You are on page 1of 40

GGGE3403 FOTOGRAFI

BIOGRAFI TOKOH AKADEMIK


DR. HASANAH BINTI ABD.KHAFIDZ

Disediakan Oleh:

Aina Farhana Binti Amran (A183841)

Nadrah Binti Sarafi (A178229)

Amirul Ariffin Binti Adnan (A180825)

Nur Farahanim Binti Azmi (A177469)

Noor Ain Nadira Binti Mohammed Zakaria


(A177642)

Pensyarah:
Lt. Kol. Mohd Jasmy bin Abdul Rahman
PRAKATA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kami ucapkan kepada para pembaca serta kolonel.
Pertama sekali, kami Aina Farhana Binti Amran, Nor Ain Nadhira Binti Mohamed Zakaria, Nadrah
Binti Sarafi, Amirul Ariffin Bin Adnan dan Nur Farahanim Binti Azmi ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada Lt. Kol. Mohd Jasmy Bin Abdul Rahman iaitu pensyarah GGGE3403, Kursus
Fotografi kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan sentiasa mengambil berat terhadap pelajarnya.
Hasil tunjuk ajar Kolonel Jasmy, kami berjaya menyiapkan tugasan ini dengan mudah dan tiada
konflik yang berlaku di antara ahli kumpulan ini.

Kami juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Dr.
Hasanah Abd. Khafidz kerana sanggup meluangkan masa beliau untuk ditemu ramah oleh kami. Hasil
tunjuk ajar serta surat kebenaran yang telah disediakan oleh Kolonel Jasmy, kami berjaya menemu
ramah Dr. Hasanah pada waktu yang telah dijanjikan iaitu pada Sabtu, 22 Mei 2021. Dr. Hasanah
banyak memberi maklumat beliau kepada kami dan membantu kami dalam menyiapkan biografi
tokoh akademik ini. Beliau juga banyak memberi nasihat kepada kami tentang pegangan hidup
seseorang manusia yang berlandaskan agama Islam.

Kami amat bersyukur kerana kami dapat menyiapkan tugasan akhir ini tepat pada waktunya.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Kolonel Jasmy kerana telah banyak membantu kami dan
memberikan masa yang cukup untuk menyiapkan tugasan ini. Akhir sekali, tugasan ini tidak akan
dapat disiapkan tanpa usaha dan kerjasama daripada ahli kumpulan kami.

1
ISI KANDUNGAN

Muka Surat

1. Prakata 1

2. Isi Kandungan 2

3. Pendahuluan 3

4. Latar Belakang Keluarga 8

5. Latar Belakang Pendidikan 10

6. Pembinaan Kerjaya 16

7. Kejayaan dan Sumbangan 22

8. Perancangan dan Harapan 27

9. Penutup 33

10. Rujukan 34

11. Lampiran 37

2
Dr. Hasanah Binti Abd. Khafidz

Aina Farhana Binti Amran1, Nadrah binti Sarafi2, Amirul Ariffin Bin Adnan³,
Noor Ain Nadira Binti Mohammed Zakaria4 , Nur Farahanim Binti Azmi5

1
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

PENDAHULUAN

Tugasan ini berkait rapat dengan biografi seorang tokoh akademik dan juga pensyarah
dari Fakulti Pengajian Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Kampus Bangi,
Selangor iaitu Dr. Hasanah Binti Abd. Khafidz. Beliau merupakan Pensyarah Kanan di Pusat
Kajian Dakwah dan Kepimpinan. Kami memilih Dr. Hasanah sebagai tokoh akademik untuk
ditemubual kerana beliau seorang yang bercita-cita tinggi dan sentiasa memanfaatkan masa
beliau dengan perkara-perkara yang berfaedah. Beliau juga mempunyai satu laman web yang
menceritakan serba sedikit tentang latar belakang beliau, kejayaan dan lain-lain.

Penulisan ini terbahagi kepada beberapa bab yang utama. Bab yang pertama
menceritakan tentang latar belakang keluarga tokoh akademik yang dipilih. Melalui bab ini,
kami dapat mengenali lebih dekat tentang ahli keluarga dan latar belakang beliau seperti tarikh

3
lahir beliau, tempat tinggal beliau, pekerjaan ibu bapa dan lain-lain. Dr. Hasanah sudah pun
berkahwin dan mempunyai 7 cahaya mata. Dalam bab pertama ini, mungkin pembaca dapat
mengenali dan membaca beberapa maklumat tentang Dr. Hasanah yang mungkin tidak
diketahui oleh masyarakat awam.

Seterusnya, di bab kedua akan menceritakan tentang latar belakang pendidikan Dr.
Hasanah. Dr. Hasanah merupakan seorang pelajar yang cemerlang sejak di bangku sekolah
lagi. Dr. Hasanah sentiasa menanamkan sifat untuk tidak berputus asa ketika melakukan
sesuatu kerja. Dr. Hasanah sentiasa melakukan perkara yang utama dahulu dan tidak
membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah. Beliau berjaya mendapatkan Ijazah
Doktor Falsafah ketika menamatkan pengajiannya di Universiti Malaya pada tahun 2006.
Kini, beliau berbakti kepada Universiti Kebangsaan Malaysia dan menjadi orang yang
dihormati oleh setiap pensyarah dan pelajar.

Sesi temubual Dr. Hasanah di Google Meet

4
Selain itu, bab ketiga pula menceritakan tentang pembinaan kerjaya Dr. Hasanah
sepanjang beliau berkhidmat sebagai pensyarah di UKM. Beliau seorang yang bersifat rendah
diri walaupun telah banyak kerjaya dihasilkan oleh titik peluh beliau sendiri. Sikap kegigihan
beliau dalam menuntut ilmu dan mendidik sangat dikagumi oleh kami. Beliau sering
melibatkan diri sebagai penceramah/fasilitator anjuran UKM.

