You are on page 1of 32

KOD KURSUS / KURSUS:

GGGE3403 - FOTOGRAFI

TAJUK:

BIOGRAFI TOKOH AKADEMIK

PROF. MADYA DR. RAZALEIGH MUHAMAT @ KAWANGIT

PENSYARAH:
LT. KOL. PROF. MADYA MOHD JASMY BIN ABD RAHMAN

KUMPULAN 18

BIL NAMA NO. MATRIKS

1. NURUL AQILAH NAJWA BINTI MOHD ROSTAM AFFENDI A188136

2. AISHAH BINTI MD JAZAM A186430

3. FATIN ANNISA BINTI ABDUL MANAF A196270

4. NUR AYUNI HANANI BINTI AND LATIF A194248

5. NURUL SYAFIQAH BINTI HAFIZA A195216


PRAKATA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, kami merupakan Kumpulan 18 dari Kursus


Fotografi, GGGE3403. Kumpulan ini terdiri daripada Nurul Aqilah Najwa Binti Mohd Rostam
Affendi, Aishah Binti Md Jazam, Fatin Annisa Binti Abdul Manaf, Nur Ayuni Hanani Binti And
Latif dan Nurul Syafiqah Binti Hafiza. Pertama sekali, kami ingin memanjatkan rasa syukur
kerana diberikan peluang untuk melakukan sesi temu bual bersama tokoh akademik di Universiti
Kebangsaan Malaysia. Di samping itu, banyak ilmu yang dapat kami peroleh melalui
perkongsian perjalanan hidup beliau sehingga berjaya menjadi tokoh akademik yang disegani
hingga kini.

Seterusnya, kami juga ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada
Prof. Madya Dr. Razaleigh Muhamat @ Kawangit kerana sudi memberi kerjasama dan
meluangkan masa dalam kajian tokoh akademik ini. Justeru itu, kami amat bersyukur atas
kesanggupan beliau berkongsi latar belakang kejayaannya serta ilmu yang dapat kami praktikkan
sebagai seorang pelajar. Semoga kami dapat manfaatkan dengan sebaik-baiknya setiap ilmu yang
dititipkan oleh beliau.

Selain itu, kami juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Lt. Kol. Prof. Madya
Mohd Jasmy Bin Abd Rahman kerana telah memberi banyak tunjuk ajar dan sokongan dalam
menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada semua ahli kumpulan yang bertungkus-lumus
untuk menyempurnakan kajian ini dengan jayanya. Setiap komitmen dan kerjasama yang
diberikan oleh semua pihak sama ada secara langsung atau tidak langsung amatlah kami hargai.

2
ISI KANDUNGAN

PRAKATA 2

PENDAHULUAN 4

LATAR BELAKANG TOKOH DAN AHLI KELUARGA 7

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN 10

PEMBINAAN KERJAYA 14

KEJAYAAN DAN SUMBANGAN 17

PERANCANGAN DAN HARAPAN 19

PENUTUP 21

RUJUKAN 22

LAMPIRAN 26

3
PENDAHULUAN

Tugasan ini adalah berkaitan dengan biografi seorang tokoh akademik yang berkhidmat
sebagai seorang pensyarah di Pusat Pengajian Dakwah dan Kepimpinan dibawah Fakulti
Pendidikan Islam (FPI) di Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Bangi, Selangor iaitu Prof.
Madya Dr Razaleigh Muhamat @ Kawangit. Beliau juga merupakan pengetua Kolej Rahim
Kajai yang sudah berkhidmat di kolej kediaman tersebut selama 3 tahun. Bermula dari tahun
2021 sehingga kini. Biografi ini mengandungi 5 bab utama yang akan menceritakan perjalanan
dan perihal tokoh akademik, Prof. Madya Dr Razaleigh Muhamat @ Kawangit yang telah
disusun mengikut kronologi dari awal kehidupan beliau hinggalah perkembangan terkini.

Bab pertama yang akan dibicarakan dalam biografi tokoh ini adalah berkaitan dengan
latar belakang keluarga tokoh akademik yang dipilih dan juga tentang kehidupan awal tokoh
akademik berkenaan. Melalui bab ini, kita akan mengetahui serta mendalami sedikit sebanyak
latar belakang berkaitan dengan asal-usul, tempat lahir tokoh, dan juga latar belakang keluarga
beliau bermula daripada pekerjaan ibu bapa beliau sendiri, adik-beradik, hinggalah ke kehidupan
peribadi beliau.

