
1. menerangkan konsep pemimpin berwawasan
2. membandingkan kemahiran insaniah dan kemahiran teknikal yang diperlukan
3. menterjemahkan kemahiran ini dalam menyediakan pelan pembangunan
sekolah
4. merangka tindakan sekolah secara individu untuk mencapai hasrat KPM
dengan menganalisis data atau maklumat
5. merangka tindakan sekolah secara konsensus untuk mencapai hasrat KPM
dengan menganalisis data atau maklumat
6. membentangkan tindakan sekolah berdasarkan garis panduan
PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

38
B. MENERAJUI PERUBAHAN

Pembentangan Eksekutif Menerajui Perubahan bertujuan untuk memantapkan


pengetahuan peserta NPQEL berkaitan konsep dan langkah-langkah memimpin
perubahan yang berlaku dalam organisasi. Peserta akan didedahkan kepada
langkah-langkah membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berasaskan data
dengan menggunakan alat dan teknik serta cara-cara untuk membina pelan
perancangan dan pelaksanaan. Pada akhir sesi latihan ini, peserta dapat
menyatakan konsep dan langkah-langkah seperti yang berikut:
1. memimpin perubahan berasaskan model
2. membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berasaskan data
3. membina pelan perancangan dan pemantauan

C. MEMIMPIN PEMBELAJARAN

Pembentangan Eksekutif Memimpin Pembelajaran bertujuan membantu bakal PGB


melengkapkan warganya dengan pelbagai ilmu, kemahiran dan maklumat terkini,
bagi membolehkan warga sekolah bertindak dengan cekap, seiring dengan
perubahan dan transformasi pendidikan yang dinamik. Pada akhir sesi latihan,
peserta dapat:
1. mengenal pasti isu yang menghalang kecemerlangan proses pembelajaran
2. mengenal pasti dan mencadangkan langkah intervensi bagi peningkatan
pembelajaran murid
3. membangunkan potensi guru dalam menggalakkan proses pengajaran yang
berkesan
4. membina perancangan bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang
kondusif

D. MEMBANGUN KAPASITI

Pembentangan Eksekutif Membangun Kapasiti membolehkan peserta


mempamerkan kompetensi membangun dan memperkasa keupayaan kerja buat
subordinat. Peserta boleh menghubungkaitkan antara pengalaman dengan teori
kepimpinan dan pengurusan sekolah semasa mengikuti e-NPQEL dan perkongsian
idea bersama dengan peserta lain untuk menyempurnakan tugasan. Pada akhir sesi
latihan, peserta berupaya:

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

39
1. berupaya menterjemah konsep pembangunan kapasiti untuk diaplikasikan
dalam bentuk amalan dengan berkesan
2. berupaya melakukan analisis keperluan yang mampu membangunkan potensi
diri dan warga organisasi
3. berupaya merancang, melaksana, menilai dan membuat refleksi aktiviti-aktiviti
pembangunan sumber manusia yang diberikan

E. MEMBINA JARINGAN DAN JALINAN

Pembentangan Eksekutif Membina Jaringan dan Jalinan membolehkan peserta


mempamerkan kompetensi membina dan memanfaatkan hubungan baik dengan
pihak berkepentingan (stakeholder) untuk membantu sekolah ke arah organisasi
pendidikan cemerlang. Pada akhir sesi latihan, peserta dapat:
1. mengenal pasti konsep jaringan dan jalinan
2. menerangkan penggunaan kemahiran perundingan dalam membina jaringan
dan jalinan
3. menjelaskan kepentingan kesedaran sosial dalam menjalin hubungan luar
4. menghuraikan kemahiran keusahawanan dalam melaksanakan jaringan dan
jalinan dan
5. peserta bentuk dan membentang program jaringan dan jalinan

4.2.2 TATACARA PELAKSANAAN PENTAKSIRAN KOMPETENSI BERASASKAN


AKTIVITI BERSEMUKA

Pelaksanaan TAS melalui lima (5) Pembentangan Eksekutif akan bermula pada
minggu ke-dua sesi bersemuka Fasa 1. Semua peserta disusun dalam kumpulan
yang terdiri daripada empat (4) hingga enam (6) ahli yang berbeza bagi setiap sesi
pembentangan Eksekutif. Peserta boleh menyemak kumpulan mereka pada edaran
yang akan diberikan semasa hari pendaftaran bersemuka. Perbincangan dalam
kumpulan perlu dilaksanakan dengan bimbingan pegawai rujuk sebagai persiapan
dibuat sehari sebelum sesi pembentangan dijalankan. Perbincangan secara formal
yang dijadualkan akan dijalankan di dalam bilik kuliah dan perbincangan selanjutnya
digalakkan di luar jadual bagi memastikan kesediaan peserta untuk ditaksir.

Peserta akan diberikan bahan stimulus berserta arahan tugasan pada hari
pendaftaran sesi bersemuka. Perbincangan dalam kumpulan dan pembentangan

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

40
secara individu dijalankan berdasarkan arahan tugasan bagi setiap Pembentangan
Eksekutif. Semasa sesi perbincangan peserta digalakkan merujuk bahan-bahan
dalam e-Resos dan sumber-sumber lain yang berkaitan. Peserta perlu menyerahkan
bahan pembentangan selewat-lewatnya satu (1) jam sebelum pembentangan
bermula. Ketua Pentaksir akan memberi taklimat pentaksiran sebelum
pembentangan bermula. Setiap peserta diberi masa tujuh (7) minit bagi setiap
Pembentangan Eksekutif dengan mempamerkan kompetensi yang telah ditetapkan
untuk ditaksir (rujuk Jadual 5). Masa akan dikira sebaik sahaja loceng pertama
dibunyikan. Loceng ke-dua dibunyikan dua (2) minit sebelum masa tamat dan loceng
dibunyikan dua (2) kali berturutan apabila masa telah tamat.

Peserta akan ditaksir oleh Panel yang terdiri daripada dua (2) hingga lima (5)
pentaksir. Selepas setiap kumpulan tamat membentang, satu konsensus akan dibuat
oleh panel pentaksir bagi menentukan tahap kompetensi yang dicapai oleh setiap
ahli dalam kumpulan tersebut. Setelah tamat semua kumpulan membentang, Ketua
Pentaksir akan membuat rumusan dalam aspek pentaksiran kompetensi. Manakala
Pegawai Rujuk pula akan memberi ruang soal jawab dan membuat rumusan
keseluruhan kandungan yang harus dikuasai dan kompetensi yang perlu ada pada
setiap peserta yang bakal menjadi pemimpin berprestasi tinggi.

4.2.3 PENTAKSIRAN KOMPETENSI BERASASKAN AKTIVITI LAPANGAN

Pentaksiran Kompetensi Berasaskan Aktiviti Lapangan (TAL) memberi peluang


kepada peserta mengamalkan amalan profesional dan beretika dalam aktiviti seperti
berikut:
a. Perantisan 1
b. Perantisan 2
c. Protokol dan Etiket

A. PERANTISAN 1

Aktiviti Perantisan 1 melibatkan semua peserta NPQEL. Aktiviti ini adalah untuk
membolehkan peserta mempelajari aspek kepimpinan dan pengurusan secara
hands-on. Selain itu, aktiviti ini juga dapat membolehkan peserta
menghubungkaitkan antara amalan dengan teori kepimpinan dan pengurusan
sekolah. Pelaksanaan Perantisan 1 ini dibuat dalam tempoh lima (5) hari bekerja.

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

41
Peserta akan berada di sekolah Perantisan 1 selama tiga (3) hari untuk
melaksanakan sesi amali dan dua (2) hari berikutnya untuk membuat pelaporan di
sekolah asal atau pejabat bertugas tanpa mengabaikan tugas-tugas hakiki. Pada
akhir sesi latihan, peserta dapat;
1. Memberi justifikasi pemilihan sekolah Perantisan 1.
2. Mengenal pasti kekuatan dalam aspek kepimpinan dan pengurusan antara
sekolah asal atau pejabat bertugas dengan sekolah Perantisan 1.
3. Mencadangkan tindakan penambahbaikan aspek kepimpinan dan pengurusan di
sekolah asal atau pejabat bertugas dan sekolah Perantisan 1.
4. Merasionalkan gaya kepimpinan PGB yang bersesuaian.

B. PERANTISAN 2

Perantisan 2 merupakan aktiviti job shadowing peserta NPQEL di sesebuah sekolah


perantisan. Perantisan 2 akan mendedahkan peserta tentang tugas sebenar seorang
pemimpin sekolah yang perlu bertindak sebagai ejen perubahan dan berupaya
menambah baik melalui transformasi sekolah. Peserta boleh mencabar diri sendiri
bagi memastikan peserta berkeupayaan memiliki pelbagai kompetensi seperti yang
diperlukan oleh seorang pemimpin sekolah berprestasi tinggi. Selepas melibatkan diri
secara aktif dalam Perantisan 2, peserta diharap dapat:
1. Memerhati dan mengkaji bidang-bidang pengurusan dan kepimpinan di sekolah.
2. Mengenal pasti bidang-bidang pengurusan yang kritikal yang boleh ditambah
baik.
3. Mempamerkan amalan yang terbaik bagi perancangan dan pelaksanaan satu
projek penambahbaikan di sekolah dengan menggemblengkan segala
keupayaan dan resos yang terdapat di sekolah secara optimum.
4. Membuat pelaporan dan refleksi tentang projek yang dijalankan dan
pembelajaran yang diperoleh daripadanya.

C. PROTOKOL DAN ETIKET

Seorang pemimpin sering kali menjadi tumpuan dan dijadikan suri teladan oleh
pengikut-pengikutnya. Lantaran itu, para pemimpin termasuk pemimpin pendidikan
perlu menjaga penampilan diri terutamanya ketika berinteraksi dengan orang ramai.
Oleh itu para pemimpin pendidikan perlu mendalami dan menguasai pelbagai aspek
berkaitan protokol etiket dalam amalan seharian. Kebolehan seseorang dalam

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

42
mematuhi segala prinsip dan amalan protokol serta etiket sosial akan mengelakkan
daripada berlaku sebarang kecacatan dalam keterampilan dan kesilapan dalam
pengendalian sesuatu majlis. Perkara ini secara tidak langsung dapat meningkatkan
imej sesebuah organisasi dan individu yang terlibat. Pada akhir sesi latihan, peserta
akan dapat:
1. mempamerkan keterampilan diri yang baik dalam pelbagai situasi rasmi
2. mengaplikasi etiket yang sempurna semasa menghadiri majlis rasmi
3. mengendalikan majlis rasmi dengan mematuhi protokol yang sempurna

4.2.4 TATACARA PELAKSANAAN PENTAKSIRAN KOMPETENSI BERASASKAN


AKTIVITI LAPANGAN

A. PERANTISAN 1
Terdapat tiga (3) peringkat dalam aktiviti ini yang setiap satu memerlukan tindakan
berbeza daripada para peserta.

1. Peringkat Sebelum
Setiap peserta membuat pemilihan sekolah Perantisan 1 dengan memberi justifikasi
faktor pemilihan sekolah berkenaan. Sekolah yang dipilih untuk Perantisan 1
mestilah berada dalam daerah yang sama dengan sekolah asal atau pejabat
bertugas. Selain itu, peserta perlu mengenal pasti minimum tiga (3) aspek kekuatan
kepimpinan dan pengurusan serta minimum tiga (3) aspek kepimpinan dan
pengurusan yang perlu ditambah baik di sekolah asal atau pejabat bertugas.