Sesi temubual Dr. Hasanah di Google Meet

Seterusnya, dalam bab keempat pula menceritakan tentang kejayaan dan sumbangan
Dr. Hasanah. Tidak dapat dinafikan dengan kebolehan dan bakat yang terpendam dalam diri
beliau, beliau berjaya merangkul pelbagai anugerah yang pastinya diimpikan oleh setiap
pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia. Pelbagai perkara yang boleh dipelajari daripada
beliau iaitu dengan kesungguhan dan tidak pernah mengenal erti penat lelah dalam mengecapi
kejayaan bahkan beliau juga bertekad untuk terus menyumbang dari segi khidmat dan idea

5
pemikiran yang bernas demi kebaikan masa depan Universiti Kebangsaan Malaysia. Setelah
melihat blog beliau, pelbagai bentuk pengajaran yang telah beliau sediakan secara percuma.
Ini adalah salah satu kejayaan dan sumbangan beliau kepada seluruh warga UKM. Oleh yang
demikian, dengan kemudahan tersebut maka tiada alasan bagi seseorang itu tidak dapat
menimba ilmu. Selain daripada itu, Dr. Hasanah juga meluangkan masanya dengan berkongsi
maklumat seperti Tadah Kitab Fiqh al-Zakah, cara mengendalikan kelas atas talian, citra
pembelajaran dan lain-lain. Walaupun beliau mempunyai tanggungjawab yang banyak, beliau
tidak pernah berhenti dalam menyebarkan ilmu.

Blogspot Dr. Hasanah

Perkongsian maklumat di Youtube bermula tahun 2013

6
Akhir sekali, dalam bab lima pula menceritakan tentang perancangan dan harapan Dr.
Hasanah untuk masa hadapan. Beliau mempunyai banyak cita-cita dan perancangan walaupun
beliau telah banyak mengecapi kejayaan dengan hasil titik peluh sendiri Sewaktu temubual,
Dr. Hasanah memberitahu bahawa beliau berharap generasi kini sentiasa mementingkan ilmu
dan menjalankan tanggungjawab yang betul sebagai seorang umat Islam. Beliau juga
menyatakan bahawa beliau ingin meneruskan pembelajaran dan mencari maklumat yang lebih
banyak berkenaan tentang ICT.

Sesi temubual Dr. Hasanah di Google Meet

7
LATAR BELAKANG KELUARGA

Dr. Hasanah telah dilahirkan pada 10 Mac 1975. Beliau telah dilahirkan di Kanchong
Darat, Banting. Ibu bapa beliau masing-masing berkhidmat sebagai seorang guru Agama Islam.
Beliau mempunyai seramai 10 orang adik beradik.

Kanchong Darat, Banting

Dr. Hasanah berasal dari keluarga yang besar. Beliau telah menamatkan zaman bujangnya
pada tahun 2000 dan alhamdulillah beliau dikurniakan 7 orang cahaya mata yang masih bersekolah.
Beliau mempunyai 2 orang anak lelaki dan 5 orang anak perempuan. Suami beliau pula seorang
pensyarah dan kini berkhidmat di Universiti Sains Islam Malaysia.

8
Gambar Dr. Hasanah bersama keluarga tercinta

Gambar Dr. Hasanah bersama keluarga dan ibu bapa beliau

9
LATAR BELAKANG PENDIDIKAN

Dr. Hasanah telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kanchong Darat, Banting
dari tahun 1 hingga tahun 6 pada tahun 1987-1992. Kemudian, beliau menyambung pendidikan
menengah beliau di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Selangor pada tahun 1993-1995 ketika
berada di tingkatan 1 hingga 3 dan memperoleh keputusan SRP yang kini dikenali sebagai
Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang sangat cemerlang. Pada 1995-1996, beliau menyambung
tingkatan 4 dan 5 di SMA Persekutuan Kajang (Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang).
Beliau mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sangat cemerlang dan meraih
anugerah pelajar terbaik.

Logo SK Kanchong Darat Logo SMK Agama Kuala Selangor

Logo SM Agama Persekutuan Kajang

10
Selepas beliau menamatkan SPM, beliau menyambung Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) di
dalam bidang Pengkhususan Syariah dan Pengajian Islam di Universiti Mu'tah (Mu'tah, Jordan) pada
tahun 1997 demi mencapai hasrat beliau untuk menjadi seorang guru untuk mendidik anak bangsa.
Perjuangan beliau yang ikhlas dalam menuntut ilmu telah menunjukkan bahawa Allah itu Maha
Pemurah dan Maha Pemberi rezeki apabila beliau mendapat tajaan untuk menyambung Ijazah Sarjana
Muda (Kepujian) yang diidamkan iaitu bidang Pengkhususan Syariah dan Pengajian Islam. Beliau
memberitahu bahawa beliau seorang yang bernasib baik kerana segala cabaran dan halangan ketika
belajar di Jordan, dipermudahkan dengan izin Allah. Selepas beberapa tahun, beliau berjaya
merangkul ijazah di tangan dalam bidang yang diidami.