4
Selain itu, bab kedua menceritakan tentang latar belakang pendidikan tokoh bermula
daripada pendidikan awal di sekolah rendah sehingga ke peringkat doktor falsafah. Bahagian ini
banyak membincangkan mengenai semangat dan ketekunan beliau dalam menuntut ilmu
sehingga kini telah menjadi seorang pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia yang
berkaliber. Dalam pada itu, bab ini turut menceritakan tentang anugerah dan jawatan yang pernah
disandang oleh beliau sejak alam persekolahan lagi. Bab ini juga akan mengupaskan cabaran dan
rintangan yang beliau harungi semasa menuntut ilmu dalam cabang dakwah dan kepimpinan ini.

Di samping itu, bab ketiga mengisahkan tentang pembinaan kerjaya yang telah dibina
oleh Prof. Madya Dr Razaleigh setelah bergelar seorang graduan universiti. Bab ini akan
menceritakan lebih lanjut tentang perjalanan dan hala tuju beliau dalam membina kerjaya setelah
tamat tempoh pengajian. Bermula dari sektor pekerjaan yang pernah beliau bekerja sehinggalah
perjalanan beliau berjaya berkhidmat menjadi salah seorang pensyarah hebat di bawah Fakulti
Pendidikan Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia.

5
Prof. Madya Dr Razaleigh Muhamat @ Kawangit di Bilik Pengetua Kolej Rahim Kajai

Seterusnya, bab keempat menceritakan tentang kejayaan dan sumbangan Prof. Madya Dr
Razaleigh Muhamat @ Kawangit sepanjang tempoh perkhidmatan beliau menjadi seorang
pensyarah dan penyelidik. Bab ini juga akan memberi pendedahan tentang beberapa karya hasil
dari penerbitan kertas penyelidikan beliau sepanjang berkhidmat dalam dakwah dan kepimpinan
ini. Kejayaan dan sumbangan yang dibawa oleh tokoh ini seharusnya dijadikan sebagai contoh
yang baik dalam kehidupan seorang pelajar mahasiswa ataupun mahasiswi.

Akhir sekali, bab kelima adalah mengenai perancangan dan harapan tokoh pada masa
akan datang. Bab terakhir ini akan menceritakan perancangan Prof. Madya Dr Razaleigh
Muhamat @ Kawangit. Seorang pensyarah yang berintegriti seperti beliau semestinya
mempunyai perancangan diri untuk meningkatkan kompetensi dalam bidang dakwah dan
pendidikan yang akan dikupaskan dalam bab ini. Bab ini juga akan menceritakan lebih lanjut
tentang harapan beliau tentang pembangunan dakwah dan perancangan beliau untuk
berkolaborasi dengan organisasi luar bagi meningkatkan keberkesanan dakwah ini.

6
LATAR BELAKANG TOKOH DAN AHLI KELUARGA

Prof. Madya Dr Razaleigh Muhamat @ Kawangit atau nama sebenar beliau Razaleigh
Bin Muhamat @ Kawangit dilahirkan pada tanggal 3 Nov 1971. Menurut beliau, nama Kawangit
tersebut merupakan nama panggilan yang digunakan oleh orang jawa. Beliau kini berumur 52
tahun dan merupakan anak jati Selangor yang dilahirkan serta dibesarkan di Jalan Kebun Klang
Selangor atau kini tempat tersebut dikenali sebagai Jalan Kebun Seksyen 30, Shah Alam.

Kawasan Jalan Kebun Seksyen 30 Shah Alam, Selangor.

Arwah bapa kepada Prof. Madya Dr Razaleigh merupakan seorang imam manakala ibu
beliau merupakan seorang guru mengaji al-Quran. Beliau merupakan anak sulung dari 6
adik-beradik. Isteri beliau bekerja sebagai pengurus di menara rebung iaitu Telekom Malaysia.
Kisah pertemuan beliau dengan isteri bermula di peringkat universiti apabila isterinya
menyandang jawatan sebagai setiausaha dan beliau sebagai Presiden Persatuan Mahasiswa
Selangor. Akhirnya beliau memilih untuk menamatkan zaman bujangnya dan berkahwin pada
tahun 1998. Hasil perkahwinan ini, beliau dikurniakan 4 cahaya mata. Anak pertama beliau
berumur 24 tahun dan kini bekerja di Hospital Tawakkal, anak kedua berumur 22 tahun dan kini
bekerja di Telekom Malaysia, anak ketiga berumur 21 tahun dan akan menyambung pengajian di
Manchester pada bulan 9 nanti manakala anak bongsu beliau berumur 17 tahun dan masih belajar
di Sekolah Sains Hulu Selangor. Kini, beliau hanya tinggal berdua bersama isteri di kediaman
mereka.