2. Peringkat Semasa
Semasa berada di sekolah Perantisan 1, peserta dikehendaki mengenal pasti
minimum tiga (3) aspek kekuatan kepimpinan dan pengurusan serta minimum tiga
(3) aspek kepimpinan dan pengurusan yang perlu ditambah baik di sekolah
Perantisan 1.

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

43
3. Peringkat Selepas

a. Peserta perlu membuat refleksi Perantisan 1 berfokus kepada kepimpinan PGB


yang boleh dicontohi dengan membandingkan aspek kepimpinan dan
pengurusan antara sekolah asal atau pejabat bertugas dan sekolah Perantisan
1.
b. Peserta perlu mencadangkan tindakan penambahbaikan yang akan
dilaksanakan sekiranya diberi peluang menerajui sekolah.
c. Laporan yang disediakan tidak boleh melebihi sepuluh (10) halaman dengan font
Arial 12 dan langkau 1.5.
d. Laporan Perantisan 1 (P1-2) perlu dimuat naik ke portal e-NPQEL sebelum atau
pada hari Sabtu/Ahad minggu tersebut.
e. Peserta membuat pembentangan Perantisan 1 secara individu selama tujuh (7)
minit dalam dua aspek sahaja iaitu faktor pemilihan sekolah dan refleksi.
f. Slaid untuk pembentangan tidak boleh melebihi sepuluh (10) slaid dan tanpa
hyperlink.
g. Peserta perlu menyediakan tiga (3) salinan Laporan Perantisan 1 dan
menyerahkan dokumen tersebut kepada panel pentaksir.
Empat (4) kompetensi yang ditaksir bagi Perantisan 1 adalah:
a. Membuat Keputusan – Keupayaan membuat pilihan yang relevan dan
mempunyai justifikasi berasaskan maklumat dengan mempertimbangkan
pelbagai aspek dan alternatif.
b. Berfikiran Strategik – Keupayaan berfikir secara kreatif, inovatif, dan futuristik
bagi menentukan hala tuju organisasi berdasarkan jangkaan persekitaran masa
hadapan.
c. Berkomunikasi Berkesan – Berkeupayaan untuk mendengar, menyampaikan
idea dengan lancar dan menyakinkan, serta boleh menerima pandangan orang
lain.
d. Berkeperibadian Tinggi – Berkeupayaan membuat refleksi kendiri untuk
meningkatkan kualiti peribadi secara berterusan serta mempamerkan nilai baik
dalam pemikiran serta amalan untuk menyumbang kepada organisasi.

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

44
Terdapat dua (2) bentuk pentaksiran dalam aktiviti Perantisan 1:
a. Maklum balas PGB (borang P1-3) – memberi maklum balas kompetensi peserta
dalam domain keterampilan Berkomunikasi Berkesan dan Berkeperibadian
Tinggi.
b. Pentaksiran pembentangan individu (borang TP1-1 dan borang TP1-2) selama
tujuh (7) minit berdasarkan pelaporan dalam dua (2) aspek sahaja iaitu faktor
pemilihan sekolah dan refleksi.

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

45
P1-2
FORMAT PELAPORAN PERANTISAN 1
Nama
No. Kad Pengenalan
Kelas/Kumpulan
Ambilan/Tahun
Nama Penyelia

Sekolah Asal/ Pejabat


Butiran Am Sekolah Perantisan 1
Bertugas

Nama Sekolah

Kod Sekolah

Tarikh Perantisan Dilaksanakan

Nama Pengetua/Guru Besar


(P/GB)

Faktor Pemilihan sekolah


(Nyatakan justifikasi Pemilihan)
Minimum tiga (3) kekuatan
kepimpinan dan pengurusan
sekolah serta justifikasi
Minimum tiga (3) perkara
(kepimpinan dan pengurusan)
yang perlu ditambah baik dan
justifikasi
Gaya kepimpinan P/GB ini yang
boleh saya contohi
Refleksi atas kepimpinan dan
pengurusan (perbandingan)
dan penambahbaikan yang
akan diambil sekiranya diberi
peluang menerajui sekolah

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

46
P1-3

PERANTISAN 1
Borang Maklum Balas Pengetua/Guru Besar

Nama Peserta

No. Kad Pengenalan

Sekolah Asal / Pejabat Bertugas

Sekolah Perantisan 1

Tarikh di Sekolah Perantisan 1

Ulasan Prestasi Peserta

Terendah Tertinggi

Kompetensi 1 2 3 4 5

Berkomunikasi Berkesan (K)

Berkeperibadian Tinggi (PT)

Ulasan keseluruhan:

……………………………. Tarikh:………
(Nama PGB)
Cap Sekolah

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

47
TP1-1
BORANG PENTAKSIRAN INDIVIDU

Aktiviti PERANTISAN 1
Kelas
Kumpulan 1 / 2 / 3 / 4 / 5

Nama Peserta Ditaksir

Tarikh Masa:

Tahap
kompetensi Catatan
Kompetensi

Berfikiran Strategik
Membuat Keputusan
Berkomunikasi Berkesan
Berkeperibadian Tinggi

Kekuatan :

Penambahbaikan:

Tandatangan Pentaksir :

Nama Pentaksir :
Tarikh:

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

48
TP1-2
BORANG KONSENSUS PENTAKSIRAN INDIVIDU

Aktiviti PERANTISAN 1
Kelas
Kumpulan 1 / 2 / 3 / 4 / 5

Nama Peserta Ditaksir

Tarikh Masa:

Tahap
Kompetensi Catatan
Kompetensi
Berfikiran Strategik
Membuat Keputusan
Berkomunikasi Berkesan
Berkeperibadian Tinggi

Kekuatan:

Penambahbaikan:

Pentaksir 1 Pentaksir 2 Pentaksir 3

Tandatangan: Tandatangan: Tandatangan:

Nama: Nama: Nama:


Tarikh: Tarikh: Tarikh:

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

49
B. PERANTISAN 2
1. Tempoh pelaksanaan
Perantisan 2 dilaksanakan selama enam (6) minggu berturut-turut atau 30 hari
bekerja.

2. Pemilihan Sekolah Perantisan


Peserta dikehendaki memilih satu sekolah perantisan yang berada dalam daerah
yang sama dalam lingkungan 25 kilometer dari sekolah atau pejabat asal. Sekiranya
sekolah yang dipilih berada diluar 25 kilometer tuntutan perjalanan tidak disediakan.
Sekolah yang dipilih adalah daripada senarai yang dicadangkan oleh Pejabat
Pendidikan Daerah (PPD) masing-masing mengikut jangkaan kekosongan tempat
PGB dalam tempoh 3 tahun atau yang bersesuaian. Pemakluman pilihan sekolah
dibuat secara atas talian semasa proses eNPQEL.

3. Keberadaan Peserta di Sekolah Perantisan


Peserta dicadangkan supaya berada di sekolah perantisan selama tiga (3) hari
dalam seminggu. Manakala baki dua hari lagi memerlukan peserta berada di
sekolah atau pejabat tempat berkhidmat. Jumlah minimum keseluruhan program
Perantisan 2 yang perlu diikuti oleh peserta adalah selama 18 hari. Jika peserta
tidak dapat memenuhi keperluan seperti yang dinyatakan, peserta hendaklah
berbincang dan mendapat persetujuan urus setia.

Jadual 7: Aktiviti dan Pelaporan Perantisan 2

Minggu Aktiviti Pelaporan


1.1 Memperkenalkan peserta
kepada guru-guru dan Anggota Laporan menggunakan templet
Kumpulan Pelaksana (AKP) oleh standard (analisis persekitaran dan
1 PGB mentor. mengenal pasti isu kritikal).
1.2 Melaksanakan analisis
persekitaran dan mengenal pasti
isu strategik.
1.1 Melaksanakan job shadowing
kepimpinan dan pengurusan Laporan menggunakan templat
PGB mentor. Bidang-bidang standard (kekuatan
yang berkaitan adalah kepimpinan/pengurusan dan perkara
berdasarkan 9 elemen di dalam yang boleh ditambah baik).
SKKSM.
2-5
1.2 Menyediakan pelan Laporan menggunakan templat
perancangan penambahbaikan standard (perancangan/pelaksanaan
bagi projek intervensi. projek intervensi)
1.3 Melaksanakan projek intervensi Kerangka pembentangan dihantar
yang telah dirancang. kepada penyelia melalui e-mel.
1.4 Menyediakan pelaporan

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

50
6 1.1 Membuat refleksi bagi projek Draf laporan perantisan dihantar
intervensi yang telah kepada penyelia melalui e-mel.
dilaksanakan Laporan perantisan yang lengkap
1.2 Melengkapkan pelaporan dimuat naik ke dalam e-NPQEL

5. Penyeliaan dan Bimbingan


Pensyarah IAB yang dilantik sebagai Penyelia akan menyelia dan membimbing
peserta sepanjang tempoh perantisan. Manakala PGB yang dilantik sebagai mentor
akan membimbing peserta. Penyeliaan dan bimbingan oleh pensyarah IAB
dilaksanakan dalam dua cara iaitu secara bersemuka dan secara dalam talian.

Jadual 8: Pemetaan Pentaksiran Perantisan 2

Aktiviti Kompetensi yang ditaksir


1. Berfikiran Strategik
2. Membuat Keputusan
3. Memimpin Perubahan
4. Menyelesaikan Masalah
Kerja buat dan pelaporan 5. Memimpin Pembelajaran
(Tugasan di lapangan) 6. Membangun Kapasiti
7. Membina Jaringan dan Jalinan
8. Berkomunikasi Berkesan
9. Berkepemimpinan
10. Berkeperibadian Tinggi

1. Berfikiran Strategik
2. Membuat Keputusan
3. Memimpin Perubahan
Pembentangan
4. Menyelesaikan masalah
5. Memimpin Pembelajaran
6. Membangun Kapasiti
7. Berkepemimpinan

7. Kaedah Pentaksiran
Peserta akan ditaksir dalam dua peringkat:
a. Semasa kerja buat dan laporan yang dihantar
b. Semasa sesi pembentangan dalam Fasa 3

8. Hasil Kerja Peserta


a. Peserta menyediakan laporan perantisan menggunakan templat standard yang
boleh diakses pada e-resos. Laporan perantisan ini ditaksir oleh Penyelia.
b. Peserta menyediakan laporan mingguan menggunakan templat standard yang
boleh diakses pada e-resos. Laporan perlu disahkan oleh PGB mentor dan
disertakan bersama laporan perantisan 2.

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

51
9. Peranan Peserta
a. Mendapatkan maklumat terperinci mengenai projek yang dikenal pasti.
b. Mengumpul bahan-bahan berkaitan projek penambahbaikan yang akan
dilaksanakan.
c. Melaksanakan satu projek penambahbaikan untuk sekolah.
d. Menyediakan laporan mingguan dan mencatatkan perbincangan dan refleksi
hasil pemerhatian dan perbincangan dengan Mentor (Pengetua/Guru Besar) di
sekolah perantisan.
e. Menyediakan laporan mengikut format untuk dikemukakan kepada Penyelia
pada akhir perantisan 2.

10. Peranan Penyelia


a. Memastikan peserta melaksanakan satu projek di sekolah perantisan.
b. Membimbing peserta dari segi pelaksanaan program perantisan dengan
menggunakan kaedah yang ditetapkan.
c. Membuat satu kali lawatan ke sekolah peserta untuk memastikan peserta
melaksanakan program dengan betul dan membantu dari segi maklumat
penyediaan laporan perantisan.
d. Menerima dan memeriksa laporan perantisan bagi setiap peserta seliaan dan
menentukan tahap kompetensi peserta berasaskan Rubrik Analitik Kompetensi
yang telah ditetapkan dan kemudiannya direkodkan dalam borang pentaksiran
individu lapangan.