Logo University of Mu'tah Jordan

University of Mu’tah, Jordan

11
Sebaik sahaja beliau menamatkan Ijazah Sarjana Muda di Universiti Mu’tah dalam bidang
Pengkhususan Syariah dan Pengajian Islam, Dr. Hasanah menyambung pembelajarannya di peringkat
Sarjana di salah sebuah universiti yang terkemuka di dalam negara iaitu Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia pada tahun 2000 dalam bidang Ijazah Sarjana Ilmu Wahyu (MIRKH). Antara
falsafah yang dipegang oleh Dr. Hasanah sehingga beliau berjaya sehingga ke harini adalah sifir
mudah yang direka oleh beliau iaitu 1x7x100 yang membawa maksud untuk mencari kebaikan di
dunia dan di akhirat. Bertanam di dunia. Menuai di dunia dan akhirat. Semangat dan kecintaan
terhadap dalam menuntut ilmu tidaklah menghalang beliau dalam mencari pasangan hidup. Beliau
sudah pun berumah tangga ketika ini. Ibarat mendapat durian runtuh, beliau sekali lagi mendapat
tajaan ini secara percuma untuk menyambung pendidikan di peringkat sarjana di Universiti
Antarabangsa Malaysia.

Logo Universiti Islam Antarabangsa

12
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Selepas Dr. Hasanah menamatkan pendidikan di peringkat ijazah sarjana, beliau menyambung
pelajaran beliau di peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) dalam kursus Pengajian Islam di Universiti
Malaya pada tahun 2006. Dalam kesibukan beliau dalam menuntut ilmu ini, beliau melahirkan 2
cahaya mata dengan izin Allah. Beliau sangat bersyukur kerana di limpahi segala nikmat ke atas diri
beliau. Sekali lagi, beliau mendapat tajaan percuma dalam menyambung pembelajarannya di
peringkat Doktor Falsafah (Ph.D).

Logo University of Malaya

13
University of Malaya

Beliau mendapat kontrak selama 7 hingga ke 8 tahun sebaik sahaja menamatkan pendidikan di
peringkat Doktor Falsafah dan menerima tawaran untuk bekerja di bahagian Pusat Pengajian Islam di
Universiti Kebangsaan Malaysia di bahagian Munakahat. Manakala bahagian munakahat pula
menyentuh pertunangan, perkahwinan, mas kahwin, perceraian, fasakh, khulu', ila', zihar, kesan
perkahwinan seperti nafkah dan hadanah, rujuk dan perkara-perkara yang berkaitan.

Kini, Dr. Hasanah binti Abd Khafidz merupakan Pensyarah Kanan di Pusat Kajian Dakwah
dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia sejak Disember 2015
hingga kini. Sebelum itu beliau merupakan Pensyarah Kanan di Pusat Citra Universiti, Universiti
Kebangsaan Malaysia iaitu mulai Julai 2013 hingga November 2015. Beliau juga pernah berkhidmat
sebagai Pensyarah Kanan di Bahagian Pengajian Islam, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan,
Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang iaitu mulai Ogos 2006 hingga Jun 2013.

14
Melihat kepada anugerah yang diperolehi, ini menunjukkan betapa hebatnya tekad beliau
dalam menuntut ilmu. Hal ini perlu diikuti dan dijadikan contoh modal insan yang baik oleh golongan
pelajar yang masih jauh perjalanan hidup.

Dr. Hasanah, kini seorang


pensyarah di Pengajian Islam di UKM

15
PEMBINAAN KERJAYA

Dr. Hasanah telah menyambung pelajarannya di peringkat Sarjana di salah sebuah universiti
yang terkemuka di dalam negara iaitu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada tahun 2000
dalam bidang Ijazah Sarjana Ilmu Wahyu (MIRKH). Dr. Hasanah juga telah melanjutkan pelajaran
beliau di peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam kursus Pengajian Islam di Universiti Malaya pada
tahun 2006. Pada awal pembinaan kerjayanya, beliau telah ditaja oleh Pihak Universiti Sains
Malaysia (USM) bagi melanjutkan pelajarannya di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD).
Beliau juga telah ditawarkan kontrak untuk berkhidmat di Universiti Sains Malaysia (USM) selama 7
tahun. Beliau sangat bersyukur kerana diberikan peluang untuk berbakti kepada pihak Universiti yang
telah menaja beliau semasa melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD).

Logo Universiti Sains Malaysia (USM)

Setelah tamat pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD), beliau telah melaporkan diri di
Universiti Sains Malaysia (USM) untuk berkhidmat di USM. Beliau telah ditugaskan untuk mengajar
di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, USM. Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (PPIK), merupakan
pusat pengajian Islam. Beliau banyak mengajar tentang munakahat, sulfik dan sebagainya kepada

16
pelajar-pelajar jurusan Pengajian Islam. Munakahat merupakan suatu ilmu yang berkaitan dengan hal-
hal perkahwinan.

Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, USM

Daripada pengalaman mengajar tentang pengajian Islam ini, beliau perlahan-lahan membina
kerjaya dengan menceburi bidang baharu di dalam bidang Teknologi Maklumat (IT). Walaupun
beliau merupakan salah seorang tenaga pengajar dalam Pengajian Islam, beliau suka mencabar diri
mempelajari ilmu baharu dalam bidang Teknologi Maklumat (IT). Selain itu, bermulalah sedikit demi
sedikit pengetahuan tentang IT telah difahami dan dipelajari oleh Dr. Hasanah. Kesungguhan yang
ditunjukkan oleh beliau, sangat dikagumi. Ini kerana, bukan semua orang boleh belajar tentang ilmu
Teknologi Maklumat (IT) ini.