7
Masjid dan Surau di Kawasan Jalan Kebun

Seterusnya, beliau menceritakan antara faktor yang mempengaruhi minat dan


perkembangan beliau dalam bidang dakwah adalah arwah ayahnya. Melalui perkongsian beliau,
arwah ayahnya merupakan seorang imam masjid di kampung mereka. Arwah ayah beliau sering
mengajak semua anak-anak serta isteri ke masjid dan banyak meluangkan masa bersama di sana.
Beliau juga berkongsi arwah ayahnya sering menanyakan soalan iaitu “ orang yang ingin ke
masjid atau surau, apakah faktor yang membolehkan mereka datang?”. Hal ini demikian kerana
hanya golongan tua sahaja yang banyak menghabiskan masa di masjid manakala bayangan
golongan muda sukar dilihat. Oleh itu, arwah ayahnya sering meminta beliau untuk melakukan
aktiviti-aktiviti yang boleh menarik minat golongan belia ke masjid atau surau. Menurut beliau,
golongan muda tidak datang ke masjid kerana adanya stigma yang menyebabkan mereka
memerlukan daya tarikan dan benda lain yang boleh dimanfaatkan di masjid atau surau selain
dari beribadat. Oleh sebab itu, arwah ayah beliau membangunkan ruangan khas seperti siber kafe
di masjid untuk menarik perhatian golongan belia ini. Di samping itu, faktor pendidikan juga
mendorong beliau untuk menceburi diri dalam bidang dakwah. Ini kerana beliau menerima
pendidikan awal hinggalah ke peringkat universiti dalam aliran agama. Oleh itu, faktor ini
menjadi pendorong yang memperkuatkan lagi iltizamnya ke arah dakwah dan kepimpinan.

8
Lembah Klang Selangor, merupakan tempat beliau dan isteri menetap

Selain itu, sumber utama inspirasi beliau yang mendorong ke arah kerjaya dalam bidang
dakwah adalah arwah ayahnya. Selain menjadi imam, arwah ayahnya juga menjadi pakar rujuk
atau tempat rujukan penduduk kampung ketika itu. Meskipun beliau tinggal di kawasan
kampung tetapi keluasan taman tersebut adalah tidak terjangkau. Hal ini kerana kampung
tersebut mempunyai 24 taman perumahan, 17 surau dan 2 masjid. Zaman tersebut merupakan
zaman perubahan kepada cara hidup islamik yang dapat menyaksikan perubahan budaya secara
drastik. Oleh sebab itu, wujudnya masalah-masalah sosial yang tinggi ketika itu dan memerlukan
pertolongan ketua kampung atau imam sebagai tempat rujukan untuk permasalahan ini.

Menurut beliau, nilai-nilai atau prinsip keluarga yang menjadi asas pendekatan beliau
dalam pembangunan dakwah adalah tauladan yang ditunjukkan oleh keluarga. Beliau berkongsi
serta menitip pesanan kepada kami bahawa “ kita menjadi diri sendiri kini mungkin disebabkan
persekitaran tapi orang yang mula-mula mempengaruhi diri adalah keluarga sendiri”. Oleh sebab
cara beliau dibesarkan dan dididik serta latar belakang ibu dan ayah yang mempunyai pegangan
agama yang kuat telah mendorong beliau untuk ke bidang ini. Beliau juga berkongsi ibu dan
ayahnya tidak pernah menegur atau memarahinya secara langsung. Sebaliknya, mereka
menggunakan teguran secara kiasan iaitu lembut tetapi mendalam untuk mendidik anak-anak.
Prof. Madya Dr Razaleigh dan isteri juga menggunakan pendekatan teguran secara kiasan dalam
mendidik dan menegur anak-anak mereka kerana beliau percaya bahawa setiap tingkah laku ibu
dan bapa akan membentuk keperibadian anak-anak pada masa akan datang.

9
LATAR BELAKANG PENDIDIKAN

Profesor Madya Dr Razaleigh memulakan pendidikan awalnya pada peringkat sekolah


rendah di Jalan Kebun dari Tahun 1 sehingga Tahun 6 pada tahun 1978 sehingga 1988. Setelah
berjaya menamatkan pengajian di sekolah rendah, beliau meneruskan pengajian ke peringkat
sekolah menengah untuk menimba ilmu di Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin
selama tiga tahun. Lokasinya terletak di Jalan Kota Raja, Kampung Jawa di Klang, Selangor.
Selepas itu, beliau telah dipilih daripada sepuluh orang pelajar yang terbaik daripada Sekolah
Menengah Tinggi Sultan Hishamuddin untuk berpindah ke Sekolah Agama Menengah Tinggi
Tengku Ampuan Jemaah.