11. Peranan Mentor (Pengetua/Guru Besar)


a. Menyediakan peluang dan memberi kerjasama kepada peserta untuk
melaksanakan satu projek penambahbaikan di sekolah.
b. Meluangkan masa bagi perbincangan dengan peserta tentang projek yang
dilaksanakan.
c. Memberi petunjuk dan panduan kepada peserta tentang penterjemahan teori
pengurusan dan kepimpinan kepada pelaksanaan projek di sekolah.
d. Membantu peserta dari segi pengayaan ilmu yang telah dipelajari dan bantuan
terhadap kemusykilan peserta berkaitan projek yang dilaksanakan.
e. Mengesahkan catatan peserta tentang aktiviti di sekolah semasa
melaksanakan program perantisan.

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

52
f. Membuat penilaian berkaitan pengurusan dan kepimpinan peserta
menggunakan borang penilaian mentor dan menyerahkan borang tersebut
kepada penyelia selepas peserta tamat melaksanakan perantisan 2.

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

53
P2-1

BORANG ANALISIS PERSEKITARAN


Nama Peserta:____________________________________ No.
KP:___________________________
Kod Sekolah/Nama Sekolah:
____________________________________________________________________________

ARAHAN: Borang analisis persekitaran ini mesti dilengkapkan oleh peserta berasaskan data dan
maklumat
Elemen Kekuatan Kelemahan Peluang Ancaman Isu

Kepimpinan Berkesan
(Rujuk SKKSM:
Pengurusan Organisasi
Pengurusan Kurikulum
Pengurusan HEM
Pengurusan Kokurikulum
Pengurusan Kewangan)

Persekitaran Pengajaran dan


Pembelajaran Bermakna
(Rujuk SKKSM:
Pengurusan Kurikulum
Pengurusan HEM
Pengurusan Kokurikulum
Pengurusan Fizikal)

Guru Berkualiti:
(Rujuk SKKSM:
Pengurusan Sumber
Manusia
Pengurusan Kurikulum
Pengurusan HEM
Pengurusan Kokurikulum)

Sokongan PIBG dan


Komuniti:
(Rujuk SKKSM:
Pengurusan Hubungan Luar
Pengurusan Kurikulum
Pengurusan HEM
Pengurusan Kokurikulum)

Berasaskan isu yang dinyatakan, pilih satu (1) isu yang paling kritikal untuk tindakan seterusnya.
Nyatakan justifikasi pilihan anda.

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

54
Tandatangan Peserta Tandatangan Pengetua/Guru Besar Mentor
Nama: Nama:
Tarikh: Tarikh:

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

55
P2-2
Merujuk Elemen Bidang Keberhasilan Intervensi, nyatakan:
Isu:
_______________________________________________________________
Matlamat:
_______________________________________________________________
Janakan strategi melalui TOWS Matrik.
INISATIF/STRATEGI MENGGUNAKAN MATRIKS TOWS
KEKUATAN (S) KELEMAHAN (W)
Dalaman S1 W1
S2 W2
S3 W3
Luaran S4 W4
S5 W5
PELUANG (O)
O1
O2
O3
O4
O5
CABARAN / ANCAMAN
(C/T)
C1
C2
C3
C4
C5

Strategi 1: .........................................................................................................

Strategi 2: ........................................................................................................

Strategi 3: ........................................................................................................

Strategi 4: ........................................................................................................

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

56
P2-3
PEMILIHAN INISIATIF/STRATEGI BERDASARKAN PEMBERATAN

Menggunakan skala likert:


1-Amat Rendah 2-Rendah 3-Sederhana 4-Tinggi 5-Amat tinggi

Strategi Strategi Strategi Strategi Strategi


Bil Kriteria Pemilihan
1 2 3 4 5
1 Tahap kesukaran proses kerja
2 Kompetensi staf yang
bertanggungjawab
3 Sumber kewangan dan
kos pembiayaan terlibat
4 Kemudahan infrastruktur dan
peralatan/kelengkapan
5 Andaian keupayaan
mengatasi halangan
6 Andaian hasil yang
dijangkakan/impak untuk
mencapai objektif,
matlamat/isu, misi dan visi
7 Akur kepatuhan dengan
mandat/arahan
8 Rekod keberkesanan yang
lepas
9 Kesesuaian dengan
persekitaran terkini
Jumlah Skor
Keputusan

SENARAI INISIATIF/STRATEGI MENGIKUT KEUTAMAAN

1.
2.
3.
4.

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

57
P2-4

Pelan Intervensi Perantisan 2 NPQEL 2.0


1 2 3 4 5 6
KRITERIA
BIDANG
DATA BIDANG TOV/ KEJAYAAN INISIATIF
KEBERHASILAN/
DIKUMPUL FOKUS BASELINE (ETR/INDIKATO
ASPIRASI
R)

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

58
SENARAI INISIATIF/STRATEGI MENGIKUT KEUTAMAAN

7 8 9 10 11 12 13

KAEDAH PIHAK TEMPOH KEPERLUAN DAPATAN KOS


EVIDEN
PEMANTAUAN BERTANGGUNGJAWAB MASA SUMBER PENILAIAN SEBENAR

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

59
P2-5
REFLEKSI
1.1 ASPEK KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN

1.2 KEKUATAN PROJEK

1.3 KELEMAHAN PROJEK

1.4 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

60
P2-6

Pelaporan Mingguan Perantisan 2

NAMA SEKOLAH

KOD SEKOLAH

TARIKH AMALI

NAMA PENGETUA/GURU
BESAR

REFLEKSI MINGGU 2/ (NYATAKAN MINIMUM 5 KEKUATAN


MINGGU 3/MINGGU KEPIMPINAN/PENGURUSAN DAN 5 PERKARA
4/MINGGU 5 YANG PERLU DIPERBAIKI. SETIAP KENYATAAN
DISERTAKAN DENGAN JUSTIFIKASI)

Pengakuan:
Saya mengaku bahawa laporan ini adalah karya saya sendiri. Saya bersedia untuk diambil
tindakan oleh pihak IAB jika didapati bahawa karya ini diciplak daripada hasil karya pihak
tertentu yang terdahulu.

Tandatangan
Nama Peserta:
No. K/P:
Nama Penyelia:
Tarikh Laporan:

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

61
P2-7

Format Pembentangan Perantisan 2 (P2)


Pembentangan P2 dalam masa 10 minit melibatkan lima (5) slaid sahaja memfokuskan:-

 Tugasan dan justifikasi pemilihan


 Tindakan yang dilaksanakan

 Hasil tugasan dan implikasi kepada pendidikan

Peserta perlu memfokuskan kepada perlakuan tindakan dan pemikiran mereka serta
interaksi secara objektif semasa membentang.

Pamerkan kesemua kompetensi berikut semasa membentang.

(i) Berfikiran Strategik


(ii) Membuat Keputusan
(iii) Memimpin Perubahan
(iv) Menyelesai Masalah
(v) Memimpin Pembelajaran
(vi) Membangun Kapasiti
(vii) Membina Jaringan dan Jalinan

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

62
P2-8
BORANG PENILAIAN MENTOR
(DIISI OLEH PENGETUA/GURU BESAR)

Nama Peserta:
No.KP:
Nama Sekolah/Kod Sekolah:

SENARAI SEMAK PEMERINGKATAN PESERTA

Pengurusan dan Kepimpinan Penilaian Penilaian


1 2
A. Menyatakan objektif dan matlamat organisasi selari dengan
hala tuju misi dan visi.
B. Memperkenalkan konsep atau tindakan baharu yang telah
diubahsuai ke dalam amalan sedia ada untuk
penambahbaikan pendidikan.
C. Berupaya menerangkan idea-idea perancangan bagi mencapai
matlamat organisasi.
D. Mengadaptasi pemikiran kendiri berasaskan data/maklumat
dengan menyatakan rasional terhadap perubahan.
E. Mengenal pasti dan menilai masalah menggunakan
data/maklumat.
F. Menyatakan perancangan tindakan dan rasionalisasi (asas)
terhadap tindakan perubahan.
G. Membuat perancangan program dengan merujuk pelbagai
data dan maklumat.
H. Mengurus sumber yang menyokong persekitaran pembelajaran.
I. Mengupayakan pemimpin pertengahan dengan memberi
panduan dan pendedahan mengikut keperluan dari semasa
ke semasa.
J. Memberi maklum balas dan mengambil tindakan
susulan berfokus pada Masa Instruksional.
K. Mempamerkan galakkan terhadap amalan perkongsian ilmu
dalam kalangan guru.
L. Membimbing pasukan secara terancang ke arah matlamat
yang sama.
M. Membuat pemantauan pelaksanaan program dengan
mengumpul pelbagai data dan maklumat.

Tandatangan Mentor:
Nama dan Cap Rasmi: Tarikh:

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

63
P2-9

BORANG SENARAI SEMAK PEMERINGKATAN KOMPETENSI PESERTA

Nama Peserta:
No. KP:
Nama Sekolah/Kod Sekolah:

SENARAI SEMAK PEMERINGKATAN PESERTA


SILA TANDAKAN [/]
Pengurusan dan Kepimpinan Minggu Minggu Minggu
2 4 6
A. Menyatakan objektif dan matlamat organisasi
selari dengan hala tuju misi dan visi.
B. Memperkenalkan konsep atau tindakan baharu yang
telah diubahsuai ke dalam amalan sedia ada untuk
penambahbaikan pendidikan.
C. Berupaya menerangkan idea-idea perancangan
bagi mencapai matlamat organisasi.
D. Mengadaptasi pemikiran kendiri berasaskan
data/maklumat dengan menyatakan rasional terhadap
perubahan.
E. Mengenal pasti dan menilai masalah
menggunakan data/maklumat.
F. Menyatakan perancangan tindakan dan
rasionalisasi (asas) terhadap tindakan perubahan.
G. Membuat perancangan program dengan
merujuk pelbagai data dan maklumat.
H. Menyediakan Pelan Intervensi Pembangunan Sekolah.
I. Mengurus sumber yang menyokong
persekitaran pembelajaran.
J. Mengupayakan pemimpin pertengahan
dengan memberi panduan dan pendedahan
mengikut keperluan dari semasa ke semasa.
K. Memantau kurikulum untuk mendapatkan maklumat
bagi penambahbaikan berterusan.
L. Memberi maklum balas dan mengambil tindakan
susulan berfokus pada Masa Instruksional.
M. Membimbing/memberi tunjuk ajar cara
berfokus kepada kurikulum.
N. Mempamerkan galakkan terhadap amalan
perkongsian ilmu dalam kalangan guru.
O. Membimbing pasukan secara terancang ke arah
matlamat yang sama.
P. Membuat pemantauan pelaksanaan program dengan
mengumpul pelbagai data dan maklumat.

Tandatangan Pensyarah Penyelia:


Nama Pensyarah Penyelia: Tarikh:

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

64
C. PROTOKOL DAN ETIKET
Empat (4) kompetensi yang ditaksir bagi Amali Protokol dan Etiket adalah:
a. Berkeperibadian Tinggi
b. Membangun Kapasiti
c. Berkepemimpinan
d. Berkomunikasi Berkesan

Semua kompetensi ini akan ditaksir melalui dua (2) aktiviti iaitu Amali Etiket di
Meja Makan dan Pengurusan Majlis Rasmi.

