You are on page 1of 34

GGGE 3403 FOTOGRAFI

BIOGRAFI TOKOH AKADEMIK

PROF. DR. MARIYAM JAMEELAH GHAZALI

NAMA NOM MATRIK


Muhamad Nabil bin Mohd Rahmad A186632
Mohamad Syaiful Azarudin bin Abdullah A187557
Nur Wathiqah bt Mohd Azizi A186151
Muhammad Zahid bin Mohamad Ismail A195228
Ahmad Hasif bin Ahmad Faiz A196334

Pensyarah:
Lt. Kol. Prof. Madya Mohd Jasmy bin Abd Rahman

1
PRAKATA
Assalamualaikum kami ucapkan sebagai pembuka kata dalam kajian tokoh akademik
GGGE 3403 Kursus Fotografi. Kami, Muhamad Nabil bin Mohd Rahmad, Mohamad Syaiful
Azarudin bin Abdullah,Nur Wathiqah binti Azizi, Muhammad Zahid bin Mohamad Ismail
dan Ahmad Hasif bin Ahmad Faiz berasa bersyukur kerana diberi peluang untuk menjalankan
kajian tokoh akademik yang sangat hebat di dalam Universiti Kebangsaan Malaysia. Syukur
kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya kami dapat menyiapkan tugasan ini
dengan jayanya.

Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Prof. Dr. Mariyam Jameelah
Ghazali yang sanggup meluangkan masa beliau untuk memberi kerjasama dalam kajian tokoh
akademik ini. Sesungguhnya kami amat bersyukur atas kesanggupan pihak Prof. untuk
meluangkan masa dengan kami. Kami tidak akan pernah mensia-siakan peluang yang
diberikan oleh Prof. Dr. Mariyam Jameelah Ghazali.

Tidak juga dilupakan kepada Lt. Kol. Prof. Madya. Mohd Jasmy bin Abdul Rahman
yang sanggup memberi tunjuk ajar untuk menyiapkan tugasan ini. Tanpa Prof Jasmy disisi,
kajian tokoh ini mesti menjadi huru-hara dan mungkin tidak dapat kami siapkan.

2
ISI KANDUNGAN

No Perkara Muka Surat

1 Prakata 2

2 Isi Kandungan 3

3 Pendahuluan 4-7

4 Latar Belakang Keluarga 8-10

5 Latar Belakang Pendidikan 11-12

6 Pembinaan Kerjaya 13-16

7 Kejayaan dan Sumbangan 17-22

8 Perancangan dan Harapan 23-24

9 Penutup 25

10 Rujukan 26-27

11 lampiran 28-33

3
PENDAHULUAN

Tugasan ini berkaitan dengan biografi seorang tokoh akademik dan juga pensyarah
dari Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina di Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Induk
Bangi, Selangor iaitu Professor Dr. Mariyam Jameelah Ghazali. Nama beliau memang tidak
asing lagi dalam dunia kejuruteraan di Malaysia khususnya di IPTA. Beliau merupakan
Penolong Dekan (Keusahawanan dan Kreativiti) di Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina dan
merangkap Profesor di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (JKMP), FKAB
UKM. Beliau juga merupakan pakar dalam bidang kejuruteraan bahan. Biografi ini
mengandungi 5 Bab utama yang menceritakan perihal tokoh akademik, Professor Dr.
Mariyam Jameelah Ghazali yang disusun mengikut kronologi dari awal kehidupan beliau
hinggalah ke hari ini.

Bab pertama dalam biografi ini adalah berkaitan dengan latar belakang keluarga tokoh
akademik yang dipilih dan juga tentang kehidupan awal tokoh akademik berkenaan. Melalui
bab ini, kita akan mengetahui serta mendalami sedikit sebanyak latar belakang berkaitan
dengan asal-usul, tempat lahir tokoh, dan juga latar belakang keluarga beliau yang bermula
daripada pekerjaan ibu bapa beliau sendiri, adik-beradik, hinggalah ke kehidupan keluarga
baharu beliau sendiri iaitu kehidupan suami serta anak-anaknya yang berkemungkinan kurang
didedahkan kepada orang awam.

4
Suasana Bangunan Akademik FKAB dimana Pelajar Kursus Citra Fotografi Universiti
Kebangsaan Malaysia menemu bual Prof Dr. Mariyam Jameelah Ghazali di Pejabat HEJIM
FKAB UKM pada tanggal 16 Jun 2023

Seterusnya, bab yang kedua bakal menceritakan tentang tahap pendidikan beliau,
bermula dari pendidikan awal di sekolah rendah sehingga ke menara gading. Namun begitu,
beliau tidak menamatkan pendidikan beliau dengan segulung ijazah sahaja, bahkan beliau
bertekad untuk meneruskan pengajian beliau lagi sehingga ke peringkat yang lebih tinggi
iaitu peringkat Master serta Phd dan seterusnya menjadi seorang jurutera dan penyelidik yang
berjaya. Bab ini turut menceritakan tentang anugerah dan jawatan yang pernah diterima oleh
beliau sejak beliau berada di alam persekolahan lagi. Selain itu, turut disertakan tentang
cita-citanya yang tidak kesampaian kerana gagal untuk terpilih pada peringkat latihan. Kita
dapat melihat kesungguhan dan keazaman beliau dalam menuntut ilmu dalam bab berkenaan
yang bakal dikupas sebentar lagi.