Logo Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin

Beliau menuntut ilmu di sekolah berasrama penuh selama lima tahun dan memegang
jawatan sebagai seorang pengawas yang bertanggungjawab dan berkaliber. Dengan hanya
mendapat RM30 sebulan sebagai wang perbelanjaan, tidak memutuskan semangat beliau untuk
terus menuntut ilmu sehingga berjaya mendapat keputusan yang cemerlang.

10
Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah

Selepas menamatkan zaman persekolahan, Prof Madya Dr Razaleigh membuat keputusan


untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Pengajian Islam dan mendapat sambutan galakkan
daripada kedua-dua ibu bapanya. Beliau telah menyambung pelajaran pada peringkat matrikulasi
di Akademi Pengajian Islam di Nilam Puri, Universiti Malaya. Lokasinya terletak di Jalan Kuala
Krai, Kota Bharu, Kelantan dan tidak memutuskan semangat beliau walaupun berjauhan dengan
keluarga. Ibu bapa beliau sentiasa memberikan kata-kata semangat untuk sentiasa bersabar dalam
menuntut ilmu dan memberikan nasihat supaya tidak meninggalkan Solat Fardu kerana ia
merupakan Rukun Islam yang wajib ditunaikan untuk semua orang yang beragama Islam.

Logo Akademi Pengajian Islam

11
Pada tahun 1992 , beliau menyambung pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda Usuluddin
dan Falsafah di Universiti Malaya (UM). Beliau telah aktif menjadi ahli Persatuan Mahasiswa
Selangor Universiti Malaya atau lebih dikenali sebagai PERMAS UM dan telah memegang
jawatan sebagai ketua eksekutif iaitu presiden pada persatuan tersebut. Bukan itu sahaja, beliau
juga merupakan PALAPES di Universiti Malaya. Pada tahun 1994, beliau berjaya bergraduasi
dan terus mendapat pekerjaan di Universiti Selangor (UNISEL) sebagai timbalan pendaftar
disebabkan perjawatan yang aktif dalam PERMAS UM.

Universiti Malaya

Logo PERMAS UM

Disebabkan minat yang mendalam dalam bidang pengajian Islam, beliau menyambung
pendidikan sarjana dalam bidang yang sama iaitu bidang Usuluddin dan Falsafah di Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM). Pada tahun 1998, beliau telah berjaya menamatkan pengajian
sarjana selama 1 tahun 5 bulan.

12
Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia

Akhir sekali, beliau berjaya mendapat tajaan dan tawaran dalam melanjutkan Doktor
Falsafah di Universiti Of Wales, United Kingdom dalam bidang Pengajian Islam selama 2 tahun
6 bulan. Pada tahun 2009, beliau berjaya mendapat segenggam sijil doktor falsafah dan terus
pulang ke tanah air untuk meneruskan perjawatan awam sebagai pensyarah kanan. Antara
cabaran beliau ketika menuntut ilmu di United Kingdom adalah beliau terpaksa bekerja separuh
masa selama 20 jam seminggu demi menyara keluarga beliau sepanjang berada di sana.

University of Wales, Lampeter, United Kingdom

13
PEMBINAAN KERJAYA

Universiti Selangor , UNISEL

Pembinaan kerjaya Prof Madya Dr Razaleigh bermula daripada berkhidmat sebagai


Pensyarah (DS 45), 2002-2010, kemudian sebagai Pensyarah Kanan (DS 52), 2010-2011 dan
sebagai Prof. Madya (DS 54), 2012- sehingga sekarang. Pada mulanya beliau memulakan
kerjayanya dengan bekerja di Universiti Selangor ,UNISEL sebagai timbalan pendaftaran di
mana ketika sedang bekerja, beliau turut menyambung pengajian. Setelah tamat pengajian di
peringkat Ijazah Sarjana Pengajian Islam, Prof Madya Dr Razaleigh menerima banyak tawaran
pekerjaan di kementerian, namun disebabkan tertarik dan berminat dengan pekerjaan sebagai
seorang pensyarah, beliau sanggup menolak pekerjaan yang ditawarkan kepadanya sehingga
beliau terpaksa berhadapan dengan penurunan pendapatan untuk bekerja sebagai pensyarah di
Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM.