17
Selepas 7 tahun berkhidmat di Universiti Sains Malaysia, Dr. Hasanah binti Abd Khafidz
merupakan Pensyarah Kanan di Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam,
Universiti Kebangsaan Malaysia sejak Disember 2015 hingga kini. Sebelum itu beliau merupakan
Pensyarah Kanan di Pusat Citra Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia iaitu mulai Julai 2013
hingga November 2015. Bidang pengkhususannya adalah dalam bidang amal Islam (zakat) dan
dakwah yang dibantu oleh teknologi. Beliau juga mengikuti pelbagai karnival dan bengkel di UKM
bagi menyampaikan dakwah dalam bentuk animasi dengan menggunakan Teknologi Maklumat.
Sebagai contoh, Karnival Dakwah Masjid ini, Dr Hasanah menganjurkan Bengkel Animasi Dakwah
dengan menggunakan iPad. Ini mampu menarik minat pelajar untuk mempelajari Teknologi
Maklumat.

Karnival Dakwah Masjid Pada 2018

18
Beliau juga sangat aktif dalam e-pembelajaran dan pemenang Anugerah e-Pembelajaran 2015
(kategori video e-pembelajaran kreatif dan interaktif). Beliau juga Penyelia Pembelajaran Profesional
Apple yang diperakui (certified Apple Professional Learning Provider).

“Certified Apple Professional Learning Provider”

19
Beliau juga sangat aktif dalam pendidikan menggunakan iPad Apple dan e-pembelajaran
secara umum. Beliau juga mempunyai kelayakan untuk mengajar ahli akademik di Malaysia mahupun
di Asia Tenggara tentang penggunaan Teknologi Apple khususnya untuk pembelajaran. Kursus yang
diajar adalah khas untuk mengajar tentang pembelajaran menggunakan Teknologi Maklumat.

Beliau juga banyak menganjurkan bengkel mempelajari helah baru untuk membuat e-
kandungan dalam Apps iPad. Setersunya, beliau berpeluang terbang ke Universiti Malaysia Kelantan
untuk menjadi fasilitator bagi Bengkel Pemantapan Penggunaan iPad dalam Pengajaran dan
Pembelajaran. Sasaran beliau kali ini adalah menyiapkan kursus para pensyarah yang terlibat dalam
program ini dan diletakkan dalam iTunes U, iaitu satu apps bagi Learning Management System yang
dibangunkan oleh Apple. Sebelum program, beliau dan beberapa rakan perunding dibimbing oleh
orang kuat Apple Education iaitu Puan Wan Noraini untuk memastikan bengkel berjalan dengan
lancar.

Fasilitator bagi Bengkel Pemantapan Penggunaan iPad dalam Pengajaran dan Pembelajaran

20
Pada 12 Disember 2019, beliau berpeluang berkongsi sedikit pengalaman membuat e-content
menggunakan apps percuma dalam iPad, namanya Keynote. Apps Keynote adalah apps yang
dikeluarkan oleh Apple untuk semua membeli produk Apple seperti iPad. Kali ini sesi perkongsian di
hadapan ratusan cikgu-cikgu hebat dari seluruh Malaysia agak menarik kerana ia adalah program
peringkat kebangsaan dan dilancarkan secara live.

Oleh itu, Dr Hasanah merupakan seorang yang gigih dan kebolehan beliau dalam bidang
Teknologi Maklumat tidak dapat disangkal lagi. Ini kerana beliau telah menjadi fasilitator dan
Penyedia Pembelajaran Profesional Apple yang diperakui (certified Apple Professional Learning
Provider). Beliau seorang seorang harus dikagumi oleh semua pelajar mahupun pihak luar.

21
KEJAYAAN DAN SUMBANGAN

Dr. Hasanah binti Abd Khafidz bukan sahaja seorang pensyarah di Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia malah beliau juga merupakan Pensyarah Kanan di Pusat Kajian
Dakwah dan Kepimpinan sejak tahun 2015 sehingga kini. Tidak dapat dinafikan bahawa pelbagai
kejayaan dan sumbangan yang telah beliau berikan kepada masyarakat dan pihak universiti. Di
samping berkecimpung dalam bidang Pengajian Islam, beliau juga berminat dalam bidang Teknologi
Maklumat. Kejayaan beliau tidak boleh dipandang remeh apabila beliau berjaya mendapat sijil
Certified Apple Professional Learning Provider. Beliau banyak berkongsikan pengajaran berkaitan
iPad Apple di blog beliau sendiri.

Berkat usaha dan kecemerlangan semasa berkhidmat untuk Universiti Sains Malaysia, beliau
telah diberikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Universiti Sains Malaysia pada tahun 2012.

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Universiti Sains Malaysia tahun 2012

22
Pada tahun 2014, beliau telah dinobatkan sebagai Pemenang Tempat Kedua ORI Terbaik,
UKM serta mendapat dua sijil penghargaan sebagai penyumbang kepada ORI@UKM dan
Pembangun kursus Hubungan Etnik secara Massive Open Online Course (MOOC) semasa Majlis
Pelancaran ORI@UKM, Massive Open Online Course (MOOC) Fasa 2 dan iTunes U UKM
berlangsung.

Pemenang Tempat Kedua ORI Terbaik, UKM pada tahun 2014

Di samping berkecimpung dalam bidang Pengajian Islam, beliau juga turut menyertai

Pertandingan Educational Blogging yang dianjurkan oleh Pusat ICT, UPSI. Beliau telah dinobatkan
sebagai Johan Kategori Terbuka Educational Blogging Peringkat Kebangsaan kali ke-7 pada tahun
2015.