1. Etiket di Meja Makan


Setiap peserta akan ditaksir kompetensi Berkeperibadian Tinggi dalam aktiviti Amali
Etiket di Meja Makan. Tatacara Pelaksanaan Amali Etiket di Meja Makan:
a. Amali Etiket di Meja Makan untuk jamuan makan tengah hari akan dijadualkan
bagi setiap kelas.
b. Amali akan dilaksanakan mengikut kumpulan kelas, dua (2) kelas untuk setiap
sesi amali.
c. Bilangan maksimum lapan (8) orang peserta dan dua (2) ke tiga (3) orang
pentaksir semeja. Bilangan meja makan untuk amali ini perlu ditentukan
mengikut jumlah peserta yang terlibat.
d. Meja makan yang lengkap dengan kemudahan dan peralatan makan mengikut
etiket perlu disediakan oleh pihak urus setia.
e. Pentaksiran akan dijalankan semasa sesi makan berlangsung.
f. Pentaksir boleh menyoal atau menemu bual peserta semasa makan untuk
mendapat kepastian tentang perlakuan peserta.
g. Pentaksir akan merumus aktiviti setelah selesai sesi amali.

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

65
Aspek Penampilan
Diri
•Fokus penampilan diri merangkumi etiket berpakaian
penjawat awam (keakuran kepada pekeliling dan
peraturan penjawat awam), kebersihan dan kekemasan
diri serta pemakaian tanda nama.
Penggunaan
Peralatan Makanan

•Penggunaan peralatan yang betul dan


sempurna mengikut etiket yang bergantung
kepada jenis jamuan dan menu yang disediakan.
Tata Cara atau
Peraturan di Meja
Makan

•Tatacara dan tertib makan serta peraturan di


meja makan dipatuhi.

Adab dan
Kesopanan

•Sebarang tingkah laku yang bersesuaian, sopan


dan penuh santun yang menggambarkan
keperibadian tinggi peserta.

Rajah 11: Pentaksiran Amali Etiket di Meja Makan

2. Pengurusan Majlis Rasmi


Amali Pengurusan Majlis Rasmi dilaksanakan dengan setiap kumpulan akan
diberikan tugasan untuk mengendalikan satu (1) Program Bicara Tokoh atau
Ceramah Perkongsian Ilmu. Pelaksanaan Amali Pengurusan Majlis Rasmi terbahagi
kepada pramajlis dan semasa pelaksanaan majlis. Tiga (3) kompetensi akan ditaksir
bagi aktiviti ini iaitu, Berkepemimpinan, Berkomunikasi Berkesan dan Membangun
Kapasiti.

Tatacara Pelaksanaan Amali Pengurusan Majlis Rasmi adalah seperti yang


berikut:
a. Peserta dibahagikan tugasan untuk mengendalikan majlis rasmi yang ditetapkan
b. Peserta perlu membentuk jawatankuasa pelaksana majlis dan menentukan
bidang tugas setiap jawatankuasa melalui mesyuarat atau perbincangan

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

66
c. Setiap jawatankuasa perlu menyediakan dokumen pengurusan majlis yang
berkaitan dengan tugasan mereka
d. Dokumen pengurusan majlis ini perlu dikemukakan kepada panel pentaksir
dalam bentuk salinan lembut (soft copy) lebih awal melalui e-mel
e. Dokumen dalam bentuk salinan cetak (hard copy) perlu dikemukakan semasa
pertemuan dengan panel pentaksir selewat-lewatnya dua (2) hari sebelum majlis
dijalankan
f. Panel pentaksir perlu menyemak dokumen tersebut dan sesi temu bual
dilaksanakan semasa penyerahan dokumen tersebut
g. Peserta akan mengendalikan majlis rasmi mengikut perancangan yang telah
ditetapkan dengan amalan protokol dan etiket yang sempurna
h. Pentaksir akan mentaksir semua kompetensi peserta melalui dokumen yang
dikemukakan semasa sesi temu bual dan semasa pelaksanaan majlis
i. Pentaksir akan merumus aktiviti pengurusan majlis untuk pengukuhan dan
penambahbaikan

Perkara yang perlu diambil kira dalam mengendalikan majlis rasmi (tertakluk
kepada jenis dan keperluan majlis) adalah seperti yang berikut:
a. Susunan Keutamaan Persekutuan dan Negeri
b. Anugerah darjah kebesaran, bintang dan pingat persekutuan dan negeri
c. Panggilan hormat bagi orang-orang kenamaan
d. Senarai jemputan bagi pelbagai majlis
e. Pengendalian kad jemputan mengikut amalan protokol.
f. Prinsip menyusun tempat duduk bagi pelbagai majlis
g. Prinsip menyusun tempat duduk bagi majlis jamuan
h. Susunan majlis dalam dewan dan luar dewan mengikut amalan protokol
i. Protokol dalam pengacaraan majlis formal
j. Peranan penyambut tetamu dalam majlis formal
k. Bendera dan susunannya mengikut amalan protokol
l. Fungsi pegawai protokol, pegawai pengiring dan pegawai perhubungan
m. Pemilihan menu
n. Penggunaan lagu kebangsaan mengikut amalan protokol
o. Penyusunan gambar orang kenamaan di dinding
p. Atur cara program dan atur cara pentadbiran mengikut amalan protokol

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

67
Dokumen pengurusan majlis yang perlu disediakan dan dikemukakan
kepada panel pentaksir (mengikut keperluan tugas jawatankuasa) adalah seperti
yang berikut:
a. Kertas kerja atau kertas cadangan ringkas
b. Dokumen mesyuarat (surat atau memo panggilan mesyuarat, minit dan maklum
balas)
c. Jawatankuasa dan bidang tugas jawatankuasa
d. Carta alir tugas jawatankuasa
e. Peranan setiap ahli jawatankuasa
f. Buku Program
g. Atur cara Majlis
h. Atur cara Pentadbiran Majlis
i. Teks Pengacaraan
j. Teks Doa
k. Teks Ucapan
l. Pelan Lantai
m. Menu Jamuan Tetamu
n. Surat atau Kad Jemputan

Rumusan bagi keempat-empat kompetensi peserta akan diperoleh selepas


semua peserta selesai melaksanakan kedua-dua aktiviti amali protokol dan etiket ini.

4.2.5 PENTAKSIRAN KOMPETENSI BERASASKAN AKTIVITI KUMPULAN

Pentaksiran Kompetensi Berasaskan Aktiviti Kumpulan (TAK) membolehkan peserta


memperkembangkan ilmu dan kompetensi masing-masing menerusi aktiviti seperti
berikut:
a. Lawatan Penandaarasan ke Institusi Swasta
b. Jalinan Pintar Korporat
c. Ulasan Buku

A. LAWATAN PENANDAARASAN KE INSTITUSI SWASTA

Lawatan Penandaarasan ke Institusi Swasta (LPIS) adalah sebahagian daripada


aktiviti latihan NPQEL. Aktiviti ini membolehkan peserta membuat pemerhatian

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

68
bagaimana pengurusan sesebuah agensi swasta berupaya mengekalkan
perkhidmatan berkualiti di samping menggunakan semua sumber yang dimiliki
secara optimum. Peserta akan membuat pemerhatian berkaitan maklumat amalan-
amalan pengurusan dan kepimpinan di institusi swasta yang membawa kejayaan
kepada institusi tersebut. Peserta juga akan membuat perbandingan sama ada
amalan tersebut sesuai atau tidak untuk dilaksanakan di sekolah dengan beberapa
penambahbaikan atau pengubahsuaian demi kejayaan kendiri mahu pun organisasi
sekolah. Perkongsian dapatan melalui pembentangan membolehkan percambahan
minda dalam kalangan peserta supaya dapat disesuaikan di sekolah nanti. Pada
akhir sesi latihan, peserta akan dapat:
1. berkongsi pemerhatian dan idea bagaimana aspek ini boleh dimanfaatkan
2. berupaya menerangkan amalan dalam pengurusan dan kepimpinan kendiri serta
organisasi

B. JALINAN PINTAR KORPORAT

Jalinan Pintar Korporat (JPK) merupakan aktiviti membina jaringan dan jalinan
dengan mana-mana tokoh/agensi korporat untuk melaksanakan sumbangan mereka
dengan cara yang penuh berintegriti, mesra masyarakat dan bermanfaat kepada
pembangunan sosial. Aktiviti ini dikembangkan oleh tokoh/agensi korporat untuk
menawarkan penyelesaian kepada masalah sosial. Selaras dengan itu, aktiviti JPK
didedahkan kepada peserta NPQEL bertujuan melatih dan membimbing bakal-bakal
pemimpin sekolah dalam membuat jaringan dan jalinan dengan mana-mana
tokoh/agensi korporat bagi mendapatkan khidmat jalinan pintar korporat kepada
sekolah-sekolah yang dipilih. Aktiviti ini dapat melahirkan pemimpin-pemimpin
sekolah yang berkemahiran tinggi dalam menyelesaikan masalah, membuat
keputusan, membina jaringan dan jalinan, dan seterusnya berkomunikasi dengan
berkesan. Pada akhir sesi latihan, peserta dapat:
1. menjelaskan proses-proses yang terlibat dalam melaksanakan aktiviti
2. mengaplikasi konsep JPK dalam organisasi

C. ULASAN BUKU

Aktiviti Ulasan Buku merangkumi penulisan laporan dan pembentangan individu


yang ditaksir. Aktiviti Ulasan Buku bertujuan meningkatkan keupayaan peserta

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

69
memahami kandungan buku untuk diaplikasi dalam pengurusan dan kepimpinan
organisasi. Pada akhir sesi latihan ini, peserta dapat:
1. memperkukuh kompetensi peserta melalui pelaporan dan pembentangan ulasan
buku yang dipilih
2. menggabungkan pengetahuan dan kompetensi dalam bidang pengurusan dan
kepimpinan pendidikan sedia ada dengan amalan terbaik di tempat kerja
3. membuat refleksi kendiri terhadap kompetensi yang dikuasai melalui aktiviti
ulasan buku

4.2.6 PELAKSANAAN AKTIVITI PENTAKSIRAN KOMPETENSI BERASASKAN


AKTIVITI KUMPULAN

A. LAWATAN PENANDAARASAN KE INSTITUSI SWASTA

1. Pemilihan Lokasi
Institusi yang dipilih merangkumi sektor swasta atau badan berkanun. Institusi ini
hendaklah yang mempunyai reputasi cemerlang dan dikenali, misalnya sekolah
antarabangsa, tadika swasta, hotel, resort, syarikat pengeluar makanan, pengimport
atau pengeksport dan lain-lain yang difikirkan sesuai dalam lingkungan 25 km dari
kampus IAB. Jika institusi yang dipilih melebihi jarak ini, justifikasi dan alasan yang
munasabah hendaklah dibuat dan dipersetujui oleh Pengurusan IAB atau Ketua
Jabatan JPPEP terlebih dahulu.

