You are on page 1of 6

SMK BANDAR BARU UDA, JOHOR BAHRU

JALAN PADI RIA 1, BANDAR BARU UDA,

81200 JOHOR BAHRU, JOHOR DARUL TAKZIM

KERTAS KERJA

LAWATAN AKADEMIK KE STESEN MARDI

KLUANG, JOHOR
1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini bertujuan untuk

I. Memohon pertimbangan dan kelulusan untuk mengadakan lawatan akademik selama


sehari ke Stesen Mardi Kluang, Johor.
II. Memohon bantuan kewangan daripada Panitia Sains Pertanian SMK Bandar Baru Uda,
Johor Bahru bagi mengadakan program.

2.0 PENGENALAN/LATAR BELAKANG

Gabungan murid Sains Pertanian tingkatan 4 Sastera Ikhtisas 1 dan 4 Teknologi akan
mengadakan satu projek lawatan akademik bagi memperkukuhkan kefahaman dalam bidang
Sains Pertanian di samping menarik minat murid bagi mendalami bidang berkaitan. Murid akan
didedahkan dengan perkara berikut:

1. Memberi peluang murid untuk menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam
bidang Sains Pertanian dengan lebih dekat lagi.

2. Memberi peluang untuk murid merefleksi dan mengadaptasi teori yang dipelajari
dengan situasi yang sebenar.

3. Memberikan alternatif pembelajaran yang berbeza daripada pembelajaran dalam


bilik darjah.

3.0 MISI

Melahirkan modal insan yang berkualiti, berilmu, berfikiran kreatif dan berdaya saing bagi
memenuhi peluang pekerjaan sektor awam mahu pun swasta di negara ini.

4.0 OBJEKTIF

I. Membentuk dan melahirkan modal insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi,
rohani dan intelek yang dapat mengaplikasi teori-teori Sains Pertanian dengan situasi
yang sebenar.
II. Melahirkan modal insan yang boleh berdaya saing dan berinovasi melalui aktiviti yang
dijalankan oleh Stesen Mardi, Kluang

III. Melahirkan modal insan yang dapat mengadaptasi pengalaman sepanjang lawatan
dalam pelbagai konteks melalui pembelajaran secara menyeluruh bagi mengubah
suasana pembelajaran menjadi lebih interaktif.

IV. Mengeratkan hubungan di antara murid.

V. Menanamkan minat dalam bidang Sains Pertanian

VI. Memupuk sikap kerjasama antara murid.

5.0 TARIKH DAN MASA

Program ini dicadangkan untuk di adakan pada:

Nama program : Lawatan akademik ke Stesen Mardi Kluang, Johor

Tarikh : 25 Mac 2013

Hari : Isnin

Masa : 7.00 am – 4.00 pm

6.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM

Jumlah murid seramai : 36 orang

Jumlah guru pembimbing seramai : 2 orang

7.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk lampiran A

8.0 PERINCIAN PROGRAM

Rujuk lampiran B
9.0 PENUTUP

Saya berharap program lawatan akademik ini mendapat perhatian dan pertimbangan serta
kerjasama yang sewajarnya dari pihak SMK Bandar Baru Uda. Saya juga berharap agar
mendapat bantuan kewangan bagi melancarkan program ini dilaksanakan. Semoga program ini
akan berjalan dengan jayanya serta mencapai matlamat dan objektif yang telah digariskan.

Segala jasa baik dan sokongan yang diberikan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan
terima kasih.

Sekian.

Disediakan oleh:

.........................................................

(Cik Nur Syahida Binti Abdul Kadir)


Guru Sains Pertanian
SMK Bandar Baru Uda, Johor Bahru

Disemak oleh:

............................................................

(Pn. Noorquraishah Binti Zamzuri)


Ketua Panitia Sains Pertanian,
SMK Bandar Baru Uda, Johor Bahru

Disahkan oleh:

...............................................................

(Tn. Hj Mansor Bin Hj Abdul Aziz)


Pengetua,
SMK Bandar Baru Uda, Johor Bahru
LAMPIRAN A

TENTATIF PROGRAM

Tarikh dan masa Perkara

25 Mac 2013
7.00 am – 7.30 am - Murid berkumpul di dataran SMK Bandar Baru Uda,
Johor Bahru.

- Taklimat lawatan oleh Pengarah Program Lawatan Cik


Nur Syahida Bt Abdul Kadir

- Bertolak ke Stesen Mardi Kluang, Johor.

-Tiba di Stesen Mardi Kluang, Johor


9.00 am – 1.00 pm
- Murid bersarapan di Stesen Mardi Kluang, Johor

-Eksplorasi Stesen Mardi Kluang, Johor

1.00 pm – 2.00 pm
-Rehat

-Solat zohor

2.00 pm – 4.00 pm -Aktiviti dalam kumpulan

-Refleksi lawatan

-Bersurai
4.00 pm
-Bergerak pulang ke SMK Bandar Baru Uda, Johor
Bahru.
LAMPIRAN B

ANGGARAN BELANJAWAN

BIL PERKARA KOS KUANTITI JUMLAH


(RM)
(RM)

1. Pengangkutan (Petrol) 100.00 1 100.00

2. Cenderamata Penceramah 20.00 1 20.00

3. Makanan dan Minuman 5.00 40 200.00

(Sarapan, Makan tengahari,


Makan Petang)

4. Fail + Sijil + Alat Tulis 2 36 72.00

JUMLAH RM 392.00

You might also like