23
Portal Pertandingan Educational Blogging Peringkat Kebangsaan

Pada tahun 2017, Dr. Hasanah telah menyertai program inovasi berbentuk kaedah pengajaran
dan pembelajaran. Beliau menyatakan semasa sesi temubual bahawa program inovasi ini merupakan
suatu program yang berlainan di mana kebiasaannya program inovasi adalah ke arah penghasilan

24
produk. Semasa menyertai program inovasi tersebut, beliau telah membawa isu pembelajaran dalam
dewan kuliah yang besar. Beliau telah melontarkan idea yang bernas iaitu menggalakkan para
pelajarnya membuat refleksi dan membangunkan blog. Di atas pencapaian yang membanggakan,
beliau telah menerima Anugerah Pemikiran dan Rekabentuk Semula Pengajaran (Naib Johan)
Kategori Pembelajaran Imersif Teradun.

Anugerah Pemikiran dan Rekabentuk Semula Pengajaran (Naib Johan) Kategori Pembelajaran
Imersif Teradun

25
Tidak dapat disangkal lagi dengan kebolehan Dr. Hasanah apabila beliau telah berjaya
menerima Anugerah Buku Negara dalam Kategori Pengajian Islam pada 30 April 2018. Anugerah
yang diperolehi oleh beliau ini adalah hasil dari ketekunan dan ketelitian yang dibuat semasa
menyiapkan tesis Phd di bawah penyeliaan Prof. Madya Dr. Paizah Hj. Ismail. Beliau tidak
menyangka bahawa Buku Pentafsiran Asnaf Zakat yang dikarang oleh beliau berjaya menambat hati
pihak Penerbit USIM, penganjur anugerah serta para penilai.

Anugerah Buku Negara Tahun 2018

26
PERANCANGAN DAN HARAPAN

Dr Hasanah Abd. Khafidz berpandangan bahawa setiap orang perlu mempunyai perancangan
yang tersendiri kerana seseorang yang mempunyai arah, tujuan dan matlamat yang jelas akan
memudahkan diri untuk bertindak demi mencapai perancangan tersebut. Antara perancangan Dr
Hasanah yang akan dilakukan ialah melibatkan jangka masa pendek dan juga jangka masa panjang.
Pada waktu negara kita dilanda pandemik COVID 19 yang menghalang pelajar untuk menghadiri
kelas secara fizikal di fakulti masing-masing, pensyarah perlu menukar kaedah pengajaran dari fizikal
ke virtual. Terdapat pensyarah-pensyarah yang mempunyai kesulitan dalam menentukan kaedah yang
terbaik seperti medium pengajaran online dan sebagainya. Dr Hasanah mengambil masalah ini
sebagai inisiatif untuk membantu pensyarah-pensyarah tersebut. Perancangan jangka masa pendek
beliau adalah dengan melahirkan banyak lagi tenaga pengajar yang lebih celik dan cekap dalam
menggunakan IT untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran (PDP). Antara langkah
yang beliau telah lakukan adalah seperti mengadakan bengkel online bersama pensyarah lain dan juga
merekodkan video tutorial penggunaan aplikasi ataupun software seperti iMovie, Clips dan Google
Meet di YouTube sebagai medium pengajaran. Ini memudahkan para pensyarah untuk mengikuti
kelas Dr Hasanah di samping mempunyai jadual yang padat. Beliau merancang untuk menghasilkan
lebih banyak video dan bengkel demi mencapai matlamat perancangan tersebut.

Bengkel Microsoft Teams buat pensyarah Fakulti Pengajian Islam

27
Antara tutorial penggunaan iMovie yang terdapat di YouTube: Hasanah Abd. Khafidz

Tutorial pengajaran secara profesional dengan menggunakan green screen

28
Selain itu, beliau juga mempunyai perancangan buat jangka masa panjang iaitu menghasilkan
inovasi dalam PDP berbantukan teknologi. Inovasi ini bakal memudahkan sesi PDP buat pengajar dan
juga pelajar. Kaedah ini juga akan mencorakkan situasi pembelajaran ceria dan berkesan buat
pembelajaran online jarak jauh.

Harapan Dr Hasanah adalah untuk mempunyai semangat dan azam yang kuat kepada Allah
dan berusaha menjadi yang terbaik. Beliau juga berpegang kepada kata-kata “benih yang baik, jika
dicampak ke laut menjadi pulau, dilontar ke langit menjadi bintang, jatuh ke daratan menjadi pohon
berbuah nan rendang” yang bermaksud yang baik itu biar di mana pun tempatnya akan tetap baik
juga. Beliau juga berkongsi bagaimana semangat dan azam yang kuat itu penting untuk menghadapi
cabaran yang mendatang agar kita sebagai manusia tidak mudah berputus asa. Antara cabaran yang
beliau hadapi adalah ketika blog beliau cuba digodam beberapa kali oleh orang yang tidak dikenali
dan juga usaha dalam pembangunan Laman Sosial Mesra Muslim yang berkonsepkan seperti
Facebook diberhentikan selepas beberapa tahun mendirikan laman tersebut. Laman yang dinamakan
“ISLAMY” yang bermaksud “islamku” itu telah mencecah keahlian beribu-ribu orang ahli. Ketika itu,
Dr Hasanah telah membelanjakan wang yang banyak, memerlukan ‘freelancers’ dan sukarelawan
yang ramai bagi menjayakan dan menguruskan laman tersebut. Namun, beliau tidak berputus asa
dalam dunia teknologi dan teruskan semangat dalam meneruskan usaha beliau dalam bidang ini untuk
umat Islam agar menjadi saham dunia dan akhirat.