Bab ketiga biografi tokoh akademik ini akan menceritakan tentang kerjaya Prof Dr.
Mariyam Jameelah Ghazali setelah bergelar graduan universiti. Kita akan dapat melihat
perjalanan serta pengembaraan beliau, bermula dengan menjadi mahasiswa sehingga menjadi

5
seorang pensyarah dan penyelidik di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan
(JKMP) FKAB UKM. Demi menjadi seorang penyelidik dalam kejuruteraan bahan, pelbagai
usaha serta pengorbanan telah beliau curahkan. Bahagian ini juga menunjukkan peranan
beliau sebagai seorang pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia untuk mendidik
anak-anak Malaysia untuk membentuk mereka menjadi graduan yang berkualiti apabila tamat
pengajian.

Sesi Temubual Bersama Penolong Dekan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Prof Dr.
Mariyam Ghazali

Bab keempat biografi tokoh akademik ini menceritakan tentang sumbangan dan
kejayaan P Prof Dr. Mariyam Jameelah Ghazali sepanjang beliau bergelar sebagai Penolong
Dekan dan penyelidik serta juga sebagai seorang pensyarah di Fakulti Kejuruteraan dan
Alam Bina UKM itu sendiri. Selain itu, bab ini juga menerangkan tentang sumbangan beliau
yang bukan sahaja disematkan di peringkat UKM tersebut sahaja, malahan ada juga
sumbangan beliau yang amat berharga di peringkat nasional. Terdapat banyak sumbangan
beliau yang bakal dikupas dalam bab ini yang boleh menarik atensi para pembaca kerana
beliau sememangnya wajar dijadikan role model bukan sahaja kepada barisan mahasiswa
UKM, bahkan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia.

6
Prof Mariyam mewakili UKM dalam pertandingan Invention, Innovation Design Exposition
pada tahun 2017 di UiTM Shah Alam

Prof Dr. Mariyam Jameelah Ghazali juga telah banyak menerbitkan kajian bermutu
tinggi yang memberikan impak serta inspirasi dalam dunia kejuruteraan. Beliau juga telah
banyak mencipta pelbagai inovasi yang digunakan dalam bidang pembinaan dan perubatan
yang digunakan pada peringkat nasional.

Bab yang terakhir dalam biografi ini adalah tentang harapan dan perancangan beliau
untuk masa hadapan. Beliau mempunyai pelbagai perancangan yang merangkumi aspek
keluarga, kerjaya, dan juga pendidikan yang khususnya untuk anak-anak didik beliau. Prof
Dr. Mariyam Jameelah Ghazali ada menyatakan harapan beliau seperti beliau berharap lebih
ramai anak muda yang merupakan golongan harapan negara bertekad untuk melanjutkan
pendidikan mereka di peringkat yang lebih tinggi.

7
LATAR BELAKANG KELUARGA

Professor Dr. Mariyam Jameelah Ghazali atau lebih dikenali sebagai Prof Mariyam
telah dilahirkan pada tahun 16 Mac 1975 di Taiping, Perak. Beliau kemudian di besarkan di
Bangi kerana mengikuti ibu bapanya yang juga merupakan pensyarah di institut pengajian
awam. Boleh dikatakan bahawa Prof Dr Mariyam mengikuti jejak langkah ibubapanya dan
seterusnya menjadi seorang pensyarah di FKAB UKM. Ibu beliau merupakan pensyarah di
Fakulti Kemanusiaan dan Sains Sosial, UKM dan sebelum bersara ibu beliau pernah
berkhidmat di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA). Bapa beliau juga merupakan
pensyarah di UPM di Fakulti Ekologi Manusia. Latar belakang keluarga academician yang
kuat merupakan faktor terbesar Prof Mariyam menjadi seorang pensyarah dan penyelidik
yang berjaya.

Bandar Taiping, Perak Darul Ridzuan

Prof Dr Mariyam anak kedua daripada lima adik beradik dan kesemuanya adalah
perempuan. Kakak sulungnya ialah pensyarah di Kolej Mara di Tangkak, Johor. Manakala
adik ketiganya merupakan juga merupakan pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia
dalam bidang Kejuruteraan Perisian Komputer. Adik beliau yang keempat pula merupakan
doktor perubatan di Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) dan adik bongsunya merupakan
seorang jurnalis di Sheffield, United Kingdom.

8
Prof Dr Mariyam juga menamatkan zaman bujangnya pada tahun 1999 dengan
suaminya dan hasil daripada perkahwinan mereka, dikurniakan tiga cahaya mata.