Ketika sedang menuntut pengajian di University of Wales, Lampeter, United Kingdom,


Prof Madya Dr Razaleigh berasa terkilan apabila mendapati penyelia bagi penyelidikan beliau
dalam Doktor Falsafah Pengajian Islam adalah seseorang beragama Yahudi sedangkan
penyelidikan yang sedang beliau jalankan adalah berkaitan pengajian Islam. Namun begitu,
penyelia beliau memberi cadangan dengan melakukan penyelidikan berkaitan dengan konteks

14
penukaran agama. Setelah tamat penyelidikan , beliau mendapati isu penukaran agama ini amat
meluas bak cendawan tumbuh selepas hujan. Maka dengan itu beliau tertarik dengan konteks
golongan Muallaf.

Pelbagai pengalaman pekerjaan yang diperoleh Prof Madya Dr Razaleigh dalam pembinaan
kerjaya dalam pengurusan konteks Muallaf. Bagi beliau, konteks muallaf ini meluas bidangnya.
Prof Madya Dr Razaleigh turut menceritakan apabila kita membincangkan isu muallaf, kita juga
turut perlu berhadapan dengan isu murtad. Beliau telah bekerja di Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia, JAKIM, dalam menguruskan perkhidmatan nasihat diperingkat negeri terhadap
golongan-golongan muallaf di Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak. Prof Madya Dr
Razaleigh turut terlibat menjadi ahli lembaga dalam pengurusan mualaf di Malaysia.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM

Dalam agama Islam, istilah ‘Muallaf’ merujuk kepada seseorang yang sebelum ini bukan
seorang Muslim tetapi kemudian memeluk Islam. Maka golongan ini memiliki kepentingan yang
penting kepada kepakaran pembangunan dakwah Prof Madya Dr Razaleigh dan semua mukmin
di dunia ini. Semasa temu bual bersama Prof Madya Dr Razaleigh, beliau menerangkan mengapa

15
pentingnya muallaf ni dalam penyebaran dakwah. Golongan ‘Muallaf’ seringkali memerlukan
bantuan dan bimbingan yang menyeluruh apabila mereka mempelajari agama Islam dan
menghadapi perubahan besar dalam kehidupan mereka. Maka mereka memerlukan ahli dakwah
yang memahami ajaran Islam dengan teliti dan peka terhadap keadaan mereka dan golongan ini
turut memerlukan ikon muallaf. Pelbagai program yang membantu para muallaf, mengetahui,
memahami dan menguasai dasar agama islam menjadi sebahagian daripada pembangunan
dakwah Prof Madya Dr Razaleigh dan kumpulannya. Antara misi dakwah beliau dengan
memasukki kawasan-kawasan pendalaman orang asli.

Perjumpaan Secara Maya Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan dan HCF bagi
memperkasakan program bersama mualaf

16
KEJAYAAN DAN SUMBANGAN

Artikel yang telah diterbitkan oleh Prof Madya Dr Razaleigh

Bagi seorang insan yang telah menempuh pelbagai onak dan duri dalam menempuhi
kejayaan yang dikecapi pada hari ini , pencapaian paling penting bagi Prof Madya Dr Razaleigh
dan memberi kesan dalam bidang pembangunan dakwah merupakan penghasilan 90 buah buku
mengenai muallaf yg dimana penerbitan buku-buku ini tidak diwar-warkan secara umum. Pada
mulanya Prof Madya Dr Razaleigh hanya menghasilkan karya-karya ini untuk dijadikan sebagai
rujukan kepada golongan pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia,UKM , namun begitu hasil
daripada kajian beliau sepanjang tahun 2019-2023, bukan sahaja karya beliau dijadikan rujukan
di Malaysia malah turut menembusi pasaran negara Barat seperti Amerika dan Israel.

Konteks masyarakat dipengaruhi oleh kerja Prof Madya Dr Razaleigh dalam pembangunan
dakwah, terutamanya dalam konteks muallaf dan etnik muallaf. Seringkali, muallaf menghadapi
kesukaran untuk menjadi sebahagian daripada masyarakat Muslim. Mereka mungkin merasa

17
terasing atau tidak diterima oleh keluarga, teman, atau komuniti mereka yang dahulu. Oleh itu
pembangunan dakwah yang sedang Prof Madya Dr Razaleigh jalankan mengambil kira
mewujudkan komuniti yang inklusif dan menyediakan dukungan sosial kepada muallaf dan etnik
muallaf. Maka kumpulan dakwah beliau aktif bergiat dalam melawati
perkampungan-perkampungan muallaf terutamanya di Sabah dan Sarawak yang mempunyai
bilangan muallaf yang tidak berdaftar secara sah di pentadbiran kerajaan. Matlamat utama beliau
adalah dengan mewujudkan program bimbingan , kumpulan perbincangan, acara sosial, dan
kerjasama dengan komuniti Muslim untuk membantu muallaf terasa diterima dan terhubung
dengan umat Islam yang lebih luas.