Petikan dari laman web drhasanah.com

29
Dr Hasanah juga berharap agar pelajar-pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia berusaha
menjadi seseorang yang unik dan cuba untuk kenali kelebihan atau keunikan diri masing-masing.
Setelah itu, pelajar boleh memperhalusi minat tersebut dan cuba untuk menggarap sebanyak ilmu
yang mungkin agar dapat menjadi seorang graduan yang berbeza dari yang lain. Dari situ lah, beliau
mula berkecimpung dalam dunia teknologi setelah mendapati dirinya begitu minat dalam bidang
tersebut selain daripada kepakaran dan ilmunya dalam bidang Pengajian Islam. Usaha beliau dalam
mengenali keunikan diri sendiri ini membuahkan hasil apabila mendapat pelbagai anugerah di
peringkat kebangsaan dan juga Asia Tenggara sekaligus diiktiraf oleh Apple untuk menjadi seorang
perunding profesional bagi memberikan latihan tentang iPad bagi pengajaran dan pembelajaran
(P&P). Beliau berpesan supaya pelajar-pelajar tidak memandang rendah terhadap kemampuan diri
sendiri.

Pengiktirafan oleh Apple

Selain itu, harapan beliau juga adalah supaya pelajar-pelajar bijak dalam membahagikan masa.
Beliau turut berkongsi tips untuk mengutamakan yang utama dan tidak menggunakan masa terluang

30
dengan melakukan perkara yang tidak berfaedah. Pengalaman Dr. Hasanah dalam menguruskan masa
haruslah menjadi teladan bagi semua pelajar. Beliau perlu menguruskan anak-anak seramai 7 orang,
bekerja sebagai pensyarah UKM dan juga aktif dalam bidang Teknologi Maklumat. Beliau juga
merupakan web master lebih daripada 50 laman web. Cabaran bidang teknologi ini, ia memerlukan
masa yang banyak untuk belajar dari segi teori dan juga teknikal, namun beliau bijak mengatasi ujian
ini dengan mengorbankan sedikit masa pada waktu malam dan selalu mengutamakan hal yang utama.
Beliau juga mengelakkan diri dari melakukan perkara yang kurang berfaedah seperti menonton
televisyen.

Selain daripada itu, harapan Dr Hasanah juga adalah agar pelajar-pelajar sentiasa menambah
ilmu pengetahuan tak kira dalam bidang apa pun. Beliau juga menekankan bahawa ilmu pengetahuan
bukan sahaja menjamin nilai tambah dalam diri seseorang bahkan ia membentuk jati diri seorang
Muslim. Beliau berusaha untuk menambah ilmu pengetahuan khususnya bidang teknologi maklumat
yang bergerak pantas. Semakin hari, semakin banyak teknologi baru yang pesat berkembang. Ini
merupakan cabaran buat Dr Hasanah, menurut beliau ketika hendak mahir dalam sesuatu teknologi,
sudah ada yang baru dikeluarkan oleh pemaju. Bagi memastikan beliau selari dengan pergerakan
teknologi ini, beliau sentiasa mencari peluang untuk meneroka dengan lebih banyak lagi untuk
menambah pengetahuan dalam bidang tersebut. Beliau berkorban wang dan tenaga untuk menyewa
hosting, membeli domain, memasang perisian yang dipanggil “Open Source software” untuk
menubuhkan laman web. Menurutnya, beliau berharap manfaat sesuatu ilmu itu bukan sahaja untuk
dirinya sendiri tetapi masyarakat sekitar turut mendapat percikan manfaat ilmu dari ilmu yang
dimilikinya.

Beliau juga berpesan untuk merendahkan diri apabila menghadapi sesuatu masalah dengan
memohon bantuan dari Allah SWT dan juga merujuk orang yang lebih pakar. Beliau mengingatkan
pelajar bahawa dalam apa pun keadaan Allah bersama kita, dan sebagai umat Islam kita perlu sentiasa
mengharapkan rahmat Allah dan menganggap diri kita tidak pernah berseorangan. Setiap masalah
atau persoalan yang dihadapi Dr Hasanah biasanya akan dirujuk kepada orang yang lebih pakar dalam
bidang ini seperti admin. Beliau juga menyatakan bahawa sekarang dunia di hujung jari sahaja, di
mana maklumat mudah diperoleh di internet. Segala persoalan berkenaan teknologi maklumat seperti
‘bagaimana hendak menubuhkan laman web’, ‘bagaimana hendak mengubah suai imej vektor di
‘Adobe Illustrator’ dan sebagainya. Langkah-langkah ini sedikit sebanyak memudahkan
permasalahan tersebut dan berharap pelajar juga dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan.

31
Sebagai seorang akademik yang berkecimpung dalam bidang teknologi ini semestinya
berharap agar ramai yang mendapat manfaat dari usaha beliau selama ini sama ada dari segi bidang
pengajaran mahupun penulisan. Topik yang ditulis dalam laman web drhasanah.com adalah
berkenaan zakat, fiqh, iPad Apple dan e-pembelajaran, wanita, harta pusaka, hobi memasak, sulam
dan lain-lain. Falsafah yang ditekankan dalam blog beliau adalah 1x7x100 adalah sifir mudah untuk
mencari kebaikan dunia dan akhirat. Bertanam di dunia, menunai di dunia dan akhirat. Beliau
berharap ramai yang dapat mempelajari sesuatu dari blog yang ditubuhkan sejak 2006 itu dan menjadi
inspirasi masyarakat yang lain. Semoga dakwah berbentuk teknologi ini memberikan saham akhirat
buatnya kelak.