Anak sulung mereka yang kini berusia 23 tahun sedang melanjutkan pengajian di
peringkat ijazah sarjana muda di Ankara University di Turki dalam bidang kejuruteraan.
Anak sulung beliau merupakan bekas pelajar MRSM . Menurut Prof Mariyam, anak
sulungnya berusaha sangat keras untuk menjadi penyelidik yang berjaya dan itu merupakan
cita-citanya dari bangku sekolah. Anak kedua beliau pula berada di Tingkatan 5 dan
merupakan pelajar Maktab Rendah Sains dan anak bongsu beliau pula berada di darjah enam.

Universiti Ankara, Turki. Tempat dimana anak sulung Prof Mariyam melanjutkan pelajaran
dalam peringkat ijazah sarjana muda

Maktab Rendah Sains

9
Prof. Dr. Mariyam Jameelah sedang asyik bercerita tentang latar belakang keluarga beliau.

Koleksi pingat yang ada dalam simpanan Prof Mariyam, hasil daripada menyertai program
sukan yang merupakan hobi beliau

10
LATAR BELAKANG PENDIDIKAN

Prof. Dr. Mariyam Jameelah telah mendapat pendidikan awal pada tahun 1981 di
sekolah rendah kebangsaan Convent Kajang dan telah berpindah ke sekolah Causeway End
School, Aberdeen, Scotland. Setelah beberapa tahun di Scotland Prof. Dr. Mariyam telah
kembali semula ke tanah air dan bersekolah di sekolah rendah kebangsaan Abu Bakar
Baginda, Kajang. Manakala ketika berada di tingkatan 1, Prof. Dr. Mariyam telah bersekolah
di Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah, Kajang dan telah menduduki Sijil
Pelajaran Malaysia pada tahun 1992 di Maktab Rendah Sains Mara, Kuala Terengganu.
Tanpa membuang masa yang panjang setelah tamat sekolah, Prof. Dr. Mariyam Jameelah
telah melanjutkan pembelajaran beliau di Kolej Mara Kulim, Kedah dan meneruskan
pembelajarn beliau di Matrikulasi dalam bidang yang berkaitan dengan kejuruteraan bahan.
Prof. Dr. Mariyam Jameelah telah melanjutkan pembelajaran ijazah sarjana muda di
Universiti Sains Malaysia di bawah program ‘ Bachelors in Engineering (Hons) and
Materials Engineering pada tahun 1999. Prof. Dr. Mariyam Jameelah juga telah melanjutkan
pelajaran Master dalam program ‘MSc (Materials Engineering) - School of Materials and
Mineral Resources Engineering’ di Universiti Sains Malaysia. Akhir sekali Prof. Dr.
Mariyam Jameelah telah melanjutkan pelajaran akhirnya pada tahun 2005 di University of
Sheffield, United Kingdom di bawah jurusan Ph.D. Materials Engineering.

MAKTAB RENDAH SAINS MARA, KUALA TERENGGANU.

11
Universiti Sains Malaysia

University of Sheffield, United Kingdom

Causeway End School, Aberdeen, Scotland

12
PEMBINAAN KERJAYA

Professor Dr. Mariyam Jameelah Ghazali mula berkhidmat sebagai seorang pensyarah
di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) selama empat tahun dan kemudiannya beliau
menjadi pensyarah di ‘Department of Mechanical & Materials’, Fakulti Kejuruteraan dan
Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia dari tahun 2002 hingga 2005. Beliau menjadi
seorang pensyarah pada 2005 di ‘Department of Mechanical & Mater’ dan kemudiannya
dilantik menjadi seorang pensyarah senior bermula tahun 2007. Kini beliau memegang
jawatan sebagai Penolong Dekan (Keusahawanan dan Kreativiti) di Fakulti Kejuruteraan dan
Alam Bina. Fokus beliau adalah lebih tertumpu kepada pengajaran pada awal kerjaya kerana
menjadi seorang pensyarah adalah cita-citanya. Pengetahuan yang luas dalam bidang
kejuruteraan membolehkan beliau mengajar dengan mudah disamping memberikan ilmu
yang sangat berkualiti kepada pelajar-pelajarnya.

Universiti Tenaga Nasional, Malaysia

Selain itu, Prof Dr. Mariyam Ghazali mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu
yang membolehkan beliau terlibat dalam hubungan profesional antara syarikat. Beliau
mempunyai kepakaran dalam tiga aspek iaitu wear of materials, surface engineering dan
materials processing. Salah satu kejayaan dalam hubungan professional ini ialah beliau
berjaya menubuhkan Malaysian Tribology Society (MYTRIBOS) sejak tahun 2007.
Malaysian Tribology Society ini merupakan satu organisasi bukan bermotif keuntungan
dimana ia bertujuan untuk merapatkan jurang antara ahli akademik, industri dan organisasi
penyelidikan dalam bidang tribologi. Bermula dari 2016, MYTRIBOS bergabung dengan
Majlis Tribologi Antarabangsa (ITC). Selama bertahun-tahun, bilangan ahli telah meningkat
secara perlahan dan berterusan, termasuk kedua-dua warga Malaysia tempatan dan ekspatriat
yang bekerja di Malaysia.