2. Sebelum Lawatan
Pemilihan lokasi dan pelan komunikasi (surat menyurat dan perbincangan) akan
dilaksanakan oleh Pegawai Rujuk. Tempahan makan dan minum peserta, penyediaan
cenderamata akan dilkendalikan oleh Koordinator. Pegawai Rujuk akan mengendalikan
taklimat kepada peserta agar peserta memahami matlamat keseluruhan aktiviti ini.
Peserta akan membentuk kumpulan yang terdiri daripada 5 orang ahli bagi tujuan
aktiviti ini. Agihan tugas bagi setiap ahli dalam kumpulan masing-masing perlu diurus
selia oleh peserta sendiri. Ketua setiap kumpulan perlu mendapatkan cenderamata ini
sebelum sesi lawatan berlangsung. Peserta juga perlu mendapatkan maklumat
berkaitan institusi yang akan dilawati dan bersedia dengan soalan-soalan yang
bersesuaian untuk diajukan. Semua peserta wajib menggunakan bas yang disediakan
oleh IAB sebagai penguatkuasaan disiplin dan kesatuan.

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

70
Namun begitu peserta boleh berkongsi kenderaan sendiri jika pengangkutan
yang disediakan tidak dapat menampung keperluan dengan kebenaran pihak IAB.
Pelan Kerja Operasi (LPIS-3) menjelaskan tatakerja persediaan dan pelaksanaan
seluruh aktiviti Lawatan Penandaarasan Institusi Swasta. Seorang Koordinator akan
dilantik oleh urusetia untuk setiap kumpulan dalam mengendalikan aktiviti ini. Garis
Panduan untuk Koordinator (LPIS-1) digunakan untuk memberi panduan bagaimana
melaksanakan tugas ini. Pemilihan lokasi dan pelan komunikasi (surat menyurat dan
perbincangan) akan dilaksanakan oleh Pegawai Rujuk. Tempahan pengangkutan,
makan dan minum (berbungkus) kepada peserta, serta penyediaan cenderamata akan
dilkendalikan oleh Urusetia. Pegawai Rujuk atau Koordinator akan mengendalikan
Taklimat the do’s and the don’t’s kepada peserta agar peserta memahami matlamat
keseluruhan aktiviti ini. Peserta akan dibekalkan Garis Panduan Peserta (LPIS-2) dan
Format Laporan (LPIS-5) semasa taklimat diberikan.

3. Semasa lawatan
Agenda lawatan adalah seperti berikut:
a. Taklimat oleh pengurus syarikat
b. Soal jawab berkaitan pengurusan dan kepimpinan
c. Penyampaian cenderamata kepada syarikat
d. Sesi bergambar

Koordinator akan bersama-sama kumpulan peserta semasa lawatan ke


institusi swasta. Peserta akan diagih mengikut kumpulan (5 orang) ke seksyen-seksyen
mengikut ketetapan institusi yang dilawati. Peserta diingatkan untuk sentiasa menjaga
tatasusila dan nama baik sebagai penjawat awam semasa berada di premis tersebut.

4. Selepas lawatan
Peserta perlu menyediakan penulisan laporan berformat yang bertulis dalam Bahasa
Inggeris secara individu. Maklumat yang dicadangkan dalam laporan adalah:
 Nama institusi swasta yang dilawati
 Perkhidmatan utama institusi swasta yang dilawati
 Alamat institusi swasta yang dilawati
 Fokus tugas seksyen dalam institusi yang dilawati
 Maklumat institusi:
-Jawatan pengurusan
PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

71
-Jumlah kakitangan
-Lain-lain
 Kaedah operasi
 Kaedah kawalan disiplin kakitangan
 Kaedah penjagaan kebajikan kakitangan
 Kaedah kenaikan pangkat kakitangan
 Pengurusan dan kepimpinan yang sesuai dilaksanakan di sekolah (Minimum 5)
 Lain-lain aspek yang sesuai untuk dilaksanakan di sekolah
 Kumpulan peserta (bilangan, nama dan kelas ahli kumpulan)

Peserta perlu melampirkan dokumen sokongan yang difikirkan perlu untuk


membuktikan aktiviti pemerhatian dan penandaarasan yang telah dibuat. Laporan perlu
diserahkan kepada Panel Pentaksir 1 jam sebelum sesi pentaksiran.

5. Pembentangan Laporan
Peserta akan membuat pembentangan dalam Bahasa Inggeris. Oleh kerana bilangan
slaid pembentangan terhad, semua dokumen sokongan hendaklah dimasukkan ke
dalam laporan sebagai rujukan Pentaksir. Panduan pembentangan adalah seperti
berikut:
a. Pembentangan dan slaid pembentangan dibuat dalam Bahasa Inggeris.
b. Setiap peserta akan membuat pembentangan selama 4 minit dan 3 minit sesi soal
jawab.
c. Slaid pembentangan perlu mengandungi perkara berikut:
i. Pengenalan (institusi, seksyen, aspek yang dibuat
penandaarasan). (1 slaid)
ii. Perkongsian berasaskan lawatan: (2 slaid)
 Fokus bidang keutamaan yang diperhatikan dan memberi nilai positif.
 Amalan pengurusan dan kepimpinan di institusi tersebut yang
membawa kepada kejayaan.
iii. Penutup (1 slaid)
 Perbandingan kesesuaian amalan dengan beberapa penambahbaikkan
dan pengubahsuaian untuk diaplikasikan kepada diri sendiri dan
organisasi.

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

72
6. Pentaksiran
Pentaksiran kompetensi adalah melalui pembentangan aktiviti secara individu.
Peserta dikehendaki membuat pembentangan dalam Bahasa Inggeris. Walau
bagaimanapun, peserta tidak akan dinilai dari segi kemahiran menguasai tatabahasa
dalam Bahasa Inggeris. Pentaksiran akan dibuat berdasarkan subkompetensi
Berkomunikasi Berkesan dan Berkeperibadian Tinggi.

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

73
LPIS-5
FORMAT LAPORAN
AKTIVITI LAWATAN PENANDAARASAN INSTITUSI SWASTA
Nama Peserta

Nama Kelas

Tarikh Lawatan

Nama Institusi

Perkhidmatan Utama Institusi

Alamat

Fokus tugas seksyen dalam institusi yang dilawati

Maklumat Institusi:
a. Jawatan Pengurusan
b. Jumlah Kakitangan
c. Lain-lain

Kaedah Operasi

Kaedah Kawalan Disiplin Kakitangan

Kaedah Penjagaan Kebajikan Kakitangan

Kaedah Kenaikan Pangkat Kakitangan

Amalan terbaik berkaitan pengurusan dan kepimpinan


yang ditandaaras melalui lawatan kerja ini:
Perkara yang sesuai untuk dilaksanakan di
sekolah dengan justifikasi (Minimum 5)

Pengakuan:
Saya mengaku bahawa laporan ini adalah karya saya sendiri. Saya bersedia diambil
tindakan oleh pihak IAB jika didapati bahawa karya ini diplagiat daripada hasil karya
pihak tertentu yang terdahulu.

TANDATANGAN:
NO. K/P:
NAMA PENYELIA:
TARIKH LAPORAN:
PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

74
B. JALINAN PINTAR KORPORAT (JPK)

7. Sebelum Aktiviti
a. Setiap peserta perlu menjalankan aktiviti JPK ketika sesi bersemuka di IAB iaitu
pada hari Sabtu (Fasa 2).
b. Aktiviti JPK akan dijalankan mengikut kumpulan masing-masing dan dijalankan
dalam tempoh satu (1) hari sahaja.
c. Aktiviti JPK hanya berfokuskan kepada sekolah-sekolah di sekitar kampus IAB.
d. Aktiviti JPK boleh dilakukan mengikut keperluan/kesesuaian dalam dua (2)
keadaan iaitu akademik atau bukan akademik dengan khidmat bantuan
tokoh/agensi korporat.
e. Setiap kumpulan akan dibimbing oleh seorang Koordinator.

8. Semasa Aktiviti
a. Setiap peserta melaksanakan aktiviti JPK secara berkumpulan.
b. Setiap peserta TIDAK DIBENARKAN menggunakan sumber peruntukan atau
perkhidmatan sendiri untuk melaksanakan aktiviti JPK

2. Selepas Aktiviti
a. Setiap peserta secara individu wajib membentangkan aktiviti JPK yang
dijalankan secara berkumpulan yang telah dilaksanakan dalam pentaksiran JPK
yang akan ditaksir oleh pentaksir.
b. Bukti sumbangan perlu ditunjukkan ketika sesi pembentangan JPK dalam sesi
pentaksiran JPK (sumbangan berbentuk wang/material/perkhidmatan daripada
tokoh/agensi korporat).

3. Prosedur Penulisan Laporan


Setiap peserta perlu menyediakan laporan bertulis dengan mengisi borang laporan
berformat (JPK-1) dan diserahkan kepada pentaksir JPK yang dilantik semasa
pentaksiran.

a. Maklumat yang dicadangkan dalam laporan adalah:


 Sekolah yang melaksanakan aktiviti
 Tokoh/Agensi Korporat yang terlibat menyumbang kepada pelaksanaan
aktiviti
PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

75
 Keperluan sekolah
 Fokus aktiviti JPK
 Lain-lain usaha dalam mengekalkan hubungan jalinan sekolah dengan
tokoh/agensi korporat

b. Peserta perlu melampirkan dokumen sokongan yang difikirkan perlu untuk


membuktikan pelaksanaan aktiviti JPK. Laporan perlu diserahkan kepada Panel
Pentaksir 1 jam sebelum sesi pentaksiran.

4. Prosedur Pembentangan Aktiviti


a. Setiap peserta perlu menyediakan enam (6) slaid pembentangan (tidak termasuk
hiperlink) berkaitan aktiviti JPK yang telah dilaksanakan (sebelum/semasa). Laporan
dan slaid pembentangan perlu dihantar sebagai bukti aktiviti JPK kepada
koordinator selewat-lewatnya satu (1) jam sebelum pembentangan.

b. Slaid pembentangan JPK perlu mengandungi perkara-perkara berikut:


i. Pengenalan (1 Slaid)
 Tujuan dan objektif aktiviti JPK dilaksanakan
 Analisis keperluan

ii. Latar Belakang Aktiviti (1 Slaid)


 Bila dan di mana aktiviti dilaksanakan
 Bilangan peserta dan organisasi yang terlibat
 Kaedah pelaksanaan
 Bukti sumbangan

iii. Pencapaian Aktiviti (1 slaid)


 Hasil yang dicapai daripada aktiviti yang dilaksanakan
 Perbandingan hasil dengan matlamat

iv. Cabaran Aktiviti JPK (1 Slaid)


 Cabaran yang dihadapi semasa menjalankan aktiviti JPK

v. Cadangan Penambaikan (1 Slaid)

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

76
 Cadangan penambahbaikan yang sesuai untuk melaksanakan program
JPK di sekolah setelah tamat program NPQEL
vi. Penutup (1 Slaid)
 Rumusan aktiviti JPK

6. Penilaian
Pembentangan ditaksir secara individu. Penglibatan setiap seorang daripada ahli
kumpulan mestilah dipamerkan semasa menjalankan aktiviti. Peserta akan dinilai
oleh tiga (3) orang rakan sejawat (JPK-2). Peserta juga perlu mengemukakan
laporan berformat tentang proses keseluruhan (sebelum/semasa) aktiviti JPK.
Pelaporan berformat perlu dihantar bersama-sama dengan slaid pembentangan
semasa sesi pentaksiran.