Isu semasa merupakan inspirasi terbesar dan utama kepada Prof Madya Dr Razaleigh
untuk terus menyumbang dan mencipta dalam bidang dakwah .Rasulullah bersabda: Jika seorang
manusia mati, maka terputuslah darinya semua amalannya kecuali daripada tiga perkara;
Sedekah jariah, atau ilmu yang diambil manfaatnya, atau anak soleh yang mendoakannya
(Riwayat Muslim). Hadis ini menerangkan tiga perkara yang pahalanya berterusan walaupun
orang itu telah meninggal dunia. Salah satu daripada tiga perkara itu ialah memberikan ilmu
yang berguna kepada orang lain.Oleh itu, jika anda ingin berkongsi maklumat, anda harus
sentiasa sibuk dengan topik yang anda pelajari, seperti menuntut maklumat. Sama seperti Saidina
Ali berkata kepada Kumail Bin Ziyad, Kamu menjaga harta, dan ilmu menjaga kamu. Ketika
pendidikan dijalankan, pengetahuan meningkat, manakala wang habis ketika dibelanjakan.

Antara terbitan terkini Prof Madya Dr Razaleigh

18
PERANCANGAN DAN HARAPAN

Gambar Prof. Madya Dr Razaleigh Muhamat @ Kawangit. yang meluangkan masa


bersama untuk temu bual tokoh akademik.

Sebagai seorang pensyarah yang sudah bergiat lama dalam bidang Pembangunan
Dakwah, Prof Madya Dr Razaleigh berharap agar pembangunan dakwah dapat berkembang
dengan lebih jelas dan rancak. Beliau berkata gerakan dakwah ini perlulah dijalankan secara
berterusan melalui pelbagai medium sebagai usaha memelihara Islam dan membimbing umatnya
agar terus berada dalam kehidupan yang benar dan diredhai Allah. Menurut Prof Madya Dr
Razaleigh, perbandingan Islam pada tahun 80-an dengan zaman sekarang menunjukkan
perubahan yang ketara. Salah satu aspek yang beliau tegas adalah tentang perluasan fenomena
seks bebas dalam masyarakat terdahulu. Selain itu, beliau berpendapat bahawa terdapat cabaran
dalam pemahaman agama, pelaksanaan amalan keagamaan, dan pemeliharaan nilai-nilai moral
dalam masyarakat Islam pada tahun 80-an. Terdapat kebimbangan tentang ibadah, termasuk
jarangnya orang-orang dahulu dalam mengikuti aktiviti keagamaan seperti menunaikan solat
jumaat di masjid.

19
Tambahan pula, beliau berpendapat bahawa perkembangan teknologi, globalisasi, dan
perubahan sosial telah memberikan impak besar terhadap masyarakat, termasuk umat Islam.
Kemajuan dalam teknologi komunikasi dan media sosial telah membawa perubahan dalam gaya
hidup dan nilai-nilai sosial, termasuk pandangan terhadap seksualiti. Namun, Prof Madya Dr
Razaleigh berharap agar pembangunan dakwah dapat membantu membimbing umat Islam agar
tetap berpegang pada ajaran agama dan nilai-nilai moral yang benar. Beliau percaya bahawa
gerakan dakwah yang berterusan dan melibatkan pelbagai medium dapat menjadi alat untuk
memelihara kehidupan Islam dalam masyarakat. Beliau juga berpendapat bahawa pembangunan
dakwah yang berterusan dan menyeluruh adalah penting untuk memastikan umat Islam terus
memahami dan mempraktikkan ajaran agama mereka dengan baik, serta menghadapi cabaran
dan perubahan zaman dengan penuh keyakinan dan pemahaman yang benar. Akhir kata, Prof.
Madya Dr. Razaleigh berharap agar setiap orang mengutamakan agama kerana ia merupakan
titik kejayaan dan jodoh bagi kehidupan mereka.

Kunjungan hormat MASA ke Pusat Pengajian Dakwah dan Kepimpinan

20
PENUTUP

Gambar Prof. Madya Dr Razaleigh Muhamat @ Kawangit

Secara ringkasnya, kami dapat simpulkan bahawa Prof. Madya Dr Razaleigh merupakan
seorang yang hebat dalam pelbagai aspek. Beliau tidak hanya menguasai bidang akademik
dengan cemerlang, tetapi juga menonjolkan nilai-nilai agama dalam setiap tindakannya.
Keutamaan beliau terhadap agama menjadi penggerak dan panduan dalam setiap langkah
kehidupannya. Dengan sikap yang rendah diri, beliau sentiasa berusaha untuk mencapai
keunggulan dalam pelajaran, sambil mengamalkan nilai-nilai kebaikan dan keikhlasan.
Kesungguhan beliau dalam mengejar ilmu juga memberi inspirasi kepada kami sebagai
mahasiswa/mahasiswi untuk mengamalkan dan menghayati agama dalam setiap aspek
kehidupan. Kami berharap dapat mencontohi kepimpinan dan teladan Prof. Madya Dr. Razaleigh
Muhamat untuk mencapai kejayaan dalam bidang akademik dan kerohanian.