13
Gambar menunjukkan Prof Dr. Mariyam Ghazali dijemput dalam satu program webinar.

Gambar menunjukkan Prof Dr. Mariyam Ghazali dijemput dalam satu program seminar.

14
Di samping itu, Prof Dr. Mariyam Ghazali juga menjadi ahli dalam Malaysian
Society for Engineering & Technology (MySET). Persatuan ini merupakan antara yang
terbesar di Malaysia yang melibatkan ramai individu yang berlatar belakang dalam bidang
kejuruteraan. Persatuan ini bertujuan untuk menyediakan platform yang berkuasa untuk
ahli-ahlinya menjalin rangkaian dan meningkatkan profesionalisme dan kelakuan beretika
mereka, sambil memupuk mereka menjadi profesional terkemuka dan ketua industri. MySET
menganjurkan satu siri bengkel pendidikan, latihan, dan program Pembangunan Profesional
Berterusan (CPD) untuk ahlinya, yang perlu menjadi profesional dalam kemajuan mereka
sendiri dan kerjaya. Persatuan ini merupakan salah satu sebab kepada penglibatan beliau
dalam kerja-kerja profesional.

Institute of Materials Malaysia (IMM) juga menjadi satu platform untuk Prof.
menjadi ahli bersekutu sejak dari tahun 2006. IMM ini mempunyai lebih daripada 6800 ahli
yang semuanya adalah individu yang melibatkan diri dalam bidang kejuruteraan. MM telah
menjalankan kursus mengenai salutan, salutan cap jari, kakisan, kimpalan, getaran dan
lain-lain untuk menyokong industri minyak dan gas di Malaysia. Program pensijilannya
diiktiraf oleh PETRONAS dan semua pengendali minyak & gas. Institut ini menggalakkan
pendidikan dalam sains bahan, teknologi dan kejuruteraan yang membawa kepada
pencapaian di peringkat tinggi.

Institute Materials Malaysia

Bukan setakat itu sahaja, Prof Dr. Mariyam Ghazali juga pernah menjadi ahli
dalam institut di luar negara iaitu di United Kingdom. Beliau menjadi ahli di UK ini adalah
semasa sedang melaksanakan pelajaran di peringkat Ph.D. di University of Sheffield . Oleh
itu beliau sempat menjadi ahli selama tiga tahun iaitu dari 2003 hingga 2006. Institut yang

15
beliau sertai ialah Institute of Materials (IOM) UK. Institut ini ialah institusi kejuruteraan UK
yang aktivitinya merangkumi keseluruhan kitaran bahan, daripada penerokaan dan
pengekstrakan, melalui pencirian, pemprosesan, pembentukan, kemasan dan aplikasi, kepada
kitar semula produk dan guna semula tanah. Ia wujud untuk mempromosikan dan
membangunkan semua aspek sains dan kejuruteraan bahan, geologi, kejuruteraan mineral
dan petroleum dan metalurgi pengekstrakan dan perlombongan di seluruh dunia. Beliau telah
mempelajari banyak ilmu yang berkaitan dengan bidangnya semasa menjadi ahli selama tiga
tahun tersebut.

Tambahan pula, Prof Dr. Mariyam Ghazali juga banyak melibatkan diri dalam
kerja kumpulan bagi SIRIM. Antaranya ialah, PVC-Pipes & Fittings, Technical Committee
on Fine Ceramics and Eco-labelling criteria for adhesives and water-based adhesives untuk
SIRIM. Ini merupakan salah satu kejayaan besar dalam kerjaya beliau kerana Prof Dr.
Mariyam Ghazali berjaya mengaplikasikan ilmu yang dimiliki bagi pembangunan projek di
bawah syarikat terbesar di Malaysia. Akhir sekali, beliau mengharapkan supaya graduan –
graduan di fakultinya mampu mencapai lebih daripada apa yang telah dicapainya sebagai
salah seorang yang mempunyai minat mendalam dalam bidang kejuruteraan.

Mytribos merupakan organisasi bukan berdasarkan untung yang bertujuan untuk menjalankan
kajian saintifik

16
KEJAYAAN DAN SUMBANGAN

Pencapaian terbesar Prof Dr. Mariyam Ghazali ialah beliau dijemput untuk memberi
ceramah dalam Program Malaysian-Tribology Symposium 2014 yang bertempat di
Malaysia-Japan Institute of Technology, UTM KL. Dalam program tersebut, beliau telah
diberi anugerah dan juga diberi ganjaran berbentuk wang ringgit. Dalam program tersebut
juga, terdapat ramai peserta dan tetamu yang hadir dari pelbagai negara. Menurut Prof Dr.
Mariyam Ghazali, dalam sesi soal jawab dan ramah mesra, Prof Dr. Mariyam Ghazali telah
dapat membuat hubungan kenalan yang baru dan lebih ramai daripada pelbagai negara.
Menurutnya, “networking” merupakan sesuatu perkara yang penting dalam hidup kita untuk
mencapai sesuatu kejayaan. Antara pencapaian yang lain beliau peroleh ialah Top 4: Kajian
Terbaik 2010 (Fundamental Research Grant Scheme) - Kementerian Pendidikan Tinggi.
Seterusnya, Anugerah Kajian Kumpulan Terbaik (Cabaran Membina Negara-Bangsa), 2013,
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kayuhan Ceria Watan merupakan antara salah satu perancangan yang sedang
dibangunkan oleh Prof Dr Mariyam Ghazali.