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

77
JPK-1
LAPORAN JALINAN PINTAR KORPORAT

Nama Peserta

Kelas

Nama aktiviti

Sekolah yang terlibat

Tarikh

Pelaporan aktiviti JPK yang dilaksanakan:

1. Mengenal pasti dan


perbincangan dengan sekolah

2. Mengenal pasti dan


perbincangan dengan
tokoh/agensi korporat

3. Tujuan dan objektif aktiviti JPK


dilaksanakan
- Latar Belakang Aktiviti
- Bila dan dimana
aktiviti dilaksanakan
- Peserta dan organisasi
yang terlibat
- Kaedah pelaksanaan

4. Pencapaian Aktiviti JPK


- Hasil yang dicapai dari
aktiviti yang dilaksanakan
- Perbandingan hasil dengan
matlamat

5. Cabaran Aktiviti JPK


- Cabaran yang dihadapi
semasa menjalankan aktiviti

6. Cadangan Penambaikan
- Cadangan penambahbaikan
yang sesuai untuk
melaksanakan aktiviti JPK di
sekolah setelah tamat program
NPQEL

7. Penutup
- Rumusan aktiviti JPK

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

78
Pengakuan:
Saya mengaku bahawa laporan ini adalah karya saya sendiri. Saya bersedia diambil
tindakan oleh pihak IAB jika didapati bahawa karya ini plagiat daripada hasil karya pihak
tertentu yang terdahulu.

Tanda tangan: ………………………………………………

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

79
JPK-2
BORANG PENILAIAN RAKAN SEJAWAT
Nama :
Kelas:

Arahan: Berdasarkan pemerhatian, nyatakan skor anda terhadap rakan-rakan yang


i
dalam jadual merujuk indikator berikut:

1- Tidak dipamerkan 2 - Kurang jelas dipamerkan 3 - Jelas dipamerkan

Bil Penyataan Nama Nama Nama


Rakan 1: Rakan 2: Rakan 3:

1 Rakan dapat memberi kerjasama dalam 1 2 3 1 2 3 1 2 3


menjalankan aktiviti JPK

2 Rakan dapat mengenal pasti intervensi 1 2 3 1 2 3 1 2 3


untuk menyelesai masalah

3 Rakan menunjukkan kemahiran membuat 1 2 3 1 2 3 1 2 3


keputusan dengan menggunakan data

4 Rakan dapat menilai kekuatan dan 1 2 3 1 2 3 1 2 3


kelemahan setiap intervensi

5 Rakan dapat menyumbang idea dalam 1 2 3 1 2 3 1 2 3


menghasilkan kertas cadangan JPK

6 Rakan dapat mengenalpasti tokoh/agensi 1 2 3 1 2 3 1 2 3


korporat yang dapat memberikan khidmat
JPK

Tandatangan:

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

80
C. ULASAN BUKU

Aktiviti Ulasan Buku merangkumi penulisan laporan ulasan buku dan juga
pembentangan yang akan dilakukan dalam kumpulan. Pemilihan buku oleh peserta
adalah berdasarkan Rajah 12:

Senarai judul buku yang


disediakan oleh IAB

ATAU
IABCSBH
CD
ATAU
Pembelian
Sendiri

Rajah 12: Pemilihan Judul Buku

1. Syarat pembelian sendiri:


a. Bilangan halaman tidak kurang dari 150 muka surat
b. Hanya buku Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
c. Tema berkaitan dengan Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan
d. Judul buku yang dibeli tidak sama dengan cadangan senarai judul yang diberi atau
CD yang dibekalkan
e. Pemilihan judul mestilah dipersetujui oleh urus setia
f. Kos pembelian ditanggung oleh peserta

2. Panduan Penulisan Laporan (Format Penulisan Kandungan)


 Jenis Huruf: Arial
 Saiz Huruf: 11
 Langkau Jarak: 1.5
 Jidar (luar, dalam, atas dan bawah): 1 inci
 Header:Nama Kumpulan (cth: SRBE1 Ambilan1/K1/2018)
 Footer: NPQEL Versi 2018 - Institut Aminuddin Baki Bandar
Enstek/Utara/Genting Highlands/Sabah/Sarawak
 Nombor Halaman (dinyatakan di sebelah kanan bawah muka surat)
PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

81
 Bilangan muka surat: 8 hingga 10 (cetakan depan belakang)
 Laporan Ulasan Buku hendaklah dimuat naik ke e-NPQEL pada hari
pertama minggu ke-11.

Jaduan 9: Deskripsi Kandungan Laporan Ulasan Buku

BIL DESKRIPSI OPERASI PERINCIAN


a. Logo IAB
b. Nama IAB
c. Nama Kumpulan
d. Senarai Nama Ahli Kumpulan
e. Judul Buku/Bahan Bacaan
Kulit Hadapan
1. f. Maklumat penerbitan:
(1 halaman)
i) Judul Buku/ artikel:
ii) Nama Pengarang/penulis:
iii) Penerbit:
iv) Tahun Terbitan:
v) Bilangan muka surat/ bab:
a. Ringkasan Eksekutif-sinopsis atau abstrak
berkenaan kandungan buku
Senarai Kandungan
b. Aplikasi kandungan buku kepada peserta
2 (1 halaman)
sebagai pemimpin sekolah
c. Rumusan
d. Rujukan (jika perlu)
a. Tujuan penulisan
Ringkasan eksekutif
b. Kaedah yang digunakan
3 kandungan buku
c. Nilai tambah ilmu baharu yang dipelajari melalui
(min 1 halaman)
bacaan
a. Kesesuaian dalam konteks pemimpin sekolah
ATAU pendidikan
Aplikasi kandungan buku
b. Kaitkan kesesuaian bidang kompetensi seperti
kepada peserta sebagai
4 yang dicadangkan.
pemimpin sekolah
c. Refleksi kendiri berasaskan bahan bacaan
(min 5 halaman)
sebagai pemimpin sekolah (berasaskan Rubrik
Analitik NPQEL 2.0)
Rumusan
5 Merumuskan Laporan Ulasan Buku
(min 0.5 halaman)
6 Rujukan Bahan-bahan yang dirujuk (Format APA)

3. Panduan Pembentangan
a. Setiap kumpulan perlu menyediakan 5 slaid pembentangan (tidak termasuk
hyperlink) berkaitan Ulasan Buku. Slaid pembentangan perlu dihantar sebagai
eviden hasil aktiviti kepada pengurus. Pengurus bersama selewat-lewatnya
sebelum pembentangan.

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

82
b. Setiap kumpulan perlu mengisi Lampiran TUB-1 dan diserahkan kepada Ketua
Pentaksir.
c. Ketua kumpulan perlu menlengkapkan borang TUB-2 dan diserahkan kepada
Ketua Pentaksir sebelum pembentangan bermula.
d. Setiap kumpulan diberi masa selama 35 minit untuk sesi pembentangan (7minit x
5 ahli)
e. Semua ahli perlu terlibat dalam pembentangan.
f. Buku yang dibaca oleh peserta perlu ditunjukkan kepada pentaksir sewaktu
pembentangan.
g. Pembentangan ulasan buku diukur berasaskan domain kompetensi
Berketerampilan dan standard kompetensi Berkepemimpinan, Berkomunikasi
serta Berkeperibadian Tinggi
h. Pentaksiran pembentangan ulasan buku akan dijalankan secara individu

Jadual 10: Pembentangan Ulasan Buku

KANDUNGAN
BIL PERINCIAN CATATAN
SLAID
i) Kesesuaian dalam konteks
pemimpin
Aplikasi
sekolah/pendidikan
kandungan buku
ii) Kaitkan kesesuaian bidang
kepada peserta Pembentang 1-5
kompetensi seperti yang
sebagai (7 minit setiap peserta)
dicadangkan.
1 pemimpin
iii) Refleksi kendiri berasaskan
sekolah
bahan bacaan sebagai
Peserta 5-7 minit untuk aplikasi
pemimpin sekolah
(min 2 slaid) dan juga rumusan
(berasaskan Rubrik Analitik
NPQEL versi 2018)
2 Rumusan Merumuskan laporan ulasan buku
(min 1 slaid)

5.0 PENTAKSIRAN KOMPETENSI NPQEL

Pentaksiran terhadap peserta NPQEL dibuat secara individu berpandukan Rubrik


Analitik Kompetensi bagi aktiviti TAS, TAL dan TAK. Rubrik tersebut boleh dirujuk
dalam Kamus Kompetensi yang boleh diakses menerusi e-resource. Terdapat 10
kompetensi daripada empat Domain Kompetensi yang diperjelaskan seperti Jadual
5.

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

83
Jadual 11: Pentaksiran Individu Berasaskan Kompetensi

Pentaksiran peserta NPQEL yang dibuat secara individu adalah berasaskan


kompetensi sebagaimana yang digambarkan pada Jadual 7. Bagi tujuan
pemprofilan kompetensi individu, tahap tertinggi daripada setiap kompetensi yang
diukur dalam aktiviti pentaksiran TAS, TAL dan TAK, akan digunakan bagi
menetapkan tahap kompetensi yang sebenar.

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

84
Rajah 13: Pentaksiran Kompetensi NPQEL Versi 2018

Kompetensi dalam Rajah 9 diukur menggunakan Rubrik Analitik Kompetensi


yang dinyatakan dalam lima (5) tahap bagi setiap kompetensi. Setiap tahap
membawa definisi seperti Jadual 8.

Jadual 12: Definisi Tahap Kompetensi Aras Ukuran Rubrik Analitik Kompetensi

Tahap Kompetensi Definisi Tahap Kompetensi


Tahap 1 Tahap Kesedaran
Tahap 2 Tahap Asas
Tahap 3 Tahap Pertengahan
Tahap 4 Tahap Lanjutan
Tahap 5 Tahap Mahir

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

85
5.1 PEMPROFILAN KOMPETENSI PESERTA
Setiap keputusan konsensus tentang Tahap Kompetensi bagi setiap peserta akan
dimasukkan dalam sistem pemprofilan peserta pada hari yang sama. Peserta boleh
mengakses keputusan Tahap Kompetensi masing-masing sebagai maklumat
Perkembangan Individu mulai minggu ketiga melalui sistem pemprofilan peserta.
Laporan Pemprofilan Kompetensi akan dikeluarkan secara individu menerusi dua
dokumen berikut:
a. Perkembangan Individu: Pelaporan yang dikeluarkan secara mingguan yang
memberikan maklumat perkembangan kompetensi masing-masing.
b. Profil Individu: Laporan penuh pencapaian tertinggi sepuluh kompetensi yang
ditaksir terhadap setiap peserta

Rajah 14: Laporan Perkembangan Kompetensi Peserta

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

86
Rajah 15: Laporan Pencapaian Peserta Mengikut Kelas

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

87
Rajah 16: Profil Kompetensi Peserta

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

88
6.0 PENGURUSAN KECERGASAN EKSEKUTIF

Berikut adalah empat (4) komponen pentaksiran kecergasan NPQEL versi 2018
yang perlu dilaksanakan oleh calon untuk ke Program NPQEL:

TEKAN TUBI BLEEP TEST

BANGKIT
TUBI

JANGKAUAN
MELUNJUR

Rajah 17: Aktiviti Pengurusan Kecergasan Eksekutif

Pengurusan Kecergasan Eksekutif dilaksanakan dengan tujuan memberi


kesedaran kepada peserta kepentingan penjagaan kesihatan dan amalan
kecergasan. Perkongsian amalan penjagaan kesihatan akan diberikan dan peserta
akan ditaksir tahap kecergasan mereka sebanyak tiga (3) kali bagi memantau
perkembangan kecergasan. Taksiran pertama dibuat sebelum peserta ditawarkan
mengikuti Program NPQEL. Taksiran kedua dibuat pada minggu pertama sesi
bersemuka Fasa 1 dan taksiran ketiga dibuat pada minggu akhir sesi bersemuka
Fasa 3. Taksiran kecergasan melibatkan empat (4) komponen seperti berikut:

a. Bleep Test iaitu ujian kecergasan aras pelbagai yang melibatkan kaedah larian
berulang alik secara berterusan di antara dua jarak sejauh 20 meter dalam masa
beep dirakam. Masa antara beep akan semakin pendek pada setiap tahap. Ujian
ini adalah bagi menentukan pengambilan oksigen maksimum seseorang individu.
Kecergasan bermula bagi ujian Bleep pada aras 2 dengan 3 kali ulangan bagi
lelaki dan aras 2 dengan 1 kali ulangan bagi perempuan adalah digalakkan.