Kami ingin menyampaikan rasa syukur yang mendalam atas segala nikmat-Nya, kerana
akhirnya kami berjaya menghasilkan tugas ini dengan penuh kejayaan. Kami juga ingin
menyampaikan penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Prof. Madya Dr Razaleigh atas
pengorbanan waktunya untuk berkongsi dan memberikan petunjuk serta ajaran kepada kami
tentang erti kehidupan. Akhir kata, laporan ini berjaya disiapkan berkat usaha dan kerjasama dari
setiap anggota kumpulan yang telah memberikan sumbangan yang sangat besar dalam
penghasilan laporan ini.

21
RUJUKAN

Abdul Ghafar Don, Anuar Puteh, Razaleigh Muhamat@kawangit, Zulkefli Aini, Badlihisham
Mohd.nasir, Marlon Guleng. (2019). Readiness, Attitude And Motivation Of Penggerak
Masyarakat Orang Asli (pmoa) In The Preaching Activity To Indigenous Peoples In
Malaysia. - Islamiyyat. 99-105.

Abdul Hamid, Ajat Sudrajat, Razaleigh Muhamat Kawangit, Abdul Ghafar Don, Miftachul

Huda, Burhanuddin Jalal, Wahyu Akbar, Azura Onn, Andino Maseleno. (2018).

Determining Basic Food Quality Using Saw. - International Journal Of Engineering &

Technology.

Abur Hamdi Usman, Muhammad Fakhrur Razi Shahabudin, Marlon Pontino Guleng, Razaleigh

Muhamat @ Kawangit. (2020). Systematic Literature Review On The Requirement Of

Quranic Psychotherapy Model: Paedophilia Recovery Foundation. - Humanities &

Social Sciences Reviews. 862-869.

Mariam Abd. Majid, Razaleigh Muhamat @ Kawangit, Marlon Pontino Guleng. (2015).

Involvement In The Mosque Programs And Its Relationship In Strengthening The Islamic

Faith Among Muslim Converts In Malaysia. - Life Science Journal. 134-139.

Marlon Pontino Guleng, Razaleigh Muhamat @ Kawangit, Abur Hamdi Usman. (2020).

Freedom Of Religion Among Muslim Minority In Secular State: A Case Study In The

Philippines. - International Journal Of Psychosocial Rehabilitation. 2191-2199.

22
Marlon Pontino Guleng, Razaleigh Muhamat @ Kawangit, Abur Hamdi Usman. (2019). A

Case Study Of Islamic Dacwah Activities In Cordillera Administrative Region,

Philippines Among Muslim Minority. - Humanities And Social Sciences Reviews.

559-571.

Miftachul Huda, Ajat Sudrajat, Razaleigh Muhamat, Kamarul Shukri Mat Teh,burhanuddin Jalal.

(2019). Strengthening Divine Values For Self-regulation In Religiosity: Insights From

Tawakkul (trust In God). - International Journal Of Ethics And Systems. 323-344.

Miftachul Huda, Nasrul Hisyam Nor Muhamad, Puji Isyanto, Razaleigh Muhamat, Nurazmallail

Marni, Mohamed Ahmad Kilani, Jimaain Safar. (2020). Building Harmony In Diverse

Society: Insights From Practical Wisdom. - International Journal Of Ethics And Systems.

1-17.

Mohammad Hasan Sharafi Che Mohd Adli, Razaleigh Muhamat @ Kawangit, Muhamad Faisal

Ashaari. (2023). Islamic State Concept Development In Malaysia A Literature Review.

- Journal Of Pharmaceutical Negative Results. 37-43.

Mohd Al Adib Samuri, Azlan Shah Nabees Khan & Razaleigh Muhamat @ Kawangit. (2018).

Naratif Mualaf Dan Aktivis Dakwah Terhadap Dasar Penamaan Saudara Baru. -

International Journal Of Islamic Thought. 52-68.