Sumbangan paling besar terkini yang Prof Dr. Mariyam Ghazali lakukan ialah beliau
dalam perancangan untuk melancarkan Program Kayuhan Watan. Program Kayuhan Watan
ini ialah satu program besar UKM yang telah dibentangkan sendiri oleh Prof Dr. Mariyam
Ghazali dan idea program tersebut telah dipersetujui oleh peringkat fakulti dan universiti
termasuk Naib Canselor UKM sendiri untuk menjayakan program tersebut. Dalam bulan

17
Oktober akan datang, UKM akan berkolaborasi bersama Kementerian Belia Dan Sukan
Malaysia untuk merasmikan Program Kayuhan Watan ini. Perasmian Program Kayuhan
Watan ini akan dibuka terhad kepada 53 penunggang basikal sahaja. Menurut Prof Dr.
Mariyam Ghazali, 53 penunggang basikal ini adalah bersempena ulang tahun UKM yang
ke-53 tahun. Program ini akan dijalankan selama dua hari dengan berkayuh dari Putrajaya
sehingga sampai ke destinasi Kota Tinggi. Dua minggu selepas itu pula, UKM akan
melancarkan Program Kayuhan Watan ini di peringkat UKM secara umum dan penyertaan
Program Kayuhan Watan pada waktu tersebut adalah dibuka secara umum kepada warga
UKM dan seluruh masyarakat Malaysia.

Selain tu, terdapat kejayaan lain yang telah dilakukan oleh Prof Dr Mariyam
Jameelah, berikut merupakan anugerah yang telah dicapai oleh beliau:

Pencapaian Tahun

2nd best poster competition: Dry Sliding Wear Behaviour of Aluminium


Alloys at the 14th International Conference of Wear of Materials (WOM) 2003
by Elsevier Inc., Washington D.C., 2003.

Travel Grants to attend and present: Dry Sliding Wear Behaviour of some
Wrought Rapidly Solidified Powder Metallurgy Aluminium Alloys at the 2005
15th International Conference of Wear of Materials (WOM) in San Diego,
USA by the Royal Academy Engineering U.K., 2005.

2 nd Runner up in KIK Competition on Multi Purpose ENT Scope 2010


Storage, 27 October 2010, Universiti Kebangsaan Malaysia.

18
Silver Medal, Malaysia Technology Expo (MTE) for ‘ENTRAP:
Ergonomic Solution for Ballistic Protection’. (Group: Che Husna Azhari, 2011
Andanastuti Muchtar, Mariyam Jameelah Ghazali, Noraiham Mohamad
and Iylia Arif Elias) (2011).

Gold Medallist in Shell Eco-Marathon 2010 – Best Alternative Fuel 2010

2 nd Runners Up in Best Engineering & Design Award– Perodua Eco 2012


Challenge 2012

Best Research Group Award (AMPI), 2011 & 2012. Universiti 2011/12
Kebangsaan Malaysia.

Best Research Group Award (Cabaran Membina Negara-Bangsa), 2013. 2013


Universiti Kebangsaan Malaysia.

Top 4: Best Research 2010 (Fundamental Research Grant Scheme) – 2010


Ministry of Higher Education.

International Symposium on Advanced Materials in Defence 2014, 2014


Universitas Jenderal Achmad Yani, Indonesia

Malaysian-Tribology Symposium 2014, Malaysia-Japan Institute of 2014


Technology, UTM-KL

Malaysia International Tribology Conference 2015, Pulau Pinang. 2015

Guest speaker, IQRA’ TV-UK, London, UK. 2015. 2015

Prof Mariyam dilantik sebagai Naib Presiden Majlis Tribunal Asia

19
Di samping itu juga, Prof Dr. Mariyam Jameelah juga terlibat dalam geran
penyelidikan berimpak tinggi dan menjadi ketua bagi penyelidikan tersebut. Berikut
merupakan senarai penyelidikan yang telah dibuat dan diketuai oleh beliau:

Geran Penyelidikan Tahun

Structural and Tribological Characterisations of Cu-based Aug 2007 – Aug 2009


Alloys as Coating Materials for Connecting Rod Bearings in
Automotive Engine (ScienceFund 03-01-02-SF0375, RM
128,000)

Development of Ceramic Coating for Marine Structure Aug 2008 – July 2010
Application (ScienceFund 04-01-02-SF0527, RM 220,720)