32
PENUTUP

Secara keseluruhannya, dapat kami simpulkan bahawa Dr. Hasanah Binti Abd. Khafidz
merupakan seorang yang berdedikasi dan mempunyai semangat yang tinggi untuk menyebarkan ilmu
beliau kepada pelajar. Ketekunan beliau dalam menyebarkan ilmu melalui blog, hasil penerbitan,
penyelidikan dan sebagainya membuktikan bahawa beliau bersungguh-sungguh untuk melahirkan
mahasiswa dan mahasiswi yang berjaya di peringkat universiti. Oleh yang demikian, kita sebagai
pelajar perlu mencontohi dan mengikut teladan yang baik daripada beliau agar dapat melahirkan
generasi yang berjaya pada masa hadapan.

Selain itu, beliau juga ada memberikan beberapa nasihat berguna kepada kami. Antara yang
paling terkesan dalam diri kami ialah apabila beliau meminta agar kami mengejar ilmu kerana ilmu
tidak akan datang tanpa dicari. Kata-kata nasihat ini telah menyuntik semangat dan ingin terus
berusaha dalam mengejar ilmu. Melalui nasihat ini, apa yang cuba ditekankan oleh Dr. Hasanah
adalah kesungguhan dan ketekunan dalam menuntut ilmu merupakan kunci kejayaan di mana setiap
orang menginginkannya. Tambahan pula, kami mendapat inspirasi dengan ketabahan dan kesabaran
beliau dalam membangunkan blog. Walaupun blognya beberapa kali digodam oleh individu yang
tidak bertanggungjawab, beliau tidak pernah berputus asa dan terus bertekad untuk membangunkan
lebih banyak laman sesawang yang dapat memberikan manfaat kepada mahasiswa/mahasiswi serta
orang luar.

Setinggi-tinggi tanda kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana berkatnya kami dapat
menyelesaikan tugasan ini dengan baik. Di samping itu, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih
tidak terhingga kepada Dr. Hasanah Binti Abd. Khafidz kerana kesudian beliau meluangkan masa dan
tenaga untuk ditemu ramah oleh kami dari kursus Fotografi. Tanpa maklumat mengenai diri beliau,
kami tidak akan dapat menyelesaikan tugasan ini dengan sempurna. Di akhir temu ramah bersamanya,
beliau banyak memberikan nasihat dan motivasi berguna kepada kami. Akhir kata, laporan ini dapat
diselesaikan dengan jayanya atas usaha, kerjasama dan sifat prihatin sesama ahli kumpulan.

33
RUJUKAN
Hasanah binti Abd. Khafidz dan Zahri bin Hamat , 2013 , World Universities` Islamic
Philantrophy Conference 2013 (WUIPCON 2013) , Zakat ke atas Hartanah: Kajian
Tekstual Terhadap Fatawa Jami`ah fi Zakah al-Iqar ,

Irwan bin Mohd. Subri & Hasanah binti Abd. Khafidz , 2013 , International Seminar on Usul
Fiqh (i-SUFI 2013) , Tahqiq al-Manat dan Aplikasinya pada Zaman Moden ,

Hasanah binti Abd. Khafidz , 2013 , International Seminar on Usul Fiqh (i-SUFI 2013) ,
Penggunaan kaedah `La Yunkar Taghayyur al-Ahkam bi Taghayyur al-Zaman wa al-
Makan` dalam pentafsiran asnaf zakat ,

Hasanah binti Abd. Khafidz dan Zahri bin Hamat , 2013 , Islamic Philantrophy for Ummah
Excellence , 647-656

Irwan bin Mohd. Subri, Hasanah binti Abd. Khafidz & Mohd Hapiz bin Mahaiyadin , 2014 ,
Journal of Fatwa Management and Research , Iktikaf di Surau: Kajian Terhadap
Keputusan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syara` Wilayah Persekutuan , 3 , 1-30

Irwan Mohd Subri, Hasanah Abd. Khafidz , 2014 , System (will be updated) ,

Hasanah Abd. Khafidz , 2014 , Jurnal Majlis Islam Sarawak , Fenomena Pembentukan dan
Perubahan Hukum Pasca Pemerintahan Rasulullah SAW , Bil. 3 / Edisi Ketiga , Bil. 3 /
Edisi , 22-31

Hasanah Abd Khafidz, Nasruddin Yunos , 2014 , Tamadun Islam dan tamadun Asia , 78-103

Mohd Arip Kasmo, Abur Hamdi Usman, Aminudin Bashir, Jamsari Alias, Mohamad Mohsin
Mohamad Said, Zulkifli Mohamad, Hasanah Abd Khafidz, Nazri Muslim, Khalim
Zainal , 2015 , Mediterranean Journal of Social Sciences , The Perception of the People
in Malaysia on the Relation between Science and Human Problems , 6 , 4S1 , 374-379

Azman Ab Rahman & Hasanah Abd Khafidz , 2015 , Ensiklopedia asnaf dan skim agihan zakat
di Malaysia , 296

Irwan Mohd. Subri, Hasanah Abd. Khafidz & Siti Nurun Najwa Syamsuddin , 2015 ,
International Conference on Islamic Economics and Financial Inclusion , Qanun al-
khidmat al-maliah al-islamiyyah 2013 wa dawruhu fi tashji` al-tamwil al-islami fi
maliziya (Islamic financial services act 2013 dan peranannya dalam kehartaan islam di
Malaysia) , 339-343

34
Rozita Ibrahim; Fazilah Idris; Rozmel Abdul Latiff; Hasanah Abd Khafidz; Nasrudin Yunos ,
2015 , Inovasi pengajaran dan pembelajaran Kursus Hubungan Etnik secara MOOC ,

Fazilah Idris; Hasanah Abd Khafidz; Rozita Ibrahim; Rozmel Abdul Latiff; Ahmad Zamri
Mansor , 2015 , Rekacipta bahan P&P kursus hubungan etnik secara MOOC ,