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

89
b. Jangkauan Melunjur adalah latihan yang mengkehendaki individu duduk dan
meluruskan kaki serta secara perlahan-lahan menundukkan badan sehingga
dagu rapat ke dada sambil tangan diluruskan menjangkau perlahan-lahan sejauh
yang mungkin atas pita pengukur dan dikekalkan selama 3 saat tanpa
menyentap. Latihan ini bertujuan menilai keanjalan/ fleksibiliti anggota badan
yang melibatkan bahagian belakang badan. Keanjalan bermula 17 cm bagi lelaki
dan 26 cm bagi perempuan adalah digalakkan.

c. Bangkit tubi iaitu latihan yang memerlukan individu berbaring dengan lutut
bengkok dan mengangkat bahagian badan bangkit dan ringkuk secara berulang
dalam masa 1 minit dengan kedua-dua tangan disilangkan pada dada dan
memegang bahu secara menyilang. Latihan ini bertujuan menaksir keupayaan
daya tahan dan kekuatan otot bahagian abdomen. Keupayaan daya tahan
bermula dengan 12 kali bangkit tubi bagi lelaki dan 11 kali bangkit tubi bagi
perempuan adalah digalakkan.

d. Tekan Tubi adalah latihan yang memerlukan kedudukan sokong hadapan


dengan berat badan disokong oleh tangan yang lurus dan jari-jari kaki. Badan
diluruskan dan diturunkan dengan membengkok siku sehingga dada menyentuh
sponge dan luruskan semula tangan (tekan tubi). Pergerakan ini diulang
sehingga individu tidak berupaya meneruskan lagi. Berbeza dengan kedudukan
bagi perempuan iaitu kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong
oleh tangan lurus lutut bengkok dan kaki disilang. Badan diluruskan (tekan tubi
suaian) Turunkan badan dengan membengkokkan siku hingga dada menyentuh
span yang tingginya 10cm. Luruskan tangan seperti kedudukan sedia. Kira satu
ulangan lakuan.Tekan tubi diteruskan sehingga 1 minit. Latihan ini bertujuan
mentaksir kekuatan dan daya tahan otot serta bahu badan. Kekuatan bermula 7
kali bagi lelaki dan 6 kali bagi perempuan adalah digalakkan.

7.0 BRING YOUR OWN DEVICE

Amalan Bring Your Own Device (BYOD) dalam organisasi membenarkan


kakitangan membawa peranti milik sendiri seperti komputer riba, telefon pintar dan
tablet untuk melaksanakan tugasan di pejabat. Melalui amalan BYOD, peserta boleh
PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

90
menggunakan peranti sendiri untuk mengakses maklumat dan aplikasi bagi
melaksanakan kerja dengan lancar. Panduan BYOD hendaklah dipatuhi oleh
peserta dan maklumat lanjut berkaitan pendaftaran BYOD boleh dirujuk kepada
carta alir dalam Rajah 13 di bawah.

Akses
http://iab. moe.edu.my

Log-in NPQEL 2.0


Log masuk menggunakan username
dan kata laluan

Isi borang
Pendaftaran BYOD

Tidak
Lengkap ?

Ya

Baca syarat dan peraturan BYOD

Tidak
Terima/
peraku?

Ya

Selesai

Rajah 18: Carta Alir Pendaftaran BYOD

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

91
8.0 KANDUNGAN KIT PESERTA

Kit peserta diberikan semasa taklimat kursus. Kandungan kit peserta adalah seperti
berikut:
a. Jadual kursus
b. Lanyard
c. Direktori Pengurus dan Pengurus Bersama, Urus setia dan Penyelia
d. Senarai buku untuk aktiviti Ulasan Buku
e. Panduan Pelaksanaan
f. Takwim NPQEL versi 2018
g. Bahan rangsangan untuk pembentangan 10 kompetensi
h. Buku catatan untuk aktiviti Bersama Tokoh dan ulasan panel penilai

9.0 KAJIAN IMPAK NPQEL VERSI 2018

Program NPQEL versi 2018 ini melibatkan pelaburan yang besar bagi memastikan
pemimpin sekolah berprestasi tinggi dapat dilahirkan seperti yang dihasratkan
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Dianggarkan
kira-kira 1,740 orang bakal PGB akan dilatih setiap tahun mulai tahun 2018. Justeru,
satu kajian perlu dilaksanakan untuk melihat keberkesanan dan impak program
terhadap peserta lulusan NPQEL versi 2018 dan organisasi yang dipimpin. Dapatan
kajian ini akan memberi maklumat tentang aspek penambahbaikan yang boleh
dilakukan terhadap program NPQEL versi 2018 juga bagi memastikan program ini
benar-benar berfungsi sebagai program intervensi bagi meningkatkan kompetensi
PGB dalam menerajui sekolah. Kajian ini terbahagi kepada dua (2) fasa iaitu:

a. Fasa I
Kajian keberkesanan melibatkan pengumpulan data peserta dalam tempoh latihan.
Semua peserta diminta memberi maklum balas terhadap instrumen penilaian reaksi
dan pembelajaran.

b. Fasa II
Kajian impak melibatkan pengumpulan data peserta yang telah dilantik sebagai
PGB dan berkhidmat di sekolah dalam tempoh 6 hingga 12 bulan.
PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

92
Laporan kajian akan disediakan dalam dua fasa iaitu fasa pertama setelah
data reaksi dan pembelajaran diperoleh dan fasa kedua setelah peserta berkhidmat
di sekolah sebagai PGB dalam tempoh 6 bulan hingga 12 bulan. Laporan dapatan
fasa satu dijangka akan dilengkapkan dalam tempoh lima (5) bulan selepas peserta
menamatkan program latihan manakala laporan dapatan fasa kedua akan
dilengkapkan dalam tempoh lima (5) bulan selepas data impak terhadap individu
dan organisasi sekolah dikumpulkan.

Kajian impak NPQEL versi 2018 akan mengadaptasikan kerangka model


empat peringkat Penilaian Program Latihan (Evaluating Training Programs) yang
dibangunkan oleh Donald Kirkpatrick (1998). Jadual 9 menunjukkan jenis kajian,
peringkat, objektif dan fasa penilaian yang akan dilaksanakan.

Jadual 13: Jenis, peringkat dan objektif penyelidikan


Jenis Fasa
Peringkat Objektif
Kajian Penilaian
Kajian Mengenal pasti reaksi
1. Reaksi Semasa
Keberkes peserta terhadap program
(Reaction) kursus
anan NPQEL versi 2018
Mengenal pasti peningkatan Sebelum,
2. Pembelajaran kompetensi peserta semasa dan
(Learning) program NPQEL selepas
tamat kursus

Meneroka amalan peserta


dalam mempraktikkan
Kajian 3. Tingkah laku pengetahuan, kemahiran Selepas
Impak (Behavior) dan pengalaman yang kursus
diperoleh melalui program
NPQEL versi 2018

Meneroka impak program


4. Hasil Selepas
NPQEL versi 2018 kepada
(Results) kursus
organisasi sekolah

Keempat-empat peringkat penilaian ini akan memberikan maklumat tentang


dua (2) perkara iaitu, pertama, keberkesanan Program NPQEL versi 2018 terhadap
pembangunan kompetensi kepimpinan peserta dan kedua, impaknya terhadap
pembangunan sekolah yang diterajui. Usaha ini akan memastikan program latihan
NPQEL ditambah baik dari semasa ke semasa dan relevan dengan peranan IAB
sebagai pusat latihan kepimpinan pendidikan terbilang di rantau Asia.

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

93
10.0 PENERBITAN KARYA TERPILIH

Karya terpilih berdasarkan penulisan laporan peserta yang telah mengikuti 10 aktiviti
NPQEL versi 2018. Garis panduan atau kerangka pelaporan telah disediakan olah
Pegawai Rujuk. Penulisan karya berdasarkan kriteria berikut:
a. Pematuhan/kesesuaian penulisan berdasarkan format yang ditetapkan
b. Mempamerkan/kenal pasti bidang kompetensi yang dikuasai/miliki
c. Persembahan isi kandungan/pengenalan/pengalaman lepas/dapatan
aktiviti/penutup dan rujukan.
d. Peserta perlu;
 Menyatakan hanya 5 daripada 10 aktiviti yang dilaksanakan sebagai dapatan
aktiviti
 Mengaitkan kompetensi dengan dapatan yang diperolehi setelah melaksanakan
5 aktiviti berkenaan
 Membuat refleksi kendiri setelah memilih 5 aktiviti dengan merancang apa yang
sepatutnya dibuat untuk pembangunan organisasi
e. Penyelia akan membuat penilaian penulisan laporan peserta berdasarkan
perincian skema pemarkahan yang telah disediakan oleh Pegawai Rujuk
sebagai panduan
f. Penyelia perlu mencalonkan 1 peserta yang diselia sebagai calon karya terpilih
yang telah mendapat markah 81% ke atas
g. Panel pemilihan akan memuktamadkan karya-karya yang terbaik untuk
diterbitkan

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

94
Format penulisan dan laporan
Penulisan hanya terhad kepada 11 halaman sahaja.
Tajuk (bold).
Font 12, tulisan Arial, langkau 1.5
 Logo IAB
 Tajuk
 Nama muka depan
 Nama Penyelia
 Ambilan

i. Pengenalan 1/2 halaman


ii. Pengalaman lepas

iii. Dapatan aktiviti :


1. e-NPQEL
2. Ujian Kecergasan, Karnival
3. Pembentangan Eksekutif
4. Bersama Tokoh 10 halaman
5. Jalinan Pintar Korporat
6. Perantisan 1
7. Perantisan 2
8. Lawatan Penandaarasan ke Institusi Swasta
9. Pengurusan Majlis, Protokol dan Etiket
10. Ulasan Buku

iv. Penutup 1/2 halaman


v. Rujukan (menggunakan format APA)

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

95
GLOSARI
1. Penyelia
Pensyarah yang berfungsi membimbing peserta bermula daripada mod e-NPQEL
sehingga mod bersemuka
2. Mentor
PGB yang dilantik dan berfungsi membimbing peserta semasa aktiviti lapangan
Perantisan 1 atau Perantisan 2
3. Pentaksir
Pensyarah yang bertanggungjawab membuat penilaian semasa sesi persembahan
eksekutif dan pembentangan
4. Follow up dan follow through (FUFT)
Program susulan yang dibuat untuk melihat pencapaian objektif dan impak hasil
daripada kursus yang dihadiri
5. Komensmen
Majlis penganugerahan sijil atau diploma kepada graduan NPQEL
6. Inisiatif #87
Pelaksanaan Piagam Pemimpin Sekolah
7. Kompetensi
Pengetahuan, kemahiran dan atitud yang perlu bagi melaksanakan tugas dan
tanggungjawabin Prinsip asas kompetensi ialah prestasi seseorang PGB dan
sekolah akan meningkat sekiranya dia memiliki semua kompetensi yang diperlukan
untuk menjadi seorang PGB yang berprestasi tinggi.
8. Standard
Satu penyataan tentang sesuatu domain yang merujuk kepada tanda aras tertentu
dan bersifat generik bagi memberi gambaran holistik tentang sesuatu perkara.
9. Pentaksiran
Merekabentuk, menghasilkan dan menilai item, instrumen, sistem dan teori
pentaksiran bagi tujuan pelaporan, pengukuran atau penilaian pencapaian prestasi
individu atau institusi.
10. Verifikasi
Memastikan dan mengesahkan bahawa syarat-syarat yang ditentukan telah
dipenuhi melalui penyediaan bukti.