Development of Alumina Micro-Coated Stainless Steel for Mar 2007 – Feb 2009
Surgical Tools (UKM-KK-02-FRGS0031-2006, RM 24,296)

Development of Low Cost Technique For Wear Monitoring of Oct. 2007 – June 2010
Connecting Rod Bore (UKM-GUP-BTT-07-25-160, RM
200,000

Corrosion Resistance Performance of Submerged Mar 2010 – Mar 2013


nanostructured Ceramic Coated Metallic Components Tropical
Seawaters (UKM-KK-03-FRGS0120-2010, RM 40,000)

Tribological Analysis on lubricated sliding of alloys April 2012 – Mar 2013


(UKM-DLP2012-006, RM 100,000)

Potentials and Characteristics of Rubber Seed Oil As Drilling Aug 2011 – Aug 2011
Base Fluids (UKM-GUP-2011-050, RM 30,000)

Pembangunan Sarung Kaki Bertekanan Teragih untuk Pesakit Mar. 2015 – Feb. 2017
Diabetik Malaysia (KOMUNITI-2014-007, RM 84,800)

Bio-adhesive effect of banana leaves for elevated temperature Dec. 2013 – Dec. 2016
application (FRGS/2/2013/TK04/UKM/02/2, RM 129,000)

Surface texturing of ceramic for mitigating biofouling and Aug. 2014 – 31 July
corrosion (DIP-2014-003, RM 200,000) 2016

20
Keratan akhbar berkenaan ciptaan baru Prof Dr Mariyam Jameelah bersama
kumpulan penyelidik pimpinannya berkenaan saduran nano seramik yang dikenali sebagai
Sadura Alumina Titania yang tahan lama di lautan dalam.

21
Prof Dr. Mariyam Jameelah juga terlibat dalam penghasilan buku yang berjudul
Ensiklopedia Kejuruteraan Alam Melayu. Ensiklopedia Kejuruteraan Alam Melayu
menghimpunkan hasil penyelidikan yang merangkumi pelbagai aspek kejuruteraan yang
membentuk peradaban di alam Melayu. Setiap dapatan dan catatan adalah hasil daripada
penyelidikan saintifik yang turut melibatkan kerja kursus lapangan. Terdapat enam tema yang
dibicarakan dalam buku ini pemikiran dan seni pertukangan.

Sebagai contoh, di dalam ensiklopedia ini dikupaskan berkenaan unsur alam begitu
ketara dalam mencorakkan seni bina dalam tema Pertukangan & Seni Bina. Pembinaan
sesebuah bangunan dengan penggunaan teknologi tanpa paku, pengaliran udara dan cahaya
menjadi dasar kukuh dalam kreativiti ini. Ciri reka bentuknya tidak ketinggalan terutamanya
bagi kediaman orang Melayu yang ternyata secocok dengan keadaan iklim tropika. Antara
ciri yang ditonjolkan adalah penyejukan atau pengudaraan semula jadi, peneduhan,
keselamatan dan keamanan. Sebagai contoh, pembinaan kaki tiang rumah tradisi Melayu
adalah untuk berlindung daripada bencana seperti banjir ataupun ancaman binatang buas.

Prof Dr Mariyam Jameelah bersama Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, Pro Chancellor
Universiti Kebangsaan Malaysia di majlis pelancaran Ensiklopedia Kejuruteraan Alam
Melayu pada tahun 2015

22
Ensiklopedia Kejuruteraan Alam Melayu yang ditunjukkan oleh Prof Dr Mariyam.

Koleksi-koleksi penulisan akademik Prof Dr Mariyam Jameelah Ghazali

23
PERANCANGAN DAN HARAPAN

Professor Dr. Mariyam Jameelah Ghazali menyatakan bahawa terdapat pelbagai


perancangan yang perlu dikecapinya dalam bidang kerjayanya pada masa akan datang.
Perancangan terdekat yang sedang diusahakan olehnya bersama pasukan penyelidiknya
adalah berkenaan projek ciptaan miliknya iaitu StepAce, pelapik atau plaster pada alas kaki
khususnya kepada pesakit yang menghidap penyakit kencing manis (diabetes). Project
ciptaan beliau perlu disiapkan pada Ogos 2023 ini. Menurut beliau, pesakit yang menghidap
kencing manis amat berisiko untuk kehilangan deria rasa sakit sekiranya terdapat luka dan
ulser pada tapak kaki. Oleh yang demikian, dengan pengalaman, ilmu dan ilham dari
Professor Dr. Mariyam Jameelah Ghazali sendiri, beliau dan pasukannya mencipta sebuah
pelapik atau plaster khas pada tapak kaki bagi pesakit kencing manis yang mengalami ulser
pada tapak kaki.