Rozita Ibrahim; Fazilah Idris; Rozmel Abdul Latiff; Hasanah Abd Khafidz; Ahmad Zamri
Mansor; Nazri Muslim; Nasruddin Yunos , 2015 , MOOC dalam pengajaran dan
pembelajaran kursus hubungan etnik: kesalinghubungan melampaui batas ruang dan
waktu ,

Azman Ab. Rahman, Irwan Mohd. Subri, Zahari Mahad Musa, Hasanah Abd. Khafidz, Nabilah
Yusof, Nor Asiah Yaakub & Ainatul Syafiqah Mohd Din , 2015 , Model Institusi
Pendidikan melalui pembiayaan dana zakat ,

Fazilah Idris, Hasanah Abd Khafidz, Ahmad Zamri Mansor, Rozmel Abdul Latiff & Rozita
Ibrahim , 2015 , NATIONAL UNIVERSITY CARNIVAL ON E LEARNING 2015
(NUCEL 2015) , Rekacipta Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Kursus Hubungan
Etnik Secara Massive Open Online Course (MOOC) ,

Fatin Hazwani Siran dan Hasanah Abd Khafidz , 2015 , Knovasi Pengajaran dan Pembelajaran ,
Interaksi Dalam Meningkatkan potensi Pelajar Kursus Pembangunan Diri ,

Hasanah binti Abd. Khafidz & Fatin Hazwani binti Siran , 2015 , 5 CARA EFEKTIF
MENAWAN HATI PELAJAR DENGAN TEKNOLOGI PEMBELAJARAN ,

Mohd Arip Kasmo, Abur Hamdi Usman, Hamdzun Haron, Abdul Salam Yusuf,Fazilah Idris,
Nasruddin Yunos & Hasanah Abd Khafidz. , 2015 , Asian Social Science , The
Compatibility between the Quran and Modern Science: A Comparative Study among
Malaysian , 11 , 10 , 299-306

Fazilah Idris, Rozita Ibrahim, Rozmel Abdul Latiff, Ahmad Zamri Mansor, Hasanah Abd
Khafidz, Nasruddin Yunos & Nazri Muslim , 2016 , Prosiding Persidangan Pemantapan
Citra Kenegaraan 4 (COSNA 4) 2016 , Pendekatan mooc untuk melestarikan
kesepaduan sosial dalam kalangan generasi-Y , 524-531

35
Fazilah Idris; Hasanah Abd Khafidz; Rozita Ibrahim; Rozmel Abdul Latiff; Ahmad Zamri
Mansor , 2016 , Pembangunan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Kursus Hubungan
Etnik Secara Massive Open Online Course (MOOC) ,

Rozita Ibrahim, Fazilah Idris, Rozmel Abdul Latiff, Hasanah Abd Khafidz dan Nasruddin
Yunos , 2016 , Kursus Hubungan Etnik Secara MOOC Melonjak Kesepaduan Sosial ,

Siti Fariza Mohd Fisal, Hasanah Abd.Khafidz, Irwan Mohd. Subri, Azman A.Rahman , 2016 ,
Jurnal Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa , Aplikasi kaedah fiqh al-Darurah tuqaddar
biqadariha dalam agihan zakat untuk mangsa banjir , 8 , Special Edition , 37-43

Nazri Muslim, Fazilah Idris, Rozita Ibrahim, Rozmel Abdul Latiff, Nasruddin Yunos, Ahmad
Zamri Mansor, Hasanah Abd. Khafidz , 2016 , Al-Hikmah , Persepsi pelajar UKM
terhadap hubungan etnik di Malaysia , 8 , 2 , 38-59

Fazilah Idris, Rozita Ibrahim, Rozmel Abdul Latiff, Hasanah Abd. Khafidz, Ahmad Zamri
Mansor, Nasrudin Yunos & Nazri Muslim , 2016 , Action Research: A Window to New
Experiences in Teaching and Learning , 21

Muhamad Faisal Ashaari, Rosmawati Mohamat Rasit & Hasanah Abd Khafidz , 2016 ,
Mengenali Manusia dari Perspektif al-Quran (Asas Psikologi dan Komunikasi Dakwah)
, 137

Wan Nurul Anis Wan Ismail, Zulkefli Aini, Hasanah Abd Khafidz , 2016 , Prosiding Seminar
Antarabangsa Multi Etnik dan Silang Budaya / Pusat Kajian Dakwah Orang Asli dan
Peribumi Fakulti Pengajian Islam UKM , Konsep co-existence dari perspektif islam dan
aplikasinya dalam pengurusan kepelbagaian etnik di Malaysia satu tinjauan awal , 1 ,
1 , 1-8

Fazilah Idris, Nasruddin Yunos, Hasanah Abd Khafidz, Rozmel Abdul Latiff, Rozita Ibrahim ,
2016 , International University Carnival On E Learning 2016 (IUCEL 2016) ,
Adaptation of Addie model in inventing ethnic relations MOOC teaching and learning
(T&L) materials ,

Muhamad Faisal Ashaari & Hasanah Abd Khafidz , 2016 , Isu Kontemporari Had Kifayah
Zakat dan Pengurusan di Malaysia , 16

Tengku Nor Husna Tengku Jamil, Hasanah Abd Khafidz & Khazri Osman , 2017 , Prosiding
Seminar Antarabangsa Dakwah , Pengajaran Pendidikan Sirah Melalui Konsep Berfikir
Menurut Al-Quran , 318-32

36
LAMPIRAN

Dr. Hasanah Binti Abd. Khafidz

Sesi bergambar bersama Dr. Hasanah ketika temubual

37
Kemunculan Dr. Hasanah di TV Alhijrah

38
39

You might also like