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

96
RUJUKAN

Berger, L. A. & Dorothy R. (2003). The talent management handbook: Creating


organizational excellence by identifying, developing, and promoting your best
people. New York: McGraw-Hill.

Carrier, A., Levasseur, M., Bédard, D., & Desrosiers, J. (2011). Teaching transfer skills to
older adults: Identification of strategies used by occupational therapists. British Journal
of Occupational Therapy, 74(11), 500-508.

Che Man, N. (2011). Tanggungjawab sosial korporat: Analisis perbandingan di Bank


Muamalat Malaysia Berhad dan Affin Bank Berhad/Norajila binti Che Man. Tesis
Doktor Falsafah: Universiti Malaya.

Collins, R. (2012). The importance of leadership in high performing schools.


Independent Schools Queensland Briefings. 16(6): 1-8.
www.aisq.qld.edu.au/files/files/.../briefings/JulyBriefings_12_A4.pdf [18 Oktober
2013].

Cooper, W.W., Seiford, L.M. & Tone, K., (2000). Data Envelopment Analysis: A
Comprehensive Text with Models, Applications, References and DEA-Solver
Software, Kluwer Academic Publishers: Boston.

Donald L. Kirkpatrick & James D. Kirkpatrick. (1998). Evaluating Training Programs


(third edition): The four levels, San Francisco: Berrett-Koehler Publishers. Akses
21 November 2017, dari https://www.bkconnection.com/static/ Evaluating_
Training_Programs_EXCERPT.pdf

Dongen, Mac A. D. (2014). Toward a Standardized Model for Leadership Development


in International Organizations. Global Business and Organizational Excellence.
33(4): 6–17.

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

97
Gurr, D., & Drysdale, L. (2013). Middle-level secondary school leaders: Potential,
constraints and implications for leadership preparation and development. Journal
of Educational Administration, 51(1), 55-71.

Hallinger, P. (2011). Leadership for learning: Lessons from 40 years of empirical


research. Journal of educational administration, 49(2), 125-142.

Hallinger, P. (2003). Leading educational change: Reflections on the practice of


instructional and transformational leadership. Cambridge Journal of education,
33(3), 329-352.

Hallinger, P., & Lee, M. (2012). A global study of the practice and impact of distributed
instructional leadership in International Baccalaureate (IB) schools. Leadership
and policy in schools, 11(4), 477-495.

Hallinger, P., Taraseina, P., & Miller, J. (1994). Assessing the instructional leadership of
secondary school principals in Thailand. School Effectiveness and School
Improvement, 5(4), 321-348.

Ibrahim Ahmad Bajunid. (2002). Changing mindsets: Lifelong learning for all.

Institut Aminuddin Baki. (2009). Course Directory. National Institute of Educational


Management and Leadership. Genting Highland.

Institut Aminuddin Baki. (2006). Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah


Malaysia. Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands, Pahang.

Institut Aminuddin Baki. (2014). NPQEL: Panduan pelaksanaan Program Kelayakan


Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan. Edisi Semakan. Genting
Highlands: Institut Aminuddin Baki.

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

98
Jim Kirkpatrick & Wendy Kayser Kirkpatrick. (2014). The Kirkpatrick four levels: A
freshlook after 55 years 1959 – 2014. Akses 22 November 2017 dari
http://concierge.blackpepper.co.uk/a_fresh_look_after_55_years_1959_2014_kirk
patrick_partners.pdf

Kamaruzaman Moidunny. (2009). Keberkesanan program kelayakan profesional


kepengetuaan kebangsaan (NPQEL). Akses 22 November 2017 dari
http://kamaruzamanmoidunny.blogspot.my/2014/11/program-kelayakan-
profesional-pemimpin.html

KPM.(2017). Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPMg2). Kementerian Pendidikan


Malaysia.

Kuratko, D. F., & Hodgetts, R. M. (Eds.). (2004). Small Business School Video Cases
for Entrepreneurship: Theory, Process and Practice. Thomson/South-Western.

McCall, M., Eichinger, R., & Lombardo, M. (1996). The career architect development
planner. Lominger Limited.

Range, B. G. (2013). How Teachers' Perceive Principal Supervision and Evaluation in


Eight Elementary Schools. Journal of Research in Education, 23(2), 65-78.

Sahin, S. (2011). The Relationship between Instructional Leadership Style and School
Culture (Izmir Case). Educational Sciences: Theory and Practice, 11(4), 1920-
1927.

Schlueter, K., & Walker, J. (2008). Selection of school leaders: A critical component for
change. NASSP Bulletin, 92(1), 5-18.

Shuhaida Shamsudin & Mohd. Izham Mohd. Hamzah. (2017). Talent Management and
Teacher Leadership Talent Development in High Performing School in Malaysia.
International Journal of Educational Best Practices. 1(1): 19-35.

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

99
Shuhaida Shamsudin. (2016). Pengurusan Bakat di Sekolah Berprestasi Tinggi di
Malaysia. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sufean, H. (2014). School culture and instructional leadership of high-performing and


low performing school: Patterns of variation and relationship. Jurnal of
Humanities and Social Science (IOSR-JHSS), 19(3), 138-144.

Wagner, T. (2008). Even our “best” schools are failing to prepare students for 21st-
century careers and citizenship. Educational Leadership.

Wall, B., Wall, R., Solum, R., & Sobol, M. (1992). The Visionary Leader: From Mission
Statement to a Thriving Organization, Here's Your Blueprint. Prima Lifestyles.

Winfrey, E.C. (1999). Kirkpatrick's Four Levels of Evaluation. In BIN Hoffman (Ed.)
Encyclopedia of Educational Technology. Akses 22 November 2017 dari
http://coe.sdsu.edu/eet/Articles/k4levels/start.htm.

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

100
PENGHARGAAN
AHLI PASUKAN PEMIKIR PERINGKAT BAHAGIAN

Mohd. Radzi bin Hashim


Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Dr. Ahmad Rafee bin Che Kassim


Bahagian Perancangan & Penyelidikan Dasar Pendidikan

Dr. Shariffah Sebran Jamila binti Syed Imam


Bahagian Pendidikan Guru

Goh Suzie
Dr. Zuraidah binti Abdul Karim
Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti

AHLI PASUKAN PEMIKIR PERINGKAT JPN/PPD/SEKOLAH

Mohd. Rashid bin Mohd Sidek Roslin bin Balia


Jabatan Pendidikan Negeri Melaka SMK Za’ba, Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Puniran bin Denan Fauziah binti Abdullah


Pejabat Pendidikan Daerah Muar SMT ERT Setapak, Kuala Lumpur

Mohd Azwar Iqbal bin Tahir Arbain bin Pinni


Pejabat Pendidikan Daerah Port Dickson SMK Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang

Amirullah bin Bidin Sabuddin bin Haji Sani


Pejabat Pendidikan Daerah Bentong SM Sains Tuanku Munawir, Seremban

Rosimawati binti Saad Dr. Harery bin Abu Saad


School Improvement Partner (SIP) PPD Kuala Ketua Sektor Penaziran Kurikulum JNJK
Lipis
Zulkifly bin Nordin
Naharuddin bin Othman Sektor Kepimpinan Institusi Pendidikan JNJK
SMK Sultan Yusof, Batu Gajah, Perak
Dr. Ibrahim bin Mohamed Zin
Mahathir bin Mohamed Unit Penilaian Kompetensi Bahagian
SMK Pokok Sena, Kedah Pembangunan dan Penilaian Kompetensi

Fariza binti Ab. Rasip Mokhtar bin Ibrahim


SMK Medini, Johor Bahru SM Teknik ERT Likas, Kota Kinabalu

Majidah binti Hashim Ismail bin Awang


SMK Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur SK Bertam Indah, Kepala Batas

Dr. Chan Seow Hong Omar bin Ahmad


SJK(C) Kwang Hwa, Butterworth SMK Taman Tuanku Jaafar, Seremban

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

101
PENGHARGAAN
AHLI PASUKAN PEMIKIR PERINGKAT INSTITUT AMINUDDIN BAKI

Mohd. Zanal bin Dirin Dr. Noor Hashimah binti Hashim


Dr. Abd. Razak bin Manaf Paridon bin Sahid
Dr. Abang Hut bin Abang Engkeh Nor’amimah binti Omar
Lew Yeok Leng Dr. Tarzimah binti Tambychik
Dr. Faridah binti Yakob Maryati binti Athan
Dr. Balasandran A. Ramiah Dr. Marina binti Abas
James Ang Jit Eng Dr. Ashfahani binti Zakaria
Norfadzlianawaty binti Mohd Hajar binti Muhamad
Fathel Hazlan bin Ali Fadzilah binti Abdullah
Dr. Sham bin Ibrahim Dr. Shafinaz binti A. Maulod
Samen Sanggod Sarina binti Che Ariff
Dr. Jamelaa Bibi binti Misliah binti Mesran
Abdullah Junaidah binti Abd. Zuriah binti Mad Ali
Jamil Dr. Gu Saw Lan Md. Rahaimi bin Rashid
Suzana binti Zakaria Shuhaida binti Shaari
Noraizan binti Hj. Noor Dr. Zaiton binti Ismail
Suriani binti Sulaiman Shahrin bin Alias
Che Maznah binti Mohamed Asiah binti Yaacob Khan
Yong Chee Ken Halijah binti Ariffin
Mislinah binti Makin Dr. Zoolaiha binti Abd. Rahman
Azhan bin Ahmad Suhajanazer bin Suboh
Dr. Quah Cheng Sim Norihan binti Azizan
Indira Popatlal Latifah binti Othman
Mat Zizi bin Ismail Samsiah binti Si-Rajab
Dr. Shuhaida binti Shamsudin Dr. Manoharan Muthusamy
Gulson Begum binti Khalid Wan Dr. Kunalan Kuriaya
Othman Kamal bin Wan Yusuf Dr. Masniah binti Masri
Nor Asikin binti Salleh Normala Abidin bin Mohamad
binti Ibrahim Khairul Badri bin Dr. Maimunah binti Husien
Ahmad Nor Kamsiah binti Jaapar
Noraida binti Mohd. Nor Dr. Azhar bin Harun
Mohd. Radzi bin Bainan Hasanah binti Abdul Rahman
Mariza binti Alias Ahmad Salihin bin Mat Saat
Dr. A’azmi bin Shahri Noor Azilah binti Jamuri
Dr. Nor Foniza binti Maidin Amran bin Omar
Zakiah binti Ahmad Ahmad Azuan bin Zainudin
Dr. Wee Eng Lee Liew Fook Sin
Nor Zilah binti Nazir Azwan bin Wamin
Zulfikar Husni bin Shamsul Thilagam a/p Gurusamy
Khalil Zairi bin Zainal Abidin Mohd Nashahrudin bin Mat Daud

PANDUAN NPQEL VERSI 2018 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

102

You might also like