Prof Mariyam ditawarkan pangkat ke VK7

Pelapik tapak kaki ciptaannya ini mengandungi microballs dilamanya yang bertujukan
untuk meratakan tekanan pada kaki pesakit apabila berjalan. Implikasinya adalah tekanan
yang dikenakan pada kawasan ulser pada kaki pesakit kencing manis tidak akan tertumpu
semasa berjalan atas sebab kusyen efek yang diberikan oleh pelapik kaki ciptaan beliau. Ini
membantu Professor Dr. Mariyam Jameelah Ghazali dan pasukannya untuk mencapai tujuan
sebenar bagi projek ciptaannya ini iaitu mengurangkan dan mengatasi jangkitan ulser pada
kaki pesakit semakin merebak dan berlaratan. Hal ini sekaligus mengelakkan pesakit kencing
manis kehilangan kaki akibat dipotong.

24
Selain itu, Professor Dr. Mariyam Jameelah Ghazali telah meletakkan beberapa harapannya
kepada mahasiswa dan mahsiswi Universiti Kebangsaan Malaysia khususnya yang bakal
memasukike dalam dunia pekerjaan. Antara harapan beliau adalah supaya mahasiswa dan
mahasiswi tidaklah hanya mengaplikasikan ilmu yang dipelajari sepanjang berada di
universiti semata, tetapi perlu menerapkan sifat keusahawanan dan mempunyai semangat dan
minda seorang usahawan yang berjaya tidak mengira bidang diceburi kelak. Mahsiswa dan
mahasiswi perlu mencontohi Khairul Aming, seorang influencer terkenal dan juga seorang
graduan mechanical engineering yang telah mempunyai beberapa kilang produk makanannya
sendiri kata beliau. Professor Dr. Mariyam Jameelah Ghazali berkata pelajar lepasan
universiti seharusnya menerokai pelbagai bidang pekerjaan bukan hanya berfokuskan kepada
bidang pekerjaan yang dipelajari sahaja kerana ini akan membuka ruang buat pelajar
memperoleh kejayaan di alam pekerjaan.

Akhir sekali, harapan beliau buat Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina dan seluruh fakulti
yang berada di Universiti Kebangsaan Malaysia adalah untuk memperbanyakkan kolaborasi
bersama universiti lain sama ada di dalam negara mahupun di luar negara. Beliau memberi
contoh seperti kursus program double degree yang kini diadakan di Fakulti Kejuruteraan dan
Alam Bina di bawah kursus mechanical engineering kolaborasi bersama University Duisburg
- Essen (UDE) di German. Beliau mengharapkan agar Universiti Kebangsaan Malaysia
memperbanyakkan program seperti ini agar memberi banyak manfaat dan nilai tolak tambah
buat mahasiswa dan mahasiswi UKM

Pelajar Kursus Fotografi bersama Prof Dr Mariyam Jameelah Ghazali di Fakulti


Kejuruteraan dan Alam Bina selepas sesi temu bual

25
PENUTUP

Secara ringkasnya, kami dapat simpulkan bahawa Prof. Dr. Mariyam Jameelah Ghazali
merupakan seorang yang amat hebat bukan sahaja dari segi kerjanya bahkan sikap dan akhlak
beliau yang rendah diri, baik hati, keinginan untuk menyelamatkan manusia dan sikap
peribadinya yang lain adalah merupakan contoh yang sepatutnya kita sebagai mahasiswa /
mahasiswi menjadikan beliau sebagai pendorong untuk berjaya.

Beliau juga ada berkata untuk semua mahasiswa / mahasiswi agar tidak mengejar
kemasyhuran, kedudukan atau ingin menjadi seorang yang terkenal dalam kerjaya tidak
bidang yang hendak diceburi. Sebaliknya, kita hendaklah mengejar dan mendapatkan
sebanyak ilmu yang boleh agar kita menjadi seorang insan yang berguna kepada masyarakat
dan seterusnya kepada negara. Selain itu, beliau juga mengingatkan kepada mahasiswa /
mahasiswi untuk meniatkan dalam diri agar untuk sentiasa menyelamatkan atau membantu
orang.

Di samping itu, beliau memberi kata-kata inspirasi iaitu kita seharusnya mengambil peluang
tidak kira apa jenis peluang tersebut dan kita hendaklah bersungguh-sungguh dalam
melakukan sesuatu perkara tersebut.

Setelah menemu bual beliau, kami terinspirasi dan banyak liku yang perlu diharungi untuk
menjadi seorang yang berjaya serta mampu untuk membantu masyarakat dan menghasilkan
pelbagai ciptaan untuk membantu masyarakat. Segala halangan dan rintangan haruslah kita
harungi dengan mempunyai semangat yang tinggi kerana tanpa semangat yang tinggi, kita
akan mudah untuk mengalah. Akhir sekali, Prof. Dr. Mariyam Jameelah Ghazali merupakan
seorang yang bermotivasi tinggi serta seorang yang berwawasan. Tidak hairanlah bahawa
beliau sekarang telah berkedudukan tinggi dan dibanggakan masyarakat khusus bagi warga
FKAB.