Mohd Fitri Muhamed, Anuar Puteh, Razaleigh Muhamat @ Kawangit. (2021). Chinese

Cultures And The Practices Of Islamic Teachings. - International Journal Of Academic

Research In Business And Social Sciences. 1191-1199.

23
Oktafianto, Ajat Sudrajat, Razaleigh Muhamat @ Kawangit, Abdul Ghafar Don, Miftachul

Huda, Amel Dhea Saputri, Aliza Abdul Latif, Andino Maseleno. (2018). Determining

Housing Location Using Weighted Product. - International Journal Of Engineering And

Technology.

Razaleigh Muhamat @ Kawangit, Abdul Ghafar Don. (2016). Assimilation Of Chitty Ethnic In

Malaysia. - Ponte Journal. 270-287.

Razaleigh Muhamat @ Kawangit, Marlon Pontino Guleng, Abur Hamdi Usman. (2019).

Response Of Muslim Minority Towards The Implementation Of Arabic Language And

Islamic Value Education Program In Public Schools In The Philippines. - Humanities

And Social Sciences Reviews. 572-579.

Razaleigh Muhamat @ Kawangit, Marlon Pontino Guleng. (2015). Relationship Between

Religious Practices And Academic Achievement Of Muslim Convert Students In

Malaysia. - Life Science Journal. 149-154.

Razaleigh Muhamat @ Kawangit. (2015). Social Integration Level Of Chinese Muallaf In

Malaysia. - The Social Sciences. 1-5.

Roslieza Rosli, Razaleigh Muhamat @ Kawangit, Abdul Ghafar Don, Nur Athiroh Masyaail Tan

Abdullah @ Tan Ai Pao. (2021). Dawah Activities Of Non-governmental Organisation

(ngo) Influencing The Improvement Of Standard Of Living Of Muallaf In Malaysia. -

Turkish Journal Of Physiotherapy And Rehabilitation. 4739-4748.

24
Roslieza Rosli, Razaleigh Muhamat@kawangit, Abdul Ghafar Don, Nur Athiroh Masyaail Tan

Abdullah@tan Ai Po. (2021). The Effect Of Dawah Activities Of Non-governmental

Organisation (ngo) On The Religious Understanding Of Muallaf In Malaysia. - Review

Of International Geographical Education. 95-102.

Siti Salwa Salim, Razaleigh Muhamat@kawangit, Nurshahira Ibrahim, Azman Ismail. (2022).

The Role Of Justice In Government Institution And The Impact On Job Satisfaction. -

International Journal Of Academic Research In Business And Sosial Science. 408-420.

Umi Hamidaton Mohd Soffian Lee, Razaleigh Muhamat @ Kawangit, Zaleha Yazid. (2019).

Relationship Between Ethical Leadership Through Leaders Practices Of Decision

Making, Two-way Communication, Reinforcement And Ethical Climate. - International

Wan Mohammed Sallam Wan Sulaiman, Zainab Ismail, Wan Shahrazad Wan Sulaiman,

Razaleigh Muhamet@kawangit. (2021). Dataset Relating Self-control And Hope

Among Participants In Malaysian Rehabilitation Centers. - Data In Brief. 1-6.

Wan Mohammed Sallam Wan Sulaiman, Zainab Ismail, Wan Shahrazad Wan Sulaiman,

Razaleigh Muhamat@kawangit. (2021). Self-control As Predictor Of Hope Among

Drug Addicts In Malaysian Rehabilitation Centers. - International Journal Of Academic

Research In Business And Social Sciences. 688-699.

25
LAMPIRAN

Pelantikan Prof. Madya Dr. Razaleigh sebagai Perunding Model Akidah Ahli Sunnah Wal
Jamaah bagi Dewan Pakar Negeri Johor 2020

Pelantikan Prof. Madya Dr. Razaleigh sebagai Pengetua Kolej Rahim Kajai

26
Kelulusan FRGS 2021 berkenaan tajuk penyelidikan Prof. Madya Dr. Razaleigh

Paparan Kolaborasi dan Projek Penyelidikan Terkini

27
Antara khidmat luar yang pernah Prof. Madya Dr Razaleigh jalankan

Antara Karya Penerbitan Prof. Madya Dr Razaleigh

28
29
30
Lokasi menemu bual Prof. Madya Dr Razaleigh Muhamat @ Kawangit

Ruangan menemu bual Prof. Madya Dr Razaleigh Muhamat @ Kawangit

31
Gambar Pelajar Citra UKM bersama Prof. Madya Dr Razaleigh Muhamat @ Kawangit

Gambar setelah selesai menemu bual di ruangan Bilik Pengetua Kolej Rahim Kajai

32

You might also like