Kami bersyukur atas segala nikmat-Nya, kami akhirnya berjaya untuk menghasilkan tugasan
ini dengan penuh jayanya. Sekalung penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Prof. Dr.
Mariyam Jameelah Ghazali atas pengorbanan masanya untuk berkongsi sedikit mengenai
dirinya dan memberi tunjuk ajar kepada kami mengenai erti kehidupan. Akhir kata, usaha dan
kerjasama daripada setiap ahli kumpulan ini telah memberi sumbangan yang amat besar
dalam menghasilkan laporan ini.

26
RUJUKAN

A. Jemat, M.J. Ghazali, M. Razali, Y. Otsuka, Surface Modifications and Their Effects on
Titanium Dental Implants, BioMed Research International, 2015 (ID 791725: in
press). (Q1)

A. Rajabi, M.J. Ghazali, A.R. Daud, Chemical composition, microstructure and sintering
temperature modifications on mechanical properties of TiC based cermets: A review,
Materials & Design, 2015, 67: 95-106. (Q1)

A. Rajabi, M.J. Ghazali, A.R. Daud, Effect of second phase morphology on wear resistance
of Fe-TiC composites, Jurnal Tribologi, 2015, 4: 1-9.

A.F. Shamsul Baharin, M.J. Ghazali, J. Abdul Wahab, Laser Surface Texturing and Its
Contribution to Friction and Wear Reduction: A Brief Review, Industrial Lubrication
Tribology, 2015, (in press). (Q2)

H.A. Zaharin, M.J. Ghazali, N. Thachnatharen, F. Ezzah, Rashmi Walvekar, M. Khalid.


(2023). Progress In 2d Materials Based Nanolubricants: A Review. - Flachem.
1-33.

H.N. Abu Bakar, J.A. Ghani, C.H. Che Haron, M.J. Ghazali , M.S. Kasim, S. Al-Zubaidi, N.
Jouini. (2023). Wear Mechanisms Of Solid Carbide Cutting Tools In Dry And
Cryogenic Machining Of Aisi H13 Steel With Varying Cutting-Edge Radius. - Wear.
1-8.

Haizum Aimi Zaharin, Mariyam Jameelah Ghazali, Mohammad Khalid, Thachnatharen


Nagarajan, Wong Weng Pin, Farah Ezzah, Ong Gerard, Rashmi Walvekar And
Abdul Khaliq Rasheed. (2023). Tribological, Oxidation And Thermal Analysis Of
Advanced Microwave Hydrothermal Synthesised Ti3c2tx Mxene As Additives In
Outboard Engine Oil. - Lubricants. 1-20.

K.S. Alhawari, M.Z. Omar, M.J. Ghazali, M.S. Salleh, M.N. Mohammed, Evaluation of the
microstructure and dry sliding wear behaviour of thixoformed A319 aluminium
alloy, Materials and Design, 2015, 76: 169–180. (Q1)

27
Kai Yuan Theng, Andanastuti Muchtar, Norziha Yahaya and Mariyam Jameelah Ghazali,
Development of Translucent Zirconia for Dental Crown Applications, Asian Journal
of Scientific Research, 2015, 8 (3): 342-350. (Q1)

M.J. Ghazali, M. Daud, A. Muhammad, M.Z. Omar, C.H. Azhari, Microstructure Analyses of
Malay Keris and its Relation to Mechanical Properties, Acta Physica Polonica A,
2015, 127: 1358-1362. (Q3)

M.J. Ghazali, S.M. Forghani, N. Hassanuddin, A. Muchtar, A.R. Daud, Comparative wear
study of plasma sprayed TiO2 and Al2O3–TiO2 on mild steels, Tribology
International, 2015, (doi:10.1016/j.triboint.2015.05.001: in press). (Q1)

Nabilah Ismail, Siti Mariana Mujad, Mohammad Fakhratul Ridwan Zulkifli, Vincent
Onuegbu Izionworu, Mariyam Jameelah Ghazali,Wan Mohd Norsani Wan Nik.
(2022). A Review On Application Of Marine Algae As Green Corrosion Inhibitors
In Acidic Medium. - Vietnam Journal Of Chemistry. 409-416.

Nilofar Asim, Mohd Sukor Suait, Marzieh Badiei, Masita Mohammad, Md. Akhtaruzzaman,
Armin Rajabi, Nowshad Amin And Mariyam Jameelah Ghazali. (2022).
Perspectives In Biopolymer-Graphene-Based Composite Application: Advances,
Challenges, And Recommendations. - Nanotechnology Reviews. 1525-1554.

Rajabi A., Ghazali M.J., Daud A.R., Chemical composition, microstructure and sintering
temperature modifications on mechanical properties of TiC-based cermet: A review,
Materials & Design, 2015, 67:95-106. (Q1)

Sulaiman, N.H., Ghazali, M.J., Majlis, B.Y., Yunas, J., Razali, M. Superparamagnetic calcium
ferrite nanoparticles synthesized using a simple sol-gel method for targeted drug
delivery, BioMedical Materials and Engineering, 2015, 26: 103-110. (Q3)

28
LAMPIRAN

29
30
31
32
33
34

You might also like